hbae2203 membentuk dan membuat binaan.docx
DESCRIPTION
SeniTRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER 2013
HBAE 2203
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
NAMA : ZAITON BINTI NAYAN
NO.MATRIK : 690605025376001
NO.K/P : 690605025376
NO.TELEFON : 013-9461500
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 Pengenalan 3
1.1 Definisi Diorama 3
1.2 Penghasilan Diorama 3
1.3 Contoh-contoh Diorama 6
2.0 Diorama Dan Perkembangan kanak-kanak 7
3.0 Kelebihan Dan Cabaran Pengajaran Dan
Pembelajaran Diorama 11
4.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 16
5.0 Lakaran Idea 20
6.0 Kesimpulan 24
Rujukan
2
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
1.0 Pengenalan.
Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan
arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut.Catan
ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan
mula popular sekitar abad ke 19.Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua
dimensi dan arca figura tiga dimensi.Objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi
penggunaannya dengan karangan laut,figura haiwan,fiksyen,pensejarahan dan cerita
rakyat.Tujuannya jelas,diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif
melalui penampilan imej 2D dan 3D dalam konteks diorama.
1.1 Definisi Diorama
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah
diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan
supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh
digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut.
Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang
diperlukan berdasarkan tema diorama .Bahagian tapak kotak pula dihias dengan
bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
1.2 Penghasilan Diorama.
Diorama dihasilkan melalui perancangan yang teliti dengan mengambilkira pelbagai
kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai
hal subjek diorama.Diorama yang hendak dihasilkan juga bergantung kepada
pemilihan alat dan bahan,tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada
asas seni dan prinsip seni reka.
3
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian di dalam penghasilan diorama
iaitu :
a) Menentukan Subjek dan Tema
Subjek dan tema boleh dipilih berdasarkan :
i) Alam semulajadi dan persekitaran.
ii) Perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi pelukis.
iii) Aliran dan tema sejagat.
iv) Keperluan dan pengalaman hidup harian.
b) Menentukan Alat dan Media.
Pemilihan alatan dan bahan mengambilkira keberkesanan dan relevannya hal subjek
yang ingin ditampilkan.Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak
untuk digunakan bagi menghasilkan diorama yang baik.Pemilihan objek yang sebenar
dan cantik atau dikecilkan pada kadaran atau nisbah yang sesuai dengan latar
belakang secara idealistik akan memenuhi konsep artistik bagi penghasilan diorama
yang baik.
Cara menentukan alat dan media berdasarkan subjek,tema dan tajuk.
i) Subjek dan tema - Alam semulajadi dan persekitaran.
Tajuk diorama - Hidupan di dasar laut
Alat dan bahan - Karangan laut,gam UHU,tulang ikan,dawai,tangsi,kad
tebal,pasir laut,batu-batu laut.
ii) Subjek dan tema - Perasaan dalaman,khayalan dan imaginasi pelukis.
Tajuk diorama - Kehidupan di sebuah planet asing.
Alat dan bahan - Plastersin,polisterin,pasir,gam,model kapal angkasa,cat
emulsi.
iii) Subjek dan tema - Aliran dan tema sejagat.
Tajuk diorama - Sabung ayam di kampung saya.
Alat dan bahan - Model ayam jantan, model manusia, plastersin, tanah,
pasir, batu-batu kecil dan kad bod.
4
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
iv) Subjek dan tema - Keperluan dan pengalaman hidup harian.
Tajuk diorama - Memancing ikan di sebuah tasik yang permai.
Alat dan bahan - Model orang memancing, kaca, plastersin, polisterin, gam,
pasir, batu-batu kecil dan kad bod.
c) Membuat Thumbnail-print (membuat lakaran-lakaran kecil).
Lakaran-lakaran kecil ini penting untuk mengeluarkan idea melalui konsep trial and
error.Lakaran ini juga menunjukkan sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema
yang ingin dihasilkan.Seterusnya sketsa-sketsa yang hebat akan dipilih untuk
dijadikan diorama.
d) Memilih salah satu lakaran yang terbaik
Salah satu sketsa dipilih untuk pengembangan idea dan dijadikan diorama kerana
sketsa tersebut mempunyai kaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan
berketerampilan.Pemilihan sketsa juga bergantung kepada kemampuan menterjemah
lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar.
e) Memperinci lakaran
Setelah memilih lakaran yang terbaik,kerja-kerja memperkemaskan lakaran hendaklah
dilakukan.Ia juga mengambilkira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep
keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan.
f) Membuat karya/diorama
Buat kerangka dalam dan luar.Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan
kesesuaian kerangka dengan dapatan.Terdapat beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan iaitu :
Bahan dan alatan
Kos pembinaan /buatan
Masa yang diperlukan
Kesesuaian latar belakang,hal subjek dan latar hadapan.
5
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
1.3 Contoh-contoh Diorama.
Gambarajah 1.3.1 :Diorama menggunakan figura haiwan.
Gambarajah 1.3.2 :Diorama menggunakan figura manusia
6
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
2.0 Diorama dan Perkembangan Kanak-Kanak.
Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan.Ia adalah
perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti
tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku menunjukkan sifat yang berlainan
daripada peringkat permulaan.Melalui aktiviti membuat diorama ini,ia dapat
membantu perkembangan kanak-kanak.Kanak-kanak diberi peluang untuk bekerja
dengan berbagai-bagai jenis bahan,cara dan teknik.Kanak-kanak dapat meneroka
secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.Aktiviti seni ini
dapat mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak.Kanak-kanak melihat
sesuatu dengan caranya yang tersendiri.
Kanak-kanak suka menyentuh, menguli, meramas, menggosok, mendengar,
mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu.Kanak-kanak suka
bermain dan bereksperimentasi dengan bahan dan persekitarannya dan secara tidak
langsung kanak-kanak telah memperkembangkan jasmani,emosi,rohani,intelek dan
sosialnya.Kita dapat melihat perkembangan kanak-kanak dari segi :
a) Kognitif.
Matlamat guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Seni
ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,kesedaran dan arif
terhadap pergerakan,bunyi,bentuk,tekstur dan irama.Contohnya, guru menggunakan
lagu untuk memperkenalkan tajuk ‘Haiwan’.Semasa kanak-kanak menyanyi,mereka
akan bergerak dan meniru bunyi haiwan.Seterusnya kanak-kanak menghasilkan
gambar-gambar haiwan.Guru boleh memperkembangkan kognitif kanak-kanak
dengan menghasilkan diorama daripada lakaran gambar-gambar haiwan yang telah
dihasilkan oleh kanak-kanak.Kanak-kanak dapat membina pengalaman baru hasil
daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa gembira
dan seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru.Kanak-kanak akan meluahkan
rasa hati dengan mencipta dan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam
pelbagai bentuk yang mencerminkan kreativiti mereka.
7
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Kanak-kanak boleh menanamkan konsep pemahaman dalam
dirinya.Kekerapan guru melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di rumah akan
dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara.Guru boleh
memberi peluang kepada murid untuk menyiapkan dioramanya di rumah.Melalui
penggabungjalinan beberapa aktiviti sebenarnya dapat meningkatkan pemahaman
murid.Contohnya:
i) Aktiviti pergerakan – ketika aktiviti pergerakan haiwan dilakukan murid akan
mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan
ruang,masa,imbangan dan daya atau aliran.Ini dapat membantu murid untuk
membuat lakaran pergerakan haiwan untuk menghasilkan diorama.
ii) Aktiviti bermain - ketika menghasilkan diorama dalam kumpulan,murid dapat
memperkembangkan konsep pembentukan kendiri,seperti meningkatkan
kefahaman dari segi emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-
nilai murni.
iii) Lagu – murid akan menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang
tepat.Murid akan membina keyakinan diri dan menjadi lebih kreatif dan
menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.Ini dapat melatih murid untuk
menyiapkan tugasan atau diorama yang diberikan.
iv) Lakonan – semasa berlakon murid akan dapat memahami sesuatu konsep
dengan lebih jelas lagi,di mana semasa berlakon murid akan cuba memahami
sesuatu watak.Murid akan menjadi kreatif,inovatif,bertanggungjawab dan
dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi
dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.Ini membantu murid membina
watak dalam diorama yang akan dihasilkan.
b) Afektif
Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah
penyesuaian sendiri,iaitu penerimaan atau penolakan dan penghargaan kendiri.Kanak-
kanak dapat mencapai kesedaran kendiri melalui perkongsian kasih sayang dengan
keluarga,kawan dan guru.Kanak-kanak akan merasai dirinya diterima dan dihargai
oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya.Perasaan ini akan membawanya
8
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
menerima dan menghargai diri.Guru akan membantu murid mencapai kendiri yang
positif dengan cara berikut:
i) Guru memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada murid untuk
menghasilkan diorama.
ii) Guru memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan yang
dilakukan oleh murid semasa menghasilkan diorama.
iii) Guru akan mengajar mengikut cara kebolehan murid supaya murid sentiasa dapat
mengikuti pengalaman belajar dengan jayanya supaya murid yakin dan
meningkatkan penghargaan kendirinya.
iv) Guru hendaklah menerima murid sebagai sebahagian dari dirinya.
v) Guru menggalakkan interaksi positif dalam kalangan murid dan rakan sebayanya.
vi) Guru memberikan peluang kepada murid untuk menunjukkan bakatnya dalam
menghasilkan diorama.
vii) Guru hendaklah memupuk nilai-nilai yang baik semasa murid belajar
menghasilkan diorama.
c) Sosial dan komunikasi.
Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk sosial dan sahsiah
kanak-kanak.Guru juga berperanan membantu kanak-kanak untuk menguasai
berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai supaya murid dapat
menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.Menurut
teori pembelajaran Albert Bandura,bahawa elemen sosial akan terbabit kerana
pembelajaran akan diperolehi berdasarkan:
Melihat
Meniru
Memerhatikan tingkahlaku orang lain.
9
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Murid akan belajar dengan cara melihat,meniru dan memerhatikan tingkahlaku
orang lain.Guru hendaklah menggalakkan tingkahlaku yang positif semasa
menjalankan aktiviti seni ini supaya murid memperolehi kepuasan dan peneguhan
yang tinggi.Contohnya,guru boleh menunjukkan contoh diorama terbaik yang
dihasilkan oleh murid supaya murid lain dapat melihat,meniru dan memerhatikan
tingkahlaku murid yang berjaya dalam menghasilkan diorama tersebut.Murid akan
berkomunikasi antara satu sama lain,memberikan pendapat masing-masing dan
belajar menghormati pendapat orang lain.Ini akan membantu murid membina sikap
hormat-menghormati antara satu sama lain dan memperkembangkan tingkahlaku
sosial yang baik dalam kalangan murid.
d) Psikomotor
Kanak-kanak mula memperolehi koordinasi dan kawalan otot pada usia 0-2
tahun.Kanak-kanak mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan
tangan.Pendengaran dan penglihatan mula berkembang secara perlahan-lahan dan
mula matang ketika berumur 6-12 tahun.Melalui aktiviti seni kanak-kanak akan
berinteraksi secara tidak langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan
kebolehan mereka.
Aspek perkembangan psikomotor yang mula diperolehi kanak-kanak ialah dengan
sentuhan.Melalui aktiviti menghasilkan diorama ini kanak-kanak akan menggunakan
jari untuk melukis gambar di atas kertas.Apabila guru memperdengarkan lagu
‘Haiwan’,kanak-kanak akan mendengar dan melukis berdasarkan apa yang mereka
dengar.Kanak-kanak akan menggunakan penglihatan mata untuk memerhati dan
membuat pengamatan tentang objek yang mereka lukis.Melalui penglihatan,kanak-
kanak akan meneroka pelbagai jenis warna,bentuk,ruang dan jalinan.Pemahaman
tentang warna membolehkan kanak-kanak mengetahui ciri-cirinya dan
mengaplikasikannya dalam diorama.Begitu juga dengan deria rasa.Rasa merupakan
gerak hati atau kata hati kanak-kanak.Kanak-kanak akan menggunakan deria rasa
untuk membuat sesuatu persepsi dengan tepat.Ahli psikologi Gestalt merumuskan
bahawa dalam persepsi,manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara
keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan.
10
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Kanak-kanak akan membuat persepsi mereka dan menterjemahkannya dalam bentuk
tema yang sesuai untuk diorama yang akan dihasilkan.Guru hendaklah mengaitkan
pengetahuan sedia ada murid dengan pelajaran baru.
Seterusnya kanak-kanak akan menggunakan deria hidu mereka.Hidu menekankan
aspek penanggapan.Melalui aktiviti seni membuat diorama ini,sebenarnya guru telah
merancang strategi pengajaran yang baik untuk membentuk penanggapan yang
baik.Guru telah menggunakan Pendekatan Inkuiri Penemuan di mana kanak-kanak
akan mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian
masalah.Kanak-kanak akan berfikir dan menaakul secara mental dengan
menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi iaitu
bagaimana mereka hendak menghasilkan sebuah diorama yang baik.Guru akan
bertindak sebagai pembimbing.
Kesimpulannya,melalui aktiviti diorama ini guru telah melakukan perkembangan
diri kanak-kanak dari segi kognitif,afektif,sosial,komunikasi dan psikomotor
mereka.Kanak-kanak gembira untuk belajar dan menimba pengalaman baru dalam
hidup mereka.
3.0 Kelebihan dan Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Diorama
Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan
lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka.Murid diberi peluang
menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta
daya imaginasi dalam pembelajaran mereka.Selain itu Seni Dalam Pendidikan juga
berperanan untuk mengembangkan daya persepsi, estetika dan kreativiti mereka
sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan
mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui
pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan
dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni
dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka.
11
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Herman (1991), di dalam “Quadrant Concept” menyatakan bahawa seni dapat
membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.Berdasarkan kenyataan
ini, guru telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran menghasilkan diorama bagi
mencapai perkembangan kreativiti kanak-kanak.Guru mendapati melalui aktiviti seni
diorama ini, terdapat beberapa kelebihan dan kekuatan serta cabaran semasa
menjalankan aktiviti ini.
Antaranya adalah seperti berikut:
a) Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.Ini disebabkan
pengintegrasian tiga mata pelajaran seni telah dapat menarik minat murid.Murid-
murid telah mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai
kemahiran yang disediakan oleh guru.Di samping itu juga mereka dapat melahirkan
idea dan kreativiti mereka dengan bebas.
Sebagai contoh, pengajaran yang pertama guru memperdengarkan lagu ‘Pak
Mamat Ada Kebun’.Kanak-kanak akan menyanyi,mengajuk bunyi haiwan dan
membuat pergerakan haiwan semasa menyanyi lagu tersebut.Dalam melakukan
aktiviti tersebut, kita akan dapat melihat berbagai-bagai gaya yang dipersembahkan
oleh kanak-kanak.Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar haiwan-
haiwan tadi.Semasa pembelajaran ini kanak-kanak akan dapat membina konsep
kendiri dalam kumpulan rakan sebaya.
b) Diorama membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid.Aktiviti
seni ini boleh dijadikan sebagai medium untuk pengajaran secara penerokaan,
pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam
penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan imej kendiri
yang utuh. Dengan adanya aktiviti seni menghasilkan diorama ini murid akan lebih
mudah untuk menerima kemahiran pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan
perkembangan diri mereka Dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan murid-murid
diberi peluang meneroka dan mencari sendiri jawapan kepada permasalahan.
12
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Peluang inilah yang digunakan oleh murid-murid untuk melahirkan idea dan
mendorong mereka menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan
masalah.Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan begitu juga dengan
sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama rakan sebaya dan guru.
c) Diorama menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang
pengajarannya.Dengan adanya aktiviti menghasilkan diorama ini, pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga adalah baik
maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan
untuk pengajaran mereka di mana pengajaran yang dirancang akan lebih mencabar
serta mengutamakan perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan
murid.Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak
meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai dengan pencapaian murid-
muridnya.
d) Diorama menghubungkaitkan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai
bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam sesuatu
pengajaran dan pembelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan tersebut
pembelajaran akan dapat membantu percambahan pemikiran murid dengan
mengaitkan isi pengajaran guru dengan kehidupan seharian mereka.Pengajaran dan
pembelajaran yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang
lebih efektif.Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar murid-murid. Selain itu ia juga
boleh membina serta melatih minda murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif
sekaligus dapat membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran yang diajar.
13
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Haiwan’.
Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau aktiviti membuat rekaan
dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru terlebih dulu mencungkil pengetahuan
sedia ada murid dengan bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas.
Antara aktviti yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi
haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan haiwan dan
sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan telah dihubungkaitkan.Untuk
mengaitkan dengan bahasa dan muzik, guru meminta murid menyanyi mana-mana
lagu yang ada kaitan dengan haiwan.Selain itu murid juga disuruh berpantun atau
membaca puisi berkenaan haiwan.Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran
Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan penyelesaian
masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan kehidupan seharian murid-murid.
Contohnya, “Di dalam kolam itu ada enam ekor itik, dua ekor telah keluar. Berapa
ekor itikkah yang masih tinggal?
Dengan adanya penghubungkaitan tersebut murid-murid akan belajar beberapa
kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat
memantapkan perkembangan sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran
berintegrasi seperti yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap
perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.Untuk menjadikan pengajaran
dan pembelajaran penghubungkaitan (penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-
guru memainkan peranan yang paling penting selain kesediaan murid-murid sendiri.
e) Guru dapat merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid.
Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam penyediaan rancangan
pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif pengajaran, isi pelajaran dan
cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk menguji murid.Dalam
penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat
merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua
murid tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka.
14
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Guru juga dapat merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan
pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang dipilih perlulah
mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka.Bahan tersebut sudah semestinya
menarik.Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer,
televisyen, radio, internet dan sebagainya.Bahan bukan elektronik yang juga boleh
digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya.Guru perlu menyediakan bahan
yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di ajar.
f) Guru dapat bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid.Guru
dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan idea
dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap positif dalam
perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.Guru dapat
membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya.
g) Guru dapat melakukan pengurusan kelas dengan baik.Peranan guru di
sini ialah membahagikan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka.
Dengan pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya.Selain itu guru juga perlu
memastikan suasana pembelajaran yang teratur. Perkara lain yang perlu diambil
perhatian ialah kelas atau bilik yang selesa,peredaran udara dan cahaya yang sesuai
serta kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi.
h) Peranan Murid
Murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri untuk memastikan
pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini berjaya.Mereka digalakkan melibatkan
diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah
samada secara formal atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif,maka
secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan
mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri
sendiri.Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang
baru dengan sentiasa merujuk kepada guru sekiranya menghadapi masalah
pembelajaran.
15
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
4.0 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual CatatanKelas 4 BijakTarikh 12 Oktober 2013Bidang Membentuk dan Membuat BinaanKemahiran Membuat DioramaTajuk HaiwanTeknik DioramaObjektif Pada akhir pelajaran,murid berupaya :
1.Menghasilkan sebuah diorama secara
berkumpulan.
2.Boleh mengenali bahan yang digunakan
utuk membuat diorama.
3.Boleh menghasilkan diorama haiwan
dengan menggunakan teknik yang betul.
Pengetahuan sedia ada
1.Murid telahpun melihat gambar-gambar
haiwan
ternakan secara langsung dan tidak langsung.
2.Murid telahpun melukis gambar haiwan
sebelum ini.
Alat dan Bahan Kotak,alatulis,penselwarna,gunting,kad
manila,gam,batu kecil dan kertas warna.
16
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
FasaIsi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
CatatanAktiviti guru
Aktiviti murid
Set Induksi(5 minit)Guru menunjukkan contoh diorama
Permulaan/Mencungkil idea(5 minit)
Penerangan oleh guru
Penerangan oleh guru
Guru menerangkan tentang diorama
Guru menerangkan tentang bahan yang diperlukan untuk membuat Diorama
Murid mendengar dan memahami penerangan guru.
murid memastikan bahan-bahan yang disediakan mencukupi.
Alatan
-kotak besar-kertas warna-gunting-pisau-pembaris-tali -dawai-kertas pembalut hadiah-gam-double side tape-plastik pembalut
Aplikasi idea(10 minit)Langkah 1
Cara memotong kotak
Langkah 1
Guru menunjukkan cara memotong bahagian permukaan kotak
Murid memotongbahagian kotak mengikut arahan guru dalam kumpulan masing-masing
Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
Nilai:bekerjasama
Aplikasi idea(10 minit)Langkah 2
Cara memotong dan menampal kertas warna pada bahagian kotak
Langkah 2
Guru menunjukan kepada murid cara-cara
murid memotong kad manila mengikut arahan guru.
Arahan kepadaMurid perlu berhati-hati ketika memotong
17
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
memotong kad manila mengikut ukuran yang sesuai.
Guru menunjukan kepada murid cara-cara menampal kad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak.
Murid menampalkad manila yang telah dipotong pada bahagian bingkai kotak.
bahan.
Aplikasi idea(10 minit)Langkah 3
Aplikasi idea(10 minit)Langkah 4
Melakar haiwan dan pokok
Mendirikankan lakaran haiwan pokok dan meletakkan batu hiasan
Langkah 3
Guru menunjukkan cara-cara melakarkan haiwan dan pokok serta hiaskannya dengan kertas warna.
Guru menunjukkan cara-cara membentuk batu hiasan.
Langkah 4
Guru mendirikankan lakaran haiwan, pokok pada bahagian dalam kotak dengan mengunakan kad tebal
Guru meletakkan batu hiasan pada dasar kotak.
Murid melakarkan haiwan dan pokok serta menghiaskannya dengan kertas warna.
Murid membentuk batu hiasan
Murid mendirikan lakaran haiwan pada bahagian dalam kotak dengan menggunakan kad tebal.
Murid meneruskan aktiviti dengan meletakkan batu hiasan pada dasar kotak.
Aktiviti kumpulan
Nilai :
Bekerjasama
Nilai:Bekerjasama
Kreatif
18
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
Refleksi/Penutup(10 minit)
Mempamerkan hasil kerja
Guru mempamerkan hasil kerja yang telah siap.
Guru menilai hasil kerja murid.
Murid mempamerkan hasil kerja yang telah siap
Murid berasa gembira menghasilkan diorama
19
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
5.0 Lakaran Idea
20
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
21
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
22
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
23
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
6.0 Kesimpulan.
Membentuk dan membuat binaan ini penting untuk mengembangkan persepsi pelajar
tentang Seni Tiga Dimensi.Ini menambahkan lagi kefahaman pelajar dan seterusnya
menggalakkan pelajar untuk terus berkarya.Melalui aktiviti membuat diorama ini,
kreativiti diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi mereka.Murid diberi peluang menggunakan pancaindera mereka
untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran
mereka sesuai dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif
dan mempunyai nilai jati diri yang tinggi.
Aktiviti yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial,
emosi,intelek dan estetik dapat membantu dalam perkembangan dan tumbesaran kanak-
kanak dengan sihat dan secara tidak sedar.Kanak-kanak akan melakukan eksplorasi dan
eksperimentasi dengan derianya secara berterusan.Kanak-kanak akan menggunakan deria
sentuhan,pendengaran,penglihatan,rasa dan hidu bagi membolehkan mereka membentuk
satu persepsi secara keseluruhan.Guru perlu melibatkan kepekaan deria kanak-kanak
supaya pengajaran dan pembelajaran akan dapat dijalankan dengan lebih
berkesan.Melalui aktiviti seni ini kanak-kanak akan menggunakan sepenuhnya kepekaan
derianya bagi menghasilkan karya.Secara tidak langsung guru telah membantu kanak-
kanak untuk memenuhi keinginan asas kanak-kanak bagi mencapai perkembangan
mereka dari segi kognitif,afektif,sosial,komunikasi dan psikomotor.
Aktiviti membuat diorama dilihat dapat memberi kebaikan kepada kanak-
kanak.Proses Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan seronok.Perkembangan
kanak-kanak dari segi intelek,sosial dan emosi kanak-kanak juga dapat dipenuhi. Kanak-
kanak akan melibatkan diri secara aktif, maka secara tidak langsung akan dapat
mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan mereka juga dapat membuat penilaian
kendiri tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
24
HBAE 2203 ZAITON NAYAN690605025376001
RUJUKAN
Hermann,N.(1991).The creative brain,Journal of creative behaviour.25(4):pp.275-295
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008).Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tahun 4 . Kuala Lumpur :PPK
Modul OUM ,(2011).Membentuk Dan Membuat Binaan.Selangor : Meteor.Doc.Sdn.Bhd.
Modul OUM,(2010).Seni Dalam Pendidikan.Selangor : Meteor.Doc.Sdn.Bhd.
RUJUKAN INTERNET
Cara membuat diorama (2013) dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada
http://aditwoo.blogspot.com/2013/03/cara-membuat-diorama.html
RPH PSV Tahun 4-Diorama dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://www.slideshare.net/sifatpgsr/rph-psv-t4-diorama
Jom Belajar Seni Visual dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada http://jombelajarsenivisual.blogspot.com/2013_04_01_archive.html
Apa itu diorama,dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada
http://apa-itu-diorama.blogspot.com/2012/08/contoh-diorama-terbaik.html
Definisi Diorama,dicapai pada 25 September 2013,diperolehi daripada
http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html
25