kajian ict dalam kerjaya
TRANSCRIPT
Penggunaan Ujian Atas Talian (on-line) dalam menentukan
Keselarasan Personaliti Kerjaya Pelajar
Ahmad Rosli Bin Mohd Nor
Roslee bin Yahya
Mokhtar bin Saad
Anuar bin Mohd Ali
ABSTRAK
Pengunaan teknologi ICT telah diguna meluas dalam pelbagai bidang samada di negara kita atau peringkat antarabangsa. Namun begitu penggunaan ICT dalam Kaunseling Kerjaya masih dianggap baru di Malaysia. Justeru itu kajian ini akan memperlihatkan keberkesanan penggunaan teknologi ICT bagi menentukan samada terdapat keselarasan antara personaliti kerjaya pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti berasaskan Teori Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Holland di kalangan pelajar program sijil di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungan di antara keselarasan kecenderungan kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 160 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berkelompok daripada 237 orang pelajar-pelajar sepenuh masa di KKBBM. Alat kajian yang digunakan ialah ujian x-plorasi atas-talian yang berasaskan ujian Self Directed Search (SDS). Alat statistik yang digunakan untuk menganalisa data ialah kaedah Environment Assessment Technique (EAT), Indeks Keselarasan Wiggin, min, Ujian t dan ujian Korelasi Pearson dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan program pengajian pelajar bagi pelajar yang mengikuti program STE dan SKD. Keputusan kajian ini menunjukkan ada di kalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka dan ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
Kata Kunci : Keselarasan, Kecenderungan kerjaya, personality kerjaya
LATAR BELAKANG KAJIAN
Kolej komuniti merupakan satu institusi yang menawarkan para pelajar lepasan SPM
yang berpencapaian sederhana bagi meneruskan pelajaran dan seterusnya memberi
mereka peluang kedua untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Program-program yang ditawarkan seperti Teknologi Elektrik, Automotif, Pemasangan
Komputer, Hotel & Katering dan Fesyen Pakaian. Pembangunan pesat kolej komuniti ini
menyaksikan pertambahan bilangannya di seluruh negara daripada 10 buah kolej
komuniti rintis pada Jun 2001 meningkat pada 72 buah (42 kolej induk dan 32 kolej
cawangan) pada tahun 2011. Pertambahan ini mempunyai pelbagai faktor seperti
keyakinan pelajar, prospek pekerjaan dan sebagainya. Secara asasnya pemilihan pelajar
ke dalam setiap kursus adalah berpandukan pilihan pelajar dan kekosongan tempat yang
ada. Namun begitu sering kali berlaku kesilapan pemilihan kursus samada oleh
kelemahan pelajar atau kekurangan tempat yang ada menyebabkan pelajar gagal
mendapatkan kursus yang diminati mereka. Perkara ini perlu di ambil perhatian serius
kerana Holland (1973;1985) menegaskan bahawa terdapat hubungan yang rapat di antara
jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Bagi beliau, pemilihan sesuatu kerjaya
merupakan suatu tingkah laku ekspresif yang mencerminkan motivasi, pengetahuan,
personaliti dan kebolehan seseorang individu. Sesuatu pekerjaan itu juga menunjukkan
suatu cara hidup, suatu persekitaran, lebih daripada suatu set fungsi dan kemahiran kerja
yang berasingan. Misalnya, untuk menjadi tukang kayu, bererti seseorang individu itu
bukan sahaja tahu menggunakan alat-alat, tetapi juga mempunyai kedudukan, peranan
dan pola hidup tersendiri. Dalam hal ini, pemilihan sesuatu jenis pekerjaan menunjukkan
beberapa jenis maklumat: motivasi dan pengetahuan tentang pekerjaan itu, wawasan dan
pemahaman mengenai dirinya sendiri serta kebolehan-kebolehan yang ada pada dirinya
(Holland 1958;1977).
PENYATAAN MASALAH.
Para pelajar datang dan mendaftar di Kolej Komuniti dengan harapan yang besar samada
daripada diri, keluarga atau masyarakat di sekeliling mereka. Namun sering kali mereka
berhadapan dengan dilema apabila mendapati kursus yang dipilih atau ditawarkan tidak
2
memenuhi kehendak atau kecenderungan kerjaya mereka. Ini kerana kemasukan pelajar-
pelajar ke kolej-kolej komuniti di seluruh negara adalah berdasarkan syarat kemasukan
am Kementerian Pengajian Tinggi. Para pelajar dibenarkan membuat pilihan kursus
sendiri namun ianya juga bergantung kepada kekosongan tempat dalam kursus di
sesebuah kolej komuniti itu sendiri. Jika tidak para pelajar akan diberi kursus pilihan
kedua atau pun yang langsung tidak dimohonnya. Syarat yang ditentukan itu
menunjukkan kejayaan pemohon hanyalah bergantung kepada kelayakan akademik dan
kekosongan tempat semata-mata tanpa mempertimbangkan kesesuaian kecenderungan
kerjaya pelajar dengan program yang dipilih. Pemilihan program pengajian yang diikuti
oleh pelajar akan menentukan bidang kerjaya yang akan diceburi oleh mereka kelak.
Semasa pemilihan dibuat mungkin berlaku keadaan di mana pelajar-pelajar telah memilih
atau ditawarkan bidang pengajian yang mereka kurang minati. Akibatnya berlaku
ketidakkeselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan bidang yang dipilih dan
mungkin akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar.
Ini bermakna, semakin selaras ciri-ciri diri mereka dengan ciri akademik tempat
mereka belajar akan mempengaruhi pencapaian akademik. Ini jelas menunjukkan betapa
pentingnya pemilihan program pengajian yang sesuai kepada pelajar-pelajar di semua
kolej komuniti berdasarkan personaliti mereka. Tambahan pula., mengikut Gysbers,
Hepnner dan Johnston (1998) melalui konsep Life-Career Rainbow menyatakan individu
yang berada pada peringkat umur 15 hingga 24 tahun berada dalam peringkat penerokaan
kerjaya. Ianya bertepatan dengan umur purata pelajar di seluruh kolej komuniti di
Malaysia. Justeru itu amatlah penting bagi setiap pelajar diberi panduan yang secukupnya
dalam penerokaan bidang kerjaya masing-masing.
Inilah yang ditegaskan oleh Holland (1973;1985) yang menyatakan bahawa
keselarasan di antara kecenderungan kerjaya dengan persekitaran kerjaya dapat menjamin
kepuasan seseorang individu. Apabila wujud keselarasan maka hasilnya adalah kepuasan
dalam kerjayanya. Ini akan menjadikan seseoramg itu mampu melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan jujur. Perkara sebaliknya
boleh berlaku jika tidak berlaku keselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan
persekitaran kerjaya individu. Bagi pelajar yang kuat jiwanya mereka mungkin akan
mengubah kecenderungan mereka agar selaras dengan bidang yang dipelajari namun ada
3
juga yang gagal menangani tekanan dan seterusnya hanyut tanpa arah tujuan. Ini bagi
mengelakkan pelajar gagal bukan kerana mereka lemah tetapi kerana tiada keselarasan
antara kecenderungan kerjayanya dengan kursus yang diambil. Justeru itu satu kajian
perlu dijalankan untuk melihat keselarasan kecenderungan kerjaya pelajar dengan kursus
yang mereka pilih atau ditawarkan.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk meninjau keselarasan kesenderungan kerjaya
pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang dengan program pengkhususan dan
hubungannya dengan pencapaian akademik.
Kajian ini secara khususnya bertujuan seperti berikut:
(i) Mengenalpasti kecenderungan kerjaya semua program pengajian sijil di Kolej
Komuniti Bukit Beruang.
(ii) Menentukan samada wujud keselarasan antara kecenderungan kerjaya pelajar
kolej komuniti dengan pengkhususan program pengajian mereka
(iii) Mengenalpasti tahap kepuasan penggunaan ujian atas talian Xplorasi di
kalangan pelajar KKBBM
(iv) Melihat perbezaan Keselarasan Kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan
(v) Menentukan samada wujud hubungan antara keselarasan kecenderungan
kerjaya dan pengkhususan program pengajian dengan tahap akademik pelajar
PERSOALAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan ini diharap dapat menerangkan perkara-perkara berikut
(i) Apakah kecenderungan kerjaya bagi pelajar dalam semua program sijil di
Kolej Komuniti Bukit Beruang?
(ii) Apakah wujud keselarasan antara kecenderungan kerjaya pelajar kolej
komuniti dengan pengkhususan program pengajian mereka?
(iii) Apakah tahap kepuasan penggunaan ujian atas talian Xplorasi di kalangan
pelajar KKBBM?
4
(iv) Adakah wujud perbezaan pada Keselarasan Kerjaya antara pelajar lelaki dan
perempuan?
(v) Adakah wujud hubungan antara keselarasan kecenderungan kerjaya dan
pengkhususan program pengajian dengan tahap akademik pelajar?
HIPOTESIS KAJIAN.
Persoalan kajian i, ii dan iii tidak melibatkan pengujian hipotesis. Walau bagaimanapun
beberapa hipotesis nul kajian telah dibentuk untuk menjawab soalan-soalan kajian iv dan
v iaitu:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada Keselarasan Kerjaya antara
pelajar lelaki dan perempuan
Ho2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antaara keselarasan
kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan
meningkatkan pencapaian akademik bagi program Sijil Automotif.
Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antaara keselarasan
kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan
pencapaian akademik bagi program Sijil Teknologi Elektrik.
Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antaara keselarasan
kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan
pencapaian akademik bagi program Sijil Fesyen & Pakaian.
Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antaara keselarasan
kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan
pencapaian akademik bagi program Sijil Hotel dan Katering
5
Ho6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antaara keselarasan
kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar dengan peningkatan
pencapaian akademik bagi program Sijil Kecantikan dan Dandanan.
DEFINISI ISTILAH
Kolej Komuniti
Kolej telah ditubuhkan pada tahun 2001 dibawah Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia dengan penekanan diberi kepada aspek teknikal, hospitaliti dan perniagaan di
peringkat sijil dan Diploma. Ianya dibuka kepada semua lulusan SPM dengan syarat
minimun bagi membantu lulusan SPM yang sederhana untuk melanjutkan pelajaran.
Pengkhususan Program
Program pengajian yang ditawarkan ialah Sijil Teknologi Elektrik, Automotif,
Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer, Hotel & Katering, Penyelenggaraan
Banguna, Pengurusan Perniagaan Simpan Kira, Fesyen Pakaian dan sebagainya.
Kecenderungan Kerjaya
Keutamaan kerjaya yang ingin diceburi oleh seseorang ataupun memegang sesuatu
pekerjaan yang mencirikan sesuatu jenis personaliti tertentu. Dalam sesetengah kajian,
pengkaji menggunakan istilah personaliti kerjaya atau minat kerjaya.
Keselarasan Kerjaya
Lazarus (dlm. Sidek 2006) telah mendefinasikan keselarasan sebagai satu usaha yang
dilakukan untuk menyesuaikan, memadankan dan menyamakan nilai-nilai yang sedia ada
dengan satu keadaan yang baru diterima. Keselarasan dalam kerjaya akan berlaku apabila
individu bekerja atau tinggal dalam persekitaran yang serupa dengan jenis personalitinya.
Ini kerana menurut Holland (1973;1978;1985) setiap individu akan menyerupai salah satu
daripada enam jenis personaliti yang asas.
6
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat keselarasan antara jenis kecenderungan kerjaya
dengan program pengajian yang diikuti oleh pelajar-pelajar peringkat sijil di Kolej
Komuniti Bukit Beruang (KKBB) dan hubungannya dengan pencapaian akademik
pelajar.
Pengkaji telah menggunakan kajian berbentuk deskriptif dan komparatif sebab-
akibat atau ex-post facto. Dalam kajian yang dijalankan ini, rekabentuk deskriptif
digunakan untuk mendapatkan profil personaliti responden melalui ujian on-line di
www.xplorasi.edu.my yang telah dihasilkan oleh Prof. Datin Dr. Amla Salleh dan ianya
berasaskan ujian Self Directed Search oleh John Holland. Amla (2008) menegaskan
kaunseling berasaskan komputer adalah satu revolusi teknologi dalam aktiviti kaunseling.
Ianya merupakan satu inventori yang boleh digunakan untuk mengenalpasti profil
kecenderungan kerjaya dan minat kerjaya seseorang individu di mana-mana dan bila-bila
masa sahaja. Min dan ujian t digunakan untuk melihat tahap kepuasan penggunaan ujian
dan perbezaan keselarasan kejaya antara pelajar lelaki dan perempuan. Reka bentuk ex-
post facto jenis korelasi untuk melihat keselarasan antara kecederungan kerjaya pelajar
dengan persekitaran program pengajian dan hubungannya dengan pencapaian akademik
pelajar.
Tempat Kajian
Kajian dilakukan di Kolej Komuniti Bukit Beruang yang bertempat di Taman Bukit
Beruang Indah, Bukit Beruang Melaka dan cawangannya iaitu Kolej Komuniti Kota
Melaka (KKKM).
Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini ialah semua pelajar-pelajar peringkat sijil sepenuh masa di Kolej
Komuniti Bukit Beruang, Melaka dan Kolej Komuniti Kota Melaka, semester 4 sesi
Januari 2011 yang mengikuti program Sijil Teknologi Elektrik (STE), Sijil Automotif
7
(SAU), Sijil Hotel dan Katering (SHK), Sijil Kecantikan dan Dandanan (SKD) dan Sijil
Fesyen dan Pakaian (SFP). Dalam kajian ini responden kajian dipilih secara kaedah
persampelan rawak kelompok atas kelompok dan bertujuan. Pemilihan telah dibuat
secara khusus bagi memudahkan kajian. Pemilihan khusus responden yang dibuat adalah
mengkhusus kepada pelajar-pelajar semester empat. Pemilihan pelajar semester empat
adalah atas andaian bahawa pelajar-pelajar telah melalui proses penyesuaian dengan
program pengajian selama satu tahun setengah dan ini berkemungkinan dapat
memberikan kesan pada pencapaian akademik pelajar.
Sekaran (2003) menyatakan kaedah pemilihan persampelan rawak atas kelompok
dapat melibatkan semua lapisan elemen dalam populasi yang akan memberikan kejituan
dalam pemilihan responden bagi memenuhi kehendak pengkaji. Dalam kajian ini rawak
bermula dari Program Pengajian, Semester Pengajian dan jantina responden. Oleh yang
demikian sampel ialah beberapa orang pelajar bagi mewakili program pengkhsusan serta
kelas yang terdapat di KKBB. Bilangan sampel kajian ini adalah terdiri daripada 160
orang pelajar. Taburan bilangan sampel yang digunakan adalah seperti jadual 1.
Jadual 1 : Bilangan Populasi dan Sampel Pelajar Semester 4 sesi 2008/2009
mengikut program pengajian
_______________________________________________________________________
Program Pengajian Bil. Keseluruhan Jumlah Sampel
Sijil Teknologi Elektrik (STE) 45 38
Sijil Automotif (SAU) 41 30
Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) 56 28
Sijil Hotel dan Katering (SHK) 52 44
Sijil Kecantikan dan Dandanan (SKD) 43 20
JUMLAH 237 160
_____________________________________________________________________________________
8
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, untuk mengumpul data, alat ukuran yang digunakan adalah satu set
borang soal selidik yang terdiri daripada Biodata Responden dan ujian on-line di alamat
www.xplorasi.edu.my.
Bahagian A : Biodata Responden
Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Bahagian A borang soalselidik ialah
mengenai biodata responden yang meliputi sesi pengajian, kursus, jantina, PNGK dan
soalan-soalan mengenai tahap kepuasan penggunaan ujian. Pembolehubah-pembolehubah
yang dikenalpasti digunakan serta dikodkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah
pemilihan program pengajian dan PNGK. Soalan mengenai tahap kepuasan pelajar dalam
bahagian ini adalah berdasarkan soalan tinjauan kepuasan pengguna yang terdapat di
dalam ujian xplorasi.
Bahagian B : Ujian On-Line
Ujian on-line ini dibangunkan oleh Prof. Datin Dr Amla bt Mohd Salleh berasaskan
Inventori Self-Directed Search (SDS) dalam Teori Kerjaya Holland. Amla (2008)
menegaskan kaunseling berasaskan komputer adalah satu revolusi teknologi dalam
aktiviti kaunseling. Ianya merupakan satu inventori yang boleh digunakan untuk
mengenalpasti profil kecenderungan kerjaya dan minat kerjaya seseorang individu di
mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Inventori ini terdiri daripada 192 item yang
dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Kesukaan, Kecekapan dan Minat (pekerjaan).
Item-item dari setiap bahagian boleh dikelaskan kepada enam jenis kecenderungan
kerjaya seperti yang dikemukakan oleh Holland (1973;1985) iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konventional (K).
9
ANALISIS DATA KAJIAN
Analisis Kajian Deskriptif Menggunakan Environment Asssessment Technique
(EAT)
Teknik EAT telah diperkenalkan oleh Astin dan Holland (1961). Ianya mempunyai telah
dibuktikan kesahannya oleh beberapa pengkaji seperti McCormick, Jenneret dan Mecham
pada tahun 1972 dan Gottfredson pada tahun 1982 (Sidek 2002) dan mempunyai
kebolehpercayaan Uji dan Uji-Kembali yang tinggi, iaitu bernilai antara .83 hingga .99
untuk selang masa antara 2 hingga 6 tahun (Asten & Holland 1961). Data daripada ujian
on-line Xplorasi digunakan untuk menentukan dan mendefinasikan Kod Tiga Huruf
untuk kecenderungan kerjaya pelajar manakala kaedah EAT digunakan untuk melihat
Kod Tiga Huruf Holland keseluruhan pelajar. Kajian EAT ini menggunakan kaedah
statistik deskriptif iaitu secara analisis kekerapan dan pemeratusan. Berdasarkan jumlah
skor bagi enam personaliti, tiga skor tertinggi mengikut urutan merupakan kod
persekitaran bagi sesuatu program pengajian. Dalam kajian ini, jumlah keseluruhan skor
enam jenis personaliti diperolehi dengan menjumlahkan semua skor yang diperolehi oleh
responden mengikut jabatan pengajian dan kelas mereka.
Analisis Indeks Keselarasan (IK)
Bagi menentukan Indeks Keselarasan Kecenderungan Kerjaya-Persekitaran Program
pengajian responden, Kod Tiga Huruf Holland (Dictionary of Occupational Codes)
dengan Indeks Keselarasan dinilai berdasarkan Indeks Keselarasan Wiggins dan Moody
(1981) sebagai rujukan. Ianya ditentukan dengan membandingkan padanan antara kod
personaliti yang diperoleh daripada tiap-tiap persekitaran program pengajian dengan kod
tiga-mata Holland yang telah ditentukan dalam klasifikasi Holland. Padanan tepat,
contohnya, KES dan KES, akan diberikan IK 8; sementara kod langsung tiada padanan,
contohnya SEA dan IRK akan diberikan IK 0. Sementara itu IK 4 akan diberikan kepada
padanan di tahap sederhana contohnya RIK-ERI, RIK-SRK, RIK-EIR dan RIK-ERS.
10
Ujian T dan Min
Ujian T dijalankan untuk melihat perbezaan Indek Keselarasan antara jantina pelajar
sementara min digunakan untuk mengukur tahap kepuasan pelajar yang menggunakan
ujian ini.
Ujian Korelasi Pearson
Korelasi ialah hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah (Alias Baba 1999).
Analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk mendapat nilai korelasi bagi melihat
hubungan antara keselarsan kecenderungan kerjaya-persekitaran dengan pencapaian
akademik pelajar KKBBM.
DAPATAN KAJIAN
Kod Tiga Huruf Holland Kecenderungan Kerjaya dan Indeks Keselarasan
Kajian ini telah dijalankan dengan meminta pelajar menjawab inventori minat kerjaya
xplorasi atas-talian di www.xplorasi.edu.my. Ianya akan diproses secara automatik dari
segi pemarkahan dan pemilihan kod. Seterusnya kod pelajar terbabit akan diproses secara
EAT untuk mendapatkan kod keseluruhan pelajar program dan perbandingan akan dibuat
dengan Kod Tiga Huruf Holland. Berdasarkan Indek Keselarasan Wiggins dan Moody
markah keselarasan akan di beri untuk melihat tahap keselarasan setiap pelajar KKBBM.
11
Jadual 2 menunjukkan Kod Tiga Huruf pelajar dan yang dicadangkan oleh Holland
bersama dengan Indek Keselarasannya.
Jadual 2: Kod Tiga Huruf pelajar dan Holland bagi Kecenderungan Kerjaya pelajar
KKBBM
Program n Kod Pelajar Kod Holland IK
STE 38 SRE RSE 5
SAU 30 SRI RIE 4
SHK 44 SKE RSE 4
SFP 28 SKI AEI 3
SKD 20 SIA ASI 6
________________________________________________________________________
Jadual 2 menunjukkan bagi program STE, Kod Tiga Huruf Holland ialah RSE manakala
kod yang didapati daripada pelajar ialah SRE.. Tahap IK adalah 5 iaitu Indeks
Keselarasan yang agak kuat. Program SAU, Kod Tiga Huruf Holland ialah RIE manakala
kod yang diperolehi oleh pelajar ialah SRI dan tahap IK adalah 4 iatu keselarasan yang
lemah.
Program pengajian SHK mempunyai Kod Tiga Huruf Holland RSE , manakala
kod pelajarnya ialah SKE dan tahap IK juga 4. Manakala program SFP, Kod Tiga Huruf
Holland ialah AEI dan kod pelajarnya ialah SKI. Kedua-duanya mempunya tahap IK
yang rendah. Manakala bagi pelajar SKD, Kod Holland yang dicadangkan ialah ASI dan
kod yang didapati dari pelajar ialah SIA. Ia menunjukkan tahap IK yang lebih baik iaitu
6. Menurut Moody dan Wiggins ia menunjukkan tahap keselarasan yang baik.
12
Tahap Kepuasan Penggunaan Ujian Atas Talian (on-line) Xplorasi
Jadual 3: Nilai min bagi tahap kepuasan penggunaan ujian xplorasi
Program n Min
STE 38 8.5
SAU 30 7.7
SHK 44 8.5
SFP 28 8.6
SKD 20 8.5
Keseluruhan 160 8.4
_______________________________________________________________________
Jadual 3 menunjukkan min pelajar KKBBM adalah sebanyak 8.4 iaitu aras kepuasan
yang tinggi dan 4 program pengajian iaitu STE, SHK,SFP dan SKD melepasi min
keseluruhan di mana SFP mencatatkan min yang paling tinggi. Sementara pelajar SAU
mencatatkan min terendah iaitu 7.7.
Perbezaan Kelarasan Kerjaya antara Pelajar Lelaki dan Perempuan
Jadual 4 : Perbezaan tahap keselarasan Kerjaya antara pelajar lelaki dan perempuan
Analisis menunjukkan nilai t ialah .409 yang lebih kecil dari t kritikal iaitu 1.984. Ini
menunjukkan hipotesis nul telah diterima iaitu wujud perbezaan yang signifikan pada
keselarasan kerjaya antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Jantina N F Sig. Nilai t dkSig.
(2 hujung)Min
IK Lelaki 80 3.42 .067 .409 158 .683 4.50
Perempuan 80 3.42 .067 .409 158 .683 4.03
13
Hubungan Antara Indeks Keselarasan dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Korelasi Pearson digunakan untuk melihat tahap perhubungan yang signifikan di antara
pembolehubah-pembolehubah iaitu tahap keselarasan kecenderungan kerjaya dengan
pencapaian akademik pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Ianya telah
diproses dalam perisisan SPSS versi 18.0 dan hasil daripadanya telah diplotkan dalam
bentuk jadual bagi keputusannya.
Jadual 5: Hubungan antara Keselarasan Kecenderungan Kerjaya pencapaian akademik
pelajar KKBBM
_______________________________________________________________________
Program Min (IK) Min (PA) r r² p
STE 5 3.05 .516 .266 .040
SAU 4 2.76 .454 .206 .020
SHK 4 2.77 .681 .463 .000
SFP 3 3.09 .737 .543 .000
SKD 6 3.20 .801 .642 .003
________________________________________________________________________
Jadual 5 menunjukkan analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan Kerjaya
dengan pencapaian akademik pelajar STE. Ia menunjukkan faktor keselarasan kerjaya
mempunyai hubungan yang signifikan yang positif dengan pencapaian akademik (p =
0.040) di mana p < 0.05. Bagi program SAU analisis menunjukkan faktor keselarasan
kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (p < 0.05).
Analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan Kerjaya dengan pencapaian
akademik pelajar SHK. Analisis menunjukkan faktor keselarasan kerjaya mempunyai
hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (p < 0.05). Analisis korelasi di
antara Indeks Keselarasan Kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar SFP
menunjukkan faktor keselarasan kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pencapaian akademik (p < 0.05). Manakala analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan
Kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar SKD menunjukkan faktor keselarasan
kerjaya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik (p < 0.05).
14
RINGKASAN, RUMUSAN DAN IMPLIKASI
Kod Tiga Huruf Hollad bagi semua pelajar setiap program pengajian
Dapatan kajian ini telah dapat menyempurnakan tujuan pertama kajian dijalankan iaitu
untuk mengenalpasti Kod Tiga Huruf Holland Kecenderungan Kerjaya program-program
pengajian yang terdapat di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Dengan menggunakan alat
ujian xplorasi secara atas-talian, kajian ini telah berjaya memperolehi Kod Tiga Huruf
Holland personaliti bagi program-program peringkat Sijil di Kolej Komuniti Bukit
Beruang, Melaka.
Bagi Sijil Teknologi Elektrik (STE), di dapati personaliti yang paling dominan
ialah Sosial, Realistik dan Enterprising (SRE) manakala berdasarkan Dictionary of
Occupational Codes pula Kod Tiga Huruf bagi program STE ialah RSE. Bagi program
Sijil Automotif (SAU) personaliti yang paling dominan ialah Sosial dan diikuti oleh
Realistik dan Investigatif (SRI). Satu paten yang hampir sama dengan pelajar STE. Tetapi
Kod Holland untuk SAU ialah RIE. Program Sijil Hotel dan Katering (SHK)
mencatatkan personaliti yang paling dominan ialah Sosial dan diikuti oleh Konvensional
dan Enterprising (SKE) manakala Kod Hollandnya ialah RSE. Mankala program Sijil
Fesyen dan Pakaian (SFP) yang merekodkan personaliti yang kurang dominan iaitu
Sosial dan diikuti dengan Konvensional dan Investigatif. Ini berbeza dengan Kod Holland
SFP iaitu AEI. Pelajar SKD mencatatkan Kod tiga huruf yang paling hampir iaitu Sosial,
Investigatif dan Artistik (SIA) manakala Kod yang dicadangkan Holland ialah ASI.
Dapatan kajian di Kolej Komuniti Bukit Beruang ini hampir sama dengan kajian
Ahmad Rosli (2009) di Politeknik Kota Melaka (PKM) yang mendapati pelajar Sijil
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (SKE), di dapati personaliti yang paling dominan
ialah Sosial, Realistik dan Enterprising (SRE) manakala berdasarkan Dictionary of
Occupational Codes pula Kod Tiga Huruf bagi program SKE ialah Realistik, Investigatif
dan Enterprising (RIE). Bagi program Sijil Kejuruteraan Awam (SKA) personaliti yang
paling dominan ialah Sosial dan diikuti oleh Artisitik dan Investigatif (SAI). Kod Holland
untuk SKA pula ialah Investigatif, Sosial dan Realistik (ISR). Program Sijil Kejuruteraan
Mekanikal (SKM) mencatatkan personaliti yang paling dominan ialah Realistik dan
15
diikuti oleh Sosial dan Konvensional (RSK) manakala Kod Hollandnya ialah Realistik.
Sosial dan Enterprising (RSE).
Ini menunjukkan ciri-ciri personaliti yang hampir sama antara pelajar-pelajar
bidang teknikal PKM dan KKBBM yang kebanyakan mereka mencatatkan personaliti
paling dominan dalam Sosial. Ianya boleh ditakrifkan sebagai personaliti yang agak
berbeza dalam dunia kerjaya teknikal yang lebih berkecenderungan kepada realistik
seperti yang disarankan dalam of Occupational Codes oleh Gotfredson, Holland dan
Ogawa (1982). Namun begitu kita dapat lihat personaliti yang kedua dominasi bagi
pelajar STE dan SAU ialah Realistik, ini bermaksud pelajar-pelajar ini tetap mempunyai
kecenderungan yang bersesuaian dengan program kejuruteraan dan hospitaliti ini.
Tetapi perkara ini agak ketara berlainan bagi pelajar SHK yang mencatat SKE
berbanding personaliti yang dicadangkan iaitu RSE dan pelajar SFP yang mencatatkan
SKI berbanding kod Holland AEI. Personaliti Realistik dan Artisitik langsung tiada
dalam Kod Tiga Huruf mereka. Ini tidak bermakna mereka akan gagal menyesuaikan diri
dengan dunia kerjaya mereka tetapi sesuatu perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi
memastikan semua pelajar ini dapat mengadaptasikan diri mereka dengan dunia kerjaya
mereka atau pun mampu mengadaptasikan kerjaya ini dengan diri mereka agar tidak
timbul tekanan yang melampau (burn out) kepada pelajar. Ini kerana menurut Holland
(1973, 1985) ketidakselarasan akan berlaku apabila individu bekerja atau tinggal dalam
persekitaran yang berlawanan dengan jenis personaliti. Ianya akan memberi kesan kepada
tahap kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan diri individu tersebut.
Namun begitu pelajar-pelajar Sijil Kecantikan dan Dandanan (SKD)
menunjukkan Indeks Keselarasan yang baik antara Kecenderungan Kerjaya mereka
dengan program pengajian yang diikuti. Mereka menunjukkan personaliti yang paling
dominan dalam Sosial dan diikuti dengan Investigatif dan Artistik (SIA). Sementara Kod
Tiga Huruf Holland yang dicadangkan ialah ASI. Keselarasan atau kongruen ini
dikaitkan dengan tahap kepuasan bekerja yang tinggi, produktiviti yang meningkat dan
kestabilan emosi yang baik untuk individu yang terbabit. Ianya adalah satu
perkembangan yang sihat dan perlu diteruskan oleh pihak pengurusan kolej komuniti
dalam memberi peluang kepada pelajarnya berada dalam bidang yang diminati dan sesuai
dengan personaliti mereka.
16
Fenomena ini disokong oleh kajian longitudinal Gotfredson dan Holland (dlm.
Sidek 2002) terhadap sekumpuln Juruwang Bank yang baru dilantik. Mereka telah
menyimpulkan bahawa keselarasan individu-persekitaran mempunyai korelasi yang
cukup kuat dengan kepuasan kerja terutama di kalangan sampel yang didefinasikan jelas
dan homogenius. Begitu juga dengan kajian oleh Wiener dan Vaitenas (1977) terhadap
pekerja daripada kumpulan jenis Enterprising (E) iaitu pekerjaan-pekerjaan dalam bidang
pengurusan dan penjualan. Hasil analisis mendapati kumpulan pekerja yang mempunyai
personaliti Enterprising kurang berkecenderungan untuk bertukar atau berhenti daripada
kerjaya mereka berbanding dengan kumpulan yang mempunyai personaliti yang
berlainan. Dapatan-dapatan ini secara tidak langsung menyokong saranan teoritikal
Holland tentang pemilihan kerjaya dan kestabilan.
Keselarasan Kecenderungan Kerjaya dengan Program Pengajian Pelajar
Data daripada alat ukuran xplorasi atas talian digunakan untuk menentukan dan
mendefinasikan Kod Tiga Huruf untuk persekitaran program pengajian yang dipilih di
KKBBM. Ianya diproses secara automatik di akhir ujian dan keputusan Kod Tiga Huruf
Holland akan dipaparkan pada keputusan akhir yang akan dicetak bagi tujuan rujukan.
Manakala kajian Environmental Assessment Technique (EAT) pula menggunakan kaedah
statistik deskriptif iaitu secara analisis kekerapan dan pemeratusan. Berdasarkan jumlah
skor bagi enam jenis personaliti, tiga skor tertinggi menurut urutan merupakan kod
persekitaran bagi sesuautu program pengajian. Seterusnya ia dibandingkan dengan Kod
Tiga Huruf Holland yang dicadangkan bagi setiap persekitaran kerjaya oleh Gotfredson,
Holland dan Ogawa (1982) dalam Dictionary of Occupational Codes. Hasil bandingan
ini akan dinilai melalui Indek Keselarasan oleh Wiggins dan Moody (1981) untuk
mendapatkan Indek Keselarasan. Hasilnya didapati bahawa pelajar Sijil Kecantikan dan
Dandanan (SKD) dan Sijil Teknologi Elektrik sahaja yang mempunyai keselarasan antara
kecenderungan kerjaya dan program pengajian mereka. Indek Keselarasan Wiggins dan
Moody memberikan mata 5 hingga 8 sebagai tahap keselarasan yang baik. Para pelajar
SKD mendapat IK 6 dan STE mendapat IK 5 dan boleh dikatakan hanya mencapai tahap
minima sahaja dalam Indeks Keselarasan yang baik.
17
Hasil dapatan ini selaras dengan kajian oleh Norida et al. (2008) kepada pelajar
program pengajian Kuasa Industri yang menunjukkan Indeks Keselarasannya adalah 5.
Ini menunjukkan pelajar-pelajar dalam bidang ini mempunyai keselarasan antara
kecenderungan kerjaya dengan progarm pengajian mereka. Begitu juga dengan kajian
oleh Sabariah (1999), di mana beliau mendapati pelajar yang mengikuti pengajian
Sarjaan Muda Kejuruteraan mempunyai Indeks Keselarasan 7 yang bermaksud selaras
antara kecenderungan kerjaya dan persekitaran pengajian pelajar.
Pelajar Sijil Hotel dan Katering (SHK) dan Sijil Automotif (SAU) KKBBM pula
masing-masing mendapat Indeks Keselarasan 4 sahaja. Manakala pelajar Sijil Fesyen dan
Pakaian hanya mendapat Indeks Keselarasan 3 sahaja iaitu paling lemah antara ketiga-
tiga kursus. Ini bermaksud pelajar-pelajar di ketiga-tiga program ini tidak mempunyai
keselarasan antara kecenderungan mereka dengan persekitaran program pengajian yang
mereka ikuti. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian oleh Norida Abdullah et al. (2008)
pada pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di UteM yang mendapati
Indeks Keselarasan bagi program pengajian Kejuruteraan Komputer ialah 4, Industri
Elektronik ialah 4 dan Telekomunikasi ialah 2. Dapatan kajian ini menunjukkan Indeks
Keselarasan yang diperolehi oleh ketiga-tiga program adalah tidak selaras antara
kecenderunga kerjaya pelajar dengan program pengajian yang diikuti oleh mereka.
Namun begitu dapatan ini berbeza dengan dapatan yang diperolehi oleh Mohd
Som (1996) yang mendapati Indeks Keselarasan bagi pelajar yang mengikuti program
pengajian Kejurtraan Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menegah Teknik di Malaysia
adalah 5 iaitu selaras. Bagi kajian yang dilakukan oleh Othman (1999) adalah para pelajar
yang mengikuti program Kejuruteraan di UPM pula mendapati Indeks Keselarasan
pelajar program ini adalah 4.
Tahap kepuasan Penggunaan Ujian Xplorasi
Analisis tahap kepuasan menunjukkan majoriti pelajar mengatakan mereka sangat
berpuas hati dengan penggunaan ujian secara atas-talian. Ianya dapat dilihat menerusi
analisis tahap kepuasan yang dibuat dengan menggunakan min dan didapati min pelajar
KKBBM adalah sebanyak 8.4 iaitu aras kepuasan yang tinggi dan 4 program pengajian
18
iaitu STE, SHK,SFP dan SKD melepasi min keseluruhan di mana SFP mencatatkan min
yang paling tinggi. Sementara pelajar SAU mencatatkan min terendah namun begitu
masih lagi merupakan peratusan yang tinggi untuk tahap kepuasan penggunaan.
Perbezaan Keselarasan Kerjaya antara antara pelajar lelaki dan perempuan
Kajian jelas menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap keselarasan
kerjaya antara pelajar lelaki dan wanita. Justeru itu boleh dikatakan permasalahan
keselarasan antara darjah kongruen merupakan senario yang sama dirasai oleh pelajar
lelaki atau pun perempuan.
Korelasi antara Keselarasan Kecenderungan Kerjaya dan Program Pengajian
dengan Pencapaian Akademik
Kajian ini menggunakan Korelasi Pearson dan ia telah diproses menggunakan perisian
SPSS ver.18.0. Hasil dapatan menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan
antara keselarasan kerjaya-program pengajian dengan pencapaian akademik pelajar
dalam semua program pengajian di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Apa yang
membezakan antara kelima-lima program ini hanyalah tahap korelasinya sahaja. SKD
mencatat korelasi paling kuat pada iaitu r = .801, diikuti oleh SFP r = .737, STE r = .516,
SHK r = .681 sementara paling rendah ialah SAU iaitu r = .454. Berdasarkan Cohen
(dlm. Pallant 2007) nilai korelasi boleh diinterpritasikan seperti berikut r = .10 hingga .29
adalah hubungan lemah, r = .30 hingga .49 hubungan sederhana dan r = .50 hingga 1.0
hubungan yang kuat. Justeru itu boleh diinterpritasikan di sini, kesemua pelajar kursus ini
memperlihatkan hubungan yang kuat antara kecenderungan kerjaya dengan pencapaian
akademik melainkan pelajar SAU yang mempunyai hubungan yang sederhana.
Dapatan kajian ini bersesuaian dengan pandangan Holland (1973;1985) yang
berpendapat bahawa motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan
adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau kongruens antara jenis personaliti
dengan jenis persekitaran tempat individu tersebut bekerja. Konsep kongruens atau
keselarasan mencadangkan bahawa semakin banyak persamaan yang yang wujud antara
19
jenis personaliti dengan jenis persekitaran mereka, semakin tinggi kestabilan, pencapaian
dan kepuasan yang akan mereka alami. Pencapaian akademik adalah bergantung kepada
darjah keselarasan atau kongruens individu-persekitaran, ketekalan personaliti dan
perbezaan personaliti (Reuterfors et al. 1979).
Banyak kajian lain juga menyokong pandangan Holland ini seperti kajian oleh
Norida et al. (2008) yang menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar dari semua
fakulti di UteM kecuali Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mempunyai
hubungan dengan keselarasan personaliti-persekitaran kerjaya. Dapatan ini jelas
menunjukkan bahawa pencapaian akademik pelajar yang ciri personaliti mereka selaras
dengan persekitarn pendidikan tempat belajar akan memberi kesan kepada pencapaian
akademik. Ini bermakna, semakin selaras ciri diri mereka dengan ciri persekitaran tempat
mereka belajar akan membantu pencapaian akademik yang baik.
Sidek Mohd Noah (1996) juga telah menjalankan kajiannya terhadap pelajar
program Bacelor Kejuruteraan Pertanian, Bacelor Sains (Kepujian), Bacelor Pendidikan
(TESL), Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Bacelor Sains Perniagaan
Tani dan Bacelor Perakaunan, UPM, Serdang, untuk melihat hubungan antara keselarsan
kerjaya dengan pencapaian akademik pelajar. Hasilnya didapati tiga program pengajian
iaitu BP (TESL), BP (B&K) dan BSPT memperlihatkan hubungan yang positif yang
signifikan antara keselarsan kerjaya dengan pencapaian akademik. Tiga program
pengajian lain iaitu BKP, BS (K) dan BPA memperlihatkan hubungan yang positif tetapi
tidak signifikan. Walau bagaimanapun hubungan positif yang signifikan antara
keselarasan kerjaya (IK) dan pencapaian akademik (PA) telah diperoleh apabila analisis
dibuat secara keseluruhan iaiatu subjek kajian tidak dipecahkan mengikut program
pengajian masing-masing.
20
IMPLIKASI KAJIAN
Implikasi Teoritikal
Di Malaysia, pengkajian berhubung dengan keselarasan kerjaya telah banyak dijalankan.
Antaranya oleh Amir Awang (dlm. Sidek 2002), Amla Salleh (1984), Sidek Mohd Noah
(1996), Haslee Shahril Lim (1992), Othman Jailani (1999) dan sebagainya. Kebanyakan
kajian ini telah diasaskan kepada teori Pemilihan kerjaya Holland (Sidek 2002). Kajian-
kajian ini telah menghasilkan beberapa dapatan yang penting dan signifikan. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kajian yang dijalankan tidak begitu menyeluruh kerana
beberapa kehadiran beberapa batasan. Sebagai contoh, Amir Awang (dlm Sidek 2002)
dan Amla Salleh (1984) lebih menekankan pengkajian tentang kesahan dan
kebolehpercayaan alat ukuran dan bukan keselarasan kerjaya. Begitu juga dengan
pengkaji-pengkaji lain yang walaupun menumpukan kajian mereka kepada keselarasan
kerjaya tetapi tidak mencakupi kesemua bidang kerjaya yang disarankan dalam teori
Pemilihan Kerjaya Holland (Sidek Noah 2002). Manakala bagi kajian ini, menggunakan
Ujian Kerjaya Xplorasi yang dibina oleh Prof. Datin Dr. Amla Salleh dari Fakulti
Pendidikan, UKM yang berasaskan ujian SDS sebagai alat ukur kecenderunga kerjaya
dan ianya dijawab secara atas talian. Kajian yang dijalankan juga mencakupi semua
bidang pengajian di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.
Dapatan kajian ini, secara teori, telah menyokong teori kerjaya yang dikemukakan
oleh Holland (1973;1985). Beliau menyarankan idea mengenai kewujudan ciri-ciri
kecenderungan kerjaya dan persekitaran-persekitaran tertentu yang dikelaskan olehnya
sebagai Realistik (R), Investigatif (I), Artisitik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan
Conventional (C) atau Konvensional (K) dalam bahasa Melayu. Bagi pelajar program
Sijil Teknologi Elektrik (STE) ciri kecenderungan kerjaya – persekitarannya ialah Sosial,
Realistik dan Konvensional, begitu juga dengan pelajar Sijil Automotif, manakala pelajar
Sijil Hotel dan Katering mencatatkan personaliti Sosial, Konvensional dan Enterprising
sementara pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian memperlihatkan kecenderungan kerjaya
Artistik, Sosial dan Konvensional.
Namun dapatan kajian ini agak kurang menyokong konsep keselarasan
kecenderungan kerjaya dan persekitaarn yang disarankan oleh Holland (1973;1985) yang
21
mengatakan bahawa individu yang mempunyai yang mempunyai kecenderungan kerjaya
yang sama atau seakan-akan sama akan memilih persekitarn yang sama atau seakan-akan
sama dengan kecenderungan kerjaya mereka. Ini memandangkan beberapa progarm
pengajian seperti SAU, SFP dan SHK mempunyai Kod Tiga Huruf yang berlainan
dengan apa yang dicadangkan oleh Dictionary of Occupational Codes (Gotfredson,
Holland dan Ogawa 1982). Hanya pelajar SKD dan STE sahaja yang mempunyai
keselarasan yang tinggi antara kedua-dua pembolehubah di mana personaliti yang
dominan adalah sama dengan apa yang dicadangkan oleh Teori Holland Cuma
kedudukan susunan huruf sedikit berbeza.
Walaupun begitu ia tetap memberikan gambaran bahawa keselarasan
kecenderungan kerjaya-persekitaran amat penting apabila kita melihat hasil korelasi yang
diperoleh antara keselarasan kecenderungan kerjaya-persekitaran kerjaya dengan
pencapaian akademik pelajar. Ianya memperlihatkan hubungan positif yang sungguh kuat
antara kedua-duanya pada semua program pengajian. Ini bertepatan dengan saranan
Holland (1973;1985) yang mengatakan individu yang kongruen kecenderungan kerjaya-
persekitaran akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya dan menghasilkan
pencapaian yang baik.
Implikasi Praktikal
Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu menambahkan dan memantapkan
pengetahuan dalam bidang kaunseling terutama apabila mengkaji tentang Kaunseling
Kerjaya dan impaknya kepada prestasi akademik atau kepuasan kerja. Kajian ini juga
memperlihatkan satu inovasi Kaunseling Kerjaya dalam ICT dan ianya diterima baik oleh
majoriti pelajar yang menggunakannya. Kita juga boleh melihat masalah keselarasan
kerjaya secara lebih menyeluruh tanpa melihat dari aspek jantina bagi memantapkan lagi
lulusan pelajar kolej komuniti.
Banyak perkara boleh dilakukan oleh Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti bagi
menangani permasalahan yang telah dirungkaikan oleh kajian ini seperti mengadakan
aktiviti bercorak akademik atau kokurikulum yang dapat membantu pelajar
menyesuaikan diri dan menggunakan keseluruhan potensi diri untuk memenuhi keperluan
22
dan kehendak bidang pengajian yang berkenaan. Manakala penubuhan Pusat
Perkhidmatan dan Kerjaya khas juga dicadangkan untuk membantu pelajar memahami
diri dan mengatasi masalah yang dihadapi terutama dalam konflik pemilihan kerjaya.
Akhir sekali pengkaji ingin mengesyorkan agar diadakan ujian personaliti atas-talian
sebagai satu mekanisme pengambilan pelajar untuk semua calon yang ingin memasuki
program-program pengajian di kolej komuniti supaya mereka boleh berada di dalam
bidang pengkhususan yang sesuai dengan kecenderungan kerjaya mereka.
CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA
Kajian ini dijalankan ke atas seramai 160 orang pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang,
melaka sahaja. Hasil kajian mungkin akan dapat menjadi lebih baik sekiranya lebih
banyak sampel kajian digunakan.
Kajian ini juga tidak mengambil kira faktor status sosioekonomi dan sebab
pemilihan program oleh pelajar. Faktor-faktor ini mungkin juga boleh mempengaruhi
faktor pencapaian akademik atau pemilihan program pengajian. Mungkin jika faktor-
faktor ini diambil kira, kajian ini akan menjadi lebih menyeluruh.
Kajian yang dijalankan juga terbatas kepada pelajar semester 4, peringkat
pengajian sijil Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka sahaja. Oleh itu suatu generalisasi
dapatan kajian mungkin tidak boleh dilakukan terhadap semua kolej komuniti di
Malaysia. Oleh itu kajian yang lebih menyeluruh terhadap tahap keselarasan
kecenderungan kerjaya dan program pengajian pelajar perlu diadakan untuk dapatan yang
lebih baik.
Kajian ini juga tidak sepenuhnya dapat membuktikan pelajar yang mempunyai
kecenderungan yang sama atau seakan-akan sama lebih cenderung untuk berada dalam
persekitaran yang sama atau seakan-akan sama. Kajian yang seterusnya mungkin
berdasarkan kajian ini, boleh melihat dan mendalami mengapa pelajar memilih program
yang tidak selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka dan apakah masalah yang
mungkin timbul daripadanya. Justeru itu, langkah-langkah yang terbaik dapat digerakkan
bagi membantu pelajar-pelajar sebegini yang kadang kala seolah-olah terperangkap
dalam dunia kerjaya yang tidak sesuai dengan jiwa mereka.
23
Kajian-kajian lain juga boleh dilakukan sebagai kesinambungan daripada kajian
ini seperti kajian hubungan antara kepuasan belajar dan pencapaian akademik, hubungan
antara ciri-ciri personaliti dengan pencapaian akademik dan mengkaji perbezaan
pencapaian akademik antara pelajar yang selaras dan tak selaras kecenderungan kerjaya
dan bidang pengajian. Ketiga-tiga persoalan ini tidak dikupas dalam kajian ini. Justeru
amatlah besar manfaatnya kepada para pelajar jika tiga isu ini dikaji dan dikenalpasti
puncanya. Ianya juga boleh membantu Kementerian Pengajian Tinggi untuk
mengenalpasti suatu program dan perancangan untuk meningkatkan mutu pengajian di
semua kolej komuniti di seluruh negara. Di samping itu ia juga boleh memberi kesedaran
kepada keluarga pelajar agar tidak memilih program pengajian untuk anak-anak mereka
mengikut selera mereka tanpa memberi peluang kepada anak mereka untuk berada di
dalam alam kerjaya yang selaras dengan kecenderungan kerjaya mereka.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya beberapa kesimpulan boleh didapati dari kajian ini :
i. Kajian tentang Kod Tiga Huruf Holland pada para pelajar di Kolej Komuniti
Bukit Beruang, Melaka menunjukkkan memang terdapat Kod tiga Huruf
yang tersendiri pada setiap program pengajian.
ii. Keselarasan antara kecenderungan kerjaya dengan program pengajian pelajar
di Kolej Komuniti Bukit Beruang telah dikenalpasti di mana kajian
menunjukkan ada di kalangan pelajar yang selaras dan ada yang tidak selaras
antara kecenderungan kerjaya dengan program pengajian mereka.
iii. Para pelajar KKBBM berpuas hati dengan penggunaan ujian atas-talian
Xplorasi bagi melihat Personaliti Kerjaya mereka
iv. Tidak wujud perbezaan dari segi tahap keselarasan kerjaya antara pelajar
lelaki dan pelajar perempaun. Justeru itu ia boleh dianggap masalah yang
sama dihadapi oleh semua jantina.
24
v. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
pencapaian akademik dengan keselarasan kecenderungan kerjaya dalam
semua program pengajian.
Kajian ini telah dapat menghasilkan maklumat yang bernilai tentang keselarasan
kecenderungan kerjaya dan program pengajian serta hubungannya dengan pencapaian
akademik pelajar. Kajian ini akan menjadi lebih bermakna jika disokong oleh kajian-
kajian akan datang yang telah dicadangkan.
25
RUJUKAN
Ahmad Rosli. 2009. Keselarasan Kecenderungan Kerjaya ddengan Program Pengajian
Pelajar di Politeknik Kota Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis
Sarjana
Ahmad Rozelan & Othman Aman. 2005. Keselarasan Personaliti dengan Persekitaran
Pendidikan : Satu tinjauan perbandingan antara dua buah IPTA di kalangan
pelajar jurusan kejuruteraan, Prosiding Seminar Akademik IPTK, KUTKM
Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi:
Penerbit UKM
Amir Awang. 1984. Pengantar Bimbingan dan Kaunseling. Pulau Pinang : Penerbit USM
Amla Salleh. 2008. Penilaian Dalam Kaunseling: Untuk Kaunselor dan Profesional
Membantu. Manuskrip Buku DBP
Amla Salleh. 1984. An investigation of the reliability, validity and translation of
Holland’s SDS for utilization by a Malaysian population. Universiti Western
Michigan :Tesis PhD
Amla Salleh, Zuria Amat & Salleh Majid. 2006. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
Bangi: Penerbit UKM
Astin, A.W & Holland, J.L. 1961. The Environmental Assesment Technique: A way to
measure college envirnment. Journal of Educational Psychology 31: 308-316
Brighton, J.A. 2008. Industry-Education collaboration for sustainable workforce
development – Meeting s the challenge. Industry Dialogue Report 2008. KPTM
Cates, W.M. (1985). A Practical Guide to Education Research. 1st Ed. Englewood
Cliffs, N.Y: Prentice - Hall.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. K.Lumpur : McGraw-Hill
Gotfredson, G.D, Holland, J.L & Ogawa, D.K. 1982. Dictionary of Occupational Codes
CA: Consulting Psychologist Press
Gysbers, N.C., Hepnner, M.J. and Johnston, J.A .2003. Career Counselling: Process,
Issues and Techniques. Boston: Allyn & Bacon
26
Haslee Shahrill Lim. 1991. The compatibility of trade student’s personality and their
respective trade training environment: an application of Holland’s Theory in
Negeri Sembilan Vocational School. Universiti Putra Malaysia: Tesis Sarjana
Holland, J.L. .1973. Making Vokational Choices: A theory of Careers. Englewood Cliffs,
New Jersey: Prentice-Hall
Holland, J.L. .1985. A Theory of Vocational Personality and Work Environment.
Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall
Holland, J.L. 1989. The Occupation Finder. Odessa. Florida: Psycological Assessment
Resources Inc.
Holland, J.L. .1996. Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality
Personality and work Environment. Odessa. Florida: Psycological Assessment
Resources Inc.
Kamus Dewan. 1999. Kuala Lumpur:DBP
KPTM. 2009. Fakta Ringkas JPPKK. Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Mastura Mahfar. 2004. Hubungan antara pencapaian akademik dan darjah kongruen
personaliti persekitaran di kalangan pelajar UTM. Universiti Teknologi Malaysia:
Tesis Sarjana.
Mastura Mahfar, Ishak Mad Shah & Hamdan Abd Kadir. 2008. Kekongruenan
personaliti-persekitaran dan hubungan dengan pencapaian akademik di kalangan
pelajar. Jurnal Kemanusiaan 12: 23-32
McKenzie, K. & Schweitzer, R. 2001. Who succeeds at university? Factors predicting
academic performance in first year Australian university students. Higher
Education Research & Development. 20: 21-33.
Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : DBP
Mohd Najib Abdul Ghafar. 2003. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:
Penerbit UTM
Mohd Som Abd Hamid. 1996. Keselarasan personaliti-persekitaran dan hubungannya
dengan kepuasan belajar di kalangan pelajar sekolah menengah teknik. Universiti
Putra Malaysia: Tesis Sarjana
27
Norida Abdullah, Ahmad Rozelan & Hafzan Ariffin. 2008. Keselarasan Personaliti
dengan program pengajian dan hubungannya dengan pencapaian akademik
pelajar. Jurnal PERKAMA 14 : 23 – 54
Pallant, J.. 2007. SPSS: Survival Manual. New York: McGraw Hill Education
Reuterfors, D.L., Shcneider L.J & Overton, T.D. 1979. Academic Achievement: An
Examination of Holland’s Congruency, Consistency and Differentiation
Prediction. Journal of Vocational Behavior 14: 181 – 189
Sabariah Siron. 1995. Keselarasan personaliti persekitaran Holland dan hubungannya
dengan kepuasan belajar dan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti.
Universiti Putra Malaysia: Tesis Sarjana
Sidek Mohd Noah. 2000. Rekabentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang: Percetakan FPP
Sidek Mohd Noah .2002. Perkembangan Kerjaya : Teori dan Praktis. Serdang : Penerbit
UPM
Tan Ah Hui (2003). Kekongruenan personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar fakulti pendidikan, UTM. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana.
Wiggins, J.D and Moody, A. 1981. Compatibility Index Discriptor. DE: Training
Associates Ltd.
28