kesan gangguan seksual.docx

5
1.0 KESAN GANGGUAN SEKSUAL. 1.1 Kesan Ke Atas Pelajar. Menurut Najib Ahmad Marzuki (2003), kesan gangguan seksual yang ketara dapat dilihat kepada mangsa terutamanya wanita dan kanak-kanak ialah mangsa akan mengalami masalah rendah diri, menyimpan dendam dan tercemar maruah dan nama baik. Mangsa  juga berisiko tinggi untuk mengalami penyakit Neurosis seperti pening kepala, muntah- muntah, sindrom tidak boleh tidur dan tekanan perasaan. Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Contoh perbuatan yang  boleh dikategorikan kepada gangguan seksual ialah mengejek pelajar atau mengelar  pelajar dengan panggilan lucah. Menggunakan isyarat lucah kepada pelajar lain `atau  bercerita atau membuat lawak jenaka yang berunsur lucahPelaku yang melakukan gangguan seksual ini boleh terdiri daripada pelbagai individu sama ada pelajar itu sendiri, guru atau kakitangan sekolah. Gangguan seksual boleh menyebabkan seseorang pelajar akan mengalami trauma  psikologi dimana mengalami perasaan takut dan cemas akhirnya mereka memilih untuk mendiamkan diri. Mereka tidak berani untuk mengeluarkan suara kerana takut akan diejek oleh rakan sekelas. Tumpuan kepada sesi pembelajaran juga tidak dipedulikan. Jika pelakunya adalah seorang guru, kesan gangguan seksual akan lebih parah kerana akan sekaligus megubah cara hidup seseorang pelajar tersebut. Hal ini demikian, pelajar yang mengalami gangguan seksual seringkali menganggap diri sebagai mangsa dan akan cuba melarikan diri daripada keadaan tersebut walaupun ianya akan merosakkan peluang mereka untuk menuntut ilmu. Kita sedar y ang seorang guru mempunyai kuas a ke atas seseorang pelajarnya. Sebagai contohnya, gurulah yang bakal memberi markah atau gred kepada pelajar. Guru juga y ang akan membezakan setiap layanan ke atas pelajar di dalam kelas. Menurut Koss ( 1990), pelajar akan mengalami stress y ang tinggi termasuk perasaan mudah tersinggung serta kurang motivasi untuk belajar. Secara tidak l ansung, hasil kerja  pelajar dal am kerja rumah dan serta p eperiksaan akan terganggu seperti masalah pelajar tidak hadir kelas walaupun sebelum ini, pelajar ini seorang yang periang dan seorang yang cemerlang dalam peperiksaan. Mangsa sudah mula hilang keyakinan diri untuk 

Upload: sweet1991

Post on 14-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 1/5

1.0 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.

1.1 Kesan Ke Atas Pelajar.

Menurut Najib Ahmad Marzuki (2003), kesan gangguan seksual yang ketara dapat dilihat

kepada mangsa terutamanya wanita dan kanak-kanak ialah mangsa akan mengalami

masalah rendah diri, menyimpan dendam dan tercemar maruah dan nama baik. Mangsa

 juga berisiko tinggi untuk mengalami penyakit Neurosis seperti pening kepala, muntah-

muntah, sindrom tidak boleh tidur dan tekanan perasaan.

Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Contoh perbuatan yang

 boleh dikategorikan kepada gangguan seksual ialah mengejek pelajar atau mengelar 

 pelajar dengan panggilan lucah. Menggunakan isyarat lucah kepada pelajar lain `atau

 bercerita atau membuat lawak jenaka yang berunsur lucahPelaku yang melakukan

gangguan seksual ini boleh terdiri daripada pelbagai individu sama ada pelajar itu sendiri,

guru atau kakitangan sekolah.

Gangguan seksual boleh menyebabkan seseorang pelajar akan mengalami trauma

 psikologi dimana mengalami perasaan takut dan cemas akhirnya mereka memilih untuk 

mendiamkan diri. Mereka tidak berani untuk mengeluarkan suara kerana takut akan

diejek oleh rakan sekelas. Tumpuan kepada sesi pembelajaran juga tidak dipedulikan.

Jika pelakunya adalah seorang guru, kesan gangguan seksual akan lebih parah kerana

akan sekaligus megubah cara hidup seseorang pelajar tersebut. Hal ini demikian, pelajar 

yang mengalami gangguan seksual seringkali menganggap diri sebagai mangsa dan akan

cuba melarikan diri daripada keadaan tersebut walaupun ianya akan merosakkan peluang

mereka untuk menuntut ilmu. Kita sedar yang seorang guru mempunyai kuasa ke atas

seseorang pelajarnya. Sebagai contohnya, gurulah yang bakal memberi markah atau gred

kepada pelajar. Guru juga yang akan membezakan setiap layanan ke atas pelajar di

dalam kelas.

Menurut Koss (1990), pelajar akan mengalami stress yang tinggi termasuk perasaan

mudah tersinggung serta kurang motivasi untuk belajar. Secara tidak lansung, hasil kerja

 pelajar dalam kerja rumah dan serta peperiksaan akan terganggu seperti masalah pelajar 

tidak hadir kelas walaupun sebelum ini, pelajar ini seorang yang periang dan seorang

yang cemerlang dalam peperiksaan. Mangsa sudah mula hilang keyakinan diri untuk 

Page 2: KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 2/5

terus mempercysi orang di sekeliling termasuk keluaga. Satu perpepsi yang lahir dala diri

meraka yang menganggap keluaga langsung tidak mempedulikan mereka jika berlaku

sesuatu yang melibatkan hubungan kekeluagaan. Mangsa mudah tersinggung dan mersa

rendah diri apabila tidak dipedulikan oleh orang yang tersayang. Kesan kepada mangsa

kemungkinan besar turut menarik mangsa kepada masalah sosial lain seperti bohsia atau

minah rempit. Ini untuk menunjukkan rasa protes kepada orang disekeliling.

1.2 Kesan kepada Guru.

Masalah gangguan seksual juga memberikan kesan kepada guru yang meliputi kesan

 jangka pendek dan kesan masa panjang. Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa

guru,jika pelakunya merupakan seorang guru yang melakukan perbuatan terlampau

tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid menjadi

semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk menuntut

ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid juga berasa tidak selamat untuk 

meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya juga

akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak 

langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius

akibat daripada perbuatan keji itu.

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan

emosi contohnya masalah otak yang tidak berfungsi, pemakanan dan masalah keluarga.

Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin

akan mendapat kesan yang buruk. Sebagai contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan

dicemuh oleh masyarakat di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu. Perkara

tersebut menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram dan

tertekan. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah

kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatannya yang tidak 

senonoh itu.

Zaman sekarang tugas sebagai seorang guru amat mencabar kerana pelajar waktu

sekarang tidak seperti pelajar dulu tyang begitu patuh kepada peraturan. Jika sekarang,

apabila seseorang guru menegur perbuatan pelajarnya yang tidak senonoh seperti

membuli pelajar lain dengan isyarat lucah yang boleh dianggap sebagai salah satu contoh

Page 3: KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 3/5

kepada gangguan seksual turut memberi kesan kepada guru apabila pelajar telah berani

untuk melawan guru.

Jika kita lihat pada jangka panjang pula,Jika orang melakukan perbuatan gangguan

seksual ialah seorang guru ialah akan wujudnya persepsi yang buruk daripada

masyarakat terhadap guru. Guru tersebut tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana

masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan tersebut. Selain itu, jika

tidak dibuang kerja,guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga

nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga,guru tersebut tiada tempat dalam

masyarakat kerana semua orang tidak menyenangi kehadirannya dan beliau bukan lagi

menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.

1.3 Kesan ke atas institusi pendidikan.

Kesan daripada tingkah laku negatif yang berlaku di sekolah oterbabit menyebabkan

 profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Guru dianggap tidak mampu

menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kelas. Hal ini turut memberi kesan kepada

guru lain dimana masyarakat tidak akan mempercayai bahawa seseorang guru dapat

mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik sehingga menyebabkan peranan guru

tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang mulia oleh anggota masyarat. Jika

 pelakunya adalah seorang guru, kesan yang lebih besar ialah , guru-guru lain yang tidak 

 bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan

yang dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif. 

Selain itu, orang bergelar guru menghadapi tekanan menyebabkan mereka sendiri tidak 

lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Tekanan yang turut sama dirasai

oleh keluaga menjadikan mereka putus asa. Bidang perguruan akan mengalami

kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan.

Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku seorang

 pendidik jika masalah ini terus berleluasa.

Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini

tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap

mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat

Page 4: KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 4/5

membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan.

Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan

murid-murid itu sendiri.

1.4 Kesan Kepada Negara.

Sektor pekerjaan yang disedikan oleh kerajaan kepada generasi muda turut mengalami

kesan sampingan apabila masalah gangguan seksual menghantui golongan masyarakat.

Generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi seorang guru. Hal ini disebabkan

 bebanan yang terpaksan dipikul untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah.

Mereka menggangap masalah gangguan seksual tidak akan pernah selesai malah tugas

mereka bukan sahaja setakat mengajar, malahan terpaksa menyelesaikan masalah ssosial

ini. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang

mempunyai bakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan tidak lagi

dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan

generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena

(1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan

 profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat.Reputasi Negara yang selama ini

dipandang tinggi dalam aspek pendidikan dipertikaikan jika masih ada masalah yang

melibatkan gangguan seksual di sekolah.

Selain itu, Negara tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan yang

memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelajarnya. Sekaligus warga-warga asing

yang mahu melanjutkan pelajaran tidak akan sesekali memilih Negara Malaysia sebagai

destinasi tumpuan. Selain itu, negar tidak mahu melahirkan anggota masyarakat yang

 berpendidikan tinggi dan berfikiran bernas kerana para ibu bapa sudah tidakboleh

memberi kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai pendidik kepada anak mereka

dpertikaikan.

Manakala kesan jangka panjang yang menimpa negara ialah guru dipersalahkan secara

total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Kerajaan tidak 

lagi membuka peluang untuk menjadi seseorang guru secara terbuka tetapi secara terhad.

Page 5: KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

7/27/2019 KESAN GANGGUAN SEKSUAL.docx

http://slidepdf.com/reader/full/kesan-gangguan-seksualdocx 5/5

Hal ini sekaligus akan meningkatkan lagi kes pengangguran yang turut menjejaskan

ekonomi semasa Negara. Peluang-peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan

masyaraakat memilih jalan yang salah untuk megisi masa yang terluang. Apa yang lebih

 berat ialah isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak atasan seperti polis dan

 peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang

memalukan tentang salah laku seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang di muka

hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi berita sensasi yang menjatuhkan maruah

diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat dan Negara di mata dunia luar.