krb3023_d20121061191

28
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN D20121061191 KUMPULAN : LAPORAN KAJIAN TENTANG PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS DARI SUDUT TEORI,MODEL,PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN PEMARKAHAN

Upload: khusairi83

Post on 28-Sep-2015

10 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page | 6

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KRB 3023: PRINSIP PENGAJARAN PENULISAN

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN

D20121061191

KUMPULAN :

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH: 31/12/2013

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

3

2.0

Pengajaran Penulisan

2.1 Definisi/Konsep Teori Pembelajaran

2.2 Definisi/Konsep Pendekatan

2.3 Definisi/Konsep Kaedah

2.4 Definisi/Konsep Teknik

2.5 Definisi/Konsep Penulisan

2.6 Tujuan Pengajaran Penulisan

3 - 6

3.0

Peringkat Kemahiran Menulis

3.1 Peringkat Pra-Menulis

3.1.1 Definisi Pra-Menulis

3.1.2 Perbincangan pengajaran Pra-

Menulis dari segi teori,model,

pendekatan,kaedah dan teknik yang

digunakan.

3.2 Peringkat Menulis Mekanis

3.2.1 Definisi Menulis Mekanis

3.2.2 Perbincangan peringkat menulis

mekanis Dari segi teori,model,

pendekatan kaedah dan teknik yang

digunakan.

3.3 Peringkat Menulis Mentalis

3.3.1 Definisi Menulis Mentalis

3.3.2 Perbincangan peringkat menulis

Mentalis dari segi teori,model,

pendekatan,kaedah dan teknik yang

digunakan.

7 10

11 - 14

14 - 18

4.0

Kesimpulan

18 - 19

5.0

Rujukkan

20 - 21

1.0 PENGENALAN

Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.

Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang agak sukar berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain namun begitu ia dapat dikuasai melalui aktiviti pembelajaran.Untuk mencapai kemahiran menulis yang sempurna,sebahagian besar tanggungjawab adalah terletak pada guru.Sikap dan kesedaran guru adalah penting untuk merangsang minat,dan mempengaruhi murid-murid menggemari kemahiran tersebut sepanjang masa..

Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran yang lain. Ini kerana bahasa menjadi media untuk melahirkan buah fikiran.Menulis dalam apa bentuk sekalipun dianggap mustahak.Ia dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam pelajaran. Faedah menguasai kemahiran kepada murid tidak terhad untuk jangka masa yang pendek sahaja,bahkan berlanjutan sepanjang usia mereka.

2.0 Pengajaran Penulisan

2.1Definisi/Konsep Teori Pembelajaran

Teori adalah satu pecahan setiap bidang ilmu.Teori-teori dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Stanowich (1992) menyatakan bahawa teori ialah Set konsep-konsep yang saling berkait yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan kajian akan datang.

2.2 Definisi/Konsep Pendekatan Pengajaran.

Pendekatan biasanya dimaksudkan sebagai arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Kamaruddin Hj Husin (1988),mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa,hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.Selain itu,pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah,Kamus Dewan (1986).Edward M.Anthony (1963),berpendapat bahawa pendekatanialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

2.3 Definisi dan Konsep Kaedah

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),hukum atau prinsip.Justeru,sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

2.4 Definisi dan Konsep Teknik

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,karang-mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Ketiga).Edwatd M.Anthony (1963),mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagisn bahasa tertentu.beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Konsep Penulisan

Menurut Abu Bakar Yusuf (2013),Menulis adalah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea,pendapat,pengalaman,perasaan,maklumat dalam bentuk tulisan.Ia dilakukan untuk membolehkan kita berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi.Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.Menurutnya lagi menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang bahasa dengan menyusun perkataan rangkai kata,ayat dan seterusnya unit-unit yang lebuh panjang mengikut peraturan peraturan tertentu.Ia akan mewujudkan satu wacana yang dapat menzahirkan satu penglahiran idea yang jelas dan tersusun.

Marohaini Yusoff (2004) menjelaskan bahawa menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa dengan tujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Beliau menambah yang mana menulis juga ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap. Dalam hal ini, kita dapat memahami bahawa tulisan merupakan satu bentuk penglahiran perasaan yang kita hasilkan atau keluarkan. Dalam maksud lain, apabila kita menyatakan sesuatu melalui pertuturan ataupun perasaan serta pemikiran kita, pertuturan, perasaan dan pemikiran tersebut dizahirkan atau diungkapkan dalam bentuk lambang-lambang tulisan.

Waishe,R.D.(1981) pula menyebut

Writing is the process of selecting,combining,arranging and

developing ideas in effective sentences,paragraphs,and often

,longer units of discourse.

Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan symbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan sistem yang membentuk perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.Ayat-ayat yang disusun itu ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks,nota,draf dan bahan-bahan bercetak.

Kesimpulannya, menulis adalah proses mengaplikasikan tulisan yang merupakan lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan ke dalam bentuk grafik untuk melahirkan perasaan.

2.6 Tujuan Kemahiran Menulis

Matlamat pendidikan bahasa di peringkat sekolah bertujuan untuk membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan melalui lisan dan penulisan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah menetapkan supaya pelajar-pelajar dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu dicapai antaranya:

Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis

dengan baik,cekap dan pantas.

Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.

Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.

Mernbolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sernpurna dalam bentuk tulisan.

Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Banyak orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya.

Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.

Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Kemahiran menulis di kalangan pelajar penting kerana mereka bakal menjadi

Penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita menganggap

penulisan adalah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada satu

bentuk disiplin diri, maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai (Awang

Sariyan, 1991; 715). Ini kerana penulis hanya menulis apa yang terlintas di

fikirannya, tanpa rasa tanggungjawab terhadap karyanya. Fungsi kemahiran

menulis sebagai penglahiran mental dapat disamakan dengan tujuan lanjut menulis

iaitu:

Meluaskan pengetahuan, pengalaman, penghubungan dan matlamat menerusi penulisan.

Memberi kepuasan jiwa dalam pernikiran pengalaman dan perasaan.

Menyediakan pelajar dengan pengetahuan supaya ia dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai umumnya.

3.0 Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul,serta tulisan yang jelas,cantik dan kemas.

Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginative.Peringkat-peringkat kemahiran menulis terdiri daripada peringkat pra menulis, peringkat menulis mekanis dan peringkat menulis mentalis.

3.1 Peringkat Pra Menulis

Pra menulis merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal.

Peringkat pra menulis ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra menulis perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut iaitu, melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa, melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan, melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.Berikut merupakan teori, pendekatan,kaedah dan teknik yang boleh boleh digunakan pada peringkat pramenulis..

3.1.1 Teari Behaviorisme

Teori pemerolehan bahasa yang dipelopori oleh Bloomfield dalam Teori Behaviourisme menganggap bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan, rangsangan dan gerak balas. Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Murid-murid perlu diberi ganjaran agar murid-murid terus berkeinginan untuk belajar. Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulang-ulang. Sebagai contoh, apabila guru mengajar kemahiran pada peringkat ini guru perlu meminta murid melakukan aktiviti secara berulang-ulang. Proses pengulangan yang banyak seperti yang ditegaskan oleh Bloomfield boleh menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:

Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem.

Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

3.1.2 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Peringkat Pra Menulis.

Pendekatan pembelajaran bahasa penting untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Pemilihan pendekatan perlu dilakukan dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Di antara pendekatan yang digunakan dalam peringkat ini ialah pendekatan berasaskan aktiviti.Pendekatan ini dipilih kerana murid akan terlibat secara langsung iaitu belajar secara fizikal dan mental melalui aktiviti yang dijalankan secara sistematik.Sementara kaedah yang sering digunakan ialah kaedah individu dan berkumpulan.

3.1.3 Teknik Pengajaran Peringkat Pramenulis

Pada peringkat ini murid disediakan dengan aktiviti fizikal sebagai persediaan untuk mereka dapat menulis dengan kemas dan betul.Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.

Contoh aktiviti fizikal yang dijalankan ialah:

1.Latihan mengerakkan jari murid-murid supaya mereka bersedia menggunakan jari

untuk memegang pensel.

2.Latihan memegang pensel,objek yang keras seperti alat menulis

3.Latihan penggunaan otot-otot anggota tapak tangan.

4.Latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri

5.Latihan alat menulis dan mata secara serta-merta

6.Latihan melukis rupa alam (gunung,sungai,pokok,manusia dan binatang) secara

melakar di atas pasir.

Latihan pramenulis boleh diteruskan di dalam lembaran kerja.Gambar rajah dan garisan yang dilukis itu boleh dilukis dengan arang,krayon,pensel dan sebagainya.

Selain daripada lembaran kerja murid-murid boleh juga membuat aktiviti pramenulis

Di atas helaian kertas terbuang seperti suratkhabar lama dan sebagainya.

3.2 Peringkat Menulis Mekanis

Menurut Chomsky (1957) , peringkat menulis mekanis berlaku setelah kanak-kanak melalui proses pra menulis , kemahiran ini dikuasai pada peringkat awal sekolah rendah.Peringkat ini ditekankan supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan boleh dibaca.Sepatutnya pada tahap ini,mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Menulis mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Kemahiran dalam penulisan mekanis diajar apabila murid-murid telah melalui latihan yang intensif dalam kemahiran pratulisan.Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.

3.2.1 Teori Kognitif dalam pengajaran peringkat Menulis Mekanis

Pengajaran penulisan pada peringkat ini diajarkan berlandaskan teori kognitif oleh Jean Piaget. Menurut Jean Piaget, fungsi otak sangat penting dalam proses pembelajaran bahasa. Seseorang kanak-kanak sejak lahir lagi mempunyai satu alat di dalam otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar. Jean Piaget meletakkan empat faktor untuk membezakan penguasaan bahasa kanak-kanak.

Peringkat pertama dipanggil peringkat deria motor( sejak lahir 2 tahun). Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak itu hanya mampu menguasai bahasa melalui bunyi-bunyi di persekitaran. Ia menggunakan deria motor untuk berinteraksi.

Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi ( 2 7 tahun ). Pada peringkat ini murid-murid menguasai bahasa dan konsep dengan cepat dan menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan persekitaran. Sebagai guru sudah menjadi keperluan dan tuntutan untuk menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti lisaniaitu mendengar dan bertutur. Guru-guru mestilah bijak memilih aktiviti lisan dan teknik yang menjurus kepada kemahiran menggunakan bahasa untuk berinteraksi. Aktiviti lisan membolehkan murid-murid bertutur dengan fasih di samping memperkayakan kosa kata.

Peringkat olahan konkrit ( 7 -12 tahun ) merujuk kepada penggunaan pemikiran logik, warna dan memahami konsep pembalikan. Murid-murid juga sudah boleh bertutur dengan fasih. Oleh itu, guru perlulah mengajar kemahiran bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis. Guru juga mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang menjurus kepada kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis.

Menurut Raja Mukhtaruddin ( 1980 ) kaedah yang sesuai dipilih untuk peringkat olahan konkrit ialah kaedah terus yang mana kaedah ini menggunakan kosa kata dan struktur bahasa sehari-hari, makna-makna konkrit diajar secara perkaitan idea dan perbanyakkan latihan mendengar dan mengajuk.

Menurut Juriah Long ( 1984 ) pada peringkat olahan konkrit ini, kaedah terus membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

3.2.2 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran dalam Peringkat Menulis Mekanis

Pendekatan yang digunakan dalam peringkat ini pula ialah pendekatan berpusatkan bahan.Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,bahan pelajaran sangat penting.Murid dan guru bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif,jasmani dan rohani.Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

3.2.3 Teknik Pengajaran Peringkat Menulis Mekanis

Antara teknik-teknik menulis yang diajarkan pada peringkat ini ialah:

Menulis huruf kecil dan huruf besar secara bersebelahan.

Apabila murid melihat contoh yang diberikan oleh guru,maka secara tidak langsung mereka akan melakukannya sendiri.Kaedah ini bukan sahaja dapatmeningkatkan kemahiran menulis murid-murid,bahkan membolehkan murid-murid membezakan huruf kecil dengan huruf besar.Oleh itu mereka tidak terkeliru antara huruf kecil dan huruf besar,di samping dapat mengetahui situasi huruf itu perlu digunakan.

Menulis huruf yang tertinggal di dalam Ruang Kosong

__pal ___ren

__sang __ bikai

Menyalin Perkataan Mudah

Murid-murid diminta menyalin kembali perkataan yang terdapat pada lembaran kerja yang diedarkan oleh guru seperti di atas.Hal ini bertujuan untuk sejauh mana murid-murid ini dapat menulis kembali perkataan tersebut dengan baik.

Menyalin Ayat-ayat yang Mudah.

Setelah murid-murid dapat menyalin perkataan yang diberikan,murid-murid akan diminta pula untuk menyalin beberapa ayat-ayat yang mudah.Hal ini bertujuan untuk melatih menulis beberapa perkataan yang membentuk ayat.

3.3 Peringkat Menulis Mentalis

Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam proses menulis.Kemahiran menulis mentalis merupakan kemahiran untuk tujuan pelahiran.Kemahiran ini dikuasai setelah murid menguasai kemahiran menulis mekanis.Kemahiran menulis ini melibatkan operasi mental atau minda bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dibaca oleh orang lain (Siti Hajar Abdul Aziz,2009).

Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah latihan menyatakan fikiran atau pendapat,latihan menyatakan perasaan,latihan menyatakan kehendak,dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang yang tulen dan asli.Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk membina ayat, mengarang cerita, mengarang pantun, sajak, teka-teki dan menulis surat kiriman.Pengajaran kemahiran menulis mentalis diajar berasaskan kepada teori mentalis.

3..3.1 Teori Mentalis

Teori Pembelajaran Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky berasaskan fungsi mental sesorang manusia. Menurut Chomsky , kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan bermula dari peringkat yang melibatkan deria motor, kemudian pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Ini bermakna, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum mereka bertutur. Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid terlibat secara langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara. Murid mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar. Teori Mentalis ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa. Menurut Chomsky juga, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Seseorang kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini , guru perlu menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan bagi membolehkan murid-murid menguasai struktur bahasa yang terdapat dalam sistem bahasa dengan baik.

3.3.2 Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Peringkat Menulis Mentalis.

Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara.Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214)

Pendekatan Terkawal

Melalui pendekatan ini, guru dapat memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri.

Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.

Pendekatan Bebas

Pendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja, guru boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.

Pendekatan Komunikatif

Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.

Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan.

Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

4.Pendekatan Pola-Perenggan

Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.

3.3.3 Teknik Pengajaran Menulis Mentalis

Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif seperti yang dicadangkan oleh W.M.Rivers.Beliau telah menyenaraikan lima peringkat pengajaran menulis secara mentalis iaitu:

i. Menyalin dan Meniru

Bahan yang diberi untuk disalin atau ditiru oleh murid mestilah didahulukan oleh karangan-karangan lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing.Semasa meniru,murid mendapat kesan yang mendalam tentang gaya penulisan yang ditiru oleh mereka.Seelok-eloknya bahan yang ditiru itu menarik minat murid dan bermakna kepada mereka.Contohnya,menyalin senikata lagu,resepi masakan,sajak atau kata-kata hikmah.

ii. Penulisan Berpandu

Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan da nisi yang terkawal.Contohnya,menyudahkan cerita melengkapkan perenggan-perenggan,menulis ayat-ayat mudah dan latihan diperluas dengan ayat itu.Latihan diperingkat ini memerlukan murid bertindak balas secara individu.

iii. Menghasilkan Semula

Latihan peringkat ini melibatkan murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan.Bahan ini didapati dengan cara guru memberi kepada murid-murid atau menyuruh murid menghafaznya atau menperdengarkan satu bahan mudh kepada murid.

iv. Menggabungkan

Latihan yang dibuat berkaitan dengan bahan-bahan yang telah dipelajari dan apabila menulisnya,murid melakukakn ubahsuai sehingga perlu.misalnya latihan transformasi ayat,latihan menggabungkan ayat,menjawab soalan-soalan yang berbentuk perenggan penulisan dan latihan menulis semula cerita yang diperdengarkan dengan sedikit ubah suai.

v. Penulisan Bebas

Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri bagi melahirkan pendapat masing-masing.Pada peringkat ini,hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks seperti kemahiran gaya daripada kemahiran mengorganisasi penulisan,misalnya susunan mengikut kronologi,mengikut fakta perbandingan.susunan sebab akibat dan penerangan tentang sesuatu.

4.0 Kesimpulan

Tugasan ini memberi penekanan kepada teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya lebih memahami tentang perkaitan teori pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan.

Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan teori,pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar.

5.0 RUJUKKAN

Dr Teuku Iskandar (1986),Kamus Dewan .Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Abu Bakar bin Yusof (2013),KRB3023 Prinsip Pengajaran Penulisan.Perak : Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia.Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Adenan Ayob (2011). Multimedia Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor: Emeritus Publications.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Baki, R. (2003). Kaedah Pengajaran & Pembalajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mohd Sidin Ahmad Ishak ( 1992 ). Keterampilan Menulis,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:Fajar Bakti.

Abdul Aziz A.Talib (1989).Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur :

Nurin Enterprise.

JURNAL

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. (n.d.). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu , 67-87.

Marohaini Yusuf & Zulkifli A. Manaf. (1997). Pengajaran Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa , 65-71.

Abdul Rasid Jamian. (2001). Pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Masalah

dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Jurnal Bahasa.

Jamian, A. R. (n.d.). Permasalahan Kemahiran membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid- Murid Sekolah Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu , 1-11.

INTERNET

Jeyagobi a/l Dhamodarem. (2008). Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap

kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan daerah

Nabawan, Sabah: Satu analisis. Jurnal Penyelidikan Institut Perguruan Islam. http://

www.ipislam.edu.my/penyelidikan

Mohd Rasdi Saamah. (2002). Pelaksanaan komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di

sekolah menengah: Satu tinjauan. Jabatan Pengajian Melayu: Institut Perguruan

Tengku Ampuan Afzan. http://:jpmipgmtaa.webs.com/penulisan/komsas

Noor, Z. M. (n.d.). Pendekatan Pengajaran Penulisan. Retrieved November 14, 2013, from

Pendekatan Pengajaran Menulis Bahasa Melayu: http://eyain.blogspot.com/p/

pendekatan-pengajaran-menulis-bahasa.html

Paklong, C. (n.d.). Kemahiran Menulis. Retrieved November 16, 2013, from SlideShare:

http://www.slideshare.net/cikgupaklong/kemahiran-menulis-11431779

Sidek, R. B. (n.d.). Pengenalan Kemahiran Menulis. Retrieved November 10, 2013, from

Bijak Karangan: http://rohayatisidek.blogspot.com/p/pengenalan.html

http://lailaberfikir11m.blogspot.com/2012/09/normal

bahasamelayudnisenu.blogspot.com/

http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pengajaran-pembelajaran-penulisan.html

bmtahun1kssr012.blogspot.com/p/bmm-3117.html

PEMARKAHAN

LAPORAN KAJIAN TENTANG PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

DARI SUDUT

TEORI,MODEL,PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Ini baju Nani.