hubungan kerajaan

Upload: zeehanna

Post on 18-Oct-2015

145 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hubungan kerajaan negeri

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    1/207

    PENGENALAN

    Ada beberapa sebab mengapa berfikir tentang negara, kerajaan dan perlembagaan menjadi sangat

    penting. Pada tahap yang paling mudah, sukar untuk membayangkan kehidupan tanpa negara,negara tanpa kerajaan, kehidupan politik dalam sesebuah negara dan kerajaan yang tidak

    mempunyai perlembagaan. Walaupun ketiga-tiga istilah ini merupakan tiga entiti politik yang

    berlainan dan berbeza, tetapi perkaitan dan hubungan di antara mereka sangat rapat dan penting.

    Dalam , kami akan membincangkan pengertian konsepkonsep penting tersebut dan perkaitan di

    antara mereka dalam konteks kehidupan bernegara masa kini. Penting bagi kita untuk memahami

    pengertian, perkaitan, hubungan dan perbezaan di antara negara, kerajaan dan perlembagaan

    sebelum kita dapat mengkaji dengan lebih mendalam tentang kandungan Perlembagaan Malaysia

    yang menjadi fokus utama modul ini iaitu Negara persekutuan

    1.2 KONSEP-KONSEP PERLEMBAGAAN NEGARA, KERAJAAN DAN

    Dalam kehidupan moden, negara merupakan pentas politik yang teragung manakala kerajaan pula

    ialah primadona yang menerajui negara. Perlembagaan pula ialah undang-undang asas yang menjadi

    panduan

    kerajaan dan rakyat dalam mengurus perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Demikianlah

    perkaitan ringkas di antara ketiga-tiga konsep tersebut. Namun begitu, sebelum kita meneliti dengan

    lebih mendalam hubungan dan perkaitan selanjutnya di antara mereka, terdapat beberapa

    persoalan asas yang perlu dijawab terlebih dahulu. Apakah unsur-unsur yang membentuk negara?

    Siapakah pula kerajaan? Bagaimanakah perlembagaan berfungsi sehingga boleh mengawal dan

    memantau kerajaan dan rakyat dalam kehidupan politik sesebuah negara?

    1.2.1

    Definisi Negara

    Dalam kehidupan politik, negara merupakan institusi yang terpenting. Sistem, perlakuan dan proses

    politik bergerak di atas satu pentas politik yang teragung yang lebih dikenali sebagai negara.

    Persoalan yang mungkin timbul ialah bagaimanakah kita dapat membezakan konsep negara dengan

    konsep-konsep lain seperti masyarakat, bangsa, kerajaan, kedaulatan dan sebagainya? Seringkali

    konsep-konsep ini dicampur aduk dengan pemahaman tentang negara. Kekeliruan ini boleh berlaku

    sekiranya kita tidak memberikan perhatian kepada kepelbagaian penggunaan konsep-konsep

    tersebut dalam konteks yang berbeza-beza. Di samping itu, persoalan-persoalan seperti hak asasi,

    undang-undang dan peraturan negara serta kewajipan-kewajipan politik individu cuma dapat

    difahami dengan sebaik-baiknya apabila kefahaman tentang konsep negara menjadi jelas dan

    terang. Negara adalah kerangka politik yang memberi identifikasi kepada sesuatu masyarakat.

    Kebanyakan definisi tentang negara melihatnya sebagai satu organisasi kumpulan masyarakat.

    Negara umumnya dirujuk kepada satu himpunan orang-orang yang menghuni sesuatu kawasan

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    2/207

    geografi secara tetap dan memiliki sebuah kerajaan yang tersusun di mana sebahagian besar

    penduduk memberikan ketaatan dan kesetiaan secara tabii. Seringkali juga identiti budaya

    masyarakat menjadi tanda atau lambang identiti negara. Misalnya, identiti budaya Inggeris seperti

    bahasa, adat resam, tradisi dan cara hidup rakyatnya menjadi identiti kepada United

    Kingdom. Demikian juga bagi negara Malaysia, di mana identiti budaya Melayu menjadi teras identiti

    negara Malaysia. Dalam hubungan ini, kita dapat memerhatikan bahawa negara mempunyai

    perkaitan yang sangat rapat dengan unsur penduduk yang mendudukinya. Tanpa penduduk, maka

    tiadalah identiti negara. Namun begitu, penduduk hanyalah satu daripada beberapa unsur yang

    membentuk negara. Definisi ringkas tentang negara yang diberikan di atas memperlihatkan bahawa

    di samping unsur penduduk, terdapat tiga unsur lain yang membentuk entiti negara. Unsur-unsur

    tersebut ialah wilayah, kerajaan, dan kedaulatan.

    1. Wilayah

    Merujuk kepada sempadan geografi tertentu yang bukan sahaja meliputi kawasan daratan, tetapi

    juga lautan dan ruang angkasa. Identiti ruang ini merupakan perkara asasi bagi sesebuah negara.

    Banyak konflik yang tercetus diantara negara-negara berpunca daripada tuntutan bertindih ke atas

    sesuatu wilayah yang didakwa sebagai milik mereka. Di zaman moden ini, masalah perebutan

    wilayah antara negara menjadi semakin kompleks kerana kemajuan sains dan teknologi kini

    memungkinkan kawasan-kawasan yang dahulunya sukar diteroka kini dapat dieksploitasi oleh

    manusia dengan lebih mudah. Justeru itu, persoalan tuntutan bertindih oleh dua atau lebih negara

    ke atas sesuatu wilayah sering menjadi persoalan politik yang sangat rumit untuk diselesaikan.

    Masalah ini jika tidak ditangani dengan bijaksana boleh mencetuskan konflik yang berlarutan, malah

    peperangan boleh terjadi di antara negara-negara terbabit. 2. Kerajaan

    Merupakan pemerintah, yakni, jentera yang melaksanakan pentadbiran negara. Dalam pemahaman

    hari ini, institusi kerajaan biasanya terdiri daripada tiga badan utama iaitu, badan perundangan

    (Parlimen), badan eksekutif (Presiden/Perdana Menteri dan kabinetnya), dan badan kehakiman(Mahkamah dan Hakim-hakim). Kerajaan memiliki kuasa untuk membentuk dan melaksanakan

    keputusan, dasar-dasar, dan tindakan-tindakan atas nama negara. Tindakan tersebut termasuklah

    cara sesebuah kerajaan memperolehi kuasa tersebut dan bagaimanakah kuasa tersebut digunakan

    membezakan sebuah negara dengan negara yang lain. Kerajaan yang baik ialah sebuah kerajaan

    yang boleh menukar sesebuah negara yang miskin dan yang tidak memiliki sumber-sumber alam

    yang kaya menjadi sebuah negara yang berdaya maju dan dapat bersaing dengan negara-negara

    yang lain. Namun begitu, kerajaan yang lemah dan

    3

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    3/207

    tidak cekap boleh membawa negara yang kaya menjadi muflis dan hilang daya saingnya. Justeru

    itulah imej kerajaan sentiasa dikaitkan dengan imej sesebuah negara. Sebagai jentera yang

    mentadbirkan negara, nasib dan masa depan sesebuah negara banyak ditentukan oleh kerajaan

    yang memerintah. Namun begitu, kerajaan adalah satu-satunya unsur yang paling tidak kekal di

    antara semua unsur-unsur negara. Kerajaan boleh datang dan pergi malah hilang terus dari sejarah,

    tetapi negara akan terus kekal wujud, kecualilah ia telah ditakluki lalu diserapkan sebagai sebahagian

    daripada negara yang menaklukinya, atau ia secara pilihan bergabung dengan negara lain.

    3. Kedaulatan

    Unsur kedaulatan dapat dikaji dari dua dimensi, iaitu kedaulatan dalaman dan kedaulatan luaran.

    Kedaulatan dalaman merujuk kepada kewibawaan dan ketinggian kuasa negara untuk membuat dan

    menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di dalam wilayahnya. Aspek kedaulatan dalaman

    juga meliputi kuasa sah kerajaan pilihan rakyat untuk menentukan urusan dalamannya tanpacampur tangan negara lain. Kedaulatan luaran pula berkait dengan aspek pengiktirafan antarabangsa

    ke atas kewujudan dan status sesebuah negara dalam perhubungan antarabangsa. Apabila kerajaan

    dan negara tersebut telah diiktiraf oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa, maka negara

    berkenaan berhak untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan negara-negara lain dalam

    pertubuhan atau organisasi-organisasi antarabangsa yang dianggotainya seperti Pertubuhan Bangsa-

    Bangsa Bersatu, pertubuhanpertubuhan serantau dan sebagainya. Ini juga meliputi aspek

    menempatkan perwakilannya di negara-negara asing yang mempunyai hubungan diplomatik

    dengannya. Aspek kedaulatan yang dibincangkan di atas hanyalah merujuk kepada unsur kedaulatan

    yang seharusnya ada kepada sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Bagaimanapun, dalam

    kajian Sains Politik dan Undang-undang, terdapat beberapa jenis kedaulatan lain yang wujud di

    dalam dan kepada sebuah negara seperti kedaulatan undang-undang (rule of law), kedaulatan

    rakyat, kedaulatan politik, dan kedaulatan antarabangsa. Berdasarkan kepada unsur-unsur negara

    yang dibincangkan tadi, maka negara dapatlah disimpulkan sebagai keseluruhan sistem politik yang

    telah ditetapkan dan memiliki peranan autoriti yang sah di mana kita akhirnya dikawal, diarah dan

    ditertibkan (Robertson,1986). Definisi ini yang dipetik dari Dictionary of Politics karya David

    Robertson (1986)

    4

    melihat negara dari dua aspek penting. Pertama, negara mempunyai sejumlah anggota masyarakat

    yang mendiami sesebuah wilayah tertentu (keseluruhan sistem politik yang telah ditetapkan), dan

    keduanya, ahli-ahli masyarakat yang tinggal di dalam wilayah ini pula terlibat dan tertakluk di bawah

    satu kuasa berwibawa. Kuasa berwibawa yang diiktiraf ini mengawal mereka. Kuasa ini biasanya

    dirujuk kepada kerajaan yang mempunyai peranan autoriti yang sah. Definisi oleh Robertson (1986)

    mempunyai beberapa persamaan dengan takrif negara yang diberikan oleh dua tokoh penting Sains

    Politik iaitu Max Weber dan Harold Laski. Weber menyifatkan negara sebagai ...the human

    community that (successfully) claims the monopoly of the legitimate use of physical force within a

    given territory. (Weber, 1988:78) (Terjemahan:..satu komuniti manusia yang mempunyai monopolidalam penggunaan kuasa fizikal yang sah di dalam sesebuah wilayah tertentu.) Manakala Laski pula

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    4/207

    melihat negara sebagai, ...a society which is integrated by possessing a coercive authority legally

    supreme over any individual or group which is part of the society. A society is a group of human

    beings living together and working together for the satisfaction of their mutual wants. Such as

    society is the state where the way of life to which both individual and associations must conform is

    define by a coercive authority binding upon them all. (Laski, 1947:8-9) (Terjemahan: ...sesebuah

    masyarakat yang terintegrasi menerusi kewujudan satu autoriti tertinggi yang sah ke atas setiap

    individu atau kumpulan yang menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Sesebuah

    masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang tinggal dan hidup secara bersama bagi

    memenuhi keperluan-keperluan mereka. Masyarakat sedemikian hidup dalam keadaan di mana

    keselarasan cara hidup individu dan kumpulan-kumpulan ditakrif menerusi kewujudan satu autoriti

    paksaan yang mengikat mereka secara bersama.) Definisi yang diberikan oleh ketiga-tiga sarjana di

    atas menekankan betapa keunggulan negara terletak pada aspek kuasa yang dimilikinya ke atas

    seluruh anggota masyarakat yang mendiami wilayahnya. Persoalan

    5

    bagaimanakah negara memperolehi kuasa tersebut barangkali lebih menjadi minat ahli-ahli Sains

    Politik untuk mengkaji dan menghuraikannya. Secara ringkas ianya dikaitkan dengan teori-teori asal

    kewujudan negara. Bagaimanapun dalam konteks pelajaran ini, memadai bagi kita untuk

    memerhatikan bahawa negara diakui sebagai memiliki satu kuasa paksaan yang sah dan tidak boleh

    dipertikaikan, di mana setiap individu yang berada didalamnya harus mematuhinya. Bagaimanakah

    corak kehidupan manusia moden hari ini sekiranya negara tidak wujud?

    1.2.2

    Ciri-Ciri Kuasa Negara

    Terdapat tiga ciri-ciri atau sifat-sifat kuasa negara, iaitu 1. Sifat Memaksa

    Negara berkeupayaan memaksa setiap orang yang berada di dalam wilayahnya supaya mematuhi

    peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkannya. Ciri ini penting kerana jika peraturan-

    peraturan negara tidak dapat dikuatkuasakan maka, keadaan kacau-bilau atau anarki mungkin boleh

    tercetus dan ia akhirnya boleh merosakkan kehidupan bernegara itu sendiri. Kuasa paksaan yang sah

    yang dimiliki oleh negara memberi justifikasi kepada penggunaan kekerasan jika keadaan

    memerlukannya. Di sinilah terletaknya peranan perlembagaan dan undang-undang negara yang

    berfungsi memberikan garis panduan kepada peraturan hidup di dalam sesebuah negara serta

    implikasiimplikasinya sekiranya peraturan-peraturan tersebut dilanggar. 2. Sifat Memonopoli

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    5/207

    Negara bukan sahaja mempunyai monopoli dalam pengunaan kekerasan yang sah dalam

    mendapatkan kepatuhan, malah dalam menetapkan tujuan bersama kehidupan masyarakat. Sifat

    memonopoli ini memperlihatkan kuasa penuh negara dalam menentukan matlamat dan arah haluan

    yang ingin dicapainya. Ini sekaligus membolehkan ia mengekang sebarang ancaman yang

    bertentangan dengan matlamat, aspirasi dan arah tuju negara tersebut. Atas dasar

    mempertahankan matlamat dan aspirasi negara, negara mempunyai monopoli dalam penggunaan

    kekerasan yang sah. Matlamat, aspirasi dan arah tuju sesebuah negara biasanya dimaktubkan di

    dalam undang-undang tubuh negara berkenaan. Undang-undang tubuh yang dimaksudkan ini ialah

    Perlembagaan Negara.

    6

    3.

    Sifat Mencakupi Segalanya

    Semua peraturan perundangan negara melibatkan serta dikenakan ke atas setiap orang yang tinggal

    atau berada di dalam negara tersebut. Tidak ada sesiapa pun yang seharusnya terkecuali ataupun

    berada di atas undang-undang dan peraturan negara. Jika keadaan ini gagal diwujudkan maka,

    matlamat kehidupan bersama yang ditentukan oleh negara akan tergugat. Sifat kuasa negara yang

    mencakupi segalanya memperlihatkan betapa negara menguasai kehidupan kita sejak dari mula kita

    dilahirkan sehinggalah tiba kematian kita. Contoh mudah untuk melihat aspek ini ialah betapa

    kelahiran kita ke dunia ini perlu mendapatkan pengiktirafan negara menerusi daftar kelahiran atau

    sijil beranak yang dikeluarkan. Begitu juga perkahwinan dan perceraian. Akhir sekali, kematian kita

    juga perlu disahkan menerusi sijil mati yang dikeluarkan. Kegagalan mematuhi peraturan-peraturan

    ini mungkin mengakibatkan kelahiran, perkahwinan dan perceraian, malah kematian kita tidak

    diiktiraf oleh negara. Demikianlah sifat kuasa negara yang boleh memaksa, memonopoli

    penggunaan kekerasan yang sah dalam mempertahankan matlamat dan aspirasi negara, dan kuasa

    tersebut tampaknya mencakupi seluruh aspek kehidupan kita. 1.2.3 Jenis-Jenis Negara

    Dalam perkembangan politik dan kenegaraan hari ini, pada umumnya kita dapat membahagikannegara-negara kepada pelbagai jenis bentuk negara. Klasifikasi yang dimaksudkan itu ialah Negara

    Persekutuan (federal state) dan Negara Kesatuan (unitary state).,,,,,,( ) Faktor sejarah merupakan

    faktor yang penting yang mempengaruhi kelahiran sesebuah negara sama ada sebagai sebuah

    Negara Persekutuan, Negara Kesatuan atau Negara sebaliknya Negara-negara yang diklasifikasikan

    sebagai Negaranegara Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Malaysia, India, dan Brazil. Manakala

    contoh Negara-negara Kesatuan ialah United Kingdom, Jepun, Thailand, Perancis, China, Indonesia

    dan New Zealand.

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    6/207

    Negara Persekutuan ini dapat diperhatikan dari beberapa sudut:

    1. Struktur negara

    Bagi Negara-negara Persekutuan, ia biasanya terbentuk daripada gabungan beberapa negeri kecil

    yang kemudiannya bergabung menjadi sebuah negara yang lebih besar. Negeri-negeri kecil tersebut

    terus wujud

    dan menikmati beberapa kuasa autonominya yang tersendiri di dalam wilayahnya, walaupun

    Kerajaan Persekutuan biasanya memiliki kuasakuasa yang lebih dominan. Amerika Syarikat

    umpamanya, merupakan sebuah Negara Persekutuan yang terbentuk daripada gabungan 50 buah

    negeri kecil dan besar. Begitu juga dengan Malaysia yang terbentuk daripada gabungan 13 buah

    negeri.

    2. Struktur kuasa

    Bagi Negara-negara Persekutuan, perlembagaan negara berkenaan biasanya menetapkan bahawa di

    samping kuasa-kuasa yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga mempunyai

    beberapa kuasa tertentu yang biasanya tidak boleh diganggu-gugat oleh kerajaan persekutuan.

    Bererti, terdapat dua struktur kuasa yang berjalan serentak di dalam negara berkenaan. Dalam erti

    kata yang lain, kuasa yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan adalah atas persetujuan bersama dan

    mandat yang diberikan oleh semua negeri-negeri yang membentuk persekutuan tersebut. Biasanya,

    kuasa-kuasa ini (kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri) digariskan dengan jelasdi dalam perlembagaan negara berkenaan. Kuasa-kuasa yang dimiliki oleh kerajaan-kerajaan negeri

    pada umumnya sukar untuk diambil alih oleh kerajaan persekutuan melainkan dengan persetujuan

    negeri-negeri terbabit .

    Rumusan

    Perbincangan kita tentang negara telah melihat bahawa negara merupakan satu entiti yang unggul.

    Negara ditakrifkan sebagai sekumpulan masyarakat yang tinggal di dalam sesebuah wilayah geografi

    yang mempunyai pemerintah yang berupaya menguatkuasakan peraturan dan undang-undang atas

    nama negara secara sah demi kesinambungan kehidupan politik dan kesejahteraan masyarakat

    seluruhnya. Justeru itu negara terbentuk daripada empat unsur utama iaitu, wilayah, penduduk,

    kerajaan dan kedaulatan. Negara mempunyai kuasa yang meluas dalam menentukan matlamat

    kehidupan politik dan kesejahteraan masyarakat dipenuhi dengan sebaik-baiknya. Kuasa ini

    termasuklah kuasa paksaan yang sah, juga penggunaan kekerasan dalam mendapatkan kepatuhan

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    7/207

    ke atas peraturan dan undang-undangnya. Negara juga mempunyai monopoli dalam penggunaan

    kekerasan, dan kuasanya mencakupi hampir keseluruhan aspek kehidupan bernegara anggota-

    anggota masyarakatnya. Persoalannya, siapakah yang menjalankan tugas melaksanakan kuasa

    negara? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan terletak pada kerajaan selaku teraju negara yang

    tugas utamanya memastikan kelangsungan kewujudan negara dan merealisasikan kesejahteraan

    hidup bernegara dicapai dengan sebaik-baiknya

    Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kerajaan merupakan teraju ataupun jentera utama yang

    mengurus dan mentadbir negara. Kerajaan juga merupakan pemerintah kepada sesebuah negara.

    Bagaimanakah sesuatu kerajaan terbentuk dan melaksanakan kuasanya atas nama negara menjadi

    unsur penting yang membezakan sebuah kerajaan demokratik daripada sebuah kerajaan yang

    bersifat otokratik. Kerajaan demokratik dikatakan wujud apabila pemilihan sesebuah kerajaan itu

    dibuat menerusi satu pilihan aya yang adil dan bebas di mana rakyat mempunyai

    9

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    8/207

    kebebasan untuk membuat pilihan siapakah yang diingininya menjadi pemerintah untuk sesuatu

    jangka masa yang tertentu. Kerajaan yang lahir dari sistem ini mempunyai mandat dan legitimasi

    dalam menggubal dan melaksanakan undang-undang serta dasar-dasar negara demi memastikan

    kesinambungan kehidupan bernegara seluruh anggota masyarakatnya. Kerajaan yang demokratik

    bukan sahaja merujuk kepada sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah, tetapi juga

    merupakan sebuah kerajaan yang menghormati prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law).

    Menghormati prinsip kedaulatan undang-undang ini bererti bahawa sesebuah kerajaan itu berlaku

    adil dan saksama dalam melaksanakan peranan-peranannya. Penguatkuasaan undang-undang

    negara perlu dilaksanakan tanpa memilih bulu. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu akur dan

    mematuhi batasan-batasan kekuasaannya seperti yang digariskan oleh undang-undang tubuh negara

    dan peraturan-peraturan sah negara. Bagi mengelakkan sesebuah kerajaan demokratik itu

    memonopoli kuasa negara dan memungkinkan kerajaan tersebut terjerumus ke dalam kancah

    penyalahgunaan kuasa, maka kerajaan demokratik dibahagikan kepada tiga badan utama. Badan-

    badan tersebut ialah 1. Badan Legislatif

    Badan legislative ialah badan perundangan yang berfungsi sebagai penggubal undang-undang dan

    dasar-dasar negara. Badan legislatif atau badan perundangan ini dikenali dengan pelbagai nama di

    seluruh dunia seperti Parlimen, Kongres, Diet, Knesset, Bundestag, Duma dan sebagainya. Terdapat

    perbezaan dalam struktur badan perundangan di antara sebuah negara dengan negara yang lain.

    Namun begitu, pada umumnya, banyak negara mempunyai struktur legislatif yang terdiri daripada

    dua buah dewan perundangan, yakni dewan rendah dan dewan tertinggi. Negara yang mempunyai

    sistem dua dewan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Malaysia dikenali sebagai sistem bicameral,

    manakala negara yang mempunyai hanya satu dewan perundangan seperti Australia dikenali sebagai

    sistem unicameral. Walau pun sistem bicameral dikatakan sebagai sistem yang lebih baik kerana

    dapat mewujudkan pandangan kedua (second opinion) sebelum sesuatu rang undang-undang atau

    dasar negara diluluskan, namun bagi negara yang mengamalkan sistem satu dewan tidak pula

    mencacatkan amalan demokrasinya.

    Badan Eksekutif

    Terdiri daripada Presiden dan/atau Perdana Menteri dan jemaah menterinya (kabinet). Tugas utama

    mereka ialah melaksanakan undangundang dan dasar-dasar negara serta mengurus dan mentadbir

    hal-ehwal negara. 3. Badan Kehakiman (Judiciary)

    Terdiri daripada hakim-hakim dan mahkamah-mahkamah yang berada di bawah pentadbiran

    mereka yang fungsi utamanya ialah memastikan keadilan ditegakkan dan menghukum dengan

    sewajarnya mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan negara. Pemisahan kuasa

    kerajaan kepada tiga badan utama ini dibuat supaya penumpuan kuasa tidak berlaku kepada mana-

    mana pihak. Inilah apa yang dimaksudkan sebagai doktrin pemisahan kuasa yang ideanya dicetuskan

    oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah politik dan undangundang Perancis dalam abad yang

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    9/207

    kelapan belas. Idea Montesquieu terkandung di dalam penulisannya Le Espiri de Lois (The Spirit of

    the Law) pada tahun 1748 dikatakan sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada

    tercetusnya revolusi Perancis yang melenyapkan kekuasaan mutlak Louis XIV, sekaligus melahirkan

    sistem demokrasi di Perancis. Doktrin pemisahan kuasa ini bertujuan supaya kuasa negara tidak

    dimiliki secara mutlak oleh sesuatu pihak dan mudah pula diselewengkan. Doktrin ini merumuskan

    bahawa sekiranya kuasa kerajaan diagih-agihkan kepada tiga badan utama di mana setiap satu

    badan berfungsi mengimbangi kuasa badan yang lain, maka kehidupan politik dan kemasyarakatan

    sesebuah negara dapat berjalan dengan lebih baik dan sempurna.

    Sistem demokrasi amat menekankan tentang doktrin pemisahan kuasa. Bincangkan perbezaan dari

    segi amalan doktrin ini di negara yang mengamalkan sistem berpresiden daripada negara

    mengamalkan sistem berparlimen.

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    10/207

    1.3.1

    Sistem Kerajaan Berparlimen

    Berpresiden

    dan

    Sistem

    Kerajaan

    Walaupun secara idealnya doktrin pemisahan kuasa menyarankan supaya ketiga-tiga badan kerajaan

    itu sewajarnya dipisahkan keanggotaannya, namun dari segi realitinya terdapat beberapa perbezaan

    dari segi amalan di antara negara-negara di dunia. Perbezaan-perbezaan ini melahirkan dua sistem

    kerajaan demokrasi yang dikenali dengan nama Sistem Kerajaan Berpresiden dan Sistem Kerajaan

    Berparlimen. Di Amerika Syarikat, ketiga-tiga badan itu dianggotai oleh individu-individu yang

    berlainan. Manakala Presiden selaku Ketua Negara dan Ketua Kerajaan dipilih secara langsung oleh

    rakyat melalui pilihan raya. Ini menjadikan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang

    mengamalkan Sistem Kerajaan Berpresiden. Di Malaysia dan United Kingdom, berlaku pertindanan

    keanggotaan di dalam badan legislatif dan eksekutif. Perdana Menteri dan sebahagian besar anggota

    kabinetnya juga merupakan ahli badan legislatif di samping berperanan sebagai anggota eksekutif.

    Di kedua-dua negara tersebut, Perdana Menteri hanya bertindak sebagai Ketua Kerajaan manakala

    jawatan Ketua Negara disandang oleh Raja atau Permaisuri bagi United Kingdom dan Yang Di

    Pertuan Agong bagi Malaysia. Dalam sistem yang diamalkan di Malaysia dan United Kingdom ini,

    Perdana Menteri mestilah seorang ahli Parlimen dan kuasanya mengetuai kerajaan berpunca dari

    penguasaan partinya di parlimen. Biasanya ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak di dalam

    parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Sistem seperti yang diamalkan di Malaysia dan

    United Kingdom itu dikenali sebagai Sistem Berparlimen. Di dalam Sistem Berpresiden, walaupun

    kuasa Presiden sangat besar, tetapi kuasa tersebut boleh diimbangi oleh badan legislatif. Badan

    legislatif di Amerika Syarikat ataupun Kongres terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Perwakilan

    yang terdiri daripada 435 ahli (ahliahlinya lebih dikenali sebagai Congressmen) dan dewan Senat

    yang mempunyai 100 orang ahli (2 orang daripada setiap negeri dan ahliahlinya lebih dikenali

    sebagai Senator). Di antara kedua-dua dewan ini, Senat Amerika Syarikat lebih berkuasa dan

    berpengaruh kerana ia boleh menghalang sesuatu perlantikan atau keputusan yang dibuat oleh

    Presiden. Namun begitu, Presiden sebagai Ketua Kerajaan dan Ketua Negara tidak menjadi anggotamana-mana dewan perundangan, walaupun beliau boleh berucap di dalam kedua-dua dewan

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    11/207

    tersebut pada masa-masa tertentu. Senat, walaupun boleh menyekat sesuatu tindakan Presiden,

    tetapi tidak dapat memaksa Presiden melakukan sesuatu tindakan yang tidak dikehendaki oleh

    Presiden. Mandat atau legitimasi kuasa Presiden diperolehi secara langsung daripada rakyat yang

    memilihnya setiap 4 tahun sekali dan menurut perlembagaan Amerika Syarikat, seseorang Presiden

    dihadkan tempoh pemerintahannya hanya

    12

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    12/207

    untuk selama 2 penggal sahaja iaitu 8 tahun. Presiden tidak bertanggungjawab kepada Dewan

    Perwakilan atau Senat dalam menjalankan tugas-tugasnya tetapi sebaliknya bertanggungjawab terus

    ke atas rakyat yang memilihnya. Presiden juga tidak boleh membubarkan Kongres. Pemilihan

    anggota-anggota Dewan Perwakilan dan Senat berjalan menurut satu jadual yang ditetapkan.

    Namun begitu, Senat boleh bertindak memecat Presiden melalui proses impeachment (proses

    menyoal siasat dan membicarakan Presiden kerana sesuatu salah laku dalam menjalankan

    tugasnya), tetapi proses dan prosedur yang terpaksa dilalui bagi memecat seseorang Presiden itu

    sangat rumit dan panjang. Senat hanya boleh memulakan proses impeachment hanya apabila

    terdapat asas yang cukup kuat untuk berbuat demikian. Dalam Sistem Berparlimen, Perdana Menteri

    boleh dijatuhkan dengan lebih mudah apabila parlimen meluluskan usul undi tidak percaya ke

    atasnya. Kekukuhan kuasa seseorang Perdana Menteri dan kerajaannya banyak bergantung kepada

    bilangan kerusi atau suara ahli-ahli parlimen yang menyokongnya. Justeru itu, seseorang Perdana

    Menteri yang berkemungkinan berdepan dengan undi tidak percaya di parlimen mungkin bertindak

    membubarkan parlimen bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat ke atas kerajaannya. Dalam

    sistem kerajaan berparlimen walaupun ada tempoh maksimum bagi satu penggal seorang PerdanaMenteri yang menjadi Ketua Kerajaan boleh bertindak membubarkan parlimen pada bila-bila masa

    yang difikirkannya sesuai bagi mengadakan satu pilihan raya baru. Dari segi amalan Sistem

    Berparlimen dan Sistem Berpresiden, terdapat banyak perbezaaan antara sebuah negara dengan

    negara yang lain. Perbezaan-perbezaan ini dapat diperhatikan dari segi sistem kepartian yang wujud,

    amalan-amalan pilihan raya, bidang kuasa badan-badan kerajaan seperti legislatif, eksekutif dan

    kehakiman dan juga dari sudut budaya politik yang wujud. Perbezaan-perbezaan inilah yang

    mewujudkan keunikan amalan demokrasi sesebuah negara dengan negara yang lain. 1.3.2 Rumusan

    Kita telah melihat kerajaan sebagai agensi terpenting dalam mentadbir dan mengurus pemerintahan

    negara. Kuasa kerajaan dalam mengawal situasi politik di dalam sesebuah negara juga sangat besar.

    Bagi memastikan kuasa itu tidak tertumpu kepada sesuatu pihak lalu menjadikan ia begitu kuat dan

    berkuasa, maka sistem demokrasi memperkenalkan doktrin pemisahan kuasa. Kuasa kerajaan boleh

    dibahagikan kepada tiga pihak utama, iaitu badan legislatif, eksekutif dan kehakiman dan setiap

    badan akhirnya dapat berfungsi secara tidak

    13

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    13/207

    langsung dalam mengawal dan mengimbangi kuasa pihak lain. Selain daripada akibat faktor-faktor

    sejarah dan tradisi, kelahiran sistem kerajaan berpresiden dan berparlimen juga berkait rapat

    dengan amalan doktrin pemisahan kuasa yang wujud di negara berkenaan. Kedua-dua sistem ini

    diamalkan dengan meluas oleh pelbagai negara seluruh dunia. Persoalannya, bagaimanakah aspirasi,

    proses, amalan, dan bidang-bidang kuasa yang wujud dalam sesebuah negara itu dimanifestasikan?

    Bagaimanakah sesebuah kerajaan, sama ada di dalam sistem berpresiden atau berparlimen dapat

    berfungsi dengan berkesan bagi menjamin kesinambungan kewujudan negara dan kesejahteraan

    hidup rakyatnya? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan terletak kepada rupa-bentuk

    perlembagaan, undang-undang dan peraturan-peraturan yang wujud di dalam sesebuah negara itu.

    Di sinilah terletaknya peranan dan fungsi perlembagaan sesebuah negara. 1.4 PERLEMBAGAAN:

    TAKRIFAN DAN PENGERTIAN

    Perlembagaan merupakan satu konsep yang sangat penting di dalam sistem politik moden masa kini.

    Perlembagaan yang pada umumnya menjadi undang-undang utama bagi sesebuah negara

    merupakan asas atau panduan terpenting bagi perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Ia juga

    menjadi simbol kedaulatan negara. Umumnya, perlembagaan merupakan susunan prinsip undang-

    undang yang menentukan kuasa pemerintah, hak-hak mereka yang diperintah (rakyat) dan sifat

    perhubungan kuasa antara kedua-duanya. Menurut Wheare K.C (1951), terdapat dua maksud utama

    istilah perlembagaan. Pertamanya, ia berhubung dengan institusi politik asasi bagi sesebuah negara

    (yakni, sesuatu yang setiap negara yang mempunyai sistem kerajaan yang tersusun rapi seharusnya

    memilikinya). Kedua, perlembagaan merupakan satu dokumen bertulis yang mentakrifkan susunan

    institusi-institusi politik pemerintahan negara serta hak-hak rakyat di dalam negara berkenaan.

    Sementara maksud pertama barangkali tidak menimbulkan masalah, maksud kedua daripada

    takrifan Wheare K.C (1951) berhubung dengan dokumen bertulis, mungkin menimbulkan sedikit

    kekeliruan kerana terdapat beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai dokumen

    perlembagaan yang bertulis. United Kingdom, Israel dan New Zealand tidak mempunyai

    perlembagaan bertulis. Bagi United Kingdom, beberapa dokumen perundangannya seperti Magna

    Carta, Bills of Rights, serta beratus-ratus undang-undang dan akta-akta parlimen dianggap sebagai

    panduan bagi perlembagaan negara berkenaan. Namun begitu, untuk mencari sebuah dokumen

    bertulis yang lengkap yang dapat dikatakan sebagai perlembagaan United Kingdom sememangnya

    tidak

    14

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    14/207

    ada. Selain itu, terdapat amalan-amalan tradisi, adat resam, kelaziman dan peraturan-peraturan

    umum yang telah diterima pakai oleh institusiinstitusi politik utama di Britain sejak beratus-ratus

    tahun dahulu yang dikenali sebagai amalan-amalan konvensyen, juga membentuk sebahagian

    daripada perlembagaan negara berkenaan. Namun begitu, pada umumnya sebahagian besar negara-

    negara di dunia mempunyai perlembagaan bertulis yang menyatakan dengan jelas aturan dan

    prinsip-prinsip pemerintahan negara berkenaan. Justeru itu, kita boleh mentakrifkan perlembagaan

    sebagai suatu suratan atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang

    mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya. Perlembagaan

    menjadi punca semua undang-undang dalam negara berkenaan. Semua undang-undang lain tidak

    boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip perlembagaan; dan jika sekiranya

    bertentangan, maka undang-undang perlembagaanlah yang lebih unggul dan diterima-pakai sebagai

    undang-undang yang lebih utama. Justeru itu undang-undang perlembagaan dengan itu dapat

    membatalkan manamana undang-undang lain yang bertentangan dengannya. Walaupun

    perlembagaan sering dianggap sebagai undang-undang utama dan tertinggi di kebanyakan negara,

    tetapi bagi kes di Britain, Parlimennya dianggap lebih unggul daripada perlembagaan. Ini keranasebagai sebuah negara yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis, setiap akta atau undang-

    undang baru yang diluluskan oleh Parlimen Britain sentiasa membentuk sebahagian daripada

    perlembagaan negara tersebut. Bagi Malaysia, mana-mana akta Parlimen yang bercanggah dengan

    perlembagaan negara akan terbatal dengan sendirinya. Justeru itu, sekiranya sesuatu rang undang-

    undang baru perlu digubal dan kandungannya pula dikhuatiri bercanggah dengan prinsip

    perlembagaan, maka apa yang berlaku ialah bahagian perlembagaan yang menghalang atau

    bercanggah dengan rang undang-undang baru tersebut akan melalui proses pindaan terlebih dahulu.

    Justeru itu, barulah undang-undang baru dapat diluluskan oleh Parlimen tanpa sebarang masalah.

    Berdasarkan takrifan yang diberikan di atas, kita dapat membuat beberapa kesimpulan tentang

    makna perlembagaan, iaitu (i) (ii) (iii) Perlembagaan merupakan undang-undang dasar yang menjadi

    teras panduan pemerintahan negara. Ia juga menjadi kerangka asas yang membentuk dan memandu

    sistem pemerintahan sesebuah negara. Ia merupakan undang-undang tertinggi dan asas semua

    undang-undang lain di dalam negara.

    15

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    15/207

    (iv) (v)

    Ia menjadi rujukan tentang aspirasi dan plan induk pemerintahan negara. Ia mengawal pemerintah

    dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara. SOALANDALAM TEKS 1.4

    1. 2.

    Apakah peranan dan fungsi perlembagaan dalam kehidupan moden masa kini? Apakah kriteria-

    kriteria yang boleh digunakan untuk menilai sesebuah perlembagaan yang baik?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.4.1 Peranan, Tujuan dan Kepentingan Perlembagaan

    Berdasarkan makna perlembagaan yang diberikan di atas, kita dapat memerhatikan bahawa

    perlembagaan mempunyai peranan, tujuan dan kepentingan yang besar dalam sistem pemerintahan

    moden masa kini. Perlembagaan merupakan manifestasi perisytiharan cita-cita negara dan juga

    menggariskan struktur-struktur formal pemerintahan negara. Apakah sistem yang diamalkan oleh

    negara, bagaimanakah sistem itu berfungsi, apakah institusi-institusi yang harus wujud sertaperanan dan bidang kuasa masing-masing semuanya digariskan dengan jelas dalam perlembagaan.

    Selain itu, perlembagaan juga mempunyai peranan dari aspek bagaimana kuasa di bahagikan

    dikalangan berbagai-bagai institusi kerajaan yang wujud di peringkat pusat dan tempatan dan juga

    bagaimana sesuatu keputusan penting negara dicapai. Oleh itu, perlembagaan boleh mengawal

    kerajaan dan rakyat menjalankan peranan-peranan mereka dalam kehidupan bernegara.

    Perlembagaan sekali gus dapat memberikan legitimasi kepada sesuatu tindakan kerajaan atas nama

    negara dan juga dapat mengawal serta mengelak penyalahgunaan kuasa oleh institusiinstitusi

    kerajaan. Dalam hubungan ini sangat penting bagi sesuatu perlembagaan menjunjung prinsip dan

    lunas-lunas rule of law atau kedaulatan undangundang. Prinsip kedaulatan undang-undang ini

    menggariskan bahawa mahkamah dan badan kehakiman mempunyai cukup kebebasan untuk

    mentafsir dan memberi pengertian kepada sesuatu prinsip perlembagaan. Tindakan mahkamah

    seharusnya bebas daripada pengaruh-pengaruh badan kerajaan dan hakim-hakim tidak dibelenggu

    oleh rasa takut dan

    16

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    16/207

    was-was dalam menjalankan tugas mereka dalam mentafsirkan prinsipprinsip perlembagaan. Justeru

    itu, perlembagaan dapat memberi legitimasi kepada sesebuah kerajaan yang memerintah sekiranya

    kuasa yang diperolehi dan digunakan dalam pentadbiran berjalan menurut prinsip-prinsip yang

    digariskan oleh perlembagaaan. Dicey A.V, seorang peguam perlembagaan British yang terkenal

    yang hasil tulisannya sering menjadi rujukan peguam-peguam yang mengkaji perlembagaan

    menyebut di dalam bukunya An introduction to the study of the law of the constitution bahawa

    konsep rule of law juga membawa maksud tiada sesiapa boleh dikenakan hukuman kecuali

    didapati bersalah kerana melanggar undang-undang yang sedia ada, dan dia hendaklah dibicarakan

    secara sewajarnya mengikut undang-undang di dalam sebuah mahkamah biasa. Justeru itu sesuatu

    tindakan kerajaan haruslah dapat dipertahankan dari sudut prinsip legality atau keesahan undang-

    undang. Ini bererti, sesuatu tindakan kerajaan atau alat-alat negara seperti polis dan tentera tidak

    sah serta terbatal dan tidak membawa kesan undang-undang sekiranya prinsip rule of law tidak

    dapat dipertahankan dalam sesuatu tindakan yang dilakukan. Di sinilah terletaknya peranan

    perlembagaan dalam mendaulatkan konsep rule of law itu. Sekiranya wujud masalah dalam

    pemerintahan, maka perlembagaan juga boleh berperanan sebagai alat penyelesaian masalahberpandukan prinsip-prinsip asas perundangan yang termaktub di dalam perlembagaan. Persoalan

    penting yang memerlukan penyelesaian perlembagaan ialah menentukan di manakah kuasa

    pemutus terakhir berada sekiranya tercetus sesuatu masalah perundangan. Ini bererti,

    perlembagaan harus berupaya menjawab siapakah atau pihak manakah mempunyai kuasa yang

    lebih dominan dalam memutuskan penyelesaian sesuatu konflik perundangan yang berlaku. Bertitik

    tolak dari sinilah maka riwayat kewujudan sesebuah negara dapat dipertahankan dan keamanan

    berterusan dapat dipupuk dan dimajukan selaras dengan panduan dan aspirasi perlembagaan. Kita

    telah membincangkan bahawa kerajaan adalah satu-satunya unsur yang paling tidak kekal yang

    membentuk negara. Dalam hal ini, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan

    bahawa sekiranya kerajaan bertukar, kestabilan negara dapat terus dipertahankan menurut lunas

    undang-undang. Perlembagaan berperanan memberikan panduan bagaimana perlantikan dan

    pemilihan pemerintah dilakukan di sesebuah negara. Kerajaan berperlembagaan dikatakan wujud

    apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan

    prosedur pemilihan pemerintah itu selari dan selaras

    17

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    17/207

    dengan peraturan dan panduan perlembagaan. Sebaliknya, sesebuah kerajaan itu dikatakan bersifat

    arbitrari (sewenang-wenang) apabila pemerintah mengubah dengan sesuka hati peraturan dan

    undang-undang perlembagaan yang menjadi asas penubuhan sesebuah negara untuk disesuaikan

    dengan kepentingan dan tujuan-tujuan jangka pendek pemerintah berkenaan tanpa mengambil kira

    aspirasi dan kehendak majoriti rakyat. Ini tidak bermakna bahawa perlembagaan itu tidak boleh

    dipinda. Namun begitu, sebarang pindaan perlembagaan itu haruslah dibuat tanpa mengubah rupa-

    bentuk dan semangat asal perlembagaan berkenaan. Lebih penting dari itu, pindaan yang dibuat itu

    haruslah selaras dengan kehendak majoriti rakyat. Perkara ini penting demi mempertahankan

    kredibiliti sesuatu perlembagaan itu, malah kredibiliti sesuatu kerajaan juga dapat dipertahankan.

    Tegasnya, perlembagaan bukan sahaja mempunyai peranan simbolik, tetapi ia juga mempunyai

    peranan sebenar dalam menyatakan prinsipprinsip pemerintahan sesebuah negara. Ia berfungsi

    untuk melindungi dan memelihara institusi-institusi politik yang diwujudkannya serta menggariskan

    bagaimanakah perubahan-perubahan boleh dilakukan ke atas institusi-institusi tersebut. Lebih

    utama daripada itu ialah perlembagaan berfungsi melindungi hak-hak asasi setiap individu yang

    menjadi rakyat di dalam negara berkenaan. 1.4.2 Ciri-Ciri Perlembagaan yang Baik

    Kita telah membincangkan bahawa dalam kehidupan bernegara masa kini hampir kebanyakan

    negara mempunyai perlembagaan sebagai undangundang dasar negara yang menjadi panduan

    kepada sistem pemerintahan negara berkenaan. Namun begitu, ciri-ciri dan sifat perlembagaan yang

    wujud di antara satu negara dengan negara lain berbeza-beza. Terdapat negara yang mempunyai

    perlembagaan bertulis dan terdapat juga negara yang perlembagaannya tidak bertulis tetapi

    terkandung di dalam beberapa undang-undang dasar dan konvensyen yang telah diterima sejak

    zaman berzaman. Ada sesetengah negara yang perlembagaannya dianggap sebagai sangat fleksibel

    kerana kaedah meluluskan sesuatu pindaan perlembagaannya serupa dengan kaedah menggubal

    undang-undang biasa. Perlembagaan yang dikatakan fleksibel ini biasanya boleh dipinda dengan

    majoriti kecil di dalam parlimen. Sebaliknya pula, terdapat keadaan di negara-negara lain di mana

    prosedur meminda perlembagaannya sangat sukar, panjang dan rumit. Perlembagaan yang terpaksa

    melalui proses rumit ini sebelum sesuatu pindaan dapat dilakukan dikatakan sebagai sebuah

    perlembagaan yang rigid atau tegar.

    18

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    18/207

    Umpamanya peraturan pindaan perlembagaan itu menetapkan bahawa suara majoriti dua pertiga

    daripada kedua-dua dewan parlimen diperlukan sebelum sesuatu pindaan perlembagaan itu dapat

    dilakukan. Ada juga negara seperti Itali yang mempunyai proses pindaan yang amat panjang yang

    memerlukan majoriti mutlak di setiap dewan perundangan pada pengundian kali kedua. Syarat

    sebegini dikenakan bagi mengelakkan regim fasis muncul semula kerana ditakuti seseorang seperti

    Mussolini akan muncul dan menguasai semula negara. Terdapat juga negara yang mengenakan

    syarat referendum atau pungutan suara sebelum sesuatu keputusan penting yang melibatkan

    pindaan perlembagaan dilakukan. Di Britain, keputusan untuk menyertai EEC pada tahun 1975 dan

    keputusan parlimennya untuk mewujudkan parlimen bagi Scotland dan Dewan Perhimpunan Welsh

    pada tahun 1999 hanya dibuat setelah pungutan suara dilakukan. Syarat-syarat ketat yang dikenakan

    itu bertujuan supaya perlembagaan tidak dipinda sesuka hati menurut kemahuan jangka pendek dan

    semasa sesebuah kerajaan yang memerintah tanpa mengambil kira kesan jangka panjang yang

    mungkin boleh menjejaskan aspirasi negara serta semangat asal perlembagaan negara berkenaan.

    Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang melibatkan penyertaan Sabah, Sarawak dan

    Singapura dibuat oleh parlimen Malaya setelah pungutan suara dilakukan di kedua-dua negeriBorneo tersebut. Malah satu suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold yang diselia

    oleh Bangsa-bangsa Bersatu telah ditubuhkan bagi menjalankan tinjauan pendapat umum di

    kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak sebelum penubuhan Malaysia menjadi kenyataan. Sesuatu

    perlembagaan itu dikatakan sebagai mempunyai ciri-ciri yang baik apabila ia (i) perlembagaan yang

    (ii)

    Bersifat umum dan tidak terlalu mengkhusus. Perkara ini penting supaya pentafsiran perlembagaan

    dapat dibuat mengikut kesesuaian masa. Perubahan-perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa

    boleh menyebabkan kandungan sesuatu perlembagaan didapati tidak sesuai lagi untuk memenuhi

    keperluan semasa rakyat dan negara. Justeru itu, jika sekiranya sesuatu perlembagaan itu hanya

    menggariskan prisnsip-prinsip umum sahaja, maka agak mudah untuk pentafsiran baru dibuat, atau

    jika memerlukan pindaan ia tidak menjejaskan semangat asal perlembagaan itu. Mempunyai

    dokumen yang termaktub serta prosedurprosedur yang stabil dan konsisten. Walaupun kita telah

    menyebut bahawa negara yang mempunyai perlembagaan yang tidak bertulis tidak menjejaskan

    perjalanan sistem

    19

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    19/207

    (iii)

    (iv)

    (v)

    (vi)

    politiknya, namun, adalah lebih baik sekiranya sesebuah negara yang baru diwujudkan mempunyai

    satu dokumen perlembagaan yang bertulis, lengkap dengan prosedurprosedur yang jelas dan

    konsisten. Prosedur pindaannya tidak terlalu tegar dan tidak juga terlalu fleksibel. Perkara ini

    penting supaya keaslian sesuatu perlembagaan itu tidak terjejas apabila sesuatu pindaan itu perlu

    dilakukan kepada perlembagaan negara. Prosedur yang terlalu ketat akan menyulitkan pindaan

    dilakukan yang mungkin pula menjejaskan sesuatu kepentingan umum negara pada sesuatu masa.

    Namun begitu, prosedur yang terlalu mudah boleh menyebabkan sesuatu perlembagaan itu kerap

    dipinda dan ini boleh menghilangkan kredibiliti perlembagaan sebagai undang-undang dasar negara.

    Tidak terlalu kerap dipinda. Ciri ini penting kerana apabila sesuatu perlembagaan itu terlalu kerap

    dipinda, keaslian, semangat dan kedudukan perlembagaan itu sendiri akan terjejas di mata umum.

    Perlembagaan itu seharusnya mempunyai ciri simbolik dan dapat melahirkan rasa penghormatan

    rakyat ke atasnya. Malah kerajaan dan rakyat seharusnya dapat mengidentifikasikan diri mereka

    dengan semangat dan aspirasi negara yang termaktub di dalam perlembagaan. Justeru itu, sangatlah

    penting perlembagaan tidak terlalu kerap dipinda bagi memelihara integritinya. Isi perlembagaan itu

    seharusnya dapat dipertahan dan dipertanggungjawabkan segala saranan dan prinsipprinsipnya. Ini

    bermaksud bahawa kandungan perlembagaan itu dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian

    rakyat. Sebaik-baiknya kandungan perlembagaan tidak bercanggah dengan nilai, budaya dan norma

    kehidupan rakyat yang diterima umum di negara berkenaan. Jika kandungan perlembagaan tidak

    menetapi cirri-ciri yang disebutkan di atas penghormatan ke atas perlembagaan itu akan tergugat

    dan ini boleh menjejaskan peranan simbolik perlembagaan dalam memupuk perpaduan dan

    kehidupan harmoni rakyat. Menjamin kehendak dan kepentingan kehidupan rakyat yang baik danberterusan serta memberi peluang kepada rakyat bersuara demi kepentingan mereka.

    Perlembagaan yang baik seharusnya dapat mempertahankan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia

    dan kebebasan individu. Di dalam sistem demokrasi, dua prinsip yang dinyatakan ini sangat penting

    untuk diperhatikan. Oleh itu perlembagaan berfungsi untuk mengelakkan kezaliman dan penindasan

    berlaku ke atas rakyat yang tidak berkuasa dan mereka yang tidak

    20

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    20/207

    (vii)

    (viii)

    berkeupayaan. Perlembagaan yang baik sewajarnya mengandungi semua jaminan-jaminan ini.

    Berkonsepkan sistem terbuka yang terjamin di mana segala persoalan politik, perundangan dan

    kehidupan rakyat yang berbangkit dapat diperbahaskan dengan secukupnya sebelum sesuatu

    tindakan susulan dapat diambil. Menetapkan pengasingan kuasa di antara institusi-institusi tertentu

    kerajaan di dalam negara. Perlembagaan sewajarnya menggariskan dengan jelas fungsi dan peranan

    yang harus dimainkan oleh semua institusi-institusi utama negara dan kerajaan serta batasan-

    batasan kuasa mereka. Rumusan

    1.4.3

    Kita telah membincangkan tentang maksud perlembagaan, peranan dan fungsi perlembagaan serta

    ciri-ciri perlembagaan yang baik. Perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini seharusnya dapat

    memberikan panduan dan pengetahuan kepada kita tentang kepentingan perlembagaan dalam

    kehidupan bernegara dan sistem politik. Setiap negara yang pernah wujud serta kerajaan yang

    dilahirkan amat memerlukan perlembagaan sebagai panduan dalam mengurus pemerintahan yang

    baik bagi rakyatnya. Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara berperanan memberi satu

    kerangka kehidupan politik dan undang-undang yang menyeluruh bagi perjalanan proses politik dan

    perundangan sesebuah negara. Setiap negara memerlukan kerajaan sebagai teraju utama

    pemerintahan dan setiap kerajaan memerlukan panduan perlembagaan bagi membolehkan mereka

    menjalankan fungsi-fungsi mereka dengan berkesan. Oleh itu, jelas bahawa perlembagaan jelas

    menjadi teras kepada kehidupan negara dan kerajaan. Tanpa perlembagaan yang boleh memberikan

    panduan yang baik dan jelas, fungsi sesebuah kerajaan dalam memelihara kewujudan dan survival

    negara mungkin terjejas. Walaupun sebahagian daripada kita mungkin memandang mudah tentang

    kewujudan dan kepentingan perlembagaan, tetapi perbincangan yang diutarakan di atas seharusnya

    dapat memberikan idea-idea penting betapa mustahaknya kedudukan perlembagaan dalamkehidupan moden masa kini. Justeru itulah, keupayaan memahami perlembagaan sesebuah negara

    dengan baik dapat membantu kita memahami aspirasi sesebuah negara dan juga sistem politik dan

    perundangannya. Malahan sejarah, tradisi, adat-resam, budaya politik dan kehidupan sesebuah

    negara serta masyarakatnya juga boleh difahami sedikit sebanyak dengan mengkaji kandungan

    perlembagaan sesebuah negara. Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan bahawa perlembagaan juga

    merupakan satu manifestasi sejarah yang dilalui oleh sesebuah negara. Sungguhpun bahasa undang-

    undang yang digunakan di dalam sesebuah perlembagaan itu kadangkala sukar

    21

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    21/207

    difahami malah mungkin membosankan, namun semangat sesuatu perlembagaan itu akan terjelma

    dengan bertenaga sekiranya ia diberikan pentafsiran yang baik dan sewajarnya. Pentafsiran

    perlembagaan yang baik bukan sahaja melihat kandungan dan maksud-maksud perlembagaan itu

    secara literal atau secara luaran, tetapi mengambil kira juga dimensi sejarah, semangat dan falsafah

    yang tersirat di sebalik kandungan sesuatu prinsip perlembagaan itu. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1.

    Antara negara dan kerajaan mempunyai kuasa dan fungsi-fungsi yang berbeza. Di manakah

    terletaknya garis pemisah di antara kedua-dua entiti tersebut. Peranan kerajaan adalah memerintah

    negara. Justeru itu kerajaan dapat bertindak atas nama negara. Bagaimanakah kuasa kerajaan dapat

    dikawal supaya tidak tertumpu kepada hanya seorang pemimpin negara? Huraikan kepentingan

    perlembagaan kepada sesebuah negara dan kerajaan yang memerintah. Apakah peranan dan fungsi

    perlembagaan dalam memandu kerajaan dan rakyat menjalankan tanggungjawab masing-masing

    memelihara kewujudan dan kesejahteraan negara? Bagaimanakah perlembagaan boleh memberi

    legitimasi kepada sesuatu tindakan kerajaan? Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

    JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS SDT 1.1 1. Unsur-unsur penting yang mesti ada bagi membolehkan

    sesebuah entiti itu dianggap sebagai negara ialah (i) Wilayah- Sebuah kawasan yang bukan sahajameliputi tanah tetapi termasuk juga perairan dan ruang udara.

    22

    2.

    3. 4.

    5.

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    22/207

    (ii)

    (iii)

    (iv)

    Penduduk- Sesebuah negara seharusnya mempunyai sejumlah manusia yang tinggal secara tetap di

    dalam wilayahnya. Saiz atau bilangan penduduk tidak menentukan taraf sesebuah negara. Namun

    tentulah negara yang lebih kecil penduduknya secara relatifnya lebih mudah untuk ditadbir daripada

    negara yang mempunyai penduduk yang ramai. Kerajaan- Adalah merupakan pemerintah bagi

    sesebuah negara. Pentadbiran negara diurus oleh kerajaan. Cara mana sesebuah kerajaan itumendapat dan menggunakan kuasanya membezakan bentuk sesebuah kerajaan dengan kerajaan

    yang lain. KedaulatanIalah pengikhtirafan masyarakat antarabangsa atas kewujudan sesebuah

    negara serta hak sah negara tersebut untuk mengurus hal-ehwal dalamannya tanpa campur tangan

    asing.

    Jika sekiranya semua unsur-unsur ini terdapat kepada sesebuah entiti itu, maka ia dapat dianggap

    sebagai sebuah negara menurut takrifan moden masa kini. SDT 1.2 1. Terdapat tiga ciri-ciri penting

    kuasa negara iaitu (i) Sifat Memaksa- Negara berkuasa mengenakan peraturan dan perundangannya

    ke atas semua orang yang berada di dalam wilayahnya. Kuasa ini sah dan berdaulat serta akan

    menerima implikasi penggunaan kekerasan (yang juga sah) jika sekiranya ia dicabar. Sifat

    Memonopoli- Negara memonopoli kawalan dan penggunaan alat-alat kekerasan seperti tentera dan

    polis dan adalah merupakan pihak yang berwibawa dalam menggunakannya untuk

    mempertahankan kewujudan dan kedaulatan negara. Tidak ada pihak yang lain yang berhak

    menggunakan kekerasan kecuali dengan izin negara. Kuasa yang mencakupi segalanya: Kuasa negara

    adalah meluas dan mencakupi hampir semua ruang kehidupan masyarakat. Tidak ada sesiapa pun

    yang tinggal dalam negara yang dapat bebas daripada pengaruh dan kuasa negara.

    (ii)

    (iii)

    2.

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    23/207

    Terdapat dua aspek penting yang dapat dikemukakan bagi membezakan sebuah negara yang

    mengamalkan sistem Kesatuan

    23

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    24/207

    (Unitary) dan negara Persekutuan (Federal). Dua aspek penting tersebut ialah (i) Struktur NegaraDi

    mana dalam negara Kesatuan seluruh wilayahnya ditadbir di bawah satu sistem pentadbiran

    berpusat. Jika diwujudkan pihak berkuasa tempatan, kewujudannya adalah berdasarkan apa yang

    diberikan oleh parlimen dan boleh berubah jika parlimen mahukannya diubah. Ianya tidak

    ditetapkan secara kekal di dalam perlembagaan. Ini berbeza dengan sistem Persekutuan di mana

    negara tersebut terbina hasil gabungan sejumlah negeri-negeri yang berdaulat. Kewujudan negeri-

    negeri ini sangat sukar untuk dibubarkan kerana ia wujud lebih dahulu daripada negara persekutuan

    yang lebih besar tersebut. Struktur KuasaKuasa di dalam negara Kesatuan adalah berpusat kepada

    kerajaan pusat atau parlimen. Lain-lain pihak berkuasa tempatan hanya menikmati kuasa yang

    diperturunkan oleh kerajaan pusat dan kuasa ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa yang

    putuskan oleh parlimen negara tersebut. Bagi negara Persekutuan, kuasa kerajaan pusat walau pun

    sering lebih meluas daripada kuasa negeri-negeri, tetapi negeri masih memiliki kuasakuasa khas

    dalam bidang-bidang tertentu yang tidak boleh diganggu oleh kerajaan pusat.

    (ii)

    SDT 1.3 1. Terdapat satu perbezaan penting dalam amalan doktrin pemisahan kuasa di negara

    berparlimen dari negara berpresiden. Perbezaan tersebut ialah dalam sistem berpresiden, badan

    legislatif dan eksekutif dianggotai oleh pihak yang berlainan. Terdapat pemisahan yang jelas dan

    nyata dalam kedua-dua badan tersebut. Badan Kehakiman juga terpisah daripada kedua-dua badan

    legislatif dan eksekutif. Namun di dalam sistem berparlimen, berlaku pertindanan keanggotaan

    dalam badan legislatif dan badan eksekutif. Ahli-ahli badan eksekutif adalah terdiri daripadasebahagian ahli badan legislatif. Malah Perdana Menteri memperolehi kuasanya daripada

    keanggotaan dan sokongan yang diterimanya daripada badan legislatif. Perdana Menteri dan

    kabinetnya adalah bertanggung jawab kepada badan legislatif. Dalam sistem kerajaan berpresiden,

    Presiden hanya bertangung jawab kepada rakyat yang memilihnya secara langsung, manakala ahli-

    ahli kabinetnya pula hanya

    24

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    25/207

    bertanggungjawab kepada Presiden yang melantik mereka. Presiden tidak boleh dijatuhkan oleh

    badan legislatif kerana ia bukan anggota badan tersebut. Dalam sistem berparlimen, seseorang

    Perdana Menteri dan kabinetnya boleh digulingkan oleh parlimen.

    SDT 1.4 1. Terdapat beberapa peranan dan fungsi perlembagaan dalam sesebuah negara. Peranan

    terbesarnya ialah menyatakan dengan jelas aspirasi sesebuah negara itu serta menggariskan struktur

    rasmi sistem pemerintahan negara. Setelah peranan tersebut digariskan dengan jelas, maka

    perlembagaan mempunyai mengawal tindak-tanduk kerajaan dan seluruh institusinya supaya

    menjalankan pemerintahan menurut aspirasi dan struktur rasmi yang ditentukan oleh

    perlembagaan. Fungsi perlembagaan dalam kontek ini ialah menentukan sama ada sesuatu tindakan

    kerajaan itu sah atau tidak berdasarkan peruntukan bidang kuasa yang diberikan oleh perlembagaan

    kepada kerajaan tersebut. Perlembagaan menentukan sama ada prinsip kedaulatan undangundang

    (rule of law) diamalkan atau tidak oleh sesebuah negara berdasarkan peruntukkan-peruntukkan

    yang wujud dalam perlembagaan itu sendiri. Penilaian sama ada sesebuah perlembagaan itu

    mempunyai ciriciri sebuah perlembagaan yang baik atau tidak ditentukan oleh beberapa kriteria.

    Antaranya ialah (i) Bersifat umum- Jika sesuatu perlembagaan itu terlalu mengkhusus atau rigid ia

    sukar disesuaikan dengan perubahan yang berlaku dalam negara dari masa ke semasa Perlembagaan

    bertulisLebih mudah untuk dirujuk berbanding perlembagaan yang tidak bertulis. Prosidur

    pindaan tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar atau flexible. Tidak terlalu kerap dipinda

    sehingga menghilangkan semangat dan kandungan asal perlembagaan tersebut. Prinsip

    perundangan dan kandungan perlembagaan tersebut adalah berasaskan peraturan dan

    undangundang sejagat yang diterima pakai oleh masyarakat antarabangsa.

    2.

    (ii) (iii) (iv) (v)

    25

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    26/207

    (vi) (vii)

    (viii)

    Kehendak dan aspirasi rakyat untuk meneruskan kehidupan politik yang baik dan sempuran dijamin

    oleh perlembagaan. Mempunyai konsep sistem terbuka di mana persoalanpersoalan masyarakat

    dan perundangan yang berbangkit dapat dibahas dengan secukupnya demi kebaikan negara.

    Menetapkan pemisahan kuasa antara institusi-institusi kerajaan dengan jelas supaya tiada pihak

    yang dapat bertindak mengatasi kuasa yang diperuntukkan kepadanya dan tidak memonopoli kuasa

    sehingga menjejaskan nilai-nilai kehidupan demokrasi.

    26

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    27/207

    BAB 2 UNDANG-UNDANG, PERLEMBAGAAN, DAN SISTEM PEMERINTAHAN

    OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep undang-

    undang, perlembagaan dan hubungannya dengan sistem pemerintahan. 2. Menyedari keperluanundang-undang dalam kehidupan seharian. 3. Membezakan jenis-jenis perlembagaan yang wujud. 4.

    Mengetahui sumber dan sejarah undang-undang. 2.1 MAKNA UNDANG-UNDANG

    Istilah undang-undang atau hukum digunakan dalam pelbagai keadaan. Ada yang menyebut undang-

    undang (hukum) fizik, matematik, sains atau peraturan bola sepak atau kesihatan. Apabila istilah

    undang-undang digunakan bagi negara, ia mempunyai makna yang khusus dan tersendiri. Ia

    bolehlah didefinisikan sebagai satu peraturan mengenai perbuatan manusia yang menimbulkan

    kesan-kesan tertentu sebagaimana ditentukan oleh negara (David Barker, 1992: 1). Bagi orang biasa,

    undang-undang difahami sebagai satu peraturan umum mengenai perlakuan manusia. Menurut the

    Oxford English Dictionary, undang-undang ialah the body of enacted or customary rules recognized

    by community as binding. Walaupun begitu, perkataan undang-undang (law) telah diberi pelbagai

    definisi oleh para sarjana. Sir John Salmond misalnya dalam bukunya Jurisprudence, mendefinisi

    law sebagai the body of principles recognized and applied by the state in the administration of

    justice Oleh itu, dengan perkataan lain, undang-undang mengandungi set peraturan yang diperakui

    dan dikuatkuasakan oleh badan keadilan ataupun, undang-undang itu ialah satu set peraturan yang

    dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa sesebuah negara. John Austin dalam The Province of

    Jurisprudence Determined, melakarkan undang-undang (law) sebagai satu set arahan yang

    dikuatkuasakan oleh pihak atasan kepada pihak bawahan melalui hukuman. Pihak atasan ialah

    27

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    28/207

    negara (state) dan pihak bawahan ialah individu dalam negara tersebut. Hukuman (sanctions)

    meliputi penjara, denda, ganti rugi, perintah injunksi dan dikri-dikri tertentu (Lee Mei Pheng, 1989:

    1). Undang-undang kadangkala disebut juga sebagai hukum. Undangundang adalah aturan yang

    mengawal perjalanan hidup kita atau masyarakat. Ia dibuat oleh kerajaan atau negara. Ada juga

    undang-undang yang mengikut agama. Undang-undang bertujuan agar kehidupan masyarakat

    menjadi aman dan sejahtera. Undang-undang mengandungi perbuatan-perbuatan yang dilarang

    atau ditegah, perbuatan-perbuatan yang perlu dan boleh dilakukan. Jika ada seseorang yang tidak

    mematuhi larangan itu, dia akan dihukum. Sekiranya terdapat orang yang tidak melakukan

    perkaraperkara yang diarah oleh undang-undang, dia juga akan dihukum. Ada juga undang-undang

    yang digunakan untuk memastikan semua pihak mendapat hak-hak masing-masing (A.Aziz, 1995: 2).

    2.2 KEPERLUAN KEPADA UNDANG-UNDANG

    Undang-undang perlu untuk mengawal manusia dan masyarakat. Undang-undang akan memastikan

    setiap individu memperolehi hak masing-masing. Tanpa undang-undang, kehidupan manusia tidak

    ubah seperti masyarakat rimba. Siapa yang lebih kuat akan berkuasa ke atas yang lemah. Sang Singa

    akan memangsakan sesiapa sahaja yang disukainya sebab ia adalah raja di rimba. Si lemah seperti

    pelanduk tidak boleh berbuat apaapa kecuali cuba melarikan dirinya. Anggota rimba yang lain tidak

    akan menghukum Si Singa itu walaupun ia bersalah dan hak pelanduk terus tidak akan terbela.

    Kehidupan manusia dan haiwan tidak sama. Manusia mempunyai kelebihan akal dalam menjalani

    kehidupannya. Manusia hidup bermasyarakat dan bernegara. Nyawa dan pemilikan manusia perlu

    dilindungi daripada sebarang bentuk penganiayaan dan kezaliman. Cara dan kaedah melindungi

    kehidupan manusia inilah dikenali sebagai undang-undang. Undang-undang juga diperlukan sebagai

    mekanisme kawalan yang penting dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam menghadapi arus

    pembangunan negara yang semakin pesat. Apabila negara semakin membangun, berbagai-bagai

    masalah timbul. Kegiatan kehidupan manusia di dalam masyarakat perlu dikawal agar kestabilan

    terus wujud.

    28

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    29/207

    Ketika inilah undang-undang mempunyai peranan secara formal untuk mengawal perlakuan-

    perlakuan negatif yang semakin mengubah struktur sosial (Anwarul Yakin, 1998: 29-35). Selain itu,

    undang-undang berfungsi sebagai alat untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat kerana

    masalah yang wujud memerlukan satu alat alternatif yang sesuai untuk diaplikasikan bagi

    menamatkan kekusutan atau pertelingkahan yang berlaku. Steven Vago (1996:14) mencatatkan

    bahawa menurut Karl N. Lewlleyn, masyarakat sememangnya tidak dapat lari daripada masalah

    seperti pertelingkahan dan sebagainya yang harus diselesaikan. Semuanya bergantung kepada

    undang-undang. Fungsi sosial undang-undang ialah sebagai pembimbing kesejahteraan hidup

    bermasyarakat. Setiap ahli masyarakat perlu mengikut undangundang yang dibentuk supaya

    kesejahteraan hidup dapat dicapai. Undang-undang adalah untuk membimbing seluruh anggota

    masyarakat dalam bertindak terhadap sesuatu keadaan. Melalui bimbingan undangundang, setiap

    individu dapat mengetahui bagaimanakah untuk mengambil tindakan dalam menangani

    permasalahan yang sedang dihadapinya. Selain itu banyak lagi fungsi undang-undang sebagaimana

    yang kita alami setiap hari. Bolehkah anda menambahkan lagi beberapa fungsi sosial undang-undang

    ini? Jelas sekali undang-undang sangat diperlukan dalam kehidupan harian kita dalam masyarakat.

    SOALAN DALAM TEKS 2.1 1. Apakah istilah-istilah yang mempunyai makna yang serupa dengan

    undang-undang? 2. Bagaimanakah keadaannya jika masyarakat tidak dikawal oleh undang-undang?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    29

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    30/207

    2.3

    SUMBER UNDANG-UNDANG

    Menurut Suffian Hashim (1990:113) di Malaysia, terdapat lapan sumber undang-undang, iaitu 1.

    Perlembagaan

    Ia merangkumi sama ada Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Perkara 4(1)

    Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Perlembagaan ini adalah undang-undang utama

    Persekutuan dan apaapa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang

    berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu. 2. Statut

    Statut meliputi sama ada akta, ordinan atau enakmen: Akta ialah undangundang bertulis yang

    diperbuat oleh Parlimen. Undang-undang bertulis yang dibuat oleh Dewan-dewan Undangan Negeri

    dipanggil Enakmen, kecuali bagi Sabah dan Sarawak ia dipanggil ordinan. 3. Perundangan subsidiari

    atau perundangan perwakilan

    Perlembagaan Malaysia memberi kuasa perundangan kepada Parlimen dan Dewan UndanganNegeri. Walau bagaimanapun hanya sebahagian kecil perundangan yang dibuat secara langsung oleh

    badan perundangan dan sebahagian besar perundangan kini dibuat oleh pihak eksekutif. Pihak

    eksekutif membuat perundangan-perundangan tersebut melalui kuasa yang diberikan kepada

    mereka oleh badan perundangan (Ahmad Ibrahim, Ahilemah, 1992: 137). Semasa merangka sesuatu

    perundangan, badan perundangan lazimnya mengehadkan diri mereka kepada polisi-polisi awam

    dan polisi-polisi mengenai perkara-perkara yang berkaitan sahaja dan memberi kuasa kepada agensi

    yang lain untuk melaksanakan serta menjalankan polisi yang telah dibuat. Ia merupakan undang-

    undang yang digubal oleh badan atau individu yang diberi kuasa oleh undang-undang.

    Undangundang yang lahir daripadanya dipanggil peraturan, kaedah atau regulasi. 4. Keputusan

    hakim dalam sesuatu perbicaraan

    Ia adalah keputusan hakim dalam perkara undang-undang yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi

    yang belum diakas atau ditolak oleh Mahkamah yang lebih tinggi daripadanya. Keputusan hakim itu

    akan mengikat semua keputusan mahkamah rendah. Ia dikenali sebagai doktrin duluan mengikat

    (Doctrine of Judicial Binding Precedent).

    30

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    31/207

    Keputusan-keputusan mahkamah ini menjadi sumber tidak bertulissdi Malaysia. Itu pun sekiranya

    tiada undang-undang bertulis mengenainya. Ini bermakna, hanya keputusan Mahkamah Tinggi,

    Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sahaja yang dijadikan sumber undangundang tidak

    bertulis. Keputusan Mahkamah Persekutuan akan diikuti oleh Mahkamah Rayuan, Mahkamah

    Persekutuan dan Mahkamah-mahkamah Tinggi dan Mahkamah bahawan. Keputusan Mahkamah

    Pesekutuan yang lepas akan diikuti oleh Mahkamah Pesekutuan yang membicarakan kes yang sama

    pada masa akan datang. Keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi pula akan diikuti oleh

    mahkamah-mahkamah bawahan yang lain. Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi lain tidak

    semestinya mengikut keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Namun ia boleh memilih untuk

    mengikut keputusan yang telah dicapai oleh seseutu Mahkamah Tinggi lain. Manakala Mahkamah-

    mahkamah bawahan tidak perlu diikuti oleh mahkamahmahkamah bawahan yang lain, apatah lagi

    mahkamah yang lebih tinggi hierarkinya. 5. Undang-undang Islam

    Ia merupakan sumber hukum utama kepada kaum muslimin di Malaysia. Perkara ini termaktub di

    dalam Perlembagaan Malaysia. Hukum Islam terpakai dalam semua aspek kegiatan hidup umat

    Islam. Ia merangkumi aspek pentadbiran undang-undang Islam di bawah agensi Kerajaan yang

    berkaitan agama Islam seperti Mahkamah Syariah, ibadat, jenayah, kontrak, kemasyarakatan, harta,

    keluarga, pesaka, matrimoni dan sebagainya. Ia terkandung di dalam al-Quran, Hadis, undang-

    undang yang dipersetujui oleh para ulama dan fuqaha serta yang terkandung dalam adat setempat.

    6. Undang-undang Hindu

    Menurut orang-orang Hindu, sebahagian daripada undang-undang ini datangnya daripada Tuhandan sebahagian besarnya daripada adat. Ia digunakan hanya untuk orang Hindu sahaja berkaitan

    dengan undangundang diri sahaja. Contohnya ialah sistem penyatuan keluarga Hindu yang diiktiraf

    dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sivil.

    31

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    32/207

    7.

    Undang-undang adat

    Adat tempatan di Malaysia juga menjadi sumber undang-undang tidak bertulis. Contohnya ialah adat

    Hindu akan digunakan bagi penganut agama Hindu. Adat resam Cina akan digunakan bagi orang-

    orang Cina dan adat-adat suku orang Asli pula digunakan sebagai salah satu undangundang untuk

    orang-orang Asli. Adat Melayu yang tidak berlawanan dengan hukum Islam akan digunakan sebagai

    sebahagian daripada undang-undang untuk orang Melayu dan bumiputera yang beragama Islam.

    Adat Perpatih dan adat Temenggung di Semenanjung Malaysia dan adat-adat tempatan di Sabah dan

    Sarawak adalah adat Melayu yang digunakan lagi dan menjadi sebahgian daripada undang-undang.

    Contoh terbaik ialah adat harta sepencarian telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada undang-

    undang, dan ia diiktiraf sebagai sebahagian undang-undang dan diiktiraf oleh Undang-undang Islam.

    bagi memahami lebih lanjut mengenai persoalan harta sepencarian ini, beberapa kes yang menarik

    bolehlah dirujuk seperti Roberts lwn Ummi Kalthom *1966+ 1 MLJ 163, Boto Binte Taha lwn Jaafar

    bin Muhammad [1985] 2 MLJ 98 dan Zainuddin lwn Anita [1982] 4 J.H 73. 8.

    Common Law Inggeris dan peraturan ekuiti

    Penggunaan kedua-dua sumber undang-undang ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di

    dalam Akta Undang-undang Sivil 1956. Mengikut Akta ini, Common Law dan peraturan ekuiti

    tersebut akan digunakan kecuali terdapat peruntukan yang dibuat oleh undang-undang bertulis

    tempatan. Ia juga digunakan setakat yang diizinkan oleh undang-undang negeri-negeri di Malaysia

    dan penduduknya, serta bergantung kepada keperluan tempatan. Daripada senarai di atas, tiga

    sumber yang pertama dikenali sebagai undang-undang bertulis, manakala bakinya ialah undang-

    undang tidak bertulis. Undang-undang tidak bertulis bukanlah undang-undang yang tidak ditulis. Ia

    adalah sekumpulan undang-undang yang tidak melalui proses perundangan formal iaitu melalui

    kelulusan dewan perundangan. Undang-undang bertulis adalah undang-undang yang ditulis oleh

    penggubal undang-undang, diluluskan oleh dewan perundangan dan diterbitkan secara formal olehJabatan Percetakan Negara dan boleh dibeli oleh sesiapa jua.

    32

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    33/207

    SOALAN DALAM TEKS 2.2

    1. Berikan contoh akta, enakmen dan ordinan yang ada. Kemukakan dua contoh bagi setiap satu. 2.

    Apakah contoh adat yang ada implikasi undangundang dan adat yang tidak mempunyai implikasiundang-undang? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.4 PERLEMBAGAAN

    Dalam pelajaran pertama perbincangan mengenai pengertian perlembagaan telah pun dilakukan.

    Anda diharap dapat menguasainya dengan baik. Terdapat pelbagai pendapat yang menjelaskan

    takrifan perlembagaan ini. Abdullah Sanusi (1987:5) mengatakan perlembagan ialah buku yang

    mengandungi undang-undang agung negara. Di dalam perlembagan ada dinyatakan keunggulan

    politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan sesebuah negara. Ia berhasrat mengendalikan pentadbiran

    kerajaan dengan licin dan saksama. Menurut Sheela (1994: 207) perlembagaan ialah sekumpulan

    undang-undang dasar, yang menjadi garis panduan kepada pemerintahan sesebuah negara.

    Daripada perlembagaan lahir undang-undang lain. Perlembagaan mengandungi peraturan yang

    menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, sistem kehakiman, hak asasi, kebebasan beragama,

    soal bahasa, syarat-syarat kerakyatan dan pilihan raya. Professor Dicey (1959) berpendapat bahawa

    Undang-undang Perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen

    dan Prinsip Kedaulatan Undang-undang. Namun pandangan ini disanggah oleh Tun Salleh Abas,

    Bekas Ketua Hakim Negara kita (1997:1) dengan katanya: Jika kita perhatikan perlembagaan sebuah

    negara moden, lebih-lebih lagi Perlembagaan Malaysia, maka sudah tentu takrif perlembagaan yang

    dibuat oleh Professor Dicey tidak mencukupi, kerana apa yang terkandung di dalam perlembagaan

    itu bukan sahaja halhal tentang parlimen dan hak asasi, bahkan berjenis-jenis perkara lain. Wheare.K.C. (1993) pula menjelaskan erti perlembagaan itu dengan melihat kepada dua suasana. Pertama,

    dalam suasana biasa, perlembagaan digunakan untuk memperlihatkan keseluruhan sistem kerajaan

    sesebuah negara, satu himpunan kaedah-kaedah yang menubuh dan mengawal

    33

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    34/207

    kerajaan itu. Kedua, dalam pengertian yang lebih luas, perlembagaan bermaksud kumpulan undang-

    undang, institusi-institusi dan adat-adat yang yang berpunca daripada beberapa prinsip pemikiran

    tetap yang membentuk sistem umum. Oleh itu perlembagaan bukanlah satu undang-undang yang

    lapuk, sebaliknya persepakatan warga negara yang mengikut suasana semasa. Ia wujud daripada

    kehendak keadaan semasa yang diasaskan oleh kekuatan sesebuah kerajaan yang memerintah

    dalam sesebuah negara. Justeru, perlembagaan merupakan undang-undang dasar negara. 2.5

    KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN KEPADA NEGARA

    Kewujudan perlembagaan memastikan kestabilan, keadilan dan keharmonian negara dicapai. Ini

    kerana semua hal mengenai cara-cara pemerintahan negara terkandung di dalam perlembagaan.

    Semua pihak sama ada rakyat atau kerajaan mestilah menuruti lunas-lunas yang ditetapkan oleh

    perlembagaan. Tanpanya sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tindakan tidak berperlembagaan. Ia

    mencegah mana-mana pihak daripada bertindak sesuka hati dan sewenang-wenangnya. Oleh itui,

    dengan adanya perlembagaan sesebuah negara dapat diperintah secara sistematik, adil dan

    bertanggungjawab. 2.6 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut

    (Wheare.K.C,1993: 13): a. Perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis

    Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang mana dokumennya boleh diperolehi dalam

    sebuah buku tertentu. Perlembagaan jenis ini terdapat di kebanyakan negara moden hari ini seperti

    Perlembagaan negara kita. Perlembagaan tidak bertulis pula wujud berserakan dalam pelbagai

    statut. Great Britain merpakan satu contoh negara yang memiliki perlembagaan tidak bertulis ini. b.

    Perlembagaan rigid dan perlembagaan fleksibel

    Rigid atau fleksibelnya sesuatu perlembagaan itu bergantung kepada senang atau susahnya ia

    dipinda. Terdapat negara yang memerlukan referendum rakyat untuk meminda sesuatu perkara di

    dalam perlembagaannya. Di Malaysia terdapat keadaan di mana ia memerlukan sokongan dua

    pertiga anggota parlimen untuk meminda sesuatu perkara

    34

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    35/207

    di dalam perlembagaan. Terdapat juga keadaan yang memerlukan kelulusan Majlis Raja-raja selain

    daripada sokongan majoriti di dewan perundangan. c. Perlembagaan Persekutuan dan

    Perlembagaan Unitari

    Malaysia merupakan contoh negara yang memiliki Perlembagaan Persekutuan. Malaysia mempunyai

    dua jenis kerajaan. Pertama kerajaan negeri dan kedua kerajaan pusat atau kerajaan persekutuan.

    Negara Britain hanya mempunyai satu kerajaan sahaja. Ia tidak mempunyai kerajaan negeri. d.

    Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden

    Pembahagian ini bergantung kepada jenis kerajaan yang terbentuk dalam negara berkenaan. Jika ia

    mengamalkan sistem parlimen maka ia dikenali sebagai Perlembagaan Perparlimen. Sekiranya tidak,

    berkemungkinan ia dipanggil Perlembagaan Berpresiden. e. Perlembagaan Panjang dan

    Perlembagaan Pendek

    Jenis ini bergantung kepada berapa panjangkah kandungan sesebuah perlembagaan itu? Jika rakyat

    sesebuah negara menetapkan untuk menetapkan kandungan yang panjang di dalam

    perlembagaannya, maka panjanglah perlembagaan negaranya, seperti di India. Sebaliknya di

    Amerika Syarikat, perlembagaannya mengandungi tujuh perkara sahaja, maka perlembagaannya

    tergolong di dalam jenis Perlembagaan Pendek.

    SOALAN DALAM TEKS 2.3

    1. Bagaimanakah anda mengkategorikan Perlembagaan Malaysia? Semak jawapan anda di akhir bab

    ini. 2.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

    jenis

    Sebagai undang-undang utama sesebuah negara, perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan.

    Antara lain, badan perundangan iaitu Parlimen, badan pemerintah seperti jemaah menteri,

    mahkamah dan lain35

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    36/207

    lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain iaitu kewarganegaraan,

    kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Berapa panjang atau pendek jumlah

    peruntukan di dalam perlembagaan itu terserahlah kepada kehendak penduduk sesebuah negara

    yang berhajat kepada perlembagaan itu. Amerika Syarikat umpamanya mempunyai satu

    perlembagaan yang pendek sahaja, sebaliknya India sebagai contoh mempunyai satu perlembagaan

    yang panjang dengan pelbagai peruntukan di dalamnya. 2.8 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

    Antara ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut: (i) Malaysia adalah sebuah

    persekutuan: Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan. Ini jelas

    sekali terbayang di dalam Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan. Malaysia terbentuk melalui

    gabungan beberapa buah kerajaan negeri dan mempunyai sebuah kerajaan pusat. Kerajaan Pusat

    terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, jemaah menteri yang dipimpin oleh Perdana Menteri dan

    seluruh anggota perkhidmatan awam. (ii) Raja berpelembagaan: Yang di-Pertuan Agong merupakan

    pemerintah tertinggi dalam negara Malaysia. Walaupun begitu, baginda tidak menjalankan

    pemerintahan secara bersendirian dan secara langsung. Baginda dan raja-raja di peringkat negeri

    memerintah dengan nasihat para eksekutif iaitu Perdana Menteri dan kabinetnya serta pihak yang

    diberikan kuasa di peringkat Persekutuan, manakala Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Negeri serta

    pihak yang diberi kuasa di peringkat negeri. Tun Sufian (1990: 15-6) menulis: Di dalam negara yang

    mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan, selalunya Perdana Menteri yang dipilih akan

    dipersalahkan atas dasar-dasar yang tidak popular dan menghadapi risiko digantikan oleh orang lain

    dalam sesuatu pilihan raya. Perdana Menteri datang dan pergi, tetapi raja kekal buat selama-

    lamanya. (iii) Negara Demokrasi berparlimen: Malaysia mengamalkan bukan sahaja sistem

    demokrasi tetapi juga demokrasi berparlimen. Sistem demokrasi bertnunjangkan amalan pilihan

    raya untuk

    36

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    37/207

    memilih perwakilan. Perwakilan yang dipilih ke parlimen akan membentuk kerajaan yang akan

    memerintah negara. Para perwakilan ke dewan perundangan ini juga mempunyai kuasa menggubal

    undang-undang yang akan diguna pakai di dalam negara. (iv) (v) Islam agama Persekutuan: Islam

    telah ditetapkan menjadi Agama Persekutuan. Namun begitu kebebasan beragama tetap dijamin.

    Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi: Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan

    menonjolkan satu ciri khusus kepada Perlembagaan ini iaitu ia adalah undang-undang tertinggi

    dalam negara. Pengasingan kuasa: Tiga cabang kuasa yang dibahagikan dikendalikan oleh badan

    legislatif, badan eksekutif dan badan kehakiman PERKEMBANGAN USA DAN ISLAM PERLEMBAGAAN:

    PERANCIS,

    (vi)

    2.9

    Peranhis: Perancis merupakan salah sebuah negara kubu tradisi

    pengamal demokrasi di barat. Sejak revolusi 1789, Peranchis mempunyai tiga pemerintahan

    monarki, dua pemerintahan diktator, tiga pemerintahan penjajah dan lima pemerintahan republik.

    Justeru itu, setiap kali pertukaran bentuk pemerintahan, berlakulah perubahan terhadap

    perlembagaan. Walaupun Perancis kerap mengalami perubahan perlembagaan yang menunjukkan

    sistem demokrasinya tidak stabil, namun keadaan ekonominya teguh ekoran wujudnya persaingan

    kuasa dalam pentadbiran antara institusi politik dengan perkhidmatan awam. Perlembagaan

    Peranchis membahagikan kuasa pemerintahan kepada tiga bahagian iaitu eksekutif, perundangan

    dan kehakiman. Perlembagaan Peranchis seperti juga perlembagaan negara lain berperanan

    mengesahkan sistem politik dan sosialnya. Tujuannya ialah untuk memberi kedudukan yang

    sewajarnya kepada kuasa kerajaan dan hak rakyat. Sejak dari tahun 1791 hingga 1958, Peranchis

    mempunyai 16 perlembagaan. Bagaimanapun tidak satu pun dapat bertahan lama. Malah dua

    daripadanya (17931814) tidak dapat dikuatkuasakan langsung (Atory, 1996: 89). Setiap kali

    revolusi yang berlaku membawa perubahan kepada perlembagaan dan sistem kerajaan, contohnya:

    37

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    38/207

    1. 2. 3. 4. 5.

    Revolusi tahun 1930 telah mewujudkan piagam baru bagi kerajaan monarki. Revolusi tahun 1948

    telah menubuhkan republik Kedua. Coup detat atau rampasan kuasa oleh Louis Napoleon yangmenjadi maharaja dengan gelaran Napoleon III mewujudkan perlembagaan 1852. Revolusi 1870

    mewujudkan perlembagaan Republik Ketiga. Kejatuhan Republik Keempat pada 1958 mewujudkan

    perlembagaan 1958 yang dikenali sebagai Perlembagaan De Gaulle di bawah Republik Kelima.

    Perlembagaan De Gaulle merupakan perlembagaan Republik yang pertama dan yang dibahaskan

    serta digubal di Parlimen. Ia diterima oleh negara Peranchis pada 28 September 1958 melalui satu

    pungutan suara. Ia digubal secara kolektif oleh sekumpulan ahli parlimen, menteri kehakiman dan

    Jeneral De Gaulle (Wright, 1978: 22). Dua tema penting yang diambil kira oleh para penggubal

    semasa menyiapkan perlembagaan ini iaitu keperluan meletakkan kuasa negara di bawah

    kepimpinan sebuah badan eksekutif yang kuat dan pembentukan sebuah parlimen yang mempunyai

    kuasa politik dan perundangan yang terhad. Daripadanya akan terbentuk sebuah kerajaan yang

    mengamalkan Sistem Parlimen tetapi Parlimen itu tidak boleh menguasai badan eksekutif (Macridis,

    1975: 5). Perlembagaan ini membentuk sebuah pemerintahan berasaskan tiga institusi utama iaitu

    badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan eksekutif diketuai oleh seorang

    Presiden yang menguasai pemerintahan dan menjadi ketua negara. Ia berperanan dalam adat

    istiadat, mengetuai Majlis Menteri, menandatangani undang-undang dan keputusan terpenting.

    Presiden mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Kehakiman dan melantik sembilan orang

    ahlinya. Badan eksekutif dianggotai oleh para Menteri Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.Perdana Menteri dilantik oleh Presiden setelah dipersetujui oleh anggota Parlimen. Badan

    perundangan berbentuk dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perhimpunan Kebangsaan dan

    Dewan Senat. Kedua-dua dewan ini dipengerusikan oleh presiden masing-masing. Dewan

    Perhimpunan Kebangsaan dianggotai oleh ahli-ahli yang dipilih melalui pilihan raya untuk lima tahun

    sepenggal manakala Dewan Senat dianggotai oleh ahli yang dilantik untuk tempoh sembilan tahun

    sepenggal.

    38

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    39/207

    Badan Kehakiman pula bertanggungjawab kepada Majlis Perlembagaan yang dianggotai oleh

    sembilan orang hakim dan semua bekas Presiden. Majlis Perlembagaan ini berperanan menentukan

    proses pilihan raya dan sistem perundangan berjalan dengan lancar. (Ahmad Atory, 1996: 91) British

    dan telah mencapai kemerdekaan melalui revolusi pada tahun 1776. Kebudayaan Amerika Syarikat

    berasaskan kebudayaan bangsa Eropah. Warisan politik Amerika Syarikat berasal dari Britain yang

    telah mencapai integrasi politik sejak abad ke-17. Ia telah menubuhkan sistem politik demokratik

    dengan sistem persekutuan dan seorang presiden yang dipilih sebagai ketua kerajaan dan ketua

    negara. Kongres Amerika Syarikat, sebagaimana Parlimen Malaysia terdiri daripada dua dewan

    utama yang mempunyai pemimpinnya yang tersendiri. Dewan Senat diketuai oleh Naib Presiden

    Amerika Syarikat dan Presiden protempore, manakala Speaker mengetuai Dewan Perwakilan.

    Kedua-dua dewan mempunyai pemimpin majoriti dan minoriti masingmasing yang dipilih dari

    kalangan ahli masing-masing. Pemilihan berdasarkan kepada kriteria pengetahuan dan pengalaman

    mereka yang luas (Ahmad Atory, 1996:52). Senator merupakan gelaran kepada ahli Senat yang

    merupakan perwakilan setiap negeri. Setiap negeri diwakili oleh dua orang senator. Bilangan

    keanggotan kedua-dua dewan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Menurut PerlembagaanAmerika Syarikat, anggota Dewan Perwakilan dipilih bagi tempoh dua tahun, manakala anggota

    Dewan Senat dipilih setiap enam tahun sekali. Jika seseorang ahli Dewan Perwakilan meletakkan

    jawatan, maka gabenor negeri berkuasa untuk mengadakan satu pilihan raya baru bagi

    menggantikan ahli tersebut. Gabenor negeri juga berkuasa melantik seorang senator yang baru.

    Kelayakan yang ditentukan oleh Perlembagaan kepada mereka yang ingin bertanding merebut kerusi

    di Dewan Perwakilan sekurang-kurangnya berumur 25 tahun dan menetap di Amerika Syarikat

    sekurang-kurangnya tujuh tahun, dan ahli Dewan Senat sekurang-kurangnya 30 tahun dan menetap

    di Amerika Syarikat selama sembilan tahun. Menurut Perlembagaan Amerika Syarikat, ahli-ahli

    Kongres bebas bersuara dan mengemukakan pandangan dalam perbahasan yang diadakan. Mereka

    tidak boleh ditahan kecuali jika menimbulkan sesuatu

    39

    Amerika Syarikat: Amerika Syarikat merupakan sebuah tanah jajahan

  • 5/28/2018 HUBUNGAN KERAJAAN

    40/207

    yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun begitu, Mahkamah Agung berkuasa menyiasat

    ahli Kongres atas dakwaan menerima rasuah dan terlibat dalam penyelewengan semasa pilihan raya.

    Kongres mempunyai kuasa menyingkir anggotanya jika tindakannya kurang berdisiplin dan

    meragukan setelah mendapat undi majoriti dua pertiga. Kongres merupakan badan perundangan

    yang bertanggung jawab menggubal dan melaksanakan undang-undang. Walaupun Presiden

    merupakan ketua perundangan, tetapi kongres mempunyai kuasa menolak ataupun menerima

    sebarang cadangan yang dikemukakan oleh Presiden. Oleh itu, nampaknya segala kuasa dipusatkan

    kepada Kongres, sebagaimana diperuntukkan di dalam Artikel 1, Perlembagaan Amerika Syarikat:

    All the legislative power herein granted shall be vasted in a congress

    Islam: Sahifah Madinah atau Piagam Madinah merupakan perjanjian yang diasaskan oleh Nabi

    Muhammad s.a.w di kalangan penduduk Madinah dalam rangka membina masyarakat di sana. Ia

    merupakan suatu perlembagaan bagi penduduk Madinah yang mengawal kehidupan bermasyarakat

    semua warganya. Ia merupakan perlembagaan bertulis terawal di dunia ini.

    Dr. Mahyuddin (1998:98) menulis, setelah Nabi Muhammad berjaya menyatu-padukan orang

    Muhajirin dan Ansar, langkah selanjutnya ialah mewujudkan sebuah piagam untuk dijadikan

    panduan bagi membentuk sebuah negara berdaulat. Ia dirangka berdasarkan bimbingan wahyu

    sert