konflik agama

Download KONFLIK AGAMA

If you can't read please download the document

Upload: swee-mun

Post on 16-Apr-2017

21.119 views

Category:

Government & Nonprofit


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanSeperti yang diperkatakan dalam soalan, walaupun setiap agama sentiasa mengingatkan penganutnya untuk mengamalkan nilai kasih sayang dan menjaga pendamaian antara satu sama lain, namun demikian, konflik antara agama masih sering berlaku di seluruh dunia. Sememangnya, setiap agama memilliki matlamat yang sejagat dalam aspek yang mengetengahkan skop dan polisi moral serta etika dalam beragama tetapi konflik berlaku adalah disebabkan atas dasar agama yang difahami secara sangat sempit dan adakalanya difahami secara sambil lewa dan tidak secara khusus. Di samping itu, sebahagian besar pemeluk agama pula mentafsirkan ajaran agamanya dengan cara yang salah. Konflik agama telah menular di kalangan komuniti pada setiap pemeluk agama sama ada Islam, Buddha, Hindu, mahupun Kristian. Mereka berpendapat bahawa hanya pentafsiran mereka adalah paling benar dan tepat. Situasi ini tidak boleh dianggap sebagai isu sekarang kerana ini akan memberi impak pada masa yang akan datang dan menjejaskan keharmonian masyarakat. Oleh yang demikian, dalam persoalan ini, punca-punca yang menyebabkan berlakunya konfilk antara agama telah dibincangkan supaya dapat diperluaskan dan menjadi isu untuk diberi perhatian utama oleh masyarakat secara khusus. Selain itu, kesan konflik agama turut dibincangkan. Hasilnya, persoalan dan kaedah mengatasi dalam konflik agama dapat ditubuhkan serta dijadikan sebagai satu sumber rujukan kepada masyarakat dalam melahirkan masyarakat yang majmuk dan harmoni.

2.0 Penerapan Kasih Sayang Dalam Setiap AgamaKasih sayang ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Setiap manusia harus mempunyai nilai kasih sayang dalam diri mereka. Hal ini kerana, kasih sayang ialah satu elemen yang penting dalam kehidupan. Kasih sayang diamalkan dengan perasaan prihatin, mengambil berat, memberi sokongan serta dorongan terhadap orang lain. Agama ialah hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan (Shamsul Amri Baharuddin, 2012). Contoh agama yang diamalkan oleh rakyat di dunia ialah Agama Islam, Agama Buddha, Agama Hindu, Agama Kristian, Agama Sikh dan kepercayaan Animisme. Walaupun agama-agama tersebut mempunyai kitab, kebudayaan dan adat yang berbeza namun ajaran adalah hampir sama iaitu menekankan erti kasih sayang dan perdamaian.Dalam ajaran agama Islam, kasih sayang dan pendamaian. Seperti yang terkandung dalam al-Quran, kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. (al-Hujurat: 13), islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup yang berbeza (Shamsul Amri Baharuddin, 2012). Hal ini menunjukkan pendekatan agama Islam yang harmoni, saling mengenali tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan etnik adalah setaraf di sisi Tuhan. Oleh itu, agama Islam menekankan pendamaian.Dalam agama Buddha, kasih sayang diterapkan melalui ajaran memancarkan metta kepada semua makhluk tanpa kekecualian dan mengajar belas kasihan yang universal. Penganutnya juga dilarang membedakan bangsa. Selain itu, penganutnya juga harus memberi kasih sayang terhadap haiwan. Hal ini diterapkan melalui ajaran kepada penganutnya supaya tidak membunuh atau menyembelih dan binatang kerana haiwan dianggap sebagai saudara mereka. Oleh itu, penganutnya hanya makan makanan sayur-sayuran sahaja. Dalam ajaran Buddha, penganutnya harus membuang fikiran menakluk orang lain.Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2012), dalam agama Hindu, nilai kasih sayang di terapkan melalui ajaran dalam Kitab Veda. Dalam Kitab Veda terkandung catur Paramita yang terdiri daripada Maitri iaitu bersahabat dengan orang yang berbaik budi dan Karuna iaitu menunjukkan kasih sayang terhadap orang yang menderita. Dengan ini, penganutnya dapat memahami dan mengamalkan nilai murni tersebut dalam menunjukkan kasih sayang kepada semua.Dalam agama Kristian pula, nilai kasih sayang sangat penting kerana ia menjadi panduan utama dalam ajaran tersebut. Menurut agama Kristian, kasih sayang ialah bentuk keadilan, pengampunan dan ketaatan. Keperibadian seperti kecerdasan, keberanian, disiplin diri dan kerendahan hati diperlukan dalam membentuk kasih sayang dalam diri individu.Dalam agama Sikh, menekankan hubungan sesama manusia iaitu kepentingan pendamaian. Hubungan sesama manusia terkandung dalam kitab Adi Granth atau Sri Guru Granth Sahib yang menjadi kitab yang terpenting dalam pengamalan cara hidup. Melalui ini, penganut agama Sikh sentiasa patuh kepada kitab tersebut dan mengamalkan sikap kasih sayang terhadap semua kaum tanpa mengira bangsa dan etnik.Kesimpulanya, terdapat pelbagai agama di dunia ini yang dianuti oleh pelbagai etnik. Semua agama saling menekankan konsep kasih sayang dan pendamaian antara agama walaupun cara penyampaiyannya berbeza. Namun begitu, terdapat juga konflik antara agama sering berlaku di dunia.

3.0 Punca Konflik AgamaIsu konflik di antara agama nampaknya tidak akan pernah selesai. Kes-kes yang menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penganut agama sering muncul. Kita tidak dapat memisahkan ekstermisme agama dengan budaya di mana agama tersebut muncul (Kahmad, 2002). Malah kita tidak dapat menghapus ekstremisme tanpa mengubah budaya tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan konflik agama berlaku akan dibincangkan seterusnya.Punca pertama konflik antara agama ialah pandangan yang berbeza antara penganut (Fernandez, 2004). Setiap agama mengajar penganutnya supaya menjadi insan yang baik, bertolak ansur, serta menghormati agama lain. Namum demikian, pandangan yang berbeza antara penganutnya menyebabkan berlakunya konflik antara agama lain. Mereka juga menganggap ajaran agama merekalah benar serta tidak menerima pandangan atau menghormati ajaran agam lain (Kahmad, 2002). Hal ini kerana, segelintir penganut tidak menerima pandangan penganut agama lain. Hal ini menyebabkan, berlakunya perselisihan faham antara agama dan mencetus konflik.Selain itu, perbezaan tingkat kebudayaan juga merupakan salah satu faktor berlakunya konflik agama. Agama juga dikenali sebagai sebahagian daripada budaya bangsa manusia. Kenyataan ini membuktikan bahawa terdapat pelbagai budaya dan bangsa di dunia. Budaya dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu, budaya tradisional dan juga budaya moden (Kahmad, 2002). Perbezaan antara dua budaya ini dapat dilihat dalam konflik berlaku antara kelompok masyarakat agama Islam-Kristen d Indonesia. Kelompok budaya masyarakat setempat iaitu tradisional memiliki budaya yang sederhana atau tradisional; sedangkan kelompok budaya masyarakat moden memiliki budaya yang lebih maju atau modern (Kahmad, 2002). Oleh itu, bentuk rumah gereja dalam kelompok budaya masyarakat moden lebih berwajah budaya barat yang mewah. Perbezaan budaya dalam kelompok masyarakat yang menganut agama yang beza di sesuatu tempat atau daerah ternyata sebagai faktor pendorong yang dapat mempengaruhi konflik antara kelompok agama.Yang ketiga ialah perbezaan doktrin agama. Agama sering kali dijadikan sebagai satu identiti yang membezakan antara kumpulan-kumpulan dalam masyarakat dan menjadi identity penting dalam mencorakkan tingkat laku setiap ahli kumpulan (Esa, Sansalu dan Tamring, 2011). Semua agama mengamalkan pedamaian dan kebaikan kepada sesama manusia tetapi sehingga sekarang juga terdapat banyak rentat konflik di seluruh dunia berlaku disebabkan perbezaan agama. Namun, satu perbezaan sahaja masih tidak pasti mendatangkan masalah besar, sebaliknya yang menjadi punca utama permasalahan adalah tingkat fanatik yang berlebihan sesebuah masyarakat dalam beragama dan kurangnya pengetahuan agama dalam kalangan penganutnya. Hal itu akan dengan mudah dimanfaatkan dan senang berlaku salah faham untuk tujuan-tujuan tertentu. Faktor yang keempat ialah anggapan penganut percaya hanya satu agama ialah benar. Kebanyakan orang beragama percaya bahawa dalam dunia ini, terdapatlah hanya satu Tuhan, iaitu agama mereka sendiri. Oleh sebab mereka percaya hanya satu agama adalah benar, maka mereka membuat alasan bahawa Tuhan yang hanya satu itu tidak akan memberi agama yang berbeza. Pendekatan eksklusif seperti ini pasti akan mendorong ekstemisme kerana seseorang itu secara langsungnya akan melihat semua agama lain sebagai palsu (Benneth, 2008). Hal ini menyebabkan mereka memberi tanggapan agama lain mungkin berasal dari Iblis (Fernandez, 2004). Oleh yang demikian, mereka mula melawan itu dengan perasaan ang tegas kerana mereka menganggap agama tersebut akan menjejaskan keharmonian dunia. Mereka berasa tindakan ini betul kerana percaya tindakan ini adalah kehendak Tuhan, dan merupakan salah satu jalan keselamatan bagi mereka yang tidak percaya.Banyak orang beragama percaya bahawa jika agama itu telah diberikan dan dicipta oleh Tuhan sang pencipta, ajaran dan doktrin mereka haruslah mutlak dan sempurna (Fernandez, 2004). Mereka menganggap bahawa tidak mungkin Tuhan yang Mahakuasa akan mengeluarkan doktrin agama yang bukan kebenaran mutlak (Benneth, 2008). Dalam hal ini, bererti bahawa semua keyakinan yang berbeza harus salah tidak kira hanya sebahagian atau seluruhnya. Hasil yang tidak dapat terelak dari hal ini adalah bahawa, setiap orang akan melihat dirinya sebagai pihak lawan terhadap orang-orang yang menganut agama lain. Oleh itu, berlakulah konflik antara agama kerana setiap penganut agama berasa tidak puas hati agama mereka tidak dipersetujui atau dibantah oleh pihak lain malah mula melakukan perbuatan yang tidak rasianol dan matang untuk melawan balik pihak lawan (Kahmad, 2002).Selain itu, mereka juga percaya agama mereka tidak akan pernah bisa berkembang atau berubah dari waktu ke waktu (Fernandez, 2004). Ini disebabkan bagi mereka, tidak perlulah agama mereka untuk beradaptasi terhadap waktu tetapi waktu yang harus beradaptasi dengan doktrin yang sempurna dan lengkap (Benneth, 2008). Dengan kata lain, mereka percaya bahawa mereka harus menolak semua perubahan dalam agama mereka. Sekiranya terdapat sesiapa yang hendak mengubah atau memberi cadangan tentang doktrin agama tersebut, sama ada dalam cara yang positive atau negative akan menyebabkan konflik antara agama berlaku (Kahmad, 2002). Konflik ini akan mencipta ketegangan dalam kalangan penganutnya sebab mereka risau akan dihukam oleh Tuhan jika menukar doktrin yang telah lengkap dan sempurna itu. Hal ini kerana penganuthnya percaya perbuatan ini akan menghasut kemarahan Tuhan sebab tidak mematuhi doktrin-Nya.Di samping itu, kebanyakan orang beragama percaya bahawa agama harus didefinasikan dalam bentuk hitam dan putih. Yang dimaksudkan berfikir secara hitam-putih adalah menetapkan batasan pemikiran dengan ukuran-ukuran yang sempit. Cara berfikir seperti ini tidak mengandungi nilai toleransi, nilai timbang rasa dan nilai untuk memudahkan sesuatu. Mereka menganggap bahawa percaya hanya agama mereka mempunyai kebenaran yang lengkap, sementara semua agama lain yang bertentangan dengannya adalah sama sekali salah (Benneth, 2008). Mereka percaya tidak ada kemungkinan untuk memkompromi kerana mereka menganggap agama yang lain sebagai Iblis (Fernandez, 2004). Sekiranya mereka memberi Iblis satu jari, Iblis akan mengambil seluruh tangan mereka. Ini bermaksud sekiranya mereka memberi peluang kepada agama lain, maka mungkin akan menjejaskan kelengkapan agama mereka dengan sepenuhnya. Oleh itu, mereka tidak terbuka untuk gagasan bahawa mungkin asa suatu pendekatan terhadap agama yang tidak berdasarkan pendekatan berfikiranr hitam dan putih.Konflik juga akan berlaku apabila setiap agama berpendapat bahawa para pemimpin agama mereka sendiri itu adalah wakil Tuhan di bumi (Kahmad, 2002). Mereka percaya hanya ada satu cara untuk menafsirkan kitab suci agama, iaitu pilihan agama mereka. Pada masa yang sama, mereka turut percaya semua penafsiran yang lain adalah salah. Para pemimpin mereka seolah berbicara mewakili Tuhan dan oleh sebab itu mereka tidak boleh dipertanyakan atau dibantah. Mereka seperti menuntut ketaatan buta dan dengan demikian sesiapa yang tidak menghormati-Nya akan dipandang sebagai musuh.Punca yang seterusnya iahah pertemouran epik (Fernandez, 2004). Para penganut dari pelbagai agama mempunyai kepercayaan terhadap doktrin agama mereka bahawa dunia adalah medan pertempuran antara yang baik dan kekuatan jahat. Banyak umat beragama mendefinasikan baik dan jahat dengan mengatakan bahawa agama mereka merupakan yang baik, sementara semua yang lain adalah jahat (Kahmad, 2002). Oleh itu, tugas mereka adalah untuk membenteras kejahatan tersebut kerana mereka mengarahkan pada keyakinan bahawa semua masalah di dunia adalah disebabkan oleh orang-orang yang menganut agama lain (Benneth, 2008). Definisi baik dan jahat ini hanya akan menambah konflik dan ekstremisme.Akhirnya, punca yang akan mendorong konflik agama berlaku ialah isu kebebasan agama (Fernandez, 2004). Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaan secara tertutup atau terbuka. Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut apa-apa agama. Isu ini dikatakan akan menyebabkan konflik kerana prinsip ini tidak dipersetujui oleh kumpulan tradisional. Mereka berpendapat bahawa seseorang itu tidak mempunyai hak untuk menukar kepercayaannya kepada agama lain sekiranya seseorang itu dilahir dalam sebuah keluarga yang menganut agama yang dipercayai oleh nenek moyang mereka. Walaupun demikian, mereka pula gembira untuk menerima golongan yang beragama lain untuk memeluk agama mereka. Kekeliruan ini berlaku disebabkan kekurangan kefahaman para penganut terhadap konsep asas dan nilai agama mereka.

4.0 Contoh Konflik Agama Di DuniaKenyataan berlakunya konflik antara agama adalah menyedihkan kerana padahal semua agama di dunia mengajarkan kepada setiap umatnya untuk saling mangasihi dan menghormati pemeluk lain. Namun konflik ini terjadi dalam sejarah umat manusia, agama sering dijadikan dalih untik membantai pemeluk yang lain.Terdapat beberapa negara yang pernah berlaku konflik agama iaitu seperti konflik antara Bosnia-Herzagovina dengan Serbia, konflik Hindu-Islam di India, konflik antara Islam-Kristian di Ambon ( Shamsul Amri Baharuddin, 2012). Selain itu, konflik agama turut tercetus di Tibet, Mesir, Myanmar, Ireland Utara dan lain-lain.Konflik yang serius antara Islam dan Kristian berlaku di Kaherah, Mesir dan telah menyebabkan banyak orang terkorban dan cedera dalam konflik tersebut. Kejadian tersebut berlaku berikutan sebuah gereja telah diserang oleh penganut Islam dan ini telah mencabarkan kestabilan dan keselamatan dalam Mesir. Selain itu, konflik antara agama juga berlaku di Irlandia Utara yang melibatkan kekerasan antara umat Katolik dan Protestan di Belfast. Konflik dipicu kerana band Nasionalis katolik Irlandia melakukan pawai di wilayah yang mayoritas ditempati oleh umat Protestan. Sementara, umat Prostan dilarang untuk melakukan pawai di wilayah tersebut.Contoh yang terbaharu ini ialah konflik di Myanmar yang membabitkan etnik Rakhine yang beragama Buddha dan Rohingya yang beragama Islam, menyukarkan usaha kerajaan baru pimpinan Presiden Thein Sein untuk menarik pelaburan asing ke negara itu. Selain itu, masih segar dalam ingatan, berlakulah konflik agama yang berdarah-darahnya atas nama agama di Ambon dan Poso. Begitu juga yang terjadi antara umat beragama di India-Pakistan. Semua konflik ini terjadi kerana fanatisme sempit, dan kecurigaan yang berlebihan terhadap pemeluk agama lain.

5.0 Kesan Konflik AgamaKonflik antara agama merupakan masalah yang kompleks dan apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan (Benneth, 2008). Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepadaberlakunya perasaan tidak puas hati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelopok-kelompok. Ini bermakna konflik agama cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Kesan buruk boleh dikategori sebagai kesan sosial, kesan ekonomi dan kesan kepada imej negara (Kahmad, 2002).Dari segi kesan terhadap sosial, konflik agama akan mewujudkan salah faham dan pandangan buruk terhadap penganut-penganut lain. Dalam jangka pendek, ini akan mewujudkan pandangan serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan agama yang akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapt hidup dengan aman lagi (Kahmad, 2002).Dari segi kesan ekonomi pula, ekoran daripada keruntuhan struktur sosial mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar atau mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian kerana kerajaan terpaksa membelajakan banyak duit untuk mengamankan negara. Pada masa yang sama, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan dalam negara yang sedang mengalami konflik kerana risa mengalami kerugian dan ini akan menyebabakan pendapatan negara berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain itu, konflik agama juga akan memberi kesan kepada imej negara. Kerusuhan agama akan mencemarkan nama baik negara dan ini akan jelas menunjukkan negara tersebut gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Hal ini telah menconteng arang terhadap imej sesebuah negara sebagai sebuah negara yang berdaulat dan harmoni (Kahmad, 2002).

6.0 CARA MENGATASI KONFLIK AGAMAIdea untuk mengatasi konflik keagamaan bukan sesuatu hal yang baru. Bahkan, sepanjang sejarah banyak orang telah berusaha untuk menyelesaikan semua konflik agama. Masalahnya adalah bahawa banyak dari mereka telah berusaha untuk melakukan hal ini dengan membuat agama mereka sebagai satu-satunya agama, lalu berusaha untuk menghapus semua agama-agama lain dalam prosesnya (Benneth, 2008). Tidak sulit untuk mengamati bahwa sekarang ini ada lebih banyak agama dari sebelumnya di planet ini. Oleh itu, kita harus menyimpulkan bahawa setiap usaha untuk memaksa penyatuan semua agama akan ditakdirkan untuk gagal. Berusaha memaksa atau memujuk semua orang untuk mendukung agama sendiri tidak akan mengurangi konflik agama. Maka kita harus menemukan pendekatan yang berbeza, dan tidak sulit untuk melihat solusi yang mungkin.Berdasarkan punca-punca konflik agama berlaku yang dibincangkan tadi, dapat dilihat bahawa konflik antara agama berlaku di kalangan orang yang tidak ada memahami agama lain dengan lebih baik. Oleh itu, seminar tentang antara agama harus diganjurkan untuk memberikan pemahaman pelbagai agama yang lebih mandalam kepada masyarakat terutamanya masyarakat yang sedang berkonflik. Kepelbagaian masyarakat di dunia harus difahami bukan sahaja boleh dipecah dalam kelompok-kelompok etnik yang berbeza tetapi juga melibatkan pembahagian kelompok agama yang pelbagai (Esa, Sansalu dan Tamring, 2011). Oleh itu, saling memahami antara agama supaya mengurangkan salah faham antara agama. Contohnya, memahami tentang nilai-nilai murni antara agama, perayaan agama lain, dan kepercayaan agama lain. Selain itu, saling menghormati kepelbagaian agama juga salah satu cara mengatasi konflik agama. Setiap orang haruslah memuliakan tanpa mengambil kira perbezaan kebudayaan serta saling menghormati perbezaan agama tanpa mencetuskan konflik. Hal ini masyarakat dapat manjamin keamalan dan kedamaian supaya setiap orang dan keluarga boleh hidup dengan selesa tanpa konflik antara agama.

7.0 KesimpulanYang jelas, sebagai kesimpulan yang tak terhindarkan adalah bahwa selama sebagian besar budaya keagamaan dunia dipengaruhi oleh beberapa atau semua faktor yang konfrontatif, tidak ada cara untuk mengurangi konflik agama. Faktor-faktor ini tidak hanya mendorong konflik, malah mengembangkan konflik. Dan dengan membiarkan konflik dan ketegangan ini untuk berlanjut, maka hampir tak terelakkan, dan tentunya dapat dijangka, bahawa beberapa orang akan membawa budaya mereka menjadi bentuk ekstremisme dan fanatisme (Fernandez, 2004).Jadi, jika ingin memiliki kesempatan untuk mengurangi konflik, maka semua orang harus menemukan sebuah pendekatan yang berbeza terhadap agama, sebuah pendekatan yang tidak didominasi oleh elemen-elemen konfrontatif. Kita harus menemukan pendekatan yang mempromosikan pemahaman, toleransi dan bahkan persatuan di antara orang-orang beragama.Dalam hal itu, sangat penting untuk mengakui bahawa budaya agama sebagian besar dipengaruhi oleh setidaknya beberapa elemen-elemen ini. Jelas, tidak semua orang mengarahkan elemen-elemen ini menjadi ekstrim (Benneth, 2008). Namun setiap orang yang mentolerir hal ini akan mengembang biakkan elemen konflik dengan memberikan kontribusi untuk mempertahankan budaya umum. Dan justru inilah budaya yang mengarah pada ekstremisme.Sememangnya, konflik agama semestinya dapat diatasi dengan pelbagai kaedah namun yang akan menentukan sama ada berjaya adalah individu dan masyarakat beragama itusendiri. Namun apa yang kita lihat di sini, terdapat banyak kebaikan yang pasti diperolehi dengan melimitasikan dan membanteras konflik agama di kalangan masyarakat. Sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun, kita tidak perlu untuk menjadikan soal dan isu konflik agama ini timbul sekaligus ini akan memberi impak kepada masyarakat beragama dan generasi akan datang. Oleh yang demikian, tidak perlulah kita berasa serba salah dan serba kekurangan dalam beragama. Setiap agama adalah universal dan mempunyai identiti tersendiri (Fernandez, 2004).

8.0 Lampiran

Gambar bersejarah konflik agama dan isu penjagaan Natrah yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Kisah Natrah ini diteaterkan, arahan Erma Fatima.

Masyarakat islam dan hindu merusuh dengan menggunakan buluh panjang ketika upacara sambutan memperingati peristiwa runtuhan Masjid Babri.

Gambar menunjukan konflik agama di negara Indonesia.

9.0 BIBLIOGRAFIShamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Malaysia: Institusi Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.Mohd Sohaimi Esa, Budi Anto Mohd Tamring dan Dayu Sansalu. 2011. Hubungan Etnik: Kelangsungan Pembinaan Negara Bangsa. Selangor Darul Ehsan, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Bennett, C. 2008. In Search of Solutions: The Problem of Religion and Conflict (Religion & Violence). United Kingdom: Equinox Publishing Ltd.Fernandez, G. P. 2004. An Encyclopedia of Religion and War ( Religion and Society). New York, United State: Taylor & Francis Group.Kahmad, Dadang. 2002. Sosiologi Agama. Bandung: PT Remaja Roskadarkarya.