kbat sejarah 1

Upload: mmasart

Post on 16-Oct-2015

151 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Soalan-Soalan Aras Taksonomi BloomDalam sistem pendidikan penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuannya ialah, menurut A.E. Ashworth (1982) dalam Testing For Continous Assess: A Handbook for Teacher in School and College (London: Evans, Yorkshire) member tujuh tujuan pengujian atau penilaianiaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal.Manakala menurut BenjaminBloom (1956) dalam Taxonomy Of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom.

1.Pengetahuan

Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya.

Contoh:

Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan?2.Pemahaman

Aras kognitif yang melibatkan proses pengembangan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri.

Contoh:

Ahli-ahli sejarah menggunakan sumber arkeologi untuk mengkaji sejarah purba yang tidak mempunyai sumber bertulis. Sumber arkeologi berkaitan dengan

A.Bahan-bahan peninggalan masyarakat dahulu yang tertanam dalam bumi.

B.Benda-benda yang dijumpai oleh ahli arkeologi dalam usaha cari gali.

C.Barang-barang yang mempunyai ukiran dan tulisan yang boleh difahami.

D.Alat-alat perkakas zaman silam yang masih digunakan hingga sekarang.

3.Aplikasi

Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukuman atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu dan kemuadian diaplikasikan dalam situasi baru.Contoh:

Pada tahun 1954 bapa Ahmad ingin melancong ke Negara China tetapi gagal. Yang manakah berikut menerangkand engan tepat tentang kegagalan bapa Ahmad itu?

A.Beliau membatalkan lawatannya kerana sebab-sebab tertentu.

B.Beliau sukar mendapat kebenaran daripada kerajaan.

C.Beliau enggan mematuhi peraturan imigresen.

D.Beliau belum menyiapkan dokumen perjalanannya.

4.Analisis

Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponen-komponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujah-hujah.

Contoh:

Tuk JanggutTerkorban

Datuk Maharaja LelaDibunuh

Haji Abdul Rahman LimbongDibuang ke Makkah

Mengapakah perjuangan tokoh-tokoh di atas menemui kegagalan?

A.Perjuangan kurang tersusun.

B.Perjuangan atas kepentingan peribadi.

C.Perjuangan mendapat tentangan Sultan.

D.Perjuan bersifat setempat.

5.Sintesis

Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsure-unsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SEJARAH SPM K1, K2 & K3

[sumber: En Idris bin Chamingan, SMK Jengka 16 dan En Salehuddin bin Mohd Rokani, SMKJP2, Bandar Jengka]

STRATEGI MENJAWAB SOALAN UNTUK PELAJAR

PANDUAN DAN SARANAN

UNTUKMENJAWAB SOALAN SEJARAH SPM KERTAS1

1.Menguasaidanmemahamikeseluruhanisikandunganbukuteks

SejarahTingkatan4dan5 ( 19bab).

2.Memahamiistilah-istilah,konsep-konsep@glosaripentingdalam

bukuteksdenganmerujukBahagianatauSudutGlosari,Tahukah

Anda?danSudutMaklumatdalamBukuTeks.

3.MembuatlatihtubimenjawabsoalanSPMKertas1 ( 2004,2005

2006,2007, 2008, 2009)keranabolehmembantucalonmengenal

pastibentukdantrendsoalan.

4.MengenalpastisebabsesuatujawapanpilihanituSalahatauBetul,

bukannyaA,B,CatauDsahaja.

5.Kadang-kalakata-kataseperti(Sepenuhnya,Seluruh,Semua, DLL)

akanmenyebabkansesuatupilihanjawapanitusalahterutama

berkaitanKesan..6.Calonmestimenjawabkesemua40soalanyangdikemukakan.

7.Semasamenjawab,bacadanfahamibetul-betulkehendak

soalanyangdikemukakan.Pastikanpilihanjawapanyang paling

betuldantepatberdasarkankehendaksoalan.Gunakankaedah

singkir.

8.Jawapanpilihanandahendaklahditandateruspadakertasjawapan

dengancermatdanteliti.

9.Sekiranyaterdapatsoalanyangsukardankurangyakinjawapannya,

calonseharusnyatinggalkandahulusoalantersebutsebaliknya

teruskandengansoalanyangselanjutnya.Telitisemulasoalanyang

bermasalahselepasselesaimenjawabsoalan-soalanlain.

10.Padaakhirpeperiksaan,sebelummenyerahkankertasjawapan

kepadapengawaspeperiksaanpastikanandamembuatsemakan

semuajawapantelahditandadanmaklumatyangdiperlukantelah

dilengkapi.

11.Ingat!Setiapsoalandiperuntukkan1.5minitsahaja.

12.BertawakallahkepadaAllahswt.

STRATEGI MENJAWAB SOALAN UNTUK PELAJAR

PANDUAN DAN SARANAN

UNTUKMENJAWAB SOALAN SEJARAH SPM KERTAS 2BHG A: KENALPASTI KEHENDAK SOALANNYATAKAN..SENARAIKAN..NAMAKAN ...JELASKAN...BAGAIMANAKAH...PADA PENDAPAT ANDA....Kesemua kehendak soalan di atas tidak perlu huraian kerana jawapan dalam Bahagian A mestilah ringkas dan padat iaitu satu hingga 2 patah perkataan dan soalan KBKK mesti jawab.PANDUAN DAN SARANAN UNTUK MENJAWABSOALAN SEJARAH SPM KERTAS 2MENGIKUT FORMAT PEPERIKSAAN TAHUN 2005, 2006, 2007,2008, 2009,2010,2011SOALAN BERBENTUK STRUKTUR (bahagian A)1.Menguasaidanmemahamikeseluruhanisikandunganbukuteks

SejarahTingkatan4dan5 ( 19bab).

2.TaburansoalanSPM 05,2006,2007,2008,2009,2010menunjukkan

keseimbanganpemberatanantaraSukatanTingkatan4dan5.

3. DUAsoalanyangditanyadalamSPM 2004,TIGAsoalan(2005),

DUAsoalan(2006),DUAsoalan(2007)danDUAsoalan(2008)duasoalan2009 & 2010daripadaSukatanTing. 4.

4. DUAsoalantelahditanyadalamSPM 2004,SATUsoalan(2005),DUAsoalan(2006), DUAsoalan(2007)danDUAsoalan(2008)daripadaSukatanTingkatan5.

5.Memahamiistilah-istilah,konsep-konsep@glosaripentingdalam

bukuteksdenganmerujukBahagianatauSudutGlosari,Tahukah

Anda?danSudutMaklumatdalamBukuTeks.

6.Calonmestimenjawabsemua4soalanyangdikemukakan

merangkumi40 %.7.Semasamenjawab,bacadanfahamibetul-betulkehendak

soalanyangdikemukakan.Pastikanjawapanyangdiberikanringkasdanpadatberdasarkankehendaksoalan.Jikakeliruuntukmemberijawapancthdi aataub,bolehulangjawapanyangsama.Markahtidakditolak

8.Berikanlahseberapabanyakjawapan,isiataufaktayangterlintasdalamfikirantanpamemikirkanketepatannyamahupunperuntukanmarkahnya.Berilahlebihisiataufaktajikaandatahudaningatataumempunyaimasa.

9.Sebaik-baiknyajawapanyangdiberidisertaisedikitpeneranganatauhuraian.

10.SehinggakiniKataTugasdalamsoalanstrukturSejarahSPMsepertiNyatakan,Berikan,Terangkan,Senaraikan,Jelaskandansebagainyatidakmemerlukancaramenjawabdanciriataubentukjawapanyangkhusus.Calonhanyadikehendakimenyatakanisiataufaktayangberkaitandenganfokussoalan.11.Sekiranyaterdapatsoalanyangsukardankurangyakinjawapannya,calonseharusnyatinggalkandahulusoalantersebutsebaliknyateruskandengansoalanyangselanjutnya.Telitisemulasoalanyangbermasalahselepasselesaimenjawabsoalan-soalanlain.12.Sebelummenyerahkankertasjawapankepadapengawaspeperiksaanpastikanandatelahmenjawabsemuasoalanyangdikemukakan.Peringatan!Selagiandamenjawabselagiituandaadapeluanguntukmemperolehmarkah.13.BertawakallahkepadaAllahswt.TeknikMenjawabEsei (bahagian B)

1.Setiap isi/fakta yang menepati peraturan pemarkahan diberikan 1 MARKAH.2.Jawapan tidak memerlukan PEMBUKAAN atau PENUTUP

3.TAHUN tidak penting.4.Boleh menggunakan SINGKATAN KATA seperti {spt, yg sgt dll MU }.5.BUAT PERENGGAN jawapan, pastikan satu tema/isi/fakta dalam setiap perenggan6.TIDAK PERLU mengulas secara mendalam sesuatu tema /isi atau huraian yang panjang7.Beri CONTOH (satu contoh = 1 markah)8.RANCANGKAN JAWAPAN ANDA buat catatan kasar/rangka jawapan.9. Tiada penambahan markah atau pengurangan markah pada LARAS BAHASA.10.Boleh menggunakan SINGKATAN PERKATAAN cara menulis perkataan penuh kemudian menyertakan singkatan seperti Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong (YDA,MU,PTM,MCA).11. EJAAN tidak dipentingkan tapi perlu jelas, kemas teratur.12 TULISKAN Nombor soalan dengan jelas dan susun jawapan dengan tertib13. Soalan yang sama TIDAK akan berulang dua kali berturut turut14. Jangan jawab dalam bentuk point form atau berjadual atau bentuk peta minda. (tolak 50%)15. Tulisa tidak perlu cantik atau berseni, pastikan tulisan kemas dan mudah dibaca oleh pemeriksa.

GARIS PANDUAN MENJAWAB SPM SEJARAH KERTAS 3

Buat pengeahuan calon SPM dan ibu bapa, penilaian Sejarah Kertas 3 pada hari peperiksaan adalah berbentuk tugasan. Ianya mirip penilaian "open book test". 6 minggu sebelum hari peperiksaan bertulis, calon telah diberikan tugasan umum yang berbentuk tema/tajuk yang mencakupi sukatan pelajaran tingkatan 4 atau 5.

Kemahiran konstruk yang diuji dalam Sejarah Kertas 3 adalah berdasarkanKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/High Order Thinking Skill (HOTS)iaitu pemahaman, analisis, aplikasi, menilai, menjana idea dan nilai-nilai murni/patriotisme.

Tindakan calon selepas tema/tajuk Sejarah Kertas 3 (tugasan umum) keluar:

1. Membuat rujukan berdasarkan tema.Dalam Sejarah Kertas 3, jawapan pecahan soalan pertama sehingga ketiga boleh didapati secara terus dalam buku teks iaitu: Pecahan soalan pertama: PENGENALAN[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Soalan ini memperuntukkan 5 markah. Lazimnya dalam bahagian pengenalan soalan adalan berkenaan latar belakang,tempoh,bukti, lokasi dan nama-nama penting seperti tokoh, tempat dan sebagainya. Sila tandakan maklumat tersebut dengan menggunakan pen warna dalam buku teks untuk memudahkan penulisan jawapan nanti. Ingat! 5 markah sahaja. Jangan tulis jawapan berjela-jela sehingga menjejaskan masa jawapan bagi pecahan soalan yang lain. Tulis jawapan berdasarkan maklumat yang kita tanda seperti yang saya sebutkan di atas.

Pecahan soalan kedua: MEMAHAMI[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 30 markah. Soalan ini menguji kefahaman kita dalam tema/tajuk yang dikaji. Pengujiannya berbentuk proses pembentukan/ciri-ciri. Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.

Pecahan soalan ketiga: MENGANALISIS[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 15 markah. Soalan mungkin berbentuk sumbangan/ciri-ciri.Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.

Pecahan soalan keempat: MENGAPLIKASI[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 15 markah. Calon perlu mengaitkan isi (fakta dalam buku teks) dengan zaman kini. Maksudnya kita gunakan pengetahuan zaman dahulu (apa yang kita belajar dalam buku teks) dalam pelbagai bidang pada zaman moden ini. Soalan ini menguji kemahiran aplikasi calon.Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.

Pecahan soalan kelima:MENILAI [Cadangan bahan rujukan:artikel dalam surat khabar, buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan, menonton berita TV dan capaian internet.]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Ia menguji kemahiran menilai calon iaitu pemerhatian/kepekaan dan keprihatinan calon. Calon perlu menguasai isu-isu semasa dengan membuat rujukan seperti yang saya cadangkan diatas. Tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah

Pecahan soalan keenam: MENJANA IDEA[Cadangan bahan rujukan:artikel dalam surat khabar, buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan, menonton berita TV dan capaian internet.]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Soalannya mungkin berbentuk cadangan/pendapat bernas tentang sesuatu isu yang berkait dengan tema/tajuk yang dikaji.Calon perlu menguasai isu-isu semasa dengan membuat rujukan seperti yang saya cadangkan diatas. Tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah

Pecahan soalan ketujuh: NILAI-NILAI MURNI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME [Cadangan bahan rujukan:http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/contoh-jawapan-kbkk-k2-sejarah-spm.htmldanhttp://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/garis-panduan-menjawab-soalan.html]Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Calon boleh membuat rujukan melalui laman blog saya seperti yang saya sediakan diatas atau berbincang dengan guru sejarah anda. Ianya soalan berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis). Biasakan dengan istilah nilai, sikap dan semangat positif.

Pecahan soalan kelapan: RUMUSAN [Cadangan bahan rujukan: buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]Peruntukan markah bagi pecahan soalanini ialah 5 markah yang mana calon perlu merumus isi yang telah calon bincangkan. Sebagai kemudahan calon, calon boleh merujuk bahagian RUMUSAN di akhir setiap bab dalam buku teks sebagai modal jawapan.

2. Berbincang dengan guru sejarah anda dan rakan perbincangan anda.

Selepas mencari bahan rujukan, berbincanglah dengan guru sejarah anda. Tanya guru sejarah anda sama ada bahan yang anda cari sesuai atau tidak.Ikutilah nasihat guru sejarah anda. Calon juga boleh saling kongsikan dapatan rujukan masing-masing serta berbahas mengenainya!

3. Bawa semua bahan rujukan dalam dewan peperiksaan semasa hari peperiksaan.

Selepas perbincangan ilmiah dan pemurnian kajian kita, bawalah semua bahan rujukan/dapatan yang kita kaji dalam dewan. Susun dengan keadaan baik. Jika dalam bentuk artikel, boleh disusun dalam bentuk fail clear holder. Susun bahan-bahan mengikut pecahan soalan. Ini memudahkah capaian semasa menulis jawapan.

4. Jawab mengikut pecahan soalan [semasa hari peperiksaan]Jawapan perlu ditulis mengikut pecahan soalan. Sebaik-baiknya buat perenggan dalam pecahan soalan. Ini kerana ada pecahan soalan memperuntukkan markah yang tinggi yang mana isi jawapan adalah banyak. Jangan lupa tulis nombor soalan. Jangan salin semula soalan. Semoga berjaya.