kerja kursus sejarah elemen 3 penuh
TRANSCRIPT
ELEMEN 3
PENERAPAN UNSUR
PATRIOTISME
ESEI
Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk
semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?
Malaysia sememangnya kaya dengan bangunan bersejarah tinggalan dahulu kala
tidak kira Inggeris, Portugis, Belanda, Jepun dan penduduk tempatan. Malangnya, banyak
bangunan ini terbiar menunggu saat untuk runtuh atau sengaja dirobohkan. Hal ini
disebabkan rakyat Malaysia tidak mempunyai sikap tanggungjawab dan keperihatinan.
Hal ini boleh memberikan pelbagai impak negatif kepada negara. Persoalannya, apakah
kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat menanamkan semangat
cinta akan warisan bangsa dalam diri masyarakat?
Kita seharusnya berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana kita boleh berbangga
dengan sejarah negara. Hal ini demikian kerana, sejarah dapat membuatkan kita berasa
bangga dengan negara Malaysia, kerana ia menjadi simbol warisan bangsa yang satu-
satunya wujud di mata dunia ini. Sebagai contohnya, pembinaan kota A’Famosa yang
telah didirikan oleh Portugis bagi menghadapi serangan musuh. Pembinaan kota ini
menjadi iktibar kepada masyarakat supaya bersatu padu dalam mempertahankan
kemerdekaan negara. Oleh itu, kita mestilah berbangga dengan sejarah negara supaya kita
boleh menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berlandaskan Wawasan 2020.
Selain itu, kita juga harus bersikap cinta akan bangsa dan negara untuk
memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Sebagai contohnya, Dataran Merdeka
menunujukkan kita masih memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Dataran
Merdeka juga mengingatkan kita kepada beberapa tokoh kemerdekaan yang bersikap
cinta akan bangsa dan negara. Oleh itu, perasaan cinta akan bangsa dan negara dapat
ditanamkan dalam diri hasil dari pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
Bekerjasama dan tolong-menolong sesama sendiri juga akan hadir dalam diri
kita . Hal ini penting supaya kemerdekaan kita dapat dikekalkan. Hubungan yang baik
antara masyarakat dapat mewujudkan persefahaman dan semangat bermasyarakat yang
kuat. Sebagai contohnya, negara kita masih dapat mengekalkan kemerdekaan walaupun
sudah 52 tahun kita merdeka. Natijahnya, negara kita akan terus bersatu padu seperti
kejadian yang berlaku di Hotel Stesen di mana berlakunya ‘Perarakan Raksasa’ sewaktu
menentang Malayan Union.
Di samping itu, sikap rajin dan gigih juga akan terbentuk dalam diri kita juga
merupakan salah satu kesan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah. Hal ini
penting untuk. Sebagai contohnya, rakyat Malaysia masih rajin dan gigih dalam menjaga
bangunan bersejarah. Bangunan Sultan Abdul Samad yang masih kukuh dan masih
dipelihara ini menjadi bukti rakyat Malaysia rajin dan gigih dalam menjaga bangunan
bersejarah. Oleh itu, sikap rajin dan gigih dapat ditanam dalam diri kita dengan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.
Kesimpulannya, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah banyak
memberikan kesan-kesan positif kepada individu mahupun negara. Pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah amat penting untuk menjaga warisan bangsa dan
negara. Oleh itu, jelaslah melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah,
kita mendapat banyak pengetahuan malah mendatangkan perkara-perkara positif kepada
masyarakat.