kajian terhadap sahabat aim
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
Tajuk Muka Surat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Latar Belakang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 4
2.1 Jenis Skim Pinjaman 7
2.2 Kelebihan AIM 8
3.0 Peserta Program AIM 11
3.1 Pemilik Butik Pengantin Permata Nabila Huda 11
3.2 Pemilik Gerai Buah Limau Bali 20
4.0 Pencapaian dan Keberkesanan Program AIM 26
4.1 Peserta Program 1 : Pemilik Butik Permata Nabila Huda 26
4.2 Peserta Program 2 : Pemilik Gerai Buah Limau Bali 30
5.0 Cadangan Bagi Meningkatkan Pencapaian Program AIM 32
6.0 Kesimpulan 33
7.0 Rujukan 35
Lampiran 36
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 2
1.0 PENGENALAN
Pembangunan merupakan sesuatu peningkatan yang positif yang melibatkan sebahagian
besar penduduk yang terlibat dalam sesebuah kawasan (Seers, 1970). Pembangunan ini
termasuklah perubahan positif dalam sosioekonomi, pengurangan kadar kemiskinan, serta
pengurangan ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan dalam wilayah.
Pembangunan juga meliputi usaha menaikkan taraf hidup rakyat, merapatkan jurang antara
kaya dan miskin, meningkatkan kualiti hidup di mana alam sekitar dipelihara secara mampan.
Bagi melaksanakan pembangunan dengan berkesan, kerajaan telah membahagikan
kawasan kepada beberapa wilayah pembangunan. Pembahagian itu melalui perancangan
wilayah dilaksanakan berdasarkan dua kriteria. Pertama keseragaman dari segi tahap dan
kegiatan ekonomi dan sumber bagi wilayah yang terdiri dari beberapa negeri. Kedua,
keluasan, kedudukan dan ciri sosioekonomi yang berbeza bagi wilayah yang terdiri daripada
satu negeri. Antara wilayah pembangunan yang telah diwujudkan oleh kerajaan ialah
Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), dan Wilayah Ekonomi Pantai
Timur (ECER).
Wilayah merupakan sekumpulan kawasan berterusan yang berada pada tahap
pembangunan yang hampir sama, mempunyai sumber-sumber dan kegiatan ekonomi yang
hampir sama serta berpusatkan pada satu kawasan bandar utama. Wilayah dapat didefinisikan
sebagai satu unit kawasan yang seakan-akan sama dan dapat dibezakan daripada kawasan
yang berhampiran daripada beberapa aspek (Hasnah, 1991). Wilayah merupakan satu
pembentukan kawasan sempadan geografi yang melampaui batas-batas sempadan politik
negeri atau pemerintah dengan membentuk sempadannya sendiri berdasarkan kepentingan
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 3
perancangan pembangunan yang diolah dan ia dapat dibentuk daripada kriteria ekonomi dan
sosial (Bath, 1973).
Perancangan wilayah adalah usaha kepada pembangunan sesebuah wilayah di mana
pembangunan berbeza dengan perubahan masyarakat yang meliputi perubahan dalam
masyarakat yang mungkin memberi kesan positif ataupun negatif. Pembangunan tersebut
adalah faedah yang diterima oleh masyarakat seperti kemajuan, kenaikan taraf hidup,
penggunaan teknologi baru, institusi bari dan lain-lain. Walau bagaimanapun taburan
pembangunan ini mungkin tidak sama rata dalam sesuatu wilayah. Untuk menjamin wilayah
yang seimbang, kerajaan telah menjalankan beberapa program di bawah agensi-agensi
tertentu seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
2.0 LATAR BELAKANG AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)
Pendekatan kredit mikro telah diperkenalkan oleh Prof.
Muhammad Yunus bagi bertujuan untuk membasmi
kemiskinan terutama di Bangladesh sejak tahun 1976.
Sejak daripada itu pendekatan ini terus berkembang ke
seluruh dunia. Perkembangan di Malaysia bermula pada
tahun 1986. Perkembangan ini telah diperkenalkan oleh
dua orang tokoh iaitu Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim sewaktu mereka
berkhidmat di USM. Bagi menguji kesesuaian pendekatan ini, ia telah diuji bermula dengan
Bank Grameen yang dikenali pada mulanya sebagai Projek Ikhtiar yang dikendalikan oleh
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 4
USM dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Pusat
Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan juga Kerajaan Negeri Selangor.
Projek Ikhtiar ini merupakan satu projek penyelidikan bertindak yang dijalankan oleh
Pusat Penyelidikan Dasar (PPD). Dalam hal ini, bagi menjalan Pendekatan Bank Grameen
(PBG), ia telah diusahakan oleh USM bagi bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan
terutama di kawasan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan
yang miskin. Penyaluran kredit mikro ini adalah bertujuan untuk membiayai apa sahaja usaha
bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan lagi golongan miskin ini dengan
pengurusan bersama pihak AIM dalam kesinambungan dan kejayaan program ini.
Jika melihat dari sejarah perkembangan AIM, ia sebenarnya berkait rapat dengan
penubuhan Bank Grameen. Penubuhan Bank Grameen sebenarnya di asaskan oleh Dr.
Muahammad Yunus yang merupakan pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong
Bangladesh. Kajian ini dijalankan pada tahun 1976 kepada golongan miskin yang jarang
melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajian yang dibuat didapati, golongan
miskin tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka disebabkan mereka tidak mempunyai
modal yang mencukupi. Oleh itu, menurut Prof. Yunus, jika golongan miskin diberikan
suntikan modal pada masa dan situasi yang sesuai, semestinya akan berlaku satu
pembangunan yang pesat terhadap golongan miskin ini. Dalam langkah ini, Prof. Yunus telah
mengeluarkan wang peribadinya sendiri bagi memulakan langkah membuka perbankan
kepada golongan yang miskin pada ketika itu. Oleh yang demikian, pelajarnya sendiri telah
menyenaraikan hampir 42 nama mereka yang merupakan golongan miskin di Kampung Jobra
yang terletak di pinggir kampus.
Tujuan sebenar Prof. Yunus membuka bank ini adalah berobjektif bagi meminjamkan
wang kepada golongan miskin daripada ditindas oleh lintah darat. Berdasarkan disiplin bayar
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 5
balik yang memuaskan, ia memberi satu idea kepada Yunus bagi memperluaskan kepada satu
sistem perbankan yang lebih teratur. Hasil dari kajian itu, dari sehari ke sehari perbankan
Prof. Yunus dengan golongan miskin makin berkembang dan beliau mula mencari bank-bank
yang berminat untuk membiayai program ini namun tiada bank yang berminat pada ketika itu
dan ini memaksa Prof Yunus untuk meminta kerajaan Bangladesh mengisytiharkan lesen
perbankan kepadanya. Hasil usaha gigih beliau akhirnya pada 2 Oktober 1983 wujudnya
Projek Bank Grameen. Projek ini semakin berkembang sehingga wujudnya Bank Grameen
dan bukan lagi Projek Bank Grameen.
Pendekatan Bank Grameen di Malaysia bermula di Barat Laut Selangor selama dua
setengah tahun yang melibatkan 373 orang isi rumah termiskin yang menerima pinjaman
kebajikan pertama mereka. Di akhir projek AIM ini, hampir 90 peratus yang menerima
bayaran balik termasuk modal pinjaman dan kos pengurusan. Ini membuktikan bahawa
program itu telah berjaya. Di peringkat awal pengenalan projek, terdapat seramai 232 orang
Sahabat lelaki dan 141 orang Sahabat wanita yang menyertai dan telah menerima pinjaman.
Sahabat-sahabat ini kemudiannya telah mempelbagaikan projek ini seperti membuka kedai
runcit, kedai makan, ada juga yang berniaga di pasar tani, menanam tanaman padi dan
ternakan binatang mengikut kemahiran dan pengalaman yang ada pada mereka.
Pada akhir Jun 1988, satu kajian telah dijalankan ke atas Sahabat-sahabat ini bagi
mengenal pasti status projek yang dijalankan. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan
bahawa Sahabat wanita ternyata lebih unggul dalam menjalankan projek mereka. Kadar
peratusan bayar balik yang tinggi iaitu 95 peratus berbanding Sahabat lelaki yang hanya 75
peratus sahaja. Dari segi peningkatan pendapatan pula, ia lebih ketara kepada Sahabat wanita
iaitu sebayak RM136 sebulan berbanding lelaki hanya RM65 sahaja sebulan. Kejayaan besar
ini ditunjukkan oleh para Sahabat telah memberi keyakinan kepada jawatankuasa pengasas
bagi meneruskan pengembangan projek AIM ke negeri-negeri yang mempunyai kadar
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 6
kemiskinan yang tinggi. Malah bukan itu sahaja jumlah kehadiran ke Mesyuarat Pusat juga
menunjukkan perbezaan yang ketara antara Sahabat lelaki dan wanita. Kehadiran bagi
Sahabat lelaki hanya di tahap 60 peratus manakala Sahabat wanita melebihi daripada 85
peratus pada setiap minggu. Ini sewajarnya AIM telah menetapkan kaum wanita menjadi
wakil untuk menyertai AIM.
2.1 Jenis Skim Pinjaman
Ahli skim pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipanggil Sahabat. AIM
menyediakan empat jenis skim pembiayaan kepada ahli-ahlinya. Pertama Skim Pembiayaan I
- Wawasan ataupun juga dikenali sebagai Skim Pembiayaan Ikhtiar Perusahaan Kecil. Skim
ini merupakan susulan daripada pengumuman Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi yang
memperuntukkan dana tambahan khas sebanyak RM100 juta kepada AIM untuk
melaksanakan skim graduasi kepada Sahabat yang berjaya mencapai tahap keusahawanan
kecil dan sederhana. Skim ini dilancarkan secara rasminya pada 10 Januari 2008 dan
diwujudkan dengan tujuan untuk membiayai Sahabat Ikhtiar yang menceburi aktiviti
perusahaan kecil dan sederhana. Objektif utama skim ini adalah untuk menggalakkan Sahabat
Ikhtiar supaya melibatkan diri dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana serta sebagai salah satu
usaha meningkatkan pendapatan mereka dalam aktiviti ekonomi.
Kedua, Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki yang berasaskan Skim Mesra yang
merupakan satu pendekatan di mana Sahabat layak meminjam secara normal selepas selesai
pembiayaan sebelumnya. Skim ini adalah asas pembiayaan yang perlu dilalui oleh semua
Sahabat sebelum membuat pembiayaan dengan skim-skim lain. Semua aktiviti ekonomi yang
boleh menjana pendapatan Sahabat AIM layak dibiayai oleh skim ini. Had pembiayaan ialah
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 7
daripada RM20,000 hingga RM50,000 di mana kaedah pembayaran balik adalah secara
mingguan.
Skim pembiayaan I - Wibawa pula adalah merupakan satu skim yang
diperkembangkan oleh Pengurusan Ikhtiar 3. Skim ini diperkenalkan untuk memberi
pinjaman yang mudah kepada Sahabat yang memerlukan pembiayaan yang besar di samping
cara bayaran balik yang mudah iaitu secara mingguan ataupun bulanan. Skim ini telah
memberi ruang baru kepada Sahabat yang ingin mendapatkan modal yang besar dengan cepat
di samping cara bayaran balik yang agak selesa kepada Sahabat-sahabat. Sahabat bebas
memilih cara bayaran balik secara mingguan, bulanan ataupun sekali gus. Keutamaan
pembiayaan ini diberikan kepada Sahabat yang ingin membuat projek jangka pendek seperti
perniagaan di bulan Ramadhan dan menjelang hari raya, musim buah-buahan dan lain-lain.
Seterusnya Skim Pembiayaan Ikhtiar Rezeki Srikandi yang berasaskan konsep „fast
track’ adalah satu skim yang diperkenalkan kepada Sahabat yang mempunyai potensi yang
berjaya dan berdaya maju. Had maksimum pembiayaan ialah RM50,000 di mana tempoh
bayaran balik ialah RM25, RM50, RM75, RM125, RM150 dan RM620 seminggu.
2.2 Kelebihan AIM
Sehingga kini dapat dilihat bahawa projek AIM telah membantu banyak golongan miskin
bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Dari kajian yang dibuat, program ini sangat berjaya
dan memberangsangkan. Punca kejayaan ini dapat dilihat daripada penelitian terhadap
pendekatan yang telah digunakan oleh AIM dan juga kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh
AIM. Antara kelebihan AIM yang pertama adalah berkaitan dengan konsep yang diamalkan
iaitu menggunakan konsep memberikan pinjaman tanpa cagaran serta tanpa penjamin
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 8
mahupun tindakan undang-undang dalam mendapatkan semula wang pinjaman. Sikap
keterbukaan AIM dalam memberikan pinjaman ini menyebabkan AIM mudah menjangkau
dan mendapatkan Sahabat dalam menyertai AIM. Sebagai contoh sehingga pertengahan
tahun 2004, seramai 94,000 orang telah menyertai AIM.
Sebagai Badan Amanah Persendirian yang berdaftar, AIM ditadbir urus oleh
Lembaga Pemegang Amanah di mana keahliannya terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi
(UPE) dan Unit Penyelaras dan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian
Kewangan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, wakil dari
Kerajaan Negeri Selangor dan juga mereka yang dilantik dalam kapasita peribadi. Ahli
Lembaga Pemegang Amanah adalah terdiri daripada pelbagai pihak yang turut memberikan
jaminan terhadap segala urusan AIM bagi memastikan segala urusan dilaksanakan secara adil
dan tiada penyelewengan memandangkan segala projek AIM diawasi oleh pelbagai pihak dan
dengan ini memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk menyertai AIM.
Dalam menjalankan projek-projek AIM, AIM telah menempatkan antara tujuh
sehingga sembilan Pembantu Amanah di setiap cawangan dengan bidang tugas mereka
adalah untuk mengesan dan mencari isi rumah yang miskin. Mereka melakukan tugas ini
dengan mengendalikan ujian kelayakan, menyediakan pelan peningkatan kesejahteraan hidup
isi rumah dan di samping memperkukuhkan ekonomi golongan miskin dengan modal yang
diberikan serta pengurusan bersama yang dijalankan. AIM telah mengadakan mesyuarat
Pusat yang diwajibkan kepada para Sahabat bagi menjadi asas kejayaan AIM. Menerusi
mesyuarat ini, AIM dapat memantau dan membimbing para sahabat AIM bagi memastikan
jaminan kejayaan kepada semua sahabat.
Selain daripada itu, kelebihan lain yang terdapat pada AIM adalah turut menyediakan
latihan dan memberikan latihan asas kepada para sahabat AIM. Ini secara tidak langsung
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 9
memberi pengetahuan kepada para usahawan baru yang baru hendak menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan. Latihan-latihan asas ini memberi kemahiran baru kepada para Sahabat
untuk lebih berpengetahuan dalam menghadapi sebarang masalah pada masa yang akan
datang.
Kebaikan AIM juga adalah pihak AIM tidak lepas pandang dalam memberi
bimbingan kepada para Sahabat yang bermasalah. Jika didapati seorang daripada Sahabat
dalam sesuatu kumpulan menghadapi masalah, pihak AIM akan memastikan rakan lain dalam
kumpulan tersebut akan memberi sokongan dengan saling bantu-membantu. Ini secara tidak
langsung akan mewujudkan sikap ambil berat dalam kalangan ahli kumpulan.
Dari program yang dianjurkan oleh AIM ini, ia secara tidak langsung dapat
membentuk sikap menabung dalam ahli-ahli AIM. Ini kerana syarat yang dikenakan dalam
AIM kepada para Sahabat adalah setiap ahli diwajibkan menabung antara RM1 sehingga
RM15 setiap minggu. Ini secara tidak langsung para Sahabat dapat menyimpan wang. Ini
akan dapat membantu para Sahabat jika berlaku masalah dalam membayar wang penjamin
dalam waktu yang berisiko dalam perniagaan.
Seterusnya adalah jaminan kepada pinjaman yang dibuat. Dalam AIM, para Sahabat
perlu memastikan setiap projek yang dilaksanakan tidak menghadapi masalah. Oleh
disebabkan itu, para Sahabat diwajibkan hadir ke Mesyuarat Pusat setiap minggu. Ini bagi
pihak AIM memastikan pinjaman yang dibuat oleh peminjam akan meningkat dari semasa ke
semasa. Malah bukan itu sahaja, kebaikan yang dapat daripada AIM adalah pengurusan
bencana. Sekiranya Sahabat mengalami masalah seperti sakit, masalah keluarga seperti
perceraian atau projek tergendala, mereka boleh menanggung bayaran balik sehingga 18
bulan tanpa di caj pengurusan. Selain itu, mereka juga akan diberi pembiayaan pemulihan
maksimum sebanyak RM5,000.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 10
3.0 PESERTA PROGRAM AIM
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah salah satu agensi swasta yang berdaftar diwujudkan
bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan kepada kaum wanita di Malaysia yang
memerlukan modal untuk memulakan perniagaan ataupun memperkembangkan perniagaan
mereka bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, kami telah memilih dua orang
responden atau peserta program AIM iaitu Rose Sita binti Kasim dan Saadiah atau Rohani
binti Abu untuk di temu bual bagi melihat sendiri kesan pembangunan yang mereka alami
sendiri selepas mereka menyertai program di bawah agensi AIM ini.
3.1 Pemilik Butik Pengantin Permata Nabila Huda
3.1.1 Demografi Peserta Program AIM
Peserta program AIM pertama yang
kami menemu bual ialah pemilik butik
pengantin Permata Nabila Huda yang
bernama Rose Sita binti Kasim, 48
tahun, bertempat di C1, Arked Mara,
Belakang KFC Jitra, 06000 Jitra, Kedah
Darul Aman. Panggilan „Kak Ieta‟,
adalah nama yang sering disebut-sebut oleh „peminat‟ Permata Nabila Huda di sekitar
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
Sikap beliau sendiri yang cekal dan senang dirunding serta mempunyai banyak
kepakaran dalam bidang yang disertainya membuatkan butiknya tidak putus-putus
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 11
dikunjungi oleh bakal „pengantin baru‟. Kak Ieta daripada keturunan Melayu ini
adalah seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami serta digantung tidak bertali
selama enam tahun sejak tahun 2000 dan beliau juga pernah terbabit dalam nahas
kemalangan jalan raya hingga parah adalah antara dugaan yang dihadapi oleh
peminjam atau sahabat AIM ini.
Kak Ieta mengatakan, kejadian itu adalah dugaan yang paling besar buatnya
sepanjang dia membabitkan diri dalam bidang perniagaan. “ Pada 2000, suami
berkahwin lain dan meninggalkan saya dalam
keadaan digantung tidak bertali bersama tiga
orang anak kami serta lebih malang lagi apabila
wang simpanan saya sebanyak RM21,000 dan
sebuah kereta Toyota turut dibawa suami tanpa
pengetahuan saya”, katanya ketika ditemui di
kedai butiknya. Pada tahun 2006 pula, beliau
sekali lagi ditimpa musibah apabila terlibat kemalangan, motosikal yang
ditunggangnya telah dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran rumahnya
di Permatang Bongor sehingga menyebabkan kaki kirinya patah dan rahangnya
terkoyak hingga terpaksa dimasukkan besi. “Saya terlantar sebulan lebih dan tidak
boleh melakukan sebarang kerja. Perniagaan saya terganggu namun, mujurlah ada
ramai rakan yang membantu. Pada September tahun yang sama, musibah datang
berturut-turut kepada saya apabila saya akhirnya diceraikan selepas digantung tidak
bertali hampir enam tahun”, katanya.
Kak Ieta yang bergelar ibu kepada 3 orang anak dan seorang menantu ini sangat
tabah dalam menghadapi segala dugaan dalam hidupnya. Anak sulung beliau yang
berumur 27 tahun iaitu perempuan telah bekerja di Mahkamah Syariah Kangar yang
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 12
berkelulusan ijazah dalam bidang perniagaan manakala anak lelaki kedua berumur 23
tahun menamatkan pelajaran tertinggi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
telah mendirikan rumah tangga bersama-sama isterinya menolong Kak Ieta
menguruskan perniagaan kedai makan mereka di Ayer Hitam serta anak lelaki
bongsunya masih bersekolah di tingkatan 4. Tahap pendidikan tertinggi Kak Ieta ialah
SPM. Selain daripada menjaga butik pengantin Permata Nabila Huda di Jitra bermula
tahun 1990, Kak Ieta juga memiliki sebuah kedai makan di Ayer Hitam yang juga
didaftarkan atas nama Nabila Huda sebagai nama kedai makannya. Beliau bersama
bekas suaminya telah mengusahakan kedai makan milik bersama ini selain berniaga
makanan di pasar malam bermula tahun 1990 selepas beliau terpaksa berhenti kerja di
kilang yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Padi Nasional (LPN) Balik Pulau,
Pulau Pinang ataupun kini sudah diambil alih oleh BERNAS atas sebab kesukaran
untuk menjaga anak sulungnya serta terpaksa berulang-alik dari Pinang ke Kampung
Lana Bulu, Ayer Hitam.
“Dulu anak tak mau dengan orang, dulu tak dak feri, jalan ataupun titi
menyebabkan saya susah dan terpaksa berulang alik dari Pinang pukul 5 pagi hingga 5
petang dan sampai ke rumah dalam pukul 9 malam”. Hal ini diadukan oleh Kak Ieta
ketika ditemui dan beliau menyatakan terpaksa menempuhi keadaan ini selama 5
tahun bermula tahun 1985 sehingga tahun 1990. Selain itu, pasangan ini juga
mengambil tender makanan di kafeteria Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Mas dan
Perwaja di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menambahkan pendapatan untuk
menampung perbelanjaan keluarga dan anak yang semakin membesar.
Sebelum beliau berjaya dalam perniagaan butik pengantinnya itu sehingga boleh
mencecah pendapatan bulanan bersih bermula dari RM4,000 hingga RM8,000
mengikut musim seperti musim perayaan, musim cuti persekolahan ataupun musim
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 13
perkahwinan adalah musim yang ditunggu-tunggu oleh Kak Ieta kerana pada musim
inilah beliau akan memaksimumkan keuntungannya. Titik permulaan keterlibatan Kak
Ieta dalam bidang ini adalah ketika beliau bekerja di Pulau Pinang sebagai pekerja
kilang beliau juga aktif dalam mengikuti kursus-kursus kemahiran seperti Kursus
Make-up di Relau dan Bayan Baru serta kursus menjahit manik dan menjahit baju di
Kemas, Hutan Kampung. Kini, pendapatan isi rumah Kak Ieta sudah semakin
bertambah lebih-lebih lagi kedua-dua orang anaknya sudah bekerja berbanding dahulu
yang hanya bergantung pada pendapatannya yang hanya bekerja sebagai pekerja
kilang iaitu RM280 sahaja.
Sejak dari alam persekolahan lagi Kak Ieta
sangat aktif dalam persatuan sehingga kini
walaupun sibuk dengan pelbagai urusan
perniagaan serta hal rumah tangganya Kak Ieta
juga sempat untuk menyertai pelbagai aktiviti lain
seperti berpersatuan dalam persatuan Ibu Tunggal
Daerah Kubang Pasu, menghadiri diri dalam
majlis makan malam bersama pelajar-pelajar UUM serta majlis kenduri saudara
terdekat dan tidak lupa sentiasa menghadirkan diri dalam perjumpaan bersama
Sahabat setiap hari Jumaat selama sejam di Daerah Kubang Pasu.
3.1.2 Maklumat Program AIM
Selepas Kak Ieta berhenti kerja sebagai pekerja kilang, beliau bersama bekas
suaminya berniaga di pasar malam. “Waktu itu agak sukar, selain terpaksa membawa
anak ketika berniaga kerana masih tidak mampu untuk membayar upah pengasuh,
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 14
saya terpaksa meminjam Ah Long RM1,000. Saya juga perlu membayar RM13 sehari
kepada Ah Long, memang tiada masalah daripada segi pembayaran tetapi saya
tertekan untuk membayarnya. Saya pula tiada harta, tiada tanah, rumah malah kereta
pun tidak ada”, katanya.
“Mula-mula tak tau pun fasal AIM ni sebab ia baru mula wujud. Suatu hari
datang seorang mak cik ni kata ada orang Melayu kita bagi pinjam duit tapi bukan Ah
Long”, selepas itu beliau bersama 5 orang rakannya pergi ke pejabat AIM cawangan
Hutan Kampung namun kini beliau telah bertukar ke cawangan Alor setar, Kangar
bagi memudahkan ulang-alik ke tempat perjumpaan dengan butiknya. Setelah menjadi
Sahabat AIM, Kak Ieta telah membuat pinjaman sebanyak RM500 menerusi Skim
Pembiayaan Ikhtiar (SPI) pada tahun 1994 untuk perniagaan makanan serta
perniagaan jahitannya. Sehingga kini sudah 18 tahun beliau setia menyertai program
AIM sehingga boleh membuat pinjaman
mencecah RM 50,000 menerusi pembiayaan
I - Wawasan AIM bagi membesarkan butik
pengantin Permata Nabila Huda termasuk
mengadakan perkhidmatan mencetak kad
jemputan perkahwinan. Walaupun begitu,
sebenarnya setiap peminjam hanya boleh
meminjam secara peringkat mengikut kemampuan dan kesetiaan Sahabat dalam
menghadirkan diri dalam setiap perjumpaan.
Kak Ieta menyatakan bahawa keputusan beliau menyertai AIM selepas
diperkenalkan seorang rakannya pada tahun 1994 adalah tepat kerana badan amanah
itu jelas banyak membantunya meluaskan perniagaan. Tambahannya lagi, antara
sebab beliau memilih agensi AIM ini sebagai satu skim pinjamannya adalah kerana
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 15
AIM ini banyak memberi bimbingan kepada Sahabat yang bermasalah. “Sekiranya
salah seorang daripada Sahabat dalam kumpulan kita (seramai 5 orang) itu ada
masalah, rakan kita yang lain dalam kumpulan akan tolong dengan membeli barang
jualan dia jadi, kita akan sentiasa ada duit masuk untuk perniagaan kita. Pinjaman
dengan AIM juga selamat kerana sekiranya kita meninggal segala pinjaman kita akan
Halal iaitu tidak perlu dibayar oleh waris”.
“Masuk AIM ini mudah dapat pinjaman. Nak jual pisang goreng pun boleh
pinjam AIM. Pembantu Amanah dari AIM di tempat saya banyak membantu sehingga
saya mampu mengurusnya perniagaan dengan baik”, katanya. Selain itu, AIM juga
sangat prihatin terhadap Sahabat kerana ketika Sahabat mengalami masalah seperti
beliau yang mengalami kemalangan motosikal dan terpaksa terlantar selama sebulan
di hospital namun segala pembiayaan kos hospital ditanggung oleh pihak AIM malah
beliau turut diberi pembiayaan pemulihan maksimum sebanyak RM5,000.
Menurut Kak Ieta, beliau kini yang sudah meminjam sebanyak RM50,000
diperuntukkan tempoh jangka masa pinjaman adalah selama setahun lebih namun, hal
ini bergantung pada jumlah pinjaman yang dibuat oleh seseorang, bagi Kak Ieta
jumlah bayaran yang perlu dibayarnya ialah sebanyak RM620 setiap minggu. Selepas
beliau dapat membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dengan AIM, beliau telah dapat
membeli pelbagai peralatan perniagaannya seperti pelamin, kain-kain untuk dijadikan
baju pengantin serta baju pengantin siap, van mengangkut barang dan lain-lain.
Walaupun beliau banyak menerima bantuan pinjaman daripada AIM, beliau juga turut
menerima bantuan daripada agensi lain seperti KEMAS iaitu menerima latihan dalam
menjahit baju.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 16
Syarat untuk menyertai program di bawah agensi AIM ini adalah dalam setiap
ahli kumpulan seramai 5 orang itu tidak boleh mempunyai sebarang ikatan tali
persaudaraan. Walaupun begitu, kakak keduanya juga adalah antara Sahabat AIM
tetapi dalam kumpulan serta cawangan yang lain. Kini, Kak Ieta sudah memiliki
pekerja sendiri seramai 12 orang di butik pengantin termasuk pekerja sambilan serta
anak keduanya menguruskan kedai makan di Ayer Hitam bersama 4 orang pekerja
tambahan.
3.1.3 Perubahan Ekonomi, Sosial dan Rutin Harian yang dinikmati
Sebelum Kak Ieta menyertai program AIM bersama rakannya, keadaan beliau
hanyalah biasa-biasa sahaja iaitu beliau tidak mempunyai banyak harta antaranya
dahulu beliau tidak mempunyai astro namun kini beliau sudah mampu melanggan
astro tiap-tiap bulan, mempunyai kelengkapan rumah yang lengkap seperti mesin
basuh, 5 buah televisyen termasuk di kedai makan, butik dan di rumah, peti ais dan
sebagainya. Selain itu juga, beliau juga memiliki sebuah kereta Proton Alza
digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja dari Jitra ke Ayer Hitam untuk membuka
kedai makan dan menghantar anak bongsunya ke sekolah dan kembali ke Jitra untuk
menjaga butik pengantinnya, begitulah rutin harian Kak Ieta setiap hari di samping
memiliki sebuah motosikal dan van untuk mengangkut peralatan perkahwinan serta
sebuah kereta Toyota tetapi malangnya diambil oleh bekas suaminya. Sebelum beliau
menjadi Sahabat AIM, beliau hanyalah mempunyai sebuah van untuk mengangkut
barang makanan ketika beliau mengambil tender makanan di kafeteria di UUM.
Sebelum Kak Ieta menyertai AIM, beliau hanyalah mempunyai tanah dan
rumah di Hutan Kampung tempat kelahirannya tetapi setelah menyertai program ini,
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 17
kehidupan Kak Ieta bertambah senang apabila beliau sudah mampu mempunyai 3
buah rumah iaitu di Taman Setia Jaya Changlun tetapi kini disewakan, menetap di
Jitra serta rumah di Ayer Hitam. Dalam sibuk menguruskan perniagaannya, Kak Ieta
tidak lupa untuk menabung demi masa depan beliau sendiri dan keluarganya apabila
beliau juga memiliki saham dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dari dahulu
hingga sekarang selain daripada simpanan dengan AIM setiap bulan tetapi jumlahnya
sudah semakin bertambah. Tambahan lagi, antara peralatan komunikasi yang
digunakan oleh Kak Ieta dari dahulu hingga sekarang ialah sebuah telefon model
Nokia namun kini semakin bertambah kepada 4 buah komputer riba bersama dengan
Internet Streamix serta Kak Ieta juga memiliki akaun ‘Facebook’ dan „Blog‟ butik
pengantinnya sendiri.
Setelah Kak Ieta menyertai Sahabat AIM ini, kehidupannya bertambah baik dan
selesa berbanding dengan dahulu yang sentiasa dihimpit dengan masalah hutang
pinjaman dengan along yang selalu mendesaknya untuk membayar. Antara perubahan
rutin harian yang dialami oleh Kak Ieta ialah beliau kurang mempunyai masa rehat
dan baginya “tidur masa letih” sahaja. Selain itu, masa beliau bersama keluarga juga
adalah kurang berbanding dengan dahulu yang mempunyai setiap masa bersama
keluarga kini, waktu beliau pulang dari bekerja antara lingkungan jam 6.30 petang
hingga mencecah jam 1 atau 2 sekiranya musim kenduri. “ada kalanya sampai saya
terpaksa tidur di dalam kereta sekejap”. Katanya, walaupun begitu, hubungan beliau
dengan anak-anaknya masih akrab seperti dahulu cuma hubungannya bersama rakan-
rakan sahaja agak kurang disebabkan agak sibuk dengan perniagaan tetapi beliau
masih meluangkan sedikit masanya bersama rakan-rakan di tempat perjumpaan pada
setiap hari Jumaat dan di majlis kenduri jiran tetangga.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 18
Dahulu, beliau juga mempunyai masa untuk bersama-sama masyarakat dalam
menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong di tamannya serta kampung
tetapi kini jadual hariannya sangat padat sehingga masa untuknya berehat juga agak
kurang. Selain daripada itu, beliau dan keluarga juga sudah mengalami transformasi
ke arah taraf hidup yang lebih selesa atas faktor kerajinan dan kesungguhan beliau
dalam ingin keluar daripada kepompong kemiskinan. Keadaan ini dapat dilihat
apabila anak-anak beliau tidak terabai dalam pendidikan iaitu anak sulungnya dapat
menghabiskan pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang perniagaan, anak keduanya
dapat menghabiskan SPM dengan jayanya sehingga mendapat tawaran
menyambungkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi di UUM serta anak
bongsunya sedang menjalani alam persekolahan di tingkatan 4 di sekolah Ayer Hitam.
Tambahan lagi, wang saku persekolahan anak-anak beliau juga semakin
bertambah dari RM2 hingga kini antara RM5 hingga RM10 sehari. Taraf kesihatan
Kak Ieta dan keluarga juga dikategorikan sebagai keluarga sihat dan tidak bermasalah
dari segi kesihatan. Kak Ieta yang semakin sibuk ditambah dengan masalah
kesihatannya kesan daripada nahas jalan raya 6 tahun lalu menyebabkan beliau tidak
mungkin meluangkan masa untuk melancong jauh ke luar negeri dan sebelum ini juga
Kak Ieta memang agak kurang melancong kerana faktor kewangan yang dihadapinya.
Kak Ieta agak mesra dengan jiran tetangga serta jiran di tempat kawasan
perniagaannya serta seorang yang pemurah dalam menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukannya menyebabkan beliau disenangi ramai walaupun segala
perubahan yang dialami olehnya serta keluarga, beliau masih sentiasa ringan tulang
untuk membantu orang sekelilingnya yang susah.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 19
3.2 Pemilik Gerai Buah Bali
3.2.1 Demografi Peserta Program AIM
Responden kedua adalah Puan Saadiah atau Rohani binti Abu dan beliau lebih mesra
dipanggil dengan panggilan Kak Ani. Beliau lahir pada tahun 1965 dan kini berumur
47 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kini Kak Ani menetap di Kampung
Padang 1 KM5, Jalan Bukit Kayu Hitam, Mugak Tanah dan telah berkahwin serta
dikurniakan 9 orang anak yang terdiri daripada 3
perempuan dan 6 lelaki. 4 daripada anaknya
masih bersekolah iaitu 2 orang bersekolah tahap
menengah dan 2 orang lagi bersekolah rendah.
Anak sulung beliau sudah berumur 27 tahun dan
anak ketiga beliau sudah berkahwin. Beliau kini
mempunyai dua orang cucu. Tahap pendidikan
beliau hanya di tingkatan 3. Beliau berhenti dari
belajar kerana keluarga beliau yang miskin dan tidak mampu untuk menampung yuran
sekolah beliau. Pekerjaan utama beliau kini adalah menjadi usahawan sepenuh masa
dengan menjual buah limau bali di Changlun, Jalan Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam.
Sebelum Kak Ani menjadi usahawan, dia tidak bekerja dan menjadi suri rumah
sahaja. Oleh sebab itu, sebelum beliau menyertai program AIM, beliau tidak
mempunyai pendapatan sendiri dan hanya bergantung sepenuhnya terhadap
pendapatan suami beliau. Namun selepas beliau menyertai program AIM, beliau mula
mempunyai pendapatan sendiri kerana bekerja sendiri. Menurut beliau gaji sehari
beliau bersih RM20. Beliau berkata, dalam sebulan beliau boleh mendapat dalam
RM500 hingga RM600 sebulan. Namun tambahnya lagi, suami beliau juga turut
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 20
bekerja sebagai penoreh getah dan mendapat pendapatan bersih kira-kira RM30
sehari, oleh itu, pendapatan keluarganya dalam sebulan lebih kurang RM1500. Kata
beliau dengan pendapatan tersebut, sudah cukup untuk menampung yuran anak-anak
beliau yang masih bersekolah. Kak Ani berkata, sepanjang beliau menyertai program,
beliau tidak pernah melibatkan diri dalam mana-mana politik.
3.2.2 Maklumat Program AIM
Puan Saadiah telah memilih untuk
menyertai program Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM). Menurut beliau, beliau
mula melibatkan diri dalam program ini
pada tahun 1990-an. Selama 18 tahun
beliau menyertai program ini. menurut
beliau dalam percakapannya “makcik tau
dari kawan-kawan ajak masuk. Depa tau makcik tak dak modal. Kita nak pinjam kat
kawan, depa tak percaya” . Daripada aduan tersebut, beliau menyertai program ini dan
mula menjalankan perniagaan menjual buah limau bali secara kecil-kecilan. Apabila
ditanya beliau, mengapa memilih program ini berbanding program-program yang lain,
beliau berkata bahawa program AIM mudah untuk membuat pinjaman. Tidak
memerlukan borang yang banyak untuk diisi serta tidak memerlukan cagaran dan
syarat-syarat yang ketat seperti pinjaman kepada bank-bank yang lain. Kata beliau,
untuk meminjam kepada program ini, hanya perlu memberitahu kepada pegawai AIM
untuk menjalankan perniagaan apa yang hendak dijalankan, dan hanya sekeping
salinan kad pengenalan dan akaun Bank Islam. Oleh itu, beliau sudah boleh membuat
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 21
pinjaman dari AIM berbanding dengan bank yang lain. Menurut beliau, permulaan
pinjaman permulaan beliau adalah sebanyak RM500 sahaja dan bayarannya adalah
sebanyak RM6 setiap minggu.
Namun kini setelah 18 tahun menyertai AIM, beliau boleh meminjam sehingga
RM20,000. Dalam pinjaman sebanyak RM20,000 tersebut, beliau perlu membayarnya
dalam tempoh 2 tahun dengan bayaran RM120 setiap minggu. Selain itu, beliau juga
telah membuat banyak jenis pinjaman dengan AIM antaranya ialah jenis pinjaman
SEJAHTERA, MESRA dan SRIKANDI. Dalam sepanjang peminjaman beliau,
banyak peralatan yang dibeli oleh beliau untuk menjalankan perniagaannya. Melalui
pinjaman SEJAHTERA, beliau menggunakan untuk membaiki rumah dan selebihnya
adalah sebagai penambah modal untuk membeli buah limau bali daripada pembekal
untuk dijual. Selain itu, melalui pinjaman MESRA pula, beliau telah membeli
motosikal jenis EX5 bagi memudahkan beliau untuk ulang-alik ke tempat berniaga.
Ini kerana menurut beliau, jarak rumah beliau dengan tempat berniaga agak jauh, Oleh
itu, beliau memerlukan kenderaan bagi memudahkan beliau bergerak. Beliau berkata
sepanjang beliau meminjam daripada AIM, beliau tidak pernah pinjam dari mana-
mana agensi kerana sudah berpuas hati terhadap layanan daripada AIM. Dalam
menjalankan perniagaan buah limau bali itu, beliau tidak mempunyai pekerja, beliau
menjalankan perniagaan secara sendirian cuma kadang-kala jika anak-anak beliau
mempunyai masa lapang pada hari cuti sekolah, anak-anak beliau akan membantu dan
menemani beliau berniaga. Menurut beliau dalam percakapannya “buat masa la, buah
mahal. Kalau upah orang, duit upah makan modal pula”.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 22
3.2.3 Perubahan Ekonomi, Sosial dan Rutin Harian yang dinikmati
Puan Saadiah berkata terdapat banyak perubahan dalam rutin harian beliau setelah
menyertai program AIM. Dari segi pemilikan, beliau berkata, kini beliau mempunyai
televisyen, peti ais, sofa, almari, dan barang-barang lain untuk keperluan rumah dan
dapur. Beliau juga mempunyai 2 buah motosikal. Satu untuk beliau sendiri dan
sebuah lagi motor untuk suaminya. Dari perniagaan tersebut juga, sebelum ini beliau
tidak mempunyai rumah, namun dari hasil daripada membuat pinjaman dengan AIM
dalam perniagaannya kini beliau sudah mempunyai rumah, tanah yang bergeran dan
dapat menggunakan duit pinjaman tersebut untuk memperbesarkan dan memperbaiki
rumah beliau. Beliau juga mendapat kesedaran daripada pengalaman hidupnya yang
susah dengan mengambil inisiatif untuk menabung dalam Amanah Simpanan
Bumiputera (ASB) dan kini sudah sebanyak RM3,000 lebih dalam simpanannya. Dari
aspek kemudahan telekomunikasi pula, di rumah beliau mempunyai telefon rumah,
Puan Saadiah sendiri mempunyai satu biji telefon dan juga Internet di rumah. Ini
memudahkan beliau untuk berhubung dengan anak beliau ketika beliau pergi bekerja.
Dari hal yang berkaitan dengan hutang, Puan Saadiah mengatakan bahawa dia
tidak pernah dihimpit dengan bebanan hutang semenjak beliau meminjam pinjaman
dari AIM. Ini kerana menurut beliau, untuk membayar kembali hutang pinjaman,
beliau dapat menampung sendiri dengan keuntungan bersih yang diperoleh setiap hari.
Malah ia cukup untuk menampung perbelanjaan harian kerana duit perbelanjaan dari
suami beliau dan juga anak sulung beliau yang tinggal bersama dengannya.
Berkaitan dengan perubahan rutin harian pula, Puan Saadiah berkata bahawa dia
mempunyai waktu rehat yang mencukupi. Ini kerana beliau hanya menjalankan
perniagaan buah limau bali pada waktu siang sahaja dan akan tutup gerai pada pukul
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 23
6.30 petang. Oleh itu, pada waktu malam, beliau akan sepenuhnya meluangkan masa
di rumah. Menurut beliau, sememangnya ada perubahan dari segi meluangkan masa
bersama keluarga sebelum dan selepas menyertai program ini. Sebelum ini, beliau
adalah suri rumah sepenuh masa. Oleh itu, masa seharian akan dihabiskan dengan
anak-anak beliau dan mengemas rumah. Namun setelah bekerja, beliau hanya dapat
meluangkan masa bersama anak-anak dan suami pada waktu malam. Namun begitu,
menurut beliau segala makan anak-anak tidak diabaikan. Kadang-kadang beliau akan
memberi duit kepada anak lelakinya untuk membeli makanan dan kadang-kadang
beliau akan masak sebelum pergi kerja. Manakala masa bersama rakan-rakan juga
tidak berbeza dengan sebelum dan selepas beliau menyertai program AIM ini.
Menurut beliau, beliau bekerja sendiri di kedai menjual buah limau bali itu.
Oleh yang demikian, beliau tidak terikat untuk membuka atau tidak gerai tersebut.
Jika ada hari majlis kenduri dari kawan-kawan
beliau dan hari gotong-royong, beliau akan pergi
dan membuka gerai lewat sedikit dari hari biasa.
Sementara waktu harian pula, pada waktu malam
jika beliau ada kelapangan, beliau akan melawat
jiran-jiran beliau dan juga akan berkumpul pada
hari mesyuarat AIM untuk mengangkat sumpah dan membayar wang pinjaman setiap
minggu. Oleh itu, menurut beliau tiada perubahan antara hubungan beliau dengan
teman-teman sebelum dan selepas menyertai program tersebut. Ini kerana dengan
kesibukan beliau, beliau masih sempat untuk menghadiri majlis-majlis kenduri dan
aktiviti yang melibatkan dengan orang kampung beliau seperti hari bergotong-royong
yang dilakukan.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 24
Dari segi perubahan taraf hidup pula, menurut beliau terdapat banyak
perubahannya yang dialaminya. Menurut Puan Saadiah, selepas beliau menyertai
program AIM, beliau dapat memberi wang saku yang lebih kepada anak-anak beliau
berbanding sebelum ini beliau tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan
suami beliau. Ini menyebabkan perbelanjaan menjadi terhad namun selepas beliau
bekerja, perbelanjaan wang saku anak-anak beliau yang masih bersekolah dapat beliau
tampung. Anak beliau yang masih bersekolah adalah 4 orang yang terdiri daripada
pasangan kembar yang kini berumur 9 tahun. Bagi dua orang yang bersekolah
menengah, wang saku setiap hari ke sekolah, beliau berikan sebanyak RM5 dan bagi
dua orang lagi yang masih bersekolah rendah, wang saku setiap hari ke sekolah,
beliau berikan sebanyak RM2.
Malah bukan itu sahaja, anak-anak beliau juga mendapat bantuan dari pihak
sekolah seperti makanan percuma pada waktu pagi iaitu RMT dan juga wang bantuan
dari pihak sekolah dan juga pinjaman buku teks. Ini membuatkan anak beliau tidak
kurang dari mendapat wang perbelanjaan setiap hari untuk ke sekolah. Malah baru-
baru ini, beliau turut mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) daripada kerajaan
sebanyak RM500. Dari segi kesihatan keluarganya pula adalah dalam keadaan terjaga
daripada sebarang penyakit.
Sepanjang beliau bekerja, beliau juga sudah kekurangan masa untuk bersama
keluarga untuk pergi melancong tambahan lagi atas faktor kewangan yang tidak
berapa mencukupi. Ini kerana beliau perlu menampung perbelanjaan harian dan juga
perlu menjaga anak-anak beliau yang masih bersekolah. Namun begitu, beliau juga
berkata sepanjang ini, tempat yang paling jauh beliau pernah pergi adalah ke Johor
bersama-sama anak sulungnya yang ketika itu mempunyai urusan pekerjaan ditambah
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 25
dengan waktu cuti persekolahan, jadi beliau dapatlah membawa keluarganya
melancong.
Dari segi pandangan masyarakat sekeliling pula terhadap beliau selepas
menyertai program AIM ini, menurut beliau tiada apa yang berubah. Malah beliau
mendapat sokongan dari pihak keluarga dan juga kawan-kawan untuk meneruskan
perniagaan beliau. Menurut beliau, dari sokongan suami, anak-anak, keluarga dan
teman-teman beliau adalah penyebab beliau masih bertahan menjalankan perniagaan
tersebut setelah hampir lebih kurang 18 tahun beliau berniaga. Bermula berniaga
secara kecil-kecilan di depan rumah, kemudian membuka gerai yang kecil di tepi-tepi
jalan sehinggalah kini beliau mempunyai gerai tetap yang dibina oleh Majlis
Perbandaran untuk beliau menjalankan perniagaan setiap hari. Meskipun jarak rumah
beliau dengan tempat berniaga agak jauh, namun menurut beliau itu tidak pernah
membebankan beliau. Malah beliau rasa bertuah kerana mendapat sokongan dari
keluarga dan teman-teman beliau. Menurut beliau, meskipun menjalankan perniagaan
ini, namun beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri,
ibu dan masih hidup bermasyarakat.
4.0 PENCAPAIAN DAN KEBERKESANAN PROGRAM AIM
4.1 Peserta Program 1 : Pemilik Butik Permata Nabila Huda
Secara keseluruhan, program yang disertai oleh Kak Ieta telah berjaya menaikkan taraf
kehidupan beliau. Hal ini kerana, jika dilihat sewaktu kali pertama beliau membuat pinjaman
AIM, hanya sebanyak RM500 setahun, dan harus membayar sebanyak RM10 setiap minggu,
tetapi kini selepas beberapa tahun, Kak Ieta telah mampu melakukan pinjaman kedua
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 26
sebanyak RM3,000 dan beliau menyatakan bahawa pinjaman tersebut sebagai pinjaman
lompat, ditambah lagi dengan pinjaman sejahtera. Selepas itu, Kak Ieta membuat pinjaman
ketiga sebanyak RM6,000 diikuti dengan pinjaman yang keempat sebanyak RM16,000 dan
sentiasa berterusan meminjam sebanyak RM16,000 kerana beliau tidak pernah berniat untuk
meminjam lebih daripada itu. Kini, Kak Ieta telah berjaya meminjam sehingga RM50,000
yang dikenali sebagai I - Wawasan dan beliau membayar RM620 setiap minggu.
4.1.1 Isu dan Masalah Serta Kaitan Isu Dengan Konsep
Menurut Kak Ieta, setelah beliau meminjam AIM sehingga kini, tiada sebarang
masalah yang beliau hadapi malahan AIM telah banyak mengubah nasib kehidupan
beliau sekeluarga. Menurut Kak Ieta, beliau pernah menghadapi kemalangan jalan
raya pada tahun 2006 yang mana menyebabkan beliau mengalami kecederaan yang
sangat teruk iaitu patah tulang belakang dan hampir separuh bahagian mukanya
mengalami kecederaan teruk. Ekoran daripada itu, beliau terpaksa menjalani
pembedahan yang melibatkan isi di paha beliau diambil untuk digantikan di bahagian
mukanya. Pada masa yang sama, ramai yang menyangka bahawa Kak Ieta sudah tiada
harapan untuk hidup seperti biasa. Namun berkat doa beliau dan keluarga, beliau
kembali pulih saban hari hanya dengan bantuan ubat lidah buaya di samping
mendapat rawatan daripada pihak hospital. Ternyata Allah masih lagi menyayanginya
bagi meneruskan kehidupan yang mendatang. Kini, Kak Ieta sudah tidak lagi seperti
dahulu kerana beliau tidak dapat lagi bergerak aktif disebabkan pernah mengalami
kecederaan yang teruk akibat kemalangan jalan raya.
Menurut Kak Ieta, kesan daripada kemalangan demikian beliau terpaksa makan
dengan menggunakan sudu dan minum menggunakan straw kerana di dalam mulut
beliau telah dimasukkan besi oleh doktor. Menurut Kak Ieta lagi, segala kos
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 27
tanggungan perubatan beliau semasa di hospital ditanggung oleh AIM kerana di
dalam perjanjian bersama AIM terdapat skim perlindungan insurans Takaful Malaysia
Berhad yang bertujuan melindungi ahli AIM yang mengalami kemalangan jalan raya
mahupun musibah yang lain. Oleh hal yang demikian, Kak Ieta langsung tidak risau
tentang kos perubatan beliau kerana beliau percaya AIM akan membantunya
menyelesaikan masalah yang timbul dan layanan AIM ternyata yang terbaik baginya
serta tiada agensi lain yang setanding dengan AIM.
Di samping itu, menurut Kak Ieta lagi syarat untuk meminjam dengan AIM
adalah yang paling mudah berbanding melakukan peminjaman terhadap bank
mahupun agensi lain seperti MARA, TEKUN dan lain-lain kerana agensi berkenaan
memerlukan pemohon memiliki kedai sendiri barulah bantuan akan diberikan. Hal ini
kerana syarat untuk memohon AIM mestilah terdiri daripada lima orang satu
kumpulan yang berpendapatan bawah RM1,500. Sehubungan dengan itu, setiap
kumpulan yang terdiri daripada lima orang mestilah terdiri daripada pengerusi,
setiausaha, bendahari dan dua orang ahli. Tujuan lima orang dalam satu kumpulan
adalah untuk saling membantu antara setiap ahli sekiranya mempunyai sebarang
masalah dalam perniagaan masing-masing.
Selain itu, syarat lain apabila meminjam AIM adalah setiap ahli dalam satu
kumpulan mestilah mampu membayar pinjaman setiap minggu, melakukan
perniagaan yang berlainan antara satu sama lain dan sanggup menghadiri mesyuarat
setiap minggu iaitu pada hari Jumaat. Sebagai contoh, dalam kumpulan Kak Ieta
sendiri ada yang melakukan perniagaan menjual tembikai, membuka perniagaan pam
minyak, membuka bengkel kedai motor dan berniaga limau bali. Tambahan itu,
menurut Kak Ieta lagi proses jangka masa permohonan yang diambil oleh agensi AIM
untuk meluluskan sesuatu permohonan adalah sangat cepat kerana bantuan AIM kini
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 28
di peringkat permulaan adalah sebanyak RM3,000 bagi pemohon yang berpendapatan
bawah RM1,500 dan pemohon yang layak dengan syarat yang ditetapkan akan segera
memperoleh bantuan. Jika dahulu, jangka masa permohonan agak lama iaitu selama
sebulan berbanding kini, jika permohonan bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan,
maka AIM akan terus memproses borang permohonan tersebut. Sehubungan dengan
itu, dengan modal yang ada, ahli berkenaan terus dapat memulakan perniagaan
mereka.
AIM yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil bertujuan
membantu golongan wanita khususnya ibu tunggal yang kematian suami mahupun
bercerai. Oleh itu, pelbagai kelebihan akan diperoleh oleh ahli apabila menyertainya.
Sebagai contoh, kini Kak Ieta mampu meminjam sebanyak RM50,000 daripada AIM
dan mampu menguruskan butik pengantin dan kedai makan dengan mengupah
seramai 12 orang pekerja. Menurut Kak Ieta lagi, kelebihan agensi ini adalah dapat
membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk mengubah taraf hidup mereka
menjadi lebih selesa. Pada suatu ketika dahulu juga, Kak Ieta pernah meminjam wang
daripada Ah Long ekoran daripada bantuan AIM ketika itu hanya RM500 sahaja dan
tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya.
Kini segalanya telah berubah dan beliau tidak lagi meminjam duit kepada Ah
Long. Berkat kegigihan usaha Kak Ieta dan keluarga, beliau adalah antara contoh ibu
tunggal yang berjaya di dalam daerah Kubang Pasu dengan mengusahakan butik
pengantin Permata Nabila Huda dan Restoran Nabila Huda setelah memperoleh
pinjaman bantuan kewangan daripada AIM. Hal ini kerana, Kak Ieta berjaya
membayar semua wang pinjamannya pada tempoh yang ditetapkan kerana beliau ada
prinsip tersendiri dalam hidupnya iaitu setelah melakukan peminjaman beliau berjanji
pada diri sendiri untuk memastikan bahawa beliau dapat membayar pinjamannya
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 29
dengan berusaha bersungguh-sungguh. Kini, perniagaan beliau semakin maju dan
dikenali oleh orang ramai.
4.2 Peserta Program 2 : Pemilik Gerai Buah Limau Bali
Sepanjang pinjaman yang dibuat dengan AIM, Puan Saadiah mengakui bahawa kehidupan
beliau dan keluarga telah banyak berlaku transformasi antaranya ialah kehidupan beliau
sudah tidak lagi dihimpit oleh masalah kewangan serta bagi pembayaran pinjaman setiap
minggu pula juga tiada masalah kerana syarat untuk meminjam dengan AIM mestilah
mencukupi lima orang setiap kumpulan. Hal ini bertujuan, jika beliau tidak dapat membayar
setiap minggu, Sahabat dalam kumpulannya akan sama-sama membantu beliau dalam proses
pembayaran buat sementara waktu ataupun akan membeli produk yang dijualnya. Selain itu,
perubahan lain adalah kini beliau sudah mempunyai gerai sendiri untuk menjual buah limau
bali yang diberikan oleh pihak Majlis Daerah Bukit Kayu Hitam. Malah jika keuntungan
lebih, beliau dapat membeli stok buah limau bali lebih banyak sedikit dari selalu yang beliau
beli dari pembekal di Thailand. Malah kini beliau juga mempunyai dua buah motosikal serta
mempunyai duit lebih untuk dibelanjakan membeli barangan dapur, membaiki rumah,
menyimpan duit, menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak dan dapat meluangkan
masa bersama keluarga jika ada waktu kelapangan. Meskipun sibuk, hal itu tidak langsung
membuatkan beliau rasa letih kerana segala keperluan hidup yang lebih selesa dapat beliau
rasai. Beliau berkata lagi, peningkatan taraf hidup beliau sangat berbeza pada masa dulu dan
pada masa kini. Melalui dari wang simpanan beliau, beliau juga dapat mengusahakan
beberapa jenis pokok buah seperti rambutan, langsat dan cempedak yang ditanam di belakang
rumahnya sebagai makanan tambahan untuk keluarganya serta sekiranya tiba musim buah
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 30
yang banyak, beliau juga dapat menambahkan hasil daripada menjual buah yang ditanamnya
itu.
4.2.1 Isu dan Masalah Serta Kaitan Isu Dengan Konsep
Menurut Puan Saadiah, sepanjang beliau menyertai program AIM, beliau tidak
menghadapi sebarang masalah. Malah dengan bantuan AIM, beliau mengatakan
ia banyak membantu kehidupannya ke arah hidup yang lebih selesa seperti
sekarang. Berkaitan dengan sasaran beliau pada masa hadapan, beliau berkata
ingin meluaskan lagi kedai beliau dan membanyakkan lagi bilangan buah yang
dijual supaya kedai kelihatan menarik pada pembeli.
Sebenarnya, pihak AIM bayak membantu beliau. Ini kerana beliau
bercakap bahawa untuk membuat pinjaman wang, tidak memerlukan syarat
yang ketat, cagaran dan juga penjamin. Malah tempoh untuk mendapatkan
pinjaman penuh adalah dalam masa yang singkat lebih kurang seminggu. Cuma
dalam syarat AIM, setiap kumpulan perlu mempunyai lima orang ahli dan setiap
ahli diwajibkan untuk turun pada hari mesyuarat untuk membayar wang
pinjaman. Kebiasaannya, Kak Ani juga akan turun mesyuarat pada hari Jumaat
pada pukul 9 hingga 11 pagi di Ladang Rakyat pusat Bukit Kayu Hitam. Malah
bukan itu sahaja, beliau juga memegang jawatan sebagai bendahari AIM bagi
kawasan Bukit Kayu Hitam.
Berkaitan soal kelebihan AIM, Kak Ani menjawab bahawa AIM banyak
membantu rakyat tanpa mengira peringkat, tahap dan juga status. Ini sedikit
sebanyak membantu golongan desa untuk memajukan diri kerana syarat yang
diletakkan oleh AIM tidak seketat dengan syarat yang dibuat oleh bank-bank
yang lain. AIM banyak membantu beliau dalam meningkatkan taraf hidup yang
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 31
lebih baik. Malah sepanjang beliau menyertai AIM selama 18 tahun, beliau
tidak pernah menghadapi sebarang masalah himpitan wang. Malah pinjaman
yang dibuat tidak pernah dikenakan kadar bunga. Ini membuatkan peminjam
hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjamkan sahaja. Ini yang
membuatkan Puan Saadiah memilih untuk memilih agensi AIM untuk dijadikan
modal untuk beliau mengembangkan perniagaan beliau. Beliau berkata lagi
bahawa beliau tidak pernah menerima bantuan daripada mana-mana agensi yang
lain kecuali AIM kerana beliau berkata tiada agensi yang terbaik dan mudah
berurusan kecuali agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
5.0 CADANGAN BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PROGRAM AIM
Dalam sesi temu bual kami bersama peserta program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ini,
kami mendapati pelbagai transformasi ke arah kehidupan yang lebih baik dialami sendiri oleh
kedua-dua Sahabat AIM iaitu Puan Rose Sita binti Kasim dan Puan Saadiah binti Abu. Walau
bagaimanapun, mereka juga dapat merasai sedikit kesulitan sepanjang bersama dengan AIM
atas faktor kesibukan yang dialaminya dalam menguruskan perniagaan. Oleh itu, Kedua-dua
peserta program seolah-olah bersepakat dalam mengemukakan cadangannya kepada pihak
AIM untuk diperbaiki antaranya ialah mereka mencadangkan agar penambahan pinjaman
dibuat oleh pihak AIM kepada RM50,000 ke atas kerana bagi Kak Ieta beliau bercita-cita
ingin meluaskan pasaran butik pengantinnya ke luar kawasan Jitra. Hal ini kerana, beliau
melihat bahawa perniagaan butik pengantinnya mempunyai daya maju pada masa hadapan.
Bagi Kak Ani pula, dia berharap dapat menambahkan pinjamannya kerana ingin
menambahkan modal bagi jualan buah limau balinya. Cadangan terakhir, mereka adalah
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 32
berharap agar pembayaran mengikut bulan pula dilaksanakan bagi menggantikan dengan
pembayaran setiap minggu. Baginya lagi, sekiranya AIM melaksanakan cadangan seperti
yang dinyatakan mereka akan dapat mengurangkan kos keluar bagi tujuan pembayaran dan
mesyuarat.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kejayaan yang diperoleh oleh AIM sebenarnya adalah disebabkan
para sahabat AIM terutamanya kaum wanita. Ini kerana daripada kajian yang dijalankan
didapati kaum wanita miskin adalah lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan
kesejahteraan keluarga terutamanya terhadap anak-anak mereka. Kaum wanita pandai
mengambil peluang yang ada bagi memperbaiki taraf hidup diri sendiri dan juga keluarga.
Dari motivasi yang tinggi inilah yang telah memberi dorongan kepada para sahabat AIM
untuk berusaha dengan gigih di samping mendapat bimbingan daripada AIM dan akhirnya
menjamin kejayaan AIM.
Amanah Ikhtiar Malaysia telah memberi banyak penghargaan dan pertolongan kepada
penduduk miskin. Dari kajian yang dibuat oleh kajian ini, jelas menunjukkan bahawa AIM
sebenarnya member banyak kelebihan kepada kedua-dua belah pihak. AIM bukan sahaja
membantu masyarakat miskin dalam mengembangkan perniagaan dan meningkatkan taraf
hidup rakyat tetapi turut menyediakan beberapa lagi jenis pinjaman yang memberi peluang
kepada masyarakat miskin untuk digunakan bagi kegunaan yang lain untuk hal-hal yang
berkaitan dengan peribadi. Malah bukan itu sahaja, syarat yang dikenakan kepada peminjam
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 33
juga tidak membimbangkan dan terlalu ketat. Ini sesuai keadaan para penduduk luar bandar
yang kebanyakan terdiri daripada tidak berpendidikan dan miskin.
Oleh itu, secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa AIM dan berkembangnya
projek-projek AIM adalah disebabkan oleh objektif AIM itu sendiri dan hal ini dibantu pula
dengan sikap keterbukaan AIM kepada para sahabat dalam melaksanakan programnya.
Jumlah jangkauan yang luas serta sikap para sahabat yang bermotivasi telah mengubah cara
hidup mereka ke arah yang lebih cerah dan juga penyumbang kepada perkembangan AIM.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 34
7.0 RUJUKAN
Amanah Ikhtiar Malaysia. (2010). Diakses pada 30 Mac 2012, daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Amanah_Ikhtiar_Malaysia
Jenis Skim Pembiayaan. (2011). Diakses pada 30 Mac 2010, daripada
http://www.jpw.gov.my/
Mohd Nasir Mustafa. (2009). Sejarah Amanah Ikhtiar Malaysia. Diakses pada 1 April 2012
daripadahttp://ybmohdnasir.blogspot.com/2009/10/sejarah-amanah-ikhtiar
malaysia.html
Riadz Radzi. (2012, Mac 26). Harga Rajin RM10,000. Harian Metro. Muka Surat 12.
Sejarah Penubuhan. (2011). Diakses pada 30 Mac 2012, daripada
http://www.usahawan.com/pinjaman/amanah-ikhtiar-malaysia.html
Sr Mohd Nazaruddin Yusoff, Zainal Md Zan, dan Azlizan Talib. (2009). Pembangunan
Fizikal : Pendekatan dan Aplikasi. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 35
Lampiran
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 36
G M J T 3 1 2 4 : P e m b a n g u n a n W i l a y a h | 37