gp penanaman & pengurusan sawit di tanah gambut

Upload: abdul-halim-budin

Post on 15-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gpp

TRANSCRIPT

  • 1

    GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT DI KAWASAN TANAH GAMBUT

    1.0 PENGENALAN

    Perkembangan industri sawit negara telah menampakkan peningkatan

    keluasan tanaman kepada lebih 4.0 juta hektar sehingga akhir 2008 yang

    diusahakan dengan komoditi ini. Senario ini telah menyebabkan keluasan

    tanah yang dikategorikan baik untuk sawit berkurangan. Ada petanda

    bahawa penanaman sawit di masa hadapan akan tertumpu di kawasan

    tanah bermasalah atau marginal seperti gambut, asid sulfat, tanah curam

    dan lain-lain.

    Tanah gambut dengan anggaran keluasan 2.6 juta hektar merupakan

    tanah dengan beberapa masalah tertentu dan memerlukan teknik-teknik

    pengurusan yang baik untuk menjadikannya lebih produktif. Pengamalan

    teknologi yang disyorkan membolehkan pengeluaran hasil BTS tanaman

    sawit di tanah gambut setanding dengan penghasilan di kebanyakan

    tanah liat mineral.

    2.0 TAKRIF TANAH GAMBUT

    Tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan

    lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang

    melebihi 1.0 m. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang

    mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran.

    Bagi tujuan penanaman sawit, secara praktiknya tanah gambut boleh

    dikelaskan berdasarkan kepada tahap pereputan bahan organik serta

    berdasarkan kedalaman lapisan bahan organik. Faktor kedalaman dan

  • 2

    pereputan bahan organik mempengaruhi kaedah pengurusan dan amalan

    agronomi tanaman sawit di tanah gambut.

    Jadual 1 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasar Jenis dan Tahap Pereputan Bahan Organik

    Klasifikasi

    Ciri

    Fibric Berwarna kecoklatan, sebahagian besar bahan organik belum mereput dan mudah dikelapasti. Ketumpatan pukal tanah sangat rendah (< 0.1 g/cc) dan keupayaan pegangan air tinggi

    Hemic Sederhana sifatnya iaitu berada di antara sifat Fibric dan Sapric

    Sapric Berwarna gelap, bahan organik telah mereput. Ketumpatan pukal tanah tinggi (> 0.2 g/cc) dan keupayaan pegangan air rendah

    Sumber: Paramananthan, 2000

    Tanah gambut Jenis Fibric Tanah gambut Jenis Sapric

  • 3

    Jadual 2 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasarkan Kedalaman Lapisan Bahan Organik1 Serta Kesesuaian Agronomi2

    Klasifikasi

    Kedalaman (sm)

    Kesesuaian Agronomi

    Cetek

    50 - 100

    Sangat sesuai

    Sederhana dalam

    100 - 150

    Sesuai

    Dalam

    150 - 300

    Sesuai

    Tersangat dalam

    > 300

    Marginal

    Sumber: 1 = Paramananthan et al., 1984

    2 = Fairhurst et al., 1998

    Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah (marginal

    soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang

    rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran yang

    tidak baik. Antara limitasi yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit

    adalah:

    kepadatan pukal tanah rendah keronggaan tanah berlebihan susutan/kecutan tanah yang selalunya tinggi pada peringkat awal

    pembangunan atau pembersihan kawasan penanaman menyebabkan

    pokok sawit tumbang mengakibatkan banyak bahagian akar

    terbongkas dan terdedah ke udara serta menjadi rosak

    paras air yang tinggi (selalu dalam keadaan tenggelam) pH rendah (< 3.5) kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien K dan

    P dan nutrien mikro

  • 4

    pengikatan unsur zat pemakanan dalam baja oleh asid organan dalam gambut seperti asid karboksilik, phenolik dan asid amino lain dan

    keupayaan penampanan tanah tinggi

    3.0 PENANAMAN SEMULA POKOK SAWIT 3.1 Teknik Penanaman Semula Pokok Sawit

    Penanaman semula di tanah gambut boleh dilaksanakan menggunakan

    berbagai teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut:

    Teknik pembakaran sempurna pokok sawit tua ditumbangkan beserta akar dan pangkal batang dikorek, dikumpul dan dibakar.

    Teknik pembakaran separa pokok sawit tua yang mati diracun, ditebang dan disusun di lorong tanaman untuk pembakaran, bahagian

    yang tidak terbakar dijadikan bahan sungkupan benih sawit yang

    ditanam.

    Teknik pembakaran sifar mesra alam dan telah berjaya dilaksanakan dari segi teknikal dan ekonomi.

    Teknik tanam bawahan anak sawit ditanam antara barisan pokok lama diikuti dengan penjarangan pokok lama dalam jangka masa 12-

    24 bulan selepas anak benih ditanam.

  • 5

    Teknik pembakaran separa

    Teknik pembakaran sifar Teknik tanam bawahan

    Teknik pembakaran sempurna

  • 6

    Walaupun banyak teknik boleh digunakan dalam penanaman semula

    sawit di tanah gambut, faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam

    pemilihan tersebut:

    i. Tumbesaran pokok sawit di kawasan pembakaran sifar adalah

    sama atau lebih baik daripada di kawasan pembersihan sempurna.

    Dilaporkan bahawa di kawasan pembakaran sifar, pengeluaran

    BTS adalah lebih tinggi walaupun tidak signifikan berbanding di

    kawasan pembersihan sempurna. Status nutrien daun dalam

    kawasan pembakaran sifar lebih baik (terutamanya P dan K)

    daripada kawasan pembersihan sempurna

    ii. Pembakaran boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran tanah

    gambut yang tidak terkawal. Pembakaran biojisim pokok sawit juga

    mengakibatkan kehilangan yang tinggi terhadap bahan organik,

    nitrogen dan sulfur yang sepatutnya boleh ditambahkan ke tanah

    selain kehilangan bahan sungkupan dan humus kepada tanah

    iii. Pengurusan biojisim pokok sawit secara pembakaran adalah tidak

    dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Alam

    Sekitar kawalan Udara Bersih Tahun 1978

    iv. Teknik tanam bawahan meningkatkan serangan kumbang badak

    dan penyakit Ganoderma (penyakit RPB) serta prestasi hasil

    rendah terutama apabila penjarangan dan kaedah pemusnahan

    pokok tua tidak dijalankan dengan sempurna seperti disyorkan

    v. Di kawasan populasi kumbang badak amat tinggi, pembersihan

    sempurna dan pembakaran separa adalah lebih diutamakan

    vi. Bagi mengawal dan mencegah penyakit RPB dari menyerang

    pokok sawit, kaedah sanitasi inovatif adalah disyorkan kerana ia

    berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit RPB

  • 7

    21

    43

    Teknik Sanitasi Inovatif Sebelum Tanam Semula Sawit

    7 8

    65

  • 8

    3.2 Teknik Pengurusan Biojisim Inovatif Semasa Penanaman Semula Sawit

    Kajian MPOB pada tahun 2001 telah memperkenalkan teknik pengurusan

    biojisim inovatif semasa penanaman semula sawit. Dalam teknik ini

    langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan:

    Pokok tua ditumbang dan dicincang dengan menggunakan jentolak 120 HP yang dipasang dengan chipping bucket

    Batang dan pelepah diracik 5 10 sm tebal dan pada sudut 45 60o supaya ianya reput dengan cepat manakala

    pangkal batang sawit tua perlu dikorek dan lubangnya

    dikambus semula

    Semua biojisim pokok sawit dilonggokkan di sepanjang lorong antara barisan pokok tidak melebihi 2 meter tinggi

    dan tepi longgokan sekurang-kurangnya 1 meter dari lubang

    tanaman dengan had longgokan sepanjang 30 meter

    Disyorkan semua biojisim yang telah diracik diselerakkan rata 3 4 m lebar di barisan tanaman. Teknik ini didapati

    dapat mempertingkatkan pertumbuhan pokok,

    mengurangkan keperluan pembajaan sehingga 50% bagi

    tempoh lima tahun pertama, sebagai bahan sungkupan yang

    dapat memulihara kelembapan tanah serta mengurangkan

    masalah rumpai di samping mengurangkan kos penanaman

    semula

  • 9

    3.3 Sistem Parit Ladang

    Sistem parit ladang yang cekap dan berkesan membolehkan paras air

    ladang dikawal pada paras 70 - 90 sm dari permukaan tanah bagi

    pertumbuhan dan penghasilan pokok yang maksima di samping

    mengurangkan masalah susutan Sistem saliran juga berfungsi mengawal

    paras air supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan air

    bertakung di ladang. Air bertakung tidak sesuai untuk perkembangan

    pokok sawit, menjejaskan penghasilannya serta menyulitkan urusan

    ladang.

    Pembinaan pintu air adalah penting dan bilangannya adalah satu unit bagi

    setiap 40 50 hektar dan dibina secara kekal menggunakan konkrit atau

    bahan lain yang dapat berfungsi mengawal air di ladang mengikut paras

    yang ditentukan. Semasa penanaman semula, parit ladang lama yang

    diperlukan hendaklah digali semula manakala yang tidak diperlukan

    dikambus.

    Jadual 3 - Spesifikasi dan Justifikasi Sistem Parit Ladang

    Spesifikasi &

    Justifikasi Parit Besar Parit Utama Parit

    Pengumpul Parit Ladang

    Fungsi

    Menurunkan paras air sebelum kerja pembangunan dimulakan

    Menyalir keluar air berlebihan dari ladang ke parit besar

    Menyalir keluar air berlebihan dari blok tanaman ke parit utama

    Menyalir keluar air berlebihan dari dalam blok ke parit pengumpul

    Saiz (m) Lebar atas

    Lebar bawah Dalam

    4.0 6.0 2.0 3.0 3.0 4.0

    3.0 5.0 1.5 2.0 2.0 2.5

    1.5 2.5 0.5 1.0 1.5 2.0

    1.0 1.5 0.5 1.0 0.5 1.0

    Intensiti

    (m/hektar)

    Mengikut keperluan

    10 - 15

    45 - 50

    150 - 300

  • 10

    3.4 Sistem Jalan Ladang

    Sistem jalan ladang perlu dirancang dan dibina mengikut justifikasi dan

    spesifikasi yang betul bagi mengelakkan kesulitan operasi ladang dan

    peningkatan kos penyelenggaraan ladang. Rangkaian jalan ladang dibina

    selari dengan rangkaian sistem parit dengan jarak kedudukan antara jalan

    dan parit ialah 2 hingga 4 meter:

    Jalan utama : selari dengan parit utama dengan ukuran lebarnya 4.5 - 5.5 meter dan intensiti ialah 10-15 meter/ hektar.

    Jalan ladang : selari dengan parit pengumpul dan ukuran lebarnya 3.5 - 4.0 meter dan intensiti ialah 45-50 meter/ hektar.

    Pintu air Parit utama

    Parit pengumpul Parit ladang

  • 11

    3.5 Kepadatan Tanaman

    Secara umumnya kepadatan atau jarak tanaman sawit bergantung

    kepada tahap kedalaman lapisan gambut. Kepadatan tanaman yang

    tinggi iaitu sehinggga 200 pokok/hektar adalah disyorkan bagi kawasan

    yang berisiko tanggi serangan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB)

    Jadual 4 - Syor Kepadatan Tanaman Sawit di Tanah Gambut

    Jenis Tanah Gambut

    Kepadatan Tanaman (bil. pokok/hektar)

    Jarak (m)

    Antara pokok Antara baris

    Cetek 148 8.83 7.65

    Sederhana dalam 160 8.50 7.36

    Dalam 160 8.50 7.36

    Jalan ladang

  • 12

    3.6 Teknik Penanaman

    Gambut cetek dan sederhana yang dipadatkan - teknik penanaman lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang

    besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil

    Gambut dalam dan sederhana yang tidak dimampatkan teknik penanaman lubang biasa

    Teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS

    kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas

    lorong laluan dalam ladang.

    Lubang condong sehala yang disyorkan bagi penanaman sawit di

    tanah gambut dalam

  • 13

    3.7 Penyediaan Lorong Tuai

    Paras air tanah dan kepadatan pukal tanah rendah menyukarkan pelaksanaan sistem mekanisasi operasi ladang

    Penyediaan lorong tuai dengan menambak bahagian tengah lorong tuai menggunakan tanah gambut membolehkan sistem mekanisasi

    ladang dijalankan termasuk semasa kerja menanam

    Lorong tuan secara cambering membolehkan sistem mekanisasi operasi ladang dilaksanakan

    Teknik penyediaan lorong tuai yang salah memberi kesan terhadap arah kecondongan pokok sawit

  • 14

    3.8 Tanaman Kacang Penutup Bumi

    Kajian MPOB mendapati tanaman kacang penutup bumi Mucuna bracteata adalah sangat sesuai ditanam di tanah gambut berbanding

    tanaman penutup bumi yang lain

    Keistimewaan tanaman ini ialah ianya tahan lindungan, kemarau, penyakit dan perosak di samping pertumbuhan cepat

    Mucuna bracteata

  • 15

    4.0 PENUTUP

    Penanaman sawit di kawasan tanah gambut terus berkembang

    melibatkan pihak swasta dan juga pekebun-pekebun kecil kerana telah

    mendapat pulangan yang memuaskan. Program penyelidikan dan

    pembangunan (R & D) untuk membaiki sifat-sifat tanah gambut terus

    dijalankan agar hasil BTS dapat ditingkatkan setanding dengan

    penghasilan di tanah mineral.

    Pengurusan air ladang yang cekap dan effisen, amalan menanam dan

    agronomi yang betul dan penyediaan pemakanan kepada sawit dengan

    kadar yang mencukupi dan seimbang adalah merupakan kriteria utama

    menentukan kesesuaian sesuatu kawasan tanah gambut untuk dimajukan

    dengan penanaman sawit dan harus diberi perhatian.

    Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di

    lapangan dalam mengurus penanaman sawit di tanah gambut oleh

    pekebun kecil agar mendapat pulangan yang optimum walaupun

    kekangan-kekangan seperti keperluan mekanisasi operasi ladang, pokok

    condong dan tumbang, perosak dan penyakit tanaman terus merupakan

    cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.

    Disediakan oleh

    Unit Pemindahan Teknologi Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat RISDA

  • 16

    5.0 RUJUKAN:

    1. Esnan A.G. Pembangunan dan Pengurusan Sawit Di Tanah

    Gambut. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.

    2. Hasnol O. 2004. Kaedah Penanaman Semula Sawit Di Kawasan

    Tanah Gambut