karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk ... filepembangunan perisian berasaskan...
TRANSCRIPT
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”
Tandangan :
Nama Penyelia : ENCIK SHAHARUDDIN BIN MD SALLEH
Tarikh : 13 . 11 . 2007
PEMBANGUNAN PERISIAN BERASASKAN CDROM BAGI
MATAPELAJARAN KIMIA TINGKATAN 4: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
ELEKTROLISIS MENGGUNAKAN PENDEKATAN ANIMASI
SARIMAH BINTI PARDI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : SARIMAH BINTI PARDI
Tarikh : 13 . 11 . 2007
iii
Dedikasiku kepada..
Ayahanda dan bonda yang kusanjungi dan kucintai sepenuh hati,
Encik Pardi bin Marto dan Puan Misnah binti Rajak
Terima Kasih di atas Segalanya
Dan teristimewa juga buat semua insan yang tersayang...
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi dan puji-pujian bagi
Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan izinNya, saya dapat menyempurnakan projek
ini. Salawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan
para sahabat baginda.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Encik
Shaharuddin bin Md Salleh selaku penyelia projek yang saya jayakan ini. Tunjuk
ajar, nasihat dan kesabaran beliau dalam membimbing saya membangunkan projek
ini amat saya hargai. Teristimewa juga buat keluarga yang tercinta dan rakan
seperjuangan yang banyak memberi sokongan tanpa jemu kepada saya.
Terima kasih kepada Nor Rasidah dan suami, Ramlan dan isteri, Ramli dan
isteri; Zurina, Nor Lida dan suami; Ahmad Nazmi, Nor Syila, Junainah dan Mohd
Syarifuddin di atas segala bantuan dan dorongan dari segi material, kewangan,
nasihat dan kata-kata semangat yang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya.
Akhir sekali, ribuan terima kasih juga ditujukan kepada individu-individu
yang banyak membantu antaranya Nur Faizatul Ain Borhan, Siti Norul Azizah Abdul
Wahab, Nur Hudha Mazlan, Mardiana binti Marjuni, Noor Azwal Ahmad, Madihah
Ramly, Noor Safuraa Hanum Mohd Yunos, Puteri Fairose Saedah Aliasa’, Nor
Ilyani Othman, Zaharah Mohd Jani, Mohd Khusairi, Muhamad Syukri dan pada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
menjayakan projek pembangunan perisian berbantukan komputer ini. Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan membangunkan sebuah sumber pengajaran dan pembelajaran
perisian multimedia berasaskan CDROM bagi matapelajaran Kimia Tingkatan 4 dalam
subtopik faktor-faktor yang mempengaruhi elektrolisis berdasarkan silibus yang telah
ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Projek ini dibangunkan berdasarkan
teori konstruktivisme dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan sumber rujukan berbahasa Inggeris bagi
kemudahan pelajar dan guru sekolah menengah. Aplikasi multimedia ini menggunakan
pendekatan animasi bagi memudahkan serta meningkatkan kefahaman pelajar. Oleh itu,
para pelajar dapat memperhatikan pergerakan ion-ion yang terlibat semasa proses
elektrolisis melalui animasi yang dihasilkan. Model ADDIE dipilih sebagai panduan
rekabentuk untuk proses pembangunan perisian berasaskan CDROM ini. Model ini
mengandungi lima fasa iaitu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa
perlaksanaan dan fasa penilaian. Perisian Macromedia Authorware 6.5 dipilih sebagai
tulang belakang atau perisian utama yang digunakan untuk membangunkan CDROM ini
dan disokong dengan perisian yang lain iaitu Macromedia Flash MX 2004, Adobe
Photoshop CS dan SWiSHmax. Justeru itu adalah diharapkan perisian multimedia
berasaskan CDROM ini akan membantu pengajaran dan pembelajaran lebih aktif malah
menjadikan sesuatu topik yang sangat abstrak itu lebih interaktif dan realistik.
vi
ABSTRACT
This project is an effort to produce a source encompassing teaching and learning
via a CDROM multimedia software vis-à-vis the subject matter “Chemistry Form 4 for
subtopic Factors Affecting Electrolysis of an Aqueous Solution” with constructivism
approach based on the syllabus by the Curriculum Development Center. Relatively, this
project is to develop a courseware which is using English Language to increase English
references for students and teachers for secondary school in this topic. This multimedia
application used animation approach as an easiest way to build an ability to understand
especially for the students. Therefore, students will be able to see the ions movement that
involved in electrolysis in the animation. ADDIE model was selected as the structured
design model for the development process. This model consists of five (5) phases namely,
analysis phase, design phase, development phase, implementation phase and evaluation
phase. The Macromedia Authorware 6.5 Software was selected as the software used to
develop this CDROM and aided by other software such as Macromedia Flash MX 2004,
Adobe Photoshop CS and SWiSHmax. Thus, it is hope that the application of this
multimedia software shall facilitate not only the effectiveness of teaching and learning
but may also transform a very abstract subject to become more interactive and realistic.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL
PENGAKUAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
BAB 1 PENGENALAN
1.1. Pengenalan 1
1.2. Latar Belakang Masalah 3
1.3. Pernyataan Masalah 9
1.4. Objektif 10
1.5. Kepentingan Kajian 11
1.5.1. Pelajar 11
1.5.2. Sekolah 12
1.5.3. Guru 12
1.6. Skop Kajian 12
1.7. Rasional 13
viii
1.8. Definisi Istilah 14
1.8.1. Pembelajaran 14
1.8.2. PBK 14
1.8.3. Elektrolisis 15
1.8.4. Perisian 15
1.8.5. Kimia 15
1.8.6. Animasi 16
1.9. Penutup 16
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kesukaran Pembelajaran Electrochemistry-
Electrolysis 18
2.3 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 19
2.3.1 Tutorial 21
2.3.2 Latih Tubi 22
2.3.3 Permainan Pendidikan 23
2.3.4 Simulasi 24
2.3.5 Penyelesaian Masalah 25
2.3.6 Penemuan 25
2.4 Penggunaan Komputer Dalam
Pembelajaran Sains (Kimia) 26
2.5 Teknologi Multimedia Dalam Pendidikan 28
2.5.1 Teks 29
2.5.2 Grafik 29
2.5.3 Audio 30
2.5.4 Video 30
2.5.5 Animasi 31
2.6 Pembelajaran Menerusi Animasi 31
2.7 Pengenalan Animasi Berasaskan PBK 32
ix
2.8 Animasi Berasaskan PBK Dalam
Pendidikan Sebagai Medium Pengajaran
Dan Pembelajaran 32
2.9 Keberkesanan Animasi Berasaskan PBK
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 33
2.10 Elemen Multimedia Dalam Animasi
Berasaskan PBK 35
2.11 Rekabentuk Pengajaran 36
2.11.1 Model-model Rekabentuk
Pengajaran 37
2.11.1.1 Model ASSURE 37
2.11.1.2 Model ADDIE 38
2.11.1.3 Model Air Terjun
(Waterfall) 39
2.11.1.4 Model Dick dan Carey 40
2.12 Aplikasi Model Dalam Pembangunan
Perisian 40
2.13 Teori Pembelajaran 42
2.13.1 Behaviorisme 42
2.13.1.1 Pavlov 42
2.13.1.2 Watson 43
2.13.1.3 Thorndike 43
2.13.1.4 Skinner 43
2.13.2 Konstruktivisme 44
2.13.3 Teori Dale 46
2.14 Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam
Rekabentuk Perisian 47
2.15 Penutup 50
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Rekabentuk Kajian/Perisian 52
x
3.3 Model Rekabentuk Pengajaran 52
3.3.1 Fasa Pertama (Analisis) 53
3.3.1.1 Analisis Topik/Isi
Kandungan 53
3.3.1.2 Analisis Pengguna 54
3.3.1.3 Analisis Strategi 54
3.3.1.4 Analisis Pembangunan/
Tujuan 55
3.3.1.5 Analisis Keperluan/
Alatan 56
3.3.2 Fasa Kedua (Rekabentuk) 58
3.3.2.1 Rekabentuk Informasi 58
3.3.2.2 Rekabentuk Interaksi 59
3.3.2.3 Rekabentuk Antaramuka 60
3.3.3 Fasa Ketiga (Pembangunan) 61
3.3.4 Fasa Keempat (Perlaksanaan) 61
3.3.5 Fasa Kelima (Penilaian) 62
3.4 Carta Alir Perisian 63
3.4.1 Carta Alir keseluruhan Perisian 63
3.4.2 Carta Alir Nota 64
3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan
Perisian 64
3.5.1 Perisian Bahasa Pengarangan/
Animasi 65
3.5.2 Perisian Grafik 65
3.5.3 Perisian Audio 66
3.6 Penutup 66
BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 67
4.2 Struktur Asas Dan Kandungan Perisian 68
xi
4.3 Rekabentuk Skrin Paparan 68
4.3.1 Montaj 68
4.3.2 Menu Utama 69
4.4 Isi Kandungan Pelajaran perisian 71
4.5 Aktiviti 79
4.6 Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam
Perisian 80
4.7 Pempakejan Dan Penyebaran 82
4.8 Penutup 83
BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan 84
5.2.1 Penilaian Sepanjang Pembangunan
Perisian 87
5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa
Membangunkan Perisian 87
5.4 Kelebihan Dan Kekurangan Perisian 89
5.4.1 Kelebihan Perisian 89
5.4.2 Kekurangan Perisian 90
5.5 Cadangan Dan Kajian Susulan 91
5.6 Rumusan Projek 92
BIBLIOGRAFI 93
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jadual Fasa Model ADDIE 38
2.2 Aliran Kerja Model Air Terjun 40
2.3 Aliran Kerja Model ADDIE 41
2.4 Kon Pengalaman 47
3.1 Aliran Kerja Model ADDIE 53
3.2 Carta Alir Perisian 63
3.3 Carta Alir Nota 64
4.1 Paparan Antaramuka Montaj 69
4.2 Paparan Antaramuka Menu Utama 70
4.3 Paparan Isi Pelajaran Beranimasi 71
4.4 Contoh Paparan Nota Beranimasi 72
4.5 Paparan Nota Yang Memberi Pilihan
Kepada Pengguna 73
4.6 Paparan Yang Melibatkan Interaksi
Pengguna 74
4.7 Paparan Nota Yang Memaparkan Animasi 75
4.8 Paparan Nota Yang Memaparkan Animasi
Beserta Penerangan 76
4.9 Paparan Antaramuka Kamus 77
4.10 Paparan Bantuan 78
4.11 Paparan Antaramuka Aktiviti 79
4.12 Paparan Nota Yang Mengarahkan
Pengguna Menjawab 80
4.13 Paparan Nota Yang Mengarahkan
Pengguna Menjawab 81
4.14 Paparan Nota Yang Mengarahkan
Pengguna Menjawab 81
4.15 Paparan Nota Yang Mengarahkan
Pengguna Menjawab 82
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Proses pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah menengah di Malaysia
telah melalui banyak perubahan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
mana pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Ini adalah bertepatan dengan terlaksananya kurikulum Sains
yang disemak semula pada tahun 2002. Penekanan yang diberikan adalah terhadap
penyiasatan dalam pendidikan Sains di mana pelajar dilatih untuk mengembangkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bermula pada tahun 2002, semua pelajar
Tingkatan 4 di sekolah menengah telah menggunakan kurikulum Sains yang baru
yang dikenali sebagai Sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah yang disemak
semula. Kurikulum Sains yang baru ini memberikan penekanan terhadap perolehan
dan penguasaan kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan
2
penerapan nilai-nilai murni. Ini kerana perubahan yang melanda dunia pendidikan
kini tentunya akan membawa perubahan terhadap rekabentuk kurikulum setiap
matapelajaran (Jamaluddin, 1989; Nik Azis,1989). Oleh sebab itu pelbagai
pendekatan perlu digunakan bagi menarik minat dan memberikan pemahaman yang
mendalam kepada para pelajar.
Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma
diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi (Wan Zahid, 1996).
Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita
mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri,
tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin Aris, 2002). Para pendidik masa kini
sememangnya perlu bersedia dan memantapkan diri dengan kaedah-kaedah serta
teknik-teknik yang pelbagai supaya dapat dimanfaatkan semasa pengajaran di dalam
bilik darjah. Oleh yang demikian, anjakan paradigma perlu dilakukan oleh para guru
dan bakal guru bukan sahaja dari segi sikap malah dari segi penyampaian bahan
pembelajaran di bilik darjah. Aspek inilah yang amat diperlukan oleh sistem
pendidikan masa kini yang bertujuan untuk mewujudkan pembelajaran bermakna dan
berkesan (meaningful learning and effective learning). PBK juga boleh dilaksanakan
secara individu, kumpulan kecil ataupun kumpulan besar. Selain itu juga, PBK dapat
menawarkan pelbagai kemahiran yang boleh dijana oleh para pelajar semasa proses
pembelajaran berlaku di samping pelajar dapat memberikan kebebasan kepada para
pelajar untuk menerokai dan memperolehi maklumat melalui komputer. Secara tidak
langsung pelajar menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran secara
penemuan dan pelajar mempelajari sesuatu secara teratur iaitu langkah demi langkah.
Tambahan lagi, matlamat sesuatu pembelajaran adalah bagi memastikan
pelajar berjaya mencapai objektif pembelajaran bagi sesuatu topik yabg tertentu.
Malah dengan adanya komputer dan PBK, potensi atau peluang yang lebih besar
mampu dicapai dalam meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Oleh yang
demikian, para pendidik perlu menyediakan perisian kursus yang berkualiti bagi
3
memudahkan pencapaian objektif pembelajaran serta menjadikan sesi pembelajaran
menyeronokkan serta bermakna. Pembinaan perisian untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga
pihak sekolah. Ini tidak dapat disangkal lagi kerana sebagai pelajar yang masih
menuntut di universiti dalam jurusan pendidikan, konsep-konsep asas dalam
pembinaan perisian berorientasikan pendidikan serta teori dan model yang boleh
digunakan dalam pembinaan perisian ini untuk menjamin pembelajaran yang
maksimum oleh pengguna perisian. Begitulah hebatnya Teknologi Komunikasi &
Maklumat (ICT) sehinggakan bilik-bilik darjah di sekolah-sekolah pedalaman juga
turut dilengkapi dengan kemudahan komputer yang boleh digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang
menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Konsep
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini juga kian dominan dalam
dunia pendidikan masa kini dan digunakan secara meluas untuk membantu proses
pendidikan (Jonassen, 1996). Menurut Zakaria Kasa dan Aida Suraya Yunus (2001),
bahan sokongan dalam bentuk pengajaran individu boleh dilaksanakan menerusi
komputer. Ini juga membolehkan pelajar belajar pada kadar berbeza, mampu
menentukan arah pembelajaran sendiri dan belajar mengikut kemampuan sendiri.
Kafai (1996) berpendapat pelajar yang merekabentuk dan mengimplementasikan
perisian sendiri tentang sesuatu topik membolehkan mereka memahami sesuatu
konsep dengan lebih mendalam.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pelajar boleh menerima input atau maklumat dengan berbagai-bagai cara
yang berbeza-beza mengikut tahap kecerdasan minda pelajar. Pelajar akan lebih
mudah untuk menangkap isi pembelajaran sekiranya penggunaan lebih daripada satu
4
deria semasa pembelajaran diaplikasikan dengan sepenuhnya. Ini selaras dengan
kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli
falsafah Cina;
‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan
kalau saya buat saya tahu…’.
Dengan terlaksananya Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara bagi
matapelajaran sains di sekolah, sedikit sebanyak akan mengundang masalah
pembelajaran di kalangan para pelajar khususnya pelajar luar bandar. Ini kerana
pendedahan yang kurang dalam bahasa Inggeris, menyebabkan mereka tidak cukup
terlatih untuk mendalami bahasa Inggeris dengan baik. Dalam temuramah yang
dijalankan kepada seorang guru Kimia yang berpengalaman mengajar selama 17
tahun, En Aw Koh Shai menjelaskan bahawa pelajar mempunyai masalah dalam
menterjemahkan fakta atau konsep yang ingin diterangkan ke dalam bahasa Inggeris.
Ini disokong lagi oleh Ujian Diagnostik yang dijalankan kepada pelajar Tingkatan 4
di sekolah tersebut yang mendapati bahawa pelajar yang memerlukan pemulihan
dalam mengungkap atau mengeluarkan idea dalam bahasa Inggeris mempunyai
peratus yang paling tinggi. Ini membuktikan bahawa kebanyakan pelajar di sekolah
luar bandar sememangnya belum mahir dan tidak fasih dengan bahasa yang perlu
mereka fahami sehingga mempengaruhi pencapaian mereka dalam pelajaran
khususnya matapelajaran Kimia. Daripada petikan akhbar “Matapelajaran Sains
dianggap menarik di negara maju tetapi di Malaysia ia lebih dianggap membosankan
dan menakutkan. Ahli-ahli sains dan pendidikan hendaklah berusaha menjadikan
ilmu sains sebagai ilmu yang boleh disenangi oleh orang biasa dan bukan untuk
segelintir manusia sahaja. Di negara ini, sains masih merupakan perkara asing bagi
sebahagian besar anggota masyarakat yang memandang disiplin itu sebagai bidang
yang susah, penuh misteri dan hanya untuk orang yang otak mereka bergeliga
sahaja.” (Berita Harian, 10 Oktober1983).
5
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains, pelajar memerlukan
pemerhatian yang mendalam tentang fakta dan konsep dalam pembelajaran. Lebih-
lebih lagi apabila konsep atau teori yang diperkenalkan merupakan teori yang abstrak
dan kompleks. Ini menyebabkan pelajar berasa sukar untuk memahami isi pelajaran
yang dipelajari. Menurut En Aw lagi, pelajar mengalami masalah untuk
mengimaginasikan bahan pembelajaran. Kadang-kala pelajar akan keliru dengan
konsep yang mereka belajar sebelumnya apabila masuk ke bab yang baru. Pelajar
perlu memperbanyakkan bahan untuk membantu mengingat dan membantu
pemahaman. Perkembangan teknologi maklumat telah merangsang peralihan proses
pembelajaran cara lama ke proses pembelajaran yang berpandukan komputer. Bahan
pembelajaran dibentuk dengan aplikasi multimedia dan dibangunkan dalam bentuk
perisian kursus. Kadar pembelajaran dikatakan berlaku dengan lebih baik dan ini
disokong oleh Teori Kognitif yang menyatakan pembelajaran lebih mudah berlaku
melalui pengamatan dan pengecaman objek-objek (visual, bunyi dan lain-lain) yang
merujuk kepada elemen-elemen multimedia, berbanding pembelajaran cara lama
yang bergantung kepada pembacaan bahan bertulis semata-mata seperti buku amnya.
Dalam topik elektrolisis, pelajar perlu memahami konsep cas yang terdapat
dalam larutan dan arah pergerakan cas semasa proses elektrolisis dijalankan. Oleh
sebab itu, pelajar perlu menggambarkan di ruang pemikiran mereka, arah pengaliran
elektron tersebut. Maka adalah lebih mudah sekiranya pelajar dapat melihat sendiri
gambaran visual yang terlibat dalam proses tersebut. Subjek Kimia bukan sahaja
mengandungi fakta, konsep, hukum atau teori semata-mata sebaliknya mempunyai
pertalian yang rapat dengan ilmu dan kemahiran matematik. Menurut J.C Adigwe,
1981 dalam Zamnah, kemahiran penyelesaian masalah adalah sukar dikuasai oleh
para pelajar sekolah menengah kerana ia melibatkan struktur intelektual yang
kompleks. Malahan, penguasaan kemahiran penyelesaian masalah yang berada pada
tahap rendah ini adalah merupakan penyebab utama kegagalan pelajar dalam subjek
Sains dan Matematik di sekolah. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas
sewaktu pelajar menyelesaikan masalah Kimia secara kuantitatif.
6
Terdapat pelbagai salah konsep di kalangan para pelajar dalam tajuk
Elektrokimia-Faktor-faktor yang mempengaruhi elektrolisis ini. Antaranya ialah
dalam menentukan anod dan katod bagi sel elektrolisis dan sel kimia atau sel galvani.
Proses-proses yang berlaku dalam setiap elektrod juga tidak dapat dikenalpasti.
Selain itu, kurangnya pemahaman tentang peranan ion-ion dalam larutan yang
menyumbang kepada pengaliran arus dalam sel, menyebabkan mereka menganggap
bahawa titian garam bertujuan untuk memberikan suatu laluan bagi elektron untuk
melengkapkan litar yang memang sudah semestinya tidak benar. Salah konsep juga
berlaku kepada sebilangan pelajar yang menganggap bahawa air bukan suatu bahan
tindak balas yang berpotensi semasa elektrolisis larutan akueus dan
mempertimbangkan fakta bahawa air wujud dalam larutan akueus. Salah konsep
seperti ini perlu diatasi segera bagi mengelakkan pelajar terus-menerus terbelenggu
dengan masalah yang akan membawa kepada ketidakfahaman dalam pembelajaran
untuk topik yang berikutnya.
Seterusnya, matlamat utama pembelajaran adalah untuk meningkatkan
pemahaman pelajar terhadap konsep asas dan mengembangkan kebolehan untuk
mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Pelajar akan didedahkan
dengan pendekatan inkuiri dan penemuan yang membantu pelajar berfikir secara
kritis dan kreatif. Secara tidak langsung mendedahkan pelajar dengan pembelajaran
melalui pengalaman. Sekiranya pelajar mempunyai masalah dalam konsep asas,
sudah pastilah akan menyukarkan pelajar untuk menjalankan eksperimen. Ini kerana,
kemahiran memerhati adalah penting dalam menjalankan eksperimen dan daripada
eksperimen juga pelajar perlu menganalisis data daripada tindakbalas atau hasil yang
terbentuk.
Animasi dan teknologi yang berkaitan dengannya merupakan antara unsur
terpenting dalam teknologi multimedia. Animasi memainkan peranan yang agak
penting di dalam kehidupan kita seperti hiburan, perniagaan, pendidikan dan
sebagainya. Lebih-lebih lagi dalam perisian yang berkonsepkan hiburan mahu pun
perisian multimedia bagi peringkat kanak-kanak dan remaja. Sifat multimedia
sebahagian besarnya diberikan oleh teknologi animasi, antaranya termasuklah ciri
7
yang interaktif serta dinamik. Animasi menawarkan kemampuan untuk penampilan
sesuatu objek iaitu warna, jenis permukaannya yang ingin ditampilkan serta
pergerakannya. Sebaliknya pula bagi media yang statik dan kaku yang tidak mampu
untuk menunjukkan sebarang pergerakan. Dengan cirinya yang dinamik serta
berwarna, kandungan berasaskan animasi bukan sahaja nampak lebih hidup serta
ceria tetapi turut mampu merangsang kecenderungan serta minat para pelajar.
Lakaran visual ditunjukkan secara jelas serta dapat dimainkan secara berulang oleh
para pengguna untuk memastikan mereka benar-benar memahami sesuatu perkara
atau konsep. Dengan ini, pengguna dapat mempergunakan serta memanfaatkan
pancaindera manusia secara optimum.
Menurut Baharudin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegelai
Subramaniam (2002) PBK juga dikenali sebagai Computer Aided Instruction (CAI),
Computer Based Instruction (CBI), Computer Assisted Testing (CAT), Computer
Aided Learning (CAL) dan Computer Based Learning (CBL). Istilah CAI dan CBI
ini digunakan dengan meluas di Amerika Syarikat manakala istilah CAL dan CBL
digunakan di United Kingdom. Pengenalan PBK juga melibatkan pembinaan
pengetahuan dan pembelajaran seperti penyelesaian masalah, membuat ujikaji,
penjelajahan berkaitan dengan topik juga dapat dilakukan dengan bantuan teknologi
komputer (Zaleha & Zamzalina, 2000). Komputer boleh berperanan dalam
menyediakan suatu persekitaran yang melibatkan pelajar menguji hipotesis dengan
melakukan manipulasi dan olahan terhadap data atau bahan yang disediakan dalam
komputer. Manakala Poh, (1997) pula menegaskan bahawa pelajar menjalankan
penemuan dengan membentuk perkaitan mental, sedangkan guru berperanan sebagai
pengantara atau pemudahcara pembelajaran yang menggunakan komputer.
Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap
sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru
berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara
(facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd.
Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial,
permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi. Apabila komputer mula
8
diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, guru kurang bersedia untuk
menggunakannya dengan berkesan. Keperluan memahami asas komputer
mewujudkan pelbagai kursus dan latihan literasi komputer di maktab dan universiti
serta penerbitan buku teks untuk menyediakan guru-guru yang literasi komputer.
Guru haruslah membentuk persekitaran pembelajaran di mana komputer menjadi
“rakan pengajaran” dalam membentuk pengetahuan. Menerusi pendekatan baru
kepada perisian pendidikan, penggunaan komputer perlu diubah daripada Computer
Aided Instruction (CAI) kepada Computer-Supported Instruction (CSI) bagi
mengubah konsep penggunaan komputer dalam bilkik darjah. Seperti yang diketahui
dalam CAI, komputer digunakan sebagai pengganti guru bagi menyampaikan
pengajaran. Contohnya seperti program latih-tubi akan mengajar proses pendaraban
atau hukum gas. CSI pula menganggap komputer seolah-olah sebagai anggapan
seorang akauntan atau saintis dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.
Ini bermakna CSI memerlukan pelajar menerokai, menemui dan membentuk
pengetahuan. Guru akan merancang pembelajaran berdasarkan masalah bermakna
kepada pelajar dan fokus pelajaran adalah pelajar. Dengan ini, komputer hanya
menjadi alat dan bukannya sistem penyampaian maklumat. Selain itu juga, pelajaran
dapat merentasi kurikulum.
Penggunaan PBK dalam pendidikan masa kini didapati berkesan apabila ia
melibatkan pelbagai deria, kemahiran dan pengalaman belajar. Penggunaan PBK ini
secara tidak langsung akan dapat membentuk kreativiti pelajar serta mewujudkan
iklim pembelajaran yang menarik serta menyeronokkan. Di samping juga dapat
memberi pengalaman yang realistik serta memberi implikasi yang besar dalam
bidang pendidikan khususnya perisian PBK. Dalam usaha memberi pendidikan yang
berkualiti, para pendidik mempunyai satu rangkaian pendekatan, kaedah, teknik dan
media yang boleh digunakannya untuk menjadikan pengajaran pembelajaran di bilik
darjah berkesan, menarik dan menyeronokkan (Larsen-Freeman, 1986; Ornstein,
1995).
9
1.3 Pernyataan Masalah
Pembelajaran dilihat sebagai proses dalaman yang dialami oleh pelajar
melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa
perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal. Perubahan-perubahan yang
berlaku yang disebabkan oleh aktiviti atau faktor lain seperti sakit tidak termasuk
dalam konsep pembelajaran (Esah Sulaiman, 2003). Oleh sebab itu, masalah yang
dihadapi oleh para pelajar yang dapat menghalang daripada tercapainya matlamat
pembelajaran perlu dikaji dan penyelesaian bagi masalah tersebut perlu dikenalpasti.
Ini adalah bertujuan agar objektif yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia tercapai.
Namun jika sekiranya pelajar tidak dapat menguasai konsep asas, bagaimana
mereka hendak menerokai bidang Kimia dengan lebih mendalam lagi. Justeru itu,
dengan penghasilan perisian berbantukan komputer ynag interaktif dan menarik,
pelajar akan lebih berminat untuk mendalami masalah yang terdapat dalam bidang
Kimia. Elemen multimedia yang terdapat dalam perisian PBK khususnya animasi
juga mampu membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka mengenai konsep
yang dipelajari.
Menurut Zuraidah Yusuf (2002) pula tujuan PBK dalam sesuatu
pembelajaran dan pengajaran adalah bagi membolehkan pelajar mendapatkan latihan
berfikir secara kreatif dan kritis, mengaplikasi pengetahuan, pengalaman dan
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Pembelajaran ini juga akan
dapat meningkatkan aspek kognitif, (perasaan dan emosi) serta mempengaruhi
perkembangan intelektual mereka.
Peranan animasi tidak kurang besarnya di dalam perisian-perisian bagi tujuan
latihan dan pendidikan. Daripada kajian yang dilakukan oleh Greenbowe (1994),
Williamson & Abraham (1995), Sanger dan Greenbowe (1996), Sanger dan
10
Greenbowe (press a), Sanger dan Greenbowe (press b), mereka mendapati
penggunaan animasi komputer amat berkesan di dalam mengurangkan salah konsep
di kalangan pelajar dalam matapelajaran elektrokimia. Dengan penggunaan objek
yang bergerak animasi, proses P&P sudah semestinya akan lebih menarik dan
menyeronokkan. Malah seterusnya akan membangkitkan lagi keinginan para pelajar
untuk memahami sesuatu konsep atau bahan pengajaran. Kehadiran animasi di dalam
sesuatu persembahan dapat menceriakan keadaan penyampaian sesuatu konsep yang
kompleks juga dapat dipersembahkan dengan lebih mudah dan ringkas. Di samping
itu animasi juga mampu memberikan penegasan kepada sesuatu penyampaian supaya
menarik perhatian pengguna atau pelanggan.
Perkembangan bahasa Inggeris sebagai perantara dalam matapelajaran Sains
dan matematik masih dianggap baru dan masih kekurangan bahan-bahan dalam
bahasa Inggeris khususnya matapelajaran Kimia. Ini disokong oleh Cham Li Feng,
1998 & Nor Azilah Ngah, 2000 dalam Nur Hudha yang menyatakan bahawa sumber
maklumat mata pelajaran kimia yang mengikut sukatan mata pelajaran kimia di
Malaysia dalam bahasa Inggeris sukar untuk ditemui.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah perlu bagi menyatakan tujuan sebenar sesuatu kajian
itu dilaksanakan. Objektif bagi pembangunan perisian adalah dinyatakan seperti
berikut:
i) Pembinaan perisian multimedia berasaskan CD-ROM dalam tajuk
Elektrokimia: faktor-faktor yang mempengaruhi elektrolisis adalah khusus
bagi pelajar Tingkatan 4 yang disusun berpandukan sukatan pelajaran untuk
subjek Kimia Tingkatan 4 menggunakan pendekatan animasi.