halaqah tafaqquh fiddin - moe.gov.my bina upaya guru... · 3.15 ptg sima’ hadith - membaca 3 –...
TRANSCRIPT
PANDUAN PELAKSANAAN
HALAQAH
TAFAQQUH FIDDIN
PROGRAM BINA UPAYA
GURU PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JUN 2017
2
KANDUNGAN
1. PENGENALAN 3
2. OBJEKTIF 3
3. SENARAI JAWATANKUASA 3
4. KUMPULAN SASAR 3
5. WAKTU PELAKSANAAN 4
6. TATACARA PELAKSANAAN 4
7. PENGISIAN 4
8. PELAPORAN DAN DOKUMENTASI 7
9. BORANG REKOD PERJUMPAAN HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN 11
3
PENGENALAN
1. Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam (PBU GPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan lanjutan dari Kursus Khas Guru Pendidikan Islam (KKGPI) KPM yang telah dilaksanakan bermula tahun 2001 hingga 2009. 2. Mulai tahun 2013, KKGPI telah digantikan dengan PBU GPI KPM. Aktiviti yang terkandung dalam PBU GPI adalah seperti berikut:
2.1 Multaqa Nasional Guru Pendidikan Islam; 2.2 Multaqa Guru Pendidikan Islam Peringkat Zon; 2.3 Daurah Mursyid Peringkat Kebangsaan; 2.4 Daurah Mursyid Peringkat Negeri; 2.5 Halaqah Taqarrub Mursyid Peringkat Negeri; 2.6 Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Daerah; dan 2.7 Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah.
3. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September 2015, KPM perlu memberi pendedahan tentang bahayanya Islamic State dan militan kepada semua GPI. Disebabkan bilangan GPI adalah ramai dan mereka mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan latihan, kejelasan halatuju pemikiran dan komitmen mereka amat perlu diselaraskan bagi memastikan wujud kesatuan pemikiran dalam kalangan warga pendidikan dan masyarakat.
4. Melalui program PBU GPI ini adalah diharapkan peserta dapat menerima dengan jelas hala tuju dan citra negara terutamanya peranan mereka sebagai pendakwah agar menepati 5 ciri Pendidik Muslim iaitu sebagai Muallim, Mudarris, Murabbi, Muaddib dan Mursyid.
OBJEKTIF
5. Objektif HTF PBU GPI adalah seperti berikut:- a. Mengukuhkan kefahaman GPI mengenai ajaran Islam yang sebenar seiring
dengan hasrat dan aspirasi negara. b. Menyatukan hati (wahdatul qalb), pemikiran (wahdatul fikr), matlamat (wahdatul
hadaf) dan amal (wahdatul amal) berpandukan ajaran al-Quran dan Sunnah. c. Memperkasa peranan GPI sebagai mudarris, muallim, muaddib, murabbi dan
mursyid dalam membentuk akhlak dan sahsiah murid. d. Memasyarakatkan GPI sebagai sukarelawan dakwah 1 GPI 1 Masjid (1GPI1M)
dalam usaha mengembangkan syiar Islam.
SENARAI JAWATANKUASA
6. Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti di lampiran 1.
KUMPULAN SASAR 7. HTF PBU GPI melibatkan semua Guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.
4
WAKTU PELAKSANAAN
8. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1jam 30minit bagi setiap kali perjumpaan. Ia dilaksanakan di luar waktu PdP yang munasabah agar tidak menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid. 9. Perjumpaan ini dicadangkan berlaku 11 kali setahun.
TATACARA PELAKSANAAN
10. Tatacara pelaksanaan adalah seperti di lampiran 2. Kesesuaian tarikh dan masa perlu diberi perhatian agar tugas hakiki guru tidak terabai.
PENGISIAN
11. Taburan pengisian dan contoh pengisian perjumpaan adalah seperti berikut:
Modul Sesi perjumpaan dalam setahun
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
1. Taaruf �
2. Al-Quran � � � � � � � � � �
3. Hadith � � � � � � � � � �
4. Tauhid � �
5. Fiqh Ibadah � �
6. Fiqh Muamalah �
7. Fiqh Munakahat �
8. Fiqh Jinayat �
9. Tasawuf �
10. Sirah �
11. Isu semasa � � � � � � � � � �
12. Aktiviti Kemasyarakatan �
Jadual 10.1 : Taburan pengisian perjumpaan Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah dan Daerah.
Masa Pengisian Kandungan Durasi slot
3.00 ptg Tilawah Al-Quran
- membaca 3 – 5 ayat dan terjemahan setiap ahli daripada surah yang tertentu.
- ayat-ayat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
- Bacaan-bacaan gharib yang kerap berlaku kesalahan (jika ada).
- Ibrah ayat secara ringkas oleh mursyid.
15 minit
3.15 ptg Sima’ Hadith - membaca 3 – 5 hadith tarqhib wa tarhib / fadhail yang tertentu beserta makna.
- Ulasan ringkas oleh mursyid.
15 minit
3.30 ptg Perbahasan Ulama’
- Perbahasan ilmiah mengikut modul bidang.
30 minit
4.00 ptg Isu semasa - Perbincangan untuk mencari ibrah bagi memperbaiki ummah.
30 minit
5
Masa Pengisian Kandungan Durasi slot
4.30 ptg Solat Asar berjamaah. 15 minit
Jadual 10.2 : Contoh Pengisian Perjumpaan Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah dan Daerah yang dilaksanakan dalam tempoh 1 jam 30 minit.
Bil Surah Ayat Al-Quran
1 Al-Baqarah 1-18, 19-36, 52-72, 73-90, 91-108, 109-126, 163-180, 181-198, 199-216, 217-234, 235-252, 253-270
2 Ali Imran 1-10, 11-29, 20-26, 27-31, 41-50, 51-60, 61-67, 68-85, 86-96, 104-111
3 Al-An’am 10, 11-20, 21-30, 31-40, 41-50, 51-65
4 Al-A’raf 1-10, 21-30, 31-40, 41-50, 65-72
Jadual 10.3 : Contoh Pengisian Modul Al-Quran bagi Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah dan Daerah.
Bil Kitab Hadith Penyusun
1 Hadith 40 Imam An-Nawawi
2 Fadhilat Amal Muhammad Zakaria
3 Targhib wat Tarhib Al-Hafidz Al-Mundziri
Jadual 10.4 : Contoh Pengisian Modul Sima’ Hadith (Mendengar Hadith) bagi Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah dan Daerah.
Bil Bidang Ilmu Tajuk
1 Tauhid • Af’aalullah (Perbuatan Allah)
• Iradatullah (Kehendak Allah)
• Beriman dengan Qada’ dan Qadar
• Takfir
2 Fiqh Ibadah • Solat semasa sakit / sukar
• Sujud syukur
• Muwafiq dan masbuq dalam solat berjemaah
3 Fiqh Muamalah • Simpanan dan pelaburan
• Insurans dan takaful
• Pinjaman dan luqatah
• Jual beli skim piramid
4 Fiqh Munakahat • Nikah, cerai, eddah
• Ikhtilat
• Nasab
5 Fiqh Jinayat • Maqasid Syariah
• Akta 355
• Imam dan pemerintah Islam
6 Tasawuf • Sifat Mahmudah (zuhud, ithar, tawadhuk, tazallul dll.)
• Sifat Mazmumah (namimah, ujub, wahan, ananiah dll)
• Taqarrub ilallah (mendekati Allah)
• Mujahadah & mukasyafah
6
Bil Bidang Ilmu Tajuk
7 Sirah • Keluarga para nabi dan Ahlul Bait
• Ghazwatun Nabi (Peperangan yang melibatkan Nabi SAW)
• Sahabat besar Nabi saw
• Musuh umat Islam
Jadual 10.5 : Contoh Pengisian Modul Perbahasan Ulama’ bagi Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah dan Daerah.
Bil Isu Semasa Ibrah
1 Pendekatan Dakwah Kontemporari Kepelbagaian medium dakwah
2 Hedonisme Keperluan uzlah hati
3 Radikalisme Kepentingan ta’ani (tenang dalam tindakan)
4 Liberalisme Kepentingan talaqqi (belajar melalui guru)
5 Pluralisme Kepentingan kebersihan hati dan jati diri
6 Anti Hadith Kepentingan belajar ilmu Hadith
7 Penipuan Jual Beli Kepentingan tabayun (selidiki kebenaran)
8 Ragut Kepentingan usaha pencegahan
9 Buli Kepentingan penghayatan Islam
Jadual 10.6 : Contoh Pengisian Modul Isu Semasa bagi Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Sekolah dan Daerah.
12. Modul aktiviti kemasyarakatan adalah sebagai aktiviti akhir setiap tahun. Pemilihan aktiviti bergantung kepada kesesuaian dan kemudahan yang ada di sesuatu tempat. Pengisiannya adalah lebih menjurus ke arah membangkitkan rasa pritahin bagi menyelami keadaan masyarakat setempat. Cadangan aktiviti adalah seperti berikut:
Bil Aktiviti Kemasyarakatan Pengisian
1 Ziarah Warga Emas - Tazkirah 3 minit. - Serahan bantuan keperluan harian.
2 Ziarah Asnaf Zakat - Tazkirah 3 minit. - Serahan bantuan keperluan harian.
3 Menyantuni Gelandangan - Tazkirah 3 minit. - Serahan bantuan keperluan harian
4 Gotong - royong kebersihan Masjid - Tazkirah 3 minit. - Khidmat tenaga
5 Sukarelawan Pencegahan Maksiat - Tazkirah 3 minit. - Khidmat nasihat
6 Sukarelawan Hospital - Khidmat nasihat “Panduan ibadah bagi orang sakit”.
7 Ziarah Kubur - Tahlil - Khidmat tenaga
8 Ziarah Mahabbah Ketua Kampung/ Pengerusi Taman Perumahan
- Perbincangan hubungan strategik dakwah.
Jadual 8.3 : Contoh Pengisian Perjumpaan Halaqah Tafaqquh Fiddin Peringkat Daerah untuk aktiviti kemasyarakatan.
PELAPORAN DAN DOKUMENTASI
13. Setiap perjumpaan perlu direkodkan kehadiran, tajuk perbahasan ilmiah dan isu semasa yang dibincangkan mengikut format pelaporan seperti di lampiran 3. 14. Manakala format pelaporan seperti di lampiran 4 hendaklah dikumpulkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah seterusnya dipanjangkan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri.
PENUTUP
15. Halaqah Tafaqquh Fiddin adalah salah satu aktiviti dalam Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam KPM. Adalah diharapkan agar Panduan Panduan Pelaksanaan Halaqah Tafaqquh Fiddin Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam Peringkat Sekolah ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak sekolah agar dapat menyelaraskan proses pengembangan ilmu pengetahuan GPI secara sistematik agar hasrat hala tuju dan citra negara tercapai.
Gambar 1 dan 2 : Contoh Pelaksanaan Halaqah Tafaqquh Fiddin
8
Lampiran 1
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : YB. Menteri Pendidikan Malaysia
Penasihat : Ketua Setiausaha KPM
Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
(Operasi Pendidikan)
Setiausaha : Pengarah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), KPM
Pen. Setiausaha : Timbalan Pengarah,
Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, BPI, KPM
Urus setia : Ketua Unit Dakwah, BPI KPM
Ahli Jawatankuasa : Semua Pengarah Pendidikan Negeri
JAWATANKUASA PERINGKAT NEGERI
Pengerusi : Pengarah Pendidikan, JPN
Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Pendidikan, JPN
Naib Pengerusi : Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, JPN
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN
Pen. Setiausaha : Ketua Unit Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, JPN
Ahli Jawatankuasa : Pegawai Pendidikan Daerah, PPD
: Penolong-Penolong Pengarah, SPI JPN
: Penyelia Pendidikan Islam SPI JPN
: Ketua Mursyid Negeri
: Penolong Ketua Mursyid Negeri
JAWATANKUASA PERINGKAT DAERAH
Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah, PPD
Timb. Pengerusi : Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, PPD
Naib Pengerusi : Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD
Setiausaha : Penyelia Pendidikan Islam, PPD
Ahli Jawatankuasa : Ketua Mursyid Daerah
: Penolong Ketua Mursyid Daerah
9
JAWATANKUASA PERINGKAT SEKOLAH
Pengerusi : Pengetua / Guru Besar
Timb. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Ketua Bidang Kemanusiaan / Pendidikan Islam
Penyelaras : Ketua Mursyid Sekolah
Penolong Penyelaras : Penolong Ketua Mursyid Sekolah
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Pendidikan Islam : Semua Guru Bahasa Arab
10
Lampiran 2
Carta alir di bawah adalah merujuk kepada gerak kerja pelaksanaan Halaqah Tafaqquh Fiddin peringkat sekolah.
Mula Penetapan tarikh dan masa perjumpaan HTF PBU GPI oleh Ketua Mursyid Sekolah dan Penolong Ketua Mursyid Sekolah Kesesuaian tarikh dan masa Makluman kepada Pengetua/Guru Besar Perjumpaan Rekod dan dokumentasi setiap kali perjumpaan Penghantaran laporan tahunan ke PPD/JPN/KPM
Ya Tidak
Lampiran 3
BORANG REKOD KEHADIRAN HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN PROGRAM BINA UPAYA
GURU PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
Tarikh
Siri halaqah
Tempat
Kumpulan
Masa
Tidak hadir
Bil. Nama Peserta Tandatangan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
* Satu kumpulan dihadkan kepada maksimum 15 peserta sahaja. Tajuk Perbahasan Ilmu :________________________________________________ Tajuk Isu Semasa :________________________________________________ Catatan/Ulasan :
Dicatat Oleh
Nama :LLLLLLLLLLLLLLLL
Tandatangan :LLLLLLLLLLLLLLLL
Lampiran 4
LAPORAN HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN PROGRAM BINA UPAYA GURU PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN ##.
Pejabat Pendidikan Daerah : ____________________________________
Negeri : ____________________________________
Nama pegawai yang melapor : ____________________________________
Jawatan : ____________________________________
Nombor Telefon Bimbit : ____________________________________
Penentuan Skor :
Bil Nama Sekolah
Status
Aktif Kurang Aktif
Tidak Aktif
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Kekuatan :LLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Kelemahan : LLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Cadangan Penambahbaikan: LLLLLLLLLLLLLLLLLLL
Disahkan Oleh
LLLLLL..LLL
( )
Status Deskripsi (Tahap Pelaksanaan)
Aktif Bilangan perjumpaan 6 – 11 kali setahun
Kurang Aktif Bilangan perjumpaan 1 – 5 kali setahun
Tidak Aktif Tiada perjumpaan dalam setahun semasa