kertas kerja “team building” dan bakti … · kertas kerja ... 5.2 memberi pendedahan kepada...

17
“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA 2-3 MEI 2015 ”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 1 KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA TARIKH 2-3 MEI 2015 TEMPAT PANTAI KELANANG, BANTING SELANGOR ANJURAN KELAB BIOTEKNOLOGI UKM, FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN KERJASAMA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI, PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI, MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT TEMA ”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN”

Upload: leque

Post on 19-Aug-2018

650 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 1

KERTAS KERJA

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA

BIOTEKNOLOGIS MUDA

TARIKH

2-3 MEI 2015

TEMPAT

PANTAI KELANANG, BANTING

SELANGOR

ANJURAN

KELAB BIOTEKNOLOGI UKM,

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS DAN

TEKNOLOGI,

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN

PERHUBUNGAN ALUMNI,

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

TEMA

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS

KEGEMILANGAN”

Page 2: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 2

KERTAS KERJA

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

KELAB BIOTEKNOLOGI UKM,

FAKULTI SAINS DAN TEKNLOGI,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan

Mahasiswa Dan Perhubungan Alumni bagi menjayakan “Team Building” dan Bakti Siswa

Bioteknologis Muda. Selain itu, bagi memohon menjadikan program ini sebagai aktiviti

kokurikulum para pelajar.

2.0 PENGENALAN

2.1 Kelab Bioteknologi UKM ditubuhkan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti

Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011.

2.2 Kelab Bioteknologi ditubuhkan atas cetusan dan kesedaran untuk menyatukan pelajar

dari jurusan Bioteknologi Tumbuhan dan Bioteknologi dengan Pengurusan di bawah satu

bumbung bagi memberi bimbingan kepada pelajar baharu. Selain itu, bagi memberikan ruang

kepada pelajar membina kebolehan memimpin kelab di bawah fakulti. Di samping itu, dengan

kewujudan Kelab Bioteknologi membolehkan pelajar saling bertukar pendapat dan lebih

mendalami bidang bioteknologi ini.

2.3 Kelab Bioteknologi telah menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan serta

rekreasi luar. Antara aktiviti yang telah dianjurkan dengan jayanya adalah Rekreasi Kelab

Bioteknologi dan Bakti Siswa. Selain itu, program berbentuk percambahan ilmu iaitu Lawatan ke

BioMalaysia telah dijalankan. Malahan, Kelab Bioteknologi menjalankan program bagi

menghargai barisan kepemimpinan Kelab Bioteknologi seperti Malam Gemilang Graduan dan

malam Sedetik Bertemu Selamanya Terkenang.

2.4 Rentetan kejayaan program yang dilaksanakan, Kelab Bioteknologi akan menganjurkan

satu lagi program yang dinamakan “Team Building” dan Bakti Siswa Bioteknologis Muda.

Program ini adalah permulaan latihan berbentuk kepimpinan, bina pasukan dan menambah ilmu

pengetahuan terutama dalam proses pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa. Program ini

juga sebagai wacana untuk membina keyakinan dan keazaman diri mahasiswa supaya dapat

diaplikasikan dalam menjalani kehidupan seharian. Malahan, program ini dapat menyemai sifat

kemasyarakatan dalam diri pelajar.

2.5 “Team Building” dan Bakti Siswa Bioteknologis Muda merupakan satu program yang

dilaksanakan khas untuk pelajar jurusan Bioteknologi. Ia melibatkan pelajar Bioteknologi, iaitu

Page 3: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 3

Bioteknologi dengan Pengurusan dan Bioteknologi Tumbuhan. Hal ini dapat mengeratkan lagi

ukhwah antara pelajar Bioteknologi.

2.6 Tujuan utama program ini adalah melahirkan mahasiswa yang dinamis, berilmu dan

mempunyai kredibiliti yang tinggi sejajar dengan wawasan Universiti dalam melahirkan graduan

yang mempunyai jati diri dan sahsiah yang unggul. Di samping itu,, dapat mengeratkan

silaturrahim antara pelajar Bioteknologi. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan kemahiran

kepemimpinan dalam melaksanakan program ini. Semoga program ini dapat memberikan

sumbangan positif dan manfaat terhadap Universiti khususnya Negara umumnya semoga cita-

cita murni UKM tercapai sebelum menjelangnya tahun 2020

3.0 MISI

Untuk mengukuhkan semangat kerjasama dan hubungan antara pelajar Bioteknologi dengan

Pengurusan dan Bioteknologi Tumbuhan. Selanjutnya, melahirkan mahasiswa Fakulti Sains dan

Teknologi yang mempunyai jati diri yang unggul dan berkepimpinan tinggi khususnya pelajar dari

Kelab Bioteknologi UKM selaras memartabatkan perkembangan ilmu dan pembangunan

Universiti. Serta memupuk semangat cinta akan negara dan menanamkan nilai-nilai yang baik

yang akan dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan kepada prinsip-prinsip Universiti.

4.0 MATLAMAT

4.1 Meningkatkan dan mengukuhkan semangat kerja berpasukan antara mahasiswa selari

dengan seruan gagasan 1Malaysia.

4.2 Mempromosi dan memperkenalkan kursus di bawah pusat Biosains dan Bioteknologi

serta Fakulti Sains dan Teknologi khususnya, dan Universiti Kebangsaan Malaysia

secara amnya.

4.3 Membina serta memperkukuhkan semangat patriotisma dan cintakan alam sekitar bagi

memelihara dan memulihara kelestarian Bumi.

4.4 Membimbing golongan mahasiswa ke arah berkepimpinan serta berkeyakinan tinggi

sebagai langkah persediaan menerajui negara pada masa hadapan.

4.5 Membentuk mahasiswa dan mahasiswi dinamis, berilmu dan mempunyai kredibiliti yang

tinggi sejajar dengan wawasan Universiti dalam melahirkan graduan yang cemerlang dari

sudut akademik serta berkepemimpinan tinggi.

5.0 OBJEKTIF

Page 4: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 4

5.1 Memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang misi dan visi sebenar Universiti

Kebangsaan Malaysia.

5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di

Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya di Pusat Biosainsdan Bioteknologi, Fakulti

Sains dan Teknologi

5.3 Menanam dan memupuk minat dalam kegiatan rekreasi, cinta kepada alam dan pelbagai

aktiviti dalam kalangan peserta sebagai satu cara untuk memupuk semangat juang,

membangkit motivasi, mencipta kejayaan dan membina daya maju.

5.3 Memupuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan masyarakat dan khalayak sebagai

seorang mahasiswa yang berilmu dan berpengetahuan.

5.4 Memperkasakan agenda pembangunan modal insan dengan kualiti dan kredibiliti

sebagai seorang mahasiswa yang berdaya saing, dan berfikiran jauh serta mampu dan

berani mengutarakan pendapat.

6.0 TEMA

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN”

7.0 ANJURAN

Kelab Bioteknologi UKM, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa dan

Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Mahasiswa Fakulti

Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Perbandaran Kuala

Langat.

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 2-3 Mei 2015

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Program ini dicadangkan untuk diadakan di Pantai Kelanang, Banting, Selangor.

9.0 INOVASI

Page 5: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 5

Idea utama bagi program ini adalah mengukuhkan hubungan mahasiwa dengan

mahasiswa dan mahasiswa dengan masyarakat dan mahasiswa dengan Universiti.

Program ini merupakan landasan untuk mahasiswa mendekatkan diri dan lebih cakna

dengan masyarakat melalui menjalankan bakti siswa dan dalam masa yang sama

memberi pendedahan kepada masyarakat kepada kursus Bioteknologi di Universiti

Kebangsaan Malaysia.

10.0 PUBLISITI

1. Digital board, Universiti Kebangsaan Malaysia

2. Bunting di Pantai Kelanang, Banting, Selangor

3. Hebahan melalui Majlis Perbandaran Kuala Langat, Selangor

4. Hebahan melalui wakil Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

11.0 CADANGAN PERASMI

1. Tuan Mohd Azhar Bin Mohamed Ali. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.

2. Dr. Mohd Firdaus bin Mohd Raih. Ketua Program Pengajian Prasiswazah

Bioteknologi Tumbuhan dan Bioteknologi dengan Pengurusan.

3. Dr. Noor Liyana binti Sukiran. Penasihat Kelab Bioteknologi, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah Peserta = 46 orang

Jumlah Urusetia = 48 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk LAMPIRAN A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk LAMPIRAN B

15. 0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Ice Breaking

Seorang fasilitator akan mengendalikan ice breaking dengan menggunakan

modul yang telah dirancang. Peserta akan berkenalan antara satu sama lain dan

Page 6: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 6

akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memupuk semangat

kerjasama antara kumpulan masing-masing.

15.2 Explorace

Peserta akan menjalani modul yang telah dirancang. Peserta akan dipecahan

kepada kumpulan dan menjalani checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai

matlamat dan rasional tersendiri dalam membina kerjasama dan nilai-nilai baik

dalam diri peserta. Explorace ini akan melibatkan pengunjung di Pantai

Kelanang.

15.3 Kembara malam

Peserta akan menjalani aktiviti kembara malam . Aktiviti ini adalah dibantu

penjaga pantai dari Jabatan Pertahanan Awam. Tujuan aktiviti ini adalah untuk

peserta menghargai keindahan alam dan kebesaran Tuhan. Selain itu, membina

rasa berani untuk menghadapi cabaran dan masa depan serta membina

semangat percaya akan kawan.

15.4 Pembersihan pantai

Semua ahli akan bekerjasama untuk membersihkan Pantai Kelanang.

Subprogram ini adalah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mahasiswa lebih dekat dengan masyarakat dan

dalam masa yang sama memartabatkan nama Universiti dalam kalangan

masyarakat. Di samping itu, brochures Fakulti Sains dan Teknologi diedarkan

dan papan pameran diletakkan untuk kunjungan orang ramai.

16.0 LANGKAH KESELAMATAN

16.1 Berkhemah

a. Pemilihan Tapak

Urusetia perlu memastikan tapak yang sesuai bagi berkhemah bagi

mengelakkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Tiada pohon yang

berkemungkinan untuk tumbang atau dahannya hampir patah, tapak

perkhemahan mempunyai hubungan ke tempat berkumpul bagi memudahkan

pergerakan dan tapak bukannya laluan binatang liar. Selain itu tapak

perkhemahan jauh dari pantai, terlindung dari tiupan bayu laut dan mempunyai

cahaya lampu.

b. Kawalan Risiko

Page 7: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 7

Urusetia akan memastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk

digunakan, menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di

sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan

mana-mana yang boleh mengganggu peserta. Selain itu, jadual sentri akan

disediakan bagi memantau keselamatan atau gangguan. Penjaga pantai juga

akan meronda kawasan tapak perkhemahan. Selain itu, urusetia akan membawa

kelengkapan ubat-ubatan serangga berbisa dan ubat-ubatan biasa.

c. Pengurusan Keselamatan

Taklimat perkhemahan kepada peserta akan diberi semasa tiba di ltapak

perkhemahan. Peserta dilarang membuat bising di kawasan perkhemahan

seperti melaung, bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat

sangat. Kebersihan diri akan dititikberatkan terutama bagi pelajar yang uzur.

Peserta juga akan diingatkan peserta untuk mematuhi semua arahan

keselamatan. Sistem sentri akan dijalankan dan rondaan dari penjaga pantai

bagi memastikan keselamatan peserta.

d. Pemakluman kepada Pihak Berwajib

Selepas mendapat kelulusan daripada PPMPA, urusetia juga akan memohon

kebenaran secara bertulis kepada Jabatan Pertahanan Awam, memaklumkan

tentang perkhemahan kepada Balai Bomba dan Penyelamat dan Balai Polis

terdekat di mana surat berkenaan akan disalinkan kepada Pengarah PPMPA.

16.2 Explorace

a. Regangan badan

Peserta akan melakukan regangan badan bagi mengurangkan risiko kejang otot.

Peserta juga diingatkan untuk menjaga keselamatan sendiri dan kumpulan.

b. Penyediaan ubat-ubatan

Urusetia akan menyediakan ubata-ubatan biasa bagi mengatasi kecemasan

namun diingatkan untuk tidak meberi secara sukahati ubat-ubatan.

Walaubagaimanapun, urusetia perlu membawa peserta ke hospital atau pusat

kesihatan sekiranya memerlukan tindakan lanjut. Peserta juga perlu membawa

ubat.ubatan sendiri sekiranya mempunyai masalah kesihatan atau bergantung

kepada ubat khas. Urusetia juga perlu memastikan peserta yang sensitif kepada

sebarang ubat-ubatan.

16.3 Kembara Malam

Page 8: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 8

a. Menggunakan khidmat penjaga pantai dan Jabatan Pertahanan Awam

Peserta akan mengikut arahan penjaga pantai yang merupakan petugas dari

Jabatan Pertahanan Awam yang sememangnya berpengalaman membawa

pengunjung pantai untuk aktiviti kembara malam. Selain itu, setelah mendapat

kebenaran PPMPA, surat bertulis akan dihantar ke Jabartan Pertahanan Awam

untuk meminta beberapa orang pembantu dan staf bagi keselelamatan. Laluan

kembara malam juga akan dipastikan selamat dari sebarang gangguan dan

halangan. Peserta juga diingatkan untuk menjaga tutur kata, mengambill,

memetik atau mengalihkan objek sepanjang aktiviti dijalankan,

16.4 Pembersihan pantai

a. Wajib berkasut

Setiap ahli diwajibkan berkasut bagi mengelakkan terpijak benda-benda tajam.

17.0 BELANJAWAN

Rujuk LAMPIRAN C

18.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang urusan dan pertanyaan, sila hubungi :

Pejabat Pengurusan Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi,

Aras G, Bangunan Biologi,

Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti kebangsaan Malaysia,

43600, Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Muhammad Khudri Syafie bin Abdul Wahab)

Tel : 011-15703746

E-mel : [email protected]

19.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya dan mendapat bantuan kewangan

daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni. Semoga program ini

berjalan dengan lancar dan seterusnya mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan.

Page 9: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 9

Terima kasih kepada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni di atas

kerjasama dan sokongan yang diberikan.

LAMPIRAN A

_____________________________________________________________________________

Page 10: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 10

STRUKTUR ORGANISASI

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y. Bhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM

Penyelaras

Lt. Kol. (Bersekutu) PA Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasisiwa dan Perhubungan Alumni

Penasihat

Dr. Noor Liyana Binti Sukiran

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (K016132)

Penasihat bersama

Dr. Nurulhikma Binti Md Isa

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (K019990)

Dr. Babul Airianah Binti Othman Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi (K016137)

Ketua Pengarah

Muhammad Khudri Syafie Bin Abdul Wahab (FST/2/A145768)

014-7408927

Timbalan Ketua Pengarah

Nurul Syakinah Binti Shabudin (FST/2/A146705)

011-15629569

Setiausaha

Nurul Amera Binti Woddilllah /(FST/2/A145669)

017-3293193

Bendahari

Khairunnisa Binti Amid Dudin (FST/2/A145665)

013-9198793

Page 11: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 11

Siti Zaharah Binti Imran (FST/2/A145751)

013-9068499

Pengarah Program

Mohd Bajuri Bin Asruri (FST/2/A145766)

013-6501933

Ahli Jawatankuasa Program

Abdul Aqmal Isma Bin Abdul Ghani (FST/1/A150006) 012-7527521

Nur Zuriayati Binti Mohd Zainun FST(1/A149495) 019-3949486

Mohamad Fakhzan B Ab Aziz (FST/1/A149071) 014-8208130

Noradibah Binti Hanafi (FST/1/A149264) 017-8871108

Pengarah Pemasaran

Shafwaniza Binti Mat Desa (FST/2/A145771) 014-5150486

Ahli Jawatankuasa Pemasaran

Siti Solehah Seman (FST/1/A149157)012-7466193

Nur Hidayah Binti Yusoff (FST/2/A149038) 013-4118766

Atiqah Binti Saifuzzaman (FST/1/A150373) 014-7314487

Husna Munirah Binti Ramliefauzi (FST/2/A150527) 014-5393362

Noor Syahirah Binti Abdul Rajab (FST/1/A151106) 010-5790801

Norsyahida Hamimi Binti Samsudin (FST/2/A145758) 019-9352320

Nor Azni Adila Binti Abdul Aziz (FST/2/A145761) 011-17857679

Siti Nabila Binti Jamil (FST/2/A146692) 011-15776817

Pengarah Publisiti dan Tugas-tugas Khas

Azlyn Izzati Binti Adinie (FST/2/A145769) 013-8955619

Ahli Jawatankuasa Publisiti dan Tugas-tugas Khas

Nuriffatul Izzati Binti Rosman(FST/1/A148702) 018-9066672

Nurul Hasnieza Binti Abu Bakar (FST/1/A150291) 010-4395659

Najiha Binti Mohd Khedzir (FST/1/A150417 /013-4542868

Pengarah Cenderamata

Nor Suraya Binti Aziz (FST/2/A145755) 017-4581660

Ahli Jawatankuasa Cenderamata

Nur Salihah Binti Ghani(FST/1/A148539) 012-9600786

Nur Zuriayati Binti Mohd Zainun (FST/1/A149495) 019-3949486

Muhammad Aeiman Farhan Bin Arziallah (FST/1/A150024) 014-383596

Pengarah Jamuan

Maryati Binti Marzukhi (FST/2/A145759) 013-5167448

Page 12: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 12

Ahli Jawatankuasa Jamuan

Siti Noor Azlien Binti Abas (FST/2/A145763) 011-12965913

Ayesha Sofea Binti Hisham (FST/1/A152086) 019-3615709

Syafiqah Binti Ibrahim (FST/1/A150286) 012-9801477

Pengarah Teknikal dan Keselamatan

Muhammad Nazirul Haziq Bin Mohd Yusof (FST/2/A145668) 011-19730198

Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Keselamatan

Muhammad Faisal Bin Abdul Rahman Maniselvan (FST/1/A149995)

Muhammad Firdaus Bin Maslan (FST/1/A150095) 010-7149644

Mohammad Hairullah Bin Azmi (FST/1/A149656) 010-7052608

Muhd Norazmir Bin Hanif (FST/1/A150992) 017-2800651

Muhammad Aiman Hafiz Bin Jaya Karso (FST/1/A149896) 014-5223794

Adib Uzair Bin Ramlan (FST/1/A148147) 017-6078384

Pengarah Protokol

Siti Adaha Binti Mohd Kasir (FST/2.A145663) 016-8175094

Ahli Jawatankuasa Protokol

Muhammad Shahrul Faiz Bin Mohd Ripin (FST/1/A149951) 019-9891197

Aizatun Zawiyah Binti Hasim (FST/1/A149825) 019-4797648

Fatin Suhada Binti Subri (FST/1/A149876) 011-12517013

Asymal Farhanina Binti Nordin (FST/1/A151564) 017-5854135

Nur Fatihah Binti Mohd Zaidi (FST/1/A149373) 012-3248854

Pengarah Kebajikan dan Penginapan

Noor Aina Zulafa Nadhirah Binti Adnan (FST/2/A145774) 013-7139235

Ahli Jawatankuasa Kebajikan

Nazihah Binti Zainal (FST/2/A145665) 013-9345851

Siti Nadzirah Binti Mustaffa Kamal (FST/1/A150604) 014-5403110

Nurfarahin Binti Jais (FST/1/A150186) 017-6574304

acer
Highlight
Page 13: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 13

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

TARIKH & MASA

PERISIAN

TEMPAT

2 Mei 2015 (Sabtu)

8.00 pagi

8.30 pagi

8.45 pagi

10.45 pagi

10.50 pagi

11.15 pagi

12.30 tengah hari

3.00 petang

5.00 petang

7.30 petang

11.00 malam

12.30 pagi

3 Mei (Ahad)

6.00 pagi

7.15 pagi

7.45 pagi

8.30 pagi

12.30 tengah hari

2.30 petang

4.30 petang

5.00 petang

Pendaftaran Peserta

Taklimat

Bertolak dari Pusanika

Tiba di Pantai Kelanang

Taklimat program

Aktiviti 1: Pembahagian Kumpulan dan Ice

Breaking

(Penyelaras: Mohd Bajuri Asruri)

Makan tengahari/Rehat/Kemas diri/ Solat

Zuhur/Pasang khemah

Aktiviti 2: Explorace

(Penyelaras: Mohd Bajuri Asruri)

Minum petang/Solat asar/Bacaan al-

Mathurat/Kemas diri/Rehat

Solat maghrib/Makan malam/Solat

isyak/Rehat

Aktiviti 3: Kembara malam

Tidur

Solat subuh/Kemas diri

Senaman pagi

Sarapan

Aktiviti 4: Bakti siswa

Makan tengah hari/Rehat/Solat

Zuhur/Kemas diri

Majlis perasmian penutupan

Minum petang/Solat asar/Kemas tapak

khemah

Pulang

Pusanika

Pantai Kelanang,

Kuala Langat

Page 14: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 14

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

Sumbangan

Pusat Pembangunan Mahasiswa dan

Perhubungan Alumni

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan

Teknologi

Pejabat Daerah Kuala Langat

Pusat Islam UKM

Tabung kelab

Syarikat korporat

Yuran ahli (RM10 X 94)

RM 1,000.00

RM 1, 000.00

RM 500.00

RM 500.00

RM 200.00

RM 5, 660.00

RM 940.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 9,800.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL POST/PERKARA RM

1.

Program

Barang program

Bayaran penggunaan pantai (RM15X 94)

Kebajikan dan Penginapan

Sewaan khemah (RM15 X 94)

Sewaan tapak khemah (RM5 X 94 X 2 hari)

Teknikal dan Keselamatan

Peralatan (Tali keselamatan, belerang dll)

Publisiti

Banner (RM100 X 2 helai)

Bunting (RM50 X 4 helai)

Tag nama (RM 5 X 94)

Jamuan

Peserta dan urusetia (RM5 X 94 X 6 kali)

Perasmi dan VIP (Staf JPAM, pensyarah)

(RM 12 X11 x 1 kali)

RM 250.00

RM 1, 410.00

RM1, 410.00

RM 940.00

RM 250.00

RM 200.00

RM 200.00

RM 470.00

RM 2, 820.00

RM 132.00

RM 210.00

Page 15: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 15

Staf Jabatan Pertahanan Awam (RM5 X 7 X

5 kali)

Penasihat/Pensyarah (RM 5 X 3 X 5 kali)

Cenderamata

VIP perasmi (RM100 X 1)

Staf Jabatan Pertahanan Awam (RM10 X 7)

Penghargaan Jabatan Pertahanan Awam

(RM 50.0 0 X 1)

Peserta (RM8 X 46)

Urusetia (RM10 X 48)

Runcit & Kontijensi

RM175.00

RM 75.00

RM 100.00

RM 70.00

RM 50.00

RM 368.00

RM 480.00

RM 190.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 9,800.00

Page 16: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 16

LAMPIRAN D

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

KEPERLUAN PERKHIDMATAN/KEMUDAHAN PROGRAM

A. KENDERAAN

Bil. Perkara Kuantiti

Bil. Perkara

Kuantiti

1. Bas 2 4. Lori/Pick Up 1

2. Bas Mini/Coaster 5. Pacuan Empat Roda

3. Kereta 6. Van/Window Van/MPV

B. PERALATAN MAJLIS

Bil. Perkara Kuantiti

Bil. Perkara

Kuantiti

1. Kerusi untuk Pentas (Sofa Single) 3 9.

Papan Pameran 3’ x6’ x 6’

2. Kerusi Tetamu Khas (Banquet) 9 10. Booth 10’ x 10’ 1

3. Kerusi Plastik 100 11. Meja Jamuan 3’ x 3’ 4

4. Pentas (Platform) 4’ x 8’ x 6’ 2 12. Meja Bulat untuk Jamuan 13

5. Kanopi 20’ x 20’ 2 13 Meja Peperiksaan

6. Kanopi 15’ x 15’ 14. Meja Pameran

7. Papan Pameran 4’ x 4’ x 6’ 15. Meja Kopi 1

8. Papan Pameran 4’ x 6’ x 6’ 2

C. KEPERLUAN ELEKTRIK

Bil. Perkara Kuantiti

Bil. Perkara

Kuantiti

1. Set Sistem Siaraya 1 5. Kipas Siling Khemah 2

2. Mikrofon 2 6. Lampu Khemah 6

3. DVD Player 7. Soket Kuasa di Khemah 10

4. Rostrum 1 8. Kipas Berdiri 3

Catatan : Borang ini hendaklah dilampirkan bersama ketika memuat naik kertas kerja di Sistem Pembangunan Insaniah.

Perkara A:

0 Selepas mendapat kelulusan mengadakan aktiviti, sila lengkapkan Borang Tempahan Kenderaan dan hantar kepada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni untuk sokongan dan seterusnya kepada Unit Kenderaan, Jabatan Pendaftar untuk kelulusan.

Perkara B dan C:

Page 17: KERTAS KERJA “TEAM BUILDING” DAN BAKTI … · KERTAS KERJA ... 5.2 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kursus-kursus yang ditawarkan di ... Menggunakan khidmat penjaga

“TEAM BUILDING” DAN BAKTI SISWA BIOTEKNOLOGIS MUDA

2-3 MEI 2015

”KEPIMPINAN DAN KEMASYARAKATAN ASAS KEGEMILANGAN” 17

0 Selepas mendapat kelulusan mengadakan aktiviti, sila lengkapkan Borang Permohonan Peralatan dan Kemudahan Majlis (UKM-SPKP-JPP-PK09-BO01) dan dapatkan sebut harga peralatan yang akan digunakan daripada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan diserahkan kepada Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni untuk kelulusan.

0 Peralatan yang dibekalkan oleh kontraktor panel UKM akan ditolak (caj) dari peruntukan Fakulti/Jabatan/Bahagian/Persatuan.