kata nama

5
Champion Tuition Centre Kata Nama 1. Kata nama khas (Huruf Besar) -sesuatu yang hidup ( Yi Wen dan Professor Wong) - sesuatu yang tidak hidup (Perodua Myvi,Universiti Malaya, Sekolah Chan Wa) 2. Kata nama am-( murid,sekolah, kucing dan abang) 3. Kata ganti nama Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri orang 1. Pertama – aku,engkau,beta,patik,hamba,kami dan kita(我) 2. Kedua- anda,kamu,awak,tuanku dan kalian () 3. Ketiga - ia,dia,mereka,beliau dan baginda () Kata ganti nama diri Tanya 1. Apa 2. Mana 3. Siapa Kata ganti nama tunjuk Umum 1. Ini 2. itu Tempat 1. Sini 2. Situ 3. Sana Latihan kata ganti nama diri 1. Idea ___________ yang bernas itu amay dikagumi oleh pemimpin di seluruh dunia. 2. ______________telah menyamapaikan titah itu kepada bendahara. Hak Cipta Terpelihara.

Upload: wong-yen-wui

Post on 07-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tt

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Nama

Champion Tuition Centre

Kata Nama

1. Kata nama khas (Huruf Besar)-sesuatu yang hidup ( Yi Wen dan Professor Wong)- sesuatu yang tidak hidup (Perodua Myvi,Universiti Malaya, Sekolah Chan Wa)

2. Kata nama am-( murid,sekolah, kucing dan abang)3. Kata ganti nama

Kata ganti nama diri Kata ganti nama diri orang

1. Pertama – aku,engkau,beta,patik,hamba,kami dan kita(我)

2. Kedua- anda,kamu,awak,tuanku dan kalian(你)3. Ketiga - ia,dia,mereka,beliau dan baginda (他)

Kata ganti nama diri Tanya1. Apa2. Mana3. Siapa

Kata ganti nama tunjuk Umum

1. Ini2. itu

Tempat 1. Sini2. Situ3. Sana

Latihan kata ganti nama diri

1. Idea ___________ yang bernas itu amay dikagumi oleh pemimpin di seluruh dunia.2. ______________telah menyamapaikan titah itu kepada bendahara.3. ‘’_____________mestilah bermain dengan bersungguh-sungguh jika mahu

menang,’’pesan ketua pasukan bola sepak kami.4. ‘’___________berharap rakyat negeri ini patuh akan undang undang yang telah

ditetapkan,’’titah Sultan Alaudin Riayat kepada rakyat negeri Melaka.

Latihan kata ganti nama tanya

1. ______________ hubungan antara kamu dengan dengan perempuan itu?2. Kamu belajar bersungguh-sungguh untuk ___________?3. Pertandingan Catur itu akan diadakan di_________?4. Persuruhanjaya Pencegah Rasuah berada di _______?

Hak Cipta Terpelihara.

Page 2: Kata Nama

Champion Tuition Centre

Kata Kerja

1. Kata kerja aktif tak transitif (ayat yang sempurna)2. Kata kerja aktif transitif( menerima awalan men/mem dan ter)3. Kata kerja pasif

Kata adjektif

Pecah , bersih, panas, susah, tinggi, lama, kotor, pendek , lembut

1. Cara untuk menjaga kebersihan kaki bukannya_______________.2. Kita hanya perlu mengelakkan diri daripada memakai kasut bertumit_____________,

dalam jangka masa yang______________.3. Kita perlu memastikan kaki kita____________.4. Sarung kaki hendaklah diganti setiap hari secara_______.

Kata Tugas

Kata Hubung1)      Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan

ayat2)      Contoh:a)      Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata)b)      Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa)c)      Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat)3)      Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitua)      Kata hubung gabunganb)      Kata hubung pancanganc)      Kata hubung berpasangan

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh Ayat Contohagar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.apabila Mukanya pucat apabila disoal.atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.dan Leela dan Siu Lan berjiran.hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.Jika Saya berpayung jika hujan.Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.serta Zahid serta abangnya menonton wayang.semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

Hak Cipta Terpelihara.

Page 3: Kata Nama

Champion Tuition Centre

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan           Contoh Ayat ContohBaik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong

royong membersihkan balai raya itu.Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.entah    entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah

tidak.Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu

murid hadir ke Sekolah.sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan

pula Bukit Larut.semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN.

Hak Cipta Terpelihara.

Page 4: Kata Nama

Champion Tuition Centre

Isi tempat kosong di bawah menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul.

1. Pemakaian topi keledar semasa menunggang motosikal amat penting …………………. ia boleh melindungi kepala kita.

2. Kita haruslah mematuhi peraturan jalan raya …………….. kejadian yang tidak diingini tidak berlaku

3. ……………….. Encik Ahmad lewat ke sekolah, namun beliau tetap menunggang motosikal dengan cermat.

4. Kita tidak harus melakukan pergerakan kasar ……………… membonceng motosikal.

5. Topi keledar haruslah diletakkan di tempat yang selamat ……………… menunggang motosikal.

supaya walaupun kerana semasa setelah

LATIHAN KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN.

Isi tempat kosong di bawah menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul.

1. Pemakaian topi keledar semasa menunggang motosikal amat penting …………………. ia boleh melindungi kepala kita.

2. Kita haruslah mematuhi peraturan jalan raya …………….. kejadian yang tidak diingini tidak berlaku

3. ……………….. Encik Ahmad lewat ke sekolah, namun beliau tetap menunggang motosikal dengan cermat.

4. Kita tidak harus melakukan pergerakan kasar ……………… membonceng motosikal.

5. Topi keledar haruslah diletakkan di tempat yang selamat ……………… menunggang motosikal.

supaya walaupun kerana semasa setelah

Hak Cipta Terpelihara.