keseimbangan (al-mizan) pembangunan sosio-ekonomi …
TRANSCRIPT
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
333
KESEIMBANGAN (AL-MIZAN) PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI MENURUT SUNNAH
NABAWI: KAJIAN ANALISA HADIS KHUTBAH JUMAAT NEGERI SELANGOR
Zulhamizan Ismail
Calon Sarjana, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
E-Mail: [email protected]
Amiruddin Mohd Sobali
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
E-Mail: [email protected]
ABSTRAK
Pembangunan sosio-ekonomi merupakan proses transformasi gabungan elemen kemasyarakatan dan
ekonomi untuk mencapai kemajuan. Di era globalisasi yang mencabar kini, keseimbangan sosio-
ekonomi mampu membina kejayaan yang bakal dinikmati oleh segenap rakyat. Bagi menyedarkan umat
islam akan kepentingan pembangunan sosio-ekonomi, khutbah jumaat digunakan sebagai salah satu
saluran penyampaian maklumat. Segala dalil daripada al-quran dan hadis yang berkaitan dipetik untuk
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, penelitian oleh sebahagian
cendekiawan agama mendapati bahawa sebahagian Hadis-Hadis yang tidak boleh dijadikan hujah
disampaikan di dalam khutbah jumaat. Hal ini pasti menimbulkan masalah apabila masyarakat awam
mempercayai dan mengamalkannya. Justeru, kajian ini merungkai status semua hadis berkenaan yang
digunakan di dalam khutbah jumaat di negeri Selangor dari tahun 2016 hingga 2017. Kajian ini amat
penting untuk menyajikan nas-nas yang sahih untuk diamalkan oleh masyarakat dalam rangka
memajukan ekonomi umat islam agar ia berjalan dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Kajian
kualitatif ini menggunakan kaedah data analisis yang menganalisa data secara diskriptif. Hasil kajian ini
mendapati bahawa 64 % adalah Hadis Sahih, 18 % Hadis Hasan dan Hadis Dhaif 18%. Kajian ini turut
membina kerangka strategi pembangunan sosio-ekonomi Islam berasaskan nas dan dalil yang sahih
sebagai panduan pihak berwajib agama dan masyarakat awam. Kajian ini diharap dapat membuka mata
pihak terbabit terutamanya pihak berkuasa agama agar lebih prihatin dalam memilih hadis yang sahih
sebelum disampaikan kepada masyarakat.
PENDAHULUAN
Aspek keseimbangan pada ciptaan Allah SWT ini amat perlu kita hayati. Sebarang ketidakseimbangan
mahupun keterlanjuran atau pelampauan dalam penggunaan nikmat Allah SWT ini akan menjejas
keseimbangan dan keharmonian sesama manusia. Ia akan akhirnya membawa kesan yang tidak diingini
kepada umat manusia. Seseorang yang tidak mengekalkan keseimbangan dalam menggunakan sumber
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
334
alam kurniaan Allah SWT boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja pada dirinya bahkan untuk
generasi akan datang.
Pembangunan ekonomi juga bersifat komprehensif dan tidak terbatas kepada variable-variable ekonomi
semata. Bahkan meliputi semua aspek moral, sosial, material dan spritual. Kesemua item ini perlu
seiringan dalam penghayatan kehidupan manusia untuk terus mengimbangi urusan dunia dan akhirat.
Perkataan ekonomi telah memberi pelbagai definisi oleh ahli-ahli ekonomi barat berdasarkan
pemahaman mereka tersendiri1. Menurut Atkinson (Maulidizen, 2017) tidak ada satu definisi ekonomi
yang dapat dapat memuaskan pendapat semua ahli ekonomi. Ini kerana ahli ekonomi mengkaji perilaku
manusia dan perilaku manusia sangat kompleks. Dengan itu, satu definasi yang tepat tidak dapat
diberikan. Justeru itu, ahli ekonomi bersependapat bahawa pada asasnya ekonomi mengkaji perkara
berkaitan penggunaan sumber yang ada.
Manakala perkembangan ilmu ekonomi Islam, bermula dari zaman Rasulullah SAW, Sahabat sehingga
saat ini. Ekonomi Islam merupakan ilmu pengetahuan yang menggabungkan antara ilmu ekonomi dengan
prinsip ajaran Syariah. Terdapat pelbagai definisi ekonomi islam yang telah di perjelaskan oleh sarjana
islam mengikut peredaran zaman dan keperluan manusia bersumber dalil Al-quran dan Hadis.2
(Al-Ghazali, 1982) memiliki padangan bahwa setiap manusia harus memenuhi keperluan hidupnya dan
melaksanakan kewajiban beribadah kepada Allah. ilmu ekonomi ini sangat penting dalam kehidupan
manusia dalam usaha mendekatkan diri kepada penciptaNya.
Manakala menurut (HendriAnto, 2019), pemikiran Ibn Khaldun sarjana ekonomi islam yang telah
mendahului pemikiran ahli ekonomi barat yang mempunyai pandangan sangat jelas terhadap hubungan
antara sosial, moral, ekonomi dan politik perlu seiring terhadap kemajuan masyarakat. Dalam konteks
pembangunan ekonomi di Malaysia, peningkatan mutu hidup rakyat ini perlu diberi penekanan supaya
seimbang dengan peningkatan mutu hidup pelbagai kaum yang menjadi warganegara Malaysia.
Perkataan “pembangunan” dalam bahasa Melayu diambil dari perkataan dasarnya iaitu “bangun”, yang
juga bermaksud bangkit, menurut Kamus (Dewan, 1997) ialah, perihal membangun, proses mencapai
kemajuan, perkembangan atau kegiatan memaju atau membangunkan.
1Perkataan ekonomi mula dibincangkan oleh orang Greek membawa maksud pengurusan rumahtangga kerana rumahtangga
adalah unit asas ekonomi. Fokusnya berkembang dan bertukar semenjak keperihatinan dan Teknik pengamalnya
berkembang. (Ford, 1992). Ekonomi juga didefinasikan sebagai kajiaan bagaimana individu, firma dan organisasi dan
negara dalam sesuatu masyaraakat membuat pilihan bagaimana menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi
keperluan dan kehendak mereka. (Miller, 1988: 4 & Stiglitz, 1993 : 10) 2 Ekonomi islam sebagai kajiaan tentang al-falah yang akan dicapai oleh manusia dengan mengurus sumber-sumber di bumi
berdasarkan kerjasama dan tolong -menolong. (khan, 1994: 33). Manakala menurut ahmad (1989: 141) Ekonomi islam ialah
satu disiplin yeng mengkaji perilaku ekonomi manusia yang menepati kehendak Syariah. Perilaku ekonomi manusia ini perlu
dikaji dari aspek makro dan juga mikro. Ekonomi islam juga bukanlah ekonomi bersifat normative semata-mata, yang hanya
melihat sesuatu aktiviti ekonomi dari aspek hokum halal atau haram, malahan menekankan aspek positif dalam segala
perlakuaan ekonomi individu mahupun institusi. Al-sadr (1991: 26) mentakrifkan ekonomi sebagai ilmu yang membincangkan
tentang perlaksanaan ekonomi dalam kehidupan termasuk peristiwa-peristiwa serta factor-faktor yang berkait dalam
perlakuaan ekonomi. Mannan (1983) mendefinisikan ekonomi Islam sebagai sebuah ilmu sosial yang memperlajari
masalah-masalah ekonomi bagi suatu masyarakat yang diilhami oleh nilai-nilai Islam.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
335
Menurut Berger dalam (Hamid, 1990) ‘pembangunan’ adalah difahami sebagai suatu proses yang
menyebabkan sesuatu negara miskin menjadi kaya. Menurut (AHMAD, 2009) menjelaskan bahawa
Pembangunan ekonomi penting bukan sahaja bagi meningkatkan pendapatan dan hasil negara, serta
mewujudkan peluang pekerjaan bagi menampung pertambahan penduduk yang pesat, tetapi juga
memastikan mutu hidup rakyat meningkat.
Lantaran itu, Pembangunan sosio-ekonomi merupakan proses transformasi gabungan elemen
kemasyarakatan dan ekonomi untuk mencapai kemajuan. Segala yang diciptakan Allah SWT di alam ini,
diciptakan dengan memerhatikan keadilan dan keseimbangan pada kejadiannya, seperti keseimbangan
pada alam bersama ekosistemnya, serta keseimbangan pada ciptaan langit dan bumi. Keseimbangan
ekonomi, menjamin bahawa kehidupan ini dapat diteruskan dengan penuh harmoni. Justeru kajian ini
menfokuskan kepada Menganalisa hadis-hadis yang merupakan sumber rujukan kedua dalam sistem
sosio-ekonomi islam.
PERMASALAHAN KAJIAN
Hadis Rasulullah SAW muncul lebih 1400 tahun yang lalu bersumberkan wahyu dari Allah. Hadis adalah
sumber rujukan kedua selepas Al-Quran Karim. Kesahihannya perlu dijaga dengan teliti oleh sarjana-
sarjana hadis menggunakan pelbagai metode penyelidikan secara berterusan selain menentukan
kedudukan sesuatu hadis sama ada sahih, daif atau palsu. Sebagai sumber rujukan kedua, ilmu hadis ini
merangkumi semua aspek penghayatan dalam kehidupan manusia sama ada politik, pendidikan mahupun
pembanggunan ekonomi sesebuah negara.
Masalah kemiskinan bukan lagi sekadar masalah negara, akan tetapi menjadi masalah sosial yang
bersangkut hampir semua aspek dalam interaksi sosial (OMAR, 2010). kadar kemiskinan mestilah
dikurangkan supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan. Menurut ،(322)العقيلي dalam kitab “Ad-dhu’afa”
menjelaskan bahawa kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran kepada Allah ta’ala.
Lantaran itu, Jalan mudah untuk masyarakat menyelesaikan masalah kemiskinan ini dangan amalan
eksploitasi agama Islam melalui penggunaan usur islam dalam urusan perniagaan mereka. Hasil kajian
(Suraiya Osman, 2019) menunjukkan bahawa amalan eksploitasi agama Islam dalam pemasaran dan
pelabelan produk semakin berleluasa mutakhir ini sama ada eksploitasi terhadap Al-Quran mahupun As-
Sunnah.
Malahan lagi, Menurut (DAKIR, 2016) masalah ketidaksahihan sumber Hadis yang digunakan dengan
kewujudan hadis palsu yang sangat sinomim dalam masyarakat melayu antaranya di medium khutbah
jumaat perlu di ambil berat oleh sarjana-sarjan hadis untuk terus memelihara kesahihan hadis tersebut.
Khutbah Jumaat merupakan salah satu platfom dakwah bersifat mingguan kepada masyarakat islam.
Justeru, kajian ini menjadikan teks khutbah jumaat di negeri Selangor sebagai instrumen kajian dalam
memastikan tahap pendidikan ekonomi masyarakat sama ada bandar mahupun luar bandar dapat di
tingkatkan melalui kajian Hadis ini.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
336
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat 3 persoalan dalam kajian ini:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep keseimbangan (Al-Mizan)
2. Apakah status kedudukan hadis dalam khutbah jumaat
3. Bagaimanakah cara pembangunan sosio-ekonomi
OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian ini terdapat 3 objektif utam dalam menjawab persoalan diatas:
1. Pengenalan prinsip utama keseimbangan (Al-Mizan)
2. Menganalisa hadis-hadis dalam khutbah jumaat di negeri selangor.
3. Mengenalpasti strategi pembangunan sosio-ekonomi
KAJIAN LEPAS
Al-Mizan atau neraca merupakan satu konsep penting untuk kembali kepada tugas manusia sebagai
khalifah dimuka bumi ini. Isu mizan atau keseimbangan ini sebenarnya telah dibahaskan oleh ramai
pemikir Islam awal seperti Imam al-Ghazali (450-505H) dan Imam Fakhr al-Din al-Razi (Al-Razi, 1981)
Dalam karya utama Imam al-Ghazali bertajuk Iḥyā’ cUlūm al-Dīn (Al-Ghazali, 1982) beliau ada
menukilkan bahawasanya: Keseimbangan pada akhlak adalah kesejahteraan diri dan ketiadaan
keseimbangan ini akan membawa kepada kepedihan dan kesakitan pada diri. Sebagaimana
keseimbangan pada keadaan badan adalah kesihatan pada tubuh badan dan ketidakseimbangan pula
membawa kesakitan pada tubuh badan.
Penerapan konsep Al-Mizan dalam kehidupan bermasyarakat mendidik manusia agar meletakkan
keutamaan akhirat mendahului keutamaan dunia. Bagi memastikan neraca kehidupan seimbang terdapat
empat konsep yang perlu difahami untuk kita kembali kepada hakikat penciptaan insan iaitu Al-
Ubudiyyah, Al-Syura, Al-Hurriyah dan Al-Musawah.
Al-Ubudiyyah (Pengabdian Diri Kepada Allah)
Tujuan manusia diciptakan oleh Allah SWT ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT serta
menjadi khalifah yang menegakkan agama Allah serta memakmurkan dunia ini menurut peraturan Allah
SWT. Hal ini bermakna seluruh kehidupan manusia adalah merupakan ibadah. Bagi mencapai tugas ini,
manusia wajib menjuruskan hidup mereka bertepatan dengan kehendak Allah SWT (Aziz A. B., 2012)
Inilah yang dimaksudkan dengan tuntutan Tauhid Ubudiyyah, iaitu kepatuhan yang sepenuhnya kepada
Allah SWT dalam seluruh kehidupan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Dzariyat, ayat 56 yang
bermaksud “Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku”. Ayat ini
menegaskan dengan perkataan (Ma dan Illa) iaitu nafi dan istithna’. Dimana ia memberikan maksud
ithbat (persabitan) yang sangat kuat. Kalimah Ma (tidak) menafikan segala tugas-tugas yang lain.
Manakala kalimah Illa bermakna mengecuali satu perkara sahaja iaitu ibadah kepada Allah SWT (Aziz
A. B., 2012)
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
337
Dalam Surah al-An’am, ayat 162-163, Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW menyatakan;
“Hendaklah kamu berkata; ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah
Tuhan sekalian alam, tiada syirik bagi Nya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah orang
Islam pertama.” Ayat ini membawa perintah yang jelas kepada Rasulullah SAW untuk mengatakan
prinsip yang utama dalam Islam, iaitu seluruh kehidupan samada daripada ibadah khusus seperti solat
ataupun ibadah umum yang meliputi semua aktiviti kehidupan manusia; adalah kerana Allah SWT
semata-mata.
Selain daripada tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia hendaklah melaksanakan
tugasnya untuk beribadah (pengabdian) dalam erti yang seluas-luasnya kepada Allah SWT. Untuk
menjadikan segala usaha dan perbuatan itu adalah ibadah kepada Allah SWT, kita hendaklah memasang
niat untuk mengerjakan sesuatu dengan betul, iaitu untuk menjadikan amal soleh itu semata-mata untuk
Allah SWT (Borham, 2008).
Al-Syura (Perbincangan)
Syura ialah majlis perundingan. Menurut Ibn Manzur, penggunaan syura adalah untuk ‘Ikhtibar al-syayk
li-ma’rifati halihi’ iaitu untuk menguji dan menganalisis sesuatu untuk mengetahui hal yang sebenar (Ibn
Manzur). (Al-Habshi, 1998) berpendapat bahawa syura bukan sekadar mesyuarat bahkan merupakan
tempat mengemukakan pandangan berasaskan keahlian masing-masing dalam menentukan sesuatu
keputusan. Dalam hal ini, pengurus bertanggungjawab merancang, membentuk dasar, menyelaras dan
mengawal segala perjalanan organisasi supaya objektif organisasi tercapai. Syura harus dilakukan
mengikut kesesuaian masa dan tempat. Dalam konteks organisasi, mesyuarat dengan orang yang
mewakili berbagai-bagai unit dalam organisasi boleh dianggap syura yang melibatkan wakil keseluruhan
ahli organisasi. Segala keputusan besar yang melibatkan dasar, undang-undang, dan kepentingan lain
hendaklah diputuskan dengan persetujuan majoriti daripada ahli-ahli syura tersebut. Inilah kemuncak
perlaksanaan syura yang dikehendaki oleh syarak (Aziz A. B., 2012) (Borham, 2008)
Perkara ini ditegaskan dalam Surah Al-Syura, ayat 38; ketika mana Rasulullah SAW masih di Makkah
dan mempraktikkan prinsip syura dikalangan masyarakat Islam yang masih kecil bilangannya. Surah al-
Syura, ayat 38; yang bermaksud: “dan urusan mereka adalah diputuskan secara syura sesama mereka.”
Pendeknya, syura memainkan peranan penting sebagai tempat membuat keputusan, dan melahirkan
keadilan dan pembangunan yang berasaskan tuntutan agama. Falsafah pelaksanaan syura dalam
organisasi adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik disamping melahirkan persefahaman
(tafahum), keterbukaan (tasamuh), keseimbangan (ta’awan), keadilan (‘adalah) dan kasih sayang
(mahabbah). Keenam-enam perkara ini saling berkait rapat dalam memelihara keperluan asasi manusia
(daruriyyah) seterusnya membentuk organisasi yang mantap dan cemerlang (Aziz A. B., 2012).
Al-Hurriyyah (Kebebasan)
Kebebasan atau Al-Hurriyyah merupakan elemen penting di dalam Islam dalam membuat sesuatu
keputusan khususnya menentukan kebenaran atau kebatilan. Antara firman Allah yang boleh dikaitkan
dengan Al-Huriyyah adalah “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah
jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (QS. Al-Baqarah [2]: 256). Kebenaran itu datangnya
dari Tuhanmu; Maka Barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan Barang siapa yang
ingin (kafir) Biarlah ia kafir.” (QS. Al-Kahfi [18]: 29). Kebebasan paling tinggi yang perlu difahami dan
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
338
dipraktikan ialah kebebasan daripada bergantung kepada selain daripada Allah S.W.T. Penyerahan
sepenuhnya kepada Allah adalah syarat wajib dalam menjayakan konsep kampung Al-Mizan. Kejayaan
ke atas setiap usaha yang dilakukan adalah dalam kuasa Allah. Dalam ekonomi Islam kebebasan
merupakan hal yang paling utama kerana sah atau tidaknya akad jual beli terletak kepada kebebasan
untuk meneruskan atau tidak aktiviti ekonomi tersebut.
Dalam Islam, kebebasan yang dimaksudkan tersebut adalah kebebasan yang di bingkai dengan
kefahaman Tauhid iaitu berteraskan hukum dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
seperti mana yang digariskan di dalam al-Quran (Rahmawaty, 2013). Pendeknya, dalam konteks realiti
dunia masa kini, al-hurriyyah atau kebebasan yang dijamin melalui proses demokrasi yang berpaksikan
ilmu dan etika itu adalah bersandarkan kepada prinsip-prinsip Islam yang mana bertepatan dan seiring
dengan perlaksanaan konsep keadilan (‘adl), persamaan (musawah) dan musyawarah (syura) (Hasan,
2016).
Islam memberikan kebebasan kepada individu untuk memiliki dan mengeluarkan barangan serta bebas
untuk berjual beli dan menetapkan harga. Namun, setiap ahli masyarakat adalah bertanggungjawab
sepenuhnya atas apa yang dilakukan bagi mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan kehidupan di dunia
dan akhirat, selaras dan seimbang, sesuai dengan keperluan dan kepentingan hidup bermasyarakat.
Al-Musawah (Kesamarataan)
Al-Musawah atau kesamarataan dalam pentadbiran Islam bermaksud tidak ada mana-mana pihak yang
berasakan dirinya lebih tinggi atau lebih istimewa daripada yang lain. Tidak semua kesamarataan itu
bersifat adil. Oleh itu, pemerintah menggalas tanggungjawab besar dalam memastikan kesamarataan
dalam pentadbirannya juga menepati prinsip keadilan. Justeru, pemerintah hendaklah amanah, memiliki
sikap dan perilaku yang boleh dipercaya, jujur dan adil (Aziz, 2015). Dalam kehidupan bermasyarakat
penekanan konsep musawah ini juga penting, setiap manusia pada prinsipnya adalah sama iaitu hamba
Allah yang tidak dibatasi oleh keturunan dan bangsa. Perbezaan martabat manusia terletak kepada tahap
keimanan dalam mentauhidkan Allah SWT. Maka hak seseorang ahli perlu diberikan mengikut keperluan
syariat. Oleh itu, pelaksanaan kesamarataan dalam organisasi atau perniagaan adalah menjurus kepada
persamaan dari sudut peluang dan kemudahan yang disediakan dan juga pembahagian tugas dengan
mengambilkira aspek kebajikan dan kemanusiaan sebagaimana dituntut oleh Allah S.W.T.
Prinsip ini mempunyai landasan yang amat kuat yang telah digariskan di dalam al-Quran, Firman Allah
SWT di dalam Surah al-Hujurat 49:13 yang bermaksud “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” Ayat ini menegaskan tiada perbezaan di antara
manusia kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT, bukanlah kerana keturunan atau
bangsanya.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
339
METODOLOGI KAJIAN
Untuk menjawab segala permasalahan kajian di atas. Kajian Kualitatif ini menggunakan kaedah
pentakhrijan kesemua hadis-hadis dalam khutbah jumaat di negeri Selangor pada tahun 2016-2017
sahaja. Takhrij didefinisikan sebagai penyataan sumber asal sesuatu hadis daripada sumber-sumber
utama Islam serta penyataan status atau kedudukannya ketika diperlukan. Berikut adalah tatacara takhrij
hadis yang digunapakai dalam kajian ini:
1. Mencari sumber hadis tersebut di dalam kitab-kitab sumber induk dalam al-kutub tis’ah sahaja
seperti al-Kutub al-Tis’ah, Mustadrak al-Ha kim, Sahih Ibn Hibb a n, Sunan al-Bayhaqi , Tafsir
al-Tabari, dan sebagainya. Penulis akan mengumpulkan penjelasan suatu hadis yang diteliti
dengan mencatat nama buku, pengarang, kitab, bab, jilid, halaman, nombor hadis, perawi, dan
kualiti sanad hadis jika ada.
2. Dalam mencari hadis, penulis menggunakan perisian hadis seperti al-Maktabah al-Syamilah dan
Jawami’ al-Kalim Begitu juga menggunakan Internet melalui laman-laman web seperti
www.hadis.net, www.al-islam.com, www.dorar.com dan sebagainya. Perisian dan laman web ini
hanya digunakan untuk membantu penulis dalam menemukan keberadaan suatu hadis dengan
mudah di dalam mana-mana kitab sumber. Hal ini disebabkan kerana rujukan yang lebih sah
adalah kitab, bukan perisian atau laman web yang tidak terlepas dari pelbagai kelemahan dan
kekurangan.
3. Berkenaan dengan hadis-hadis yang ditakhrij oleh al-Bukhari dan Muslim, masing-masing dalam
kitab Sahihnya, tidak dianalisis lagi, sebab riwayat masing-masing keduanya tidak diragukan lagi
kualiti kesahihannya. Pengkaji hanya akan meneliti kesesuaian teks yang digunakan dalam
khutbah jumaat jais, apabila tidak menjumpaai matan hadis tersebut, maka akan dikutip matan
yang paling dekat kesesuaiannya.
4. Hadis yang tidak dapat ditemukan di dalam kitab-kitab sumber induk, maka penulis akan
menjelaskan sumber yang memuat riwayat tersebut dan penulis akan menyebut “tidak diketahui”.
Suatu hadis hanya akan dinilai mawdu ’apabila terdapat pendapat ulama yang menilainya
demikian.
5. Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh selain al-Bukhari dan Muslim, penulis akan berusaha
mencari pendapat-pendapat ulama hadis mengenai nilai hadis itu, sama ada ulama terdahulu
(mutaqddimin) seperti al-Tirmidhi, Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bayhaqi, mahupun ulama yang
datang setelahnya (muta’akhkhirin) seperti al-Dhahabi, al-Zayla’i, al-‘Iraqi, Ibn Hajar, al-Suyuti
dan al-Munawi, serta pendapat ulama kontemporari (mu’asirin) seperti Ahmad Shakir, al-Albani
dan lain-lain.
DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada kajian analisa hadis-hadis yang terdapat dalam khutbah jumaat di negeri selangor pada
tahun 2016-2017, pengkaji telah mendapati laporan seperti berikut:
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
340
1. Terdapat sebanyak 53 teks khutbah jumaat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Selangor(JAIS) pada tahun 2016. Manakala pada tahun 2017 pula sebanyak 52 teks khutbah
jumaat:
Bil Tarikh Tajuk Kategori
1. 6/1/2017 Kebaikan Diamali, Kesejahteraan Hidup
Dinikmati
Kemasyaraktan
2. 13/1/2017 BahayaNya Amalan Riba’ Ekonomi
3. 20/1/2017 Kecelaruan Jantina Isu Semasa
4. 27/1/2017 Eksplotasi Agama Memusnahkan Negara Ekonomi
5. 3/2/2017 Menjaga Kesucian Agama Agama
6. 10/2/2017 Pentingnya Pendidikan Kanak-Kanak
Dirumah
Kekeluargaan
7. 17/2/2017 Masjid Memartabatkan Umah Kemasyarakatan
8. 24/2/2017 Hakikat Islam Yang Sebenar Agama
9. 3/3/2017 Cinta Dunia Agama
10. 10/3/2017 Masjid Tempat Penyatuan Ummah Kemasyarakatan
11. 17/3/2017 Riba: Kesedaran Hukum Dan
Pembersihan
Ekonomi
12. 24/3/2017 Memelihara Keamanan Dan
Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama
Kemasyaraktan
13. 31/3/2017 Mawaddah, Rahmah Dan Sakinah Kekeluargaan
14. 7/4/2017 Pencegahan Dadah Bermula Dari Rumah Isu Semasa
15. 14/4/2017 Pengembaraan Yang Menajubkan Agama
16. 21/4/2017 Agong Tonggak Syariat Isu Semasa
17. 28/4/2017 Pekerjaan Sebagai Hamparan Sejadah Ekonomi
18. 5/5/2017 Tunaikanlah Amanahmu Ekonomi
19. 12/5/2017 Berdoa Adalah Agama Agama
20. 19/5/2017 Guru Pembina Negara Bangsa Pendidikan
21. 26/5/2017 Marhaban Ya Ramadhan Agama
22. 2/6/2017 Zakat: Menyucikan Jiwa Menyuburkan
Harta
Ekonomi
23. 9/6/2017 Nuzul Al-Quran: Menghayati Tujuan Al-
Quran Diturunkan
Agama
24. 16/6/2017 Ke Syurga Bersama Keluarga Kekeluargaan
25. 23/6/2017 Berhari Raya Dengan Penuh Beradab Kemasyarakatan
26. 30/6/2017 Apa Selepas Ramadhan Agama
27. 7/7/2017 Mendakap Bahagia Hakiki Agama
28. 14/7/2017 Buli Perbuatan Zalim Isu Semasa
29. 21/7/2017 Menuju Alam Barzakh Agama
30. 28/7/2017 Lambaian Haji Tuntutan Ilahi Agama
31. 4/8/2017 Urus Kewangan Dengan Berhemah Ekonomi
32. 11/8/2017 Memelihara Nasab Isu Semasa
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
341
33. 18/8/2017 Sampaikah Pahala Korbanku Ekonomi
34. 25/8/2017 Mempertahankan Kemerdekaan
Tanggungjawab Bersama
Isu Semasa
35. 1/9/2017 Hikmah Disebalik Korban Ekonomi
36. 8/9/2017 Membina Kekayaan Jiwa Ekonomi
37. 15/9/2017 Cinta Negara Asas Perpaduan Isu Semasa
38. 22/9/2017 Hijrah Tuntutan Hidup Muslim Kemasyarakatan
39. 29/9/2017 Perjuangan Yang Belum Selesai Agama
40. 6/10/2017 Berfikirlah Sebelum Buat Isu Semasa
41. 13/10/2017 Liberalisme Perosak Islam Isu Semasa
42. 20/10/2017 Akhlak Mulia, Agama Sempurna Agama
43. 27/10/2017 Banteras Ajaran Sesat Isu Semasa
44. 3/11/2017 Memakmurkan Rumah Allah, Bukti
Keimanan
Agama
45. 10/11/2017 Gejala Fitnah Membawa Punah Kemasyarakatan
46. 17/11/2017 Syurga Di Bawah Kaki Ibu Kekeluargaan
47. 24/11/2017 Halal Membawa Berkat Ekonomi
48. 1/12/2017 Menjulang Keagungan Nabi Muhammad
Saw
Agama
49. 8/12/2017 Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada Isu Semasa
50. 15/12/2017 Selamatkan Masjid Al-Aqsa Isu Semasa
51. 22/12/2017 Berkongsi Rezeki Ekonomi
52. 29/12/2017 Muhasabah Dan Azam Agama
Jadual 1: Tajuk Khutbah Negeri Selangor 2017
Pelaporan statistik jumlah khutbah jumaat pada tahun 2017 telah menunjukkan sebanyak 52 teks khutah
yang telah dikeluarkan. Jadual 1 menunjukan terdapat sebanyak 12 yang membicarakan tentang
ekonomi, 7 kategori kemasyarakatan, kekeluargaan 4, isu semasa: 12, keaagamaan: 16 dan 1 berkenaan
Pendidikan.
23%
13%
8%23%
31%
2%EKONOMI
KEMASYARAKATAN
KEKELUARGAAN
ISU SEMASA
KEAGAMAAN
PENDIDIKAN
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
342
Bil Tarikh Tajuk Kategori
1. 30/12/2016 Membanteras Gejala Sosial
Tanggungjawab Bersama
Kemasyarakatan
2. 13/1/2017 Zakat Ditaati, Kebahagiaan Dinikmati Ekonomi
3. 16/12/2016 Rasulullah Saw Contoh Teladan Ikutanku Agama
4. 9/12/2016 Mendaulatkan Syariat Agama
5. 2/12/2016 Rohingya Saudara Kita Isu Semasa
6. 25/11/2016 Berpada-Pada Dalam Berhibur Isu Semasa
7. 18/11/2016 Ketagihan Gajet; Selamatkan Anak-Anak
Kita
Isu Semasa
8. 11/11/2016 Antara Tanggungjawab Anak Dan
Perwarisan Harta
Ekonomi
9. 4/11/2016 Tanggungjawab Yang Diabaikan Agama
10. 28/10/2016 Dunia Ibarat Setitik Madu Agama
11. 21/10/2016 Persiapan Menghadapi Hari Yang
Dijanjikan
Agama
12. 14/10/2016 Kebatilan Akidah Syiah Isu Semasa
13. 7/10/2016 Apabila Wang Menguasai Diri Ekonomi
14. 30/9/2016 Hijrah Dalam Kehidupan Muslim Kemasyarakatan
15. 23/9/2016 Meniti Rumahtangga Bahagia Kekeluargaan
16. 16/9/2016 Ukhuwah Islam Teras Perpaduan Ummah Kemasyarakatan
17. 9/9/2016 Ibadah Qurban; Syiar Allah Yang Penuh
Pengajaran
Agama
18. 2/9/2016 Tanggungjawab Lelaki Terhadap Wanita Agama
19. 26/8/2016 Memberi Makna Kemerdekaan Isu Semasa
20. 19/8/2016 Mengawal Perasaan Marah Agama
21. 12/8/2016 Nikmat Yang Dilupakan Ekonomi
22. 6/1/2017 Kebaikan Diamali, Kesejahteraan Hidup
Dinikmati
Agama
23. 5/8/2016 Istiqamah Dalam Islam Dalam
Menghadapi Ujian
Agama
24. 29/7/2016 Pahlawan Mempertahankan Negara Demi
Agama
Isu Semasa
25. 25/7/2016 Mendidik Penderma Yang Prihatin Ekonomi
26. 15/7/2016 Vaksin; Pencegahan Demi Kemaslahatan Isu Semasa
27. 8/7/2016 Muhasabah Melalui Tarbiah Madrasah
Ramadan
Agama
28. 1/7/2016 Zakat Fitrah Menyempurnakan Ibadah
Puasa
Ekonomi
29. 24/6/2016 Tentera Badar Pahlawan Mithali Agama
30. 17-Jun-16 Ramadhan; Adakah Pesta Juadah Atau
Ibadah
Agama
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
343
31. 10/6/2016 Membudayakan Al-Quran Dalam
Kehidupan
Agama
32. 3/6/2016 Ahlan Ya Ramadhan Agama
33. 27/5/2016 Berlumba-Lumba Melakukan Kebaikan Agama
34. 20/5/2016 Bahagiakanlah Ibu Dan Ayahmu Kekeluargaan
35. 13/5/2016 Martabat Guru Dan Cabarannya Pendidikan
36. 6/5/2016 Mengenali Beberapa Golongan Perosak Kemasyarakatan
37. 29/4/2016 Awas! Jangan Anda Terjebak Isu Semasa
38. 22/4/2016 Hargai Nyawa, Beradablah Di Jalanraya Isu Semasa
39. 15/4/2016 Rumahku Syurgaku Kekeluargaan
40. 8/4/2016 Negeri Sejahtera Dan Dirahmati Allah Kemasyarakatan
41. 1/4/2016 Umat Muafakat Negeri Berkat Kemasyarakatan
42. 25/3/2016 Roh Yang Tergantung Agama
43. 18/3/2016 Mengingati Mati Menyucikan Jiwa Agama
44. 11/3/2016 Mengimarahkan Masjid Tanggungjawab
Bersama
Kemasyarakatan
45. 4/3/2016 Apa Khabar Jiran Anda Kemasyarakatan
46. 26/2/2016 Fahaman Liberal Perosak Akidah Isu Semasa
47. 19/2/2016 Bersihkan Hatimu Agama
48. 12/2/2016 Bila Hati Telah Bertaut, Pastikan Syurga
Milikmu
Agama
49. 5/2/2016 Tabayyun Agama
50. 29/1/2016 Bagaikan Ketam Mengajar Anaknya
Berjalan Betul
Kekeluargaan
51. 22/1/2016 Gejala Fitnah Meruntuhkan Ummah Kemasyarakatan
52. 15/1/2016 Belia. Beriman Pewaris Masa Depan
Negara
Kemasyarakatan
53. 8/1/2016 Vape; Alat Yang Membinasakan Isu Semasa
54. 1/1/2016 Pengamal Rasuah Dilaknat Allah Ekonomi
Jadual 2: Tajuk Khutbah Negeri Selangor 2016
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
344
Kesimpulan untuk kategori teks khutbah jumaat pada tahun 2016 adalah kemasyarakatan sebanyak 10
nas. Manakala ekonomi: 7, isu semasa: 11, kekeluargaan: 4 dan Keagamaan sebanyak: 21. Seterusnya
untuk Pendidikan adalah 1 sahaja.
2. Pelaporan berkenaan status hadis yang disemak oleh pengkaji melalui tajuk berkaitan Ekonomi
dan Kemasyaraktan yang terdapat dalam khutbah jumaat di negeri Selangor pada tahun kajian
adalah seperti berikut:
Hadis yang telah dianalisa 2017
73% (sahih)الصحيح
20% (hasan)الحسن
1% (dhoif)الضعيف
- (’maudo)الموضوع
13%
39%
7%
19%
20%
2%EKONOMI
KEAGAMAAN
KEKELUARGAAN
KEMASYARKATAN
ISU SEMASA
PENDIDIKAN
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
345
Hadis yang telah dianalisa 2016
45% (sahih)الصحيح
15% (hasan)سنالح
1% (dhoif)الضعيف
- (’maudo)الموضوع
Hadis yang telah dikeluarkan oleh pengkaji telah dianalisa oleh pengkaji dan pengkaji telah meletakkan
status jumlah kesemua hadis mengikut kajian yang dijalankan. . Hasil kajian ini mendapati bahawa 64
% adalah Hadis Sahih, 18 % Hadis Hasan dan Hadis Dhaif 18%.
KESIMPULAN
Daripada kupasan dan statistik laporan yang telah diutarakan, dapat difahami bahawa pembangunan
sosio-ekonomi merangkumi pelbagai aktiviti dan melibatkan banyak pihak. Dalam permasalahan ini,
hadis yang digunakan dalam khutbah jumaat turut memainkan peranan bagi memperkasa Pembangunan
sosio-ekonomi. Bagi memastikan semua pihak mendapat impak maksima daripada intipati khutbah yang
disajikan kepada masyarakat, penggunaan hadis-hadis perlu diteruskan penelitiaannya mengikut
peredaran zaman serta keperluan masyarakat setempat. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa
pembangunan sosio-ekonomi islam mampu dibentuk melalui medium khutbah jumaat dalam konteks
pemerkasaan status-status hadis yang digunakan perlu mengambil kira prinsip Al-Mizan seperti yang
perlu ditekankan seperti di atas iaitu Al-Ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah), Al-Syura
(perbincangan), Al-Hurriyah (kebebasan) dan Al-Musawah (kesamarataan) dalam usaha memberi
pendedahan kepada masyarakat akan kepentingan sumber yang sahih. Keempat-empat prinsip ini juga
amat penting dalam memastikan nilai keadilan dan keseimbangan akan dapat dicapai di dalam
pengurusan pembangunan sosio-ekonomi di kampung. Semoga kupasan ini dapat memberikan sedikit
input berguna demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat dalam jangka masa panjang.
RUJUKAN
Ahmad, H. A. (2009). Pembangunan Ekonomi Dalam Hubungan Etnik (Vol. 9). Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Al-Ghazali, M. I. (1982). Iḥyā’ Culūm Al-Dīn. Beirut: Dār Al-Macrifah.
Al-Habshi, S. O. (1998). Pembangunan Manusia Dalam Pengurusan. Dlm. Pengurusan Dan
Pentadbiran. Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai, . Disunting Oleh Syed
Othman Alhabshi Dan Hamizah Ibrahim. Kuala Lumpur: Ikim.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM015
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
346
Al-Razi, F. A.-D. (1981). Tafsīr Al-Fakhr Al-Rāzī Al-Mushtahar Bi Al-Tafsīr Al-Kabīr Wa Mafātīḥ
Al-Ghayb. Beirut: Dār Al-Fikr. .
Aziz. (2015). Kesamaan Elemen Demokrasi Dalam Islam. Berita Harian Online, Rabu, 2 September
2015. Muat Turun Disember 15, 2017 Daripada Https://Www.Bharian.Com.My/Node/78930.
Aziz, A. B. (2012). Syura Dalam Pengurusan Moden. Prinsip Dan Pelaksanaan. Sintok, Kedah: Uum
Press.
Borham, A. J. (2008). Asas Pembangunan Modal Insan. Pahang: Universiti Malaysia Pahang.
Dakir, J. (2016). Takhrij Hadis-Hadis Masyur Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia: Ke Arah
Membersih Dan Memartabatkan Al-Sunnah (Vol. 20). Institute Of Islam Hadhari Universiti
Kebangsaan Malaysia,Bangi: Al-Fakir.
Dewan, K. (1997). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Hamid, H. A. (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Pembangunan Negara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hasan, Z. (2016). Keselarian Antara Demokrasi Dan Islam. . Jurnal Islam Dan Masyarakat
Kontemporari Issn 2289 6325 Bil. 13 2016 (Julai).
Hendrianto. (2019). Penghantar Ekonomi Mikro Islami. Yogyakarta: Indonesia.
Ibn, M. (N.D.). Lisan Al-‘Arab. Beirut: Maktabah Al-Fasoliyyah.
Maulidizen, A. (2017). Pemikiran Dan Kontribusi Tokoh Ekonomi Islam Klasik Dan Kontemporer. 42.
Omar, M. Z. (2010). Pembasmian Kemiskinan Di Malaysia: Pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia
(Vols. Isbn 978-983-861-440-5). Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.
Rahmawaty. (2013). Distribusi Dalam Ekonomi Islam. Indonesia: Stain Kudus.
Suraiya Osman, M. H. (2019). Penggunaan Unsur Islam Dalam Perniagaan: Analisa Dari Perspektif
Syariah . Journal Of Islamic Social Sciences And Humanities Al-Abqari, 39-51.
.مركز البحوث وثقية المعلومات: دار التاصيل .الضعفاء .(322) .العقيلي, ا. ا