kajian faktor-faktor literasi, sosialisasi dan...
TRANSCRIPT
KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP
PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM BERDASARKAN TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM
KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA
MOHD. AMIM BIN OTHMAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITY MALAYA
KUALA LUMPUR
2017
KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI
DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP
PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM BERDASARKAN
TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM
KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH
PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA
MOHD. AMIM BIN OTHMAN
TESIS INI DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI
KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITY MALAYA
KUALA LUMPUR
2017
ii
UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Nama Calon : MOHD AMIM BIN OTHMAN (700909-02-5603)
Pendaftaran
:
IHA070036
Nama Ijazah
:
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
Tajuk Tesis
“Hasil Kerja ini”
:
KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN
TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP
PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM BERDASARKAN
TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM
KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH
PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA
Bidang Penyelidikan : KEWANGAN ISLAM (PENTADBIRAN DAN PERNIAGAAN)
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku:
(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;
(2) Hasil Kerja ini asli;
(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah
dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa
petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana
hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan
secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya
telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu
bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam
hakcipta hasil kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”), yang seterusnya mula dari
sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa
pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara
sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah
melangggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya,
saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana
yang diputuskan oleh UM.
Tandatangan Calon Tarikh
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,
Tandatangan Saksi Tarikh
Nama :
Jawatan :
iii
KAJIAN FAKTOR-FAKTOR LITERASI, SOSIALISASI DAN TINGKAH LAKU
PENGGUNA TERHADAP PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
BERDASARKAN TEORI TINGKAH LAKU YANG TERANCANG DALAM
KALANGAN KAKITANGAN AWAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN,
PUTRAJAYA
ABSTRAK
Perancangan Kewangan Islam seperti juga perbankan Islam dan takaful adalah satu
alternatif kepada perancangan kewangan konvensional yang memasuki pasaran sebagai
memenuhi permintaan masyarakat Islam terhadap satu sistem kewangan yang
menyeluruh terhadap produk kewangan Islam. Terdapat lima objektif iaitu pertama;
meneroka sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di dalam sistem kewangan
di Malaysia, kedua; membuat perbandingan berdasarkan demografi bagi literasi, faktor
sosialisasi, faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan
kewangan, ketiga; memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor
tingkah laku (sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan
demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan, keempat;
menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan, dan
kelima; mengenalpasti sama ada niat merupakan mediator bagi pengaruh oleh sikap,
norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam. Kajian ke atas
tingkah laku perancangan kewangan individu menggunakan model Teori Tingkah Laku
Terancang. Persampelan rawak berperingkat berdasarkan kementerian dan jabatan
digunakan di mana tujuh kementerian dipilih dari senarai kementerian yang bertempat
di Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Sebanyak 304 data dianalisis
setelah ditentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Objektif pertama menggunakan
kaedah kualitatif berdasarkan sumber data sekunder. Didapati pengerakan perancangan
kewangan di peringkat global mempengaruhi perkembangan perancangan kewangan di
iv
Malaysia melalui kewujudan pelbagai institusi kewangan pengguna lewat alaf baru
seperti Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) dan Majlis Perancangan
Kewangan Malaysia (MFPC). Objektif kedua melibatkan kajian kuantitatif di mana
sikap dan tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam serta kesejahteraan kewangan
didapati berbeza mengikut taraf perkahwinan, kategori pekerjaan dan umur. Objektif
ketiga pula mendapati wujud saling kait yang signifikan di antara literasi, faktor
sosialisasi, faktor Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan. Objektif
keempat pula, mendapati faktor sikap (b=6.227**, p=0.000) dan norma subjektif
(b=3.832**, p=0.000) mempengaruhi niat untuk bertingkah laku Perancangan
Kewangan Islam. Walaubagaimanapun, persepsi kawalan tingkah laku (b=0.457,
p=0.649) didapati tidak mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Bagi pengaruh
terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, literasi (b=0.910**, p=0.000),
persepsi kawalan tingkah laku (b=0.069*, p=0.017) dan niat (b=0.005**, p=0.005)
Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi tingkah laku berkenaan. Bagi
objektif kelima, dapatan kajian membuktikan niat menjadi mediator kepada pengaruh
oleh sikap dan norma subjektif terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Selanjutnya, tingkah laku ini mempengaruhi kesejahteraan kewangan individu
(b=0.084**, p=0.000). Hal ini menunjukkan faktor yang mempengaruhi perancangan
kewangan Islam dan kesannya terhadap kesejahteraan kewangan individu. Hasil kajian
ini diharapkan dapat menggalakkan keterlibatan individu dalam perancangan kewangan
Islam serta meningkatkan kesejahteraan kewangan mereka.
Katakunci: Perancangan Kewangan, Perancangan Kewangan Islam, Teori Tingkah Laku
Terancang, Sistem Kewangan Islam
v
A STUDY ON LITERACY, SOCIALIZATION AND CONSUMER BEHAVIOUR
FACTORS TOWARDS ISLAMIC FINANCIAL PLANNING BASED ON
THEORY OF PLANNED BEHAVIOUR AMONGST PUBLIC STAFF IN
FEDERAL TERRITORY, PUTRAJAYA
ABSTRACT
Islamic Financial Planning which is similar to Islamic Banking and Takaful is a new
field that enters the financial market as a reaction to the activities of financial
engineering by the conventional financial market movers as a result of public demand
for a comprehensive service system for users of the financial markets products. Five
main objectives were outlined that is first, to explore aspects related to Islamic Financial
Planning covering history and financial planning evolution in the financial system in
Malaysia, make comparisons based on demography for literacy, socialization factor,
Islamic Financial Planning factors and financial well-being, ascertain the relationships
between literacy, socialization factor and behavioral factors (attitude, subjective norms,
perceived behavior control and intention) with demography, Islamic Financial Planning
and financial well-being, determine the factors influencing individual‟s Islamic
Financial Planning intention and behaviour and its effect on financial well-being, and
objective five is to identify whether intention is a mediator in the influence by Islamic
Financial Planning attitude, subjective norms and perceived behavioural control on the
individual Islamic Financial Planning behaviour. The study on individual financial
planning behaviour used Theory of Planned Behaviour. Multistage random sampling
based on ministries and departments was used where seven ministries were selected
from a list of ministries located in Putrajaya and Kuala Lumpur, Federal Territory. A
total of 304 data were analysed after validity and reliabity were determined. The first
objective used qualitative method based on secondary data. Firstly, the study found that
global financial planning has driven the development of financial planning in Malaysia
vi
through the presence of various financial institutions in the new millennium such as the
Malaysian Financial Planning Association (FPAM) and the Malaysian Financial
Planning Council (MFPC). Secondly, the following involved quantitative study where
Islamic Financial Planning attitude and behaviour together with financial well-being
were found to be different based on marital status, job category and age. Thirdly, there
was also significant relationships found between literacy, socialisation factor, Islamic
Financial Planning factors and financial well-being. Fourthly, the results for objective
four found that attitude (b=6.227**, p=0.000) and subjective norms (b=3.832**,
p=0.000) influences Islamic Financial Planning intention. However, perceived
behavioural control (b=0.457, p=0.649) was not significant in influencing the intention.
For the influence on Islamic Financial Planning behaviour, the Islamic Financial
Planning literacy (b=0.910**, p=0.000), perceived behavioural control (b=0.069*,
p=0.017) and intention (b=0.005**, p=0.005) were found to be not influencing the
behaviour. Lastly, findings of this study proved that intention acted as a mediator in the
influence of attitude and subjective norms on Islamic Financial Planning behaviour.
Consequently, the behaviour of Islamic Financial Planning was found to affect the
financial well-being of individuals (b=0.084**, p=0.000). These show the factors in
influencing Islamic Financial Planning and the effect on financial well-being of
individual. The findings from this study hope to encourage the participation of
individual in Islamic Financial Planning and thus may enhance their financial well-
being.
Keywords: Financial Planning, Islamic Financial Planning, Theory of Planned Behaviour,
Islamic Financial System
vii
PENGHARGAAN
Puji dan syukur kehadrat ALlah S.W.T. kerana memberi saya kekuatan semangat,
inspirasi dan kesabaran sehingga berjaya menyudahkan pengajian saya. Tesis ini tidak
mungkin dapat dinoktahkan tanpa bantuan, bimbingan, kefahaman, kesabaran dan
galakan dari pelbagai pihak yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada saya.
Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada penyelia asal saya Professor Madya Dr. Ab.
Mumin Bin Ab. Ghani yang bersara wajib pada 2017 kerana sentiasa menaruh
kepercayaan bahawa saya mampu menghabiskan pengajian saya. Tidak lupa juga
kepada Dr. Kamaruzzaman bin Noordin kerana membimbing saya sehingga saya dapat
menghabiskan Ph.D saya. Saya juga sangat berterima kasih kepada rakan sejawat di
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia, staff di Akademi Pengajian Islam dan Institut Pengajian
siswazah, Universiti Malaya dan insan lain sama ada dinyatakan atau tidak kerana
banyak membantu saya ketika saya menghadapi pelbagai masalah berkaitan pengajian
saya. Kejayaan ini saya tujukan kepada arwah ibu saya puan Hajjah Rahmah binti Haji
Saad dan arwah bapa saya Haji Othman bin Haji Ahmad kerana tidak sempat melihat
kejayaan saya ini. Mereka berdua adalah insan yang senantiasa memberi kepercayaan
penuh di dalam apa saja kerjaya yang saya ceburi. Ucapan terima kasih tidak terhingga
saya adalah kepada isteri saya Professor Madya Dr. Majdah Binti Zawawi kerana
sentiasa bersabar dan tidak berhenti memberi semangat sehingga saya berjaya juga
menamatkan pengajian saya. Kepada anak-anak saya Inshirah, Asiah, Ahmad dan
Khadijah kerana percaya bahawa abah boleh menghabiskan perjalanan ini. Saya juga
sangat bersyukur kerana dianugerahkan keluarga dan rakan yang banyak membantu
saya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal ke atas usaha dan bantuan
anda.
viii
JADUAL KANDUNGAN
Tajuk Kajian i
Perakuan Keaslian Penulisan ii
Abstrak iii
Abstract v
Penghargaan vii
Jadual Kandungan viii
Senarai Gambar Rajah xiii
Senarai Jadual xiv
Senarai Simbol dan Singkatan xvi
Senarai Kependekan xviii
Panduan Transliterasi xix
Senarai Lampiran xxi
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Kenyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 12
1.5 Hipotesis Kajian 13
1.6 Definisi Istilah 13
1.7 Kerangka Konseptual Kajian 18
1.8 Limitasi Kajian 19
1.9 Kepentingan Kajian 20
1.10 Pengurusan Tesis 21
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 24
2.2 Konsep dan Teori Perancangan Kewangan 24
2.2.1 Sumber Pendapatan (Kewangan) 26
2.2.1.1 Modal Insan 27
2.2.1.2 Modal Kewangan 28
2.2.1.3 Hubungan di antara Modal Kewangan dan Modal
Insan
29
2.2.2 Model Penggunaan 30
2.2.3 Pengagihan Estet 30
2.2.4 Teori Tingkah Laku Perancangan Kewangan 36
ix
2.2.4.1 Teori Tingkah Laku Beralasan (Theory of Reasoned
Action) (TTB) 39
2.2.4.2 Teori Tingkah Laku Terancang (Theory of Planned
Behavior) (TTT) 40
2.2.5 Tingkah Laku dalam Perancangan Kewangan Islam 43
2.3 Tingkah Laku dalam Bidang Kewangan Islam 48
2.4 Angkubah Berdasarkan Teori Tingkah laku Terancang dalam Perancangan Kewangan
51
2.4.1 Faktor Demograpi 51
2.4.2 Pendidikan Kewangan 53
2.4.3 Pendapatan 54
2.4.4 Pengurusan Kewangan 55
2.4.5 Sosialisasi Kewangan 57
2.4.6 Literasi Kewangan 60
2.4.7 Kesejahteraan Kewangan 64
2.5 Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan Teori Tingkah Laku
Terancang
68
2.6 Kesimpulan 70
BAB 3: SEJARAH PERKEMBANGAN PERANCANGAN KEWANGAN
3.1 Pengenalan 71
3.2 Sejarah Ringkas Evolusi Perancangan Kewangan 73
3.3 Bidang Utama Kewangan Peribadi 80
3.3.1 Perancangan Kewangan 84
3.3.1.1 Persatuan Perancang Kewangan 85
3.3.1.2 Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi 89
3.3.1.3 Tabung Endowmen Kebangsaan bagi Pendidikan
Kewangan
90
3.3.1.4 Gabungan Perancangan Kewangan 91
3.3.2 Kaunseling Kewangan 92
3.3.2.1 Persatuan Kaunseling kewangan dan Pendidikan
Perancangan
93
3.3.3 Penasihatan Kewangan 94
3.3.4 Kaunseling Kredit dan Pengurusan Hutang 95
3.3.5 Gerontologi Kewangan 100
3.4 Sejarah Perkembangan Perancangan Kewangan Di Malaysia 103
3.5 Institusi Kewangan Berkaitan Perancangan Kewangan di Malaysia 110
3.5.1 Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) 111
3.5.2 Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) 112
3.5.3 Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia 113
3.5.4 Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) 114
x
3.5.5 Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 115
3.6 Undang-undang Berkaitan Penguatkuasaan Aktiviti Perancang
Kewangan Di Malaysia
117
3.7 Undang-Undang Berkaitan Perlesenan Penasihat Kewangan 120
3.8 Sejarah Perkembangan Institusi berkaitan Perancangan Kewangan
Islam
122
3.9 Kesimpulan 127
BAB 4: METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan 128
4.2 Reka Bentuk Kajian 128
4.3 Lokasi Kajian 129
4.4 Persampelan 130
4.5 Instrumen Kajian 132
4.5.1 Demografi 133
4.5.2 Literasi Perancangan Kewangan Islam 133
4.5.3 Faktor Sosialisasi 134
4.5.4 Sikap, Norma Subjektif dan Persepsi Kawalan Tingkah Laku
Perancangan Kewangan Islam
135
4.5.4.1 Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam 135
4.5.4.2 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam 138
4.5.4.3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam
140
4.5.4.4 Niat Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam 143
4.5.4.5 Tingkah Laku bagi Perancangan Kewangan Islam 143
4.5.4.6 Kesejahteraan Kewangan 144
4.6 Pra-Uji 145
4.7 Pengumpulan Data 146
4.8 Penganalisisan Data 146
4.8.1 Analisis Deskriptif 146
4.8.2 Taburan Normal 147
4.8.3 Ujian Perbezaan 148
4.8.4 Ujian Korelasi 148
4.8.5 Analisis Regresi 149
4.8.5.1 Lineariti 151
4.8.5.2 Multikollineariti 152
4.8.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 156
4.8.6.1 Kesahan 156
4.8.6.2 Kebolehpercayaan 160
4.9 Kesimpulan 162
xi
BAB 5: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 163
5.2 Demografi Responden 163
5.3 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam 165
5.3.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Literasi Subjektif
Perancangan Kewangan Islam
167
5.3.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Literasi
Subjektif Perancangan Kewangan Islam
168
5.3.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Literasi
Subjektif Perancangan Kewangan Islam
170
5.3.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Literasi Subjektif
Perancangan Kewangan Islam
171
5.4 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam 172
5.4.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Faktor Sosialisasi
Terhadap Perancangan Kewangan Islam
173
5.4.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Faktor
Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
174
5.4.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Faktor
Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
175
5.4.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Faktor Sosialisasi
Terhadap Perancangan Kewangan Islam
177
5.5 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam 178
5.5.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Komponen Tingkah
Laku Perancangan Kewangan
179
5.5.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi
Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan
181
5.5.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi
Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan
183
5.5.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Komponen Tingkah
Laku Perancangan Kewangan
185
5.6 Niat Perancangan Kewangan Islam 187
5.6.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Niat Perancangan
Kewangan Islam
187
5.6.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Niat
Perancangan Kewangan Islam
189
5.6.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Niat
Perancangan Kewangan Islam
190
5.6.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Niat Perancangan
Kewangan Islam
191
5.7 Kesejahteraan Kewangan 192
5.7.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Kesejahteraan
Kewangan
193
5.7.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi
Kesejahteraan Kewangan
195
xii
5.7.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi
Kesejahteraan Kewangan
197
5.7.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Kesejahteraan
Kewangan
199
5.8 Perbandingan Angkubah-angkubah 201
5.8.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah 203
5.8.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi
Angkubah
204
5.8.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi
Angkubah
206
5.8.4 Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah 207
5.9 Korelasi antara Angkubah 209
5.9.1 Korelasi antara Faktor Sosialisasi dengan Faktor
Perancangan Kewangan Islam dan Kesejahteraan Kewangan
209
5.9.2 Korelasi antara Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan
Faktor Perancangan Kewangan Islam
212
5.9.3 Korelasi antara Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor
Perancangan Kewangan Islam
213
5.9.4 Korelasi antara Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
dengan Kesejahteraan Kewangan
214
5.10 Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam
215
5.11 Regresi Berbilang Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam 219
5.12 Mediator Niat dalam Pengaruh Faktor ke atas Tingkah Laku
Perancangan Kewangan Islam
222
5.13 Regresi Mudah Kesejahteraan Kewangan 226
5.14 Kesimpulan 228
BAB 6: RUMUSAN
6.1 Pengenalan 229
6.2 Ringkasan Kajian 229
6.3 Penemuan Utama 234
6.4 Sumbangan Kajian 241
6.5 Cadangan Kajian Masa Depan 243
6.6 Kesimpulan 245
RUJUKAN 246
SENARAI PENERBITAN 265
xiii
SENARAI GAMBAR RAJAH
1.1 Kerangka Konsep Kajian Tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam Berdasarkan Teori Tingkah laku Terancang
18
2.1 Proses Pengagihan Harta 27
2.2 Model Penggunaan 30
2.3 Proses Pengagihan Harta 35
2.4 Teori Kitaran Hayat Kewangan 35
2.5 Teori Tingkahlaku Beralasan 40
2.6 Teori Tingkah Laku Yang Terancang 43
2.7 Kerangka Konsepsual Perancangan Kewangan 69
4.1 Kerangka Konsepsual Kajian Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang
133
5.1 Kerangka Konsepsual Kajian Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang
228
xiv
SENARAI JADUAL
4.1 Taburan Agihan Borang Soal-Selidik 129
4.2 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam 134
4.3 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam 135
4.4 Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam 136
4.5 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam 138
4.6 Persepsi Kawalan Tingkah laku Terhadap Perancangan
Kewangan Islam
140
4.7 Niat untuk Bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam 143
4.8 Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam 144
4.9 Kesejahteraan Kewangan 145
4.10 Nilai Kepencongan dan Kurtosis bagi Angkubah 147
4.11 Penentuan Multikolineariti bagi Angkubah Dalam Model
Regresi
152
4.12 Analisis Faktor Angkubah 158
4.13 Bebanan Faktor bagi Faktor Sosialisasi 159
4.14 Bebanan Faktor Niat Perancangan Kewangan Islam 159
4.15 Bebanan Faktor Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam 159
4.16 Bebanan Faktor Kesejahteraan Kewangan 160
4.17 Kebolehpercayaan Angkubah 161
5.1 Demografi Responden 164
5.2 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam 166
5.3 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Jantina
167
5.4 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Status Perkahwinan
169
5.5 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Kategori Pekerjaan
170
5.6 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Umur
171
5.7 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam 173
5.8 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Jantina
174
5.9 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Status Perkahwinan
175
5.10 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Kategori Pekerjaan
176
5.11 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Umur
177
5.12 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan 178
xv
5.13 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Jantina
180
5.14 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Status Perkahwinan
181
5.15 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Kategori Pekerjaan
183
5.16 Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Kategori Umur
185
5.17 Niat Perancangan Kewangan Islam 187
5.18 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Jantina 188
5.19 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Status
Perkahwinan
189
5.20 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Kategori
Pekerjaan
190
5.21 Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Umur 191
5.22 Kesejahteraan Kewangan 193
5.23 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Jantina 194
5.24 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Status Perkahwinan 196
5.25 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Kategori Pekerjaan 198
5.26 Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Umur 200
5.27 Skor Min Bagi Angkubah-angkubah 201
5.28 Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah-angkubah 203
5.29 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi
Angkubah-angkubah
205
5.30 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi
Angkubah-angkubah
206
5.31 Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah-angkubah 209
5.32 Korelasi Faktor Sosialisasi dengan Faktor Perancangan
Kewangan Islam dan Kesejahteraan Kewangan
211
5.33 Korelasi Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan Faktor
Perancangan Kewangan Islam
213
5.34 Korelasi Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor Perancangan
Kewangan Islam
214
5.35 Korelasi Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan
Kesejahteraan Kewangan
215
5.36 Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam
217
5.37 Regresi Berbilang bagi Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam
221
5.38 Regresi Mudah Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
dengan Kesejahteraan Kewangan
227
xvi
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
AFCPE Association Of Financial Counseling And Planning Education
AHEA American Home Economic Association
AICCCA Association Of Independent Consumer Credit Counseling Agencies
AKPK Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit
ANOVA Analysis Of Variance
ASIFA Australian Society For Investment And Financial Advisors
BAPCPA The Bankruptcy Abuse Prevention And Consumer Protection Act
BNM Bank Negara Malaysia
CFP Certified Financial Planner
CFPBS Certified Financial Planner Board Of Standards
CIFP Certified Islamic Financial Planning
CMDF Capital Market Development Fund
CMP Capital Market Masterplan
CMSA Capital Market Service Act
CMSL Capital Market Service License
College FP College Of Financial Planning
DMP Debt Management Plan
FPA Financial Planning Association
FPAM Financial Planning Association of Malaysia
FPC Financial Planning Coalition
FPSB Financial Planning Standard Board
HERAPP Home Economics Research Assessment Planning Projections
IAFP International Association Financial Planning
IBCFP International Board Of Standards For Certified Financial Planners, Inc.
IBFIM Islamic Banking and Finance Institute Malaysia
ICFP International CFP (Certified Financial Planning)
ICM Islamic Capital Markets
IFC Institute Of Financial Counseling
IFSBA Islamic Financial Services Board Act-IFSBA
IJFCP International Journal Of Financial Counseling And Planning
INCIEF International Centre of Education in Islamic Finance
ISRA International Syariah Research Academy for Islamic Finance
JAFP Japanese Association For Financial Planners
JIM Jabatan Insolvensi Malaysia
LOFSA Labuan Offshore Financial Services Authority
MAChFC Malaysian Association Of Chartered Financial Consultants
xvii
MFPC Malaysia Financial Planning Council
MIFC Malaysian International Financial Centre
NAPFA National Association Of Personal Financial Advisors
NEFE National Endowment For Financial Education
NFCC National Foundation For Credit Counseling
PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial
PISK Pelan Induk Sektor Kewangan 2001-2010
PKI Perancangan Kewangan Islam
PNB Permodalan Nasional Berhad
PNBi Institut Pelaburan PNB
PTSK Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2011-2020
RFP Registered Financial Planner
RFP Registered Chartered Financial Planners
SC Security Commission
SFCE Society For Financial Counseling Ethics
SIA Securities Institute, Australia
TTB Teori Tingkah Laku Beralasan
TTT Teori Tingkah Laku Terancang
xviii
SENARAI KEPENDEKAN
A.S ‘Alayh al-Salam
Bil Bilangan
C Cetakan
E Edisi
h. Halaman
Ibid (Latin: Ibidem) pada tempat, kitab atau halaman yang sama
j. Jilid
no. Nombor
Op. cit (Latin: Opere citato) dalam rujukan yang diterangkan
r.a Raḍi Allāh ‘anh
s.a.w Ṣall Allāh ‘Alayh Wasallam
S.W.T Ṣubḥānah wa Ta’ālā
Sdn. Bhd. Sendirian Berhad
t.t Tanpa tahun
T.TP Tanpa Tempat
T.PT Tanpa Penerbit
xix
PANDUAN TRANSLITERASI
1. Konsonen
Huruf Arab Huruf Rumi Huruf Arab Huruf Rumi
ṭ : ط a : ا
ẓ : ظ b : ب
„ : ع t : ت
Gh : غ th : ث
F : ف j : ج
Q : ق ḥ : ح
K : ك kh : خ
L : ل d : د
M : م dh : ذ
N : ن r : ر
H : ھ , ؎ z : ز
W : و s : س
, : ء sh : ش
Y : ي ṣ : ص
H : ۃ ḍ : ض
xx
2. Vokal
Panjang Pendek Diftong
ṭ : او Ā --- (fathah) : A : آ
ay : اى Ū --- (dammah) : U : و
ــــی Ī --- (kasrah) : I : ى : iy/i
و : uww
Beberapa istilah Arab yang dimelayukan telah digunakan dan dikekalkan dalam bahasa
melayu dari sudut ejaannya seperti akidah, akhirat, Al-Qur‟an, al-Sunnah, ijmak,
kiamat, sahsiah, ulama, Rasulullah dan sebagainya. Begitu juga dengan istilah Inggeris
yang telah dimelayukan.
xxi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A Taburan Normal
Lampiran B Regresi Berbilang Perancangan Kewangan Islam
Lampiran C Reliabiliti
Lampiran D Borang Soal Selidik
1
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan maklumat penyelidikan yang bertajuk “Kajian Faktor-Faktor
Literasi, Sosialisasi dan Tingkah Laku Pengguna Terhadap Perancangan Kewangan
Islam Berdasarkan Teori Tingkah Laku Terancang dalam Kalangan Kakitangan Awam
di Wilayah Persekutuan. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah latar belakang
kajian, kenyataan masalah, objektif dan hipotesis kajian, definisi, limitasi kajian,
kepentingan kajian dan pengurusan tesis. Latar belakang kajian menerangkan
perkembangan terkini berkaitan tajuk kajian dan mengapa tajuk tersebut dipilih.
Kenyataan masalah pula cuba merungkai sebab utama kenapa perlu ada satu kajian
berkaitan tingkah laku pengguna terhadap konsep Perancangan Kewangan Islam. Dari
permasalahan yang timbul dapat dihasilkan lima objektif kajian dan empat hipotesis
bagi menguji objektif yang telah dibangunkan. Penerangan definisi angkubah yang
merujuk kepada istilah berkaitan kewangan juga dihasilkan bagi menjelaskan kekeliruan
berkaitan skop kajian berkaitan perancangan kewangan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian dalam tingkah laku ekonomi pengguna telah dijalankan hampir tiga dekad yang
lalu. Fitzsimmons, Hira, Bauer, dan Hafstrom (1993) telah menghasilkan penilaian
terbaik berkaitan kajian tingkah laku kewangan pengguna dari tahun 1970an hingga
awal 1990an. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak kajian mula tertumpu
kepada tingkah laku kewangan dalam pelbagai bentuk (contohnya, Hilgert et al., 2003;
2
Hogarth, Beverly, & Hilgert, 2003; Hogarth, Hilgert, & Schuchardt, 2002; Muske &
Winter, 2001; O‟Neill & Xiao, 2003; Xiao, 2006). Tingkah laku perancangan kewangan
boleh didefinisikan sebagai tingkah laku individu yang berkaitan dengan wang dan
pengurusan kewangan. Tingkah laku kewangan individu yang biasa diketahui adalah
pengurusan wang tunai, hutang dan tingkah laku menyimpan.
Selain itu, peningkatan kos sara hidup yang berterusan dan pasaran kewangan
yang bersifat kompleks sekaligus memerlukan kemahiran individu dalam mengawal
kewangan peribadi masing-masing secara efektif (Braunstein & Welch, 2002). Streeter
(2003), mendapati bahawa golongan eksekutif muda tidak dapat menyesuaikan diri
dengan terminologi industri kewangan yang semakin kompleks serta tidak mahu
mengakui dan mempelajarinya lalu menyebabkan mereka gagal dalam memahami dan
memiliki produk atau perkhidmatan kewangan yang terbaik dan tidak membebankan.
Senario ini berlaku akibat kurangnya pengetahuan (literasi) kewangan dalam kalangan
eksekutif muda. Menurut Sherrader (2010), keupayaan kewangan adalah merangkumi
keupayaan bertindak (pengetahuan, kemahiran, keyakinan dan motivasi) dan peluang
untuk bertindak (pemilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang berkualiti).
Manakala majoriti masyarakat yang tidak mempunyai pengetahuan kewangan
merupakan golongan yang berpendapatan rendah, kumpulan minoriti dan golongan
wanita (Lusardi, 2007).
Perubahan gaya hidup generasi muda adalah sangat membimbangkan
memandangkan mereka menghadapi masalah mengurus kewangan sekaligus
menjejaskan keupayaan kewangan mereka. Oleh itu, kemahiran dalam mengawal
kewangan amat penting seperti dapatan kajian daripada Husniyah, Fazli dan Ahmad
(2005); Kempson, Collard dan Moore (2005), yang mendapati tiga aspek yang
3
mempengaruhi keupayaan kewangan individu iaitu (i) pengetahuan dan pemahaman (ii)
kemahiran dan (iii) keyakinan dan tingkah laku individu terhadap kewangan).
Kurangnya kemahiran kewangan sering menjadikan golongan eksekutif muda dibebani
hutang seperti sewa beli rumah, kenderaan, pendidikan dan kesihatan yang pada
hakikatnya semakin meningkat. Selain itu, penggunaan kad kredit dalam kalangan
eksekutif muda turut membimbangkan kerana kemudahan mendapatkan peluang kredit
dalam pasaran pada hari ini telah menggalakkan pembelian yang tidak terancang dan
perbelanjaan secara berlebihan tanpa disedari oleh mereka (Husniyah, Fazli & Ahmad,
2005).
Keupayaan kewangan merupakan satu konsep yang luas merangkumi aspek
tingkah laku pengurusan individu serta perkaitan antara institusi luar dan peraturan-
peraturan yang perlu dipatuhi (Johnson & Sherraden, 2007). Selain itu, amalan dan gaya
hidup pada masa kini mempengaruhi keputusan individu (Henry, Weber & Yarbrough,
2001; Parrotta & Johnson, 1998) dalam membuat keputusan kewangan yang kompleks
memandangkan ketika ini terlalu banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan
hutang individu (Roberts & Jones, 2001). Menurut Laporan Bank Negara Malaysia
(BNM), seramai 16,251 individu telah diistiharkan muflis pada tahun 2004 berbanding
12,351 (2003) dan angka ini meningkat secara berterusan. Statistik daripada Jabatan
Insolvensi Malaysia (2012) turut menunjukkan jumlah baki tertunggak pemegang kad
kredit yang mengalami peningkatan ketara dari tempoh 1994 hingga 2003. Ini adalah
kerana ideologi golongan muda pada masa ini iaitu „pembelian sekarang, bayar
kemudian‟ telah menjadi satu pegangan dalam gaya hidup menyebabkan mereka terlibat
dalam masalah kewangan yang serius (Cavanagh, 2005).
4
Kesejahteraan kewangan adalah suatu konsep yang menerangkan mengenai
kedudukan kewangan individu atau keluarga dan ia juga adalah indikator dan satu
domain utama kepada kesejahteraan hidup (Campbell, 1981; Olson, McCubbin, Barnes,
Larsen, Muxen, & Wilson, 1989; Zaimah & Sarmila, 2012). Kesejahteraan kewangan
juga merujuk kepada dua petunjuk iaitu petunjuk objektif dan petunjuk subjektif bagi
status kewangan peribadi individu. Petunjuk objektif dilihat berdasarkan keadaan
kewangan termasuk perkara-perkara seperti pendapatan, hutang, simpanan dan aspek
keupayaan kewangan seperti pengetahuan produk dan perkhidmatan kewangan,
perancangan awal dan bajet yang tinggal. Keadaan kewangan termasuk juga kepuasan
dengan simpanan dan pelaburan (Kim & Garman, 2003). Walson dan Fitzsimmons,
(1993); Prawitz, Garman, Sorhaindo, O‟Neill, Kim, dan Drentea (2006) juga
menyatakan petunjuk objektif seperti pendapatan isi rumah adalah sebagai mengukur
aspek keadaan kewangan dan meramal persepsi tentang keadaan kewangan seseorang.
Petunjuk subjektif pula dilihat dari tahap kepuasan individu dengan keadaan kewangan
semasa dan masa depan mereka (Cox, Hooker, Markwick, & Reilly, 2009). Manakala
petunjuk subjektif pula digunakan untuk meramalkan keadaan kewangan yang berkaitan
dengan kepuasan terhadap sumber-sumber yang diperoleh dan tahap kesejahteraan
ekonomi mereka. Kepuasan keseluruhan dengan keadaan kewangan adalah sebagai
ukuran yang sering digunakan dalam menentukan kesejahteraan kewangan (Joo, 2008:
Van Praag, Frijters & Ferrer-i-Carbonel, 2003).
Dalam mencapai kesejahteraan kewangan, perancangan kewangan adalah aspek
yang amat penting kerana ia adalah satu proses individu atau keluarga merancang masa
hadapan mereka (Husniyah, Syuhaily, Mohd. Fazli, Mohd. Amim & Ahmad Hariza,
2005; Syuhaily, Mumtazah, & Naimah, 2013). Perancangan kewangan mempunyai
5
beberapa komponen yang meliputi pemilikan wang dan merancang penggunaannya
dalam membuat perbelanjaan, penyimpanan, peminjaman, pengurusan risiko, pelaburan
dan pengawalan kewangan masa depan (Kapoor, Dlabay, & Hughes, 2004; Syuhaily,
Mumtazah, & Naimah, 2013). Selain itu, individu yang mengamalkan pengurusan
kewangan dengan baik dan mengikut strategi yang disyorkan oleh pakar-pakar
kewangan akan lebih berpuas hati dengan kedudukan kewangan mereka (Prawitz,
Garman, Sorhaindo, O‟Neill, Kim, & Drentea, 2006). Parotta dan Johnson (1998); Fazli
dan Falahati (2012) menunjukkan pengurusan kewangan peribadi telah dikenal pasti
sebagai faktor penyumbang utama kepada kepuasan status kewangan seseorang.
Pembangunan keupayaan untuk menguruskan kewangan peribadi telah menjadi
semakin penting kerana ia merupakan pelaburan untuk jangka panjang bagi kegunaan
persaraan, perbelanjaan keluarga dan pendidikan anak-anak pada masa akan datang.
Keupayaan untuk menguruskan sumber-sumber dengan berkesan adalah penentu utama
kesejahteraan kewangan (Joo, 2008;. Shim, Xiao, Barber, & Lyons, 2009). Xiao,
Sorhaindo, dan Garman (2006) menunjukkan bahawa tingkah laku kewangan
termasuklah amalan yang berkaitan dengan wang tunai, kredit dan pengurusan
simpanan, manakala tingkah laku yang berkesan adalah merujuk kepada tingkah laku
positif atau wajar disyorkan oleh ekonomi pengguna sebagai cara untuk meningkatkan
kesejahteraan kewangan. Kesejahteraan pengguna pula didefinisikan sebagai kepuasan
pengguna terhadap domain kehidupan yang merangkumi pembelian, pemilikan,
penggunaan, penjagaan dan pelupusan dalam mencapai gaya hidup yang diimpikan
(Sirgy, 2002; Jariah, Sharifah Azizah & Laily, 2013).
Dalam mencapai kesejahteraan kewangan dalam hidup, penggunaan sumber-
sumber yang terhad secara berkesan adalah digalakkan bagi memastikan sumber-
6
sumber tersebut dapat digunakan oleh generasi akan datang dan sumber kewangan juga
dapat diminimumkan. Memandangkan negara sekarang menunjukkan permintaan dan
penggunaan tenaga yang semakin meningkat seperti minyak mentah, gas asli dan
elektrik disebabkan perkembangan sektor perindustrian dan pengangkutan. Daripada
sumber Statistik Petronas (2011), pengeluaran minyak mentah menunjukkan penurunan
sebanyak 10.7 peratus daripada 233 juta tong pada tahun 2010 kepada 208 juta tong
pada tahun 2011. Manakala pengeluaran bersih gas asli mencatatkan peningkatan
sebanyak 0.3 peratus iaitu daripada 2160.0 kepada 2165.0 juta padu standard (JKPS).
Hal ini akan mengakibatkan bebanan pelepasan bahan pencemaran ke ruang udara dan
seterusnya boleh mencemarkan kualiti udara (Jabatan Perangkaan Alam Sekitar, 2012).
Peningkatan drastik ini menyebabkan masalah alam sekitar berlaku termasuklah
pemanasan global, hujan asid dan jerebu, tanah runtuh, tsunami yang merupakan
ancaman akibat daripada perbuatan manusia sendiri. Penyusutan sumber alam dan
pencemaran berkait rapat dengan perbuatan manusia yang sangat mementingkan
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi (Fazli & Teoh, 2006).
1.3 Kenyataan Masalah
Kegagalan dalam mengurus tingkah laku kewangan menyebabkan pelbagai masalah
berkaitan kewangan seperti disenarai hitam oleh pihak bank atau diistiharkan muflis
oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Masalah kewangan merupakan antara
peristiwa penting yang sering dihadapi individu dalam kehidupan seharian mereka.
Kitaran ekonomi yang tidak menentu mempengaruhi keupayaan kewangan individu dan
memberi kesan kepada kualiti hidup individu dan keluarga. Sebagai contoh, kadar
pengangguran di Malaysia mencatatkan peningkatan kepada 3.3 peratus pada Mei 2013
7
berbanding 3.0 peratus pada April dan kadar inflasi turut naik 1.5 peratus dengan pada
Februari 2013 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).
Peningkatan hutang dalam kalangan pengguna menunjukkan pengguna perlu
mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran kewangan yang baik bagi membuat
keputusan kewangan dengan lebih bijak. Kajian-kajian lepas telah membuktikan
bahawa peningkatan hutang serta status muflis dalam kalangan pengguna, sikap tidak
menyimpan serta pembuatan keputusan kewangan yang kurang bijak boleh mendorong
ke arah bebanan kewangan kepada sesebuah keluarga (Grable & Joo, 1998; Lyons &
Hunt, 2003; Allen et al., 2007).
Kesan situasi ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan barangan keperluan
yang secara tidak langsung meningkatkan kos sara hidup menyebabkan semakin ramai
rakyat terutama golongan muda berdepan masalah hutang yang kronik. Hal ini sangat
membimbangkan kerana terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa golongan
muda di negara ini menghadapi masalah dalam menguruskan kewangan mereka.
Statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan terdapat
peningkatan dalam pinjaman tertunggak, hutang kad kredit serta kemuflisan dalam
kalangan golongan muda di Malaysia sangat membimbangkan (Leila, Fazli & Laily,
2012). Jumlah pinjaman tidak berbayar meningkat daripada RM1,924 juta kepada
RM29,892 juta di antara tahun 1994 hingga April 2011 (Bank Negara, 2011). Dalam
kes kebangkrapan pula, sebanyak 19,575 orang individu telah diisytiharkan muflis pada
tahun 2012 (Jabatan Insolvensi Malaysia). Tambahan lagi, lebih separuh (57.5%)
daripada jumlah individu yang muflis adalah terdiri daripada pengguna yang berumur
44 tahun dan ke bawah. Kajian Fazli, MacDonald, Hira dan Jariah (2010) yang
dilakukan dalam kalangan 2,514 orang pelajar universiti di Malaysia membuktikan
8
bahawa kebanyakan pelajar kurang menyimpan wang dan mempunyai tahap
pengetahuan kewangan yang rendah. Kajian lain juga membuktikan bahawa pelajar
universiti membelanjakan hampir RM61.96 sebulan untuk keperluan telefon bimbit
mereka (Shereen & Rozumah, 2009). Fakta yang dibincangkan di atas menunjukkan
bahawa generasi muda di Malaysia sedang terdedah kepada keadaan kewangan yang
membimbangkan.
Berdasarkan senario yang dibincangkan di atas, ramai pengkaji telah membuat
penyelidikan dengan lebih mendalam berkenaan tahap pengetahuan, sikap serta tingkah
laku kewangan dalam kalangan remaja dan dewasa. Kajian pengurusan kewangan
dalam kalangan golongan dewasa sangat mendapat perhatian, namun begitu
penyelidikan pengurusan kewangan Islam masih tidak mendapat perhatian yang
mendalam dari pengkaji. Malah, kajian lebih menumpukan kepada bidang berkaitan
kewangan islam melibatkan aspek produk dan perkhidmatan kewangan. Kajian
berkaitan tingkah laku kewangan khususnya tingkah laku perancangan kewangan tidak
banyak dilakukan.
Kajian kewangan dalam tingkah laku perancangan kewangan Islam sangat relevan
untuk dilakukan kerana percaya bahawa tingkah laku kewangan yang berlandaskan
Islam akan memberi manfaat yang berpanjangan sepanjang hayat seseorang. Individu
yang tidak didedahkan kepada nilai agama dalam tingkah laku kewangan mungkin akan
menyebabkan mereka tidak mampu menahan diri dari terlibat di dalam tingkah laku
kewangan yang tidak dibenarkan oleh agama. Ini kerana tabiat dan kemahiran yang ada
pada individu sebenarnya adalah hasil didikan semenjak kecil seperti penggunaan wang,
perbelanjaan dan simpanan mampu membentuk asas kemahiran kewangan yang
berguna apabila dewasa. Kanak-kanak mempelajari tentang wang menerusi pelbagai
9
sumber seperti keluarga, rakan, media dan institusi di sekeliling mereka. Sebelum
mereka memasuki alam persekolahan, mereka memerhatikan cara bagaimana orang
dewasa menguruskan wang dan membuat pembelian. Apa yang diperhatikan oleh
kanak-kanak akan mempengaruhi sikap mereka terhadap wang kelak. Menurut kajian
Danes, Huddleston-Casas dan Boyce (1999) pada peringkat kanak-kanak, keluarga
merupakan sumber sosialisasi utama mereka dalam mempelajari tentang kewangan dan
sumber tapisan awal bagi mengawal kemasukan informasi dari dunia luar kepada
kanak-kanak. Beverly dan Clancy (2001) mendapati bahawa terdapat ibu bapa yang
tidak dapat menyediakan pendidikan kewangan yang mencukupi kepada kanak-kanak
kerana mereka mereka juga kekurangan pengetahuan tentang kewangan.
Oleh itu, penting bagi golongan dewasa memahami bagaimana kanak-kanak
memperoleh pengetahuan serta kemahiran berkaitan wang. Menurut Danes (1994)
sosialisasi kewangan merupakan proses yang lebih menyeluruh berbanding hanya
belajar untuk berfungsi secara berkesan di pasaran. Ia merupakan proses memperoleh
serta membina nilai, sikap, taraf, norma, pengetahuan serta tingkah laku yang
menyumbang ke arah keupayaan kewangan serta kesejahteraan individu. Kanak-kanak
memperoleh maklumat tentang kewangan menerusi pemerhatian, pengukuhan yang
positif, kemahiran dan penglibatan serta pendidikan secara langsung daripada ibu bapa.
Kajian Lyons dan Hunt (2003) mendapati bahawa golongan remaja mahu meningkatkan
pengetahuan kewangan mereka serta ingin menjadi pengguna yang bertanggungjawab
namun, isu-isu berkaitan kewangan jarang dibincangkan di rumah. Justeru, golongan
muda harus mempunyai pengetahuan serta kemahiran asas agar membantu dalam
membuat sesuatu keputusan kewangan yang penting.
10
Kewujudan perbincangan berkaitan bidang Perancangan Kewangan Islam (PKI)
dilihat sebagai tindakbalas kepada perkembangan pesat industri perancangan kewangan
konvensional. PKI menjadi satu modal pemasaran bagi penasihat kewangan yang
menawarkan pelbagai produk kewangan Islam kepada masyarakat. Sehingga kini,
terdapat persepsi umum menjurus kepada kefahaman bahawa konsep Perancangan
Kewangan Islam adalah satu cerminan (mirror) dari konsep Perancangan Kewangan
Konvensional dan dihasilkan akibat dari permintaan dan desakan umat Islam terhadap
kewujudan satu konsep lain yang berlandaskan Syariah. Terdapat andaian bahawa PKI
adalah satu proses Islamisasi bidang ilmu pengetahuan barat kepada Islam berasal dari
era 70an dan 80an.
Secara umum anggapan tersebut dilihat benar kerana proses dan komponen
kedua-duanya adalah sama melibatkan penawaran produk kewangan yang sama dan
hanya berbeza pada dasar Syariah tentang penghasilan produk kewangan tersebut.
Kerangka konsep perancangan kewangan konvensional tidak meletakkan matlamat
kewangan terakhir kepada mencapai matlamat kejayaan kehidupan di akhirat. Ia dapat
dilihat kepada kecenderungan sifat menyimpan wang oleh masyarakat berbanding
menderma wang mereka kerana menumpukan kepada memenuhi matlamat kewangan
yang telah ditetapkan dalam pelan kewangan.
Kedua, belum terdapat kajian yang dilakukan berkaitan tingkah laku individu di
dalam perancangan kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang
(theory of planned behaviour). Kajian ke atas tingkah laku banyak dijalankan dan
penggunaan Teori Tingkah Laku Yang Terancang perlu dilakukan bagi melihat
perkaitan dan perbezaan di antara komponen utama yang terdapat di dalam Teori
11
Tingkah Laku Yang Terancang. Dari kenyataan masalah dia atas, terdapat persoalan
yang perlu dijawab antaranya ialah:
i. Apakah sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di dalam sistem
kewangan di Malaysia?
ii. Bagaimanakah perbandingan berdasarkan demografi (jantina, status perkahwinan,
kategori pekerjaan, peringkat umur) bagi angkubah literasi, faktor sosialisasi,
faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan
kewangan?
iii. Sejauhmanakah saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor tingkah
laku (sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan
demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan?
iv. Apakah faktor yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang
serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan?
v. Apakah niat merupakan mediator bagi pengaruh oleh faktor-faktor tingkah laku
terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam?
12
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk mengkaji perkara-perkara berikut iaitu:
i. Meneroka sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di dalam sistem
kewangan di Malaysia.
ii. Membuat perbandingan berdasarkan demografi (jantina, status perkahwinan,
kategori pekerjaan, peringkat umur) bagi angkubah literasi, faktor sosialisasi,
faktor-faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan
kewangan.
iii. Memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor tingkah laku
(sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan
demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.
iv. Menentukan faktor-faktor (sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah
laku) yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan.
v. Mengenalpasti sama ada niat merupakan mediator bagi pengaruh oleh sikap,
norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam.
13
1.5 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian disenaraikan untuk diuji seperti berikut:
Ha1 Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi
kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap niat individu
terhadap Perancangan Kewangan Islam.
Ha2: Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi
kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan
Kewangan Islam.
Ha3 Terdapat pengaruh signifikan oleh tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
terhadap kesejahteraan kewangan.
Ha4 Niat adalah mediator signifikan bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan
persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah
laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam.
1.6 Definisi Istilah
1.6.1 Literasi Perancangan Kewangan Islam
Konseptual Maklumat yang diperoleh melalui rangka pengalaman,
pengadilan dan pemahaman tentang sesuatu seperti Perancangan
Kewangan Islam; nilai dan dilihat sebagai satu rangka
14
pemahaman dan kemahiran mental yang dibina oleh akal
manusia. (Clarke & Rollo, 2001).
Operasional Mengetahui mengenai perkara yang berkaitan Perancangan
Kewangan Islam sama ada secara profesional atau menyeluruh.
Pengetahuan pengguna terhadap konsep Perancangan Kewangan
Islam dan produk berkaitan kewangan Islam.
1.6.2 Sosialisasi Kewangan
Konseptual Proses di mana golongan muda memperoleh taraf, nilai, norma,
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diperlukan untuk
berfungsi sebagai pengguna dalam dunia pasaran. Kanak-kanak
mempelajari tingkah laku pengguna melalui pelbagai agen
sosialisasi termasuklah ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan
media. (Kim & Chatterjee, 2013; Lueg, Ponder, Beatty, &
Capella, 2006; Rettig & Mortenson, 1986).
Operasional Menggambarkan pengaruh pelbagai agen sosialisasi ke atas
nilai, norma, kemahiran, pengetahuan dan sikap yang berkaitan
dengan aspek kewangan Islam untuk berfungsi sebagai
pengguna dalam dunia pasaran khususnya yang berkaitan
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
1.6.3 Sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam
Konseptual Keyakinan, penerimaan dan sokongan individu dalam
mempengaruhi tingkah laku seperti dalam aspek Perancangan
15
Kewangan Islam serta kecenderungan individu untuk bersikap
positif atau negatif terhadap tingkah laku berkenaan. (Biswas,
Licata, & Daughtridge, 2000).
Operasional Menggambarkan keprihatinan individu terhadap tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam, kesanggupan mereka untuk
menolak tingkah laku yang tidak dibenarkan oleh Syariah serta
kesediaan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan kewangan
Islam.
1.6.4 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam
Konseptual Norma subjektif merujuk kepada persepsi manusia terhadap
manusia lain yang penting kepadanya dan berfikir sama ada
pelaku patut atau tidak bertingkah laku sedemikian. (ajzen &
Fishbein, 1975). Ini berkait dengan tindakan manusia yang
berdasarkan persepsi apa yang orang lain fikir mereka patut
lakukan.
Operasional Menggambarkan pengaruh persepsi manusia lain atau agen
persekitaran terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam, melihat bagaimana pengaruh persepsi manusia lain atau
agen persekitaran kepada individu untuk menolak tingkah laku
yang tidak dibenarkan oleh Syariah serta kesediaan melibatkan
diri dalam aktiviti berkaitan kewangan Islam.
16
1.6.5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Konseptual Persepsi Kawalan Tingkah laku merujuk kepada faktor yang
boleh menghalang prestasi tingkah laku itu sendiri. Definisi ini
melibatkan dua komponen. Komponen pertama ialah keyakinan
diri individu dalam keupayaannya untuk bertingkah laku
(Bandura, 1986). Komponen kedua, ialah kemudahan keadaan
dan ia merupakan sumber yang boleh didapati untuk bertingkah
laku. (Triandis, 1978)
Operasional Menggambarkan keyakinan individu untuk bertingkah laku dan
kemudahan keadaan untuk bertingkah laku dalam Perancangan
Kewangan Islam, melihat bagaimana pengaruh keyakinan diri
dan kemudahan keadaan kepada individu untuk menolak tingkah
laku yang tidak dibenarkan oleh Syariah serta kesediaan
melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan kewangan Islam.
1.6.6 Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Konseptual Merupakan sesuatu tingkah laku kewangan yang dilakukan
berlandaskan Syariah dengan mempertimbangkan ciri-ciri yang
ditetapkan oleh sesuatu perundangan khususnya perundangan
Islam. Ia juga merupakan satu cara individu membuat
perancangan kewangan untuk melakukan secara berulang kali
mengikut satu pola yang sama (Haynes-Bordas, Kiss, &
Yilmazer, 2008).
17
Operasional Melakukan sesuatu tingkah laku kewangan yang tidak
melanggar ketetapan syarak berdasarkan garis panduan yang
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah. Kekerapan
responden mempertimbangkan tingkah laku melibatkan hukum
Halal dan Haram. Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
terlibat juga dalam proses penjanaan pendapatan, perbelanjaan
pendapatan dan pengagihan pendapatan.
1.6.7 Kesejahteraan Kewangan
Konseptual Suatu konsep yang menerangkan tentang kedudukan
kewangan individu atau keluarga dan difahami sebagai suatu
kepuasan atau kegembiraan terhadap situasi kewangan. Porter &
Garman, 1990). Kesejahteraan kewangan ditakrifkan sebagai
keadaan kewangan yang sihat, gembira dan bebas dari
kebimbangan dan kebiasaannya berdasarkan penilaian subjektif
terhadap keadaan kewangan. (Joo, Durband, & Grable, 2008)
Operasional Melihat kepada keupayaan dalam menguruskan, merancang,
mengawal dan mencapai kepuasan terhadap keadaan kewangan.
Kemahiran dalam menguruskan tunai, kredit, persaraan,
simpanan, risiko, kecukupan pendapatan, pengurusan kewangan
peribadi dan kemampuan berbelanja. Di samping itu, kebolehan
pengguna memperoleh sumber kewangan semasa kecemasan,
memenuhi keperluan dan kehendak masa kini serta kehidupan
hari tua.
18
1.7 Kerangka Konseptual Kajian
Anteseden Teori Tingkah Laku Yang Terancang Hasil
Demografi Sikap PKI
Literasi
PKI
Norma
Subjektif PKI
Niat Tingkah
Laku PKI
Tingkah
Laku
PKI
Kesejahteraan
Kewangan
Faktor
Sosialisasi
Persepsi
Kawalan
Tingkah Laku
PKI
Gambar Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan
Islam Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang
Gambar rajah 1.1 menunjukkan pemboleh ubah bersandar iaitu kesejahteraan kewangan
pengguna, manakala pemboleh ubah anteseden terbahagi kepada tiga iaitu demografi,
literasi dan faktor sosialisasi. Bagi kategori Tingkah Laku Yang Terancang perancangan
kewangan Islam (tingkah laku PKI) adalah sikap Perancangan Kewangan Islam (Sikap
PKI), norma subjektif Perancangan Kewangan Islam (Norma Subjektif PKI), perspesi
kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam (Persepsi Kawalan PKI) terhadap
niat tingkah laku Perancangan Kewangan Islam (Niat PKI) dan tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam (tingkah laku PKI) merupakan pemboleh ubah bebas.
Di dalam kerangka ini juga menunjukkan beberapa pengukuran perkaitan bagi
pemboleh ubah komponen anteseden, komponen Tingkah Laku Yang Terancang PKI
19
dengan kesejahteraan kewangan serta perbezaannya berdasarkan angkubah di
komponen anteseden. Selain itu, menentukan beberapa perkaitan iaitu pertama
pengaruh di antara faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam terhadap niat individu terhadap Perancangan Kewangan
Islam. Kedua, menentukan perkaitan pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma
subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam
Perancangan Kewangan Islam. Ketiga, menentukan perkaitan niat adalah mediator
signifikan bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan
Kewangan Islam. Keempat, menentukan perkaitan pengaruh signifikan oleh tingkah
laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.
1. 8 Limitasi Kajian
Terdapat beberapa limitasi ke atas kajian ini, antaranya adalah kajian ini telah
dijalankan hanya di kawasan Putrajaya, Wilayah Persekutuan. Kedua, jumlah responden
yang terhad. Responden kajian adalah terhad kepada 304 orang responden dalam
kalangan kakitangan awam di Putrajaya.
Ketiga, kajian tingkah laku bertujuan mengesahkan beberapa hubungan angkubah
dengan menggunakan teori tingkah laku dirancang sehingga tumpuan kepada bahagian
lain kajian tidak dilakukan. Pemboleh ubah yang dikaji adalah merangkumi latar
belakang, literasi perancangan kewangan Islam, sosialisasi dan tingkah laku pengguna
terhadap sikap, norma subjektif Perancangan Kewangan Islam, persepsi kawalan
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
dan kesejahteraan kewangan pengguna.
20
Keempat, terdapat elemen lebih penting dalam membincangkan konsep
perancangan kewangan Islam iaitu penggunaan instrumen kewangan iaitu matawang
fiat. Dalam kajian ini, isu matawang fiat tidak disentuh kerana ia merupakan satu kajian
yang besar merangkumi kerangka sistem kewangan yang lebih besar. Matawang fiat
adalah punca kepada pelbagai permasalahan merangkumi ekonomi, sosial dan politik.
Sistem kewangan Islam semasa masih mengunakan matawang fiat, justeru penggunaan
konsep keuntungan dalam penetapan kadar bayaran balik pinjaman masih dikekalkan.
1.9 Kepentingan Kajian
Pertamanya, dari segi khazanah ilmiah kajian ini adalah untuk mengukuhkan lagi teori
yang telah dihasilkan dalam kajian-kajian terdahulu. Selain itu, ia diharapkan dapat
menambahkan bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk kertas kerja, artikel ataupun
jurnal tentang kepentingan perancangan kewangan Islam dan kesejahteran kewangan.
Kajian ini juga dapat memberi banyak kesedaran kepada semua pihak di antaranya
pihak kerajaan dalam menjadikan panduan dan rujukan dalam mengadakan program
yang berkaitan dengan membentuk tingkah laku perancangan kewangan Islam dan
dasar-dasar yang berkaitan dengannya serta cara pencapaian tingkah laku kewangan
yang positif dalam kehidupan pengguna.
Selain itu, pendidikan mengenai perancangan kewangan Islam dan pembentukan
elemen-elemen ke arah kesejahteran kewangan perlu diterapkan sejak awal
persekolahan sehingga ke pendidikan yang lebih tinggi supaya pengetahuan berkaitan
perancangan kewangan islam, kesejahteraan kewangan, sikap dan amalan yang baik
berkaitan perancangan kewangan Islam diamalkan secara berterusan serta kesejahteraan
kewangan dapat dicapai.
21
1.10 Pengurusan Tesis
Terdapat enam (6) bab utama yang dicadangkan dalam kajian ini. Bab 2 dan bab 3
bersumber data sekunder dalam mengumpul kajian lampau serta data sokongan
berkaitan sejarah pembangunan perancangan kewangan. Manakala bab 4 menerangkan
metodologi penyelidikan dan bab 5 melibatkan penulisan hasil kajian yang berdasarkan
dapatan sumber primer dari kajian lapangan dengan mengunakan borang soal selidik.
Bab 1, membincangkan penerangan ringkas berkaitan latar belakang kajian,
penyataan masalah, objektif dan hipotesis kajian. Objektif kajian dan hipotesis
disenaraikan secara jelas dalam bab ini bersama-sama dengan perbincangan secara
meluas mengenai kepentingan dan potensi sumbangan kajian kepada bidang ilmu.
Bab 2, membincangkan kajian literatur, penulisan terbahagi kepada dua bahagian
iaitu pertama ulasan berkaitan penyelidikan lampau atau sebelum yang dijalankan dalam
bidang kewangan pengguna atau peribadi. Di dalam bahagian kedua pula, dibincangkan
teori berkaitan Tingkah Laku Dirancang (Theory Of Planned Behaviour) khususnya
dalam mengkaitkan rasional kajian kuantitatif atau kajian lapangan dalam
mengenalpasti pengaruh faktor literasi, sosialisasi dan tingkah laku perancangan
kewangan Islam ke atas niat dalam kalangan kakitangan awam di Putrajaya. Hasil
kajian literatur membawa kepada pembentuk kerangka kerja penyelidikan (research
framework).
Bab 3, membincangkan sejarah dan evolusi bidang perancangan kewangan di
dalam sistem kewangan di Malaysia yang menjawab objektif pertama. Secara ringkas
dijelaskan sejarah pembangunan bidang perancangan kewangan. Kepentingan bidang
perancangan kewangan kepada pengguna dan masyarakat dapat dikenalpasti
berdasarkan desakan awal oleh sekumpulan individu dalam masyarakat kepada
22
keperluan menginstitusikan satu organisasi perancangan kewangan sehinggalah menjadi
satu fenomena dan berkembang menjadi satu bidang ilmu yang baru dan sangat penting
kepada masyarakat. Penulisan bab sejarah perancangan kewangan sangat penting bagi
menerangkan kenapa kajian perancangan kewangan perlu dijalankan.
Bab 4, menerangkan mengenai metodologi kajian yang melibatkan proses
perancangan dan pelaksanaan sesuatu kajian untuk menjawab objektif kajian dan
menguji empat hipotesis kajian yang telah dibentuk. Proses perancangan meliputi
menentukan reka bentuk kajian dan persampelan yang perlu dilakukan bagi
memperolehi data yang boleh dianalisis, seterusnya perlaksanaan terhadap perancangan
yang telah dibuat. Ia juga menerangkan mengenai pengukuran bagi angkubah-angkubah
kajian dan peringkat pra-ujian bagi borang soal-selidik yang dibina sebelum dilakukan
pengutipan data.
Di dalam bab 5, dibincangkan hasil analisis kajian bagi menjawab objektif dan
menguji empat hipotesis kajian. Analisis dimulakan dengan pemerihalan demografi
responden diikuti dengan pemerihalan angkubah-angkubah dalam kerangka kajian
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Bagi memahamkan data yang diperoleh,
perbandingan berdasarkan demografi terpilih dilakukan juga terhadap angkubah-
angkubah menggunakan ujian-t dan ANOVA. Selain dari itu, dilakukan perkaitan di
antara angkubah-angkubah menggunakan ujian korelasi Pearson. Hasil analisis regresi
berbilang dilaporkan bagi melihat pengaruh oleh faktor-faktor dalam Teori Tingkah
Laku Yang Terancang. Begitu juga hubungkait antara tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan individu turut dibincangkan.
23
Dalam bab 6, dibincangkan mengenai kesimpulan kajian, penemuan utama,
sumbangan kajian dan limitasi kajian. Turut dibentangkan adalah cadangan kajian untuk
masa depan.
24
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan kajian lampau berkaitan konsep perancangan kewangan Islam,
tingkah laku perancangan kewangan, tingkah laku perancangan kewangan Islam dan
angkubah-angkubah yang membentuk kerangka konsep berkaitan kajian perancangan
kewangan Islam berdasarkan teori Tingkah Laku Yang Terancang.
2.2 Konsep dan Teori Perancangan Kewangan
Secara mikro, perubahan dalam pergerakan prestasi ekonomi global dan socio-ekonomi
sesebuah masyarakat memberi kesan yang sangat mendalam dan menyukarkan
pengurusan kewangan individu dalam sesebuah negara. Di negara maju, terutamanya di
Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, tanggungjawab pengurusan
kewangan telah beralih dari institusi kepada individu. Kalau dulu, sumber kewangan
negara mencukupi untuk membiayai faedah persaraan dan menyokong taraf hidup
majoriti penduduk. Tetapi kini, majikan terpaksa menyokong pembiayaan kewangan
persaraan pekerja dengan menambah caruman dalam skim pencen persendirian
termasuk di Malaysia. Fenomena di atas telah mencipta satu keperluan di pihak individu
untuk membeli atau melabur dalam program pengurusan kewangan peribadi seperti
dana yang diuruskan, insurans hayat, dan produk persaraan.
Kesan kecanggihan aktiviti kejuruteraan kewangan dan terdapat kepelbagaian
dalam penawaran produk kewangan, individu menghadapi masalah dalam mengurus
kekayaan mereka. Bukan mudah untuk memperuntukkan sumber kewangan yang ada ke
25
dalam produk kewangan bagi mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.
Dalam jangka masa panjang, individu didapati sukar untuk membuat keputusan
kewangan dan mengawal tingkah laku kewangan mereka. Selain itu, ia turut disumbang
oleh kesukaran untuk menilai keperluan masa depan mereka. Mereka mudah untuk
membuat keputusan jangka pendek yang melibatkan aktiviti kewangan bagi memenuhi
keperluan kewangan peribadi mereka. Dalam konteks pembuatan keputusan, adalah
penting untuk memahami bagaimana pengurusan kewangan individu dipengaruhi oleh
pelbagai perubahan dalam kehidupan mereka.
Cara mudah untuk menerangkan konsep perancangan kewangan adalah melalui
perincian terhadap tingkah laku penjanaan pendapatan, perbelanjaan dan pengagihan
sumber berdasarkan Model Kitaran Hayat. Menurut Browning dan Crossley (2000),
model ini adalah satu kerangka kerja standard ekonomi yang digunakan untuk
menerangkan tentang peruntukkan antara tempoh masa, wang dan usaha. Model ini
menunjukkan bagaimana isi rumah sepatutnya membuat perbelanjaan berhemat. Salah
satu kekuatan model ini adalah bahawa ia menyediakan satu kerangka kerja tunggal
yang mengintegrasikan kekerapan peruntukan yang berbeza. Model ini juga turut
menegaskan bahawa individu akan membuat urutan keputusan untuk mencapai
matlamat dan mengunakan maklumat kewangan yang ada dengan sebaik mungkin.
Menurut Browning dan Crossley, kerangka ekonomi ini berakar umbi kepada
model ufuk tidak terhingga (infinite horizon model) oleh Ramsey (1926) dan Friedman
(1957) dan model ufuk terhingga oleh Fisher (1930); Modigliani dan Brumberg (1956).
Ciri positif yang terdapat pada model ini ialah kerangka kerja kitaran hayat moden yang
menyediakan model yang rasional bagi menerangkan tempoh antara pelbagai
peruntukan (intertemporal allocation). Kedua, ia menerangkan tentang kewujudan
26
kekangan belanjawan dalam pendapatan dan perbelanjaan. Ketiga, walaupun model ini
sebenarnya menerangkan perihal model kepenggunaan tetapi ia tidak lupa
membincangkan motif kenapa individu membuat simpanan. Terakhir model ini cuba
menerangkan bagaimana dalam membincangkan perihal aktiviti kepenggunaan,
individu turut terlibat dalam membuat keputusan berkaitan pendidikan, pelaburan modal
insan, perkahwinan, kesuburan, penawaran buruh dan lain-lain aspek berkaitan tingkah
laku.
Model Kitaran Hayat juga menegaskan keperluan memiliki integriti personaliti di
mana individu yang mempunyai sifat berhati-hati akan bertindak secara cermat dalam
setiap tingkah laku mereka. Selain dari itu, hasil kerja oleh Muellbauer (1994);
Lattimore dan Muellbauer (1995); Attanasio (1999) juga turut membincangkan peranan
penggunaan dalam kehidupan kerja. Kajian di atas merupakan satu bukti bagi
menerangkan bagaimana masyarakat barat melihat fungsi dan peranan tingkah laku
kewangan dalam kehidupan mereka.
2.2.1 Sumber Pendapatan (Kewangan)
Salah satu prinsip utama rangka kerja perancangan kewangan yang holistik adalah
keperluan untuk menggabungkan semua sumber kekayaan bersih, ketara dan tidak
ketara. Ini termasuk kedua-dua modal kewangan dan modal insan.
27
Gambar Rajah 2.1: Proses Pengagihan Harta
2.2.1.1 Modal Insan
Modal insan mewakili nilai potensi pendapatan seseorang pada masa depan. Ia adalah
aset tidak ketara yang biasanya mendominasi penyata kira-kira peribadi orang muda
yang dihasilkan oleh gaji pendapatan. Ia dikira sebagai nilai jangkaan semasa
pendapatan gaji selepas ditolak cukai seperti berikut:
n Pendapatan gaji semasa × (1 + pertumbuhan gaji) × (1 – kadar cukai)
Modal Insan = ∑ _____________________________________________
i=
(1 + kadar diskaun)
Modal insan bergantung kepada beberapa faktor termasuk:
i. Pendapatan gaji semasa.
ii. Pertumbuhan gaji : Ini akan bergantung kepada pelbagai faktor seperti pendidikan,
pekerjaan, aspirasi kerjaya, peringkat kerjaya dan lain-lain.
iii. Kadar cukai : Ini adalah satu anggaran purata kadar cukai yang boleh digunakan
untuk melancarkan pendapatan.
iv. n : bilangan baki tahun bekerja, iaitu umur persaraan-umur semasa.
Modal Insan
Modal Kewangan
Penjanaan Pewarisan
Pewarisan
28
v. Kadar Diskaun: Ini perlu dijadikan sebagai kadar terlaras risiko, mencerminkan
jangka tempoh, kadar bebas risiko, selain premium risiko yang mencerminkan
tahap bahaya pendapatan gaji masa depan.
Penentuan “modal insan” individu menyediakan titik permulaan untuk menilai
keupayaan individu untuk menjana simpanan masa depan, kewangan dan pendapatan
persaraan. Ia juga menyediakan satu rangka kerja bagi individu untuk menilai merit
relatif bagi pelbagai pilihan hidup seperti pendidikan lanjutan, manfaat memilih
pekerjaan baru, berpindah ke negara lain dengan rejim cukai yang lebih baik, atau kerja-
kerja yang lebih fleksibel melibatkan keseimbangan di antara pendapatan semasa
(contohnya, bonus atau lebih masa) dengan pendapatan masa depan (pertumbuhan gaji).
Dalam semua keputusan ini, adalah penting untuk mempertimbangkan kedua-dua
prospek pertumbuhan upah masa depan dan risiko pertumbuhan upah.
2.2.1.2 Modal Kewangan
Modal kewangan mewakili jumlah aset bersih yang tersedia bagi menyediakan
keperluan penggunaan masa depan, sama ada untuk keperluan, keselesaan,
keseronokan, atau pewarisan. Dari sudut di atas, pendapatan adalah satu mekanisme
untuk merubah penggunaan dari satu tempoh ke tempoh yang lain (simpanan
mengantikan penggunaan masa kini ke masa depan). Manakala pinjaman, membawa
penggunaan masa depan kepada masa sekarang. Secara relatif, memandangkan agak
mudah untuk mengenal pasti dan mengukur modal kewangan bagi membentuk asas
kepada kebanyakkan rangka kerja perancangan kewangan.
29
2.2.1.3 Hubungan di antara Modal Kewangan dan Modal Insan
Dalam dunia kerjaya, modal insan ditukar menjadi pendapatan melalui gaji bulanan,
yang digunakan untuk kegunaan masa kini, seperti membayar hutang seperti gadai janji
dan menyimpan untuk persaraan. Simpanan diubah kepada modal kewangan dan
dilaburkan bagi menjana pendapatan untuk kegunaan persaraan dan pengagihan sumber
kepada waris. Oleh itu, kitaran hayat perancangan kewangan berkait rapat dengan
proses pengurusan manusia dan modal kewangan untuk memenuhi matlamat gaya hidup
sepanjang hidup seseorang.
Pada permulaan kerjaya individu, biasanya dalam awal 20-an, modal kewangan
yang sedia ada adalah berkesan sifar. Walau bagaimanapun, modal manusia iaitu ukuran
potensi pendapatan masa hadapan adalah sangat tinggi. Modal insan ditakrifkan sebagai
nilai semasa pendapatan gaji seseorang di masa hadapan. Ia meningkat melalui
pendidikan dan keputusan berkaitan kerjaya. Bagi kebanyakan orang ia berada puncak
awal kerjaya mereka dan kemerosotan ke arah sifar ketika bersara. Manakala modal
insan adalah jelas aset tidak ketara, ia boleh digunakan sebagai cagaran untuk
menyokong pinjaman (contohnya, gadai janji) bagi membawa penggunaan hadapan
kepada masa sekarang. Dengan cara ini ia boleh menjadi ditukar daripada aset tidak
ketara kepada wang tunai yang ketara. Rangka kerja perancangan kewangan pada
peringkat awal, sebahagian besar kepentingannya bagaimanapun diabaikan, ia hanya
dilihat penting dan memainkan peranan dalam peringkat akhir kitaran hayat kewangan
dan dana persaraan.
30
2.2.2 Model Penggunaan
Masyarakat barat melihat tingkah laku kewangan sekadar operasi penjanaan pendapatan
dan perbelanjaan. Pelbagai rumusan kajian menerangkan bahawa individu bekerja untuk
mendapatkan pendapatan. Manakala persamaan kepada pendapatan adalah gabungan
perbelanjaan dan simpanan. Individu berbelanja dan menyimpan lebihan dari proses
perbelanjaan. Untuk lebih memahami, kita akan menentukan penggunaan sebagai fungsi
linear (garis lurus) iaitu C = a + b (Y-T) :
Gambar Rajah 2.2: Model Penggunaan
Di mana;
i. "a" mewakili beberapa tahap penggunaan oleh rakyat yang akan melaksanakan
penggunaan tanpa mengira pendapatan (dengan andaian membuat simpanan jika
pendapatan mereka adalah sifar). "a" adalah “memintas” (intercept).
ii. "b" mewakili jumlah setiap dolar tambahan yang diperolehi akan digunakan
membeli barangan dan perkhidmatan. "b" adalah “cerun" (slope).
iii. "b" adalah Kecenderungan Mengguna Marginal (Marginal Propensity
Consumption) (MPC). Dari segi ekonomi, ia merupakan agregat amaun tambahan
penggunaan bahawa ahli-ahli ekonomi akan berkeinginan untuk mendapatkan,
bagi setiap dolar pendapatan tambahan yang mereka terima. Dengan andaian MPC
Model Penggunaan (C)
Tahap Penggunaan (A)
MPC (b)
31
sentiasa positif (kerana apabila orang mendapat pendapatan lebih, ia perlu lebih
banyak berbelanja).
iv. MPC juga kurang dari 1, iaitu dengan andaian bahawa sebahagian daripada setiap
ringgit tambahan yang diperolehi disimpan. Justeru, simpanan adalah: S = Y – C.
v. Fungsi penggunaan boleh sentiasa memperoleh hubungan antara Y dan S. Ia
dengan mudah memikirkan Kecenderungan Marginal Simpanan (Marginal
Propensity Saving). Oleh itu, setiap dolar tambahan yang diperolehi adalah sama
ada disimpan atau digunakan, MPC + MPS = 1.
vi. Jika MPC ialah 0.75, perbelanjaan adalah tujuh puluh lima sen setiap dolar
tambahan yang diperolehi daripada barangan dan perkhidmatan, dan mesti
menyelamatkan suku yang tinggal. Oleh itu MPS ialah 0.25.
2.2.3 Pengagihan Estet
Secara teori, kajian berkaitan pengagihan estet banyak dibincangkan dari perspektif
ekonomi dan kewangan. Penulisan yang cukup padat dengan analisis ilmiah dan teori
dibentangkan oleh Jess Benhabib dan Alberto Bisin (2007) dari Jabatan Ekonomi,
Univeriti New York dalam artikel yang bertajuk “The distribution of wealth:
Intergenerational transmission and redistributive policies”. Kajian mereka tertumpu
kepada mengkaji dinamika pengagihan kekayaan di antara generasi di dalam ekonomi
melalui perpindahan dan pengagihan semula kekayaan melalui polisi fiskal. Aktiviti
pengkajian telah membawa mereka kepada pertemuan antara penyelidikan terawal oleh
Vilfredo Pareto, yang memperkenalkan satu prinsip berdasarkan nama beliau sendiri
iaitu prinsip pareto yang merujuk kepada pada satu-satu peristiwa, lebih 80 peratus
penghasilan adalah disebabkan oleh 20 peratus usaha. Menurut mereka lagi, kajian
32
secara sistematik berkaitan konsep pengagihan aset dilakukan oleh Pareto seawal tahun
1901. Bermula awal 1950an, Wold-Whittle (1957) turut mengkaji teori pengagihan aset
melalui kajian ke atas kelahiran dan proses kematian dengan pertumbuhan penduduk,
perkembangan pengumpulan kekayaan dan pewarisan.
Dalam proses pengagihan aset, ibubapa mempunyai kecenderungan untuk
mengagihkan sebahagian aset untuk anak mereka atau dinamakan kecenderungan
memberi “joy of giving" kepada waris. Rumusan konsep pengagihan aset kepada waris
berdasarkan peranan utiliti ialah:
= x o [(1-b) w (s, t)],
di mana,
o adalah peningkatan peranan pewarisan
w adalah jumlah pelaburan dalam aset pada waktu (t)
s adalah penerimaan aset oleh anak-anak
b cukai estet
t penggunaan dan kekayaan
Benhabib dan Bisin mengandaikan bahawa kecenderungan oleh ibu bapa dalam
konteks mengagihkan aset kepada waris adalah terhadap baki yang diperolehi selepas
pengiraan cukai ke estet. Mereka juga beranggapan, dalam kes ibu bapa yang pemurah
akan memilih kaedah pengagihan berdasarkan penggunaan (utility) oleh anak-anak
berbanding cenderung untuk memberi kepada anak-anak berdasarkan pilih kasih. Harta
kekayaan selepas kematian adalah gabung harta warisan dan cukai kerajaan. Namun
33
mereka berpendapat, yang lebih penting dalam konteks pengagihan harta selepas
kematian adalah waktu kematian pasaran kewangan berada pada waktu yang terbaik.
Allen (1980) di dalam artikelnya yang bertajuk “The Perpetuation of Wealth: A
Simulation Model” berpendapat harta boleh dikekalkan kepada generasi melalui tiga
proses iaitu perpindahan aset dari satu generasi kepada satu generasi yang lain, proses
pengagihan harta melalui proses perancangan estet dan melalui proses pengumpulan
aset simati dari pelbagai tahap generasi sehingga kematian penerima harta (inheritor).
Proses pengumpulan dan pengagihan harta berlaku secara berulang-ulang antara
generasi sehinggalah harta tersebut habis.
Menurut Allen lagi, proses perpindahan harta antara generasi adalah satu teras
kepada model sistem pengekalan estet. Bagi beliau hampir kesemua harta simati secara
rasinal adalah dimiliki oleh waris tertakluk kepada cukai estet dan sedikit perbelanjaan
pengkebumian. Bagaimanapun, penetapan kadar cukai ke atas harta estet simati adalah
satu cara oleh kerajaan untuk memastikan hanya sebahagian harta simati sampai kepada
waris yang sah. Secara jelas, proses pewarisan dan cukai estet adalah satu halangan
besar kepada proses pengagihan harta kepada si waris. Namun begitu, menurut
Sussman, Cates, dan Smith (1970), perpindahan harta melalui proses pengagihan
kepada simati kadang-kadang boleh menyumbang kepada meningkat tahap keakaraban
dan kerjasama antara ahli keluarga atau memusnahkan hubungan tersebut.
Dalam konteks keadilan dan kesaksamaan, Olsen dan Osborn (2006) berpendapat
pengagihan atau perpindahan aset perlu mengunakan teori keadilan pengagihan
“distributive justice theory”. Teori ini terbahagi kepada tiga prinsip utama iaitu
kesaksamaan (equality principle), pemilikan berkadar (proportional equity principle)
dan asas keperluan (needs-based principle). Kaedah terakhir mengagihkan harta kepada
34
waris berdasarkan keperluan anak-anak bukan berdasarkan kesaksamaan. Dalam
membincangkan kaedah terbaik pengagihan harta pesaka. Levanthal, Karuza, dan Fry
(1980), berpendapat bahawa terdapat tujuh elemen boleh mempastikan harta dibahagi
secara adil iaitu;
i. Mewujudkan undang-undang asas, berdasarkan potensi ganjaran dan tingkah laku
untuk mendapatkan potensi ganjaran tersebut.
ii. Mendefinsikan struktur pembuatan keputusan yang berdasarkan arahan, masa, dan
kaedah untuk mencapai kepada proses pembuatan keputusan.
iii. Pemilihan wakil iaitu melibatkan individu terbaik yang sepatutnya membuat
keputusan berkaitan peruntukan aset dan siapakah yang berhak mendapatkan
harta.
iv. Aspek pelindungan bertujuan untuk memastikan tidak terdapat penyalahgunaan
kuasa.
v. Pengumpulan data berkaitan proses pengagihan harta
vi. Mewujudkan prosidur rayuan jika terdapat elemen tidak puashati terhadap
keputusan, dan
vii. Mekanisme pengubahan jika terdapat keputusan yang diambil tidak adil dan berat
sebelah.
Berdasarkan perbincangan ringkas di atas, proses pengagihan harta sangat penting
dengan tujuan untuk mengekal dan pengembangkan harta. Walaupun terdapat
kecenderungan terpilih dalam membahagikan harta, namun tidak dapat disangkal
bahawa proses pengagihan harta adalah satu proses penting dalam kitaran kekayaan dan
35
perancangan kewangan. Ia merupakan satu proses perpindahan asset kepada generasi
baru bagi tujuan kesinambungan kepada kitaran hayat kewangan. Rumusan proses
pengagihan harta dan kekayaan boleh dilihat pada gambar rajah 2.3 di bawah:
Gambar Rajah 2.3: Proses Pengagihan Harta
Berdasarkan ketiga perbincangan berkaitan pendapatan, penggunaan dan
pengagihan dalam model yang dinamakan teori kitaran hayat kewangan (Theory of
Financial Life Cycle). Gambar rajah 2.4 dibentuk bagi menyusun aturan pergerakan
proses kewangan dipamerkan seperti di mukasurat berikut:
Gambar Rajah 2.4: Teori Kitaran Hayat Kewangan
Pengagihan
Perpindahan
Pengumpulan
Pewarisan Waris
Cukai
Wasiat
Perbelanjaan
Simpanan
Pengagihan
Perpindahan
Pengumpulan
Modal Insan
Modal Kewangan
Penjanaan
Pewarisan
Model Penggunaan Pewarisan
Model Kitaran Hayat Kewangan Pasca Kitaran Hayat
Pengagihan Pendapatan Penggunaan
36
2.2.4 Teori Tingkah Laku Yang Perancangan Kewangan
Teori Tingkah Laku Yang Terancang (theory of planned behaviour) adalah lanjutan
daripada Teori Tingkah Laku Beralasan (theory of reasoned action) pada tahun 1991
oleh Icek Ajzen (1991). Teori Tingkah Laku Beralasan mula diperkenalkan oleh
Fishbein pada tahun 1967 (Ajzen & Fishbein, 1975). dan kemudian ditakrifkan semula,
dimajukan, dan diuji pada 1970-an. Ia telah diringkaskan dalam sebuah buku oleh
Fishbein dan Ajzen (1975) dan antara tujuan teori tersebut adalah untuk meramal dan
memahami tingkah laku manusia. Menurut Teori Tingkah Laku Beralasan, tingkah laku
seseorang ditentukan oleh niat atau tujuan tindakan seseorang. Ia dipengaruhi oleh sikap
dan norma subjektif.
Teori Tingkah Laku Yang Terancang pula menambah konstruk perspesi kawalan
tingkah laku yang berasal dari Teori Keberkesanan Kendiri (Bandura, 1977). Teori ini
telah dicadangkan oleh Bandura pada tahun 1977 berdasarkan dari teori kognitif sosial.
Menurut Bandura, jangkaan seperti motivasi, prestasi, dan perasaan kecewa dikaitkan
dengan kegagalan berulang menentukan kesan dan tindak balas ke atas tingkah laku.
Terdapat banyak kajian yang dijalankan ke atas niat tingkah laku, dan teori ini
mencadangkan bahawa niat seseorang ditentukan oleh sikapnya ke arah melakukan
sesuatu tingkah laku sama ada positif atau negatif, norma subjektif dan kepentingan
hubungan di antara sikap dan norma subjektif. Pembangunan Teori Tingkah Laku
Beralasan didorong oleh hakikat bahawa teori sikap sahaja tidak dapat meramalkan
tingkah laku (Bandura, 1977). Kemudian, penyelidik teori menambah konstruk persepsi
kawalan tingkah laku boleh menentukan niat tingkah laku dan tingkah laku, dan
dinamakan semula model tersebut sebagai Teori Tingkah Laku Yang Terancang (Ajzen,
1991).
37
Teori Tingkah Laku Yang Terancang memberi tumpuan kepada faktor-faktor
yang menentukan pilihan tingkah laku sebenar individu. Menurut teori ini, tiga faktor
yang mempengaruhi niat tingkah laku individu iaitu: sikap sama ada positif atau negatif
terhadap sasaran tingkah laku, norma subjektif iaitu pengaruh persekitaran dan persepsi
kawalan tingkah laku. Manakala, niat tingkah laku individu pula mempengaruhi corak
tingkah laku seseorang.
Sikap individu terhadap tingkah laku dinilai berdasarkan perasaan positif atau
negatif individu terhadap tingkah laku tersebut dan dibentuk berdasarkan kepercayaan
secara jelas berkaitan hasil yang boleh dijangka apabila melaksana sesuatu tingkah laku.
Manakala norma subjektif pula merujuk kepada persepsi seseorang sama ada perujuk
meluluskan atau tidak tingkah laku tersebut. Untuk menangkap aspek bukan kemahuan
tingkah laku, Teori Tingkah Laku Yang Terancang menambah satu angkubah baru iaitu
persepsi kawalan tingkah laku yang tidak terdapat di dalam model sikap tingkah laku
beralasan dahulu.
Persepsi kawalan tingkah laku cuba menggambarkan tahap kesukaran persepsi
dalam melaksanakan sesuatu tingkah laku yang juga merujuk pengalaman lepas dan
halangan yang dijangka. Lebih positif sikap individu ke arah melaksana tingkah laku,
lebih besar kelulusan sosial yang dilihat, lebih mudah sesuatu persepsi tingkah laku
dilaksana, maka semakin kuat hasrat atau niat untuk bertingkah laku. Seterusnya, lebih
besar niat atau hasrat untuk bertingkah laku, maka lebih besar kemungkinan untuk
tingkah laku dilakukan. Tambahan pula, kawalan yang dilihat turut mempengaruhi
tingkah laku secara langsung (Ajzen, 1991). Teori Tingkah Laku Yang Terancang dan
Teori Tingkah Laku Beralasan, telah digunakan dalam pelbagai bidang pengajian
seperti penurunan berat badan, orientasi pekerjaan, perancangan keluarga, tingkah laku
38
pengguna, pengundian, ketagihan arak (Ajzen & Fishbein, 1980), memburu (Hrubes,
Ajzen, & Daigle, 2001), pembelian makanan yang diubah suai secara genetic (Cook,
Kerr, & Moore, 2002), penggunaan teknologi (Lynne, Casey, Hodges & Rahmani,
1995), aduan pengguna (East, 2000), kaji selidik dalam talian dan lain-lain.
Beberapa pengkaji telah mengadaptasi Teori Tingkah Laku Yang Terancang
dalam penyelidikan mereka berkaitan tingkah laku pengguna dalam perkhidmatan
kewangan seperti keputusan pelaburan, penggunaan gadai janji, dan kaunseling kredit.
East (1993), mengunakan Teori Tingkah Laku Yang Terancang untuk menyiasat
keputusan pelaburan dengan mengunakan data daripada sampel pengguna British. Hasil
kajian yang dibentangkan dalam tiga dalam karya menyokong teori tersebut. Secara
khusus, rakan-rakan, saudara-mara dan akses mudah ke atas dana secara kukuh
menyumbang kepada keputusan pelaburan. Bansal dan Taylor (2002) menggunakan
data daripada sampel pelanggan gadai janji, menggunakan Teori Tingkah Laku Yang
Terancang untuk mengkaji tingkah laku peralihan (switching) oleh perkhidmatan
pelanggan. Mereka memeriksa sama ada dari segi interaksi beberapa pemboleh ubah
yang dinyatakan dalam teori memberi kesan kepada tingkah laku perkhidmatan
pelangan atau tidak.
Mereka mendapati bahawa interaksi antara persepsi kawalan tingkah laku dan
niat, antara persepsi kawalan tingkah laku dan sikap, dan antara sikap dan norma
subjektif ketara dipengaruhi oleh niat tingkah laku. Dengan menggunakan data kajian
dan akaun daripada sampel pelanggan sebuah agensi kaunseling pengguna kebangsaan,
Xiao dan Wu (2006) mengkaji faktor-faktor yang berkaitan dengan tingkah laku
pengguna dalam menyiapkan pelan pengurusan hutang. Mereka mendapati bahawa
sikap terhadap tingkah laku dan kawalan dianggap mempengaruhi tingkah laku yang
39
sebenar, tetapi tidak dipengaruhi oleh norma subjektif. Di samping itu, mereka turut
mendapati bahawa kepuasan dengan perkhidmatan yang ditawarkan turut menyumbang
kepada tingkah laku sebenar.
Selain itu, sekumpulan penyelidik mengunakan Teori Tingkah Laku Yang
Terancang untuk menyiasat bagaimana pelajar kolej membentuk tingkah laku kewangan
mereka seperti wang tunai, kredit dan pengurusan menyimpan. Berdasarkan penemuan
awal mereka, ketiga-tiga latar belakang mengenai niat tingkah laku yang dinyatakan
oleh teori tersebut mempunyai perkaitan rapat dengan niat dan hasrat menyumbang
kepada tingkah laku. (Shima, Xiao, Barberc, & Lyons, 2007).
2.2.4.1 Teori Tingkah Laku Beralasan
Teori Tingkah Laku Beralasan (Theory of Reasoned Action) (TTB) pertama kali
dicetuskan oleh Ajzen pada tahun 1980 dan disusun berdasarkan andaian dasar bahawa
manusia bertingkah laku secara sedar dengan mempertimbangkan segala informasi yang
terdapat di sekeliling mereka. Dalam TTB ini, Ajzen & Fishbein (1980) menyatakan
bahwa niat menentukan sama ada seseorang akan melakukan suatu tingkah laku atau
tidak. Beliau turut mencadangkan bahawa sebelum sesuatu perkara dilakukan, niat
dipengaruhi oleh dua penentu dasar, iaitu sikap (attitude towards behavior) dan
pengaruh sosial iaitu norma subjektif (subjective norms). Dalam mengaitkan pengaruh
sikap dan norma subjektif ke atas niat untuk dilakukan atau tidak dilakukannya sesuatu
tingkah laku, Ajzen melengkapi teori tersebut dengan keyakinan (beliefs). Beliau
berpendapat bahawa sikap (attitude) individu berasal dari keyakinan terhadap tingkah
laku (behavioral beliefs), manakala norma subjektif pula berasal dari keyakinan
normatif (normative beliefs). Secara skematik TTB digambarkan seperti skema di
40
Gambar rajah 2.5.
Gambar Rajah 2.5: Teori Tingkah Laku Beralasan
2.2.4.2 Teori Tingkah Laku Yang Terancang
Teori Tingkah Laku Yang Terancang (Theory of Planned Behavior) (TTT) merupakan
lanjutan dari TTB. Ajzen (1988) menambahkan komponen konstruk yang belum ada
dalam TTB, iaitu persepsi kawalan tingkah laku (perceived behavioral control).
Konstruk ini ditambahkan dalam usaha untuk memahami keterbatasan atau sejauhmana
had yang dimiliki individu dalam rangka melakukan sesuatu tingkah laku tertentu (Chau
& Hu, 2002).
Dengan kata lain, niat untuk melakukan atau tidak melakukan suatu tingkah laku
tidak hanya ditentukan oleh sikap dan norma subjektif semata, tetapi juga oleh persepsi
individu terhadap kawalan yang dapat dilakukannya dan bersumberkan kepada
keyakinannya ke atas kawalan tersebut. Dalam TTT, lebih lengkap lagi Ajzen (2005)
juga turut menambahkan faktor latar belakang individu ke dalam TTT. Model teoritik
dari TTT mengandungi beberapa angkubah-angkubah berikut iaitu:
i. Latar belakang seperti usia, jantina, etnik, status sosial ekonomi, suasana hati,
sifat peribadi dan pengetahuan mempengaruhi sikap dan tingkah laku individu
Sikap
Kepercayaan Tingkah laku
Norma Subjektif
Kepercayaan Normatif
Niat
Tingkah laku Tingkah laku
41
terhadap sesuatu perkara. Faktor latar belakang pada dasarnya adalah satu sifat
yang hadir di dalam diri seseorang dan dikategorikan sebagai aspek O (organism)
di dalam model Kurt Lewin. Di dalam kategori ini Ajzen memasukkan tiga faktor
latar belakang, iaitu personal, sosial, dan maklumat. Faktor personal adalah sikap
umum seseorang terhadap sesuatu, sifat peribadi, nilai, emosi, dan kecerdasan
yang dimilikinya. Faktor sosial antara lain adalah jenis jantina, etnik, pendidikan,
pendapatan dan agama. Faktor informasi adalah pengalaman, pengetahuan dan
pendedahan pada media.
ii. Kepercayaan tingkah laku adalah perkara yang diyakini oleh individu mengenai
sebuah tingkah laku dari segi positif dan negatif, dan sikap terhadap tingkah laku
atau kecenderungan untuk bertindak balas secara afektif terhadap suatu tingkah
laku, sama ada suka atau tidak suka pada tingkah laku tersebut.
iii. Kepercayaan Normatif berkait rapat dengan pengaruh persekitaran yang secara
tegas dikemukakan oleh Lewin (1939) dalam Field Theory. Pendapat Lewin ini
turut digunakan oleh Ajzen melalui TTT. Menurut Ajzen (1991), faktor
persekitaran sosial khususnya orang-orang yang berpengaruh dalam kehidupan
individu turut mempengaruhi keputusan individu.
iv. Norma subjektif pula merujuk kepada sejauh mana seseorang individu memiliki
motivasi untuk mengikut pandangan orang lain terhadap tingkah laku yang bakal
dilakukannya. Kalau individu merasakan bahawa adalah hak peribadinya untuk
menentukan apa yang akan dilakukannya dan bukan orang lain di sekitarnya,
maka dia akan mengabaikan pandangan orang lain tentang tingkah laku yang akan
42
dilakukannya. Fishbein dan Ajzen (1975) menggunakan istilah motivasi untuk
mematuhi bagi menggambarkan fenomena ini iaitu adakah individu akan
mengambil pandangan orang lain yang berpengaruh dalam hidupnya atau tidak.
v. Keyakinan bahawa suatu tingkah laku dapat dilaksanakan iaitu kepercayaan
kawalan dipengaruhi dari beberapa perkara antaranya adalah pengalaman
melakukan tingkah laku yang sama sebelumnya atau pengalaman yang diperoleh
kerana melihat orang lain (misalnya teman atau keluarga dekat) melaksanakan
tingkah laku tersebut sehingga ia memiliki kepercayaan bahawa ia juga mampu
melaksanakannya. Selain pengetahuan, ketrampilan, pengalaman dan keyakinan
individu terhadap suatu tingkah laku akan dapat dilaksanakan ditentukan juga oleh
ketersediaan waktu untuk melaksanakan tingkah laku tersebut, tersedianya
kemudahan untuk melaksanakannya dan memiliki kemampuan untuk mengatasi
setiap kesulitan yang mengagalkan pelaksanaan tingkah laku.
vi. Persepsi kawalan tingkah laku, iaitu kepercayaan bahawa individu pernah
melaksanakan atau tidak pernah melaksanakan tingkah laku tertentu, individu
memiliki kemudahan dan waktu untuk melakukan tingkah laku tersebut,
kemudian individu membuat jangkaan atas kemampuan dirinya apakah dia punya
kemampuan atau tidak memiliki kemampuan untuk melaksanakan tingkah laku
tersebut. Ajzen menamakan keadaan ini dengan persepsi kawalan tingkah laku.
Niat (intention) untuk melakukan tingkah laku adalah kecenderungan seseorang
untuk memilih melakukan atau tidak melakukan sesuatu pekerjaan. Niat ini ditentukan
43
oleh sejauh mana individu memiliki sikap positif pada tingkah laku tertentu, dan sejauh
mana kalau dia memilih untuk melakukan tingkah laku tertentu itu dia mendapat
sokongan dari orang-orang lain yang berpengaruh dalam kehidupannya. Kerangka Teori
Tingkah Laku Yang Terancang dijelaskan seperti pada gambar rajah 2.6.
Gambar Rajah 2.6: Teori Tingkah Laku Yang Terancang
2.2.5 Tingkah Laku dalam Perancangan Kewangan Islam
Penelitian yang menyeluruh berkaitan Tingkah Laku Yang Terancang dalam
perancangan kewangan dapat dilihat melalui kajian yang dilakukan oleh Syukriah,
Rosliza, dan Kartini (2014). Syukriah et. al. merumuskan bahawa kajian Teori Tingkah
Laku Yang Terancang berdasarkan perkhidmatan produk kewangan yang ditawarkan
oleh institusi kewangan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu pertama, kajian
yang berkaitan niat tingkah laku dalam institusi kewangan yang dikawal oleh Bank
Negara Malaysia (BNM), dan kedua, niat tingkah laku dalam industri kewangan yang
dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti. Walau bagaimanapun, setelah dibuat penelitian
terdapat sedikit kekeliruan oleh pengkaji dalam mengkategorikan kepelbagaian institusi
Niat
Tingkah laku Tingkah laku
Sikap
Kepercayaan Tingkah laku
Norma Subjektif
Kepercayaan Normatif
Perspesi Tingkah laku
Kawalan
Kepercayaan Kawalan
44
berdasarkan pasaran kewangan dan institusi kewangan. Seharusnya, perkhidmatan
kewangan yang ditawarkan perlu ditakrifkan sebagai perkhidmatan yang ditawarkan
berdasarkan institusi di bawah kawalan Akta Bank Negara Malaysia atau Akta
Suruhanjaya Sekuriti. Di Malaysia, aktiviti pasaran kewangan dan institusi kewangan
dikawalselia oleh kedua-dua institusi tersebut.
Kajian niat tingkah laku untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi
kewangan di bawah kawalan BNM adalah perkhidmatan perbankan meliputi kad kredit,
pinjaman, pembiayaan, urus niaga perbankan Islam, pajak gadai Islam (ar-rahnu) dan
perbankan internet, dan perkhidmatan perlindungan risiko meliputi insurans hayat,
insurans am dan takaful. Manakala, kajian niat tingkah laku untuk institusi kewangan di
bawah kawalan Suruhanjaya Sekuriti melibatkan aktiviti berkaitan pelaburan pengguna,
perkhidmatan atas talian pembelian saham dan aktiviti pelaburan dalam saham amanah.
Hanudin (2012) telah menjalankan dua kajian yang berbeza tentang faktor
penentuan niat dalam penggunaan kad kredit Islam. Kajian pertama menggunakan
kaedah Model Pengarahan PROBIT (Ordered PROBIT Model) dengan saiz sampel
berjumlah 370 responden. Kajian kedua pula menggunakan kaedah analisis regresi
berganda dengan saiz sampel berjumlah 257 responden. Hasil daripada kedua-dua
menunjukkan dapatan kajian yang bercanggah di mana kajian pertama menunjukkan
bahawa sikap mempunyai kesan ke atas niat untuk menggunakan kad kredit Islam di
kalangan responden manakala kajian kedua mendedahkan sikap, norma subjektif dan
kos kewangan dilihat dengan ketara mempengaruhi niat untuk menggunakan kredit
Islam kad.
Berdasarkan kepada kedua-dua kajian terdahulu, Hanudin (2013) telah
melanjutkan pengajian yang sama tetapi menggunakan analisis yang berbeza yang
45
separa kuasa dua terkecil (Partial Least Square). Beliau mendapati bahawa sikap adalah
faktor yang utama mempengaruhi niat pelanggan untuk memilih kad kredit Islam,
diikuti dengan norma subjektif dan kos kewangan dilihat. Maya dan Rofi (2011) dan
Rutherford dan Devaney (2009) juga telah melakukan kajian yang sama yang telah
berlaku di Indonesia dan Amerika Syarikat. Menariknya, mereka mendapati hasil yang
sama iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku secara signifikan
mempengaruhi niat untuk mengunakan kad kredit.
Selain penyelidikan dalam penggunaan kad kredit, penggunaan TTT juga
dilakukan ke atas kajian berkaitan perkhidmatan perbankan Islam. (Salamah, 2012;
Echchabi, & Abd. Aziz, 2012) telah melakukan penyelidikan mengenai niat pengguna
mendapatkan perkhidmatan perbankan Islam dengan menggunakan TTB dan TTD.
Walaupun berbeza lokasi di Indonesia dan Maghribi, namun keputusan kajian
menunjukkan bahawa sikap, pengaruh sosial serta persepsi kawalan Tingkah Laku
mempengaruhi niat ke arah mendapatkan perkhidmatan perbankan Islam. Selain
daripada kajian mengenai niat tingkah laku dalam perkhidmatan perbankan Islam secara
amnya, terdapat beberapa kajian lain yang tertumpu kepada aspek perkhidmatan
pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank Islam. Seperti kajian yang dilakukan oleh
Dzuljastri dan Muhammad, (2102); Syed et al., (2012); Hanudin et al., (2012); Hanudin
et al., (2011); Hanudin et al., (2010); Fauziah, Ramayah dan Dzuljastri (2008).
Dzuljastri dan Muhammad Abduh (2012); Fauziah et al., (2008) membincangkan
pengaruh besar sikap dan norma subjektif terhadap niat tingkah laku untuk
mengurangkan perkongsian pembiayaan perumahan dengan menggunakan TTB.
Keputusan mereka menunjukkan bahawa sikap dan norma subjektif telah dipengaruhi
niat pelanggan untuk melibatkan diri dalam mengurangkan pembiayaan perumahan.
46
Sebaliknya, kajian sama yang dijalankan oleh Syed et al., (2012) dan Hanudin et al.,
(2012) dengan menggunakan TPB mendapati bahawa sikap, norma subjektif dan
persespi kawalan Tingkah Laku mempunyai pengaruh yang besar kepada niat untuk
memohon pembiayaan perumahan Islam. Syed et al., (2012) mendapati bahawa norma
subjektif mempunyai hubungan terus yang signifikan kepada niat dalam pembiayaan
Islam.
Kajian mengunakan TTB dan TTD juga dilakukan kepada perkhidmatan yang
ditawarkan oleh industri perlindungan insurans. Fithriah dan Hanudin (2011) dan
Hanudin et. al., (2012) turut mengkaji mengenai faktor sikap dan norma subjektif dalam
mempengaruhi penyertaan pengguna dalam perlindungan takaful. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa kedua-dua sikap dan norma subjektif mempengaruhi penerimaan
pengguna terhadap perlindungan takaful. Kajian oleh Innan dan Moustaghfir (2012),
pula mendapati sikap tidak mempengaruhi niat pekerja untuk membeli insurans
kesihatan berbanding persespi kawalan tingkah laku dan norma subjektif yang didapati
mempunyai pengaruh yang lebih besar.
East (1993) mengunakan TTT untuk meramalkan keputusan pengguna dalam
membuat pelaburan di dalam saham tertentu, khususnya saham baru terbitan mendapati
bahawa permohonan saham baru dapat diramalkan berdasarkan niat yang diukur. Niat
yang diukur merangkumi sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan
tingkah laku yang lepas. Dapatan kajian juga menunjukkan rakan-rakan, saudara-mara,
akses mudah ke dana serta kriteria kewangan keuntungan dan keselamatan pelaburan
mempengaruhi sesuatu keputusan pelaburan.
Selain kajian berkaitan tingkah laku pelaburan, kajian juga dilakukan ke atas
aktiviti berkaitan perdagangan saham atas talian. Ramayah, Rouibah, Gopi, dan Rangel
47
(2009) mengkaji mengenai niat untuk melanggan saham secara dalam talian atau
melalui internet di kalangan pelabur Malaysia. Mereka mendapati bahawa sikap dan
norma subjektif sangat penting dalam mempengaruhi niat pelabur untuk menggunakan
internet dalam perdagangan saham secara atas talian. Kajian berkaitan juga telah
dilakukan oleh Lee (2009); Gopi dan Ramayah (2007); dan Abroud, Yap dan
Muthaiyah (2010) dengan menggunakan TTT sebagai asas teori untuk menerangkan
perbezaan niat untuk mengunakan internet. Gopi dan Ramayah (2007) mendapati
bahawa semua pemboleh ubah iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan
Tingkah Laku adalah penting mempengaruhi niat untuk menggunakan internet dalam
perdagangan saham secara online di kalangan pelabur Malaysia.
Kajian turut dilakukan ke atas tingkah laku berkaitan pelaburan dalam saham
amanah atau unit amanah, Schmidt (2010) dan Kuah (2008) telah memulakan
penyelidikan mengenai kesediaan individu dan niat untuk membeli saham amanah. Di
Jerman, Schmidt memulakan kajian mengunakan TTT, manakala Kuah memulakan
kajian di Malaysia dengan mengunakan Teori Pereputan Tingkah Laku Yang Terancang
untuk menentukan niat ke arah pembelian saham amanah. Hasilnya adalah sama dengan
kajian sebelum ini di mana tekanan sosial, sikap dan persepsi kawalan Tingkah Laku
menunjukkan pengaruh yang signifikan dan positif terhadap niat untuk membeli saham
amanah. Dari keseluruhan literatur di atas menunjukkan bahawa TTB dan TTT telah
diguna pakai untuk menjalankan beberapa kajian dan bertindak sebagai peramal yang
kuat terhadap tingkah laku sebenar di lokasi yang berbeza.
48
2.3 Tingkah Laku dalam Bidang Kewangan Islam
Bidang kajian tingkah laku kewangan Islam dilihat sebagai medan penting yang dapat
memainkan peranan penting dalam menjelaskan tingkah laku pengguna khususnya
pelabur terhadap proses pembuatan keputusan dalam kewangan Islam. Dalam hal ini,
beberapa kajian telah dilakukan untuk mengukur pengaruh psikologi dan faktor sosial
lain mengenai tingkah laku pelabur ke arah proses membuat keputusan kewangan dan
niat mereka untuk melabur. Ali Zani dan Kasim (2014) menggunakan Model Persamaan
Struktur (SEM) sebagai instrumen analisis dalam menyiasat pengaruh sikap, pengaruh
sosial dan kawalan tingkah laku yang dilihat terhadap niat pelabur untuk melabur dalam
industri unit amanah Islam Malaysia. Kajian mendapati, sikap dan kawalan tingkah laku
yang dilihat mempunyai pengaruh yang signifikan dan positif terhadap niat pelabur
untuk melabur dalam unit amanah Islam. Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) juga
digunakan oleh Adam dan Shauki (2014) untuk mengkaji peranan sikap, norma
subjektif, kawalan tingkah laku dan norma moral ke atas niat pelabur untuk melabur
dalam Pelaburan Ketanggungjawaban Sosial (PKS) (socially responsible investments) di
Malaysia. Mereka mendapati bahawa sikap, norma-norma subjektif dan norma-norma
moral dikaitkan dengan niat untuk melabur dalam PKS.
Di pasaran yang sama, tetapi dalam sektor yang berbeza, iaitu, produk kad kredit
Islam. Amin (2013) menggunakan Teori Tindakan Bertindak (TRA) menggunakan Sisi
Separa Separa (PLS) dan analisis faktor untuk meneroka faktor-faktor yang
mempengaruhi pelanggan bank Malaysia terhadap pilihan kad kredit Islam. Beliau
menyelidiki pembolehubah sikap, norma subjektif dan kos kewangan yang dianggap
berkaitan dengan niat untuk memilih kad kredit Islam. Beliau menyimpulkan bahawa
49
sikap, norma subjektif dan kos kewangan adalah signifikan dalam mempengaruhi niat
pengguna untuk memilih kad kredit Islam di Malaysia.
Dalam konteks penyediaan produk kewangan Islam tempatan iaitu penawaran
pembiayaan pinjaman perumahan Islam. Amin, Abdul-Rahman, dan Abdul Razak
(2013) cuba menyiasat kesan norma subjektif, kelebihan relatif, kesederhanaan,
kesesuaian dan kawalan kelakuan yang dianggap pada pembiayaan pinjaman
perumahan Islam di Kota Kota Kinabalu, Sabah dengan menggunakan teori bersepadu
iaitu TTT, Teori Penyiasatan Inovasi (TPI) dan PLS sebagai alat analisis untuk
mengkaji hubungan hipotesis di antara construk (constructs) yang berbeza. Mereka
menggunakan pendekatan integratif dan mendapati bahawa ia adalah sah dalam hal
pembiayaan rumah Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, keputusan mereka tidak
menyokong kesan keserasian sikap terhadap pembiayaan pinjaman perumahan Islam.
Mereka juga melaporkan sikap itu tidak mengawal hubungan antara keserasian dan
pembiayaan pinjaman perumahan Islam di Malaysia.
Dari perspektif serantau, Sun, Goh, Fam, dan Xue (2012) menggunakan Model
Penerimaan Teknologi (TAM) dalam mengkaji kesan komitmen agama terhadap niat
oleh golongan remaja di Asia Tenggara untuk mengadaptasi perkhidmatan perbankan
mudah-alih (online) Islam. Mereka mengkaji pembolehubah kepercayaan dan komitmen
agama, keberanian diri, norma subjektif, kos kewangan yang dirasakan, kredibiliti yang
dirasakan dan kegunaan yang dirasakan terhadap niat untuk mengadaptasi perkhidmatan
perbankan mudah alih Islam. Mereka menyimpulkan bahawa kepercayaan agama dan
komitmen secara positif berkait rapat dengan hasrat untuk mengadaptasi perkhidmatan
perbankan mudah-alih Islam.
50
Dalam industri insurans Islam (Takaful), Echchabi, Olarogun, dan Azouzi (2014)
meneliti ketidakpastian, kelebihan relatif, keserasian, pengaruh sosial dan kesedaran
terhadap pelanggan Tunisia untuk mengamalkan insurans Islam menggunakan SEM dan
satu sampel ujian untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat
keputusan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelanggan Tunisia sanggup
menerima pakai perkhidmatan insurans Islam dalam aspek perancangan kewangan
mereka.
Bagi mengkaji kepentingan pengaruh agama terhadap tingkah laku pelaburan
saham, Bialkowski, Etebeari, dan Wisniewski (2012) menggunakan data pulangan
ekuiti harian dan sepuluh teknik pengujian yang berbeza termasuk OLS dan anggaran
panel yang disatukan di antara tahun 1989-2007. Data tersebut diambil pada bulan
Ramadan yang suci, untuk mengkaji pulangan saham untuk 14 negara majoriti Muslim
seperti Bahrain, Jordan, Indonesia, Mesir, Kuwait, Malaysia, Maghribi, Oman, Pakistan,
Qatar, Arab Saudi, Tunisia, Turki dan Emiriah Arab Bersatu. Kesimpulannya ialah
pulangan saham semasa Ramadan adalah lebih tinggi dan tidak menentu berbanding
pulangan saham sepanjang tahun. Tambahan pula, mereka menekankan bahawa
Ramadan secara positif mempengaruhi psikologi pelabur dan mempromosikan perasaan
solidariti dan identiti sosial di kalangan umat Islam di seluruh dunia serta membawa
kepada kepercayaan optimis yang meluas bahawa keputusan pelaburan dipengaruhi oleh
perubahan dalam psikologi pelabur.
Wahyuni (2012) mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku
masyarakat Islam terhadap penerimaan perkhidmatan perbankan Islam di Surakarta,
Indonesia. Menggunakan analisis faktor dan kaedah regresi hierarki, beliau menguji
pengaruh faktor sikap, pengaruh sosial, dan pengetahuan berkenaan terhadap
51
penerimaan perkhidmatan kewangan mudah alih Islam. Keputusan menunjukkan
bahawa sikap dan pengetahuan mempengaruhi tingkah laku masyarakat Islam terhadap
perkhidmatan perbankan Islam, sementara pengaruh sosial juga menjadi faktor penting
dalam tahap awal ujian.
Yahya, Nadzar, dan Abdul Rahman (2012) menggunakan teori penerimaan dan
penggunaan teknologi bersatu (the unified theory of acceptance and use of technology)
(UTAUT) dalam mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi niat untuk menggunakan
Portal e-Syariah di Malaysia. Mereka menyiasat pembolehubah berikut iaitu jangkaan,
jangkaan usaha, pengaruh sosial, keberkesanan diri, kebimbangan, sikap, kelakuan dan
kemudahan memudahkan selain daripada jantina, umur, pengalaman, dan
pembolehubah sukarela. Mereka menyimpulkan bahawa jangkaan prestasi, jangkaan
usaha, pengaruh sosial, kualiti maklumat dan sistem, agama dan kepercayaan sangat
berkaitrapat dengan niat untuk menggunakan Perkhidmatan Portal e-syariah di
Malaysia.
2.4 Angkubah Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang dalam
Perancangan Kewangan
2.4.1 Faktor Demografi
Beberapa kajian lepas yang telah menunjukkan bahawa faktor sosio-ekonomi seperti
pendapatan dan pemilikan rumah, manakala faktor sosio-demografi pula adalah umur,
bilangan isi rumah, status perkahwinan dan tahap pendidikan mempengaruhi tahap
kesejahteraan kewangan. Misalnya, Hira, dan Mugenda (1999a); Austin, Hira, dan
Mugenda (1999b); Sabri dan Falahati (2012), mendapati jantina, umur, etnik, status
52
perkahwinan, pendidikan dan pendapatan pengguna mempengaruhi kepuasan kewangan
atau kesejahteraan kewangan. Joo dan Grable (2004) pula telah mencadangkan satu
kerangka kajian bagi mengukur sama ada sosio-demografi seperti jantina, umur, status
perkahwinan dan pendidikan, manakala ciri sosio-ekonomi seperti pendapatan dan
pemilikan rumah mempengaruhi kesejahteraan kewangan. Dari beberapa kajian di atas
telah menunjukkan faktor sosio-ekonomi dan sosio-demografi kebanyakannya
mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan pengguna.
Titus, Fanslow dan Hira (1989) juga mendapati faktor umur dan bilangan isi
rumah mempengaruhi kesejahteraan kewangan seseorang individu. Larson (1978);
Herzog dan Rogers (1981); Usui, Keil, dan Durig, (1985); Wan Ibrahim (2009) pula
mendapati umur mempunyai pengaruh yang positif ke atas kesejahteraan warga tua
tetapi tidak begitu kuat. Golongan tua didapati lebih berpuas hati dengan kedudukan
kewangan mereka berbanding dengan kedudukan kewangan golongan muda (Mugenda,
Hira & Fanslow, 1990).
Dari kajian lain juga banyak menunjukkan faktor demografi seperti umur,
pendapatan, status perkahwinan dan sebagainya mempengaruhi kesejahteraan kewangan
individu. Bagi faktor umur, kajian menunjukkan golongan tua amat berpuas hati dengan
kedudukan kewangan mereka. Hal ini kerana mereka mungkin telah mempunyai
kedudukan kewangan yang lebih selesa dan stabil berbanding golongan muda yang
masih mencari dan membentuk kestabilan kedudukan kewangan mereka.
Sementara itu, Baek dan DeVaney (2004); Joo dan Grable (2004) pula mendapati
mereka yang mempunyai tahap pendidikan dan pendapatan tinggi, berkahwin serta
memiliki rumah sendiri turut mempunyai tahap kesejahteraan kewangan yang tinggi.
Begitu juga dengan kajian Zaimah (2011); Zaimah dan Sarmila (2012) yang mendapati
53
tahap kesejahteraan kewangan seseorang turut dipengaruhi oleh faktor umur, pemilikan
rumah, pendapatan dan pemilikan produk kewangan. Manakala Penn (2009), mendapati
ciri-ciri demografi, pendapatan, pemilikan rumah, bilangan anak dan status kesihatan
merupakan faktor peramal yang penting dalam kesejahteraan kewangan. Begitu juga
dengan kajian Davis dan Helmick (1985); Godwin (1994); Mugenda et al. (1990);
Parrotta dan Johnson (1998); Porter dan Garman (1993); Titus et al. (1989); Walson
dan Fitzsimmons (1993); Wilhelm et al. (1993) menunjukkan pendapatan mempunyai
perhubungan yang positif dan kuat dengan kepuasan kewangan iaitu semakin tinggi
pendapatan seseorang, maka semakin tinggi tahap kepuasan kewangan mereka.
Individu yang mengamalkan nasihat pengurusan kewangan dan mempunyai
pendapatan isi rumah yang stabil mencatatkan tahap kepuasan kewangan yang baik.
(Parrotta & Johnson, 1998). Berdasarkan dapatan kajian di atas menunjukkan bahawa
terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan
pengguna dan yang paling kuat memberi kesan adalah pendapatan, pemilikan rumah,
bilangan anak dan kesihatan. Ia didapati boleh mempertingkatkan kepuasan terhadap
hal-hal kewangan mereka. Pendapatan dan pendidikan tinggi atau rendah, berkahwin
atau bujang, milik rumah sendiri atau menyewa juga boleh memberi kesan kepada tahap
kesejahteraan kewangan mereka.
2.4.2 Pendidikan Kewangan
Kajian yang dijalankan oleh Joo dan Grable (2004), mendapati pendidikan mempunyai
kesan langsung terhadap kepuasan kewangan dan individu yang berkahwin, manakala
tahap pendidikan dan pendapatan yang lebih tinggi serta memiliki sebuah rumah pula
mungkin dapat meramalkan tahap kesejahteraan kewangan yang baik. Begitu juga
54
dengan kajian Baek dan Devaney (2004); Sumarwan dan Hira (1993) mendapati
kesejahteraan kewangan isi rumah mempunyai perkaitan yang signifikan dengan
pendidikan dan pendapatan isi rumah. Hasil kajian mereka berkaitan dengan pendidikan
adalah selaras dengan kajian yang dilakukan oleh Joo dan Grable (2004). Kedua-dua
kajian mereka mencatatkan hasil yang sama berkaitan faktor demografi dapat
mempengaruhi tahap kesejahteraan kewangan pengguna. Dapatan hasil tersebut
disokong oleh kajian Husniyah dan Fazilah (2009) yang mendapati lebih tinggi
pendapatan isi rumah dan tahap pendidikan pengguna, maka lebih baik kesejahteraan
kewangan mereka. Menurut mereka lagi, pada kebiasaannya pendapatan dan pendidikan
adalah sangat berkaitan antara satu sama lain.
Lindamood dan Hanna (2006); Zaimah, Jariah, Sharifah Azizah, dan Mumtazah
(2010) turut menyatakan tahap pendidikan yang lebih tinggi yang dimiliki oleh
seseorang memberikan banyak peluang kepada mereka untuk membuat keputusan
kewangan keluarga yang lebih baik. Berikutan dapatan tersebut menunjukkan
pendidikan yang tinggi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik dan
memperoleh pendapatan lebih tinggi, dengan itu isi rumah dapat memenuhi keperluan
dan kehendak mereka dalam meningkatkan kepuasan hal-hal kewangan mereka.
2.4.3 Pendapatan
Kajian oleh Zaimah dan Sarmila (2012) mendapati pengguna yang berpendapatan
bulanan melebihi RM4,500 dan juga merupakan peratusan yang tertinggi dalam kajian
yang dilakukan mencatatkan tahap kesejahteraan kewangan yang tinggi. Selain itu,
pendapatan isi rumah yang tinggi secara amnya menyumbang kesejahteraan kewangan
yang lebih baik (Husniyah & Fazilah, 2009). Dapatan kajian ini menunjukkan
55
kesejahteraan kewangan sesebuah keluarga dipengaruhi oleh pendapatan bulanannya
yang tinggi. Manakala, pendapatan atau sumber kewangan individu dan keluarga yang
tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan asas akan menimbulkan perasaan negatif
terhadap jurang perbezaan kehidupan mereka dan tahap kepuasan mereka juga adalah
lebih rendah (Mills, Grasmick, Morgan, & Wenk, 1992)
Menurut Husniyah, Fazli, dan Ahmad Hariza (2005); Husniyah dan Mohd Amim
(2012) mendapati isi rumah yang berpendapatan tinggi kurang terlibat dalam aktiviti
perancangan kewangan kerana mereka dapat memenuhi semua keperluan dan kehendak
mereka berbanding pengguna yang berpendapatan rendah. Walaupun terdapat banyak
dapatan kajian menyatakan pendapatan tinggi akan menyebabkan pengguna lebih
sejahtera kewangannya. Tetapi, ia berbeza jika dibandingkan dengan golongan
berpendapatan rendah kerana mereka kurang dapat memenuhi keperluan asas. Mereka
diselubungi perasaan negatif dalam diri disebabkan kesejahteraan kewangan mereka
yang rendah. Justeru, dapat dilihat, golongan ini lebih berhati-hati dengan kewangan
mereka dan lebih bijak mengurus kewangan dan merancang kewangan mereka
berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi. Hal ini kemungkinan golongan yang
berpendapatan rendah lebih menghargai sumber kewangan yang diperoleh dan
merancang perbelanjaan dengan mendahulukan keperluan daripada kehendak.
2.4.4 Pengurusan Kewangan
Kajian oleh Fazli, Jariah, Laily, Mohd Amim, dan Nurkhalila (2007) menunjukkan
bahawa individu yang berkebolehan atau berkemampuan mengurus kewangan dengan
baik akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan memperoleh kegembiraan
khususnya apabila mereka mempunyai kesihatan yang sihat, bekerja, berkahwin atau
56
mempunyai hubungan mesra dengan keluarga serta terjamin daripada segi kewangan.
Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran berkaitan hal-hal kewangan dan
pendedahan kepada aktiviti tersebut membolehkan individu membuat keputusan dan
tindakan yang betul dalam hal kewangan (Benjamin, Laily, Jariah, & Tengku Aizan,
2010).
Pengurusan kewangan yang baik dan betul akan membawa kepada jaminan
kewangan keluarga dan juga terhadap kesejahteraan hidup keseluruhannya (Zaimah,
Jariah, Sharifah Azizah, & Mumtazah, 2010). Hal ini dapat disimpulkan bahawa
pengguna memerlukan pengetahuan kewangan dan pendedahan yang betul dalam
menguruskan sumber kewangan, simpanan dan perbelanjaan dalam mencapai
kesejahteraan kewangan yang dinginkan. Tidak cukup pandai mengurus sahaja, ia juga
seharusnya membuat perancangan sebelum membuat sesuatu keputusan perbelanjaan
dan mengawal perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan yang boleh
menyebabkan beban hutang kepada isi rumah.
Ini dapat dirumuskan bahawa kesejahteraan kewangan dibahagikan kepada
kesejahteraan kewangan objektif dan subjektif. Ia merupakan komponen dan domain di
dalam kesejahteraan hidup. Individu yang mempunyai kepuasan dalam kesejahteraan
hidup sudah semestinya akan memiliki kesejahteraan kewangan dalam kehidupannya.
Kesejahteraan kewangan bergantung juga kepada situasi, kedudukan, penyimpanan dan
tingkah laku individu tersebut dalam menguruskan kewangan mereka. Begitu juga
dengan amalan mereka terhadap penggunaan lestari akan dapat membawa kepada
kesejahteraan dan kebahagiaan.
57
2.4.5 Sosialisasi Kewangan
Proses di mana kanak-kanak dan remaja memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap
yang berkaitan dengan fungsi mereka sebagai pengguna di pasaran ditakrifkan sebagai
sosialisasi pengguna (Ward, 1974). Kanak-kanak mempelajari corak Tingkah Laku
pengguna dari pelbagai agen sosial termasuk ibu bapa, rakan sebaya, sekolah, kedai-
kedai dan media. (Moschis, 1987). Kedua-dua sumber interpersonal utama yang kanak-
kanak dan remaja pelajari berkaitan produk dan tabiat penggunaan mereka adalah ibu
bapa dan rakan-rakan. (Anderson & Bushman, 2001).
Agen sosialisasi kewangan boleh mempengaruhi kanak-kanak melalui beberapa
proses sosialisasi. Pembelajaran kewangan boleh menjadi pemerhatian atau formal,
pasif atau penyertaan (pembelajaran sampingan). Bukti menunjukkan bahawa anak-
anak muda belajar sikap dan tingkah laku melalui pemerhatian dan meniru model
peranan yang datang ke dalam diri mereka dari kekerapan hubungan mereka dengan
persekitaran (Bandura, 1986). Pembelajaran formal biasanya dihantar melalui sistem
pendidikan, sekolah atau tempat kerja, walau bagaimanapun ibu bapa juga boleh
memberi kesan sosialisasi kepada kanak-kanak melalui pendidikan secara berterusan di
rumah bertujuan sebagai model kepada tingkah laku dan amalan mereka.
Kajian terdahulu mendapati bahawa ibu bapa dan rakan sebaya memainkan
peranan yang penting dalam sosialisasi kewangan (Gutter, Garrison, & Copur, 2010).
Semasa kanak-kanak, ibu bapa adalah contoh teladan kepada kanak-kanak (Anderson &
Bushman, 2001). Ibu bapa mungkin menjadi agen paling efektif dalam mengajar anak-
anak muda tentang aspek rasional berkaitan asas penggunaan seperti pemahaman
hubungan antara harga dan kualiti, pengendalian wang dengan bijak dan mendapatkan
maklumat yang sesuai sebelum membuat pembelian (McNeal, 1987). Kajian ke atas
58
pengaruh faktor sosialisasi kewangan dan pengaruh persepsi norma pada materialisme
mendapati peranan ibu bapa dan rakan sebaya sangat penting dalam mempengaruhi
psikologi ekonomi dan penyelidikan pengguna dalam pembangunan nilai-nilai
materialistic (Belk, 1987); Belk & Dodson, 1997); Cummings & Taebel, 1978);
Furnham & Stacey, 1991); Ward, 1974).
Salah satu model struktur terbaik kebendaan telah ditawarkan oleh Churchill dan
Moschis (1979) sebagai sebahagian daripada model pembelajaran remaja pengguna.
Mereka menerokai kesan kekangan kedua-dua iaitu sosial struktur (pemboleh ubah
sosial seperti kelas sosial, jantina dan susunan kelahiran, yang boleh memberi kesan
dalam sosialisasi dengan mempengaruhi proses pembelajaran) dan agen sosialisasi
(keluarga, rakan-rakan dan televisyen) ke atas kriteria pemboleh ubah motivasi ekonomi
bagi penggunaan (orientasi kognitif mengenai kepentingan ciri-ciri fungsi dan ekonomi
produk), motivasi sosial untuk kegunaan (orientasi kognitif menekankan penggunaan
mudah dilihat dan kepentingannya kepada ekspresi diri), dan nilai-nilai materialistik.
Teori sosialisasi kewangan dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa anak-
anak muda mempelajari aspek-aspek ekspresif penggunaan dari televisyen dan rakan-
rakan mereka (Moschis, 1987). Kekuatan yang lebih besar daripada nilai-nilai
materialistik dilaporkan oleh orang dewasa yang mungkin telah mengalami gangguan
dari pengaruh tingkah laku kewangan ahli keluarga serta interaksi mereka dengan agen
sosialisasi semasa mereka remaja. Beberapa penyelidikan awal yang lain menunjukkan
bahawa materialisme khususnya dikaitkan dengan pengaruh rakan sebaya (Achenreiner,
1997). Kajian sebelum ini juga mendapati bahawa mereka yang kerap berkomunikasi
dengan rakan-rakan lebih mudah terdedah kepada pengaruh rakan sebaya dan turut
menjadi lebih materialistic (Achenreiner, 1997); Moschis dan Churchill, 1978).
59
Mudah mendapat pengaruh rakan sebaya mencerminkan kesediaan untuk
mematuhi kehendak orang lain (pengaruh normatif) dan kesediaan untuk menerima dan
menghayati maklumat daripada orang lain (pengaruh maklumat). Kecenderungan ini
juga mencerminkan keperluan seseorang untuk mengenal pasti atau meningkatkan imej
diri seseorang dengan orang lain yang penting melalui harta benda (Bearden, Netemeyer
& Teel, 1989). Anak-anak muda yang dilihat terpengaruh dengan rakan sebaya didapati
lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam perbandingan sosial berkaitan harta benda
dan menjadi lebih materialistic (Chan, 2003). Kajian oleh Rindfleisch, Burroughs, dan
Denton (1997) menunjukkan bahawa interaksi rakan sebaya dan televisyen secara
positif sangat berkait rapat dengan kebendaan, dan menjadi orang tengah kepada
hubungan antara peristiwa-peristiwa hidup yang menimbulkan gangguan dan sikap
materialistik.
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sikap kewangan mengenai tingkah laku
kewangan dihantar melalui rakan-rakan, sekolah, keluarga, dan media (Fox,
Bartholomae & Gutter, 2000); Lee & Hogarth, 1999); Shim, Xiao, Barber & Lyons,
2009); Xiao, Tang & Shim, 2008) dengan keluarga menjadi agen utama socialisasi.
Kanak-kanak belajar ilmu kewangan melalui pemerhatian dan penyertaan mereka dalam
tingkah laku kewangan dan melalui arahan ibu bapa mereka yang secara langsung dan
secara tidak langsung boleh memberi kesan pelupusan kewangan mereka (Mandell,
1997). Tekanan rakan sebaya dan media adalah dua contoh tekanan yang sering
memberi kesan ke atas sikap seseorang. Kajian oleh Gutter & Garrison (2008)
mendapati model peranan ibu bapa mungkin penting dalam membentuk tingkah laku
kewangan dan paling tidak sedikit sebanyak penting untuk membentuk kepercayaan
berkaitan tentang norma tingkah laku rakan sebaya.
60
2.4.6 Literasi Kewangan
Literasi kewangan merupakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
mengendalikan cabaran kewangan serta membuat keputusan mengenai kewangan dalam
kehidupan seharian (Sohn, Joo, Grable, Lee & Kim, 2012). Kajian lepas menunjukkan
tahap pengetahuan mengenai kewangan merupakan isu yang penting dalam tingkah laku
pengurusan kewangan. Ini kerana kekurangan pengetahuan mengenai kewangan boleh
menjurus ke arah bebanan hutang (Norvilitis, Merwin, Osberg, Roehling, Young, &
Kamas, 2006). Tambahan pula, kekurangan ilmu tentang kewangan boleh
mempengaruhi keupayaan pelajar dalam membuat keputusan yang positif mengenai
kewangan di sepanjang hidup mereka (Jorgensen & Savla, 2010).
Kajian literasi kewangan terhadap golongan muda telah banyak dilakukan dan
kajian Scheresberg (2013) mendapati bahawa kebanyakan golongan muda mempunyai
kurang asas pengetahuan tentang kewangan. Ini juga disokong di dalam kajian Lusardi,
Mitchell & Curto (2009) yang mendapati pengetahuan kewangan dalam kalangan
golongan muda adalah rendah dan hanya satu per tiga sahaja yang mempunyai
pengetahuan asas mengenai kadar faedah, inflasi dan kepelbagaian risiko. Ini boleh
menghadkan keupayaan mereka untuk membuat keputusan kewangan dengan baik
(Chen & Volpe, 1998). Kajian yang dilakukan Dahlia, Rabitah, dan Zuraidah (2009)
juga menunjukkan bahawa pelajar kolej mempunyai tahap pengetahuan kewangan yang
rendah dan turut memiliki kemahiran pengurusan wang mereka sangat lemah.
Literasi kewangan sangat penting dalam mengekalkan ekonomi yang stabil dan
membolehkan seseorang mencapai status kewangan yang baik. Disebabkan itu, ramai
penyelidik mengkaji sejauh mana tahap literasi seseorang individu terutama golongan
muda seperti pelajar kolej ke atas aspek kewangan. Namun begitu, tidak ramai yang
61
mengkaji tahap pengetahuan kewangan golongan yang lebih muda iaitu kanak-kanak.
Ini mungkin kerana, menurut Sherraden (2010) terdapat anggapan bahawa apabila
kanak-kanak belajar tentang kewangan seawal usia mereka lagi, mereka akan
menggunakan kemahiran serta tabiat yang diterapkan sehingga dewasa.
Satu kajian tentang kanak-kanak telah dilakukan bagi menfokuskan bagaimana
seseorang kanak-kanak memperoleh pemahaman tentang ekonomi terutama mengenai
kewangan (Webley, 2005). Hasil kajian tersebut menunjukkan kanak-kanak
menunjukkan pemahaman yang tinggi tentang kewangan semasa mereka berusia 6
hingga 12 tahun. Satu kajian lain juga telah dilakukan dengan menggunakan barang
permainan sebagai alat interaksi responden dengan aspek kewangan. Kajian tersebut
menunjukkan bahawa kanak-kanak berusia 6 tahun mula memahami bahawa adalah
bagus untuk menyimpan wang, namun bagi mereka wang yang disimpan adalah
bermaksud wang mereka hilang. Manakala apabila usia mereka 9 tahun, kanak-kanak
mula memahami bahawa menyimpan wang di bank dapat melindungi wang mereka
daripada hilang. Dan apabila umur mereka mencecah 12 tahun, kanak-kanak sudah
mampu untuk berfikir bagaimana cara untuk membuat perbelanjaan dengan baik dan
mampu memahami konsep-konsep kewangan seperti kadar faedah.
Pendekatan mikro ekonomi konvensional terhadap konsep simpanan dan
keputusan berkaitan penggunaan menegaskan bahawa individu yang rasional dan
bermaklumat akan menggunakan kurang daripada keseluruhan pendapatannya pada
masa memperolehi pendapatan yang tinggi, sekali gus berjimat untuk menyokong
penggunaan ketika saat kehilangan pendapatan sebagai contohnya selepas bersara.
Modigliani dan Brumberg (1954); Friedman (1953) mencadangkan pengguna agar
membuat simpanan yang optimum dan corak perbelanjaan untuk melicinkan utiliti
62
marginal ke atas baki masa hayatnya. Banyak kajian telah menunjukkan bagaimana
proses pengoptimuman kitaran hidup manusia boleh dibentuk oleh pilihan pengguna
(contohnya, penghindaran risiko dan kadar diskaun), persekitaran ekonomi (contohnya,
pulangan berisiko ke atas pelaburan dan mudah tunai), dan faedah jaringan keselamatan
sosial (contohnya, ketersediaan dan kemurahan hati skim kebajikan dan faedah
keselamatan sosial).
Secara umum, model mikro ekonomi sedia ada menganggap bahawa individu
boleh merangka, melaksanakan penjimatan dan perbelanjaan, yang memerlukan mereka
untuk memiliki keupayaan melaksanakan pengiraan ekonomi yang kompleks serta
mempunyai kepakaran dalam menangani pasaran kewangan. Bagaimanapun, tidak
ramai yang mempunyai pengetahuan kewangan yang tinggi. Lebih-lebih lagi, usaha
memperoleh pengetahuan berkaitan aspek kewangan mungkin memerlukan kos
kewangan yang tinggi. Pada masa lalu, apabila pencen persaraan telah direka dan
dilaksanakan oleh kerajaan, individu pekerja akan menumpu perhatian yang sedikit
terhadap butir-butir berkaitan perancangan kewangan mereka. Hari ini, berlaku perkara
sebaliknya, semenjak simpanan, pelaburan dan penggunaan sumber untuk persaraan
berlaku dalam persekitaran pencen yang bersifat peribadi, jurang antara model dan
realiti adalah bernilai untuk diterokai, khususnya untuk menilai yang mana lebih baik di
antara model dan realiti.
Walaupun terdapat satu badan teori dan kajian empirik ke atas ekonomi
pendidikan, perhatian kurang diberikan kepada persoalan bagaimana manusia
memperoleh dan menggunakan literasi kewangan. Namun, terdapat beberapa kertas
kajian telah mula mengkaji berkaitan literasi kewangan dan hubungannya dengan sistem
63
kewangan, simpanan dan tingkah laku pelaburan (Delavande, Rohwedder, & Willis,
2008); Jappelli & Padula, 2013); Hsu, 2011); Lusardi, Michaud, & Mitchell, 2013)
Sebagai contoh Delavande, Rohwedder & Willis (2008) telah membentangkan
satu model mudah dwi-tempoh bagi aktiviti menyimpan dan peruntukan portfolio
berdasarkan pelaburan di dalam bon selamat dan saham berisiko. Pada masa yang sama
ia turut membenarkan peningkatan sumber modal insan dalam bentuk pengetahuan
berkaitan kewangan (Ben-Porath, 1967). Dalam konteks modal insan, Becker (1975).
pula menegaskan bahawa individu secara optimum akan memilih untuk melabur dalam
pengetahuan berkaitan kewangan untuk mendapatkan akses kepada pulangan asset yang
lebih tinggi seperti penawaran gaji yang lebih tinggi. Tahap literasi kewangan yang
tinggi membantu individu mengenal pasti aset yang lebih baik atau mengupah penasihat
kewangan yang boleh mengurangkan perbelanjaan pelaburan mereka. Hsu (2011),
menggunakan pendekatan yang sama ke atas isi rumah di mana suami perlu menjadi
pakar dalam ilmu berkaitan kewangan, manakala isteri meningkatkan pengambilalihan
pengetahuan berkaitan kewangan apabila ia menjadi lebih satu keperluan (apabila
kematian pasangan).
Literasi kewangan membolehkan individu untuk mengendalikan kewangan dan
membantu mereka untuk membuat keputusan yang bijak mengenai kewangan (Beal &
Delpachtra, 2003). Namun begitu, kajian telah menunjukkan bahawa literasi kewangan
yang rendah terutamanya dalam kalangan orang dewasa adalah disebabkan oleh aspek
kewangan yang rumit pada masa ini. Mereka gagal untuk membuat keputusan yang
betul kerana tidak menerima pendidikan kewangan peribadi yang baik (Hira,
Fitzsimmons, Hafstrom, & Bauer, 1993).
64
Laporan OECD (2006) telah menunjukkan bahawa tahap literasi kewangan yang
rendah direkodkan di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara maju. Di Jepun,
misalnya, 71% daripada orang dewasa kurang mempunyai pengetahuan tentang
pelaburan, manakala tinjauan di Amerika Syarikat dan Korea mendapati bahawa orang
dewasa gagal dalam ujian untuk mengukur keupayaan mereka dalam memilih dan
menguruskan kad kredit atau menyimpan untuk persaraan. Dalam konteks Malaysia,
literasi kewangan di kalangan orang dewasa masih rendah terutamanya yang berkaitan
kad kredit dan pinjaman. Manakala, 70% daripada orang dewasa pula merasakan
bahawa mereka sukar untuk menguruskan kewangan mereka sendiri dan menyumbang
kepada kepuasan kewangan yang lebih rendah.
2.4.7 Kesejahteraan Kewangan
Kesejahteraan kewangan merupakan sesuatu hasil (output) dari kejayaan proses
perancangan kewangan yang melibatkan pembangunan pelan kewangan dan
pembentukan sikap terhadap wang. Ia boleh diukur berdasarkan tahap kekuatan dan
kepuasan kewangan yang dimiliki oleh individu dan isi rumah. Pandangan yang popular
mentakrifkan maksud kesejahteraan kewangan sebagai keadaan yang sihat, bahagia,
sejahtera, gembira dan bebas dari kebimbangan (Joo & Garman, 1998).
Dalam mengukur tahap kesejahteraan kewangan individu, terdapat dua
pendekatan yang digunakan iaitu pengukuran secara objektif dan subjektif. Pengukuran
secara objektif mengunakan kaedah pengukuran kuantitatif iaitu situasi kewangan yang
boleh dilihat daripada pemerhatian dan boleh dicapai melalui kajian ke atas penggunaan
barangan, simpanan, status sosio-ekonomi dan harta (Porter & Garman, 1993).
Manakala pengukuran secara subjektif pula memahami tingkah laku kewangan
65
pengguna berdasarkan hubungan persepsi dengan tahap kepuasan kewangan seseorang.
(O‟Neill, Sorhaindo, Prawitz, Kim, & Garman, 2006). Lebih mudah untuk difahami,
kesejahteraan kewangan individu diukur berdasarkan tahap kecukupan dalam aspek
ekonomi atau keselamatan dalam memenuhi keinginan untuk mendapatkan
perlindungan daripada risiko ekonomi khususnya apabila berhadapan dengan penyakit,
kemiskinan dan kehilangan pekerjaan.
Kesejahteraan kewangan juga adalah satu penunjuk di dalam keseluruhan
kesejahteraan iaitu di bawah konsep kesejahteraan hidup, di mana ia merupakan
kepuasan kepada aspek keseluruhan kehidupan (Diener & Suh, 1997). Joo dan Garman
(1998) menyatakan kesejahteraan kewangan merupakan salah satu domain utama dalam
kesejahteraan hidup dan menjadi penentu kepada kepuasan individu terhadap hal ehwal
berkaitan kewangan mereka. Jika seseorang mempunyai kesejahteraan kewangan yang
tinggi maka ia turut mempengaruhi tahap kesejahteraan hidup mereka. Ia saling berkait
kerana kesejahteraan hidup merangkumi keseluruhan kesejahteraan individu.
Dalam pada itu, Malone, Stewart, Wilson dan Korsching (2010); Sabri dan
Falahati (2012) pula telah mengemukakan empat domain kesejahteraan kewangan
merangkumi persepsi kewangan semasa dan masa depan, tingkah laku pembelian dan
sikap terhadap insurans bagi penjagaannya dijangka masa panjang. Dalam pada itu,
kesejahteraan kewangan ini difahami sebagai suatu kegembiraan atau kepuasan
terhadap situasi kewangan dan juga merujuk kepada perasaan seseorang terhadap
kedudukan kewangan mereka. (Porter & Garman, 1993).
Bernstein (2004) menyatakan aspek kewangan termasuk di dalam enam domain
yang saling membentuk dan membina kesejahteraan hidup iaitu kesihatan, rumah,
kelapangan, pekerjaan dan kepuasan terhadap alam sekitar. Walaupun terdapat
66
perbezaan dari segi bilangan domain kesejahteraan, para penyelidik bersetuju dalam
menggambarkan bahawa situasi yang sama perlu dilalui oleh pengguna dalam
memperoleh kesejahteraan kewangan dan kesejahteraan hidup. Pengguna yang memiliki
tahap kesihatan yang baik, gembira, miliki rumah sendiri, pekerjaan yang baik,
kepuasan dalam kedudukan kewangan yang stabil dan juga alam sekitar yang bersih
sudah cukup menggambarkan kesejahteraan kewangan yang telah mereka capai.
Terdapat perkaitan yang baik antara kesejahteraan kewangan dan aspek ekonomi.
Secara umumnya, kesejahteraan kewangan cenderung untuk melibatkan aspek
kehidupan kewangan dan ekonomi yang lebih luas, dan ia sering diukur berdasarkan
tahap pendapatan individu (Breen, 1991; Hayhoe, & Wilhelm, 1998; Porter & Garman,
1993; Williams, 1993). Berbeza dengan Breen (1991), beliau melihat kesejahteraan
kewangan sebagai mempunyai tahap kesihatan dan penjagaan peribadi yang berkualiti,
pendapatan dan aset yang mencukupi, kesediaan undang-undang dan bimbingan
profesional, serta produk dan perkhidmatan. Williams (1993) pula melihat kesejahteraan
ekonomi berbanding kesejahteraan kewangan berdasarkan aspek material dan bukan
material yang dimiliki oleh seseorang.
Kesejahteraan ekonomi bagi beliau merangkumi sumber pendapatan, pendapatan
sebenar, perjanjian mengenai pengagihan dan pendapatan psikik iaitu kepuasan yang
diperoleh atas perbelanjaan barangan dan perkhidmatan. Dari dapatan di atas jelas
menunjukkan kesejahteraan kewangan cenderung dilihat dari aspek ekonomi pengguna
terutamanya aspek pendapatan pengguna itu sendiri. Dilihat juga dari sudut material dan
bukan material keadaan kewangan mereka tetapi ada juga kajian menyatakan
kesejahteraan kewangan merangkumi aspek pendapatan, aset, penjagaan kewangan
peribadi, kesihatan yang sihat dan sebagainya. Ia jelas menunjukkan dari pelbagai
67
dapatan kajian di atas dapat dirumuskan bahawa kesejahteraan kewangan sebenarnya
boleh dicapai dari tingkah laku kewangan individu.
Kajian Prawitz et al. (2006) pula melihat kesejahteraan kewangan dari perspektif
individu mengenai perkara-perkara berkaitan aspek kewangan berdasarkan ukuran
terhadap sikap, tingkah laku, kawalan dan keyakinan mereka. Pada tahun 20017,
berdasarkan kajian Prawitz et. al., Garman dan Jariah telah membangunkan satu skala
pengukuran Malaysian Personel Financial Well-being (MPFW) yang diadaptasi
daripada kajian Prawitz et al. (2006) InCharge Financial Distress/Financial Well-being
(IFDFW) dan telah digunakan untuk mengukur kesejahteraan kewangan (Jariah, 2007)
Hira dan Mugenda (1999) telah menjalankan satu kajian bagi mengukur tahap
kesejahteraan kewangan individu atau pengguna menggunakan pelbagai item berikut
merangkumi aspek kepuasan terhadap jumlah simpanan, keadaan pada masa kini,
keupayaan mendapatkan apa yang diingini, wang simpanan kecemasan pada masa kini,
keupayaan mendapatkan apa yang diingini, wang simpanan kecemasan, kemampuan
berbelanja dan kemahiran menguruskan wang. Simpanan kecemasan dan persaraan
adalah penting kerana ia diperlukan untuk menampung keperluan kecemasan dan
kehidupan hari tua. Pelbagai pernyataan yang dinyatakan di atas bertujuan untuk
mengetahui tahap kepuasan pengguna ke atas status kewangan mereka. Dari pada
pengukuran ini dapat menggambarkan individu atau pengguna yang bertingkah laku
dalam membuat perancangan, berkeyakinan menguruskan dan membuat kawalan atas
kewangan mereka dengan betul atau tidak.
68
2.5 Kerangka Konseptual Kajian Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang
Terancang
Daripada senarai kajian lampau di atas, Teori Tingkah Laku Yang Terancang digunakan
secara menyeluruh dalam kajian berkaitan institusi kewangan dan perkhidmatan produk
kewangan yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan dalam kajian
lampau berkaitan kajian tingkah laku dalam perancangan kewangan yang melibatkan
niat tingkah laku terhadap komponen utama perancangan kewangan meliputi simpanan
dan pelaburan, perlindungan takaful, pengurusan zakat, persaraan dan perancangan estet
dan perancangan pendidikan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencadangkan satu
kerangka konsep yang ringkas untuk menentukan kesahan Teori Tingkah Laku Yang
Terancang yang mengaitkan sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku
individu dengan tingkah laku merancang kewangan berdasarkan prinsip syariah atau
disimpulkan sebagai tingkah laku melaksanakan aktiviti berkaitan perancangan
kewangan Islam.
Dalam membentuk satu kerangka kajian yang kuat dan mudah dianalisa, model
pengurusan sumber keluarga yang dibangunkan oleh Deacon dan Firebaugh (1988)
yang sebelumnya didasarkan kepada system teori oleh Maloch dan Deacon (1966)
digunakan untuk meletak komponen angkubah-angkubah kajian di dalam tiga
komponen utama iaitu input, thruput dan output. Teori sistem adalah teori yang paling
lazim digunakan di dalam membincangkan amalan berkaitan pengurusan sumber dan
tingkah laku kewangan individu atau keluarga.
Di dalam komponen input, terdapat tiga faktor utama iaitu demografi, sosialisasi
kewangan dan literasi kewangan. Manakala di dalam komponen truput, Teori Tingkah
Laku Yang Terancang menjadi angkubah bebas kepada hasil proses tingkah laku
69
individu. Di dalam truput, aktiviti merancang dan melaksana tindakan adalah kayu
pengukur utama kepada kejayaan atau hasil bertingkah laku. Sikap, norma subjektif dan
persepsi kawalan tingkah laku dan niat bertingkah laku adalah komponen kepada
merancang dan tingkah laku individu adalah komponen melaksana tindakan. Komponen
tingkah laku mengunakan senarai amalan individu di dalam komponen perancangan
kewangan.
Komponen output pula mengunakan senarai kesejahteraan kewangan (financial
wellbeing) yang dibangunkan oleh Garman dan Jariah (2007) berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Kajian Prawitz et al. (2006). Dari perbahasan di atas, satu kerangka
konsep kajian berkaitan tingkah laku dibangunkan mengunakan pendekatan sistem
pengurusan. Penggunaan komponen input, thruput dan output sesuai untuk
menerangkan tingkah laku dalam proses perancangan kewangan. Kerangka konseptual
perancangan kewangan dibentangkan seperti pada gambar rajah 2.7.
Input Thruput Output
Gambar Rajah 2.7: Kerangka Konseptual Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan
Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang
Sikap
Norma Subjektif
Perspesi Kawalan
Tingkah laku
Demografi
Sosialisasi
Kewangan
Literasi
Kewangan
Niat
Tingkah laku Tingkah laku
Kesejahteraan
Kewangan
70
2.6 Kesimpulan
Bab ini telah menjelaskan kerangka kajian yang bakal dijalankan berdasarkan Teori
Tingkah Laku Yang Terancang yang melibatkan tiga konstruk utama iaitu sikap, norma
subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku. Teori ini di sokong oleh tiga antecedent
utama iaitu demografi, sosialisasi kewangan dan literasi kewangan. Kajian bertujuan
untuk melihat adakah konstruk niat dan tingkah laku dipengaruhi oleh komponen Teori
Tingkah Laku Yang Terancang. Teori tingkah laku adalah satu teori yang gemar
digunakan oleh penyelidik khusus dalam mengenalpasti tingkah laku individu terhadap
sesuatu perkara seperti aspek kewangan. Hasil terakhir yang diharapkan ialah untuk
melihat hubungan tingkah laku dengan kesejahteraan kewangan individu. Komponen
kesejahteraan hidup meliputi banyak perkara antaranya adalah aspek kewangan. Kajian
ini diharap dapat menunjukkan kepentingan tingkah laku perancangan kewangan Islam
dalam mempengaruhi kesejahteraan kewangan individu.
71
BAB 3: SEJARAH PERKEMBANGAN PERANCANGAN KEWANGAN
3.1 Pengenalan
Bab ini secara khusus membincangkan objektif pertama iaitu meneroka sejarah dan
evolusi bidang perancangan kewangan ke atas perkembangan perancangan kewangan
Islam di Malaysia. Bahagian pertama dalam bab ini akan menjelaskan sejarah
perkembangan bidang perancangan kewangan dan bagaimana bidang tersebut membuka
minat penyelidik dan ahli akademik dalam melihat pengaruh perancangan kewangan ke
atas tingkah laku pengguna. Bahagian kedua pula membincangkan sejarah
pembangunan perancangan kewangan Islam, institusi kewangan dan aspek
perundangan.
Secara umumnya, perkembangan pesat sistem kewangan dunia mempengaruhi
corak kehidupan dan kualiti hidup manusia. Peningkatan tahap kualiti hidup isi rumah
bermaksud purata aliran tunai dan perbelanjaan kewangan dalam kitaran perbelanjaan
isi rumah turut meningkat. Ia bersesuaian dengan pelan kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Kesebelas (RM-11), 2016-2020, yang menyedari tugas untuk meningkatkan
lagi ekonomi rakyat dengan memastikan ekonomi modal (capital economy) negara terus
berkembang dan mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan isi rumah,
menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan, keusahawanan serta jaringan
keselamatan sosial. Kehidupan moden merubah gaya hidup individu, peluang mereka
mendapatkan barangan dan perkhidmatan di pasaran, serta pelbagai jenis perbelanjaan
keluarga. Tanggungjawab ketua isi rumah dalam sesebuah keluarga pula bukan hanya
tertakluk kepada membesarkan anak-anak tetapi turut merangkumi aspek pengurusan
72
sumber yang terdapat di persekitaran. Mengurus sesebuah keluarga dan memenuhi
keperluan kewangan isi rumah di bandar lebih mencabar berbanding kehidupan di desa.
Ia menuntut keprihatinan individu di dalam keluarga untuk merancang sumber
kewangan dengan berhemah.
Perkembangan arus pemodenan yang sentiasa berubah menuntut individu agar
bijak menilai pelbagai jenis produk kewangan yang ditawarkan di pasaran. Justeru,
bidang kewangan peribadi (personal finance) dan turut dikenali dengan perancangan
kewangan peribadi (personal financial planning) menjadi subjek penting kepada
individu dan semakin mendapat perhatian dalam perbincangan ilmiah di kalangan ahli
akademik malah merupakan satu topik hangat perbincangan masyarakat kini. Bidang
ini turut mendapat liputan luas dalam penulisan buku ilmiah, artikel dalam penerbitan
popular sehingga ke jurnal akademik.
Topik utama perbincangan perancangan kewangan berkaitan peranan individu
dalam membuat keputusan berkaitan aspek kewangan dan pilihan terbaik dalam
memenuhi keperluan keluarga. Menurut Vivienne (2006), individu perlu mengurus
sumber yang terhad, melindungi sumber, membuat pelaburan serta mengurus
perbelanjaan dan simpanan,. Antara topik utama lain yang turut menjadi bahan kajian
dalam perancangan kewangan ialah belanjawan, percukaian, pengurusan tunai,
pengurusan hutang, pengurusan risiko, pelaburan, perancangan persaraan dan
perancangan estet.
Pelbagai definisi diberikan oleh penyelidik dalam membincangkan maksud
perancangan kewangan. Menurut Gourgues dan Homrich (1988) perancangan
kewangan adalah satu proses berterusan dalam membentuk, melaksana dan mengemas
kini matlamat kewangan, dan mengenal pasti di mana kedudukan kewangan seseorang
73
sekarang dan ke mana hendak dituju. Manakala David dan Glenn (1972) berpendapat
bahawa terdapat empat aspek utama dalam pengurusan kewangan tidak kira ianya
bersifat peribadi, korporat dan awam iaitu pertama mesti berasaskan pelan perancangan
kewangan yang baik, mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyokong pelan
perancangan, mengawal perbelanjaan dan mesti menyelesaikan sesuatu masalah.
Walaupun fungsi berbeza, menurut pengkaji di atas perancangan kewangan adalah
proses menganalisa masalah, penyediaan pilihan penyelesaian dan bagaimana untuk
melaksanakannya.
Perancangan kewangan juga membentuk pembangunan dan pelaksanaan pelan
kewangan yang baik bagi mencapai objektif kewangan. Menurut Deacon dan Firebaugh
(1981) perancangan dan pelaksanaan adalah komponen utama truput yang menentukan
kejayaan sesuatu proses pengurusan sumber, perancangan kewangan atau pengurusan
kewangan. Justeru, kepentingan perancangan jelas dapat dilihat dari perbincangan di
atas dalam konteks hala tuju, pelaksanaan, kawalan dan pencapaian matlamat khususnya
dalam mencipta kejayaan dalam aspek pengurusan kewangan.
3.2 Sejarah Ringkas Evolusi Perancangan Kewangan
Tidak terdapat rekod berkaitan tarikh yang tepat mengenai permulaan perbincangan
bidang perancangan kewangan. Namun maklumat pertama yang dapat direkodkan ialah
mengenai kajian berkaitan perancangan kewangan keluarga oleh David Davies apabila
beliau memeriksa akaun kewangan enam keluarga di sebuah daerah di Berkshire,
England. Dari pemeriksaan ke atas akaun tersebut, beliau mendapati terdapat kesukaran
di kalangan enam keluarga tersebut untuk memenuhi keperluan kewangan harian
mereka (Davies, 1795). Dari rekod kewangan enam keluarga tersebut, beliau
74
meneruskan kajian ke atas rekod kewangan 129 keluarga lagi dan dari hasil kajian
tersebut, beliau mengusulkan satu akta berkaitan undang-undang gaji minima
diperkenalkan di England.
Manakala, Pierre Guilliame Fredrick Le Play direkodkan pula sebagai pengkaji
pertama yang menjalankan kajian berkaitan pendapatan dan perbelanjaan. Menurut
beliau pengetahuan berkaitan status kewangan sesebuah keluarga dapat diperoleh dari
kajian hubungan antara pendapatan dan perbelanjaan sesebuah keluarga (Zimmerman &
Frampton, 1935). Untuk mendapatkan maklumat berkaitan belanjawan, perbelanjaan
dan tingkah laku isi rumah, beliau sanggup tinggal bersama responden kajian beliau
semata-mata untuk mendapatkan maklumat. Pemerhatian beliau diterbitkan dalam siri
monograf bertajuk “Les Ouvries Europeens” tahun 1878 (Le Play, 1878).
Sejarah perancangan kewangan bermula lebih 200 tahun dahulu apabila ahli
ekonomi berusaha untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan pengurusan
harian rumah tangga, keluarga dan sains pengguna (Gross, Crandall, & Knoll, 1980).
Usaha awal berkaitan kajian persekitaran ekonomi keluarga dapat dilihat oleh pada
kajian yang dijalankan oleh Eden, Ducpetiaux, La Play dan pengkaji yang pada akhir
abad ke 19 (Margaret & Gordon, 1993). Namun kajian yang dijalankan mendapati
terdapat kekurangan dari aspek kaedah dan teknik penyelidikan serta bahan ilmiah yang
sukar didapati pada ketika itu. Walau bagaimanapun, usaha mereka yang sangat
berdedikasi sepatutnya diberi pujian khususnya dalam mencari kaedah bagi meningkat
tahap ekonomi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Mereka juga sebenarnya
telah membuka ruang awal kepada minat masyarakat mengkaji berkaitan tingkah laku
kewangan pengguna.
75
Minat masyarakat terhadap aspek berkaitan kualiti dan corak ekonomi keluarga
mula berkembang di Amerika Syarikat apabila satu siri akta yang dinamakan Akta
Morrill diluluskan pada tahun 1862 dan 1890. Tujuan utama akta tersebut digubal
adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada masyarakat awam seperti mana
peluang pendidikan yang mudah diperoleh oleh golongan elitis ketika itu. Pada tahun
1887, Akta Hatch pula diluluskan untuk menyediakan dana dan memperkasakan setiap
pusat pertanian dalam menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan. Namun Akta Hatch
1887, banyak tertumpu dalam memberi pendedahan terhadap isu-isu berkaitan
makanan, nutrisi dan tekstil dan tidak banyak memberi ruang dan pembiayaan kepada
pendidikan berkaitan ekonomi keluarga (Margaret & Gordon, 1993). Namun,
pengenalan Akta Hatch 1887 telah membuka peluang kepada pengenalan pelbagai
subjek pendidikan yang lain pada masa hadapan antaranya pendidikan berkaitan
ekonomi rumahtangga yang diperkenalkan pada awal abad kurun ke-20.
Dalam bidang ekonomi keluarga (family economics), pada awalnya
kecenderungan kajian ilmiah tertumpu kepada topik yang berkaitan pengenalan kepada
ekonomi keluarga (Benjamin, 1935), masalah berkaitan ekonomi keluarga (Hazel,
1933), ekonomi pengeluaran (Margaret, 1934), ekonomi persekitaran (Hazel, 1953) dan
penggunaan pendapatan (Elizabeth, 1928). Seterusnya, hasil dari perbincangan topik di
atas, dekad 1970an membuka perbincangan terhadap modal insan (human capital) dan
konsep asas berkaitan ekonomi keluarga. Perbahasan berkaitan konsep asas ekonomi
keluarga adalah penting ke arah mengenal pasti dan menilai kajian ilmiah berkaitan isi
rumah di dalam sistem ekonomi. Lima asas utama ekonomi keluarga pada masa itu
adalah unit keluarga, peruntukan sumber, pendapatan, kekayaan dan kebajikan.
76
Kajian berkaitan ekonomi keluarga adalah lanjutan daripada teori mikroekonomi.
Bermula pada tahun 1950-an itu sendiri, ahli ekonomi bermula dengan menganalisis dan
mengkaji keluarga sebagai unit ekonomi dalam rangka kerja aktiviti ekonomi yang lebih
besar. Menurut Deborah (1999), isi rumah tidak hanya ditentukan oleh darah,
perkahwinan atau pengangkatan. Tetapi merangkumi orang yang bertugas dalam
memperuntukkan sumber yang terhad untuk memaksimumkan kebajikan ahli-ahlinya.
Isi rumah juga bermaksud orang-orang yang diam di bawah bumbung yang sama dan
mengerakkan sebuah keluarga. Ekonomi keluarga atau ekonomi isi rumah melihat cara
keluarga memperuntukkan sumber untuk memaksimumkan kebajikan ahli-ahlinya.
Matlamat utama bidang ekonomi keluarga adalah untuk meningkatkan kesejahteraan
keluarga dengan mencipta teori dan dasar awam.
Menurut Schultz (1974), pengarang sebuah buku terkenal dalam bidang ekonomi
keluarga menunjukkan bahawa ekonomi keluarga telah berkembang pesat dalam arus
perdana idang ekonomi dan dimulakan oleh Gary Becker, Yakub, dan Mincer. Gary
Becker yang juga merupakan pakar dalam Ekonomi Amerika telah menulis sebuah buku
yang berjudul "ekonomi rumah baru" dan ia telah mengunakan teori ekonomi kepada
soalan-soalan yang penting di dalam rumah dan tingkah laku keluarga. Sebagai contoh,
di dalam pasaran perkahwinan, berusaha mendapatkan zuriat dan sikap pemurah dalam
keluarga.
Walau bagaimanapun, jika kita melihat kembali kepada evolusi disiplin ini, ahli
ekonomi awal kebanyakannya berminat terhadap keupayaan individu menyumbang
kepada pengeluaran sosial, yang diterjemahkan kepada kemampuan menyediakan
jumlah buruh dalam pasaran buruh. Aktiviti pengeluaran di dalam rumah itu bukan satu
isu yang utama ketika itu. Theodore Schultz merupakan perintis awal dalam bidang ini
77
yang memutuskan bahawa ekonomi rumahtangga adalah tajuk pilihan untuk disiplin
ilmu dan menjadi satu bahagian yang berbeza dari disiplin ekonomi umum. Pada tahun
1905, mata pelajaran yang sebenar diajar dalam ekonomi rumah lebih tertumpu kepada
kerja-kerja rumah seperti memasak, menjahit atau amalan kebersihan dan bukan
ekonomi. Pada 1910, apabila Persatuan Ekonomi Rumahtangga Amerika (AHEA)
ditubuhkan, bidang utama ekonomi rumahtangga berpusat di sekitar makanan, kesihatan
dan tugas rumah tangga. Selepas itu, Gwendolyn Stewart mencadangkan kursus kolej-
tahap baru yang dikenali sebagai "Ekonomi Keluarga,". Kursus ini akan mengkaji
disiplin ekonomi keluarga dan bukan aktiviti-aktiviti utama (Wall, 1981).
Pada mulanya, bidang perancangan kewangan merupakan satu aliran yang kurang
mendapat perhatian ahli akademik dari jurusan ekonomi dan perniagaan kerana
tumpuan utama lazimnya membincangkan aspek utama ekonomi berkaitan sistem
ekonomi dan kewangan negara. Bidang kewangan peribadi pada awalnya kurang
menarik minat pengkaji arus perdana yang lebih menumpu perhatian terhadap berkaitan
isu yang lebih besar seperti pasaran kewangan dan pembangunan prinsip kewangan
korporat. Ini disebabkan tidak semua universiti menawarkan subjek khusus dalam
bidang tersebut. Perubahan berlaku apabila ahli ekonomi dan pengurusan mula memberi
tumpuan kepada bidang tersebut dengan pemberian nama baru iaitu kewangan isi rumah
(household finance) dan menggalakkan ianya dimasukkan di dalam subjek kewangan.
Malah bidang ini juga pada mula tidak mendapat sokongan akademik khususnya
pengiktirafan melalui mana-mana jurnal akademik yang terkenal. Ini adalah disebabkan
ketiadaan definisi dan struktur ilmu yang mantap (Geisteld, 2005).
Bidang kewangan peribadi mula mendapat tempat dalam perbincangan ilmiah di
kalangan pengkaji bidang kewangan pengguna lewat 80an (Schuchardt, Durband,
78
Bailey, DeVaney, Grable, Leech, Lown, Sharpe, & Xiao, 2007). Kumpulan pengkaji
yang mempunyai minat mendalam dalam bidang tersebut antaranya ialah kumpulan
pengkaji dari bidang ekonomi keluarga, ekonomi pengguna, pendidikan pengguna dan
pengurusan sumber isi rumah. Beberapa perubahan yang berlaku pada akhir dekad 80an
dan awal 90an telah merubah landskap akademik apabila AFCPE (Association of
Financial Counseling and Planning Education) telah ditubuhkan pada pertengahan
80an. Melalui inisiatif AFCPE, International Journal of Financial Counseling and
Planning telah diwujudkan dan seterusnya menyediakan satu medan baru kepada
penyelidik dan pengkaji yang berminat di dalam berkaitan kewangan peribadi (personal
finance) untuk menjana ilmu, menyiarkan maklumat, mendidik profesional dan
menyediakan program berkaitan pendidikan kewangan (Reynolds & Abdel-Ghany,
2001). Kesan penubuhan AFCPE juga telah merangsang penubuhan beberapa organisasi
lain dan jurnal akademik yang memfokuskan perbincangan di dalam kewangan
peribadi. Antara jurnal yang terkenal adalah Financial Services Review, Journal of
Financial Planning, Journal of Personal Finance, Journal of Behavioural Finance,
Journal of Investing, Journal of Financial Services Professionals dan Journal of Family
and Economics Issues.
Selain itu, penubuhan ACFPE dan International Journal of Financial Counseling
and Planning bertujuan membuka ruang yang lebih luas kepada ahli akademik dalam
bidang ekonomi dan kewangan membahadskan isu-isu berkaitan pengurusan peribadi
dan sumber isi rumah berbanding isu-isu pengguna atau masalah ekonomi yang lebih
luas. Malah membuka ruang baru kepada penyelidik bidang kewangan peribadi untuk
menerbitkan jurnal ilmiah mereka selain dari jurnal ekonomi dan kewangan kerana
fokus dan tumpuan yang berbeza (Schuchardt et. al. 2007).
79
Kewangan peribadi berasal dari cabang kajian sains pengguna (consumer science)
meliputi bidang ekonomi keluarga (family economics), ekonomi pengguna (consumer
economics) dan ekonomi kepenggunaan (consumption economics). Setelah cabang sains
pengguna diberi satu proses pendefinisian khusus untuk memantapkan bidang tersebut
meliputi tiga bidang di atas (Ritchey, 1978) dan diterbitkan di dalam Home Economics
Research Assessment Planning Projections Report yang turut dikenali sebagai “The
HERAPP Report”, maka lanjutan dari proses tersebut bidang sains pengguna terus
mendapat minat pengkaji dan penyelidik di serta dunia.
Walaupun kewangan peribadi hanya mendapat pengiktirafan sebagai cabang
akademik dan berkembang pesat selepas penubuhan AFCPE, wacana penulisan
berkaitan kewangan peribadi sebenarnya telah pun bermula seawal tahun 1911, 1935
dan 1954. Menurut Liston dan Gordon (1993), pada tahun 1911 seorang sarjana
bernama Kinley telah mencadangkan tentang ide ekonomi awam patut menjadi kursus
asas kepada kaum wanita, dan Andrew pada tahun 1935 pula menegaskan bahawa
amalan berkaitan kewangan peribadi seperti menyimpan rekod kewangan perlu menjadi
satu tabiat isi rumah (Glenn & Mary, 2008). Penegasan yang sama turut diulas oleh
Hanson dan Cohen (1954) dalam antara buku teks terawal yang diterbitkan berkaitan
pengurusan kewangan peribadi. Penulisan berkaitan kewangan peribadi menjadi
semakin rancak apabila Persatuan Antarabangsa Perancang Kewangan (International
Association Financial Planning-IAFP) dan Kolej Perancangan Kewangan (College of
Financial Planning) ditubuhkan dalam tahun 1969. Antaranya penulis awal adalah
Helen dan Melinda (1968); David dan Glenn (1972); Richard (1972); Edward (1975);
Benjamin dan Fannie (1976). Fokus utama penulis-penulis ini adalah aspek kewangan
peribadi, pengurusan wang dan kesannya ke atas pengguna. Ketika ini, pendidikan
80
berkaitan kewangan peribadi sudah menjadi salah satu bidang pengajian yang utama
dalam universiti di Amerika Syarikat. Malah turut diikuti di universiti seluruh dunia
termasuk Malaysia.
Bidang kewangan peribadi kurang menarik minat penyelidik kerana tumpuan
mereka kepada berkaitan isu yang lebih besar seperti pasaran kewangan dan
pembangunan prinsip kewangan korporat. Ia turut disumbangkan oleh ketiadaan
program akademik yang ditawarkan di universiti awam Amerika Syarikat.
Pembangunan bidang perancangan kewangan sebagai cabang ilmu pengetahuan dan
kemahiran bermula akibat perubahan dalam aspek socio-ekonomi masyarakat. Antara
aspek perubahan yang mempengaruhi corak kehidupan individu berkaitan kewangan
ialah:
a. Perubahan dalam konteks sosial dan ekonomi: tema perubahan merangkumi aspek
perubahan dalam masyarakat, putaran ekonomi dunia yang tidak menentu serta
kepelbagaian tawaran produk dan perkhidmatan kewangan (financial
engineering).
b. Hubungan individu dan isirumah: hubungan antara individu dalam keluarga
mempengaruhi corak perbelanjaan dan penggunaan sumber isirumah.
c. Kitaran hidup keluarga: aspek kewangan individu bermula dari sejak ia dilahirkan
sehingga saat kematian dan kewujudan perancangan kewangan.
3.3 Bidang Utama Dalam Kewangan Peribadi
Kewangan peribadi atau peribadi telah dijadikan asas kepada beberapa gerakan
pengguna (consumer) mempromosikan bidang kewangan berkaitan individu, pengguna
81
dan keluarga. Perkataan peribadi dan personal banyak digunakan untuk menerangkan
maksud individu atau orang perseorangan dalam membincangkan tentang keterlibatan
mereka dalam aktiviti kewangan. Perkataan “peribadi” juga digunakan untuk
membezakan bidang kewangan peribadi (personal finance) dengan kewangan korporat
(corporate finance). Namun di dalam kajian ini, perkataan peribadi digunakan kerana
perkataan tersebut banyak digunakan di dalam penulisan ilmiah dan jurnal utama dunia.
Bidang kewangan peribadi diwujudkan untuk membina masyarakat pengguna
bermaklumat dalam membantu pengguna membuat pilihan, menyusun serta mengurus
kewangan mereka dengan bijak. Kewangan peribadi juga merupakan satu bentuk
kemahiran yang perlu difahami dan dipraktikkan oleh setiap pengguna agar keperluan
kewangan mereka sesuai dengan produk yang ditawarkan. Selain dari kewangan
peribadi, perkataan perancangan kewangan turut dikaitkan dengan kewangan peribadi
dan mula digunakan apabila terdapat rungutan di kalangan penyediaan perkhidmatan
kewangan di Amerika Syarikat berkaitan sistem komisen (commission) dalam
penawaran perkhidmatan kewangan (Brandon & Welch, 2009). Agen penyediaan
perkhidmatan unit amanah hanya memperoleh komisen apabila menjual produk
kewangan tersebut. Begitu juga dengan agen perkhidmatan insurans yang kecewa
dengan komisen yang diterima dari penawaran rangkaian perkhidmatan produk
perlindungan insuran yang pada ketika itu sangat terhad. Selain itu, terdapat rungutan
dari pengguna yang merasa tidak puas hati tentang khidmat nasihat dan prestasi
penyedia perkhidmatan. Justeru, timbul satu keperluan mewujudkan satu kaedah yang
tepat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dan dengan usaha
yang dijalankan oleh Persatuan Antarabangsa Perancang Kewangan (IAFP) maka
82
takrifan perancangan kewangan mulai digunakan untuk mengaitkan dengan aktiviti
kewangan peribadi.
Perkembangan bidang kewangan peribadi selaras dengan kewujudan pelbagai
bidang pekerjaan, perubahan gaya hidup dan peranan wang dalam kehidupan manusia.
Pada akhir abad ke 20, lebih dari 75 peratus penduduk Amerika Syarikat tinggal di
bandar besar dan lebih 62 peratus bekerja dalam sektor perkhidmatan. Perolehan sumber
wang hasil dari pekerjaan telah memudahkan capaian kepada produk dan perkhidmatan
di pasaran. Capaian produk pada awalnya berteraskan kepada sumber tunai kemudian
beransur kepada sumber hutang.
Sistem kewangan moden sangat memerlukan sokongan dari sumber kredit
pengguna bagi menjana permintaan terhadap pelbagai tawaran produk barangan dan
perkhidmatan yang terdapat di pasaran. Bagi ekonomi berskala besar seperti Amerika
Syarikat, sokongan sumber kredit menjana pendapatan kepada pengeluar barangan dan
perkhidmatan. Pengeluaran besar-besaran produk (mass production) telah menurun
harga barangan yang mahal dan sebelumnya hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya
sahaja. Di samping itu, penularan pembiayaan pengguna (consumer financing) melalui
penciptaan pelbagai produk kewangan (financial engineering) bersumberkan kredit
telah secara meluas membantu perolehan barangan oleh golongan pekerja dan
masyarakat pertengahan. Sebagai contoh, pada 1919, General Motors Acceptance
Corporation (GMAC) menjadi syarikat pertama menyediakan perkhidmatan
pembiayaan kepada golongan pertengahan memiliki kereta.
Pembiayaan kewangan telah melonjak permintaan barangan di pasaran. Namun
setiap pembiayaan disertai kos kewangan yang perlu ditanggung oleh pengguna. Akibat
dari kitaran ekonomi yang tidak menentu serta kesan dari kemelesetan ekonomi, ramai
83
pengguna kehilangan pekerjaan serta menghadapi masalah membayar balik hutang ke
atas produk barangan yang telah diperoleh. Maka jumlah yang gagal membayar
pinjaman (loan defaulter) meningkat selari dengan masalah ekonomi yang dihadapi.
Perbincangan aspek berkaitan perancangan kewangan melibatkan dua peringkat
atau proses yang bermula dengan aktiviti peringkat pra-kewangan melibatkan bidang
pendidikan kewangan (financial education) dan pembinaan kekayaan (accumulation of
wealth). Peringkat kedua melibatkan bidang kaunseling kredit dan pelan pengurusan
hutang, dan akhir sekali melibatkan pengurusan kewangan hari tua.
Bidang pendidikan kewangan dan pengurusan kekayaan, bidang perancangan
kewangan, kaunseling kewangan dan penasihatan kewangan merupakan pengerak
utama yang mencadangkan kepentingan kedua-dua aspek tersebut. Manakala, bidang
kaunseling kredit dan pelan pengurusan hutang dalam peringkat kedua meliputi usaha
menolong dan melindungi pengguna dari proses pemuflisan dan penyusunan semula
hutang. Dan akhir sekali, bidang gerontologi kewangan yang menyediakan ruang
penyelidikan dan pendidikan kewangan bagi membantu warga emas menjalani tempoh
persaraan dengan sempurna dan mampu memenuhi keperluan kewangan bagi tempoh
tersebut.
Justeru, bagi memudahkan proses pemahaman berkaitan bidang perancangan
kewangan. Pengklasifikasi perancangan kepada lima bidang teras utama menjelaskan
peranan bidang teras tersebut dalam membantu pengguna menghadapi pelbagai situasi
kewangan. Teras bidang perancangan kewangan adalah seperti berikut iaitu;
3.3.1 Perancangan Kewangan (Financial Planning)
3.3.2 Kaunseling Kewangan (Financial Counseling)
84
3.3.3 Penasihatan Kewangan (Financial Advising)
3.3.4 Kaunseling Kredit (Credit Counseling) dan Pengurusan Hutang (Debt
Management)
3.3.5 Gerontologi Kewangan (Financial Gerontology)
3.3.1 Perancangan Kewangan
Perancangan kewangan merupakan salah satu cabang dalam menyemarakkan minat
masyarakat terhadap aspek berkaitan kewangan peribadi. Cabang ini juga sinonim
dengan usaha menghubungkan pengguna dan perancang kewangan bertauliah. Pada
suku dekad terakhir abad ke 21, pergerakan perancangan kewangan berjaya
meningkatkan rangkaian penawaran produk dan perkhidmatan kewangan bernilai
berbillion dollar di seluruh dunia.
Selaras dengan perkembangan tersebut, pada tahun 2001 kerjaya sebagai
perancang kewangan (financial planner) yang dikaitkan dengan perancangan kewangan
telah diiktiraf sebagai kerjaya nombor satu di Amerika Syarikat (Adam Job Almanac,
2001). Perkembangan pesat pelbagai produk kewangan telah merubah corak hubungan
tradisi pengguna dengan institusi kewangan di mana pengguna perlu bijak memilih
produk yang sesuai dengan keperluan mereka. Tanpa maklumat yang mencukupi dan
nasihat dari perancang kewangan, pengguna mungkin memilih produk yang tidak sesuai
dengan keperluan dan kehendak mereka.
Secara umum terdapat banyak organisasi yang mempromosikan bidang
perancangan kewangan, namun, hanya empat organisasi yang dilihat bersungguh-
sungguh dan berstruktur mendahului usaha tersebut iaitu;
85
i. Persatuan Perancang Kewangan (Financial Planning Association-FPA)
ii. Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi (National Association of
Personal Financial Advisors-NAPFA)
iii. Tabung Endowmen Kebangsaan bagi Pendidikan Kewangan (National
Endowment for Financial Education-NEFE)
iv. Gabungan Perancangan Kewangan (Financial Planning Coalition)
3.3.1.1 Persatuan Perancang Kewangan
Persatuan Perancang Kewangan adalah satu pertubuhan di Amerika Syarikat yang
konsisten memperjuangkan cabang perancangan kewangan. Penubuhan satu pertubuhan
berkaitan perancangan kewangan tidak pernah dibincangkan sebelumnya sehinggalah
pada hari Sabtu, 12 Disember 1969, apabila Loren Dunton bersama 12 individu yang
lain telah menubuhkan Persatuan Etika Kaunseling Kewangan (Society for Financial
Counselling Ethics) pada pertemuan di O'Hare Inn, berhampiran Lapangan terbang
Antarabangsa O‟Hare di Chicago Illinois (Brandon & Welch, 2009). Tujuan penubuhan
persatuan tersebut adalah untuk mengerakkan usaha mengembang dan merangsang
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan kewangan ke seluruh dunia.
Selain memperkenalkan satu kerjaya yang penting dalam bidang penasihatan dan
perundingan yang disebut “perancang kewangan”.
Hasil dari perjumpaan tersebut, Persatuan Antarabangsa Perancangan Kewangan
(International Association for Financial Planning–IAFP) secara rasmi telah ditubuhkan
pada tahun 1970 dan sebuah Kolej Perancangan Kewangan (College for Financial
Planning) telah diwujudkan bagi mendidik profesional dalam bidang teori dan praktis
berkaitan perancangan kewangan (Brandon & Welch, 2009). Kolej Perancangan
86
Kewangan mula menerima pelajar pertama berjumlah 42 pelajar pada tahun 1972 dan
diurus oleh dekan pertama iaitu Jim Johnston. Kurikulum yang diperkenalkan Jim telah
menghasilkan kumpulan pertama graduan program Perancangan Kewangan pada tahun
1973. Graduan pertama telah menubuhkan Institut Perancang Kewangan Bertauliah
(Institute of Certified Financial Planners-ICFP) pada 13hb Oktober 1973. Dan institut
ini telah bergabung dengan IAFP pada tahun 2000 dan membentuk Persatuan
Perancangan Kewangan (FPA). Melalui IAFP, persatuan telah menubuhkan satu cabang
penerbitan majalah yang dikenali sebagai Majalah Perancang Kewangan (Financial
Planner Magazine). Melalui penerbitan majalah ini, ide, misi dan visi persatuan dapat
diperjelaskan kepada masyarakat umum.
Pada tahun 1973, sebanyak 42 graduan pertama Kolej Perancangan Kewangan
berjaya menamatkan pengajian mereka dan seterusnya pada 13 haribulan Oktober 1973,
35 ahli dari 42 graduan kumpulan pertama tersebut telah bersetuju untuk penubuhan
sebuah institut yang dinamakan Institut Perancang Kewangan Bertauliah (the Institute of
Certified Financial Planners–ICFP). Namun pada tahun 2000, IAFP dan ICFP telah
bergabung dan membentuk Persatuan Perancang Kewangan (Financial Planning
Association–FPA)(Brandon & Welch, 2009).
Pada 1980, telah berlaku satu kes mahkamah melibatkan Kolej Perancangan
Kewangan dan Universiti Adelphi kerana tindakan pihak universiti menyalahgunakan
logo CFP dan Certified Financial Planner. Pada September 1984, hasil dari prosiding
perundangan, satu lembaga yang dinamakan Lembaga Standard Antarabangsa
Perancang Kewangan Bertauliah (International Board of Standards for Certified
Financial Planners, Inc.-IBCFP)
telah ditubuhkan oleh Kolej Perancangan Kewangan
(College for Financial Planning) dan Institut Perancang Kewangan Bertauliah (ICFP)
87
sebagai sebuah badan bebas dan bersifat organisasi tanpa untung mengawal selia
perlaksanaan perancangan kewangan di Amerika Syarikat. Secara rasmi IBCFP
ditubuhkan pada Julai 1985. Antara peranan utama IBCFP ialah menawarkan
peperiksaan CFP kepada semua pelajar yang layak melalui institusi yang dibenarkan.
Sebelum ini, pelajar yang berhasrat untuk mengambil peperiksaan CFP perlu mendaftar
diri di Kolej Perancangan Kewangan sahaja. Dengan kewujudan IBCFP, maka program
CFP telah ditawarkan di semua institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat. FPA
menjadi rakan kongsi penting kepada IBCFP dan institusi pendidikan tinggi menjadi
pusat utama menyediakan pendidikan Perancangan Kewangan di Amerika Syarikat dan
secara tidak langsung telah mengembangkan pendidikan dan bidang Perancangan
Kewangan di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia (CFP Board, 2010).
Pada 17hb Julai 1985, secara rasmi pihak Kolej Perancangan Kewangan telah
menyerahkan hak penggunaan cop CFP dan Certified Financial Planner kepada IBCFP.
Pada 1 Februari 1994, IBCFP telah ditukar nama kepada CFP Board of Standards Inc.
dan menjadi sebagai sebuah organisasi kawalselia yang professional ia berperanan
untuk meningkatkan standard professionalisme di kalangan perancang kewangan (CFP
Board, 2010). CFP Board juga mewujud dan menguatkuasa syarat berkaitan pendidikan,
peperiksaan, pengalaman dan etika pemegang trade mark CFP(R).
Bermula bulan Jun 1986, IBCFP telah memperolehi hak ke atas CFP(R)
dan
CERTIFIED FINANCIAL PLANNERS(TM)
dari pihak College beserta tanggungjawab
menilai dan mengeluarkan pensijilan kepada calon CFP yang bergraduat. Pada tahun
1987, Code of Ethics and Standard of Practice dan Displinary Rules and Procedures
telah digunapakai secara rasmi oleh Pendaftar penyedia pendidikan (education
provider) di seluruh Amerika Syarikat, disusuli oleh pra-syarat pendidikan lanjutan
88
pada tahun 1988 dan penghapusan syarat pengalaman dan prosidur persijilan pada tahun
1989.
Pada tahun 1991, CFP Board telah memperkenalkan peperiksaan komprehensif
untuk menguji kesepaduan ilmu dan kemahiran mengaplikasi pengetahuan yang
diperolehi oleh calon yang mengikuti program persijilan CFP. Pada tahun 1993, kod
baru berkaitan Etika dan Tanggungjawab Profesional telah diperkenalkan untuk
menggantikan Kod IBCFP yang lama.
Pada tahun 1990, The International CFP Council telah ditubuhkan untuk
mengalakkan dan mempromosikan bidang perancang kewangan ke seluruh dunia. Misi
Lembaga Perancang Kewangan Bertauliah Standard, Inc adalah memberi manfaat
kepada orang ramai dengan memberikan pensijilan CFP dan mengawal selia standard
sebagai satu pengiktirafan kecemerlangan bagi Perancangan Kewangan peribadi di
seluruh dunia. Di samping itu, bagi mengukuhkan tanda CFP(R)
Financial Planning
Standard Board ditubuhkan pada tahun 2004. Pada tahun 2010, Amerika Syarikat
sahaja terdapat hampir 63,000 individu yang memegang tanda CFP(R)
(Wikipedia,
2012).
Perkembangan pesat di Amerika Syarikat memberi ide kepada penubuhan
Persatuan Pelaburan dan Penasihat Kewangan Australia (Australian Society for
Investment and Financial Advisors-ASIFA) pada awal tahun 80an. Pada tahun 1984,
Gwen Fletcher adalah individu yang bertanggungjawab membawa dan menubuhkan
IAFP di Australia. Pada tahun 1992, ASIFA dan IAFP telah bergabung dan membentuk
Persatuan Perancangan Kewangan Australia (Australian Financial Planning
Association-FPA). Pada tahun 1991, Jepun menjadi negara kedua yang
mengembangkan CFP apabila beberapa individu telah menubuhkan Persatuan
89
Perancangan Kewangan Jepun (Japanese Association for Financial Planners-JAFP).
Selepas itu, Lembaga Standard Perancang Kewangan Bertauliah (Certified Financial
Planner Board of Standards-CFPBS) diamanahkan untuk mengawal selia penubuhan
IAFP di seluruh dunia. Menurut laporan oleh the Certified Financial Planner Board of
Standards yang berpusat di Denver, setakat tahun 2010, terdapat lebih dari 123,000
pemegang sijil bertauliah CFP di seluruh dunia, termasuk 63,000 di Amerika Syarikat
sahaja.
3.3.1.2 Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi
Pada tahun 1983, Persatuan Kebangsaan Penasihatan Kewangan Peribadi (National
Association of Personal Financial Advisors-NAPFA) atau NAPFA telah ditubuhkan
sebagai satu organisasi penasihatan kewangan dengan tujuan untuk mengembangkan
penawaran perkhidmatan berasaskan yuran kepada pengguna individu. NAPFA
menubuhkan satu set yuran berdasarkan piawaian profesional untuk penasihat
kewangan dan sistem kemaskini maklumat terkini untuk mencerminkan perubahan
semasa dalam amalan industri (NAPFA, 2011).
Menurut NAPFA (2011), ianya bermula dengan mesyuarat pertama pada tahun
1982 di Atlanta, apabila sekumpulan Penasihat Kewangan Bebas (independent financial
adviser) berkumpul untuk membincangkan isu berkaitan komisen jualan produk
kewangan dan kadar yuran professional. Objektif penubuhan NAPFA ialah menjadi
petunjuk bebas dalam aspek penasihatan kewangan kepada individu dan keluarga serta
menjadi juara dalam menyediakan khidmat kewangan demi kepentingan awam dan
menjadi pengukur standard kepada profesion perancangan kewangan NAPFA
mengiktiraf persijilan oleh FPA dan lain-lain persijilan yang dikeluarkan oleh institusi
90
yang diiktiraf sebagai syarat kepada penganugerahan tauliah berdasarkan syarat tertentu
yang ditetapkan oleh NAPFA
Mulai 2008, NAPFA telah menyertai Gabungan Perancangan Kewangan
(Financial Planning Coalition-FPC) untuk mengerakkan perubahan lebih besar kepada
pengguna khusus dalam menghadapi masa kemelesetan ekonomi dan skandal pelaburan
yang telah menjejaskan keselamatan kewangan hampir semua rakyat Amerika seperti
skandal kewangan subprima. Bersama Persatuan Perancangan Kewangan dan Lembaga
CFP®
Standard, Gabungan Perancangan Kewangan telah bekerjasama dengan Kongres
dan agensi-agensi persekutuan untuk mengukuhkan kaedah-kaedah mengenai kelakuan
fidusiari penasihat kewangan, pendedahan yuran, dan konflik kepentingan. Sehingga
September 2010, NAPFA mempunyai kira-kira 2,400 ahli di seluruh Amerika syarikat.
2.3.1.3 Tabung Endowmen Kebangsaan bagi Pendidikan Kewangan
Tabung Wakaf Kebangsaan bagi Pendidikan Kewangan (National Endowment for
Financial Education-NEFE) atau NEFE adalah sebuah yayasan dan oraganisasi bukan
mencari keuntungan di Amerika Syarikat yang bertujuan untuk meningkatkan
pengetahuan, kesedaran masyarakat serta kemahiran yang diperlukan mengenai hal-hal
berkaitan aspek kewangan di Amerika Syarikat.
Ia wujud dari kelangsungan penubuhan Kolej Perancangan Kewangan, yang
berpusat di Denver, Colorado dan diasaskan pada tahun 1972 sebagai institusi pertama
pendidikan kewangan di negara ini yang memberi tumpuan kepada pendidikan
perancangan kewangan. Ketika ini, ia bertindak sebagai badan penaung kepada Kolej
Perancangan Kewangan (College for Financial Planning). Di bawah naungan NEFE,
kolej tersebut telah merakam pelbagai kejayaan dari lebih dua dekad iaitu dalam
91
membangunkan dan mengekalkan program pendidikan perancangan kewangan khusus
bagi golongan profesional di seluruh bidang perkhidmatan kewangan.
Pada tahun 1997, menyedari kepentingan dalam memberi pendidikan kewangan
kepada semua peringkat, Lembaga Pemegang Amanah, NEFE telah membuat keputusan
yang penting untuk memberi tumpuan kepada usaha yang lebih besar iaitu misi
memberi perkhidmatan pendidikan kewangan kepada seluruh rakyat di Amerika
Syarikat. Justeru, NEFE telah memindahkan segala pemilikan aset dari Kolej
Perancangan Kewangan dan beberapa bahagian yang berkaitan dengan organisasi lain.
Tujuan utama NEFE adalah untuk meningkatkan tahap literasi kewangan mengenai isu-
isu berkaitan kewangan peribadi kepada seluruh rakyat Amerika dengan lebih baik,
selamat dan kualiti kehidupan yang lebih memuaskan.
3.3.1.4 Gabungan Perancangan Kewangan
Menurut Financial Planning Coalition (2011), pada Disember 2008, Lembaga
Perbadanan Perancang Kewangan Bertauliah (Lembaga CFP), Persatuan Perancangan
Kewangan
(FPA) dan Persatuan Kebangsaan Penasihat Kewangan Peribadi (NAPFA)
telah menubuhkan satu Gabungan Perancangan Kewangan (Financial Planning
Coalition–CPC) untuk menyediakan profesion perancangan kewangan dengan suara
yang lebih kuat dan bersatu.
Gabungan tersebut berusaha membentuk cadangan bagi satu pembaharuan dalam
peraturan kewangan, memajukan profesion perancangan kewangan dan meningkatkan
perlindungan pengguna melalui peraturan-peraturan yang akan membantu orang ramai
mengenal pasti orang-orang yang kompeten, beretika, dalam mendapatkan nasihat
92
penjagaan yang bermutu, tertakluk kepada duti fidusiari penyampaian perkhidmatan
perancangan kewangan yang telus. Gabungan juga memberi tumpuan kepada;
i. melindungi pengguna dengan memastikan perkhidmatan perancangan kewangan
ditawarkan kepada orang ramai berserta dengan akauntabiliti dan ketelusan
fidusiari;
ii. menghapuskan peraturan-peraturan kecil yang ketinggalan zaman dan bermasalah
yang mengawal pelbagai aspek perancangan kewangan dan;
iii. menangani jurang peraturan perancangan kewangan antara ahli gabungan.
Gabungan kini bekerja dengan penggubal undang-undang untuk menubuhkan satu
lembaga pengawasan profesional untuk mengawal aktiviti perancang kewangan yang
tertakluk kepada bidang kuasa pihak persekutuan, standard dan penjagaan fidusiari yang
benar. Individu yang memberi khidmat penasihatan kewangan yang luas atau
mempersembahkan diri mereka sebagai perancang kewangan atau serupa akan tertakluk
kepada lembaga pengarah pengawasan tersebut. Diwujudkan juga kaedah-kaedah dan
peraturan-peraturan perancang kewangan meliputi kecekapan garis dasar, amalan dan
standard etika, tetapi tidak akan berada pada tahap yang sama seperti keperluan
pensijilan CFP®.
3.3.2 Kaunseling Kewangan
Bidang kaunseling kewangan timbul tatkala situasi ekonomi Amerika berada dalam
situasi tidak menentu, dipengaruhi kadar faedah yang tinggi dan peningkatan tinggi
jumlah pengguna yang diisytiharkan bankrap setiap hari. Bidang kaunseling kewangan
93
menjadi perbualan umum apabila individu mula mendapatkan khidmat dalam hal
berkaitan kewangan dan khidmat penyelesaian hutang. Usaha ke arah mengerakkan
aktiviti berkaitan penyelidikan dan penggabungan di antara ahli akademik dan pengamal
kewangan peribadi difikirkan perlu untuk meningkatkan minat umum dan merangsang
komunikasi dan kerjasama antara pihak yang terlibat.
Kaunselor kewangan terlibat dalam usaha membantu individu yang menghadapi
masalah kewangan dan berusaha keras untuk kekal mampu membiayai keperluan
kewangan seharian. Peranan utama kaunselor kewangan adalah memaksimumkan
kejayaan mengurus kewangan dan membantu pengguna berkaitan hal-ehwal aspek
pengurusan kewangan. Kewujudan minat pengkajian bidang kaunseling kewangan
sebagai cabang akademik bermula akhir 80an dan awal 90an apabila terdapat beberapa
peristiwa penting yang berlaku antaranya penubuhan Persatuan Penasihatan Kewangan
dan Perancangan Pendidikan (Association for Financial Counseling and Planning
Education-ACFPE) pada tahun 1983.
3.3.2.1 Persatuan Kaunseling kewangan dan Pendidikan Perancangan
Penubuhan sebuah persatuan berkaitan kaunseling kewangan dicadangkan ketika satu
persidangan kebangsaan kewangan peribadi yang diadakan di Universiti Brigham. Pada
tahun 1984, secara rasmi persatuan berjaya didaftarkan dengan nama Persatuan
Kaunseling Kewangan dan Pendidikan Perancangan (Association of Financial
Counseling and Planning Education-AFCPE). Di antara tahun 1987 dan 1988, AFCPE
mula menerbitkan majalah Financial Counseling and Planning (FCP) dan berjaya
mewujudkan pentauliahan program persijilan Kaunselor Kewangan mereka sendiri.
Pada tahun 2000 pula, The International Society for Retirement and Life Planning
94
bersetuju untuk bergabung dengan AFCPE. Bermula pada tahun 2003, Lembaga
AFCPE telah meluluskan penubuhan program pentauliahan kaunselor kredit (kredit
counselor) yang merangkumi perkhidmatan berkaitan masalah hutang dan kredit
(AFCPE, 2011).
Misi penubuhan AFCPE adalah untuk menyediakan program pembangunan
profesional yang berpengalaman kepada warga pendidik kewangan, pengamal
kewangan dan penyelidik khususnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan ekonomi
individu dan keluarga di seluruh dunia. Manakala visi AFCPE pula untuk menjadikan
AFCPE sebagai penyedia utama peluang pembangunan profesional kepada pendidik
kewangan, pengamal dan penyelidik. Dengan penubuhan AFCPE, bidang perancangan
kewangan mula mendapat tempat dalam perbincangan ilmiah di kalangan pengkaji
bidang kewangan pengguna lewat 80an (Schuchardt, et.al, 2007). Kumpulan pengkaji
yang mempunyai minat mendalam dalam bidang tersebut antaranya ialah pengkaji dari
bidang ekonomi keluarga, ekonomi pengguna, ekonomi kepenggunaan, pendidikan
pengguna dan pengurusan sumber isi rumah.
3.3.3 Penasihatan Kewangan
Penasihatan kewangan adalah satu aktiviti atau pekerjaan yang wujud dari usaha
memenuhi permintaan individu, perniagaan dan kerajaan oleh seorang professional
terhadap perkhidmatan profesional berkaitan produk dan aspek kewangan. Dalam aspek
perancangan kewangan, penasihat kewangan hanya merujuk kepada aktiviti berkaitan
kewangan peribadi.
Tujuan utama penasihat kewangan adalah untuk membantu pelanggan dalam
perancangan dan susunan atur hal ehwal kewangan seperti simpanan, persaraan, dan
95
percukaian. Penasihat kewangan mesti memahami kedudukan kewangan pelanggan
serta keperluan mereka. Status kewangan boleh menjadi rumit dan mana-mana
penasihat mempunyai tanggungjawab beretika untuk melihat bahawa risiko pelangan
dapat dikurangkan.
Terdapat tiga badan utama yang menganugerahkan kelayakan untuk jawatan
penasihat kewangan peribadi di United Kingdom. Yang utama ialah Chartered
Insurance Institute, yang menawarkan kelayakan perkhidmatan kewangan profesional
sepanjang jalan dari pemula ke peringkat ijazah. Kedua, Sekolah Kewangan IFS yang
menawarkan alternatif kursus dan kelayakan dalam bidang-bidang kepakaran tertentu
seperti pengajian perbankan dan kewangan peribadi. Ketiga, Institut Perancangan
Kewangan yang menawarkan Perancang Kewangan Bertauliah.
3.3.4 Kaunseling Kredit dan Pengurusan Hutang
Aspek kredit (hutang) dalam kehidupan pengguna menjadi penting selari dengan
kemajuan pembangunan negara dan kebergantungan pengguna kepada sumber alternatif
untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Kekurangan sumber wang tunai untuk
membiayai kehidupan telah menyediakan masyarakat moden kepada peluang capaian
sumber kewangan melalui sumber hutang atau kredit. Akibat dari pelbagai masalah
berkaitan ekonomi dan kewangan, kegagalan mengawal perbelanjaan,
ketidakseimbangan antara sumber pendapatan dan perbelanjaan menyebabkan individu
di dalam masyarakat terjebak dengan perangkap hutang yang semakin meningkat.
Akibatnya, ramai individu yang terpaksa mendapat perkhidmatan penasihatan berkaitan
pengurusan kredit bagi menyusun semula hutang pembayaran hutang mereka.
96
Perkhidmatan yang ditawarkan kredit kaunseling serba sedikit membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna.
Penubuhan kaunseling kredit adalah untuk menyediakan pendidikan dan
penasihatan kewangan kepada pengguna tentang kaedah dan cara terbaik mengelak diri
dari terlibat dengan perangkap hutang yang membebankan. McNamara (1985)
mendefinisikan kaunseling kredit sebagai usaha campur tangan menyelesaikan krisis
yang berkaitan dengan masalah kredit (McNamara, 1985). Namun proses tersebut
dilihat lebih cenderung kepada proses penyediaan perkhidmatan kaunseling berbanding
peranan utama memberi pendidikan berkaitan pengurusan hutang kepada pengguna.
Sejarah pembangunan aktiviti kaunseling kredit di Amerika Syarikat bermula
seawal tahun 1951 apabila syarikat pemberi kredit menubuhkan Yayasan Kebangsaan
Kaunseling Kredit, atau National Foundation for Credit Counseling (NFCC). NFCC
berperanan untuk memantau aktiviti berkaitan perundangan dan peraturan untuk ahlinya
yang terlibat dalam kredit runcit dan menjalankan kempen kesedaran awam mengenai
kredit. NFCC mempromosi literasi kewangan dan menghulurkan bantuan kepada
pengguna bagi mengelakkan muflis, dan tidak berkhidmat sebagai agensi kutipan bagi
pemiutang. Pada awal 1960-an, NFCC adalah francais tempatan pertama yang
menawarkan kaunseling kredit dan menawarkan pendidikan dan kaunseling secara
langsung kepada pengguna (NFCC, 2011).
Pada tahun 1993, "Persatuan Agensi Pengguna Bebas Kaunseling Kredit," atau
Association of Independent Consumer Credit Counseling Agencies (AICCCA) telah
ditubuhkan dan mengasaskan kaedah kaunseling kredit melalui penyampaian telefon.
Pada mulanya, NFCC sangat menentang model ini dan lebih memihak kepada kaedah
bersemuka sebagai penyelesaian yang lebih berkesan. Akhirnya, semua organisasi
97
mengamalkan kedua-dua proses telefon dan muka-ke-muka dan mengunakan kaedah
pengiklanan media massa untuk menyebarkan khidmat kepakaran mereka.
Pada bulan Mei 2010, "Persatuan Profesional Kaunseling Kredit," atau ACCPros,
mengadakan persidangan sulung sebagai organisasi perdagangan. ACCPros adalah
organisasi perniagaan kaunseling kredit pertama yang menerima mana-mana agensi
kredit kaunseling yang menawarkan perkhidmatan untuk keuntungan sebagai ahli
mereka. Tidak hanya terlibat dengan aktiviti-aktiviti perundangan, ACCPros turut
memberi tumpuan kepada melindungi pengguna dan mengawal industri kaunseling
kredit di Amerika Syarikat. Secara praktikal, peraturan semasa tidak menghadkan
individu untuk hanya mendapatkan khidmat satu agensi kaunseling kredit semata-mata
bagi proses pengurusan kredit mereka.
Pada tahun 2005, Akta Pencegahan Penyalahgunaan Kebankrapan dan
Perlindungan Pengguna 2005 (The Bankruptcy Abuse Prevention And Consumer
Protection Act-BAPCP) yang diwujudkan mensyaratkan penghutang mendapatkan
perkhidmatan agensi kredit kaunseling sebelum memfailkan status kebankrapan di
mahkamah. Dalam usaha ke arah memenuhi keperluan ini, dalam tempoh 180 hari
sebelum pemfailan kebankrapan, penghutang mesti melengkapkan program dengan
agensi kaunseling kredit. Program tersebut tidak terhad kepada menamatkan satu sesi
kaunseling sahaja, tetapi penghutang juga perlu menghadiri beberapa sesi kaunseling
kredit bagi melengkapkan prosidur kebankrapan mereka.
Industri kaunseling kredit di Amerika Syarikat mensyaratkan kaunselor kredit
perlu mempunyai persijilan dari institusi yang diiktiraf seperti Institut Kaunseling
Kewangan (Institute Of Financial Counseling). Kredit kaunselor perlu mempelajari
beberapa kemahiran penting seperti kemampuan untuk membantu pelanggan ke arah
98
perubahan yang positif. Antara kemahiran ialah pengurusan kad kredit, kutipan hutang,
psikologi perbelanjaan dan penyelesaian hutang. Terdapat tiga peringkat utama yang
melibatkan proses kaunseling kredit iaitu pendidikan kewangan, kaunseling kredit dan
pelan pengurusan hutang.
Agensi Kaunseling kredit di Amerika Syarikat lebih sinonim dengan usaha
membantu peminjam yang bermasalah dengan pihak pemiutang menyusun semula
hutang semasa mereka. Pelan Pengurusan Kredit (Debt Management Plan) adalah
pilihan yang digunakan oleh peminjam dengan dibantu oleh kaunselor kredit menyusun
semula hutang melalui kaedah berikut antaranya; (1) pengurangan pembayaran balik
bulanan, (2) yuran dan (3) kadar faedah bank. Peranan utama kaunselor kredit adalah
menentukan jumlah bayaran balik, kadar faedah yang berpatutan dikenakan kepada
peminjam berdasarkan terma yang dipersetujui di antara pihak peminjam dan pemiutang
khususnya pihak bank. DMP juga merupakan satu kaedah untuk membantu individu
atau isi rumah menguruskan hutang mereka, apabila mereka tidak dapat untuk
mengekalkan bayaran kontrak mereka kepada pemiutang mereka kerana masalah
kewangan (CCCS, 2011). Secara umumnya, organisasi yang terlibat dengan
perkhidmatan kaunseling kredit menyediakan empat jenis perkhidmatan kepada
pengguna (Robert, 2005); antaranya :
a. menyediakan pendidikan kewangan kepada pengguna,
b. menyediakan kaunseling belanjawan kepada isi rumah,
c. merundingkan pelan pengurusan hutang di antara pemiutang dan pihak peminjam
dan
99
d. jika perlu peminjam akan dirujuk kepada organisasi lain yang boleh membantu
mereka atau mencadangkan khidmat nasihat berkaitan pengisytiharan bankrap.
Organisasi kaunseling kredit mendapat upah dari perkhidmatan melalui komisen
pihak pemiutang dan peminjam. Pada awalnya, firma berkaitan kaunseling kredit
mendapat upah dari pemiutang (creditors), namun ketika ini terdapat firma yang
mengenakan yuran perkhidmatan sebagai upah perkhidmatan. Di bawah konsep “fair
share” pemiutang akan mengembalikan hampir 12 peratus dari jumlah hutang yang
dibayar oleh peminjam kepada agensi kaunseling kredit. Namun kini kadar upah
tersebut telah menurun kepada satu kadar yang munasabah. Kadar yuran yang tinggi
pula mempengaruhi pelan pembayaran hutang dan malah menimbulkan pelbagai isu lain
berkaitan undang-undang dan garis panduan.
Berdasarkan kepada syarat penggunaan khidmat kaunseling kredit sebelum
memfailkan pengisytiharan status diri sebagai muflis. Terdapat dua kaedah kaunseling
kredit berkaitan pengisytiharan muflis di Amerika Syarikat iaitu Bab 7 - Kemuflisan
(Chapter 7) dan Bab 13 - Kemuflisan (Chapter 13), dan kedua-dua kaedah tersebut
menetapkan pembekuan aset dan tindakan undang-undang oleh pemiutang ke atas
peminjam. Melalui kaedah bab 7, iaitu proses pencairan (liqiudation) di mana
sebahagian aset peminjam digunakan untuk menyelesaikan hutang dengan pemiutang.
Lazimnya, di bawah kaedah ini, pengguna tidak mempunyai aset untuk disimpan.
Manakala, melalui kaedah bab 13, peminjam boleh menyimpan sebahagian aset tetapi
perlu menyediakan pelan pembayaran semula hutang yang dibiayai oleh sejumlah
pendapatan masa hadapan untuk beberapa tahun akan datang.
100
Selain dari dua kaedah di atas, pengguna juga boleh memilih Pelan Pengurusan
Hutang (Debt Management Plans).
Peminjam yang memilih kaedah ini dapat
memperbaiki sejarah kredit (credit history) lebih cepat berbanding jika berada di bawah
status bankrap. Tidak seperti bab 13, di bawah program DMP, pengguna dikehendaki
menyelesaikan keseluruhan prinsipal hutang dengan pemiutang. Malah, penghutang
tidak dilindungi dari beberapa kelebihan dalam bab 13, seperti perlindungan tindakan
undang-undang oleh pemiutang.Kewujudan perkhidmatan kaunseling kredit meningkat
pada dekad 90an, disebabkan oleh beberapa faktor berikut antaranya;
i. permintaan terhadap khidmat meningkat akibat masalah berkaitan kad kredit dan;
ii. sekatan syarat menjalankan perkhidmatan kaunseling kredit yang semakin
longgar. Menyedari kehadiran banyak agensi kaunseling kredit, organisasi besar
seperti NFCC mula mewujudkan standard kepada ahli gabungan seperti
mengakreditasikan kaunselor yang berdaftar dengan NFCC, pengeluaran lesen,
keperluan pendidikan dan sesi kaunseling serta syarat penyenaraian sumber
kewangan dan yuran perkhidmatan.
3.3.5 Gerontologi Kewangan
Gerontologi kewangan (financial gerontology) adalah satu cabang baru dalam kajian
berkaitan gerontologi dan kewangan (Neal, 2008). Keperluan kewangan warga emas
meliputi kos sara hidup, kesihatan dan penjagaan diri. Mula diwujudkan sebagai satu
disiplin ilmu pada tahun 1988. Dari tarikh tersebut ahli gerontologi berusaha
menentukan beberapa perkara berkaitan definisi konsep, isu semasa, data dan hasil
kajian yang relevan kepada sektor perkhidmatan kewangan dan seterusnya
101
membincangkan pelbagai aspek berkaitan bidang gerontolgi melalui pengajaran dan
kajian gunaan. Gerontologi kewangan juga merupakan satu bidang pelbagai disiplin
meliputi bidang biologi, psikologi, sosiologi dan demografi dengan tujuan untuk
memahami isu-isu berkaitan kesihatan sepanjang hayat dan aspirasi individu berumur
dan keluarga mereka. Bidang ini berkait rapat dengan aspek wang, penuaan, sejarah dan
perancangan. (AIFG, 2011)
Bidang ini berkembang pesat di Amerika Syarikat akibat dari kesedaran bahawa
jumlah individu yang bakal menghampiri saat persaraan adalah tinggi. Antara tahun
1946 hingga 1964, hampir 76 juta penduduk Amerika dilahirkan. Pada 2007 kebanyakan
mereka berumur 43 hingga 61 tahun (Neal, 2008). Kekhuatiran yang timbul tertumpu
kepada keperluan kewangan, pengaruh emosi dan tempoh persaraan yang panjang.
Aspek berkaitan kewangan meliputi kos perubatan, penjagaan kesihatan, kemudahan
bantuan hidup (assisted-living facilites), bantuan perumahan dan pengurusan aset
(Judith, 2005).
Hasil kemajuan dalam bidang perkhidmatan kesihatan, kadar jangka hayat
penduduk Amerika Syarikat semakin meningkat. Kemelut kewangan yang perlu
diselesaikan oleh generasi “baby boomers” adalah berkaitan perancangan persaraan
diri, membiayai pendidikan anak-anak dan membiayai kos penjagaan ibu-bapa mereka.
Justeru, kajian berkaitan gerontologi perlu mengambil kira empat jenis penuaan iaitu
penuaan penduduk (population aging), penuaan individu (individual aging), penuaan
generasi (generation aging) dan penuaan keluarga (family aging).
Penuaan penduduk merujuk kepada analisa makro-masyarakat (macro-societal)
berhubung dengan “menjadi tua” di mana kesan satu generasi yang menjadi tua pada
tempoh masa yang sama menyumbangkan kepada krisis dan cabaran berkaitan sosial
102
sekuriti, dan penjagaan kesihatan dan kebergantungan (dependency). Penuaan individual
adalah satu proses kematangan dan pembangunan manusia. Penentuan tempoh capaian
kepada sumber dana pencen berdasarkan kepada umur penuaan di mana hanya individu
yang mencapai umur tersebut boleh mengeluarkan caruman persaraan. Penuaan individu
berkait rapat dengan perancangan persaraan yang melibatkan jangka masa dan tempoh
waktu tertentu. Manakala, penuaan generasi tertumpu kepada kajian berkaitan
perbezaan tingkah laku antara generasi yang berlainan tahun. Pada satu tahun yang
sama, generasi berbeza membelanjakan sumber wang yang berbeza.
Bidang gerontologi kewangan yang dipelopori oleh the American Institute of
Financial Gerontology menyediakan pendidikan dan menganugerahkan gelaran the
Registered Financial Gerontologist (RFG) kepada individu yang mengikuti program
pensijilan Registered Financial Gerontologist. Pakar gerontologi kewangan berdaftar
berupaya menyediakan penyelesaian kewangan secara komprehensif warga emas dan
ahli keluarga mereka. Manakala gelaran “chartered advisor for senior living”
dianugerahkan oleh the American College in Bryn Mawr, Pennsylvania. Ketika ini, the
American Institute of Financial Gerontology (AIFG) dengan kerjasama University of
North Carolina at Greenboro menawarkan program gerontologi kepada individu yang
berminat. Program gerontologi kewangan adalah satu kursus pendidikan yang berkualiti
tinggi dan menjalankan penyelidikan asas dan gunaan berkaitan penuaan, menyediakan
pelajar untuk kerjaya akademik dan sebagai profesional yang berkhidmat dalam pasaran
penuaan di seluruh dunia (AIFG, 2011).
Di Malaysia, kajian berkaitan gerontologi dipelopori oleh Institut Gerontologi,
Universiti Putra Malaysia. Satu-satunya institut berkaitan kajian penuaan yang wujud di
rantau Asia Tenggara. Institut Gerontologi sangat aktif menjalankan kajian berkaitan hal
103
ehwal golongan tua dan kewangan. Dengan kerjasama penyelidik dari Jabatan
Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Institut
gerontologi berjaya menyediakan kursus berkaitan kewangan kepada golongan tua dan
juga kepada kakitangan kerajaan yang meniti tempoh persaraan.
3.4 Sejarah Perkembangan Perancangan Kewangan Di Malaysia
Perkembangan bidang perancangan kewangan di Malaysia bermula pada bulan
disember tahun 1999, apabila sekumpulan profesional individu dari industri saham
amanah, insurans hayat, broker saham, undang-undang dan pengurusan aset
menganjurkan satu pameran kewangan dan seminar antarabangsa perancangan
kewangan di Kuala Lumpur. Hasil dari seminar tersebut satu persatuan yang diberi
nama Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) ditubuhkan pada 19
Disember 1999. Sebelum, perancangan kewangan sampai ke Malaysia, tiada satu pun
program persijilan dan perundangan khusus untuk mengawal selia kegiatan penasihatan
kewangan di Malaysia. Pendidikan kewangan ketika hanya ditawarkan di pusat
pengajian tinggi dan tidak menjadi sesuatu yang diperkatakan oleh ramai orang.
Bermula disember 1999, FPAM bersama sekumpulan individu yang telah
membawa masuk persijilan CFP dari pihak Financial Planning Standard Board (FPBS)
cuba mempromosikan pendidikan kewangan kepada rakyat Malaysia. Kesan dari itu,
minat rakyat kepada bidang perancangan kewangan semakin meningkat. Ia bertambah
meriah apabila pihak BNM dan SC mengiktiraf program persijilan yang ditawarkan.
Pada tahun 2004, Suruhanjaya Sekuriti mengeluarkan pekeliling berkaitan garis
panduan permohonan bagi perlesenan penasihat kewangan (financial advisor’s license)
104
(Security Commission, 2015) dan diikuti oleh Bank Negara Malaysia pada 2005. (Bank
Negara Malaysia, 2014).
Berdasarkan maklumat sejarah, pergerakan aktiviti berkaitan perancangan
kewangan bermula sejak awal lagi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Aktiviti
awal perancangan kewangan melibatkan aktiviti pelaburan bermula sejak tahun 1870an
apabila para pelabur yang terlibat dalam aktiviti berkaitan pelaburan sekuriti syarikat
turut terlibat dalam perdagangan komoditi seperti getah dan perlombongan. Sekuriti
syarikat bertukar tangan dalam kalangan pedagang di tempat pertemuan popular seperti
kelab, rumah kedai dan kedai kopi. Saham syarikat terkenal seperti Guthrie, Malakoff,
Sime Darby dan Inch Kenneth adalah antara syarikat yang terlibat dalam perdagangan
komoditi di tanah Melayu pada waktu itu dan turut tersenarai di pasaran saham London.
Kegiatan pelaburan dan kewujudan syarikat tersebut turut dipengaruhi oleh penglibatan
British dalam aktiviti ekonomi perlombongan dan perladangan di Persekutuan Tanah
Melayu. (FPAM, 2011)
Kegiatan pelaburan dan pengukuhan pasaran saham di Persekutuan Tanah Melayu
selari dengan penubuhan Persatuan Pembrokeran Saham Singapora (Singapore
Stockbrokers‟ Association) pada 23 Jun 1930 (Tan, 2005) dan didaftarkan semula pada
tahun 1939 sebagai Persatuan Pembrokeran Saham Malaya. Bagi mengumpul dan
menjana dana pelaburan yang besar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employee
Provident Fund) diwujudkan di bawah EPF Ordinance 1951 dan kemudiannya dipinda
pada berdasarkan Akta KWSP 1991. KWSP adalah sebuah agensi peringkat nasional
pertama di Malaysia dan di dunia yang menjalankan aktiviti mengumpul dana melalui
potongan wajib caruman bulanan bagi kegunaan masa depan pekerja. Berada di bawah
kawalan Kementerian Kewangan Malaysia, KWSP ditubuhkan dengan objektif untuk
105
menyediakan tabungan yang mengcukupi bagi kegunaan pekerja ketika saat persaraan
(KWSP, 2011).
Penubuhan KWSP secara tidak langsung menerapkan sifat menabung di kalangan
pekerja dan simpanan yang bersifat mandatori ini membantu mewujudkan satu
kumpulan dana yang besar bagi merancakkan perjalanan pasaran sekuriti dan
perniagaan di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu. Walaupun pada waktu itu,
aktiviti berkaitan pasaran saham dan perniagaan berkembang pesat, namun belum
wujud sebuah bank pusat yang mengawal kegiatan sistem perbankan dan kewangan.
Beberapa bank perdagangan telah wujud pada waktu itu.
Berdasarkan cadangan oleh ahli panel International Bank for Reconstruction and
Development yang melawat Malaya pada tahun 1954, G.M Watsan dari Bank of
England dan Sir Sydney Caine, Naib Canselor University Malaya pada ketika itu telah
diminta oleh kerajaan Persekutuan Malaya dan Koloni Singapura untuk menubuhkan
sebuah bank pusat di Malaya. Laporan Watson-Caine diterbitkan pada tahun 1956
(Sheng, 1990), namun penubuhan sebuah bank pusat tidak dilaksanakan sehinggalah
pada 26 Januari 1959. Pada tahun 1958, Akta Bank Negara Malaysia 1958 (CBA 1958)
diluluskan dan pada tahun 2009, CBA 1958 telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta
Bank Negara Malaysia 2009 yang mula berkuatkuasa pada 25 November 2009. Ia
adalah sebuah badan berkanun yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
dengan modal berbayar secara beransur-ansur meningkat, kini pada RM100 juta. Setiap
tahun, Bank Negara Malaysia akan melapor aktivitinya kepada Menteri Kewangan
Malaysia tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar sektor monetari dan
kewangan (BNM, 2011).
106
Penubuhan sebuah bank pusat sebenarnya memberi makna penting kepada
perjalanan sistem kewangan sesebuah negara. Kewujudan sebuah bank pusat akan
membenarkan pengurusan wang dan kredit secara lebih tersusun dan meningkatkan
pembangunan dan perniagaan warga tempatan. Paling utama penubuhan bank pusat
berperanan mengalakan kecairan pasaran melalui pengenalan instrumen sekuriti
kerajaan pada masa hadapan. Penubuhan bank pusat mengalakan sifat menabung dan
pembiayaan kredit kepada pengguna. Aktiviti berkaitan simpanan wang dan
perlindungan insuran digerakkan melalui objektif yang digariskan oleh penubuhan Bank
Negara Malaya (BNM, 2011).
Penubuhan KWSP yang bersifat simpanan untuk hari tua telah meningkatkan
simpanan dan dana yang besar kepada pergerakan pasaran saham di Malaysia. Berbeza
dengan objektif KWSP yang hanya menyediakan sumber kewangan bagi menghadapi
saat persaraan. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun
1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai
Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di
bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan
dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan
bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit
khidmat, keilatan dan kematian. (PERKESO, 2014).
Pada tahun 1959 selain dari penubuhan Bank Negara Malaya, sistem kewangan
dan pasaran saham Malaya dirancakkan dengan penubuhan sebuah syarikat pengurusan
dana amanah pertama iaitu Malayan Unit Trust Limited. Syarikat ini menguruskan unit
amanah pertama yang dinamakan Amanah Saham Malaya (Malayan Unit Trust) pada
tahun 1963, dan seterusnya amanah saham tersebut telah dipindahkan dan diurus oleh
107
Asia Tenggara Development Corporation Berhad. Tidak kekal lama, Singapore Unit
Trusts Limited dan Asia Unit Trust Berhad kemudiannya ditubuhkan setelah berpisah
dari Asia Tenggara Development Corporation Berhad.
Amanah Saham tersebut diuruskan oleh Asia Unit Trust Berhad sehinggalah
MIDF Amanah Asset Management Berhad mengambil alih pengurusan unit amanah
saham tersebut bersama lima lagi unit saham amanah yang lain (The Edge Malaysia,
2010). Entiti baru dinamakan MIDF Amanah sebuah cabang pengurusan saham amanah
kumpulan MIDF Berhad. Syarikat pengurusan saham amanah berdasarkan firma
pembrokeran saham pertama diwujudkan oleh TA Enterprise Berhad dan diperbadankan
pada 17 April 1995 dan diberi nama TA Unit Trust Management dan memulakan
operasi pada 1 Julai 1996 (TA Invest, 2014).
Bagi mengalakan aktiviti pelaburan dengan sekala yang lebih besar di kalangan
kaum bumiputera, Majlis Amanah Rakyat atau MARA telah menubuhkan MARA Unit
Trust Limited. Syarikat tersebut memulakan operasi pada 1967 dengan modal modal
dibenarkan berjumlah RM50 juta dan modal berbayar RM48 juta. Dana pertama
dilancarkan pada tahun 1968.
Aktiviti pelaburan berkaitan saham amanah di Malaysia, membuka lembaran baru
apabila kerajaan telah mengarahkan penubuhan sebuah entiti nasional yang
menguruskan pengurusan saham amanah berkaitan bumiputera yang dinamakan
Yayasan Pelaburan Bumiputera. Pada Mac 1978, Permodalan Nasional Berhad (PNB)
telah ditubuhkan dan menjadi alat penting Dasar Ekonomi Baru untuk menggalakkan
pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan bumiputera, dan membuka peluang
kepada profesional bumiputera yang sesuai menyertai bidang pengurusan harta.
108
Sebelum tertubuhnya PNB, usaha untuk menambah pemilikan bumiputera dalam
sektor korporat tidak Berjaya kerana saham yang diperuntukkan kepada individu jarang
sekali kekal dipegang oleh individu. Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila
pemegang unit bumiputera menjual saham mereka, keuntungan yang diperolehi
digunakan dan tidak dilabur semula. Melalui PNB, banyak saham korporat utama
Malaysia yang diperolehi dari dana yang disediakan kepada Yayasan Pelaburan
Bumiputra dipindahkan ke tabung amanah yang diurus oleh PNB dan dijual semula
kepada kaum bumiputera dalam bentuk unit yang lebih kecil (PNB, 2014).
Dengan menggunakan model pelaburan inovatif ini, PNB Berjaya memastikan
bahawa saham-saham peruntukkan oleh kerajaan kepada institusi bumiputera dapat
dikekalkan. Ia juga Berjaya menanam tabiat menyimpan secara menyeluruh,
pengembangan bidang keusahawanan dan kemahiran pelaburan kepada golongan
bumiputera. Dengan pengurusan dana yang berjumlah lebih RM200 bilion (setakat Mac
2012), Kumpulan PNB kini merupakan institusi pelaburan utama negara dengan
pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi,
pengurusan harta dan pengurusan aset.
Perkembangan pesat pasaran saham di malaysia menuntut satu peraturan
pengurusan pasaran saham dan ekuiti yang lebih tersusun dan telus. Pada tahun 1993,
Suruhanjaya sekuriti telah ditubuhkan berdasarkan Securities Commission Act 1993
(SCA) dengan objektif utama berperanan sebagai badan yang mengawal dan
mempromosikan pembangunan pasaran modal di Malaysia. Bagi mempastikan sumber
kewangan yang stabil kepada perjalanan Suruhanjaya Sekuriti, kerajaan telah
mengenakan levi ke atas transaksi jual beli saham di Bursa Malaysia pada kadar 0.03
109
peratus. Penubuhan SC dan BNM adalah bersifat saling membantu dalam mengawal
perjalanan akltiviti kewangan, insuran, saham amanah dan pasaran modal di Malaysia.
Perkembangan perancangan kewangan di Malaysia dipengaruhi oleh aktiviti
pergerakan berasaskan industri saham amanah dan insuran. Pergerakan perancangan
kewangan berasaskan industri saham amanah mengunakan akreditasi jawatan perancang
kewangan yang dikeluarkan oleh Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia
(Financial Planning Associaton of Malaysia). FPAM adalah persatuan yang dinaungi
oleh FPA yang beribu pejabat di Amerika Syarikat. Pemegang jawatan perancang
kewangan mengunakan persijilan yang dikeluarkan atas nama Persijilan Perancang
Kewangan (Certified Financial Planners-CFP) oleh FPA yang diiktiraf di seluruh
dunia. Pada tahun 2005, Persijilan CFP juga diluluskan sebagai prasyarat bagi
permohonan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (Capital Markets Services Licence-
CMSL) oleh Suruhanjaya Sekuriti dan prasyarat bagi permohonan Lesen Penasihat
Kewangan (Financial Adviser’s Licence-FA) oleh Bank Negara Malaysia.
Manakala, industri insuran mengunakan akreditasi jawatan perancang kewangan
yang ditauliahkan oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial
Planning Council-MFPC). Pemegang jawatan perancang kewangan mengunakan
persijilan yang dikeluarkan atas nama Perancang Kewangan Berdaftar (Registered
Chartered Financial Planners–RFP). Program RFP ditawarkan oleh Malaysian Institute
of Insurance (MII) dengan kerjasama MFPC. Program itu juga sedikit sebanyak
berteraskan program ChFP yang dikelolakan oleh Institut Berdaftar Insurance
(Chartered Insurance Institute) yang berpusat di United Kingdom.
Program Perancang Kewangan Berdaftar (RFP) telah dilancarkan oleh Gabenor
Bank Negara Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Dato 'Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada bulan
110
November 2002
(Malaysia Financial Planning Council, 2014). Seperti juga CFP,
jawatan (designation) RFP telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Mac
2005 sebagai kelayakan untuk memohon Lesen Penasihat Kewangan (Financial
Adviser’s Licence-FA) oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Insurans 1996 (Bank
Negara Malaysia, 2014). Jawatan RFP juga telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia pada bulan November 2005 sebagai salah satu kelayakan untuk memohon
Lesen Penasihat Pelaburan di bawah Akta Industri Sekuriti 1983 (Security Commission,
2012) dan permohonan mendapatkan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL)
berdasarkan pengenalan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan, 2007). Selain dari akreditasi yang melibatkan CFP dan RFP,
Perunding Kewangan Bertauliah atau (Chartered Financial Consultant-ChFC) oleh
Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia atau (Malaysian Financial
Planners and Advisors Association-FPA) turut mendapat pengiktirafan oleh
Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.
3.5 Institusi Kewangan Berkaitan Perancangan Kewangan di Malaysia
Institusi berkaitan perancangan kewangan ditubuhkan selari dengan keghairahan
meningkatkan kefahaman rakyat Malaysia terhadap bidang perancangan kewangan.
Dalam bab ini, diterangkan sejarah kewujudan tiga institusi pertama kesan dari
kesedaran kepada keperluan mewujudkan persatuan bagi menjaga kepentingan ahli-ahli
yang terlibat dalam bidang perancangan kewangan dari latarbelakang yang berbeza.
Manakala, IBFIM pula adalah sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB) untuk meningkat kefahaman masyarakat kepada perbankan
Islam namun dijenamakan semula untuk meningkatkan kefahaman masyarakat kepada
111
sistem perbankan Islam secara lebih menyeluruh dan diwakili oleh keseluruhan pemain
industri perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.
3.5.1 Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM)
Pada 10 Mei 1999, IAFP cawangan Malaysia ditubuhkan dengan penyertaan seramai 23
orang ahli dari pelbagai disiplin kewangan. Pada waktu yang sama, Tunku Ya'acob
Tunku Abdullah dari MAA Assurance telah berhubung dengan Lembaga Standard CFP
tentang niat mereka untuk menubuhkan cawangan perancangan kewangan di Malaysia.
Pada akhir bulan Jun 1999, ahli jawatankuasa penaja yang pertama terdiri daripada
Edmond Cheah, Wong Boon Choy, Steve Teoh dan Paul Chan menjemput Tunku
Ya'acob untuk mengambil bahagian dalam rundingan untuk membangunkan industri
perancangan kewangan di Malaysia.
Pada tahun 1999, wakil Malaysia telah dijemput untuk membentangkan
permohonan sebagai affiliate CFP yang baru pada mesyuarat Majlis Antarabangsa CFP
di Paris pada awal bulan September 1999. Deligasi yang diketuai oleh Tunku Yaacob
dan diiringi oleh Wong Boon Choy, James Beltran dan Paul Chan telah membentangkan
kes mereka kepada ahli-ahli Majlis CFP Antarabangsa dan seterusnya mendapat
tawaran untuk membuka affiliate CFP baru di Malaysia. Kejayaan di Paris membuka
laluan penubuhan entiti baru dan FPAM telah didaftarkan pada 13hb Disember 1999.
Selepas itu, usaha menambah ahli baru bergiat aktif di kalangan institusi kewangan
untuk menjadi ahli piagam bagi menyokong pembangunan industri perancangan
kewangan.
Pada 14-15 Ogos, 2000, FPAM telah dilancarkan secara rasmi oleh penasihat
kepada Menteri Kewangan, Datuk Mustapa Mohamed sempena perasmian Persidangan
112
Antarabangsa Perancangan Kewangan Tahunan, IFPAC 2000. Persidangan tersebut
telah berjaya menarik minat peserta lebih daripada 1,000 peserta termasuk 30 peserta
pameran yang memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang
inovatif. Berkuatkuasa 5hb Januari 2004, perancang kewangan di Malaysia yang
berhasrat bergiat aktif dalam aktiviti berkaitan perancangan kewangan dikehendaki oleh
Suruhanjaya Sekuriti untuk memohon lesen yang dikeluarkan oleh SC. Antara persijilan
awal yang mendapat pengiktirafan oleh SC adalah Perancang Kewangan Bertauliah
(CFP).
3.5.2 Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC)
Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (Malaysia Financial Planning Council-
MFPC). MFPC adalah sebuah organisasi perancangan kewangan nasional yang
ditubuhkan pada tahun 2004 (Malaysian Financial Planning Council, 2012). Penubuhan
organisasi didesak dan ditaja oleh tiga persatuan utama berkaitan insurans di Malaysia
iaitu Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM); Persatuan Kebangsaan Insurans Hayat
Malaysia dan Penasihat Kewangan (NAMLIFA); dan Institut Insurans Malaysia (MII).
MFPC adalah badan kawal selia sendiri, yang didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan, 1996, dengan tujuan utama untuk mempromosikan celik wang serta
meningkatkan jumlah pemegang sijil dan professional dalam perancang kewangan di
Malaysia melalui pendidikan dan latihan profesional. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menyatukan dan mengukuhkan akauntabiliti dan pematuhan kepada undang-undang dan
peraturan-peraturan oleh penyedia perancangan kewangan dan pengamal kewangan.
Sebahagian daripada strategi MFPC adalah memastikan keseragaman standard amalan
dalam industri perancangan kewangan di Malaysia.
113
MFPC menetapkan piawaian teknikal kepada ahli; menetapkan keperluan
peperiksaan dan persijilan; mewujudkan satu kod profesional etika dan pematuhan;
memajukan pengetahuan ahli-ahlinya melalui sokongan teknikal dan program-program
pendidikan berterusan. Di bawah payung MFPC, industri insurans hayat telah berjaya
mengguna pakai "Perancang Kewangan Berdaftar" (RFP) sebagai kelayakan tanda aras
yang sama untuk perancang kewangan dalam industri saham amanah. RFP menandakan
tiang berkembar profesionalisme dalam kecemerlangan amalan berkaitan perancangan
kewangan dan pendidikan profesional.
3.5.3 Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia
Penubuhan Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia atau (Malaysian
Financial Planners and Advisors Association-FPA) ditubuhkan seawal 1999 oleh
sekumpulan individu yang mengikuti program Chartered Financial Consultants)
(ChFC) dari Kolej Amerika (American College). Dulu ia dikenali sebagai Persatuan
Perunding Kewangan Bertauliah Malaysia atau (Malaysian Association of Chartered
Financial Consultants-(MAChFC). Pada tahun 2009, kumpulan tersebut merasakan
keperluan untuk menjenamakan semula persatuan dengan nama baru yang lebih sesuai
bagi mengambarkan persatuan yang mengutamakan perkhidmatan kewangan
berdasarkan yuran di Malaysia (The Edge Malaysia, 2009)
Nama baru yang dicadangkan ialah Persatuan Perancang Kewangan dan
Penasihatan Malaysia atau (Malaysian Financial Planners and Advisors Association-
FPA). Program ChFC adalah berdasarkan program Chartered Financial Consultant
yang ditawarkan oleh the American College of Financial Services yang kini tidak
ditawarkan lagi di Malaysia. Persatuan Perancang Kewangan dan Penasihatan Malaysia
114
juga turut mempunyai hubungan akademik yang baik dengan NAPFA di Amerika
Syarikat.
3.5.4 Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM)
Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (Islamic Banking and Finance
Institute Malaysia-IBFIM) atau lebih dikenali sebagai IBFIM pada awalnya adalah
sebuah pusat pendidikan kewangan Islam yang dimiliki oleh Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB). Namun bermula dari bulan Februari 2001, objektif IBFIM telah
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah institusi milik industri perbankan
Islam yang berdedikasi untuk menghasilkan kakitangan yang terlatih, kecekapan tinggi
dan eksekutif dengan bakat yang diperlukan dalam industri kewangan Islam.
Berdasarkan pernyataan Pelan Induk Sektor Kewangan oleh Bank Negara
Malaysia, objektif IBFIM ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan bank-bank dan
pengendali takaful yang berilmu dan cekap, dan usaha juga akan diarahkan untuk
menggalakkan pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan yang dijangka
industri.
Di dalam industri pasaran saham dan saham amanah, penubuhan IBFIM bertujuan
membangunkan kepakaran tempatan untuk memastikan kebersediaan sejumlah
profesional yang baik serta mahir dalam hal-hal berkaitan Syariah dan dapat
menyediakan individu yang bernilai kualiti tinggi dalam hal berkaitan tambah nasihat
dan perkhidmatan pengantaraan.
Pada Ogos 2007, Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) dan
IBFIM telah menerima geran sebanyak RM1.15 juta daripada Tabung Pembangunan
Pasaran Modal (CMDF) bagi kerjasama dalam pembangunan program Pensijilan
115
Perancangan Kewangan Islam. Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) adalah
dana berkanun yang ditubuhkan menurut Akta 83C Seksyen Industri Sekuriti 1983, dan
berada di bawah bidang kuasa am Suruhanjaya Sekuriti. Tujuan dana wang tesebut
adalah untuk membolehkan dan memudahkan, menerusi pembiayaan projek-projek dan
inisiatif untuk membangunkan pasaran modal.
3.5.5 Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah
sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006
untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai
ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Agensi Kaunseling
dan Pengurusan Kredit ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor
Kewangan Bank Negara Malaysia iaitu sebuah pelan 10 tahun yang bertujuan
memajukan dan merangsang sektor kewangan negara (Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit, 2012). AKPK mengambil ilham dari penubuhan badan kaunseling
dan pengurusan hutang yang diamalkan di Amerika Sarikat khususnya dalam aspek
pengurusan hutang pengguna dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah percuma.
Namun pendekatan AKPK berbeza dari aspek berikut:
i. Pencegahan (preventing) melalui siri pendidikan kewangan melalui kursus dan
seminar kepada ahli masyarakat tentang kepentingan mengurus kewangan
peribadi.
ii. Penasihatan (advising) melalui siri kaunseling kewangan melalui usaha
membimbing dan menasihati pengguna yang menghadapi masalah.
116
iii. Pengawalan (controlling) melalui penglibatan ahli masyarakat yang bermasalah
dalam Program Pengurusan Kredit (DMP).
AKPK diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling dan nasihat
kewangan, pengurusan kredit dan pendidikan kewangan bagi menolong rakyat Malaysia
menguasai cara pengurusan kewangan masing-masing. Misi AKPK adalah
mempromosikan kesihatan kewangan melalui individu yang berpengetahuan
kewangan, dan melalui kaunseling kredit serta program pengurusan kredit.
Berbeza dengan agensi kewangan lain, AKPK berperanan sebagai agensi yang
mengurus aktiviti aktiviti pra-kemuflisan. Aspek berkaitan kemuflisan tidak diuruskan
oleh AKPK tetapi diuruskan oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Ketika ini,
individu yang telah diistihar muflis perlu berurusan dengan pihak JIM. Tahap
pengetahuan yang rendah dan kurang tanggungjawab oleh individu yang diistiharkan
muflis telah menyukarkan pihak JIM untuk mempertimbangkan langkah seterusnya
seperti menolong menyahkan status kebankrapan mereka. Menurut Jabatan Insolvensi
Malaysia (JIM), sehingga tahun 2009 terdapat lebih 100,000 individu bangkrap
menghadapi risiko kekal bangkrap kerana gagal hadir untuk mengurus kes mereka
dengan Jabatan Insolvensi Malaysia. Mereka adalah 107,205 daripada 214,410
keseluruhan kes bangkrap dan mereka ini gagal dikesan kerana tidak melaporkan diri
untuk pengurusan kes bangkrap mereka.
Di Malaysia, individu muflis diberikan peluang lebih luas untuk membebaskan
diri mereka dari status bankrap berdasarkan Rang Undang-undang Kebankrapan 1967,
(Pindaan) 1998. Rang undang-undang baru yang dipinda ini memberikan kuasa budi
bicara kepada Pegawai Pemegang Harta untuk membenarkan beberapa kategori
117
bankrap yang boleh dilepaskan dan memberi "peluang kedua" kepada individu
bangkrap untuk terlibat secara aktif dalam perniagaan. Terdapat juga kategori lain yang
layak mendapatkan penangguhan hukuman di bawah Akta yang dipinda. Mereka
adalah penjamin pinjaman, individu yang menderita akibat kegawatan kewangan,
individu bangkrap yang sakit, tua dan menganggur.
3.6 Undang-undang Berkaitan Penguatkuasaan Aktiviti Perancang Kewangan
Di Malaysia
Perkembangan sektor kewangan yang sentiasa berubah memerlukan kepada standard
perkhidmatan kewangan yang lebih tinggi. Respons terhadap perubahan produk
kewangan yang semakin kompleks, Pelan Induk Sektor Kewangan menyarankan
khidmat pengantara profesional seperti penasihat kewangan boleh membantu
warganegara Malaysia mendapat nasihat profesional tentang pilihan produk dan
perkhidmatan kewangan dengan lebih luas. Penasihat kewangan akan memainkan
peranan penting dalam menyediakan khidmat nasihat kewangan yang holistik kepada
pengguna, termasuk perlindungan insurans, simpanan untuk pendidikan, perancangan
persaraan dan pelaburan untuk masa hadapan.
Untuk tujuan itu, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang memperkenalkan
rang undang-undang yang memerlukan seseorang untuk mendapatkan lesen sebelum
dibenarkan bergiat aktif menjadi 'perancang kewangan' di Malaysia. Perancang
kewangan adalah dianggap sebagai profesion yang baru di rantau Asia berbanding
dengan mereka yang berada dalam barat, seperti Amerika Syarikat dan Australia di
mana profesion yang lebih mantap.
118
Dengan penggubalan Akta Insurans (Pindaan) 2005 dan Peraturan-Peraturan
Insurans (Pindaan) 2005 baru-baru ini, Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan
bahawa rangka kerja pengawalseliaan telah sedia ada bagi pelesenan penasihat
kewangan. Suruhanjaya Sekuriti juga telah memperkenalkan undang-undang melalui
pindaan yang dibuat kepada Akta Perindustrian Sekuriti tahun 2003 untuk mengawal
selia aktiviti perancangan kewangan dan penggunaan tajuk atau berkaitan gelaran
'perancang kewangan' atau untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
perancangan kewangan.
Menurut Gaz (2011), pindaan kepada Akta Insurans Malaysia yang dilakukan
pada 2005 juga telah mensyaratkan seseorang yang ingin menjalankan perniagaan
penasihatan kewangan (termasuk aktiviti-aktiviti perancangan kewangan yang berkaitan
dengan insurans) dan/atau menggunakan gelaran penasihat kewangan di bawah firma
mereka perlu mendapatkan lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Sehingga
Julai 2010, terdapat hanya lapan syarikat-syarikat yang telah diluluskan di bawah lesen
penasihat kewangan (FA) dengan 43 individu-individu dalam syarikat-syarikat ini.
Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia sekali lagi memperkenalkan Akta
Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSA) sebagai satu lagi usaha untuk menyatukan
aktiviti industri ke arah persekitaran satu rejim pengawalseliaan. Sebelum itu, pada
bulan September 2006, kelayakan CFP telah dimasukkan sebagai salah satu kelayakan
yang boleh digunakan oleh memohon lesen penasihat kewangan (financial adviser
license).
Dengan perkembangan ini, permintaan untuk kursus perancangan kewangan telah
mula bercambah. Selain itu, pemohon lesen juga mesti menjadi ahli berdaftar kepada
organisasi kawal selia sendiri (Self-regulatory Organisation-SRO) dalam perancangan
119
kewangan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Bagi tujuan ini, kedua-dua SROs yang
kini diiktiraf oleh kedua-dua Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara ialah Majlis
Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) dan Persatuan Perancangan Kewangan
Malaysia (FPAM).
Sehingga Mac 2011, terdapat kira-kira 35 syarikat dan 10 individu yang berlesen
di bawah lesen perkhidmatan pasaran modal (CMSL) untuk perancangan kewangan,
manakala ia dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 250 individu di bawah syarikat-
syarikat CMSL yang berlesen.
Penasihat kewangan akan dilesenkan di bawah Akta Insurans kerana ia
merupakan satu kategori pengantara yang baru. Selain produk insurans, penasihat
kewangan mungkin memberikan khidmat nasihat dan memasarkan produk kewangan
lain tertakluk kepada kebenaran awal daripada pihak berkuasa berkenaan;
i. Definisi aktiviti penasihat kewangan merangkumi analisis keperluan perancangan
kewangan seseorang individu berkaitan dengan produk insurans, mencadangkan
produk insurans yang sesuai, mendapatkan produk insurans daripada penanggung
insurans atau mengatur kontrak berkaitan dengan produk insurans;
ii. Penasihat kewangan mestilah sebuah badan korporat dengan modal berbayar
minimum yang tidak akan terjejas oleh kerugian sebanyak RM100,000 dan
pemilik majoritinya ialah warganegara Malaysia;
iii. Penasihat kewangan perlu sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans
indemniti profesional minimum sebanyak RM200,000 bagi memberikan
perlindungan kepada pengguna dalam hal kealpaan profesional;
120
iv. Lesen penasihat kewangan akan diperbaharui setiap tahunan tertakluk kepada
pematuhan kepada keperluan pelesenan;
v. Penasihat kewangan juga akan tertakluk kepada keperluan am yang lain yang
dikenakan atas empunya lesen di bawah Akta Insurans, seperti perubahan dalam
entiti pemegangan saham, kelulusan terhadap perlantikan ketua pengarah
eksekutif dan pengarah, pembukaan cawangan dan penyerahan borang akaun
tahunan;
vi. Wakil penasihat kewangan yang akan terlibat dalam memberikan khidmat nasihat
mesti diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan memiliki kelayakan profesional
minimum yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Ini bagi memastikan yang
mereka mempunyai tahap kompetensi yang sesuai untuk memberikan khidmat
nasihat kepada pengguna; dan
vii. Penggunaan istilah "penasihat kewangan" adalah terhad kepada pemegang lesen
penasihat kewangan dan entiti yang dikecualikan di bawah Akta Insurans.
Pengehadan penggunaan istilah "penasihat kewangan" akan memberikan
pengguna keyakinan yang nasihat kewangan adalah daripada sebuah entiti yang
dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia.
3.7 Undang-Undang Berkaitan Perlesenan Penasihat Kewangan
Perlesenan bagi aktiviti perancangan kewangan di Malaysia dikawal selia oleh dua
institusi berpengaruh iaitu Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya sekuriti. Penggunaan
panggilan “Penasihat Kewangan” dan kelayakan menjalankan aktiviti berkaitan
perancangan kewangan di Malaysia berlandaskan kelulusan perundangan yang
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah seperti disenaraikan pada Guidelines on
121
Application For Financial Adviser’s Licence Under The Insurance Act 1996 - Pindaan
2007. Antara lain panduan tersebut menyatakan syarat penggunaan penasihat kewangan
adalah terhad bagi aktiviti berkaitan penawaran produk insurans kepada pihak awam.
Panduan juga bertujuan memudahkan urusan permohonan lesen dengan menyenaraikan
kriteria bagi status berkaitan pendidikan kewangan pemohon. Antara syarat yang
ditetapkan adalah pemohon mestilah mempunyai:
i. mempunyai kelayakan Perancang Kewangan Berdaftar sebagai yang diberikan
oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC);
ii. kelayakan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP);
iii. kelayakan Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC); atau
iv. kelayakan profesional lain yang ditetapkan oleh Bank dari dari masa ke semasa.
Manakala, di bawah garis panduan “Licensing Criteria For An Individual
Applying For A Capital Markets Services Licence (CMSL) To Carry On Financial
Planning” yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti hanya mengiktiraf tiga persijilan
berikut: iaitu Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC), Kelayakan Perancang
Kewangan Bertauliah (CFP) dan Kelayakan Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC).
Perlesenan oleh SC menghadkan aktiviti perundingan hanya kepada pemegang lessen
dan jika aktiviti perancangan kewangan dilaksanakan oleh entiti perkongsian, hanya
rakan kongsi yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menjalankan aktiviit tersebut.
122
3.8 Sejarah Perkembangan Institusi berkaitan Perancangan Kewangan Islam
Seiring dengan usaha mengejar pembangunan sempurna dalam persekitaran yang
berbilang agama, bermula awal 1980-an sistem kewangan di Malaysia menerima pakai
pendekatan beransur-ansur melaksanakan dwi sistem kewangan, iaitu sistem kewangan
Islam selari dengan sistem konvensional. Ia mula menunjukkan kematangan apabila
sistem kewangan Islam sudah dapat diterima dan lebih mudah digunakan oleh majoriti
rakyat malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Sejarah pembangunan konsep Perancangan Kewangan Islam dapat dilihat
bergerak secara berperingkat bermula dengan pengenalan sistem perbankan Islam dalam
sistem kewangan Malaysia. Melalui proses suaikenal pada era 1983-1992, penerokaan
sistem kewangan Islam bermula dengan penubuhan Bank Islam pertama iaitu Bank
Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah Akta
Perbankan Islam yang baru. Seterusnya, BIMB berkembang pesat dan melalui beberapa
fasa penerimaan dan penyerapan pada era 1993–2002. Beroperasi di dalam dwi sistem,
bank-bank Islam tidak mampu untuk menjadi leka, dan perlu beroperasi dalam
persekitaran yang berdaya saing dan dinamik.
Bagi memastikan sistem perbankan Islam yang berdaya maju dan mudah diterima
oleh masyarakat, tiga elemen asas dilaksanakan iaitu pertama; penciptaan bilangan
instrumen kewangan yang besar dan pelbagai bagi memenuhi keperluan berbeza pelabur
dan peminjam. Kedua; menambah pemain dalam industri dan ketiga kewujudan satu
sistem pasaran antara bank Islam sistem yang cekap dan berkesan untuk
menghubungkan institusi dan instrumen. Menjelang akhir 1992, sistem perbankan Islam
telah mencipta 20 instrumen perbankan Islam meliputi kawasan aktiviti yang sangat
luas. Pada tahun 1993, langkah seterusnya iaitu penciptaan sebilangan besar institusi
123
yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam. Dua alternatif dipertimbangkan, iaitu
pertama untuk menubuhkan bank Islam baharu dan kedua membenarkan sistem
perbankan konvensional juga menawarkan perkhidmatan perbankan Islam.
Pembangunan sistem kewangan secara berperingkat berjaya mendedahkan dan
meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sistem dan produk sistem perbankan
Islam.
Begitu juga dengan industri takaful yang diperkenalkan untuk memberi pilihan
kepada pengguna pelbagai produk alternatif berkaitan perlindungan insurans.
Berdasarkan cadangan oleh pasukan petugas yang ditubuhkan untuk mengkaji tahap
daya maju penubuhan syarikat insurans islam di Malaysia, Akta Takaful 1984
diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan syarikat takaful pertama diwujudkan di Malaysia
dengan nama Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) dan mula beroperasi pada
November 1984. Penubuhan akta, syarikat dan penciptaan pelbagai produk kewangan
seperti juga perbankan Islam telah memberi ruang kepada peningkatan tahap kefahaman
masyarakat terhadap kebaikan dan kecekapan produk yang ditawarkan oleh sistem
kewangan berlandaskan Islam.
Pengenalan sistem perbankan Islam dan Takaful seterusnya diikuti oleh
pembangunan sektor hartanah waqf dan faraidh oleh pihak kerajaan. Pada 27 Mac 2004
bersamaan 6 Safar 1425H, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah
diisytiharkan penubuhannya oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad
Badawi. Penubuhan jabatan ini merupakan titik permulaan dalam usaha Kerajaan
Persekutuan membantu memajukan harta umat Islam sebagai sumber kekayaan dan
kekuatan ummah pada masa hadapan. Iltizam mantan Perdana Menteri seterusnya
124
dizahirkan lagi dalam ucapan beliau semasa pelancaran Rancangan Malaysia Ke-9 pada
31 Mac 2006 di Dewan Rakyat (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, 2014).
Dari aspek pembangunan institusi berkaitan Perancangan Kewangan Islam.
Penubuhan Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) telah membuka satu
ide baru perkembangan bidang Perancangan Kewangan Islam di Malaysia. Sejarah awal
yang dapat direkodkan menunjukkan bahawa gerakan bagi menonjolkan bidang
Perancangan Kewangan Islam sebagai satu profession di Malaysia dipelopori oleh
HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn Bhd (HSAGSB) yang telah ditubuhkan pada
tahun 2000 dengan pengenalan teori kubah kehidupan dan penawaran program “Sijil
Perancangan Kewangan Islam” (Islamic Financial Planning Certificate–IFPC) yang
telah diiktiraf oleh Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia. IFPC adalah Modul
Perancangan Kewangan Islam yang pertama bukan sahaja di Malaysia malah di dunia.
Entiti HSAGSB kemudian ditukarkan kepada HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd.
(HIJRAH) pada tahun 2007.
Perkembangan bidang Perancangan Kewangan Islam tidak sehebat bidang
perancangan kewangan konvensional. Menyedari keperluan melahirkan modal insan
yang ramai dan berkelayakan dalam mempromosikan bidang Perancangan Kewangan
Islam. Di bawah inisiatif Dana Pembangunan Pasaran Modal (Capital Market
Development Fund), Suruhanjaya Sekuriti telah menyediakan grant permulaan
berjumlah RM1.15 juta kepada FPAM dan IBFIM untuk menghasilkan satu program
persijilan professional Perancangan Kewangan Islam bagi mewujudkan profesional
dalam bidang Perancangan Kewangan Islam. Program ini merupakan program
persijilan professional Perancangan Kewangan Islam yang pertama di Malaysia dan
dunia (IBFIM, 2007). Pada 24 November 2008, 57 graduan pertama program telah
125
ditauliahkan pada majlis anugerah sulung Perancang Kewangan Islam yang telah
diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Dari jumlah tersebut,
sebanyak 22 individu bukan islam turut dianugerah dengan gelaran tersebut (IBFIM,
2008).
Program IFP telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bank
Negara Malaysia untuk tujuan pelesenan. Dengan kelulusan ini, IFP dianggap sebagai
setaraf dengan kelayakan konvensional sedia ada profesional untuk perancangan
kewangan seperti Perancang Kewangan Bertauliah (CFP), Perancang Kewangan
Berdaftar (RFP) dan Perunding Kewangan Bertauliah (ChFC).
IFP adalah sebuah program 6-modul latihan, di mana calon-calon perlu menjalani
lebih daripada 40 jam latihan bagi setiap modul. Sebagai perbandingan, kandungan
program IFP lebih luas dan lebih mendalam jika dibandingkan dengan IFPC. IFPC yang
dikendalikan oleh HIJRAH juga turut dikenali sebagai Modul Amalan 1 yang awalnya
telah direka sebagai tambahan kepada program CFP dan merupakan sebahagian
daripada kursus Pendidikan Berterusan FPAM. IFPC juga merupakan sebuah kursus
CPE profesional yang diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC)
SC.
FPAM turut memperkenalkan program berkaitan Perancangan Kewangan Islam
yang dinamakan Perancang Kewangan Syariah Berdaftar. Program ini selaras dengan
agenda nasional untuk menjadikan Malaysia dan Pusat Kewangan Islam dan
menggalakkan kemajuan dalam urus niaga Islam dan perniagaan. MFPC juga telah
membangunkan Program RFP Syariah sebagai program praktikal profesional untuk
pengamal insuran untuk melengkapkan diri dengan prinsip Takaful dan pengetahuan
berkaitan Perancangan Kewangan Islam. Program Syariah RFP dilancarkan oleh Dato‟
126
Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 21 Ogos 2008.
Persijilan RFP Syariah telah mendapat pengiktirafan oleh Bank Negara Malaysia
sebagai kelayakan yang diluluskan untuk Lesen Penasihat Kewangan (Malaysian
Financial Planning Council, 2014).
Penerbitan awal artikel dan makalah berkaitan Perancangan Kewangan Islam turut
dihasilkan oleh individu terdahulu seperti Puan Hajjah Rohani Datuk Mohd Shahir yang
menjelaskan konsep Perancangan Kewangan Islam melalui teori kubah kehidupan.
Namun konsep disanggah oleh Lili Yulyadi Arnakim yang melihatkan konsep
perancangan kewangan berdasarkan asas falsafah Islam, di mana konsep generik
perancangan kewangan diperhalusi dan berubah menjadi konsep utama yang boleh
digunakan untuk membina pandangan Perancangan Kewangan Islam (Yulyadi, 1999).
Manakala, Masum Billah pula berpendapat bahawa Perancangan Kewangan Islam
satu konsep baru yang perlu dibangunkan dan ianya mempunyai hubungan yang selari
dengan takrifan Pemasaran Kewangan Islam yang ditakrifkan oleh Ibnu Abu Yusuf,
Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Khaldun. Mereka mendefinisikan perancangan kewangan
sebagai penciptaan, pembangunan dan penyampaian produk yang berdaya saing,
perkhidmatan yang unik dan memuaskan pelanggan berdasarkan keuntungan kepada
individu dan organisasi berdasarkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam. Komponen
utama Perancangan Kewangan Islam meliputi pengumpulan, perlindungan, penjagaan
dan pengagihan harta. Kesemua komponen utama ini dilaksanakan melalui proses
perancangan kewangan.
Melihat kepada pembangunan konsep Perancangan Kewangan Islam yang masih
belum lengkap, Menteri Kewangan Kedua, Dato 'Ahmad Husni dalam ucapannya
menaruh harapan kepada Perancangan Kewangan Islam boleh memainkan peranan yang
127
lebih aktif memandangkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global dan prospek
pertumbuhan ekonomi, terdapat keperluan untuk perancangan kewangan yang berkesan
serta potensi besar untuk kewangan Islam berkembang sebagai alternatif yang berdaya
maju dan berdaya saing kepada kewangan konvensional (IBFIM, 2008). Justeru usaha
awal dan tersusun untuk menerbitkan satu konsep yang menyeluruh tentang
Perancangan Kewangan Islam telah dihasilkan melalui sebuah buku yang berjudul
Islamic Financial Planning: A Brief Introduction dan diterbitkan hasil usahasama
FPAM dan IBFIM (IBFIM, 2009).
3.9 Kesimpulan
Malaysia adalah negara pertama yang mengeluarkan garis panduan perundangan bagi
mengawal aktiviti perancangan kewangan di dunia. Namun penghasilan satu
perundangan bersepadu untuk mengawal aktiviti perancangan kewangan tidak dapat
dilaksanakan kerana dari kedudukan asal perkembangan industri kewangan di Malaysia
telah memisahkan aktiviti dua institusi utama iaitu Bank Negara Malaysia dan
Suruhjaya Sekuriti (SC). Namun begitu ia tidak menghalang kewujudan pelbagai
institusi sokongan kepada perbankan dan pelaburan seperti JAWHAR. Sesungguhnya,
perkembangan Perancangan Kewangan Islam di Malaysia khususnya mendapat
sokongan yang cukup besar dari pihak kerajaan. Malah perkembangan aktiviti
Perancangan Kewangan Islam senantiasa dikawal selia oleh pihak kerajaan melalui
pelbagai dasar kewangan seperti Pelan Induk Pasaran Modal (Suruhanjaya Sekuriti,
2014) dan Pelan Tindakan Sektor Kewangan (Financial Sector Blueprint) (Bank Negara
Malaysia, 2014).
128
BAB 4: METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan mengenai metodologi kajian yang melibatkan proses perancangan
dan pelaksanaan sesuatu kajian khusus untuk menjawab objektif kajian dan menguji
empat hipotesis kajian yang telah dibentuk. Proses perancangan meliputi menentukan
reka bentuk kajian dan persampelan yang perlu dilakukan bagi memperolehi data yang
boleh dianalisis, seterusnya perlaksanaan terhadap perancangan yang telah dibuat. Ia
juga menerangkan mengenai pengukuran bagi angkubah-angkubah kajian dan peringkat
pra-ujian bagi borang soal-selidik yang dibina sebelum dilakukan pengutipan data.
Seterusnya, ia turut menerangkan mengenai jenis analisis data yang sepatutnya
digunakan dalam pengolahan data bagi mendapatkan maklumat untuk menjawab
objektif dan hipotesis. Ini termasuklah penentuan kesahan dan kebolehpercayaan bagi
pengukuran angkubah-angkubah kajian.
4.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini yang merupakan suatu kajian kuantitatif dan berbentuk keratan rentas di
mana data bagi sampel yang dikaji dikutip pada satu masa tertentu sahaja. Kutipan data
terhadap sesuatu sampel tidak melibatkan suatu tempoh masa yang panjang, dengan itu
perubahan terhadap sampel tidak dapat diperhatikan. Jenis data yang dikutip adalah
primer melalui borang soal selidik yang diedar ke lokasi kajian. Kaedah kajian adalah
melalui kaedah survei ke atas kakitangan awam yang mengisi sendiri borang soal-
selidik yang diedarkan. Borang soal-selidik digunakan bagi kajian kuantitatif ini dan
129
dengan itu dapat mengkaji satu perspektif yang luas dan khusus (Chua, 2006). Kajian
dengan reka bentuk ini bertujuan untuk membuat pengujian hipotesis di mana ia dapat
menerangkan mengenai hubungan antara angkubah-angkubah dan menentukan
perbezaan melibatkan angkubah-angkubah yang dikaji.
4.3 Lokasi Kajian
Lokasi bagi kajian ini dilakukan bertempat di kementerian-kementerian di Putrajaya dan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Sebanyak tujuh kementerian dipilih secara rawak
mudah di peringkat pertama sepertimana dalam jadual 4.1 diikuti oleh pemilihan jabatan
daripada setiap kementerian yang telah terpilih. Dari sejumlah 450 borang soalselidik
yang diedarkan, terdapat 310 borang soalselidik yang dapat dikumpulkan untuk
dianalisa, dengan itu kadar maklumbalas bagi kajian adalah sebanyak 68.9 peratus.
Agihan soalselidik yang diedarkan adalah seperti yang disenaraikan di bawah.
Jadual 4.1: Taburan Agihan Borang Soal-Selidik
Kementerian Jabatan/Bahagian/Unit Edaran Dapatan n (%)
Kementerian Pertanian dan
Industri AsasTani, Putrajaya
Jabatan Perikanan
Jabatan Pertanian
50 16 (5.2)
8 (2.6)
Kementerian Dalam Negeri Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
Bahagian Hal Ehwal Imigresen
50
50
58 (18.7)
Kementerian Pelajaran, Putrajaya
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
50
50
87 (28.1)
Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan
Unit Sumber Manusia 50 34 (11.0)
Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah,
Kuala Lumpur
Bahagian Pembangunan
Sumber
50 40 (12.9)
130
4.4 Persampelan
Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak berperingkat
berdasarkan kementerian dan jabatan. Persampelan rawak dipilih kerana dapatan kajian
dari persampelan rawak yang merupakan persamplean jenis berkebarangkalian boleh
digeneralisasikan kepada populasi kajian (Chua, 2006). Ini juga bagi membolehkan
penggunaan analisis parametrik seperti korelasi Pearson dan regresi berbilang. Menurut
Pallant (2011), penggunaan teknik analisis parametrik mempunyai andaian bahawa skor
diperolehi menggunakan sampel rawak dari populasi yang dikaji. Dapatan kajian yang
diperolehi bagi sampel yang dipilih dapat digunakan bagi menerangkan keadaan bagi
populasi yang diwakili oleh sampel berkenaan.
Populasi bagi kajian Perancangan Kewangan Islam adalah pekerja beragama
Islam dengan itu pemilihan sampel dalam kalangan kakitangan di kementerian adalah
disebabkan kebanyakan kakitangan ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Pemilihan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan sebagai lokasi kajian
adalah disebabkan ia merupakan penempatan bagi kebanyakan pejabat kementerian.
Sebanyak tujuh kementerian dipilih pada peringkat persampelan pertama secara
persampelan rawak melalui cabutan daripada 24 kementerian berdasarkan senarai
kementerian yang bertempat di Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Pada peringkat kedua, satu atau dua jabatan atau bahagian daripada setiap kementerian
dipilih yang kemudiannya dihubungi untuk mendapatkan persetujuan bagi pengutipan
Kementerian Pengajian
Tinggi
Bahagian Pembangunan
(Pengajian Tinggi)
50 18 (15.8)
Kementerian Pertahanan Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
50 49 (15.8)
Jumlah 450 310
131
data di jabatan berkenaan. Seorang pegawai penghubung dilantik di setiap jabatan yang
terpilih untuk kajian ini bagi mendapatkan responden kajian secara rawak mudah
berdasarkan senarai nama penjawat awam di jabatan masing-masing. Surat permohonan
untuk membuat kutipan data di jabatan berkenaan adalah sepertimana di Lampiran A.
Kutipan data berlangsung selama tiga bulan dari penghujung bulan Oktober 2010
sehingga pertengahan bulan Januari 2011.
Bilangan sampel yang menjadi responden kajian ditentukan berdasarkan
formula oleh Krejcie dan Morgan (1970) seperti berikut:
S = (X)2(N)(P)(1-P)
__________________
(d)2(N-1)+(X
2)(P)(1-P)
Di mana:
S = Saiz sampel yang diperlukan
X = 1.96 untuk aras keyakinan 95%
N = Saiz populasi
P = Nisbah populasi dianggapkan sebagai 0.5 (50%)
D = Darjah ketepatan 5% (0.05); margin ralat
S = (1.96)2(1,000,000)(0.5)(1-0.5)
________________________________
(0.5)2(1,000,000-1)+(1.96
2)(0.5)(1-0.5)
= 384
132
Saiz sampel yang dicadangkan melalui formula di atas bagi 95 peratus tahap keyakinan
adalah 384 bagi mewakili saiz populasi yang melebihi 1,000,000 orang. Oleh itu
bilangan soal-selidik yang melebihi bilangan yang dicadangkan iaitu sebanyak 450
borang soal selidik diagihkan kepada jabatan yang telah terpilih melalui persampelan
rawak berdasarkan senarai nama jabatan atau bahagian di kementerian tertentu.
4.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian atau borang soal selidik dibentuk bagi mendapatkan skor keseluruhan
yang boleh digunakan untuk menguji beberapa hipotesis yang ditetapkan berdasarkan
Teori Tingkah Laku Yang Terancang. Pengujian menggunakan teori sistem pengurusan
yang dibangunkan oleh Deacon dan Firebaugh (1988). Berdasarkan teori sistem
pengurusan, tingkah laku berdasarkan tiga komponen utama iaitu input, truput dan
output. Komponen input di dalam teori ini merangkumi angkubah anteseden iaitu
demografi, literasi perancangan kewangan Islam dan faktor sosialisasi kewangan, dan
angkubah bebas (independent variable) iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi
kawalan tingkah laku perancangan kewangan Islam sepertimana dalam gambar rajah
4.1. Komponen truput adalah niat bertingkah laku (behavioural intentions) dan tingkah
laku (behaviour) perancangan kewangan Islam. Merujuk kepada Teori Tingkah Laku
Yang Terancang, faktor literasi PKI dan faktor sosialisasi merupakan dua faktor baharu
yang ditambah kepada teori berkenaan dalam kerangka konsep.
Komponen output adalah tahap kesejahteraan kewangan (financial well being)
yang boleh diukur dengan pengukuran yang dibangunkan oleh Porter dan Garman
(1993). Borang soal selidik adalah instrumen yang digunakan bagi kajian ini. Maklumat
yang diperlukan dalam kajian ini adalah latar belakang sosioekonomi, literasi
133
perancangan kewangan Islam, faktor sosialisasi, pelbagai aspek tingkah laku
perancangan kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.
Anteseden Teori Tingkah Laku Yang Terancang Hasil
Demografi Sikap PKI
Literasi
PKI
Norma
Subjektif PKI
Niat Tingkah
Laku PKI
Tingkah
Laku
PKI
Kesejahteraan
Kewangan
Faktor
Sosialisasi
Persepsi
Kawalan
Tingkah Laku
PKI
Gambar Rajah 4.1: Kerangka Konseptual Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan
Islam Berdasarkan Teori Tingkah Laku Yang Terancang
4.5.1 Demografi
Aspek tingkah laku perancangan kewangan Islam meliputi aspek literasi, sikap, norma
subjektif, persepsi kawalan tingkah laku, niat untuk terlibat dan penglibatan dalam
perancangan kewangan Islam. Maklumat latar belakang responden yang diperlukan
adalah jantina, tahap perkahwinan, taraf pendidikan, umur, pekerjaan, gred
perkhidmatan, tempoh pekerjaan, kementerian, pendapatan sendiri, pendapatan isi
rumah melalui kaedah respon terhad dan terbuka.
4.5.2 Literasi Perancangan Kewangan Islam
Kajian berkaitan literasi individu terhadap perancangan kewangan Islam melibatkan
aspek pengumpulan, perbelanjaan dan pengagihan harta berdasarkan skala jawapan ya
atau tidak. Untuk mengukur literasi perancangan kewangan Islam, ujian melibatkan
134
lima soalan bagi literasi subjektif mewakili lima aspek iaitu pengetahuan, kefahaman,
penggunaan, perbezaan dan kemampuan menerangkan konsep Perancangan Kewangan
Islam. Pengukuran berdasarkan adaptasi dari sumber oleh Kapoor et al. (2004). Jadual
4.2 menyenaraikan soalan berkaitan tahap literasi individu terhadap perancangan
kewangan Islam.
Jadual 4.2: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam
No. Pernyataan
1. Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep perancangan kewangan Islam
2. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep perancangan kewangan Islam
3. Menggunakan pengetahuan berkaitan perancangan kewangan Islam dalam
aktiviti kewangan harian
4. Boleh membezakan di antara konsep perancangan kewangan Islam dan
konvensional
5. Boleh menerangkan konsep perancangan kewangan Islam jika diminta berbuat
demikian
4.5.3 Faktor Sosialisasi
Faktor sosialisasi digunakan untuk mengukur bagaimana angkubah bersandar
mempengaruhi hubungan individu dengan faktor persekitaran yang lain. Faktor
sosialisasi merangkumi lima (5) soalan terdiri dari ibubapa, rakan sebaya, agama, media
massa dan ahli keluarga yang diperolehi dari Clark dan Tiggermann (2006).
Menggunakan kaedah korelasi Pearson, skor faktor sosialisasi digunakan untuk menilai
tahap kecenderungan hubungan faktor sosialisasi dengan beberapa angkubah iaitu sikap,
norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku, niat dan tingkah laku perancangan
kewangan Islam. Jadual 4.3 menyenaraikan pernyataan bagi faktor sosialisasi dengan
135
diukur berasaskan respon setuju dan tidak setuju. Skala 1 hingga 7 digunakan sebagai
ukuran kecenderungan tersebut.
Jadual 4.3: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
No. Faktor dan sebab berikut di bawah mempengaruhi tingkah
laku saya terhadap perancangan kewangan Islam
Skala
1. Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari sumber rezeki yang
halal adalah satu ibadah 1-7
2. Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan produk kewangan 1-7
3. Agama ke atas membezakan antara halal dan haram dalam
mencari rezeki 1-7
4. Media massa ke atas pembentukan persepsi positif terhadap
pengetahuan berkaitan perancangan kewangan Islam 1-7
5. Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa pulang rezeki halal
untuk manfaat keluarga 1-7
4.5.4 Sikap, Norma Subjektif dan Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam
Pengukuran bagi sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat
merancang kewangan Islam diadaptasi dari kaedah kajian Ajzen (1991) dan diubahsuai
oleh Francis, Eccles, Johnston, Walker, Grimshaw, dan Foy (2004) dan disesuaikan
dengan kajian tingkah laku kakitangan awam dalam perancangan kewangan Islam.
4.5.4.1 Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Sikap diukur berdasarkan rasa positif atau negatif terhadap sesuatu perkara. Sikap yang
positif mewakili perasaan untuk melihat sesuatu perkara yang dilakukan adalah baik dan
memberi manfaat jika dilakukan. Di dalam kajian ini disertakan dua set sikap iaitu
136
kepercayaan tingkah laku (behavioural beliefs) dan hasil penilaian (outcome beliefs).
Senarai soalan bagi kedua-dua komponen sikap adalah seperti di jadual 4.4 dan
dipaparkan mengikut nombor pernyataan sepertimana dalam borang soal-selidik.
Jadual 4.4: Sikap Terhadap Perancangan Kewangan Islam
No. Kepercayaan Tingkah laku
(Behavioural Beliefs) Skor
1 Jika saya merancang kewangan secara Islam,
saya akan merasa bahawa saya telah
melakukan sesuatu yang positif terhadap
kehidupan saya di akhirat
1 2 3 4 5 6 7
2 Saya merasa bimbang dan resah tentang
keadaan saya di akhirat, jika aktiviti
kewangan saya tidak berdasarkan syariah
1 2 3 4 5 6 7
3 Jika saya merancang kewangan secara Islam,
dari peringkat awal lagi, saya akan dapat
mengawal pendapatan dari sumber yang tidak
dibenarkan oleh agama
1 2 3 4 5 6 7
4 Jika saya merancang kewangan secara Islam,
saya harus sentiasa memeriksa status
kewangan agar tidak terlibat dengan perkara
yang meragukan dan tidak dibenarkan Syariah
1 2 3 4 5 6 7
Hasil Penilaian (Outcome Evaluation) Skor
9 Selalu memastikan kewangan tidak terlibat
dengan perkara yang meragukan -3 -2 -1 0 1 2 3
10 Merasa bimbang dan resah tentang azab dan
balasan neraka jika mendapati aktiviti
kewangan tidak berlandaskan syariah
-3 -2 -1 0 1 2 3
11 Berusaha melakukan sesuatu yang positif
terhadap kehidupan akhirat -3 -2 -1 0 1 2 3
12 Bagi mendapatkan keberkatan rezeki dari
Allah, mengawal sumber dan perbelanjaan
berdasarkan syariah pada peringkat awal
-3 -2 -1 0 1 2 3
Formula pengiraan untuk skor keseluruhan adalah seperti berikut:
N: (1x11) + (2x10) + (3x12) + (4x9)
137
N: jumlah keseluruhan skor sikap
- 1-4 adalah skor bagi setiap pengaruh kepercayaan tingkah laku
- 9-12 adalah skor bagi setiap penilaian berkaitan kepercayaan tingkah laku
Menggunakan kaedah ini:
1. Skor positif (+) bermaksud individu memilih (in favour) untuk bertingkah laku.
2. Skor negatif (-) bermaksud individu memilih untuk tidak (against) bertingkah
laku.
Jika individu memberi jawapan seperti skor yang ditanda (bold) di dalam kotak soalan
di atas, maka jumlah keseluruhan skor bagi sikap terhadap tingkah laku dikira seperti di
bawah:
N : (+5x+2) + (+2x-1) + (+3x+2) + (+4x+1)
: (+10) + (-2) + (+6) + (+4) = +18
1. Sikap rendah negatif (-63 ke -21)
2. Sikap sederhana (-20 ke +20)
3. Sikap tinggi positif (+21- ke +63)
Julat yang sesuai bagi jumlah keseluruhan yang boleh dicatatkan ialah -63 ke +63. Oleh
itu, skor tingkah laku individu menunjukkan sikap sederhana positif terhadap tingkah
laku dalam perancangan kewangan Islam.
138
4.5.4.2 Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam
Norma subjektif (subjective norms) digunakan untuk mengukur persepsi individu
bahawa faktor berdasarkan norma mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Ia diukur
berdasarkan setuju atau tidak setuju pengaruh faktor norma persekitaran ke atas niat
untuk bertingkah laku. Di dalam kajian ini disertakan dua set norma subjektif iaitu
kepercayaan norma (normative beliefs) untuk tingkah laku dan motivasi untuk
memenuhi permintaan (motivation to comply) norma tersebut. Senarai soalan bagi
kedua-dua komponen norma subjektif adalah seperti di jadual 4.5 dan dipaparkan
mengikut nombor pernyataan sepertimana dalam borang soal-selidik.
Jadual 4.5: Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam
No Kepercayaan Norma ke atas tingkah laku Skor
13 Saya dipengaruhi oleh orang lain dalam
melaksanakan perancangan kewangan Islam 1 2 3 4 5 6 7
14 Saya dipengaruhi oleh ahli keluarga dalam
melaksanakan perancangan kewangan Islam 1 2 3 4 5 6 7
15 Saya dipengaruhi oleh rakan-rakan dalam
melaksanakan perancangan kewangan Islam 1 2 3 4 5 6 7
16 Saya dipengaruhi oleh perintah agama
dalam melaksanakan perancangan kewangan
Islam
1 2 3 4 5 6 7
Motivasi untuk memenuhi permintaan
kepercayaan Norma Skor
21 Merancang kewangan mengikut syariat
Islam sama sepertimana orang lain -3 -2 -1 0 1 2 3
22 Merancang kewangan mengikut syariat
Islam berdasarkan nasihat ahli keluarga
(ibubapa, saudara kandung)
-3 -2 -1 0 1 2 3
23 Merancang kewangan mengikut syariat
Islam berdasarkan nasihat rakan-rakan -3 -2 -1 0 1 2 3
139
24 Merancang kewangan mengikut syariat
Islam kerana melaksanakan suruhan agama -3 -2 -1 0 1 2 3
Formula pengiraan untuk skor keseluruhan adalah seperti berikut:
N = (13x21) + (14x22) + (15x23) + (16x24)
N = jumlah keseluruhan skor norma subjektif
- 13-16 adalah skor bagi setiap kepercayaan norma (normative beliefs) ke atas
tingkah laku.
- 21-24 adalah skor bagi setiap item motivasi untuk memenuhi permintaan
(motivation to comply) kepercayaan norma.
Menggunakan kaedah ini:
1. Skor positif (+) bermaksud individu setuju (approve) bahawa norma subjektif
mempengaruhi individu untuk bertingkah laku.
2. Skor negatif (-) bermaksud individu memilih untuk tidak bersetuju (disapprove)
bahawa norma subjektif mempengaruhi individu untuk bertingkah laku.
Jika individu memberi jawapan seperti skor yang ditanda (bold) di dalam kotak soalan
di atas, maka jumlah keseluruhan skor bagi mengukur norma subjektif dikira seperti di
bawah:
N = (+5x+2) + (+3x-2) + (+3x-2) + (+6x+2)
= (+10) + (-6) + (-6) + (+12) = +10
1. Norma subjektif rendah negatif (-63 ke -21)
140
2. Norma subjektif sederhana (-20 ke +20)
3. Norma subjektif tinggi positif (+21- ke +63)
Jarak yang sesuai bagi jumlah keseluruhan yang boleh dicatatkan ialah -63 ke +63. Oleh
itu, skor tingkah laku individu menunjukkan bahawa norma subjektif mempengaruhi
secara sederhana positif terhadap tingkah laku dalam perancangan kewangan Islam.
4.5.4.3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Persepsi kawalan tingkah laku (perceived behavioural control) digunakan untuk
mengukur kemampuan individu untuk mengawal tingkah laku kewangan mereka. Ia
diukur berdasarkan sama ada individu bersetuju atau tidak bersetuju bahawa individu
mempunyai kekuatan untuk mengawal tingkah laku merancang kewangan berdasarkan
syariah. Di dalam kajian ini disertakan dua set kawalan tingkah laku dilihat iaitu
kepercayaan kawalan (control beliefs) untuk bertingkah laku dan pengaruh kepercayaan
kawalan (influence of control beliefs) ke atas tingkah laku. Senarai soalan bagi kedua-
6dua komponen persepsi kawalan tingkah laku adalah seperti di jadual 4.6 dan
dipaparkan mengikut nombor pernyataan sepertimana dalam borang soal-selidik.
Jadual 4.6: Persepsi Kawalan Tingkah laku Terhadap Perancangan Kewangan Islam
No Kepercayaan mengawal ke atas
Tingkah Laku Skor
5 Ketika menghadapi masalah kewangan,
saya sukar untuk menahan diri dari
menerima rasuah
1 2 3 4 5 6 7
6 Ketika menghadapi masalah kewangan,
saya sukar untuk menahan diri dari
meminta rasuah
1 2 3 4 5 6 7
141
7 Adalah sukar bagi saya untuk memberi
(derma) wang kepada yang orang yang
lebih memerlukan ketika menghadapi
masalah kewangan
1 2 3 4 5 6 7
8 Dengan jumlah pendapatan yang tidak
mencukupi, adalah sukar bagi saya untuk
berpuashati dengan rezeki yang saya terima
1 2 3 4 5 6 7
No. Pengaruh kepercayaan kawalan ke atas
Tingkah laku Skor
25 Saya mudah menahan diri dari menerima
rasuah jika saya menghadapai masalah
kewangan
-3 -2 -1 0 1 2 3
26 Saya mudah menahan diri dari meminta
rasuah jika saya menghadapai masalah
kewangan
-3 -2 -1 0 1 2 3
27 Saya mudah memberi (derma) ketika saya
menghadapi masalah kewangan -3 -2 -1 0 1 2 3
28 Saya merasa mudah untuk mensyukuri
rezeki yang saya terima jika ia tidak
mencukupi
-3 -2 -1 0 1 2 3
Formula pengiraan untuk skor keseluruhan adalah seperti berikut:
N = (5x25) + (6x26) + (7x27) + (8x28)
N = jumlah keseluruhan skor kawalan tingkah laku dilihat
- 5-8 adalah skor bagi setiap kepercayaan kawalan (control beliefs) ke atas tingkah
laku.
- 25-28 adalah skor bagi setiap item pengaruh ke atas kepercayaan kawalan
(influence of control beliefs) ke atas tingkah laku.
142
Menggunakan kaedah ini:
1. Skor positif (+) bermaksud individu merasa dapat mengawal (feels in control of)
tingkah laku dalam merancang kewangan berdasarkan syariah.
2. Skor negatif (-) bermaksud individu merasa tidak dapat mengawal mengawal
(does not feel in control of) tingkah laku dalam merancang kewangan diri
berdasarkan syariah.
Jika individu memberi jawapan seperti skor yang ditanda (bold) di dalam kotak soalan
di atas, maka jumlah keseluruhan skor bagi mengukur kawalan tingkah laku diri dikira
seperti di bawah:
N = (+5x+1) + (+6x+2) + (+3x-2) + (+4x-2)
= (+5) + (+12) + (-6) + (-8) = +5
3. Kawalan tingkah laku rendah negatif (-63 ke -21)
4. Kawalan tingkah laku sederhana (-20 ke +20)
5. Kawalan tingkah laku tinggi positif (+21- ke +63)
Jarak yang sesuai bagi jumlah keseluruhan yang boleh dicatatkan ialah -63 ke +63. Oleh
itu, skor tingkah laku individu menunjukkan bahawa individu secara sederhana positif
boleh mengawal tingkah laku mereka dalam merancang kewangan berlandaskan
syariah).
143
4.5.4.4 Niat Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Niat tingkah laku (behavioural intention) digunakan untuk mengetahui niat individu
untuk bertingkah laku atau melakukan sesuatu perkara. Ia diukur berdasarkan setuju
atau tidak setuju individu ke atas tiga niat utama iaitu niat (intention), mahu (want) dan
bercadang (planning) untuk melakukan sesuatu tingkah laku. Di dalam bahagian
disertakan tiga soalan berkaitan perkara tersebut. Senarai soalan bagi tiga soalan
tersebut adalah seperti di jadual 4.7 dan dipaparkan mengikut nombor pernyataan
sepertimana dalam borang soal-selidik.
Jadual 4.7: Niat untuk Bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam
Penilaian Tahap Keperluan Sikap Ke Atas Individu Skala
31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah
1-7
35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah
1-7
37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat dengan merancang
kewangan Islam
1-7
4.5.4.5 Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Tingkah laku perancangan kewangan Islam digunakan untuk mengetahui amalan
individu terhadap merancang kewangan berlandaskan prinsip Islam. Tingkah laku
perancangan kewangan Islam diukur berdasarkan komponen perancangan kewangan
yang diadaptasi dari Kapoor, Dlabay dan Hughes (2004) dengan disesuaikan mengikut
keperluan individu beragama Islam yang mempunyai 11 komponen.
Perancangan kewangan Islam ini mempunyai komponen mengenai keperluan
kecemasan, pendidikan anak-anak, pembelian kenderaan dan rumah, pinjaman atau
kredit, perlindungan takaful, persaraan, perancangan mengenai pelan zakat pengagihan
144
estet atau harta pusaka, perbelanjaan bulanan dan pelaburan. Sebanyak lima skala
kekerapan dari “Tidak Pernah” sehingga ke “Sangat Kerap” digunakan untuk melihat
sejauhmana penglibatan individu dalam perancangan setiap komponen berkenaan.
Senarai pernyataan tersebut adalah seperti di jadual 4.8.
Jadual 4.8: Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
No. Saya Melakukan Aktiviti Kewangan Berikut Kekerapan
1 Merancang simpanan secara Islam untuk saat kecemasan 1-4
2 Merancang secara Islam kewangan pendidikan anak-anak 1-4
3 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam 1-4
4 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam 1-4
5 Merancang sebelum pengambilan pelbagai jenis hutang 1-4
6 Merancang pelan pengurusan zakat 1-4
7 Merancang pelan perlindungan takaful 1-4
8 Merancang persaraan 1-4
9 Merancang pelan pengagihan harta pesaka 1-4
10 Merancang perbelanjaan bulanan 1-4
11 Merancang pelan pelaburan terbaik secara Islam 1-4
4.5.4.6 Kesejahteraan Kewangan
Kesejahteraan kewangan (financial wellbeing) digunakan untuk mengetahui tahap
keberhasilan amalan atau tingkah laku dalam merancang kewangan berlandaskan
prinsip Islam. Sebanyak 12 soalan kesejahteraan kewangan individu diadaptasi dari
Skala Kesejahteraan Kewangan Personal Malaysia yang dibentuk oleh Garman dan
Jariah dalam tahun 2006 (Jariah, 2006). Setiap soalan mempunyai 10 skala bagi aspek
respon yang berbeza sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual 4.9. Walaupun
145
aspek respon berbeza namun respon pada skala yang lebih tinggi menggambarkan
kesejahteraan kewangan yang lebih baik.
Jadual 4.9: Kesejahteraan Kewangan
No. Pernyataan Perasaan
1 Menggambarkan kepuasan terhadap keadaan kewangan semasa anda Puas
2 Mempunyai wang mencukupi untuk kehidupan hari tua yang selesa Cukup
3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan Yakin
4 Tahap keyakinan mengetahui cara menguruskan kewangan Yakin
5 Kemudahan mendapat wang RM1,000 untuk keperluan kecemasan Mudah
6 Tahap kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini Bimbang
7 Tahap kedudukan perancangan kewangan anda Baik
8 Perasaan anda mengenai kewangan semasa anada Selesa
9 Tahap kecukupan keadaan sumber kewangan anda Cukup
10 Kekerapan menghadapi masalah membayar bil bulanan Kerap
11 Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji Kerap
12 Kebimbangan mengenai kedudukan keseluruhan kewangan Bimbang
4.6 Pra Ujian
Borang soal selidik yang telah siap dibina menggunakan pengukuran-pengukuran bagi
angkubah yang dikaji perlu dijalankan pra ujian terhadapnya. Ini adalah bagi
mempastikan soalan-soalan yang disediakan boleh difahami dengan jelas oleh
responden dan tidak mengelirukan. Begitu juga, ia bagi mengenalpasti samada
responden boleh melengkapkan borang soal-selidik dalam masa yang dijangkakan iaitu
selama 30 minit. Pra-ujian yang dijalankan sebelum pengutipan data menggunakan
borang soal-selidik yang dibina melibatkan 28 penjawat di Universiti Putra Malaysia
146
dalam kalangan pegawai dan staf pelaksana. Hasil analisis terhadap data ini
menyebabkan perubahan dilakukan terhadap ayat yang agak kurang jelas.
4.7 Pengumpulan Data
Pengkaji dan enumerator kajian mengedarkan sebanyak 50 borang soal-selidik kepada
pegawai penghubung yang dilantik di setiap jabatan atau bahagian. Ini melibatkan
sepuluh jabatan atau bahagian dengan sejumlah 450 borang soal selidik yang ditadbir
sendiri sepertimana dalam jadual 4.1. Pengumpulan borang soal-selidik yang telah diisi
dilakukan selepas dua hingga tiga minggu dengan memperoleh sebanyak 310 borang
soal-selidik yang lengkap diisi oleh responden beragama Islam.
4.8 Penganalisisan Data
4.8.1 Analisis Deskriptif
Data yang diperolehi terlebih dahulu dilakukan pembersihan data menggunakan
program SPSS Versi 22 bagi mempastikan tiada data lompong. Seterusnya data ini telah
dianalisis secara deskriptif bagi memperihalkan maklumat yang diperolehi mengenai
latar belakang dan angkubah-angkubah yang terlibat. Statistik yang dibentangkan adalah
frekuensi, peratus dan min mengikut kesesuaian data. Selain dari itu, jumlah skor
kesemua item bagi sesuatu angkubah yang diukur secara langsung ditentukan setelah
dijalankan analisis faktor dan ujian kebolehpercayaan. Ini adalah bagi penggunaan
dalam analisis perbezaan, korelasi dan regresi.
147
4.8.2 Taburan Normal
Bagi menentukan sama ada data selanjar yang diperoleh adalah sesuai digunakan ujian
parametrik seperti ujian-t, korelasi Pearson dan regresi berbilang, analisis data
eksploratori digunakan bagi mengenalpasti jenis taburan bagi data. Taburan bagi data
selanjar hendaklah merupakan taburan normal dengan mempunyai kepencongan dan
kurtosis yang rendah. Oleh itu analisis berkenaan dilakukan terhadap data bagi
angkubah-angkubah yang telah diperolehi skor jumlah. Hasil analisis dalam jadual 4.10
memberikan nilai-nilai yang boleh digunakan bagi menentukan kewujudan taburan
normal bagi data. Kewujudan data yang terlalu jauh nilainya dari data yang lain
(outliers) dikenalpasti dan didapati enam data perlu dikeluarkan dari set data
menyebabkan data yang boleh digunakan untuk analisis adalah 304 sahaja.
Nilai kepencongan dan kurtosis yang diperolehi bagi angkubah adalah dalam julat
yang menunjukkan taburan data adalah normal iaitu di antara -2 hingga +2 (Pallant,
2011). Sesuatu taburan adalah normal unggul sekiranya kepencongan dan kurtosis
adalah 0 dengan keadaan nilai yang sama bagi median, mod dan min. Selain dari itu,
taburan normal boleh ditunjukkan oleh graf histogram serta plot Q-Q di mana
angkubah-angkubah kajian menunjukkan graf dengan taburan normal (Lampiran C).
Oleh yang demikian, hasil analisis menunjukkan data selanjar bagi angkubah kajian
semuanya adalah bertaburan normal dan dengan itu sesuai digunakan ujian parametrik.
Jadual 4.10: Nilai Kepencongan dan Kurtosis bagi Angkubah
Pembolehubah Kepencongan Kurtosis
Literasi Perancangan Kewangan Islam .260 -1.224
Sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam -.961 -.058
Norma Subjektif bagi Perancangan Kewangan Islam .110 .932
148
Perspesi Kawalan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam .568 1.548
Niat Perancangan Kewangan Islam -.569 -.715
Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam -.502 .087
Kesejahteraan Kewangan -.352 .329
4.8.3 Ujian Perbezaan
Perbandingan berdasarkan latar belakang bagi objektif kedua dilakukan menggunakan
ujian perbezaan iaitu ujian-t tidak bersandar dan ujian ANOVA. Ujian-t tidak bersandar
dan ANOVA digunakan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan yang signifikan
bagi literasi perancangan kewangan Islam, faktor sosialisasi, faktor-faktor terhadap
tingkah laku perancangan kewangan Islam, tingkah laku perancangan kewangan serta
kesejahteraan kewangan berdasarkan jantina, status perkahwinan, kategori pekerjaan
dan peringkat umur.
4.8.4 Ujian Korelasi
Ujian korelasi Pearson digunakan bagi menjawab objektif ketiga iaitu untuk
menentukan sama ada terdapat perkaitan yang signifikan antara literasi, sikap, norma
subjektif, persepsi kawalan tingkahlaku dan niat perancangan kewangan Islam dengan
tingkah laku perancangan kewangan Islam. Selain itu, ia dapat menguji perkaitan di
antara literasi, sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkahlaku, niat perancangan
kewangan Islam dan tingkah laku perancangan kewangan Islam dengan kesejahteraan
kewangan pengguna. Perkaitan di antara faktor sosialisasi dengan angkubah-angkubah
lain dalam kerangka kajian juga ditentukan dengan korelasi Pearson.
149
Latar belakang responden seperti umur dan pendidikan dan pendapatan isi rumah
diuji untuk melihat perkaitannya dengan perancangan kewangan Islam kerana ia
merupakan prosedur sebelum membuat ujian regresi pelbagai. Angkubah yang
mempunyai perkaitan yang signifikan sahaja yang perlu menjalani ujian regresi pelbagai
tersebut. Umur merupakan data selanjar, manakala pendidikan merupakan data kategori
tetapi telah diubah menjadi data selanjar. Pendidikan ditukar menjadi tahun pengajian di
mana sekolah rendah menjadi 6 tahun, sekolah menengah menjadi 11 tahun; sijil
menjadi 12 tahun; diploma menjadi 14, sarjana muda menjadi 16 tahun; sarjana menjadi
18 tahun; doktor falsafah menjadi 21 tahun.
4.8.5 Analisis Regresi
Pengaruh faktor-faktor tertentu terhadap niat dan tingkah laku perancangan kewangan
Islam dan selanjutnya ke atas kesejahteraan kewangan dianalisa menggunakan analisis
regresi bagi menjawab objektif keempat dan kelima serta hipotesis berkaitan. Penentuan
pengaruh oleh tingkah laku perancangan kewangan Islam terhadap kesejahteraan
kewangan, suatu analisis regresi mudah dilakukan melibatkan hanya dua angkubah
berkenaan. Penggunaan regresi berbilang berherarki yang dikawal dengan latar
belakang individu adalah bagi penentuan niat perancangan kewangan Islam sebagai
mediator di antara an gkubah sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku
dengan tingkah laku perancangan kewangan Islam yang menguji hipotesis keempat.
Khusus bagi menguji pengaruh mediator niat perancangan kewangan Islam, ia
diuji menggunakan kriteria yang dinyatakan oleh James dan Brett (1984). Terdapat
empat keadaan yang perlu dicapai untuk menunjukkan kesan oleh mediator wujud. Bagi
mencapai keadaan pertama, angkubah tidak bersandar iaitu sikap, norma subjektif dan
150
persepsi kawalan tingkah laku mestilah signifikan dalam mempengaruhi angkubah
bersandar tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Keadaan kedua yang perlu dicapai adalah pengaruh oleh angkubah-angkubah
tidak bersandar mestilah signifikan terhadap niat sebagai mediator. Keadaan ketiga
adalah pengaruh signifikan oleh niat ke atas pembolehubah bersandar iaitu tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam. Bagi menunjukkan niat bertindak sebagai mediator,
keadaan keempat juga perlu dipatuhi iaitu bila pengaruh oleh mediator niat dimalarkan,
pengaruh oleh angkubah-angkubah tidak bersandar ke atas angkubah bersandar
Perancangan Kewangan Islam mestilah tidak signifikan. Dalam hal ini, pengaruh oleh
sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku mestilah tidak signifikan ke
atas Perancangan Kewangan Islam.
Keadaan kedua ditentukan melalui analisis regresi berbilang yang melibatkan
angkubah tidak bersandar sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam dan angkubah bersandar adalah niat Perancangan
Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang digunakan adalah pendidikan dan literasi
Perancangan Kewangan Islam. Keadaan pertama dikenalpasti menggunakan analisis
regresi berbilang yang lain di mana angkubah tidak bersandar adalah ketiga-tiga faktor
Perancangan Kewangan Islam manakala angkubah bersandar adalah tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang sama digunakan dalam model
pertama ini sepertimana untuk model bagi keadaan kedua. Selanjutnya bagi regresi yang
sama, angkubah mediator niat ditambah dalam blok berikutnya yang menghasilkan
model baharu dengan angkubah tidak bersandar dan bersandar yang sama. Model ini
iaitu model keempat yang menunjukkan keadaan keempat mempunyai mediator niat
yang dapat dilihat pengaruhnya ke atas angkubah bersandar dan dengan itu dapat
151
menentukan keadaan keempat. Keadaan ketiga melibatkan regresi berbilang yang lain
di mana angkubah bersandar adalah tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
angkubah tidak bersandar adalah ketiga-tiga faktor Perancangan Kewangan Islam.
Angkubah kawalan yang sama digunakan iaitu pendidikan dan literasi Perancangan
Kewangan Islam. Namun begitu, sebelum analisis regresi boleh digunakan, terdapat
beberapa andaian yang perlu dipenuhi. Andaian-andaian berkenaan adalah lineariti dan
tidak wujudnya multikolineariti.
4.8.5.1 Lineariti
Untuk kewujudan lineariti, angkubah tidak bersandar hendaklah berkorelasi secara
linear dengan angkubah bersandar iaitu perancangan kewangan Islam (Pallant, 2005).
Begitu juga korelasi yang linear hendaklah wujud di antara angkubah bersandar dengan
kesejahteraan kewangan. Ini dapat dilihat dari Plot P-P Normal dan scatterplot bagi
Residual Piawai Regresi. Data didapati kebanyakannya berada di sekitar garisan
(Lampiran D). Manakala graf scatterplot menunjukkan bahawa data kebanyakannya
terletak di antara ± 3 sisihan piawaian. Oleh itu angkubah literasi, sikap, norma
subjektif, niat perancangan kewangan Islam didapati berkolerasi secara linear dengan
angkubah bersandar iaitu perancangan kewangan Islam, begitu juga apabila digunakan
kesejahteraan kewangan sebagai angkubah bersandar dengan angkubah lain adalah
angkubah tidak bersandar. Sehubungan dengan itu, kewujudan lineariti ini
membolehkan analisis regresi pelbagai dilakukan terhadap data kajian.
152
4.8.5.2 Multikolineariti
Sekiranya wujud multikolineariti iaitu korelasi yang kuat di antara angkubah-angkubah
yang akan digunakan dalam analisis regresi, ujian analisis regresi pelbagai tidak boleh
dilakukan. Keadaan ini boleh ditentukan melalui nilai toleransi dan faktor inflasi
varians. Jadual 4.11 menunjukkan nilai toleransi adalah kurang dari 0.10 manakala nilai
faktor inflasi varians tidak melebihi 10 (Pallant, 2010). Oleh itu tidak wujud masalah
multikolineariti dengan itu analisis regresi pelbagai dapat dilakukan.
Jadual 4.11: Penentuan Multikolineariti bagi Angkubah Dalam Model Regresi
Angkubah Toleransi Faktor Inflasi Varians
Faktor Sosialisasi .909 1.100
Literasi Perancangan Kewangan Islam .917 1.091
Sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam .571 1.750
Norma Subjektif Perancangan Kewangan Islam .736 1.359
Persepsi Kawalan Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam .907 1.102
Niat Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam .518 1.930
Empat model telah dibentuk bagi menentukan peramal yang mempengaruhi niat,
perancangan kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan serta penentuan mediator
niat menggunakan kaedah regresi berbilang. Bagi menghuraikan keputusan analisis
regresi Y akan berubah apabila b iaitu pekali regresi bagi angkubah peramal berubah
dan nilai X angkubah peramal yang lain ditetapkan tidak berubah. Persamaan bagi
model am:
Ŷ= b1 X1 + b2 X2 + b3X3 + b4X4 + b5X5 + ............... + a
153
Di mana
Ŷ= Angkubah bersandar
X= Angkubah bebas (peramal)
b= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal
a= Pemalar regresi (konstan)
Persamaan bagi model Niat terhadap Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam untuk
Ha1:
^
Niat PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI +
b5 Persepsi Kawalan PKI + a
Di mana
b= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal
a= Pemalar regresi (konstan)
Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.
Persamaan bagi model Perancangan Kewangan Islam bagi Ha2:
^
PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI + b5
Persepsi Kawalan PKI + a
Di mana
b= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal
a= Pemalar regresi (konstan)
Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.
154
Persamaan bagi model Kesejahteraan Kewangan:
^
Kesejahteraan Kewangan = b1 PKI + a
Di mana
b= Pekali regresi bagi angkubah peramal Perancangan Kewangan Islam (PKI)
a= Pemalar regresi (konstan)
Bagi model Perancangan Kewangan Islam dengan mediator Niat PKI untuk menguji
bagi Ha4, ia melibatkan beberapa persamaan kerana terdapat empat langkah pengujian
mengikut James dan Brett (1984). Empat analisis regresi dilakukan dan kesignifikan
koefisien ditentukan dalam setiap langkah.
Langkah 1
Membuat analisis regresi bagi menentukan kesignifikan pengaruh angkubah tidak
bersandar ke atas angkubah bersandar tingkah laku PKI menggunakan persamaan
berikut;
Persamaan bagi model Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam tanpa angkubah
niat:
^ PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI + b5
Persepsi Kawalan PKI + a
Di mana
bi= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal
a= Pemalar regresi (konstan)
155
Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.
Langkah 2
Membuat analisis regresi bagi menentukan kesignifikan pengaruh angkubah tidak
bersandar ke atas angkubah bersandar niat terhadap tingkah laku PKI menggunakan
persamaan berikut;
Persamaan bagi model Niat terhadap Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam:
^
Niat PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI +
b5 Persepsi Kawalan PKI + a
Di mana
bi= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal
a= Pemalar regresi (konstan)
Pendidikan dan Literasi adalah angkubah kawalan dalam model regresi.
Langkah 3
Membuat analisis regresi mudah bagi menentukan kesignifikan pengaruh oleh niat ke
atas angkubah bersandar tingkah laku PKI menggunakan persamaan berikut;
Persamaan bagi model Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam:
^ PKI = b1 Niat PKI + a
Di mana
bi= Pekali regresi bagi angkubah peramal niat PKI
a= Pemalar regresi (konstan)
156
Langkah 4
Membuat analisis regresi bagi menentukan kesignifikan pengaruh angkubah tidak
bersandar dan mediator niat ke atas angkubah bersandar tingkah laku PKI menggunakan
persamaan berikut;
Persamaan bagi model Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dengan ada
angkubah niat:
^
PKI = b1 Pendidikan + b2 Literasi PKI + b3 Sikap PKI + b4 Norma Subjektif PKI + b5
Persepsi Kawalan PKI + b6Niat PKI + a
Di mana
bi= Pekali regresi bagi setiap angkubah peramal
a= Pemalar regresi (konstan)
Data angkubah yang berbentuk selanjar boleh digunakan dalam model setelah
data memenuhi andaian-andaian bagi analisis regresi sepertimana dibincangkan di awal
bahagian ini.
4.8.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan
4.8.6.1 Kesahan
Kesahan terhadap data kajian ini dipastikan menggunakan tiga jenis kesahan iaitu
kesahan muka, kesahan kandungan dan kesahan konstruk. Kesahan muka ditentukan
melalui pra-uji dalam bentuk kejelasan soalan yang dibina bagi mengukur angkubah.
157
Pra-uji yang dilakukan terhadap 28 responden dalam kalangan penjawat awam di
Universiti Putra Malaysia memberikan kesahan muka.
Kesahan kandungan dipastikan dengan cara tinjauan item pengukuran yang
digunakan dalam kajian lepas dan melalui konsep angkubah yang diterangkan oleh
pakar bidang. Kesahan kandungan menilai semua item dalam pengukuran bagi
menentukan sama ada semua aspek utama yang menggambarkan konsep berkenaan
telah dimasukkan dalam pengukuran (Rosnow & Rosenthal, 2007). Item dalam
pengukuran angkubah-angkubah merupakan item-item yang telah digunakan dalam
kajian-kajian lepas dan telah diadaptasi untuk kajian ini yang disesuaikan dengan
konteks perancangan kewangan Islam. Sumber rujukan bagi item pengukuran telah
diterangkan dalam bahagian instrumentasi kajian dalam bab metodologi kajian ini.
Kesahan konstruk boleh ditentukan menggunakan analisis faktor terhadap
pernyataan yang digunakan dalam pengukuran konstruk. Analisis faktor adalah teknik
penurunan untuk mengurangkan bilangan pernyataan yang mengukur sesuatu konsep
Garson (2010). Pernyataan melalui analisis faktor bagi menentukan dimensi yang
diwakilinya dan faktor diekstrak menggunakan putaran varimaks. Kesahan konstruk
boleh memastikan bahawa pengukuran berkenaan mengukur apa yang sepatutnya
diukur.
Pengukuran angkubah bagi faktor tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
kebanyakannya menggunakan kaedah pengukuran tidak langsung yang melibatkan
pengiraan skor sepertimana yang diterangkan di bahagian instrumentasi kajian. Dengan
itu, bagi pengukuran tidak langsung yang melibatkan formula tertentu, analisis faktor
mahupun ujian kebolehpercayaan tidak dapat dilakukan kerana skor jumlah terhasil dari
penggunaan formula dan bukannya dari data yang diperhatikan (observed data). Hanya
158
angkubah niat, tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan
boleh dilakukan analisis faktor kerana ia merupakan pengukuran langsung bagi
angkubah masing-masing.
Merujuk kepada jadual 4.12, ujian kecukupan sampel Kaiser-Meyer-Olkin untuk
melakukan analisis faktor bagi keempat-empat angkubah berkenaan memberikan nilai
yang melebihi 0.6 dengan nilai khi-kuasadua yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa
data adalah mencukupi bagi menjalankan analisis faktor. Kempat-empat angkubah
berkenaan menghasilkan hanya satu faktor berdasarkan pada nilai eigen yang melebihi
dari nilai 1.0. Hasil ini menunjukkan hanya satu dimensi sahaja wujud bagi angkubah.
Bebanan faktor bagi setiap item dalam setiap angkubah dalam jadual 4.13 sehingga 4.16
mempunyai nilai melebihi 0.4, dengan itu item itu diterima dalam mengukur angkubah
berkenaan. Oleh itu bilangan item atau pernyataan yang digunakan untuk mengukur
angkubah berkenaan masih kekal sama seperti bilangan asal.
Jadual 4.12: Analisis Faktor Angkubah
Angkubah Pengukuran
Kecukupan Sampel
Kaiser-Meyer-Olkin
Ujian Bartlett χ2 (sig)
Nilai eigen
(% varians
Faktor 1)
Bil.
Item
Faktor Sosialisasi .754
492.877
(.000)
2.733
54.66% 5
Niat Perancangan
Kewangan Islam .735 499.157
(.000)
2.430
80.99% 3
Tingkah laku
Perancangan
Kewangan Islam
.889
1683.412
(.000)
5.605
50.96% 11
Kesejahteraan
Kewangan .926 2856.042
(.000)
7.463
62.19%
12
159
Jadual 4.13: Bebanan Faktor bagi Faktor Sosialisasi
No. Faktor Sosialisasi Bebanan
Faktor
1. Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari sumber rezeki yang
halal adalah satu ibadah .816
2. Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan produk
kewangan .662
3. Agama ke atas membezakan antara halal dan haram dalam
mencari rezeki .738
4. Media massa ke atas pembentukan persepsi positif terhadap
literasi berkaitan perancangan kewangan Islam .621
5. Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa pulang rezeki
halal untuk manfaat keluarga .836
Jadual 4.14: Bebanan Faktor Niat Perancangan Kewangan Islam
Niat Perancangan Kewangan Islam Bebanan
Faktor
31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah .901
35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan merancang
kewangan berlandaskan Syariah .919
37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat dengan
merancang kewangan Islam .880
Jadual 4.15: Bebanan Faktor Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
No. Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam Bebanan
Faktor
1 Merancang simpanan secara Islam untuk saat kecemasan .679
2 Merancang secara Islam kewangan pendidikan anak-anak .761
3 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam .783
4 Merancang pelan pembelian kenderaan secara Islam .805
5 Merancang sebelum pengambilan pelbagai jenis hutang .568
160
6 Merancang pelan pengurusan zakat .775
7 Merancang pelan perlindungan takaful .736
8 Merancang persaraan .712
9 Merancang pelan pengagihan harta pesaka .731
10 Merancang perbelanjaan bulanan .552
11 Merancang pelan pelaburan terbaik secara Islam .702
Jadual 4.16: Bebanan Faktor Kesejahteraan Kewangan
No. Kesejahteraan Kewangan Bebanan
Faktor
1 Menggambarkan kepuasan terhadap keadaan kewangan semasa anda .821
2 Mempunyai wang mencukupi untuk kehidupan hari tua yang selesa .803
3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan .819
4 Tahap keyakinan mengetahui cara menguruskan kewangan .773
5 Kemudahan mendapat wang RM1,000 untuk keperluan kecemasan .823
6 Tahap kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini .643
7 Tahap kedudukan perancangan kewangan anda .869
8 Perasaan anda mengenai kewangan semasa anda .896
9 Tahap kecukupan keadaan sumber kewangan anda .865
10 Kekerapan menghadapi masalah membayar bil bulanan .643
11 Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji .721
12 Kebimbangan mengenai kedudukan keseluruhan kewangan .821
4.8.6.2 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan bagi angkubah dikenalpasti melalui analisis ujian kebolehpercayaan
Alfa Cronbach menggunakan perisian SPSS (Lampiran E). Angkubah yang ditentukan
161
kebolehpercayaannya adalah faktor sosialisasi, nsama adaiat dan tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan. Kebolehpercayaan yang
tinggi diperolehi bagi angkubah-angkubah kajian yang ditunjukkan dalam jadual 4.17
iaitu melebihi 0.6 (Pallant, 2005).
Jadual 4.17: Kebolehpercayaan Angkubah
Angkubah Alfa Cronbach (α) Bil. Item
Faktor Sosialisasi .782 5
Niat Perancangan Kewangan Islam .882 3
Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam .903 11
Kesejahteraan Kewangan .940 12
Nilai koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu pengukuran
menunjukkan pengukuran yang digunakan adalah konsisten, tepat dan dapat
meramalkan fenomena yang dikaji (Kerlinger & Pedhazur, 1973). Ini membuktikan
bahawa soalan atau pernyataan dalam setiap pengukuran angkubah itu dapat mengukur
konsep yang berkaitan. Angkubah sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah
laku perancangan kewangan Islam tidak perlu ditentukan kebolehpercayaannya
mengikut Ajzen (1991). Ini kerana skor bagi angkubah berkenaan melibatkan hasil
darab bagi skor item-item.
Nilai alfa untuk angkubah kajian sebenar dengan 304 orang responden, faktor
sosialisasi adalah 0.782, niat Perancangan Kewangan Islam adalah 0.882, Perancangan
Kewangan Islam adalah 0.903 dan kesejahteraan kewangan adalah 0.940 (Jadual 4.17).
Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah menghampiri nilai alfa (α) 1.0 yang
162
dicadangkan sebagai kebolehpercayaan yang tinggi (Wiersma, 2000). Oleh itu,
pengukuran yang digunakan dapat mengukur setiap angkubah yang digunakan.
4.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat pengukuran-pengukuran angkubah yang telah diadaptasi dan
diubahsuai mengikut kesesuaiannya untuk digunakan dalam kajian ini. Pengukuran
angkubah ini kemudiannya diuji menggunakan analisis faktor dan Ujian
Kebolehpercayaan Cronbach Alfa. Bab 5 menerangkan lebih lanjut berkaitan hasil
kajian dari data soal selidik dan perbincangan.
163
BAB 5: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan
Hasil analisis kajian bagi menjawab objektif kedua hingga kelima serta empat hipotesis
bagi objektif keempat dan kelima dibincangkan dalam bahagian ini. Analisis dimulakan
dengan pemerihalan demografi responden diikuti dengan pemerihalan angkubah-
angkubah dalam kerangka kajian tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Perbandingan berdasarkan demografi terpilih dilakukan terhadap angkubah-angkubah
menggunakan ujian-t dan ANOVA bagi menjawab objektif kedua..
Selain dari itu, dilakukan perkaitan di antara angkubah-angkubah menggunakan
ujian korelasi Pearson bagi menjawab objektif ketiga. Hasil analisis regresi berbilang
dilaporkan bagi melihat pengaruh oleh faktor-faktor dalam Teori Tingkah Laku
Terancang dan peranan mediator niat bagi menjawab objektif keempat dan kelima.
Begitu juga hubungkait antara tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dengan
kesejahteraan kewangan individu turut dibincangkan.
5.2 Demografi Responden
Bahagian ini menjelaskan demografi responden kajian yang dipaparkan dalam Jadual
5.1 di mana ia menunjukkan responden perempuan (49.7%) hampir sama banyak
jumlah mereka dengan responden lelaki (50.3%). Dari sejumlah 304 responden yang
dikaji, sebanyak dua pertiga (66.8%) daripada responden telah berkahwin manakala
selebihnya adalah bujang. Hampir separuh (44.4%) dari responden merupakan golongan
164
muda di bawah 30 tahun dengan bilangan yang sama mempunyai pengalaman kerja
yang kurang dari lima tahun.
Didapati melebihi sepertiga daripada responden merupakan pegawai (39.1%)
dengan hampir separuh daripada responden berkelulusan ijazah (46.1%). Ini
menggambarkan terdapat mereka yang berkelulusan ijazah tidak menjawat jawatan di
peringkat pegawai. Namun demikian, lebih sepertiga daripada responden turut
dilaporkan memperolehi pendapatan bulanan melebihi RM3,000 (37.5%). Ini
menunjukkan terdapat segelintir daripada responden merupakan pegawai yang baharu
bekerja. Sebanyak 60.5% daripada responden mempunyai pendapatan isi rumah bulanan
melebihi RM3,000 dengan tanggungan yang besar melebihi satu pertiga (38.5%).
Berkemungkinan satu pertiga daripada responden mempunyai pasangan yang bekerja.
Jadual 5.1: Demografi Responden
Latar Belakang Responden (N=304) Frekuensi (n) Peratus (%)
Jantina
Lelaki 153 50.3
Perempuan 151 49.7
Status
Perkahwinan
Bujang 101 33.2
Berkahwin 203 66.8
Umur
Kurang dari 30 tahun 135 44.4
30 - 39 tahun 94 30.9
40 tahun dan ke atas 75 24.7
Pengalaman
Kerja
0 - 5 tahun 135 44.4
6 - 10 tahun 65 21.4
11 - 15 tahun 33 10.8
16 - 20 tahun 31 10.2
21 tahun dan ke atas 40 13.9
Kategori Bukan Pegawai 185 60.9
165
Pekerjaan Pegawai 119 39.1
Pendidikan
Sekolah Rendah 1 0.3
Sek. Men. (PMR/SPM/STPM) 64 21.1
Sijil lain 36 11.8
Diploma 62 20.4
Ijazah Pertama 111 36.5
Master dan Doktor Falsafah 30 9.8
Pendapatan
Responden
RM1,500 dan ke bawah 70 23.0
RM1,501 - RM3,000 120 39.5
RM3,001 - RM6,000 102 33.6
RM6,001 - RM9,000 12 3.9
Pendapatan Isi
Rumah
RM1,500 dan ke bawah 46 15.1
RM1,501 - RM3,000 74 24.4
RM3,001 - RM6,000 90 29.6
RM6,001 - RM9,000 66 21.7
RM9,001 dan ke atas 28 9.2
Tanggungan
Kurang dari 5 orang 185 61.5
5 orang dan lebih 119 38.5
5.3 Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam
Bahagian ini menerangkan tentang literasi subjektif responden iaitu persepsi responden
terhadap literasi Perancangan Kewangan Islam masing-masing yang ditunjukkan dalam
jadual 5.2. Literasi responden secara subjektif diukur berdasarkan persetujuan mereka
terhadap pernyataan yang disediakan mewakili lima (5) aspek iaitu pengetahuan,
kefahaman, penggunaan, perbezaan dan kemampuan menerangkan konsep Perancangan
Kewangan Islam.
Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara responden
yang bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan berkaitan konsep Perancangan
166
Kewangan Islam (52.0%) dengan yang tidak mempunyai pengetahuan (48.0%). Namun,
majoriti menyatakan mereka tidak memahami (74.7%) dengan jelas maksud sebenar
konsep Perancangan Kewangan Islam.
Walaupun tidak mempunyai perbezaan yang ketara, namun separuh daripada
responden (51.0%) menyatakan bahawa mereka menggunakan pengetahuan berkaitan
Perancangan Kewangan Islam di dalam muamalat mereka seharian. Apabila ditanya
tentang kemampuan mereka membezakan di antara konsep Perancangan Kewangan
Islam dengan konsep konvensional, dua pertiga daripada mereka dengan yakin (66.4%)
menyatakan mampu untuk menentukan perbezaan di antara keduanya. Tetapi melebihi
dua pertiga daripada mereka (78.3%) tidak yakin jika diminta untuk menerangkan
konsep Perancangan Kewangan Islam kepada orang lain.
Jadual 5.2: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam
No. Pernyataan (N=304) n (%) n (%)
Ya Tidak
1. Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep Perancangan
Kewangan Islam 158
(52.0)
146
(48.0)
2. Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep
Perancangan Kewangan Islam
77
(25.3) 227
(74.7)
3. Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan
Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian 155
(51.0)
149
(49.0)
4. Boleh membezakan di antara konsep Perancangan Kewangan
Islam dan konvensional 202
(66.4)
102
(33.6)
5. Boleh menerangkan konsep Perancangan Kewangan Islam
jika diminta berbuat demikian
66
(21.7) 238
(78.3)
Pernyataan di bahagian ini juga cuba untuk menilai persepsi awal responden
terhadap sama ada mereka tahu mengenai konsep Perancangan Kewangan Islam. Secara
ringkas, konsep Perancangan Kewangan Islam adalah satu konsep yang dianggap
167
mudah dan senang difahami oleh masyarakat Islam di Malaysia kerana rata-rata
responden berpendapat bahawa konsep Perancangan Kewangan Islam adalah serupa dan
sama dengan konsep perbankan Islam.
Perbankan Islam sudah bersama masyarakat Islam Malaysia selama hampir 30
tahun dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad sebagai bank Islam pertama di
Malaysia. Lanjutan dari itu juga, telah wujud sistem perbankan Islam di institusi
kewangan yang sebelumnya hanya menawarkan produk kewangan konvensional.
Justeru, hasil daripada kajian awal ini dapat menerangkan mengenai persepsi responden
terhadap literasi mereka berkaitan konsep Perancangan Kewangan Islam.
5.3.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Literasi Subjektif Perancangan
Kewangan Islam
Kajian perbandingan di antara jantina bertujuan untuk melihat perbezaan tanggapan
responden di antara lelaki dan perempuan berkaitan konsep Perancangan Kewangan
Islam. Jadual 5.3 menunjukkan bahawa responden perempuan berpendapat bahawa
mereka lebih mengetahui (53.8%) dan lebih menggunakan konsep (51.6%) berkaitan
konsep Perancangan Kewangan Islam berbanding responden lelaki.
Jadual 5.3: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Jantina
Jawab L P
Pernyataan Ya (n=153)
%
(n=151)
%
1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep
Perancangan Kewangan Islam.
158
(52.0)
73
(46.2) 85
(53.8)
2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep
Perancangan Kewangan Islam.
77
(25.3)
38
(49.4) 39
(50.6)
3 Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan 155 75 80
168
Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian. (51.0) (48.4) (51.6)
4 Boleh membezakan antara konsep Perancangan
Kewangan Islam dan konvensional.
202
(66.4)
101
(50.0)
101
(50.0)
5 Boleh menerangkan konsep Perancangan
Kewangan Islam jika diminta berbuat demikian.
66
(21.7) 37
(56.1)
29
(43.9)
L: Lelaki; P: Perempuan
Golongan perempuan didapati mempunyai kemampuan yang hampir sama dari
segi pemahaman dan dalam menentukan perbezaan di antara kedua konsep Perancangan
Kewangan Islam dan konvensional, tetapi responden lelaki lebih berkeyakinan apabila
diminta untuk menjelaskan konsep berkaitan Perancangan Kewangan Islam (56.1%)
kepada pihak lain. Keyakinan responden lelaki dalam menjelaskan konsep ini kepada
pihak lain didapati tidak selari dengan respon mereka mengenai mengetahui konsep
Perancangan Kewangan Islam mahupun dari segi pemahaman konsep berkenaan. Ini
dikhuatiri golongan lelaki memberikan maklumat yang kurang tepat dalam aspek-aspek
Perancangan Kewangan Islam. Jumlah responden lelaki adalah hampir sama dengan
perempuan iaitu terdapat seramai 153 orang lelaki dan perempuan adalah seramai 151
orang.
5.3.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Literasi Subjektif
Perancangan Kewangan Islam
Literasi subjektif berkaitan Perancangan Kewangan Islam bagi perbandingan
berdasarkan status perkahwinan memberikan perbezaan yang agak ketara di mana
golongan yang berkahwin lebih ramai iaitu hampir dua kali ganda berbanding bujang
yang didapati mengetahui pelbagai aspek literasi Perancangan Kewangan Islam. Jadual
5.4 menunjukkan bahawa responden yang berkahwin berpendapat bahawa mereka lebih
169
mengetahui (67.7%), lebih memahami (68.8%), lebih menggunakan konsep (67.1%),
lebih mampu membezakan (69.8%) dan lebih mampu menerangkan (63.6%) berkaitan
konsep Perancangan Kewangan Islam berbanding responden bujang.
Dalam kalangan aspek literasi ini, responden berkahwin paling kurang
berkeyakinan apabila diminta untuk menjelaskan konsep berkaitan Perancangan
Kewangan Islam (63.6%) kepada pihak lain. Sebaliknya bagi bujang di mana dalam
kalangan aspek literasi ini, golongan bujang paling lebih berkeyakinan untuk
menerangkan konsep Perancangan Kewangan Islam kepada pihak lain. Ini adalah tidak
selari dengan respon yang diberikan oleh orang bujang bagi aspek literasi yang lain.
Jumlah responden berstatus berkahwin adalah seramai 203 orang iaitu adalah dua kali
ganda berbanding responden berstatus bujang yang seramai 101 orang.
Jadual 5.4: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Status
Perkahwinan
B K
Pernyataan Ya (n=101)
%
(n=203)
%
1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep
Perancangan Kewangan Islam.
158
(52.0)
51
(32.3) 107
(67.7)
2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep
Perancangan Kewangan Islam.
77
(25.3)
24
(31.2) 53
(68.8)
3 Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan
Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian.
155
(51)
51
(32.9) 104
(67.1)
4 Boleh membezakan antara konsep Perancangan
Kewangan Islam dan konvensional.
202
(66.4)
61
(30.2) 141
(69.8)
5 Boleh menerangkan konsep Perancangan Kewangan
Islam jika diminta berbuat demikian.
66
(21.7)
24
(36.4) 42
(63.6)
B: Bujang; K: Berkahwin
170
5.3.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Literasi Subjektif
Perancangan Kewangan Islam
Terdapat perbezaan yang ketara dalam dapatan kajian yang dihasilkan berdasarkan
status pekerjaan di mana bukan pegawai didapati tiga hingga empat kali ganda lebih
ramai dari segi literasi dalam pelbagai aspek Perancangan Kewangan Islam. Jadual 5.5
menunjukkan bahawa responden yang berstatus bukan pegawai berpendapat bahawa
mereka lebih mengetahui (79.1%), lebih memahami (67.9%), menggunakan konsep
(80.6%), mampu membezakan (82.2%) konsep Perancangan Kewangan Islam dan lebih
berkeyakinan apabila diminta untuk menjelaskan konsep berkaitan Perancangan
Kewangan Islam (74.2%) kepada pihak lain. Jumlah responden berstatus pegawai (119)
adalah 40 peratus dari keseluruhan responden. Responden berstatus bukan pegawai
mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding responden pegawai di dalam
keseluruhan peringkat literasi mungkin disebabkan keperluan untuk kelangsungan
hidup.
Jadual 5.5: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Kategori
Pekerjaan
Pernyataan P B.P
Ya (n=119)
%
(n=185)
%
1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep
Perancangan Kewangan Islam.
158
(52.0)
33
(20.9) 125
(79.1)
2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep
Perancangan Kewangan Islam.
77
(25.3)
17
(22.1) 60
(67.9)
3 Menggunakan pengetahuan berkaitan Perancangan
Kewangan Islam dalam aktiviti kewangan harian.
155
(51.0)
30
(19.4) 125
(80.6)
4 Boleh membezakan antara konsep Perancangan
Kewangan Islam dan konvensional.
202
(66.4)
36
(17.8) 166
(82.2)
171
5 Boleh menerangkan konsep Perancangan Kewangan
Islam jika diminta berbuat demikian.
66
(21.7)
17
(25.8) 49
(74.2)
P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai
5.3.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Literasi Subjektif Perancangan
Kewangan Islam
Jadual 5.6 membandingkan literasi responden berdasarkan perbezaan peringkat umur.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan muda iaitu di bawah umur 30 tahun
berpendapat mereka lebih mengetahui (43.0%), lebih menggunakan konsep (43.9%),
lebih berkeyakinan untuk membezakan produk kewangan Islam berbanding
konvensional (45.0%) dan lebih berkeyakinan apabila diminta untuk menjelaskan
konsep berkaitan Perancangan Kewangan Islam (40.9%) kepada pihak lain. Namun,
kumpulan ini mencatatkan peratusan paling rendah dalam kemampuan untuk
memahami konsep Perancangan Kewangan Islam. Sebaliknya kumpulan pertengahan
umur iaitu di antara 30 hingga 40 tahun didapati lebih memahami mengenai konsep
Perancangan Kewangan Islam berbanding mereka yang lebih muda mahupun yang lebih
tua.
Jadual 5.6: Literasi Subjektif Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Umur
<30
tahun
30-40
tahun
>40
tahun
Pernyataan Ya (n=135)
%
(n=94)
%
(n=75)
%
1 Mempunyai pengetahuan berkaitan konsep
Perancangan Kewangan Islam.
158
(52.0) 68
(43.0)
54
(34.2)
36
(22.8)
2 Mempunyai kefahaman yang jelas tentang
konsep Perancangan Kewangan Islam. 77
(25.3)
29
(37.7) 31
(40.3)
17
(22.1)
3 Menggunakan pengetahuan berkaitan
Perancangan Kewangan Islam dalam aktiviti
kewangan harian.
155
(51.0) 68
(43.9)
50
(32.3)
37
(23.9)
172
4 Boleh membezakan antara konsep
Perancangan Kewangan Islam dan
konvensional.
202
(66.4) 91
(45.0)
61
(30.2)
50
(24.8)
5 Boleh menerangkan konsep Perancangan
Kewangan Islam jika diminta berbuat
demikian.
66
(21.7) 27
(40.9)
25
(37.9)
14
(21.2)
Bilangan responden di bawah umur 30 tahun (44.0%) mendominasi kumpulan
berdasarkan umur berbanding 30 hingga 40 tahun (31.0%) dan lebih 40 tahun (25.0%).
Dalam hal literasi subjektif berkaitan Perancangan Kewangan Islam ini, golongan
paling tua secara keseluruhannya didapati tidak ramai yang berliterasi tinggi dalam
pelbagai aspek Perancangan Kewangan Islam. Sewajarnya golongan yang lebih tua ini
perlu lebih mengetahui mengenai aspek-aspek berkenaan kerana mereka sepatutnya
menjadi model peranan dalam masyarakat.
5.4 Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Individu mendapat pendedahan dan maklumat berkaitan Perancangan Kewangan Islam
dari persekitaran. Faktor sosialisasi meliputi lima (5) aspek utama iaitu ibubapa, rakan,
agama, media massa dan ahli keluarga. Jadual 5.7 menjelaskan skor min yang
dicatatkan dari responden berkaitan pengaruh faktor sosialisasi ke atas tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam. Kajian mendapati tiga faktor utama yang mempengaruhi
tingkah laku kewangan responden mengikut persepsi mereka ialah agama (6.57), ahli
keluarga (6.28) dan ibubapa (6.27). Secara tidak langsung menjelaskan bahawa faktor
sosialisasi iaitu keluarga dan agama lebih mempengaruhi berbanding faktor luaran lain
seperti media dan rakan-rakan. Komunikasi di antara ahli keluarga dan pendidikan
berkaitan agama sangat memberi impak yang positif kepada individu untuk bertingkah
laku berkaitan konsep Perancangan Kewangan Islam.
173
Jadual 5.7: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Pernyataan Min
1 Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari sumber rezeki yang halal
adalah satu ibadah 6.27
2 Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan produk kewangan 5.10
3 Agama ke atas membezakan antara halal dan haram dalam mencari
rezeki halal 6.57
4 Media massa ke atas pembentukan persepsi positif terhadap
Perancangan Kewangan Islam
5.43
5 Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa pulang rezeki halal
untuk manfaat keluarga 6.28
Ironiknya, rakan sekerja tidak banyak mempengaruhi responden terhadap
perbincangan berkaitan konsep Perancangan Kewangan Islam. Jadual 5.7 menunjukkan
bahawa responden berpendapat unsur dalaman dalam kalangan ahli keluarga dan
pengetahuan berkaitan ilmu agama memberi mereka banyak maklumat berkaitan
Perancangan Kewangan Islam. Iklan dan media massa juga dicatatkan tidak memberi
banyak pengaruh kepada responden terhadap konsep Perancangan Kewangan Islam.
5.4.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Faktor Sosialisasi Terhadap
Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.8 menjelaskan dapatan kajian tentang pengaruh faktor sosialisasi ke atas
tingkah laku responden berdasarkan jantina. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan berkaitan pengaruh rakan ke atas responden perempuan (p=-.039)
berbanding lelaki. Pengaruh ibubapa, agama, ahli keluarga dan media adalah sama
sahaja antara jantina tetapi tidak bagi pengaruh rakan ke atas responden perempuan.
Responden perempuan didapati lebih dipengaruhi oleh rakan berbanding kaum lelaki.
Di mana min perempuan (5.25) lebih dari min lelaki (4.95). Responden perempuan
174
lebih dipengaruhi oleh rakan sekerja ketika membuat keputusan berkaitan Perancangan
Kewangan Islam. Walaupun faktor agama, ahli keluarga, ibubapa dan media massa
mencatatkan min yang tinggi, namun pengaruh keempat-empat faktor tersebut adalah
sama dalam kalangan jantina berbanding pengaruh oleh rakan-rakan dalam kalangan
jantina.
Jadual 5.8: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Jantina
Pernyataan L P Ujian-t
(n=153)
Min
(n=151)
Min
t Sig. (p)
Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari
sumber rezeki yang halal adalah satu ibadah
6.25 6.28 -.266 .791
Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan
produk kewangan 4.95 5.25 -2.071 .039*
Agama ke atas membezakan antara halal dan
haram dalam mencari rezeki halal
6.60 6.53 .705 .482
Media massa ke atas pembentukan persepsi
positif terhadap Perancangan Kewangan Islam
5.32 5.55 -1.648 .100
Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa
pulang rezeki halal untuk manfaat keluarga
6.24 6.32 -0.607 .545
* signifikan pada p<0.05 L: Lelaki; P: Perempuan
5.4.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Faktor Sosialisasi
Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.9 menjelaskan skor min responden berkaitan pengaruh faktor sosialisasi ke atas
responden berdasarkan status perkahwinan. Umumnya, responden yang berkahwin lebih
bersetuju bahawa mereka dipengaruhi oleh faktor sosialisasi dalam persepsi mereka
terhadap perancngan kewangan Islam. Dapatan kajian tidak menunjukkan sebarang
175
perbezaan yang signifikan di antara keempat faktor tersebut melainkan ahli keluarga.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan oleh pengaruh ahli
keluarga ke atas responden berkahwin (min=6.38, p=-.024) berbanding bujang
(min=6.08). Pengaruh ibubapa, agama, rakan dan media adalah sama sahaja antara
jantina tetapi pengaruh ahli keluarga adalah lebih ke atas responden yang sudah
berkahwin.
Jadual 5.9: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Status Perkahwinan
Pernyataan
B K Ujian-t
(n=101)
Min
(n=203)
Min
t Sig. (p)
Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari
sumber rezeki yang halal adalah satu ibadah
6.10 6.35 -1.546 .124
Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan
produk kewangan
5.05 5.13 -.512 .609
Agama ke atas membezakan antara halal dan
haram dalam mencari rezeki halal
6.47 6.62 -1.400 .163
Media massa ke atas pembentukan persepsi
positif terhadap Perancangan Kewangan Islam
5.44 5.43 .014 .988
Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa
pulang rezeki halal untuk manfaat keluarga 6.08 6.38 -2.273 .024*
* signifikan pada p<0.05 B: Bujang; K: Berkahwin
5.4.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Faktor Sosialisasi
Terhadap Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.10 menjelaskan dapatan kajian tentang perbandingan pengaruh faktor
sosialisasi ke atas tingkah laku responden berdasarkan kategori pekerjaan. Kajian
176
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan pengaruh agama ke atas
responden berstatus pegawai (min=6.71, p=-.010) berbanding bukan pegawai
(min=6.47). Pengaruh ibubapa, rakan-rakan, ahli keluarga dan media adalah sama
sahaja antara kategori pekerjaan tetapi pengaruh agama ke atas responden berstatus
pegawai adalah didapati berbeza dengan bukan pegawai. Responden pegawai didapati
lebih dipengaruhi oleh agama berbanding bukan pegawai. Dalam konteks komunikasi
responden dengan faktor persekitaran, responden berstatus pegawai sangat dipengaruhi
oleh faktor agama berbanding responden bukan pegawai ketika membuat keputusan
berkaitan Perancangan Kewangan Islam.
Jadual 5.10: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Kategori Pekerjaan
Pernyataan
P B.P Ujian-t
(n=119)
Min
(n=185)
Min
t Sig. (p)
Ibubapa ke atas persepsi bahawa mencari
sumber rezeki yang halal adalah satu ibadah
6.36 6.21 1.113 .267
Rakan ke atas aspek penasihatan dan pemilihan
produk kewangan
5.19 5.04 1.015 .311
Agama ke atas membezakan antara halal dan
haram dalam mencari rezeki halal 6.71 6.47 2.607 .010*
Media massa ke atas pembentukan persepsi
positif terhadap Perancangan Kewangan Islam
5.43 5.44 -.065 .948
Ahli keluarga ke atas kepentingan membawa
pulang rezeki halal untuk manfaat keluarga
6.31 6.26 .401 .689
* signifikan pada p<0.05 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai
177
5.4.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Faktor Sosialisasi Terhadap
Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.11 menjelaskan dapatan kajian tentang pengaruh faktor sosialisasi ke atas
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam responden berdasarkan tiga kumpulan umur.
Umumnya, bagi mana-mana peringkat umur, faktor agama didapati sebagai faktor yang
paling mempengaruhi tingkah laku Perancangan Kewangan Islam mereka berbanding
faktor dari agen sosialisasi yang lain dengan setiap peringkat umur memperoleh skor
min tertinggi. Namun, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam kalangan peringkat umur bagi kelima-lima faktor tersebut. Walau bagaimanapun,
faktor rakan sedikit sebanyak mempengaruhi ketiga-tiga kumpulan umur responden
berbanding faktor yang lain dengan menunjukkan sig. (p) yang lebih rendah berbanding
faktor yang lain.
Jadual 5.11: Faktor Sosialisasi Terhadap Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Umur
<30
tahun
30-40
tahun
>40
tahun
Ujian ANOVA
Pernyataan (n=135)
Min
(n=94)
Min
(n=75)
Min
F
Sig. (p)
1 Ibubapa ke atas persepsi
bahawa mencari sumber rezeki
yang halal adalah satu ibadah
6.30 6.18 6.31 .349 .706
2 Rakan ke atas aspek penasihatan
dan pemilihan produk kewangan
4.39 5.10 5.35 2.174 .116
3 Agama ke atas membezakan
antara halal dan haram dalam
mencari rezeki halal
6.56 6.59 6.55 .040 .960
4 Media massa ke atas
pembentukan persepsi positif
terhadap Perancangan Kewangan
Islam
5.39 5.38 5.59 .780 .459
178
5 Ahli keluarga ke atas
kepentingan membawa pulang
rezeki halal untuk manfaat
keluarga
6.22 6.24 6.43 .914 .402
5.5 Komponen Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.12 menunjukkan kekerapan bagi komponen tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam. Kebanyakan komponen mempunyai skor min yang melebihi skor
purata di mana aktiviti berkenaan didapati lebih kerap dilakukan oleh individu kecuali
item 2, 3 dan 9 iaitu merancang kewangan pendidikan masa depan anak-anak,
merancang pelan pembelian kenderaan dan merancang pengagihan harta pusaka.
Aktiviti ini yang merupakan aktiviti yang kurang kerap dilakukan adalah kumpulan
aktiviti untuk jangka panjang kecuali kenderaan. Komponen yang paling kerap
dilakukan adalah merancang perbelanjaan bulanan, diikuti dengan merancang
pengambilan hutang dan merancang untuk saat kecemasan yang kebanyakannya adalah
aktiviti untuk jangka pendek.
Jadual 5.12: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Pernyataan Min (1-5) S.P.
1 Merancang untuk saat kecemasan 3.12 .818
2 Merancang kewangan pendidikan anak-anak 2.99 .968
3 Merancang pelan pembelian kenderaan 2.95 .939
4 Merancang pelan pembelian rumah 3.08 .927
5 Merancang pengambilan hutang 3.32 .788
6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.15 .835
7 Merancang pelan perlindungan takaful 3.06 .842
8 Merancang persaraan 3.14 .863
9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.73 .976
179
10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.40 .682
11 Merancang pelan pelaburan 3.09 .801
5.5.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Komponen Tingkah Laku
Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.13 menunjukkan perbandingan berdasarkan jantina bagi komponen tingkah
laku Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen didapati lebih
kerap dilakukan oleh perempuan berbanding lelaki kecuali item 7, 8 dan 9 iaitu
merancang perlindungan takaful, merancang persaraan dan merancang pengagihan harta
pusaka. Komponen-komponen ini yang merupakan aktiviti jangka panjang adalah
kurang kerap dilakukan oleh responden perempuan oleh itu lebih kerap dilakukan oleh
lelaki. Komponen yang lebih kerap dilakukan oleh perempuan berbanding lelaki adalah
merancang dari aspek-aspek untuk saat kecemasan, pendidikan masa depan anak-anak,
pembelian kenderaan, pembelian rumah, pengambilan hutang, pengurusan zakat,
perbelanjaan bulanan dan merancang pelaburan.
Dalam kalangan lelaki sahaja, komponen tingkah laku yang lebih kerap
dilaksanakan adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang pengambilan hutang
dan merancang keperluan persaraan. Golongan lelaki lebih memfokuskan kepada
keperluan kewangan seharian berbanding keperluan jangka panjang. Manakala dalam
kalangan perempuan sahaja, mereka juga didapati lebih kerap merancang untuk
perbelanjaan bulanan dan merancang pengambilan hutang sepertimana lelaki tetapi
perempuan juga lebih kerap merancang untuk saat kecemasan.
Dalam kalangan lelaki sahaja, komponen tingkah laku yang kurang kerap
dilakukan adalah merancang pengagihan harta pusaka, merancang keperluan kewangan
180
bagi pendidikan anak-anak dan merancang pembelian kenderaan. Kebanyakan
pembelian kenderaan terutamanya kenderaan nasional tidak memerlukan pembayaran
pendahuluan dengan itu ramai yang tidak menyimpan wang bagi tujuan wang
pendahuluan. Begitu juga dalam kalangan perempuan sahaja, mereka juga kurang kerap
merancang untuk pengagihan harta pusaka seperti lelaki. Namun perempuan juga
didapati kurang kerap merancang pembelian kenderaan dan merancang perlindungan
takaful.
Jadual 5.13: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Jantina
L P
Pernyataan
(n=153) (n=151) Ujian t
Min (1-5) Min (1-5) t Sig. (p)
1 Merancang untuk saat kecemasan 3.00 3.23 -2.490* .013
2 Merancang kewangan pendidikan anak-anak 2.95 3.04 -.828 .408
3 Merancang pelan pembelian kenderaan 2.92 2.98 -.604 .546
4 Merancang pelan pembelian rumah 3.07 3.09 -.257 .797
5 Merancang pengambilan hutang 3.27 3.37 -1.139 .256
6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.15 3.17 -.021 .983
7 Merancang pelan perlindungan takaful 3.08 3.03 .536 .592
8 Merancang persaraan 3.16 3.13 .246 .806
9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.79 2.66 1.150 .251
10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.37 3.44 -.908 .365
11 Merancang pelan pelaburan 3.07 3.11 -.370 .711
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan
Ujian perbezaan t menunjukkan bahawa hanya komponen pertama mengenai
merancang untuk saat kecemasan didapati berbeza secara signifikan di antara lelaki dan
181
perempuan. Perempuan lebih tinggi skor minnya berbanding lelaki. Dalam hal ini
responden perempuan dianggap lebih bersedia untuk saat kecemasan dari segi
kewangan. Bagi aktiviti komponen Perancangan Kewangan Islam yang lain, didapati
tiada perbezaan signifikan di antara lelaki dengan perempuan.
5.5.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Komponen Tingkah
Laku Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.14 menunjukkan perbandingan berdasarkan status perkahwinan bagi tingkah
laku komponen Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen didapati
lebih kerap dilakukan oleh yang berkahwin berbanding mereka yang bujang. Komponen
yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang berkahwin adalah merancang
perbelanjaan bulanan, merancang pengambilan hutang dan merancang persaraan.
Jadual 5.14: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Status Perkahwinan
Pernyataan
B K Ujian t
(n=101)
Min
(n=203)
Min
t Sig.
(p)
1 Merancang untuk saat kecemasan 3.00 3.17 -1.736 .084
2 Merancang kewangan pendidikan anak-anak 2.66 3.16 -3.987** .000
3 Merancang pelan pembelian kenderaan 2.78 3.03 -2.177* .030
4 Merancang pelan pembelian rumah 2.82 3.21 -3.475** .001
5 Merancang pengambilan hutang 3.25 3.35 -1.118 .265
6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.04 3.21 -1.651 .100
7 Merancang pelan perlindungan takaful 2.93 3.12 -1.885 .060
8 Merancang persaraan 2.98 3.23 -2.363* .019
9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.56 2.81 -2.061* .040
182
10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.27 3.47 -2.435* .015
11 Merancang pelan pelaburan 2.95 3.16 -2.135* .034
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K: Berkahwin
Manakala komponen yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang bujang
adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang pengambilan hutang dan
merancang zakat. Kebanyakan aktiviti ini boleh dikelaskan sebagai aktiviti jangka
pendek, dengan itu kemungkinan orang bujang kurang memikirkan keperluan masa
depan tambahan pula memikirkan mengenai keperluan persaraan.
Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang berada dalam kalangan
paling kurang kerap dilakukan oleh mereka yang bujang adalah merancang pengagihan
harta pusaka diikuti oleh merancang membeli kenderaan. Bagi yang bujang, mereka
mungkin belum mempunyai sebarang harta atau menganggap mereka tiada tanggungan
atau waris bagi harta yang mereka ada manakala bagi kenderaan tidak memerlukan
wang pendahuluan untuk membeli kenderaan.
Begitu juga komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan
paling kurang kerap dilakukan oleh mereka yang berkahwin adalah merancang
pengagihan harta pusaka dan merancang membeli kenderaan selain dari merancang
keperluan kewangan bagi pendidikan anak-anak di masa depan.
Dalam hal komponen perancangan kewangan yang dilakukan oleh orang yang
berkahwin, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara
mereka yang berkahwin dengan yang masih bujang dari segi merancang untuk
pendidikan anak-anak di masa depan, merancang pembelian kenderaan, merancang
pembelian rumah, merancang persaraan, pengagihan harta pusaka, merancang
perbelanjaan bulanan dan merancang pelaburan. Golongan berkahwin didapati jelas
183
lebih kerap melakukan aktiviti-aktiviti kewangan yang telah disebutkan berbanding
golongan bujang.
5.5.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Komponen Tingkah
Laku Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.15 menunjukkan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan bagi komponen
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen
Perancangan Kewangan Islam didapati lebih kerap dilakukan oleh yang pegawai
berbanding mereka yang bukan pegawai. Komponen yang paling kerap dilakukan oleh
mereka yang merupakan pegawai adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang
pengambilan hutang dan merancang pengurusan zakat.
Jadual 5.15: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Status Pekerjaan
Pernyataan
P B.P Ujian-t
(n=119)
Min
(n=185)
Min
t Sig.
(p)
1 Merancang untuk saat kecemasan 3.18 3.08 1.048 .295
2 Merancang kewangan pendidikan anak-
anak
3.10 2.92 1.555 .121
3 Merancang pelan pembelian kenderaan 3.20 2.78 3.874** .000
4 Merancang pelan pembelian rumah 3.31 2.93 3.568** .000
5 Merancang pengambilan hutang 3.53 3.18 4.055** .000
6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.33 3.04 2.995** .003
7 Merancang pelan perlindungan takaful 3.19 2.97 2.241* .026
8 Merancang persaraan 3.24 3.09 1.470 .143
9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.80 2.68 1.023 .307
184
10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.54 3.31 2.995** .003
11 Merancang pelan pelaburan 3.13 3.06 0.796 .427
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai
Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan paling
kurang kerap dilakukan oleh mereka yang berjawatan pegawai adalah merancang
pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang pendidikan anak-anak di masa depan
dan merancang untuk pelaburan. Manakala komponen yang paling kerap dilakukan oleh
mereka yang bukan merupakan pegawai adalah merancang perbelanjaan bulanan,
merancang pengambilan hutang dan merancang keperluan persaraan.
Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan paling
kurang kerap dilakukan oleh mereka yang bukan berjawatan pegawai adalah merancang
pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang kenderaan dan merancang pendidikan
anak-anak di masa depan.
Dalam hal komponen perancangan kewangan yang dilakukan oleh pegawai dan
bukan pegawai, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di
antara mereka yang berjawatan pegawai dengan yang bukan berjawatan pegawai dari
segi merancang pembelian kenderaan, merancang pembelian rumah, merancang
pengambilan hutang, merancang pengurusan zakat, merancang perlindungan takaful dan
merancang perbelanjaan bulanan. Dalam hal ini, pegawai secara signifikannya lebih
cenderung untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang baharu disebutkan.
185
5.5.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Komponen Tingkah Laku
Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.16 menunjukkan perbandingan berdasarkan kategori umur bagi komponen
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Umumnya, kesemua komponen
Perancangan Kewangan Islam didapati lebih kerap dilakukan oleh golongan yang
berumur lebih tua berbanding dengan kategori-kategori yang lebih muda kecuali item 7,
8 dan 11 iaitu merancang perlindungan takaful, merancang persaraan dan merancang
pelan pelaburan. Komponen yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang merupakan
golongan paling tua (melebihi 40 tahun) adalah merancang perbelanjaan bulanan,
merancang pengambilan hutang dan merancang pengurusan zakat.
Komponen tingkah laku perancangan kewangan yang dalam kalangan paling
kurang kerap dilakukan oleh mereka yang dalam golongan paling tua adalah merancang
pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang perlindungan takaful dan merancang
untuk pelaburan.
Jadual 5.16: Komponen Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan
Umur
<30
tahun
30-40
tahun
>40
tahun
Ujian ANOVA
Pernyataan (n=135)
Min
(n=94)
Min
(n=75)
Min
F
Sig.
(p)
1 Merancang untuk saat kecemasan 3.08 3.18 3.09 .442 .643
2 Merancang kewangan pendidikan
anak-anak
2.87 3.06 3.13 2.206 .112
3 Merancang pelan pembelian
kenderaan 2.76 3.04 3.16 5.146** .006
4 Merancang pelan pembelian rumah 2.87 3.21 3.29 6.781** .001
5 Merancang pengambilan hutang 3.26 3.29 3.47 1.791 .168
186
6 Merancang pelan pengurusan zakat 3.03 3.18 3.33 3.328 .037
7 Merancang pelan perlindungan
takaful
3.01 3.16 3.01 .966 .382
8 Merancang persaraan 2.99 3.28 3.25 3.861* .022
9 Merancang pengagihan harta pusaka 2.64 2.70 2.91 1.795 .168
10 Merancang perbelanjaan bulanan 3.35 3.43 3.47 .812 .445
11 Merancang pelan pelaburan 3.11 3.10 3.04 .194 .824
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
Bagi golongan yang pertengahan umur iaitu di antara 30 hingga 40 tahun, mereka
didapati lebih kerap melakukan aktiviti seperti merancang perbelanjaan harian,
merancang pengambilan hutang dan merancang keperluan persaraan. Manakala bagi
aktiviti yang agak kurang kerap dilakukan adalah merancang pengagihan harta pusaka,
merancang pembelian kenderaan dan merancang pendidikan anak-anak di masa depan.
Komponen yang paling kerap dilakukan oleh mereka yang dalam golongan paling
muda (kurang dari 30 tahun) adalah merancang perbelanjaan bulanan, merancang
pengambilan hutang dan merancang pelaburan. Komponen tingkah laku perancangan
kewangan yang paling kurang kerap dilakukan oleh golongan paling muda adalah
merancang pengagihan harta pusaka diikuti oleh merancang pembelian kenderaan,
merancang pembellian rumah dan merancang pendidikan anak-anak di masa depan.
Dari segi merancang untuk pembelian kenderaan dan perumahan, terdapat
perbezaan signifikan di antara ketiga-tiga kumpulan umur. Kumpulan paling tua
didapati lebih merancang tentang aspek pembelian perumahan dan pembelian
kenderaan. Walaubagaimanapun bagi perancangan persaraan, golongan umur
pertengahan (30 hingga 40 tahun) didapati merancang persaraan jauh melebihi golongan
yang paling muda dan hanya melebihi sedikit dari golongan yang lebih tua.
187
5.6 Niat Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.17 memaparkan skor min bagi item-item dalam niat Perancangan Kewangan
Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah sepertimana dalam
borang soal-selidik.
Jadual 5.17: Niat Perancangan Kewangan Islam
Niat Perancangan Kewangan Islam Min (1-7) S. P.
31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang
kewangan berlandaskan Syariah 6.37 .917
35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan
merancang kewangan berlandaskan Syariah 6.34 .965
37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat
dengan merancang kewangan Islam 6.39 .938
Secara keseluruhan, kesemua item mempunyai skor min yang tinggi dan
menghampiri skor penuh iaitu 7. Ini menggambarkan kebanyakan responden cenderung
untuk sangat bersetuju terhadap pernyataan niat mengenai perancangan kewangan
Islam. Mereka mengharapkan kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah.
5.6.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Niat Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.18 menunjukkan perbandingan berdasarkan jantina bagi niat Perancangan
Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah sepertimana
dalam borang soal-selidik. Dapatan kajian tidak memperolehi suatu tren umum
mengenai niat perancangan kewangan Islam dalam kalangan jantina kerana skor min
bagi pernyataan niat tidak memberikan skor min yang kesemuanya lebih tinggi bagi
mana-mana golongan.
188
Jadual 5.18: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Jantina
Pernyataan
L P Ujian-t
(n=153)
Min
(n=151)
Min
t Sig.
(p)
31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan
merancang kewangan berlandaskan
Syariah
6.38 6.36 .204 .839
35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat
dengan merancang kewangan berlandaskan
Syariah
6.33 6.35 -.218 .827
37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di
akhirat dengan merancang kewangan Islam
6.41 6.38 .258 .797
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan
Golongan lelaki didapati lebih bersetuju mengenai hanya dua pernyataan niat iaitu
“Saya berharap kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan berlandaskan Syariah”
dan “Saya bercadang memperoleh kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan
Islam”. Manakala golongan perempuan lebih bersetuju terhadap hanya satu pernyataan
iaitu mengenai “Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah”. Ini menggambarkan golongan perempuan seolah-olahnya
menunjukkan lebih kesungguhan dalam usaha ke arah Perancangan Kewangan Islam
berbanding golongan lelaki yang sekadar berharap dan bercadang di mana golongan
perempuan telah memutuskan untuk mahu terlibat dalam Perancangan Kewangan Islam.
Namun pengujian menggunakan ujian perbezaan t memberikan hasil perbezaan yang
tidak signifikan dalam kalangan jantina bagi ketiga-tiga pernyataan. Oleh itu dapat
disimpulkan bahawa niat Perancangan Kewangan Islam adalah tidak berbeza dalam
kalangan jantina.
189
5.6.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Niat Perancangan
Kewangan Islam
Jadual 5.19 menunjukkan perbandingan berdasarkan status perkahwinan bagi Niat
Perancangan Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah
sepertimana dalam borang soal-selidik. Hasil analisis memperolehi suatu tren umum
mengenai niat perancangan kewangan Islam berdasarkan status perkahwinan kerana
skor min bagi pernyataan niat golongan berkahwin melebihi dari golongan bujang.
Jadual 5.19: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Status Perkahwinan
Pernyataan
B K Ujian-t
(n=101)
Min
(n=203)
Min
t Sig.
(p)
31 Saya berharap kejayaan di akhirat
dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah
6.15 6.48 -2.826** .005
35 Saya mahu mencapai kejayaan di
akhirat dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah
6.22 6.39 -1.461 .145
37 Saya bercadang memperoleh kejayaan
di akhirat dengan merancang
kewangan Islam
6.32 6.43 -.942 .347
* signifikan pada p<0.05, ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K: Berkahwin
Malahan golongan berkahwin didapati lebih cenderung secara signifikan
berbanding golongan bujang bagi pernyataan niat mengenai harapan untuk berjaya di
akhirat dengan merancang kewangan berlandaskan Syariah. Ini ditunjukkan melalui
ujian-t yang signifikan. Manakala bagi dua pernyataan lain mengenai niat ini didapati
tidak berbeza secara signifikan. Dengan itu keinginan untuk mencapai kejayaan di
akhirat dan cadangan memperolehi kejayaan akhirat dengan Perancangan Kewangan
berlandaskan Syariah adalah tidak berbeza dalam kalangan berkahwin ataupun tidak.
190
5.6.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Niat Perancangan
Kewangan Islam
Jadual 5.20 memberikan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan bagi Niat
Perancangan Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual adalah
sepertimana dalam borang soal-selidik. Hasil analisis memperolehi suatu tren umum
mengenai niat perancangan kewangan Islam berdasarkan kategori pekerjaan kerana skor
min bagi pernyataan niat golongan pegawai melebihi dari golongan bukan pegawai.
Jadual 5.20: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Kategori Pekerjaan
Pernyataan
P B.P Ujian-t
(n=119)
Min
(n=185)
Min
t Sig.
(p)
31 Saya berharap kejayaan di akhirat dengan
merancang kewangan berlandaskan
Syariah
6.55 6.25 2.995** .003
35 Saya mahu mencapai kejayaan di akhirat
dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah
6.51 6.23 2.631** .009
37 Saya bercadang memperoleh kejayaan di
akhirat dengan merancang kewangan
Islam
6.53 6.30 2.069* .039
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai
Malahan golongan pegawai didapati lebih cenderung secara signifikan berbanding
golongan bukan pegawai bagi kesemua pernyataan niat mengenai harapan, kemahuan
mahupun dalam hal bercadang untuk berjaya di akhirat dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah. Ini ditunjukkan melalui ujian-t yang signifikan bagi ketiga-tiga
pernyataan. Oleh itu harapan dan kemahuan untuk mencapai kejayaan di akhirat serta
cadangan memperolehi kejayaan akhirat dengan Perancangan Kewangan berlandaskan
191
Syariah adalah berbeza dalam kalangan pegawai dan bukan pegawai dengan keadaan
pegawai mempunyai niat yang melebihi bukan pegawai.
5.6.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Niat Perancangan Kewangan Islam
Jadual 5.21 menunjukkan perbandingan berdasarkan umur bagi faktor penerimaan
konsep Perancangan Kewangan Islam. Nombor bagi item yang dipaparkan dalam jadual
adalah sepertimana dalam borang soal-selidik. Hasil analisis tidak memperolehi suatu
tren umum dalam kalangan pernyataan niat perancangan kewangan Islam berdasarkan
peringkat umur.
Jadual 5.21: Niat Perancangan Kewangan Islam Berdasarkan Umur
<30
tahun
30-40
tahun
>40
tahun
Ujian ANOVA
Pernyataan
(n=135)
Min
(n=94)
Min
(n=75)
Min
F
Sig.
(p)
31 Saya berharap kejayaan di akhirat
dengan merancang kewangan
berlandaskan Syariah
6.21 6.50 6.49 3.815* .023
35 Saya mahu mencapai kejayaan di
akhirat dengan merancang
kewangan berlandaskan Syariah
6.24 6.35 6.51 1.905 .151
37 Saya bercadang memperoleh
kejayaan di akhirat dengan
merancang kewangan Islam
6.36 6.29 6.57 2.068 .128
* signifikan pada p<0.05
Skor min bagi pernyataan mengenai harapan untuk berjaya di akhirat dengan
merancang kewangan secara Syariah adalah tertinggi bagi peringkat umur pertengahan
manakala skor min adalah tertinggi bagi peringkat umur paling tua untuk kemahuan dan
cadangan untuk berjaya di akhirat dengan merancang kewangan secara Syariah.
192
Golongan pertengahan umur dilihat lebih berharap berbanding mereka yang lebih
tua di mana golongan tua memutuskan untuk bercadang berjaya di akhirat dengan
merancang kewangan malah mahu merancang kewangan secara Syariah. Walaupun
begitu, perbezaan skor min bagi golongan tua berbanding yang lebih muda adalah tidak
signifikan dalam hal bercadang dan mahu berjaya di akhirat dengan terlibat dalam
perancangan kewangan Islam.
Hanya bagi harapan untuk berjaya di akhirat dengan merancang kewangan secara
Syariah, golongan pertengahan umur lebih signifikan untuk berharap berbanding
golongan yang lebih tua mahupun muda. Ini ditunjukkan melalui ujian-t yang
signifikan. Dengan itu kemahuan untuk mencapai kejayaan di akhirat dan cadangan
memperolehi kejayaan akhirat dengan Perancangan Kewangan berlandaskan Syariah
adalah tidak berbeza dalam kalangan muda, tua ataupun pertengahan umur.
5.7 Kesejahteraan Kewangan
Jadual 5.22 menunjukkan skor min bagi item-item dalam kesejahteraan kewangan. Skor
yang lebih tinggi memberikan gambaran kesejahteraan kewangan yang lebih baik.
Secara keseluruhan, kesemua item mempunyai skor min yang melebihi skor purata dan
lebih menghampiri skor penuh iaitu bagi item 10. Ini menunjukkan kebanyakan
responden cenderung untuk menyatakan keadaan kewangan mereka adalah agak baik
dalam pelbagai aspek yang ditanya. Bagi item 10 mengenai masalah pembayaran bil
bulanan yang menunjukkan skor paling tinggi, ini menunjukkan responden kurang
berhadapan dengan masalah pembayaran bil bulanan berbanding aspek kewangan lain
seperti kecukupan kewangan untuk hari tua atau ketersediaaan wang untuk masa
kecemasan.
193
Namun demikian, mereka didapati agak bimbang mengenai keadaan kewangan
semasa dan keadaan kewangan keseluruhan untuk jangka panjang. Begitu juga, mereka
mempunyai perasaan yang sederhana selesa mengenai keadaan kewangan mereka.
Walaupun begitu, secara keseluruhannya mereka masih berada dalam keadaan
kewangan yang sederhana.
Jadual 5.22: Kesejahteraan Kewangan
No. Kesejahteraan Kewangan Min
(1-10)
S. P.
1 Menggambarkan kepuasan terhadap keadaan kewangan semasa
anda 6.58 1.926
2 Mempunyai wang mencukupi untuk kehidupan hari tua yang
selesa 6.72 1.856
3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan 6.73 1.709
4 Tahap keyakinan mengetahui cara menguruskan kewangan 6.81 1.678
5 Kemudahan mendapat wang RM1,000 untuk keperluan
kecemasan 6.32 2.075
6 Tahap kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini 5.43 1.966
7 Tahap kedudukan perancangan kewangan anda 6.49 1.500
8 Perasaan anda mengenai kewangan semasa anda 6.31 1.557
9 Tahap kecukupan keadaan sumber kewangan anda 6.49 1.590
10 Kekerapan menghadapi masalah membayar bil bulanan 7.38 1.852
11 Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji 6.87 2.069
12 Kebimbangan mengenai kedudukan keseluruhan kewangan 5.92 2.099
* Skor tinggi menunjukkan kesejahteraan kewangan lebih baik
5.7.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina bagi Kesejahteraan Kewangan
Jadual 5.23 menunjukkan perbandingan berdasarkan jantina bagi kesejahteraan
kewangan.
194
Jadual 5.23: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Jantina
Kesejahteraan Kewangan
L P Ujian-t
(n=153)
Min
(n=151)
Min
t Sig.
(p)
1 Menggambarkan kepuasan terhadap
keadaan kewangan semasa anda 6.42 6.74 -1.407 .161
2 Mempunyai wang mencukupi untuk
kehidupan hari tua yang selesa 6.66 6.77 -.538 .591
3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan
diri ke atas kewangan 6.54 6.93 -1.973* .049
4 Tahap keyakinan mengetahui cara
menguruskan kewangan 6.71 6.90 -.978 .329
5 Kemudahan mendapat wang RM1,000
untuk keperluan kecemasan 6.28 6.36 -.349 .727
6 Tahap kebimbangan tentang keadaan
kewangan hari ini 5.35 5.52 -.784 .433
7 Tahap kedudukan perancangan kewangan
anda 6.36 6.62 -1.534 .126
8 Perasaan anda mengenai kewangan
semasa anda 6.15 6.46 -1.760 .079
9 Tahap kecukupan keadaan sumber
kewangan anda 6.41 6.58 -.902 .368
10 Kekerapan menghadapi masalah
membayar bil bulanan 7.26 7.50 -1.139 .256
11 Kekerapan kehabisan wang sebelum
menerima gaji 6.61 7.13 -2.225* .027
12 Kebimbangan mengenai kedudukan
keseluruhan kewangan 5.68 6.16 -2.002 .046
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan
Skor yang lebih tinggi menggambarkan kesejahteraan kewangan yang lebih baik.
195
Dalam kalangan lelaki mahupun dalam kalangan perempuan, masing-masing
kurang menghadapi masalah untuk membayar bil bulanan mereka berbanding
kecukupan kewangan semasa dan untuk masa tua.
Secara umumnya, golongan perempuan memperoleh skor yang lebih tinggi dari
golongan lelaki bagi semua pernyataan mengenai kesejahteraan kewangan. Ini
menggambarkan umumnya golongan perempuan lebih tinggi kesejahteraan kewangan
berbanding golongan lelaki mengikut pandangan mereka. Namun demikian, hanya dua
pernyataan mengenai “Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan” dan
“Kekerapan kehabisan wang sebelum menerima gaji” memberikan ujian-t yang signifikan
dalam kalangan jantina.
Golongan perempuan didapati mempunyai skor yang lebih tinggi secara signifikan
berbanding golongan lelaki bagi kedua-dua pernyataan. Oleh itu, golongan perempuan
didapati berbeza secara signifikan berbanding lelaki bagi pernyataan ini iaitu aspek
kawalan kewangan dan kekerapan habis wang gaji. Dalam hal ini, dapatan kajian menunjukkan
golongan perempuan lebih terkawal dirinya dalam hal kewangan dan kurang kerap kehabisan
wang sebelum menerima gaji berbanding golongan lelaki.
Manakala bagi pernyataan yang tidak berbeza secara signifikan seperti tahap
kecukupan sumber ataupun ketersediaan wang untuk kecemasan, sama ada individu
adalah lelaki atau perempuan, aspek yang menggambarkan kesejahteraan kewangan ini
adalah sama sahaja.
5.7.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan bagi Kesejahteraan
Kewangan
Jadual 5.24 menunjukkan perbandingan berdasarkan status perkahwinan bagi
kesejahteraan kewangan. Skor yang lebih tinggi memberi gambaran bahawa
196
kesejahteraan kewangan adalah lebih baik. Dalam kalangan yang berkahwin mahupun
dalam kalangan yang bujang, masing-masing kurang menghadapi masalah untuk
membayar bil bulanan mereka berbanding kecukupan kewangan semasa dan untuk masa
tua.
Jadual 5.24: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Status Perkahwinan
Pernyataan
B K Ujian-t
(n=101)
Min
(n=203)
Min
t Sig.
(p)
1 Menggambarkan kepuasan terhadap
keadaan kewangan semasa anda
6.12 6.80 -2.922** .004
2 Mempunyai wang mencukupi untuk
kehidupan hari tua yang selesa
6.29 6.92 -2.798** .005
3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan
diri ke atas kewangan
6.39 6.91 -2.521* .012
4 Tahap keyakinan mengetahui cara
menguruskan kewangan
6.48 6.97 -2.414* .016
5 Kemudahan mendapat wang RM1,000
untuk keperluan kecemasan
5.45 6.77 -5.452** .000
6 Tahap kebimbangan tentang keadaan
kewangan hari ini
5.27 5.52 -1.052 .294
7 Tahap kedudukan perancangan
kewangan anda
6.15 6.66 -2.789** .006
8 Perasaan anda mengenai kewangan
semasa anda
5.95 6.48 -2.898** .004
9 Tahap kecukupan keadaan sumber
kewangan anda
6.02 6.74 -3.747** .000
10 Kekerapan menghadapi masalah
membayar bil bulanan
7.10 7.53 -1.918 .056
11 Kekerapan kehabisan wang sebelum
menerima gaji
6.57 7.00 -1.689 .092
12 Kebimbangan mengenai kedudukan
keseluruhan kewangan
5.73 6.01 -1.044 .290
* signifikan pada p<0.05, ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K: Berkahwin
197
Secara umumnya, golongan berkahwin memperoleh skor yang lebih tinggi dari
golongan bujang bagi semua pernyataan mengenai kesejahteraan kewangan. Ini
menggambarkan umumnya golongan berkahwin lebih tinggi dalam pelbagai aspek
kesejahteraan kewangan berbanding golongan bujang mengikut pandangan mereka.
Walaupun begitu, hanya empat pernyataan iaitu 6, 10, 11 dan 12 yang mempunyai
perbezaan yang tidak signifikan berdasarkan status perkahwinan. Bagi lapan pernyataan
lain kesejahteraan kewangan, golongan berkahwin adalah lebih tinggi skor minnya
secara signifikan berbanding bujang. Contohnya bagi pernyataan-pernyataan seperti
“Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri ke atas kewangan” dan “Tahap kecukupan
kewangan semasa”.
5.7.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan bagi Kesejahteraan
Kewangan
Jadual 5.25 memberikan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan bagi
kesejahteraan kewangan. Skor yang lebih tinggi menggambarkan kesejahteraan
kewangan yang lebih baik. Dalam kalangan pegawai mahupun dalam kalangan bukan
pegawai, didapati skor min adalah tertinggi bagi pembayaran bil bulanan. Masing-
masing kurang menghadapi masalah untuk membayar bil bulanan mereka berbanding
kecukupan kewangan semasa dan untuk masa tua mahupun aspek kesejahteraan
kewangan lain.
Manakala skor min yang paling rendah dalam kalangan pegawai dan bukan
pegawai adalah bagi pernyataan mengenai “Tahap kebimbangan tentang keadaan
kewangan hari ini”. Ini menunjukkan kebimbangan mereka yang tinggi tentang keadaan
kewangan semasa. Keadaan ini adalah lebih merisaukan dalam kalangan bukan pegawai
berbanding pegawai di mana skor minnya adalah lebih rendah malahan berada di bawah
198
nilai tengah kesejahteraan kewangan. Nilai ini memberi gambaran kurang sejahtera dari
segi kewangan bagi golongan bukan pegawai.
Jadual 5.25: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Kategori Pekerjaan
Pernyataan
P B.P Ujian-t
(n=119)
Min
(n=185)
Min T
Sig.
(p)
1 Menggambarkan kepuasan terhadap
keadaan kewangan semasa anda 7.05 6.28 3.671** .000
2 Mempunyai wang mencukupi untuk
kehidupan hari tua yang selesa 7.11 6.46 3.130** .002
3 Tahap keyakinan mempunyai kawalan diri
ke atas kewangan 7.20 6.43 3.919** .000
4 Tahap keyakinan mengetahui cara
menguruskan kewangan 7.13 6.60 2.695** .007
5 Kemudahan mendapat wang RM1,000
untuk keperluan kecemasan 7.03 5.86 4.978** .000
6 Tahap kebimbangan tentang keadaan
kewangan hari ini 6.12 4.99 5.055** .000
7 Tahap kedudukan perancangan kewangan
anda 6.85 6.26 3.400** .001
8 Perasaan anda mengenai kewangan
semasa anda 6.73 6.03 3.907** .000
9 Tahap kecukupan keadaan sumber
kewangan anda 7.01 6.16 4.868** .000
10 Kekerapan menghadapi masalah
membayar bil bulanan 7.71 7.17 2.534* .012
11 Kekerapan kehabisan wang sebelum
menerima gaji 7.39 6.54 3.735** .000
12 Kebimbangan mengenai kedudukan
keseluruhan kewangan 6.45 5.57 3.784** .000
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P: Pegawai; B.P: Bukan Pegawai
199
Skor min pegawai bagi setiap aspek kesejahteraan kewangan memberikan
perbezaan yang signifikan berbanding bukan pegawai hasil ujian perbezaan-t. Dengan
itu dapat disimpulkan pegawai mempunyai kesejahteraan kewangan yang lebih baik dari
bukan pegawai.
5.7.4 Perbandingan Berdasarkan Umur bagi Kesejahteraan Kewangan
Jadual 5.26 menunjukkan perbandingan berdasarkan umur bagi kesejahteraan
kewangan. Skor yang lebih tinggi menggambarkan kesejahteraan kewangan yang lebih
baik. Dalam kalangan muda, pertengahan umur mahupun dalam kalangan lebih tua,
didapati skor min adalah tertinggi bagi pembayaran bil bulanan. Masing-masing
peringkat umur kurang menghadapi masalah untuk membayar bil bulanan mereka
berbanding kecukupan kewangan semasa dan untuk masa tua mahupun aspek
kesejahteraan kewangan lain. Sama ada yang muda atau tua, mereka didapati tidak
berhadapan dengan masalah pembayaran bil bulanan. Oleh itu urusan pembayaran bil
bulanan adalah tidak terjejas walaupun dalam kalangan muda, pertengahan atau tua.
Dapat juga dilihat dalam bandingan umur ini bahawa mereka yang lebih tuaberbanding
yang sederhana dan muda didapati paling kurang bermasalah dalam pembayaran bil
bulanan.
Manakala skor min yang paling rendah dalam kalangan muda, pertengahan umur
mahupun dalam kalangan lebih tua adalah bagi pernyataan mengenai “Tahap
kebimbangan tentang keadaan kewangan hari ini”. Dapatan ini menggambarkan
kebimbangan mereka yang tinggi tentang keadaan kewangan semasa. Keadaan ini
adalah lebih merisaukan dalam kalangan muda berbanding pertengahan umur mahupun
dalam kalangan lebih tua di mana skor minnya adalah lebih rendah malahan berada di
200
nilai tengah kesejahteraan kewangan. Nilai ini memberi gambaran sederhana sejahtera
dari segi kewangan bagi golongan muda.
Jadual 5.26: Kesejahteraan Kewangan Berdasarkan Umur
<30
tahun
30-40
tahun
>40
tahun
Ujian ANOVA
Pernyataan
(n=135)
Min
(n=94)
Min
(n=75)
Min
F
Sig. (p)
1 Menggambarkan kepuasan
terhadap keadaan kewangan
semasa anda
6.03 6.84 7.24 11.522** .000
2 Mempunyai wang
mencukupi untuk kehidupan
hari tua yang selesa
6.24 6.96 7.27 8.895** .000
3 Tahap keyakinan
mempunyai kawalan diri ke
atas kewangan
6.29 6.96 7.25 9.327** .000
4 Tahap keyakinan
mengetahui cara
menguruskan kewangan
6.41 7.04 7.23 7.396** .001
5 Kemudahan mendapat wang
RM1,000 untuk keperluan
kecemasan
5.69 6.66 7.04 12.969** .000
6 Tahap kebimbangan tentang
keadaan kewangan hari ini 5.01 5.63 5.95 6.289** .002
7 Tahap kedudukan
perancangan kewangan
anda
6.10 6.74 6.87 8.605** .000
8 Perasaan anda mengenai
kewangan semasa anda 5.84 6.56 6.83 12.486** .000
9 Tahap kecukupan keadaan
sumber kewangan anda 5.98 6.74 7.11 15.145** .000
10 Kekerapan menghadapi
masalah membayar bil
bulanan
7.15 7.43 7.75 2.582 .077
11 Kekerapan kehabisan wang
sebelum menerima gaji 6.48 6.96 7.45 5.612** .004
12 Kebimbangan mengenai
kedudukan keseluruhan
kewangan
5.55 5.85 6.67 7.197** .001
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
*** Skor tinggi adalah lebih baik kesejahteraan kewangan
201
Skor min mengikut peringkat umur bagi setiap aspek kesejahteraan kewangan
memberikan perbezaan yang signifikan hasil ujian ANOVA. Dengan itu dapat
disimpulkan secara keseluruhannya golongan lebih tua iaitu melebihi 40 tahun
mempunyai kesejahteraan kewangan yang lebih baik dari golongan yang muda
mahupun pertengahan umur. Ini mungkin disebabkan dalam tempoh yang lebih panjang,
golongan yang lebih tua mempunyai simpanan yang lebih, begitu juga dari segi
pembayaran pinjaman bagi aset sama ada rumah atau tanah mempunyai baki yang agak
rendah berbanding mereka yang lebih muda.
5.8 Perbandingan Angkubah-angkubah
Skor min bagi angkubah dalam kerangka Perancangan Kewangan Islam (PKI)
ditunjukkan dalam Jadual 5.27. Literasi subjektif mengenai Perancangan Kewangan
Islam bagi responden didapati mencapai skor min yang rendah iaitu di bawah dari titik-
tengah skor 2.5. Secara keseluruhannya pengetahuan mereka terhadap aspek
perancangan kewangan adalah rendah dalam kalangan pekerja di sektor awam yang
dikaji.
Jadual 5.27: Skor Min Bagi Angkubah-angkubah
No. Angkubah-angkubah Min
S. P. Skor Min.-
Maks.
Julat Skor
1 Literasi Subjektif PKI 2.16 1.73 0 - 5.00 0 - 5
2 Faktor Sosialisasi 29.65 4.15 5.00 - 35.0 5 - 35
3 Sikap terhadap PKI 61.26 24.57 -10.00 - 84.00 -84 - 84
4 Norma Subjektif PKI 32.94 19.18 -50.00 - 84.00 -84 - 84
5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku
PKI 14.16 12.59 -26.00 - 56.00 -84 - 84
6 Niat Tingkah Laku PKI 7.10 2.54 -9.00 – 9.00 -9 - 9
202
7 Tingkah Laku PKI 34.03 6.76 11.00 - 44.00 11 – 44
8 Kesejahteraan Kewangan 78.05 17.07 12.00 - 120.0 12 – 120
Manakala faktor sosialisasi didapati memberikan skor min yang tinggi
menghampiri kepada skor tertinggi. Ini membayangkan agen sosialisasi amat perlu
dalam hal perancang kewangan Islam. Individu memperoleh pengaruh yang kuat dari
kalangan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, media massa mahupun dari kepercayaan
agama yang dipegangnya.
Faktor perancangan kewangan Islam seperti sikap terhadap Perancangan
Kewangan Islam, subjektif norma dan persepsi kawalan tingkah laku mempunyai julat
skor yang sama. Dibandingkan ketiga-tiga ini, sikap terhadap Perancangan Kewangan
Islam didapati memperoleh skor min yang tertinggi (min = 61.26) diikuti dengan norma
subjektif (min = 32.94) dan yang terendah adalah persepsi kawalan tingkah laku (min =
14.16).
Walaupun kesemua skor min berkenaan berada di bahagian positif dalam julat
skor, didapati responden mempunyai sikap yang sangat cenderung terhadap
Perancangan Kewangan Islam berbanding norma subjektif dan persepsi kawalan
tingkah laku dalam konteks Perancangan Kewangan Islam. Persepsi kawalan tingkah
laku yang mencapai skor terendah menunjukkan bahawa responden mempunyai
persepsi bahawa kawalannya terhadap Perancangan Kewangan Islam adalah paling
lemah berbanding dengan persepsi mereka terhadap tekanan sosial untuk melakukan
tingkah laku atau berbanding mempunyai sikap positif terhadap Perancangan Kewangan
Islam.
Niat untuk terlibat dalam Perancangan Kewangan Islam, tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan ketiga-tiga angkubah ini
203
didapati mempunyai skor min yang tinggi. Ini menggambarkan kebanyakan responden
mempunyai niat yang tinggi untuk terlibat dalam perancangan kewangan Islam dan
ramai juga yang telah melakukan perancangan kewangan Islam. Lanjutan dari itu juga,
responden didapati sangat sejahtera keadaan kewangannya. Berkemungkinan tahap
perancangan kewangan Islam yang tinggi dalam kalangan responden menyumbang
kepada kesejahteraan kewangan.
5.8.1 Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah
Perbandingan berdasarkan jantina yang ditunjukkan dalam jadual 5.28 mendapati skor
min bagi literasi PKI pekerja perempuan yang dikaji adalah lebih sedikit dari pekerja
lelaki, begitu juga dengan skor min faktor sosialisasi. Golongan perempuan didapati
lebih mengetahui mengenai PKI dan lebih terpengaruh dengan orang lain berbanding
golongan lelaki. Namun demikian bagi sikap terhadap PKI dan persepsi kawalan
tingkah laku PKI, golongan lelaki didapati mempunyai sikap lebih cenderung ke arah
PKI dan juga menganggap diri mereka lebih berupaya mengawal tingkah laku PKI
mereka berbanding perempuan.
Jadual 5.28: Perbandingan Berdasarkan Jantina Bagi Angkubah-Angkubah
Angkubah L P Ujian-t
(n=153)
Min
(n=151)
Min
t P
1 Literasi Subjektif 2.12 2.21 -.473 .636
2 Faktor Sosialisasi 29.37 29.93 -1.193 .234
3 Sikap terhadap PKI 61.90 60.61 .458 .647
4 Norma Subjektif PKI 32.24 33.66 -.648 .517
204
5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI 14.76 13.55 .838 .403
6 Niat Tingkah Laku PKI 7.11 7.09 .086 .932
7 Tingkah Laku PKI 33.82 34.24 -.543 .587
8 Kesejahteraan Kewangan 76.44 79.68 -1.661 .098
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 L: Lelaki; P: Perempuan
Bagi norma subjektif di mana responden cenderung melakukan sepertimana orang
di sekitarnya, golongan perempuan menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi dari
lelaki dalam hal membuat PKI sepertimana mereka di sekelilingnya lakukan. Golongan
lelaki didapati cenderung berhasrat untuk melakukan PKI tetapi kurang cenderung
untuk melakukan PKI. Manakala sebaliknya bagi golongan perempuan di mana mereka
kurang berniat untuk melakukan PKI tetapi lebih cenderung untuk terlibat dalam PKI
sendiri. Lanjutan dari itu, dengan kecenderungan yang lebih tinggi untuk terlibat dalam
PKI, kesejahteraan kewangan golongan perempuan lebih cenderung untuk lebih tinggi.
Walaupun dapat dilihat perbezaan skor min dalam kalangan lelaki dan perempuan
bagi angkubah-angkubah berkenaan, tetapi secara keseluruhannya didapati tiada
perbezaan signifikan bagi kesemua angkubah yang dianalisis. Dalam kalangan pekerja
di sektor awam yang dikaji, sama ada dari segi pengetahuan mengenai Perancangan
Kewangan Islam, faktor sosialisasi, sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah
laku, niat, tingkah laku mahupun kesejahteraan kewangan, ia adalah tidak berbeza di
antara lelaki dan perempuan.
5.8.2 Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi Angkubah
Perbandingan berdasarkan status perkahwinan ditunjukkan dalam jadual 5.29 yang
mendapati skor min bagi kesemua angkubah adalah tinggi bagi golongan yang
205
berkahwin berbanding bujang kecuali bagi persepsi kawalan tingkah laku PKI. Ini
menunjukkan mereka yang berkahwin lebih berpengetahuan mengenai PKI, lebih
banyak dipengaruhi oleh agen sosialisasi, lebih bersikap positif terhadap PKI dan lebih
mengikuti apa yang orang lain lakukan dalam hal PKI.
Mereka yang berkahwin juga didapati lebih berhasrat untuk merancang kewangan
secara Islam dengan itu juga lebih terlibat dalam perancangan kewangan Islam juga
serta dapat mengalami kesejahteraan kewangan yang lebih baik berbanding mereka
yang masih bujang. Manakala bagi persepsi terhadap kawalan dalam melakukan
perancangan kewangan secara Islam didapati adalah agak kurang bagi kalangan yang
berkahwin berbanding bujang. Ini mungkin disebabkan tanggungjawab yang lebih besar
terhadap keperluan kewangan ahli keluarga bagi kalangan yang berkahwin.
Jadual 5.29: Perbandingan Berdasarkan Status Perkahwinan Bagi Angkubah-Angkubah
Angkubah B K Ujian-t
(n=101)
Min
(n=203)
Min
T p
1 Literasi Subjektif 2.11 2.20 -.425 .671
2 Faktor Sosialisasi 29.19 29.89 -1.382 .168
3 Sikap terhadap PKI 55.70 64.15 -2.878** .004
4 Norma Subjektif PKI 32.73 33.06 -.140 .889
5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI 14.88 13.78 .725 .469
6 Niat Tingkah Laku PKI 6.73 7.29 -1.830 .068
7 Tingkah Laku PKI 32.28 34.94 -3.305** .001
8 Kesejahteraan Kewangan 73.75 80.29 -3.214** .001
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 B: Bujang; K:Berkahwin
206
Walaupun wujud perbezaan skor min dalam kalangan berkahwin dan bujang
bagi angkubah-angkubah berkenaan, tetapi secara keseluruhannya didapati hanya tiga
angkubah yang mempunyai perbezaan signifikan. Dalam kalangan pekerja berkahwin di
sektor awam yang dikaji, sikap mereka didapati lebih cenderung terhadap PKI. Begitu
juga didapati bagi amalan perancangan kewangan secara Islam bagi golongan yang
berkahwin ini. Seterusnya ini didapati menghasilkan juga kesejahteraan kewangan yang
tinggi dalam kalangan yang berkahwin berbanding yang masih bujang. Hal ini
disebabkan mereka yang berkahwin mempunyai tanggungan dengan itu perlu membuat
perancangan kewangan yang teliti.
5.8.3 Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi Angkubah
Jadual 5.30 menunjukkan perbandingan berdasarkan kategori pekerjaan yang mendapati
skor min bagi kesemua angkubah yang dianalisis bagi mereka yang bekerja sebagai
pegawai adalah lebih tinggi kecuali bagi persepsi kawalan tingkah laku PKI. Golongan
pegawai diberikan tanggung jawab yang lebih besar dalam mentadbir urusan pejabat
berbanding bukan pegawai serta selalunya dengan melalui pendidikan yang lebih tinggi.
Seiring dengan itu, golongan pegawai sewajarnya lebih berpengetahuan dalam hal PKI.
Jadual 5.30: Perbandingan Berdasarkan Kategori Pekerjaan Bagi Angkubah-Angkubah
Angkubah P B.P Ujian-t
(n=119)
Min
(n=185)
Min
t p
1 Literasi Subjektif 2.45 1.98 2.280* .023
2 Faktor Sosialisasi 30.01 29.42 1.306 .193
3 Sikap terhadap PKI 68.59 56.55 4.448** .000
4 Norma Subjektif PKI 36.42 30.71 2.558* .011
207
5 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI 13.39 14.69 -.889 .375
6 Niat Tingkah Laku PKI 7.60 6.78 2.774** .006
7 Tingkah Laku PKI 35.55 33.05 3.193** .002
8 Kesejahteraan Kewangan 83.78 74.36 4.867** .000
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01 P.B.:Bukan Pegawai; P: Pegawai
Mereka juga dijangka dapat menilai maklumat dari agen sosialisasi dan bertindak
dengan berhemah dalam hal PKI, dalam hal ini ia selari dengan dapatan bagi norma
subjektif di mana pegawai didapati lebih cenderung untuk melakukan sepertimana
mereka di sekelilingnya lakukan. Pegawai juga dilihat lebih bersikap positif terhadap
PKI di samping cenderung berniat untuk terlibat dalam PKI dan seterusnya lebih
cenderung untuk melakukan PKI. Hasil dari tingkah laku PKI, pegawai didapati lebih
tinggi kesejahteraan kewangannya berbanding bukan pegawai. Walaupun terdapat
perbezaan dalam skor min bagi kesemua angkubah, bukan semua angkubah
memberikan perbezaan yang signifikan di mana faktor sosialisasi dan persepsi kawalan
tingkah laku didapati tidak signifikan perbezaan skor minnya. Oleh itu, pegawai dapat
mempamerkan dengan ketara bahawa mereka lebih berpengetahuan dalam hal PKI,
bersikap yang lebih positif terhadap PKI, lebih berhasrat untuk terlibat dalam PKI, lebih
terlibat dalam PKI dan seterusnya dapat mengalami kesejahteraan kewangan yang lebih
baik berbanding bukan pegawai.
5.8.4 Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah
Jadual 5.31 mempamerkan hasil analisis perbandingan berdasarkan tiga kategori umur
bagi angkubah-angkubah yang dikaji. Golongan paling muda didapati mempunyai skor
min yang paling tinggi bagi norma subjektif PKI. Hal ini menunjukkan bahawa
208
golongan ini cenderung dipengaruhi oleh agen sosialisasi dalam hal bertingkah laku
PKI. Walaupun begitu, ujian perbandingan tidak memperoleh perbezaan yang signifikan
bagi perbezaan skor min ini. Oleh itu dalam hal norma subjektif PKI, ia tidak dibezakan
oleh peringkat umur maknanya norma subjektif PKI adalah sama sahaja untuk mana-
mana peringkat umur.
Manakala golongan pertengahan umur didapati mempunyai literasi PKI yang
paling tinggi berbanding mereka yang lebih muda atau yang lebih tua. Begitu pun,
perbezaan ini juga tidak signifikan dengan itu literasi PKI juga adalah sama sahaja bagi
kesemua responden berkenaan.
Golongan paling tua pula didapati mempunyi skor min yang paling tinggi dalam
hal sikap terhadap PKI, persepsi kawalan tingkah laku PKI, niat untuk terlibat dalam
PKI, penglibatan dalam PKI dan kesejahteraan kewangan. Namun demikian, perbezaan
yang signifikan bagi skor min adalah hanya bagi sikap, tingkah laku dan kesejahteraan
kewangan. Ini menunjukkan bahawa golongan paling tua adalah lebih positif sikapnya
terhadap PKI, lebih cenderung untuk terlibat dalam PKI dan lebih sejahtera
kewangannya berbanding mereka yang lebih muda. Ini juga menunjukkan golongan
yang lebih muda kurang cenderung bersikap positif terhadap PKI, penglibatan yang
lebih rendah dalam PKI dan hasil dari itu memperolehi kesejahteraan kewangan yang
lebih rendah.
209
Jadual 5.31: Perbandingan Berdasarkan Umur Bagi Angkubah-Angkubah
Angkubah <30 tahun 30-40
tahun
>40
tahun ANOVA
(n=135)
Min
(n=94)
Min
(n=75)
Min
F P
1 Literasi Subjektif 2.10 2.35 2.05 .801 .450
2 Faktor Sosialisasi 29.44 29.49 30.21 .925 .398
3 Sikap terhadap PKI 57.39 63.84 65.00 3.108* .046
4 Norma Subjektif PKI 34.55 32.55 30.55 1.079 .341
5 Persepsi Kawalan Tingkah
Laku PKI
14.80 12.62 14.93 1.022 .361
6 Niat Tingkah Laku PKI 6.81 7.14 7.57 2.231 .109
7 Tingkah Laku PKI 32.98 34.63 35.16 3.096* .047
8 Kesejahteraan Kewangan 72.77 80.37 84.64 14.020** .000
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
5.9 Korelasi antara Angkubah
Bahagian ini yang terdiri dari tiga sub-bahagian dapat menjawab objektif ketiga:
Memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan faktor-faktor tingkah laku (sikap,
norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat) dengan demografi,
Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.
5.9.1 Korelasi antara Faktor Sosialisasi dengan Faktor Perancangan Kewangan
Islam dan Kesejahteraan Kewangan
Sub-bahagian ini adalah untuk menentukan perkaitan di antara faktor sosialisasi dengan
faktor Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan. Jadual 5.32
210
mempamerkan kekuatan korelasi bagi angkubah faktor sosialisasi dengan sikap
Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam, persepsi kawalan
tingkah laku, niat Perancangan Kewangan Islam, tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam dan kesejahteraan kewangan.
Menggunakan korelasi Pearson, kesemua faktor Perancangan Kewangan Islam
didapati mempunyai perkaitan yang positif dan signifikan dengan faktor sosialisasi
secara keseluruhan. Walaupun signifikan (p<0.05) tetapi kesemua kekuatan korelasi
adalah lemah dan sederhana dalam kalangan angkubah-angkubah berkenaan yang
ditunjukkan oleh nilai pekali korelasi (r). Kekuatan korelasi adalah lemah kerana pekali
korelasi adalah kurang dari 0.3 manakala yang sederhana adalah antara 0.3 hingga 0.5
mengikut Rule of Thumb. Oleh itu, perkaitan yang sederhana adalah di antara faktor
sosialisasi dengan sikap, norma subjektif dan niat Perancangan Kewangan Islam.
Perkaitan yang lemah adalah bagi faktor sosialisasi dengan persepsi kawalan tingkah
laku dan dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Hasil analisis di bahagian
ini telah dapat menjawab sebahagian objektif ketiga dalam menentukan perkaitan di
antara faktor sosialisasi dengan faktor Perancangan Kewangan Islam iaitu sikap
Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam, persepsi kawalan
tingkah laku, niat Perancangan Kewangan Islam dan tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam.
Selain dari itu, faktor sosialisasi juga didapati mempunyai hubungan yang positif
dengan kesejahteraan kewangan individu. Begitu juga, hubungan ini adalah lemah
dengan nilai pekali korelasi kurang dari 0.3.
211
Jadual 5.32: Korelasi Faktor Sosialisasi dengan Faktor Perancangan Kewangan Islam
dan Kesejahteraan Kewangan
Angkubah Faktor Sosialisasi
r p
1 Sikap terhadap PKI .518** .000
2 Norma Subjektif PKI .338** .000
3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku PKI .116* .043
4 Niat Tingkah Laku PKI .377**
.000
5 Tingkah Laku PKI .187**
.001
6 Kesejahteraan Kewangan .129* .024
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
Ini menunjukkan kecenderungan terhadap Perancangan Kewangan Islam sama
ada dari segi pembentukan sikap, norma subjektif di mana individu melakukan sesuatu
disebabkan orang di sekitarnya, kebolehan ia mengawal tingkah laku berkenaan, niat
untuk bertingkah laku dan seterusnya bertingkah laku merancang kewangan mengikut
prinsip Islam akan meningkat disebabkan oleh pengaruh persekitaran seperti ibu bapa,
rakan, agama, media dan keluarga. Oleh itu, dalam hal tingkah laku yang baik seperti
Perancangan Kewangan Islam, dapatan sebegini yang menunjukkan hubungan positif
adalah amat baik kerana langkah seterusnya oleh pihak bertanggung jawab dapat
dilaksanakan. Pihak lain seperti ibu bapa adalah berperanan penting dalam membentuk
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Selain dari itu, faktor sosialisasi juga mempunyai hubungan yang positif dengan
kesejahteraan kewangan individu. Mereka yang banyak dipengaruhi oleh orang lain di
dalam tindakan berkaitan kewangan Islam akan berada dalam kesejahteraan kewangan
212
yang lebih baik. Manakala mereka yang merasakan tidak banyak dipengaruhi oleh pihak
lain dalam hal aktiviti kewangan Islam mereka akan berkecenderungan berada dalam
keadaan yang kurang sejahtera kewangannya. Pihak ibubapa adalah berperanan penting
dalam kesejahteraan kewangan individu.
5.9.2 Korelasi antara Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan Faktor
Perancangan Kewangan Islam
Sub-bahagian ini menjawab sebahagian lagi objektif ketiga melibatkan saling kait
literasi subjektif dan pendidikan yang merupakan demografi dengan faktor Perancangan
Kewangan Islam. Jadual 5.33 memberikan kekuatan korelasi bagi angkubah literasi
subjektif Perancangan Kewangan Islam dan pendidikan responden dengan angkubah
sikap Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam, persepsi
kawalan tingkah laku dan niat Perancangan Kewangan Islam. Walaupun signifikan,
kesemua kekuatan korelasi kecuali perkaitan pendidikan dengan norma subjektif yang
ditunjukkan oleh nilai r adalah lemah kerana nilainya kurang dari 0.3.
Perkaitan yang paling kuat diberikan oleh hubungan di antara literasi Perancangan
Kewangan Islam dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam diikuti oleh sikap
dan niat untuk bertingkah laku dalam aspek Perancangan Kewangan Islam. Sehubungan
dengan itu, literasi Perancangan Kewangan Islam dapat disimpulkan sebagai angkubah
yang perlu dalam meningkatkan tingkah laku individu dalam konteks Perancangan
Kewangan Islam. Manakala pendidikan juga memberikan kekuatan perkaitan yang
paling tinggi dengan angkubah sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam. Ini
menunjukkan bahawa pendidikan yang lebih tinggi berperanan penting dalam
pembentukan sikap yang lebih positif terhadap Perancangan Kewangan Islam.
213
Jadual 5.33: Korelasi Literasi Subjektif dan Pendidikan dengan Faktor Perancangan
Kewangan Islam
Angkubah Literasi Subjektif PKI Tahun Belajar
R P R P
1 Sikap terhadap PKI .121* .018 .216** .000
2 Norma Subjektif PKI .210** .000 .048 .203
3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku
PKI .140** .007
-.141** .007
4 Niat Tingkah Laku PKI .207** .000 .162** .002
5 Tingkah Laku PKI .334** .000 .153** .007
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
5.9.3 Korelasi antara Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor Perancangan
Kewangan Islam
Jadual 5.34 memberikan kekuatan korelasi bagi angkubah niat dan tingkah laku dengan
angkubah sikap Perancangan Kewangan Islam, norma Perancangan Kewangan Islam,
persepsi kawalan tingkah laku dan niat Perancangan Kewangan Islam. Walaupun
kesemua perkaitan adalah signifikan, kebanyakan kekuatan korelasi yang ditunjukkan
oleh nilai r adalah lemah kerana nilainya kurang dari 0.3. Manakala kekuatan korelasi di
antara 0.4 hingga 0.6 dikelaskan sebagai kekuatan yang sederhana iaitu bagi perkaitan
di antara sikap dan norma subjektif dengan niat untuk bertingkah laku. Perkaitan di
antara persepsi kawalan tingkah laku dengan niat dan perkaitan di antara angkubah
sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat dengan tingkah laku
adalah lemah.
214
Jadual 5.34: Korelasi Niat dan Tingkah Laku dengan Faktor Perancangan Kewangan
Islam
Angkubah Niat Tingkah Laku PKI Tingkah Laku PKI
R P R P
1 Sikap terhadap PKI .639** .000 .246** .000
2 Norma Subjektif PKI .469** .000 .262** .000
3 Persepsi Kawalan Tingkah Laku
PKI .141* .014 .186** .001
4 Niat Tingkah Laku PKI .337** .000
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
Dalam hal ini, semua perkaitan di antara angkubah adalah secara positif di mana
peningkatan dalam skor sesuatu angkubah akan membawa kepada peningkatan skor
bagi angkubah bersandarnya. Hubungan yang paling kuat dengan niat untuk bertingkah
laku Perancangan Kewangan Islam adalah bagi angkubah sikap terhadap Perancangan
Kewangan Islam. Manakala bagi hubungan yang paling kuat dengan tingkah laku
adalah oleh angkubah niat untuk bertingkah laku. Oleh itu dapat ditunjukkan bahawa
angkubah-angkubah yang terdapat dalam Teori Tingkah Laku Terancang adalah
mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif dengan niat ataupun dengan tingkah
laku.
5.9.4 Korelasi antara Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan
Kesejahteraan Kewangan
Jadual 5.35 menunjukkan hasil korelasi antara tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam dengan kesejahteraan kewangan individu. Dapatan kajian menggunakan ujian
korelasi Pearson membuktikan terdapat perkaitan yang signifikan di antara tingkah laku
215
Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan individu. Kekuatan
perkaitan di antara dua angkubah ini adalah lemah dengan nilai korelasi koefisiennya
sebagai 0.371 sahaja. Perkaitan positif ini membawa maksud bahawa peningkatan
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam akan juga meningkatkan kesejahteraan
kewangan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam adala penting bagi membawa ke arah kesejahteraan kewangan individu.
Jadual 5.35: Korelasi Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan
Kesejahteraan Kewangan
Angkubah Kesejahteraan Kewangan
R p
1 Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam .371** .000
** signifikan pada p<0.01
5.10 Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan Kewangan
Islam
Bahagian ini adalah untuk menjawab sebahagian objektif keempat. Objektif keempat
merujuk kepada menentukan faktor yang mempengaruhi niat dan tingkah laku individu
dalam tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, manakala bahagian objektif yang
dijawab di sini adalah faktor yang mempengaruhi niat untuk bertingkah laku dalam
Perancangan Kewangan Islam. Hipotesis berkaitan yang dibina adalah seperti berikut.
Ha1 Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi
kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap niat individu
terhadap Perancangan Kewangan Islam.
216
Hipotesis pertama diuji dengan analisis regresi berbilang bagi menentukan
pengaruh faktor-faktor berkaitan individu ke atas niat untuk tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam. Sebelum dijalankan analisis regresi berbilang, perkaitan di antara
angkubah-angkubah bebas dan angkubah bersandar telah ditentukan melalui korelasi
Pearson. Hanya angkubah bebas yang memberikan perkaitan yang signifikan dengan
angkubah bersandar dimasukkan dalam model regresi.
Dalam kalangan latar belakang, hanya pendidikan individu didapati mempunyai
perkaitan yang signifikan dengan niat untuk tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Begitu juga bagi literasi, hanya literasi subjektif Perancangan Kewangan Islam adalah
signifikan dalam perkaitan dengan niat untuk bertingkah laku. Faktor-faktor
Perancangan Kewangan Islam juga telah ditentukan kesignifkan perkaitan melalui
korelasi Pearson di bahagian yang awal. Angkubah yang terlibat dalam model regresi
niat untuk merancang kewangan Islam ditunjukkan dalam jadual 5.36 dengan model
akhir terdiri dari angkubah pendidikan, literasi subjektif, sikap, norma subjektif dan
persepsi kawalan tingkah laku.
Regresi berbilang bagi model niat untuk tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam didapati memberikan 48.2 peratus daripada varian dalam tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam individu dapat diterangkan oleh faktor-faktor dalam
model yang dikaji. Model yang menerangkan varian yang lebih tinggi bagi penglibatan
dalam niat untuk merancang kewangan secara Islam dapat menjelaskan dengan lebih
baik mengenai pengaruh faktor-faktor terhadap niat untuk terlibat dalam Perancangan
Kewangan Islam berkenaan. Hasil analisis ANOVA bagi model menunjukkan model
lengkap (yang ke 2) adalah sah (F=55.421; p=.000). Oleh itu dapatan kajian dari model
ini dapat dihuraikan hasilnya.
217
Jadual 5.36: Regresi Berbilang bagi Niat untuk Tingkah Laku Perancangan Kewangan
Islam
Angkubah
KBP KP SK
B RP Beta t Sig. T VIF
1. Pemalar 119.483 114.160 1.047 .296
Tahun Belajar 20.168 8.263 .137 2.441* .015 .983 1.017
Literasi PKI 31.501 9.388 .189 3.356** .001 .983 1.017
2. Pemalar -134.067 89.771 -1.493 .136
Tahun Belajar 4.012 6.414 .027 .626 .532 .910 1.099
Literasi PKI 13.899 7.214 .083 1.927 .055 .928 1.077
Sikap PKI 6.227 .540 .529 11.541** .000 .827 1.209
Norma Subjektif PKI 3.832 .698 .254 5.486** .000 .810 1.234
Persepsi Kawalan
Tingkah Laku PKI .457 1.005 .020 .455 .649 .908 1.102
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
KBP KP SK RP T
Koefisien Bukan Piawai Koefisien Piawai Statistik Kolineariti Ralat
Piawai
Toleransi
Niat untuk bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam individu boleh
diterangkan menggunakan pengaruh daripada pelbagai faktor dalam model. Hasil
analisis dalam jadual 5.36 menunjukkan latar belakang pendidikan individu iaitu
tempoh belajar memberikan pengaruh secara signifikan yang positif (t=2.441; p=.015)
ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dalam model 1. Manakala faktor
literasi Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi tingkah laku berkaitan
dalam Model 1 (t=3.356; p=.001) secara langsung.
218
Dua faktor iaitu sikap (t=11.541; p=.000) dan norma subjektif (t=5.486; p=.000)
didapati mempengaruhi secara signifikan dan positif terhadap niat untuk bertingkah laku
manakala persepsi kawalan tingkah laku (t=0.455; p=.649) didapati tidak mempunyai
pengaruh signifikan ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam iaitu dalam
Model 2. Oleh itu, bahagian objektif yang hanya dijawab di sini adalah faktor yang
mempengaruhi niat untuk bertingkah laku dalam Perancangan Kewangan Islam. Dengan
itu hanya sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam sahaja yang didapati
mempengaruhi niat untuk merancang kewangan secara Islam. Oleh itu hipotesis yang
dibina disokong oleh dapatan kajian kecuali bagi persepsi kawalan tingkah laku.
Dapatan ini adalah selari dengan Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen
(2005). Teori ini menyatakan terdapat hubungan langsung di antara faktor sikap dan
norma subjektif dengan niat terhadap Perancangan Kewangan Islam manakala bagi
faktor persepsi kawalan tingkah laku adalah faktor yang dinyatakan mempunyai
hubungan dengan tingkah laku berbanding dengan niat. Begitu juga, dapatan adalah
selari dengan Teori Tindakan Beralasan yang hanya mempunyai dua faktor yang
mempengaruhi niat untuk bertingkah laku iaitu sikap dan norma subjektif.
Bagi individu yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi, ini akan membantu
untuk meningkatkan niat untuk merancang kewangan secara Islam. Literasi mengenai
Perancangan Kewangan Islam menggambarkan individu lebih mengetahui mengenai
manfaat dalam melaksanakannya dengan itu, ia akan menjadi asas dalam niat untuk
tingkah laku kewangannya yang lebih mengarah kepada kehendak syariah. Sehubungan
dengan itu, tahap pendidikan dan literasi mengenai Perancangan Kewangan Islam lebih
berperanan penting bagi menentukan niat untuk penglibatan individu dalam
menyediakan pelan Perancangan Kewangan Islam.
219
5.11 Regresi Berbilang Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Bahagian ini adalah untuk menjawab objektif keempat dan hipotesis kedua (Ha2).
Objektif keempat merujuk kepada menentukan faktor yang mempengaruhi niat dan
tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam, manakala hipotesis kedua
adalah seperti berikut.
Ha2: Terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi
kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan
Kewangan Islam.
Analisis regresi berbilang digunakan bagi menentukan pengaruh faktor-faktor
berkaitan individu ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Sebelum
dijalankan analisis regresi berbilang, perkaitan di antara angkubah-angkubah bebas dan
angkubah bersandar telah ditentukan melalui korelasi Pearson. Hanya angkubah bebas
yang memberikan perkaitan yang signifikan dengan angkubah bersandar dimasukkan
dalam model regresi.
Dalam kalangan latar belakang, hanya pendidikan individu didapati mempunyai
perkaitan yang signifikan dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Begitu
juga bagi literasi, hanya literasi subjektif Perancangan Kewangan Islam adalah
signifikan dalam perkaitan dengan tingkah laku. Faktor-faktor Perancangan Kewangan
Islam juga telah ditentukan kesignifkan perkaitan melalui korelasi Pearson di bahagian
yang awal. Angkubah yang terlibat dalam model regresi ditunjukkan dalam jadual 5.37
dengan model akhir terdiri dari angkubah pendidikan, literasi subjektif, sikap, norma
subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan niat untuk merancang kewangan Islam.
220
Regresi berbilang bagi model tingkah laku Perancangan Kewangan Islam didapati
memberikan sekitar 22.6 peratus daripada varian dalam tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam individu dapat diterangkan oleh faktor-faktor dalam model yang
dikaji. Model yang menerangkan varian yang lebih tinggi bagi penglibatan dalam
merancang kewangan secara Islam dapat menjelaskan dengan lebih baik mengenai
pengaruh faktor-faktor terhadap penglibatan dalam Perancangan Kewangan Islam
berkenaan. Hasil analisis ANOVA bagi model menunjukkan model lengkap (yang ke 4)
adalah sah (F=14.459; p=.0001) begitu juga dengan model-model awal (rujuk Lampiran
4). Oleh itu dapatan kajian dari model ini dapat dihuraikan hasilnya.
Tingkah laku Perancangan Kewangan Islam individu boleh diterangkan
menggunakan pengaruh daripada pelbagai faktor dalam model. Hasil analisis dalam
jadual 5.37 menunjukkan latar belakang pendidikan individu iaitu tempoh belajar
memberikan pengaruh secara signifikan yang positif (t=3.749, p=.000; t=3.166, p=.002;
t= 3.046, p=.003; t=2.978, p=.000) ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
dalam keempat-empat model berkenaan.
Manakala faktor literasi Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi
tingkah laku berkaitan dalam Model 2 (t=5.732; p=.000) secara langsung, Model 3
(t=4.669; p=.000) yang melibatkan faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan
tingkah laku. Ketiga-tiga faktor iaitu sikap (t=2.133; p=.034), norma subjektif (t=2.213;
p=.028) dan persepsi kawalan tingkah laku (t=2.446; p=.015) didapati mempunyai
pengaruh signifikan yang juga positif ke atas tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam iaitu dalam Model 3.
221
Jadual 5.37: Regresi Berbilang bagi Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Model Angkubah KBP KP SK
B RP Beta t Sig. T VIF
1. Pemalar 24.066 2.683 8.968 .000
Tahun Belajar .723 .193 .211 3.749** .000 1.000 1.000
2. Pemalar 23.351 2.555 9.139 .000
Tahun Belajar .586 .185 .171 3.166** .002 .983 1.017
Literasi PKI 1.204 .210 .309 5.732** .000 .983 1.017
3. Pemalar 19.609 2.597 7.550 .000
Tahun Belajar .565 .186 .165 3.046** .003 .910 1.099
Literasi PKI .975 .209 .250 4.669** .000 .928 1.077
Sikap PKI .033 .016 .121 2.133* .034 .827 1.209
Norma Subjektif PKI .045 .020 .127 2.213* .028 .810 1.234
Persepsi Kawalan
Tingkah Laku PKI .071 .029 .133 2.446* .015 .908 1.102
4. Pemalar 20.233 2.577 7.851 .000
Tahun Belajar .547 .184 .159 2.978** .003 .909 1.100
Literasi PKI .910 .208 .234 4.382** .000 .917 1.091
Sikap PKI .004 .019 .016 .231 .818 .571 1.750
Norma Subjektif PKI .027 .021 .076 1.281 .201 .736 1.359
Persepsi Kawalan
Tingkah Laku PKI .069 .029 .129 2.399* .017 .907 1.102
Niat Tingkah laku
PKI .005 .002 .199 2.812** .005 .518 1.930
* signifikan pada p<0.05 ** signifikan pada p<0.01
KBP KP SK RP T
Koefisien Bukan Piawai Koefisien Piawai Statistik Kolineariti Ralat
Piawai
Toleransi
Oleh itu sehingga Model 3, faktor-faktor Perancangan Kewangan Islam yang
terlibat kecuali niat (belum dimasukkan dalam model) adalah didapati memberi
222
pengaruh signifikan yang positif terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini angkubah dalam Teori Tingkah Laku
Terancang iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam didapati mempunyai pengaruh secara langsung ke atas tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam.
5.12 Mediator Niat dalam Pengaruh Faktor ke atas Tingkah Laku Perancangan
Kewangan Islam
Objektif kelima dan hipotesis keempat merujuk kepada menentukan sama ada niat
bertindak sebagai mediator dalam pengaruh oleh faktor Perancangan Kewangan Islam
yang terdiri dari niat, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Ia dinyatakan seperti berikut iaitu objektif
kelima adalah untuk mengenalpasti sama ada niat merupakan mediator bagi pengaruh
oleh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam. Manakala
hipotesis keempat adalah:
Ha4 Niat adalah mediator signifikan bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan
persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah
laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam.
Bagi menentukan niat adalah sebagai mediator, terdapat empat keadaan yang
perlu dipatuhi. Sepertimana yang dinyatakan dalam tajuk metodologi, dalam mencapai
keadaan pertama, angkubah tidak bersandar iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi
223
kawalan tingkah laku mestilah signifikan dalam mempengaruhi angkubah bersandar
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Keadaan pertama ini dikenalpasti
menggunakan analisis regresi berbilang di mana angkubah tidak bersandar adalah
ketiga-tiga faktor Perancangan Kewangan Islam manakala angkubah bersandar adalah
Perancangan Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang digunakan adalah pendidikan
dan literasi Perancangan Kewangan Islam. Keadaan ini telah dicapai di mana ia
ditunjukkan semasa menjawab hiposesis kedua, Ha2 dengan dapatan kajian dalam jadual
5.37 Model ketiga.
Keadaan kedua yang mesti dicapai bagi menunjukkan kesan mediator adalah
pengaruh oleh angkubah-angkubah tidak bersandar mestilah signifikan terhadap niat
sebagai mediator. Keadaan kedua ini ditentukan melalui analisis regresi berbilang yang
melibatkan angkubah tidak bersandar sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan angkubah bersandar adalah niat
Perancangan Kewangan Islam. Angkubah kawalan yang digunakan adalah pendidikan
dan literasi Perancangan Kewangan Islam yang sama digunakan sepertimana untuk
model bagi keadaan kedua. Hipotesis pertama, Ha1 yang merujuk kepada dapatan kajian
dalam jadual 5.37 telah menunjukkan bahawa keadaan kedua ini dicapai.
Bagi menunjukkan niat bertindak sebagai mediator, keadaan ketiga mesti dipatuhi
iaitu hendaklah ada pengaruh signifikan oleh niat ke atas pembolehubah bersandar iaitu
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam. Keadaan keempat juga mestilah dipatuhi
iaitu bila pengaruh oleh mediator niat dimalarkan, pengaruh oleh angkubah-angkubah
tidak bersandar ke atas angkubah bersandar Perancangan Kewangan Islam mestilah
tidak signifikan. Dalam hal ini, pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan persepsi
kawalan tingkah laku mestilah tidak signifikan ke atas Perancangan Kewangan Islam
224
manakala niat adalah signifikan ke atas Perancangan Kewangan Islam. Oleh itu lanjutan
dari Model ketiga, angkubah mediator niat ditambah dalam blok berikutnya yang
menghasilkan model baharu dengan adanya niat manakala angkubah tidak bersandar
serta bersandar adalah sama seperti dalam Model ketiga. Dengan merujuk kepada
dapatan kajian dalam jadual 5.37 bagi Model keempat, penentuan sama ada keadaan
ketiga dan keempat ini dicapai dapat dilakukan.
Dalam Model 4, ia melibatkan tambahan angkubah niat untuk bertingkah laku.
Walau bagaimanapun, apabila ditambah niat untuk merancang kewangan Islam dalam
Model ke 4, sikap (t=.231; p=.818) dan norma subjektif (t=1.281; p=.201) tidak lagi
menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas angkubah bersandar tetapi persepsi
kawalan tingkah laku (t=4.382**; p=.000) sahaja yang masih menunjukkan pengaruh
yang signifikan ke atas Perancangan Kewangan Islam. Dapatan ini menyokong
sebahagian keadaan keempat. Niat pula dalam Model 4 ini memberikan pengaruh yang
signifikan (t=2.812**; p=.005) ke atas tingkah laku yang menyokong keadaan ketiga.
Hasil ini yang memberikan pengaruh yang tidak signifikan oleh sikap dan norma
subjektif manakala niat adalah signifikan menunjukkan bahawa niat bertindak sebagai
mediator dalam pengaruh sikap dan norma subjektif terhadap tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam. Manakala niat tidak bertindak sebagai mediator dalam pengaruh
persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Dapatan ini adalah selari dengan Teori Tingkah Laku Terancang. Sikap dan
norma subjektif Perancangan Kewangan Islam didapati bertindak mempengaruhi niat
terhadap Perancangan Kewangan Islam yang seterusnya memberi kesan terhadap
tingkah laku berkenaan. Mereka yang mempunyai sikap positif terhadap Perancangan
Kewangan Islam akan mengaruh niat untuk merancang kewangan secara Islam yang
225
seterusnya membawa kepada Perancangan Kewangan. Begitu juga bagi mereka yang
mempunyai norma subjektif yang tinggi di mana mereka cenderung untuk melakukan
sesuatu sepertimana orang-orang di sekitar mereka. Golongan ini memerlukan niat bagi
menghasilkan pengaruh untuk bertingkah laku yakni merancang kewangan secara Islam.
Manakala persepsi kawalan tingkah laku masih kekal signifikan dalam
pengaruhnya terhadap Perancangan Kewangan Islam dan niat juga signifikan terhadap
Perancangan Kewangan Islam. Dalam hal ini, niat tidak berfungsi sebagai mediator di
antara pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam. Persepsi kawalan tingkah laku didapati tidak dapat mempengaruhi
niat untuk bertingkah laku untuk mempamerkan tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam. Sebaliknya, persepsi kawalan tingkah laku memberi pengaruh langsung terhadap
Perancangan Kewangan Islam. Golongan yang pada tanggapan mereka mempunyai
kawalan terhadap tingkah laku yang akan dilakukan iaitu merancang kewangan secara
Islam, akan terus melakukan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam tanpa
memerlukan niat untuk bertingkah laku. Ini adalah bertepatan dengan Teori Tingkah
Laku Terancang oleh Ajzen yang menyatakan niat tidak menyumbang kepada kekuatan
pengaruh oleh angkubah ini terhadap Perancangan Kewangan Islam.
Sebagai kesimpulan bagi pengujian hipotesis niat sebagai mediator, niat
Perancangan Kewangan Islam didapati bertindak sebagai mediator di antara pengaruh
oleh sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam. Namun demikian, niat tidak bertindak sebagai mediator
bagi pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam.
226
5.13 Regresi Mudah Kesejahteraan Kewangan
Regresi mudah digunakan bagi menjawab objektif keempat dan hipotesis ketiga Ha3
melibatkan hanya dua angkubah iaitu tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan
kesejahteraan kewangan. Objektif keempat adalah untuk menentukan pengaruh oleh
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.
Manakala hipotesis alternatif yang perlu diuji dinyatakan seperti berikut:
Ha3 Terdapat pengaruh signifikan oleh tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
terhadap kesejahteraan kewangan.
Model regresi mudah yang dilakukan adalah sah yang dibuktikan melalui analisis
ANOVA (F=45.894; p=.000) manakala nilai R kuasadua adalah 13.0% yang dianggap
sebagai model yang baik. Nilai ini menunjukkan bahawa sebanyak 13 peratus dari
varians dalam kesejahteraan kewangan individu dapat diterangkan oleh tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam.
Jadual 5.38 memberikan hasil analisis regresi mudah bagi tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan sebagai angkubah
bersandar. Pengaruh yang positif dan signifikan diperolehi bagi hubungan di antara
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan (t=6.774;
p=.000). Oleh itu hasil analisis ini dapat menjawab objektif mengenai pengaruh oleh
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.
Sehubungan dengan itu, hipotesis alternatif yang dibina disokong oleh dapatan kajian
kerana pengaruh oleh tingkah laku adalah signifikan ke atas kesejahteraan kewangan.
Pengujian hipotesis alternatif ini membawa kepada kesimpulan bahawa terdapat
227
pengaruh oleh tingkah laku Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan
kewangan.
Jadual 5.38: Regresi Mudah Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam dengan
Kesejahteraan Kewangan
Angkubah
KBP KP
B RP Beta t Sig.
1. Pemalar 4.185 .348 12.032 .000
Tingkah Laku Perancangan Kewangan
Islam .084 .012 .360 6.774** .000
** signifikan pada p<0.01
KBP KP SK RP T
Koefisien Bukan
Piawai
Koefisien Piawai Statistik Kolineariti Ralat
Piawai
Toleransi
Angkubah bebas tingkah laku Perancangan Kewangan Islam didapati
menunjukkan pengaruh signifikan yang positif terhadap kesejahteraan kewangan
individu. Individu yang melakukan banyak aktiviti Perancangan Kewangan Islam dapat
menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan kewangan mereka. Hal yang
sebaliknya juga adalah benar di mana individu yang kurang melakukan aktiviti
Perancangan Kewangan Islam akan cenderung menyumbangkan kepada penurunan
kesejahteraan kewangan mereka. Dengan itu dapat ditunjukkan bahawa penglibatan
dalam Perancangan Kewangan Islam adalah penting kepada kesejahteraan kewangan
individu secara keseluruhannya.
228
5.14 Kesimpulan
Berdasarkan kepada gambar rajah 5.1, bab ini membentangkan hasil kajian deskriptif
dan inferens bagi angkubah iaitu melibatkan perbandingan, perkaitan serta pengaruh di
antara angkubah-angkubah kajian. Faktor sikap dan norma subjektif didapati
mempengaruhi niat untuk bertingkah laku perancangan kewangan Islam.
Walaubagaimanapun, persepsi kawalan tingkah laku didapati tidak mempengaruhi niat
untuk bertingkah laku dalam konteks Perancangan Kewangan Islam. Bagi pengaruh
terhadap tingkah laku perancangan kewangan Islam, literasi, persepsi kawalan tingkah
laku dan niat didapati mempengaruhi tingkah laku berkenaan. Lanjutan dari itu, tingkah
laku Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi kesejahteraan kewangan
individu dalam kalangan penjawat awam.
Anteseden Teori Tingkah Laku Yang Terancang Hasil
Demografi Sikap PKI
Literasi
PKI
Norma
Subjektif
PKI
Niat Tingkah
Laku PKI
Tingkah
Laku
PKI
Kesejahteraan
Kewangan
Faktor
Sosialisasi
Persepsi
Kawalan
Tingkah
Laku PKI
Gambar Rajah 5.1: Kerangka Kajian Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam
Berdasarkan Teori Tingkah laku Terancang
229
BAB 6: RUMUSAN
6.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan secara ringkas rumusan berkaitan kajian, penemuan utama,
sumbangan kajian kepada masyarakat dan cadangan kepada penyelidik yang berhajat
untuk menjalankan kajian yang sama pada masa depan. Penerangan melibatkan
gabungan hasil dari dua kaedah kajian utama iaitu kajian kualitatif berdasarkan kupasan
literatur dan kajian kuantitatif yang menghasilkan data primer bagi menguji hipotesis
yang telah dibangunkan. Data primer dari soal selidik berdasarkan maklumat yang
disediakan oleh responden kajian diperolehi dari kakitangan awam yang bertugas di
Putrajaya.
6.2 Ringkasan Kajian
Kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif.
Berdasarkan kajian literatur dapat difahami bahawa bidang perancangan kewangan
wujud setelah perkembangan pesat di dalam industri kewangan menuntut pengguna agar
lebih bersedia dengan pelbagai informasi tentang produk dan perkhidmatan kewangan
yang ditawarkan kepada mereka. Kepelbagaian produk dan perkhidmatan kewangan
perlu diurus dengan baik oleh pengguna kerana kekurangan ilmu pengetahuan tentang
produk kewangan akan menjerat pengguna dengan kos kewangan dan beban hutang
yang tinggi.
Perancangan kewangan adalah satu bentuk pengetahuan sepanjang hidup (life long
learning knowledge) yang perlu dipelajari kerana ia melibatkan tempoh fasa kehidupan
230
yang panjang, kos kewangan yang besar, pelan perancangan yang terperinci dan proses
pembentukan tingkah laku kewangan berhemat. Secara mudah perancangan kewangan
dapat difahami dari tiga proses utama melibatkan usaha mencari sumber dan
membelanjakan sumber serta mengagihkan baki dari kedua-dua proses pencarian dan
perbelanjaan sumber melalui kaedah aliran tunai masuk dalam simpanan dan pelaburan
atau
Kajian secara kualitatif juga menumpukan kepada usaha mengenalpasti
bagaimana bidang perancangan kewangan menjadi penting kepada pengguna dalam
mengurus aspek kewangan mereka, apakah komponen utama ilmu pengetahuan yang
terdapat di dalam bidang perancangan kewangan dan bagaimana mengaplikasikan
komponen utama kewangan di dalam aktiviti kewangan harian. Kajian kualitatif
mengunakan data sekunder dan berdasarkan sumber syariah iaitu Al-Quran dan As-
Sunnah. Kajian kualitatif sangat penting untuk mengetahui evolusi bidang perancangan
kewangan sehingga menjadi satu disiplin ilmu pengetahuan baharu yang penting dan
pemahaman ke atas pelbagai komponen utama kewangan yang membentuk bidang
perancangan kewangan serta apakah proses yang terlibat untuk mengerakkan aktiviti
kewangan bagi mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.
Berdasarkan kepada persoalan di atas, maka kajian kualitatif menumpukan
kepada mencapai objektif pertama iaitu sejarah dan evolusi bidang perancangan
kewangan di dalam system kewangan di Malaysia. Berdasarkan sumber data sekunder,
kajian mendapati bidang perancangan kewangan hadir disebabkan kemajuan dalam
sektor barangan dan perkhidmatan kewangan. Pembangunan bidang perancangan
kewangan sebagai cabang ilmu pengetahuan dan kemahiran bermula akibat perubahan
dalam aspek socio-ekonomi masyarakat. Antara aspek perubahan yang mempengaruhi
231
corak kehidupan individu berkaitan kewangan ialah perubahan dalam konteks sosial dan
ekonomi: tema perubahan merangkumi aspek perubahan dalam masyarakat, putaran
ekonomi dunia yang tidak menentu serta kepelbagaian tawaran produk dan
perkhidmatan kewangan (financial engineering). Ia turut disumbang oleh hubungan
individu dan isirumah: hubungan antara individu dalam keluarga mempengaruhi corak
perbelanjaan dan penggunaan sumber isirumah serta kitaran hidup keluarga: aspek
kewangan individu bermula dari sejak ia dilahirkan sehingga saat kematian dan
kewujudan perancangan kewangan.
Kajian kuantitatif ke atas tingkah laku perancangan kewangan individu
menggunakan model Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen (2005) yang memberi
tumpuan kepada faktor yang menentukan pilihan tingkah laku individu iaitu sikap sama
ada positif atau negatif terhadap sasaran tingkah laku, norma subjektif iaitu pengaruh
persekitaran dan persepsi kawalan tingkah laku. Kajian ini berbentuk keratan rentas
dilakukan bagi menjawab objektif kajian yang kedua dan ketiga mengenai perbandingan
berdasarkan latar belakang bagi angkubah-angkubah kajian dan juga perkaitan dalam
kalangan angkubah-angkubah iaitu literasi Perancangan Kewangan Islam, faktor
sosialisasi, sikap terhadap Perancangan Kewangan Islam, norma subjektif Perancangan
Kewangan Islam, persepsi kawalan Perancangan Kewangan Islam, niat terhadap
Perancangan Kewangan Islam, tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam dan
kesejahteraan kewangan. Selain dari itu, ia juga untuk menjawab objektif keempat iaitu
dalam menentukan faktor-faktor (sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah
laku) yang mempengaruhi individu dalam niat dan tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam serta kesannya ke atas kesejahteraan kewangan. Penentuan niat sebagai mediator
bagi pengaruh oleh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku
232
Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan
Kewangan Islam juga dilakukan.
Borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mengutip data
primer yang boleh digunakan bagi menjawab objektif dan membuat pengujian hipotesis
di mana ia dapat menerangkan mengenai perbandingan berdasarkan latar belakang dan
hubungan antara angkubah-angkubah serta menentukan pengaruh oleh angkubah tidak
bersandar ke atas angkubah bersandar. Pembinaan borang soal selidik melibatkan
pengukuran angkubah yang berdasarkan kepada pengukuran daripada kajian lepas.
Sebahagian pengukuran angkubah diubahsuai mengikut konteks Perancangan
Kewangan Islam. Terdapat pengukuran angkubah yang merupakan pengukuran secara
langsung seperti untuk literasi PKI, faktor sosialisasi, niat terhadap PKI, tingkahlaku
PKI dan kesejahteraan kewangan. Manakala terdapat pengukuran angkubah yang
dilakukan secara tidak langsung di mana ia melibatkan penggunaan formula tertentu
bagi mendapatkan skor jumlah. Maklumat latar belakang responden juga diperlukan
meliputi jantina, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, umur, pekerjaan, kategori
pekerjaan, tempoh pekerjaan, kementerian, pendapatan sendiri dan pendapatan isi
rumah yang diperolehi melalui kaedah respon terhad dan terbuka.
Persampelan rawak berperingkat dilakukan terhadap sejumlah 28 kementerian-
kementerian di Putrajaya dan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan pada tahun 2010. Di
peringkat pertama, sebanyak tujuh kementerian dipilih secara rawak mudah berdasarkan
undian diikuti oleh pemilihan jabatan daripada setiap kementerian yang telah terpilih.
Pengiraan saiz sampel menghasilkan 384 sampel, namun sebanyak 450 borang
soalselidik diedarkan bagi mengambilkira kemungkinan terdapat borang soal selidik
yang tidak dipulangkan. Sebanyak 310 borang soalselidik yang ditadbir sendiri oleh
233
responden dapat dikumpulkan untuk dianalisa tetapi hanya 304 data dapat digunakan
untuk analisis.
Data yang dikutip dimasukkan dalam sistem dan melalui proses pembersihan
data menggunakan program SPSS sebelum boleh digunakan dalam analisis seterusnya.
Data bersih ini ditentukan kesahan bagi pengukuran angkubah-angkubah merangkumi
kesahan muka yang diperolehi melalui pra-ujian, kesahan kandungan diperolehi melalui
penggunaan pengukuran dalam kajian lepas dan kesahan konstruk yang boleh
ditentukan menggunakan analisis faktor terhadap pernyataan yang digunakan dalam
pengukuran. Kebolehpercayaan pengukuran angkubah-angkubah ditentukan melalui
ujian alfa Cronbach. Setelah ditentukan kesahan dan kebolehpercayaan bagi pengukuran
angkubah, skor jumlah dikirakan dari sumbangan setiap pernyataan yang mengukur
angkubah berkenaan bagi pengukuran secara langsung. Bagi pengukuran angkubah
secara tidak langsung, formula tertentu digunakan
Jenis analisis yang terlibat adalah deskriptif bagi memerihalkan data
terutamanya bagi profil latar belakang responden dan bagi setiap pernyataan angkubah-
angkubah. Analisis selanjutnya adalah ujian-t, ujian ANOVA, korelasi Pearson dan
regresi berbilang bagi menjawab objektif perbandingan berdasarkan latar belakang,
perkaitan dalam kalangan angkubah-angkubah, pengaruh oleh angkubah tidak bersandar
kepada angkubah bersandar dan penentuan niat PKI sebagai mediator di antara
angkubah tidak bersandar dengan angkubah bersandar tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam.
234
6.3 Penemuan Utama
Hasil kajian literatur mendapati bidang perancangan kewangan pada mulanya timbul
hasil dari ketidakpuasan sekumpulan individu yang tidak berpuashati dengan kadar upah
yang diterima dari institusi kewangan dan tahap kualiti perkhidmatan berkaitan
kewangan yang ditawarkan kepada pelangan mereka. Bagi mereka, tugas agen penjual
produk yang mewakili institusi kewangan bukan sekadar menjual produk kewangan
semata-mata tetapi lebih dari itu perlu juga menyediakan khidmat nasihat berkaitan
kemahiran pengurusan kewangan kepada pelanggan mereka.
Hasilnya, satu kumpulan yang dinamakan Persatuan Etika Kaunseling Kewangan
(Society for Financial Counselling Ethics) ditubuhkan di O'Hare Inn, Chicago, Illinois.
Perubahan demi perubahan berlaku di dalam Persatuan Etika Kaunseling Kewangan
hinggalah satu entiti yang dinamakan Persatuan Perancang Kewangan (Financial
Planning Association-FPA) ditubuhkan. Tujuan penubuhan persatuan tersebut adalah
untuk mengerakkan usaha mengembang dan merangsang kesedaran masyarakat
terhadap kepentingan perancangan kewangan ke seluruh dunia. Selain memperkenalkan
satu kerjaya yang penting dalam bidang penasihatan dan perundingan yang disebut
“perancang kewangan”.
Perkembangan pesat bidang kewangan telah mempengaruhi pelbagai bidang yang
selari dengan perancangan seperti penasihatan, kaunseling dan perunding (consultancy)
untuk turut serta menyumbang khidmat kepada pengguna. Maka serentak dengan
penubuhan FPA, Persatuan Kebangsaan Penasihatan Kewangan Personal (National
Association of Personal Financial Advisors-NAPFA) dan Persatuan Kaunseling
Kewangan dan Pendidikan Perancangan (Association of Financial Counseling and
Planning Education-AFCPE) ditubuhkan kemudiannya.
235
Kewujudan era digital dan teknologi maklumat telah merancakkan perkembangan
industri kewangan dengan penawaran pelbagai produk kewangan dalam talian (online).
Peningkatan jumlah permintaan pengguna kepada produk kewangan turut disumbang
oleh khidmat yang ditawarkan oleh perancang kewangan. Dunia kewangan pengguna
seterusnya didedahkan kepada gabungan kemahiran pengurusan kewangan dan
penawaran produk kewangan. Tumpuan perancang kewangan terarah kepada
mewujudkan pengguna yang berkemahiran di dalam aspek pengurusan dan
berpengetahuan tentang produk kewangan.
Kerancakan aktiviti kewangan pengguna di dalam sektor kewangan konvensional
turut mempengaruhi sektor kewangan Islam. Pasaran kewangan Islam memberi respon
yang positif kepada perkembangan bidang kewangan. Kerajaan Malaysia adalah antara
pihak berkuasa negeri yang memberi respon segera kepada perkembangan di dalam
sektor kewangan konvensional melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti
dengan mengiktiraf individu yang terlibat di dalam sektor kewangan dan perbankan
serta pasaran modal dengan mengeluarkan garispanduan permohonan lesen penasihat
kewangan di bawah Akta Insuran dan Akta Suruhanjaya Sekuriti (Guidelines on
Application For Financial Adviser’s Licence Under The Insurance Act and Securities
Commission Act). Garis panduan tersebut telah merancakkan lagi perkembangan bidang
perancangan kewangan di Malaysia.
Kajian juga mendapati bahawa bidang perancangan kewangan berteraskan tiga
aktiviti kewangan utama iaitu mengumpul, membelanja dan mengagihkan sumber.
Komponen utama perancangan kewangan iaitu perlindungan risiko, pengurusan kredit,
pengurusan pelaburan, zakat dan cukai, perancangan estet dan persaraan diasimilasikan
dalam ketiga-tiga aktiviti kewangan tersebut sepanjang fasa hayat kehidupan individu.
236
Berdasarkan pendekatan kitaran hayat kewangan individu, model kitaran hayat
perancangan kewangan dihasilkan untuk memberi kefahaman kepada individu
bagaimana menguruskan sumber kewangan mereka. Manakala, proses perancangan
kewangan adalah satu usaha sistematik yang digunakan oleh perancang kewangan untuk
memberi khidmat nasihat kepada pengguna atau pelanggan mereka. Ia juga boleh
digunakan oleh individu yang berhasrat untuk mencapai matlamat kewangan yang telah
ditetapkan.
Gabungan komponen utama perancangan kewangan dan proses perancangan
kewangan adalah kombinasi antara klasifikasi produk kewangan dengan tingkah laku
perancangan kewangan untuk mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.
Gabungan tersebut diaplikasikan dalam fasa kehidupan individu bermula dari bekerjaya
sehingga meniti tempoh persaraan.
Manakala, hasil kajian kuantitatif dapat menjawab objektif kedua hingga kelima.
Bagi objektif kedua iaitu membuat perbandingan berdasarkan demografi, didapati sikap,
tingkah laku dan kesejahteraan kewangan kakitangan yang berkahwin adalah lebih
tinggi. Manakala pegawai didapati lebih berpengetahuan dalam hal Perancangan
Kewangan Islam, bersikap lebih positif terhadap Perancangan Kewangan Islam, lebih
berhasrat untuk terlibat dalam Perancangan Kewangan Islam, lebih terlibat dalam
Perancangan Kewangan Islam dan seterusnya mengalami kesejahteraan kewangan yang
lebih baik berbanding bukan pegawai.
Namun demikian, perbezaan yang signifikan berdasarkan peringkat umur adalah
hanya bagi sikap, tingkah laku Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan
kewangan. Oleh itu golongan paling tua adalah lebih positif sikapnya terhadap
Perancangan Kewangan Islam, lebih cenderung untuk terlibat dalam Perancangan
237
Kewangan Islam dan lebih sejahtera kewangannya berbanding kakitangan yang lebih
muda. Sebaliknya bagi kakitangan yang lebih muda iaitu kurang cenderung bersikap
positif terhadap Perancangan Kewangan Islam, penglibatan yang lebih rendah dalam
Perancangan Kewangan Islam dan hasil dari itu memperolehi kesejahteraan kewangan
yang lebih rendah.
Objektif ketiga adalah bagi memastikan saling kait faktor literasi, sosialisasi dan
faktor-faktor tingkah laku (sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan
niat) dengan demografi, Perancangan Kewangan Islam dan kesejahteraan kewangan.
Menggunakan korelasi Pearson, kesemua faktor Perancangan Kewangan Islam dan
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam didapati mempunyai perkaitan yang positif
dan signifikan dengan faktor sosialisasi secara keseluruhan. Walaupun signifikan tetapi
kesemua kekuatan korelasi adalah lemah dan sederhana dalam kalangan angkubah-
angkubah berkenaan. Faktor sosialisasi juga didapati mempunyai hubungan yang positif
dengan kesejahteraan kewangan individu dengan kekuatan hubungan yang lemah.
Sehubungan dengan itu, literasi Perancangan Kewangan Islam dapat disimpulkan
sebagai angkubah yang perlu dalam meningkatkan tingkah laku individu dalam konteks
Perancangan Kewangan Islam. Manakala pendidikan juga memberikan kekuatan
perkaitan yang paling tinggi dengan angkubah sikap terhadap Perancangan Kewangan
Islam. Ini menunjukkan bahawa pendidikan yang lebih tinggi berperanan penting dalam
pembentukan sikap yang lebih positif terhadap Perancangan Kewangan Islam. Selain
itu, kajian juga mendapati bahawa semua perkaitan di antara angkubah adalah secara
positif di mana peningkatan dalam skor sesuatu angkubah akan membawa kepada
peningkatan skor bagi angkubah bersandarnya. Hubungan yang paling kuat dengan niat
untuk bertingkah laku Perancangan Kewangan Islam adalah bagi angkubah sikap
238
terhadap Perancangan Kewangan Islam. Manakala bagi hubungan yang paling kuat
dengan tingkah laku adalah oleh angkubah niat untuk bertingkah laku. Oleh itu dapat
ditunjukkan bahawa angkubah-angkubah yang terdapat dalam Teori Tingkah Laku
Terancang adalah mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif dengan niat ataupun
dengan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Dapatan kajian menggunakan ujian korelasi Pearson membuktikan terdapat
perkaitan positif yang signifikan di antara tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
dengan kesejahteraan kewangan individu. Namun kekuatan perkaitan di antara dua
angkubah ini adalah lemah. Peningkatan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
akan juga meningkatkan kesejahteraan kewangan. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam adalah penting kepada kesejahteraan
kewangan individu.
Hasil kajian kuantitatif berjaya menguji hipotesis kajian yang dibangunkan.
Berdasarkan hipotesis pertama iaitu “terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap,
norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
terhadap niat individu terhadap Perancangan Kewangan Islam”. Hasil kajian mendapati
faktor sikap dan norma subjektif didapati mempengaruhi niat untuk bertingkah laku
Perancangan Kewangan Islam. Walaubagaimanapun, persepsi kawalan tingkah laku
didapati tidak mempengaruhi niat untuk bertingkah laku. Bagi pengaruh terhadap
tingkah laku Perancangan Kewangan Islam, literasi, persepsi kawalan tingkah laku dan
niat didapati mempengaruhi tingkah laku berkenaan. Lanjutan dari itu, tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam didapati mempengaruhi kesejahteraan kewangan
individu.
239
Hipotesis kedua ialah “terdapat pengaruh signifikan oleh faktor sikap, norma
subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku individu dalam
Perancangan Kewangan Islam”. Faktor-faktor Perancangan Kewangan Islam iaitu sikap,
norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku adalah didapati memberi pengaruh
signifikan yang positif terhadap tingkah laku Perancangan Kewangan Islam.
Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini angkubah dalam Teori Tingkah Laku
Terancang iaitu sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam didapati mempunyai pengaruh secara langsung ke atas tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam.
Manakala hipotesis ketiga ialah “terdapat pengaruh signifikan oleh tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan‟. Kajian mendapati
pengaruh yang positif dan signifikan diperolehi bagi hubungan di antara tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam dengan kesejahteraan kewangan. Oleh itu hasil analisis
dapat menjawab objektif mengenai pengaruh oleh tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam terhadap kesejahteraan kewangan. Sehubungan dengan itu, hipotesis alternatif
yang dibina disokong oleh dapatan kajian kerana pengaruh oleh tingkah laku adalah
signifikan ke atas kesejahteraan kewangan. Hasil kajian yang menyokong hipotesis
alternatif ini membawa kepada kesimpulan bahawa terdapat pengaruh oleh tingkah laku
Perancangan Kewangan Islam terhadap kesejahteraan kewangan.
Hipotesis keempat ialah “Niat adalah mediator signifikan bagi pengaruh oleh
sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam
terhadap tingkah laku individu dalam Perancangan Kewangan Islam”. Dapatan dari
kajian ini adalah selari dengan salingkait angkubah sepertimana dalam Teori Tingkah
Laku Terancang. Sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam didapati
240
bertindak mempengaruhi niat terhadap Perancangan Kewangan Islam yang seterusnya
memberi kesan terhadap tingkah laku berkenaan. Mereka yang mempunyai sikap positif
terhadap Perancangan Kewangan Islam akan mengaruh niat untuk merancang kewangan
secara Islam yang seterusnya membawa kepada perancangan kewangan. Begitu juga
bagi mereka yang mempunyai norma subjektif yang tinggi di mana mereka cenderung
untuk melakukan sesuatu sepertimana orang-orang di sekitar mereka. Golongan ini
memerlukan niat bagi menghasilkan pengaruh untuk bertingkah laku yakni merancang
kewangan secara Islam.
Manakala persepsi kawalan tingkah laku masih kekal signifikan dalam
pengaruhnya terhadap Perancangan Kewangan Islam dan niat juga signifikan terhadap
Perancangan Kewangan Islam. Dalam hal ini, niat tidak berfungsi sebagai mediator di
antara pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam. Persepsi kawalan tingkah laku didapati tidak dapat mempengaruhi
niat untuk bertingkah laku untuk mempamerkan tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam. Sebaliknya, persepsi kawalan tingkah laku memberi pengaruh langsung terhadap
Perancangan Kewangan Islam. Golongan yang pada tanggapan mereka mempunyai
kawalan terhadap tingkah laku yang akan dilakukan iaitu merancang kewangan secara
Islam, akan terus melakukan tingkah laku Perancangan Kewangan Islam tanpa
memerlukan niat untuk bertingkah laku. Ini adalah bertepatan dengan Teori Tingkah
Laku Terancang oleh Ajzen yang menyatakan niat tidak menyumbang kepada kekuatan
pengaruh oleh angkubah ini terhadap Perancangan Kewangan Islam.
Sebagai kesimpulan bagi pengujian hipotesis niat sebagai mediator, niat
Perancangan Kewangan Islam didapati bertindak sebagai mediator di antara pengaruh
oleh sikap dan norma subjektif Perancangan Kewangan Islam terhadap tingkah laku
241
Perancangan Kewangan Islam. Namun demikian, niat tidak bertindak sebagai mediator
bagi pengaruh oleh persepsi kawalan tingkah laku terhadap tingkah laku Perancangan
Kewangan Islam.
6.4 Sumbangan Kajian
Kajian ini memberi sumbangan yang signifikan dalam perkembangan bidang
perancangan kewangan Islam di Malaysia. Kewujudan kerangka konsep perancangan
kewangan Islam mencipta garis panduan kepada umat Islam untuk memahami
bagaimana kitaran hayat sumber kewangan harus bergerak dalam kerangka yang
dibenarkan oleh syariat. Ia membina sikap bertanggungjawab dan tingkah laku positif
dalam aktiviti kewangan individu serta menyediakan matlamat kewangan yang jelas
bagaimana sumber kewangan harus diurus.
Hasil kajian juga menjadi input berguna kepada pelaku kewangan (financial
actor) dalam pasaran kewangan untuk bertingkah laku dengan etika dan akhlaq yang
tinggi. Pendekatan Maqasid Al-Syariah dalam perancangan kewangan membina asas
panduan yang penting kepada jurutera kewangan (financial engineer) dalam proses
pembuatan keputusan berkaitan produk dan perkhidmatan kewangan yang berlandaskan
syariah. Kepada pihak masyarakat, hasil kajian menyumbang kepada mewujudkan
kestabilan sistem kewangan dalam hubungan aspek penawaran dan permintaan produk
kewangan di pasaran.
Kajian kuantitatif melibatkan kerangka kajian tingkah laku yang berasaskan
kepada Teori Tingkahlaku Terancang. Kajian ini memfokus kepada faktor-faktor
tingkah laku dalam konteks Perancangan Kewangan Islam di mana kajian lepas dalam
bidang perancangan kewangan lebih tertumpu kepada perancangan kewangan
242
konvensional. Oleh itu kajian ini memberi sumbangan kepada bidang perancangan
kewangan dalam konteks perancangan kewangan Islam bagi faedah penduduk Malaysia
yang majoritinya beragama Islam. Kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh institusi kewangan bagi pengguna khususnya di Malaysia telah wujud
dalam beberapa abad terkini tetapi perbincangan dalam hal kewangan individu masih
dalam kerangka perancangan kewangan konvensional. Walaupun terdapat kajian lepas
yang melihat kepada aspek kewangan Islam, setakat ini tiada kajian lepas yang
merangkumkan kesemua faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini seperti literasi,
faktor sosialisasi, sikap, norma subjektif, niat dan tingkah laku Perancangan Kewangan
Islam. Faktor sosialisasi terutamanya didapati tidak ditentukan salingkait faktor ini
terhadap faktor-faktor tingkah laku lainnya.
Sehubungan dengan itu, penggunaan faktor-faktor tingkah laku sebagai angkubah
dalam kajian ini perlu dibina pengukurannya bagi membolehkannya untuk diuji dalam
kajian ini. Pengukuran bagi angkubah dalam kajian lepas merupakan pengukuran dalam
konteks perancangan kewangan konvensional, dengan itu kajian ini telah membuat
adaptasi terhadap pengukuran bagi angkubah yang digunakan dalam kajian lepas. Oleh
itu, kajian ini telah mewujudkan pengukuran yang baharu dan berbeza dari penggunaan
dalam kajian lepas iaitu memfokus pengukuran dalam konteks perancangan kewangan
Islam.
Kajian ini juga telah berjaya membuktikan niat Perancangan Kewangan Islam
dapat bertindak sebagai mediator bagi pengaruh oleh sikap dan norma subjektif
terhadap tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam. Ini adalah selari dengan Teori
Tingkahlaku Terancang oleh Ajzen (2005). Begitu juga, hasil kajian dapat juga
membuktikan bahawa niat tidak bertindak sebagai mediator bagi pengaruh persepsi
243
kawalan tingkah laku terhadap tingkahlaku Perancangan Kewangan Islam. Ini juga
selari dengan teori berkenaan. Dengan yang demikian, kajian ini memberi sumbangan
dari segi teori bagi tingkah laku dalam konteks perancangan kewangan Islam. Dalam
konteks yang lain, niat boleh bertindak sebagai mediator bagi angkubah ini.
6.5 Cadangan Kajian Masa Depan
Kajian Literasi, Sosialisasi Dan Tingkah Laku Perancangan Kewangan Islam ini
diharapkan dapat menjadi rujukan dan diadaptasi oleh penyelidik akan datang dengan
melihat kajian ini sebagai proses yang berterusan. Di samping itu juga diharapkan
kajian yang bakal dijalankan memberi manfaat dan sumbangan yang lebih kepada pihak
kerajaan dan negara untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan penggunaan
lestari serta dapat mencapai kesejahteraan kewangan yang di impikan dalam kehidupan
pengguna.
Kajian yang dilakukan ini adalah kajian tinjauan berdasarkan borang soal selidik
yang dijawab sendiri oleh responden. Cadangan kepada penyelidik akan datang untuk
menggunakan kaedah lain seperti temu bual secara bersemuka dengan responden untuk
mendapatkan maklumat yang lebih tepat dari responden. Ini adalah kerana,
kemungkinan wujudnya responden mengambil ringan semasa menjawab borang soal
selidik yang diberikan, borang soal selidik tidak lengkap atau rosak dan sebagainya
tanpa disedari oleh penyelidik. Dengan menggunakan kaedah temu bual juga, lebih
banyak maklumat yang akan diperolehi oleh penyelidik dengan menggunakan soalan
yang berbentuk terbuka agar responden mempunyai peluang untuk bercerita mengenai
sejauh mana tahap pengetahuan, sikap dan tingkah laku kewangan mereka secara lebih
terperinci. Selain itu, dapat melihat sejauh mana niat dan tahap pencapaian
244
kesejahteraan kewangan pengguna dipengaruhi oleh latar belakang, sikap dan tingkah
laku kewangan individu seperti yang terdapat dalam hasil kajian ini.
Turut dicadangkan juga agar penyelidik akan datang boleh memperbaiki dan
mengubahsuaikan kumpulan sasaran seperti memperluaskan kajian ini keseluruhan
negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Ini adalah penting untuk
mengenal pasti tahap literasi, sosialisasi dan tingkah laku perancangan kewangan dalam
kalangan pengguna di Malaysia dan bukan fokus kepada sesetengah negeri sahaja.
Pengubahsuaian borang soal selidik adalah diperlukan supaya ia lebih sesuai digunakan
dalam kajian yang akan dilakukan pada masa hadapan untuk pengguna yang bekerja
sahaja, suri rumah, pengeluar ataupun guru-guru sekolah. Dalam pada itu juga,
dicadangkan agar penyelidik akan datang membuat kajian di sekitar perumah luar
bandar juga dan tidak tertumpu pada kawasan perumahan bandar sahaja. Responden
mestilah terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Namun begitu, satu kajian yang lebih penting dicadangkan kepada pengkaji
bahawa satu kajian berkaitan pengaruh matawang fiat ke atas perancangan kewangan
Islam perlu dijalankan. Konsep perancangan kewangan Islam masih perlu pembaikan
dalam konteks instrumen kewangan yang sepatutnya digunakan untuk mencapai
matlamat kewangan yang telah ditetapkan. Penggunaan matawang fiat tidak mampu
mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan kerana sifat matawang fiat yang bersifat
diberi nilai oleh pihak berkuasa bukan bersandarkan kepada realiti nilai yang terdapat
padanya seperti yang terdapat pada matawang dinar atau emas. Justeru, satu kajian
khusus melibatkan penggunaan matawang dinar atau apa-apa instrumen kewangan
dalam perancangan kewangan Islam perlu dijalankan bagi mencapai satu keputusan
245
pada perdebatan yang wujud di antara aliran pemikiran iaitu kumpulan cenderung
kepada sistem perbankan islam dan sistem kewangan berasaskan matawang dinar.
6.6 Kesimpulan
Kajian ini bukan satu penamat tapi merupakan satu pembuka kepada kajian lain yang
lebih bersistematik dalam konteks penyediaan alternatif kewangan kepada umat Islam.
Pembentukan kerangka perancangan kewangan islam diharap dapat memberi panduan
kepada masyarakat islam bahawa bermuamalat dalam aspek berkaitan kewangan Islam
adalah satu usaha yang sangat terpuji dan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari
Allah SWT. Setiap tindakan atau amalan dalam Islam adalah ibadat bagi pelaku yang
melaksanakan tuntutan Allah tersebut dengan penuh keikhlasan dan bermatlamat untuk
menuntut keredhaan dari-Nya.
246
RUJUKAN
Abroud, A., Yap, V. C., & Muthaiyah, S. (2010). Adoption of online stock trading in
the Iran stock exchange: Applicability theory of planned behaviour. Proceedings of
the 3rd International Colloquium on Business & Management (ICBM) 2nd
International Conference on Business & Management Education (ICBME). 2010.
ACFPE. (2011). Association of Financial Counseling and Planning Education.
http://www.afcpe.org/about-us/. Diakses pada 21hb Oktober 2011.
Achenreiner, G.B. (1997). Materialistic values and susceptibility to influence in
children. Advances in Consumer Research. Vol. 24, pp. 82-88.
Adam Job Almanac 2001, Adams Media Corporation
Adiwarman Azhar Karim (2004). Sejarah pemikiran ekonomi islam, Jakarta: PT. Raja
Grafindo Persada.
Ahcene Lahsasna (2008). Understanding maqasid al-syariah and its implication in
islamic jurispudence. Cairo: Dar al Salam.
Ahcene Lahsasna (2013). Maqasid al-syariah in islamic jurispudence. Kuala Lumpur:
Penerbit IBFIM.
AIFG. (2011). http://www.aifg.org/fingero.cfm. Diakses pada 21hb Oktober 2011.
Ajzen, I. (1988). Attitudes. Personality and behavior. Milton-Keynes, England: Open
University Press.
Ajzen, I. (1991). Theory of planned behaviour. Organization Behaviour and Human
Decision Process, 50, 179-211.
Ajzen, I. (2005) Attitudes, personality and behaviour. 2nd Eds. Open University Press.
New York.
Ajzen, I., dan Fishbein, M. (1975). Understanding attitudes and predicting social
behaviour. New Jersey; Prentice-Hall.
Ajzen, I., dan Fishbein, M. (1980). Understanding attitudes and predicting social
behaviour. Englewood-Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
AKPK (2012). http://www.akpk.org.my/my/tentang-kami#fokus. Diakses pada 6 Mac
2012.
Albert Bandura (1977). Self-efficacy: toward a unifying theory of behavioral change.
Psychological Review, Vol. 84, No. 2, 191-215.
247
Allen, M.P. (1980). The perpetuation of wealth: a simulation model. Chicago. Bab
dalam buku bertajuk“Modeling the Distribution and Intergenerational Transmission
of Wealth” diedit oleh James D. Smith. University of Chicago Press. (p. 139 - 158).
Anderson, C.A, and Bushman, B.J (2001). Effects of violent games on aggressive
behavior, aggressive cognition, aggressive affect, physiological arousal, and
prosocial behavior: A meta-analytic review of the scientific literature. Psychological
Science, 12 (2001), pp. 353–359
Andrew, B. R. (1935), Economics of the household: its‟ administration and financing
(2nd
Ed.). New York: Macmillan Co., dalam Glenn Muske dan Mary Winter (2008),
Personal Financial Management Education: An Alternative Paradigm, Financial
Counseling and Planning, Vol. 15 , Issue 2. Pp 79-88.
Baek, E., & DeVaney, S. A. (2004). Assessing the baby boomers‟ financial wellness
using financial ratios and a subjective measure. Family and Consumer Sciences
Research Journal, 421-448.
Bajtelsmit L. Vickie (2008). Personal Finance. John Wiley and Sons. Inc.
Bandura, A., (1986). Social foundations of thought and action, Prentice-Hall,
Englewood Cliffs, NJ.
Bansall. H. S. & Taylor, S.F. (2002), Investigating interactive effects in the theory of
planned behavior in a service-provider switching context. Psychology and
Marketing, Volume 19, Issue 5, pages 407–425.
Beal, D.J. & Delpachtra, S.B. (2003). Financial literacy among Australian university
students, Economic Papers, 22, 65-78.
Bearden, W.O., Netemeyer, R.G., & Teel, J.E. (1989). Measurement of consumer
susceptibility to interpersonal influence. Journal of Consumer Research, 15 (4), 473-
481.
Belk, R. (1987). Acr presidential address: happy thought, "advances in consumer
research, Vol. 14, eds. Melanie Wallendorf and Paul Anderson, Provo, UT:
Association for Consumer Research, 1-4.
Belk, R. and Dodson, K. (1997). Lessons of altruism and egoism in children‟s birthday
stories, Advances in Consumer Research Volume 24, pp. 103-108.; Cummings, S.
and Taebel, D. (1978). The economic socialisation of children. Social Problems, 26,
198-210.
Benjamin, C.Y., Laily, P., Jariah, M. and Tengku Aizan, T.A.H (2010) The future of the
Malaysian older employees: an exploratory study. International Journal of Business
and Management, 5 (4). pp. 125-132.
248
Benjamin, M. T. dan Fannie L. B. (1976), Personal finance for consumers, New Jersey:
General Learning Press.
Benjamin, R. A. (1935), Economic of the Household: Its Administration and Finance,
New York: Macmillian Company.
Ben-Porath, Yoram (1967). The production of human capital and the life cycle of
earnings. J.P.E. 75, no. 1 (August 1967): pp. 352-65.
Bernstein, D. (2004). Household debt and IRAs: Evidence from the survey of consumer
finances. Financial Counseling and Planning, 15, pp. 63-72.
Biswas, A., Licata, J. W., McKee, D., Pullig, C., & Daughtridge, C. (2000). The
recycling cycle: An empirical examination of consumer waste recycling and
recycling shopping behaviours. Journal of Public Policy and Marketing, 19(1), 93-
106.
BNM. (1996). Guidelines On Application For Financial Adviser‟s Licence Under The
Insurance Act 1996: Revised Date. 18 September 2007. Sumber:
http://www.bnm.gov.my/files/doc/revised/FAsLicensing%20Guidelines_Revised.pdf
.Diakses pada 18hb Jun 2014.
Brandon, Denby. H., Jr. and Welch, H. Oliver, (2009). "The History of Financial
Planning: The Transformation of Financial Services," Wiley, Hoboken, NJ.
Breen, R. (1991). The Accelerated Binomial Option Pricing Model, Journal of
Financial and Quantitative Analysis, Vol.26: Issue 2, June, pp.153-164
Browning. M. & Crossley T. F. (2000). The life cycle model of consumption and saving.
SEDAP Research Paper No. 28, McMaster University Hamilton, Ontario, Canada.
CCCS (2014). http://www.cccs.co.uk/InfoCentre/ EnglandandWales/Debtsolutions/Debt
managementplan.aspx.
http://en.wikipedia. org/wiki/Certified_Financial_Planner_Board_of_ Standards.
(Diakses pada 23hb Julai 2012).
CFP Board. (2010). Financial Planning Association. Diperolehi dari laman sesawang
Certified Financial Planner Board of Standards Inc. - About Us". Cfp.net. (Diakses
pada 6hb Jun 2010).
Chan, K. (2003). “Materialism Among Chinese Children in Hong Kong,” International
Journal of Advertising & Marketing, Vol. 4, Issue 4, pp. 47-61; Chan, K., Zhang, H.
and Wang, I. (2006). “Materialism among Adolescents in Urban China,” Young
Consumers, Vol. 7, Issue 2, pp. 64-77.
Chapra, M.Umer (2008), The Islamic Vision of Development in Light of Maqasid al
Shari'ah, International Institute of Islamic Thought, London; Ibn Ashur, M.A.
249
(2006), Treatise on Maqasid al-Shari’ah, International Institute of Islamic Thought,
Herndon.
Chau, Y.K. and Hu, J. H. (2002). Investigating healthcare professionals‟ decisions to
accept telemedicine technology: an empirical test of competing theories. Information
and Management, Volume 39, Issue 4, January 2002, Pages 297–311.
Chen, H. & Volpe, R. (1998). An analysis of personal financial literacy among college
students. Financial Services Review. Volume 7, Issue 2, 1998, Pages 107–128.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Asas statistik penyelidikan (2nd
ed.). Malaysia: McGraw-Hill Education.
Churchill, G., & Moschis, G. P. (1979). Television and interpersonal influences on
adolescent consumer learning. Journal of Consumer Research, 6, 23−35.
Clarke, T. & Rollo, C. (2001). "Corporate Initiatives in Knowledge Management”.
Education and Training. 43(4/5): 206-214.
Code of Professional Ethics: http://www.ifconsultants.org/ethics.html. [Diakses pada
12-8-2015]
Cook, A.J. Kerr, G.N. and Moore, K. (2002). Attitudes and intentions towards
purchasing GM food. Journal of Economic Psychology. Pg. 557–572.
Dahlia, I., Rabitah, H., & Zuraidah, M. I. (2009). A study on financial literacy of
Malaysian degree students. Cross-Cultural Communication, 5(4), 51-59. Retrieved
January 15, 2013 from cscanada.net/index.php/ccc/article/download/773/772
David A. West dan Glenn L. Wood (1972), Personal Financial Management, Virginia:
Houghton Mifflin Co., h. 2.
Davies, D. (1795), “The Case of Laborers in Husbandry Stated and Considered”.
London: Palgrave MacMillan, dalam Mohamed Abdel-Ghany (2001), The Evolution
of Research in Consumer Science: A 200-Year Perspective, Family and Consumer
Sciences Research Journal, vol.30, no.2, December 2001, 223-239.
Davis, E. P. & Helmick, S. A. (1985). Family financial satisfaction: The impact of
reference points. Home Economics Research Journal, 14, 123-131.
Deacon, R. E., & Firebaugh, F. M. (1988). Family resource management: Principles
and applications. Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.
Deaton, A. (2005). Franco modigliani and the life cycle theory of consumption. Kertas
kerja dibentangkan di Convegno Internazionale Franco Modgliani, Accademia
Nazionale dei Lincei, Rome, 17-18, Februari 2005.
250
Deborah D. Godwin, (1999)., Predictors Of Households' Debt Repayment Difficulties.
Financial Counseling and Planning, Volume 10(1), 1999.
Delavande, A., Rohwedder, S. dan Willis, R. (2008). Preparation for retirement,
financial literacy and cognitive resources: Working Paper, University of Michigan
Retirement Research Center. [assesssed:
http://deepblue.lib.umich.edu/bitstream/handle/2027.42/61815/wp190.pdf?sequence=
1].
Delavande, Rohwedder dan Willis 2008; Jappelli dan Padula 2013; Hsu, J.W.
(2011).“aging and strategic learning: the impact of spousal incentives on financial
literacy.” Indiana State University Networks Financial Institute Working Paper
2011-WP-06.
Diener, E., & Suh, E. (1997). Measuring quality of life: Economic, social, and
subjective indicators. Social Indicators Research, 40 (1–2), 189–216;
Dzuljastri Abdul Razak & Muhamad Abduh. (2012). Customers‟ attitude towards
diminishing partnership home financing in islamic banking. American Journal of
Applied Sciences, 9 (4), 593-599.
East, R. (1993), Investment decisions and the theory of planned behaviour. Journal of
Economic Psychology, Volume 14, Issue 2, June 1993, Pages 337-375.
East, R. (2000), Complaining as planned behavior, Psychology and Marketing, Volume
17, Issue 12, December 2000, Pages: 1077–1095.
Echchabi, A. & Abd. Aziz, H. (2012). Empirical investigation of customers‟ perception
and adoption towards Islamic banking services in Morocco. Middle-East Journal of
Scientific Research, 12 (6), 849-858.
Edward T. B. (1975), Consumer Finance. New York: Harcourt Brace Jovanovich Inc.
Elizabeth, E. H. (1928), The Consumption of Wealth, New York: Macmillian Company.
Falahati, L. & Mohamad Fazli, S. (2012), Estimating a model of subjective financial
well-being among college students, International Journal of Humanities and Social
Science, vol.2, issue 18, 191-198.
Fauziah Md. Taib, Ramayah, T. & Dzuljastri Abdul Razak. (2008). Factors influencing
intention to use diminishing partnership home financing. International Journal of
Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 1(3), 235-248.
Fithriah Ab. Rahim & Hanudin Amin. (2011). Determinants of Islamic insurance
acceptance: An empirical analysis. International Journal of Business and Society,
12(2), 37-54.
251
Fox, J.J., Bartholomae, S., and Gutter, M.S. (2000). What do we know about financial
socialization?. Consumer Interests Annual. Vol. 46, pp. 217-217.
FPAM (2012). http://www.fpam.org.my/fpam/about/background/. Diakses pada 3 Mac
2012.
FPC (2011). http://www.financialplanningcoalition.com/Issuesand Initiatives. Diakses
pada 21hb Oktober 2011.
Friedman, M. (1956). A theory of the consumption function. Princeton, NJ: Princeton
University Press. [Diakses pada 10-8-2014]
Friedman, M.A. (1953): Essays in Positive Economics. University of Chicago Press,
Chicago.
Furnham, A., & Stacey, B. (1991). Young people's understanding of society. London,
England UK: Routledge. Rindfleisch, 1994; Ward, S. (1974). Consumer
Socialization, Journal of Consumer Research, Vol. 1, No. 2 (Sept.) pp. 1-14.
Garman dan Forgue (2006). Personal Finance. Houghton Mifflin Company.
Garson, G.D. (2013). Factor Analysis. Asheboro, NC: Statistical Associates Publishers.
Gary S. Becker. (1975). Human capital: a theoretical and empirical analysis, with
special reference to education, 2nd. Ed. Chapter in book: Investment in Human
Capital: Effects on Earnings. pp. 13-44. the National Bureau of Economic Research
(NBER).
Geisteld, L.V. (2005), Consumer Economics and Family Economics: The Charge, The
Response, Journal of Consumer Affairs, vol. 39, 409-413.
Ghaz. Ghazali (2011) Still a big Gap to be filled. Berdasarkan temubual oleh Utusan
Borneo dan Tan Beng Wah, ketua pegawai eksekutif CIMB Wealth Advisors(CWA).
Dimuat turun pada 21hb Oktober 2011 di laman sesawang
http://www.theborneopost.com/2011/07/04/still-a-big-gap-to-be-filled/.
Gitman, L. J. Joehnk, M.D. dan Billingsley, R. (2013). Personal Financial Planning.
South-Western College Pub; 13 ed.. 656 pages.
Godwin, D. (1994). Antecedents and consequences of newlyweds' cash flow
management. Financial Counseling and Planning, 5.
Goldsmith, R.E. and Goldsmith E.B. (2005), The effects of investment education on
gender differences in financial knowledge. Journal of Personal Finance, Volume 5,
Issue 2, pp. 55-69.
252
Gopi, M. & Ramayah, T. (2007). Applicability of theory of planned behaviour in
predicting intention to trade online: Some evidence from a developing country.
International Journal of Emerging Markets, 2(4), 348-360.
Gourgues, H. W. dan Homrich, D. E. (1988), Total Financial Planning: A Guide For
Financial Advisers and Serious Investors, New York: New York Institute of Finance.
h. 4.
Gross, I. H., Crandall, E. W., dan Knoll, M. M. (1980), Management for Modern
Families, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
Gutter, M., Garrison T.S. and Copur. Z. (2010). Social learning opportunities and the
financial behaviors of college students. Family and Consumer Sciences Research
Journal, 38, pp. 387–404.
Gutter, M.S. & Garrison, S. (2008). Perceived norms, financial education and college
student credit card behaviour. Journal of Consumer Education, 24, 73-88.
H.O.A. Wold and P. Whittle (1957), “A Model Explaining the Pareto Distribution of
Wealth”, Econometrica, 25, 4, 591-5. Sumber dirujuk pada artikel oleh dari Jabatan
Ekonomi, Univeriti New York.
Hanson, A. W. dan Cohen, J.B. (1954), Personal Finance. Hamewood, IL: Irwin.
Hanudin Amin, Abdul Rahim Abdul Rahman, Sondoh, S. L., & Ang, M. C. H. (2011).
Determinants of customers‟ intention to use Islamic personal financing: The case of
Malaysian Islamic banks. Journal of Islamic Accounting and Business Research,
2(1), 22-42.
Hanudin Amin, Abdul-Rahim Abdul-Rahman, & Dzuljastri Abdul-Razak. (2012). Is the
theory of planned behaviour valid for islamic home financing? Munich Personal
RePEc Archive. Available at: http://mpra.ub.unimuenchen. de.html. [Accessed on:12
August 2012].
Hanudin Amin, Mohd Fahmi Ghazali, & Rostinah Supinah. (2010). Determinants of
qardhul hassan financing acceptance among Malaysian bank customers: An
empirical analysis. International Journal of Business and Society, 11(1), 1-16.
Hanudin, A (2013). Factors influencing Malaysian bank customers to choose Islamic
credit card: Empirical evidence from the TRA model. Journal of Islamic Marketing,
4(3), 1-20.
Hanudin, A. (2012). Explaining intention to use the Islamic credit card: an extension of
the TRA model. Munich Personal RePEc Archive. Available at: http://mpra.ub.uni-
muenchen.de.html. [Diakses pada: 30 April 2013]
253
Hayhoe, C. R., & Wilhelm, M. S. (1998). Modeling perceived economic well-being in a
family setting: A gender perspective. Financial Counseling and Planning, 9(1), 21–
34.
Haynes-Bordas, R., Kiss, D. E., & Yilmazer, T. (2008). Effectiveness of financial
education on financial management behavior and account usage: Evidence from a
“second chance” program. Journal of Family and Economic Issues, 29(3), 362-390.
Hazel Kyrk (1933), Economics Problem of Family, New York: Harper and Brothers.
Hazel Kyrk (1953), The Family of American Economy, Chicago: University Of Chicago
Press.
Helen, M. T. dan Melinda, H. (1968), Your Family and Its Money, New York:
Houghton Mifflin Co.
Herzog, A.R. & Rodgers, W. (1981), The structure of subjective well-being in different
age groups. Journal of Gerontology, 36 (1981), pp. 472–479.
Hira, T. K Fitzsimmons, V. S., Hafstrom, J.L. dan Bauer, J.W. (1993). Factors
Associated With Expectation of Households, Future Financial Condition. Journal of
Family and Economic Issues 08/1993; 14(3). pp. 237-256.
Hira, T. K. & Mugenda, O. (1999b). The relationship between self-worth and financial
beliefs, behavior, and satisfaction. Journal of Family and Consumer Sciences, 91(4),
76-82.
Hira, T. K., & Mugenda, O. (1999a). Do men and women differ in their financial beliefs
and behaviors? In Kitt, K. (Eds.), Proceedings of Eastern Family Economics
Resource Management Association, (pp. 1-8). Austin, TX.;
Hrubes, D., Ajzen, I. & Daigle, J. (2001), Predicting hunting intentions and behavior:
an application of the theory of planned behavior. Leisure Sciences, Taylor &
Francis. 23:165–178.
Hsu, J.W. (2011).“Aging and strategic learning:the impact of spousal incentives on
financial literacy.” Indiana State University Networks Financial Institute Working
Paper 2011-WP-06.
http://en.wikipedia.org/wiki/Certified_Financial_Planner_Board_of_Standards. (diakses
pada 23hb Julai 2012).
http://fpamalaysia.org/. Diakses pada 3 Mac 2012.
http://www.aifg.org/fingero.cfm. Diakses pada 21hb Oktober 2011.
http://www.akpk.org.my/my/tentang-kami#fokus. Diakses pada 6 Mac 2012.
254
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=69&ac=1119&lang=bm&print=1.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_about&pg=en_intro&ac=641&lang=en.
http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/mengenai-jawhar. Diakses pada 18hb Jun
2014.
Husniyah, A. R., Mohd. Fazli, S., and Ahmad Hariza, H. (2005). Gelagat perancangan
kewangan keluarga di Malaysia. Malaysian Journal of Consumer and Family
Economics, 8, 27-39.
Husniyah, A.R. dan Mohd Amim, O. (2012). Personal financial well-being in view of
worker’s involvement in comprehensive financial planning, Proceeding 16th National
MACFEA, 10-11 July 2012 Palm Garden Hotel.
Husniyah, A.R., M Fazilah, A.S. (2009). The impact of financial management practices
on financial well-being of families in Malaysia. Jurnal Pengguna Malaysia 12, 27-
41.
Husniyah, A.R., Mohd. Fazli, S., Zuroni, M.J., Elistina, A.B., NurAtika, A., &
Kanmani, S. (2012). Debt Load, Financial Practices, and Locus Control Effects„ on
Worker„s Financial Well-Being. International Journal of Social Policy and Society,
Vol. 9, 6-26.
IBFIM (2008). IBFIM and FPAM Produce The First Batch of Islamic Financial Planners, 24
November 2008. http://www.fpam.org.my/fpam/2008/11/ibfim-and-fpam-produce-the-first-batch-
of-islamic-financial-planners/.
Innan, R., & Moustaghfir, K. (2012). Predicting employees’ behaviour: an application
of the theory of planned behaviour–the case of the moroccan forestry department.
Management, Knowledge and Learning, International Conference 2012, Celje:
Slovenia, 333-348.
Islamic Financial Planning: A Brief Introduction (2009), Kuala Lumpur: FPAM dan
IBFIM
Jack R. Kapoor, Les Dlabay dan Robert Hughes. Personal Finance.
James dan Brett (1984). James, L.R. & Brett, J.M. (1984). Mediators, Moderators and
Tests of Mediation, Journal of Applied Psychology, 69(2), 307-321.
Jane Schuchardt et.al, (2007), “Personal Finance: An Interdisciplinary Profession”,
Financial Counseling and Planning, vol. 18, isu no. 1, 2007. h. 61-69.
Jane, S., Dorothy C. B. William C. Baily, et al. (2007), Personal Finance: An
Interdisciplinary Profession, Financial Counseling and Planning, Vol. 18, issue
1.61-69
255
Jariah Masud (2007), Testing of Malaysia‟s financial well-being scale. Paper presented
in the Seventh Biennial Conference 2007 ACFEA, Purajaya, Malaysia. 4-7 July.
JAWHAR (2014). http://www.jawhar.gov.my/index.php/ms/mengenai-jawhar. Diakses
pada 18hb Jun 2014.
Jeff Madura (2002). Personal Finance, Pearson Education. Inc.Boston.
Jess Benhabib dan Alberto Bisin. (2007), The distribution of wealth: Intergenerational
transmission and redistributive policies-(the draft). Jabatan Ekonomi, Univeriti New
York. http://www.econ.nyu.edu/ user/bisina/ParetoDistribution2007.pdf. [diakses
pada 12-8-2015.
Joo, S. and Grable, J.E. (2004). An Exploratory Framework of the Determinants of
Financial Satisfaction. Journal of Family and Economic Issues, Vol. 25 (1), Spring.
Joo, S. dan Garman, E. T. (1998). Personal financial wellness maybe the missing factor
in understanding and reducing worker absenteenism. Personal Finance and Worker
Productivity. 2(2): 172-182
Joo, S., Durband, D. B., & Grable, J. (2008). The academic impact of financial stress on
college students. Journal of College Student Retention, 10(3), 287-305.
Jorgensen, B.L. & Savla, J. (2010). Financial literacy of young adults: The importance
of parental socialization. Family Relations 59(4): 465-478.
Judith McGee. (2005), Financial gerontology a new industry specialty. The Daily
Journal of Commerce.
Kapoor, Dlabay dan Hughes. (2007). Personal Finance, 8th Ed. McGraw−Hill
Companies.
Kim J. and Chatterjee, S. (2013), Childhood Financial Socialization and Young Adults‟
Financial Management, Journal of Financial Counseling and Planning, Volume 24,
Issue 1
Kim, J., Garman E.T. & Sorhaindo, B. (2003), Relationships Among Credit Counseling
Clients' Financial Wellbeing, Financial Behaviors, Financial Stressor Events, and
Health. Journal of Financial Counseling and Planning, Vol. 14, No.2. pp. 75-87.
Kinley, D. (1911). Aspects of Economics of Importance in Household Science, dalam
Margaret, I. L., dan Gordon, E. B. (1993), History of Family Economics Research,
1862-1962: A Bibliographical, Historical, and Analytic Reference Book. Iowa: Iowa
state University.
Kuah, K.L. (2008). Factors affecting people investing in mutual fund in Malaysia: An
application of the Theory of Planned Behaviour. Master Thesis.
256
KWSP (2012). http://www.kwsp.gov.my/portal/about-epf/overview-of-the-epf.
Larson, R. (1978). Thirty Years of Research on the Subjective Well-being of Older
Americans. Journal of Gerontology, vol. 33 (1): pp. 109-125.
Le Play, F. (1878), “Ouvries Europeens”. 2nd
ed., 6 vol., Paris: Imprimeries Imperiales.,
dalam Mohamed Abdel-Ghany (2001). The Evolution of Research in Consumer
Science: A 200-Year Perspective, Family and Consumer Sciences Research Journal,
vol.30, no.2, December 2001, 223-239.
Lee, J. and Hogarth, J.M. (1999). The price of money: consumers understanding of
APRs and contract interest rates. Journal of Public Policy and Marketing, 18
(spring), pp. 66-76.
Lee, M. C. (2009). Predicting and explaining the adoption of online trading: An
empirical study in Taiwan. Decision Support Systems 47,133–142.
Levanthal, G.S., Karuza Jr., J., & Fry, W.R. (1980). Beyond fairness: A theory of
allocation preferences, dalam G. Mikula (Ed.), justice and social interaction, New
York: Springer-Verlag.
Lewin, K. (1939). Theory and Experiment in Social Psychology: Concepts and
Methods, American Journal of Sociology, Vol. 44, No. 6 (May, 1939), pp. 868-896.
Lindamood S, Hanna SD (2006) The more financially knowledgeable person in older
couple households. Consumer Interests Annual 52, 315-330.
Lloyd A. Metzler (1951). Wealth, Saving, and the Rate of Interest. Journal of Political
Economy. Vol. 59, No. 2 (Apr., 1951), pp. 93-116.
Lueg, J. E., Ponder, N. Beatty, S. E., & Capella, M. L. (2006). Teenagers‟ use of
alternative shopping channels: A consumer socialization perspective. Journal of
Retailing, 82 (June), 137-153.
Lusardi, A. Mitchell, O.S., and Curto, V., (2009). Financial literacy among the young:
Evidence and implications for consumer policy.working paper: National Bureau of
Economic Research. Massachusetts Avenue, Cambridge, MA.
Lusardi, A., Michaud, P.C. and Mitchell, O.S. (2013).“Optimal Financial Knowledge
and Wealth Inequality”. National Bureau of Economic Research Working Paper
18669.
Lynne, G.D., Casey C. F., Hodges, A., & Rahmani, M. (1995). Conservation technology
adoption decisions and the theory of planned behavior. Journal of Economic
Psychology. Volume 16, Issue 4, December 1995, Pages 581–598.
Maloch, F., & Deacon, R. (1966). Proposed framework for home management. Journal
of Home Economics, 58, 31–35.
257
Malone, K., Stewart, S., Wilson, J. & Korsching, P. (2010), "Perceptions of Financial
Well-Being among American Women in Diverse Families", Journal of Family and
Economic Issues, 2010- Volume 31 p. 63-81
Mandell, L. (1997). Personal financial survey of high school seniors. The Jump$tart
Coalition. Washington, D.C.
Margaret G. Reid (1934), Economic of Household Production, New York: J. Wiley &
Sons, Inc.
Margaret, I. L., dan Gordon, E. B. (1993), History of Family Economics Research,
1862-1962: A Bibliographical, Historical, and Analytic Reference Book. Iowa: Iowa
state University.
Maya Sari & Rofi Rofaida. (2011). Factors affecting the behaviour of university
community to use credit card. International Research Journal Of Business Studies,
4(3), 217-228.
McNamara, J.E. (1985), Professionalism in an Emerging Field: A Financial
Counselor’s View, dalam G.Langrehr (suntingan), Proceedings of the Third Annual
Conference of the Association for Financial Counseling and Planning Education, h.
55-59.
McNeal, J. U. (1987). Children as consumers: Insights and implications. Lexington,
MA: D.C. Heath and Co.
MFPC (2014). http://www.mfpc.org.my/education/shariah-registered-financial-planner.
Diakses 18hb Jun 2014.
Mills, R.J., Grasmick, H.G., Morgan, C.S., & Wenk, D. (1992). The effects of gender,
family satisfaction, and economic strain on psychological well-being. Family
Relations, 41, 440-446.
Modigliani, F., and Brumberg, R.H. (1954). “Utility analysis and the consumption
function: an interpretation of cross-section data,” in Kenneth K. Kurihara, ed., Post
Keynesian Economics, New Brunswick, NJ. Rutgers University Press. Pp 388–436.
Mohammad Hashim Kamali (2012). Maqasid al Shariah: The Objectives of Islamic
Law. Sumber: http://www.global-islamic-finance.com/2012/02/maqasid-al-shariah-
objectives-of.html. [Diakses pada 11-11-2015]
Mohd. Fazli. S., Jariah, M., Laily, P., Mohd Amim, O., & Nurkhalila, N. (2007).
Financial Literacy among Students in Malaysia. The Seventh Biennial ACFEA
Confererence 2007, 5-7 July 2007.
Mongin, Philippe and Claude d‟Aspremont 1998. Utility Theory and Ethics, in
Handbook of Utility Theory, Vol. I, eds Salvador Barberà, Peter J. Hammond, and
Christian Seidl, Dordrecht: Kluwer: 371-481.
258
Moschis, G. P., & Churchill, G. A. (1978). Consumer socialization: A theoretical and
empirical analysis. Journal of Marketing Research, 15,599−609.
Moschis, George P., (1987). Consumer socialization: A life-cycle perspective.
Lexington, Mass.: Lexington Books, Lexington, Mass.
Mugenda, O. M., Hira, T. K., & Fanslow, A. M. (1990). Assessing the causal
relationship among communication, money management practices, satisfaction with
financial status, and satisfaction with quality of life. Lifestyles: Family and Economic
Issues, 11, 343-360.
Muhammad Ibn Al-Hassan Al-Shaybani, The book of earning a livelihood (kitab al-
kasb),
NAPFA (2011). http://www.napfa.org/about/index.asp. Diakses pada 21hb Oktober
2011.
Neal. E. Cutler (2008), financial gerontology, family aging, and middle-aged boomers:
using the “senior sandwich generation”concept in retirement planning. Center on
aging, motion and television Fund, TIAA-CREF Institute.
NFCC. (2011). National Foundation for Credit Counseling (NFCC).
Norvilitis, J. M., Merwin, M. M., Osberg, T. M., Roehling, P. V., Young, P., & Kamas,
M. M. (2006). Personality factors, money attitudes, financial knowledge, and credit
card debt in college students. Journal of Applied Social Psychology, 36, 1395-1413.
O‟Neill, B., Sorhaindo, B., Prawitz, A. D., Kim, J. dan Garman, E. T. (2006). Financial
distress: definition, effects, and measurement. Consumer Interest Annual. 52: 1-8.;
OECD (2006), Innocenti Working Paper-Comparing Child Well-Being In OECD
Countries: Concepts and Methods. UNICEF Innocenti Research Centre.
Parrotta, J. L., & Johnson, P. J. (1998). The impact of financial attitudes and knowledge
on financial management and satisfaction of recently married individuals. Financial
Counseling and Planning, 9(2), 59-74.
Parrotta, J. L., & Johnson, P. J. (1998). The impact of financial attitudes and knowledge
on financial management and satisfaction of recently married individuals. Financial
Counseling and Planning, 9(2), 59-74
Penn, A. (2009). "Financial well-being in an urban area: an application of multiple
imputation," Applied Economics, Taylor & Francis Journals, vol. 41(23), pp. 2955-
2964.
PERKESO (2014). http://www.perkeso.gov.my/ms/mengenai-perkeso/profil. html.
Diakses pada 18hb Jun 2014.
259
PNB (2014). http://www.pnb.com.my/index.cfm. Diakses pada 18hb Jun 2014.
Porter N. M. and Garman, E. T. (1993). Testing a Conceptual Model of Financial Well-
Being, Financial Counseling and Planning, Volume 4, 1993. pp. 135-165.
Porter, N. M. dan Garman, E. T. (1990). Testing a conceptual model of financial well-
being. Financial Counseling and Planning. 4: 135-165
Prawitz et al. (2006). InCharge Financial Distress/Financial Well-Being
Scale:Development, Administration, and Score Interpretation. Association for
Financial Counseling and Planning Education (AFCPE), Volume 17, Issue 1 (2006),
pg 34-50.
Ramayah, T., Rouibah, K., Gopi, M., & Rangel, G. J. (2009). A decomposed theory of
reasoned action to explain intention to use internet stock trading among Malaysian
investors. Computers in Human Behaviour, 25, 1222-1230.
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), Kertas Strategi 2: Meningkatkan Taraf Isi
Rumah B40 ke Arah Masyarakat Kelas Menengah. (akses pada 30 Mei 2015:
http://rmk11.epu.gov.my/pdf/kertas-strategi/Kertas%20Strategi%2002.pdf.
Rettig, K. D., & Mortenson, M. (1986). Household production of financial management
competencies. In R. Deacon & W. Huffman (Eds.), Human Resources Research
1887-1987 (pp. 137-145). Ames, IA: Iowa State University.
Reynolds, L. M, & Abdel-Ghany, M. (2001), Consumer Sciences Research: A Two-
Decade Comparison, 1980s and 1990s. Family and Consumer Sciences Research
Journal, 29, 382-440.
Richard J. Stillman. (1972), Guide to Personal Finance: A Lifetime Program of Money
Management. New Jersey: Prentice-Hall.
Rindfleisch, A., Burroughs, J.E., and Denton, F. (1997), "Family Structure, Materialism,
and Compulsive Consumption," Journal of Consumer Research, 23 (March), 312-
325.
Ritchey, S. J. (1978), Home Economics Research Assessment, Planning and
Projections. Blackburg, VA: Virginia Polytechnic Institute and State University
Press, dalam Mohamed Abdel-Ghany (2001), The Evolution of Research in
Consumer Science: A 200-Year Perspective, Family and Consumer Sciences
Research Journal, vol.30, no.2, December 2001, 223-239.
Robert E. Hall and Frederic S. Mishkin (1982). "The Sensitivity of Consumption to
Transitory Income: Estimates from Panel Data on Households". Econometrica.
50(2). pp. 461–481.
260
Robert M. Hunt (2005), Whither Consumer Credit Counseling?, Business Review,
Federal Reserve Bank of Philadelphia, Issue Q4, pages 9-20.
Robert T. Kiyosaki. (Xxxx). Rich Dad, Poor Dad.
Ruth E. Deacon, Francille M. Firebaugh (1981), Family Resource Management:
Principles and Applications. Nurizan Yahaya dan Mumtazah Othman (terj.),
Minnesota: Allyn And Bacon, h. 60-87.
Rutherford, L. G. & DeVaney, S. A. (2009). Utilizing the theory of planned behaviour
to understand convenience use of credit cards. Journal of Financial Counseling and
Planning, 20(2), 48-63.
Sabri, M.F. dan Falahati, (2012) Falahati, L. & Mohamad Fazli, S. (2012), Estimating a
model of subjective financial well-being among college students, International
Journal of Humanities and Social Science, vol.2, issue 18, 191-198.
Salamah, W. (2012). Moslem community behaviour in the conduct of Islamic bank: The
moderation role of knowledge and pricing. Procedia Social and Behavioural
Sciences, 57, 290–298.
Scannell, E. (1990). Dairy Farm Families' Financial Management, Financial Counseling
and Planning, Vol. 1, pp. 133-146.
Scheresberg, C. de Bassa (2013) "Financial Literacy and Financial Behavior among
Young Adults: Evidence and Implications," Numeracy:Vol. 6: Iss. 2, Article 5.
Schmidt, N. (2010). What drives investments into mutual funds? Applying the theory of
planned behaviour to individuals‟ willingness and intention to purchase mutual
funds. Conference Proceeding. Available at: http://retailinvestmentconference.org.
[Accessed on:15 May 2012]
Schroeder, J.E. and Dugal, S.S. (1995),“Psychological Correlates of the Materialism
Construct,” Journal of Social Behavior and Personality, 10 (1), 243–253.
Schultz, T. W. (Ed.). (1974). Economics of the family: Marriage, children, and human
capital. Chicago: University of Chicago Press
Security Commission (2012). http://www.sc.com.my/main.asp?
pageid=509&linkid=1414&yearno=2004&mod =pa per. Sumber diakses pada 3 Mac
2012.
Security Commission (20140. Pelan Induk Pasaran Modal. http://www.sc.com.my/wp-
content/uploads/eng/html/cmp2/cmp2 _final.pdf. Diakses pada 12 Ogos 2104.
Security Commission (2015). Licensing Handbook. Security Commission. Sumber:
http://www.sc.com.my/wp-content/uploads/eng/html/ cmsa/Licensinghandbook.pdf
261
Sheng-Yi Lee (1990), The monetary and banking development of singapore and
malaysia, Edisi ke-3, Singapore: Singapore University Press. P.20
Sherraden, M. S. (2010). Financial capability: What is it, and how can it be created?
Center for Social Development Working Paper No.10-17. Washington University in
St. Louis.
Shim, S., Xiao, J. J., Barber, B. L., & Lyons, A. C. (2009). Pathways to life success: A
conceptual model of financial well-being for young adults. Journal of Applied
Developmental Psychology, 30(6), 708-723.
Shima, S., Xiao, J.J., Barberc, B. L., Lyons, A.C. ((2007). Pathways to life success: A
conceptual model of financial well-being for young adults. Journal of Applied
Developmental Psychology, Volume 30, Issue 6, November–December 2009, Pages
708–723.
Bank Negara Malaysia (20140. Pelan Tindakan Sektor Kewangan
http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsbp/en/BNM_FSBP _ FULL_en.pdf.
Diakses pada 12 Ogos 2104.
Siddiqi, M. Nejatuallah (2006), "Islamic Banking and Finance in Theory and Practice:
A Survey of State of Art." Islamic Economic Studies 13 (2): 1-48.
Sohn, S., Joo, S-H., Grable, J. E., Lee, S., & Kim, M. (2012). Adolescents‟ financial
literacy: The role of financial socialization agents, financial experiences, and money
attitudes in shaping financial literacy among South Korean youth. Journal of
Adolescence, 35, 969-980.
Steve Vernon (2014). The Future of Financial Wellness. Conference Proceedings.
September 30th, 2014. http://longevity3.stanford.edu/wp-
content/uploads/2015/05/Proceedings-final-draft-12.31. pdf. [diakses pada 20-8-
2015]
Sumarwan U. & Hira, T.K. (1993). The effects of perceived locus of control and
perceived income adequacy on satisfaction with financial status of rural households.
Journal of Family and Economic Issues, 14 (4).
Suruhanjaya Sekuriti (2001). Pelan Induk Pasaran Modal. http://www.sc.com.my/wp-
content/uploads/eng/html/cmp2/cmp2 _final.pdf
Suruhanjaya Sekuriti. (2007). Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.
Suruhanjaya Sekuriti. (2012). http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=509&linkid=
1414& yearno=2004& mod=a per. Sumber diakses pada 3 Mac 2012.
Sussman, M.B., Cates, J.N., & Smith, D.T. (1970). The family and inheritance. New
York: Sage. Sumber diperolehi dari artikel oleh Charlotte Shoup Olsen dan Ted
Osborn (2006). Inheritance: A Tale of Two Perceptions. Online journal of rural
Research & Policy. Vol.1: Issue 5.
262
Syed Shah Alam, Hawati Janor, Zanariah, Che Aniza Che Wel, & Mst. Nilufar Ahsan.
(2012). Is religiosity an important factor in influencing the intention to undertake
Islamic home financing in Klang Valley? World Applied Sciences Journal 19 (7),
1030-1041.
Syed Shah Alam, Hawati Janor, Zanariah, Che Aniza Che Wel, & Mst. Nilufar Ahsan.
(2012). Is religiosity an important factor in influencing the intention to undertake
Islamic home financing in Klang Valley? World Applied Sciences Journal 19 (7),
1030-1041.
Syukriah A., Rosliza M. Z., dan Kartini K. (2014), Intention-Behaviour Relations: A
Conceptual and Literature Review, Research Journal of Finance and Accounting,
Vol.5, No.19.
Tan Chwee Huat (2005), Financial markets and institutions in singapore, edisi ke 11,
Singapore: Singapore University Press P.243.
Texas Tech University : A New Home for Financial Planning Archives". Depts.ttu.edu.
2010-04-08. Retrieved 2010-06-06.
The Edge Malaysia, (2009, August). Association to voice concerns of licensed financial
planners. The Edge Malaysia, 4 Mac 2010, MIDF Amanah acquires Asia Unit Trust.
Diakses 18hb Jun 2014.
The Edge Malaysia, 18 Ogos 2009. Association To Voice Concerns Of Licensed
Financial Planners.
The Edge Malaysia, 4 Mac 2010, MIDF Amanah acquires Asia Unit Trust.
Titus, P. M., Fanslow, A. M. dan Hira, T. K. (1989). Networth and financial satisfaction
as a function of household money manager‟s competencies. Home Economics
Research Journal. 17(6):309-317.
Triandis, H. C. (1978). Some universals of social behavior. Personality and Social
Psychology Bulletin, 4, 1-16.
Usui, W.M., Keil, T.T., & Durig, K.R. (1985). Socioeconomic comparisons and life
satisfaction of elderly adults. Gerontology, 40, 110-114.
Vivienne Brown (2006), “Personal Finance: Setting the Context”, dalam George
Callaghan et. al. (eds), Personal Finance. West Sussex: John Wiley & Sons Ltd, h.
7-44.
Wahbah al-Zuhaili, (1996), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik : Dar al-Fikr, jld. 2, hlm.
1017.
263
Wall, R. W. (1981). The development of a standardized achievement test in family
economics for use at the college level. Unpublished doctoral dissertation, Kansas
State University, Manhattan, Kansas.
Walson, C. O. & Fitzsimmons, V. S. (1993). Financial managers' perception of rural
household economic well being: Development and testing of a composite measure.
Journal of Family and Economic Issues, 14, 193-214.
Wan Ibrahim, W. A., Ma‟arof, R., Zahid, E., & Abdul Halin, H. (2009). Kesejahteraan
subjektif warga tua di Malaysia: kes warga tua desa kelantan, International of
Management Studies, Vol. 16 (2), pp. 63-96.
Ward, S. (1974). Consumer Socialization, Journal of Consumer Research, Vol. 1, No. 2
(Sept.) pp. 1-14
Webley, P. (2005). Children’s understanding of economics. In children’s understanding
of society, edited by M. Barrett and E. Buchanan-Barrow. New York: Psychology
Press: 43-65.
West dan Wood. (1972). Personal Financial Management. Houghton Mifflin Company,
Boston.
Wilhelm, M., Varcoe, K. & Fridrich, A. (1993). Financial satisfaction and assessment of
financial progress: Importance of money attitudes. Financial Counseling and
Planning, 4, 181-198.
Williams, F. L. (1993). Financial counseling: Low-income or limited-income families.
In V. S. Fitzsimmons (Ed.), Economic changes: Challenges for financial counseling
and planning professionals (pp. 121–145). Proceedings of the Association for
Financial Counseling and Planning Education, San Antonio, TX.
Wright-Patt Credit Union. http://www.wpcu.coop/files/Wright-Patt%20-
%20Steps%20to%20 Financial %20Freedom.pdf. [diakses pada 20-8-2015]
Xiao, J. J., Tang, C., & Shim, S. (2008). Acting for happiness: Financial behavior and
life satisfaction of college students. Social Indicators Research, 92, 53-68.
Xiao, J.J and Wu, J. (2006). Applying the Theory of Planned Behavior to Retain Credit
Counseling Clients. University of Arizona, Working Paper: Take Charge America
Institute For Consumer Financial Education And Research.
Yusuf Qardawi, Nilai dan Akhlak Dalam Ekonomi dan Muamalat Islamiah.
Zaimah, R. & Sarmila M.S. (2012). History of Dual-Career Families in Malaysia.
Prosiding The 5th Thai-Malaysian International Conference on Southeast Asian
Studies, Mahidol University International College, Bangkok, Februari 16-17.
264
Zaimah, R. (2011). Pengaruh pengetahuan, tingkahlaku dan pembuatan keputusan
kewangan ke atas kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin.
Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.
Zaimah, R., Jariah, M., Sharifah Azizah, H. & Mumtazah, O. (2010). Pola tingkah
lakukewangan pekerja keluarga dwi-kerjaya. Malaysian Journal of Consumer and
Family Economics, 13, 114-124.
Zaimah, R., Sarmila, M.S., Azima, A.M., Suhana, S., Mohd Yusof, H., & Lyndon, N.
(2012), Quality of life and the youth well-being: A case study of Malaysian public
sector employees. Malaysia Journal of Society and Space: Themed Issue on The
Management of Social-Ecological Change and Uncertainties in the Global Era, vol.
8, issue 6, pp. 150-156.
Zimmerman, B. J. (1995). Self-efficacy and educational development. In A. Bandura
(Ed.), Self-efficacy in changing societies (pp.202–231). New York: Cambridge Univ.
Press.
Zimmerman, C.C. & Frampton, M.E. (1935), “Family and Society: A Study of The
Sociology of Reconstruction”. New York: Van Nostrand Rienhold, dalam Mohamed
Abdel-Ghany (2001), The Evolution of Research in Consumer Science: A 200-Year
Perspective, Family and Consumer Sciences Research Journal, vol.30, no.2,
December 2001, 223-239.
Zurina, S. Zarinah, M.Y. Dan Shahizan, M.N. (2013). Islamic Financial Planning and
Wealth Management. Penerbit IBFIM. Kuala Lumpur
265
SENARAI PENERBITAN
ARTIKEL DALAM JURNAL KATEGORI (A) DAN (B) CATEGORY
JURNAL PENGGUNA DAN EKONOMI KELUARGA MALAYSIA
MALAYSIAN JOURNAL OF CONSUMER AND FAMILY
ECONOMICS
A
SCOPUS
1 2017 Mediation Effect Of Islamic
Financial Planning Intention
In The Behaviour
Framework Of Malaysian
Public Workers
Mohd. Amim, Othman, Ab.
Mumin A.Ghani. And
Husniyah, Abdul. Rahim
Diterima
Untuk
dicetak
2 2013 Public Worker‟s Personal
Financial Planning Process
And Involvement In
Comprehensive Financial
Planning
Husniyah, Abdul. Rahim And
Mohd. Amim, Othman, Ab.
Mumin A.Ghani. And
Telah
Dicetak
JURNAL PENGURUSAN (JOURNAL OF MANAGEMENT) A
1 2017 Keberkatan Rezeki Dan
Pengaruh Ke Atas Hasrat
Penglibatan Rasuah
Penjawat Awam
Mohd. Amim, Othman,
Husniyah, Abdul Rahim
Ab. Mumin A.Ghani.
Dihantar
JURNAL PENGGUNA MALAYSIA
(MALAYSIAN JOURNAL OF CONSUMER) B
1 2015 Perancangan Kewangan Dan
Kesejahteraan Kewangan
Dalam Kalangan Penjawat
Awam Beragama Islam
Mohd. Amim, Othman, Husniyah, Abdul Rahim
Ab. Mumin A.Ghani.
Telah
Dicetak
2 2015 Sejarah Perkembangan
Industri Perancangan
Kewangan Di Malaysia
Mohd.Amim Othman dan
Ab. Mumin Ab. Ghani Telah
Dicetak
AWARD
2016 The Study on Behavior And
Acceptance Among Public
Sector Worker Towards
Islamic Financial Planning.
Pameran Rekacipta,
Penyelidikan Dan Inovasi
2016. UPM
Mohd.Amim Othman,
Ab. Mumin Ab. Ghani dan
husniyah Binti Abd. Rahim
Pingat Perak
1
LAMPIRAN A: TABURAN NORMAL
Explore
Case Processing Summary
Cases
Valid Missing Total
N Percent N Percent N Percent
tottahupki 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%
totalattitude 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%
totnorm 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%
totPBC 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%
behintentcube 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%
PERANCANGAN
KEWANGAN ISLAM
304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%
totsejahterawang 304 100.0% 0 0.0% 304 100.0%
Descriptives
Statistic
Std.
Error
tottahupki Mean 2.1645 .09949
95% Confidence Interval
for Mean
Lower Bound 1.9687
Upper Bound 2.3603
5% Trimmed Mean 2.1272
Median 2.0000
Variance 3.009
Std. Deviation 1.73469
Minimum .00
Maximum 5.00
Range 5.00
Interquartile Range 3.00
Skewness .260 .140
Kurtosis -1.224 .279
totalattitude Mean 61.2599 1.40940
95% Confidence Interval
for Mean
Lower Bound 58.4864
Upper Bound 64.0333
2
5% Trimmed Mean 63.2580
Median 69.0000
Variance 603.870
Std. Deviation 24.57376
Minimum -10.00
Maximum 84.00
Range 94.00
Interquartile Range 36.00
Skewness -.961 .140
Kurtosis -.058 .279
totnorm Mean 32.9441 1.09983
95% Confidence Interval
for Mean
Lower Bound 30.7798
Upper Bound 35.1084
5% Trimmed Mean 32.7076
Median 30.0000
Variance 367.730
Std. Deviation 19.17628
Minimum -50.00
Maximum 84.00
Range 134.00
Interquartile Range 24.00
Skewness .110 .140
Kurtosis .932 .279
totPBC Mean 14.1579 .72194
95% Confidence Interval
for Mean
Lower Bound 12.7372
Upper Bound 15.5785
5% Trimmed Mean 13.7668
Median 12.0000
Variance 158.444
Std. Deviation 12.58744
Minimum -26.00
Maximum 56.00
Range 82.00
Interquartile Range 12.00
Skewness .568 .140
Kurtosis 1.548 .279
behintentcube Mean 465.5066 16.58425
95% Confidence Interval Lower Bound 432.8717
3
for Mean Upper Bound 498.1415
5% Trimmed Mean 479.2602
Median 512.0000
Variance 83611.393
Std. Deviation 289.15635
Minimum -729.00
Maximum 729.00
Range 1458.00
Interquartile Range 513.00
Skewness -.569 .140
Kurtosis -.715 .279
PERANCANGA
N KEWANGAN
ISLAM
Mean 34.0263 .38748
95% Confidence Interval
for Mean
Lower Bound 33.2638
Upper Bound 34.7888
5% Trimmed Mean 34.3523
Median 33.0000
Variance 45.643
Std. Deviation 6.75595
Minimum 11.00
Maximum 44.00
Range 33.00
Interquartile Range 10.00
Skewness -.502 .140
Kurtosis .087 .279
totsejahterawang Mean 78.0493 .97926
95% Confidence Interval
for Mean
Lower Bound 76.1223
Upper Bound 79.9763
5% Trimmed Mean 78.3933
Median 78.0000
Variance 291.519
Std. Deviation 17.07393
Minimum 12.00
Maximum 120.00
Range 108.00
Interquartile Range 23.00
Skewness -.352 .140
Kurtosis .329 .279
4
Tests of Normality
Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk
Statistic df Sig. Statistic df Sig.
tottahupki .177 304 .000 .892 304 .000
totalattitude .177 304 .000 .853 304 .000
totnorm .064 304 .004 .983 304 .001
totPBC .118 304 .000 .949 304 .000
behintentcube .306 304 .000 .793 304 .000
PERANCANGA
N KEWANGAN
ISLAM
.070 304 .001 .963 304 .000
totsejahterawang .062 304 .007 .989 304 .026
a. Lilliefors Significance Correction
tottahupki
5
6
totalattitude
7
8
totnorm
9
10
totPBC
11
12
behintentcube
13
14
PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
15
16
totsejahterawang
17
18
19
LAMPIRAN B: REGRESI BERBILANG PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
Descriptive Statistics
Mean
Std.
Deviation N
PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM 34.0263 6.75595 304
Didiktahunbelajar 13.7763 1.97073 304
Tottahupki 2.1645 1.73469 304
Totalattitude 61.2599 24.57376 304
Totnorm 32.9441 19.17628 304
totPBC 14.1579 12.58744 304
Behintentcube 465.5066 289.15635 304
Correlations
PERAN
CANG
AN
KEWA
NGAN
ISLAM
didiktah
unbelaj
ar
tottahup
ki
totalattit
ude totnorm totPBC Behinte
ntcube
Pearson
Correlati
on
PERANCA
NGAN
KEWANG
AN ISLAM
1.000 .211 .331 .246 .262 .186 .337
didiktahunb
elajar .211 1.000 .130 .216 .048 -.141 .162
tottahupki .331 .130 1.000 .121 .210 .140 .207
totalattitude .246 .216 .121 1.000 .361 .103 .639
totnorm .262 .048 .210 .361 1.000 .232 .469
totPBC .186 -.141 .140 .103 .232 1.000 .141
behintentcu
be .337 .162 .207 .639 .469 .141 1.000
Sig. (1-
tailed)
PERANCA
NGAN
KEWANG
AN ISLAM
. .000 .000 .000 .000 .001 .000
didiktahunb
elajar .000 . .012 .000 .203 .007 .002
tottahupki .000 .012 . .018 .000 .007 .000
totalattitude .000 .000 .018 . .000 .037 .000
totnorm .000 .203 .000 .000 . .000 .000
20
totPBC .001 .007 .007 .037 .000 . .007
behintentcu
be .000 .002 .000 .000 .000 .007 .
N PERANCA
NGAN
KEWANG
AN ISLAM
304 304 304 304 304 304 304
didiktahunb
elajar 304 304 304 304 304 304 304
tottahupki 304 304 304 304 304 304 304
totalattitude 304 304 304 304 304 304 304
totnorm 304 304 304 304 304 304 304
totPBC 304 304 304 304 304 304 304
behintentcu
be 304 304 304 304 304 304 304
Model Summarye
Model R R Square Adjusted R
Square
Std. Error of
the Estimate
1 .211a .044 .041 6.61493
2 .372b .138 .133 6.29148
3 .453c .205 .192 6.07238
4 .475d .226 .210 6.00320
a. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar
b. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki
c. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,
totalattitude
d. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,
totalattitude, behintentcube
e. Dependent Variable: PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
21
ANOVAa
Model Sum of
Squares
df Mean
Square
F Sig.
1 Regression 615.100 1 615.100 14.057 .000b
Residual 13214.690 302 43.757
Total 13829.789 303
2 Regression 1915.405 2 957.703 24.195 .000c
Residual 11914.384 301 39.583
Total 13829.789 303
3 Regression 2841.392 5 568.278 15.411 .000d
Residual 10988.398 298 36.874
Total 13829.789 303
4 Regression 3126.378 6 521.063 14.459 .000e
Residual 10703.411 297 36.038
Total 13829.789 303
a. Dependent Variable: PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
b. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar
c. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki
d. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,
totalattitude
e. Predictors: (Constant), didiktahunbelajar, tottahupki, totnorm, totPBC,
totalattitude, behintentcube
22
Coefficientsa
Model Unstandardized
Coefficients
Standar
dized
Coeffic
ients
t Sig. Collinearity
Statistics
B Std.
Error
Beta Toleran
ce
VIF
1 (Constant) 24.066 2.683 8.968 .000
Didiktahunb
elajar
.723 .193 .211 3.749 .000 1.000 1.000
2 (Constant) 23.351 2.555 9.139 .000
didiktahunbe
lajar
.586 .185 .171 3.166 .002 .983 1.017
tottahupki 1.204 .210 .309 5.732 .000 .983 1.017
3 (Constant) 19.609 2.597 7.550 .000
didiktahunbe
lajar
.565 .186 .165 3.046 .003 .910 1.099
tottahupki .975 .209 .250 4.669 .000 .928 1.077
totalattitude .033 .016 .121 2.133 .034 .827 1.209
totnorm .045 .020 .127 2.213 .028 .810 1.234
totPBC .071 .029 .133 2.446 .015 .908 1.102
4 (Constant) 20.233 2.577 7.851 .000
didiktahunbe
lajar
.547 .184 .159 2.978 .003 .909 1.100
tottahupki .910 .208 .234 4.382 .000 .917 1.091
totalattitude .004 .019 .016 .231 .818 .571 1.750
totnorm .027 .021 .076 1.281 .201 .736 1.359
totPBC .069 .029 .129 2.399 .017 .907 1.102
Behintentcub
e
.005 .002 .199 2.812 .005 .518 1.930
23
a. Dependent Variable: PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM
Charts
24
Korelasi Pearson Perancangan Kewangan Islam
dengan Kesejahteraan Kewangan
Correlations
PERANCANGAN
KEWANGAN ISLAM
totsejahterawang
PERANCANGAN
KEWANGAN
ISLAM
Pearson Correlation 1 .375**
Sig. (2-tailed) .000
N 310 310
Totsejahterawang Pearson Correlation .375**
1
Sig. (2-tailed) .000
N 310 310
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
25
Charts
26
27
LAMPIRAN C: RELIABILITI
Hasrat Perancangan Kewangan Islam
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items
.889 3
Item Statistics
Mean Std. Deviation N
C31.berharap 6.37 .931 310
C35.mahu 6.34 .978 310
C37.bercadang 6.39 .952 310
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale Variance
if Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
C31.berharap 12.73 3.214 .785 .842
C35.mahu 12.76 2.987 .817 .813
C37.bercadang 12.71 3.231 .750 .871
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
19.10 6.703 2.589 3
Perancangan Kewangan Islam
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items
.905 11
28
Item Statistics
Mean Std. Deviation N
F1.kecemasan 3.11 .825 310
F2.pendidikan 2.98 .977 310
F3.kenderaan 2.95 .949 310
F4.perumahan 3.07 .937 310
F5.hutang 3.32 .791 310
F6.zakat 3.14 .847 310
F7.takaful 3.05 .854 310
F8.persaraan 3.14 .867 310
F9.pusaka 2.73 .985 310
F10.perbelanjaan 3.41 .680 310
F11.pelaburan 3.09 .811 310
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
F1.kecemasan 30.87 39.796 .619 .898
F2.pendidikan 31.00 37.557 .702 .893
F3.kenderaan 31.04 37.620 .722 .892
F4.perumahan 30.91 37.426 .751 .890
F5.hutang 30.66 41.370 .484 .904
F6.zakat 30.84 38.621 .720 .892
F7.takaful 30.93 38.972 .677 .894
F8.persaraan 30.85 39.238 .638 .897
F9.pusaka 31.25 37.835 .670 .895
F10.perbelanjaan 30.57 42.459 .451 .905
F11.pelaburan 30.89 39.703 .641 .896
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
33.98 46.919 6.850 11
29
Kesejahteraan Kewangan
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items
.939 12
Item Statistics
Mean Std. Deviation N
H1.kepuasan 6.56 1.948 310
H2.cukup 6.68 1.886 310
H3.kawalan 6.69 1.753 310
H4.menguruskan 6.75 1.731 310
H5.semudah 6.31 2.064 310
H6.bimbang 5.43 1.957 310
H7.sebaik 6.45 1.544 310
H8.perasaan 6.28 1.573 310
H9.keadaan 6.47 1.598 310
H10.bil 7.38 1.850 310
H11.kehabisan 6.88 2.063 310
H12.keseluruhan 5.92 2.090 310
Item-Total Statistics
Scale Mean if
Item Deleted
Scale
Variance if
Item Deleted
Corrected
Item-Total
Correlation
Cronbach's
Alpha if Item
Deleted
H1.kepuasan 71.26 244.212 .771 .933
H2.cukup 71.14 246.463 .758 .933
H3.kawalan 71.13 249.094 .772 .933
H4.menguruskan 71.07 252.374 .719 .934
H5.semudah 71.51 241.701 .763 .933
H6.bimbang 72.39 254.193 .591 .939
H7.sebaik 71.37 251.981 .827 .932
H8.perasaan 71.54 249.647 .861 .930
H9.keadaan 71.35 250.474 .828 .931
H10.bil 70.44 256.803 .585 .939
H11.kehabisan 70.94 247.974 .657 .937
H12.keseluruhan 71.90 245.180 .693 .936
30
Scale Statistics
Mean Variance Std. Deviation N of Items
77.82 294.912 17.173 12