kartografi: sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

41
Kartografi: Definisi, sejarah dan kartografi sebagai satu proses komunikasi Disediakan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Faris Dziauddin Jabatan Geografi dan Alama Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan E-mail: [email protected]

Upload: others

Post on 03-Apr-2022

54 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi: Definisi, sejarah dan kartografi sebagai satu proses

komunikasi

Disediakan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Faris Dziauddin

Jabatan Geografi dan Alama Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan E-mail: [email protected]

Page 2: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Hasil pembelajaran

• Diakhir kuliah pelajar diharapkan dapat:

1. Menghurai dan merumuskan maksud kartografi;

2. Menjelaskan sejarah perkembangan bidang kartografi; dan

3. Menerangkan konsep kartografi sebagi satu proses komunikasi.

Page 3: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Pengenalan

• Selain geografi fizikal dan manusia, komponen penting lain yang terdapat dalam bidang geografi ialah teknik.

• Dua teknik asas yang perlu dikuasai oleh ahli-ahli geografi adalah teknik kartografi (pemetaan) dan teknik statistik (atau disebut juga sebagai kaedah kuantitatif).

• Kedua-dua teknik asas ini memainkan peranan yang sangat penting kepada ahli-ahli geografi (sama ada ahli geografi fizikal atau manusia) terutamanya bagi aktiviti penyelidikan yang dilakukan.

• Di samping itu, teknik asas terutamanya teknik kartografi sangat bermanfaat kepada setiap individu kerana ia boleh dipalikasikan dalam kehidupan seharian (misalnya kemahiran membaca peta).

Page 4: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Soalan

Selain daripada kemahiran membaca peta, bolehkah anda nyatakan apakah manfaat-manfaat lain yang diperoleh

apabila seseorang individu itu menguasai teknik kartografi?

Page 5: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi?

Page 6: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi?

• Istilah kartografi berasal daripada perkataan “carte” (Perancis bagi peta) dan “graphie” (Greek bagi menulis).

• Sungguhpun penghasilan peta bermula sejak beribu tahun dahulu lagi, tetapi “kartografi” adalah perkataan yang dicipta pada abad ke-18 oleh sarjana Portugal bernama Manuel Francisco de Barros e Sousa, Viscount of Santarém bagi menjelaskan kajian tentang peta lama (Wolter, 1975).

• Walaupun, Santarém hanya merujuk kepada pengkajian tentang peta-peta lama, perkataan kartografi kemudiannya terus digunakan bagi merujuk kepada pengkajian peta-peta kontemporari, pemetaan dan artifak-artifak zaman lampau (Harley, 1987).

Page 7: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi? (samb.)

• Kartografi boleh didefinisikan sebagai penghasilkan peta oleh kerajaan (misalnya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia: www.jupem.gov.my), firma swasta (misalnya Ho Chin Soon: http://www.hochinsoon.com) dan orang perseorangan.

• Dalam konteks ini, ia bukan sahaja merangkumi kerja-kerja pengumpulan, reka bentuk, pengeluaran dan pengedaran peta tetapi ia juga merangkumi kerja-kerja mengumpul data asas menerusi mengukur di lapangan, penderiaan jauh dan penghintungan bancian.

• Secara lebih khusus, istilah kartografi merujuk kepada reka bentuk peta dan pengeluaran (Johnston, Gregory, Pratt, & Watts, 2000).

Page 8: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi? (samb.)

• Seni dalam kartografi sangat ketara apabila adaptasi simbol, warna, persembahan semula grafik (terutamanya ciri-ciri fizikal permukaan bumi), dan dekorasi ke atas peta yang dihasilkan bagi tujuan komunikasi dengan pengguna.

• Ciri-ciri yang dinyatakan ini amat ketara pada peta-peta lama berbanding peta kontemporari.

• Selain seni, kartografi juga melibatkan sains kerana ia memerlukan kaedah saintifik untuk proses pengumpulan data dan pentafsiran data.

• Elemen teknologi mula dimasukkan dalam kartografi selaras dengan perkembangan bidang komputer dan penderiaan jauh.

Page 9: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Tunissia yang dihasilkan di zaman

Renaissance

Page 10: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Melaka 1598

Page 11: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Malaysia (sekarang)

Page 12: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Apakah yang dimaksudkan dengan kartografi? (samb.)

• Berikut adalah definisi-definisi terpilih tentang kartografi:

“Sains yang mengkaji peta geografi, kaedah dan proses-proses pemampatan dan penghasilan semula peta tersebut” (Shokalsky & Kamenetsky, 1930).

“Sains menghasilkan peta yang melibatkan fasa-fasa kerja daripada membuat pengukuran di lapangan sehinggalah peta dicetak” (Cartographic Office of the United Nations Organization, 1949).

“Konsep, reka bentuk dan perlaksanaan sesebuah peta” (Robinson, 1984).

“Kartografi adalah teorri, teknik dan praktis dalam menghasil dan menggunakan peta” (Kolacny, 1968).

Page 13: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Sejarah: Bilakah kartografi bermula?

• Peta Lama telah menjadi sebahagian daripada sejarah manusia selama beribu-ribu tahun, dan dikatakan setakat ini seawal 16,500 tahun SM.

• Walau bagaimanapun, peta yang paling lama diketahui dipelihara di dalam bentuk tanah liat Babylon iaitu kira-kira 2,300 tahun SM.

• Tidak sehingga awal abad ke-16 peta dunia pertama muncul, Gerardus Mercator dari Belgium adalah ahli kartografi terkemuka pada pertengahan abad ke-16.

• Beliau membangunkan unjuran pemetaan berdasarkan matematik, yang jauh lebih tepat daripada yang lain. Beliau menerbitkan peta dunia pada tahun 1569 berdasarkan unjuran peta ini.

Page 14: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Sejarah: Bilakah kartografi bermula? (samb.)

• Sejarah kartografi kuno dapat dikesan menerusi peninggalan peta-peta lama.

• Walau bagaimanapun, banyak peta-peta purba telah lenyap ditelan zaman.

• Banyak juga peta-peta lama ini musnah disebabkan oleh medium yang digunakan mudah rosak.

• Misalnya, manusia lampau menghasilkan peta di atas tanah liat yang bersifat mudah rosak, begitu juga kertas (piprus) dan kepingan kayu serta logam yang boleh dileburkan.

• Namun begitu, terdapat banyak peta-peta lama ini dihasilkan semula berasaskan manuskrip lama dan disalin secara grafik oleh ahli-ahli agama (sami) di zaman pertengahan.

Page 15: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Babylonian (Mesopotamia Purba)

• Budaya masyarakat Babylon kuno boleh dikatakan agak maju.

• Misalnya, mereka telah mempunyai sistem tulisan 4,000 tahun Sebelum Masihi.

• Mereka juga telah mempunyai sistem pengukuran sendiri.

• Menggunakan “Pythagorean Theorem” lebih kurang 1,000 tahun sebelum Pythagoras.

Page 16: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Babylonian (Mesopotamia Kuno) (samb.)

• Peta Gasur (2,300 SM)

– Gunung, air, nama tempat

– Contoh peta topografi yang pertama kali diketahui ditandakan dengan arah kardinal (utara, selatan, timur, dan barat).

Page 17: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Babylonian (Mesopotamia Purba) (samb.)

• Patung Putera Gudea (2,100 SM)

– Kemungkinan peta pertama yang mempunyai skala bar.

Page 18: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Babylonian (Mesopotamia Purba) (samb.)

• “Peta Dunia” Babylonian (600 SM)

– Peta skala kecil dunia yang diketahui.

– Babylon & Euphrates.

– Banyak menggunakan

tema dikelilingi lautan.

– Dunia luar dikunjungi oleh pahlawan-pahlawan

hebat mereka.

Page 19: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Mesir Purba

• Orang-orang Mesir purba sangat maju pada zaman mereka.

• Misalnya, mereka sudah mempunyai sistem tulisan sendiri lebih kurang 4,000 tahun sebelum masihi.

• Mereka juga sangat maju dalam bidang matematik, pertanian, perlombongan, perubatan, seni halus dan seni bina.

• Walau bagaimanapun, tidak banyak bukti-bukti kartografi yang ditinggalkan oleh mereka jika dibandingkan dengan masyarakat Babylonian.

• Dalam penghasilan peta, orang-orang Mesir Purba menggunakan piprus dan kayu berbanding tanah liat.

Page 20: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Mesir Purba (samb.)

• Peta pada penutup keranda – penutup kerana bertarikh 2,000 tahun SM menggambarkan laluan air dan darat ke “Underworld”.

Page 21: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Mesir Purba (samb.)

• Peta yang paling lazim dihasilkan oleh orang-orang Mesir purba ialah Peta Ukur.

• Banjir tahunan yang berlaku disebabkan oleh limpahan air Sungai Nil memerlukan peta dihasilkan bagi menentukan sempadan ladang dengan tepat terutamanya selepas banjir.

• Peta juga digunakan oleh pihak berkuasa untuk tujuan mengutip cukai.

• Mereka juga telah mempelajari cara untuk menentukan garisan utara-selatan supaya tugu dan bangunan awam mempunyai tapak orientasi yang betul.

• Namun, tidak ada satu pun peta-peta ini yang boleh dilihat kini – maklumat tentang kewujudan peta-peta ini diperolehi daripada manuskrip.

Page 22: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Greek

• Budaya dan kesarjanaan orang-orang Greek berlangsung selama beribu-ribu tahun.

• Dalam bidang kartografi, kita dapat kenal pasti perubahan yang berlaku secara beransur-ansur iaitu daripada teori kepada praktikal.

• Misalnya, daripada konsep yang diketahui dunia sebagai “climata” kepada ujuran peta dan koordinat geometri.

Page 23: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Greek (samb.)

• Peta Dunia Anaximander (600 SM).

• Peta dunia yang dihasilkan oleh Anaximander dianggap sebagai peta dunia pertama yang dilukis menggunakan skala.

Page 24: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Greek (samb.)

• Peta Dunia oleh Hecataeus (500 SM).

• Diskripsi sistematik pertama tentang dunia yang diketahui.

Page 25: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Greek (samb.)

• Peta Dunia Erathostenes (220 SM).

• Erathostenes seringkali dirujuk sebagai bapa kartografi saintifik, dan beliau adalah orang pertama yang megukur lilitan bumi.

Page 26: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era Roman

• Peta Jalan Peutinger (335 AD).

Page 27: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Era China

• Peta kertas China (1800 M).

Page 29: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Zaman Pertengahan (Zaman Gelap) (samb.)

• Peta Psalter (1260 M)

Page 30: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Zaman Renaissance

• Peta Dunia Rosseli (1508 M).

Page 31: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Zaman Renaissance (samb.)

• Peta Dunia Waldseemüller (1507 M).

Page 32: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Peta Zaman Renaissance (samb.)

• Peta Dunia Ortelius (1570 M).

Page 33: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi sebagai satu proses komunikasi

• Pandangan tradisional tentang kartografi hanya berfokus kepada proses penghasilan peta.

• Tujuan peta tersebut dihasilkan biasanya untuk memenuhi kehendak pembuat peta itu sendiri dan pengguna lain yang amat terhad.

• Keperluan masyarakat awam terhadap maklumat, selaras dengan perkembangan teknologi telah menjadikan kartografi sebagai satu bentuk proses komunikasi.

• Komunikasi – proses penyampaian dan penukaran data dan maklumat antara dua atau lebih individu.

Page 34: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Soalan

Bagaimana kartografi dikatakan sebagai satu bentuk proses komunikasi?

Page 35: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

AHLI

KARTOGRAFI

Dunia sebenar

MEDIUM - Peta - Graf/carta - Lain-lain

PENGGUNA

GANGGUAN

Kartografi sebagai satu proses komunikasi (samb.)

Konsepsi kartografi

Page 36: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi sebagai satu proses komunikasi (samb.)

• Komunikasi dalam kartografi menekankan elemen pemprosesan sebagai komponen utama dalam komunikasi berkenaan.

• Komunikasi kartografi wujud dalam bentuk komunikasi grafik (peta, carta, graf, dan lain-lain) yang bersifat menyeluruh.

• Proses komunikasi kartografi akan menjadi lebih efektif apabila pengguna mempunyai kemahiran yang tinggi tentang data/maklumat yang ingin disampaikan oleh ahli kartografi, memandangkan pengguna menerima data/maklumat dalam satu bentuk/sehala.

• Maklum balas daripada pengguna tidak boleh disampaikan secara langsung.

Page 37: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi sebagai satu proses komunikasi (samb.)

• Ini menyebabkan wujudnya gangguan dalam proses komunikasi kartografi yang boleh menjejaskan maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna.

• Gangguan ini menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan menjadi tidak jelas, berubah maksud atau hilang semasa proses komunikasi tersebut.

• Gangguan ini boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu:

(1) gangguan daripada pihak ahli kartografi;

(2) gangguan daripada peta itu sendiri; dan

(3) gangguan daripada pembaca/pengguna peta.

Page 38: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi sebagai satu proses komunikasi (samb.)

• Gangguan daripada ahli kartografi berlaku apabila ahli kartografi:

1) kurang kemahiran menghasilkan peta; dan

2) Mempunyai/menggunakan konsep yang lemah/silap

dalam proses kartografi.

• Gangguan daripada peta berlaku apabila peta yang dihasilkan:

1) lemah daripada aspek simbol;

2) lemah daripada aspek warna;

3) lemah daripada segi reka bentuk;

4) lemah daripada segi petunjuk/skala; dan

5) sukar untuk difahami.

Page 39: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi sebagai satu proses komunikasi (samb.)

• Gangguan daripada pembaca peta berlaku apabila:

1) lemah daripada segi pemahaman konsep;

2) lemah teknik membaca dan menganalisis peta;

3) lemah daripada segi fizikal; dan

4) lemah daripada segi emosi.

• Selain daripada tiga gangguan yang dinyatakan di atas, lain-lain gagguan turut juga memrencatkan proses komunikasi kartografi termasuklah:

1) pemilihan medium yang silap;

2) masalah semasa cetakan; dan

3) maklumat yang tidak lengkap atau dikemaskini.

Page 40: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi sebagai satu proses komunikasi (samb.)

• Dalam proses menghasilkan peta terdapat tiga langkah utama yang terlibat iaitu:

1) Mengumpul dan Menganalisis Data • Data daripada pelbagai sumber (peta sedia ada, foto udara,

imej satelit, banci, kerja lapangan dan lain-lain) perlu dikumpul.

• Data ini akan dianalisis dan dimanipulasikan kepada bentuk yang sesuai untuk menerangkan fenomena-fenomena yang ingin disampaikan.

• Di peringkat ini, proses Abstrak atau Generalisasi Kartografi akan dilaksanakan melalui proses pemilihan, pengkelasan (klasifikasi), peringkasan (simplifikasi) dan persimbolan (simbolisasi).

Page 41: Kartografi: Sejarah, definisi, dan kartografi sebagai satu

Kartografi sebagai satu proses komunikasi (samb.)

2) Reka bentuk Peta • Reka bentuk peta bergantung kepada tujuan penghasilan peta, siapa

penggunanya dan kefahaman ahli kartografi tentang fenomena yang ingin disampaikan kepada pengguna.

• Ianya melibatkan proses pemilihan medium, bahan, corak, warna, skala, simbol, petunjuk dan lain-lain.

• Elemen seni memainkan peranan yang penting ketika peringkat ini.

3) Pencetakan Peta • Kualiti pencetakan akan mempengaruhi kualiti peta yang akan

dihasilkan.

• Kemajuan dalam bidang komputer membolehkan peta (khususnya peta dalam bentuk digital) dicetak berdasarkan kepada keperluan pengguna yang khusus (saiz, warna, lokasi, helaian dan sebagainya).