jejak warisan sandakan

Upload: hakimie-zainal

Post on 01-Mar-2018

613 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    1/36

    1

    JEJAK WARISAN SANDAKAN

    Zainuddin Bin Baco

    Sekolah sains sosial

    Universiti Malaysia Sabah

    [email protected]

    Abstrak

    Artikel ini bertujuan untuk meninjau dan mengupas tentang

    keberkesanan pelaksanaan produk pelancongan warisan baharu yang

    diperkenalkan iaitu Jejak Warisan Sandakan(JWS). Kewujudan

    program JWS adalah menerusi usahasama Jawatankuasa JejakWarisan Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Jabatan

    Muzium Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan Negeri Sabah dan

    pihak pemilik tapak untuk membangunkan sektor pelancongan

    warisan/bersejarah. Pelaksanaan JWS, bersandaran objektif untuk

    memelihara dan memberi pendedahan kepada masyarakat berkaitan

    kepentingan sejarah setiap tapak terhadap perkembangan bandar

    Sandakan dan produk pelancongan berunsurkan sejarah. Hasil

    penulisan mendapati, JWS dilihat berjaya dalam usaha mempromosi

    produk pelancongan sejarah. Namun objektif JWS untuk memulihara

    dan memelihara setiap tapak warisan masih boleh diperdebatkan.

    Malah, Persoalan-persoalan dan isu berkaitan dengan pengurusan

    organisasi dan pewartaan tapak warisan, pembangunan pelancongan,pengabaian pemuliharaan dan pemeliharaan telah menyebabkan

    kemusnahan mahupun ancaman jangka panjang terhadap tapak

    warisan di dalam JWS.

    Pengenalan

    Pelancongan mula diiktiraf oleh dunia sebagai salah satu industriyang pesat membangun. Ia menyumbang kepada pembangunanekonomi, budaya, sosial dan juga kesefahaman politik. Industri inidikatakan berupaya untuk menjadi alat yang merapatkan hubunganantara pelbagai budaya di dunia selain meningkatkan pengetahuanpenduduk setempat dan juga pelancong. Meskipun sebagai sebuah

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    2/36

    2

    negara yang baru sahaja meneroka industri ini berbanding dengannegara-negara lain di rantau Asia, Malaysia kini telah menerimaindustri pelancongan sebagai sektor penting. Hal ini kerana,pelancongan dilihat sebagai sektor yang menjana pendapatan negaramenerusi cukai dan juga tukaran wang asing. Malah, ia juga telahmembuka ruang perniagaan, pelaburan, dan pekerjaan kepadamasyarakat setempat. Oleh itu, pelbagai dasar, strategi diwujudkanke arah itu, sementara belanjawan untuk tujuan pembangunanprasarana dan promosi turut ditambah dari setahun ke setahun.Justeru, kerajaan telah mengenal pasti kekuatan dan keunikan negara

    seperti alam semula jadi, sejarah dan kebudayaan untuk dipasarkansebagai produk pelancongan. Dalam usaha memanfaatkan sumbersejarah dan warisan, kerajaan telah menggubal Dasar pelanconganKebangsaan sebagai salah satu agenda pencapaian matlamatWawasan 2020. Menerusi pelaksanaan dasar ini, kerajaan telah mulamemperkenalkan konsep pelancongan baharu yang berteraskanwarisan yang dikenali sebagai Pelancongan Warisan atauPelancongan Bersejarah. Namun, pembangunan pelancongan yangberterusan lazimnya memberi impak negatif. Hal ini kerana, tumpuanpembangunan pelancongan acap kali mengabaikan aspekpemuliharaan dan pemeliharaan memberi ancaman kemusnahankepada tapak warisan/bersejarah.

    Dalam konteks daerah Sandakan yang bermula dari sebuahkampung German kemudiannya melalui pelbagai transformasipenjajahan daripada pelbagai kuasa samaada kuasa British danJepun. Seterusnya Borneo Utara telah bersama-sama dengan TanahMelayu, Singapura dan Sarawak bagi mewujudkan gagasan Malaysiatelah mencorakkan lagi latar belakang sejarah Sandakan itu sendiri.Walaupun Sandakan kini masih dalam proses pembangunan sebagaisebuah bandar maju. Namun, kebanyakan landskapnya dibina diakhir tahun 1960an dan 1970an, segala peristiwa yang pernahberlaku sebelum ini seperti pengeboman oleh pihak Berikat danpembakaran yang dilakukan oleh pihak Jepun, tidak menghalangproses pertumbuhannya. Sebaliknya ini telah membawa kepada

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    3/36

    3

    perkembangan yang lebih pantas selepas itu. Meskipun Sandakanbukan lagi sebagai ibu negeri bagi Sabah, namun ia terus kekalsebagai bandar yang penting dalam perkembangan ekonomi negeri.Dalam tempoh lebih dari 100 tahun sejarah penubuhannya, Sandakantelah membangun dari sebuah perkampungan yang berteraskanpenyeludupan senjata api kepada salah sebuah pusat perdaganganSabah yang utama. Walau bagaimanapun, Sandakan masih kekaldengan kaleidoskopnya yang bercirikan gabungan lama dan baru.Kewujudan pelbagai tapak tinggalan koloni British dan Jepun diSandakan telah menjadi salah satu sumber ekonomi kepada daerah

    Sandakan dari aspek pelancongan warisan. Dan salah satu, programpelancongan warisan yang diperkenalkan adalah Sandakan HeritageTrail(SHT) atau turut dikenali sebagai Jejak Warisan Sandakan (JWS).

    Dari segi takrifan, pelancongan warisan merupakan lawatanke beberapa tempat bersejarah untuk mengkaji dan menghargaiperadaban dan evolusi budaya sesuatu tempat.1Pelancongan warisanbukan sahaja menjadi galeri yang menyimpan segala rentetan sejarah,tetapi juga mampu mendidik dan memperkembangkan pengetahuanterhadap perkembangan sesuatu tempat.2Tourism Western Australiapula mendefinisikan pelancongan warisan kepada pelancongan yangmemberi pengalaman kepada pelancong untuk merasai dan

    mengalami tempat-tempat dan aktiviti sahih yang mewakili cerita danpengalaman masyarakat terdahulu. Ia termasuklah tempat-tempatbersejarah dan alam semula jadi.34

    Pelancongan warisan jejak warisan Sandakan pula ditakrifkansebagai satu pakej pelancongan yang melibatkan lawatan ke beberapatapak warisan/bersejarah di daerah Sandakan atau satu aktivitikomprehensif berjalan kaki selama setengah jam sehingga dua jammelawat tapak-tapak warisan seperti Masjid Jamek SheikhHasabollah At-Tohiri, Monumen Peringatan Wiliam Pryer, TanggaSeribu, Rumah Agnes Keiths, Tinggalan Tangga Lama, Tokong KunYam, Sekolah ST. Michaels dan Gereja All Angel, Tokong Sam Sing

    Kung, Bulatan Malaysia dan Muzium Warisan Sandakan.5

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    4/36

    4

    Kronologi Pelaksanaan Jejak Warisan Sandakan

    Jejak Warisan Sandakan mula dilancarkan dan dirasmikan oleh DatukDayang Adeline Leong6 pada 21 Jun 2003 di Hotel Sandakan. JejakWarisan Sandakan telah diletakkan sebagai salah satu programpelancongan warisan utama dalam Festival Sandakan yang diadakansetiap tahun. Dan, pihak jawatankuasa JWS telah menerimaperuntukan awal sebanyak RM 10,000 daripada KementerianPelancongan Negeri Sabah untuk tujuan menggantikan papan tandayang telah rosak di setiap tapak bersejarah dalam laluan JWS.Peruntukan yang diterima, turut digunakan untuk membina satu

    papan tanda maklumat dan peta yang berskala besar berkaitan disemua lokasi tapak bersejarah.7

    Foto : Papan Tanda Dan Peta Informasi Jejak Warisan Sandakan

    Sumber : Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, Tesis Sarjana Muda,Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 86.

    Idea dan pelaksanaan JWS telah diperkenalkan oleh En. LaiKai Hang. Dengan Kerjasama beberapa sukarelawan, beliau mulamenubuhkan satu jawatankuasa khas JWS dan beliau sendiri dilantiksebagai pengerusi.8 Antara peranan awal jawatankuasa ini bagi

    merealisasikan JWS; mengumpul dana, mendokumentasikan,

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    5/36

    5

    mengenal pasti kesesuaian tapak warisan untuk diletakkan dalamlaluan JWS. Pemilihan tapak-tapak warisan dalam JWS dibuatberdasarkan dua ciri utama. Pertama berdasarkan keunikan tapakwarisan dan kepentingan sejarahnya ke atas sejarah bandarSandakan. Kedua, kedudukan kesemua tapak warisan yangberhampiran dan tertumpu di kawasan bandar Sandakan. Hasilnya 10tapak warisan dikenal pasti, antaranya; Masjid Jamek SheikhHasabollah At-Tohiri, monumen Wiliam Peringatan Pryer, TanggaSeribu, Rumah Agnes Keiths, Tinggalan Tangga Lama, Tokong Kun

    Yam, Sekolah ST. Michaels dan Gereja All Angel, Tokong Sam Sing

    Kung, Bulatan Malaysia dan Muzium Warisan Sandakan.

    Kedua, rancangan jangka masa sederhana, melibatkanrancangan untuk menggunakan laman internet sosial sebagaimedium promosi serta cadangan mahupun maklum balas daripadasetiap pengunjung atau pelancong yang telah melawat kesemua tapakwarisan dalam JWS.9 Objektif pelaksanaan rancangan jangka masasederhana ini adalah untuk memperkenalkan dan menyedarkanmasyarakat umum berkaitan JWS. Ketiga, rancangan jangka masapanjang, melibatkan penerbitan sebuah buku panduan yang bertajuk

    A Guild To Sandakan Heritage Trail. Buku panduan ini akan menjadisalah satu medium untuk memberi pendedahan dan pengetahuan

    berkaitan dengan budaya dan maklumat sejarah Sandakan. Malahbuku ini juga dapat digunakan sebagai cenderahati yang unik kepadapara pelawat dan pelancong yang datang melawat JWS. Hasildaripada jualan buku panduan ini akan digunakan untuk menampungkos menghasilkan buku tersebut. Rancangan jangka masa panjang inijuga melibatkan penyediaan satu dokumentari pendek di setiap tapakwarisan akan menjadi suatu yang ideal untuk mendaftar danmerekodkan perkembangan setiap tapak warisan dari awalpenubuhannya.10 Dari segi bajet yang dijangkakan untukmelaksanakan ketiga-tiga rancangan tersebut berjumlah RM88,000.00. Rancangan jangka masa awal melibatkan kos sebanyakRM 25,000.00, rancangan jangka sederhana pula sebanyak RM

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    6/36

    6

    18,000.00 dan rancangan jangka masa panjang pula berjumlah RM45,000.00.11

    Jejak Warisan Sandakan

    Sumber: Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesissarjana muda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 36.

    Masjid Jamek Sheikh Hasabollah At-Tohiri

    Masjid Jamek merupakan tapak warisan yang pertama yang akan

    dilawati dalam JWS. Masjid ini merupakan antara bangunan

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    7/36

    7

    bersejarah terawal dibina menggunakan bahan-bahan binaan kekaldan masih berfungsi sebagai rumah ibadat. Terletak di atas BukitPertengahan Jalan Enam atau di lereng bukit Sandakan. Pada mulanyalebih dikenali dengan nama Masjid Jamek Bandar Sandakan. Namunpada 6 Disember 1991, nama masjid ini telah ditukar kepada MasjidJamek Sheikh Hasabollah At-Tohiri. Ini adalah untuk mengenang jasaseorang guru agama dari Yaman iaitu Sheikh Hasabollah At-Tohiri12yang banyak mendidik masyarakat tempatan dalam bidangkeagamaan.

    Pada awal pembinaan masjid ini, ia merupakan sebuah rumahkayu kecil yang beratapkan nipah. Pondok tersebut merupakantempat tinggal seorang Sharif yang dikenali sebagai Sharif Mahdum.13Sharif Mahdum merupakan pengasas kepada pembinaan MasjidJamik. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Arab dari Yamandan merupakan seorang pengembara dan pendakwah yang pernahmengembara untuk tujuan menyebarkan agama Islam ke merata-ratatempat. Antara kawasan yang pernah dilawati beliau adalah daerahSelatan India, kepulauan Sulu dan Borneo. Setiap kawasan yangbeliau lawati, beliau akan mendirikan sebuah pondok kecil untukdijadikan pusat pengajian dan pusat ibadat.14 Namun menurutsumber lisan yang lain, masjid ini diasaskan oleh Tuan Damsah iaitu

    seorang anak tempatan yang berketurunan India-Muslim.15

    Secara kronologinya, Masjid Jamek ini telah mula dibina padaawal tahun 1887an lagi, dan siap sepenuhnya serta dibuka kepadaumum pada tahun 1890. Kerja pembinaan untuk membina semuladan mengubah rumah kayu kecil tersebut kepada sebuah masjiddilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk tempatan disekitar kawasan tersebut. Kos pembinaan telah dikeluarkan olehTuan Damsah bagi pembinaan masjid. Selain itu, penduduk tempatanyang beragama Islam pada ketika itu turut membantu menyiapkandan memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang, peralatanpertukangan dan dalam bentuk tenaga kerja. Malah, menurut UstazNasran kerja untuk membina masjid tersebut dilakukan dalam jangka

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    8/36

    8

    masa yang singkat sahaja kerana bilangan penduduk tempatan yangdatang untuk mendirikan masjid tersebut yang ramai.16 Sepanjangproses pembinaan masjid ini, ianya dilakukan secara manual tanpamenggunakan sebarang mesin dan dari segi bahan yang digunakanadalah kayu kayan yang banyak terdapat di kawasan tersebut, tetapibeberapa tingkat utama masjid ini telah diperbuat daripada konkrituntuk memperkukuhkan bangunan tersebut. 17

    Semasa zaman pemerintahan BNBCC, kebenaran telahdiberikan kepada tiga penganut agama terbesar di Sandakan ketika

    itu untuk mendirikan rumah ibadat. Oleh itu, masjid Jamek telahmewakili penganut agama Islam. Peranan masjid ini semasa BNBCCbukan sahaja terhad kepada pusat ibadat tetapi juga sebagai pusatpengajian agama yang terpenting di sekitar Pantai Timur BorneoUtara. Terdapat ramai ulama-ulama terkenal datang berdakwah danmenuntut ilmu daripada Sheikh Hasabollah At-Tohiri. Manakalasemasa zaman pendudukan Jepun pula, masjid ini telah dijadikansebagai kawasan perlindungan oleh penduduk tempatan yangberagama Islam dan juga sebilangan kecil tentera Jepun daripadaserangan tentera Australia semasa di akhir Perang Dunia Kedua.Setelah masjid ini telah dikenal pasti sebagai tempat persembunyiantentera Jepun. Pihak tentera Berikat telah mengebom dan menembak

    masjid ini menggunakan kapal-kapal perang. Namun masjid ini masihkukuh tanpa sebarang kerosakan kesan daripada pengebomantersebut. Ini dibuktikan dengan lawatan seorang bekas juruterbangkapal perang Australia ke masjid Jamek. Beliau merupakan tenterayang dipertanggungjawabkan untuk menggugurkan enam buah bomke masjid tersebut. Menurut beliau, bom yang beliau gugurkan tepatjatuh di sekitar kawasan masjid, tetapi keenam-enam bom tersebutlangsung tidak meletup. Malah, kesan tembakan tentera bersekutumasih dapat dilihat sehingga kini iaitu di bahagian tiang luar masjidberkenaan.18

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    9/36

    9

    Masjid Jamik As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri

    Sumber: Zainuddin bin Baco,Jejak Warisan Sandakan, Tesis SarjanaMuda, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm.,40 .

    Monumen Peringatan William PryerMonumen peringatan Wiliam Pryer yang terletak di Dataran MPSmerupakan tapak kedua dalam laluan JWS. Monumen ini telah dibinabagi mengenang jasa Wiliam Pryer sebagai pengasas dan orang yang

    bertanggungjawab membangunkan bandar Sandakan. Monumen initelah dipindahkan dari kedudukan asalnya iaitu berhampiran denganPadang Bandar Sandakan ke Dataran MPS.

    Wiliam Pryer mula datang ke Sandakan pada tahun 1878.Beliau telah ditugaskan oleh Baron Von Overback untuk membukakawasan penempatan dan memajukan Sandakan. Antara sumbanganyang dilakukan oleh beliau; pertama, memperkenalkan undang-undang cukai perdagangan. Tujuan cukai ini diperkenalkan, adalahuntuk mengelakkan berlakunya eksploitasi perdagangan yangberlebihan dan memastikan keseragaman perdagangan antarapedagang luar dan pedagang tempatan supaya tidak wujud monopoli

    satu pihak dalam perdagangan.19

    Kedua; mengatasi masalah lanun.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    10/36

    10

    Sepanjang tahun 1878 sehingga Oktober 1878, seramai 160 orangpedagang dan pelayar telah dibunuh di sekitar perairan TelukSandakan. Tindakan yang dilaksanakan oleh beliau, adalah denganmendapatkan bantuan angkatan tentera laut British bagi mengawalperairan Sandakan. Ketiga, beliau merupakan orang yangbertanggungjawab dalam membangunkan semula sekitar Sandakanselepas musnah daripada kebakaran.20 Bagi memperingati jasa dansumbangan William Pryer, pihak MPS dengan kerjasama kementerianpelancongan negeri Sabah dan jabatan muzium negeri Sabah,cawangan muzium warisan Sandakan telah mengadakan Festival

    Sandakan pada setiap bulan Jun. Antara program utama dalamFestival Sandakan adalah hari William Pryer yang diraikan padasetiap 21 Jun.

    Monumen Peringatan Wiliam Pryer

    Sumber : Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinabalu: universiti malaysia sabah, 2011, hlm.,

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    11/36

    11

    Wiliam Pryer

    Sumber: Supriya Bhar. 1979.Sandakan One Hundred Years 1879-1879.Sabah: Sandakan Town Board Centenary Celebration Committee.

    Tangga SeribuTangga Seribu atau Stairs With Hundred Steps merupakan tapakketiga yang akan dilawati dalam laluan JWS. Penduduk tempatanlebih mengenali kawasan tersebut sebagai Tangga Seribu. Tangga inisebenarnya hanya mempunyai 124 anak tangga dan merupakanantara struktur warisan bina kekal yang masih wujud selepas PerangDunia Kedua.21Fungsi utama tangga ini adalah, sebagai laluan pentingdan utama yang digunakan oleh pegawai-pegawai Inggeris untuk kekawasan bandar Sandakan. Antara pegawai British yang lazimmenggunakan tangga ini adalah Agnes Keith dan suaminya iaituHenry Keith dan Gabenor Tanah Melayu dan Tanah Melayu iaitu SirHarold Mac Donald. Di sekitar Tangga Seribu ini juga terdapatbeberapa struktur warisan bina yang masih kekal. Antaranya,Worldwar II Chinese Memorial, Japanese Cemetery, danRotary Obversavation

    pavilion. Malah, terdapat sebuah bangunan usang berhampirandengan Tangga Seribu telah dikenal pasti sebagai salah satu pusat

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    12/36

    12

    penahanan sementara dan kawasan penyeksaan tentera Jepunterhadap penduduk tempatan dan pegawai British.22

    World war II Chinese Memorial merupakan sebuah tuguperingatan yang didirikan oleh masyarakat cina di bandar Sandakan.Tugu ini dibina adalah untuk memperingati kesemua pemimpinmasyarakat cina yang telah dibunuh dengan kejam oleh tenteraJepun. Manakala, Kubur Jepun ataupun Japanese Cemetery -merupakan satu kawasan perkuburan di sekitar Tangga Seribu.Kawasan kubur dimiliki oleh seorang wanita Jepun yang bernama

    Kinoshita Kuni atau turut dikenali sebagai O-kuni. Kubur-kuburtersebut milik sebahagian kecil pelacur-pelacur Jepun yang melacurdi Sandakan. Pelacur-pelacur ini turut karayukisan ataupun Miss GoneOverseas.23 Rotary Obversavation pavilion pula merupakan sebuahkawasan pemerhati yang terletak di puncak Bukit Sandakan danberhampiran dengan Rumah Agnes Keith.

    Tangga Seribu

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 45.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    13/36

    13

    Kubur Jepun

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 104.

    Rumah Agnes Keith

    Rumah Agnes Keith, merupakan antara warisan bina yang menjaditarikan utama dalam JWS. Rumah ini telah didiami oleh Agnes Keith24bersama suaminya iaitu Henry Keith yang merupakan seorang

    kurator hutan. Rumah ini terletak di puncak Bukit Sandakan danberhadapan dengan Laut Sulu. Rumah ini merupakan antara rumahkayu pertama yang dibina oleh pentadbir British. Keluarga AgnesKeith telah tinggal di rumah tersebut dari tahun 1930an sehinggatahun 1942.25 Walaupun rumah ini telah musnah semasa PerangDunia Kedua. Namun, pada tahun 1946, pihak BNBCC telah membinasemula di lokasi asalnya dengan ciri-ciri seni bina yang sama.Keluarga Keith terus mendiami rumah kayu sehingga tahun 1952.Kemudian rumah tersebut telah didiami oleh pengganti Henry Keithiaitu konservator hutan, pegawai perhutanan dan pekerja sukareladaripada negara luar.26

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    14/36

    14

    Selepas tahun 1963, rumah tersebut telah dibiarkan tanpasebarang penghuni. Sehinggalah pihak Jabatan Muzium Sabah dengankerjasama Jabatan Muzium Dan Antikuti membaikpulih rumahtersebut pada tahun 2001. Tujuan pembinaan pemuliharaan danpemeliharaan rumah tersebut adalah untuk mengenang Jasa AgnesKeith yang memperkenalkan Sabah kepada dunia luar melaluipenulisan-penulisan dalam buku yang dihasilkan oleh beliau.27 Dan,hasrat jabatan Muzium Negeri Sabah untuk mewujudkan muzium diSandakan untuk mendokumentasikan sejarah dan kebudayaantempatan di situ. Dan, kerelevanan rumah ini dijadikan produk

    pelancongan warisan kerana keunikan reka bentuk senibinakolonialnya.28

    Oleh itu, satu kertas cadangan untuk pembangunan KompleksAgnes Keith telah dikemukakan kepada Jabatan Muzium danAntikuiti, persekutuan untuk mendapatkan peruntukan. Hasilnya,sebanyak RM 1.7 juta telah diperuntukkan oleh Jabatan Muzium danAntikuiti untuk pemugaran dan restorasi Rumah Agnes Keith. Projekyang dicadangkan adalah untuk restorasi dan lima buah bangunanyang berkenaan adalah seperti berikut: 29

    I.

    Rumah No.2005 (Rumah Agnes Keith) Galeri Muzium

    II.

    Rumah No.2004 Pejabat MuziumIII.

    Rumah No.2003 Restoran/kedai kopi dan kedai cenderakenangan.

    IV.

    Rumah No.2002 Pusat Aktiviti Pelajar/pelawat khas (specialvisitor centre).

    V. Rumah orang gaji Bilik Koleksi dan Pemeliharaan.

    Dari segi binaan dan pula, rumah Agnes Keith merupakanrumah yang bercirikan seni bina rumah Inggeris. Terdapat beberapabuah antaranya bilik tidur utama Mr. dan Mrs. Keith di tingkat atas,dua bilik ruangan dan terdapat bilik belajar. Manakala kebanyakanbarangan dan perhiasan rumahnya asalnya merupakan baranganyang telah diimport dari Eropah. Antara barang yang terdapat di

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    15/36

    15

    rumah ini adalah pinggang mangkuk, tengkorak manusia yangterletak di atas lantai atas rumah, perkakasan masyarakat tempatanuntuk kegunaan pertanian dan menangkap ikan. Selain itu, terdapatjuga beberapa jenis meriam api yang bersaiz kecil dan besar yangterletak di kawasan pejabat yang menunjukkan persediaanpertahanan dari serangan musuh.30

    Rumah Agnes Keith

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 104.

    Tinggalan Tangga Batu

    Tapak warisan yang seterusnya adalah tinggalan tangga lama.Dipercayai bahawa kawasan tersebut merupakan bekas tinggalanrumah kapitan cina yang sangat berpengaruh pada awal tahun1880.31 Namun, rumah tersebut telah musnah dibom oleh pihaktentera Jepun dan yang hingga hanyalah sebahagian tangga batu.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    16/36

    16

    Tinggalan Tangga Lama

    Sumber: Koleksi En. Alfred Golimas, 42, pembantu pertanian MajlisPerbandaran Sandakan,pemuliharaan dan pemeliharaan tapak-tapak

    yang berada dibawah seliaan MPS, 3 Jun 2010.

    Tokong Kun Yam

    Tokong Kun Yam turut dikenali sebagai Goddes Of Mercy ChineseTemple. Nama ini diambil bagi menghormati Lady of the God.

    Merupakan tapak warisan keenam dalam senarai laluan dalam JWS.Tokong ini merupakan pusat ibadat yang tertua di Borneo Utara bagimasyarakat cina dan masih menjalankan fungsi yang sama sehinggakini. Dibina pada sekitar tahun 1880an dan mengambil tempoh masalama untuk disiapkan. Pada tahun 1868, tokong ini telah mulaberfungsi penuh sebagai pusat ibadat kepada orang cina.32

    Kronologi pembinaan tokong ini dilakukan oleh seorangimigran dari negara China pada awal tahun 1880an. Walaubagaimanapun, tokong tersebut belum lagi berjaya disiapkansepenuhnya dan imigran tersebut telah kembali ke Tanah BesarChina. Imigran tersebut telah menyerahkan tokong tersebut kepada

    keluarga Leong. Hasil usaha keluarga Leong dalam mengutip derma

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    17/36

    17

    daripada masyarakat cina, akhirnya kerja-kerja pembinaan tokongditeruskan dan berjaya disiapkan pada tahun 1868. 33Menurut PhilipLeong yang merupakan generasi keempat keluarga Leong, sejak awalpembukaan tokong ini, belum terdapat sebarang kerosakan besarterhadap tokong ini. Malah semasa Perang Dunia kedua ataupunzaman pendudukan Jepun, tokong ini tidak berjaya dibom oleh pihakJepun walaupun berulang-ulang menjadikan tokong ini sasaran

    Bahagian depan Tokong Kun Yam

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 52.

    St. Michaels And All Angels Church

    Sekolah St. Michael`s dan gereja All Angels merupakan antara warisanbina kekal yang terawal dibina oleh orang Eropah di Sandakan danmasih kekal sehingga kini. Terletak di atas Bukit Elton atau ketika inidikenali sebagai kawasan Puncak. Usaha penubuhan kedua-duabangunan ini adalah atas usaha berterusan daripada Sir WiliamHenry Elton. Beliau telah membentuk satu badan atau komuniti khaspada tahun 1886 untuk tujuan mengumpul dana dan merangka

    pelaksanaan bagi menubuhkan sebuah sekolah dan gereja Prostatan

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    18/36

    18

    pertama di Borneo Utara. Usaha beliau berhasil dan berjayamengumpulkan dana sebanyak 430 pound pada Disember 1886.34

    Sekolah St. Michael`s merupakan antara sekolah terawal yangdibina di Borneo Utara. Bermula pada tahun 1888, tetapi denganhanya seorang murid sahaja. Namun, menjelang tahun 2009, seramai1,234 pelajar dan menjadi salah sebuah sekolah terbaik diSandakan.35 Manakala Gereja All Angel pula, merupakan gerejaProstatan di Sabah. Pembinaan gereja ini mengambil masa hampir 13tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Ini disebabkan masalah seperti;

    kerja pembinaan yang rumit kerana didirikan di atas Bukit dankekurangan tenaga kerja yang mahir.36 Individu yangbertanggungjawab dalam menstruktur dan melukis pelan kedua-duabangunan ini adalah B. W. Mountfort iaitu seorang arkitek dari NewZealand.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua bangunan ini telah musnahsemasa perang dunia kedua. Dan, hanya tinggal rangka dinding batudan tidak berbumbung. Justeru, selepas perang, usaha membinasemula kedua-dua bangunan ini telah dilaksanakan oleh ahlijawatankuasa gereja. Jawatankuasa ini telah memohon bantuandaripada kerajaan Britain dan mengutip derma bagi mengumpul

    dana. Menerusi usaha jawatankuasa gereja, usaha pembinaan semuladilaksanakan dan kedua-dua Bangunan telah siap sepenuhnyamenjelang tahun 1988.37

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    19/36

    19

    Geraja All Angels 1980an

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm.,54.

    Gereja All Angel 2009

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 55

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    20/36

    20

    Tokong Sam Sing Kung

    Tokong Sam Sing Kung merupakan salah satu tokong yang tertua diSandakan. Ianya dibina pada tahun 1885 dan telah dibukasepenuhnya pada tahun 1887. Terletak, di sebelah kelab rekreasiSandakan38 dan berhadapan dengan tapak pejabat kerajaan lamasewaktu Sandakan merupakan ibu negeri Borneo Utara.39Pembinaanawal tokong ini adalah atas usaha bersama daripada beberapapersatuan orang cina iaitu persatuan Kantonis, Toechew, Hakka danHainanese. Persatuan-persatuan ini turut bersama-sama mengumpuldana dan mengutip derma daripada ahli-ahli persatuan bagi membina

    kuil ini. Tokong ini dibina di kaki bukit kerana kedudukanFeng shuiyang dikatakan sesuai.

    Tokong ini dinamakan Sam Sing Kung kerana terdapat tigatuhan suci yang dipuja di tokong ini iaitu Kwan Woon Cheung(moyang Kwn Clan dan Buddha keadilan), Buddha Tin Hau dipujaoleh orang-orang yang bekerja di laut dan maharaja Min Cheongdipuja oleh sesiapa yang ingin menduduki dan lulus dalampeperiksaan. Selain itu, tokong ini ditubuhkan bagi mengenang jasatiga orang hero iaitu Liu Bei, Guan gong dan Zhang Fei. Merekamerupakan hero dalam cerita Romance of Three kingdoms. Merekabertiga juga turut dikenali sebagai San Yun atau San Kuan.40

    Tokong, merupakan salah satu bangunan bersejarah yangmasih menyimpan artifak-artifak lama dan plak kayu yang jelasmemperlihatkan maklumat dan peristiwa penting berkaitan dengansejarah awal bandar Sandakan. Salah satu artifak penting yangterdapat dalam tokong ini adalah loceng gangsa, Beberapa plak kayudan altar penyembahan yang diperbuat daripada kayu. Loceng gangsatadi, telah didermakan oleh Fung Ming Shah yang merupakan seorangkapitan cina yang terawal di bandar Sandakan. Loceng gangsa ini jugamerupakan loceng gangsa yang tertua yang terdapat di Sabah.Manakala, beberapa plak kayu tadi telah didermakan oleh penganutyang terdapat di Sandakan, China dan Filipina pada awal tahun1990an. Setiap plak kayu yang terdapat dalam tokong itu mempunyai

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    21/36

    21

    cerita dan maklumat penting berkaitan dengan sejarah awal bandarSandakan. Dua daripada plak kayu ini, menjadi bukti konkrit kepadapertumbuhan dan perkembangan sejarah bandar Sandakan.41

    Bulatan Malaysia

    Tapak warisan yang seterusnya merupakan sebuah bulatan. Ramaipenduduk Sandakan tidak menyedari bahawa tapak tersebutmerupakan sebuah tapak bersejarah yang penting dalamperkembangan sejarah Sandakan. Bulatan ini sebenarnya merupakanlambang atau bukti penggabungan Sabah dalam persekutuan

    Malaysia pada tahun 1963.42Namun, menurut satu sumber yang lainpula, bulatan tersebut telah dibina bagi menggantikan bulatan yangsedia ada iaitu old clock atau Menara Jam Jubli. Kedudukan asal Jamtersebut terletak berdekatan dengan bangunan pentadbiran daerahluar Bandar (tapak bulatan). Walau bagaimanapun menara jam initelah musnah semasa zaman Jepun. Pembinaan bulatan tersebutdibiayai sepenuhnya oleh sebuah Bank iaitu Hong Kong Bank.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    22/36

    22

    Pintu Masuk Ke Tokong Sam Sing Kung

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 57.

    Tokong Sam Sing Kung

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    23/36

    23

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 57.

    Bulatan Malaysia

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 58.

    2.3.10 Muzium Warisan SandakanMuzium Warisan Sandakan merupakan tapak yang terakhir dalam

    Jejak Warisan Sandakan yang terletak di Wisma Warisan Sandakanberhadapan dengan pusat pentadbiran Majlis perbandaran Sandakan.Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk mempamerkan sejarahSandakan dan budaya dari segi sejarah kebangsaannya serta menjadipusat ilmu kepada penduduk Sandakan.43Tujuan lain adalah sebagaitanda penyelamatan serta pengabadian sejarah serta budayaSandakan yang pada satu masa dahulu pernah menjadi ibu negeriSabah, melalui pendokumentasian, pengumpulan koleksi, sertapenginterpretasian sejarah serta budaya Sandakan.44

    Muzium warisan Sandakan telah dibina di atas bangunan

    pentadbiran utama kerajaan British selepas perang dunia kedua di

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    24/36

    24

    Borneo utara. Di tingkat satu, bangunan ini digunakan sebagai pusatpentadbiran British manakala di tingkat bawah ianya digunakansebagai pejabat pos utama. Namun, selepas Borneo Utara menyertaiMalaysia, bangunan tersebut telah digunakan oleh pelbagai jabatankerajaan seperti Pejabat Pos, Pusat Sumber, Mahkamah SandakanPejabat Residen, Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur, dan beberapaAgensi lain. Namun, pada tahun 2002, pihak MPS telah menyerahkansebahagian besar daripada bangunan tersebut kepada pihak muziumnegeri Sabah bagi mewujudkan Muzium Warisan Sandakan.Sebahagian lagi telah digunakan sebagai pusat maklumat pelancong

    dan bahagian unit-unit kecil pentadbiran MPS. Dari segi seni binabangunan tersebut, bangunan tersebut menonjolkan seni binaInggeris yang sangat ketara. Proses untuk mengubah bangunan lamatersebut untuk menjadi sebuah muzium mengambil tempoh masaselama setengah tahun. Tiada sebarang perubahan kekal pada fasadbangunan ini.

    Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan dalammuzium ini adalah pameran sejarah berfoto serta pameran barangan-barangan antik. Pameran berfoto yang terdapat dalam galeri muziumini lebih berhubung kait sejarah daerah Sandakan. Secara ringkasnya,pameran dalam galeri muzium ini dapat dibahagikan kepada dua

    bahagian mengikut urutan masa. Bahagian pertama pertamanyamempersembahkan sejarah awal Sandakan, bahan dagang tukarganti, di bawah pentadbiran syarikat Berpiagam Borneo Utara British,di bawah matahari terbit (1942-1945), di bawah pentadbiran British(1945-1946) dan zaman pemerintahan koloni (1946-1963). Manakalabahagian keduanya ialah mempersembahkan pameran selepaskemerdekaan (1963-1980), kemudahan awam, tokoh-tokohtempatan, tokoh-tokoh sukan, tapak bangunan dan monumentbersejarah, pemandangan bandar Sandakan, ekonomi, sosiobudayadan sejarah semula jadi. Setiap bahagian mempamerkan foto-fotoyang berkaitan mengikut dengan skop tajuk sejarah yangdipamerkan.45

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    25/36

    25

    Selain itu, pihak muzium warisan juga dalam proses untukmembangunkan lagi sebuah kemudahan umum iaitu pameran yangdikenali sebagai safari in Sandakan, Martin And Osu Jonsun. Pameranini terletak di bahagian bawah Muzium Warisan Sandakan. Pameranini akan memperlihatkan pameran-pameran berfoto mengenaipengembaraan bergambar Martin dan Osu Jonsun di Sabah amnyadan Sandakan khususnya.

    Muzium Warisan Sandakan

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 61.

    Bangunan Pentadbiran Kolonial British 1950an

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    26/36

    26

    Sumber: Zainuddin Bin Baco, Jejak Warisan Sandakan, tesis sarjanamuda, kota kinbalu: Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 61.

    Isu dan Cadangan Penambahbaikan Jejak Warisan Sandakan

    Sejak Pelaksanaan JWS, wujud pelbagai isu berkaitan denganpelaksanaan JWS. Isu pertama, adalah berkaitan dengan perlaksanaanJWS yang lebih tertumpu pada objektif mempromosi danmemperkenalkan JWS bukannya untuk tujuan pembangunan dan

    konservasi tapak warisan. Tidak dinafikan, JWS telah memberi impakpositif terhadap pertumbuhan ekonomi daerah Sandakan. Ini jelasdiperlihatkan menerusi jumlah pelancong yang datang ke Sabah.

    Jadual 1.1: Ketibaan Pelawat Ke Sabah Mengikut

    Kewarganegaraan Dari Januari Ke Oktober Tahun 2007 dan

    200846

    KewarganegaraanTahun

    2008 2007

    Asia 485,674 865,877Oceania 24,950 23,850

    Eropah 55,814 56,096

    Amerika Utara 15,359 19,909

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    27/36

    27

    Lain-lain 9,755 21,928Antarabangsa 591,552 987,660

    Malaysia 1,287,830 1,490,783

    Jumlah 1,879,382 2,478,443Sumber: Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman, Pertumbuhan danPelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-Pulau PeranginanSekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia, Jurnal Sosiohumanika, 3(2)2010, hlm., 275.

    Namun, sekiranya diteliti, pelaksanaan JWS menerusi pelan

    dan tindakannya hanya untuk mencapai objektifnya dari aspekkomersial semata-mata. Dari aspek pemuliharaan dan pemeliharaanlain iaitu untuk tujuan pengekalan kesemua warisan bina ini masihlagi kurang berkesan. Menerusi, temu bual dengan pihak pengurusansetiap tapak, didapati, hampir kesemuanya memberikan jawapanyang sama mengenai tindakan pelaksanaan jawatankuasa JWS iaituhanya mempromosi dengan menyediakan atau memperbaiki papantanda saja. Tiada langsung usaha konservasi, pemeliharaan danbantuan dana kepada setiap pemilik tapak. Manakala, Tinjauan kesemua tapak warisan pula- mendapati hampir sebilangan tapakdalam JWS tidak diurus dan dipelihara dengan sempurna (kecualitapak warisan yang diselia oleh Jabatan Muzium Negeri SabahCawangan Pantai Timur iaitu Rumah Agnes Keith dan MuziumWarisan Sandakan). Impaknya sebilangan besar warisan binatersebut berdepan dengan ancaman warisan berbentuk alam semulajadi, ekonomi dan sosial. Misalnya, kedudukan Masjid Jamek SheikhHasabollah At-Tohiri dan Tangga Seribu di lereng bukit Sandakan.Sehingga tahun 2011, beberapa kes banjir kilat dan seterusnya tanahruntuh. Impaknya, sesetengah kawasan telah musnah. Dari segiancaman sosial pula, ketiadaan pihak pengurusan berkesan daripadapihak JWS, telah menyebabkan berlakunya vandalisme dan kejadianyang tidak bermoral berlaku di Tangga Seribu.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    28/36

    28

    Isu kedua pula melibatkan peruntukan undang-undangwarisan seperti pewartaan tapak warisan, perlindungan tapakwarisan dan lain-lain. Hampir kesemua tapak warisan dalam JWSkecuali tapak warisan yang diselia oleh Jabatan Muzium Negeri SabahCawangan Pantai Timur iaitu Rumah Agnes Keith dan MuziumWarisan Sandakan tidak diklasifikasikan atau diwartakan mengikuttakrif Barang Kuno dan Tugu Purba mengikut pengertian

    Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun 1977 ataupun takrifWarisan Budaya mengikut pengertian Enakmen Warisan Budaya

    1997.47 Dalam aspek perundangan, pewartaan atau pengisytiharan

    sesuatu warisan budaya atau kawasan pemugaran merupakan aspekterpenting dalam peruntukan perundangan. Dalam konteks EnakmenBarang-barang Kuno dan Harta Karun, peruntukan ini jelas disebutdalam Bahagian IV, Seksyen 18. Dalam seksyen ini, menteri melaluiperintah boleh mengisytiharkan sesuatu tugu sebagai tugu purba dansesuatu tempat sebagai tempat bersejarah dan boleh menetapkanlingkungan tugu atau tempat itu.48Manakala dalam Enakmen WarisanBudaya (Pemuliharaan), ini dijelaskan dalam Seksyen 4 yangmemperuntukkan kuasa Yang Di-Pertuan Negeri Sabah atas nasihatMajlis Warisan negeri Sabah untuk mengisytiharkan sesuatu warisanbudaya atau kawasan pemugaran untuk dipulihara.49 Malah, pihakkerajaan tempatan sendiri iaitu MPS langsung tidak menyediakan

    sebarang peruntukan undang-undang berkaitan dengan perlindungankesemua tapak warisan ini. Impaknya, pihak pengurusan tapakwarisan dalam laluan JWS bebas melakukan sebarang kerja-kerjaperubahan terhadap ciri asli tapak warisan tersebut seperti,tambahan bangunan dan penambahbaikan yang tidak mengikutkaedah pengurusan warisan bina.

    Isu ketiga, berkaitan rapat dengan faktor sokongan sepertiakses ke tapak warisan, kemudahan awam, penyediaan landskap,pelaksanaan aktiviti yang sesuai dan kemudahan mendapatkanmaklumat. Jika diteliti, kedudukan sebahagian besar tapak warisandalam JWS ini terletak di kawasan terpencil dan di atas bukitSandakan. Keadaan ini akan menyukarkan perjalanan pelancong dan

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    29/36

    29

    mengalami masalah kekurangan infrastruktur kemudahan awamyang terhad di sesetengah tapak warisan sahaja. Ini ditambah denganketiadaan pemandu pelancong yang cukup berpengetahuan mengenaikeseluruhan tapak warisan dalam laluan JWS juga akan menyukarkanpelancong. Tidak dinafikan, risalah maklumat berkaitan JWS adadisediakan, namun maklumat berkaitan hanya diterangkan secaraumum.

    Isu keempat pula berhubung dengan isu kerjasama antarapihak pemilik atau pengurusan tapak warisan dengan jawatankuasa

    JWS dalam pemuliharaan dan pemeliharaan tapak warisan. Jikaditeliti, tidak wujud satu sistem pengurusan yang menyeluruhterhadap kesemua tapak warisan dalam JWS. Lazimnya, fungsijawatankuasa JWS hanyalah tertumpu untuk mempromosi tapak-tapak warisan, manakala fungsi untuk penyelenggaraan,pembaikpulihan dan pemeliharaan dilakukan sepenuhnya oleh pihakpengurusan setiap tapak. Ketidakwujudan kerjasama antara pihakpengurusan setiap tapak dengan jawatankuasa JWS, menyebabkanberlakunya ketidakseragaman dalam memulihara dan memelihara,pertindihan kuasa pengurusan dan kesukaran untuk mendapatkandana untuk tujuan pemuliharaan.

    Justeru itu, bagi memastikan objektif pengekalan danpemeliharaan warisan bina dalam laluan JWS, perkara pertama yangperlu dilakukan adalah melaksanakan pembangunan dan konservasisecara bersepadu. Pembangunan dan konservasi bersepadu merujuktindakan secara makro atau menyeluruh di sesebuah kawasan.Lazimnya, pembangunan dan konservasi ini dilakukan secara zon keatas monumen di sesebuah tempat bersejarah mahupun bandar.Walaupun, pembangunan dan konservasi sesuatu tapak warisanlazimnya tidak mendapat sambutan daripada pihak pengurusankerana, tidak memberikan pulangan ekonomi. Namun, menerusitinjauan pelaksanaan pendekatan pembangunan dan konservasi ini dinegara-negara maju jelas memperlihatkan faedah jangka panjang.Justeru, dalam proses membangunkan sesuatu tapak warisan secara

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    30/36

    30

    bersepadu, penggunaan semula warisan bina atau tapak perlulahmengambil kira penggunaan dan fungsi tersebut. Cadanganpengubahsuaian ataupun tambahan fungsi kepada sesuatu tapakseperti pusat rekreasi, pusat kebudayaan, pusat kraf tangan dan lain-lain perlu difikirkan.

    Kedua, melalui penguatkuasaan undang-undang danpewartaan tapak warisan perlu dilaksanakan dengan berkesan. Inikerana, peruntukan perundangan merupakan antara faktor pentingdalam menjamin keberkesanan perundangan tersebut. Menurut

    Kennet, A. Ghafar Ahmad dan Yazid Saleh, perundangan merupakanantara keperluan penting bagi menjamin kejayaan dalam bidangpengurusan warisan bina selain daripada kesedaran masyarakat.50Dalam konteks JWS, peruntukan dan pewartaan adalah mengikutpengertian Enakmen Barang-barang Kuno Dan Harta Karun 1977.Dalam bahagian IV, Tugu-tugu purba dan tempat-tempat bersejarahdalam seksyen 1memperuntukkan menteri boleh melalui perintahmengisytiharkan sesuatu tugu purba dan sesuatu tempat sebagaitempat bersejarah dan boleh menetapkan lingkungan tugu atautempat itu. Manakala, Seksyen 2 pula memperuntukkan kuasa kepadakurator untuk menyiarkan di dalam warta sesuatu jadual tugu-tugupurba dan tempat-tempat bersejarah bersekali dengan lingkungan-

    lingkungan dan boleh dari masa ke masa menambah dan memindahjadual itu. Melalui pewartaan kesemua tapak dalam laluan JWS inimendapat perlindungan khusus daripada Jabatan Muzum NegeriSabah dan Majlis Warisan Negeri Sabah dalam proses pemuliharaandan pemeliharaan yang berkesan.

    Seterusnya, pihak jawatankuasa JWS juga perlu memahamituntutan produk berasaskan warisan. Dengan mempertingkatkanpembangunan setiap tapak dalam laluan JWS untuk keperluankemudahan awam para pelancong. Misalnya, penyediaan tandasawam, ruang letak kereta yang mencukupi, papan tanda penerangan,tanda arah dan lain-lain. Pihak pengurusan setiap tapak warisandalam JWS juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti tersendiri yang

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    31/36

    31

    unik seperti mengadakan pameran yang berkaitan atau acara-acarayang ada hubung-kait dengan sejarah tapak, seni bina atau aktivitipenduduk setempat. Dari aspek mempromosi JWS, Jawatankuasakhas JWS perlu menubuhkan satu unit khas yang berkebolehan dalamhal pemasaran dan mempunyai hubungan dengan pengusaha-pengusaha pelancong, pemilik hotel, persatuan kereta sewa,pembekal-pembekal kraf tangan, dan lain-lain bagi menjaminkeselesaan pelancong. Promosi yang ekonomikal boleh dilaksanakandengan menerbitkan news bulletin oleh MPS atau Jawatankuasa JWSuntuk disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pusat

    pelancongan.

    Kesimpulan

    Berdasarkan isu dan hujah yang diberikan, jelas sekali dalam konteksperlaksanaan JWS, sememangnya telah berjaya dan memperlihatkanimpak positif menerusi peningkatan ekonominya. Namun,pelaksanaan sebagai salah satu program pelancongan warisan tanpamengambil kira objektif pemuliharaan dan pemeliharaan warisanbudaya bina di setiap tapak dalam laluan JWS boleh menyebabkansemua tapak berdepan ancaman kemusnahan dengan jangka masapanjang. Ini jelas memperlihatkan bahawa indutri pelancongan

    warisan mempengaruhi kesurvivalan pemuliharaan danpemeliharaan warisan budaya bina. Bertepatan sepertimana yangdikemukakan oleh Gunn51iaitu seandaianya sektor pelancongan tidakdikendalikan dengan teliti dan bersungguh-sungguh, kemungkinanbesar beberapa warisan budaya yang terdapat dalam JWS akan pupussecara perlahan-lahan.

    Kehilangan atau kemusnahan warisan budaya bina inimerupakan satu kerugian yang besar kerana warisan budaya binamerupakan lambang imej atau identiti. Ini selaras dengandiperkatakan oleh Shankland;

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    32/36

    32

    A country without a past has the emptiness of abarren continent; and a city without old buildings is

    like a man without a memory52

    Dan yang paling penting, kepupusan warisan budaya bina tidak dapatdiganti kerana penggantian ialah sekadar kosmetik dan jika adasekalipun yang baru, nilai keasliannya (authenticity) sudah tiada.53Oleh itu, pelaksanaan menyeluruh yang berkesan sepertipenambahbaikan, pembangunan konservasi warisan budaya binabagi memastikan ia mampu dikekalkan dan memberi faedah jangka

    panjang.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    33/36

    33

    1Badaruddin Mohamed dan Nikmatul Adha Nordin, Perancangan Pelancongan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka, 2006, hlm., 62-63.

    2Ibid.

    3www.culturalheritagetourism.org.

    45Zainuddin bin Baco,Jejak Warisan Sandakan, Tesis Sarjana Muda, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah,

    2011, Hlm., 1.

    6Datuk Dayang Adeline Leong merupakan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

    7Lo Mei Yong, 42, Ahli Jawatankuasa Jejak Warisan Sandakan, 3 Jun 2010.

    8

    Ibid.9Kertas kerja menaik taraf projek Jejak Warisan Sandakan, Bahan tidak diterbitkan, hlm., 2.

    10Ibid.,hlm., 3.

    11Ibid., hlm., 5.

    12Sheikh Hasabollah At-Tohiri turut dikenali sebagai Tuan Guru oleh penduduk bandar Sandakan. Pada 3-5Mei 1968, beliau telah dihantar ke Kongres Islam Malaysia Timur di Kuching Sarawak. Beliau telahmeninggal dunia pada tahun 1970 dab dikuburkan di Pulau Tigowis. Sehingga beliau meninggal dunia,beliau tidak perna berkhawin. Temu bual dengan Ustaz Nasran Bin Ahmad, 46, Iman dan PengerusiMasjid Jamik As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Sejarah awal masjid dan peranan Sheikh Hasabollah At.Tahiri dalam mengajar dan mendidik penduduk Sandakan, 25 Jun 2010.

    13Ibid.

    14Di India dan Filipina khususnya kepulauan Sulu terdapat sebuah masjid yang meyerupai masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, Ibid.

    15 Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya dan terkenal dengan sikapnya yang pemurah.Kedudukan Tuan Damsah sebagai orang kaya dan ahli perniagaan, dibuktikan dalam British NorthBorneo Herald yang menyatakan bahawa beliau memiliki sederet bangunan yang mengandungi 10buah kedai di Jalan Tiga yang bernilai 25,000. Sharifah Raudah binti Hj. Ibrahim, Sejarah kajianTempatan: Masjid Jamek Asy Syeikh Hasabollah At.Tahiri, Sandakan, Latihan Ilmiah Sarjana Muda,Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2002, hlm., 13.

    16Ustaz Nasran Bin Ahmad, 46, Iman dan Pengerusi Masjid Jamik As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri. SejarahPenubuhan Masjid Jamik As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri. 26 Jun 2010.

    17Ibid.

    18Ibid.

    19Rundingan untuk melaksanakan undang-undang perdagangan tersebut dibuat bersama dengan pemimpn-pemimpin suku kaum di kawasan tersebut. Lihat, Supriya Bhar, Sandakan One Hundred Years 1879-1879,Sabah : Sandakan Town Board Centenary Celebration Committee, 1979, hlm., 1.

    http://www.culturalheritagetourism.org/http://www.culturalheritagetourism.org/http://www.culturalheritagetourism.org/http://www.culturalheritagetourism.org/
  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    34/36

    34

    20 Masalah lanun, usaha penaklukan Sepanyol dan masalah kebakaran telah menyedarkan Wiliam Pryertentang kedudukan Kampung German yang tidak sesuai dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Lihat,

    Sulong Mohamad, Persekitaran Sosio-Fizis Dan Pembangunan Di Residensi Sandakan Sabah, Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah, 1985, hlm., 75 dan 76. Juga lihat, Sandakan DikenaliSebagai Kampung Jerman. Borneo Mail, Februari 1995, dan Supriya Bhar, Sandakan One Hundred Years1879-1879,Sabah: Sandakan Town Board Centenary Celebration Committee, 1979, hlm., 1.

    21 En. Ratno Enji, 36, Penolong Jurutera MPS, Sejarah awal dan kepentingan Tangga Seribu, 30 November2010.

    22R.M. Jasni, Memoir Anak Sisa Peperangan, kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006, hlm., 34.

    23 Rekod migrasi penduduk Jepun ke Borneo tidak dapat dipastikan dengan tepat. Imigran Jepun yangterawal datang secara tidak terarah telah berlaku sebelum tahun 1880an lagi. Imigran ini terdiridaripada golongan kelas bawahan seperti petani, tukang dan pelacur. Manakala golongan kelaspertengahan dan atasan yang terdiri daripada pemodal hanya datang menjelang awal abad ke 20.Migrasi golongan bawahan menerusi pelbagai skim adalah disebabkan tindakan negara Jepun yang

    melaksanakan dasar tutup pintu, peluang pekerjaan di Borneo Utara dan untuk tujuan risikan. Lihat,Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara, Migrasi dan Kegiatan Ekonomi, 1884-1941, KotaKinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlm., 60-61.

    24 Agnes Keith merupakan seorang penulis berbangsa Amerika. Beliau telah menulis beberapa buah bukuyang telah memperkenalkan negeri Sabah kepada dunia luar. Antara bukunya yang terkenal adalahLand Below The Wind . Buku ini merupakan buku yang menceritakan mengenai kehidupan beliausebagai isteri kepada pegawai kerajaan di Borneo Utara serta kehidupan masyarakat Eropah danpenduduk tempatan di Borneo Utara pada awal tahun 1930an. Pada tahun 1939, Agnes Keith telahmengirimkan rencana ini kepada Atlantic Monthly di Amerika Syarikat. Kemudian semua tulisannyatelah disusun menjadi sebuah buku dan telah berjaya menewaskan 600 buah buku lain dalam majalahAtlantic Monthly. Agnes Keith turut menulis dua buah buku lagi, yang berkaitan dengan kisah hidupbeliau di Borneo Utara iaitu Three Came Home pada tahun 1946 dan White Man Returns pada tahun1951.

    25Keluarga keith telah ditangkap oleh tentera Jepun pada tahun 1942 dan dihantar ke pusat tahanan di pulauberhala, pada tahun 1943, mereka telah dihantar ketika ingin melarikan diri dan menyebabkanseluruh keluarga Keith ditangkap dan dihantar ke pusat tahanan di Pulau Berhala semasa inginmelarikan diri pada tahun 1942. Pada tahun 1943, keluarga Keith telah dipindahkan ke Kem TahananPerang di Batu Lintang, Kuching Sarawak.

    26Ibid.

    27 Terdapat tiga buah buku yang dihasilkan oleh beliau iaitu Land Below The Wind, Three Came Home DanWhite Man Returns. Buku-buku tersebut merupakan sumbangan utama Agnes keith, kerana buku-buku tersebut banyak memperkenalkan negeri Sabah dan masyarakat Sabah ke keseluruh dunia.Lihat, Rosni Binti Deding, kehidupan sosial keluarga Agens Keith, Sekolah Sains Sosial : UniversitiMalaysia Sabah, 2005, hlm. 49.

    28 Rumah Agnes Keith ternyata Berjaya menarik perhatian pelancong asing dan tempatan sehinggamemenangi anugerah The Best Heritage Attraction dan The Best Tourist Attraction dari MenteriPelancongan dan Alam sekitar Sabah pada 2005 dan seterusnya memenangi anugerah The BestTourist Attraction ( Attraction with National Identity Heritage) untuk tahun 2005 dan 2006 dariKementerian pelancongan Malaysia. Tesis dius, hlm., 50.

    29 Dius Bin Kubud, Muzium Sabah Di Alaf Baru 1990 2010, Latihan Ilmiah Sarjana Muda, Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah, 2011, hlm., 58.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    35/36

    35

    30 Hampir semua barangan dan perhiasaan yang terdapat di dalam rumah Agnes Keith kini, bukanlahbarangan asal, tetapi merupakan barangan replika ataupun barangan yang serupa dengan barangan

    asal. En. Juanis Ogak, kurator Muzium Bahagian Pantai Timur, Sejarah awal pembinaan danpemulihraan rumah Agnes Keith serta peranan Agnes Keith dalam memperkenalkan Borneo Utara, 3 Jun2010 .

    31 Lo Mei Yong, Ahli Jawatankuasa Jejak Warisan Sandakan, Sejarah Awal Tapak Rumah Kapitan Cina , 5 Jun2010.

    32Philip Leong, 60, pengerusi dan penjaga Tokong Kun Yam, Sejarah awal Tokong Kun Yam dan pengurusantokong serta peranan tokong yang dijadikan kawasan persembunyian semsa perang dunia kedua, 2 Jun2010.

    33Ibid.

    34Majalah Sekolah Menegah St.Michael Sandakan, 2009.

    35Ibid.

    36kerja awal yang dilakukan untuk membina gereja ini adalah meratakan kira-kira 50 kaki persegi daripadapuncak bukit Elton supaya mempunyai tapak yang cukup untuk pembinaan gereja yang tetap. Padaawal kewujudan gereja ini, ianya dibina dengan menggunakan kayu Belian namun disebabkankekurangan tukang kayu yang baik di Sandakan, gereja ini dibina semula dengan menggunakan batugranit. Kerja memindahkan batu granit yang terdapat di Buli Sim Sim dilakukan oleh banduan penjaradengan kadar gaji $ 1.25 per batu granit persegi. Berat sebiji batu granit persegi adalah sekitar 140 lbsdan setiap batu granit dipindahkan tanpa sebarang penggunaan mesin dan dijalankan secara manual.Selain menggunakan batu granit, terdapat sesetengah bahan binaan gereja seperti pintu kayu, cermingereja dan white stonesdiimport dari Hong Kong. St. Mikhael Dan Semua Malaikat Sandakan:Perayaan100 Tahun, Sandakan: Gereja All Angels, 1988, hlm., 34.

    37

    Pembinaan semula gereja, pasca perang telah dilakukan oleh En. Ng Peng Kong, seorang kontraktorbangunan. Beliau mengetuai sebilangan kecil pekerja membaik pulih bangunan itu dan melakukanpembinaan bumbung baru yang dilapis dengan terracotta tiles iaitu batu gentian yang dibuat daripadasejenis tanah liat (seperti yang terdapat pada bangunan asal). Tempoh masa untuk membina semulagereja mengambil masa yang lama kerana kerja pemuliharaan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan menghadapi masalah kekurangan dana dan peralatan. Gereja All Angel telah berjayadisiapkan sepenuhnya pada awal tahun 1988.

    38Kelab ini merupakan kelab sosial bagi orang-orang inggeris sewaktu Pemerintahan BNBBC. Hanya orang-orang inggeris dan penduduk tempatan yang menjadi ahli kelab sahaja dibenarkan masuk kedalamkelab ini. Lihat, Supriya Bhar,op. cit., hlm., 11.

    39 Kawasan disekitar Tokong Sam Sing Kung, merupakan kawasan yang penting untuk urusan pentadbiranorang Inggeris. dikatakan pusat bagi daerah bandar Sandakan. Lihat Kertas kerja menaik taraf projek

    Jejak Warisan Sandakan, op. Cit.,hlm. 12.

    40Ibid.

    41Ibid., hlm. 13.

    42Lo Mei Yong, op.cit.3 Jun 2010.

  • 7/25/2019 Jejak Warisan Sandakan

    36/36

    43 En. Juanis Ogak, Sejarah awal penubuhan Muzium Warisan Sandakan dan penerangan berkaitan dengankemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pelancong, Kurator Muzium Warisan Sandakan, 3 Jun

    2010.

    44Dius Bin Kubud, op.cit., hlm., 52.

    45Ibid

    46 Statistik Ketibaan Langsung adalah berdasarkan kad IMM26 dan ketibaan secara tidak langsungberpandukan Head Count Method oleh Jabatan Imigresen. Manakala ketibaan warga Malaysia adalahberpandukan pergerakan di dalam Malaysia. Lihat Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman,Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-Pulau Peranginan SekitarPantai Timur Sabah, Malaysia, Jurnal Sosiohumanika, 3(2)2010, hlm., 275.

    47 Definisi Barang kuno, sesuatu benda alih atau tak alih atau sesuatu bahagian tanah atau dasar sesuatusungai atau tasik atau laut, yang telah atau munasabah dipercayai telah dibina, dibentuk, dipersurat,didirikan, dikorek atau selainnya dihasilkan atau diubahsuai oleh perantaraan manusia pada suatu

    tarikh terdahulu daripada 1 Januari 1920 dan, sesuatu bahagian benda sedemikian yang telahditambah kepadanya atau dibina semula atau dipulihkan pada suatu tarikh yang terkemudian, dansesuatu tinggalan manusia, pokok atau haiwan yang berasal atau yang munasabah dipercayai daripadasuatu tarikh terdahulu daripada 1 Januari 1920. Definisi Tugu Purba, dengan syarat tiada benda atautinggalan, yang telah diimport masuk ke Negeri ini pada atau selepas berkuatkuasannya Enakmen in;atau yang tidak mempunyai kepentingan awam yang berbentuk tempatan atau kenegaraan, sejarah,tradisi, kesenian, kesan purba atau ciri saintifik yang lain padanya, boleh dianggap sebagai suatu yanglain padanya, boleh dianggap sebagai suatu barang kuno bagi tujuan-tujuan ini. Lihat, bahagian 1,dalam Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun 1977.

    48 Ibid., hlm.,14 .

    49 Rang Undang-Undang Negeri Sabah, Enakmen Warisan Budaya (pemuliharaan) 1997, Kota Kinabalu:Jabatan Cetak negeri Sabah, 1997, hlm.,6 .

    50A. Ghafar Ahmad, 2000,Pemuliharaan Dan Pengurusan Bangunan Warisan Di Malaysia, kertas kerja yangdibentangkan dalam Seminar Warisan Budaya dan Pelancongan: Ke Arah Pengurusan Lestari di HotelHelang Langkawi pada 1-2 November 2000. Juga lihat, Yazid Saleh, Pengenalan Pemuliharaan Bandar,Kuala : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 dan Wayland Kennet, Preservation, London: Temple Smith,1972.

    51Gunn.C.A, 2002. Tourism Planning: Basic Concepts, Cases. London. Routledge.

    52Unesco, 1975, Conservation Of The Cities,Paris: Unesco Press.

    53Smith M.K. 2002. Issues In Cultural Tourism Studies. London.Routledge