koc 3402 nota 1 face to face ke-2
TRANSCRIPT
KOC3402 ASAS STRATEGI KOMUNIKASI
STRATEGI KOMUNIKASI MELALUI PENGURUSAN KEMPEN KOMUNIKASI
PERTEMUAN KEDUA SABTU, 14 OGOS 2010
KULIAH HARI INI AKAN MEMBINCANGKAN:
1. Apakah Kempen Komunikasi? - memahamimaksud kempen komunikasi dari sudut takrifan konsep
2. Memahami dan menganalisa keberkesanan strategi komunikasi yang digunakan untuk
mencapai objektif pelaksanaan sesuatu kempen komunikasi
3. Bentuk-bentuk Kempen Komunikasi
4. Mengapa Kempen Komunikasi Gagal?
1. DEFINISI KEMPEN KOMUNIKASI
Communication campaigns are sustained communication efforts involving more than a single message (multiple messages) for the purpose of social influence and to seek clearly defined persuasive goals)
(McGuire, 1984)
DEFINISI KEMPEN KOMUNIKASIKempen komunikasi adalah suatu usaha komunikasi yang berterusan yang melibatkan lebih dari satu mesej (pelbagai mesej) dengan bertujuan untuk pembujukan sosial dan mencapai objektif/matlamat pembujukan yang jelas(McGuire 1984, Terjemahan: Mohd Nizam Osman, 2009)
DEFINISI KEMPEN KOMUNIKASI
Satu set aktiviti komunikasi yang dirancang lebih awal untuk menjangkau dan memotivasi sasaran melalui mesej tertentu, untuk satu tempoh tertentu bagi mencapai objektif tertentu dan menggunakan pendekatan pelbagai media
(Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979, terjemahan oleh Dr. Mohd Nizam Osman 2009)
DEFINISI KEMPEN KOMUNIKASI
1. Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi2. Dirancang (untuk mencapai sesuatu objektif)3. Memotivasi Sasaran (golongan yang telah
dikenalpasti)4. Menyampaikan mesej tertentu5. Dalam suatu tempoh masa tertentu6. Untuk mencapai objektif tertentu7. Menggunakan pendekatan pelbagai media
2. STRATEGI KOMUNIKASI DALAM KEMPEN1. Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
- Aktiviti komunikasi merujuk kepada semua bentuk perbuatan, tuturkata, gerak badan (posture) serta apa sahaja perbuatan dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada pihak kedua
- Aktiviti komunikasi, khususnya kempen komunikasi mestilah dilakukan dengan menggunakan strategi untuk mencapai objektif tertentu(Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979)
STRATEGI KOMUNIKASI DALAM KEMPEN
- Strategi menyampaikan objektif Kempen Komunikasi dilakukan melalui 2 pendekatan
(Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979)
1. Melalui Media Massa
2. Secara Interpersonal(Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979)
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
Strategi Komunikasi (Dalam Kempen)
- Strategi komunikasi melalui media massa dan secara interpersonal memberi fokus kepada mesej dan kaedah penyampaian mesej(Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979)
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
Strategi Komunikasi (Dalam Kempen)- Adi Akhirah (2004:63) berpendapat strategi
kempen komunikasi lebih efektif dilakukan secara interpersonal berbanding melalui media massa kerana:(Adi Akhirah 2004:63)
- secara interpersonal lebih bersifat ‘realistik’ berbanding melalui media massa
- secara interpersonal melibat penggunaan lebih banyak medium komunikasi (verbal, bukan verbal, menunjukkan perasaan kesedihan/kegembiraan, melalui sentuhan dll- penglihatan dan pendengaran lebih jelas melalui interpersonal
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
Kempen Hidup Sihat Tanpa AIDS (melalui
media massa)
- Strategi komunikasi yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan kempen Hidup Sihat Tanpa AIDS:
* memaparkan kematian berpunca dari penyakit AIDS
* memaparkan kesengsaraan pesakit AIDS
* memaparkan kisah keluarga pesakit AIDS
* menggunakan teknologi
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
Kempen Keselamatan Jalan Raya- Strategi komunikasi yang boleh digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan kempen Keselamatan Jalan Raya* memaparkan statistik kematian kemalangan jalan raya* melaksanakan kempen sepanjang tahun* memaparkan gambar grafik kemalangan maut* mendidik pengguna jalan raya mengenai kesopanan
di jalan raya* strategi komunikasi melalui slogan. Cth?
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
Kempen Budi Bahasa & Nilai-nilai Murni
- Strategi komunikasi yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan kempen Budi Bahasa & Nilai- nilai Murni
* menunjukkan contoh aspek kesopanan di negara lain (negara maju/barat)
* mengambil kira maklum balas dan pandangan pelancong asing
* memulakan dengan diri sendiri
* menegur dengan lembut dan berhemah
* menegur dengan keras (saman/hukuman)
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
Kempen Belia Benci Dadah
- Strategi komunikasi yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan kempen Belia Benci Dadah
* melalui pemimpin pendapat/opinion leaders (Mawi)
* melalui pendidikan
* paparan hidup dalam pusat serenti / penjara
* paparan hukuman sebat
* paparan hukuman gantung sampai mati
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
- Strategi komunikasi dalam kempen yang dilakukan secara verbal sahaja
* untuk memberikan kefahaman
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
- Strategi komunikasi dalam kempen yang dilakukan secara verbal sahaja (sambungan)
* untuk menjimatkan kos
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
- Strategi komunikasi dalam kempen yang dilakukan secara verbal sahaja (sambungan)
* untuk menyampaikan maklumat komplex (tidak berkesan dilakukan melalui paparan data statistik atau paparan imej/gambar)
Contoh:
Kempen Knowledge Society
Kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat
Mengadakan Suatu Bentuk Aktiviti Komunikasi
- Strategi komunikasi dalam kempen yang dilakukan secara verbal sahaja (sambungan)
* strategi komunikasi lebih dipercayai secara
verbal
- melalui ‘eye-contact’
- melalui penampilan diri secara fizikal
- melalui kejelasan penerangan yang diberikan
Dirancang Untuk Mencapai Sesuatu Objektif
2. Dirancang (untuk mencapai sesuatu objektif)
(Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979)
- kempen komunikasi haruslah dirancang dengan strategik untuk mencapai objektifnya
- Perancangan haruslah mengambil kira mesej yang ingin disampaikan, kaedah penyampaian, melibatkan pihak-pihak tertentu, memikirkan implikasi pada masa hadapan dll (Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979)
Dirancang Untuk Mencapai Sesuatu Objektif
- Strategi perancangan kempen komunikasi:
- menentukan tarikh yang bersesuaian- khalayak sasaran- kos dalam melaksanakan kempen- lokasi pelaksanaan kempen- kaedah pelaksanaan kempen
Memotivasi Sasaran
3. Memotivasi Sasaran (golongan yang
telah dikenalpasti)
- Kempen komunikasi haruslah menekankan kepada aspek memotivasi sasaran (tidak cukup hanya dengan memberikan paparan dan pendedahan sahaja)(Rogers, Solomon dan Adhikarya, 1979)
Memotivasi Sasaran
- Aspek motivasi juga boleh dilakukan secara PEMUJUKAN:Gilchrist 1996
Definisi Pemujukan:Pemujukan dilakukan dengan “memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat hati (mengajak, menipu, dll)”Kamus Dewan Edisi Keempat 2005:1242
Memotivasi Sasaran
- Aristotle (384-322 B.C), seorang Sarjana Greek (Greek Philosopher) melakukan kajian mendalam mengenai bagaimana untuk memujuk khalayak untuk menerima pandangan dan hujahan
- Aristotle mengenal pasti beberapa strategi komunikasi yang boleh digunakan dalam pembujukan
- Menurut Aristotle, aspek pembujukan haruslah dilakukan melalui cara mesej ditulis dan disampaikanGilchrist 1996
Memotivasi Sasaran
- Pada tahun 335 B.C., Aristotle telah menyenaraikan 3 kaedah dalam melakukan PEMBUJUKAN: * ETHOS* PATHOS* LOGOS
- Menurut Aristotle, strategi komunikasi yang digunakan dalam aspek pembujukan dilakukan menggunakan salah satu atau ketiga-tiga aspek (Ethos, Pathos, Logos)Gilchrist 1996
Memotivasi Sasaran
ETHOS
- Ethos, perkataan Greek bermaksud Kredible (Credibility) atau boleh dipercayai dan dihormatiGilchrist 1996
- Kaedah pembujukan (strategi komunikasi) dilakukan secara kejujuran
- Penampilan diri penyampai adalah fokus utama dalam pembujukan dengan menggunakan kaedah EthosGilchrist 1996
Memotivasi Sasaran
ETHOS
- Strategi pembujukan (strategi komunikasi) dalam Kempen Komunikasi melalui kaedah Ethos:
* pembujukan dilakukan oleh seseorang dari institusi keagamaan
* pembujukan dilakukan oleh seseorang dari institusi pendidikan
* pembujukan dilakukan oleh seseorang dari institusi sosial (kekeluargaan)
Memotivasi Sasaran
PATHOS- Pathos, perkataan Greek bermaksud emosi
(Emotional) atau kaedah dalam menyentuh aspek emosi seseorangGilchrist 1996
- Kaedah pembujukan melalui Pathos dilakukan dengan menyentuh perasaan khalayak
- Dilakukan melalui pemilihan perkataan, intonasi suara (sedih dan emosi) serta mimik muka penyampai
Memotivasi Sasaran
PATHOS- Strategi pembujukan (strategi komunikasi)
dalam Kempen Komunikasi melalui kaedah Pathos:* dilakukan secara verbal dan bukan verbal untuk menyentuh perasaan khalayak
Gilchrist 1996
* tidak dilakukan melalui media sebab pada zaman tersebut, media tidak digunakan secara meluas * pergerakan badan memainkan peranan
penting dalam pembujukan secara Pathos
Gilchrist 1996
Memotivasi Sasaran
PATHOS- Dalam zaman Aristotle, sekumpulan sarjana
mengkaji kaedah penyampaian mesej (strategi komunikasi) melalui kejelasan suara dan kejelasan pergerakan badanGilchrist 1996
- Strategi komunikasi melalui pergerakan badan adalah lebih berkesan sebab tiada alat pembesar suara, tiada televisyen, radio dll pada zaman ituGilchrist 1996
Memotivasi Sasaran
PATHOS- Strategi pembujukan dalam Kempen
Komunikasi melalui kaedah Pathos:
* dilakukan secara verbal, secara bukan verbal dan melalui paparan gambar/imej grafik untuk menyentuh perasaan
khalayak* bersesuaian untuk kempen-kempen berikut:
- Kempen Hidup Sihat Tanpa AIDS - Kempen Keselamatan Jalan Raya
Memotivasi Sasaran
LOGOS- Logos, perkataan Greek bermaksud memilih
kata-kata bersesuaian untuk dijadikan hujahan secara logik (Logical Reasoning)Gilchrist 1996
- Kaedah pembujukan (strategi komunikasi) secara Logos dilakukan dengan memberikan penerangan secara logik
- Dilakukan dengan melalui data statistik, paparan imej/gambar, dan memberikan cadangan secara logik cara untuk menyelesaikan masalah
Memotivasi Sasaran
LOGOS
- Strategi pembujukan dalam Kempen Komunikasi (strategi komunikasi) melalui kaedah Logos:
* menggunakan strategi secara verbal (pemilihan perkataan yang meyakinkan)
* menggunakan juga gambar dan imej grafik untuk memperkukuhkan aspek pembujukan
* data statistik juga boleh digunakan untuk membujuk secara logik
Memotivasi Sasaran
LOGOS
- Contoh-contoh Kempen Komunikasi yang dilakukan secara logik:
* Kempen Keselamatan Jalan Raya
(paparan data statistik, gambar)
* Kempen Anti Merokok
(info/gambar mengenai barah paru-paru barah otak, gigi yang kotor serta data statistik kematian akibat tabiat
merokok)
* Kempen Anti Dadah
(impak ke atas diri sendiri, keluarga dan masyarakat, demonstrasi hukuman
sebat)
]
STRATEGI KOMUNIKASI MELALUI PENGURUSAN KEMPEN KOMUNIKASI
Menyampaikan mesej tertentu
- Objektif umum kempen dijalankan adalah untuk menyampaikan mesej tertentu
- Strategi komunikasi yang efektik dalam menyampaikan mesej utama kempen
* secara verbal (interpersonal)
* melalui pemimpin pendapat
* melalui media elektronik
* melalui media cetak
Menyampaikan mesej tertentu
Mesej dan objektif Kempen Komunikasi mungkin tidak disampaikan dengan berkesan kerana:
- Pemilihan saluran komunikasi yang tidak strategik
- Maklumat yang tidak jelas (gangguan semantik)
Contoh:
- Sikap masyarakat yang enggan berubah
- Masalah kos dan tiada sambutan dari masyarakat
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Meningkatkan kesedaran melalui Strategi Komunikasi
Strategi Komunikasi untuk meningkatkan kesedaran dalam kempen-kempen berikut:
Kempen Anti Merokok- memberi informasi kepada perokok mengenai impak merokok ke atas perokok sekunder (secondary smoker)- memberi informasi kepada perokok mengenai kandungan bahan-bahan toxic dalam rokok
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Meningkatkan Kesedaran melalui Strategi KomunikasiKempen Keselamatan Jalan Raya
Melalui Peringatan- memberi peringatan mengenai keselamatan kaum keluarga
Impak ke atas Orang Tersayang- impak ke atas orang-orang tersayang
“ingatlah kepada orang yang tersayang”- mereka (kaum keluarga) menunggu anda pulang ke rumah, bukan pulang ke Rahmatullah
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Menambahkan Pengetahuan melalui Strategi Komunikasi
Kempen Anti MerokokMelalui Pengetahuan- “setiap satu batang rokok yang anda hisap
akan mengurangkan nyawa anda selama 6 minit”
Melalui Pendidikan- Kaedah untuk berhenti merokok
“anda tidak akan mati jikalau anda tidak merokok tetapi anda akan mati sekiranya anda terus merokok”
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Strategi Komunikasi dalam menjayakan kempenanti merokok:- Melalui radio dan televisyen (media elektronik)
* kaedah ini membolehkan mesej kempen anti merokok disalurkan kepada golongan heterogen, lebih ramai
- Melalui akhbar dan majalah (media cetak)* lebih berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat di kawasan pedalaman* golongan ini lebih kerap membaca akhbar daripada menonton TV atau mendengar radio
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Strategi Komunikasi dalam menjayakan kempen
anti merokok:
- Secara interpersonal (institusi kekeluargaan)
* kaedah ini dilakukan dengan mendapatkan ahli keluarga mengingatkan bahaya
merokok kepada suami/ayah/anak lelaki dll
* kaum keluarga juga boleh memberikan ingatan kepada perokok mengenai pembaziran tabiat merokok
(RM12.00 X 1 kotak X 2 kotak sehari) = RM24
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Mengubah Sikap Masyarakat melalui
Strategi Komunikasi
Kempen Gaya Hidup Sihat
- Memberi informasi mengenai kandungan makanan
- Memberi informasi mengenai kandungan lemak/hasiat dalam makanan
- Memberi ingatan mengenai keperluan bersukan dan bersenam
- Memberi informasi mengenai jumlah kalorie/lemak yang dibakar melalui aktiviti bersukan
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Mengurangkan Impak/Implikasi ke atas
Masyarakat melalui Strategi Komunikasi
Kempen Keselamatan
- Memberi pendedahan mengenai aspek keselamatan di rumah
- Peringatan mengenai aspek keselamatan di luar (kes-kes ragut, bunuh, samun, mat rempit dll)
- Maklumat mengenai cara menjaga keselamatan diri
- Maklulmat mengenai keselamatan kanak-kanak
Untuk Mencapai Objektif Tertentu
Membantu Pembangunan Sosial, Politik danEkonomi melalui Strategi Komunikasi
Kesemua kempen-kempen menyumbang kepadapembangunan sosial, politik dan/atau ekonomi
- Kempen Hidup Sihat- Kempen Keselamatan Jalan Raya- Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni- Kempen Kebersihan
7. MELALUI PENDEKATAN PELBAGAI MEDIA- Media yang sering digunakan dalam Kempen
Komunikasi:
Media Cetak- mungkin lebih bersesuaian di kalangan
masyarakat luar bandar/pedalamanContoh: Kempen Hidup Sihat Tanpa AIDS
Media Elektronik- lebih bersesuaian di kalangan masyarakat
bandar (atas faktor pendidikan dan aspek sosial yang lebih tinggi)Contoh: Kempen Keselamatan Jalan Raya
Media Baru- tidak banyak digunakan dalam kempen
MELALUI PENDEKATAN PELBAGAI MEDIA
Media Cetak
- Media cetak merangkumi akhbar, majalah, brosur, buku, pengiklanan terus secara bercetak (printed direct mail)
- Bergantung kepada objektif sesuatu kempen komunikasi, sesetengah kempen tidak sesuai dilakukan melalui media cetak
- Contoh: Kempen Membasmi Nyamuk Ades
- memerlukan penerangan secara verbal yang lebih jelas kepada
masyarakat (pedalaman/luar bandar)
MELALUI PENDEKATAN PELBAGAI MEDIA
Media Elektronik- Media elektronik: televisyen, radio dan filem
- Kempen komunikasi yang memerlukan fokus ke atas aspek visual dan audio adalah lebih efektif dilakukan melalui media elektronik seperti televisyen
- Normah Mustaffa (2007) pula berpendapat media cetak (akhbar) berupaya memberi peringatan yang lebih tinggi kepada khalayak pembaca melalui paparan gambar dan visual grafik
- Maklumat kempen boleh disalurkan secara meluas kepada lebih ramai orang
- Memberi fokus ke atas impak visual dan audio
Melalui Pendekatan Pelbagai Media
Media Elektronik- Impak kempen komunikasi melalui televisyen/
filem/radio adalah jauh lebih besar berbanding media cetak (akhbar)
- Strategi komunikasi = mengikut masa kempen ditayangkan dalam televisyen kepada golongan khalayak sasaran (waktu prima)Contoh: kempen Anti Merokok ditayangkan
semasa siaran langsung Piala Dunia (Bolasepak)
- Mesej kempen perlu disesuaikan dengan golongan khalayak sasaran
MELALUI PENDEKATAN PELBAGAI MEDIA
Media Baru (New Media)
- Media baru merangkumi Internet, Telefon Bimbit dan Satelit
- Kempen-kempen komunikasi tidak berkesan sekiranya ianya dilakukan melalui pendekatan media baru
- Mengapa?
MELALUI PENDEKATAN PELBAGAI MEDIA
SEBAB- Khalayak menggunakan Internet untuk tujuan
spesifik seperti mencari maklumat, e-mel, bermain permainan di atas talian (bukan untuk hiburan dan mengisi masa lapang)
- Kesahihan/Kebenaran maklumat kempen boleh dipertikaikan
- Sumber yang merancang dan melaksanakan kempen tidak jelas
- Sukar untuk mendapatkan perhatian khalayak (terlalu banyak maklumat, khususnya dalam Internet)
3. BENTUK-BENTUK KEMPEN KOMUNIKASI
Kempen Komersil (Promotional Campaigns)
- Kempen komersil bermotifkan keuntungan(McGuire, 1984)
- Kempen komersil berkaitan dengan usaha merancang untuk mempromosi dan memasarkan produk pengeluaran atau perkhidmatan sesebuah firma pengeluaran atau organisasi yang menawarkan produk/servis untuk jualan kepada pengguna(McGuire, 1984)
Kempen Komersil
- Kempen komersil menggunakan pendekatan strategi komunikasi berikut dalam mencapai objektif:
- Menyampaikan maklumat mengenai kos yang lebih rendah daripada jualan biasa Contoh: RM9.99
- Menggunakan pendekatan psikologi untuk meyakinkan khalayak mampu memperolehi produk yang dikempenkan (bayar secara ansuran)
- Kempen disasarkan khusus kepada khalayak sasaran (golongan wanita) sebab wanita mempunyai pengaruh yang lebih tinggi berbanding kaum lelaki dalam membuat keputusan membeli dalam konteks keluarga (Mohd Helmi Abd. Rahim, 2007)
Kempen Sosial (Social Campaigns)
- Kempen sosial lazimnya tidak bermotifkan keuntungan dan berfungsi untuk memberitahu, membujuk atau mendorong perubahan-perubahan minda, perasaan, dan perlakuan kumpulan sasaran(McGuire, 1984)
- Kebanyakkan kempen-kempen kerajaan dan NGOs adalah Kempen Sosial
Kempen Sosial (Social Campaigns)
- Contoh Kempen Sosial:- Kempen Belia Benci Dadah- Kempen Hidup Sihat Tanpa Aids- Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni- Kempen Menderma Darah- Kempen Kebersihan- Kempen Membanteras Nyamuk Ades- Kempen Kesihatan
Kempen Sosial (Social Campaigns)
- Strategi Komunikasi Dalam Melaksanakan Kempen Sosial:* berkempen di lokasi-lokasi strategik dan memberikan penerangan secara verbal kepada khalayak
* memberi insentif/hadiah sebagai galakan kepada khalayak untuk menyokong kempen-kempen sosial
* mendahulukan masyarakat yang terlibat secara langsung dalam sesuatu kempen. Contoh:
Kempen Politik (Political Campaigns)
- Kempen politik tidak bermotifkan keuntungan tetapi bermotifkan kepada kemenangan kepada sesuatu pihak yang tertentu (parti politik)(McGuire, 1984)
- Kempen politik sering diadakan pada musim pilihanraya
- Objektif utama kempen politik adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat tentang kebolehan sesuatu parti politik dalam mentadbir negara/kawasan/daerah(McGuire, 1984)
Kempen Politik (Political Campaigns)
- Kempen politik sering kali melibatkan wang dalam usaha untuk memancing undi
- Pelbagai strategi komunikasi dilakukan untuk menjatuhkan pihak lawan.
Contoh:
- menceritakan kelemahan pihak lawan
- memberi fokus kepada tahap pembangunan yang rendah di sesetengah kawasan/daerah/negeri
- mengelirukan rakyat dengan janji-janji kosong
4. Mengapa Kempen Komunikasi Gagal?Mesej dan objektif Kempen Komunikasi mungkin tidak disampaikan kepada khalayak secara efektif
- Pemilihan saluran komunikasi yang tidak strategik
- Perancangan/Pelaksanaan/Pemantauan yang tidak strategik
- Maklumat yang tidak jelas (gangguan semantik) Contoh: Kempen HIV/AIDS di kalangan masyarakat pedalaman
- Masalah kos dan tiada sambutan dari masyarakat
- Sikap masyarakat yang enggan berubah(memberikan pelbagai alasan) – Kognitif Disonans
Teori Kognitif
Teori Kognitif (Cognitif Theory)- kognitif merujuk kepada proses mental untuk
mentafsir, mempelajari, dan memahami sesuatu – pengamatan yang berlaku dalam otak manusia(Kamus Dewan Edisi 4, 2005:803)
- kepercayaan, persepsi, tingkah laku, reaksi dan sebagainya. Kognitif berlaku di peringkat minda(Gilchrist, 1994)
Contoh:- pelaksanaan sesuatu dasar awam- isu kemasyarakatan (masalah sosial, masalah
dadah, isu ‘mat rempit’, rasuah dll).
Kognitif Konsonan (Consonant cognitions)(Gilchrist, 1994)
- kognitif-kognitif yang dipercayai mempunyai hubung kait yang positif (+ve) di antara kepercayaan (minda) dan perbuatan (fizikal)
- konsonan merujuk kepada hubungan di antara dua atau lebih idea/pendapat (kognitif) yang tidak bercanggah
- Kempen komunikasi akan lebih berjaya sekiranya masyarakat berfikiran secara ‘kognitif konsonan’
Teori Kognitif Disonan
Kognitif Disonan (Dissonant Cognitions)
- kognitif-kognitif yang dipercayai mempunyai hubungkait yang negatif (-ve) antara kepercayaan (minda) dan perbuatan (fizikal)(Gilchrist, 1994)
Teori Kognitif Disonans (Consonant Dissonance)
- kempen-kempen awam berikut dikatakan tidak berjaya kerana kognitif (minda dan pemikiran) masyarakat dikategorikan di dalam kategori ‘Kognitif Disonans’
- Contoh: Kempen Anti MerokokKempen Keselamatan Jalan RayaKempen Anti DadahDasar Pemberian Jarum Suntikan PercumaDasar Pandang Ke Timur
3. Kognitif Tidak Berkaitan (Unrelated Cognitions)
(Gilchrist, 1994)
- kognitif-kognitif yang dipercayai tidak mempunyai hubung kait antara kepercayaan (minda) dengan perbuatan (fizikal)
- tahap ini tidak mempunyai perkaitan dengan proses penggubalan dan pelaksanaan sesuatu dasar