hbae 1403 menggambar

41
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2012 HBAE 1403 MENGGAMBAR

Upload: mazri-muhammad

Post on 31-Oct-2015

446 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

menggambar

TRANSCRIPT

Page 1: HBAE 1403 MENGGAMBAR

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2012

HBAE 1403

MENGGAMBAR

Page 2: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

SEKAPUR SIREH

Setitis Tinta Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi

Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah

kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini

dalam menyiapkan tugasan untuk Menggambar (HBAE1403) pada kali

ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang

begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam

meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM

Terengganu yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh

warga OUM semester September 2012 ini terutamanya rakan-rakan

seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu

saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati,

Encik Ahmad Fuad kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar

kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang

dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat

menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah

dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

SEKAPUR SIREH

Setitis Tinta Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi

Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah

kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini

dalam menyiapkan tugasan untuk Menggambar (HBAE1403) pada kali

ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang

begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam

meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM

Terengganu yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh

warga OUM semester September 2012 ini terutamanya rakan-rakan

seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu

saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati,

Encik Ahmad Fuad kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar

kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang

dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat

menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah

dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.

1

Page 3: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

2

Page 4: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

DAFTAR KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. ISI KANDUNGAN BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR

2.1 Cat Air2.2.Cat Poster2.3 Cat Minyak2.4 .Media Pastel2.4.Cat Arkilik

3.KEPENTINGAN MENGGAMBAR

1.Aspek Kognitif3.2.Aspek Fizikal3.3.Aspek Emosi3.4 Aspek Sosial

4. PORTFOLIO KANAK-KANAK

4.1 Teknik Menggambar4.1.1  Teknik lukisan.4.1.2 Teknik Catan4.1.3  Teknik Kolaj4.1..4  Teknik Montaj4.1.5  Teknik Cetakan4.1.6 Teknik Resis4.1.7 Teknik Gosokan4.1.8 Teknik percikan4.1.9  Teknik Mozek

5. MAKLUMAT SOKONGAN :MENGAITKAN DENGAN PERKEMBANGAN

EKSPRESI (TEORI-TEORI SENI)

5.1 Viktor Lowenfeld dan Britain5.2 Hurwitz dan Day

6.KESIMPULAN

7.LAMPIRAN PORTFOLIO MURID

8.BIBLIOGRAFI

3

Page 5: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 1.PENGENALAN

Antara kepentingan mempelajari teknik menggambar di sekolah rendah ialah

yang pertama iaitu, murid akan dapat membuat pemerhatian secara aktif terhadap sesuatu

hasil seni atau bahan kerja yang mereka hasilkan. Ini bukan saja akan dapat

meningkatkan ketajaman akal fikiran murid- murid malah menggalakkan proses

penjanaan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi melalui teknik menggambar yang

mereka aplikasikan ketika menghasilkan sesuatu karya. Pemerhatian secara aktif yang

merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan , berfokus dan terperinci dapat

menajamkan persepsi murid ketika menghasilkan karya. Selain itu murid juga dapat

memperkembangkan deria penglihatan kerana kemahiran menggambar juga melibatkan

pancaindera lain . Melalui teknik menggambar juga dapat membantu dalam

perkembangan emosi dan imaginasi murid. Seperti contoh, untuk menghasilkan sesuatu

karya murid sebenarnya melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam

bentuk gambaran. Pemahaman murid tentang asas seni visual juga turut

diperkembangkan melalui kegiatan menggambar di sekolah. Melalui aktiviti ini juga,

murid akan dilatih dalam membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan

manusia. Ini kerana ketika menghasilkan sesuatu karya seperti lukisan perkara utama

yang perlu diambil kira ialah pemilihan tema. Melalui aktiviti menggambar secara

tidak langsung ianya membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej

mental.Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan

alam fantasinya kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Melalui aktiviti

ini juga, murid akan dapat mempertajamkan lagi interaksi yang kritis dan kreatif dengan

alat dan bahan khususnya ketika penghasilan karya dilakukan. Peringkat ini

menggalakkkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan

kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.Seperti contoh teknik krayon dan

warna air memerlukan murid supaya dapat mengimbangi pemilihan warna yang sesuai

bagi mendapatkan kesan kontra yang dikehendaki. Proses ini bukan saja akan

memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas visual murid berhubung

dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah seperti teknik yang terdapat

dalam kegiatan menggambar. Ini kerana semasa berinteraksi dengan alat dan

4

Page 6: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek

yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia member peluang kepada

murid belajar secara tidak langsung dan tidak takut untuk mencuba serta melakukan

analisis tentang hasil kerja yang mereka hasilkan. Selain itu, murid juga dapat mengenali

perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang

setelah proses menghasilkan karya yang pertama.Antara kepentingan lain mempelajari

kegiatan menggambar di sekolah ialah dapat membina apresiasi seni visual secara mudah

kepada murid. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi

keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa

yang dilihat dari aspek seni melalui penghasilan karya mereka. Selain itu, dalam

mempelajari aktiviti menggaambar ini murid dapat digalakkan untuk menghargai nilai

baik dalam semua aspek kehidupan seperti kesedaran dalam menjaga alam sekitar

mahupun keprihatinan terhadap makhluk Tuhan yang lain seperti binatang. Selain diberi

pengalaman membuat aspresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk dengan

nilai-nilai murni seperti menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam

persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam

sekitar, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Secara umum murid dapat

membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua

keadaan.Pendidikan Seni dalam peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan

warganegara yang berbudaya khususnya lebih berimaginatif, kreatif. Berpengetahuan dan

peka terhadap ciri-ciri estetik. Impak daripada kepentingan aktiviti menggambar dapat

dinilai dari segi perkembangan sahsiah kendiri iaitu menyediakan peluang kepada

individu bagi mendapat dan memperkukuhkan penyataan diri melalui pernyataan tampak.

5

Page 7: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

2. ISI KANDUNGAN BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR

2.1. Cat Air

Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling

sesuai ialah jenis lembut.

Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan

diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti bahagian langit

atau bumi.

Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas permukaan

basah tersebut.

Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut

untuk mendapatkan warna yang cerah.

Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau pekatkan

warna tersebut.

Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan menitiskan

air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air

tersebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut

hilang.

Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam

semulajadi, alam benda dan potret.

Gambar 2. 1.1: Cat air

6

Page 8: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

Gambar 2.1.2 : Lukisan menggunakan cat air

2.2. Warna Poster

Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat legap dan tebal jika

disapukan di atas permukaan kertas.

Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras.

Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan menggunakan warna

putih atau warna terang yang lain.

Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap perlu dicampurkan.

Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar dalam catan tersebut.

Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan dilakukan.

Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh diatasi dengan cara menyerap

keluar dengan menggunakan tisu atau menutup warna lain di atas permukaan

warna yang salah. Pastikan warna tersebut kering dahulu.

Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhati-hati semasa mewarna.

Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis pemandangan, alam semulajadi,

potret, poster dan logo.

7

Page 9: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

Gambar 2.2.1: cat poster

Gambar 2.2.2: lukisan menggunakan cat poster

2.3. Cat Minyak

Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster.

Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan dan

memudahkan kerja-kerja mewarna.

Berus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras atau pisau palet.

8

Page 10: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi hasilnya tahan

lama untuk disimpan.

Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita perlu menindihkan

warna yang salah tersebut dengan warna baru.

Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas, kadbod atau

kepingan kayu yang keras.

Gambar 2.3.1: cat minyak

9

Page 11: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 Gambar 2.3.2:lukisan menggunakan cat minyak

2.4 .Media Pastel

Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi

kesan lorekkan yang berbeza.

Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau

pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon

Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret

Gambar 2.4.1: Cat Oil Paster

10

Page 12: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

Gambar 2.4.2: Lukisan menggunakan oil paster

2.5. Cat Akrilik 

Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering

Di perkenalkan pada tahun 1940-an.

Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto

Bahan tara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering

Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.

11

Page 13: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

3.KEPENTINGAN MENGGAMBAR DARI ASPEK KOGNITIF, EMOSI,

FIZIKAL DAN SOSIAL

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang

mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang

dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-

kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi

kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, serta Aspek Sosial dan Emosi.

3.1. Aspek Kognitif

Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada

daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan

terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan

masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak

melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh

pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas

kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka

lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang

dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada

sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan

tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi

dengan menunjukkan minat.

3.2.Aspek fizikal

Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni

memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan

koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran

tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan

fizikal boleh dilihat dengan jelas.Melalui aktiviti menggambar juga, kanak-kanak boleh

12

Page 14: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni

menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk

iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling

mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami

berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi

yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri.

3.3Aspek Emosi

Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu

benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan

seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang

itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan

menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini pula akan mencetus perubahan dalam badan,

dan terhasilah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu.Pada peringkat

kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan

semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu, daya pengawalan emosinya lemah, kini

emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat, semakin matang

pengawalan emosinya.

Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain.

Melalui seni juga dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaannya. Ini kelihatan

terutamanya ketika melukis dalam seni visual. Sekiranya emosinya stabil, lukisan yang

dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Aktiviti melukis dapat

memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu

dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman

mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak.

Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak

bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga

menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu

mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur.

13

Page 15: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 3.4 Aspek sosial

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat

meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang

dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga

ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak

melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu

yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan

melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi

kepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada

bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh

dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanak

tidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematik

kepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun

dengan rapi mengikut matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains,

komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatan-

bulatan yang bertindih. Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat

dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada

kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum

ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga

secara holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah

yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial

4. PORTFOLIO KANAK-KANAK

4.1 Teknik Menggambar

Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni.  Guru yang berperanan

sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam

menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak.  Disamping itu, guru juga perlu

berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan

14

Page 16: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui

pemikiran dan pengalaman.

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar

adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang

murid.  Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka

dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai  media dan teknik disamping itu,

ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu

karya.  Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj,

montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri

seseorang murid.  Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali

pelbagai alat bahan dan kegunaannya.  Kegiatan menggambar membolehkan murid

mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses

rekaan.  Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus

utama bidang menggambar ini.

4.1.1  Teknik lukisan.

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan

berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling

sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa,

bentuk, saiz warna dan jalinan.  Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada

media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses

melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan

diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil

kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan

sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

4.1.2 Teknik Catan

            Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata

yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau

15

Page 17: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.  Ianya

merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu

media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan

dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik

menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk

menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan

cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

4.1.3  Teknik Kolaj

            Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas

sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan

2D yang  mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah

disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi.  Berbagai jenis bahan dilekat disatu

permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.  Ia juga

dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan,

latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan

dihasilkan  secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan menggam berbagai

elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

4.1..4  Teknik Montaj

            Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada

suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,

peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari

mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.  Ia mengandungi

sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang

disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan

menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan

cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu

hasil kerja seni.

16

Page 18: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

4.1.5  Teknik Cetakan

            Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta

melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan .  Seseorang pelukis biasanya akan

menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu

edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke

atas sesuatu permukaan lain.  Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa

kuantiti .  Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang

dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu

permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau

beberapa siri cetakan.  Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok

kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.  

4.1.6 Teknik Resis

            Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang

dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan

menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.  Lilin

digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.   Ini menyebabkan

permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan

warna asal.  Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin

dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.  Teknik ini

membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam

kegiatan menggambar.

4.1.7 Teknik Gosokan

            Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan

yang berjalinan.   Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui

deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.  Gosokan adalah satu cara paling mudah

17

Page 19: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.  Apabila salah

satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan

terhasil.  Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping

kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin.  Satu representasi yang

mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam

penggunaan jalinan dan ton.

4.1.8 Teknik percikan

        

    Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau

menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled granite- style

finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain.  Percikan-

percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan

antik.  Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau

warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu

permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna

basah dan kertas.   Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna

dengan kaedah yang berlainan.  

4.1.9  Teknik Mozek

       

     Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai

satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau

pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang

Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.

Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni

disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek

pendidikan seni.  Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas

dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik

yang berlainan.

18

Page 20: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

5. MAKLUMAT SOKONGAN :MENGAITKAN DENGAN PERKEMBANGAN

EKSPRESI (TEORI-TEORI SENI)

5.1 VIKTOR LOWENFELD DAN BRITAIN

Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan

tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental,

sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak. Peringkat perkembangan pengutaraan tampak

mereka merangkumi peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic,

dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada

setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal,

mental, emosi, sosial, intellek dan estetik. Memenuhi keperluan dan keinginan asas

mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan

membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh.

1.Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak

terkawal.Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan

koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan

tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan

lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

2.Peringkat Preschematic ( 4-7 Tahun)

Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan

pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan.Contohnya

ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter

tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-

beza.

19

Page 21: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

3.Peringkat Schematic (7-9 Tahun )

Pada peringkat ini Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek

berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau

konsep tertentu. Objek diulang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan lebih

diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan

objek yang terdapat disekelilingnya. Contohnya kanak-kanak mula membuat percubaan

dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara

dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama

manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah

spontan, bebas dan berskala besar. Mereka mulai tidak peka dengan karya mereka sendiri

dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar

untuk berkongsi .

4.Peringkat Dawning (9-12 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema

tertentu .Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik

dan teliti dengan butir-butiran. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-

kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri .Mereka mula

membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-

hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

5.Peringkat Pseudonaturalistic ( 12-14 Tahun)

Pada peringkat ini Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam

menghasilkan lukisan Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej

Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata

dengan lukisan menerusi imaginasi Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama

dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan

yan dihasilkan tidak menarik.

20

Page 22: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 6.Peringkat Perioad if (14-17 Tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya

seni dan penciptaan objek .Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat

keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

5.2 HURWITZ DAN DAY

Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak

kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat

manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.

1.PERINGKAT MANIPULATIF ATAU ZAMAN KANAK-KANAK (2-4 TAHUN)

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan

tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua

hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak

terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis

bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulative iaitu

contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal

dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak

mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di

peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan

kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan

rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak kanak yang mula melukis rupa dan

mengulanginya mengikut kehendak mereka.

Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya

mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan

yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi

peluang untuk melukis dan menggunakan pen dan pensel.

21

Page 23: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang

alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut

keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat

bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan.

Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang menarik.

2.PERINGKAT MEMBUAT SIMBOL ( 6-9 TAHUN)

Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat

menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga 

kanak-kanak berumur lapan tahun.Pada peringkat ini kanak-kanak sangat terpengaruh

dengan keadaan sekelilingnya Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang

biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya.

Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal

pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi

pergerakan tangan.

Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui

lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma

ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada

peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai

contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna

hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,

lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan  kepada imej yang konkrit iaitu imej yang

dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.

3.PERINGKAT PRA REMAJA (10-13 TAHUN)

Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman

remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura

22

Page 24: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh,

figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa

membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain

daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan

warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang

dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula

menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba

memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan

objek yang lebih dekat.

5.KESIMPULAN

Pendidikan seni visual dalam aktiviti menggambar di sekolah termasuk melukis,

catan, kolaj, mozek ,montaj, dan sebagainya. Menerusi aktiviti menggambar ini ia dapat

membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak terhadap

keunikan seni. Justeru itu, kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang

untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga membuktikan bahawa

mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri. Melalui seni visual

mereka akan mempelajari cara membuat pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas,

mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk

belajar kepada kanak- kanak untuk lebih mengingati pelajaran yang dipelajarinya. Setiap

mata pelajaran bertambah menarik sekiranya makumat yang diberikan memberi kesan

yang mendalam kepada kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan

reka bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka.

Selain daripada itu , di dalam melaksanakaan aktiviti pendidikan seni visual juga ,guru

pendidikan seni visual perlu memahami teori-teori yang berkaitan dengan pertumbuhan

dan perkembangan kanaak-kanak.Antara teori-teori dalam bidang seni visual ini adalah

seperti yang di perkenalkan oleh HURWITZ DAN DAY (2001) VIKTOR LOWENFELD

DAN BRITAIN (1987). Pengetahuan yang mendalam dalam teori-teori seni ini dapat

membantu guru memahami kehendak, dan kemampuan murid-muridnya, memahami

23

Page 25: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403 dumia pemikiran kanak-kanak serta dapat membantunya menyediakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bersesuaian kepada murid- muridnya.

Menerusi aktiviti menggambar juga seseorang guru pendidikan perlulah memberikan

motivasi kepada murid-muridnya bagi merangsang minat murid dalam berkarya.Berikut

adalah cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan seni visual dalam aktiviti

menggambar.

1.Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh

digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Dengan memberikan peluang kepada murid

untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ianya memberikan peluang kepada murid untuk

menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secara tidak langsung,

ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan hasil karya

mereka.

2.Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup

untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan member tekanan yang

melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya

boleh membunuh minaat murid terhaadap seni visual.

3. Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil

karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni

visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang dipamerkan turut

diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru.

4. Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia

untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.

5. Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan

menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam

menghasilkan karya seni visual.

24

Page 26: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

6. Kanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu guru

pendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi. 

Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak

berminat untuk meneruskan penghasilan karya. Jangan sekali-kali memperlekehkan hasil

karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dan gangguan

yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya.

7. Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang

mereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di

dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang baik

7.LAMPIRAN PORTFOLIO MURID

25

Page 27: HBAE 1403 MENGGAMBAR

HBAE 1403

BIBLIOGRAFI

1. Chang Hon Woon (1994). Teori Seni Tampak, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Pustaka

2..Haslinda Madon(2007) HBAE 1403 Menggambar,.Kuala Lumpur: Open University

Malaysia.

3.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

4. Modul Pendidikan seni sekolah rendah(Jan 2011) Kuala Lumpur, Institut Pendidikan

Guru ,Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.Panduan Pengajaran Seni Visual tahun 2 (2011) Kuala Lumpur . Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.Prof Dr.Hj.Abdul Syukor Hashim ( etc ) (2007)Perkembangan seni kanak-kanak.Kuala

Lumpur: Open University Malaysia.

7.Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling

Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

8.Theoryhttp://www.davidcloss.com/express.html)

9. http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html

10. http://www.anneahira.com/teknik-teknik-melukis.htm

26