kertas kerja bola tampar smk nanga dap, kanowit

Upload: gary-charles-tay

Post on 25-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Kertas Kerja Bola Tampar SMK NANGA DAP, Kanowit

    1/7

    PERTANDINGAN BOLA TAMPAR 6-ON-6

    PERINGKAT SEKOLAH 2016

    SMK NANGA DAP

    KANOWIT, SARAWAK

    TARIKH:

    15-25 FEBUARI 2016

    TEMPAT:

    GELANGAN BOLA TAMPAR

    SMK NANGA DAP

    KANOWIT, SARAWAK

  • 7/25/2019 Kertas Kerja Bola Tampar SMK NANGA DAP, Kanowit

    2/7

    1.0 PENGENALAN

    Sejarah bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun asal usulnya tidak jelas, tetapi

    dipercayai bahawa terdapat satu permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah dimainkan beberapa

    ratus tahun dahulu di Amerika Tengah, Selatan dan di Asia Tenggara.

    Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah

    menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah

    diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan

    permainan Minton dan di bawa ke Amerika. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang

    hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah

    yang telah mencipta permainan bola tampar.

    Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium Y.M.C.A., Springfields,

    Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan

    rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu

    permainan rekreasi untuk sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula,

    permainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini di pukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara

    seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan.

    Jaring ditinggikan kepada tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain

    menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta pertolongan syarikat Spalding untuk

    mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus

    diminati dan diterima oleh masyarakat.

    Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T.

    Halstead pada tahun 1896. Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara

    pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang sama. Sukan Bola Tampar

    terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905), China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan

    Filipina (1910) sebelum ianya diperkenalkan ke Eropah.

    Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan permainan bola tampar ke Eropah;

    Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland (1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan

    bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang

    dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan antarabangsa dan komisi khas telah

    bermula.

    Pada tahun 1936, usaha diteruskan semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia

    Kedua. Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.

    Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh Czechoslovakia,

    Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-masing juga telah menubuhkan persatuan

    bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.

    Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan rasmi bola tampar dunia

    ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang

    jawatan selama 37 tahun.

    Bola Tampar Mini

    Bola tampar mini adalah satu permainan yang diiktiraf dan digalakkan oleh FIVB.Permainan ini dimainkan

    oleh kanak-kanak berumur 9-10 tahun sehingga 12-13 tahun.Permainan ini bertujuan untuk membolehkan

  • 7/25/2019 Kertas Kerja Bola Tampar SMK NANGA DAP, Kanowit

    3/7

    perlawanan di antara pemain-pemain daripada kelab lain atau sekolah-sekolah. Bola tampar mini ini dimainkan

    oleh kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki dalam dua pasukan untuk empat pemain, dalam sebuah

    gelangang yang berukuran 4.5-6 meter kelebaran, 9-12 meter panjang dan dibahagikan dengan jaring 1.9-2

    meter ketinggian. Permainan bermula dengan memulakan servis dan pihak lawan hanya dibenarkan untuk

    menyentuh bola sebanyak tiga kali dan menghantar bola tersebut ke pihak lawan. Pasukan yang mendapat mata

    akan memulakan servis permainan. Pemain yang sama akan memulakan servis jika kumpulan mereka

    mendapat mata yang berturut-turut. Setiap pemain hendaklah bertukar-tekar servis mengikut putaran yang telah

    ditentukan. Terdapat beberapa objektif permainan bola tampar ini diadakan di sekolah. Bola tampar di sekolah

    merupakan salah satu bentuk pendidikan yang merangkumi penglibatan budaya dan gaya pembelajaran

    sesebuah negara. Guru mengunakan pelbagai cara dalam permainan bola tampar untuk membantu meningkatkan

    lagi gaya pembelajaran dan perkembangan sosial pelajar.

    2.0 PENDAHULUAN

    Kejohanan Bola Tampar merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh kelab bola tampar SMK Nanga

    Dap untuk mengisi aktiviti tahunan dalam mengelolakan sesebuah pertandingan. Ia bertujuan untuk menjalin

    dan merapatkan hubungan antara semua warga SMK Nanga Dap. Aktiviti ini secara tidak langsung mampu

    menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama antara ahli, perpaduan antara pelbagai kaum, berdaya saing,

    berfikiran positif dan bersatu padu.

    Kesimpulannya, aktiviti perlawanan ini adalah satu aktiviti sihat yang menjana kepada perkembangan ilmu

    pengetahuan kepada semua pelajar terutamanya dalam psikologi dan sosiologi yang merangkumi aspek intelek,

    emosi, sosial, rohani dan jasmani.

    3.0 RASIONAL

    Mengadakan aktiviti sihat yang berunsurkan riadah dan hubungan silaturahim serta meningkatkan semangat

    kekitaan terutamanya dalam kalangan warga SMK Nanga Dap.

    4.0 MATLAMAT

    Melahirkan guru pelatih yang berkebolehan, berpengetahuan, berkemahiran serta berkeyakinan tinggi dalam

    merancang, melaksana dan mengelolakan aktiviti kejohanan. Selain daripada itu, program ini juga diharapkan

    akan dapat membentuk guru pelatih yang berupaya dan bersedia menghadapi cabaran melalui aktiviti yang

    dijalankan sama ada sebagai peserta, pegawai atau ahli jawatankuasa, dan seterusnya memperoleh pengalaman

    yang bermakna sebelum berkhidmat sebagai guru terlatih di sekolah kelak.

    5.0 OBJEKTIF

    i. Melibatkan semua pelajar SMK Nanga Dap

    ii. Menjalinkan dan mengeratkan hubungan antara Warga SMK Nanga Dap

    iii. Mencungkil potensi dan bakat individu dalam sukan.

    iv. Meningkatkan semangat kesukanan, rasa kekitaan dan sikap bertanggungjawab dalam diri setiap pelajar

    v. Membentuk dan memupuk nilai murni seperti sifat bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya.

    6.0 MAKLUMAT PROJEK

    Tajuk Projek : Pertandingan Bola Tampar

    Tempat : Gelanggang Bola Tampar

    Tarikh : 15-25 FEBUARI 2016

  • 7/25/2019 Kertas Kerja Bola Tampar SMK NANGA DAP, Kanowit

    4/7

    Masa : 2.30pm-5.00pm

    Anjuran : Kelab Bola Tampar SMK Nanga Dap

    7.0 KUMPULAN SASARAN

    Semua pelajar yang berpotensi dalam bola tampar (Kategori Perempuan 18TKB dan Kategori Lelaki 18TKB)

    8.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

    1. Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh 6 orang pemain sahaja

    2. Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track. Seluar pendek dan seluar track yang tight tidak

    dibenarkan.

    3. Setiap perlawanan terdiri daripada 6 pemain dan 6 pemain simpanan (sekiranya ada).

    4. First ball tidak dibenarkan dengan menggunakan kaedah setting.

    5. Open handed tip atau dink tidak dibenarkan.

    6. Setting over hendaklah tinggi dan lurus.

    7. Hanya sekali time out selama 20 saat setiap set bagi setiap pasukan.

    8. Hanya sekali pertukaran pemain dibenarkan setiap set. (Pemain yang bertukar keluar boleh bertukar masuk.)

    9. Kaedah menentukan pemenang dilakukan mengikut kaedah mata iaitu mata kemenangan untuk setiap game ialah

    15. Best of 3

    10. Pertandingan diadakan secara LIGA Kumpulan

    11. Keputusan pengadil adalah muktamad.

    Ukuran standard gelangang Bola Tampar

    9.0 SISTEM PERTANDINGAN (SISTEM LIGA 1 KUMPULAN)

    Sistem pertandingan yang digunakan ialah sistem pertandingan liga satu kumpulan. Sistem ini akan menemukan

    semua pasukan yang bertanding. Pertandingan ini sesuai dijalankan untuk memilih pasukan terbaik. Lazimnya

    pertandingan cara liga satu pasukan akan dijalankan apabila:

    i. Bilangan pasukan yang kecil

    ii. Masa

    iii. Sumber kewangan

    iv. Kemudahan

    v. Bilangan pegawai

    Contoh jadual pertandingan sistem liga satu kumpulan

    Pasukan A B C D Mata Kedudukan

    A

    B

    C

    D

  • 7/25/2019 Kertas Kerja Bola Tampar SMK NANGA DAP, Kanowit

    5/7

    10.0 BORANG PENYERTAAN

    BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SMK NANGA DAP 2016

    KELAS : KATEGORI: LELAKI / PEREMPUAN

    NO NAMA PEMAIN NO. KAD PENGENALAN

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

    SILA SERTAKAN NAMA PENU UNTUK TU!UAN SI!IL

    HANTAR KEPADA CIKGU GARY SELEWAT-LEWATNYA 3/2/2016

  • 7/25/2019 Kertas Kerja Bola Tampar SMK NANGA DAP, Kanowit

    6/7

    11.0 PERALATAN

    Bil Perkara Kuantiti

    1. Stop watch 1

    2. Wisel 2

    3. Bangku 4

    4. Payung 1

    5. Bola Tampar 3

    6. Meja,kerusi (panjang) 3

    7. Kapur & Pita Pengukur 2

    12.0 KEWANGAN

    Anggaran kewangan yang diperuntukkan:

    Bil. Perkara Jumlah1. Hadiah Peserta RM 60

    2. Sijil RM 20

    Jumlah RM 80

    ( Ringgit Malaysia lapan puluh Sahaja )

    Ulasan pegawai kewangan:

    __________________________________________________________________________________________

    ______________________________________

    Tandatangan

    ..................................

    13.0 AHLI JAWATANKUASA

    AJK PERSIAPAN GELANGGANG

    Ellyanie (3A)

    AJK PERALATAN

    Emily Jara Thomas (3A)

    AJK HADIAH & TUGAS-TUGAS KHAS

    Cikgu Siti Zaharah

    AJK KESELAMATAN DAN PRORTOKOL

    Aerica (3A)

    AJK PENDAFTARAN

    Cikgu Gary

    AJK JURUGAMBAR

    Cikgu Gary

  • 7/25/2019 Kertas Kerja Bola Tampar SMK NANGA DAP, Kanowit

    7/7

    URUS SETIA PERMAINAN

    PENGADIL

    Cikgu Gary

    PEMBANTU PENGADIL

    Pelajar-pelajar yang berpengalaman

    14.0 PENUTUP

    Diharap semua aktiviti dan program yang dirancangkan dalam projek ini dapatdijalankan dengan keadaan

    yang baik dan lancar serta dapat mendapat kerjasama daripada semua pihak terutamanya di kalangan pelajar

    yang menjayakan projek ini.

    Disediakan oleh,

    ................................................

    (GARY TAY SOON JOO)

    GURU DG41

    JURULATIH BOLA TAMPAR

    SMK NANGA DAP