fungsi dan peranan pusat sumber sekolah.doc

8
Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid. Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid. Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya ada di sini. Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan pelajaran dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini. Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru. Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid- murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat oleh murid-murid. Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail dan spesialis ( detail and specialise) serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya boleh menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya pelbagai media perangsang. Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai matlamatnya dengan menyeluruh.

Upload: jit-chong-teng

Post on 07-Dec-2015

186 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah.doc

Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah ialah tempat berlakunya segala kegiatan memperoleh sesuatu maklumat atau

pengetahuan yang bertujuan untuk mempertingkat taraf profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, ia merupakan

suatu unit bersepadu yang bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan

pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak dengan aktif dan bermakna bagi

memenuhi kehendak kedua-dua pihak, iaitu guru dan murid.

Di pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf pengajaran dan

pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat Sumber Sekolah hendaklah berkhidmat sebagai tempat

untuk memperoleh, menghasilkan, mengorganisasi dan mengedarkan bahan untuk proses pengajaran dan

pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid-murid.

Selain itu, Pusat Sumber Sekolah berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan dapat

pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahan-bahan itu boleh dicari dan digunakan

dengan mencukupi dan mudah. Para guru dan murid-murid boleh mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh

sekolah dan yang ada kena-mengena dengan pelajaran. Bahan-bahan rujukan seperti buku, pelbagai alat bantu

mengajar seperti radio, televisyen dan pelbagai bahan rekreasi sekolah seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan

sebagainya ada di sini.

Pusat Sumber Sekolah dapat bertindak sebagai bank atau gedung ilmu penngetahuan, iaitu bahan pelajaran

dapat dipilih untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah. Selain itu, pusat sumber ini juga memberi panduan

kepada guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan selaras dengan

keperluan dan tujuan masing-masing. Contohnya, seorang guru yang inginkan bahan dari pusat sumber untuk

mengajar sesuatu kemahiran atau mata pelajaran tertentu akan mencari bahan-bahan atau alat-alat bantu mengajar

yang tepat dan sesuai dengan mata pelajaran itu di sini.

 

Dengan adanya Pusat Sumber Sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran akan. berjalan dengan lebih sistematik

dan berkesan. Penggunaan alatan dan bahan di pusat sumber dapat membantu seseorang guru menerangkan sesuatu

hukum, konsep dan hujah dengan lebih berkesan. Ini dapat memperkaya pengalaman murid-murid dan juga guru.

Memandangkan murid-murid di negara ini tidak pernah melihat salji, sebuah filem yang menunjukkan tentang salji dan

persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid-murid tersebut. Hal ini menggambarkan murid-murid itu sendiri yang

mengalami persekitaran itu setelah mendapat gambaran yang jelas, penerangan yang baik dan spontan yang dapat dilihat

oleh murid-murid.

Dengan menggunakan sumber, pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menjadi lebih dekat, lebih `detail

dan spesialis’ (detail and specialise) serta menjjadi lebih menarik dan bermakna. Sesuatu perkara yang berlaku atau terdapat

di luar bilik darjah dapat disampaikan dengan menggunakan sumber yang ada. Hal ini menjadikan perkara di luar bilik darjah

lebih hampir kepada murid-murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam bentuk media dan dibawa masuk ke

dalam bilik darjah. Contohnya, jika kita ingin memberitahu tentang kenderaan kepada murid-murid yang belum pernah melihat

kenderaan tersebut, terutamanya murid-murid di kawasan pedalaman, penggunaan sumber dapat membantu guru. Ini akan

menggalakkan perubahan tingkah laku yang diingini. Pembelajaran yang berdasarkan penggunaan sumber ini sebenarnya

boleh menyeronokkan murid-murid kerana persekitaran di dalam bilik darjah adalah stabil dan selesa, di samping adanya

pelbagai media perangsang.

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang penting dalam

menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa Pusat Sumber Sekolah, pengajaran mungkin tidak mencapai

matlamatnya dengan menyeluruh.

Page 2: Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah.doc

Peranan PIBG

PIBG yang ditubuhkan di sekolah seharusnya berfungsi sebagai satu 'Majlis' bukan satu 'Pertubuhan' yang terasing di sekolah. Kalaupun disebut sebagai 'Persatuan' hanyalah sebagai satu 'Kumpulan Seminat' sahaja. Maksudnya kumpulan orang yang prihatin kepada masalah pendidikan. Mereka terdiri daripada ibu bapa dan guru.

PIBG sepatutnya dijadikan sebagai satu 'Medan' mengadakan 'Forum' untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta berunding (musyawarah) dalam suasana muhibbah bagi menyelesaikan masalah sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah.

Konsep PIBG membantu sekolah ini bermatlamat meringankan dan melicinkan perlaksanaan Program Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan budaya sekolah termasuk pembangunan infrastruktur (Prasarana fizikal).

PIBG tidak boleh campurtangan dalam urusan pengelolaan dan pentadbiran sekolah. Ini kerana seseorang Pengetua atau Guru Besar sebagai Pengurus Sekolah telah dipertanggongjawabkan dengan Perintah-Perintah Am (General Order) mengenai arahan pentadbiran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk dilaksanakan.

Justeru kerana itu PIBG mesti mengetahui dan memainkan peranan mengikut bidang tugas yang sewajarnya agar tidak menyeleweng dari fungsi sebenar penubuhan PIBG.

3. BIDANG TUGAS PIBG:Bidang tugas PIBG sepatutnya merangkumi perkara-perkara berikut:-a. Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.

b. Membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaanmurid-murid dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, budaya sekolah dan bidangyang difikir perlu.

c. Ibu bapa dan guru di sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta berunding dalam suasana muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaranmurid-murid sama ada di rumah atau di sekolah.

Page 3: Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah.doc

d. Bergotong-royong menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid.

e. Menentukan murid-murid mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.

f. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong  ke arah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmanirohani, emosi dan intelek murid secara menyeluruh dan bersepadu.g. Membantu pembangunan fizikal (infrstruktur) sekolah yang diperlukan dengan serta-merta.

4. KEKANGAN DAN HALANGAN:

a. Ibu bapa:

i. Kebanyakan ibu bapa mempunyai tahap pelajaran yang rendah dan terlalu sibuk dengan tugas mencari nafkah.

ii. Ibu bapa meletak tanggongjawab mendidik anak-anak mereka 100% kepada guru.

iii. Ibu bapa kurang memberi keutamaan kepada masalah persekolahan dan pendidikan anak-anak mereka.

iv. Ibu bapa tidak mahu hadir ke sekolah berjumpa dan berbincang dengan guru atauberunding dengan guru berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.

v. Ibu bapa beranggapan menghadiri upacara rasmi sekolah sebagai perkara membuang masa.

vi. Kebanyakan ibu bapa berasa rendah diri dan beranggapan mereka tidak setaraf dengan guru.

vii. Kebanyakan ibu bapa bekerja sendiri dan pendapatan di bawah paras kemiskinan serta pendapatan tidak tetap.

b. GURU:

i. Ada sebilangan guru tidak mengajar bersungguh-sungguh dan beranggapan mereka bekerja semata-mata makan gaji.

ii. Guru tidak berusaha menjalin hubungan dan pergaulan dengan ibu bapa.

iii. Kerapkali salahlaku murid tidak dimaklum kepada ibu bapa terlebih dahulu.

iv. Guru kurang mengadakan kelas bimbingan, kelas pemulihan dan kelas tambahan.

v. Guru kurang menggunakan ABM dan ABB semasa mengajar.

Page 4: Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah.doc

vi. Kurang latihan pengukuhan diberi kepada murid.vii. ABM dan BBM tidak mencukupi dan tidak releven.ix. Pengajaran guru kurang terancang.xi. Guru terpaksa mengajar bilangan murid yang ramai di kelas.xii. Guru kurang membuat ujian dan penilaian.xiii. Perhubungan guru dengan murid kurang mesra.

c. MURID-MURID:

i. Murid-Murid tinggal jauh dari sekolah.ii. Murid-murid terpaksa berjalan ke sekolah.iii. Murid-murid tidak ada kemudahan belajar di rumah.iv. Murid-murid tidak mempunyai perbelanjaan wang saku yang mencukupi ke sekolah.

v. Murid mempunyai masa belajar yang kurang di rumah.vi. Murid-murid tidak belajar di rumah.vii. Murid-murid tidak peduli dengan kerja rumah yang diberi oleh guru dan tidak buat kerja rumah.viii. Murid-murid tidak mempunyai bahan bacaan di rumah.ix. Murid-murid kurang menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

x. Murid-murid kurang menggunakan kemudahan perpustakaan. 5. PENYELESAIAN MASALAH:

a. IBU BAPA:i. Pihak pengurusan Sekolah dengan kerjasama PIBG perlu mengatur rancangan dan aktiviti untuk menyedarkan ibu bapa dan masyarakat bahawa tanggongjawabmendidik anak-anak mereka bukan seharusnya diletakkan 100% kepada guru-guru di sekolah.

ii. PIBG perlu mengadakan aktiviti ke arah membantu ibu bapa dan masyarakat memperolehi ilmu dan kemahiran serta membina sikap yang positif dan sesuai.Aktiviti itu hendaklah berkaitan dengan perkembangan menyeluruh dan bersepadu anak-anak mereka dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek.

iii. Di samping itu kesedaran haruslah dipupuk di kalangan ibu bapa bahawa tanggongjawab memberi pendidikan yang sebenarnya (hakiki) bermula di rumah dandikembangkan di sekolah oleh guru-guru sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah melalui aktiviti ko-kurikulum sekolah. Kemudian murid itu sendiri mengamalkan dan menghayati segala ilmu yang diperolehi itu dalam kehidupansehari-harian.

b. GURU:

Page 5: Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah.doc

Guru -guru hendaklah sedar bahawa tugas utama mereka bukan hanya semata-mata menyampai ilmu kepada murid-murid dibilik darjah sahaja tetapi guru mesti memainkan peranan seperti berikut:-

i. Guru sebagai perancang, fasilitator dan pengurus pengajaran dan pembelajaran.

ii. Guru sebagai pengembang dan pengukuh penguasaan kemahiran.iii. Guru sebagai pembentuk akhlak.vi. Guru sebagai contoh teladan (Rule Model).v. Guru sebagai agen perubahan Masyarakat.

6. KESIMPULAN:

Dalam melaksanakan tanggongjawab dan amanah memajukan pendidikan adalah diharapkan pihak guru dan AJK PIBG dapat menghayati konsep etika kerja yang selaras dengan nilai-nilai murni Islam.

Di antara etika kerja mengikut nilai-nilai Islam ia lah:-i. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.

ii. Bekerja denga ikhlas dan amanah.

iii. Bekerja dengan tekun dan cekap.

vi. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan musyawarah serta berpandukan fikiranyang bersih.

v. Bekerja dengan matlamat untuk kebahgiaan manusia sejagat di dunia dan di akhirat.

Page 6: Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah.doc

Tujuan Koperasi

Ada beberapa tujuan koperasi sekolah ditubuhkan dan tertakluk pada Akta Koperasi  dan

kaedah-kaedahnya. Tujuan utama ialah untuk memberi dedahan dan pengalaman aktiviti koperasi

dikalangan para pelajar supaya mereka akan menjadi bakal koperator dewasa yang berkebolehan dalam

aktiviti berkoperasi.  Antara tujuan-tujuan seperti tercatit di undang-undang kecil koperasi sekolah 

ialah:-

Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian daripada

wang mereka bagi maksud yang yang baik. Mengadakan kemudahan untuk menjual kepada anggota-

anggota barang-barang keperluan mereka itu seperti barang-barang persekolahan, makanan, pakaian dan

sebagainya dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar.

Membuat atau mengadakan sebarang alat kelengkapan persekolahan dan menternak atau

memelihara sebarang jenis binatang yang mustahak untuk kegunaan pelajaran anggota-anggotanya.

  Memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak penguasa sekolah dalam sebarang usaha dan

rancangan yang dianjurkan olehnya bagi faedah dan kebajikan anggota-anggotanya.

Menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti yang munasabah dan berfaedah selain daripada aktiviti-

aktiviti di atas dengan kebenaran Ketua Pendaftar terlebih dahulu.

Kejayaan model Gerakan Koperasi Sekolah di Malaysia telah dijadikan contoh oleh banyak

negara lain yang ingin menerapkan semangat berkoperasi kepada generasi muda bermula sejak di

peringkat sekolah. Sekarang ni, hampir 90% sekolah menengah telah menubuhkan koperasi sekolah.

Kewujudan koperasi sekolah bukannya untuk mencari keuntungan yang tinggi melalui perniagaan yang

dijalankan. Kegiatan yang dijalankan oleh koperasi lebih kepada memupuk minat seseorang pelajar

menceburi bidang perniagaan. Ianya bertujuan untuk membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar

dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila keluar sekolah nanti.

Kejayaan tersebut bukannya datang bergolek tetapi perlu diusahakan. Salah satu caranya ialah

menggalakan mereka berniaga dan memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berusaha keras

membangunkan gerakan koperasi sekolah ini.

Hari Koperasi Sekolah misalnya  bertujuan untuk menilai prestasi koperasi masing-masing

melalui perbandingan dengan koperasi-koperasi lain yang berjaya. Melalui Hari Koperasi Sekolah ini,

Page 7: Fungsi dan Peranan Pusat Sumber Sekolah.doc

pelajar bukan sahaja berpeluang mengenali gerakan koperasi di peringkat sekolah dengan lebih dekat,

malahan dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan akan membuka mata dan minda mereka tentang

sumbangan gerakan ini di Malaysia sebagai wahana penggerak ekonomi kepada negara.

Latar Belakang Koperasi Sekolah

Adalah menjadi hasrat dan impian Kementerian Pelajaran supaya semua sekolah menengahmenubuhkan koperasi sekolah menjelang 2010. Koperasi sekolah merupakan platform yang paling berkesan untuk pelajar-pelajar mengasah bakat dan minat mereka di dalam bidang perniagaan terutamanya untuk mengaplikasikan subjek ekonomi, prinsip akaun, perdagangan dan matematik dalam kehidupan seharian.Idea penubuhan awal koperasi sekolah adalah dari cetusan minda Profesor Diraja Ungku A.Aziz, semasa beliau bertugas sebagai Naib Chanselor Universiti Malaya. Hasrat beliau tercatat di dalam Buku Biografinya yang telah menggalakkan penubuhan sebuah badan koperatif pelajar pada 20 Oktober 1966 di Kampus Universiti Malaya dan seterusnya badan-badan koperasi pelajar yang lain ( ANGKASA, 1994 ).

 

Dengan adanya koperasi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan situasi sebenarnya. pengalaman mengurus koperasi dapat membantu pelajar dan guru-guru menjadi usahawan suatu hari nanti dan yang paling penting dapat menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dan secara tidak langsung pelajaran yang diajar menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

  Di samping itu pelajar juga akan mempelajari cara untuk menjadi pengurus yang baik. Jamar Mat Ali menyatakan bahawa konsep ‘Sun Tzu’ boleh digunapakai dalam perniagaan terutamanya koperasi iaitu kebijaksaan, kesetiaan, perikemanusian, keberanian dan ketegasan. Sifat kebijaksanaan perlu ada pada seorang pengurus di mana ia bolah mengetahui apa yang sedang berlaku dalam koperasi tetapi juga dapat meramalkan situasi semasa dan akan dating yang memberi implikasi terhadap starategi-strateginya. Pengurus juga perlu setia dan mempunyai sifat kemanusiaan iaitu mengambil berat tentang kebajikan ahli. Dengan menyertai koperasi, pelajar dapat mendisiplinkan diri dan menanam sifat jati diri dan modal insan yang tinggi kerana mereka perlu jujur, sadik dan amanah. Mahmud Yusof (1993) berpendapat bahawa jika koperasi dianggap sebagai satu alat yang boleh membantu pelajar menambahkan pengetahuan tentang perniagaan dan juga pada masa yang sama menambah pendapatan mereka..

Beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati tidak semua koperasi berjaya dalam pencapaian matlamat dan perniagaannya. Banyak juga di antaranya yang mengalami kegagalan dan kerugian lantaran beberapa sebab dan masalah yang mereka hadapi ( Rahman 1990; Mukhtar, 1994; dan Bakar 1995 ). Antara masalah – masalah yang dikenalpasti mengikut laporan dari ANGKASA (1994) dan Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (1995) ialah :