kifayah perkahwinan
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KIFAYAH PERKAHWINAN KIFAYAH PERKAHWINAN DALAM ISLAMDALAM ISLAM
UNIT 1 : PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI…
CIRI-CIRI BAKALSUAMI DAN ISTERI
BERIMAN DAN BERTAKWA KEPADA ALLAH
BERKETURUNAN BAIK
BERILMU PENGETAHUAN
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERTIMBANG RASA
PENYAYANG
WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
HARAM
1. Perempuan yang ditalak tiga. 2. Perempuan bersuami 3. Perempuan masih
dalam idah . 4. Perempuan yang
hamil hasil perzinaan.5. Perempuan yang tidak
beragama semawi. 6. Mengumpul isteri
dengan mahramnya dalam satu masa
7. Perempuan kelima untuk lelaki yang mempunyai empa tIsteri .
SEMENTARA SELAMA-LAMANYA
PERSEMENDAAN
1. Ibu tiri ke atas 2. Menantu wanita
isteri cucu lelakidan ke bawah sama ada disetubuhi atau
tidak. 3. Ibu mertua ke atas4. Anak tiri dan ke
bawah apabila ibunya telah
disetubuhi.
KETURUNAN
1. Ibu, nenek & ke atas.
2. Anak perempuan, cucu, dan ke bawah 3. Adik-beradik
perempuan seibu sebapa, sebapa atau
seibu saja. 4. Emak saudara
sebelah bapa & sebelah ibu ke atas.
5. Anak-anak saudara daripada adik-beradik
seibu sebapa & ke bawah.
PENYUSUAN
1. Ibu susuan & ke atas2. Anak susuan & ke
bawah. 3. adik-beradik susuan 4. Emak saudara
susuan & ke atas. 5. Anak saudara susuan
& ke bawah.
UNIT 2:
PEMINANGAN DAN BATAS-BATAS PERGAULAN
PENGERTIAN MERISIK DAN MEMINANG
MERISIK: Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai sertamenepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang.
MEMINANG:Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikanisterinya.
BATAS PERGAULAN DALAM TEMPOH PERTUNANGAN:-
1. Perhubungan antara pasangan yang bertunang dikira sebagai
orang asing ( ajnabi ) .2. Mereka diharamkan bergaul bebas dan berdua-duaan
tanpa mahram.3. Pergaulan mereka hendaklah dibataskan mengikut
batasan syarak.
UNIT 3:-
RUKUN NIKAH
RUKUN NIKAH
1. BAKAL SUAMI
2. BAKAL ISTERI3. WALI
4. DUA ORANG SAKSI
5. SIGHAH ( IJAB & KABUL )
SYARAT BAKALSUAMI & ISTERI
BAKAL SUAMI
1. Islam 2. Lelaki 3. Tidak beristeri empat dalam satu masa 4. Bukan dalam ihram haji atau umrah 5. Bukan mahram kepada isteri seperti
mahram nasab, persemendaan atau penyesuan.
BAKAL ISTERI
1. Islam atau ahli kitab 2. Perempuan 3. Bukan isteri orang 4. Bukan dalam idah talak raj’i 5. Bukan dalam ihram haji atau umrah 6. Bukan mahram kepada suami seperti
mahram nasab, persemendaan atau penyusuan.
WALI NIKAH:-
Orang yang berkuasa mengahwinkan seorang perempuan .
Wali terbahagi kepada :- 1. wali nasab ( keturunan ) 2. wali hakim
WALI NASAB ( KETURUNAN )
1. WALI MUJBIR:- Bapa dan datuk. Berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat bakal suami sekufu dengannya.2. WALI BUKAN MUJBIR:- Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.
WALI HAKIM:-
Mereka diberi kuasa oleh sultan atau pemerintahan untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganannya atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya.
MERDEKA
TIDAK DITEGAHKUASANYADARIPADA
BELANJAKAN HARTANYA
TIDAK DALAMIHRAMHAJI
BERAKAL
BALIGH
LELAKI
ISLAM
SYARAT WALINIKAH
SUSUNAN WALI NIKAH
Bapa wali ( wali mujbir )
Datuk wali ( wali mujbir )
Saudara lelaki seibu sebapa
Saudara lelaki sebapa
Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa & ke atas
Anak saudara lellaki daripada adik-beradik lelaki sebapa & e atas
Bapa sausdara seibu sebapa dan ke atas
Bapa saudara daripada sebelah bapa
Anak saudara daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah (sepupu)
Anak saudara lelaki daripada saudara sebapa (sepupu)
Wali hakim
PERPINDAHAN KUASA WALI NASAB KEPADA WALI HAKIM
1. Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan2. Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup
atau mati3. Wali tinggal jauh melebihi 2 marhalah4. Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi5. Wali sedang dalam ihram haji atau umrah6. Wali menyembunyikan diri7. Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan8. Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada
wali lain yang setaraf dengannya (sepupu)9. Wali enggan mewakili perempuan itu
HIKMAH SAKSI PERKAHWINAN
1. Memberi keterangan sekiranya berlaku sesuatu pertikaian
2. Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah 3. Memuliakan perkahwinan 4. Mengelakkaan berlakunya fitnah5. Memuliakan majlis akad nikah
SEJAHTERA PANCAINDERA( TIDAK BUTA,
PEKAKDAN BISU )
MEMAHAMILAFAZ IJAB DAN
KABUL
LELAKI
ADIL.TIDAK
MELAKUKANDOSA BESAR
BALIGH
ISLAM
SAKSI NIKAH
SIGHAH NIKAH ( IJAB DAN KABUL )
IJAB:-Lafaz yang diucapkan oleh wali seperti “ AKU NIKAHKAN ENGKAU DENGAN ANAKKU __________ ( NAMA PENGGANTIN PEREMPUAN)_________DENGAN MASKAHWIN _______( KADAR MAHAR ) _________RINGGIT TUNAI”.
KABUL:-Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti“AKU TERIMA NIKAH________(NAMA PENGGANTIN PEREMPUAN)____________DENGAN MAS KAHWIN _______TUNAI”.
SYARATSIGHAH NIKAH
IJAB1. Hendaklah dilafazkan oleh wali atau
wakilnya. 2. Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis3. Tidak melafazkan dengan bahasa sendiri.Contoh: kata wali “ Saya serahkan anakku
kepada engkau…”4. Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali,
bakal suami dan dua orang saksi 5.Tidak diselangi oleh diam yang lama atau
perkataan tidak berkaitan.
KABUL
1. Tidak menyalahi ijab 2. Tidak diselangi oleh diam yang lama 3. Dilafazkan oleh bakal suami atau
mewakilinya 4. Menyebut nama bakal isteri atau
ganti namanya 5. Tidak dengan lafaz taklik
6. Tidak dibatalkan dengan tempoh masa
UNIT 4 :- MAHAR DAN WALIMATUL URUS
MAHAR DAN KEPENTINGANNYA
MAHAR:-Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.
HUKUM MAHAR MAHAR:-Wajib. Sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang.
JENIS-JENIS MAHAR
MAHAR MUSAMMA:-Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
MAHAR MISL:-Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isterinya
KADAR MAHAR :-Bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak .Sebaik-baik mahar ialah sederhana kadarnya.
SYARAT MAHAR:-Semua barang bermanfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah sepertiwang, emas, perak pengajaran Al- Quran dan pekerjaan yang halal.
HIKMAH DIWAJIBKAN MAHAR
1. Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama.2. Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga.3. Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri.4. Menggembirakan akan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluaraga untuk memulakan hidup baru bersama suami.5. Memulia dan mengeratkan kedudukan kaum wanita.
WALIMATULURUS
WALIMATULURUS:-
Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan
HUKUM:-
SUNAT MUAKKAD
ADAB WALIMATUL URUS
1. Diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan.2. Tiada unsur khurafat atau maksiat3. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan4. Mendoakan pengantin dengan ucapan tahniah dan selamat
HIKMAH WALIMATULURUS
1. Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat membina rumahtangga.
2. Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.3. Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin.4. Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi
suami isteri yang sah. 5. Mengikut ajaran agama dan sunatrasulullah s.a.w.
DISEDIAKAN OLEH:-
1.NUR FATEHAH BINTI AHMAD ZAINOREN ( 5 ST)