kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran

23
KEPENTINGAN DAN KESAN PEMILIHAN STRATEGI DAN PENDEKATAN YANG SESUAI DALAM PENGAJARAN 1. Strategi Definisi: Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada empat bahagian seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002): i) Pemusatan Guru ii) Pemusatan Murid iii) Berasaskan Bahan iv) Berasaskan Tugasan/aktiviti Kepentingan Strategi dalam Pengajaran Membantu guru dalam membuat perancangan dan pemilihan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif- objektif pelajaran yang telah ditentukan. Guru dapat menyusun kaedah dan teknik mengajar secara sistematik. Guru juga boleh mengajar dengan baik kerana sudah membuat persediaan awal dengan mengatur langkah-langkah pengajaran dengan sebaiknya.

Upload: kalsom

Post on 14-Nov-2015

207 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

strategi dan pendekatan

TRANSCRIPT

KEPENTINGAN DAN KESAN PEMILIHAN STRATEGI DAN PENDEKATAN YANG SESUAI DALAM PENGAJARAN1. Strategi

Definisi: Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada empat bahagian seperti yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002):i) Pemusatan Guruii) Pemusatan Muridiii) Berasaskan Bahaniv) Berasaskan Tugasan/aktivitiKepentingan Strategi dalam Pengajaran

Membantu guru dalam membuat perancangan dan pemilihan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif-objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Guru dapat menyusun kaedah dan teknik mengajar secara sistematik. Guru juga boleh mengajar dengan baik kerana sudah membuat persediaan awal dengan mengatur langkah-langkah pengajaran dengan sebaiknya.2. PendekatanDefinisi :Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.

Menurut buku yang ditulis oleh Mok Song Sang(2008), terdapat empat jenis pendekatan iaitu :-a. Pendekatan Induktif

b. Pendekatan Deduktif

c. Pendekatan Intergratif

d. Pendekatan EklektikKepentingan Pendekatan

Konsep pendekatan iaitu cara mendekati sesuatu dan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.Guru perlu mengetahui dan mengenalpasti terlebih dahulu latar belakang atau pengetahuan sedia ada murid sebelum mengajar sesuatu kepada muridnya. Ini membolehkan guru membuat pilihan dan merancang lebih awal mengenai pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang sesuai supaya tercapai objektif dalam sesuatu mata pelajaran.Pendekatan yang sama tidak boleh digunakan terhadap murid yang berlainan.Guru juga dapat membuat pendekatan yang sesuai, tepat dan betul sekiranya sifat atau keperluan murid dapat dikenalpasti.Seterusnya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara afektif.Kesan Pemilihan Strategi dan Pendekatan dalam Pengajaran

Strategi dan pendekatan yang telah dirancang dengan betul akan menghasilkan murid bergiat aktif dan tidak terlalu bergantung kepada guru semata-mata semasa berlaku proses pengajaran dan pembelajaran.Suasana ini mungkin berlaku apabila strategik digunakan berpusatkan murid.

Guru yang merancang strategi dan pendekatan dengan baik membolehkan pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan pengetahuan,meningkatkan kemahiran dan merangsang minda pelajar untuk lebih kreatif dan kritis. Itulah yang menjadi idaman dan impian bagi setiap guru dimana mereka ingin melahirkan seorang pelajar yang boleh berfikir dengan baik.

Pendekatan dan strategi yang konsisten boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di mana penggunaan sumber pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman murid dengan lebih mudah dan cepat.

Di samping itu juga, pendekatan dan strategi yang disusun atur dengan baik memudahkan guru menyampaikan isi pembelajaran dan objektif tercapai.KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN

( AYAT TILAWAH / BACAAN )Kaedah TalaqqiDefinisi

Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.Manakala dari segi istilah ia bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan dan murid mengikut bacaan guru.Cara Pelaksanaan

Kaedah ini sering digunakan oleh guru dalam pengajaran Al-Quran.Murid akan mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan mulut guru kemudian diikuti dengan bacaan murid sehingga mencapai tahap disenangi oleh guru.

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Talaqqi

KekuatanKelemahan

Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan guru. Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya.

Murid dapat ilmu secara langsung daripadaguru. Ini akan mengelakkan murid-murid mendapat kefahaman dan ilmu yang salah

Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru.

Pembelajaran lebih berpusatkan guru.

Murid menjadi pasif

Contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.

Kaedah TikrarDefinisi

Tikrar bermaksud ulanganCara Pelaksanaan

1. Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru.

2. Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalumurid murid membaca secara kelas3. Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan,sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca,sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali.Kekuatan dan Kelemahan TikrarKekuatanKelemahan

Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan Kaedah ini dapat membina keyakinan murid. Pembelajaran ber

Dalam pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran ( ayat bacaan ) terdapat banyak kaedah di antaranya seperti berikut

Kaedah Pengajaran AkidahKaedah Soal jawab

Menurut Salihan Siais(1993), kaedah menyoal dapat membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir.Fenomena ini dapat menumpukan perhatian dan fikiran terhadap apa yang sedang diingati.

Justeru itu, menyoal merupakan sebahagian daripada interaksi antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Cara pelaksanaannya

Guru akan mengemukakan beberapa soalan kepada murid mengikut aras. Murid akan member jawapan yang sewajarnya.Kaedah ini merupakan pengukuran bagi mengetahui murid mengetahui sama ada murid-murid memahami atau tidak pengajaran yang disampaikan.Kekuatan dan kelemahan KekuatanKelemahan

Melalui aktiviti soal jawab murid akan bertambah aktif.Mengembangkan daya pemikiran murid.

Guru dapat mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh murid.

Kaedah PerbincanganRasulullah menggunakan kaeadah perbincangan(muhadathah)dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kefahaman dan pendidikan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran hari ini, kaedah perbincangan ini sering digunakan untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang murid mengikut topic yang dibincangkan.

Cara Pelaksanaannya

1. Semua isi utama dalam topik perbincangan ditentukan dan dirancang oleh guru.

2. Murid diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan soalan

3. Menggalakkan penilaian secara objektif semasa idea dikemukakan

4. Idea atau kesimpulan perbincangan diringkaskan dan dirumuskan. Langkah ini dibuat oleh seorang wakil murid sahaja.

Guru sentiasa memastikan supaya perbincangan yang diadakan tidak terkeluar tajuk dan penglibatan murid sacara optimum.

Kekuatan dan Kelemahan

KekuatanKelemahan

Memupuk pemikiran kritis, analitis, dan kreatif.

Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalamkumpulanMemupuk semangat kerjasamaWujud ketidaksefahamanSuasana bising dalam kelas.

Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah seperti berikut:

Kaedah Pengajaran Ibadah

Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah ini digunakan oleh Rasulullah ketika malaikat Jibril mengajarkan Nabi berwuduk dan bersembahyang. Melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar.Melibatkan aktiviti penerangan, demonstrasi guru, aktiviti pendengaran dan penglihatan serta amali dan percubaan pelajar.Memberi pelajar peluang berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran.Pengajaran Ibadah sangat sesuai menggunakan kaedah ini kerana tanpa tnjuk cara pelajar mungkin tidak dapat mempraktikkannya di luar waktu pembelajaran.

Cara pelaksanaan1. Guru menentukan objektif untuk dicapai

2. Guru membuat tunjuk cara sambil diperhatikan oleh murid mengikut langkah-langkah yang telah disusun.3. Guru mengulangi kembali aspek-aspek penting sebagai pengukuhan dan pelajar dilibatkan dengan menyuruh mereka mengulangi demonstrasi.

4. Akhir pengajaran guru bersoal jawab dengan murid.

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Tunjuk Cara

KekuatanKelemahan

1. Menimbulkan keyakinan diri murid untuk melakukannya secara individu.

2. Murid dapat melakukan sesuatu ibadah dengan betul dan sah mengikut syarak.

3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.

Kaedah Kuliah / Penerangan

Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran, di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penjelasan dan huraian kepada murid.Pembelajaran menerusi kaedah ini bukan sahaja menampakkan lebih banyak pergantungan murid kepada guru bahkan boleh mencetuskan perasaan hormat dan sanjungan murid kepada guru,yang natijahnya boleh melahirkan rasa kasih saying antara dua pihak (Abdullah Ishak,1989).

Cara Pelaksanaan

1. Guru menyediakan synopsis kuliah yang bernas

2. Pertuturan hendaklah jelas dan sederhana serta mudah difahami oleh murid

3. Murid mendengar dan memahami atas setiap penerangan yang dibuat oleh guru dengan penggunaan bahan bantu mengajar(BBM).

4. Diakhir pengajaran guru akan membuat penilaian untuk menentukan pencapaian objektif yang ditetapkan.Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Kuliah/Penerangan

KekuatanKelemahan

Menjimatkan masa terutama ketika guru hendak menghabiskan sukatan pelajaranyang tertinggal dalam tempoh masa yang terhad. Bahan atau isi kuliah yang telah disiapkan boleh digunakan untuk satu jangkamasa yang panjang selagi tiada perubahan sukatan pelajaran. Guru dapat mengembangkan isi pelajaran yang disampaikan kerana kaedah kuliah memberi kelonggaran kepada guru untuk membuat huraian.

Kuliah melibatkan interaksi sehala di antara guru dan murid.

Keberkesanan kuliah yang disampaikan oleh guru juga banyak bergantung kepada minat dan pemahaman guru tentang sesuatu topik.

Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengajaran ibadah antaranya ialah :

Kaedah Pengajaran Sirah

Kaedah Bercerita

Ia adalah satu cara isi pembelajaran disampaikan dalam bentuk bercerita, di mana boleh menarik minat murid belajar. Guru perlu ada kemahiran bercerita dan mematuhi prinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid. Guru juga boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.Cara pelaksanaan

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik

Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya

Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan ceritaKekuatan dan Kelemahan Kaedah Bercerita

KekuatanKelemahan

Mewujudkan suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan.Menanamkan nilai-nilai murni dalam diri murid.

Murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka.

Kaedah ProjekObjektif utama pengajaran melalui kaedah ini ialah pemerolehan pengetahuan yang baharu oleh murid atau penggunaan pengetahuan yang sedia ada kepada situasi kehidupan seharian,penyelesaian masalah atau penghasilan produk(Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib,1995).Kaedah ini berperanan meningkatkan penglibatan murid dengan idea konseptual dan mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran yang lain.Cara pelaksanaan

1. Guru memberikan tajuk tugasan berdasarkan objektif dan pengetahuan sedia ada murid.

2. Murid membuat projek dalam kumpulan dengan mengumpulkan maklumat.

3. Guru sentiasa memberi bantuan dan bimbingan kepada murid.Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Projek

KekuatanKelemahan

Murid memperolehi kejayaan dan kepuasan dalam jika dapat menyelesaikan projek.

Pengetahuan yang diperolehi kekal dan berkesan.

Wujud sikap bertoleransi dan bekerjasama antara satu sama lain.

Sukar untuk mendapatkan bahan rujukan.

Antara kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru dalam sirah.

Pengajaran AkhlakKaedah Sumbang saranSumbang saran atau percambahan fikiran adalah salah satu kaedah yang menarik tetapi jarang digunakan oleh guru. Kaedah ini sesuai terutamanya dalam mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau topik dalam masa yang singkat.Cara Pelaksanaan

1. Guru meminta murid memberi pendapat masing-masing berdasarkan topic yang akan diajar.

2. Murid diberi peluang mengemukakan pendapat atau idea secara terbuka.

3. Guru akan membuat rumusan mengenai idea-idea yang telah diberi oleh murid.

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Sumbang saran

Kekuatan Kelemahan

Murid bebas memberikan idea atau pendapatMasa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Ia tidak menjemukan sesi pembelajaran.

Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan.Menimbulkan suasana bising di dalam kelas.Tidak semua murid melibatkan diri.

Kaedah Lakonan

Kaedah ini merupakan satu pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa. Murid akan berlakon mengikut watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pelajaran.Cara Pelaksanaan

1. Guru menentukan satu situasi masalah

2. Guru memberi penerangan ringkas mengenai situasi berikut.

3. Murid yang dipilih berperanan memainkan watak dalam lakonan yang telah ditentukan.

4. Guru meminta murid membuat rumusan mengenai lakonan yang telah dibuat dengan bimbingan guru.

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Lakonan

KekuatanKelemahan

Menarik minat murid untuk belajar.

Mencungkil bakat terpendam murid.

Isi pembelajaran mudah diterima oleh murid.

Hanya beberapa orang murid yang terlibat.

Murid tidak bersungguh-sungguh dalam melakonkan watak yang diberi.

Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran adab dan akhlak.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

Kaedah HurufKaedah yang memberi penekanan mengenai nama dan bunyi huruf kepada murid.Cara Pelaksanaan

1. Memperkenalkan huruf dan bentuk huruf tunggal dengan menggunakan kad imbasan.

2. Menyebut huruf secara latih tubi di dalam kumpulan, berpasangan dan individu.

3. Bermain permainan keretapi

4. Guru menyebut huruf yang dipelajari kemudian murid menulis huruf tersebut di atas kertas.

5. Guru member lembaran kerja mengandungi huruf yang dipelajari6. Guru hendaklah menyemak tugasan tersebut pada hari berikutnya.

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Huruf

KekuatanKelemahan

Murid dapat mengenal bentuk huruf tunggal dan huruf bersambung. Murid dapat menguasai kemahiran menulis khat jawi dengan baik Membantu murid dalam bacaan Iqra Menimbul kekeliruan terhadap murid mengenai sebutan huruf tunggal mengikut bacaan Iqra atau biasa. Murid tidak mengenal pasti huruf tunggal apabila ia berada dalam satu perkataan.

Kaedah Mengeja

Murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Di samping itu juga, murid boleh mengeja terus sesuatu perkataan.Cara Pelaksanaan

1. Guru menunjukkan kad suku kata kepada murid

2. Murid diminta mengeja secara kumpulan atau individu.

3. Guru meminta murid menyusun kad suku kata menjadi satu perkataan.

4. Murid akan mengeja dan menyebut kembali suku kata yang telah dicantum menjadi perkataan

5. Guru meminta murid menulis perkataan mengikut suku kata yang diberi.

Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Mengeja

KekuatanKelemahan

Murid boleh membaca ayat ayat pendek dan mudah.

Murid boleh Murid banyak bergantung kepada guru. Murid keliru dengan bunyi suku kata yang sama hurufnya tetapi berlainan bunyinya. Cth : tu / to

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH

GERAK KERJA KUMPULAN

GERAK KERJA INDIVIDU

HALAQAH / TADARUS

TIKRAR

TATBIQI

TALAQQI

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Tilawah Al-Quran / Bacaan

MUSYAFAHAH

TASMIK

SOAL JAWAB

PERBINCANGAN

KULIAH

SUMBANGSARAN

BERCERITA

Simulasi

FORUM

PROJEK

LAWATAN

ANOLOGI

Latih tubi

Soal jawab

Amali

KAEDAH PENGAJARAN IBADAH

Projek

Bercerita

Kuliah / Penerangan

Pengurusan Grafik

Tunjuk cara / Demonstrasi

Latih tubi

Lawatan

Bercerita

KAEDAH PENGAJARAN SIRAH

Forum

Sumbang saran

Projek

Simulasi

Soal jawab

Kuliah/Penerangan

Pengurusan grafik

Perbincangan

KAEDAH PENGAJARAN AKHLAK

Perbincangan

Lakonan

Simulasi

Menulis rencana

Akhbar dalam darjah(ADD)

Seminar

Sumbang saran

Bercerita

Latih tubi

Tunjuk cara / demonstrasi

Penerangan

Kuliah

Soal jawab

Qudwah Hasanah

Projek

KAEDAH JAWI

Kaedah Huruf

Kaedah pandang sebut

Kaedah Mengeja

Kaedah Bunyi