kaitkan falsafah tgfu dengan dasar 1 murid 1 sukan
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Kaitkan Falsafah TGFU Dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan
1/1
SHABANA MUNAWWARAH BINTI ISHAK
PISMP BM A SEM 2 AMBILAN JAN 2011
Kaitkan Falsafah TGFU dengan dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S).
Falsafah TGFU menerangkan bahawa pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu
bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk
belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. Manakala dasar
1M1S pula berhasrat memupuk budaya bersukan di kalangan murid supaya menjadi
anggota masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas di samping
dijadikan serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan dalam
melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Falsafah TGFU dan dasar 1M1S dapat dikaitkan apabila seseorang muridmenyertai satu sukan permainan, mereka akan menggunakan segala kemahiran
yang telah diajar oleh guru untuk dipraktik dalam permainan yang dimainkannya dan
membuat keputusan sesuai semasa permainan dijalankan. Sebagai contoh,
permainan Sofbol. Pitcher akan menggunakan kemahiran pitching untuk melontar
bola secara tepat kepada Catcher agar pemukul tidak dapat memukul bola yang
dilontarkan oleh Pitcher. Pitcherjuga perlu membuat keputusan dengan tepat untuk
mendapatkan balingan strike ball dan bukannya ball. Contoh seterusnya, apabilabola yang dipukul oleh pemukul tidak jauh dan Pitcher dapat menyambut bola
tersebut, Pitcher perlu membuat keputusan sama ada hendak membalingkan bola
tersebut kepada pemain di First Base atau di Second Base untuk mematikan pelari di
dalam Diamond. Pitcherperlu merancang strategi untuk mematikan pihak lawan dan
perlu menghantar bola dengan tepat agar bola tidak tersasar dari Glove yang telah
ditarget oleh Pitcher. Pemain yang menjadi pemadang juga perlu bijak mengatur
strategi untuk mengelakkan pemain lawan mendapat mata apabila berjaya
menghabiskan satu larian di dalam base dengan selamat sampai ke home plate.
Model TGFU dan dasar 1M1S mempunyai persamaan iaitu menggalakkan
pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan. Oleh demikian, apabila
pelajar sering melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan, perkembangan JERI
para pelajar juga dapat diseimbangkan. Tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah
juga tidak lagi pasif dan mempunyai semangat untuk belajar kerana cergas dengan
melakukan pelbagai aktiviti sukan di luar bilik darjah.