judul : pembangunan laman web … pembangunan laman web interaktif bagi subjek kimia tingkatan 4...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NOR SHAFIZA BINTI SUPARDI (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 4999, PT HJ ABD RAHMAN, DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA KAYU ARA PASONG Nama Penyelia 82010, PONTIAN JOHOR Tarikh: __________________ Tarikh:___________________
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ____________________
Nama Penyelia : Dr. Noraffandy bin Yahaya
Tarikh : 20 April 2009
i
PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA
TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS
NOR SHAFIZA SUPARDI
Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ____________________
Nama Penulis : Nor Shafiza binti Supardi
Tarikh : 20 April 2009
iii
DEDIKASI
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Tuhan yang Maha Esa
atas limpah kurnia dan rahmat-Nya
Sekalung penghargaan buat Dr Noraffandy Yahaya serta warga kerja
Fakulti Pendidikan, UTM
atas tunjuk ajar, nasihat serta sokongan yang telah kalian berikan
Buat insan-insan yang sentiasa kusayang,
Ayah, Ummi, adik-adikku dan rakan-rakan sepejuangan
Kalian sumber inspirasi dan kekuatanku menempuhi hari-hari mendatang
Terima kasih atas segala-galanya
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Illahi kerana telah mempermudah segala
urusan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta
para sahabatnya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat penyelia projek
saya, Dr. Noraffandy Yahaya. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang
telah diberikan sepanjang proses penghasilan projek ini. Segala bimbingan yang telah
diberikan telah menjadikan saya lebih matang dalam mengambil keputusan.
Sekalung penghargaan buat ahli keluarga saya – ayah, ummi dan adik-adik
atas segala sokongan dan doa yang tidak pernah putus. Terima kasih yang tidak
terhingga buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa di sisi memberi sokongan dan
inspirasi. Komitmen anda semua amat dihargai.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan khas buat semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam proses penghasilan projek ini. Sekian,
teirma kasih.
v
ABSTRAK
Pembelajaran secara dalam talian bukanlah suatu isu yang baru dalam bidang
pendidikan di Malaysia. Perkembangan teknologi komputer dan kemudahan talian
internet yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan memberi kemudahan
kepada para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini
melibatkan pembangunan sebuah laman web interaktif berdasarkan sukatan pelajaran
subjek kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Projek ini
dibangunkan bagi membantu pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 mempelajari topik
‘Preparation of Insoluble Salts’ serta memberi kemudahan kepada para guru untuk
mendapatkan media yang sesuai digunakan semasa pengajaran subjek kimia. Laman
web ini telah dibangunkan berdasarkan teori pembelajaran kognitif dengan
menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Laman web ini mengandungi
aktiviti yang dapat merangsang pemahaman pelajar terhadap kandungan pelajaran
yang berkaitan dengan topik ‘Preparation of Insoluble Salts’. Bagi membangunkan
laman web ini, pembangun telah menggunakan beberapa perisian multimedia seperti
Marcomedia Flash 8, Macromedia Dreamweaver 8, Adobe Photoshop CS2 dan
sebagainya. Model reka bentuk ADDIE telah digunakan bagi membangunkan laman
web ini. Di harap laman web yang telah dihasilkan ini dapt memberikan manfaat
kepada guru-guru dan para pelajar bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kualiti
sesi pengajaran dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Online learning is not a new issue for education field in Malaysia. The
development of computer technology and internet facilities had been provided by
Ministry of Education almost in every school of this country. All the facilities give
many advantages to teachers and students for teaching and learning process. This
project is about the development of an interactive education website which
developed based on the Secondary School Integrated Curriculum. It is developed
specially for Form 4 and 5 students to help them to learn and understand about
‘Preparation of Insoluble Salts’ topic. It also give some materials that useful and
suitable media to teachers for their teaching session. This website is fully developed
based on cognitive learning theory using the mastery learning approach. It also
contains activity session which can initiate and develop students’ understanding and
knowledge about ‘Preparation of Insoluble Salts’. This website was developed using
a few of multimedia software such as Marcomedia Flash 8, Macromedia
Dreamweaver 8, Adobe Photoshop CS2 etc. Instructional model used to develop this
project is ADDIE. Hopefully, this website gives benefits to teachers and every
student when they used it. Besides, it can improve the effectiveness and quality of
teaching and learning session.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
BORANG PENGESAHAN
STATUS THESIS
JUDUL i
PENGESAHAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH
xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai Media
Pengajaran
7
1.6 Kepentingan Projek 8
1.7 Skop dan Batasan Projek 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Penutup
11
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pendidikan Kimia di Malaysia 12
2.3 Masalah-masalah dalam Pendidikan Kimia 14
2.4 Pengaplikasian Teknologi Komputer dan
Multimedia dalam Pendidikan
17
2.5 Keberkesanan Laman Web Sebagai Medium
P&P
18
2.6 Teori-teori Pembelajaran 26
2.7 Model Reka Bentuk Pengajaran 30
2.8 Penutup
35
BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 36
3.2 Model Reka Bentuk ADDIE 36
3.3 Rasional Pemilihan Model Reka Bentuk ADDIE 38
3.4 Fasa-fasa dalam Model Reka Bentuk ADDIE 39
3.5 Aplikasi dan Rasional Pemilihan Teori
Pembelajaran dan Pendekatan
46
3.6 Pemilihan Perisian dan Perkakasan untuk
Pembangunan Laman Web
49
3.7 Penutup
49
BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 50
4.2 Paparan Laman Web 50
4.3 Ciri-ciri Istimewa dalam Laman Web 61
4.4 Penutup
62
ix
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan 63
5.3 Cadangan 68
5.4 Penutup
69
RUJUKAN 70 - 73
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Aplikasi Elemen Pembelajaran Masteri dalam
Laman Web
48
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Carta Alir 43
4.1 Paparan Menu Utama 51
4.2 Paparan Learning Center 52
4.3 Paparan Notes 53
4.4 Paparan Activity 54
4.5 Paparan Activity 55
4.6 Paparan Activity 55
4.7 Paparan Activity 56
4.8 Paparan Activity 56
4.9 Paparan Activity 57
4.10 Paparan Activity 57
4.11 Paparan Activity 58
4.12 Paparan Activity 58
4.13 Paparan Activity 59
4.14 Paparan Activity 60
4.15 Paparan Activity 60
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada zaman yang serba maju ini, bukan hanya bidang ekonomi yang
mengalami anjakan paradigma. Bidang pendidikan juga menerima impak yang besar
akibat perubahan zaman yang serba pantas dan maju ini. Jikalau dahulu, bidang
pendidikan hanya dianggap sebagai bidang yang statik dan tidak mengalami
sebarang perubahan tetapi kini segalanya telah berubah. Kini, bidang pendidikan
dilihat telah menjadi tunggak utama bagi menjana pembangunan sesebuah negara.
Bidang pendidikan kini dianggap sebagai elemen penting untuk sesebuah negara itu
mencapai kemajuan dan pembangunan.
Sejak awal tahun 60-an lagi, teknologi komputer telah diperkenalkan di
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Sebagai sebuah negara
yang sedang membangun, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati arus
perubahan yang berasaskan komputer. Sehubungan dengan itu, Projek Koridor Raya
Multimedia telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri
Malaysia pada 1 Ogos 1996 semasa beliau merasmikan Persidangan Multimedia
Asia. Projek ini merupakan sebuah rancangan kerajaan ke arah negara yang
mempunyai kecanggihan teknologi maklumat dan komputer. Bidang pendidikan juga
telah menerima tempias akan ledakan teknologi komputer selepas pelancaran Projek
Koridor Raya Multimedia (MSC). Apabila aspek teknologi dan kurikulum sekolah
telah digabung jalin, ia dianggap sebagai satu daya usaha ke arah memupuk minat
dan sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan
2
tradisi yang selama ini diamalkan seharusnya diubah supaya menjadi lebih menarik
dan melibatkan pemikiran kreatif dan kritis menggunakan teknologi.
Perkembangan pesat dalam sistem pendidikan memperlihatkan perubahan
fokus dari proses pengajaran kepada proses pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk
menyediakan pelajar yang bukan sahaja menguasai konsep pengetahuan tetapi
mempunyai kemahiran untuk mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari. Hal
ini selaras dengan pembangunan modal insan yang telah disebut dalam Pelan Induk
Pembanguan Pendidikan (PIPP).
Kini, penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bukan sesuatu perkara yang asing malahan semakin meluas bagi
memastikan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Ia juga dilihat menjadi salah satu
keperluan utama dalam usaha menarik minat dan perhatian para pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan. Tambahan pula, pelajar-pelajar juga telah diasakkan
dengan pelbagai kecanggihan teknologi komputer yang kini terdapat dalam pasaran.
Tidak hairanlah, para pendidik digesa oleh kerajaan untuk sentiasa bersedia dan
berusaha untuk mengaplikasikan teknologi komputer dalam proses P&P untuk
menarik perhatian pelajar-pelajar. Langkah tersebut juga diharap dapat meningkatkan
lagi penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang disampaikan.
Penggunaan teknologi komputer dalam P&P memberi banyak kesan yang
positif terhadap para pelajar sama ada terhadap perhatian mahupun penguasaan
mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan (Maddux et al., 2001). Teknologi
komputer yang digunakan semasa sesuatu sesi pengajaran di dalam kelas dipercayai
mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik. Di samping itu,
penggunaan teknologi komputer juga memberi peluang kepada pelajar terlibat secara
aktif berbanding dalam sesi pengajaran secara konservatif. Bidang pendidikan juga
boleh mengalami anjakan yang lebih positif dengan penggunaan teknologi komputer
dalam proses P&P. Kini, terdapat pelbagai teknologi komputer yang boleh
diaplikasikan dalam proses P&P. Antara teknologi komputer yang sering menjadi
pilihan guru-guru pada masa kini termasuklah penggunaan multimedia, CD-ROM
dan internet.
3
Kini, penggunaan komputer dan talian internet pada masa kini tidak hanya
terbatas di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta sahaja. Menurut Maddux et al.
(2001), oleh kerana perubahan pesat pada masa kini, para pelajar lebih terdedah
kepada kemudahan teknologi komputer dan talian internet. Malah teknologi tersebut
telah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian mereka bukan sahaja untuk
tujuan pendidikan malah untuk hiburan. Sejak perlaksanaan Pembestarian Sekolah,
penggunaan talian internet telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan di negara ini
untuk proses P&P. Seiringan dengan perkembangan teknologi yang pesat, komputer
dan talian internet kini digunakan dalam sesi pengajaran bukan hanya di institut
pengajian tinggi malahan di sekolah-sekolah seluruh negara. Hal ini menjadikan
pembelajaran secara talian semakin mendapat perhatian para pelajar dan guru-guru.
Perlaksanaan Sekolah Bestari telah mengisi agenda perlaksanaan Projek MSC
sekali gus membuka ruang yang lebih besar kepada teknologi komputer dan internet
bagi membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dalam sistem pendidikan pada masa
kini. Melalui internet, pelbagai maklumat dan kemudahan yang diperlukan dapat
diperolehi. Maklumat yang diperlukan dapat diperolehi dengan hanya melayari
internet dengan bantuan enjin-enjin pencari. Enjin-enjin pencari seperti Google
membolehkan maklumat yang diperlukan dipaparkan melalui laman-laman web
tertentu. Oleh yang demikian, kini laman web dijadikan sebagai salah satu alat bantu
mengajar (ABM). Hal ini kerana laman-laman web yang ada dapat diakses dengan
mudah dengan menggunakan teknologi internet.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sejak
negara mencapai kemerdekaan. Sejak kebelakangan ini, berbagai-bagai usaha telah
diambil bagi meningkatkan lagi kualiti sistem pendidikan yang sedia ada. Oleh yang
demikian, ramai penyelidik telah menyumbangkan idea dan strategi bagi membantu
perkembangan proses pembelajaran bagi memastikan pelajar-pelajar mampu
memenuhi pasaran dunia professional pada masa akan datang (Jamalludin, 2003).
4
Sehubungan dengan itu, program Pembestarian Sekolah telah dilancarkan dan
dilaksanakan dengan harapan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kelancaran dalam sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah serta
kompetensi guru. Usaha ini merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Program
ini juga melibatkan penyelarasan 6 (enam) inisiatif ICT utama Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu; makmal komputer, akses Internet Jalur Lebar SchoolNet,
TV Pendidikan, Pusat Akses, P&P Sains dan Matemetik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) dan 88 buah Sekolah Bestari (PIPP, 2006).
Pelajar sering dihantui dengan masalah untuk menguasai konsep dan teori
dalam subjek Sains terutamanya bagi subjek Kimia. Hal ini disebabkan oleh subjek
Kimia banyak melibatkan konsep-konsep abstrak dan tidak boleh dilihat dengan
mata kasar. Di samping itu juga, terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa dihadapi
oleh guru dan pelajar apabila melibatkan aktiviti eksperimen. Masalah yang biasa
dihadapi adalah kekurangan bahan kimia dan peralatan yang diperlukan untuk
eksperimen.
Oleh yang demikian, pelajar perlu dibantu sama ada secara langsung atau
tidak langsung untuk menguasai isi kandungan subjek Kimia. Pelajar-pelajar akan
dibantu supaya mereka dapat menguasai satu unit pembelajaran sebelum berpindah
ke unit yang lain. Namun demikian, pelajar hendaklah diberi kebebasan untuk
menerokai bidang Sains ini agar pengetahuan yang mereka perolehi dapat
diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.
Berdasarkan perkembangan teori-teori pembelajaran, dapat diperhatikan
bahawa teori-teori tersebut mula berubah kepada teori yang lebih berpusatkan pelajar
dan proses pembelajaran. Jika pada mulanya teori behaviourisme hanya tertumpu
kepada perubahan tingkahlaku, teori kognitif dan konstruktivisme pula lebih
memfokuskan proses pembelajaran pelajar.
Menurut Shahabuddin (2003) dalam bukunya ‘Psikologi Pendidikan’, Teori
Perkembangan Kognitif telah diperkenalkan oleh Jean Piaget, merupakan seorang
5
ahli falsafah dari Switzeland. Teori yang diperkenalkan melibatkan konsep-konsep
utama dalam bidang perkembangan psikologi dan konsep kecerdasan. Teori ini juga
telah menggariskan bahawa sesuatu pembelajaran hanya akan berlaku sekiranya
proses pembelajaran berlaku dalam minda. Teori ini juga merupakan lanjutan kepada
Teori Behaviourisme yang menyatakan bahawa perubahan perlakuan adalah
penunjuk atau bukti terhadap sesuatu proses pembelajaran.
Berdasarkan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia pada masa kini,
amat mementingkan tahap pencapaian cemerlang daripada setiap pelajar. Tahap
pencapaian pelajar-pelajar biasanya diukur melalui peperiksaan yang dijalankan pada
peringkat sekolah, daerah mahupun seluruh negara. Melalui proses menganalisa
kertas peperiksaan yang sering dijalankan selepas peperiksaan, guru-guru seringkali
berhadapan dengan masalah yang sama (Abu Hassan, 2003). Kebanyakan guru-guru
mendapati tidak kesemua pelajar dapat menguasai pengetahuan yang seharusnya
dikuasai melalui sesi pengajaran. Lebih menyedihkan lagi, sekiranya ada segelintir
pelajar yang langsung tidak memahami isi kandungan walaupun selepas penilaian
dilakukan .
Oleh itu, pembelajaran masteri adalah strategi yang amat sesuai digunakan
bagi mengatasi masalah yang seperti yang telah dinyatakan (Guskey, 1997). Ia juga
merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh
digunakan supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Pembelajaran masteri
bukan suatu perkara yang baru dalam proses P&P, konsepnya berasaskan kepada
prinsip utama iaitu semua pelajar boleh menguasai perkara yang dipelajari jika masa
dan peluang yang diberikan mencukupi serta berkualiti.
Dalam projek ini, pendekatan pembelajaran masteri dipilih kerana ia
melibatkan fungsi laman web tersebut sebagai pemudahcara bagi para pelajar untuk
menguasai isi kandungan topik ‘Salt: Preparation of Insoluble Salt’. Oleh sebab
pembelajaran masteri dipilih sebagai pendekatan bagi membangunkan projek ini,
terdapat pelbagai aktiviti interaktif diaplikasikan yang bertujuan untuk memudahkan
pelajar menguasai kandungan pelajaran seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti-
aktiviti yang melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar disediakan dalam laman
6
web tersebut bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pelajar untuk menentukan
strategi mereka untuk menguasai isi pelajaran tersebut.
1.3 Penyataan Masalah
Demi merealisasikan pengintergrasian laman web dengan mengaplikasian
strategi pembelajaran masteri untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
mengenai ‘Preparation of Insoluble Salt’, sebuah laman web interaktif bagi topik
tersebut dibangunkan. Hal ini bertujuan untuk mengatasi masalah pelajar untuk
memahami dan menguasai secara jelas ketika mempelajari topik ini. Dengan
pembinaan laman web ini kelak, sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak dapat
membantu memudahkan proses P&P bagi topik ‘Salt: Preparation of Salt’.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek pembinaan laman web pendidikan bagi subjek Kimia
Tingkatan 4 ‘Salt: Preparation of Insoluble Salt’ adalah untuk:
i. merekabentuk laman web interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran
Tingkatan 4 bagi subjek Kimia.
ii. membangunkan laman web interaktif yang bertujuan untuk digunakan
sebagai alat untuk pembelajaran kendiri oleh pelajar sebagai bahan rujukan
dan ulangkaji.