kepentingan warna dalam kehidupan

15
Kepentingan Warna Dalam Kehidupan Harian

Upload: ck-sal

Post on 08-Aug-2015

8.045 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sains tingkatan 4

TRANSCRIPT

Kepentingan Warna Dalam Kehidupan Harian

Kegunaan warna dalam kehidupan harian.

• Kegunaan warna dalam kehidupan ahrian adalah seperti berikut:– Percetakan– Pendawaian elektrik– Lampu isyarat– Simbol dan isyarat

Percetakan

• Gambar berwarna dicetak dengan menggunakan empat jenis warna iaitu kuning, magenta, sian dan hitam pada plat-plat yang berasingan.

• Warna hitam digunakan untuk menjadikan gambar itu tajam dan jelas.

Pendawaian Elektrik

• Kod warna antarabangsa digunakan dalam pendawaian palam tiga-pin.

• Dawai hidup berwarna perang, dawai neutral berwarna biru dan dawai bumi berwarna kuning berbelang hijau.

Lampu Isyarat

• Lampu isyarat terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau.

• Setiap warna mewakili isyarat tertentu.

Simbol dan Isyarat

• Lampu merah pada ambulans menandakan keadaan cemas.

• Garisan kuning disepanjang tepi jalan menandakan kawasan larangan meletak kenderaan.

• Satu garisan putih ditengah jalan memisahkan lorong kiri dengan lorong kanan jalan.

• Dua garisan putih ditengah jalan menandakan bahawa memotong kereta tidak dibenarkan.

Kepentingan Warna Dalam Kehidupan

• Warna juga penting dalam kehidupan.• Warna membolehkan haiwan melindungi diri

daripada bahaya atau memudahkan haiwan itu memburu mangsanya.

• Sebagai contohnya, kuda belang mempunyai belang hitam putih pada badannya untuk membantunya menyamarkan diri.

• Beruang kutub mempunyai bulu putih yang sama warna dengan salji disekelilingnya untuk membolehkannya melindungi diri dan memudahkannya memburu mangsa.

• Sesetengah haiwan seperti bengkarung pula berupaya untuk menukar warna badannya mengikut warna persekitaran.

• Kebanyakan spesies burung jantan seperti burung merah mempunyai bulu pelepah yang berwarna-warni untuk menarik perhatian burung betina bagi tujuan pembiakan.

• Bunga yang berwarna-warni menarik perhatian serangga untuk tujuan pendebungaan.

• Haiwan yang beracun biasanya mempunyai warna yang terang untuk memberi amaran kepada haiwan yang lain.