kata hampir sama maksud bil perkataan maksud contoh ayat€¦ · kita perlu menyangai kacang tanah...
TRANSCRIPT
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
1 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
1.
Mengangkat atau memegang sesuatu sambil bergerak ke tempat lain
Pak Ali ke tebing sungai sambil membawa sebatang joran
2.
Membawa sesuatu di atas kepala
Mak Limah berjaja dari rumah ke rumah sambil menjunjung barang jualannya.
3.
Menyandang sesuatu pada bahu
Budak lelaki itu menggalas pelampung getah menuju ke pinggir laut.
4.
Membawa dengan meletakkan di atas bahu
Pak Harun memikul padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya.
5.
Membawa dengan mengepit di bawah ketiak
Encik Rosman mengelek fail ketika menunggu bas tiba.
6.
Meletak di atas riba
Did memangku anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.
7.
Membawa sesuatu di atas tapak tangan/ menating
Puan Atikah sedang menatang dulang berisi medal untuk dihadiahkan kepada pemenang pertandingan itu.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
2 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
8.
Mengangkat ke atas Pak Samad menjulang anaknya ketika meredah sungai itu.
9.
Menjinjing/ membawa sesuatu dengan tangan ke bawah
Suriati keluar dari kedai itu sambil menjinjit beg plastik.
10.
Membawa sesuatu dengan pengandar (batang kayu, besi, atau buluh)
Wak Satiman mengandar sayuran untuk dijual di pasar tani.
11.
Menolak ke hadapan
Salim membantu menyorong kerusi roda yang dinaiki pesakit itu.
12.
Memimpin
Kamil menuntun basikal di kawasan sekolah.
13.
Menarik sesuatu dengan bergeser pada sesuatu permukaan/ dengan paksa
Pak Abu menyeret lembu yang mati itu untuk ditanam.
14.
Menggerakkan ke atas / menaikkan
Kamil mengangkat kerusi itu untuk diletakkan di atas meja.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
3 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
15.
Mengangkat dari tempat asal
Ibu mengangkit periuk besrisi kari itu dengan menggunakan pengalas.
16.
Mengangkat dan membawa ke suatu tempat
Lori itu digunakan untuk mengangkut barangan ke rumah baharunya di taman perumahan.
17.
Mengangkat dan meletakkan di tempa Idin yang hampir/ memindahkan/ mengubah
Kakak mengalihkan anak pokok bunga itu ke dalam pasu.
18.
Mengambil sesuatu daripada tangkai/ pokoknya
Puan Seha sedang memetik buah jambu di belakang rumahnya.
19.
Memetik/ menarik sesuatu dengan galah bercangkuk
Did menggunakan galah bercangkuk untuk mengait buah rambutan itu.
20.
Menusuk sesuatu dengan galah supaya jatuh
Mamat menjolok buah mempelam di hujung dahan itu.
21.
Memetik atau menggali tanah dengan menggunakan cop
Jika pelepahnya dibuang, mudahlah kita mengecop tandan buah kelapa sawit itu.
22.
Memusing/ memutar/ memilin
Beruk Pak Seman sedang memulas buah kelapa di atas pokok.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
4 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
23.
Memutuskan sesuatu dengan alat (gergaji, gunting, pisau)
Encik Adrian menggunakan gergaji tangan untuk memotong papan itu.
24.
Tetakan yang agak dalam tetapi tidak memutuskan pokok
Pak Utih menakik batang kelapa bagi memudahkannya memanjat pokok itu.
25.
Mencantas supaya sama rata
Safari merepang pokok hiasan itu dengan gergaji mesin.
26.
Memangkas dahan/ ranting pokok
Pak Uda mencantas ranting pokok yang merintangi laluannya.
27.
Menumbangkan pokok dengan alat (gergaji, kapak, parang)
Dia menebang pokok itu dengan berhati-hati kerana boleh mengundang kecelakaan.
28.
Menggores sesuatu permukaan dengan agak dalam
Pagi-pagi lagi, Pak Seman sudah berada di kebunnya untuk menoreh pokok getah.
29.
Memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian dengan menggunakan alat (pisau, kapak, gergaji)
Sebilah kapak digunakan untuk membelah kayu api itiu.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
5 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
30.
Meratakan atau membersihkan dengan pisau dan sebagainya
Pak Mat menarah rumput pada keliling pokok itu dengan menggunakan cangkul.
31.
Menghaluskan dan melicinkan dengan pisau dan sebagainya
Tok Seman meraut buluh itu untuk dibuat bingkai layang-layang.
32.
Membersihkan ikan /membersihkan rumput
Ibu menyiang ikan yang baru sahaja dipancing oleh ayah.
33.
Menghiris tidak sampai putus
Rozina mengelar ikan itu sebelum dilumuri garam dan kunyit.
34.
Memenggal /tetakan kuat untuk memutuskan kepala
Dengan pantas, dia memancung kepala ular yang melulur ayamnya itu.
35.
Menetak sesuatu berulang kali supaya menjadi kecil
Peniaga itu mencincang tulang lembu yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
36.
Membuang / mengopak / mengopek kulit
Masliza duduk di kerusi sambil mengupas buah mempelam.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
6 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
37.
Memotong nipis-nipis
Salmah menghiris bawang besar sebagai bahan tumisan sayurnya.
38.
Menghiris nipis-nipis
Biasanya, kakaklah yang ditugaskan merincih bawang untuk dibuat bahan tumisan.
39.
Memotong untuk memisahkan daging dengan kulitnya
Mereka melapah lembu yang telah disembelih itu di bawah pokok.
40.
Mencarik halus-halus dengan tangan, gigi, atau paruh
Nurul menyiat daging yang telah direbus untuk dibuat serunding.
41.
Membelah bahagian tubuh
Doktor terpaksa membedahh budak yang diserang apendiks itu.
42.
Mengeruk/ mengikis isi kelapa dengan sejenis alat pengukur
Nenek duduk di atas pengukur sambil mengukur kelapa.
43.
Menyagat/ mengukur kelapa dengan parut
Aliha memarut ubi kayu untuk dibuat penganan.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
7 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
44.
Mengolah makanan mentah supaya masak
Ibu saya sedang memasak makanan di dapur.
45.
Memasak nasi/ memasak santan untuk dijadikan minyak
Kakak Haslina menanak nasi dengan menggunakan dapur elektrik.
46.
Memasak air dengan menggunakan api/ elektrik
Abang Yusuff menjerang air yang diisi di dalam cerek itu.
47.
Mendidihkan bahan yang dimasukkan ke dalam air dengan api yang kecil
Puan Safiah mereneh ramuan ubat itu untuk beberapa ketika sebelum boleh diminum.
48.
Memasak sesuatu dengan menggunakan wap air yang mendidih
Puan Hazani mengukus pulut untuk sarapan keluarganya.
49.
Memasak dengan minyak yang panas
Mamak itu sedang menggoreng mi yang dipesan oleh pelanggannya.
50.
Menggoreng tanpa minyak
Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya mudah dibuang kulitnya.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
8 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
51.
Mengeringkan dengan cara mengasapi sesuatu
Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara.
52.
Memasak makanan dengan cara meletakkannya di atas bara api
Ibu memanggang ikan di atas bara api.
53.
Membalik-balikkan sesuatu di atas api agak pantas supaya tidak hangus
Ibu melayur daun pisang yang hendak dijadikan pembungkus lepat pisang itu.
54.
Menyalakan/ memasak sesuatu dengan api
Rahim baru sahaja membakar sampah yang disapunya tadi.
55.
Mencalarkan/ membuat garisan
Fatha menggoreskan anak mancis untuk menyalakan lilin.
56.
Memanaskan dengan meletakkan sesuatu berdekatan api
Lantaran kesejukan, dia mendiangkan tangannya pada unggun api itu.
57.
Menusuk/ meradak/ mencucuk senjata untuk melukai
Dia menikam perut perompak itu dengan sebilah pisau.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
9 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
58.
mengoyakkan
Ikmal merobek perut harimc itu dengan sebilah jembia.
59.
Memarang/ mengayun senjata dengan kuat untuk melukai
Cikgu Adnan menetak ular yang melulur anak kambingnya.
60.
Menyelit/ memasukkan di celah
Pengantin lelaki itu menyisipkan sebilah keris di pinggangnya.
61.
Mencabut dan menarik keluar senjata daripada sarungnya
Pendekar itu membuka langkah sambil menghunuskan senjatanya.
62.
Menikam atau meradak dengan senjata atau benda tajam
Hang Nadim berjaya menusukkan kerisnya ke perut lanun yang mengamuk di pekan itu.
63.
Melempar/ melontar/ membuang sesuatu dengan gerakan tangan yang kuat
Peserta itu membuat pusingan sebelum membaling tukul besi yang dipegangnya.
64.
Melempari dengan batu atau sesuatu
Dia berlari sambil merejam lembing itu sekuat hati
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
10 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
65.
Membuang ke suatu arah
Did sengaja mencampak begnya ke lantai kena dibayangi rasa marah
66.
Melontar jauh-jauh
Penggusti itu menghumban lawannya ke luar gelanggang.
67.
Menepis atau mengelak pukulan/ serangan musuh
Pendekar Samad menangkis serangan padu pencabarnya dengan bersahaja.
68.
Menggerakkan nyiru turun naik untuk membersihkan beras/ kekacang
Puan Rasmah menampi beras untuk membuang antahnya.
69.
Menapis dengan menggerakkan ayak ke kiri dan ke kanan
Kerja-kerja mengayak tepung itu dilakukan oleh orang perempuan.
70.
Menghamburkan supaya berselerak/ menyebar/ memencar/ menyerak
Pak Uda menabur baja organik di kebun sayurnya.
71.
Menggerakkan kuali turun naik ke kiri dan ke kanan
Puan Hanita melenggang kuali berisi tepung cair untuk membuat sarung popia.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
11 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
72.
Mengibas-ngibaskan dengan keras/ mengirap
Wanita itu mengirai kain batiknya setelah melalui kawasan yang berdebu itu.
73.
Mencampakkan/ memusing supaya kembang/ terbentang
Pemuda itu menebar jalanya pada permukaan sungai berarus tenang itu.
74.
Menghancurkan dengan cara menekan dengan sudu atau senduk
Nenek melenyek ubi rebus dengan senduk untuk dibuat penganan.
75.
Menggelek untuk menghancurkan sesuatu dengan penggiling
Tukang masak itu sedang menggiling cili dengan menggunakan batu penggiling.
76.
Meramas dan menekan dengan tangan untuk menyebatikannya
Setiap malam, dia menguli tepung untuk dibuat roti canai pada keesokan harinya
77.
Membulat-bulatkan sesuatu pada tapak tangan dengan hujung jari
Kakak menggentel tepung berintikan gula kabung untuk dibuat onde-onde.
78.
Menggentel dengan tapak tangan
Mak Bidan mengupar daun sirih yang telah dilayur itu supaya keluar minyaknya.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
12 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
79.
Melakukan gerakan urut/ menekan supaya keluar
Samad sedang memicit bisa sengatan lebah pada lengannya.
80.
Menghentak dengan tangan, alu, atau batu supaya hancur
Pak Malim menggunakan alu untuk menumbuk padi di dalam lesung tangan itu.
81.
Menepuk atau memukul sesuatu berulang kali
Ibu menimbuk telur hingga naik sebelum adunan itu dicampurkan tepung dan gula pasir.
82.
Menjalin silang-menyilang untuk membuat tikar dan sebagainya
Nenek Jah mengambil upah menganyam tikar untuk menambah pendapatannya.
83.
Menyambung sesuatu dengan menggunakan jarum dan benang/ tali
Kakak menjahit baju yang telah dipotong oleh ibu.
84.
Membuat barang tenun daripada benang dan sutera
"Bukan mudah hendak menenun songket itu; perlu ada kesabaran dan ketekunan," kata Mak Itam.
85.
Menjahit bahan bermotif tertentu pada kain dengan benang emas atau perak
Kakak menyulam motif pada kipas itu dengan benang emas.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
13 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
86.
Memasukkan benda tajam dengan gerakan yang agak pantas
Rizal mencucuk ketulan daging sate dengan sebilah lidi daripada buluh.
87.
Melukis corak batik pada kain dengan sejenis alat khas daripada tembaga
Ida mencanting kain itu dengan lilin cair untuk membuat lakaran sebelum mewarnainya.
88.
Merapatkan tubuh hingga tersepit
Budak nakal itu sengaja menghimpit saya ke tepi dinding.
89.
Menghempap/ menekan sesuatu dari atas
Ahli gusti itu menindih lawannya untuk memenangi perlawanan.
90.
Menempatkan di antara dua benda
Ana dan Badrul ditugaskan mengapit pasangan pengantin itu.
91.
Memberi tekanan kepada sesuatu pihak secara fizikal/ mental
Pasukan kami mengasak pasukan lawan bagi memudahkan penyerang kami melakukan jaringan.
92.
Melakukan aksi untuk mematikan pergerakan lawan
Peserta judo itu menang kerana berjaya mengunci pergerakan lawannya.
93.
Memperaga/ mempertunjukkan
Penggusti itu sengaja mempamerkan tubuh sasanya sebelum berlawan.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
14 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
94.
Memperlihatkan sesuatu kepada seseorang
Pak Mat menunjukkan kehandalannya dengan mengangkat batu yang besar itu.
95.
Melilit dan menyimpulkan tali pada sesuatu
Pak Kasim mengikat mulut guni berisi padi itu dengan seutas tali.
96.
Membelit atau melingkarkan pada sesuatu benda
Tok Seman melilit semutar di kepalanya sebelum turun ke sawah.
97.
Mengikat sesuatu erat-erat
Samad menjerut leher ular itu dengan tali yang diikatkan pada sebatang kayu.
98.
Membubuh gelang-gelang pada sesuatu
Pak Hasan menyimpai lidi penyapu itu dengan rotan.
99.
Mengikat supaya tidak terurai/ mematikan ikatan/ menambat
Pak Mat menyimpul tali penyidai itu pada batang pokok kelapa.
100.
Makan dengan gelojoh
Harimau itu terus sahaja membaham mangsanya sehingga kenyang.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
15 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
101.
Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui kerongkong
Setelah dipujuk, barulah Kamal hendak menelan ubat itu.
102.
Menelan tanpa mengunyah
Ularsawa itu sedang melulur anak kambing Pak Hasan.
103.
Mengemam/ menahan atau membiarkan sesuatu berada di dalam mulut
Adik mengulum tablet demam itu kerana rasanya seperti gula-gula.
104.
Menarik dengan paksa atau dengan kekuatan
Anak lembu itu sedang meragut rumput di padang.
105.
Menyerang/ melakukan gerakan makan dengan menggunakan mulut
Tanpa diduga, ular itu terus memagut kakinya.
106.
Menyerang/ melakukan gerakan makan dengan menggunakan paruh
Ayam itu sedang mematuk makanan yang ditabur di halaman rumah.
107.
Mengerip/ menggigit berdikit-dikit dengan menggeserkan gigi
Fasya mendapati tikus sedang mengerit pakaian yang disimpannya di tepi katilnya.
108.
Memalu/ mengenakan sesuatu yang keras dengan kuat
Asyik benar pemuda itu memukul gendang bagi mengiringi persersembahan tarian singa.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
16 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
109.
Menghempas/ menghempuk sesuatu dengan kuat
Petani itu sedang membanting padi di sawahnya.
110.
Menimpakan sesuatu dengan kuat
Pokok kelapa itu tumbang lalu menghempap bumbung rumahnya.
111.
Menghempuk/ menjatuhkan sesuatu dengan kuat
Budak nakal itu menghempas pinggan yang dipegangnya ke lantai.
112.
Meleperkan dengan menekan atau menindih sesuatu
Pembuat roti canai itu sedang memenyek adunan tepung sebelum menebarnya.
113.
Meletakkan kaki pada sesuatu
Budak itu sengaja memijak rumput yang baru ditanam oleh pekerja sekolah.
114.
Mencecah/ menginjak kaki
Inilah kali pertama dia menjejakkan kakinya di bangunan KLCC.
115.
Menyepak/ merembat/ memukul dengan kaki
Mokhtar mengerahkan seluruh tenaganya lantas menendang bola itu ke pintu gol lawannya.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
17 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
116.
Menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan ketika membawa bola dengan kaki untuk mengelirukan lawan
Penyerang itu menggelecek beberapa orang pemain pertahanan sebelum merembat bola ke pintu gol.
117.
Menyepak atau menepis ke tepi
Penjaga gol itu menguis bola sepakan penyerang lawan keluar daripada gawangnya.
118.
Membungkus/ melilit bahagian tertentu dengan kain/ kertas
Aman membalut luka di jari adiknya dengan secebis kain.
119.
Membedung/ membalut perut atau tubuh
Ibu membarut tubuh adik selepas mandi.
120.
Mematahkan supaya bertangkup
Adik sedang melipat kain yang diambil dari ampaian.
121.
Melekatkan benda dengan sesuatu
Pandai besi itu menyalut sarung keris dengan perak.
122.
Menyalut logam yang nipis pada logam yang lain
Tukang emas itu menyadur cincin tembaga dengan emas sembilan.
123.
Mengasah alat/ menggelek adunan supaya nipis dan rata
Pak Tua sedang mencanai mata parang sebelum turun ke kebun pisangnya.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
18 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
124.
Menitik/ mengetuk logam untuk dijadikan senjata
Pandai besi itu sedang menempa spring kereta untuk dijadikan parang.
125.
Menegah / tidak membenarkan melakukan sesuatu
Anggota polis segera menghalang penunjuk perasaan itu daripda bertindak liar.
126.
Menghalang dengan cara mendepangkan tangan
Pemeras ugut itu sengaja menghadang kami untuk mendapatkan wang.
127.
Menyokong/ menunjang dengan sesuatu
Kayu jati itu digunakan untuk menggalang landasan kereta api.
128.
Merentang kedua-dua belah tangan lurus-lurus kiri dan kanan
Pelari itu mendepangkan tangannya apabila sampai di garisan penamat.
129.
Menghalang dengan meletakkan sesuatu sebagai pemisah
Pagar keselamatan itu dibina bagi menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita.
130.
Sesuatu yang diletakkan melintang
Sebatang pokok kelapa tumbang merintangi sungai itu.
131.
Melepasi sesuatu tempat/ lalu di.../ merentasi
Dia berjaya melintasi garisan penamat tepat pada masa yang ditentukan.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
19 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
132.
Menempuh kesukaran untuk melepasi kawasan atau keadaan tertentu
Aku terpaksa meredah hutan yang dipenuhi onak dan duri itu.
133.
Melintasi kawasan berair dengan cara berenang.
Kamal merenangi sungai itu walaupun airnya sangat dalam dan berarus deras.
134.
Bergerak di sepanjang laluan/ mengikut tepi
Pengakap itu berjalan menyusuri denai yang dirintis oleh rakannya yang terdahulu.
135.
Menyampaikan sesuatu kepada seseorang
Ketua pasukan kami memberi cenderamata kepada ketua pasukan lawan.
136.
Menggolekkan sesuatu
Penjaga gol itu meleretkan bola kepada pemain pertahanannya.
137.
Membuang ke atas
Pengadil itu melambung bola untuk memulakan perlawanan.
138.
Menerima dengan tangan
Ana menyambut bola yang dilontarkan oleh rakannya.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
20 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
139.
Gerakan seperti menyebat sama ada dengan tangan atau dengan kaki
Pemain itu melibas bola takraw yang diumpan kepadanya.
140.
Menarik dengan kuat dan cepat
Wak Jamil menyentap jerat tali untuk menumbangkan lembu itu.
141.
Memusingkan tangan ke belakang
Pihak polis segera mengilas tangan perompak itu lalu menggarinya.
142.
Menyiku / menghentak dengan siku
Milah menyigung muka pemuda yang nakal itu.
143.
Menyentuhkan anggota badan mengenai sesuatu
Pak Mat menggeselkan badannya di bucu tiang untuk menghilangkan rasa gatal.
144.
Memandang/ menggunakan mata untuk mengetahui sesuatu
Saya sempat melihat orang memetik daun teh di tanah tinggi itu.
145.
Berpaling/ memusing muka untuk melihat
Did menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi dentuman yang kuat
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
21 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
146.
Mengerling/ melihat dengan ekor mata
Nani menjeling ke arah pemuda yang tidak dikenalinya itu.
147.
Mengintip/ melihat dengan sembunyi-sembunyi
Tina mengintai di sebalik tirai untuk melihat tetamu yang datang ke rumahnya.
148.
Menjengah/ melihat dengan menghulurkan kepala
Kamil menjenguk melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang memanggilnya.
149.
Memandang dengan teliti/ lama-lama
Nenek Kiah menatap gambar cucunya sambil menitiskan air mata kerinduan.
150.
Memerhatikan sesuatu dari tempat yang tinggi/ jauh
Pegawai tentera itu meninjau keadaan di sempadan dengan menggunakan teropong.
151.
Memandang ke atas
Samad mendongak untuk melihat peserta payung terjun itu terjun dari sebuah kapal terbang.
152.
Melihat dengan ekor mata/ mengerling/ menjeling
Did melirik ke arah adikny kerana tidak berpuas hati dengan sikapnya yang kurang sopan itu.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
22 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
153.
Mengelipkan sebelah mata untuk memberi isyarat
Dia tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepadaku.
154.
Membuka mata luas-luas
Puan Ratna menjegilkan matanya kerana memarahi anaknya yang degil itu.
155.
Mencuci/ membersihkan sesuatu dengan
Ibu sedang membasuh pakaiam di bilik air.
156.
Mencuci untuk kali kedua dan seterusnya sehingga bersih
Kini, giliran adik membilas kain-kain yang baru dicuci oleh ibu.
157.
Mengalirkan turun/ ke bawah
Ibu mencucurkan air ke atas sayuran yang sudah dibasuh itu.
158.
Memegang-megang dan memicit
Nek Leha meramas kelapa untuk mendapatkan santannya.
159.
Memeras/ memicit untuk mengeluarkan air/ santan
Ibu memerah santan itu ke dalam penapis plastik.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
23 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
160.
Mengesat, melumas, melumur, membersihkan dengan alat
Tina menyapu minyak wangi ke pergelangan tangannya.
161.
Membersihkan denggan cara menggeserkan sesuatu/ menyeterika pakaian
Ibu menggosok lantai bilik air dengan berus.
162.
Menggosok supaya berkilat
Abang menggilap kasut yang hendak dipakai ke majlis temu duga nanti.
163.
Menggosok supaya hilang gatal atau pedih
Salman menggenyeh matanya beberapa kali kerana berasa gatal.
164.
Menggosok dengan kuat
Mak Limah menyental periuk yang dipenuhi jelaga itu.
165.
Menyapu atau mengeringkan dengan kain dan sebagainya
Kakak menggunakan mop untuk mengelap lantai itu.
166.
Menjirus/ mencurahkan air pada sesuatu
Setiap pagi, abang akan menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
24 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
167.
Menyimbur/ mencurahkan air dengan gerakan yang kuat
Pak Long menyimbah kotoran pada badan lembu itu dengan sebaldi air.
168.
Memercikkan sedikit air
Tetamu itu merenjiskan air mawar kepada pasangan pengantin itu.
169.
Keluar dengan memancut
Air menyembur daripada batang paip besar yang bocor itu.
170.
Mengambil/ mendapat sesuatu yang diberikan
Kanak-kanak istimewa itu menerima hadiah daripada seorang dermawan.
171.
Menerima/ menggondol hadiah/ memeluk
Olahragawan itu merangkul lima pingat emas dalam acara balapan.
172.
Membawa dalam pelukan tangan
Kakak merangkum pakaian kotor itu untuk dibasuh di bilik basuhan.
173.
Menyangkutkan sesuatu pada leher
Tetamu itu mengalungkan pingat kepada juara acara larian itu.
174.
Melekatkan/ mencantum sesuatu dengan penyemat
Marina menyematkan rozet kepada tetamu kehormat itu.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
25 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
175.
Mengurniai/ memberi sesuatu sebagai anugerah
DYMM Sultan Pahang telah berkenan menganugerahkan pingat kebesaran kepada pegawai itu.
176.
Membuka dengan cara merosakkan
Orang itu terpaksa mengopak pintu kerana kunci rumahnya hilang.
177.
Menuil/ mengungkil/ menggerakkan sesuatu dengan menggunakan tuas
Pak Abu mengumpil batu yang besar itu dengan sebatang kayu.
178.
Menghancurkan/ menyebabkan sesuatu menjadi berkecai
Adik tidak sengaja memecahkan pinggan nasi yang dibawanya.
179.
Rosak sama sekali/ membinasakan/
Banjir telah memusnahkan beberapa buah rumah.
180.
Merobohkan/ merosakkan dan menjatuhkan
Sebuah jentolak digunakan untuk meruntuhkan bangunan usang itu
181.
Mengunyah serta menelan makanan
Abang makan nasi berlaukkan ikan sungai dan sambal petai.
182.
Meneguk/ menyedut dan menelan benda cair
Salman menghirup air kopi panas untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
26 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
183.
Merasa atau mengambil makanan dengan lidah
Asyik benar budak kecil itu menjilat aiskrim yang dibeli bapanya.
184.
Makan lauk sahaja/ menundukkan lawan
Adik meratah lauk sahaja tanpa menyentuh nasi yang dihidangkan.
185.
Menyedut/memasukkan sesuatu ke dalam mulut atau hidung dengan tarikan udara
An menghisap air di dalam botol itu dengan straw.
186.
Melumatkan makanan dalam mulut dengan gigi
Payah benar datuk mengunyah daging kerana datuk tidak bergigi.
187.
Mencapai atau memaut dengan tangan
lbu memegang tangan adik erat-erat ketika melintas jalan.
188.
Mengusap/ menyentuh dengan perasaan kasih sayang
Nek Bedah membelai rambut cucunya dengan penuh kemesraan.
189.
Menggerakkan tangan turun naik untuk mengucapkan selamat jalan/ selamat tinggal
Rafiq memandu keretanya perlahan-lahan sambil melambai mesra.
190.
Menyentuh dengan hujung jari
Rina mencuit belakang rakannya untuk bertanyakan sesuatu.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
27 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
191.
Memberi isyarat memanggil dengan menggerakkan keempat-empat jari tangan
Sudah beberapa kali saya menggamit budak itu namin dia tidak melihatnya
192.
Menembusi barisan dengan menolak atau menarik ke kiri dan ke kanan
AN terpaksa menguak sampah yang merintanginya pada permukaan sungai itu.
193.
Memimpin kanak-kanak untuk berlatih berjalan
Kakak menatih adik dengan berhati-hati di ruang tamu.
194.
Bergerak dengan menggeserkan punggung
Adik saya sudah pandai mengesot untuk mengambil barang mainannya.
195.
Pergerakan badan kanak-kanak sebelum boleh merangkak
Bayi itu menjulur untuk mendapatkan ibunya.
196.
Berjalan dengan menggunakan tangan dan lutut
Bayi itu sudah boleh merangkak dengan pantas.
197.
Berbaring dengan dada dan perut ke bawah
Anggota tentera itu meniarap untuk memulakan serangan terhadap pihak musuh
198.
Berbaring dengan dada dan perut ke atas
Mayat itu ditemui dalam keadaan melentang dengan matanya ditutup.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
28 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
199.
Terlepas ke bawah/ gugur/ luruh
Pencari petai itu terjatuh kerana terpijak dahan yang rapuh.
200.
Bergerak dengan kepala dahulu mengarah ke bawah
Kereta itu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung.
201.
Tersungkur/ tertiarap/ terlungkup/ jatuh dengan muka dan dada menghempap sesuatu
Budak yang mengigau itu jatuh tersembam di atas lantai.
202.
Terjelepok/jatuh dengan punggung dahulu mengenai sesuatu
Budak itu jatuh terduduk daripada basikal yang ditungganginya.
203.
Tergolek/ berpusing pusing ke hadapan
Pemuda itu jatuh terguiing di laluan yang sempit itu ke tebing sungai.
204.
Meletakkan punggung di atas sesuatu
Nenek duduk di kerusi itu sambil meraut lidi kelapa.
205.
Duduk dengan melipat dan menyilangkan kaki
Pengantin lelaki duduk bersila sementara menunggu majlis pernikahan berlangsung.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
29 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
206.
Duduk dengan melipatkan kaki ke arah yang sama (kiri/ kanan) dengan sebelah tangan menupang tubuh
Pengantin perempuan duduk bersimpuh menanti majlis berlangsung.
207.
Duduk dengan menghulurkan kaki
Tidak elok duduk berlunjur di hadapan orang tua-tua.
208.
Bertinggung/ duduk dengan kaki melipat tetapi punggung tidak mencecah sesuat
Pak Tua mencangkung sambil memegang ayam jalak kesayangannya.
209.
Duduk dengan meletakkan belakang badan pada sesuatu
Bapa bersandar pada dinding rumah sambil mengipas tubuhnya.
210.
Bertelut/ berdiri di atas lutut
Hang Tuah melutut di hadapan sultan lalu berdatang sembah.
211.
Bau yang tidak sedap (seperti bangkai)
Bangkai ayam di tepi jalan itu berbau busuk dan dihurungi lalat
212.
Haring/ bau busuk air kencing
Bilik air itu berbau hancing kerana tidak dibersihkan.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
30 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
213.
Perat/ pering/ bau minyak yang sudah lama disimpan
Minyak yang sudah tengik itu tidak elok digunakan untuk menumis lagi.
214.
Bau tidak enak pada ikan basah (terutamanya ikan sungai)
Basuhlah ikan sungai dengan asam jawa untuk menghilangkan hanyirnya.
215.
Bau tidak sedap kerana sudah usang/ lapuk
Ini beras tahun lepas; patutlah berbau hapak.
216.
Makanan yang menjadi busuk kerana disimpan lama/ tidak diperhangat
Kari semalam itu tidakboleh dimakan lagi kerana sudah basi.
217.
Tanya jawab untuk mendapatkan berita atau maklumat
Pihak wartawan mengadakan temu ramah itu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penemuan makhluk ganjil itu.
218.
Perjumpaan yang telah ditetapkan masa dan
tempatnya
Mereka mengadakan temu janji itu di sebuah restoran terkenal.
219.
Tanya jawab antara majikan dengan pemohon kerja
Temu duga itu diadakan untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di syarikat itu.
220.
Bersemuka/ berjumpa dengan seseorang
Tidak ada apa-apa yang saya bincangkan dengan tokoh korporat itu; sekadar temu muka sahaja.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
31 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
221.
Lanjut usia/ sudah lama hidup
Pak Karim memang sudah tua; jalan pun bertongkat.
222.
Panjang masanya/ tidak moden
Kukur kelapa merupakan barangan lama yang sukar ditemukan sekarang.
223.
Sudah terlalu lama/ tidak berseri
Halaman rumah usang itu dipenuhi sarang labah-labah.
224.
Benda lama/ purba yang sangat tinggi nilainya
Harga pasu antik buatan China itu mencecah puluhan ribu ringgit.
225.
Dahulu/ masa lampau/ yang telah berlalu
Masyarakat zaman silam menggunakan kulit haiwan sebagai pakaian.
226.
Sangat menarik apabila dipandang (perempuan/ bangunan
Bunga yang berkembangan di taman itu memang cantik.
227.
Benda kecil yang cantik (budak/ gadis/ haiwan)
Wah, comelnya budak yang sedang didukung oleh kakak itu!
228.
Kacak/ segak/ rupa yang menawan (lelaki)
Did peragawan; kenalah tampan dan bergaya.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
32 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
229.
Rupawan (wanita)
Wajah anak Pak Haji Rahman sungguh jelita.
230.
Membujur/ lurus dari atas ke bawah
Kamil berdiri tegak ketika lagu Negaraku dimainkan.
231.
Menyimpang dari arah yang lurus
Kaki baju itu sengaja dipotong serong bagi menambah kecantikannya
232.
Membengkok atau melengkung/ tidak tegang
Tali ampaian daripada dawai memang melentur ketika cuaca panas.
233.
Senget/ miring
Tiang bendera itu senget kerana tapaknya tidak kukuh.
234.
Mendatar/ lurus dari kiri ke kanan
Kekisi pagar itu dipasang melintang dan rapat-rapat
235.
Terletak memanjang ke hadapan
Penampan simen itu dipasang membujur bagi memudahkan air mengalir.
236.
Kain alas tilam
Ibu sedang membuka kain cadar untuk dibasuh.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
33 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
237.
Kain penutup tingkap atau pintu
Rumah itu kelihatan ceria setelah tingkapnya dipasang dengan kain langsir.
238.
Kain selimut
Ibu menyelimut anaknya dengan kain gebar kerana cuaca pada malam itu agak dingin.
239.
Kain tabir/ kain yang dipasang labuh bagi menyekat ruang
Tok Bilal sedang menarik tirai yang memisahkan jemaah lelaki denganjemaah perempuan.
240.
Tirai yang diperbuat daripada bilah rotan, buluh, dan sebagainya
Pekedai itu memasang tepi kedainya.
241.
Anyaman mengkuang/ buluh/ daun nipah digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas
Dinding rumah tradisional itu diperbuat daripada kajang.
242.
Binaan kecil merintangi sungai untuk menyeberangi sungai
Titi itu dibuat daripada batang kelapa sahaja.
243.
. Binaan titi yang besar untuk menyeberangi sungai
Pembinaan jambatan itu menelan belanja yang besar.
244.
Jambatan di atas jalan raya untuk pejalan kaki melintas jalan
Melintaslah dengan menggunakan jejantas supaya selamat.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
34 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
245.
Jalan raya yang dibina melintasi jalan lain seperti jambatan
Kereta bapa saya melalui jejambat untuk sampai ke lebuh raya utama.
246.
Kain penutup kepala perempuan ketika ke sawah/ ke kebun
Nenek Kiah memakai sigar ketika turun ke sawah.
247.
Kain pelilit kepala oleh orang lelaki
Pak Senik melilit semutar sebelum turun ke laut.
248.
Kain yang dililit di kepala (seperti yang dipakai oleh haji dan sebagainya)
Serban yang dipakai oleh Tuan Haji Bakhir itu dibeli di Madinah.
249.
Kain panjang untuk menutup kepala/ leher/ disandang pada bahu
Nyonya Tan memakai kebaya dan mengenakan selendang pada bahunya.
250.
Kain pelilit kepala yang dipakai oleh orang Sikh
Kuldip Singh kelihatan segak dengan turban berwarna hitam.
251.
Kain penutup muka yang dipakai oleh orang perempuan
Gadis Arab itu memang sentiasa berpurdah jika keluar dari rumahnya.
252.
Tidak keras
Kek yang dijual oleh Puan Hamimah memang lembut.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
35 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
253.
Benyek/ benyai/ terlalu lembut
Nasi yang ditanak oleh adik lembik kerana terlebih air.
254.
Tidak rangup/ seakan-akan liat kerana sudah dimasuki angin
Jika dibiarkan terdedah lama, kerepek ubi itu akan lemau dan tidak sedap untuk dimakan lagi.
255.
Masih basah/ belum kering
Kain di jemuran itu belum boleh diangkat kerana masih lembap.
256.
Lembut/ gebu/ tidak keras kerana sudah masak
Ubi kayu yang direbus itu sudah empuk dan boleh dimatikan apinya.
257.
Cukup masak (buah-buahan)
Kecur air liur saya melihat buah rambutan yang masak ranum itu.
258.
Belum masak benar/ setengah masak
Buah yang mengkal itu perlu diperam supaya cepat masak.
259.
Terbakar menjadi hitam
Ubi yang dibakar itu hangus; sukar hendak dimakan lagi.
260.
Keluar dari tempat yang terlindung
Matahari terbit menyebabkan persekitaran menjdi cerah.
Kata Hampir Sama Maksud
Bil Perkataan Maksud Contoh ayat
36 [email protected] Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang
261.
Mulai terbit/ mulai terang (fajar)/ hilang/ lenyap (kabus/awan)
Fajar menyingsing menandakan telah masuk waktu Subuh.
262.
Keluar/ naik ke permukaan air
Buaya yang dicari-cari itu timbul di permukaan air.
263.
Bergerak ke hadapan
Nazmi tampil ke pentas untuk membaca ikrar murid sempena Majlis Penyerahan Ilmu itu.
264.
Keluar dengan tiba-tiba
Tiba-tiba, wajah yang menakutkan itu muncul di hadapan kami.
265.
Syak wasangka/ perasaan tidak elok akibat kurang percaya terhadap suami atau isteri
Pasangan suami isteri itu bergaduh akibat cemburu yang keterlaluan.
266.
Berniat jahat didorong oleh perasaan iri hati atau cemburu
Timbul perasaan dengki di hatinya apabila melihat rakannya berjaya.
267.
Perbuatan jahat untuk menganiaya/ mendatangkan kecelakaan kepada orang lain
Memfitnah merupakan perbuatan khianat yang amat dimurkai Allah.