kk6 bidang pembangunan usahawan

13
PENURUNAN DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN BIDANG PEMBANGUNAN USAHAWAN 1. TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Penolong Pegawai Pertanian (PPP) RISDA bagi semua gred jawatan meliputi Generasi 1, 2 dan 3 akan pentingnya memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman yang luas dalam bidang pembangunan Usahawan. Keperluan ini adalah penting untuk memastikan segala keputusan yang dibuat oleh mereka yang terlibat adalah mematuhi peraturan dan memenuhi matlamat yang dirancang. 2. KUMPULAN PPP Bagi tujuan kertas kerja ini, kumpulan PPP dibahagikan kepada tiga kategori mengikut tempoh perkhidmatan di RISDA seperti berikut: 2.1 Generasi 1 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun di RISDA. 2.2 Generasi 2 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 10 - 25 tahun di RISDA. 2.3 Generasi 3 ialah PPP yang telah berkhidmat kurang daripada 10 tahun di RISDA. 3. LATAR BELAKANG 3.1 Sejarah Pembangunan Usahawan. i. Pada awal tahun 1980 RISDA secara aktif telah melaksanakan aktiviti ekonomi melalui Pusat

Upload: rossly-salleh

Post on 05-Aug-2015

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

PENURUNAN DAN PERKONGSIAN PENGALAMAN BIDANG PEMBANGUNAN USAHAWAN

1. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Penolong

Pegawai Pertanian (PPP) RISDA bagi semua gred jawatan meliputi Generasi 1, 2

dan 3 akan pentingnya memiliki tahap pengetahuan dan kemahiran serta

pengalaman yang luas dalam bidang pembangunan Usahawan. Keperluan ini adalah

penting untuk memastikan segala keputusan yang dibuat oleh mereka yang terlibat

adalah mematuhi peraturan dan memenuhi matlamat yang dirancang.

2. KUMPULAN PPP

Bagi tujuan kertas kerja ini, kumpulan PPP dibahagikan kepada tiga kategori

mengikut tempoh perkhidmatan di RISDA seperti berikut:

2.1 Generasi 1 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun di RISDA.

2.2 Generasi 2 ialah PPP yang telah berkhidmat melebihi 10 - 25 tahun di RISDA.

2.3 Generasi 3 ialah PPP yang telah berkhidmat kurang daripada 10 tahun di RISDA.

3. LATAR BELAKANG

3.1 Sejarah Pembangunan Usahawan.

i. Pada awal tahun 1980 RISDA secara aktif telah melaksanakan

aktiviti ekonomi melalui Pusat Pembangunan Pekebun Kecil

dengan mendirikan Pusat Memproses Getah Berkelompok

(PMGB), Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dan

seiring dengan itu Koperasi Pekebun Kecil (KPK) mula giat

beroperasi.

ii. Usaha membangun ekonomi pekebun kecil diteruskan ditahap

kedua mulai 2002 dengan adanya program meningkatkan

pendapatan pekebun kecil melalui aktiviti ekonomi tambahan

Page 2: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

(AET) .Program Integrasi tanam semula Getah ( PITG) ,Skim

Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

iii. Mulai 2010 hingga sekarang, pembangunan usahawan

dipertingkatkan lagi dengan melahirkan usahawan pebun kcil

daripada peringkat Kadet, mikro ,kecil dan hingga sederhana .

Kategori usahawan sedia ada perlu dinaik taraf keperingkat

lebih tinggi sejajar dengan perancangan tahunan Bahagian

Pembangunan Usahawan.

iv. Usahawan pekebun kecil di galakan mempunyai jaringan

kumpulan seperti penubuhan nama kumpulan Teman

Usahawan Pekebun Kecil (TUPK) dan terkini Kelab Usahawan

RISDA (RISEC)

3.2 Matlamat Usahawan RISDA.

i. Melaksanakan program peningkatan ekonomi pekebun kecil

melalui aktiviti luar kebun memperolehi pendapatan minimum

RM1,200.00 /bulan dan RM2,000.00 /bulan menjelang tahun

2010 . Matlamat pendapatan tahun 2015 ialah RM 2,500.00/

bulan sekeluarga .

ii. Bilangan usahawan pekebun kecil yang perlu dibangunkan

seramai 10,000 orang menjelang tahun 2015.

3.3 Tanggungjawab RISDA.

i. Melaksana pemilihan peserta yang layak dijadikan usahawan

dikalangan pekebun kecil dan ahli keluarga.

ii. Memastikan usahawan mempunyai minat berkemampuan dan

berpotensi untuk dimajukan .

iii. Melaksana projek ekonomi , membangunkan produk yang

dihasilkan oleh usahawan.

iv. Bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang bertanggungjawab

dalam penyelidikan, pengembangan, pinjaman pertanian,

pemprosesan dan pemasaran.

v. Mendapat dan menyimpan perangkaan-perangkaan yang perlu

berhubung dengan pembangunan usahawan.

Page 3: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

vi. Melaksana program-program pembangunan ekonomi untuk

kumpulan ushawan pekebun kecil bagi pihak Kementerian

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

3.4 Peraturan Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)

i. Peraturan-peraturan berhubung bantuan AET yang di arahkan

mulai tahun 2003 seperti berikut :

a) AKP Bil 9/2003 Tarikh 28 April 2003

Garispanduan Pelaksanaan Program Aktiviti

Ekonomi Tambahan (AET) dibawah Rancangan Malaysia ke

Lapan.

b) AKP Bil 10 Tahun 2003 Tarikh 22 Mei 2003

Pelan tindakan Pelaksanaan Program Peningkatan Ekonomi

Pekebun keciltahun 2003

c) AKP Bil 23 tahun 2005 Tarikh 22 Disember 2005

Penurunan Kuasa meluluskan permohonan Projek dibawah

Aktiviti Ekonomi Tambahan

d) AKP Bil 23 Tahun 2005 ( Pindaan 1) Tarikh 31

Mei 2010

Kelulusan projek Aktiviti Ekonomi Tambahan(AET) ke

Bahagian Pembangunan Usahawan Bagi tahun 2010

ii. Secara amnya, perubahan peraturan dilaksanakan untuk

memastikan proses pemberian bantuan dan pelaksanaan projek

ekonomi tambahan lebih berkesan.

iii. Permohonan AET di buat melalui Borang PAET 01 –Pindaan .

Borang ini perlu dipenuhi dengan maklumat :

a) Maklumat Pemohon

b) Perakuan pemohon

c) Pengesahan oleh Pembantu Luar RISDA

d) Sokongan pegawai PT

e) Perakuan PRN

f) Kelulusan Pengarah BPU

Page 4: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

iv Satu kertas kerja lengkap hendaklah disertakan dalam

permohonan bersama borang PAET 01- Pindaan . Aliran tunai

projek hendaklah ditunjukan untuk mengetahui projek yang

dilaksanakan berdaya maju. Maklumat diperlukan :

a) Jenis Projek

b) Parameter projek

c) Unjuran tahun projek

d) Pendapatan

e) Kos Tetap

f) Kos Berubah

g) Lebihan tunai/defisit

h) Lebihan tunai terkumpul

i) Analisa kewangan

v. Peruntukan untuk melaksanakan projek AET dalam

RMK 9 dan RMK 10

Tahun Peruntukan (RM)

a) 2006 5,000,000.00

b) 2007 8,750,000.00

c) 2008 8,750,000.00

d) 2009 8,700,000.00

e) 2010 8,800,000.00

f) 2011 4,400,000.00

3.5 Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) telah

ditubuhkan pada tahun 1985 bertujuan untuk membiayai dan memberi

pinjaman atau bantuan kepada pekebun kecil untuk melaksanakan

projek pembangunan atau aktiviti berbentuk ekonomi bagi

meningkatkan taraf sosio ekonomi pekebun kecil. Bantuan dan

pinjaman khusus untuk usahawan melibatkan skim pinjaman am, skim

pinjaman koperasi,skim pinjaman modal permulaan perniagaan dan

bantuan kemajuan keluarga.

Page 5: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

i. Syarat Skim Pinjaman Am .

a. Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.

b. Menjalani latihan dalam projek diusahakan

c. Tanah yang tidak memiliki hakmilik yang sah mesti

mendapat pengesahan pemilikan daripada Pejabat

Tanah/Agensi Kerajaan berkenaan.

d. Warganegara Malaysia.

e. Pinjaman melebihi RM10,000.00 perlu ada cagaran

f. Pinjaman kurang RM10,000,00 perlu ada dua orang

penjamin.

Had kelayakan Pembiayaan 80% daripada kos projek maksimum

RM150,000.00

ii. Syarat am skim pinjaman modal permulaan perniagaan.

a. Warga Negara Malaysia.

b. Pekebun kecil atau keluarga berdaftar dengan RISDA

c. Telah mengikuti latihan anjuran RISDA

d. Baru memulakan perniagaan

e. Perlu dua orang penjamin

Pembiayaan maksimum RM10,000.00

iii. Syarat Skim Pinjaman Koperasi

a) Koperasi Pekebun kecil berdaftar dibawah ordinan koperasi

Bil33/1948

b) Mendapat mandat mesyuarat agongTahunan

c) Kelulusan ahli lembaga pengarah koperasi

d) Mendapat kelulusan ketua pendaftar koperasi

e) Penyata kewangan beraudi 2 tahun merekodkan keuntungan

Pembiayaan 80% daripada kos projek maksimum

RM500,000.00

iv. Syarat am Bantuan Kemajuan Keluarga

a) Warga negara Malatsia

Page 6: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

b) Pekebun kecil wanita ahli PWPK

c) Bantuan untuk aktiviti pembangunan dan latihan.

d) Bantuan dikeluarkan atas nama ketua PWPK

( Keutamaan ) .

Bajet Skim Pinjaman dan Bantuan TPSEPK Tahun 2010

Bil Skim Bil Peserta Bajet (RM)

1 Skim Pinjaman Am 50 1,000,000

2 Skim Pinjaman Koperasi 1 300,000

3 Skim Pinjaman Modal Permulaan Perniagaan

20 200,000

4 Skim Bantuan Kemajuan Keluarga 80 80,000

Bajet Skim Pinjaman dan Bantuan TPSEPK Tahun 2011

Bil Skim Bil Peserta Bajet (RM)

1 Skim Pinjaman Am 50 1,200,000

2 Skim Pinjaman Koperasi 4 200,000

3 Skim Pinjaman Modal Permulaan Perniagaan

- -

4 Skim Bantuan Kemajuan Keluarga 30 30,000

Keseluruhan 12 Skim dalam bajet 2010 berjumlah RM3,496,000.00 untuk 706 pemohon dan bajet cadangan 2011 berjumlah RM5,521,613.00 bagi 1,239 orang pemohon.

v. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui borang TPSEPK 2/2010. Satu kertas kerja lengkap hendaklah disertakan bersama aliran tunai projek dan maklumat sokongan pemohon :

a) Latar belakang pemohon dan projek

b) Jenis Pinjaman atau bantuan

Page 7: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

c) Perakuan pemohon /pegawai RISDA

d) Maklumat penjamin dan cagaran

e) Maklumat perniagaan yang akan dijalankan

f) Aliran tunai projek

g) Lebihan tunai/defisit

h) Lebihan tunai terkumpul

i) Analisa kewangan

Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil.

3.6 Pelan Tindakan Membangun Usahawan Pekebun Kecil

i. Di peringkat Pusat Tanggungjawab hendaklah mengenalpasti

serta membuat kajian terperinci memilih peserta yang layak

menjalankan aktiviti ekonomi.

ii. Diperingkat pekebun kecil hendaklah dipilih daripada mereka

yang minat, berkemampuan dan mempunyai potensi untuk

dimajukan .

iii. Membangun pusat pengumpulan hasil ,tapak projek yang lebih

berpotensi dan strategik.

iv. Membangun anak syarikat sebagai Integrator yang boleh

bersaing dengan pengeluar yang lebih besar.

3.7 Langkah Pemantapan Program Usahawan

Page 8: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

i. Pemantapan peningkatan jaringan usahawan keperingkat lebih

tinggi.

ii. Menyediakan bantuan modal dan pinjaman .

iii. Melatih usahawan kearah nilai tambah produk.

iv. Menambah pengetahuan usahawan dalam pasaran tempatan

dan global.

3.8 Pencapaian usahawan Pekebun kecil setakat Mei 2011

Pencapaian taraf usahawan masih tinggi pada tahap permulaan atau Kadet

dimana perolehan tahunan dibawah RM14,400.00 /tahun .

Pelbagai cabaran dan halangan yang di hadapi oleh usahawan terutama diperingkat

kadet dalam program lawatan pemantauan projek :

i. Pengetahuan operasi projek tidak meningkat.

ii. Pengeluaran produk tidak berterusan

Page 9: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

iii. Rangkaian pasaran pada tahap rendah atau diperingkat

tempatan sahaja.

iv. Harga input produk dipasaran meningkat

v. Minat peserta tidak sepenuhnya berpunca dari faktor umur tua

dan tiada pelapis untuk meneruskan projek.

3.9 Perkongsian pengalaman membangun usahawan RISDA.

i. Penubuhan Pusat Baka dan usahawan ternakan .

ii. Projek pengeluaran produk

iii. Projek Pusat Pembelia Sawit dan Getah

iv. Projek perkhidmatan

4. MEREALISASIKAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

4.1 Program pembangunan usahawan adalah bersifat dinamik sejajar

dengan perkembangan semasa. Bagi kelancaran pelaksanaannya,

setiap warga RISDA terutamanya staf yang terlibat secara langsung

dengan program ini seperti Penolong Pegawai Pertanian (PPP)

hendaklah melengkapkan diri dengan faktor berikut:

i. Pengetahuan.

ii. Kemahiran.

iii. Pengalaman.

4.2 Pengetahuan

Pengetahuan yang ada pada seseorang staf adalah penting bagi

menjadikannya berkemahiran. Kemahiran pula akan terbentuk melalui

tindakan pelaksaan tugas yang diamanahkan kepada seseorang.

i. Jenis Pengetahuan Diperlukan.

Page 10: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

a. Asas perniagaan

b. Teknologi produk.

c. Teknologi pembuatan.

d. Teknologi perkhidmatan.

e. Komunikasi.

f. Rangkaian perniagaan .

h. Teknologi Maklumat

ii. Sumber Rujukan Bagi Meningkatkan Pengetahuan.

a. Kursus secara dalaman (khas atau refresher).

b. Bahan rujukan teknologi terkini.

c. Mentor yang dilantik.

d. Rujukan jabatan berkaitan.

e. Inisiatif diri sendiri.

4.3 Kemahiran.

Kemahiran bolehlah ditakrifkan sebagai kecekapan seseorang

melaksana sesuatu perkara. Beberapa faktor yang perlu diberi

perhatian sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran ialah:

a. Melalui latihan.

b. Pengamalan/pelaksanaan program usahawan.

c. Memahirkan aktiviti pengembangan/komunikasi.

4.4 Pengalaman.

Pengalaman ialah sesuatu yang telah dilalui atau ditempuhi. Gabungan

di antara pengetahuan dan kemahiran akan mewujudkan pengalaman.

Pengalaman akan bertambah seiring dengan masa yang dilalui.

4.5 Kombinasi ketiga-tiga faktor tersebut di atas adalah sangat penting bagi

menjayakan pembangunan usahawan.

Page 11: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

5. TRANSFORMASI LATIHAN DAN PENGALAMAN BIDANG USAHAWAN

Transfomasi pembangunan usahawan peringkat ketiga mulai tahun 2002

(BPE) dan 2009 (BPU) daripada corak latihan asas latihan telah ditingkatkan

keperingkat lanjutan dalam RMK10.

Manakala corak latihan asas kepada PPP lebih terancang setelah ada unit

Pembangunan Usahawan di Pringkat Negeri dan Di PT (AP Bil 42/2010 )

6. ISU

Berdasarkan kepada pengalaman membangun usahawan pekebun kecil

dirumuskan bahawa cabaran pelaksanaan melahirkan ,mengekalkan dan

menaik taraf usahawan masakini adalah lebih besar. Ia memerlukan

seseorang PPP untuk memiliki keupayaan mendepani situasi sekarang

melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran. Secara amnya, bidang

pengetahuan dan kemahiran perlu ditingkatkan oleh PPP terutama di

kalangan Generasi 3 ialah:

i. Memahami peraturan pembangunan usahawan.

ii. Pengetahuan pengurusan dan operasi projek.

iii. Pendidikan pengembangan dan komunikasi dengan usahawan

pekebun kecil.

iv. Ketidakserasian mentor/mentee yang menjejaskan proses

pembelajaran, krisis keyakinan dan proses membuat keputusan.

7. CADANGAN

Menyedari sebahagian daripada PPP akan bersara, adalah wajar bagi semua

PPP terutamanya Generasi 3 agar dapat segera meningkatkan pengetahuan

dan kemahiran bagi bidang usahawan yang telah dikenalpasti. Untuk

mengatasi masalah dikenalpasti, cadangan berikut wajar diberi pertimbangan

oleh semua pihak yang berkaitan:

Page 12: KK6 Bidang Pembangunan Usahawan

i. Memberi kursus khas berkaitan peraturan perniagaan.

ii. Memberi kursus khas berkaitan aktiviti usahawan.

iii. Memberi kursus khas berkaitan pendidikan pengembangan dan

komunikasi yang diurus oleh Bahagian Latihan dan Bahagian

Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi.

iv. Memantau dan menilai secara komprehensif pelaksanaan

mentor/mentee supaya mencapai objektifnya oleh Pengarah Program.

v. Kesediaan PPP itu sendiri untuk mengambil inisiatif meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran diri sendiri melalui berbagai kaedah yang

bersesuaian.

vi. Menghadkan bidang tugas PPP supaya dapat diberi tumpuan kerja

melahir dan membangun usahawan pekebun kecil hingga ke

peringkat global.

8. PENUTUP

Diharap dengan terlaksanya beberapa cadangan untuk mengatasi masalah

yang telah dikenalpasti, ia dapat meningkatkan modal insan terutama di

kalangan PPP. Dengan ini dipohon agar Pengurusan RISDA memberi

pertimbangan wajar dan melaksanakan cadangan 7 (i) – (vi) di atas.

Sekian.

Disedia oleh:

1. Abu Kassim b Yaacob BPU (Fasilitator)

2. Mohd Nazri b Adwan PRD N.S Barat

3. Hjh Husniah bte Ismail PRN Selangor.

4. Hj Masri b Jumaat RRN Johor

5. Pn Nurulhuda bte Ibrahim PRD NS Barat.

Folder: Konvensyen PPP 2011/KKBU20 07 2011