kempen - unisza.edu.my

20
www.unisza.edu.my/kolejkediaman KELUARAN 2 BIL.1|2017 PERASMIAN SURAU THORIQ MS 6 ANUGERAH KEPIMPINAN SISWA MS 13 KEMPEN DERMA DARAH MS 18

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMPEN - unisza.edu.my

www.unisza.edu.my/kolejkediaman KELUARAN 2 BIL.1|2017

PERASMIAN SURAU THORIQ MS 6

ANUGERAH KEPIMPINAN SISWA

MS 13

KEMPEN DERMA DARAH MS 18

Page 2: KEMPEN - unisza.edu.my

2 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Page 3: KEMPEN - unisza.edu.my

3 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

A hamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke

hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan

kita Rasulullah SAW.

Selamat membaca keluaran ke dua Makalah

Kolej Kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Saya mengharapkan makalah ini akan menjadi

wahana yang ampuh dalam menyebarkan maklumat

tentang Kolej Kediaman UniSZA kepada khalayak dan

massa ke arah menjadikan UniSZA sebagai pilihan

utama masyarakat dalam usaha menimba ilmu

pengetahuan.

Makalah ini diwujudkan bagi memudahkan war-

ga Kolej Kediaman UniSZA dan masyarakat luar untuk

mengikuti perkembangan yang berlaku di UniSZA

amnya dan di Kolej Kediaman khususnya di samping

menjadi medan untuk pihak pengurusan kolej kediaman

menyampaikan maklumat kepada warga kolej

kediaman.

Maklumat di dalam makalah ini menerangkan

pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan kolej

kediaman untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada

semua warga kolej kediaman. Ia juga diharap dapat

memberi impak kepada semua warga Kolej Kediaman

UniSZA untuk memberikan perkhidmatan yang lebih

baik.

Saya mengalu-alukan sebarang pandangan dan

cadangan yang membina daripada semua warga Kolej

Kediaman UniSZA untuk memantapkan lagi pengurusan

maklumat yang disediakan melalui laman makalah ini.

Selamat melayari laman sesawang ini demi kebaikan

bersama.

Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd Shahril bin Othman Pengarah Kolej Kediaman UniSZA

Dari Mata PenaDari Mata PenaDari Mata Pena

Page 4: KEMPEN - unisza.edu.my

4 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017 P

engu

rusa

n

Kunjungan Muhibbah

Kolej Siswa UMT

S atu sesi lawatan dari Kolej Siswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ke Kolej Kediaman UniSZA telah dijalankan pada hari Khamis, 9 Februari 2017. Rom-

bongan yang diketuai oleh Penolong Pendaftar, Zaizulhizma Salleh turut disertai oleh seramai lima orang kakitangan Kolej Siswa.

Rombongan terlebih dahulu telah dibawa melawat pejabat am kolej kediaman bagi melihat rekabentuk kotak penyimpanan kunci bilik mudah alih.

Dengan fungsi mudah alih untuk dibawa ke mana-mana dan susunan kunci yang teratur, kotak penyimpanan kunci ini sangat ideal untuk diaplikasikan di mana-mana kolej kediaman universiti awam ma-hupun swasta.

Tentatif lawatan diteruskan ke Blok Ummu Kalsom dan Fatimah bagi melihat kelengkapan bilik penginapan pelajar. Pertukaran idea pendapat telah dilakukan bagi menambahbaik kelengkapan di kolej kediaman masing-masing.

Adalah menjadi matlamat mana-mana kolej kediaman pusat pengajian untuk menyediakan penginapan terbaik dan selesa kepada pelajar.

Sebagai mengakhiri lawatan, rombongan UMT telah dibawa melawat dapur pelajar di Blok A untuk mencari kaedah terbaik menyediakan ruang memasak

yang selamat dan selesa bagi kemudahan pelajar antarabangsa.

Umum sedia maklum bahawa setiap pelajar antarabangsa yang menginap di kolej kediaman mempunyai citarasa makanan yang berbeza dengan pelajar tempatan.

Sebagai alternatif kepada makanan yang dijual

di kafeteria, pihak kolej kediaman harus mengambil

inisiatif sendiri menyediakan ruang memasak kepada

mereka namun tertakluk dengan peraturan yang telah

ditetapkan bagi memastikan keselamatan terjamin.

Page 5: KEMPEN - unisza.edu.my

5 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Pen

guru

san

“ Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan

kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya

(menjulang) ke langit' ” - Firman Allah SWT di dalam Surah Ibrahim, ayat 24.

Tazkirah Pagi Hubungan Manusia Dengan Allah

P engertiaan ayat di atas, kalimat yang dimaksudkan adalah kalimat 'La ilaha illallah (Tidak ada Tuhan melainkan Allah)'. Dalam kehidupan ini, tiada yang boleh menolak

kesusahan yang manusia hadapi melainkan Allah SWT.

Itulah apa yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Institut Penyelidikan Produk & Ketamadunan Islam (INSPIRE), Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar kepada staf kolej kediaman dalam sesi tazkirah mingguan Kolej Kediaman UniSZA.

Mengetengahkan tajuk 'Hubungan Manusia dengan Allah', tazkirah pagi ini telah dilangsungkan pada 16 Februari 2017 bertempat di Surau Thoriq, Kampus Gong Badak.

Atucara program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dimana semua kakitangan kolej kediaman akan melakukan solat dhuha sebelum diteruskan dengan sesi tazkirah sebagai santapan minda dan rohani.

Dalam penyampaiannya, beliau turut mengalakkan semua staf mengamalkan zikir sebanyak yang mungkin kerana amalan berzikir itu sangat banyak fadilatnya. Antaranya ia boleh menjauhkan diri dari

bersikap lalai dan lupa kepada Allah SWT, boleh melurus-kan fikiran dan hati untuk terus mematuhi perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, memberi ketenangan batin atau ketenteraman jiwa yakni sakinah.

Intipati program tazkirah ini berupaya memberi impak positif kepada staf dalam melaksanakan tugasan kerja dan kehidupan seharian sebagai seorang muslim muslimah.

Page 6: KEMPEN - unisza.edu.my

6 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

P eringatan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Felo UniSZA, Ustaz Zulkeefli Awang dalam ucapan aluan Majlis Perasmian Surau Thoriq yang baharu pada 23 Februari 2017.

Majlis anjuran Pejabat Kolej Kediaman UniSZA dengan kerjasama Majlis Kolej Kediaman (MKK) dan Jawatankuasa Surau UniSZA (JSKK) telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniSZA, Prof. Dr. Nik Wan Omar.

Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa syukur serta gembira dengan siapnya pembinaan surau baru ini dan menyampaikan pesanan kepada MKK dan JSU agar menghiasi persekitaran surau dengan menanam pokok bunga dan pokok hiasan bagi mengindahkan lagi permandangan.

Beliau juga mengingatkan kepada semua hadirin bahawa perjalanan sesebuah organisasi adalah seperti permainan bola sepak di mana setiap pemain mempunyai posisi dan peranan masing-masing untuk membawa pasukan ke arah matlamat.

Surau baru ini dibina bagi menggantikan Surau Thoriq yang sudah digunakan sejak 7 tahun yang lalu seiring dengan siapnya pembinaan blok baru kolej kediaman.

Kepesatan aktiviti dan program ilmiah disamping bilangan jemaah yang sentiasa padat memenuhi Surau Thoriq telah memberikan satu ilham kepada pihak pengurusan kolej kediaman untuk memohon sebuah surau baru yang dapat memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.

Pembinaan surau baru ini telah dilakukan pada suku pertama tahun 2016 dan siap sepenuhnya untuk digunakan pada bulan Januari 2017.

“Seandainya ada pemain yang lari dari posisinya, rentak permainan akan menjadi cacat dan matlamat untuk mencapai kemenangan tidak akan tercapai.” - Prof. Dr. Nik Wan Omar

“ Semua warga UniSZA harus sama-sama menjaga kebersihan dan kecanti-

kan surau agar dapat menarik orang lain untuk beribadah dan menimba

ilmu di surau ini dan di masa yang sama dapat menarik mereka yang ber-

lainan agama untuk lebih mengenali islam”

Pen

guru

san

Page 7: KEMPEN - unisza.edu.my

7 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Pencegahan Pencegahan Pencegahan Nyamuk AedesNyamuk AedesNyamuk Aedes

“ Tahun lalu Terengganu merekodkan kes denggi sangat serius dengan 20 kes kematian. Kebimbangan kita berterusan terutama pada musim tengkujuh penghujung tahun lalu kerana dalam musim banjir, pembiakan aedes menjadi lebih aktif. Bagaimanapun, berdasarkan data kita peroleh jelas memperlihatkan penurunan ketara kes denggi dan diharap trend ini berterusan”

- Dr. Mohammad Omar

D emam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya dan menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian di kebanyakan negara hari ini.

Berpegang kepada pepatah mencegah lebih baik dari mengubati, Pejabat Kolej Kediaman dengan kerjasama Pusat Kesihatan UniSZA telah mengambil inisiatif melakukan aktiviti semburan kabus (fogging) di Kolej Kediaman Kampus Perubatan pada 20 Februari 2017.

Aktiviti fogging dilakukan bertujuan untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk bagi membendung kes demam denggi atau penyakit berjangkit di kalangan penghuni kolej kediaman.

Di samping itu, pihak kolej kediaman telah memberi peringatan kepada semua penghuni supaya

sentiasa menjaga kebersihan tempat tinggal mereka bagi mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nya-muk.

Bertunjangkan daripada kesedaran semua pihak, negeri Terengganu telah berjaya merekodkan 60 hari bebas denggi sejak kes terakhir direkodkan pada 19 Disember 2016.

Memetik kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar dalam satu artikel akhbar tempatan, kejayaan itu terhasil dengan adanya usaha berterusan daripada pelbagai pihak ter-masuk kesedaran masyarakat.

Pen

guru

san

Page 8: KEMPEN - unisza.edu.my

8 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

S ejajar dengan pelantikan Majlis Kolej Kedia-man yang baru, Jawatankuasa Surau Kolej Kediaman (JSKK) juga telah dihembuskan nafas lebih segar dengan penyertaan ahli baru bagi sesi akademik 2016/2017.

Peranan yang dimainkan oleh JSKK amatlah penting dan menjadi penggerak kepada pemantapan islamiah di kolej kediaman sepertimana yang telah dibuktikan oleh JSKK sebelumnya dengan penganjuran pelbagai aktiviti yang menghidupkan surau-surau di kolej kediaman.

Sehubungan dengan itu bagi memantapkan lagi pengurusan ahli JSKK yang baru dilantik, pejabat kolej kediaman dengan bantuan felo telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi Jawatankuasa Surau Kolej Kediaman Sesi Akademik 2016/217 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun.

Kursus yang pertama kali dianjurkan khusus kepada JSKK ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pengurusan sesebuah organisasi dan kaedah merancang serta melaksanakan aktiviti.

Seramai 30 orang ahli JSKK dari enam buah surau kolej kediaman telah menghadiri kursus sehari ini yang telah dijalankan pada hari sabtu, 12 November 2016.

Aspek penyediaan kertas kerja, laporan aktiviti dan protokol telah mengisi tiga slot ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah berwibawa dari Pejabat Naib Canselor UniSZA dan Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA.

Ketua felo kolej kediaman UniSZA, Dr. Zulazhan Ab. Halim dalam ucapan perasmian penutup telah meletakkan harapan yang tinggi kepada JSKK untuk merencanakan aktiviti-aktiviti di surau yang memberi manfaat kepada semua warga UniSZA dan para pelajar amnya.

Selain itu, beliau juga mengharapkan agar JSKK menyimpul ikatan yang lebih rapat dengan pihak pengurusan kolej kediaman bagi memudahkan segala perancangan aktiviti dan program demi manfaat bersama.

Bengkel Pengurusan Organisasi

Jawatankuasa Surau Kolej Kediaman

“ Saya mengharapkan agar jawatankuasa surau dapat merencanakan

aktiviti-aktiviti di surau yang memberi manfaat kepada semua warga

UniSZA dan para pelajar amnya ” - Dr. Zulazhan Ab. Halim

Ku

rsu

s

Page 9: KEMPEN - unisza.edu.my

9 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Ku

rsu

s

Page 10: KEMPEN - unisza.edu.my

10 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

P ejabat Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Organ-isasi Majlis Kolej Kediaman (MKK) Sesi 2016/2017 bertempat di Dewan Ibnu Khal-dun pada 15 Disember 2016.

Kursus yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli MKK tentang pengurusan organisasi.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk mem-bantu dan mengasah ahli-ahli MKK di dalam memikul tanggungjawab dan amanah di dalam mentadbir organ-isasi dan juga membantu di dalam penguatkuasaan Perintah Kolej Kediaman.

Seramai 44 orang ahli MKK dari Kolej Kediaman Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Tembila telah melaporkan diri untuk mengikuti bengkel yang dijalankan ini.

Sebanyak tiga slot ceramah dan taklimat telah disediakan sebagai pengisian kursus yang dipimpin oleh barisan penceramah yang memiliki kredibiliti yang tinggi dan berpengalaman.

Antara slot yang telah dilaksanakan ialah

latihan dalam kumpulan, penyediakan kertas kerja dan laporan, surat menyurat dan sistem fail, simulasi, protokol dan pengurusan acara dan sesi pembentangan.

Majlis penutup bengkel ini dan penyampaian watikah pelantikan MKK telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Kediaman, Dr. Mohd Shahril Othman.

Dikesempatan itu juga, beliau turut menyampaikan amanat kepada peserta dengan memberi kaedah bagaimana bekerja dalam berkumpulan dalam mencapai matlamat organisasi.

Ku

rsu

s

MKK Nama Yang Di Pertua

Kolej Kediaman A Nur Azla Aziera binti A’ala

Kolej Kediaman B Nur Iman Saleha binti Osman

Kolej Kediaman C Muhamad Shahrul Izzat bin Mat

Kolej Kediaman D Muhammad Syafiq bin Suzuki

Kolej Kediaman E Nik Abdurrahman Izzuddin bin

Nik Ismail

Page 11: KEMPEN - unisza.edu.my

11 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

P engurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari bukan sahaja oleh imam, bilal atau pegawai syarak tetapi semua orang yang beriman.

Dengan kesedaran inil, Majlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) serta Jawatankuasa Surau Habibah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA pada 2 Disember 2016.

Pendedahan secara terperinci telah dibentangkan oleh Pengarah Pusat Urusan Jenazah

Islam (PUJI) Terengganu, Ustaz Mohd Ariff Tengah mengenai tatacara pengurusan jenazah yang betul dan lebih komprehensif seiring dengan keperluan masyarakat pada hari ini.

Inisiatif untuk mengadakan kursus ini adalah bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada ahli keluarga untuk mempelajari perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian.

Inilah hasrat yang cuba diketengahkan oleh pihak penganjur supaya menjadi agen pengembang, membina wasilah seorang yang beriman lagi bertaqwa.

Ku

rsu

s

Kursus Asas Pendawaian Elektrik & Simen Ferro

U niversiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menganjurkan Kursus Asas Pendawaian Elektrik dan Semen Ferro bertempat di Kolej

Kediaman UniCITI Alam, Padang Besar Perlis pada 31 Januari hingga 4 Februari 2017.

Dua orang staf Kolej Kediaman UniSZA, Mohd Razali Mat Sapia dan Mohd Abd Rafur Mohamad telah dihantar untuk mengikuti kursus ini yang mensasarkan kumpulan Pembantu Awam dan staf berkaitan yang berkhidmat di universiti masing-masing.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi

meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan staf dalam menguruskan kerosakan-kerosakan kecil yang melibat-kan pendawaian elektrik.

Kemahiran binaan berasaskan semen ferro turut diterapkan bagi membantu seseorang staf berkhidmat di tempat kerja. Sebagai nilai tambah kepa-da peserta kursus, mereka turut menjalani kursus asas binaan yang disampaikan oleh pihak Lembaga Pem-bangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan me-layakkan mereka menerima kad hijau atau “Green Card”.

Mendalami Ilmu Pengurusan Jenazah

Page 12: KEMPEN - unisza.edu.my

12 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

M ajlis Kolej Kediaman E ( MKK E ) UniSZA, Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Asas Fotografi pada 24 Februari 2017 (Jumaat), bertempat di Dewan Serbaguna UniSZA, Kampus Besut.

Seramai 30 orang pelajar yang mempunyai minat mendalam dalam seni fotografi telah menyertai kursus tersebut yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Shafiq Naim Ahmad Kamaruddin, jurugambar berpengalaman dari Founder of Revolution Studio.

Matlamat kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan secara teori dan praktikal mengenai kawalan asas penggunaan Kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan gambar yang berkualiti. Pengisian program merangkumi ceramah tentang kamera DSLR, Shutter Aperture, ISO dan aktiviti luar.

Pengarah program, Nik Ahmad Radhi Nik Ibrahim memaklumkan, para peserta telah diajar secara praktikal mengenai kawalan kamera dan melakukan aktiviti outdoor bagi menguji tahap keberkesanan sesi pengajaran tersebut.

Sebagai nilai tambah kepada peserta kursus dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan kemudian akan dilepaskan untuk mengambil gambar-gambar yang menarik dengan kawasan yang berdekatan mengikut kreativiti masing-masing dan kemudiannya setiap gambar yang diambil akan dikritik untuk penambahbaikan pemahaman kepada peserta.

Tambahnya lagi, kursus ini juga dilihat mampu memupuk semangat kerjasama dalam berpasukan dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar dan komuniti.

Kursus Asas Fotografi

Ku

rsu

s

“ Kursus ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai teknik-teknik tertentu dalam menghasilkan gambar yang berkualiti.” - Nik Ahmad Radhi Nik Ibrahim

Page 13: KEMPEN - unisza.edu.my

13 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Mah

asis

wa

P elajar Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling, Mohd Syahmi Mohamed menerima Anugerah Khas Kolej Kediaman pada Malam Anugerah

Kepimpinan Siswa UniSZA Sesi 2015/2016 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 1 Disember 2016 bertempat di Dewan Perdana, Kampus Gong Badak.

Beliau yang juga mantan Presiden Majlis Kolej Kediaman (MKK) Induk UniSZA sesi 2015/2016 telah membawa pulang wang tunai RM500.00 serta sijil penghargaan dan trofi.

Sepanjang memegang tampuk presiden MKK, antara program yang telah dianjurkannya adalah Misi Acehku Sayang dan Khidmat Komuniti Masjid Kampung Penarik dimana beliau bertindak sebagai pengarah program.

Seorang lagi bekas ahli MKK yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah), Haslina Wildan telah menerima Anugerah Sukarelawan Harapan dan membawa pulang wang Tunai RM500.00 beserta sijil penghargaan.

Kelancaran program kemanusiaan Misi Acehku Sayang yang mendapat kerjasama Angkatan Sukarelawan Sejahtera (ASAS) dan Astro Oasis adalah kenangan manis yang sentiasa mekar dalam ingatan

dimana beliau telah bertindak sebagai pengarah program.

Anugerah disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr. Nik Wan Omar dan Bendahari, Prof. Madya Ariza Ibrahim.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof Dr. Nik Wan Omar berkata, Majlis Anugerah Kepimpinan Siswa itu bertujuan untuk menghargai sumbangan kepimpinan pelajar yang cemerlang dalam persatuan dan program universiti.

“Ini sebagai satu penghargaan dan mengiktiraf mereka yang bergiat aktif dalam mengerakkan aktiviti-aktiviti persatuan dan kesukarelawanan”

“Malah ia juga sebagai dorongan kepada pelapis-pelapis baru suapaya mampu menjadi penggerak dan pemimpin yang berkaliber di masa hadapan”, katanya.

Katanya lagi, melalui program itu juga, ia dapat membantu mahasiswa untuk menonjolkan bakat kepimpinana mereka dalam bidang masing-masing dan menjadi ikon kepada mahasiswa lain samada di dalam dan di luar universiti.

Anugerah Kepimpinan Anugerah Kepimpinan Siswa UniSZASiswa UniSZA

Page 14: KEMPEN - unisza.edu.my

14 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

P ada musim peperiksaan yang kian tiba, Majlis Kolej Kediaman C (MKK C) dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah melaksanakan program ceramah ‘Tips dan Persediaan Menghadapi

Peperiksaan’ pada 13 Disember 2016 bersamaan hari Selasa bertempat di Speaker Corner, Kampus Gong Badak.

Motif penganjuran program ini bagi memberi pendedahan mengenai teknik-teknik dan cara yang terbaik untuk mengulang kaji pelajaran di samping memberi suntikan motivasi supaya pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi peperiksaan akhir semester.

Penceramah jemputan, Ustaz Mohd Shahrizal Nasir daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi telah dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan inspirasi dan semangat pelajar dalam menuju redha Illahi di samping mencapai kecemerlangan akademik yang ingin dikecapi serta membentuk pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani yang mempunyai persediaan dalam menghadapi semua perkara.

Secara keseluruhannya, program ini dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancang dan termaktub dalam tentatif program.

Salah seorang peserta program telah menzahirkan rasa gembira dan puas hati terhadap intipati ceramah yang telah disampaikan dan mengharapkan program seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia benar-benar memberi impak positif khususnya kepada pelajar.

Pihak MKK C merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA, Kolej Kediaman, seterusnya barisan kepimpinan MKK yang lain diatas sokongan dan bantuan untuk menjayakan program ini.

Tips Dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

“ Makan makanan yang berzat dan

berkhasiat boleh membantu

mengembang dan mencergaskan

minda ”

- Ustaz Mohd Shahrizal Nasir

Mah

asis

wa

Page 15: KEMPEN - unisza.edu.my

15 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

B ersempena dengan ketibaan peperiksaan akhir semester, satu program “Bacaan Yaasin dan Solat Hajat” telah dianjurkan oleh Majlis Kolej

Kediaman A dengan kerjasama jawatankuasa pada 15 Disember 2016 dan berlangsung serentak di semua su-rau di kampus Gong Badak.

Program telah dimulai dengan solat maghrib secara berjemaah, solat hajat dan seterusnya bacaan Yaasin.

Meneruskan program, satu sesi tazkirah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dengan mengetengahkan topik mengenai persiapan dalam menghadapi peperiksaan dan tips yang boleh digunakan sepanjang minggu peperiksaan.

Menurut pengarah program, objektif pengan-juran program ini adalah untuk mengajak mahasiswa mengimarahkan surau dan masjid yang terdapat dalam kampus.

Elemen yang terkandung dalam program ini dapat membantu mahasiswa dalam aspek kerohanian sebelum mereka menduduki peperiksaan dan me-lahirkan graduan yang berjaya dari segi pendidikan dan akhlak.

Bacaan Yasin & Solat HajatBacaan Yasin & Solat HajatBacaan Yasin & Solat Hajat

Mah

asis

wa

M ajlis Kolej Kediaman (MKK) dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan program Semarak

Cinta Rasul pada 12 Disember 2016 bertempat di Foyer Pejabat Kolej Kediaman, Kampus Gong Badak.

Tujuan Program Semarak Cinta Rasul Sempena Hari Maulidur Rasul ini adalah untuk menyemarakkan cinta Rasul dan menyemai sifat-sifat Rasulullah dalam kalangan mahasiswa/i UniSZA.

Program ini juga boleh dijadikan satu landasan bagi mengasah kemahiran insaniah masiswa/i dan merapatkan ukhuwah sesama mahasiswa/i.

Penceramah jemputan dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Prof. Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi telah menyampaikan ceramah beliau dan

berkongsi kisah-kisah para sahabat dan Rasulullah untuk dijadikan teladan dalam kehidupan seharian dan menyemarakkan lagi cinta kepada sirah Nabawiyyah.

Dalam masa yang sama, program ini di jalankan untuk menyebarkan sedikit sebanyak ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keagamaan dan kerohanian kepada warga UniSZA itu sendiri.

Semarak Cinta Rasul

Page 16: KEMPEN - unisza.edu.my

16 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

M ajlis Kolej Kediaman UniSZA (MKK) telah menjalinkan kerjasama

dengan Jawatankuasa Surau Habibah dalam menganjurkan program Mabit Ukhuwwah dan Munajat Perdana 2 dan 3 Februari 2017 bertempat di Musolla Habibah, Kampus Gong Badak.

Program dua hari ini berlangsung selama 13 jam bermula pukul 6.00 petang sehingga 7.30 pagi keesokkan harinya dan dipadatkan dengan pelbagai aktiviti keilmuaan dan keagamaan.

Program dimulakan dengan bacaan Mathurat dan doa dan seterusnya pengenalan diri para peserta. Selepas majlis berbuka puasa, semua peserta telah melaksanakan solat secara berjemaah dan tadarus al-quran.

Slot ceramah motivasi mengambil tempat acara utama program dengan mengetengahkan tajuk 'Muslimah High Class di Akhir Zaman' yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Ustazah Siti Khatijah Ismail.

Dalam ceramah yang telah disampaikan, beliau menerapkan biah solehah dalam diri peserta dan berkongsi kisah wanita yang berada di zaman ini dalam untuk membantu peserta berfikir lebih matang dalam menentukan baik buruk melakukan sesuatu dalam kehidupan.

Memetik kata-kata aluan dari Pengarah Program, A'aisyah Nadhirah Wan Ahmad, penganjuran

program ini bertujuan untuk mengeratkan silaiturahim dan merapatkan ukhuwah dikalangan mahasiswi tanpa mengira latar belakang mahupun program pengajian.

Katanya lagi, program ini juga menekankan aspek jasmani dan rohani melalui pengisian yang disediakan kepada peserta yang hadir untuk menjadi seorang mukmin yang kuat.

Mabit Ukhuwwah & Mabit Ukhuwwah & Mabit Ukhuwwah & Munajat PerdanaMunajat PerdanaMunajat Perdana M

ahas

isw

a

Page 17: KEMPEN - unisza.edu.my

17 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Mah

asis

wa

Page 18: KEMPEN - unisza.edu.my

18 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Kempen Derma Darah

U nit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan kerjasama Kolej Kediaman UniSZA telah menganjurkan kempen derma darah selama dua hari bermula dari 12 Disember 2016.

Kempen tersebut dianjurkan untuk menampung keperluan semasa Tabung Darah HSNZ dan telah dilangsungkan di Foyer Kolej Kediaman UniSZA.

Kempen derma darah ini sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan dari kalangan penuntut dan staf UniSZA setiap kali diadakan dalam membantu menambah bekalan darah di HSNZ.

Menurut laman rasmi Unit Tabung Darah HSNZ, dinegeri Terengganu sahaja memerlukan sekurang-kurangnya 40 orang penderma setiap hari sepanjang tahun bagi menampung keperluan darah.

Blood Bank akan menyimpan minima stok darah sebanyak penggunaan untuk seminggu.

Contohnya jika penggunaan darah seminggu ialah 250 unit, maka Unit Tabung Darah akan memastikan bahawa stok darah semasa melebihi 250 unit.

Ini bagi memastikan stok darah mencukupi untuk kegunaan kes-kes perdarahan kecemasan yang teruk.

Seorang penuntut UniSZA yang ditemui berkata, kempen yang dianjurkan adalah platform terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan darah dan beliau terpanggil untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.

Sekurang-kurangnya 40 orang

penderma diperlukan setiap hari

sepanjang tahun bagi

menampung keperluan darah”

- Unit Tabung Darah HSNZ

Ke

sih

atan

Page 19: KEMPEN - unisza.edu.my

19 MAKALAH KOLEJ KEDIAMAN KELUARAN 2 BIL. 1/2017

Rawatan Pergigian Percuma

D emikian kenyataan dari Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar yang dipetik dari sebuah artikel dalam akhbat tempatan bertarikh 22 Disember 2015.

Bagi meneruskan usaha membasmi masalah kerosakan gigi, Pejabat Perkhidmatan Pergigian Daerah Kuala Nerus (PKPDKN) dengan kerjasama Pejabat Kolej Kediaman UniSZA telah membuka Klinik Pergigian Bergerak (KPB) di perkarangan kolej kediaman bermula dari 20 hingga 23 Februari 2017.

KPB merupakan fasiliti pergigian yang diwujudkan untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat secara outreach.

Memandangkan beban penyakit pergigian yang masih tinggi, terutamanya bagi golongan dewasa, KPB adalah modaliti yang sesuai bagi meningkatkan

aksesibiliti kepada rakyat, selaras dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan kesihatan.

Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan, cucian/scaling, tampalan, cabutan, rawatan salur akar gigi depan, rawatan oral medicine dan kecemasan.

Perkhidmatan nasihat tentang kepentingan dan cara penjagaan oral yang berkesan juga di beri kepada pesakit (oral hygiene instruction).

Adalah menjadi harapan dengan adanya perkhidmatan bergerak ini selain pegawai pergigian yang terlatih, semua pelajar serta staf UniSZA akan mengambil peluang ini untuk melakukan pemeriksaan dan rawatan gigi kerana penampilan diri menjadi lebih sempurna dan keyakinan diri akan meningkat sekiranya mempunyai gigi yang sihat dan cantik.

“Kalau 10 hingga 15 tahun dulu, Terengganu berada pada kedudukan antara negeri

tertinggi mencatatkan masalah kerosakan atau kereputan gigi, namun hasil dari

kesedaran semua pihak tentang kepentingan penjagaan gigi, kita telah berjaya

mengurangkan masalah itu sebanyak 74 peratus”

- Dr. Mohammad Omar

Ke

sih

atan

Page 20: KEMPEN - unisza.edu.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Pejabat Kolej Kediaman UniSZA

Universiti Sultan Zainal Abidin

Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus

Terengganu Darul Iman

Telefon : 09-668 7740 Faks : 09-668 7875

Website : www.unisza.edu.my/kolejkediaman