peranan kerajaan dalam menjaga hubungan antara kaum

22
PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbullah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Kerajaan perlu memainkan peranan untuk menjaga hubungan kaum.

Upload: ck-faridah

Post on 15-Nov-2015

101 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

etnik

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Dengan penduduk yang pelbagai budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini.

Oleh kerana wujudnya kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbullah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.

Berdasarkan kepada peristiwa 13 Mei, beberapa perkara penting yang perlu dipandang serius dalam membina nagara bangsa yang bersatu padu. Dalam hal ini, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Kerajaan perlu memainkan peranan untuk menjaga hubungan kaum.

PERANAN KERAJAAN DALAM MENJAGA HUBUNGAN ANTARA KAUMRUKUN NEGARAMatlamat Rukun Negara ialah mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik dan mencipta sebuah masyarakat yang adil. Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai, membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologiKONSEP RUKUN NEGARARukun Negaraadalah ideologi kebangsaanMalaysia. Ia telah dibentuk pada31 Ogos1970olehMajlis Gerakan Negaraiaitu setahun selepas berlakunyatragedi 13 Mei 1969yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Bahawasanya negara kita Malaysiamendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:IkrarMaka kami rakyat Malaysiaberikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni

DASAR EKONOMI BARUDasar Ekonomi Baru (DEB)merupakan satu programsosioekonomidiMalaysiayang diperkenalkan pada tahun1971oleh Perdana MenteriTun Abdul Razak Dato' Hussein.

Matlamat : untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk: membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ke tidak seimbangan ekonomi. digantikan denganDasar Pembangunan Nasional(DPN) pada1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.

Latar belakang Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsaMelayu,CinadanIndia. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi terasperistiwa 13 Mei1969.

Dasar Pecah dan Perintah Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional 1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain

Kesan Dasar Pecah dan Perintah1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.4. Oleh kerana penempatan dan kawasan tumpuan mereka adalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

RASIONAL Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONALStrategi PelaksanaanDPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:(i)Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperoleh dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar(v)Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden (viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAANStrategi : Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kurikulum yang sama. Sistem peperiksaan yang sama. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Pendidikan yang menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Peluang pendidikan asas selama 9 tahun. Mendemokrasikan pendidikan. Menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM. Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik, Mempelbagaikan dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. Menjadikan Bahasa kebangsaan dan B Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa2 lain. Menggalakkan aktiviti kokurikulum.

Memperkasa Sekolah KebangsaanMemperkasa Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) bertujuan supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah * Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. * Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. * Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. * Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia Sekolah WawasanSekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang * Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran * Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu * Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah * Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan dan matlamat Sekolah Wawasan

Terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan iaitu* Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak * Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah * Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang * Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor * Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

DASAR WAWASAN NEGARARancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001-2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas.Tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.DWN JUGA menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah;mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro dan mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.Selain itu, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat, mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

PENDEKATAN-PENDEKATAN LAIN DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.

Strategi dalam Politik 1. Pembentukan Perlembagaan Malaysia yang telah memaktubkan bentuk, lambang-lambang negara, hak setiap kaum, kuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah menjadi kerangka pembinaan negara bangsa Malaysia yang kukuh berkaitan dengan identiti nasional, integrasi kaum , dan wilayah , perpaduan dan hal-hal yang berkaitan politik .2. Kerajaan yang memerintah telah menggunakan perlembagaan sebagai asas kerana peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan berkaitan dengan sistem Kerajaan Persekutuan, Raja Berperlembagaan , Bahasa Kebangsaan , kedudukan Raja-raja Melayu, Hak kaum Bumiputera, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, Demokrasi Berparlimen dan sebagainya dapat dijadikan sebagai panduan dalam pentadbiran .3. Kesan daripada kewujudan satu bangsa Malaysia akan menghasilkan semangat perpaduan yang mantap sementara semangat perkauman dan kewilayahan menjadi semakin pudar. Maka lahirlah pertubuhan kebangsaan yang mengandungi keahlian daripada pelbagai kaum .4. Kesedaran dan meningkatkan semangat patriotisme akan dapat mengawal dan mengelakkan penubuhan persatuan yang mementingkan perkauman sehingga boleh menjejaskan perpaduan.Strategi dalam ekonomi1. Keadaan sosioekonomi di Malaysia yang tidak seimbang akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk. Suasana ini juga akan menimbukan perasaan prejudis, rasisme, prasangka dan pelbagai lagi tanggapan negatif yang boleh menggugat kestabilan negara dan keharmonian. 2. Integrasi antara kaum dan wilayah sangat dititikberatkan agar dapat menyeimbangkan antara kedudukan ekonomi, taraf sosial dan pengenalan kaum di Malaysia .3. Sebarang dasar , program atau langkah yang dijalankan perlulah difahami oleh semua rakyat pelbagai kaum. Setiap dasar perlu penjelasan yang terperinci daripada pihak kerajaan, ini penting untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan rasa tidak puas hati antara kaum. 4. Kerajaan juga perlu menjadikan program seperti Bersama Mu oleh TV3 sebagai antara contoh program untuk mengatasi dan membasmi kemiskinan. Program ini perlu disebarluaskan kepada kaum. Dalam hal ini peranan aktif pihak swasta sangat penting untuk menghasilkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan mengurangkan jurang antara kaum dalam bidang ekonomi.

Strategi dalam Pendidikan 1. Kokurikulum dalam sistem pendidikan telah dirancang dan digubal untuk menjadikan pendidikan sebagai alat perpaduan, membina jati diri bangsa Malaysia, memupuk semangat patriotisme dan sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara kaum.2. Pendidikan menjadi sangat penting bagi semua tamadun di dunia yang mementingkan kemajuan dan pembangunan bangsanya. Sehingga ke hari ini , setiap bangsa dan negara di dunia menyediakan pelbagai prasarana dan infrastruktur bagi memastikan setiap rakyatnya mendapat pendidikan yang sewajarnya. 3. Pendidikan menjadi alat yang penting untuk mensosialisasikan rakyat agar dapat melahirkan rakyat yang berpengetahuan, mempunyai jati diri yang kukuh, cintakan negara, bersatu untuk memberi sumbangan membangunkan negara yang tercinta. Dalam hal ini, kerajaan bertindak untuk menyediakan perkara-perkara asas bagi memajukan pendidikan negara . 4. Perkara asas yang perlu disediakan ialah: Menggalakkan wujudnya sistem persekolahan asas iaitu prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi . Bagi negara seperti Malaysia, penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan akan dapat membantu memupuk perpaduan dengan lebih cepat. Menjadikan aktiviti kokurikulum dan kokurikulum yang seragam menjadi sebagai asas interaksi sihat dalam kalangan murid prasekolah hinggalah ke universiti. Menjadikan peperiksaan dan persijilan yang sama asas kepada pendidikan rendah dan menengah. Memberi ruang kepada semua pelajar untuk mempelajari bahasa cina dan tamil selain bahasa Melayu serta menyediakan kemudahan dalam pengajaran bahasa di sekolah menengah dan rendah. Merancang aktiviti sosial antara Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan daripada peringkat rendah hinggalah ke universiti untuk berinteraksi. Aktiviti seperti perkhemahan antara sekolah, pertandingan kebudayaan, sukan dan sebagainya dapat membantu mengeratkan hubungan antara murid dan pelajar. Di sini generasi muda dilatih dan dipupuk untuk boleh bertoleransi, bekerjasama, taat setia dan saling menghormati satu sama lain. Kokurikulum yang berkaitan dengan pelbagaikan budaya atau mata pelajaran Sejarah yang akan mengetengahkan tentang adat resam, Pakatan Murni, Kontrak Sosial, Perlembagaan, akta-akta keselamatan , cara hidup, agama pemikiran, prinsip dan sebagainya tentang ketiga-ketiga kaum perlu didedahkan kepada murid dan pelajar sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti. Kokurikulum ini akan memberi kefahaman kepada generasi muda kepentingan memahami semua yang ada di Malaysia pada ketika diwujudkan adalah semata-semata untuk memastikan keharmonian dapat dikekalkanPersefahaman dari sudut politikPersefahaman dari segi politik adalah asas kepada pemerintahan dan pentadbiran Negara yang akan memastikan keamanan dan keharmonian antara kaum dapat diwujudkan malah dikekalkan.Oleh itu, melalui perlembagaan Malaysia persetujuan antara rakyat atau Kontrak Sosial telah termaktub. Persetujuan antara kaum yang membuktikan persefahaman tersebut dapat dilihat melalui pemilihan bentuk lambing-lambang Negara, hak setiap kaum, kuasa kerajaan negeri dan persekutuan.Perlembagaan dan persetujuan dalam perlembagaan, lambing-lambang Negara dianggap sebagai wahana atau alat untuk pemupukan identiti nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan serta integrasi antara wilayah.Kesedaran terhadap kepelbagaian kaum yang wujud di Malaysia akan meningkatkan dari masa ke semasa, akhirnya perpaduan bangsa Malaysia menjadi semakin mantap dan semangat perkauman dan kewilayahan beransur pudar. Apabila keadaan ini muncul, segala aktiviti atau program yang melibatkan satu bangsa yang bernama Malaysia akan diterima oleh semua orang Malaysia tanpa prejudis dan rasisme. Akhirnya ia akan mempercepatkan proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mencapai segala misi dan visi Negara seperti yang telah tercatat dalam Wawasan 2020.Di samping itu, langkah keselamatan dan undang-undang juga penting memainkan peranan masing-masing dalam mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugatkan kestabilan politik dan negara.Persefahaman dari sudut ekonomiPembangunan ekonomi merupakan suatu proses yang menyebabkan sesuatu negara yang miskin menjadi kaya dan negara kaya terus kaya. Dengan kata lain, penduduk negara menjadi semakin berdaya mampu untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan mendapat pulangan yang lebih baik dalam sebarang pekerjaan dan perniagaan yang dilakukan. Ini dibuktikan apabila kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar seperti Dasar Penswastaan, Dasar Pandang Ke Timur, Sekolah Wawasan, Sekolah Kluster dan sebagainya sebagai langkah untuk meningkatkan dan membangunkan ekonomi rakyat Malaysia.Maka, pembangunan ekonomi tidak harus melihat kepada pendapatan berkapital sahaja tetapi perlu merangkumi kualiti hidup, peluang pekerjaan, alam sekitar dan sebagainya. Di Malaysia, pembangunan ekonomi untuk semua etnik ialah peningkatan kualiti hidup rakyat supaya seimbang antara etnik.Oleh itu, keseimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah perlu diteruskan tanpa merugikan mana-mana pihak. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya salah anggapan dapat diperbetul dan dapat dibendung.

Persefahaman dari sudut pendidikanPeranan sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan sosialisasi dalam kalangan sebilangan rakyat Malaysia. Dalam mencapai usaha itu beberapa aspek perlu diberi perhatian:a) Menggalakkan wujud sistem satu persekolahan dari peringkat pra hingga universiti, satu bahasa perantaraan, kurikulum dan kokurikulum yang seragam serta peperiksaan yang sama sekali gus jenis persijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama.b) Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini di peringkat sekolah menengah dan rendah sama ada di luar dan di bandar.c) Memastikan dan memperbanyakkan aktiviti atau program agar sekolah satu kaum (SJK) diberi peluang untuk berinteraksi dengan pelajar serta guru sekolah kebangsaan melalui penyertaan acara sukan dan kokurikulum, acara sosial, khemah dan sebagainya.d) Memperkukuhkan aktiviti Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi tumpuan dalam aspek pembinaan negara bangsa dan sejarah negara, budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia, agama dan kepercayaan utama negara. Aktiviti perlu dirancang melalui Program Berpusatkan Sejarah Budaya Bangsa Daerah yang mana semua murid

RUMUSAN

Dalam usaha untuk Malaysia memupuk perpaduan melalui kebudayaan dan pendidikan, rakyat yang dibahagikan mengikut kumpulan etnik perlu saling bertolak ansur supaya perpaduan negara dapat dicapai. Antaranya termasuklah masyarakat majmuk yang menerangkan bahawa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum tetapi masih boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni.Sifat toleransi yang diamalkan oleh pelbagai kaum menunjukkan mereka bersedia menerima bangsa dan budaya lain sebagai satu budaya yang sama, iaitu budaya Malaysia, Jadi, sebagai warganegara Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mewujudkan perpaduan di mana asas perpaduan telah disediakan melalui penubuhan persekutuan.Pihak kerajaan melalui pelbagai aktiviti dan program rakyat yang diadakan telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan keharmonian dan keamanan negara kita berterusan. Sikap prejudis dan rasisme terhadap bangsa lain perlu dihindari agar kemerdekaan yang di kecapi dan diperoleh bersama dapat dikekalkan untuk anak cucu kita. Kita hendaklah mencapai persefahaman, persetujuan dan titik pertemuan ke arah perpaduan. Kita haruslah mengarahkan semua usaha menuju kepada titik-titik pertemuan ini. Salah satu caranya ialah melalui proses penyerapan yang berlaku akibat daripada pertembungan pelbagai kebudayaan, mestilah secara semula jadi tanpa sebarang paksaan.

BIBLIOGRAFIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negarahttp://ipgktarpengajiansosial.blogspot.com/2010/08/pengertian-rukun-negara.htmlhttp://aneptmalek90.blogspot.com/2012/03/assignment-hubungan-etnik-sem-3.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasionalhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_MeiAhmad Ali Seman, Warti Bt Kimi, Hubungan etnik di Malaysia, Kuala Lumpur, Freemind Horizons, 2013. 22