form 4

18
Bab Biologi Kajian tentang proses berkaitan dengan kehidupan dan hidupan Berasai dari bios (kehidupan) , logos (pengetahuan) BAB 2 : STRUKTUR SEL DAN FUNGSI BAHAGIAN SEL Sel Unit binaan asas bagi semua organisma Protoplasma Sitoplasma dan nukleus Lekapan basah Proses dimana spesimen yang dititis air ditutup dengan kaca penutup secara perlahan-lahan dengan menggunakan pin Teknik pengairan Proses di mana setitik larutan iodin dititis pada suatu sisi kaca penutup dan kertas turas diletakan pada sisi bertentangan untuk menarik titisan larutan iodin supaya meresap dan mewarnakan specimen Organel Struktur sel yang melakukan sesuatu fungsi khusus Larutan iodin Pewarna umum bagi sel tumbuhan Metilena biru Pewarna umum bagi sel manusia dan haiwan Tonoplas Lapisan membran yang mengelilingi sap sel Membran plasma Selaput nipis , kenyal dan separa telap yang dibina daripada protein dan fosfolipid . ia mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar dan mengawal pergerakan bahan antaranya . Dinding sel tumbuhan Gentian selulosa yang keras , teguh dan bersifat telap sepenuh kerana berliang . ia memberi sokongan dan bentuk kepada sel tumbuhan di samping melindungi sel dari pecah akibat kemasukan air yang banyak . Vakuol/ vesikel Ruang berisi sap sel untuk memberi kesegahan kepada sel yang mengandungi air , asid organik , gula , garam mineral , oksigen , karbon dioksida , pigmen bahan buangan dan hasil sampingan metabolisme dan dikelilingi tonoplas . biasanya vesikel haiwan mengandungi enzim hidrolitik untuk pencernaan bahan organik kompleks dalam sel . Sitoplasma Bahan seperti jeli yang mengandungi banyak organel dan bertindak sebagai medium tindak balas biokimia selain daripada membekalkan bahan keperluan dari luar untuk organel . Nukleus Organel sfera berliang yang mengandungi kromosom , nukieolus dan nukleoplasma , untuk mengawal aktiviti sel , sintesis protein dan pembawa maklumat genatik . Kromosom Jalinan bebenang dalam nukleus yang dibina daripada asid nukleik dan protein untuk membawa maklumat pewarisan . Mitokondrion Organel berbentuk rod yang terdiri daripada dua lapisan membran luar dan membran dalam yang berlipat-lipat untuk menjadi tapak penjanaan tenaga (ATP adenosina trifosfat )melalui pengoksidaan makanan semasa respirasi . Jalinan / retikulum endoplasma Sistem berongga dikenali sisterna yang luas dan saling berhubungan dan mungkin berterusan dengan membran nukleus , membran plasma dan jasad golgi untuk memudahkan bahan-bahan seperti protein yang disintesis ribosom di permukaannya diangkut ke jasad golgi . terdapat retikulum kasar dan retikulum licin . Ribosom Granul sfera padat yang terdiri daripada protein dan asid nukleik yang merupakan tapak sintesis protein . BIOLOGI

Upload: najwa-mohamad

Post on 29-Jun-2015

619 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: form 4

Ba

b 1 Biologi Kajian tentang proses berkaitan dengan kehidupan dan hidupan

Berasai dari bios (kehidupan) , logos (pengetahuan)B

AB

2 :

ST

RU

KT

UR

SE

L D

AN

FU

NG

SI B

AH

AG

IAN

SE

L

Sel Unit binaan asas bagi semua organismaProtoplasma Sitoplasma dan nukleusLekapan basah Proses dimana spesimen yang dititis air ditutup dengan kaca penutup

secara perlahan-lahan dengan menggunakan pinTeknik pengairan

Proses di mana setitik larutan iodin dititis pada suatu sisi kaca penutup dan kertas turas diletakan pada sisi bertentangan untuk menarik titisan larutan iodin supaya meresap dan mewarnakan specimen

Organel Struktur sel yang melakukan sesuatu fungsi khususLarutan iodin Pewarna umum bagi sel tumbuhanMetilena biru Pewarna umum bagi sel manusia dan haiwanTonoplas Lapisan membran yang mengelilingi sap selMembran plasma

Selaput nipis , kenyal dan separa telap yang dibina daripada protein dan fosfolipid . ia mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar dan mengawal pergerakan bahan antaranya .

Dinding sel tumbuhan

Gentian selulosa yang keras , teguh dan bersifat telap sepenuh kerana berliang . ia memberi sokongan dan bentuk kepada sel tumbuhan di samping melindungi sel dari pecah akibat kemasukan air yang banyak .

Vakuol/vesikel Ruang berisi sap sel untuk memberi kesegahan kepada sel yang mengandungi air , asid organik , gula , garam mineral , oksigen , karbon dioksida , pigmen bahan buangan dan hasil sampingan metabolisme dan dikelilingi tonoplas . biasanya vesikel haiwan mengandungi enzim hidrolitik untuk pencernaan bahan organik kompleks dalam sel .

Sitoplasma Bahan seperti jeli yang mengandungi banyak organel dan bertindak sebagai medium tindak balas biokimia selain daripada membekalkan bahan keperluan dari luar untuk organel .

Nukleus Organel sfera berliang yang mengandungi kromosom , nukieolus dan nukleoplasma , untuk mengawal aktiviti sel , sintesis protein dan pembawa maklumat genatik .

Kromosom Jalinan bebenang dalam nukleus yang dibina daripada asid nukleik dan protein untuk membawa maklumat pewarisan .

Mitokondrion Organel berbentuk rod yang terdiri daripada dua lapisan membran luar dan membran dalam yang berlipat-lipat untuk menjadi tapak penjanaan tenaga (ATP – adenosina trifosfat )melalui pengoksidaan makanan semasa respirasi .

Jalinan / retikulum endoplasma

Sistem berongga dikenali sisterna yang luas dan saling berhubungan dan mungkin berterusan dengan membran nukleus , membran plasma dan jasad golgi untuk memudahkan bahan-bahan seperti protein yang disintesis ribosom di permukaannya diangkut ke jasad golgi . terdapat retikulum kasar dan retikulum licin .

Ribosom Granul sfera padat yang terdiri daripada protein dan asid nukleik yang merupakan tapak sintesis protein .

BIOLOGI

Page 2: form 4

Jasad golgi Terdiri daripada beberapa kantung pipih untuk memproses dan mengubahsuaikan bahan kimia seperti protein daripada jalinan endoplasma kepada hasil seperti glikoprotein dan enzim. hasilnya seperti enzim diasing dan dibungkus dalam vesikel dan seterusnya dirembes keluar dari sel .

Kloroplas Organel dua lapisan membran berbentuk ceper yang mengandungi pigmen klorofil untuk menjalankan fotosintesis dan memberi warna kehijauan kepada tumbuhan .

Ba

b 3

: p

erg

era

kan

ba

han

mer

enta

s m

emb

ran

pla

sm

a

Trigliserida Lemak yang terdiri daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak .

Fosfolipid Trigliserda yang salah satu daripada kumpulan asid lemaknya (kepala) diganti dengan kumpulan fosforus dan nitrogen dan bersifat hidrofilik kerana bercas dan bakinya (kaki) bersifat hidrofobik .

Hidrofilik Mempunyai afiniti terhadap air .Hidrofobik Tidak mempunyai afiniti terhadap air .Protein intrisik Protein globul yang terletak separuh terbenam dan separuh tertonjol

keluar dari permukaan dwilapisan fosfolipid .Protein ekstrisik

Protein globul yang terletak pada permukaan dwilapisan fosfolipid .

Resapan Pergerakan rawak molekul atau ion daripada satu kawasan yang tinggi kepekatannya kepada yang rendah kepekatannya tanpa melalui membran separa telap dan tidak memerlukan tenaga metabolisme .

Osmosis Resapan ringkas yang melibatkan pergerakan molekul pelarut seperti air dari larutan yang cair ke larutan yang pekat melalui membran separa telap tanpa memerlukan tenaga metabolisme .

Kadar osmosis Kadarnya bergantung kepada suhu , sifat semula jadi pelarut dan perbezaan (kecerunan) kepekatan pelarut .

Tekanan osmosis

Sukatan kecenderungan molekul air memasuki sesuatu larutan secara osmosis dengan menggunakan osmometer . apabila pelarut atau air tidak merentasi membran separa telap ia dikatakan berada dalam keadaan keseimbangan dinamik dimana tekanan osmosis kedua-dua belah sama .

Resapan berbantu

Resapan dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah yang dipercepatkan oleh protein pembawa yang bergerak rawak dalam membran sel tanpa melibatkan tenaga metabolisme .

Pengangkutan pasif

Proses pergerakan molekul pelarut atau air mengikut kecerunan kepekatan iaitu dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah sehingga keseimbangan kepekatan larutan tercapai dengan tidak melibatkan tenaga metabolisme .

Pengangkutan aktif

Proses pergerakan bahan (ion/molekul) seperti air dan garam mineral menentang kecerunan kepekatan iaitu dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi sehingga mengakibatkan pengumpulan atau penyinkiran bahan daripada sel dengan menggunakan tenaga metabolisme .

Larutan hipotonik

Larutan yang mempunyai kepekatan zat terlarut yang rendah , tetapi kepekatan pelarut yang tinggi yang menyebabkan sel mengembang akibat kemasukan air ke dalam sel secara osmosis .

Larutan hipertonik

Larutan berkepekatan zat terlarut yang tinggi tetapi kepekatan pelarut yang rendah yang menyebabkan sel mengecut akibat molekul pelarut keluar dari sel secara osmosis .

Page 3: form 4

Larutan isotonik

Larutan yang mempunyai kepekatan zat terlarut yang sama dengan kepekatan larutan yang berlainan itu , dimana kadar pergerakan keluar dan masuk melalui membran adalah sama .

Krenasi Keadaan sel haiwan yang mengecut sehingga berkedut akibat diletakkan dalam larutan hipertonik .

Hemolisis Keadaan sel haiwan yang mengembang dan akhirnya pecah akibat diletakkan dalam larutan hipotonik .

Plasmolisis Keadaan sel tumbuhan dimana vakuol dan protoplasma sel mengecut sehingga membran sel ditarik daripada dinding sel akibat diletakkan dalam larutan hipertonik .

Keadaan segah Keadaan sel tumbuhan dimana vakuol mengembang dan menekan sitoplasma dan membran sel ke dinding sel akibat diletakkan dalam larutan hipotonik .

Flasid Dinding sel tumbuhan berkeadaan lembut akibat diletakkan dalam larutan hipertonik .

Deplasmolisis Proses mengembalikan keadaan sel tumbuhan daripada keadaan plasmolisis kepada keadaan asal .

Pendehidratan Proses pengawetan makanan dengan garam , cuka atau gula yang berkeadaan hipertonik kepadanya supaya air dikeluarkan secara osmosis untuk menhentikan aktiviti mikroorganisma pereput .

Ba

b 4

: k

om

po

sisi

kim

ia d

alam

sel

Sebatian organik

Sebatian yang mengandungi unsur karbon dan berasal dari organisma hidup seperti karbohidrat , protein , lipid dan asid nukleik . sebatian organik disintesis oleh sel sendiri .

Sebatian tak organik

Sebatian yang tidak dapat disintesis oleh sel sendiri dan perlu didapati dari luar sel seperti air , asid , bes dan garam mineral .

Protein (C,H,O,N,S,F)

Protein dibina dari asid amino dan berfungsi membentuk bahan binaan seperti keratin pada kulit , kalogen pada tulang dan miosin pada tisu otot untuk pertumbuhan atau membaiki sel yang rosak . diperlukan untuk sistesis enzim , antibodi , hemoglobin dan hormon .

Lipid (C,H,O) Merupakan pembekal tenaga , penebat haba dan sebahagian struktur membran sel .

Karbohidrat (C,H,O)

Sumber tenaga utama sel dan membentuk dinding sel (selulosa)

Asid nukleik (C,H,O,F,N)

Mengandungi bahan keturunan yang mengawal sel .

Air (H,O) -juzuk utama hidupan (75-85%) dari sel ialah air .-memberi sokongan hidrostatik (90% protoplasma ialah air )-medium tindak balas (hidrolisis lemak kepada asid lemak & gliserol)-menyediakan permukaan lembap untuk proses respirasi-pelarut bahan kimia dalam badan untuk pengangkutannya-juzuk utama dalam mukus dan bendalir sinovia untuk perlinciran -mengawal suhu badan melalui perpeluhan dan perkhumuhan -menentukan tekanan osmosis darah dan bendalir tisu

Page 4: form 4

Enzim -merupakan protein yang dihasilkan oleh sel hidup dalam kuantiti yang sedikit untuk memangkinkan tindak balas pemecahan substrat kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas atau sebaliknya . contoh : amilase dalam tindak balas (kanji + air maltosa).Tindakan enzim adalah spesifik seperti manga dan kunci dan tidak musnah dan boleh guna semula selepas tindakan balas . suhu , nilai pH , kepekatan enzim dan substrat boleh memengaruhi tindakan enzim .

Enzim intrasel Enzim yang terdapat dalam bahagian dalam sel seperti sitoplasma , nukleus , kloroplas dan membran plasma untuk tujuan kegunaan diri.

Enzim luar sel Enzim yang disintesiskan oleh ribosom pada jalinan endoplasma dalam sel dan ia dirembeskan keluar dari sel selepas dijadikan tidak aktif (proenzim) dan dibungkus dalam vesikel oleh jasad golgi . enzim akan diaktifkan semula pada organ sasaran dimana persekitaran adalah optimum bagi tindakan enzim itu didapati .

Suhu optimum Suhu dimana enzim bertindak dengan paling cergas . suhu optimum bagi kebanyakan haiwan berdarah panas adalah .

Ternyahasli Suhu dimana struktur protein enzim terurai pada suhu tinggi dan tdak boleh berfungsi lagi .

pH optimum Nilai dimana tindakan enzim adalah paling cergas dan cekap .Faktor penghad tindakan enzim

Faktor penghad tindakan enzim ialah kepekatan enzim dan kepekatan substrat dimana tindakan enzim yang terbantut walaupun pada keadaan optimum akibat satu daripadanya terlalu banyak .

Ba

b 5

: p

emb

ah

ag

ian

se

l

Pembahagian sel

Proses sel induk dibahagi dua untuk menghasilkan dua sel anak .

Mitosis Sel induk dibahagi untuk menghasilkan dua sel anak yang serupa dengan induknya demi proses penjanaan semula , pertumbuhan , pengantian sel atau pembiakan aseks .

Meiosis Pembahagian sel pembiakan/gamet yang melalui dua proses pembahagian (profasa1,metafasa1,anafasa1,telofasa1-dan-profasa2,metafasa2,anafasa2,telofasa ) untuk menghasilkan dua sel anak diploid yang berlainan pada peringkat pembahagian pertama dan menghasilkan jumlahnya empat sel anak haploid pada akhir peringkat pembahagian . tujuannya adalah untuk menwujudkan variasi genetik yang mungkin menghasilkan baka yang lebih baik daripada induknya selepas persenyawaan .

Kitar sel Kitar hidup bagi sel daripada awal sel itu terbentuk dari induk sebelumnya sehinggalah sel itu membahagi untuk menghasilkan dua sel anak .

Interfasa Tempoh selama 90% daripada kitar sel dimana sel menjalankan aktivitinya dengan normal dan tidak membahagi . dalam tempoh ini sel mengalami tiga fasa iaitu fasa pertumbuhan pertama , fasa sintesis dan fasa pertumbuhan kedua .

Fasa pertumbuhan pertama

Peringkat dimana pertumbuhan sel secara aktif menghasilkan organel baru . dalam masa ini penentuan sel untuk memasuki fasa sintesis ditentukan . jika keadaan sesuai sel itu memasuki fasa sintesis .

Fasa sintesis Sintesis bahan DNA berlaku dimana setiap kromosom mengganda menjadi dua kromatid yang seiras .

Fasa pertumbuhan

Sel membuat persiapan terakhir untuk membahagi dimana ia melibatkan aktiviti metabolisme .

Page 5: form 4

Profasa Tempoh dimana nukleolus hilang dan kromosom kelihatan menjadi padat , menebal dan memendek . pada akhir profasa , gentian gelendong terbentuk .-Pada akhir profasa 1 bagi meiosis 1 proses sinapsis dan pindah silang berlaku .

Metafasa Tempoh dimana kromosom beratur pada satah khatulistiwa tengah-tengah sel dan kedudukannya ditetapkan oleh gentian gelendong melalui sentrosom yang berada pada kutub sel berlainan .

Anafasa Tempoh dimana kromosom atau kromatid dipisahkan ke kutub masing-masing akibat pengecutan dan pemendekan gentian gelendong .-Pada anafasa bagi mitosis dan anafasa 2 bagi meiosis 2 , pasangan kromatid terpisah dan bergerak ke kutub bertentangan .-Pada anafasa 1 bagi meiosis 1 kromosom homolog terpisah dan bergerak ke kutub bertentangan . pasangan kromatidnya tidak terpisah tetapi begerak sebagai satu unit .

Telofasa Tempoh dimana kromosom sudah terkumpul di kutub bertentangan dan sel mula membahagi . pada tempoh ini gelendong menghilang dan kromosom menjadi kromatin semula . proses ini diikuti oleh proses sitokinesis untuk menyempurnakan proses pembahagian sel -Bagi sesetengah spesies yang menjalankan pembahagian sel secara meiosis akan terus memasuki meiosis 2 selepas lengkap meiosis 1 tanpa melalui interfasa peringkat dua .

Sitokinesis Proses pembahagian sitoplasma untuk menghasilkan dua sel anak .-Bagi sel haiwan , mikrofilamen yang terbentuk pada tengah-tengah sel mengecut menyebabkan sel mencerut di tengah-tengah sel menjdi dua sel anak .-Bagi sel tumbuhan , plat sel terbentuk di tengah-tengah sel membahagi sel tumbuhan kepada dua sel anak .

Jalinan kromatin

Jalinan DNA yang tidak jelas kelihatan , halus , panjang dan terletak berselerakan dalam nukleus semasa tempoh interfasa .

Kromatid Satu set lengkap jalinan DNA tunggal yang telah berpintal dan menebal

Kromosom Satu unit jalinan DNA yang telah menebal yang bergerak bebas tak kira terdiri daripada satu kromatid atau sepasang kromatid .

Kromosom homolog

Satu pasang kromosom yang sama jenis dan bergerak bersama-sama .

Sentrosom Pasangan sentriolSentromer Bahagian dimana pasangan kromatid bersambung dan terikat bersama

untuk menjadi kromosom .Gentian gelendong

Gentian halus yang dipancarkan oleh pasangan sentriol untuk mengikat kromosom atau kromatid semasa profasa .

Pindah silang Proses penukaran bahan genetik antara kromatid-kromatid kromosom homolog di kiasma semasa profasa .

Kiasma Tempat persilangan dan pernukaran bahan genetik semasa pindah silang .

Tetrad Nama bagi empat kromatid yang terdapat dalam kromosom homologHaploid Sel anak yang mempunyai separuh bilangan kromosom daripada

induknya (n - bilangan kromosom)Diploid Sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan

induknya (2n – bilangan kromosom)

Page 6: form 4

Kanser / tumor Sel yang tidak normal , membahagi bebas tanpa terkawal dan bersaing dengan sel sekitar demi mendapatkan nutrien .

Pembiakan aseks

Pembiakan yang melibatkan satu organisma induk secara mitosis untuk menghasilkan anak yang seiras .

Pembiakan seks

Pembiakan yang melibatkan gamet jantan dan gamet betina .

Ba

b 6

: o

rgan

isas

i sel

Organisma unisel

Organisma yang terdiri daripada satu sel yang dapat menjalankan hampir semua proses hidup untuk meneruskan kehidupan .

Organisma multisel

Organisma yang terdiri daripada pelbagai jenis sel yang menpunyai fungsinya yang tertentu dan saling berkerjasama sebagai satu unit .

Pseudopodium Merupakan unjuran dari sel melalui pengaliran sitoplasma (siklosis) untuk mengepung makanan (fagositosis) atau sebagai kaki palsu

Vakuol makanan

Ruang dalam organisma unisel yang menjalankan fagositosis yang berisi zarah makanan dan air selepas bakteria ditelan .

Silium Bulu-bulu yang halus dan panjang yang terdapat pada membran luar paramesium untuk tujuan pergerakan , struktur deria dan menarik butir makanan ke alur mulut .

Vakuol mengecut

Vakuol dalam organisma unisel yang hidup di kawasan air tawar (hipotonik) yang bertindak untuk mengawal tekanan osmosis (pengosmokawalaturan) dan mengecut untuk membuangkan air berlebihan yang memasuki sel secara osmosis .

Epitelium Tisu haiwan seperti skuma , kuboid dan turus yang mengasingkan dan sel bawahnya dari medium luar . ia juga boleh merembeskan mukus dan peluh dan juga menyerap makanan tercerna .

Tisu otot Tisu yang terdapat dengan paling banyak dalam badan dan boleh mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan .

Tisu saraf Terdiri daripada neuron yang boleh menghantarkan impuls saraf untuk menyelaras dan mengawal aktiviti badan .

Tisu penghubung

Tisu haiwan yang terdiri daripada beberapa jenis sel yang terpisah antara satu sama lain tetapi terbenam dalam matriks bersama-sama dengan gentian .contoh : darah , tulang , rawan , tendon dan ligamen

Parenkima Tisu tumbuhan yang ringkas dan mempunyai vakuol besar untuk menyimpan makanan dan memberi sokongan kepada tumbuhan .

Kolenkima Tisu tumbuhan yang ringkas dengan sedikit penebalan selulosa dan pektin untuk memberi sokongan pada tumbuhan tidak berkayu .

Sklerenkima Tisu tumbuhan yang ringkas dan mempunyai dinding yang ditebalkan oleh lignin untuk menyokong tumbuhan .

Endodermis Lapisan sel bagi tumbuhan yang mempunyai penebalan berlignin dan bersuberin dan ia mengelilingi silinder vaskular .

Tisu meristem Tisu tumbuhan yang giat membahagi demi pertumbuhan . selnya bernukleus besar , sitoplasma padat dan tiada vakuol

Meristem apeks Tisu meristem yang terdapat pada hujung akar dan hujung pucuk .Tisu vaskular Tisu tumbuhan yang membentuk tiub untuk membolehkan garam

mineral terlarut , air dan hasil fotosintesis diangkut ke bahagian lain .Xilem Membolehkan air dan garam mineral diangkut dari akar ke bahagian

yang lain .Floem Membolehkan hasil fotosintesis diangkut dari daun ke bahagian lain .Tisu epidermis Tisu berkutikel yang terdapat pada lapisan paling luar tumbuhan .Organ Sekumpulan tisu yang bergabung untuk melakukan sesuatu fungsi .

Page 7: form 4

Sistem Sekumpulan organ yang berkerjasama untuk melengkapkan sesuatu fungsi khusus .

Persekitaran dalam

Komposisi bendalir luar yang mengelilingi , membasahi dan mengisi ruang antara sel .

Homeostasis Proses mengekalkan keseimbangan faktor fizikal dan faktor kimia persekitaran dalam tanpa banyak dipengaruhi persekitaran luar . contoh : suhu badan tetap pada 37 c walaupun suhu bilik berubah .

Mekanisme pembetulan

Proses dimana sesuatu telah dibuat oleh badan untuk membetulkan perubahan pada persekitaran dalam kepada julat normal .

Mekanisme pengawalaturan

Proses kawalan homeostasis berdasarkan suap balik untuk memastikan setiap faktor yang dikawal berada pada julat normal .

Suap balik negatif

Mekanisme pembetulan yang menentang perubahan faktor pada persekitaran dalam, menyebabkan faktor terpesong kembali normal.

Suap balik positif

Mekanisme pembetulan yang mengikut kecerunan perubahan pada persekitaran dalam menyebabkan pemesongan yang teruk .

Nutrien Zat makanan yang diperlukan untuk nutrisi organisma.Autotrof Organisma yang mensintesiskan makanannya sendiri daripada bahan

bukan organik . caranya ialah fotosintesis dan kemosintesis Fotosintesis Proses mensintesis bahan organik (gula) daripada air dan karbon

dioksida dengan mengunakan tenaga cahaya (diperangkap klorofil )Kemosintesis Proses mensintesis sebatian organik daripada air dan karbon dioksida

dengan mengunakan tenaga yang dibebaskan melalui pengoksidaan bahan bukan organik seperti sulfur , ferum , hidrogen sulfida dan ammonia . contoh : bakteria sulfur , bakteria ferum .

Heterotrof Organisma yang memperolehi bahan makanan daripada sumber luar . Tiga kumpulan heterotrof : holozoik , saprofitisme dan parasitisme .

Holozoik Organisma yang memakan jirim organik atau organisma lain melalui mulut .

Ba

b 7

: n

utr

isi

Saprofitisme Organisma yang mendapat makanan dari organisma mati atau reputParasitisme Organisma yang menyerap makanan daripada organisma hidup .Gula penurun Gula yang menpunyai kuasa penurunan iaitu menyinkirkan oksigen

daripada sebatian lain . Larutan fehling& larutan benedict

Apabila ia dipanaskan bersama gula penurun , kuprum ( ) sulfat biru diturunkan kepada kuprum ( ) oksida yang berwarna mera bata

Gula bukan penurun (sukrosa)

Gula yang tidak mempunyai kuasa penurunan . ia tidak memberi kesan kepada larutan fehling atau larutan benedict kecuali diuraikan menjadi fruktosa dan glukosa dengan mendidihkannya bersama asid cair (hidrolisis)

Monosakarida Merupakan monomer karbohidrat yang paling ringkas (gula ringkas ) dan merupakan gula penurun . Contoh : glukosa (anggur) , fruktosa (buah-buahan manis) dan galaktosa (gula susu)

Disakarida Gula kompleks yang terbentuk daripada kondensasi dua molekul monosakarida dan penyingkiran satu molekul air . melalui hidrolisis (penambahan air) disakarida akan menjadi monosakarida semula . maltosa (bijrin) , laktosa (susu) merupakan gula penurun . kecuali sukrosa (buah-buahan manis , akar simpanan seperti bit gula )

Page 8: form 4

Polisakarida Banyak monosakari yang bercantum melalui kondensasi membentuk rantai panjang ( polimer ) . polisakarida tidak larut dalam air , tidak manis dan tidak menghablur . Contoh : Kanji – khabohidrat simpanan tumbuhan (gandum , beras) Glikogen - khabohidrat simpanan haiwan (hati,otot haiwan) Selulosa – sokongan sel tumbuhan (dinding sel , kintin)

Ujian iodin 2 titis larutan iodin ditambahkan ke dalam larutan diuji . kehadiran kanji menukarkan warna perang iodin menjadi biru hitam ( biru tua )

Asid amino perlu

Asid amino yang tidak dapat disintesis oleh badan kita dan perlu ‘diimport’ dari gizi makanan kita . terdapat 11 jenis dari asid amino ialah asid amino perlu . contoh : histidin

Asid amino tak perlu

Asid amino yang dapat disintesis oleh badan kita untuk membentuk asid amino baru . terdapat 9 jenis asid amino tak perlu .

Protein kelas pertama

Protein yang dapat membekalkan kita dengan semua asid amino perlu . Contoh : protein dalam daging , ikan , susu dan telur .

Protein kelas kedua

Protein yang tidak mempunyai kesemua asid amino perlu .Contoh : protein tumbuhan .

Struktur protein Primer : turutan linear asid amino dalam satu rantai polipeptidaSekunder : pintalan(heliks) dan lipatan(kepingan berlisu) polipeptidaTertier : rantai heliks berlipat membentuk satu protein globul 3D .Kuarterner : rantai polipeptida membentuk kompleks molekul protein

Ujian millon 2 titis bahan uji millon ditambahkan ke dalam larutan diuji dan campurannya dipanaskan melalui kukus air . kehadiran protein menukarkan mendakan putih kepada mendakan merah bata .

Ujian biuret 2 larutan natrium hidroksida ditambahkan kepada larutan diuji dan 2 titis larutan kuprum ( ) sulfat 1% dititiskan kepada larutan itu . kehadiran protein akan membentuk larutan ungu .

Ujian xantoprotein

Beberapa titis asid nitrik pekat ditambahkan ke dalam larutan diuji dan dipanaskan . kemudian sedikit larutan ammonia ditambahkan ke dalam campuran itu selepas disejukkan . jika terdapat kehadiran protein , protein akan menggumpal dan menukar warna dari putih kepada kuning apabila dipanaskan . apabila ammonia ditambahkan gumpalan itu bertukar warna menjadi warna jingga .

Kumpulan lipid Terdapat tiga kumpulan lipid : lemak/minyak(trigliserida) , fosfolipid dan steroid .

Steroid Terdiri daripada satu rangka asas (empat gelang atom karbon yang bercantuman) yang panjangnya berubah-ubah .Contoh : kolestrol (didapati dalam lemak tepu ) , testosteron estrogen dan progestron .

Lemak tak tepu Lemak bersifat cair pada suhu bilik yang terdapat pada minyak sayuran dan mengandungi kurang kolesterol . ia mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua antara dua atom karbon.

Lemak tepu Lemak bersifat pepejal pada suhu bilik yang terdapat pada lemak haiwan , susu penuh krim dan kek dan mengandungi banyak kolestrol . ia hanya mempunyai ikatan tunggal antara atom karbon.

Ujian kesan gris

Larutan dititiskan ke atas kertas turas dan dibiarkan kering . kehadiran miyak akan meningalkan kesan lut sinar pada kertas turas

Ujian sudan Beberapa titis larutan sudan ditambahkan ke dalam campuran larutan yang diuji dengan 2 air . kehadiran minyak akan membentuk lapisan minyak berwarna merah terapung di atas air .

Page 9: form 4

Vitamin Sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit untuk metabolisme sel dan tidak boleh disintesiskan (kecuali vitamin D dan K) . dua kelas vitamin : vitamin larut lemak – vitamin A,D,E dan K. Vitamin larut air – vitamin dan asid folik.

Ujian DCPIP 2 titis larutan DCPIP(diklorofenolindolfenol) ditambahkan ke dalam larutan . Kehadiran vitamin C melunturkan warna larutan DCPIP .

Garam mineral Garam mineral merupakan bahan bukan organik yang diperlukan dalam kuantiti tertentu untuk memelihara kesihatan badan dan untuk melancarkan proses fisiologi badan . terdapat 15 jenis unsur mineral

Makromineral Garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang lebih banyak bagi kesempurnaan hidup seperti kalsium , fosforus , kalium , natrium , klorin dan magnesium .

Mikromineral Garam mineral yang diperlukan dalam kuantiti yang amat sedikit dan menjadi toksik jika diambil berlebihan seperti besi , kuprum , kobalt , zink , mangan , iodin dan fluorin .

Serabut Selulosa tumbuhan yang bergentian dan tidak mempunyai nilai tenaga dan nilai nutrisi . ia bertindak sebagai pelawas untuk membantu peristalisis dan penyahtinjaan . ia mengelakkan sembelit dan menyerap bahan buangan toksik untuk mengelakan kanser usus

Gizi seimbang Gizi makanan yang mempunyai kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul dan kuantiti seimbang untuk memperlihara kesihatan optimum .

Nilai tenaga Nilai tenaga dalam makanan boleh diukur dalam bentuk tenaga haba dalam unit joule(J) dan kilojoule(kJ)

jisim 1 air = 1g , oleh itu jisim air = isipadu airnya

Kalori Unit lain bagi tenaga haba . 1 kalori ditarifkan sebagai kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah celsius( ) pada tekanan 1 atmosfera .

1kalori = 4.18 joule1kilojoule = 1000 joule

Keperluan tenaga harian

Keperluan tenaga harian dipengaruh oleh faktor umur , saiz atau berat badan , jenis pekerjaan , jatina dan tahap kesihatan .

Kalorimeter bom

Alat menentukan nilai kalori sesuatu makanan dengan membakar makanan dengan bantuan filamen panas dan oksigen yang disalurkan melalui tiub ke dalam bekas tertutup berisi air .

Gizi ibu mengandung

Ibu mengandung memerlukan makanan kaya dengan kalsium dan fosforus untuk membina tulang dan gigi fetus , asid folik untuk pembentukan sistem saraf fetus , ferum untuk pembentukan sel darah merah ,makanan berprotein dan bijirin .

Gizi kanak-kanak

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan makanan berprotein , vitamin dan garam mineral seperti kalsium dan fosforus .

Gizi remaja Gizi remaja mestilah berprotein ,vitamin , ferum dan berkhabohidrat .

Gizi orang tua Gizi orang tua mesti berprotein , vitamin (vitamin D , vitamin B ) dan garam mineral ( kalsium,fosforus ) . garam,lemak,khabohidrat dikurang

Pencernaan Proses pemecahan dan penguraian makanan kompleksyang tidak larut dalam salur alimenteri kepada molekul ringkas larut yang boleh diserap oleh lapisan epitelium usus kecil yang bersifat membran separa telap .

Page 10: form 4

Pencernaan fizikal

Proses pemecahan makanan secara makanikal untuk menghasilkan butir yang kecil . contoh : mengunyah makanan dengan gigi .

Pencernaan kimia

Proses pemecahan molekul kompleks makanan menjadi molekul ringkas dan melibatkan proses hidrolisis oleh enzim pencernaan .

Salur alimentari Salur alimentari dilapik oleh sel epitelium dan sel yang menghasilkan mukus . ia terdiri daripada mulut , farinks , esofagus , perut , usus kecil (duodenum , jejunum dan ilem) , usus besar (apendiks,sekum,kolon, dan rektum) dan dubur .

Pencernaan haiwn Ruminan

Haiwan ruminan seperti lembu , kambing dan unta mempunyai perut yang terdiri daripada empat ruang . mulut > rumen (tindakan enzim selulase) > retikulum (pencernaan selulosa) > mulut > omasum (penyerapan air) > abomasum (pencernaan protein )

Pencernaan haiwan Rodensia

Haiwan rodensia seperti tikus dan tupai mempunyai usus yang panjang dan pencernaan selulosa dilakukan dalam sekum oleh bakteria pencerna selulosa anerob . tinja disingkirkan kali pertama adalah lembut dan separa tercerna,dan ia dimakan semula untuk memperoleh nutrein dalamnya . tinja disingkirkan kali kedua adalah keras .

Hati Hati memproses glukosa berlebihan dan mengawal atur kepekatan gula dalam darah melalui hormon insulin yang menukarkan glukosa berlebihan kepada glikagon , dan hormon glukagon menukar glikagon kepada glukosa . hati juga dijadikan sebagai tempat simpanan lemak , ferum , vitamin A dan vitamin D . asid amino bertoksik berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen . hati juga menghasilkan hempedu dan mensintesis protein palsma .

Proses asimilasi

Proses penukaran molekul ringkas hasil pencernaan kepada molekul kompleks yang boleh digunakan atau disimpan dalam sel . contoh : penukaran asid amino menjadi protein protoplasma.

Kolon Bahagian usus besar selepas ileum yang berfungsi untuk menyerap air , jus hempedu , garam mineral dan menyinkir makanan tidak tercerna.

Rektum Bahagian usus besar selepas kolon yang berfungsi untuk menyimpan tinja untuk sementara waktu sebelum disingkirkan .

Tinja Bahan buangan yang tidak tercerna oleh sistem pencernaan .Penyahtinjaan Proses pembuangan tinja daripada rektum melalui dubur .Anoreksia nervosa

Anoreksia merupakan penyakit psikologi dimana seseorang kehilangan selera untuk makan atau tidak mahu makan kerana bimbang dengan berat badannya walaupun hakikatnya dia sangat kurus

Kegendutan Penimbunan lemak berlebihan di seluruh badan akibat terlebih makan dan kurang bersenam .

Bulemia nervosa

Sejenis penyakit di mana seorang akan makan secara paksa dan seterusnya mengaruh atau meluahkan semula makanan yang telah dimakan dengan sengaja kerana bimbang tentang berat badannya .

Makronutrien Unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak seperti Kalium(K) , Kalsium (Ca) , magnesium (Mg) , sulfur (S) , fosforus (P) , karbon (C) , hidrogen (H) , oksigen (O) dan nitrogen (N) .

Mikronutien Unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang sedikit seperti mangan (Mn) , zink (Zn) , kuprum (Cu) , molibdenum (Mo) , ferum (Fe) dan boron (B) .

Page 11: form 4

Larutan kultur sachs

Larutan disediakan oleh ahli sains Julius Van Sachs yang mempunyai unsur kalium nitrat (KNO ) 1 g , kalsium klorida (CaCl) 0.5g , kalsium sulfat (CaSO ) 0.4g , magnesium sulfat (MgSO ) 0.5g , kalsium fosfat (Ca (Po ) ) 0.5 g , ferum ( ) fosfat (FePO ) surih dalam 1000 cm air suling .

Larutan kultur knop

Larutan disediakan oleh ahli sains Wilhelm Knop yang mempunyai unsur kalsium nitrat (Ca(NO ) ) 0.8g , kalium nitrat (KNO ) 0.2g , kalium dihidrogen fosfat (KH PO ) 0.2g , Magnesium sulfat (MgSO ) 0.2g dan ferum ( ) fosfat (FePO ) surih dalam 1000 cm air suling.

Epidermis atas daun

Satu lapisan Sel lutsinar yang disaluti kutikel pada bahagian atas daun dan berfungsi untuk menlindung daun dari kecederaan fizikal .

Lapisan mesofil daun

Lapisan sel dalam daun yang terdiri daripada sel mesofil plasid yang menpunyai kloroplas dan mesofil berspan yang disusun longgar .

Epidermis bawah daun

Lapisan sel pelindung di permukaan bawah daun yang mempunyai liang seni stoma yang dikawal oleh sel pengawal .

Corak mozek daun

Susunan daun secara berselang-seli supaya tidak bertindih atau dilindungi daun lain pada pucuk yang sama .

Tindak balas cahaya

Tindak balas dalam granum kloroplas yang menguraikan air kepada ion hidrogen dan ion hidroksida semasa fotosintesis oleh cahaya . ion hidrogen akan bergabung dengan NADP (nikotinamida adenina dinukleotida ) membentuk NADPH (sejenis koenzim penurunan ) . ion hidroksida membebaskan elektron ke klorofil untuk membentuk kumpulan hidroksida yang akan berpadu dan membentuk air .dan oksigen . tenaga cahaya juga menukarkan ADP ke ATP.

Tindak balas gelap

Tindak balas dalam stroma kloroplas semasa fotosintesis tanpa memerlukan cahaya di mana ATP digunakan untuk mengikat karbon dioksida untuk diturunkan oleh NADPH kepada karbohidrat yang akan berpadu membentuk glukosa .

Granum kloroplas

Satu longgokan tilakoid yang tersisip antara lamela dalam kloroplas.

Lamela Satu sistem membran yang berfungsi sebagai tapak fotosintesis.

Stroma kloroplas

Matriks bendalir tanpa warna dalam kloroplas.

Kadar fotosintesis

Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh keamatan cahaya matahari , kepekatan karbon dioksida , suhu dan bekalan air .

Peningkatan kualiti dan kuantiti makanan

Cara meningkatkan kualiti makanan ialah dengan pembiakbakaan dan kejuruteraan genatik . cara meningkatkan kuantiti makanan adalah dengan mempelbagaikan jenis sumber makanan , kaedah aeroponik , kaedah hidroponik , kultur tisu , pengurusan tanah dan kawalan biologi.

Kaedah hidroponik

Penanaman tumbuhan dengan hanya menggunakan larutan nutrien beroksigen yang mengandungi semua makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan mengikut nisbah .

Kaedah aeroponik

Kaedah penanaman dengan menyembur larutan nutrien yang tepu dengan oksigen ke atas tanaman yang akarnya tergantung bebas dalam persekitaran tertutup .

Pembiakbakaan Kaedah menkacukkan jenis tanaman atau ternakan yang mempunyai sifat yang baik dan terpilih untuk menghasilkan jenis yang berkualiti .

Page 12: form 4

Pemprosesan Memproseskan makanan supaya lebih tahan lama dan berasa lebih baik . contoh : pempasteuran , pensterilan , penyinaran , penyejukan , pendehidratan dan penyemburan kering .

Pempasteuran Kaedah yang diperkenalkan oleh louis pasteur untuk memproses susu haiwan melalui kaedah pemanasan pada suhu tinggi (72 C)dalam masa yang singkat (15 saat) .

Pensterilan Melibatkan pemanasan makanan dengan menggunakan stim di bawah tekanan dan suhu yang tinggi .

Ba

b 8

res

pir

asi

Respirasi aerob Merupakan proses pengoksidaan makanan dalam sel hidup untuk menghasilkan tenaga . proses ini melibatkan penguraian lengkap substrat respirasi (biasanya glukosa) dalam kehadiran oksigen kepada karbon dioksida , air dan tenaga ( haba ) .

Respirasi anaerob

Merupakan proses penguraian glukosa (C H O ) separa lengkap di bawah bekalan oksigen terhad atau langsung tanpa oksigen menghasilkan asid latik ( C H O ) dan tenaga (ATP) yang sedikit . pengoksidaan asid latik manusia berlaku di dalam hati untuk menghasilkan karbon dioksida , air dan tenaga dengan kehadiran oksigen atau berpadu menjadi glukosa semula yang akan disimpan otot sebagai glikogen . respirasi anaerob yis dan tumbuhan menghasilkan etanol , karbon dioksida dan tenaga daripada glukosa dan dimankinkan oleh enzim zimase .

Hutang oksigen Keadaan otot yang berada dalam keadaan kekurangan oksigen semasa aktiviti yang cergas . pada masa ini , sel otot terpaksa berespirasi secara anaerob untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan kerana darah tidak sempat membekalkan oksigen yang cukup .

Spirakel Liang pernafasan (10 pasang) yang terletak pada badan serangga .Trakea serangga

Sistem tiub penghantaran gas respirasi yang diperkuatkan dengan gelang-gelang kintin .

Trakeol serangga

Cabang halus tanpa gelang kintin bagi trakea dan merupakan permukaan respirasi serangga kerana ia menyambung ke setiap sel badan dan mempunyai bendalir yang berupaya mengangkut oksigen .

Insang Organ respirasi ikan (4 pasang di kiri dan 4 pasang di kanan )

Filamen Unjuran halus dari lengkung insang yang bertulang .

Lamela insang Unjuran nipis dari tepi filamen dan merupakan tapak respirasi ikan .

Trakea manusia Sistem tiub penghantaran gas respirasi yang disokong oleh gelang rawan dan di permukaan dalamnya mempunyai sel epitelium bersilium dan sel perembes mukus untuk menapis udara daripada debu dan mikroorganisma .

alveolus Pundi respirasi manusia yang mempunyai permukaan yang lembap dan dikelilingi jalinan kapilari darah .

Otot interkosta Lapisan otot yang terdapat di antara tulang rusuk .

Mekanisme tarik nafas

Semasa menarik nafas , otot interkosta luar mengecut dan otot interkosta dalam mengendur menyebabkan tulang rusuk dinaikan . diafragma juga mengecut dan mendatar menambahkan isipadu peparu.

Page 13: form 4

Mekanisme hembus nafas

Semasa menhembus nafas , otot interkosta luar mengendur dan otot interkosta dalam mengecut menyebabkan tulang rusuk digerakan ke bawah . diafragma juga mengendur dan melengkung ke atas mengurangkan isipadu peparu .

Hemoglobin Pigmen merah dalam sel eritrosit yang berfungsi untuk mengangkut oksigen . pada tekanan separa oksigen (PO ) yang tinggi di alveolus , hemoglobin (HHb) bergabung dengan oksigen membentuk

oksihemoglobin (HbO ) dengan mudah dengan membebaskan satu

ion hidrogen (H ) . pada tekanan separa oksigen (PO ) yang rendah di kapilari tisu sel badan , oksihemoglobin melepaskan oksigen kepada sel dengan menerima satu hidrogen .

Pengangkutan karbon dioksida

Terdapat tiga cara pengangkutan karbon dioksida dalam darah .

sebahagian besar dalam bentuk ion hidrogen karbonat (HCO ) dalam

plasma darah , selainnya terlarut dalam darah menjadi asid karbonik (H CO ) atau berpadu dengan hemoglobin membentuk karbaminohemoglobin .

Liang lentisel Liang yang terdapat pada batang berkulit tebal di mana terdapat sekumpulan sel yang tersusun longgar di dalam liang lentisel untuk tujuan pertukaran gas .

Liang stoma Liang pada permukaan bawah daun untuk tujuan pertukaran gas yang dibuka pada waktu siang dan dikawal oleh sel pengawal .

Keamatan cahaya pada titik pampasan

Keamatan cahaya apabila kadar penghasilan karbon dioksida semasa respirasi adalah sama dengan kadar penggunaan karbon dioksida semasa fotosintesis .

Penunjuk hidrogen karbonat

Penunjuk hidrogen karbonat pada asalnya adalah berwarna merah . dengan kehadiran karbon dioksida yang tinggi dalam larutan diuji menyebabkan keasidan meningkat dan menukarkan penunjuk kepada warna merah . dengan kehadiran karbon dioksida yang rendah , keasidan menurun dan menukarkan warna penunjuk kepada warna unggu . ujian ini biasanya untuk menguji respirasi organisma hidup .

Larutan kalium hidroksida

Menyerap gas karbon dioksida .

Ba

b 9

: e

ko

sist

em

din

amik

Ekosistem Ekosistem terdiri daripada komponen biosis dan komponen abiosis yang saling memengaruhi taburan organisma dalam satu ekosistem .

Komponen abiosis

Komponen abiosis terdiri daripada komponen bukan hidup seperti nilai pH medium , keadaan suhu , keamatan cahaya , kelembapan , topografi (bentuk muka bumi) dan iklim mikro (iklim setempat di sesuatu kawasan kecil seperti di bawah sebuah pasu bunga .)

Komponen biosis

Komponen biosis terdiri daripada semua hidupan , iaitu haiwan dan tumbuhan yang berkaitan serta saling mempengaruhi antara satu sama lain . ia terbahagi tiga kumpulan iaitu pengeluar , pengguna (herbivor , karnivor dan omivor ) dan pengurai .

Rantai makanan

Rantai makanan diiktiraf sebagai hubungan pemakanan dan pemindahan tenaga melalui satu urutan di mana satu organisma memakan organisma yang sebelumnya dan tenaga dialirkan daripada satu organisma kepada organisma yang lain .

Aras trof Kedudukan atau peringkat sesuatu organisma dalam rantai makanan .

Page 14: form 4

Piramid nombor

Piramid nombor menunjukan hierarki hubungan antara organisma dalam sesuatu komuniti berdasarkan aras trof.

Piramid tenaga Menunjukkan pengurangan tenaga dari satu aras trof ke aras trof yang berikutnya . hanya 10% tenaga daripada jisim organisma dapat dipindahkan ke aras trof berikutnya , selainnya 90% hilang melalui aktiviti harian organisma yang dimakannya .

Piramid biojisim

Bentuk yang sama dengan piramid tenaga tetapi menunjukkan gambaran jisim tisu dalam badan sesuatu organisma .

Jaringan makanan

Jaringan makanan terdiri daripada rantai makanan yang organismanya hidup saling bersandaran antara satu sama lain .

Simbiosis Interaksi antara organisma dari segi pemakanan dan bergantung satu sama lain dalam sehala atau dua hala . terdapat tiga jenis simbiosis iaitu komensalisme , parasitisme dan mutualisme atau kesalingan .

Komensalisme Salah satu organisma mendapat keuntungan (komensal) manakala satu lagi organisma tidak mendapat keuntungan atau kerugian (perumah) .

Epifit Komensal tumbuhan hijau yang menumpang tumbuhan yang libih tinggi untuk mendapat cahaya . contoh : pokok duit-duit , orkid .

Epizoit Komensal haiwan yang melekat diri pada permukaan perumah untuk mendapat pengangkutan percuma. contoh :teritip pada cangkerang ketam , ikan remora pada bahagian ventral ikan yu .

Parasitisme Salah satu organisma mendapat keuntungan (parasit) daripada organisma lain yang mengalami kerugian atau keburukan (perumah)

Ektoparasit Parasit yang hidup di permukaan luar badan perumahnya . contoh : nyamuk , kutu daun (afid) , pacat , bunga rafflesia dan pokok dedalu .

Endoparasit Parasit yang hidup di dalam badan organisma lain perumah . contoh : cacing pita dan cacing gelang dalam usus perumah .

Mutualisme atau kesalingan

Kedua –dua organisma mendapat keuntungan dalam interaksi ini dan saling bersandaran untuk terus hidup . contoh : rhizobium (bakteria pengikat nitrogen)pada nodul akar pokok legum , protozoa berflagelum (menghasilkan enzim pencernaan selulosa) dalam usus anai-anai .

Saprofitisme Cara pemakanan yang diamalkan organisma (saprofit/saprozoit) yang mendapat makanan daripada organisma seperti tumbuhan yang mati atau reput .

Saprofit Organisma yang merembeskan enzim untuk mencernakan organisma lain yang mati atau reput menjadi bahan ringkas sebelum diserap . contoh : kulat pengurai , bakteria , cendawan dan yis .

Saprozoit Haiwan yang memakan organisma yang mati atau reput .contoh : cacing tanah , ameba dan paramesium .

Spesies Sekumpulan Organisma yang serupa dan boleh saling membiak antara satu sama lain untuk melahirkan anak .

Populasi Sekumpulan organisma daripada spesies yang sama dan hidup di kawasan yang sama .

Habitat Tempat hidup semula jadi yang memenuhi semua keperluan hidup sesuatu organisma .

Nic Peranan yang dimainkan oleh sesuatu organisma dalam sesuatu ekosistem . contoh : tumbuhan membina makanan melalui fotosintesis.

Komuniti Merujuk kepada semua populasi tumbuhan dan haiwan daripada pelbagai spesies yang hidup dalam sesuatu habitat tertentu .

Page 15: form 4

Pengkolonian Proses dimana organisma hidup menakluki atau menduduki sesuatu kawasan baru .

Spesies Perintis

Spesis yang pertama kali berjaya menakluki dan menduduki di sesuatu kawasan yang belum pernah diduduki oleh spesies lain . spesies perintis mempunyai mempunyai sifat penyesuaian khas dan dapat mengubah struktur persekitaran asal sesuatu kawasan baru itu .

Spesies penyesar

Spesies dominan yang mengantikan atau menyesarkan spesis perintis akibat perubahan persekitaran oleh spesies perintis .

Komuniti klimaks

Komuniti yang stabil dari selepas proses sesaran yang berterusan secara berperingkat berhenti atau mencapai keseimbangan .

Penyesuaian pokok bakau

Pokok bakau mempunyai sistem akar yang bercabang yang stabil , akar pernafasan (akar pneumatofor) yang berliang (lentisel) , benih yang bercambah sebelum mengugur dari induk , mempunyai liang hidatod di permukaan bawah daun untuk menyinkir garam mineral berlebihan dan daun yang tebal dan sukulen untuk menyimpan air .

Saiz populasi Saiz populasi dan taburan sesuatu spesies boleh ditentukan dengan :a) kaedah tangkap-tanda-lepas dan tangkap semula sesuai untuk haiwan yang bergerak bebas di kawasan tetentu saiz populasi = b) kaedah persampelan kuadrat sesuai untuk menguji taburan tumbuhan atau komuniti yang tidak bergerak . kuadrat digunakan sebagai sampel atau wakil untuk satu kawasan yang luas .

kepadatan =

peratus liputan =

Kekunci pengenalan

Senarai ciri yang membezakan satu organisma dengan organisma yang lain .

Kekunci dikotomi

Kekunci pengenalan yang terdiri daripada satu urutan pasangan ciri yang bertentangan yang nyata dan mudah dikesan .

Penamaan Penamaan sesuatu organisma mengikut sistem binomial linnaeus. Nama organisma dimulakan dengan nama genus diikuti nama spesies.

biodiversiti Kepelbagaian biologi atau bilangan spesies yang banyak di alam .

Patogen Mikroorganisma yang membawa penyakit . cara jangkitan patogen boleh melalui udara , air , makanan , sentuhan dan vektor (melibatkan serangga) . cara mengawal patogen adalah dengan penggunaan antibiotik dihasilkan oleh sesetengah mikroorganisma atau bakteria) , vaksin ( potogen yang mati atau dilemahkan ) , antiseptik (merencat pertumbuhan bakteria tetapi tidak membunuhnya seperti iodin) dan disinfektan (bahan kimia penyahjangkit seperti klorin).

Pencemaran Perubahan sifat fizik , kimia , biologi , terma atau aras radiasi dalam alam sekitar sehingga mengganggu , membawa kerosakan , menjejaskan dan menimbulkan keadaan berbahaya kepada kesihatan , keselamatan dan kebajikan manusia serta organisma lain .Contoh : pencemaran udara , air , bunyi dan terma .

Page 16: form 4

Kesan rumah hijau

Fenomena pemanasan global disebabkan penyerapan haba dari sinaran matahari yang dipantulkan bumi oleh gas karbon dioksida , metana , karbon monoksida , wap air , oksida nitrogen dan kloroflorokarbon (CFC) dalam atmosfera .

Ba

b 1

0: e

ko

sis

tem

ter

an

cam

Penipisan ozon Penipisan lapisan pelindung bumi dari sinar ultraungu matahari pada lapisan stratosfera akibat daripada tindak balas berantai klorin (Cl) yang diuraikan oleh sinaran ultraungu daripada gas kloroflorokarbon (CF Cl ) . klorin membentuk klorin monoksida (ClO) dan oksigen (O ) apabila bertindak balas dengan gas ozon (O ) . kitaran diteruskan apabila klorin monoksida bertindak balas dengan ion oksigen (O ) dalam atmosfera membentuk ion klorin bebas .

B.O.D Keperluan oksigen biokimia atau B.O.D ialah jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat untuk menguraikan bahan organik daripada air dalam ukuran (mg/l) nilai B.O.D yang tinggi menunjukan kualiti air tidak baik dan kandungan oksigen adalah rendah akibat daripada bilangan bakteria dan kulat pengurai yang banyak . mikroorganisma ini mengunakan oksigen untuk menguraikan bahan organik seperti kumbahan dan alga mati .

Eutrofikasi Pengayaan sumber air dengan nutrien terutama dari baja organik seperti baja nitrat dan fosfat yang membolehkan sumber air tersebut menyokong populasi tumbuhan hijau seperti alga hijau . kadar pertambahan alga hijau adalah lebih tinggi daripada kadar pertambahan populasi haiwan akuatik menyebabkan B.O.D meningkat dan haiwan akuatik mati akibat kekurangan oksigen .

Bahan agrokimia

Bahan seperti insektisid , fungisid , herbisid , baja kimia dan baja organik . bahan ini dapat dilarutkan oleh air dan boleh membunuh fitoplankton dan zooplankton .

Biologi tingkatan 4 disediakan oleh kiu dawn chii (5B) - 2003 – hak cipta terpelihara .