kertas kerja bm
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNITED
KINGDOM
(Lawatan Keilmuan ke UK)
TEMA
“Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia ”
TARIKH
17 - 26 NOVEMBER 2013
TEMPAT
Canterbury Christ Church University, United Kingdom
ANJURAN
GABUNGAN PELAJAR IPTHO INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
Page1. PENDAHULUAN
Beberapa tahun yang lepas, Kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
dilaksanakan secara kolaborasi antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara, Universiti Canterbury Christ Church, United
Kingdom, bagi pengkhususan Science, Design and Technology., Mathematics dan
Pendidikan Jasmani, (sekolah rendah) dan di kendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat dan Institut Pendidikan
Guru Kuala Terengganu telah melaksanakan program kolaborasi (Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Sekolah Rendah) dengan Universiti Canterbury Christ Church(CCCU)
mulai Januari 2006 melalui model 4+0 dan tamat kursus ini pada November 2009. Program
ini melibatkan seramai 80 orang pelajar dan 20 orang tenaga pengajar.
Program ini telah dilaksanakan sepenuhnya selama empat tahun di institut dengan
menggunakan kemudahan asas dan tenaga pengajar institut sedia ada. Program kolaborasi
dengan IPT luar negara ini telah memainkan peranan yang penting dalam memantapkan
lagi pelaksanaan dasar kerajaan terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana bahasa pengantar program ini
dijalankan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sebagaimana pada
pengetahuan kita, PPSMI telah dimansuhkan dan kurikulum baru sekolah telah
diperkenalkan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) bagi sekolah rendah yang
mana telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 dan kini melalui tahun ketiga. Program
kolaborasi ini memberi peluang kepada guru pelatih institut perguruan mempelajari dan
mempraktikkan amalan terbaik mengenai pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah.
Sebagaimana dinyatakan diatas, program berkembar ini telah tamat pada November 2009.
Namun begitu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn(IPTHO),Batu Pahat
masih terus berhubung dan menjalankan kerjasama dengan Universiti Canterbury Christ
Church. Universiti Canterbury Christ Church menghantar pelajar mereka setiap tahun ke
Malaysia dan antara mereka ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein
Onn. Program ini dipanggil “Alternative Placement”. Rentetan daripada program tersebut,
CCCU menjemput IPTHO untuk menghantar wakil-wakil mereka untuk menyelami suasana
pendidikan disana.
2. TUJUAN
Lawatan ini dianjurkan sebagai suatu kaedah untuk meningkatkan minat dalam diri guru-
guru pelatih mengenai dunia pendidikan. Salah satu pendekatannya ialah dengan melihat
kurikulum dan cara pembelajaran yang diamalkan di sana untuk diaplikasikan ke dalam
Pengajaran & Pembelajaran (P&P) di Malaysia. Program ini juga menjadi perintis untuk
guru-guru pelatih menimba lebih banyak pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat
agar dapat meningkatkan lagi tahap kepimpinan yang profesional diri. Tambahan pula,
aspek kepimpinan dan profesionalisme memainkan peranan yang penting dalam bidang
pendidikan pada masa kini.
Di samping itu, matlamat kami adalah untuk menghasilkan bakal guru yang lebih berkualiti,
cekap, kreatif, inovatif, dan berpengetahuan luas. Seiring dengan itu, hasrat kami adalah
untuk mengantarabangsakan IPTHO agar menjadi penanda aras kepada kecemerlangan
institusi pendidikan khususnya Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Hubungan ini
secara tidak langsung akan menjadikan IPTHO sebagai perkongsian antarabangsa,
termasuk kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan United
Kingdom (UK).
Mengikut Kod Amalan Jaminan Kualiti Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia
(MQA),dibawah kod 2, Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian, lebih spesifik 2.5, ada
menyebut jawatankuasa kurikulum atau program pengajian patut mempunyai perwakilan
pelajar, tenaga akademik dan pihak lain berkepentingan. Hubungan dengan pihak lain
berkepentingan di luar institut terutamanya di peringkat operasi adalah penting untuk
mengenal pasti unsur tertentu dan keberkaitan dalam perancangan dan pelaksanaan
program pengajian. Diharap lawatan ini dapat dijadikan ‘bench marking” untuk menuju ke
arah pendidikan bertaraf dunia.
3. OBJEKTIF
3.1 Menimba pengalaman tentang suasana pembelajaran di UK.
3.2 Membuat ‘Bench Marking’ terhadap sistem pendidikan di UK ( CCCU,
Universiti Cambridge dan Oxford)
3.3 Mengambil aspek-aspek yang relevan yang boleh diaplikasikan dalam
Pengajaran & Pembelajaran di Malaysia.
3.4 Menimba pengalaman berada di Universiti Canterbury Christ Church
(CCCU), sebagai tempat program berkembar ini dilaksanakan bersama.
3.5 Berkenalan dengan tenaga pengajar di CCCU untuk menimba lebih
pendedahan dan maklumat mengenai budaya pendidikan di UK.
3.6 Berkenalan dan bertukar-tukar pendapat dengan pelajar-pelajar di CCCU
mengenai cara meningkatkan mutu pendidikan.
3.7 Mengasah bakat kepimpinan untuk menghadapi cabaran globalisasi dan
berfikiran terbuka terhadap era baru.
3.8 Mempromosikan budaya dan keturunan kita kepada masyarakat luar, dengan
harapan ia akan membantu pelancongan di Malaysia.
4. TARIKH
17 – 26 NOVEMBER 2013 (Cuti Semester )
5. TEMPAT
5.1 Universiti Canterbury Christ Church
5.2 Sekolah Rendah sekitar Kent.
5.3 London:
Kedutaan Malaysia
Universiti Oxford
Universiti Cambridge
6. TEMA
“Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia”
7. PENAUNG
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
- Pn. Hjh. Zaleha Binti Onn
8. ORGANISASI
Pensyarah dan Guru-guru Pelatih IPTHO
(Rujuk Lampiran A)
9. PENYERTAAN
9.1 20 orang guru-guru pelatih (IPTHO)
9.2 04 orang pensyarah IPTHO
(Rujuk Lampiran B)
10. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran C
11. BELANJAWAN
Rujuk Lampiran D
12. PENUTUP
Lawatan keilmuan ini diharapkan dapat meningkatkan profesionalisme para guru
pelatih bagi memartabatkan lagi profesion perguruan pada masa akan datang. IPTHO
berazam untuk melahirkan guru-guru yang berkeyakinan diri, berkaliber dan
berpengetahuan luas, bagi melahirkan generasi yang berilmu dan dapat menyumbang
kepada pembangunan dan keharmonian negara tercinta.
Organisasi kami dengan rasa rendah diri ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak yang berkenaan khususnya pihak pengurusan IPTHO kerana
memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan lawatan sambil belajar ini. Sokongan
moral dan kerjasama yang diberikan serta pengesahan daripada beberapa jabatan
membolehkan kami menimba pengalaman yang diharapkan dapat diaplikasikan dalam
Pengajaran & Pembelajaran (P&P) bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia.
Disediakan oleh,
……………………………………………..
( ANIL RAJ A/L ANNAMALAI )
Setiausaha,
Program Lawatan Sambil Belajar ke UK,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Disahkan oleh:
...............................................................
( MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI )
Pengerusi 1,
Program Lawatan Sambil Belajar ke UK,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Disahkan oleh:
..............................................................
( EN. KOH KOK HWEE )
Timbalan Pengarah IPTHO,
Merangkap Penasihat 1,
Program Lawatan Sambil Belajar ke UK,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
Penaung : Pengarah IPTHO
Pn. Hjh. Zaleha Binti Onn
Penasihat 1 : Timbalan Pengarah IPTHO
En. Koh Kok Hwee
Penasihat 2 : Pn Zanariah Mahyun
Pengarah 1 : Mohamad Faiz Damanhuri
Pengarah 2 : Mohd Ikhwan Haiqal Ismail
Timbalan Pengarah 1 : Vivian Kwon
Timbalan Pengarah 2 : Ezzah Soffia Binti Seman
Setiausaha : Anil Raj A/L Annamalai
Bendahari : Dyg Nur Fathiah Binti Abang Saini
: Muhammad Shamil Bin Mohd Sabri
Jawatankuasa Pelaksana
a) Aktiviti
i) Tayangan Filem : Amir Sufyan Bin Zainal
: Vivian Kwon
: Zi Hong Cheong
ii) Konsert : Zul Aiman B. Abdul Wahab
: Adam Ariff
: Alia Binti Samsudin
iii) Jogathon : Erlley Lilley
: Eugenia Lee Sher Hui
b) Perhubungan Luar : Abdul Hannan Bin Mohamad Aziz
: Ezzah Soffia Binti Seman
c) Penempatan : Ivan Yap Yen Ian
: Anis Amalina Bt Zulkepli
c) Perhubungan & : Mohamad Faiz Bin Damanhuri
Pengangkutan : Joeseph Ho Zu Xu
: Muhammad Syafiq Bin Mansor
d) Kebajikan&Keselamatan : Mohamad Shahirraz Bin Rusli
: Bridget Cheng Xiao Xian
: Dyg Nur Fathiah Binti Abang Saini
e) Cenderamata : Anne Priyanka a/p Vincent
& Publisiti : Muhammad Shamil Bin Mohd Sabri
: Nur Qhairiel Qayyim Bt Shaharim
g) Kebudayaan : Mohd Ikhwan Haiqal Bin Ismail
: Anil Raj A/L Annamalai
: Manmit Kaur A/P Paranjit Singh
LAMPIRAN B
SENARAI NAMA PENSYARAH KE UK
BIL NAMA NO K/P
1. EN. KOH KOK HWEE 540519-01-5573
2. PN. ZANARIAH BINTI MAHYUN 640205-01-5456
3. EN GHAZALI ABDULLAH 600518-01-5709
4. PN. NORZEHA OTHMAN 781207-01-5766
5.
SENARAI NAMA GURU PELATIH KE UK
BIL NAMA NO K/P
1. MUHAMMAD SHAMIL BIN MOHD SABRI 910622-14-6227
2. MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI 901211-15-5095
3. MOHD IKHWAN HAIQAL BIN ISMAIL 910412-03-6193
4. IVAN YAP YEN IAN 910309-11-5635
5. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MANSOR 920831-05-5291
6. ANIL RAJ A/L ANNAMALAI 920326-06-5173
7. VIVIAN KWON 910927-01-5084
8. ANNE PRIYANKA A/P VINCENT 920414-14-5544
9. DYG NUR FATHIAH BINTI ABANG SAINI 920420 -13-5844
10. EZZAH SOFFIA BINTI SEMAN 931007-01-6458
11. MOHAMAD SHAHIRRAZ BIN RUSLI 910610-01-6265
12. NUR QHAIRIEL QAYYIM BT SHAHARIM 930927-05-5180
13. ANIS AMALINA BT ZULKEPLI 930820-06-5856
14. BRIDGET CHENG XIAO XIAN 921008-07-5186
15. EUGENIA LEE SHER HUI 921229-13-5138
16. ERLLEY LILLEY 910924-12-5659
17. CHENG XIAO NIAN 940302-07-5148
18. ABDUL HANNAN BIN MOHAMAD AZIZ 921111-01-5197
19. ALIA BINTI SAMSUDIN 930517-11-5216
20 WEE JIA YUN 910621-10-5562
LAMPIRAN C
TENTATIF PROGRAM
17.11.2013 ( Ahad )
11.00 a.m. – 12.00 p.m. : Dari IPTHO ke KLIA.
10.00 p.m. – 4.00 a.m. : Bertolak dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Heathrow, London.
18.11.2013 ( Isnin )
6.00 a.m. – 7.00 a.m. : Sampai di Lapangan Terbang Heathrow, London.
7.00 a.m. – 9.00 a.m. : Dari Lapangan Terbang Heathrow ke Canterbury.
Check in rumah tumpangan, sarapan & Pengurusan diri.
19.11.2013 ( Selasa )
6.00 a.m. – 8.00 a.m. : Sarapan & Pengurusan diri.
9.00 a.m. – 4.00 p.m. : Lawatan ke Universiti Canterbury Christ Church.
Tentatif program di Universiti CCCU
Taklimat daripada Pihak CCCU
Persembahan powerpoint mengenai IPTHO
Lawatan ke jabatan-jabatan seperti D&T, Matematik,
Professional Studies dan Bahasa.
Melawat di sekitar kampus universiti CCCU
8.30 p.m. : Makan malam di sekitar Bandar Canterbury.
20.11.2013 ( Rabu )
6.00 a.m. – 7.00 a.m. : Sarapan di rumah tumpangan.
8.00 a.m. – 12.00 p.m. : Lawatan ke Universiti CCCU.
Membuat pemerhatian dalam kelas CCCU mengikut
subjek
Progam beramah mesra dengan pelajar-pelajar dan
pensyarah di Universiti CCCU dan saling bertukar
pendapat
12.00 p.m. – 2.00 p.m. : Makan tengahari/persiapan diri.
2.00 p.m. – 4.00 p.m. : Lawatan ke Perpustakaan CCCU.
4.00 p.m. – 8.00 p.m. : Pertunjukan Kebudayaan Malaysia oleh Pelajar IPTHO.
21.11.2013 ( Khamis )
6.00 a.m. – 7.00 a.m. : Sarapan di rumah tumpangan.
8.00 a.m. – 12.00 p.m. : Lawatan ke sekolah rendah St. Marie Elementary School.
12.00 p.m. – 2.00 p.m. : Makan tengahari/persiapan diri.
2.00 p.m. – 4.00 p.m. : Bengkel “Smart Board” di
Universiti CCCU.
4.00 p.m. – 6.00 p.m. : Lawatan sekitar bandar Canterbury.
22.11.2013 ( Jumaat )
8.00 a.m. – 12.00 p.m. :Perbincangan dengan Tutor CCCU mengikut subjek.
12.00 p.m. – 2.00 p.m. : Makan tengahari/persiapan diri.
2.00 p.m. – 6.00 p.m. : Perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia di
Canterbury.
Sembahyang berjemaah, Bacaan Yasin.
23.11.2013 ( Sabtu )
6.00 a.m. – 7.00 a.m. : Sarapan di rumah tumpangan.
8.00 a.m. – 10.00 a.m. : Check out dan bertolak ke London.
11.00 a.m. Check in di rumah tumpangan di Malaysia Hall.
Tentatif program di London
2.00 p.m. - 4.00 p.m. : Perjumpaan dengan kedutaan Malaysia di London.
4.00 p.m. – 6.00 p.m. : Lawatan ke University Cambridge.
24.11.2013 ( Ahad )
6.00 a.m. – 7.00 a.m. : Sarapan.
8.00 a.m. - 4.00 p.m. : Mengadakan pertunjukkan Kebudayaan di London.
25.11.2013 ( Isnin )
6.00 a.m. – 7.00 a.m. : Sarapan.
8.00 a.m. - 8.00 p.m. : Melawat sekitar London.
26.11.2013 ( Selasa )
6.00 a.m. – 7.00 a.m. : Sarapan.
8.00 a.m. - 4.00 p.m. : Melawat University Oxford, UK.
10.00 p.m. : Bertolak balik ke Kuala Lumpur (KLIA).
LAMPIRAN D
ANGGARAN BELANJAWAN
1. PENDAPATAN
i. Yuran (RM3500 x 20 orang ) RM 70,000.00
ii. Aktiviti RM 1,000.00
Jumlah RM 71,000.00
2. PERBELANJAAN
i. Tambang kapal terbang ( RM3500 x 20 orang ) RM 70,000.00
ii. Rumah Tumpangan /Makanan
- Rumah Tumpangan ( RM100 x 10 hari x 20 orang ) RM 20,000.00
- Makanan ( RM 70/hari x 10 hari x 20 orang) RM 14,000.00
iii. Kebajikan RM 2,000.00
iv. Perbelanjaan lain – passport
- visa ( RM 100 x 20 orang) RM 2,000.00
- insurans ( RM 20 x 20 orang) RM 400.00
Jumlah RM 108,400.00