jalan sultan salahuddin, 50626 kuala lumpur. tel: 03-2698...
TRANSCRIPT
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BILANGAN:3
KELUARAN:
1/2011
Jalan Sultan Salahuddin, 50626 Kuala Lumpur. Tel: 03-2698 1711/1791/1642 Fax: 03-2693 2285
http://state.water.gov.my/wp
Talian Aduan Awam
Majlis Korban
JPSWPKL
Banjir Kilat
Menarik Di Dalam
Karnival Sg Penchala
Majlis Hari Raya
Hari Keluarga
Lawatan Ke Rumah
Orang Tua
Majlis Berbuka Puasa
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 02
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana dengan izinnya
JPSWPKL dapat menerbitkan Buletin Wilayah 2011. Tahniah kepada
JK Redaksi yang diterajui oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hj. Md Nasir
Bin Md Noh yang berusaha untuk mengumpulkan maklumat
pencapaian JPSWPKL sepanjang tahun dan diterjemahkan dalam
bentuk artikel yang menarik untuk tatapan warga JPS.
River Of Life (ROL) merupakan Projek Permulaan (EPP) yang telah dikenalpasti dalam
Greater Kuala Lumpur di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) bagi Program
Tranformasi Ekonomi (ETP). Tranformasi ini dibahagikan kepada 3 komponen iaitu komponen
pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan koridor sungai. JPS telah diberi
mandat untuk melaksanakan komponen pembersihan sungai dengan meningkatkan kualiti air
Sungai Klang dari Kelas IV ke Kelas IIB. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta
untuk JPS melaksanakan 14 buah pakej di bawah projek tersebut. Bagi fasa pertama, projek-
projek berkenaan telah dilaksanakan pada suku keempat tahun 2011 dan dijangka siap pada
tahun 2013.
Penglibatan JPSWPKL di dalam Pelan Tindakan Inovasi JPS di bawah Aktiviti 6: KIK telah
menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Kumpulan Menara 3 yang diketuai oleh En.
Zaharuddin Bin Din dan Fasilitatornya En. Shahrulnizam telah berjaya mengharumkan nama
Jabatan dengan menjadi Johan KIK Kategori Teknikal Peringkat JPS dan meraih tempat ke 3
pada Konvensyen KIK Peringkat NRE. Tahniah dan syabas di atas usaha dan komitmen yang
tinggi yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan. En. Wahiddin pula telah memenangi pertandingan
Mencipta Tema Hari Inovasi JPS.
Bagi mengukuhkan lagi ikatan ukhwah dikalangan warga, pelbagai aktiviti telah
dilaksanakan oleh Kelab (KEJAPS) antaranya adalah Kejohanan Bowling, Hari Keluarga dan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tidak ketinggalan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh JK
Surau iaitu Tazkirah, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Korban dan Lawatan Ke Rumah Warga
Emas. Program sebegini diharapkan dapat melahirkan rasa keinsafan dan muhasabah diri
untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan
Negara.
Akhir kata, saya mendoakan agar Warga JPSWPKL sentiasa diberi kesihatan yang baik dan
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah
merahmati dan memberkati segala usaha yang kita laksanakan.
Sekian, Wassalam.TN HAJI MAT RAHIM BIN ISMAIL
Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 03
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Bersyukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya,
JPSWPKL telah berjaya menerbitkan Buletin Wilayah 2011. Dalam kesibukan
melaksanakan projek-projek pembangunan dan menguruskan pelaksanaan
program-program sokongan Jabatan, JK Redaksi dapat memberikan tumpuan
dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan Buletin yang berinformasi untuk
tatapan Warga JPS.
PENASIHATTn Hj Mat Rahim Bin Ismail
KETUA EDITORDr. Md. Nasir Bin Md. Noh
PENOLONG KETUA EDITORPn. Noruati Binti Nordin
EDITORIr. Tn. Haji Abdullah Bin Isnin
Pn. Noorhazilah Binti Baharin
Ir. Hj. Tengku Abdul Rahman Tengku Azam
Ir. Mahat A/L Mat Dong
Ir. Sabri Bin Abdul Mulok
Tn. Hj. Zul Bin Mohammad
Pn. Fatimah Binti Mohamed
PEREKA GRAFIKPn. Nor Azmawani Binti Ab. Rahman
PENERBITANBahagian Korporat, Kualiti & ICT
Jabatan Pengairan dan Saliran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Sultan Salahuddin,
50626 Kuala Lumpur
Buletin ini diterbitkan bertujuan untuk perkongsian dan penyebaran maklumat tentang program /
aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan. Segala aktiviti yang dijalankan adalah untuk
memenuhi keperluan pelanggan dengan harapan kualiti hidup rakyat dapat ditingkatkan. Buletin ini juga
memaparkan program/ aktiviti yang dilaksanakan oleh JPSWPKL dalam memupuk semangat kesukanan
dan usaha untuk mengeratkan silaturrahim dan kerjasama berpasukan di kalangan Warga JPS.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa dan
warga yang telah menyumbangkan artikel, idea dan tenaga dalam penghasilan buletin ini.
Sekian, wassalam.
Ir. Mohd Shahrulnizam Bin Mat Rani
En. Sharul Nizam Bin Abd. Aziz
Pn. Nurhayati Binti Elias
Pn. Nor Faezah Binti Rozaini
Cik Faeizaratul Fazlein Binti Isa
Cik Asrawahida Binti Mohd. Abas
Tn. Hj. Nasrir Bin Jamaluddin,
Pn. Jamalon Asikin Bt Hj. Abd. Karim
En. Muhammad Fathi Bin Ali
En. Zaharudin Bin Din
En. Wan Mohd Zainal Bin Wan Omar
En. Omar Bin Osman
Pn. Zarinah Binti Zainal
“River of Life” yang didefinasikan dengan “Sungai Nadi Kehidupan”, adalah antara Projek
Permulaan (EPP- entry point project) yang telah dikenalpasti oleh kerajaan, di bawah unit
Greater Kuala Lumpur / Klang Valley (KL/KV), seperti yang terkandung di bawah Bidang
Ekonomi Utama Negara (NKEA), Program Transformasi Ekonomi (ETP). Bertujuan untuk
mentransformasikan Sungai Klang menjadi sebuah sungai ikon bagi bandaraya Kuala
Lumpur yang berdaya maju dan membangun pesat, di samping kawasan tepian
sungainya memberi nilai ekonomi yang tinggi kepada Negara. Dalam mencapai hasrat ini,
tiga komponen program transformasi telah dirangka terhadap sungai-sungai ini iaitu;
(i) Pembersihan Sungai (ii) Pengindahan Sungai dan (iii) Pembangunan Hartanah di
kawasan sekitar sungai.
Pembersihan Sungai
Sepanjang 110km lembangan Sungai Klang
telah dikenalpasti untuk dibersihkan.
Lembangan ini melibatkan beberapa majlis
perbandaran iaitu Majlis Perbandaran
Selayang (MPS), Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pengindahan Sungai
Sebagai nilai-tambah untuk berdaya maju, sepanjang 10.7km yang melibatkan koridor Sungai Gombak dan Sungai Klang akan
diindahkan. Antara kawasan-kawasan signifikan yang terlibat dalam kerja-kerja pengindahan ini termasuklah Dataran Merdeka,
Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.
Objektif Skop Kerja pembersihan sungai ini adalah untuk membersihkan dan meningkatkan kualiti air disepanjang 110km lembangan
Sungai Klang yang kini pada Kelas III – V (tidak sesuai untuk sentuhan pada anggota badan), kepada Kelas IIB (sesuai untuk
sentuhan pada anggota badan dan untuk tujuan rekreasi) menjelang tahun 2020.
Skop Kerja Pembersihan Sungai.
Kearah mencapai matlamat ini, sebanyak 24 agensi dan jabatan kerajaan dari empat Kementerian (Kementerian Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), dua Negeri (Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan tiga
Majlis perbandaran (MPS, MPAJ dan DBKL), bekerjasama dalam melaksanakan 12 initiatif utama yang telah dikenalpasti melalui
makmal Greater KL/KV.
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 04
Rumusan
Dengan kejayaan “River of Life” ini diharapkan
keseluruhan aspirasi yang terkandung di bawah
Greater KL/KV untuk menjadi satu-satunya metropolis
di Asia yang menuju seiring kearah pencapaian 20
bandaraya yang paling pesat membangun dari segi
ekonomi serta bandaraya yang paling diminati untuk
didiami menjelang tahun 2020 tercapai.
Dengan pelaksanaan kerja pengindahan tersebut, maka ianya akan memberi
suntikan terhadap pertumbuhan dari segi pelaburan ekonomi di kawasan
sekitar untuk terus berkembang pesat dalam jangka masa yang singkat.
Sebagai pemacu terhadap pertumbuhan pembangunan di lembangan sungai
tersebut, tanah-tanah kerajaan yang berpotensi membangun akan
dikenalpasti untuk dibangunkan oleh sektor swasta menerusi persaingan
tender terbuka.
Pembangunan Tanah
Laporan oleh: Ir. Hj. Tengku Abdul Rahman Bin Tengku Azam
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 05
River Of Life (ROL) merupakan Projek Permulaan
(EPP) yang telah dikenalpasti dalam Greater Kuala
Lumpur di bawah Aktiviti Ekonomi Utama Nasional
(NKEA) bagi Program Tranformasi Ekonomi (ETP).
Matlamat utama ETP adalah untuk
mentransformasikan Sungai Klang agar menjadi
waterfront yang menarik dan mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi menjelang tahun 2020.
Tranformasi ini dibahagikan kepada 3 komponen
iaitu komponen pembersihan sungai, pengindahan
sungai dan pembangunan koridor sungai. JPS telah
diberi mandat untuk melaksanakan komponen
pembersihan sungai dengan meningkatkan kualiti air
Sungai Klang dari Kelas IV ke Kelas IIB. Kerajaan
telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk
JPS melaksanakan 14 buah pakej di bawah projek
tersebut.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diwujudkan untuk
mengukur prestasi perkhidmatan dan penyampaian
bagi sesebuah Jabatan. Prinsip-prinsip KPI
termasuklah meletakkan sasaran, boleh diukur
dengan angka, boleh diukur dalam keadaan normal
dan selaras dengan misi serta visi Jabatan. Sasaran
prestasi hendaklah mengambilkira faktor-faktor
seperti keupayaan proses yang meliputi aliran kerja,
keperluan sumber manusia, kewangan, peralatan,
infrastruktur sedia ada dan kepuasan serta
kehendak pelanggan. Sasaran prestasi yang
ditetapkan untuk mengukur KPI hendaklah
memenuhi ciri-ciri SMART iaitu Specific,
Measurable, Achievable, Realistic dan Timeliness.
Oleh kerana Projek ROL akan memakan masa
selama 2 tahun untuk disiapkan, maka KPI bagi
projek tersebut telah dibahagikan kepada beberapa
fasa. Bagi fasa pertama iaitu tahun 2011, ia
merangkumi 2 perkara iaitu penyiapan Laporan
Kajian Peningkatan Kualiti Air Bagi Sungai Klang
dan sasaran untuk pelaksanaan projek yang telah
ditawarkan adalah sebanyak 80 peratus. Sasaran
KPI bagi tahun 2012 pula ialah pengurangan kadar
sampah sebanyak 16 tan/hari sepanjang tahun
tersebut. Ini adalah berdasarkan kepada penyiapan
pemasangan struktur perangkap sampah seperti
gross pollutant trap (GPT), log boom dan juga trash
rake. Manakala sasaran KPI bagi tahun 2013 adalah
peningkatan kualiti air Sungai Klang daripada Kelas
IV kepada Kelas IIB. Pada tahun berkenaan
kesemua Projek ROL dijangka siap sepenuhnya.
Antara peralatan yang dipasang dan struktur yang
dibina bagi peningkatan kualiti air termasuklah River
Water Treatment Plant (RWTP), effective
microorganism (EM), solar aerator, floatable wetland
dan rock weir.
Bengkel Penyediaan KPI ROL & Laporan Outcome di Nilai,
Negeri Sembilan
Sesi pembentangan outcome oleh setiap kumpulan.
NRE Gallery Walk yang telah diadakan
pada 26 September 2011 di Putrajaya
Lawatan dan komen oleh YB Dato’ Seri
Menteri NRE tentang KPI ROL
Laporan oleh:Ir. Sabri Bin Abdul Mulok & Cik Faeizaratul Fazlein Binti Isa
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 06
Tilting Gate :Berfungsi Untuk menaikkan paras air supaya air boleh mengalir ke RWTP.Operasi dengan “double hydraulic cylinder”.Rod silinder menarik balik untuk menutup (gate naik).Rod silinder memanjang untuk membuka (gate turun).
Creast Gate :Berfungsi untuk menaikkan paras air supaya air boleh mengalir ke RWTP.Operasi dengan sistem pneumatik untuk mengembung atau mengempiskan “gate bladder”.
Slide Gate :Berfungsi untuk menutup dan mengasingkan loji rawatan semasa paras air sungaitinggi dan aliran air sungai deras.Operasi dengan actuator elektrik.
Drain/Sand/Sludge Pump :Berfungsi untuk mengalir keluar air daripada “pump chamber”.Operasi secara mod auto berdasarkan tahap air atau operasi secara manual denganmenekan push button apabila diperlukan.
Rubber Dam :Berfungsi untuk menaikkan paras air supaya air boleh mengalir ke RWTP.Operasi dengan sistem pneumatik untuk mengembung atau mengempiskan “gate bladder”.
Oleh: En Mahat a/l Mat Dong
‘Water Purification’ adalah prosesmenghapuskan bahan kimia yang tidakdiingini dan bahan-bahan cemarbiologi daripada air yang tercemar.Matlamatnya adalah untukmenghasilkan air sesuai untuk tujuantertentu. Air yang paling bersih adalah
untuk kegunaan manusia (air minum)tetapi pembersihan air juga bolehdirekabentuk untuk pelbagai tujuanlain termasuk memenuhi keperluanperubatan, farmakologi, kimia danaplikasi industri. Secara umumnya,kaedah yang digunakan termasukproses fizikal seperti penapis danpemendapan, proses biologi sepertipenapis pasir perlahan atauenapcemar teraktif, proses kimiaseperti pemberbukuan danpengklorinan dan pengguna radiasielectromagnet seperti cahayaultraungu. Piawaian untuk kualiti airminuman, biasanya ditetapkan olehkerajaan atau oleh piawaian
antarabangsa. Piawaian ini biasanyaakan menetapkan minimum danmaksimum kepekatan bahan cemaruntuk keperluan pengguna. Prosedurmudah seperti mendidih ataupenggunaan penapis isi rumahkarbon yang diaktifkan tidakmencukupi untuk merawat semuabahan cemar yang mungkin bolehhadir di dalam air daripada sumberyang tidak diketahui. Walaupun mataair semulajadi yang dianggap selamatuntuk semua tujuan yang praktikaldalam abad ke19 kini, ia juga perludiuji sebelum menentukan jenisrawatan yang patut dilakukan.
Oleh: Cik Asrawahida Binti Mohd. Abas