kelebihan ilmu dan ulama’. hadis 1 – kelebihan orang yang alim1 hadis 2 – kehebatan orang yang...
TRANSCRIPT
KELEBIHAN ILMU DAN ULAMA’
Hadis 1 – Kelebihan Orang Yang AlimHadis 2 – Kehebatan Orang Yang Alim
Hadis 3 – Ilmu Mengangat Martabat ManusiaHadis 4 – 0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat
Hadis 5 – Macam-macam Jenis UlamaHadis 6 – Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
Hadis 7 – Menuntut Ilmu Itu Satu KewajipanHadis 8 – 0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah
Hadis 9 – Pelajar Agama Sama Dengan MujahidHadis 10 – Pelajar Agama Diampun DosanyaHadis 11 – Pelajar Agama Dijamin Rezekinya
Hadis 12 – Carilah Ilmu Sebelum Ia DipertikaikanHadis 13 – Carilah Ilmu Sebelum Ia HilangHadis 14 – Kelebihan Mempelajari Al Quran
Hadis 15 – Orang Alim Itu TawadhukHadis 16 – Kesudahan Pencari IlmuHadis 17 – Ilmu Dan Amal Di Syurga
Hadis 18 – Hikmah Idaman Orang BerimanHadis 19 – Hakikat Ilmu
Hadis 20 – Jangan Malu Hadir Majlis IlmuHadis 21 – Jangan Menyembunyikan Ilmu
Hadis 22 – Jadikan Diri Sebagai Pintu HidayahHadis 23 – Murid Itu Amanah Rasul Pada
Seorang Guru
Hadis 24 – Bertanya Itu Anak Kunci IlmuHadis 25 – Jadikan Diri Anak Kunci KebaikanHadis 26 – Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian
Hadis 27 – Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan Pendengarnya
Hadis 28 – Semua Penuntut Pasti UntungHadis 29 – Kelebihan Mengajar Ilmu
Hadis 30 – Sampaikan Ilmu Walaupun SedikitHadis 31 – Ambil Berkat Rasulullah dan Ulama’Hadis 32 – Hati-hati Bila Menyampaikan IlmuHadis 33 – Semua Sabda Nabi Adalah Benar
Hadis 34 – Memelihara Ilmu Dengan MenulisnyaHadis 35 – Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang
Kurang PandaiHadis 36 – Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas
IlmunyaHadis 37 – Apabila Ulama’ Dimatikan Allah
Hadis 38 – Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia DiangkatHadis 39 –Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah
DiangkatHadis 40 – Ikhlas Dalam Mencari Ilmu
Hadis 41 – Mengajar Itu Sedekah Yang Paling BaikHadis 42 – Pahala Yang Berterusan
Hadis 1 – Kelebihan Orang Yang Alim
• Daripada Abu Amamah r.a berkata: Telah disebut disisi Rasulullah s.a.w dua orang lelaki.
Pertama orang yang abid (ahli ibadat) dan kedua orang yang alim. Maka Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihanku atas yang
paling rendah daripadamu”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 2 – Kehebatan Orang Yang Alim
• Daripada Abdullah Bin Abbas r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Seorang yang alim itu lebih kuat pengaruhnya atas syaitan daripada seribu abid (yang tidak alim).
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah
Hadis 3 – Ilmu Mengangat Martabat Manusia
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah ditanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling taqwa”. Seterusnya mereka
berkata lagi: bukan ini yang kami tanyakan! Lantas Nabi menjawab pula: “Kalau begitu mungkin yang kamu maksudkan itu Nabi Yusuf a.s kerana Baginda adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak kekasih Allah”.
Mereka berkata lagi: bukan ini yang kami tanyakan! Terus Nabi menjawab lagi: “Apakah kamu bertanya tentang tokoh-tokoh dari bangsa Arab?” Mereka
menjawab: Ya! Lalu Baginda bersabda: “Orang yang baik pada zaman jahiliyah dahulu, itulah juga orang-orang
yang baik di zaman Islam ini, apabila mereka alim dengan hal-hal agama”.
Muttafakun Alaih
Hadis 4 – 0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat
• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika ia diperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain.
Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinya sendiri (tidak
menyusahkan orang lain)”.
Hadis Riwayat Razain
Hadis 5 – Macam-macam Jenis Ulama
• Daripada Anas r.a berkata: Bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Ulama itu ada tiga jenis. Pertama orang
yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. Kedua orang yang alim yang masyarakat mengambil
manafaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinyanya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga orang alim yang hidup dengan
ilmunya (mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manafaat dengan ilmunya”.
Hadis Riwayat Dailami
Hadis 6 – Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
• Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang
menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikan yang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas
orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi-nabi. Dan para
Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak) tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka
barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telah mengambil habuan yang paling sempurna”.
Hadis Riwayat Abu
Daud
Hadis 7 – Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan
• Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan
sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut”.
Hadis Riwayat Al Bara
• Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu itu disisi
orang yang tidak ahlinya seperti memberikan rantai permata, mutiara dan emas ke leher babi”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 8 – 0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang
dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah tentu Allah menjadikannya seorang yang
mengerti dengan hal-hal agama”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 9 – Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid
• Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia
kembali”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 10 – Pelajar Agama Diampun Dosanya
• Daripada Sakhbarah r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu maka yang demikian itu akan menghapuskan
dosa-dosanya yang lalu”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 11 – Pelajar Agama Dijamin Rezekinya
• Daripada Ziyad Bin Al-Harith berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu
maka Allah Taala menjamin untuk mencukupkan rezekinya”.
Hadis Riwayat Al Khotib
Hadis 12 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Dipertikaikan
• Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Carilah ilmu sebelum lahir orang-orang yang suka mempertikaikan nilai-
nilai agama”.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 13 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Hilang
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Belajarlah ilmu fardu ain dan
al-Quran, dan ajarkanlah akan dia kepada orang lain, kerana aku akan meninggal dunia”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 14 – Kelebihan Mempelajari Al Quran
• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu
ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain”.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 15 – Orang Alim Itu Tawadhuk
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : “Tuntutlah ilmu dengan
bersungguh-sungguh, dan tentu telah bersama ilmu itu akan ketenteraman dan kewibawaan. Dan hendaklah kamu bersifat tawadhuk bagi
guru yang kamu belajar kepadanya”.
Hadis Riwayat At Tabrani
Hadis 16 – Kesudahan Pencari Ilmu
• Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang berilmu
itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehingga adalah kesudahannya itu
di dalam syurga”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 17 – Ilmu Dan Amal Di Syurga
• Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang alim, ilmu dan amal itu ketiga-tiganya itu di dalam syurga. Dan apabila orang alim tidak mengamalkan ilmunya maka
ilmu dan amal itu tetap di dalam syurga, sedang si alim itu akan dimasukkan ke dalam neraka”.
Hadis Riwayat Al Dailami
Hadis 18 – Hikmah Idaman Orang Beriman
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Perkataan hikmah itu adalah idaman orang-orang yang beriman. Maka mana sahaja
ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 19 – Hakikat Ilmu
• Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu
yang tidak ada faedahnya. Pertama ayat yang jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan
(amalkan). Ketiga kewajipan yang adil”.
Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 20 – Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu
• Daripada Abu Waqid Al Laithi r.a berkata: Ketika Nabi s.a.w sedang duduk (bersama2 sahabatnya dalam majlis ilmu) di dalam masjid, tiba-tiba datang
tiga orang. Dua orang terus menyertai majlis Nabi s.a.w. orang yang pertama ia melihat ada tempat yang kosong di tengah2 halaqah, maka ia
pun terus duduk di sana. Orang yang kedua hanya duduk di belakang majlis. Adapun orang yang ketiga (kerana ia melihat orang ramai maka ia
rasa malu masuk ke majlis ilmu itu) maka terus ia pergi ke tempat lain. Maka setelah selesai Nabi s.a.w daripada percakapannya lalu Baginda
bersabda: “Hendakkah kamu aku beritahu tentang tiga orang yang baru datang tadi? Yang pertama ia bersungguh mencari ilmu maka Allah memberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia merasa malu (tidak
bersungguh2) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberi ilmu yang baik). Adapun yang ketiga maka ia berpaling dari Allah maka Allah pun berpaling juga daripadanya”.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,
Ahmad, Tirmizi
Hadis 21 – Jangan Menyembunyikan Ilmu
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa ditanya tentang
suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan
kekang daripada api neraka”.
Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi
Hadis 22 – Jadikan Diri Sebagai Pintu Hidayah
• Daripada Sahal Bin Saad r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Demi Allah, bahawa memberi
petunjuk oleh Allah akan seorang dengan sebab engkau, maka itu lebih baik daripada unta yang merah (sejenis kenderaan yang paling mahal
pada zaman dahulu)”.
Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 23 – Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru
• Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering datang menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu beliau berkata: Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w,
kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda bagi kami: “Sesungguhnya umat manusia akan datang mengikuti kamu. Dan sesungguhnya orang ramai akan datang menemui kamu dari seluruh dunia.
Mereka datang untuk belajar ilmu agama daripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang, maka wasiat
ku pada kamu hendaklah kamu melayani mereka dengan baik”.
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah
Hadis 24 – Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu
• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “ilmu itu seperti gudang, dan
kuncinya adalah bertanya. Maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberi rahmat oleh
Allah Taala. Maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yang bertanya. Kedua guru yang
menjawab. Ketiga orang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka”.
Hadis Riwayat Abu Naim
Hadis 25 – Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan
• Daripada Sahal Bin Said r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “kebaikan itu laksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi seseorang hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 26 – Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian
• Daripada Yazid Bin Salmah r.a berkata: Aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: bahawa aku sangat banyak
mendengar hadis daripada engkau, dan aku takut bahawa yang kemudiannya melupakan yang
pertamanya. Maka beritahukan kepadaku wahai Rasulullah dengan satu kalimat yang ringkas sekali,
sebagai kesimpulan daripada segala yang aku dengar. Maka Rasulullah s.a.w bersabsa: “Bertaqwalah engkau
kepada Allah pada barang yang engkau ketahui.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 27 – Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan Pendengarnya
• Daripada Sahal Bin Said r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kebaikan itu laksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi seseorang hamba yang telah dijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 28 – Semua Penuntut Pasti Untung
• Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “ Barangsiapa mencari ilmu lalu ia mendapatkannya maka baginya dapat dua pahala.
Dan barangsiapa mencari ilmu tetapi ia tidak mendapatkannya maka baginya dapat
satu pahala ”.
Hadis Riwayat Al Darami
Hadis 29 – Kelebihan Mengajar Ilmu
• Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seorang yang mendengar
daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya kepada orang lain. Maka barang kali orang yang
mendengar itu lebih mengambil manafaat daripada orang yang menyampaikannya ”.
Hadis Riwayat At Atirmizi
Hadis 30 – Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit
• Daripada Abdullah Bin Umar berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sampaikanlah apa yang kamu
dengar daripadaku walaupun hanya satu ayat. Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar
daripada Bani Israil, maka tidak mengapa yang demikian itu. Dan barangsiapa secara sengaja
berbohong atas namaku maka hendaklah ia menyediakan dirinya masuk dalam api neraka ”.
Hadis Riwayat Bukhari, At Atirmizi
Hadis 31 – Ambil Berkat Rasulullah dan Ulama’
• Daripada Mahmud Bin Rabiq r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Saya masih ingat ketika
Rasulullah s.a.w menyembur (menghembuskan air) ke muka saya dari sebuah timba daripada air telaga yang ada di kawasan rumah kami, dan saya ketika
itu baru berumur lima tahun ”.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim
Hadis 32 – Hati-hati Bila Menyampaikan Ilmu
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: “ Aku telah ingat daripada Rasulullah s.a.w dua jenis ilmu. Adapun yang pertama maka telah aku sebarkan kepada
kamu semua ( para tabi’in). Adapun yang satu lagi, seandainya aku sampaikan kepada kamu nescaya
akan dipotong leherku ini ”.
Hadis Riwayat Bukhari
Hadis 33 – Semua Sabda Nabi Adalah Benar
• Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Adalah aku menulis segala sesuatu yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w, lalu orang2
Quraish melarang aku daripada yang demikian itu dan merika berkata: Apakah engkau menulis segala sesuatu yang diucapkan oleh
Rasulullah s.a.w, sedangkan beliau adalah seorang manusia biasa yang bercakap2 dalam keadaan redha dan marah. Maka aku berhenti daripada menulis segala perkataan Rasulullah s.a.w yang aku dengar,
sampai suatu masa maka aku menyebutkan yang demikian itu bagi Rasulullah s.a.w. Maka Baginda bersabda: “Tulislah olehmu
apa2 yang aku katakan. Maka demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaannya, tiada keluar daripada mulutku
ini kecuali perkataan yang benar”.
Hadis Riwayat Abu Daud
Hadis 34 – Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal
kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menhafaznya. Maka apa yang
perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: “Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu”. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia
dengarkan”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 35 – Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang Kurang Pandai
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah berkhutbah Rasulullah s.a.w akan suatu khutbah.
Lalu Abu Hurairah menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w menyebutkan di dalam khutbahnya itu satu
kisah yang panjang. Dan pada akhir hadis itu disebut bahawa Abu Syah berkata bagi Rasulullah.
Wahai Rasulullah! Tolong tuliskan untuk ku isi khutbah tadi. Maka Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tolong tuliskan untuk Abu Syah”.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Hadis 36 – Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas Ilmunya
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Tiada ada dari keseluruhan sahabat Rasulullah s.a.w orang yang paling banyak meriwayatkan hadis lebih daripada aku, kecuali Abdullah Bin Umar, maka dia lebih
banyak daripada aku, kerana dia menulis dan aku tidak menulis.
Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi
Hadis 37 – Apabila Ulama’ Dimatikan Allah
• Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan
ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akan menghilangkan ilmu dengan
mematikan para ulama’. Sehingga apabila sudah tiada para ulama’, manusia akan melantik pemimpin mereka daripada kalangan orang-orang yang jahil, lalu mereka akan ditanya
hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan
menyesatkan orang lain”.
Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi
Hadis 38 – Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia Diangkat
• Daripada Abu Amamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut. Dan
maksud ilmu itu dicabut ialah diangkat dari permukaan bumi ini. Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan menggambarkan jari tangan telunjuknya sambil
bersabda: orang yang alim dan orang yang belajar ilmu itu bersama-sama dalam mendapatkan pahala. Dan orang yang lain dari mereka berdua sudah tidak ada
apa-apa kebaikan”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 39 –Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah Diangkat
• Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Pada suatu masa kami bersama Rasulullah. Lalu baginda mengangkatkan pandangan ke arah langit, kemudian Baginda bersabda: Inilah masanya ilmu itu
dicabut daripada manusia sehingga mereka sudah tidak dapat lagi untuk menahannya. Maka berkata Zaid Bin Labid Al Ansari r.a: Bagaimana ilmu itu dicabut daripada manusia sedangkan
kami masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami akan sentiasa membaca Al Quran dan mengajarkannya kepada anak2 kami dan isteri2 kami. Lalu Baginda bersabda: Celakalah ibumu
(kerana kehilangan kamu) wahai Zaid! Aku sebenarnya menganggap engkau dari kalangan ulama’ di negeri Madinah ini. Cuba lihat! Ini kitab Taurat yang ada di kalangan orang2 Yahudi.
Dan ini kitab Injil yang ada di kalangan orang2 Nasrani. Apakah kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi faedah kepada mereka? Berkata Jabir r.a: lalu aku datang menemui Ubadah Bin Shomit r.a dan aku berkata kepadanya: apakah engkau pernah mendengar apa
yang diriwayatkan oleh Abu Darda’ seperti yang tersebut pada hadis tadi? Maka Ubadah berkata: benar apa yang dikatakan oleh Abu Darda’ itu. Dan kalau engkau mahu maka aku akan ceritakan kepadamu akan ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia! Ilmu yang pertama
sekali diangkat dari manusia itu ialah khusyuk (dalam solat). Barangkali engkau masuk ke dalam sebuah masjid yang besar maka engkau tidak
mendapati dari sekian banyak orang yang hadir di dalam itu akan seorang lelaki yang khusyuk dalam sembahyangnya”.
Hadis Riwayat At
Tirmizi
Hadis 40 – Ikhlas Dalam Mencari Ilmu
• Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Barangsiapa mencari ilmu untuk menandingi para ulama’ atau mengalahkan orang2
yang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya, maka orang ini akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka ”.
Hadis Riwayat Tirmizi
Hadis 41 – Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “ Sebaik-baik sedekah itu bahawa
muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim ”.
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Hadis 42 – Pahala Yang Berterusan
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: “ Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber. Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi manafaat. Ketiga anak yang
soleh yang mendoakan baginya ”.
Hadis Riwayat Muslim