kajian kes
TRANSCRIPT
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN
KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS
DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU
SAINS DAN MATEMATIK DAERAH TEMERLOH
Universiti Putra Malaysia
EDU 5300 : PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI PENGAJARAN
NORHANA AINI MOHAMED AMIN (GS 16970)
NOORASHIKIN NAZIR (GS 17481)
SARAH FARHANA JUHARI (GS 17479)
NAHID SHAHVERDIAN (GS 18689)
Pensyarah
Dr. Rosnaini Mahmud
Abstrak
Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah
memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu
guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),
pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-
sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar
__________________________________________________________________
1
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk
penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah
dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi
kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan
tentang tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran
sains dan matematik di kalangan guru-guru sains dan matematik
daerah Temerloh. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian
kursus dan internet. Respondennya terdiri daripada 18 orang guru
sains dan 15 orang guru matematik daripada empat buah sekolah di
daerah Temerloh. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan
analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk
melihat sejauh mana guru-guru sains dan matematik menggunakan
perisian kursus yang dibekalkan dan kemudahan internet dalam
pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains
telah menyahut cabaran ini dengan baik di mana 83% daripada
guru-guru selalu menggunakan perisian kursus yang dibekalkan
dalam pengajaran mereka. Namun dalam kalangan guru-guru
matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guru-
guru menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada
tahap yang rendah iaitu 31% dikalangan guru-guru sains dan 22% di
kalangan guru-guru matematik. Beberapa cadangan diberikan bagi
membantu guru-guru menggunakan kedua-dua kemudahan ini
dengan lebih kerap dan berkesan.
Pengenalan
Teknologi pengajaran ialah teori dan praktis reka bentuk,
pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses
pelbagai sumber pembelajaran (Seels & Richey,1994)
__________________________________________________________________
2
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk
berasaskan lima komponen. Komponen yang dimaksudkan ialah
rekabentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian.
Komponen ini membentuk domain bagi setiap bidang teknologi
pengajaran.
Domain Penggunaan merupakan domain yang sangat penting
dalam teknologi penagajaran. Ia merangkumi pengetahuan,
kemahiran dan kecenderungan menggunakan proses-proses dan
sumber-sumber untuk pembelajaran melalui pengaplikasian prinsip-
prinsip dan teori-teori penggunaan media, difusi inovasi,
implementasi dan membuat polisi.
Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran
daripada perubahan taraf soasial masyarakat daripada era agrarian
hinggalah ke era industri dan kini memasuki era teknologi
maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan
mengalami anjakan daripada teori behaviorisme ke kognitisme dan
seterusnya ke konstruktivisme.
Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama
diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah
sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi mencapai wawasan dan inspirasi
negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana
pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif
harian, komputer bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas
pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat untuk
menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran
bagi hampir semua mata pelajaran.
__________________________________________________________________
3
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Melalui rancangan pembestarian semua sekolah, kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi akan diterap serta
diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mulai
tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar dalam
Bahasa Inggeris. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003)
menyatakan bahawa mempelajari Sains dan Matematik dalam
medium bahasa Inggeris yang dibantu oleh ICT, menyediakan
peluang yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka.
Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melengkapkan
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupa
maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Bagi
menjayakan usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk
membolehkan setiap sekolah memiliki infrastruktur dan peralatan
komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para guru dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-
9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi
meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah
seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah
mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia,Selasa,29
Ogos 2006)
Latar Belakang Kajian
Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik
merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk
masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya
kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains
__________________________________________________________________
4
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang
perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan
matematik untuk memenuhinya.
Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah
diutamakan untuk merangsang pemikiran pelajar, namun begitu
komputer merupakan media penting yang digunakan untuk
membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam
memantapkan ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-
pelajar.
Kepentingan Kemahiran Komputer dalam kalangan Guru-
guru Sains dan Matematik
Pada 20 Mei 2002, kabinet mengumumkan mata pelajaran
Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris untuk
Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah pada tahun
hadapannya, iaitu tahun 2003 (Utusan Malaysia 10 Ogos 2002).
Persoalannya, bagaimanakah ia dapat dilaksanakan dalam masa
yang singkat dan berkesan. Maka kerajaan mencadangkan ICT
digunakan bagi memudahkan dan membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua mata pelajaran
tersebut. Persoalan seterusnya, adakah guru-guru yang terlibat
bersedia menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Adakah guru-guru Sains dan Matematik mempunyai
kemahiran komputer yang mencukupi bagi melalui proses
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini.
Badjet 2003 yang dibentang oleh Perdana Menteri ketika itu,
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
memperuntukkan RM 5 billion untuk tempoh antara 2002 hingga
__________________________________________________________________
5
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
2008 bagi melengkapkan prasarana perisian dan latihan kepada
tenaga pengajar untuk memastikan kelancaran perlaksanaan mata
pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah-
sekolah. Sekarang, setelah empat tahun berlalu, kemudahan dan
kelengkapan komputer di sekolah telah mencapai tahap yang
memuaskan.
Guru Sains dan Matematik dan Komputer
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan
orang yang paling hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek
yang diajar dan mengenali serta mengetahui masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar.
Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi
digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil
pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah
televisyen, radio, video, perisian komputer, perisian kursus, dan
internet.
Memandangkan adalah penting penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,
kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa
kemahiran mengendali dan memanipulasi sesuatu alat, betapa
penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak akan memberi
kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun
terdapat banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer
dalam pengajaran, banyak peruntukkan yang disediakan oleh
kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak
menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan
menjadi sia-sia.
__________________________________________________________________
6
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Persoalan Kajian
Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :
1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media
yang tertentu dalam pengajaran mereka.
2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan
tahap kemahiran penggunaan komputer dan internet di
kalangan responden.
3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan
internet untuk mendapatkan bahan pengajaran.
4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan
perisian kursus yang dibekalkan.
5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang
dibekalkan, adakah ia membantu dalam mencapai objektif
pengajaran.
6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa
menggunakan perisian kursus yang dibekalkan.
7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer
dalam pengajaran.
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap
digunakan oleh guru-guru Sains dan Matematik dalam
pengajaran.
2. Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer
(internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam
__________________________________________________________________
7
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
pengajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik
sekolah menengah daerah Temerloh.
3. Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam
pengajaran.
Kepentingan Kajian
Sejak PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris) dilaksanakan, pihak kerajaan
telah memperuntukkan sejumlah wang yang begitu besar bagi
melicinkan perjalanan perlaksanaan PPSMI. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia telah membekalkan ’laptop’, ’LCD projector’ dan
CD perisian kursus kepada guru-guru Sains dan Matematik untuk
membantu mereka melaksanakan PPSMI dengan berkesan. Maka
sewajarnyalah kemudahan yang diberi itu digunakan sepenuhnya
untuk faedah anak-anak didik mereka.
Namun, sejauh manakah guru-guru Sains dan Matematik ini
telah menggunakan kemudahan yang diberi dalam melaksanakan
tugas yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu suatu kajian perlu
dijalankan bagi menjawab persoalan di atas. Kajian ini merupakan
suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer
(internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran
Sains dan Matematik dalam kalangan guru-guru Sains dan
Matematik sekolah menengah dan ia juga merupakan kajian kes
yang dijalankan bagi daerah Temerloh. Hasil kajian ini boleh
menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada
pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang
berkenaan dalam membuat perancangan dan strategi untuk
__________________________________________________________________
8
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik dengan kemahiran-
kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini
dengan lebih kerap dan efektif.
Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan
mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh guru-guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan PPSMI.
Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada
pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit secara
langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik
dalam cabaran dan impak globalisasi.
Batasan Kajian
Tinjauan tidak dapat dilakukan ke atas semua guru Sains dan
Matematik di sekolah-sekolah yang berkenaan kerana ramai guru
terlibat dengan MSSM (Majlis Sukan-Sukan Malaysia) daerah
Temerloh ketika kajian dijalankan.
Kajian Literatur
Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang
guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa
faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru
memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan
komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan
menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan
komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan
menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan
pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara
__________________________________________________________________
9
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak
mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran
menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar
yang penuh di samping tugas-tugas lain yang
dipertanggungjawabkan.
Melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke
atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati
bahawa hanya 10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan
pengajaran dalam bentuk multimedia. Kurang mahir merupakan
masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan
bahan pengajaran berbentuk multimedia.
Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru
sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian
multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif,
membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai
objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan
boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang
pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa
buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap
kesediaan sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer masih di peringkat awal dan
persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap
penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan
teknologi harus diperkemas dan dipertingkatkan terlebih dahulu.
__________________________________________________________________
10
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004)
terhadap guru-guru sains di sekolah menengah bahagian
Kuching/Samarahan mendapati guru-guru mempunyai tahap
pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana.
Beliau juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan
adalah besar dan tahap keperluan kemahiran adalah sederhana.
Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu
dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas
dan penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam
perkhidmatan.
Metodologi Kajian
Responden dalam kajian ini terdiri dari 33 guru Sains dan
Matematik (15 guru sains dan 18 guru matematik) di daerah
Temerloh. Empat buah sekolah telah dipilih dan sekolah-sekolah
tersebut adalah :
a) SMK Abu Bakar Temerloh – 6 guru sains dan 2 guru matematik
b) SMK Bukit Cermin, Temerloh – 3 guru sains dan 3 guru
matematik
c) SMK Seberang Temerloh – 6 guru sains dan 6 guru matematik
d) SMK Paya Pulai, Temerloh – 3 guru sains dan 4 guru
matematik
Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7 orang dan
26 guru perempuan.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang
digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada empat
bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar belakang respondan,
__________________________________________________________________
11
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalam
pengajaran Sains dan Matematik, Bahagian C: tahap penggunaan
media komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik dan
Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media komputer dalam
pengajaran Sains dan Matematik.
Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau
ketua bidang Sains dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa
dibuat dalam bentuk peratusan. Jika peratusan melebihi 85%, ini
diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik, 50%
hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan
tahap rendah.
Dapatan Kajian
a) Latar belakang responden
__________________________________________________________________
12
Taburan Sampel Kajian Mengikut Gender
26.7%
16.7%
73.3%
88.3%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Sains Matematik
Mata Pelajaran
Pe
ratu
s
Lelaki
Perempuan
94.4
5.60
93.3
6.70
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Peratus
Sains Matematik
Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras
Melayu
Cina
India
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Guru Sains Guru Matematik
Dari hasil kajian hanya 16.7%
dari bilangan responden terdiri
daripada guru-guru lelaki,
selebihnya guru-guru
perempuan. 94.4% guru Melayu,
5.6% guru Cina dan tiada guru
India. Kebanyakan guru berumur
41 tahun ke atas iaitu 38.9%
berumur 41-45 tahun dan 33.3%
berumur 46 tahun ke atas dan ini
bermaksud majoriti guru-guru
sains di sekolah yang dikaji
mempunyai pengalaman
mengajar lebih dari 15 tahun.
Dari hasil kajian terdapat 26.7%
daripada responden adalah guru
lelaki dan 73.3% adalah guru
perempuan. 53.4% berumur
antara 24-35 tahun dan ini
menunjukkan majoriti respondan
mempunyai pengalaman
mengajar kurang dari 10 tahun.
Dari segi ras, 93.3% merupakan
guru Melayu, 6.7% guru Cina dan
tiada guru India.
Guru Sains Guru Matematik
Merujuk rajah 2, majoriti
responden mempunyai
kemahiran yang sederhana
dalam penggunaan komputer
dan internet iaitu 72.2%
Merujuk rajah 2, 86.7%
responden sederhana mahir
menggunakan komputer dan
73.3% sederhana mahir
menggunakan internet. Peratus
__________________________________________________________________
13
Taburan Sampel Kajian Mengikut Umur
11.1
5.6
11.1
38.9
33.3
26.7 26.7
13.3
20
13.3
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
24-30 31-35 36-40 41-45 46+
Umur
Per
atu
s
Sains
Matematik
Taburan Sampel Kajian Mengikut Pengalaman Mengajar
16.7
0
11.1
72.2
40
20
13.3
26.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
1-5 6-10 11-15 15+
Tahun
Per
atu
s
Sains
Matematik
Perbandingan Kemahiran Komputer dan Internet di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
22.216.7
72.266.7
5.6
16.713.3 13.3
86.7
73.3
0
13.3
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Mahir kom Mahir internet Sed Mahir Kom Sed MahirInternet
Tidak MahirKom
Tidak MahirInernet
Kategori Kemahiran
Per
atu
s
Sains
Matematik
83.3
16.7
66.7
33.3
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Peratus
Sains Matematik
Hadir dan Tidak Hadir Kursus Komputer
Pernah Hadir Tida Pernah Hadir
Rajah 1 : Latar belakang responden yang membuat perbandingan dalam kategori jantina, ras, umur dan pengalaman mengajar
Rajah 2 : Latar belakang responden yang membandingkan kemahiran komputer dan
internet, juga kehadiran dalam kursus kmputer.
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
sederhana mahir menggunakan
komputer dan 66.7% sederhana
mahir menggunakan internet. Ini
mungkin disebabkan
kebanyakan guru telah diberi
pendedahan tentang
penggunaan komputer dan
internet semasa menghadiri
kursus komputer. 83.3%
responden pernah mengikuti
kursus komputer.
yang tinggi ini juga di sebabkan
kebanyakan guru iaitu 66.7%
pernah mengikuti kursus
komputer.
Jika dibandingkan penggunaan komputer dengan penggunaan
internet, sama ada di kalangan guru-guru sains atau matematik, di
dapati peratus responden yang menggunakan komputer lebih
daripada peratus responden yang menggunakan internet. Ini
mungkin disebabkan ada di antara responden yang tidak
mempunyai talian internet di rumah.
b) Tahap Penggunaan Media Pengajaran Dalam
Pengajaran Sains dan Matematik
__________________________________________________________________
14
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARAN DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
95
87
60
22
52
62
22
7
20
65
53
100
86
71
72
79
83
31
24
36
86
78
0 20 40 60 80 100 120
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
Skor Kekerapan Penggunaan
Buku Teks
Lembaran Kerja
Buku Kerja
OHP
Komputer(ppt,msword,excel)
Komputer(Perisian kursus)
Komputer(Internet)
Radio(Audiotape/ audio CD)
Objek Sebenar
Video(tape/DVD/VCD)
Carta
Sains Matematik
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Sains Matematik
Berdasarkan dapatan di atas
didapati media pengajaran yang
berada pada tahap penggunaan
yang sangat baik ialah buku teks
(100%), lembaran kerja dan
objek sebenar (86%), dan
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang baik ialah
komputer(perisian kursus- 83% ),
komputer(msword, ppt, excel-
79%), carta(78%), OHP(72%) dan
buku kerja(71%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang rendah pula
ialah komputer(internet-31%),
video(36%), radio(24%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang sangat baik
ialah buku teks(95%) dan
lembaran kerja(87%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang sederhana
ialah objek sebenar(65%),
komputer(perisian kursus-62%),
buku kerja(60%), carta(53%) dan
komputer(msword, ppt, excel-
52%)
Media yang berada pada tahap
penggunaan yang rendah ialah
OHP(22%), komputer(internet-
22%), video(20%) dan radio(7%)
__________________________________________________________________
15
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai
guru-guru sains yang menggunakannya berbanding dengan
guru-guru Matematik. Ini mungkin kerana peralatan-peralatan
ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah
dilengkapkan di dalam makmal sains. Guru-guru sains tidak
perlu membawa peralatan yang banyak ke dalam kelas dan
tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk
menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap
makmal sains mempunyai pembantu makmal yang boleh
membantu guru-guru memasang dan menutup kembali
peralatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-
guru Matematik terpaksa menggunakan bilik tayangan atau
bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti ”laptop,
lcd, extension wire” di samping buku rekod mengajar ke
dalam kelas.
Jika dibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya
masih pada tahap yang rendah bagi kedua-dua panitia sains
dan matematik.
c) Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran
i) Perisian Kursus
__________________________________________________________________
16
Penggunaan Perisian Kursus Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
100
83.3
10094.4 94.4
44.455.6
93.3 93.3100
80
6066.7
40
0
20
40
60
80
100
120
Penge
nalpa
stian
per
isian
yan
g se
suai
Inst
all' p
erisi
an
"Exp
lore
" per
isian
Perisi
an b
antu
cap
ai o
bjek
tif
Suka
men
ggun
akan
per
isian
Ambil
mas
a lam
a un
tuk
pasa
ng a
lata
n
Boleh
atas
i mas
alah
tekn
ikal
Pe
ratu
s
Sains
Matematik
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Sains Matematik
Dari segi pengenalpastian
perisian kursus yang sesuai,
penginstalsian, ”explore”
sebelum digunakan dan suka
menggunakan perisian, guru-
guru sains menunjukkan
peratusan persetujuan yang
tinggi. 94.4% guru-guru sains
bersetuju perisian kursus
membantu mereka mencapai
objektif pengajaran.
Hanya 44.4% guru mengambil
masa yang lama untuk
memasang alatan dan 44.6%
guru tidak boleh mengatasi
masalah teknikal yang berlaku.
Di kalangan guru-guru
matematik juga peratusan
persetujuan agak tinggi dari segi
pengenalpastian perisian kursus
yang sesuai, penginstalsian dan
”explore” sebelum digunakan.
Cuma dari segi penggunaan,
hanya 60% guru matematik suka
menggunakan perisian kursus.
Walaupun begitu, 80% guru
bersetuju perisian kursus
membantu mereka mencapai
objektif pengajaran.
66.7% guru mengambil masa
yang lama bagi memasang
alatan dan 60% guru tidak boleh
mengatasi masalah teknikal
yang berlaku
Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru-
guru sains dan matematik, guru-guru sains lebih menampakkan
minat menggunakannya dalam pengajaran.
__________________________________________________________________
17
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
ii) Internet
Sains Matematik
Hasil dapatan menunjukkan
majoriti guru-guru sains
mempunyai tahap pengetahuan
yang baik tentang penggunaan
internet.
Guru-guru matematik juga
mempunyai tahap pengetahuan
yang baik tentang internet.
__________________________________________________________________
18
Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik
88.983.3
77.883.3
80
66.773.3
86.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Tahu layari internetuntuk dapatmaklumat
Penggunaan lamanweb pendidikanmencari bahan
mengajar
Tahu muat turunbahan dari internet
Copy-paste' bahandari internet ke
MsWord/ppt/excel
Pe
ratu
s
Sains
Matematik
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Jika dibandingkan tahap pengetahuan guru-guru sains dengan guru-
guru matematik, di dapati guru-guru sains lebih berpengetahuan
tentang internet berbanding guru-guru matematik, namun
perbezaannya tidak begitu ketara.
d) Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer Dalam
Pengajaran
Daripada dapatan, di dapati berikut adalah beberapa masalah
yang dihadapi oleh guru-guru sains dan matematik dalam
menggunakan media komputer dalam pengajaran sains dan
matematik :
i) Sains
Lebih 50% guru-guru sains bersetuju bahawa :
1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan
menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar
yang banyak.(83.3%)
2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari
internet kerana dibebani dengan tugas mengajar dan
lain-lain tugas yang dipertanggungjawabkan.(83.3%)
3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”,
”lcd”, buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.
(61.1%)
4. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak
berfungsi dengan baik.(61.1%)
5. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(50%)
(kurang dari 50% guru sains bersetuju bahawa : )
__________________________________________________________________
19
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
1. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam
penggunaan media komputer dalam pengajaran.(38.9%)
2. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai
kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan
media komputer dalam pengajaran.(27.8%)
3. Tiada talian internet di rumah.(27.8%)
4. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker”
terletak jauh dari bilik guru.(27.8%)
5. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media
komputer untuk guru.(16.7%)
6. Perisian kursus sukar diperolehi.(16.7%)
7. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan media komputer.(16.7%)
Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.
ii) Matematik
(lebih 50% guru matematik bersetuju bahawa :)
1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti atau
menggunakan perisian kursus kerana tugas mengajar
yang banyak.(93.3%)
2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari
internet kerana dibebani dengan tugas mengajar dan
tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.(93.3%)
3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”,
”lcd”, buku rekod mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.
(80.0%)
__________________________________________________________________
20
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
4. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam
penggunaan media komputer dalam pengajaran.(60.0%)
(kurang dari 50% guru matematik bersetuju bahawa : )
1. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai
kelengkapan peralatan yang cukup untuk penggunaan
media komputer dalam pengajaran.(46.7%)
2. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak
berfungsi dengan baik.(46.7%)
3. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media
komputer untuk guru.(40.0%)
4. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(40.0%)
5. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan media komputer.(40.0%)
6. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker”
terletak jauh dari bilik guru.(33.3%)
7. Tiada talian internet di rumah.(33.3%)
8. Perisian kursus sukar diperolehi.(33.3%)
Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.
Rumusan, implikasi dan cadangan
Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru sains di
empat buah sekolah daerah Temerloh ini telahpun menggunakan
kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam membantu mereka melaksanakan PPSMI dengan berkesan.
Mereka telah menggunakan perisian kursus dengan baik. Ini
dibuktikan dengan tahap penggunaan perisian kursus sebanyak
83%. Ini menunjukkan guru-guru sains di daerah ini mempunyai
__________________________________________________________________
21
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam
membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Walaupun
kebanyakan guru sains adalah guru yang berumur lebih daripada 41
tahun, namun mereka tidak takut untuk menggunakan teknologi.
Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap guru sains dan
matematik dalam melaksanakan PPSMI dengan berkesan.
Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam
kalangan guru-guru matematik, ia agak rendah iaitu tahap
penggunaannya sebanyak 62%. Ini kerana pengajaran dan
pembelajaran matematik banyak dilakukan di dalam kelas atau bilik
media atau bilik tayangan berbanding dengan pengajaran dan
pembelajaran Sains dilakukan di dalam makmal yang memang telah
dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti ”lcd projector”, skrin dan
”speaker”. Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu
makmal yang dapat membantu guru-guru sains menyediakan
peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannya kembali
setelah habis pengajaran. Mungkin pengajaran dan pembelajaran
matematik menggunakan ICT dapat dijalankan dengan lebih baik
andainya setiap sekolah mempunyai makmal matematik yang dapat
menempatkan banyak peralatan ICT dan alat-alat bantu mengajar
matematik yang lain. Guru-guru matematik tidak perlu lagi
”berebut-rebut” menempah bilik tayangan atau bilik media yang
sangat terhad dalam melaksanakan pengajaran menggunakan
perisian kursus yang dibekalkan.
Walau bagaimanapun, tahap penggunaan internet agak
rendah dan perlu ada suatu tindakan dilakukan untuk
menggalakkan guru-guru menggunakan internet dengan berkesan.
Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada internet,
namun masih ramai guru yang tidak menggunakannya.
__________________________________________________________________
22
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Kebanyakan guru sains dan matematik telahpun menghadiri
kursus pendedahan ICT yang dianjurkan oleh kementerian seperti
BPPT(Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi) dan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam kursus-kursus berkenaan
guru-guru didedahkan dan diberi kemahiran menggunakan internet
dalam mencari maklumat atau bahan pengajaran dan guru-guru
juga diberi kemahiran tentang penggunaan komputer dalam
menghasilkan bahan pengajaran. Jadi, dari segi pengetahuan dan
kemahiran, guru-guru telahpun ada walaupun pada tahap yang
sederhana.
Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada
guru-guru sains atau matematik ialah kekurangan masa sama ada
untuk mencari maklumat dari internet dan menggunakannya dalam
pengajaran atau membina bahan pengajaran menggunakan
komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru
tidak sempat meneliti bahagian-bahagian perisian kursus yang
sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-pelajar yang
tertentu.
Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah
tersebut :
1. Pihak panitia sekolah masing-masing boleh mengadakan
kursus dalaman berkala bagi memberi kemahiran kepada
guru-guru yang masih belum mahir menggunakan internet
dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran, juga
kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan
komputer untuk membina bahan pengajaran.
__________________________________________________________________
23
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu
perjumpaan bagi meneliti perisian kursus yang dibekalkan.
Guru-guru boleh dibahagikan dalam kumpulan mengikut
tingkatan yang diajar dan membincangkan kaedah terbaik
menggunakan perisian kursus yang dibekalkan. Jika perlu
sama-sama menghasilkan suatu modul untuk digunakan
bersama perisian kursus berkenaan.
3. Pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan
pembina bahan pengajaran menggunakan komputer dan
internet dan bahan yang dihasilkan dikongsi bersama. Topik
diagih mengikut sekolah.
Kesimpulannya, guru-guru sains dan matematik mempunyai
persepsi yang sangat baik terhadap penggunaan komputer dalam
pengajaran sama ada dari segi penggunaan perisian kursus atau
penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan
tugas yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan
yang terhad, maka guru tidak dapat menggunakan sepenuhnya
kemudahan itu dalam pengajaran mereka.
Adalah diharapkan pihak panitia sekolah dan panitia daerah
dapat memainkan peranan bagi membantu guru-guru ini
menggunakan media komputer dalam pengajaran agar
perlaksanaan PPSMI dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pihak
pentadbir pula harus meneliti kelengkapan infrastruktur ICT yang
ada di sekolah agar semuanya boleh berfungsi dengan baik dan
berkesan.
Penutup
__________________________________________________________________
24
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Penggunaan media komputer dan internet mempunyai
potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi
membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam
pengajaran mereka supaya guru-guru sains dan matematik ini dapat
menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Perkembangan
dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam
pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara
efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi
pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan semangat
guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran
sains dan metematik. Harus diingat bahawa teknologi merupakan
hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia
tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata
yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa
hadapan.
Rujukan:
1. Effandi, Norazah & Sabri.(2007). Trend Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributors.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala
Lumpur : BPPDP,2003
Artikel atas talian :
__________________________________________________________________
25
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah
%20menengah%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf
3. Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi
Maklumat Di Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal
Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Jurnal atas talian :
www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/
nazam2004.pdf
4. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia :
Teacher’s Background Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC
(2000) 3, 8, 1-13
Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in
Developing Countries
www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20
5. Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses
Penghasilan Bahan Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah
Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana Universiti Putra Malaysia
6. Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The
definition and domains of the field. Washington D.C: Association for
Educational Communication and Technology.
7. Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors.
8. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam
Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra
Malaysia
9. Titian,Keluaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,.(2006). Utusan Malaysia, Selasa, 29 Ogos 2006
__________________________________________________________________
26
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
Atas talian : http://web.utm.my/cict/index.php?option=content&task=view&id=400&Itemid=246
Lampiran B
__________________________________________________________________
27
EDU 5300 Pengenalan Kepada Teknologi Pengajaran
” Presentation ”
__________________________________________________________________
28