kt: mengasah mata minda 2008

7
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWA JALAN ATAS BANGGOL, 15300 KOTA BHARU KELANTAN NAMA PENYELIDIK MOHD ASIF BIN MOHD ALWI TAJUK KAJIAN: PROGRAM ‘MENGASAH MATA MINDA’: PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2 STPM 2008

Upload: ipg

Post on 04-Jul-2015

2.438 views

Category:

Business


2 download

TRANSCRIPT

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWA JALAN ATAS BANGGOL, 15300 KOTA BHARU

KELANTAN

NAMA PENYELIDIK

MOHD ASIF BIN MOHD ALWI

TAJUK KAJIAN:

PROGRAM ‘MENGASAH MATA MINDA’: PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2 STPM 2008

2

1.0 REFLEKSI MASALAH / REFLEKSI P&P LALU Pelajar-pelajar tingkatan enam sebenarnya telah melalui dua zaman yang berbeza sebelum menduduki zaman pra-U, iaitu zaman peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kedua-dua zaman ini mempersembahkan dua bentuk penulisan karangan yang sangat berbeza. Aspek yang paling berbeza ialah jumlah patah perkataan yang dikehendaki oleh peraturan peperiksaan tersebut. Peperiksaan PMR memerlukan pelajar menulis sebanyak 180 patah perkataan, manakala dalam peperiksaan SPM pula pelajar perlu menulis tidak kurang 350 patah perkataan.

Dua zaman yang pernah dilalui oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan mereka mengalami suatu kejutan apabila melangkah ke alam pra-U. Mereka sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa penulisan karangan peringkat STPM menghendaki pelajar menulis karangan sebanyak 650 hingga 700 patah perkataan. Reaksi sebegini dapat saya lihat semasa sesi taklimat mata pelajaran yang saya berikan pada minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan enam rendah.

Keadaan ini berterusan sehingga ke dalam kelas. Mereka menyatakan bahawa sukar untuk mereka menulis sebanyak itu. Selain itu, teknik penulisan wacana yang tidak diberi penekanan dalam dua zaman peperiksaan sebelum ini juga turut mendatangkan masalah kepada mereka, di samping tahap pengetahuan am yang sangat minima. Keadaan inilah yang memberi sedikit cabaran kepada saya dan guru-guru yang mengajar kertas ini. Sememangnya guru perlu menganjakkan paradigma mereka untuk mengasah mata minda dan ekspektasi pelajar bahawa mereka berpotensi untuk mendapat skor tinggi dalam karangan dan seterusnya mendapat Prinsipal A dalam kertas ini. Syaratnya, mereka mesti melaburkan kegigihan dan bermodalkan prasarana yang komprehensif.

2.0 ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

Berdasarkan peperiksaan akhir tahun tingkatan enam rendah 2007, saya dapati pelajar sasaran (responden) memperoleh markah yang sangat sederhana dalam Kertas 2 Bahasa Melayu STPM. Setelah dianalisa, didapati bahawa purata markah yang diperoleh pelajar dalam Bahagian A ialah sebanyak 30 peratus. Senario ini membuktikan bahawa para pelajar belum benar-benar menguasai aspek penulisan karangan yang berkesan.

Oleh hal yang demikian, bahagian ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh oleh pelajar. Sebaliknya, saya dapat mengesan tindakan dan sikap kebanyakan pelajar yang mengambil mudah dan tidak mencuba untuk menambah input pengetahuan am mereka. Ironinya, pelajar-pelajar telah pun

3

diberi peringatan sejak awal tahun untuk sentiasa menambahkan pengetahuan mereka melalui pembacaan bahan-bahan bacaan am seperti akhbar harian, majalah-majalah ilmiah atau apa-apa bentuk media massa yang lain.

Sehubungan dengan itu, saya akan mencetuskan semangat mereka untuk mendalami dan mengkaji dengan lebih mendalam segala permasalahan mereka untuk menulis karangan dengan baik. Suatu hal yang perlu diberi perhatian ialah pelajar-pelajar responden terdiri daripada 99 peratus pelajar berbangsa Cina. Hanya seorang pelajar berbangsa Melayu. Walaupun begitu, pelajar responden mempunyai kemampuan yang baik dalam penggunaan bahasa Malaysia. Gaya penulisan mereka tidak menggambarkan bangsa mereka. Oleh sebab itulah saya berasa yakin bahawa pelajar-pelajar responden mampu memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, saya mengharapkan agar semua pelajar responden;

3.1 Objektif Umum

mempunyai semangat kendiri yang tinggi dan memiliki sikap ‘kaizen’ bagi meningkatkan modal minda mereka; mempunyai disiplin belajar yang kental, berdedikasi, dan ikhlas serta dapat mengeksploitasi input yang diperoleh daripada sosialisasi seharian.

3.2 Objektif Khusus

Pertambahan peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang dari masa ke masa dan mengurangkan peratus pelajar gred D, D+, dan C-.

Lebih 50 peratus pelajar responden memperoleh Prinsipal dan cemerlang dalam Peperiksaan STPM.

Membina kemahiran penulisan karangan yang baik dan berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ialah 18 orang pelajar tingkatan U6A1 (2008) yang terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.

4

5.0 TINDAKAN / AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Pada asasnya, Kajian Tindakan ini membawa pendekatan demi mencapai skor cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti prestasi pelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu, khususnya Bahagian A, iaitu penulisan karangan.

Kecemerlangan kualiti yang dimaksudkan ialah peningkatan skor pelajar-pelajar sasaran agar mencapai gred A atau sekurang-kurangnya A-. Kecemerlangan kuantiti pula bermaksud pelajar-pelajar sasaran dalam kumpulan sederhana, iaitu mereka yang memperoleh Prinsipal (R) sekurang-kurangnya akan meningkat ke gred C dan mereka yang Gagal (F) sekurang-kurangnya akan meningkat ke Gred C.

Aktiviti-aktiviti berikut akan saya jalankan untuk mencapai matlamat yang diinginkan di samping memotivasikan pelajar, menambahkan minat serta meluaskan pengetahuan am:

5.1 Kawalan Kualiti / Kecemerlangan: Program Pengayaan dan Peneguhan

Pada awal sesi persekolahan 2008, saya akan menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berikut untuk pelajar-pelajar tingkatan 6A3:

i. Sesi taaruf/mengenal pasti masalah (dalaman dan luaran). ii. Post mortem markah Peperiksaan Akhir Tahun 2007. iii. Mengedarkan Buku Log Projek Menara Gading iv. Rutin dan kebiasaan: semakan buku/fail latihan, latihan dalam

kumpulan, latihan individu, ujian topikal, ujian masa, dan lain-lain. v. Projek buku skrap yang mengandungi keratan akhbar/majalah

yang berkaitan dengan isu-isu semasa (kumpulan) vi. Tugasan kumpulan: Kajian tentang isu-isu semasa mengikut

kategori sosial, ekonomi dan politik (berdasarkan tajuk-tajuk pilihan)

vii. Tugasan khas (individu): mengumpul pelbagai bentuk kesalahan bahasa daripada pelbagai media.

viii. Menggalakkan pelajar memiliki:

a. Kompilasi (buku) Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM (1999-2006)

b. Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, dan Dewan Budaya. c. Buku kerja latihan kendiri d. Senarai Kesalahan Bahasa (Morfologi dan Sintaksis)

ix. Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas.

5

5.2 Kawalan Kuantiti / Sifar Gagal: Program Pemulihan &

Peneguhan

Dalam program ini, saya akan mengenalpasti setiap pelajar yang mendapat markah terendah. Kumpulan pelajar ini akan dikenalpasti dan mereka akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bahasa secara terancang.

Tindakan yang akan dijalankan terhadap mereka adalah seperti berikut:

a. Mengatur temu janji

b. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dengan lebih terperinci.

c. Memberi tunjuk ajar khusus, latihan-latihan, dan ujian khas sehingga tiba peperiksaan/ujian yang seterusnya.

Pelajar-pelajar kumpulan ini akan diberi sebuah fail yang berisi bahan-bahan seperti berikut:

i. Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis) ii. Modul latihan binaan karangan (pendahuluan, isi, dan penutup) iii. Tajuk-tajuk/isu penting yang perlu diberi penekanan iv. Kertas graf v. Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas

Program pemulihan ini akan bermula pada setiap kali selepas peperiksaan/ujian dijalankan berdasarkan takwim peperiksaan sekolah. Nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini akan dipamerkan. Pelajar juga boleh melihat sama ada mereka perlu mengikuti program pemulihan ini atau tidak setiap kali selepas peperiksaan/ujian dijalankan.

6

6.0 JADUAL PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN

1

Menulis proposal kajian dan merancang tindakan serta aktiviti yang sesuai dengan program pemulihan yang akan dijalan kepada pelajar-pelajar tingkatan enam

Januari

Bentuk-bentuk aktiviti dan latihan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2007

2

Mengedarkan borang Dokumentasi Peribadi untuk mengenali pelajar sasaran

Januari

Responden mengisi maklumat dan menghantarnya pada keesokan hari

3 Merujuk maklumat prestasi akademik responden melalui ujian ringkas (diagnosis)

Februari Menjadikan markah peperiksaan akhir tahun sebagai penanda aras

4 Ujian Penilaian I 17.02.2008

Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 1

5 Program Pemulihan 1 Mac-April Pakej Pemulihan BM2: 1

6 Ujian Penilaian II 13-21

April 2008

Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 2

7 Program Pemulihan 2 Mei-Jun Pakej Pemulihan BM2: 2

8 Ujian Progresif Jun

Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 3

9 Program Pemulihan 3 Jun-Julai Pakej Pemulihan BM2: 3

10 Ujian Bulanan Julai

Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 4

11

Program Pemulihan 4 Julai-

September Pakej Pemulihan BM2: 4

12 Peperiksaan Percubaan STPM 7.09.2008

Memilih pelajar yang mendapat markah terendah – sasaran pakej pemulihan 4

13 Program Pemulihan 5 5.10.2008 Pakej Pemulihan BM2: 5

14 Peperiksaan STPM 2008

7

7.0 KOS KAJIAN

BIL JENIS BAHAN JUMLAH BAHAN

KOS SEUNIT

(RM)

JUMLAH KOS (RM)

1 Fail poket 18 0.70 12.60

2 Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis) 18 1.00 18.00

3 Buku Log Projek Menara Gading 18 0.40 7.20

4 Contoh-contoh karangan pelajar cemerlang

18 1.00

18.00

5 Kertas graf 18 0.10 1.80

6 Kertas A4 (kosong) 1 rim 6.80 6.80

7 Fotostat soalan 5 set 0.60 10.80

8 Modul Penulisan Karangan 18 0.70 12.60

9 Fotostat artikel (pelbagai sumber) 18 0.50 9.00

Jumlah 96.80

8.0 PENUTUP

Kajian yang saya jalankan ini diharap dapat mencapai sasaran matlamatnya. Saya juga mengharapkan peningkatan prestasi kualiti dan kuantiti kecemerlangan daripada pelajar-pelajar responden, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 dalam peperiksaan STPM. Kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru tingkatan enam sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sekian, terima kasih.