hadis,sunnah,khabar,athar

Upload: zul-bpp

Post on 19-Oct-2015

189 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penerangan tentang hadis,sunnah,khabar dan athart untuk subjek PIM.Khusus untuk pelajar IPG

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

HADIS,SUNNAH,KHABAR,ATHARANAS MARUDINZULHILMI ROSLISABRI HASHIMHAFIZ MOHAMMED HASSAN PENGENALANHadis dan sunnah merupakan istilah yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.Sebahagian daripada kita memahami apakah itu hadis dan sunnah namun pada masa yang sama ada juga yang masih kabur tentang dua perkaraini.Apatah lagi jika disebut tentang khabar dan athar.Apakah hadis,sunnah,athar dan sunnah?Adakah hadis, sunnah, athar dan khabar berbeza?

PENGERTIAN HADISPerkataan hadith atau al hadith menurut definisi bahasa bermaksud al jadid(sesuatu yang baru), merupakan kata lawan kepada perkataan al qadim(sesuatu yang lama.Hadith juga turut membawa makna al Khabar(berita), iaitu sesuatu yang dipercakapkan dan dipindahkan dari seseorang kepada orang yang lain. Secara terminologi, ahli hadith dan ahli usul berbeza pendapat dalam memberikan pengertian hadis.Dalam kalangan ulama hadith sendiri ada yang memberikan definisi berbeza antara satu sama lain.Ada ulama yang mendefinisikan hadis sebagai perkataan nabi saw, perbuatan, dan hal ehwalnya.Ulama hadith menerangkan bahawa hal ehwal bermaksud segala apa sahaja berita tentang Nabi SAW misalnya seperti perwatakan, sejarah kelahiran dan sebagainya.Ulama hadis yang lain pula merumuskan pengertian hadis dengan segala sesuatu yang bersumber dari Nabi baik berupa perkataan, perbuatan,pengakuan mahupun sifatnya.Sedang ulama Usul pula mendefinisikan hadith sebagai Segala perkataan Nabi SAW yang dapat dijadikan dalil untuk penetapan hukum syarak.

Hadis nabi wujud sejak awal perkembangan islam adalah sebuah kenyataan yang tidak dapat diragukan lagi sebagaimana golongan anti hadis yang meragui hadis hadis Nabi SAW.Selain itu, hadis nabi juga merupakan sumber rujukan islam yang kedua selepas Al QuranPENGERTIAN SUNNAHSunnah menurut bahasa bererti jalan dan kebiasaan yang baik atau yang buruk.Pengertian sunnah jika ditinjau dari sudut bahasa bermakna jalan yang dijalani, terpuji, atau tidak.Walaupun tidak baik, ia tetap dinamakan sunnah.(Petikan daripada M.T.Hasbi Ash Shiddieqy, Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadits, Pustaka Rizki Putra, Semarang)Sedangkan sunnah menurut istilah ahli hadis ialah segala yang datang daripada Nabi SAW, baik berupa perkataan, perbuatan, mahupun taqrir, pengajaran, sifat, perwatakan,perjalanan hidup Nabi SAW sebelum diangkat menjadi rasul.Pengertian sunnah jika ditinjau dari sudut istilah, akan terdapat perbezaan dalam kalangan ulama. Ada ulama yang menyamakan dengan hadith dan ada yang membezakan, bahkan ada yang memberi syarat syarat tertentu yang nyata berbeza dengan istilah hadis. (Sabri Hatta al Hasyim, Kekeliruan tantang hadis, hlm.14)PENGERTIAN AL-KHABARKhabar menurut bahasa ialah berita yang disampaikan dari seorang kepada seseorang yang lain.daripada sudut pendekatan bahasa, kahabar membawa maksud yang sama dengan hadis.Ulama lain mengatakan bahawa khabar adalah sesuatu yang datang selain dari Nabi SAW sedangkan yang datang daripada nabi Saw disebut sebagai hadithTerdapat juga ulama yang mengatakan bahawa khabar berita daripada sahabat nabi dan para tabiin. Ulama yang mengatakan bahaw hadith lebih umum daripada khabar , begitu juga sebaliknya ada yang mengatakan khabar lebih umum daripada hadisAl ATHARAthar menurut bahasa bermaksud kesan atau bekas.Definisi dari segi istilah pula, telah berlaku perbezaan dalam kalangan ulama.Jumhur ahli hadis mengatakan bahawa athar sama dengan khabar iaitu sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW sahabat dan tabiin.

PERBEZAAN HADITH, AS SUNNAH, AL KHABAR, DAN AL ATHAR