kbs 3053 (bhg a)
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.Pengenalan 2 – 3
2.Prinsip-prinsip penggunaan bahan dan pemilihan bahan bantu 3 – 11
Mengajar
3.Kesesuaian bahan sebagai bahan bantu mengajar 11 – 12
4.Penggunaan bahan dalam proses pengajaran 13 – 15
5.Kemahiran-kemahiran bahasa berasaskan bahan bantu mengajar 15 – 17
6. Kesimpulan 17 – 18
7. Bibliografi 19 – 20
1
1. PENGENALAN
Apa yang dikatakan ‘bahan bantu’ itu bukanlah merupakan sebahagian yang asing atau tersisih
daripada proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi sebaliknya ‘bahan bantu’ itu mestilah
dianggap sebagai satu bahagian yang padu atau ‘integral part’ dalam proses tersebut. Dalam
konteks ini, fungsi bahan bantu mengajar ini dilihat dari segi media pembelajaran. Tujuan
menggunakan media pengajaran ialah untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru,
murid-murid dan sebaliknya.
Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan
dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of
Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a
(written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai
merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu
tujuan dan bahan.Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi
pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan
bantu mengajar yang berkesan.
Selain itu, bahan bantu mengajar juga ditakrifkan sebagai aktiviti penggunaan alat-alat
pengajaran yang moden dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dengan
memanipulasikan media dan kaedah yang sesuai (Musa Sulaiman, 2000). Menurut Atan Long
(1982), beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan.
Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan berbagai-bagai cara. Sebagai contoh, sesuatu bahan itu
mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, bentuk carta atau dicetak pada slaid dan dipancarkan
pada skrin. Penggunaan BBM dalam kelas jua merupakan sebahagian daripada kaedah dan idea-
idea yang disampaikan oleh guru kepada pelajarnya.
2
Mok Soon Sang (1998) pula mendefinisikan BBM sebagai alat atau perkakasan yang
digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran dalam bilik darjah dan
membantu pelajar belajar dengan lebih berkesan dan menarik.
2. PRINSIP – PRINSIP PENGGUNAAN DAN PEMILIHAN BAHAN BANTU
MENGAJAR
Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid
untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan
pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai.
Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada
pelbagai jenis iaitu:
- Bahan bantu mengajar bukan elektronik
- Bahan bantu mengajar elektronik
- Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar
Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam sesuatu proses P&P.
BBM merupakan faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran,
menimbulkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran bertambah baik dan lebih menarik (Musa Sulaiman, 2000).
3
Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira:-
a) Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar.
Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan
kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif
tersebut. Tujuan pengajaran haruslah juga menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan
bukan sebaliknya.
b) Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh
membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu
haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai
Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir. Pemilihan bahan-bahan haruslah
bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.
c) Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh
melengkapkan pelajar untuk menggunakannya secara efektif. Pengajaran guru mestilah
mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan
lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing
untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian
daripada kehidupan mereka.
4
Dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan, apa yang perlu diperhatikan ialah
perbezaan di antara penglibatan dalam latih tubi , berdialog atau main peranan di satu bahagian
dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar seperti kebolehan
melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang
apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh
pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang
sebenar aktiviti komunikasi.
d) Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan belajar
pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred
dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar
dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran
yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran.
Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain
daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar
boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan
pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap
bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi.
Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan
pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-bahan
pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara
intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh
digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu.
e) Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran
dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran . Ketiga-
tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya
menekankan kepada aspek-aspek teknikal dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira
5
tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang
terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap
menukar strategi dari semasa ke semasa.
Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan
individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan
perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses
pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan
dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah
hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai
latihan-latihan pembelajaran . Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar
kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi
potensi pembelajaran mereka.
f) Guru hendaklah menggunakan bahan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan
pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajari sesuatu akan dapat
mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak
diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat
murid. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang
telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih
mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.
Ciri-ciri BBM yang baik mengambil kira:-
a) Ketahanan
Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok
pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa
yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
6
b) Kos
Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah.
Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak
kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti
jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta
pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.
c) Aspek-aspek Teknikal
Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung
atau dilekatkan pada dinding atau boleh dilancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau
sebagainya. Selain itu guru juga harus mengambil kira bahan tersebut boleh dipegang, disentuh
dan digunakan sepenuhnya oleh murid-murid.
d) Ketepatan Maklumat
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyampaikan maklumat yang tepat
kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv, kad gambar, kad imbas
dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran
saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.
e) Mudah Alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau
tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang
lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan
pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.
7
f) Saiz/Pengelolaan Kelas
Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan
semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh
sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan
bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di
bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, ataupun pengajaran individu.
g) Jangka Masa
Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan
supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran
yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku
pembaziran masa.
h) Strategi Pengajaran Pembelajaran
Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan
yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan
pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.
i) Bentuk dan Fungsi
Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud
disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-
peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan
melalui ‘non-verbal means’ tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap
digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk
bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana
8
bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan
berlaku.
Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi (penglahiran bunyi-bunyi individu,
tekanan, irama, intonasi), tatabahasa (morfologi dan sintaksis), perbendaharaan kata (leksis) dan
wacana (sekuen ayat-ayat). Aspek-aspek bahasa seperti ini perlu diberi perhatian untuk
membolehkan murid-murid mengenal dan menggunakan bahasa itu dengan betul.
j) Ketepatan
Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya
yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai
ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada ‘communicative competence’ yang
menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan. Untuk kelas pemulihan
bahan yang digunakan harus dapat merangsang murid untuk mecam dan memberikan tindakbalas
yang tepat terhadap bahan yang digunakan.
k) Kepelbagaian
Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan mendedahkan kepada para
pelajar beberapa variasi bahan yang digunakan secara meluas dan optimum. Pengetahuan
pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang
sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu.
Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style
(formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan tulisan).
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting
untuk ketepatan penggunaannya.
9
l) Kemahiran
Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan
mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-
aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-
pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk
mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.
m) Standardisasi dan Simplikasi
Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran
yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting,
diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-
bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan
pendidikan dan sosial dan sebagainya.
n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan
Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai
(moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar
daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami
tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan
negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan
kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak
sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.
Menurut Kamarudin Husin (1994), kepentingan BBM dalam proses PdP ialah BBM
dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan
mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar. Selain itu, BBM juga
dapat memberi rangsangan kepada pelajar semasa proses PdP sedang dijalankan. Tambahan
pula, BBM menyediakan pengalaman baru yang tidak diperoleh dengan mudah oleh cara-cara
10
lain. BBM menjadikan pembelajaran pelajar lebih mendalam dan seragam. BBM secara tidak
langsung dapat menguatkan kefahaman dan mempercepat perkembangan perbendaharaan kata
dalam sesuatu subjek .
3. KESESUAIAN BAHAN SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR
Pengolahan bahan-bahan pengajaran bermaksud membuat adaptasi atau menyesuaikan
semula bahan-bahan pengajaran itu dengan membetulkan segala kesilapan yang terdapat di
dalamnya, memperjelaskan aspek-aspek yang kurang dapat difahami, menambah aspek-aspek
yang kurang ditekankan dan membuang aspek-aspek yang tidak penting dan yang tidak
berkaitan. Semua ini bertujuan menjadikan bahan-bahan tersebut lebih sempurna sifatnya dan
sesuai serta bertepatan dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang direncanakan.
Dalam penyesuaian bahan-bahan, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam
kandungan bahan itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari
dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Pemulihan.
Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam
bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk kecekapan bahasa dan
kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.
a) Inspirasi dan kreativiti
Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan
menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu,
mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta
idea-idea baru dan sebagainya.
11
b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif
Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri
dan menguasai kecekapan dalam menguasai isi kandungan pembelajaran.
c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna
Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif
pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.
d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal
Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan
pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja
dalam konteks dan situasi yang bermakna.
e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi
Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan
belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam
kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi
psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari
segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.
f) Menggunakan bahasa autentik
Penggunaan bahasa autentik membolehkan para pelajar memahami penggunaan bahasa
berdasarkan situasi sebenar. Ini membolehkan mereka berinteraksi dalam bentuk yang lebih
sempurna di samping berupaya memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari.
12
4. PENGGUNAAN BAHAN DALAM PROSES PENGAJARAN.
Penyampaian pelajaran pada amnya dan penyampaian pelajaran pemulihan khasnya
memerlukan perancangan yang rapi dan juga guru-guru sebagai pelaksana pengajaran yang
berkesan. Walau bagaimanapun pengajaran peringkat pelaksanaan selalunya diabaikan. Apa
yang biasa dilakukan ialah pengajaran yang dijalankan mengikut apa yang telah disediakan oleh
buku teks semata-mata.
Perancangan pada peringkat pelaksanaan melibatkan penyediaan rancangan pelajaran,
diikuti dnegan penyediaan persediaan mengajar dan seterusnya penyampaian pelajaran itu di
dalam kurikulum. Perancangan ini melibatkan lima factor yang penting iaitu murid yang hendak
diajar, objektif pelajaran yang hendak diajarkann, isi pelajaran yang hendak disampaikan, kaedah
atau pendekatan yang digunakan di dalam pengajaran, dan akhirnya penilaian terhadap
pengajaran yang disampaikan. Kelima-lima factor ini adalah saling kait-mengait di antara satu
sama dengan lain dan tidak dapat dipisahkan.
Penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik memerlukan gabungan beberapa
komponen yang berkaitan seperti pendekatan, kaedah, teknik dan sebagainya. Ringkasnya, guru
perlu menyediakan perancangan yang kemas, tersusun dan rapi. Selain itu penggunaan bahan
pengajaran juga adalah penting.
Apabila kita memperkatakan tentang bahan pengajaran, apa yang kita ketahui, lazimnya
guru-guru sering menggunakan bahan-bahan daripada buku-buku teks yang sedia ada daripada
Kementerian Pendidikan. Melihat dari segi logika, bahan-bahan pengajaran sepatutnya tidak
hanya tertumpu kepada buku-buku teks sahaja, malahan terdapat pelbagai jenis peralatan atau
sumber yang lebih baik dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.
Terdapat tiga jenis peralatan yang boleh digunakan iaitu bahan pengajaran berbentuk
elektronik, bahan pengajaran yang bukan elektronik dan benda maujud. Contoh bagi bahan
pengajaran elektronik ialah seperti radio, televisyen, slaid, video , software dan yang
seumpamanya. Bahan pengajaran yang bukan elektronik pula ialah seperti gambar, carta, kad ,
13
suratkhabar, risalah dan seumpamanya. Manakala benda maujud pula ialah sebarang objek yang
terletak di persekitaran pelajar.
Bagi mencapai satu tahap penggunaan bahan-bahan pengajaran yang berkesan, guru perlu
memastikan bahan-bahan tersebut benar-benar berfaedah, bermanfaat dan dapat memenuhi
matlamat yang hendak dicapai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut
antara perka-perkara yang harus diambil kira oleh seorang guru dalam menyediakan bahan
bantu:-
4.1. Sebelum menggunakan
Walau apa jenis bahan sekali pun, seorang guru perlu menilainya dari segi tujuan
menggunakan alat itu, kesesuaian, cara-cara menggunakan, jelas atau tidak pengajaran yang
disampaikan. Pendapat guru-guru lain juga perlu berkenaan bahan bantu tersebut.
4.2. Semasa menggunakan
Adakah ianya berpusatkan kepada guru? Bagaimana gerak balas murid-murid pada alat
itu? Adakah ia memberi faedah pada semua murid atau pada sekumpulan kecil atau hanya
beberapa individu sahaja. Jelaskah pengajaran yang disampaikan dengan menggunakan bahan
bantu tersebut? Bagaimana penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran?
4.3. Selepas menggunakan
Apakah kesannya kepada murid-murid dari segi kognitif dan dari segi emosi? Dapatkah
murid-murid menunjukkan dengan lisan atau tulisan tentang kefahaman mereka pada idea yang
dipelajari? Bolehkah mereka berbincang, menganalisis atau menghubungkan idea-idea yang
dijelaskan?
14
Jelasnya, banahn bantu mengajar tidak boleh berdiri sendiri tanpa kaitan dengan idea,
kaedah mengajar, prinsip psikologi pembelajaran.Justeru, tujuan utama bahan bantu belajar ialah
untuk mengadakan komunikasi antara guru dengan murid. Ini perlu dibuat secara sistematik.
Menurut David Berlo dalam proses komunikasi, terdapat empat ciri-ciri penting iaitu sumber,
pesanan, saluran dan penerima. Guru ialah sumber. Murid-murid ialah penerima. Isi pengajaran
ialah pesanan dan salurannya ialah melalui lisan dan tulisan dengan dibantu oleh bahan bantu.
Bila seseorang guru mengajar kemahiran bahasa, dia perlu mengajar keempat-empat kemahiran
yang berkait rapat iaitu kemahiran mendengar , bertutur, membaca dan menulis. Bila semua
kemahiran ini dicapai, barulah boleh dikatakan seorang individu itu dapat menguasai kemahiran
bahasa yang tertentu.
5. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA DALAM PEMULIHAN BERASASKAN
BAHAN BANTU PENGAJARAN
Perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif sentiasa berhubung kait antara satu
sama lain. Kanak-kanak yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mengetahui objek sekitarnya
akan mencari nama bagi berbagai-bagai objek yang dilihatnya. Perbendaharaan kata cepat
meningkat dan kanak-kanak dengan pantas akan menyedari kegunaan bahasa dalam
kehidupannya.
5.1.Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran
Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa yang tepat.
15
5.1.1.Kemahiran Mendengar
Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum
balas.
Contoh:
Guru menggunakan rakaman audio untuk memperkenalkan jenis-jenis haiwan.
Guru menggunakan rakaman untuk mgajar sebutan suku kata.
Guru mengarahkan murid memukul pelbagai jenis alat muzik bagi memperkenalkan alat-
alat muzik.
5.1.2.Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merujuk keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan
dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Guru menggunakan kad untuk mengajar dialog atau perbualan.
Guru meminta murid membaca petikan berita dalam suratkhabar dengan intonasi yang
betul.
Guru boleh menggunakan topeng-topeng pelbagai watak untuk mendedahkan murid
melakonkan simulasi perbualan.
5.1.3.Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta
sebutan, intonasi, jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
16
Guru boleh menggunakan tayangan slaid berunsurkan karangan pendek atau cerita untuk
dibaca oleh murid.
Murid boleh digalakkan untuk akses maklumat melalui internet untuk mendapatkan
sebarang maklumat yang berkaitan dengan topic yang diajar.
Guru boleh mengedarkan sumber bacaan dari jenis yang pelbagai seperti majalah,
suratkhabar, buku cerita, buku teks, risalah, lembaran dan sebagainya.
5.1.4.Kemahiran Menulis
Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis huruf, suku kata,
perkataan dan ayat serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsurkan pengetahuan baru sebagai
pengukuhan.
Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang
meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.
Murid diberikan kad-kad gambar yang pelbagai berkaitan dengan tajuk.
Guru juga boleh mengajar murid-murid di luar bilik darjah untuk mendapatkan bahan
secara semulajadi yang terdapat di persekitaran.
Guru boleh juga mengedarkan lembaran kerja yang pelbagai jenis sebagai latihan susulan
dan bimbingan.
17
6. KESIMPULAN
Merekayasa kaedah pengajaran ialah disiplin yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan, ilmu
kefahaman guru tentang sesuatu subjek dan pengetahuan serta kefahaman guru terhadap ilmu
pedagogi. Guru perlu menggunakan kedua-dua cabang ini dalam pengajaran dan pembelajaran
pemulihan di sekolah.
Tugas dan tanggungjawab serta peranan guru di Malaysia pada masa kini bukan sahaja
banyak berbeza dari masa lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks, Ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan Negara yang sedang pesat.
Globalisasi pendidikan akan membawa tekanan kepada guru supaya berubah dari stail
pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan penyelidikan terkini. Fungsi utama
globalisasi pendidikan ialah menghasilkan sumber-sumber yang diperlukan untuk pendidikan
dan pembelajaran sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap
kemahiran dan pengalaman individu.
Kemajuan satu system pendidikan bagi sesebuah negara sering dikaitkan dengan dengan
ketepatan falsafah pendidikan yang didokongnya.Oleh yang demikian Malaysia juga mendokong
satu falsafah yang dinamakan falsafah pendidikan Negara yang telah dilancarkan pada tahun
1989. Antara intipati falsafah tersebut berbunyi: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
yang berterusan kea rah memperkembangkan potensi individu secara emnyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulis, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara” ( Pusat Perkembangan Kurikulum 1989 ).
Oleh yang demikian, bagi membantu guru menyampaikan pelajaran dengan berkesan dan
menarik minat murid, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai hendaklah digunakan. Guru-guru
juga perlu memastikan penglibatan murid-murid yang aktif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan apabila ianya meninggalkan impak
yang besar ke atas prestasi semasa murid-murid di dalam kelas.
18
BIBLIOGRAFI
…. Mohd Razali Kamaruddin ( 2007), Antara Falsafah , kurikulum dan pedagogi. Ehwal
Pendidikan, Satin Timur Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
…. Mohd Ibrahim ( 2008 ), Langkah Baru Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa.DBP.Kuala Lumpur.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Cheras:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Atan Long (1992). Psikologi Pendidikan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Long (1982). Pedagogi Kaedah Mengajar. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Mok Soon Sang (1988) Pendidikan di Malaysia : mengikut sukatan baru, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman,
Musa Bin Sulaiman (2000). Fokus Kepada Inovasi Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran,
Jabatan Pengajian Melayu.
Omardin Arshaan(2001). “Peranan, Tugas dan tanggungjawab Guru di Sekolah”. Cheras,Kuala
Lumpur:Utusan Publication & Distribution.
Kamaruddin Husin.(1994) Panduan dan latihan Bahasa Malaysia UKELP Bahagian A : untuk
calon ujian kelayakan pendidikan guru Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan.
Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2. (Ketrampilan
Bahasa). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd (1999). Pengajian Melayu 5 dan 6.
(Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya dan Masyarakat Malaysia).
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
19
Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS. Professional
Publishing Sdn. Bhd.
http://www.ipks.edu.my
http://www.ppk.gov.my
http://www.slideshare.com
www.goodreads.com/author/show
20