garis panduan pemberian sumbangan … · 2.1 bantuan bencana alam – diberi kepada ahli yang...
TRANSCRIPT
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
1/15 Kemaskini 28 Dis 2016
GARIS PANDUAN PEMBERIAN SUMBANGAN
JAWATANKUASA KECIL BERKAT
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
2/15 Kemaskini 28 Dis 2016
JAWATANKUASA KECIL KEBAJIKAN
POLISI / GARIS PANDUAN PEMBERIAN SUMBANGAN
1. SKOP
Pemberian bantuan melalui Jawatankuasa Kecil Kebajikan kepada:
1.1 Ahli.
1.2 Waris kepada ahli yang meninggal dunia.
2. PEMBERIAN SUMBANGAN / BANTUAN
2.1 Bantuan Bencana Alam – diberi kepada ahli yang mengalami musibah kebakaran, banjir, tanah
runtuh, ribut dan sebagainya.
2.2 Bantuan Kematian Ahli - diberikan kepada waris ahli yang meninggal dunia.
2.3 Bantuan Kematian Keluarga Ahli - diberikan kepada ahli.
2.4 Lain-lain bantuan kepada ahli dalam kesusahan.
3. KELAYAKAN
3.1 Ahli.
3.2 Waris kepada ahli yang meninggal dunia.
3.3 Keluarga ahli yang meninggal dunia. Keluarga ahli terdiri daripada suami/ isteri/ ibu/ bapa
kandung/ anak yang berumur tidak lebih 18 tahun/ OKU.
4. BENTUK DAN KADAR BANTUAN
4.1 Bantuan ini akan dikeluarkan berdasarkan kepada kejadian bencana alam dan kematian.
4.2 Kadar bantuan adalah seperti berikut:
4.2.1 Bantuan Bencana Alam diberi kepada ahli dan jumlah kerugian yang dialami tertakluk
kepada maksima RM700. Bantuan diberi sekali sahaja dalam tempoh setahun.
4.2.2 Bantuan kematian ahli diberikan kepada waris ahli sebanyak RM500.
4.2.3 Bantuan kematian keluarga ahli sebanyak RM250.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
3/15 Kemaskini 28 Dis 2016
5. KELULUSAN JAWATANKUASA
5.1 Bantuan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.
Nota:
- Mesyuarat Jawatankuasa BERKAT Bil.7 Tahun 2002-2003 telah meluluskan bayaran bantuan kebajikan ke atas ahli yang
meninggal dunia boleh dibayar dahulu dan kemudian dimaklumkan kepada mesyuarat Jawatankuasa BERKAT mengikut
kadar berikut: Ahli Bujang – RM200.00, Ahli Berkahwin belum mempunyai anak – RM 300.00, Ahli yang mempunyai anak –
RM400.00.
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas BERKAT Bil. 4 Tahun 2014 telah meluluskan bayaran bantuan kebajikan ke atas ahli yang
terlibat dalam bencana alam mengikut kadar berikut: Anggaran Kerugian ≤ RM1000 - RM100; RM1001-RM3000 - RM200;
RM3001-RM5000 - RM300; RM5001- RM10000 - RM400; > RM10000 - RM500.
- Mesyuarat Jawatankuasa BERKAT Bil. 3 Tahun 2015 telah meluluskan bayaran bantuan kebajikan ke atas ahli yang terlibat
dalam bencana alam mengikut kadar berikut: Anggaran Kerugian ≤ RM1000 – RM200; RM1001-RM3000 – RM350; RM3001-
RM5000 – RM450; RM5001- RM10000 – RM550; > RM10000 – RM700. Kemusnahan barangan/ peralatan yang berada di
rumah seperti berikut: (i) Rumah yang dimiliki/ disewa/ didiami oleh ahli; (ii) Rumah yang dimiliki oleh ahli tetapi didiami
oleh Ibu/Bapa ahli. Bagi bantuan kematian seperti berikut: (i) Kadar kematian ahli diselaraskan kepada RM500 sahaja (tanpa
kategori ahli bujang/berkeluarga); (ii) Kadar kematian keluarga ahli sebanyak RM250. Ia berkuatkuasa mulai 1 Januari 2016.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
4/15 Kemaskini 28 Dis 2016
JAWATANKUASA KECIL PENDIDIKAN
POLISI / GARIS PANDUAN PEMBERIAN SUMBANGAN
1. SKOP
Pemberian bantuan melalui Jawatankuasa Kecil Pendidikan kepada:
1.1. Anak kepada ahli yang susah.
1.2. Anak kepada ahli yang meninggal dunia.
1.3. Anak kepada ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
2. PEMBERIAN SUMBANGAN / BANTUAN
2.1 Bantuan persekolahan.
2.2 Bayaran masuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).
2.3 Anugerah kepada anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan seperti berikut:
2.3.1 UPSR
2.3.2 PT3
2.3.3 SPM
2.3.4 STPM
3. KELAYAKAN
3.1 Ahli yang susah - pendapatan kasar bulanan ahli dan suami/isteri RM4,000 dan ke bawah.
3.2 Anak-anak yang bersekolah (sekolah rendah dan menengah).
3.3 Anak yang menuntut di IPT buat kali pertama.
3.4 Pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan dinyatakan seperti para 2.3
4. BENTUK DAN KADAR BANTUAN
4.1 Bentuk bantuan adalah yang seperti berikut:
4.1.1 Kadar bantuan persekolahan ialah seperti berikut:
4.1.1.1 Sekolah rendah RM100/seorang
4.1.1.2 Sekolah menengah RM200/seorang
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
5/15 Kemaskini 28 Dis 2016
4.2 Anugerah cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan seperti berikut:
4.2.1 UPSR (sekurang-kurangnya 5A) RM50
4.2.2 PT3 (sekurang-kurangnya 8A) RM70
4.2.3 SPM (sekurang-kurangnya 8A) RM80
4.2.4 STPM (sekurang-kurangnya 5A) RM100
4.3 Bantuan bagi 4.1 diberi di atas kadar maksima RM500.00 sekeluarga.
4.4 Bantuan bayaran masuk IPT dibayar sekali sahaja iaitu pada mula masuk ke IPT di atas kadar
maksima RM500.00 sekeluarga.
4.5 Bantuan bagi permohonan yang sama layak diberi sekali sahaja bagi setiap keluarga.
5. KELULUSAN JAWATANKUASA
5.1 Bantuan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.
Nota:
- Ahli yang susah - pendapatan kasar ahli dan suami/isteri kurang daripada RM3000 sebulan.
- Mesyuarat JK BERKAT bil. 5 tahun 2014 memutuskan bantuan untuk anak ahli yang layak memasuki IPT di peringkat
Diploma/Ijazah adalah untuk kali pertama sahaja dan perlu disahkan oleh Agen BERKAT.
- Mesyuarat JK BERKAT bil. 4 tahun 2016 meluluskan kadar siling Ahli Yang Susah dinaikkan seperti berikut: Ahli Yang Susah
– pendapatan kasar bulanan ahli dan suami/isteri RM4,000 dan ke bawah.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
6/15 Kemaskini 28 Dis 2016
SOALAN LAZIM PEMBERIAN SUMBANGAN PENDIDIKAN
1. Siapakah yang layak memohon bantuan/ sumbangan Pendidikan BERKAT?
Terdapat 3 kategori pemohon yang layak untuk memohon bantuan / sumbangan pendidikan iaitu:
i. Anak kepada Ahli yang susah di mana pendapatan kasar ahli dan pasangan kurang daripada RM4,000 sebulan; atau
ii. Anak kepada pegawai yang telah meninggal dunia sewaktu pegawai masih menjadi ahli BERKAT; atau
iii. Anak kepada ahli yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
2. Bagaimana untuk mengetahui status permohonan sama ada lulus ataupun tidak?
Semua keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada Agen BERKAT yang berkenaan secara
emel. Dan Agen BERKAT adalah bertanggungjawab untuk memanjangkan keputusan tersebut kepada
ahli yang berkenaan.
3. Adakah semua anak ahli yang layak akan menerima bantuan persekolahan?
Hanya anak ahli yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan persekolahan namun
tertakluk kepada maksimum tidak melebihi daripada RM500.00 sekeluarga sahaja.
4. Sekiranya terdapat lebih seorang anak yang memasuki IPT pada tahun yang sama, adakah kedua-
duanya layak menerima bantuan yuran kemasukan IPT sebanyak RM500.00?
Merujuk kepada Para 4.4 di dalam polisi/garis panduan pemberian sumbangan Pendidikan BERKAT,
kadar maksima yang ditetapkan adalah RM500.00 sekeluarga sahaja dan bukan mengikut bilangan
anak.
5. Adakah anak kepada ahli yang telah meninggal dunia layak mendapat bantuan pendidikan
BERKAT?
Anak kepada ahli yang telah meninggal dunia layak diberikan bantuan pendidikan (sekolah rendah
dan menengah), masuk IPT buat kali pertama dan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
7/15 Kemaskini 28 Dis 2016
JAWATANKUASA KECIL SOSIAL
POLISI / GARIS PANDUAN PEMBERIAN SUMBANGAN
1. SKOP
Pemberian bantuan melalui Jawatankuasa Kecil Sosial kepada:
1.1 Anak kepada ahli yang susah.
1.2 Anak kepada ahli yang meninggal dunia.
2. PEMBERIAN SUMBANGAN / BANTUAN
2.1 Bantuan Perayaan utama mengikut agama/ kaum yang mana berkenaan:
2.1.1 Hari Raya Aidilfitri.
2.1.2 Tahun Baru Cina.
2.1.3 Deepavali.
2.1.4 Krismas.
2.1.5 Gawai.
2.1.6 Lain-lain perayaan utama kaum lain.
3. KELAYAKAN
3.1 Ahli yang susah - pendapatan kasar bulanan ahli dan suami/isteri RM4,000 dan ke bawah.
3.2 Anak yang berumur tidak lebih 18 tahun/ OKU.
3.3 Anak Yatim (anak kepada ahli yang telah meninggal dunia) yang berumur tidak lebih 18 tahun/
OKU.
4. BENTUK DAN KADAR BANTUAN
4.1 Bantuan ini diberikan berdasarkan kepada tarikh perayaan tersebut di atas.
4.1.1 Bagi kelayakan 3.1, bantuan diberi adalah berdasarkan kepada kelulusan mesyuarat
Jawatankuasa.
4.1.2 Bagi kelayakan 3.3, bantuan diberi setiap tahun.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
8/15 Kemaskini 28 Dis 2016
4.2 Kadar bantuan adalah seperti berikut:
4.2.1 Bagi kelayakan 3.1, berdasarkan bilangan anak ahli tersebut yang di bawah
tanggungannya dan berusia tidak lebih 18 tahun/ OKU. Kadar bantuan adalah RM70.00
seorang.
4.2.2 Bagi kelayakan 3.2, berdasarkan bilangan anak ahli tersebut yang di bawah
tanggungannya dan berusia tidak lebih 18 tahun/ OKU. Kadar bantuan adalah RM100.00
seorang.
4.3 Bantuan bagi permohonan yang sama layak diberi sekali sahaja bagi setiap keluarga.
5. KELULUSAN JAWATANKUASA
5.1 Bantuan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.
Nota:
- Ahli yang susah - pendapatan kasar ahli dan pasangan (suami/isteri) kurang daripada RM3000 sebulan.
- Mesyuarat Agung Dwi Tahunan BERKAT Tahun 2016 memutuskan bahawa kadar bantuan kepada setiap anak ahli yang
susah dinaikkan daripada RM50 kepada RM70 tanpa sebarang jumlah maksimum.
- Mesyuarat JK BERKAT bil. 4 tahun 2016 meluluskan kadar siling Ahli Yang Susah dinaikkan seperti berikut: Ahli Yang Susah –
pendapatan kasar bulanan ahli dan suami/isteri RM4,000 dan ke bawah.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
9/15 Kemaskini 28 Dis 2016
JAWATANKUASA KECIL KESIHATAN
POLISI / GARIS PANDUAN PEMBERIAN SUMBANGAN
1. SKOP
Pemberian bantuan melalui Jawatankuasa Kecil Kesihatan kepada:
1.1 Ahli.
1.2 Keluarga kepada ahli yang masih hidup atau yang meninggal dunia.
2. PEMBERIAN SUMBANGAN / BANTUAN
2.1 Bantuan kesihatan adalah bantuan kewangan yang dikeluarkan bagi ahli atau keluarga ahli:
2.1.1 Mengalami masalah kesihatan yang teruk atau kritikal yang memerlukan bantuan.
2.1.2 Mengalami kecederaan yang parah akibat daripada kemalangan.
2.1.3 Membeli peralatan sokongan bagi kurang upaya sekiranya tidak dibiayai/mendapat
bantuan kerajaan.
2.1.4 Memasuki wad bagi mendapat rawatan (kecuali masuk wad kerana bersalin).
2.1.5 Memasuki wad bagi mendapat rawatan kerana keguguran.
3. KELAYAKAN
3.1 Ahli.
3.2 Keluarga ahli terdiri daripada suami/ isteri/ anak yang berumur tidak lebih 18 tahun/ OKU.
4. BENTUK DAN KADAR BANTUAN
4.1 Bantuan kesihatan ini diberikan berdasarkan kepada kes-kes yang tertentu dan dicadangkan
kepada Jawatankuasa untuk kelulusan.
4.2 Kadar sumbangan adalah tidak melebihi RM1,000 sekeluarga.
4.3 Kadar sumbangan bagi memasuki wad diberi mengikut bilangan hari dengan kadar minimum
RM50 tertakluk kepada maksima RM1000 setahun.
4.4 Bantuan bagi permohonan yang sama layak diberi sekali sahaja bagi setiap keluarga.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
10/15 Kemaskini 28 Dis 2016
5. KELULUSAN JAWATANKUASA
5.1 Bantuan di atas adalah tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa.
Nota:
- Mesyuarat Jawatankuasa BERKAT Bil.8 Tahun 2002-2003 telah meluluskan bayaran bantuan pendahuluan sebanyak
RM250.00 kepada ahli yang dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dan mendapat penyakit kronik. Bayaran yang
telah dibuat hendaklah dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa BERKAT.
- Mesyuarat JK BERKAT bil. 4 Tahun 2016 telah meluluskan kadar sumbangan masuk wad seperti berikut: 1 – 3 hari (RM50);
4 – 10 hari (tambahan RM50); Minggu seterusnya (RM50 setiap genap seminggu); dan kadar maksima setiap ahli
ditetapkan RM1000 setahun.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
11/15 Kemaskini 28 Dis 2016
SOALAN LAZIM PEMBERIAN SUMBANGAN KESIHATAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit yang teruk/kritikal di mana boleh diberi
pertimbangan bantuan BERKAT?
Penyakit yang teruk/kritikal di mana boleh diberi pertimbangan bantuan berkat adalah seperti berikut:
1.1 KANSER
Penyakit yang disebabkan oleh ketumbuhan dan penularan sel-sel yang sangat berbahaya dan
serangan tisu-tisu dibuktikan dengan histology yang jelas. Penyakit ini merangkumi leukemia
lymphoma dan penyakit Hodlin tetapi tidak termasuk ketumbuhan yang tidak berbahaya dan
semua jenis kanser kulit kecuali malignant melanoma.
1.2 SERANGAN JANTUNG
Suatu keadaan yang timbul kerana matinya sebahagian daripada otot jantung disebabkan
pembekalan darah yang kurang ke bahagian jantung yang relevan dengan tanda-tanda seperti
sakit dada, perubahan ECG dan tahap enzim jantung yang meningkat. Serangan sakit jantung
boleh mengakibatkan perkara-perkara berikut:-
a) Penggantian atau Pembaikan Injap Jantung
Prosedur di mana pembedahan jantung terbuka dilakukan untuk mengganti atau
memperbaiki injap jantung yang telah rosak.
b) Pembedahan Arteri Jantung/Coronary Angioplasty
Prosedur yang melibatkan coronary artery by-pass surgery dilakukan untuk membetulkan
arteri jantung yang tersumbat termasuk angioplasty.
c) Pembedahan Aorta
Prosedur yang melibatkan bahagian aorta yang sakit dibedah dan digantikan dengan graft.
Aorta yang terlibat ialah thoracic dan abdominal aorta.
1.3 PULMONARY HYPERTENSION
Pengesahan mestilah diperolehi daripada doktor pakar yang berkaitan.
1.4 SAKIT BUAH PINGGANG YANG KRONIK
Penyakit di mana kedua-dua buah pinggang telah gagal dipulihkan dan tidak boleh berfungsi lagi
dan memerlukan dialisis renal dan pemindahan renal.
1.5 SAKIT HATI (LIVER ) YANG KRONIK
Tanda-tanda penyakit ialah diserang penyakit jaundice, ascites dan/atau hepatic encephalopathy.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
12/15 Kemaskini 28 Dis 2016
1.6 FULMINANT VIRAL HEPATITIS
Necrosis hati sepenuh atau sebahagian disebabkan virus hepatitis yang mengakibatkan kegagalan
hati selepas ujian fungsi hati dilakukan yang juga menunjukkan massive parenchymal liver disease
dan juga tanda-tandaportasystemic encephalopathy.
1.7 KECEDERAAN DIKEPALA DISEBABKAN KEMALANGAN
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan (termasuk kerana diserang) mengakibatkan trauma
kepala teruk dengan defisit neurological yang juga boleh mengakibatkan kematian bila pertama
kali dimasukkan ke wad kecemasan, atau walaupun selamat, pesakit mengalami kecederaan
kepala yang kekal atau lumpuh. Pengesahan pakar saraf atau pakar bedah saraf mestilah
diperolehi.
1.8 TUMOR DAN KECACATAN PEMBULUH DARAH DI OTAK
Pengesahan mestilah diperolehi daripada pakar saraf atau pakar bedah saraf.
1.9 MELEPUH DAN MELECUR KERANA KEBAKARAN
Third degree burns yang meliputi 40% daripada anggota yang boleh mengakibatkan kepada
kematian apabila pertama kali dimasukkan ke hospital atau mengakibatkan kecacatan fungsi atau
kecacatan kosmetik yang memerlukan pembedahan membaikpulih.
1.10 PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
Pemindahan organ seperti buah pinggang, hati jantung, paru-paru pancreas dan tulang sum-sum.
1.11 PENYAKIT PARKINSON
Pengesahan mestilah diperolehi daripada doktor pakar yang berkaitan.
1.12 PENYAKIT HIV DAN AIDS
Pengesahan mestilah diperolehi daripada doktor pakar yang berkaitan.
1.13 PEMINDAHAN KAKI DAN/ATAU TANGAN
Ini tidak merupakan penyakit dalam ertikata sebenar. Namun begitu kecederaan dan
ketidaksempurnaan disebabkan penyakit atau kemalangan boleh mengakibatkan salah satu
daripada anggota tangan disebelah atas termasuk tangan dan sendi bahu dan anggota kaki di
sebelah bawah termasuk kaki dan sendi pinggul terpaksa dipotong. Pemotongan kecil jejari kaki
atau tangan tidak layak diberi bantuan.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
13/15 Kemaskini 28 Dis 2016
2. Bagaimanakah perkiraan sumbangan/ bantuan Masuk Wad?
Perkiraan sumbangan/ bantuan Masuk Wad adalah berdasarkan kadar bilangan hari masuk wad.
Berikut adalah contoh perkiraan:
KES 1 : PENGIRAAN KADAR (BILANGAN HARI)
A merupakan ahli BERKAT, telah dimasukkan ke wad pada 1 Ogos 20x1 dan telah dibenarkan
keluar wad pada 16 Ogos 20x1.
(i) Berapakah kadar sumbangan yang layak diterima oleh A terima daripada BERKAT?
(ii) Bilakah tarikh akhir penyerahan tuntutan daripada A kepada agen BERKAT?
Jawapan :
(i) Jumlah bayaran ialah RM100 dengan perincian seperti yang berikut:
Bilangan Hari Kadar (RM) Pengiraan
1-3 hari RM50 1 Ogos 20x1 - 3 Ogos 20x1 RM50
4-10 hari + RM50 4 Ogos 20x1 – 10 Ogos 20x1 + RM50
setiap genap
seminggu
+ RM50 11 Ogos 20x1 – 16 Ogos 20x1 tiada (tempoh tidak
cukup seminggu)
(ii) Tarikh akhir tuntutan ialah 16 November 20x1
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
14/15 Kemaskini 28 Dis 2016
SOALAN LAZIM KEAHLIAN BERKAT
1. Siapakah yang layak menjadi Ahli BERKAT dan bagaimana permohonan untuk menjadi Ahli
BERKAT?
Undang-undang dan Perlembagaan BERKAT Fasal 4 para 4.1 dan 4.2 telah menggariskan bahawa
keahlian BERKAT terbahagi kepada dua(2) kategori seperti berikut;
(a) Semua anggota yang berkhidmat di Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia dan semua
anggota Perkhidmatan Perakaunan yang berumur 18 tahun ke atas dan berwarganegara
Malaysia, adalah secara automatik menjadi Ahli BERKAT.
(b) Ahli keluarga terdiri daripada anggota keluarga ahli. Ahli keluarga tidak berhak mengundi dan
memegang jawatan dalam BERKAT.
2. Bilakah Ahli BERKAT tidak lagi layak menjadi Ahli BERKAT?
Fasal 5 para 5.1 Undang-undang dan Perlembagaan BERKAT telah menyatakan bahawa ahli yang
tidak lagi berkhidmat di JANM atau berhenti dari Perkhidmatan Perakaunan secara otomatis adalah
berhenti daripada menjadi Ahli BERKAT.
3. Bolehkah Ahli BERKAT dipecat atau digantung dari menjadi Ahli BERKAT?
Fasal 5 para 5.2 Undang-undang dan Perlembagaan BERKAT telah menyatakan bahawa mana-mana
ahli yang gagal mematuhi undang-undang BERKAT atau bertindak dengan cara yang akan
mencemarkan nama baik BERKAT boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh
sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau
menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksana
melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli
tersebut.
LAMPIRAN A
BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
(BERKAT)
15/15 Kemaskini 28 Dis 2016
4. Bagaimanakah Ahli perlu membayar yuran keahlian dan berapakah kadar perlu dibayar?
Fasal 6, para 6.1 dan 6.3 Undang-undang dan Perlembagaan BERKAT telah menyatakan bahawa
yuran dibayar secara potongan gaji dan kadar adalah mengikut gred jawatan seperti berikut:
Gred Jawatan Kadar Yuran
JUSA ke atas RM20.00 sebulan
Gred 48-54 RM10.00 sebulan
Gred 30-44 RM6.00 sebulan
Gred 1-29 RM2.00 sebulan