kolej komuniti tasek gelugor (kktg) yang telah siap dibina ... filelawatan rasmi tuan yang terutama...
TRANSCRIPT
Kolej Komuniti Tasek Gelugor (KKTG) yang telah siap dibina pada 18 Januari 2018
akan menawarkan Kursus Diploma Penyaman Udara. Lawatan diketuai oleh
Pengarah Pembangunan Negeri, diiringi oleh Pengarah dan pegawai-pegawai
KKTG. Lawatan dibuat bertujuan untuk meninjau tahap ketersediaan
pengoperasian KKTG yang dijangka membuat pengambilan pelajar pertamanya
pada Disember 2019.
Lawatan Tapak Projek Permatang Pak Elong oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohamad
Farazi bin Johari, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang ini diadakan
untuk melihat status pelaksanaan terkini projek. Projek yang bermula pada 19
Disember 2017 ini akan melibatkan pelebaran 2 lorong kepada 4 lorong jalan
sepanjang 9km bermula dari Permatang Pak Elong hingga Jambatan Merdeka
ini dijangka siap pada 18 Disember 2020. Ia juga telah dijadikan salah satu
agenda di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri (JKTNg) pada 17
Januari 2019.
5
Lawatan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Pengarah Pembangunan
Negeri Pulau Pinang telah diadakan ke Institut Kemahiran Mara, Seberang Perai
Utara yang telah siap dibina pada Jun 2016. Projek ini merupakan salah satu projek
di bawah penilaian outcome projek telah siap dan dibentang dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Tindakan Negeri (JKTNg) pada 17 Januari 2019. Sasaran outcome
projek ini adalah untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan memenuhi
permintaan industri. Antara skop projek ini termasuklah pembinaan blok
pentadbiran, akademik, bengkel, asrama, dewan makan, surau, pusat pelajar,
perpustakaan, dewan teater pelajar, dewan serbaguna dan pusat riadah.
YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau
Pinang telah mengadakan lawatan ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia (Kejururawatan), Bertam. Lawatan ini bertujuan meninjau keberkesanan
outcome projek siap memandangkan projek ini telah dijadikan salah satu agenda di
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri (JKTNg) pada 17 Januari 2019.
Institut ini telah dibina pada September 2015 dan sasaran outcome projek ialah untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan terutamanya di dalam
bidang kesihatan. Skop projek merangkumi pembinaan blok asrama, dewan kuliah
pelajar, auditorium, blok pentadbiran dan tenaga pengajar, kuarters kakitangan
serta tempat riadah.
Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Tun
Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin
Haji Abbas, Yang DiPertua Negeri Pulau
Pinang telah diadakan ke tapak projek
Menaiktaraf Masjid Jamek Kampung Rawa,
Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Turut serta
pada sesi lawatan berkenaan ialah
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB
Dato' Seri Farizan bin Darus, Pengarah
Pembangunan Negeri Pulau Pinang, YBhg.
Dato' Dr. Mohamad Farazi bin Johari, Yang
Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (MAINPP), YBhg. Dato' Haji Abdul
Malik bin Abul Kassim, Mufti Negeri Pulau
Pinang, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji
Wan Salim bin Wan Mohd. Noor, Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau
Pinang (JHEAIPP), YBrs. Tuan Zulkifli bin Long, Pengarah Kerja Raya Pulau Pinang, YBrs. Tuan
Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin,
pegawai-pegawai daripada agensi kerajaan
yang terlibat serta ahli-ahli Kariah Masjid
Jamek Kampung Rawa. Sebagai makluman,
projek ini dibiayai secara bersama dengan
prinsip 70:30 dimana sumbangan Kerajaan
Persekutuan berjumlah RM3.5juta manakala
sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak
RM1.5juta. Projek yang mengambil tempoh 24 bulan ini bermula pada 13 Disember 2017
dan dijadualkan siap pada 12 Disember 2019.
Skop bagi projek ini melibatkan kerja-kerja
meroboh dan membaikpulih sebahagian
bangunan masjid sedia ada serta kerja-kerja
mendirikan bangunan tambahan masjid dua
tingkat. Pada sesi lawatan tersebut, Tuan
Yang Terutama telah dibawa melihat
kemajuan kerja sebenar di tapak dan diberi
penerangan berhubung kemajuan
kerja oleh Pengarah Kerja Raya Pulau
Pinang.
Buat julung-julung kalinya PPN Negeri
Pulau Pinang melalui Kelab Kebajikan
5P telah mengajurkan konvoi
bermotosikal ke Castella Cafe, Gerik,
Perak. Program konvoi ini telah disertai
hampir 70 orang yang terdiri daripada
warga 5P. Perjalanan yang jaraknya
sekitar 124KM dari Butterworth ini
bermula pada jam 7.30 pagi dan
berakhir sekitar jam 5.30 petang serta
melibatkan 15 buah motosikal dan 3
buah kereta.
Program ini turut disertai oleh YBhg.
Dato' Dr. Mohamad Farazi Bin Johari
dan isteri. Objektif program kali ini
adalah bertujuan mengeratkan
hubungan yang sedia terjalin dalam
kalangan warga 5P disamping memberi
pendedahan kepada para peserta
berhubung teknik-teknik yang betul
ketika berkonvoi.
11
Pada 31 Januari 2019 (Khamis),
Perhimpunan Bulanan 5P Bilangan 1
Tahun 2019 telah diadakan di Anjung
Putra, Menara Boustead. Semua
pegawai dan kakitangan telah hadir
bagi mendengar amanat Pengarah,
YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Farazi bin
Johari sempena tahun baru 2019. Beliau
telah menekankan mengenai disiplin
dan semangat berpasukan yang perlu
sentiasa diterapkan dalam diri semua
pegawai dan kakitangan agar perancangan tahunan dapat dicapai
dengan cemerlang. Selain itu,
Perhimpunan Bulanan turut diisi dengan
taklimat zakat oleh Tuan Haji Omar
Ibrahim bin Zakat Pulau Pinang serta
perkhidmatan kaunter zakat bagi
urusan Zakat Pendapatan.
Pada 1 Februari 2019, Biro Ahli Seumur Hidup PUSPANITA Negeri Pulau Pinang menerusi PUSPANITA Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Forum Kesedaran Pembelian Atas
Talian: Risiko dan Penyelesaiannya. Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Biro Seumur Hidup PUSPANITA merangkap Pengerusi PUSPANITA PPN Pulau Pinang, Datin Nor Hayati binti Harun. Forum ini telah banyak memberi pendedahan kepada hadirin mengenai hak pengguna, fungsi tribunal dan juga peranan KPDNHEP dalam mengendalikan isu-isu kepenggunaan terutamanya dalam urusniaga atas talian.
Program Esprit De Corp 5P telah diadakan bertempat di Anjung Putra, Menara
Boustead. Program ini dilaksanakan dengan objektif mengukuhkan semangat kerjasama
dan komitmen sepasukan dalam kalangan pegawai dan kakitangan Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya. Fasilitator
jemputan, Encik Zaafar bin Md. Sanid yang juga merupakan wakil dari Jabatan
Pembangunan Kemahiran, telah mengendalikan program ini dengan jayanya meliputi
komponen Ice Breaking, Personality dan Group Integration. Secara keseluruhannya program Esprit De Corp 5P telah berjaya membina semangat berpasukan di 5P bagi
melaksanakan tugasan dalam mencapai visi dan misi yang sama.
Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk
Zolkopli bin Dahalan telah berbesar hati
untuk hadir ke Pejabat Pembangunan
Negeri Pulau Pinang pada 25 Mac 2019 bagi
Sesi Penyampaian Amanat kepada seluruh
warga PPN Pulau Pinang dan Bahagian
Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau
Pinang (BPPBPP). Beliau telah menekankan
agar semua warga ICU JPM dapat
melaksanakan arahan dan amanah dengan
penuh komitmen dan berintegriti bagi
memastikan hala tuju pembangunan dan
peranan ICU JPM selaku agensi persekutuan
di negeri Pulau Pinang dapat dicapai
sepenuhnya. Beliau juga menyarankan agar
seluruh pegawai dan kakitangan menjadi
lebih kreatif dalam melaksanakan tugasan
harian dan mampu memanfaatkan
pembangunan teknologi terkini dalam
menyelesaikan tugasan.
Sepanjang bulan Januari 2019, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
(PPNPP) telah menyampaikan sumbangan Baucar Tunai kepada Ketua Isi
Rumah (KIR) eKasih dan B40 Negeri Pulau Pinang merangkumi KIR daripada
zon Seberang Perai dan juga pulau. Antara KIR yang terpilih untuk menerima
sumbangan ini ialah mereka yang berpendapatan rendah, mempunyai tanggungan yang ramai, KIR berstatus ibu tunggal dan warga emas. Baucar
tersebut boleh ditunaikan di pasaraya terpilih untuk membeli barangan asas
atau keperluan harian KIR dan keluarga. Sumbangan ini diharap dapat
menampung perbelanjaan selain meringankan beban KIR yang terlibat.
PPNPP telah mengadakan sesi pendaftaran peserta
i-Suri Fasa 1 bagi Negeri Pulau Pinang bertempat di
Bilik Bunga Raya, Wisma Persekutuan Seberang Perai
Utara, Kepala Batas. Sesi pendaftaran ini melibatkan
115 orang peserta daripada Daerah Seberang Perai
Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah. Peserta
yang hadir terdiri daripada suri rumah iaitu Ketua isi
Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) eKasih yang
telah disenaraipendek oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat
untuk menerima manfaat di bawah Program
Caruman Sukarela (i-Suri) Fasa 1. Di bawah program
ini, peserta yang mencarum sekurang-kurangnya
RM5 sebulan atau RM60 setahun layak menerima
insentif Kerajaan berjumlah RM480 setahun. Seramai
lima (5) orang pegawai dan kakitangan daripada
Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Seberang Jaya telah hadir bagi menjayakan sesi
pendaftaran ini yang turut dibantu oleh pegawai
dan kakitangan.
Pada bulan Januari 2019, Seksyen
Kesejahteraan Rakyat telah mengadakan
lawatan Mobile Team melibatkan Ketua Isi
Rumah (KIR) eKasih di Daerah Seberang Perai
Utara. Semasa lawatan berkenaan, PPNPP
telah menyampaikan sumbangan berupa
Bakul Makanan (Food Basket) yang
mengandungi barangan keperluan harian
kepada Ketua Isi Rumah yang terlibat. Lawatan
turun padang ini turut dihadiri oleh Penghulu
kawasan, pegawai-pegawai daripada agensi
pemberi bantuan seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Zakat Pulau Pinang dan juga wakil
daripada Pusat Khidmat YB ADUN. Agensi serta
wakil Pemimpin Tempatan juga turut
menyampaikan sumbangan berupa wang
tunai dan barangan asas semasa lawatan
berkenaan bertujuan meringankan beban KIR.
Pada 28 Mac 2019, PPN Pulau Pinang telah mengadakan lawatan ke rumah Ketua Isi
Rumah (KIR) eKasih yang terpilih untuk mengerjakan ibadah Umrah di bawah
Program CSR Asnaf Tahun 2019. Dua orang KIR yang terpilih menerima tajaan penuh
daripada agensi pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya
iaitu Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dan sekutunya. Semasa lawatan
tersebut, wakil dari PPN Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan kepada
kedua-dua KIR untuk menampung keperluan dan perbelanjaan ke tanah suci
manakala wakil daripada Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. iaitu Pengurus
Cawangan Negeri Pulau Pinang telah menyerahkan surat tawaran beserta set
bagasi kepada kedua-dua peserta.