gerakan moa pasca banjir - moa.gov.mymoa+pasca… · moa sebagai pengerusi penyelarasan misi...
TRANSCRIPT
GERAKAN MOA PASCA BANJIR
Bantuan pasca banjir bermula 6 Januari 2015.
Peruntukan pasca banjir = RM3.5 juta.
Sehingga 20 Januari 2015, bantuan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM2.04
juta di seluruh negara.
Seramai 2,900 (jumlah keseluruhan sukarelawan semasa dan pasca banjir – 5,000
orang) sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah MOA selain nelayan tempatan
berjaya dikumpulkan dan digerakkan ke 4 negeri melibatkan 38 parlimen untuk
membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir selain membersihkan premis-
premis yang dilanda bencana banjir ini.
MOA SEBAGAI PENGERUSI PENYELARASAN MISI BANTUAN BANJIR DI PAHANG
MOA telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pasca Banjir berdasarkan
keputusan Mesyuarat Khas Pengurusan Krisis Banjir yang telah dipengerusikan oleh
YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada Selasa, 30 Disember 2014. Fokus
Jawatankuasa ini adalah bantuan pasca banjir kepada Negeri Pahang Darul Makmur.
Jawatankuasa Penyelarasan Pasca Banjir Negeri Pahang ini dipengerusikan oleh KSU
MOA bersama SUK Pahang dan dianggotai oleh :
(i) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI);
(ii) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF);
(iii) Kementerian Sumber Asli dan ALam Sekitar (NRE);
(iv) Kementerian Sumber Manusia (MOHR);
(v) Kementerian Kerja Raya (KKR);
(vi) Jabatan Kerja Raya (JKR);
(vii) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM);
(viii) IM4U;
(ix) Pusat Khidmat Operasi Banjir (PKOB)/Majlis Keselamatan Negara (MKN); dan
(x) Agensi-agensi di bawah MOA
Untuk tujuan tersebut, kita telah menggariskan tiga (3) langkah yang akan dilakukan;
1) gerakan pembersihan di setiap kawasan terjejas banjir;
2) mengenalpasti keperluan-keperluan mangsa banjir selepas pulang ke rumah;
3) menyelaraskan sukarelawan yang akan ke kawasan-kawasan terjejas banjir
untuk diberikan bantuan.
2
MOA telah mengenalpasti sebanyak tujuh (7) daerah di seluruh Pahang yang terjejas
teruk dengan insiden banjir dan memerlukan bantuan khidmat pasca banjir ini.
Tujuh daerah berkenaan adalah Bera, Jerantut, Pekan, Maran, Kuala Lipis, Kuantan
dan Temerloh. Bagi membantu menyelaraskan tindakan bantuan yang diberikan,
mesyuarat koordinasi bersama pelbagai Kementerian yang telah diadakan sebelum ini
bersetuju dengan ketetapan untuk melantik beberapa Kementerian sebagai
Kementerian angkat seperti berikut :
(a) Daerah Bera – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
(b) Daerah Jerantut dan Kuantan – Kementerian Pertahanan (MINDEF)
(c) Daerah Pekan – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
(d) Daerah Lipis – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
(e) Daerah Temerloh – Kementerian Kerja Raya (KKR)
(f) Daerah Maran – Kementerian Sumber Manusia (MOHR)
Kementerian-kementerian ini akan membantu Majlis Keselamatan Negaran (MKN) dan
Pejabat SUK Pahang untuk menyediakan keperluan untuk aktiviti pembersihan dan
kemudahan bagi sukarelawan; selain mengenalpasti kerosakan dan kemusnahan di
daerah angkat masing-masing.
Kaedah agihan di Pahang
MEKANISME PENYALURAN
BIL PARLIMEN BIL KELUARGA
NILAI (RM)
1. Container/Box (14 Parlimen)
Pahang = 13 Parlimen
20300 2.03 juta
Pecahan agihan container
Bil Daerah Kuantiti Bil
1 Bera 1,000 7 Kuala Krau 2,386
2 Temerloh 3,147
8 Maran 1,969
3 Jerantut 1,233 9 Indera Mahkota 1,451
4 Kuala Lipis 1,066 10 Kuantan 2,323
5 Rompin 120 11 Raub 200
6 Pekan 3,073 12 Paya Besar 2,032
13 Jelai 300
JUMLAH PAHANG 20,300
3
Kandungan container
BIL JENIS BARANG Qty BIL JENIS BARANG Qty
1 Minyak 1kg 1 9 Garam 400g 1
2 Tepung 1kg 1 10 Pes Nasi
Goreng 3
3 Gula 1kg 1 11 Serbuk Kopi 1
4 Ikan Bilis 200g 1 12 Serbuk Teh 1
5 Sardin 1 13 Serunding 1
6 Kicap 340mL 1 14 Makanan Dalam
Tin (Kari Ayam) 2
7 Sos Cili 280mL 1 15 Biskut Tin 1
8. Mee Segera 5 16 Nanas Dalam
Tin 1
17 Beras 1
TEKUN NASIONAL DAN AGROBANK
TEKUN Nasional mengambil inisiatif meringankan beban dan kesusahan yang
dihadapi usahawan-usahawan TEKUN ini dengan menawarkan pelan pemulihan seperti
berikut kepada peminjam-peminjam yang terlibat :
1. Menangguhkan bayaran balik pinjaman bulanan sehingga 3 bulan.
2. Penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman.
3. Pengeluaran simpanan pinjaman
4. Suntikan modal pinjaman baru (fast track) sebanyak RM 10,000 (tertakluk pada
syarat & kelayakan).
Kita faham bahawa walaupun sebahagian pasar tani dibuka semula, tetapi masih ada
peniaga menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kerana peralatan dan
barang niaga musnah dalam banjir. Justeru, kita sediakan ‘laluan khas’ kepada
usahawan yang terlibat dengan banjir untuk mendapat pinjaman segera RM10,000
tersebut.
Anggaran jumlah keseluruhan usahawan TEKUN yang terjejas banjir adalah seramai
21,462 peminjam dengan nilai baki pinjaman sebanyak RM136.9 juta seluruh
negara.
4
Agrobank juga telah mengumumkan pelan bantuan bagi pelanggan-pelanggan yang
terjejas kerana banjir. Pelan tersebut termasuk :
1. Moratorium atau penangguhan bayaran ansuran pembiayaan untuk pelanggan yang
kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kemusnahan projek 80-100% -
boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga 12 bulan.
2. Penyusunan dan penstrukturan semula pembiayaan.
3. Pengecualian caj bagi penggantian kad ATM dan Buku Simpanan yang telah
musnah dalam bencana banjir.
Anggaran kerosakan projek terjejas banjir adalah melibatkan 13,744 peminjam dengan
nilai baki pinjaman sebanyak RM565.3 juta seluruh negara.
PASAR TANI KHAS PASCA BANJIR
Saya telah lancarkan jualan khas di pasar tani terpilih seluruh
negara yang menawarkan potongan harga sebanyak 16-80% bagi barangan makanan
32 komoditi seperti sayur-sayuran, ikan, telur, ayam serta beras.
Pasar Tani Khas ini beroperasi di 67 buah lokasi di 51 buah parlimen
yang terjejas banjir.
Tempoh pelaksanaan : 10 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015
(tertakluk kepada perubahan keadaan semasa), mengikut waktu operasi pasar tani dan
tambahan 1 hari di lokasi yang sama (tertakluk kepada kelulusan PBT).
Penyertaan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, NEKMAT,
NAFAS, BERNAS, Pusat Operasi FAMA dan Usahawan Pasar Tani / Ladang Kontrak.
Kakitangan akan menjual sendiri bahan makanan di pasar tani.
Sebagai contoh, beras ST15. Harga kawalan adalah RM18.50
namun dijual pada harga kos iaitu RM16.50. Begitu juga dengan JPV dan NAFAS turut
menjual harga telur ayam dengan harga yang murah sebanyak 16-60 %.
Namun harus diingat, kita tidak menjadi pemborong bagi
keseluruhan bahan makanan yang ada. Kita hanya ingin membantu rakyat dengan
memudahkan dan meringankan beban mereka.
Bantuan segera RM1,000 oleh FAMA untuk keperluan peniaga
pasar tani dalam bentuk peralatan perniagaan seperti kanopi, meja, lapik meja, alat
timbang, baju uniform, apron dan lain-lain.
5
JANGKA MASA PEMULIHAN BAGI SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN.
Jangka masa pemulihan bagi sektor pertanian boleh dibahagikan kepada dua (2)
peringkat iaitu pemulihan jangka masa pendek dan pemulihan jangka masa panjang.
Jangka masa pendek
o Langkah awal Kementerian dalam proses pemulihan adalah dengan
menjalankan Program Pasca Banjir bertujuan untuk membersihkan beberapa
kawasan banjir yang terlibat.
o Memberi bantuan dalam bentuk wang ehsan melalui Tabung Bencana
Agromakanan MOA kepada petani, penternak yang terlibat bagi membantu
mereka memulakan semula aktiviti pertanian.
o Mengenal pasti dan membaiki kerosakan infrastruktur yang kritikal dan
berkeutamaan tinggi bagi membolehkan petani meneruskan kembali aktiviti
pertanian mereka.
o Pembaikan infrastruktur pertanian ini akan dijalankan segera dengan
menggunakan peruntukan pembangunan 2015 sedia ada Kementerian.
o Antara kerosakan segera yang perlu dibaik pulih adalah pembaikan jalan ladang,
pintu air dan rumah pam.
Jangka masa panjang
o Bagi kerosakan yang besar dan tidak begitu kritikal, pembaikan akan dijalankan
pada tahun 2016.
o Kos pembaikan kerosakan ini akan menggunakan peruntukan di bawah RMK-11.
6
INISIATIF KHUSUS YANG AKAN DIAMBIL OLEH MOA DALAM MENANGANI ISU YANG
SAMA PADA MASA AKAN DATANG
MOA akan melihat semula perancangan pembangunan pertanian dengan mengambil
kira keperluan mewujudkan infrastruktur mengurangkan kesan akibat banjir.
MOA bersama-sama dengan Agensi teknikal akan merangka kaedah yang lebih sesuai
bagi menaik taraf sistem pengairan dan saliran pertanian bagi membantu
mengurangkan masalah banjir di negeri yang terlibat.
Dengan cara ini sistem pengairan di bawah Kementerian tidak menjadi penyumbang
kepada masalah banjir yang berlaku.
Selain itu, Kementerian juga akan mengkaji amalan-amalan dalam pertanian bagi
mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
NASIHAT
Semua agensi di bawah MOA diarahkan supaya bertindak secara proaktif mendaftar
jumlah petani dan penternak yang mengalami kerugian akibat musibah banjir di
beberapa negeri terlibat.
Pendaftaran ini adalah penting agar bantuan dapat disalurkan kepada golongan yang
terjejas dengan musibah sekaligus membantu mereka memulihkan kehidupan.
Kementerian sentiasa bersedia membantu mereka yang mengalami kerugian akibat
banjir tetapi laporan kerosakan perlu dikemukakan kepada agensi berkaitan.
Kita juga sedar bahawa mangsa banjir mungkin berdepan kesukaran untuk membuat
laporan kerugian secepat mungkin kerana tumpuan mereka sekarang ini lebih kepada
membersihkan premis kediaman yang dilitupi lumpur tebal.
Pegawai agensi berkaitan boleh meminta kerjasama ketua kampung atau pemimpin
setempat untuk membantu membuat tafsiran kerugian dengan segera.
Kementerian tidak akan menunggu sehingga banjir surut sepenuhnya untuk
menyalurkan bantuan kerana masih ada mangsa tinggal di pusat pemindahan. Mana-
mana mangsa banjir yang membuat laporan lengkap awal mereka akan diberi bantuan
diperlukan.
Bantuan yang disediakan tidak semestinya dalam bentuk material tetapi melibatkan
peralatan, benih pokok dan benih ternakan seperti ikan.
7
Jaga kesihatan diri sendiri - pakai mask dan sarung tangan sepanjang masa dalam
kerja-kerja pembersihan.
Pastikan sumber minuman dari bekalan air yang bersih, seelok-eloknya air minuman
botol/bekas tertutup.
PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat; semua agensi di bawah MOA, warga
kerja seluruh kementerian, agensi dan jabatan, pemimpin-pemimpin tempatan, orang
ramai dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.
8
SEKITAR MISI BANTUAN BANJIR
9
10
11