kkg 2012 _ nni

Upload: nurul-applelady

Post on 21-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Konsep dan jenis perniagaan runcit Kepentingan perniagaan runcit Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit Kesan negatif perniagaan runcit Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

MUKA SURAT 2 3 4 5-7 8 9-18

Rumusan Lampiran Rujukan

19 20-24 25

1

PENGHARGAANPertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya dapat juga menyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan II Kota Belud, Encik Matlan Datu Unjong kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya, Puan Dayang Fatimah yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini selepas waktu

persekolahan. Beliau juga telah memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya semasa menjalankan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan dan semangat semasa menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga banyak membantu dari segi kewangan. Selian itu, terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi memberi kerjasama, para responden yang sudi meluangkan masa memberi maklumat dan kepada mereka yang terlibat secara langsung semasa menjalankan kajian ini. Jasa mereka tidak akan saya lupakan.

2

PENDAHULUANBagi memenuhi syarat Penilaian Menegah Rendah (PMR) 2012, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG) di sekolah. Oleh hal yang demikian, saya telah memilih tajuk Perniagaan Runcit Pasar Malam di Kota Belud, Sabah. Saya memilih Pasar Malam Kota Belud sebagai kawasan kajian kerana lokasi ini berhampiran dengan sekolah saya. Oleh hal yang demikian, ini m em uda hkan l a gi s a ya dan r akan - rak an m en j al ankan pro ses pengum pul an d at a unt uk di b uat rum us an kaj i an . Darjah ketersampaiannya yang tinggi adalah salah satu sebab mengapa saya dan rakan-rakan menjadikan kawasan ini sebagai kawasan kajian. Dengan adanya sistem perhubungan yang baik, saya dan rakan-rakan boleh pergi ke kawasan kajian pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, waktu berniaga yang sesuai memudahkan saya untuk manjalankan kajian. Saya dan rakan sekumpulan dapat menjalankan kajian selepas tamat waktu persekolahan. Saya telah menjalankan kajian ini selama empat minggu bermula pada cuti bulan Mac hingga bulan April.

3

OBJEKTIF KAJIAN Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit. Menyatakan kepentingan perniagaan runcit. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit. Mengkaji kesan negatif perniagaan runcit. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit. Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

4

KAWASAN KAJIANDaerah Kota Belud terletak di pantai barat utara Sabah. Daerah ini mempunyai keluasan 1,385.6 km persegi dan mempunyai 168 buah kampung. Terdapat satu pekan kecil di daerah ini yang diberi nama Pekan Kota Belud, lokasi kajian saya. Pekan ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kota Belud (MDKB).

Pasar malamnya pula terletak di pinggir Pekan Kota Belud berhampiran dengan pasar tani. Keluasan pasar malam ini lebih kurang 500 meter persegi. Pasar malam ini terletak beberapa meter sahaja dari pusat Pekan Kota Belud. Manakala, jarak Pekan Kota Belud dari sekolah saya ialah 4 kilometer. Kos tambang bas dari SMK Pekan II Kota belud ke kawasan kajian ialah RM1.

Pasar malam ini juga mudah dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik. Saya memilih Pasar Malam Kota Belud sebagai kawasan kajian kerana waktu beroperasi yang sesuai iaitu pada jam 4 petang hingga 10 malam. Lain daripada itu, darjah ketersampaian yang tinggi juga merupakan faktor saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian. Oleh kerana wujudnya sistem perhubungan yang baik, saya dapat pergi ke kawasan kajian dengan menaiki kenderaan. Lokasi pasar malam yang berhampiran dengan sekolah saya memudahkan lagi saya dan rakan sekumpulan membuat kajian selepas tamat waktu persekolahahn.

5

Peta Daerah : Kota Belud

Kawasan kajian : Pasar Malam Kota Belud

6

Peta Kajian Kawasan : Pasar Malam Kota Belud Peta Lakar Pasar Malam

7

KAEDAH KAJIAN1) Pemerhatian Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan-rakan saya tentang perniagaan runcit di Pasar Malam Kota Belud. 2) Temu bual Saya dan ahli kumpulan telah menemubual beberapa orang responden yang terdiri daripada peniaga pasar malam tersebut. 3) Rujukan Saya telah menggunakan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan Keusahawanan) Tingkatan 2 untuk mengetahui konsep perniagaan runcit. Bagi melengkapkan lagi laporan ini, saya dan rakan-rakan yang lain juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan Kota Belud. 4) Soal selidik Saya dan rakan sekumpulan juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada peniaga pasar malam. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi.

8

DAPATAN KAJIAN7.1 Konsep dan Jenis Perniagaan RuncitPerniagaan bermaksud proses jual beli barang. Perniagaan runcit pula bermaksud proses menjual dan membeli barang dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna terakhir. Peruncit menjual barang kepada pengguna dalam kuantiti yang dikehendaki. Biasanya perniagaan runcit pasar malam mempunyai banyak jenis barang dagangan tetapi dalam kuantiti yang kecil bagi setiap jenis. Perniagaan yang biasa dilakukan adalah menjual makanan dan minuman, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sesetengah pasar malam terdapat juga perniagaan pakaian dan kasut. Perniagaan pasar malam ini memerlukan modal kecil dan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kebanyakan perniagaan pasar malam akan beroperasi di jalan-jalan atau lorong-lorong perumahan yang mudah dikunjungi penduduk sekitar. Kebiasaanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menyediakan tapak untuk beroperasi kerana pasar malam amat penting kepada warga setempat.

9

7.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Memudahkan penduduk setempat membeli barang : Perniagaan runcit sangat penting kepada penduduk tempatan. Perniagaan runcit pasar malam di Kota Belud memudahkan penduduk setempat membeli barang keperluan harian seperti makanan. Majoriti penduduk yang bekerja lebih gemar membeli lauk-pauk di pasar malam ini kerana kesibukan dan waktu pekerjaan yang sangat padat. Menyediakan peluang pekerjaan : Pertambahan penduduk di daerah ini telah menyebabkan jumlah penganggur meningkat. Jadi, dengan wujudnya perniagaan runcit pasar malam ini, kadar pengangguran dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana, pasar malam menyediakan banyak peluang pekerjaan khususnya kepada penduduk tempatan yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Oleh hal yang demikian, mereka dapat menyara diri dan keluarga masing-masing. Menyediakan barangan yang segar : Perniagaan runcit pasar malam juga menyediakan barangan yang segar kepada penduduk. Kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari kebun atau ladang.

10

Taraf hidup penduduk meningkat : Dengan adanya perniagaan runcit seperti pasar malam ini, taraf hidup penduduk

akan meningkat. Peningkatan taraf hidup penduduk dapat dilihat melalui peningkatan pendapatan per kapita. Hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang diperolehi daripada perniagaan di pasar malam ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Dengan ini taraf hidup mereka akan semakin meningkat. Tempat memasarkan hasil jualan : Perniagaan runcit pasar malam juga membolehkan penduduk tempatan memasarkan hasil jualan mereka. Ini merupakan salah satu cara untuk mereka menceburi bidang perniagaan dan juga proses permulaan untuk mereka memperbesarkan lagi perniagaan mereka. Sebagai salah seorang penduduk di daerah Kota Belud, saya merasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam di sini.

11

7.3 Faktor yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Modal perniagaan yang sedikit : Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam ialah modal perniagaan yang sedikit. Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar. Biasanya peniaga hanya mengeluarkan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan. Oleh kerana kos overhednya rendah, maka peniaga pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah. Dasar kerajaan : Dasar kerajaan juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi perniagaan runcit. Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan pinggir pekan. Dengan adanya tapak pasar malam ini, gerai-gerai perniagaan pasar malam dapat disusun dengan baik. Darjah ketersampaian : Perniagaan runcit Pasar Malam Kota Belud turut dipengaruhi oleh darjah ketersampaian yang tinggi. Oleh kerana wujudnya sistem perhubungan dan sistem pengangkutan yang baik, orang ramai dapat pergi ke pasar malam dengan menggunakan kenderaan masing-masing. Secara tidak langsung, perniagaan runcit pasar malam akan sentiasa dikunjungi orang ramai khususnya penduduk tempatan.

12

Lokasi : Kebanyakan lokasi pasar malam terletak di kawasan tumpuan penduduk seperti

kawasan perumahan yang bersaiz besar atau kawasan padang yang tidak lekang dengan aktiviti sosial. Contohnya di Kota belud, lokasi pasar malamnya berhampiran dengan padang Daerah Kota Belud. Hal ini menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit tersebut. Sekiranya ada aktiviti sosial di padang, pendapatan para peniaga akan bertambah. Waktu berniaga yang sesuai : Perniagaan pasar malam di Kota Belud memang sering ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini kerana waktu berniaga yang sesuai dengan masa tamat bekerja di pejabat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini, memudahkan lagi pekerjanya mengunjungi pasar malam selepas tamat masa bekerja pada jam 5 petang. Saya merasa amat bertuah dan bersyukur kerana adanya pasar malam yang berhampiran dengan sekolah saya.

13

7.4 Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pencemaran darat : Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam telah menyebabkan pencemaran darat. Hal ini demikian kerana, bekas-bekas makanan dan minuman dibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi longkang atau bahu-bahu jalan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap peniaga dan pengunjung pasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar. Oleh sebab itu, selepas berakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi longgokan sampah sarap. Kesesakan lalu lintas : Aktiviti perniagaan runcit pasar malam di Kota Belud ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Hal ini demikian kerana, lokasi pasar malam yang berhampiran dengan pekan. Sikap pengunjung-pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telah memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan kesesakan semakin teruk. Keadaan bertambah teruk ketika waktu pekerjaan tamat iaitu pada jam 5.00 petang. Masalah sosial : Sejak akhir-akhir ini, masalah sosial juga semakin berleluasa. Pasar malam menjadi tempat melepak terutamanya kepada pelajar sekolah. Lokasi Pasar Malam Kota Belud yang berhampiran dengan sekolah menyebabkan ramai pelajar yang berponteng sekolah dan melepak di kawasan tersebut. Masalah sosial ini akan menimbulkan persepsi negatif kepada pelancong-pelancong asing yang datang ke daerah ini.

14

Harga tanpa kawalan : Seterusnya, apabila kurangnya pemantauan dari pihak Pihak Berkuasa Tempatan,

peniaga sewenang-wenangnya akan menaikkan harga barangan. Sesetengah gerai yang tidak memaparkan tanda harga menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjung berasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang dibeli tidak berkualiti. Perebakan wabak penyakit : Sikap peruncit yang tidak mengamalkan kebersihan ketika berniaga akan memberi impak kepada pelanggan. Terdapat gerai-gerai menjual makanan yang tidak menutup makanan jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan. Amalan seperti ini seharusnya kita hindarkan kerana keadaan tidak sihat ini boleh mengundang kepada perebakan wabak penyakit. Kita sepatutnya menjaga dan mencintai alam sekitar agar bumi kita bebas dari sebarang pencemaran.

15

7.5 Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Melakukan rondaan mengejut : Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit antaranya, pihak berwajib mestilah selalu melakukan rondaan mengejut ke kawasan pasar malam untuk memastikan harga barangan dapat dikawal sekaligus mengadakan pemeriksaan terhadap lesen perniagaan. Mengadakan pemeriksaan kesihatan dan kebersihan : Jabatan Kesihatan juga perlu mengadakan pemeriksaan kesihatan dan kebersihan terhadap peniaga. Hal ini bertujuan memastikan barangan yang dijual terutama makanan dan minuman adalah selamat kepada pembeli agar wabak penyakit dapat dikurangkan. Oleh hal yang demikian, para peniaga akan sentiasa menjaga kebersihan gerai mereka Kempen kesedaran : Kempen kesedaran juga seharusnya diadakan untuk memberi kesedaran kepada para peniaga agar mereka lebih menitikberatkan soal kebersihan. Selain peniaga, pengunjung pasar malam juga seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran pasar malam supaya bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran. Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh disemai dalam diri pengunjung agar mereka lebih berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan dapat dikurangkan.

16

Meletakkan lebih banyak tong sampah : Bagi mengelakkan pembuangan sampah-sarap di kawasan perniagaan pasar malam,

pihak bertanggungjawab seperti Majlis Daerah Kota Belud boleh meletakkan lebih banyak tong sampah di sekitar pasar malam tersebut. Oleh hal yang demikian, para peniaga dan pengunjung akan membuang bungkusan plastik minuman dan makanan ke dalam tong sampah itu. Menguatkuasakan undang-undang : Kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang sebagai usaha untuk

menyedarkan masyarakat sekaligus untuk mewujudkan kawasan pekan yang sentiasa bersih. Dalam konteks ini, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memastikan kawasan pasar malam dan sekitarnya bersih. Bak kata pepatah muafakat membawa berkat!

17

Jadual : Jenis Perniagaan di Pasar Malam Kota Belud

Jenis Perniagaan Kuih-muih Lauk-pauk Ikan kering Sayur-sayuran Buah-buahan Minuman Sumber : Pemerhatian di Pasar Malam Kota Belud.

Bilangan peniaga 17 10 4 12 2 6

Carta Pai : Jenis Perniagaan di Pasar Malam Kota Belud

12% PETUNJUK 4% 33% Kuih-muih Lauk-pauk Ikan kering 23% Sayur-sayuran Buah-buahan Minuman 20%

8%

18

RUMUSANKerja kursus yang telah saya laksanakan ini membolehkan saya mengenal jenis-jenis perniagaan runcit yang wujud di Daerah Kota Belud. Selain itu, saya juga dapat mengetahui kepentingan perniagaan runcit pasar malam seperti menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup penduduk, menyediakan barangan yang segar dan memudahkan penduduk setempat membeli barang. Di samping itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam antaranya ialah dasar kerajaan, modal perniagaan yang sedikit, lokasi perniagaan, darjah ketersampaian yang tinggi dan juga kesesuian waktu beroperasi. Dalam pada itu, saya juga dapat mengetahui kesan negetif akibat perniagaan runcit. Setelah saya melakukan pemerhatian, saya mendapati bahawa kewujudan pasar malam di Kota Belud mengakibatkan kesesakan lalu lintas, masalah sosial, pencemaran darat dan harga tanpa kawalan. Akhir sekali, saya juga dapat mengetahui pihak atau agensi yang

bertanggungjawab untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menangani kesan negatif perniagaan runcit. Tuntasnya, melalui kajian ini, saya dapat melahirkan rasa bangga dan bertuah tinggal di Malaysia kerana banyak prasarana yang telah disediakan oleh kerajaan. Oleh hal yang demikian, semua masyarakat perlulah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk kepentingan bersama.

19

LAMPIRANNama dan tempat tinggal para responden : Nama responden 1) Siti Afsah 2) Ronna 3) Jain 4) Marlinah 5) Jauni 6) Nasir 7) Tini 8) Hatya 9) Dara 10) Siti 11) Yanti 12) Sarina 13) Lan 14) Darwina 15) Siah 16) Noratika Syaza 17) Jaineh 18) Rabiatul 19) Salina 20) Fairus Tempat tinggal Kg. Lebak Engad Kg. Tempasuk II Kg. Tempasuk II Kg. Tempasuk II Kg. tempasuk II Kg. Kota Belud Kg. Payas-Payas Kg. Bobot Kg. Kota Belud Kg. Kota Belud Kg. Rampayan Laut Kg. Taun Gusi Kg. Kota Belud Kg. Jawi-Jawi Kg. Bobot Kem Paradise Kg. Taun Gusi Kg. Tambulion Kg. Lentigi Kg. Kota Belud

20

Borang soal selidik : BORANG SOAL SELIDIK

1. Nama : _________________________________________ 2. Jantina : Perempuan ( ) Lelaki ( )

3. Alamat : _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ 4. Jenis perniagaan : Jenis perniagaan Kuih-muih Lauk-pauk Ikan kering Sayur-sayuran Buah-buahan Minuman Tandakan (/)

21

22

23

24

RUJUKANMohd. Jamil bin Mohamed, Hj. Rodzli bin Hj. Hashim, Hjh. Mahani binti Hj. Mahbar, 2004. Geografi Tingkatan 3. Johor: Johore Central Store Sdn. Bhd. Hjh. Zainab binti Hj. Abd. Kadir, Kamaros Zaman bin Mohd. Affendi, Khui Kah Huan, Ismail bin Abdulllah, 2004. Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Hypersurf Corporation Sdn. Bhd. http://isyayy.blogspot.com/ http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geografi-pmr2010/ http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com http://kudeed.tblog.com/post/1969953506 http://smkpenghulusaad.wordpress.com/ Orang sumber.

25