kertas kerja makasar siri3

18
KERTAS CADANGAN LAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI, SEKOLAH DAN UNIVERSITI DI MAKASAR, INDONESIA FAKULTI PENDIDIKAN 2012 TARIKH 16 hingga 20 Julai 2012 TEMPAT Dinas Pendidikan Provinsi, Sekolah dan Universiti di Makasar, Indonesia ANJURAN Pelajar Siswazah Kurikulum Dan Pedagogi Kursus GGGA6243 : Perancangan Kurikulum Fakulti Pendidikan UKM ‘TEMA’ “Memperkayakan Pengetahuan Amalan Dan Perancangan Kurikulum”

Upload: norhaya-isa

Post on 29-Jul-2015

278 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja makasar siri3

KERTAS CADANGAN LAWATAN PENDIDIKAN KE

DINAS PENDIDIKAN PROVINSI, SEKOLAH DAN UNIVERSITI DI MAKASAR, INDONESIA

FAKULTI PENDIDIKAN 2012

TARIKH16 hingga 20 Julai 2012

TEMPATDinas Pendidikan Provinsi, Sekolah dan Universiti di

Makasar, Indonesia

ANJURANPelajar Siswazah Kurikulum Dan Pedagogi

Kursus GGGA6243 : Perancangan KurikulumFakulti Pendidikan UKM

‘TEMA’ “Memperkayakan Pengetahuan Amalan Dan Perancangan Kurikulum”

Lawatan Pendidikan Ke Dinas Pendidikan Provinsi, Sekolah, & Universiti Di Makasar, Indonesia

16 hingga 20 Julai 2012

Page 2: Kertas kerja makasar siri3

KERTAS KERJA

LAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI, SEKOLAH DAN

UNIVERSITI DI MAKASAR, INDONESIA

FAKULTI PENDIDIKAN 2012

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan

kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Lawatan Pendidikan ke

Dinas Pendidikan Provinsi, sekolah dan universiti di Makasar, Indonesia.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Sistem Pendidikan yang tidak bersifat “Centralized” seperti di Malaysia menarik minat

siswazah untuk pergi dan melihat sendiri bagi memperkayakan lagi ilmu berkaitan

perancangan dan amalan kurikulum pendidikan yang diguna pakai oleh Negara Indonesia.

Perbezaan sistem ini dipercayai dapat memberi input yang berguna kepada para siswazah

selain menjadi wadah untuk meningkatkan hubungan kerjasama sesama ahli lawatan

mahupun hubungan baik dengan warga pendidikan yang terlibat di Indonesia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meneroka proses pembentukan kurikulum ’local’ di peringkat daerah dalam sistem

pendidikan di Indonesia.

3.2 Melihat amalan kurikulum negara Indonesia (Makasar) di peringkat daerah dan di

peringkat sekolah.

3.3 Meningkatkan pengetahuan pembentukan dan amalan kurikulum di peringkat

antarabangsa dalam kalangan siswazah pengkhususan Kurikulum dan Pedagogi,

Fakulti Pendidikan, UKM.

3.4 Memberi peluang kepada siswazah Kurikulum Dan Pedagogi untuk berkongsi

pengetahuan dan membina hubungan dua hala antara dua negara.

3.5 Memupuk budaya cintakan ilmu, membina jaringan sosial yang merentasi negara.

3.6 Menggalakkan interaksi dan semangat muhibah antara siswazah UKM dengan

penggubal serta pengamal kurikulum di Indonesia.

Page 3: Kertas kerja makasar siri3

4.0 OBJEKTIF KURSUS GGGA 6243 PERANCANGAN KURIKULUM

4.1 Menerangkan konsep, model dan pendekatan-pendekatan kurikulum daripada pelbagai

perspektif.

4.2 Menganalisis suatu model pembentukan kurikulum secara terperinci.

4.3 Menilai pelaksanaan suatu kurikulum pendidikan di Malaysia.

5.0 PEMETAAN OBJEKTIF KURSUS PERANCANGAN KURIKULUM DENGAN

OBJEKTIF LAWATAN PENDIDIKAN.

5.1 Menerangkan konsep, model dan pendekatan-pendekatan kurikulum di Makasar,

Indonesia daripada pelbagai perspektif.

5.2 Menganalisis model pembentukan kurikulum di Makasar, Indonesia secara terperinci.

5.3 Menilai pelaksanaan kurikulum pendidikan di Makasar, Indonesia.

6.0 TEMA

“Memperkayakan Pengetahuan Amalan Dan Perancangan Kurikulum”

7.0 ANJURAN

Pelajar Siswazah Kurikulum Dan Pedagogi Kursus GGGA6243 : Perancangan Kurikulum,

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh lawatan      :  16 hingga 20 Julai 2012

Masa bertolak   : 1.30 tengahari (16 Julai 2012)

Jangkaan pulang   :   7.30 petang (20 Julai 2012)

Kenderaan : Malaysia ke Makasar- Penerbangan Air Asia.

Makasar - Pengangkutan disediakan oleh Agensi Pelancongan

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat lawatan utama adalah:

Page 4: Kertas kerja makasar siri3

a) Pejabat Dinas Provinsi Pendidikan Sulawesi Selatan.

b) Sekolah Dasar Negeri Makasar.

c) Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar.

d) Sekolah Menengah Atas Negeri Makasar.

e) Universiti Negeri Makasar

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

10.1 Penyertaan adalah terdiri daripada siswazah yang sedang mengikuti Sarjana

Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi) bagi Kursus GGGA6243 : Perancangan

Kurikulum

10.2 Penyertaan terbuka kepada pelajar kursus-kursus di atas.

11.0 BENTUK PROGRAM

Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut :

11.1 Bengkel Muatan Lokal di Pejabat Dinas Pendidikan Makasar

Pejabat Dinas Pendidikan Makasar merupakan pejabat pendidikan peringkat daerah

di Makasar, Indonesia. Pejabat Dinas Pendidikan ini bertanggungjawab dalam proses

pembentukan kurikulum ‘local’ di peringkat daerah Makasar. Satu ‘Bengkel Muatan

Lokal’  akan diadakan bersama-sama dengan perancang kurikulum lokal daerah

Makasar. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta program

berkenaan perancangan dan amalan kurikulum Indonesia (Makasar) yang

diselenggarakan oleh pejabat dinas pendidikan. Diharapkan bengkel ini juga dapat

memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan kurikulum KTSP dan muatan

lokal secara desentralisasi seterusnya pelajar berupaya menilai pembentukan dan

amalan kurikulum di Indonesia (Makasar) dan membuat perbandingan dengan

kurikulum sentralisasi di Malaysia.

11.2 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Dasar

Kurikulum Muatan Lokal diamalkan di setiap peringkat persekolahan di Indonesia

sama ada peringkat rendah atau pun peringkat menengah. Sekolah Dasar Negeri

adalah sekolah peringkat rendah iaitu institusi yang menyediakan pendidikan untuk

kanak-kanak. Hampir keseluruhan daerah di Indonesia mempunyai Sekolah Dasar.

Tujuan tinjauan di Sekolah Dasar Negeri ini dijalankan ialah untuk melihat secara

Page 5: Kertas kerja makasar siri3

mendalam berkenaan amalan kurikulum muatan lokal peringkat sekolah dasar.

Tinjauan amalan kurikulum muatan lokal peringkat sekolah dasar ini penting supaya

para pelajar dapat menjustifikasikan proses penterjemahan perancangan kurikulum

muatan lokal daripada pihak perancang di Dinas Pendidikan Makasar kepada pihak

yang melaksana di sekolah dasar berkenaan. Tinjauan ini penting untuk peserta

lawatan bagi mengetahui dan mengenal pasti model pembentukan kurikulum

peringkat rendah di Makasar secara terperinci di samping melihat amalan dan

pelaksanaan kurikulum muatan lokal ini.

11.3 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Menengah

Pertama Negeri Makasar

Pejabat Dinas Pendidikan Makasar juga merancang pembentukan kurikulum muatan

lokal peringkat Sekolah Menengah Pertama. Antara sekolah yang terlibat sebagai

pelaksana kurikulum muatan lokal ini ialah Sekolah Menengah Pertama Negeri.

Sekolah ini merupakan sekolah peringkat menengah rendah. Hampir keseluruhan

daerah di Indonesia mempunyai Sekolah Menengah Pertama ini. Para pelajar dapat

membuat perkaitan di antara kurikulum muatan lokal yang dirancang di dinas

pendidikan dengan amalan kurikulum muatan lokal di sekolah menengah pertama

ini. Melalui tinjauan ini juga, para pelajar dapat mengkaji model pembentukan

kurikulum muatan lokal menengah rendah di Makasar secara terperinci di samping

melihat amalan dan pelaksanaan kurikulum tersebut.

11.4 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Menengah Atas

Negeri Makasar

Selain daripada Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertama, penterjemahan

kurikulum muatan lokal yang dirancang oleh Dinas Pendidikan Makasar turut

melibatkan Sekolah Menengah Atas Negeri. Sekolah Menengah Atas Negeri ini

merupakan sekolah peringkat menengah atas. Tinjauan amalan kurikulum muatan

lokal ke sekolah ini adalah sebagai kesinambungan kepada tinjauan ke sekolah dasar

dan sekolah menengah pertama. Para pelajar dapat mengkaji amalan kurikulum

muatan lokal ini bermula dengan sekolah dasar sehingga ke sekolah menengah atas.

Di peringkat ini, para pelajar dapat membuat perbandingan yang jelas antara amalan

kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di Indonesia.

Page 6: Kertas kerja makasar siri3

11.5 Perbincangan bersama-sama mahasiswa Universiti Negeri Makasar

Universiti Negeri Makasar merupakan salah sebuah universiti pendidikan di

Indonesia. Satu sesi perbincangan akan diadakan di antara peserta lawatan dengan

mahasiswa Universiti Negeri Makasar. Sesi perbincangan dua hala ini bertujuan

untuk membincangkan perancangan kurikulum seterusnya amalan kurikulum muatan

lokal di Indonesia. Perbincangan ini juga melibatkan perbandingan dan perkongsian

pelaksanaan kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di

Indonesia.

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A 

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

a. Menerima cadangan untuk menganjurkan lawatan pendidikan.

b. Mengadakan  mesyuarat  penganjuran  bersama  dengan  menentukan  tarikh, tempat 

lawatan,  bilangan  penyertaan , jadual  dan  lain-lain.

c. Memohon kebenaran mengadakan lawatan dan menyediakan kertas kerja.

d. Mengurus surat kebenaran mengadakan lawatan rasmi di Indonesia

e. Urusan tempahan dan perbincangan dengan agensi. 

f. Mengedar surat promosi dan surat tajaan kepada agensi-agensi berpotensi.

g. Mengadakan sekurang-kurangnya 1 kali perjumpaan dengan ahli-ahli lawatan.

h. Sentiasa  memaklumkan  perkembangan  lawatan  kepada  penasihat program  untuk 

makluman  dan  tindakan.

i. Menyediakan laporan dan output sebagai hasil lawatan.

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.

16.0 OUTPUT PROGRAM

Selepas program tamat, pelajar akan menghasilkan artikel prosiding berkenaan kajian

perbandingan (comparative study) berkaitan dengan amalan kurikulum sentralisasi yang

Page 7: Kertas kerja makasar siri3

diamalkan di Malaysia dengan kurikulum yang bercorak desentralisasi di Indonesia. Artikel

prosiding ini akan dibentangkan dalam seminar-seminar di dalam dan luar negara. Artikel ini

juga akan dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal. Penghasilan artikel ini adalah di bawah

bimbingan dan panduan penasihat program.

Output yang kedua ialah penghasilan monograf berkaitan perbandingan perancangan dan

amalan kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di Indonesia.

Monograf ini akan membincangkan secara mendalam perancangan dan amalan kurikulum

muatan lokal di Makasar. Kupasan perancangan dan amalan kurikulum ini adalah garapan

hasil utama program. Perbandingan amalan kurikulum muatan lokal dan kurikulum Malaysia

akan dibincangkan secara mendalam. Monograf dan artikel prosiding yang dihasilkan

sebagai output ini diharap dapat membantu pihak fakulti berkenaan kurikulum di Indonesia

serta perbandingannya dengan kurikulum Malaysia. Artikel dan monograf ini seterusnya

diharap dapat menjadi sumber rujukan kepada pihak yang memerlukan informasi berkenaan

perancangan dan amalan kurikulum di Indonesia serta perbandingannya dengan kurikulum

di Malaysia.

17.0 SYOR/PENUTUP

Diharap kertas kerja program Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta

Sekolah di Sulawesi Selatan, Indonesia ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya seterusnya

diluluskan. Lawatan  yang  berfaedah  ini  diharapkan dapat membuka  minda  siswazah

agar  lebih  bersikap  terbuka, berpengetahuan, luas pengalaman  serta bersedia  menghadapi 

alaf  baru  yang  kian  mencabar. Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat

dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak bagi

menjayakan projek ini amatlah dialu-alukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima

kasih.      

Disediakan oleh :

Page 8: Kertas kerja makasar siri3

..............................................................................(NORHAYA BINTI ISA)Setiausaha,Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012No Tel: 019-7558331

Disemak oleh :

..............................................................................(SITI NOR AISHAH BINTI MOHD NOR)Penyelaras,Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012No Tel: 013-3040041

Disahkan oleh :

............................................(DR. SHARIFAH NOR PUTEH)Penasihat IILawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012No Tel: 013-6201371

Page 9: Kertas kerja makasar siri3

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASILAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI SERTA SEKOLAH

DI SULAWESI SELATAN, INDONESIA FAKULTI PENDIDIKAN 2012UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PenaungY.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

PengerusiY.Bhg. Prof. Ir. Dr Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

PenyelarasTimbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Penasihat IProf. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin

Timbalan Dekan SiswazahFakulti Pendidikan UKM

Penasihat II Dr. Sharifah Nor Puteh

Pensyarah GGGA6243 : Perancangan KurikulumFakulti Pendidikan UKM

Ketua PengarahSiti Nor Aishah Mohd Nor

Fakulti Pendidikan Semester 2P61910

013-3040041

Timbalan PengarahVimala Narayan

Fakulti Pendidikan Semester 2P61933

012-3691921

SetiausahaNorhaya Isa

Fakulti Pendidikan Semester 2P61923

019-7558331

Page 10: Kertas kerja makasar siri3

Bendahari Lily Damayanti

Fakulti Pendidikan Semester 2P61753

0173609410

Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa :Lily Damayanti, Pend/Sem.2, P61753

Pengarah Protokol dan Sambutan : Yusmaliza Yusof, F.Pend/Sem.2, P61770

Pengarah Fotografi, Sijil dan Cenderamata : Ser Pui Feng, F.Pend/Sem.2, P61735

Pengarah Buku Program : Norhaya Isa, F.Pend/Sem.2, P61923

Pengarah Laporan dan Dokumentasi : Norzila Binti Ani, F.Pend/ Sem2, P62686

Pengangkutan dan Penginapan diuruskan oleh pihak Indonesia.

Page 11: Kertas kerja makasar siri3

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAMHari Masa Tempat Aktiviti Catatan

Rabu,18 Julai 2012

1.30 pm

2.35 pm – 5.50 pm

5.50 pm – 7.00 pm

7.00 pm – 9.00 pm

9.00 pm – 10.30 pm

LCCT, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur ke Makasar

Lapangan Terbang Hasanuddin, Ujung Padang, Makasar

Hotel Grand Place

Hotel Grand Place

Pendaftaran

Perjalanan menaiki pesawat

Ketibaan di Lapangan Terbang Hasanuddin, Ujung Padang, Makasar dan urusan Bagasi

Check-in, House Keeping , Solat Maghrib dan Isyak, makan malam

Taklimat ringkas berkenaan kurikulum pendidikan di Makasar.

Khamis,19 Julai 2012

7.00 am – 8.00 am

8.00 am

8.45 am – 10.00 am

10.30 am – 12.30 tgh hari

12.30 tgh hari – 2.30 pm

2.30 pm – 5.00 pm

5.00 pm – 8.00 pm

8.00 pm – 10.30 pm

Kafetaria Hotel Grand Place

Lobi Hotel Grand Place

Pejabat Dinas Pendidikan Makasar

Sekolah Dasar Negeri Makasar

Bandaraya Makasar

Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar

Hotel Grand Place

Hotel Grand Place

Sarapan Pagi

Bertolak ke Pejabat Dinas Pendidikan Makasar, Indonesia

Taklimat pembangunan dan amalan kurikulum KTSP yang bercorak disentralisasi.

Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di sekolah dasar.

Makan tengah hari dan solat Jamak Zohor dan Asar

Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar.

Minum petang, Rehat Makan malam , Solat Jamak Maghrib dan Isyak

Brainstorming session:

Pembentukan resolusi secara berkumpulan berkenaan konsep, model dan pendekatan kurikulum di Sekolah Dasar Negeri dan Sekolah Menengah Pertama Negeri di Makasar, Indonesia.

Page 12: Kertas kerja makasar siri3

Jumaat, 20 Julai 2012

7.00 am – 8.00 am

8.00 am – 8.30 am

8.30 am – 1.00 pm

1.00pm – 3.00 pm

3.00 pm – 5.30 pm

5.30 pm – 8.00 pm

8.00 pm-10.00 pm

Kafetaria Hotel Grand Place

Lobi Hotel Grand Place

Sekolah Menengah Atas Negeri Indonesia

Universiti Negeri Makasar

Universiti Negeri Makasar

Universiti Negeri Makasar

Diskusi Perbandingan amalan kurikulum Indonesia dengan Malaysia

Sarapan pagi

Check out

Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di Sekolah Menengah Atas Negeri Indonesia.

Makan Tengah hari, Rehat,Solat Jamak Zuhur dan Asar

Interaksi dua hala berkenaan perancangan dan amalan kurikulum di Indonesia serta perbandingannya dengan kurikulum Malaysia.

Solat Asar, Rehat,Makan malam, Solat Maghrib

Dewan Hotel Grand Place

19 Julai 2012/ Khamis: Lawatan sosial Makassar yang diuruskan oleh pihak Indonesia

20 Julai 2012/ Jumaat: Penerbangan pulang ke Malaysia

Page 13: Kertas kerja makasar siri3

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Sumber Pendapatan

Kutipan daripada peserta lawatanWang Sumbangan/Penajaan

Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan

Bil Perkara Pendapatan Perbelanjaan

1.Kutipan  yuran penyertaan daripada peserta(RM300.00 X 10)

RM3000.00

2. Permohonan sumbangan daripada FPEND RM 5 000.00

3.Tiket Penerbangan AirAsia(RM613 x 10 orang)

RM6130.00

4.Pakej Penginapan dan Pengangkutan di Makasar(RM176 x 10 orang)

RM1760.00

5. Pengurusan RM110.00

JUMLAH RM 8000.00 RM 8000.00