laporan cadangan projek -...
TRANSCRIPT
Laporan Akhir Projek Sarjana Muda
Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
SISTEM INVENTORI UBAT - UBATAN PUSAT PERUBATAN GUL
(GUL MEDICAL CENTER)
OLEH
MOHD FIRDAUS BIN AWANG KECHIL
PENYELIA
ENCIK NOH BIN ABDUL SAMAD
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN
SISTEM MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SEMESTER II 2007/2008
APRIL 2008
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………
Nama Penulis : MOHD FIRDAUS BIN AWANG KECHIL
Tairkh : 23 April 2008
Yang indah itu datang daripadaNya,
Rasa syukur kuutuskan untuk Mu
Teristimewa buat keluarga tercinta
Untuk ayahanda dan bonda serta kekanda tersayang,
Serta tidak lupa rakan-rakan seperjuangan dan kepada sesiapa yang membantu,
Terima kasih kuucapkan
ABSTRAK
Pada masa kini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat
penting dalam pengurusan sesuatu organisasi pusat perubatan. Ini terbukti apabila
negara maju berjaya mengimplementasi ICT dalam mengurus organisasi tersebut.
Sistem inventori ubat-ubatan secara manual di sesetengah pusat perubatan yang sedia
ada kurang praktikal. Menyedari hal itu, maka sistem inventori ubat-ubatan pusat
perubatan berasaskan web telah dibangunkan. Tujuan sistem ini dibangunkan adalah
untuk menyimpan maklumat atau rekod ubat-ubatan dengan selamat dipangkalan data
berpusat. Selain itu dengan adanya sistem inventori ubat-ubatan ia memudahkan
kakitangan pusat perubatan untuk mendapatkan bilangan rekod kemasukkan dan
pengeluaran ubat-ubatan semasa yang terdapat di pusat perubatan tersebut. Sistem
inventori ubat-ubatan adalah dibangunkan untuk Pusat Perubatan Gul (Gul Medical
Center), Ipoh Perak. Proses pembangunan sistem inventori ubat-ubatan telah memilih
Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai untuk dijadikan sebagai kajian
kes. Ini kerana hospital tersebut adalah besar dan berstatus kerajaan dan memudahkan
untuk mendapatkan maklumat mengenai ubat-ubatan. Sebelum ini Pusat Perubatan Gul
menyediakan perkhidmatan manual keseluruhannya. Bagi mencapai objektif ini, bahasa
pengaturcaraan PHP (Hypertext Preprocessor) telah dipilih kerana bahasa
pengaturcaraan PHP sesuai digunakan di semua platform komputer dan sistem
pengoperasian. Selain itu teknologi mel elektronik digunakan dalam pembangunan
sistem inventori tersebut. Penghasilan projek ini diharapkan akan membuka minda
pengurusan organisasi penjagaan kesihatan di negara ini tentang keperluan teknologi dan
komunikasi dalam mengurus organisasi mereka.
ABSTRACT
Nowadays, ICT usage is very important to manage a medical center organization.
A big country such as United State and Japan has proven successful by implemened ICT
in healthcare organization management. Therefore, this project will use ICT as a form
to implement medicine inventory system. Manual medicine inventory systems certain
used by medical center are not practical. A medicine inventory system based on web
application was built. The main objective to overcome that problem of this system is to
store information or record medicine safety in a database. Beside that, it is easier for an
organization to conduct or monitor stock of medicine and also they can get the current
stock without using manual. Their system used the Hospital Temenggong Seri Maharaja
Tun Ibrahim Kulai as a research case. The inventory system is built for Gul Medical
Center, Ipoh Perak because they use the manual method to record all data on medicine.
Their project uses PHP (Hypertext Preprocessor) languague because compatible in any
platform and operating system. Hopefully their proposal will open the mind about the
importance of information technology and communication in managing a medical center
organization in this country.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI ISTILAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Matlamat 4
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Skop Projek 4
1.6 Justifikasi Projek 5
1.7 Kepentingan Projek 5
BAB 2 KAJIAN LATARBELAKANG MASALAH
2.1 Pengenalan 6
2.2 Kajian Sistem Sedia Ada 7
2.2.1 Latarbelakang Pusat Perubatan Gul 7
2.2.2 Kajian Sistem Sedia Ada di Pusat
Perubatan Gul 8
2.2.2.1 Prosedur dalam Sistem Inventori
Ubat-ubatan secara manual 8
2.2.2.2 Kategori pengguna 9
2.3 Analisa Masalah Sistem Sedia Ada 10
2.3.1 Masalah mendapatkan rekod semasa
bekalan ubat 10
2.3.2 Tiada Pengkelasan Ubat 11
2.3.3 Tiada ciri-ciri keselamatan dalam
pengurusan bilangan stok ubat 11
2.3.4 Proses kemaskinian bilangan stok ubat
yang tidak menyeluruh 11
2.4 Kajian Keadah Penyelesaian Masalah 12
2.5 Kajian Terhadap PHP 12
2.5.1 Kelebihan Menggunakan Aplikasi PHP 13
2.6 Pangkalan Data MySQL 14
2.6.1 Kelebihan Pangkalan Data MySQL 14
2.7 Pengenalan Perkhidmatan Emel 15
2.8 Istilah-istilah Emel 16
2.8.1 Simple Mail Transfer Protocol 17
2.8.2 Post Office Protocol 17
2.8.3 Multipurpose Internet Mail Extension 17
2.9 Asas-asas Emel 18
2.9.1 Kebaikan Emel 19
2.9.2 Kelemahan Emel 19
2.10 Kompenan-kompenan Pesanan Emel 19
2.10.1 Bahagian Tajuk Pesanan 20
2.10.2 Bahagian Kandungan 20
2.11 Rumusan 21
BAB 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Metodologi Yang Di gunakan 23
3.2.1 Metodologi Air Terjun 23
3.2.2 Unified Modelling Languague 24
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 25
3.4 Metodologi Pembangunan Sistem 25
3.4.1 Fasa Penyiasatan Awal 26
3.4.2 Fasa Pengumpulan Maklumat dan
Analisis 26
3.4.3 Fasa Rekabentuk Sistem 27
3.4.4 Fasa Pembangunan dan Pengujian Sistem 28
3.5 Analisa Keperluan Sistem 28
3.5.1 Justifikasi Perkakasan 28
3.5.2 Justifikasi Perisian 29
3.6 Rumusan 30
BAB 4 ANALISIS & REKABENTUK
4.1 Pengenalan 31
4.2 Rekabentuk Infrastruktur Sistem 31
4.3 Rekabentuk Awalan Senibina Sistem 33
4.3.1 Fungsi-fungsi Dalam Sistem Inventori
Ubat-ubatan Pusat Perubatan 33
4.3.1.1 Kawalan masukan pengguna 33
dalam sistem
4.3.1.2 Pengurusan Stok 33
4.3.1.3 Carian Stok 34
4.3.2 Rekabentuk Perjalanan Sistem 34
4.3.2.1 Rajah Aliran Pegawai Farmasi 35
4.3.2.2 Rajah Aliran Kerani Pentadbir
Farmasi. 37
4.3.2.3 Rajah Aliran Proses Penempahan
Ubat Kepada Pihak Pembekal 39
4.4 Rekabentuk Terperinci 40
4.4.1 Rajah Kes Guna 40
4.4.2 Rajah Jujukan 44
4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 50
4.6 Antaramuka Utama Sistem 57
4.6.1 Antaramuka Pengguna Sistem –
Berjaya Login 58
4.6.2 Antaramuka Pengguna Sistem – Admin 59
4.6.3 Antaramuka Pengguna Sistem – Email 62
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Teknologi Pembangunan Aplikasi 64
5.3 Pembangunan Modul 65
5.3.1 Capaian Pangkalan Data 65
5.3.2 Proses Penghantaran Emel 67
5.4 Implementasi Hasil Akhir 68
5.5 Pengujian Sistem 68
5.5.1 Pengujian Input 68
5.5.2 Pengujian Paparan dari Pangkalan Data 70
5.5.3 Pengujian Hantar Maklumat 71
5.5.4 Pengujian Output 73
5.6 Perbincangan Implementasi 74
BAB 6 KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 75
6.2 Hasil dan Pencapaian 75
6.3 Kelebihan Sistem 76
6.4 Kelemahan Sistem 77
6.5 Masalah yang di hadapi dan kekangan sistem 78
6.6 Cadangan 78
6.7 Kesimpulan 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN A 82
LAMPIRAN B 84
LAMPIRAN C 86
LAMPIRAN D 91
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Antaramuka pesanan emel 20
3.1 Fasa-fasa pembangunan sistem
Watefall Diagram 24
4.1 Gambaran umum kesuluruhan sistem 32
4.2 Rajah aliran proses kerja Pegawai Farmasi 36
4.3 Rajah aliran proses kerja Kerani Pentadbir
Farmasi 38
4.4 Rajah aliran proses penempahan ubat
menggunakan emel 39
4.5 Rajah Sistem Inventori Ubat-ubatan Pusat
Perubatan Gul 41
4.6 Rajah jujukan bagaimana pengguna login ke
sistem 45
4.7 Rajah jujukan pengurusan stok ubat (Admin) 47
4.8 Rajah jujukan pengurusan stok – Kerani Pentadbir
Farmasi 49
4.9 Rajah jujukan penghantaran mesej oleh Admin
kepada pembekal 50
4.10 Antaramuka Login 58
4.11 Antaramuka utama sistem (index) 59
4.12 Antaramuka Pengguna – Admin 60
4.13 Antaramuka pengguna sistem – Kerani Pentadbir
Farmasi (Staff) 61
4.14 Antaramuka penempahan ubat kepada pihak
pembekal secara email 62
5.1 Keratan aturcara untuk sambungan ke
pangkalan data 66
5.2 Keratan aturcara penghantaran email kepada
pihak pembekal 67
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Senarai keperluan perkakasan dalam
pembangunan sistem 29
3.2 Perisian yang terlibat dalam pembangunan
sistem 30
4.1 Penerangan rajah kes guna sistem 42
4.2 Pengguna (pengguna) 51
4.3 Item Ubat Terkawal (ubatkawal) 52
4.4 Item Ubat Tidak Terkawal (ubatidakkawal) 53
4.5 Jenis Ubat Terkawal (jenis_ubat) 54
4.6 Jenis Ubat Tidak Terkawal
(jenis_tidak_kawal) 54
4.7 Selenggara Ubat (maintain_log) 55
4.8 Lokasi Semasa Ubat (location) 56
4.9 Lokasi Pemindahan Ubat (lokasi_ubat) 56
4.10 Pembekal Ubat (pembekal) 57
5.1 Keputusan Pengujian Input 69
5.2 Keputusan Pengujian Paparan dari
Pangkalan Data 71
5.3 Keputusan Pengujian Hantar Maklumat 72
5.4 Jadual Keputusan Pengujian Output 74
SENARAI ISTILAH
ISTILAH PENERANGAN
GUI Graphical User Interface
HTTP Hypertext Transfer Protocol
ICT Information Technology and Communication
MIME Multipurpose Internet Mail Extension
PC Personal Computer
PHP Hypertext Preprocessor
POP Post Office Protocol
RAM Random Access Memory
ROM Read Only Memory
SDLC System Design Life Cycle
STMP Simple Mail Transfer Protocol
UML Unified Modeling Language
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Gantt PSM I 82
B Carta Gantt PSM II 84
C Nama-nama Ubat Mengikut Pengkelasan 86
D Manual Pengguna 91
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dalam sektor
pembangunan. Ini adalah kerana pada masa ini negara sedang giat membangun dan
mencipta nama seiring dengan negara-negara maju yang lain dalam pelbagai bidang.
Sejak kebelakangan ini, penggunaan internet telah berkembang dengan pesat sejajar
dengan arus kemajuan teknologi yang semakin maju. Selain itu usaha kerajaan untuk
memperkenalkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah tepat pada
masanya.
Pusat perubatan di Malaysia semakin pesat membangun di sebabkan kemajuan
teknologi dalam pembangunan infrastuktur dan kepakaran tenaga pekerja yang semakin
bertambah. Pusat perubatan merupakan sebuah pusat yang memberikan perkhidmatan
kepada pesakit-pesakit. Perkhidmatan di sini bukan sahaja fokus kepada perkhidmatan
kecederaan atau kesakitan anggota badan malah ia juga membekalkan perkhidmatan dari
segi penggunaan ubat dengan cara yang betul dan perkhidmatan kaunseling kepada
pesakit-pesakit yang memerlukannya.
Terdapat sesetengah pusat perubatan yang wujud di negara kita masih lagi
menggunakan perkhidmatan secara manual khususnya dalam pengrekodan bilangan stok
ubat, pengkelasan ubat dan lain-lain.
Pusat Perubatan Gul Ipoh, Perak masih lagi menggunakan perkhidmatan secara
manual keseluruhannya dalam pengrekodan bilangan stok ubat yang terdapat di pusat
perubatan tersebut. Pengrekodan bilangan stok ubat yang dilakukan secara manual
adalah kurang praktikal kerana data-data yang di rekod selalunya tidak tepat dan mudah
hilang atau tercicir. Ini menyukarkan pihak pusat perubatan dalam mengendalikan
perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan ubat-ubatan tersebut.
Alternetifnya, Sistem Inventori Ubat-ubatan Pusat Perubatan berasakan web di
bangunkan. Ia bertujuan untuk proses pengrekodan keluar masuk ubat-ubatan. Di
samping itu penyimpanan maklumat ubat juga adalah lebih selamat mengikut
pengkelasan ubat-ubatan bagi memudahkan proses rujukan oleh pekerja-pekerja pusat
perubatan. Selain itu dengan adanya sistem inventori ubat-ubatan ia dapat mengelakkan
penyelewengan atau kepalsuan dalam proses penjualan ubat kepada pesakit.
1.2 Latarbelakang Masalah
Latarbelakang masalah merupakan satu aktiviti yang di jalankan dengan tujuan
untuk mengenalpasti dan mengkaji masalah atau kelemahan yang dihadapi oleh pusat
perubatan dalam mengendalikan pengurusan bilangan stok ubat-ubatan. Masalah utama
yang di kenalpasti ialah sistem semasa dikendalikan secara manual. Pihak pusat
perubatan masih lagi menggunakan penyimpanan data dalam bentuk dokumen.
Biasanya maklumat ubat-ubatan di hantar dalam bentuk helaian kertas. Kemungkinan
terdapat helaian kertas yang tercicir atau hilang. Selain itu maklumat atau rekod yang
disimpan dalam bentuk helaian kertas akan musnah akibat basah atau terkoyak.
Masalah lain yang timbul ialah maklumat atau rekod mengenai bilangan stok
ubat yang terdapat di pusat perubatan tidak dikemaskini dari masa ke semasa. Ini
menyukarkan pihak pegawai farmasi atau kerani pentadbir dalam mendapatkan rekod
terkini bilangan stok yang masih ada dalam simpanan pusat perubatan. Pengrekodan
ubat-ubatan adalah perkara penting dalam sebuah pusat perubatan untuk mengelakkan
daripada penyelewengan dalam proses penjualan kepada pesakit.
Selain itu maklumat atau rekod bilangan stok yang tidak di kemaskini
menyebabkan pusat perubatan tidak menyedari kehabisan bekalan ubat. Ini akan
menyukarkan pesakit dalam mendapatkan ubat mengikut keperluan. Di samping itu
proses mendapatkan bekalan ubat daripada pembekal akan mengambil masa yang lama.
Melalui pembangunan sistem inventori berasakan web ini, ia dapat membantu
kakitangan pusat perubatan dalam mendapatkan bilangan stok semasa dengan tepat
tanpa sebarang ralat kerana pengiraan menggunakan mesin bukan menggunakan kaedah
secara manual. Perkhidmatan secara manual yang digunakan pakai sekarang mengambil
masa yang lama untuk merekod maklumat mengenai ubat-ubatan yang terdapat di pusat
perubatan. Setiap bulan, pusat perubatan akan menerima senarai maklumat ubatan untuk
direkod. Bebanan kerja akan bertambah kerana setiap bulan kerani pentadbir farmasi
perlu mengira bilangan stok yang telah di jual atau yang masih dalam simpanan.
Pengkelasan ubat yang terdapat di pusat perubatan juga tidak begitu jelas.
Pegawai farmasi ataupun kerani terpaksa merujuk kepada doktor mengenai ubat yang di
kehendaki oleh pesakit. Selain itu mereka juga terpaksa mendapatkan maklumat
pengkelasan ubat daripada rekod manual yang sedia ada di pusat perubatan. Sistem
inventori yang ingin di bangunkan ini dapat membantu pegawai farmasi dan kerani
pentadbir dalam mendapatkan maklumat pengkelasan ubat dengan jelas melalui medan
carian.
1.3 Matlamat
Menghasilkan satu prototaip sistem inventori ubat-ubatan berasaskan web bagi
memudahkan pengguna sistem merekod bilangan stok ubat mengikut pengkelasan ubat-
ubatan yang terdapat di pusat perubatan.
1.4 Objektif
Projek pembangunan sistem inventori ubat-ubatan pusat perubatan telah
menggariskan beberapa objektif yang utama. Di antaranya ialah :
i. Mendapatkan maklumat daripada pegawai atau kerani farmasi mengenai
bilangan rekod semasa ubat-ubatan yang masih ada dalam simpanan
pusat perubatan.
ii. Membangunkan sistem inventori ubat-ubatan yang efektif dan interaktif.
1.5 Skop
Antara skop yang di tetapkan untuk mencapai objektif projek ini adalah seperti
berikut :
i. Sistem inventori ubat-ubatan ini melibatkan penggunaan oleh
pegawai farmasi (admin), pengurus stok, dan kerani-kerani
pentadbir farmasi (staff).
ii. Merekod bilangan stok ubat semasa untuk mengelakkan daripada
terputus bekalan ubat.
iii. Mengelaskan ubat mengikut jenis item ubat.
iv. Sistem ini boleh menghasilkan laporan stok ubat dalam bentuk salinan
lembut (softcopy) dan salinan keras (hardcopy).
1.6 Justifikasi Projek
Penghasilan sistem inventori ubat-ubatan ini di jangka dapat di majukan bukan
sahaja di pusat-pusat perubatan malah di hospital-hospital besar dan pusat-pusat
kesihatan dalam skop yang lebih luas. Masalah pengrekodan ubat-ubatan di pusat
perubatan dapat di atasi dengan menggunakan sistem tersebut. Selain itu dengan
menggunakan teknologi penghantaran emel iaitu proses penghantaran mesej kepada
pembekal ubat adalah lebih mudah dan cepat kerana mesej di hantar terus kepada pihak
pembekal ubat.
1.7 Kepentingan Projek
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk merekod semua bilangan keluar masuk
stok ubat yang terdapat di pusat perubatan tersebut. Sistem ini juga menggunakan
bahasa pengaturcaraan PHP serta teknologi penghantaran maklumat secara mel
elektronik.
Keistimewaan yang akan di kecapi hasil daripada projek ini ialah pengrekodan
ubat-ubatan dapat di lakukan oleh pegawai farmasi yang bertindak sebagai admin dan
beberapa kerani pentadbir farmasi yang di amanahkan untuk mengemaskini rekod ubat.
Selain itu, ia dapat mengelakkan daripada penyelewangan dan penipuan semasa proses
penjualan ubat kepada pesakit. Capaian yang terhad merupakan keselamatan utama
dalam pembangunan sistem ini. Bukan semua pengguna sistem ini dapat mencapai ke
semua data. Teknologi penghantaran maklumat secara emel digunakan dalam sistem ini
adalah untuk proses pemberitahuan kepada pembekal ubat mengenai bilangan ubat yang
semakin berkurang dan meminta pembekal ubat untuk menyediakan stok dengan segera
kepada pusat perubatan untuk mengelakkan daripada terputus bekalan ubat.
BAB 2
KAJIAN LATAR BELAKANG
2.1 Pengenalan
Kajian literatur ini di lakukan dengan tujuan untuk mendapatkan gambaran dan
pemahaman yang lebih jelas mengenai topik-topik yang berkaitan dengan pembangunan
sistem yang di bangunkan. Pemahaman terhadap domain, masalah serta teknik atau
algoritma yang di gunakan adalah sangat penting untuk memastikan pembangunan
sistem ini berjalan dengan sempurna dan seterusnya, matlamat dan skop yang telah di
tetapkan pada masa sistem ini sedang dirangkakan dapat di capai.
Antara kajian yang dilakukan adalah seperti kaedah pengrekodan ubat-ubatan di
mana aspek keselamatan di tekankan. Di sini, ketegori pengguna di bahagikan kepada
pegawai farmasi yang bertindak sebagai admin dan kerani-kerani pentadbir farmasi
sebagai tenaga pekerja yang merekod semua jenis ubat yang ada di pusat perubatan.
Capaian kerani-kerani pentadbir farmasi adalah terhad hanya pada bahagian
memasukkan nama ubat mengikut pengkelasan, mengemaskini nama-nama ubat
mengikut tarikh luput dan memastikan bekalan ubat adalah mencukupi mengikut
kehendak pesakit. Pegawai farmasi yang bertindak sebagai admin bertanggungjawab
dalam mengeluarkan ubat-ubat yang terkawal. Dengan kelulusan pegawai farmasi
sahaja ubat kawalan dapat di berikan kepada pesakit yang memerlukannya.
Selain itu kajian yang dilakukan adalah seperti teknologi penghantaran maklumat
tempahan kepada pembekal dengan menggunakan perkhidmatan mel elektronik. Tujuan
mesej di hantar adalah untuk memberitahu kepada pembekal mengenai bekalan ubat
yang berkurang dan meminta untuk menghantar bekalan dengan segera untuk
mengelakkan daripada bekalan ubat terputus.
2.2 Kajian Sistem Sedia Ada
Sub tajuk ini menerangkan tentang latar belakang pusat perubatan bagi sistem
yang di kaji dan kajian sistem sedia ada. Sistem inventori ubat-ubatan di Pusat
Perubatan Gul telahpun wujud tetapi di laksanakan secara manual di mana proses
pengrekodan ubat-ubatan dalam bentuk dokumen. Selain itu pusat perubatan tersebut
juga tidak membuat proses pengemaskinian rekod dengan teratur dan bersisitematik.
Pengkhususan dalam mengerjakan tugas juga tidak dilaksanakan dengan jelas.
Jesteru itu, segala maklumat yang di perolehi mengenai ubat-ubatan di perolehi
daripada Hospital Seri Maharaja Temenggung Ibrahim, Kulai di mana hospital tersebut
di jadikan sebagai kajian kes dalam membangunkan sistem inventori ubat-ubatan. Ini di
sebabkan proses mendapatkan maklumat Pusat Perubatan Gul adalah sukar dan
memakan masa yang lama. Kajian awal telah di buat pada awal semester di mana sistem
manual yang di kendalikan oleh pusat perubatan itu sendiri. Namun, kajian perlu
dilakukan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang ada dalam sistem tersebut dan
mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.
2.2.1 Latarbelakang Pusat Perubatan Gul
Pusat Perubatan Gul merupakan sebuah pusat perubatan yang mempunyai tiga
cawangan di Ipoh Perak iaitu di kawasan Ipoh Timur, Chemor dan Tasek. Pusat
perubatan ini terdiri daripada tiga orang doktor, tiga orang pegawai farmasi dan sepuluh
orang pentadbir kerani farmasi yang bernaung di ketiga-tiga cawangan pusat perubatan
tersebut.
Pusat Perubatan Gul pertama bermula di Ipoh Timur pada September 2005.
Setahun selepas itu, pusat perubatan yang kedua di buka di kawasan Chemor untuk
memenuhi permintaan komuniti sekitar Kawasan Perindustrian Kinta. Pusat perubatan
ini merupakan sebuah pusat perubatan yang menandatangani kontrak dengan beberapa
buah kilang sebagai panel kesihatan yang membekalkan perkhidmatan kepada pekerja-
pekerja kilang. Sepanjang tahun ini sahaja pusat perubatan ini telah mempunyai 50
organisasi atau syarikat yang menandatangani kontrak untuk menggunakan
perkhidmatan pusat perubatan tersebut. Antara syarikat yang menandatangani sebagai
panel kesihatan adalah Kontena Nasional Berhad, Jaya Jusco Ipoh, Yamaha dan lain-lain
2.2.2 Kajian Sistem Sedia Ada di Pusat Perubatan Pusat Perubatan Gul
Sistem Inventori Ubat-ubatan Pusat Perubatan Gul belum lagi di automasikan
menggunakan sistem komputer. Semua proses pendaftaran pesakit, pengambilan ubat
dan khususnya inventori ubat-ubatan di lakukan secara manual.
2.2.2.1 Prosedur Dalam Sistem Inventori Ubat-ubatan Pusat Perubatan Gul secara manual
Sistem inventori ubat-ubatan tersebut menyimpan rekod-rekod ubatan dalam
bentuk dokumen. Bilangan stok ubat dan rekod keluar masuk ubat juga dalam bentuk
manual iaitu proses penyimpanan data dalam bentuk dokumen. Kaedah ini kurang
praktikal kerana mudah berlaku kerosakkan atau kehilangan data. Selain itu penindihan
rekod juga sering berlaku dalam proses pengkelasan ubat dan penerimaan ubat daripada
pihak pembekal. Bilangan rekod ubat semasa juga sukar untuk di ketahui kerana proses
pengemaskinian hanya dilakukan pada hujung bulan.
Kebiasaanya, setiap bulan pembekal ubat akan menghantar stok ubat kepada
pusat perubatan. Selepas itu, stok perlu dihabiskan oleh pihak pusat perubatan dalam
tempoh dua bulan. Jika tidak, stok ubat tersebut perlu dipulangkan semula ke pembekal.
Ubat yang di pesan akan di hantar pada awal bulan dan minggu ketiga jika tiada
kecemasan. Pihak pusat perubatan yang menentukan kuantiti ubat yang dipesan
bertujuan untuk mengelak pembaziran jika pihak pembekal sendiri yang
menentukannya.
Pegawai farmasi bertanggungjawab memesan stok ubat daripada pembekal ubat.
Pesanan dilakukan dengan membuat panggilan secara terus kepada pembekal dan
memesan bekalan stok yang di perlukan. Kerani pentadbir farmasi hanya
bertanggungjawab dalam merekod bekalan ubat yang tiba di pusat perubatan dan
memastikan bekalan ubat yang di terima mencukupi dan dalam keadaan baik.
2.2.2.2 Kategori Pengguna
Sistem inventori ubat-ubatan secara manual yang terdapat di pusat perubatan ini
mempunyai beberapa pengguna. Bagaimanapun, pengguna ini dibahagikan kepada tiga
kategori.
i. Pegawai Farmasi / Pentadbir Sistem (Admin)
Pegawai Farmasi atau pentadbir sistem bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap penyelenggaraan sistem inventori ubat-ubatan. Selain itu
pegawai farmasi juga mengawal pengeluaran dan kemasukan stok ubat
semasa. Pemberitahuan kepada pembekal ubat mengenai bekalan stok
yang berkurang juga di laksanakan oleh pentadbir sistem.
ii. Pengurus Stok Ubat
Pengurus stok ubat ialah pengguna yang bertanggungjawab memantau
stok ubat di pusat kesihatan. Pengguna yang termasuk dalam kategori ini
ialah ketua farmasi di pusat perubatan tersebut.
iii. Kerani Pentadbir Farmasi
Kerani pentadbir farmasi ialah pengguna yang menggunakan sistem ini
seperti jururawat yang bertugas di pusat perubatan tersebut. Mereka
berperanan dalam merekod semua bilangan stok ubat dan menentukan
bilangan stok ubat semasa untuk tujuan rujukan.
2.3 Analisa Masalah Sistem Sedia Ada
Sub tajuk akan mengupas beberapa perkara penting yang menjadi fokus utama
projek ini serta analisis masalahnya.
2.3.1 Masalah mendapatkan rekod semasa bekalan ubat
Kebanyakkan ubat-ubatan di rekod dengan menggunakan kaedah manual di
mana proses penyimpanan data di dalam dokumen atau fail-fail. Maklumat ini
dikemaskini hanya pada hujung bulan. Dengan pembangunan sistem inventori ubat-
ubatan pusat perubatan berasaskan web ini ia dapat mengemaskini bilangan stok ubat
dari masa ke semasa. Melalui penggunaan keadah pengrekodan secara komputer ini ia
mengelakkan daripada ralat dalam pengiraan bilangan stok ubat kerana pengiraan
dilakukan oleh mesin dan bukan secara manual oleh pengguna.
2.3.2 Tiada Pengkelasan Ubat
Sistem secara manual yang di guna pakai oleh pusat perubatan ini menyimpan
ubat-ubatan adalah dalam keadaan yang tidak teratur. Pengkelasan ubat tidak di
nyatakan dengan jelas iaitu ubat-ubatan dalam bentuk cecair, pil (tablet), dadah (drugs),
krim (cream), vaksin (vacsin), suntikan (injection) dan bedak (powder). Melalui
pembangunan sistem inventori berasaskan web ini ia dapat memudahkan kerani
pentadbir farmasi dalam mendapatkan maklumat mengenai ubat-ubatan dengan cepat
mengikut medan carian pengkelasan ubat.
2.3.3 Tiada ciri-ciri keselamatan dalam pengurusan bilangan stok ubat
Data-data yang di rekod akan dikendalikan oleh kerani-kerani pentadbir farmasi.
Penyelewengan dan penipuan boleh berlaku sebagai contoh proses pengrekodan
maklumat dan bilangan stok ubat yang tidak benar kesahihan datanya. Kerani-kerani
pentadbir farmasi boleh menjual bilangan stok ubat yang diseludup kepada organisasi
luar. Dengan adanya sistem ini, ia hanya dapat di pantau dan pembuangan data atau
maklumat hanya di kendalikan oleh pengurus stok ubat kerana hanya mereka sahaja
yang di amanahkan untuk merekod dan membuang data setelah di pastikan kesahihan
data tersebut.
2.3.4 Proses Kemaskinian Bilangan Stok Ubat yang tidak menyeluruh
Bilangan stok ubat yang tidak dikemaskini dengan menyeluruh merupakan faktor
masalah yang melanda Pusat Perubatan Gul. Maklumat rekod ubat-ubatan semasa tidak
di ketahui. Ini akan menyebabkan masalah kehabisan stok tanpa di sedari. Selain itu
ubat-ubatan yang kehabisan stok ini menyukarkan pesakit atau pengguna mendapatkan
bekalan ubat. Ini adalah kerana proses mendapatkan ubat daripada pembekal
mengambil masa yang lama dan mengikut prosedur-prosedur tertentu dalam pengeluaran
ubat-ubatan kepada pusat perubatan. Proses pembangunan sistem inventori ini
menggunakan teknologi emel di mana ia memberitahu kepada pembekal untuk
mendapatkan bekalan ubat dengan segera bagi mengelakkan kehabisan stok.
2.4 Kajian Keadah Penyelesaian Masalah
Dalam membangunkan sistem inventori ubat-ubatan ini, beberapa kaedah
digunakan. Antaranya ialah penggunaan bahasa pengaturcaraan PHP dalam
membangunkan sistem berasakan web. Di samping itu juga teknologi emel digunakan
untuk proses mendapatkan bekalan ubat daripada pembekal. Selain itu, kaedah yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan melihat sistem-sistem yang
sedia ada di pusat perubatan yang lain selain daripada penggunaan secara manual.
Dengan adanya sistem sedia ada ini kita dapat gambaran untuk menigkatkan lagi
pembangunan sistem dan cuba untuk membuat sesuatu yang baru. Sebagai contoh
sistem berasakan web yang ingin di bangunkan ini. Kebanyakkan sistem yang sedia ada
hanya di guna pakai di pusat-pusat perubatan tetapi melalui pembangunan berasakan
web, kerja akan menjadi lebih mudah dan pekerja pusat perubatan dapat mencapai data
terus pada bila-bila masa di mana adanya kemudahan internet.
2.5 Kajian Terhadap PHP
Hypertext Preprocessor (PHP) adalah satu bahasa pengaturcaraan yang
disatukan bersama dengan HTML yang berada di server (Server Side HTML embedded
Scripting) dengan sintaks dan arahan-arahan yang akan dimasukkan dan dijalankan
sepenuhnya oleh server di dalam paparan HTML. Ia merupakan bahasa pengaturcaraan
web yang diimplementasi daripada aturcara Perl.
Matlamat PHP adalah membolehkan pembangunan aplikasi web menulis
halaman web dinamik dengan cepat dan mudah. PHP membolehkan aplikasi dalam
teknologi yang berasaskan web dapat dilaksanakan. Dalam keadaan ini, aplikasi
tersebut umunya akan memberikan hasil kepada web browser, tetapi secara
keseluruhannya proses tersebut akan dijalankan di web server.
Semua aplikasi yang berasaskan web dapat dilaksanakan dengan menggunakan
PHP. Bahasa ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu boleh dikombinasikan dengan
berbagai-bagai jenis pangkalan data dan dapat menyokong berbagai-bagai jenis sistem
operasi. PHP lebih sesuai digunakan jika ia digabungkan dengan pangkalan data
MySQL. Sistem pangkalan data yang di sokong oleh PHP adalah seperti Oracle,
Sybase, MySQL, MSQL, Solid, Generic ODBC dan Progress SQL di mana PHP ini juga
menyokong komunikasi dengan layanan yang lain melalui protokol IMAP, SNMP, NNt
dan HTTP (Alavoor Vasudevan, 2002)
2.5.1 Kelebihan Menggunakan Aplikasi PHP
Antara kelebihan PHP daripada bahasa pengaturcaraan yang lain adalah seperti
berikut:
i. Bahasa pengaturcaraan PHP adalah merupakan sebuah bahasa skrip yang
tidak melakukan pengkompilan dalam penggunaannya.
ii. Pelayan web yang dapat menyokong PHP dapat di perolehi di mana-
mana sahaja. Antara contoh pelayan web tersebut adalah seperti IIS,
Apache dan sebagainya.
iii. Dalam segi pemahaman, PHP adalah bahasa pengaturcaraan yang paling
mudah di fahami kerana terdapat banyak bahan rujukan yang dapat di
perolehi dari pelbagai sumber.
iv. PHP merupakan satu bahasa pengaturcaraan open source yang dapat di
gunakan di pelbagai platform seperti Windows, Linux dan Unix.
(Alavoor Vasudevan, 2002)
2.6 Pangkalan Data MySQL
Pangkalan data MySQL adalah merupakan satu gabungan jadual-jadual yang
mengandungi data-data yang di simpan. Selain itu, MYSQL juga berperanan sebagai
kompenan pangkalan data bagi platform LAMP, MAMP dan WAMP. Pangkalan data
MYSQL ini selalu digunakan bersama dengan bahasa pengaturcaraan PHP dalam
pembangunan sistem. Maka PHPMyAdmin diwujudkan. PHPMyAdmin ini adalah
merupakan satu program berasaskan web yang digunakan untuk mengurus dan
mentadbir pangkalan data MySQL. Program ini di tulis sepenuhnya dalam PHP dan
memerlukan sebuah pelayan web dengan sokongan PHP untuk memasangkannya.
(Wikipedia, 2006)
2.6.1 Kelebihan Pangkalan Data MySQL
Berikut adalah kelebihan-kelebihan yang terdapat pada pangkalan data MySQL
ini:
i. Merupakan satu perisian open source dan mudah dipindah turun daripada
internet. Ciri-ciri yang terdapat pada MySQL sesuai untuk digunakan
membangunkan aplikasi web.
ii. Mudah diintegrasikan dengan pelbagai bahasa pengaturcaraan. Namun
begitu, MySQL sering digunakan bersama dengan PHP dalam
membangunkan sistem web yang dinamik.
iii. Boleh digunakan pada pelbagai platform seperti Windows, Linux dan
Macintosh.
iv. Pangkalan data MySQL mempunyai overhead sambungan yang rendah
maka transaksi yang terdapat dalam jadual MySQL dapat dilakukan
dengan pantas. (Wikipedia, 2006)
2.7 Pengenalan Perkhidmatan Emel
Dalam era sekarang, surat elektronik sudah menjadi sesuatu yang umum
dipergunakan. Ia dapat diandaikan kerana kecepatannya dalam menjangkau berbagai
tempat dimanapun di penjuru dunia ini dalam beberapa minit bahkan sebarang detik.
Emel sendiri adalah singkatan dari electronic mail atau surat elektronik. Ia
adalah sebuah kaedah untuk membuat, mengirim dan menerima pesan melalui sistem
komunikasi elektronik. Emel adalah sebuah revolusi tersendiri dalam komunikasi antara
manusia. Lebih hebat lagi adalah ketika mempunyai capaian ke internet saat ini
membolehkan mereka memiliki alamat emel secara mudah.
Teknologi emel jauh lebih awal dari teknologi internet yang kita gunakan
sekarang. Sebelum orang mengenal laman web atau perkhidmatan internet, sudah ada
orang yang berkomunikasi dengan menggunakan emel ini.
Emel telah wujud sekian lama sebelum kita mengenal teknologi internet. Ia
pertama kali dikenal di tahun 1965. Saat itu ia dipergunakan sebagai saranan
komunikasi antara komputer dalam sebuah organisasi. Namun kemudian, kenyataan
bahawa antara satu komputer dengan komputer lain walaupun saat itu masih dalam satu
organisasi dapat dipergunakan untuk saling mengirim pesanan kemudian mendapatkan
idea untuk mengembangkannya menjadi sebuah jaringan yang lebih besar. Awalnya
para pakar mencari cara agar sebuah pesanan dapat dikirim ke komputer yang
menggunakan sistem berbeza-beza, kemudian berkembang lagi menjadi bentuk
komunikasi antara komputer di tempat yang berbeza secara kedudukan geografik.
Perlu dicatat bahawa pada waktu itu belum ada satu jenis komputer yang
mendominasi seperti komputer masa kini. Sekiranya pada waktu itu terdapat bermacam-
macam jenis komputer sehingga diperlukan untuk saling berkomunikasi antara komputer
yang berbeza sistem itu. Untuk itulah diperlukan adanya keseragaman maklumat atau
disebut protokol. Dalam proses perbincangan sejarah emel, ia tidak akan terlepaskan
dari peranan ARPANET. Di tahun 1968 sebuah perusahaan yang dikenal dengan nama
BBN disewa oleh Jabatan Pertahanan Amerika untuk sebuah sistem jaringan komunikasi
untuk keperluan militan dan pendidikan. Ia disebut sebagai ARPANET.
Namun apa yang dilakukannya itu adalah sejarah awal mereka berkomunikasi
emel dalam sebuah jaringan dunia. Pada awalnya mereka mengirim emel dengan
program-pgorgam emel, namun kini dengan pencapaian status internet tertentu saja
mereka sudah boleh mengirim emel yang disebut dengan webmail, seperti yang banyak
anda gunakan sekarang. Contohnya adalah yahoo, hotmail dan lain sebaginya.
(MediaCorp Radio, 2007)
2.8 Istilah-istilah Emel
Istilah-istilah yang berkaitan dengan emel yang mungkin anda hadapi adalah
seperti yang akan di jelaskan di bawah.
2.8.1 Simple Mail Transfer Protocol
Satu set peraturan standard yang digunakan untuk menghantar pesanan-pesanan
yang perlu dihantar.
2.8.2 Post Office Protocol
Satu set peraturan yang menanggani pesanan-pesanan yang di terima. Sila ambil
perhatian: Terdapat beberapa versi POP, antara yang biasa ialah POP3 (versi 3). Untuk
memasang perisian e-mel bagi menerima dan menghantar e-mel, anda perlu mengetahui
alamat server SMTP dan POP anda.Di Malaysia, sekiranya anda adalah pelanggan
Jaring, alamat server SMTP dan POP adalah sama: popO.jaring.my. Begitu juga
sekiranya anda adalah pelanggan TMnet, alamat server SMTP ialah smtp.tm.net.my dan
alamat server POP ialah pop.tm.net.my.
2.8.3 Multipurpose Internet Mail Extension
Satu format untuk menukar penyertaan bersama emel. Contohnya untuk
menukar fail Microsoft Word kepada fail teks ASCII agar ianya boleh dihantar daripada
satu akaun emel kepada yang lain. (Angkasa, 2005)
2.9 Asas-asas Emel
Secara global berjuta-juta emel dihantar dan diterima pada setiap hari.
Kebanyakan daripada emel ini hanya mengandungi teks sahaja. Sesetengah daripadanya
mengandungi lampiran. Lampiran bersama ini mungkin terdiri daripada imej atau fail
data seperti dokumen word, spreadsheet, pangkalan data (database) atau fail-fail grafik.
Sebelum anda boleh menghantar dan menerima emel, anda perlu memasang pakej
perisian emel. Antara perisian emel yang terkenal ialah Microsoft Outlook, Outlook
Express, Pegasus dan Eudora
.
Apabila sebuah pesanan emel dihantar, anda tidak boleh memastikan yang
penerima itu akan menerimanya. Emel ini perlu melalui beberapa komputer pelayan
(server) sebelum ianya sampai ke komputer yang dikenali sebagai server-mel. Pesanan
itu akan disimpan di sini sehingga penerima itu memeriksa dan mendapatkan pesanan
tersebut. Pesanan-pesanan emel akan sampai ke tempat yang dihantar dalam beberapa
saat sahaja bergantung kepada laluannya. Kalau sesuatu komputer tersebut rosak,
pesanan itu akan dihantar ke komputer lain dan disimpan untuk dihantar kemudian. Ini
mungkin melambatkan proses penghantaran pesanan anda. Keselamatan emel tidak
terjamin. Pesanan boleh di pintas oleh postmaster dan pentakbir sistem oleh itu ianya
tidak boleh mengandungi kandungan yang sensitif. Setiap hari berjuta-juta pesanan
dihantar dan tidak mungkin mana-mana pesanan tersebut akan dipintas dan dibaca.
(Angkasa,2005)
2.9.1 Kebaikan Emel
Terdapat beberapa kebaikan yang di perolehi oleh pengguna dengan
menggunakan teknologi emel ini. Antaranya adalah seperti berikut:
i. Proses penghantaran maklumat melalui emel akan menjadi lebih mudah
dan pantas.
ii. Selain itu proses penghantaran menggunakan emel ini juga dapat
menjimatkan tenaga, masa dan juga kos perlaksanaan.
iv. Keadah penghantaran dengan menggunakan emel ini merupakan suatu
proses yang efesyin dan berkesan kerana maklumat akan terus sampai
kepada penerima berdasarkan alamat emel yang di tulis oleh penghantar.
(Pusat Pengurusan Teknologi INTAN, 2007)
2.9.2 Kelemahan Emel
Antara kelemahan yang terdapat pada emel adalah seperti berikut:
i. Proses penghantaran maklumat secara emel adalah terhad pada tempat
tertentu di mana proses penghantaran makulmat dapat di lakukan pada
kawasan yang mempunya capaian internet sahaja.
ii. Sekiranya pusat perubatan mengali masalah internet, ia akan menjejaskan
proses permintaan ubat di mana ia melibatkan proses penghantaran e-mel
kepada pihak pembekal.
(Pusat Pengurusan Teknologi INTAN, 2007)
2.10 Kompenan-kompenan Pesanan Emel
Kebanyakan pesanan emel mengandungi dua bahagian:
2.10.1 Bahagian tajuk pesanan
Rajah 2.1: Antramuka pesanan emel
Tajuk Pesanan
Ruang DeskripsiTo Taipkan alamat emel penerima di sini.Cc Satu salinan pesanan akan dihantar kepada penerima yang lain.Bcc Satu salinan tanpa beralamat penghantar akan dihantar kepada penerima lain Subject Ringkasan kandungan pesanan.
2.10.2 Bahagian Kandungan
Bahagian kandungan menerangkan mengenai proses menulis maklumat kepada
pengguna atau penerima. Di mana penulis atau penghantar maklumat berkebolehan
untuk menulis seberapa banyak maklumat yang hendak di hantar mengikut format yang
di kehendaki. Format di sini merujuk kepada proses penulisan maklumat mengikut
panduan yang terdapat di antaramuka seperti di atas. (Angkasa 2007,)
2.11 Rumusan
Kajian terhadap sistem yang sedia ada iaitu secara manual dapat membantu
dalam penghasilan sistem berasakan web. Melalui kajian yang di buat, di sini dapat di
rumuskan sistem inventori ubat-ubatan berasaskan web adalah strategi yang terbaik
dalam merekod segala ubat-ubatan dan untuk mendapatkan rekod semasa bekalan stok
ubat. Di samping itu, kos yang efektif adalah salah satu faktor yang mendorong kepada
pembangunan sistem tersebut. Selain itu kajian terhadap teknologi sangat penting
supaya teknologi yang dipilih dapat memastikan sistem dibangunkan dalam masa yang
agak terbatas tetapi masih memenuhi objektif dan skop. Hasil kajan juga dapat
dijadikan asas pengetahuan mengenai teknologi berkenaan untuk memudahkan proses
pembangunan dalam fasa implementasi sistem di masa akan datang.
BAB 3
METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan
Secara umumnya metodologi dapat ditafsirkan sebagai satu kaedah atau langkah
proses bersistematik daripada keperluan kepada rekabentuk sesebuah sistem. Terdapat
pelbagai kaedah yang dapat digunakan dalam sesuatu pembangunan sistem. Melalui
pemilihan satu metodologi yang paling sesuai ia dapat mengikut keperluan domain
sesuatu sistem yang bakal dibangunkan kerana ia dapat menjimatkan kos serta masa
yang optimum.
Terdapat pelbagai metodologi yang seringkali digunakan untuk membangunkan
sesuatu projek atau sistem. Antara contoh metodologi adalah seperti model Air Terjun
(Waterfall), model RAD, model Lingkaran (Spiral), model Prototaip, model
Transformasi Formal dan sebagainya. Selain menggunakan metodologi sedia ada,
pembangunan sistem juga boleh mewujudkan satu metodologi yang baru mengikut fasa-
fasa pembangunan projek yang bakal dibangunkan.
3.2 Metodologi Yang Digunakan
Metodologi yang digunakan semasa membangunkan sistem ini ialah model air
terjun dan Unified Modeling Languague. Ini kerana kedua-dua metodologi tersebut
mudah dilaksanakan, difahami dan paling popular digunakan.
3.2.1 Metodologi Air Terjun
Fasa yang terlibat dalam metodologi air terjun ini ialah definisi keperluan,
rekebentuk sistem dan perisian, implementasi dan pengujian unit, integrasi dan
pengujian sistem dan operasi penyelenggaraan seperti yang boleh di lihat pada rajah 3.1
iaitu fasa-fasa pembangunan sistem. Setiap fasa ini dilakukan secara berturutan
sehingga peringkat akhir. Pengulangan semula fasa dilakukan setelah proses terakhir
iaitu operasi dan penyelenggaraan. Namun begitu, fasa-fasa ini telah digantikan
mengikut kitar hayat pembangunan sistem (SDLC). Fasa-fasa tersebut ialah penyiasatan
awal, pengumpulan data dan analisis, rekebentuk sistem, pembangunan dan pengujian.
Fasa pertama iaitu penyiasatan awal merupakan satu fasa yang akan menentukan
sama ada projek yang ingin dilakukan itu diluluskan atau tidak. Fasa kedua iaitu
pengumpulan fakta-fakta yang berkaitan dengan sistem yang hendak dibangunkan
seperti kajian kes sistem sedia ada, teknologi yang terlibat serta kekangan yang mungkin
ada dalam sistem yang ingin dibangunkan. Fasa ketiga ialah rekabentuk sistem yang
dibangunkan. Ini termasuklah kompenan-kompenan yang terlibat seperti pangkalan
data, antaramuka pengguna dan jangkaan input dan output. Fasa terakhir ialah
pembangunan dan implementasi sistem. Dalam fasa ini, pengaturcaraan menjadi
perkara umum bagi menghasilkan sesuatu sistem.
3.2.2 Unified Modelling Languague
UML ialah pendekatan kepada memodelkan sistem daripada sistem maklumat
perusahaan dan aplikasi berasaskan web secara teragih. Penggunaan UML secara efektif
mestilah bermula dengan membentuk model konseptual memerlukan tiga major elemen
iaitu blok asas UML, peraturan untuk menggabungkan blok itu dan mekanisma yang
biasanya dilaksanakan oleh bahasa pengaturcaraan.
UML selalu digunakan untuk perancangan persembahan bergrafik bagi
memodelkan sesuatu sistem berorentasi objek. Ia telah menggabungkan pelbagai jenis
siri notasi yang popular. UML juga digunakan untuk memaparkan sempadan bagi
sistem dan fungsi-fungsi utama dengan menggunakan kes guna dan actor. Seterusnya ia
memodelkan kelakuan dari objek dengan menggunakan gambarajah jujukan
Penyiasatan Awal
Pengumpulan data dan analisis
Rekebentuk Sistem
Pembangunan dan Pengujian
Petunjuk :
Peralihan fasa
Pengulangan fasa jika perlu
Rajah 3.1: Fasa-fasa Pembangunan Sistem
Watefall Diagram
3.3 Justifikasi Pemilihan Metadologi
Model Air Terjun telah dipilih kerana ciri-cirinya yang tersusun dan
bersistematik. Model ini bersesuaian dengan pembangunan sistem yang baru dalam
pembangunan sistem kerana peralihan fasa yang memudahkan pengaturcaran dalam
perlaksaan sistem. Fasa-fasa yang terlibat dalam pembangunan sistem ini ialah
penyiasatan awalan, pengumpulan fakta dan anlisis, rekabentuk sistem dan
pembangunan serta implementasi sistem.
Dalam model air terjun, pengulangan fasa dapat dilakukan jika berlaku ralat atau
ketidakstabilan semasa fasa seterusnya sedang dilaksanakan. Ini kerana satu fasa
mempunyai kaitan dengan fasa yang sebelumnya. Oleh itu, biasanya sebelum fasa
seterusnya dimulakan, maka perlulah melakukan penyemakan agar fasa-fasa yang lain
tidak akan menerima kesan kesalahan fasa-fasa sebelumnya.
Metodologi UML dipilih kerana penggunaan gambarajah yang bersistematik dan
mudah difahami. Selain itu, metodologi ini dapat menggambarkan perjalanan sistem
yang akan dibangunkan. Ia memberi notasi-notasi yang konsisten dan memudahkan
model tersebut digunakan untuk menggambarkan kelakuan sistem, interaksi dengan
objek dan juga rekabentuk sistem itu. Tambahan pula, UML adalah bersesuaian dengan
teknologi pengaturcaraan yang berorentasi objek yang digunakan untuk membangunkan
sistem.
3.4 Metodologi Pembangunan Sistem
Seperti yang telah dijelaskan dalam sub tajuk 3.2.1, berikut adalah penjelasan
secara terperinci fasa-fasa yang dilakukan dalam pembangunan sistem.
3.4.1 Fasa Penyiasatan Awal
Fasa ini merupakan fasa yang mana matlamat, objektif, skop dan latar belakang
masalah dikenalpasti supaya projek yang hendak dibangunkan diluluskan. Fasa ini juga
merupakan fasa perancangan pembangunan sistem. Setelah projek diluluskan, carta
gantt dibuat supaya setiap proses dalam pembangunan sistem mempunyai satu tempoh
masa.
Penyiasatan awal yang di buat adalah mengenai sistem inventori yang sedia ada
di Pusat Perubatan Gul iaitu sistem manual keseluruhanya. Ia meliputi proses
pengrekodan ubat dan proses penempahan ubat yang di laksanakan secara manual.
Selain itu proses pengkelasan ubat juga kurang jelas.
Perbincangan telah diadakan dengan penyelia Encik Noh Abdul Samad bagi
mendapatkan pendapat beliau mengenai latar belakang masalah, skop, objektif dan
keperluan sistem. Proses ini mengambil masa lebih dari seminggu sebelum tajuk projek
diluluskan. Selepas itu, carta Gantt dibuat dan diberikan kepada penyelia untuk
memantau pencapaian semasa membangunkan sistem. Carta Gantt boleh di lihat pada
LAMPIRAN A
3.4.2 Fasa Pengumpulan Maklumat dan Analisis
Fasa ini merupakan fasa terpenting dalam pembangunan sistem kerana fasa ini
menerangkan segala maklumat seperti kajian kes sistem sedia ada, penyelesaian dan
justifikasi teknologi yang digunakan dalam sistem.
Dalam fasa ini, kajian telah dilakukan ke atas sistem inventori ubat-ubatan yang
sedia ada. Kajian telah dilakukan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim
Kulai di mana bahagian farmasi yang menguruskan inventori ubat-ubatan. Merujuk
kembali kepada tajuk projek iaitu Sistem Inventori Ubat- ubatan Pusat Perubatan Gul,
semua proses penyimpanan ubat adalah secara manual. Dengan itu kajian kes dilakukan
ke atas Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, sebagai rujukan sistem
komputer yang sedia ada. Sistem komputer tersebut adalah berdiri sendiri iaitu secara
(stand alone). Perubahan yang akan di buat untuk sistem inventori ubat-ubatan adalah
secara pelanggan-pelayan iaitu secara (client server). Penulis dan rakan, Muhammad
Hafiz Mohammad dan Mohd Helmi Rakhani telah mengadakan sesi temujanji dengan
pihak hospital pada 9 Ogos 2007 dengan menaiki kereta. Seminggu sebelum mengambil
maklumat tersebut, perbincangan telah dibuat dengan penyelia Encik Noh Abd Samad
mengenai keperluan dan maklumat yang perlu didapatkan. Semasa di Pusat Pengurusan
Stok Ubat Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, perjumpaan dan
perbincangan telah dibuat dengan Nur Hazalina Md. Salleh, Pegawai Farmasi, Meskiah
Hj. Samad dan Siti Khadijah, Pembantu Tadbir Am dan Pn Juhara Ismail, ketua kerani
bagi mendapatkan maklumat sistem sedia ada di hospital tersebut.
3.4.3 Fasa Rekabentuk Sistem
Fasa rekabentuk sistem ini menjelaskan secara lebih mendalam mengenai
bagaimana sistem akan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam sistem sedia
ada. Ia merupakan satu proses penukaran idea (spesifikasi keperluan) kepada kenyataan.
Dalam fasa ini, beberapa contoh sistem inventori stok telah di analisis fungsinya supaya
dapat menghasilkan rekabentuk yang menggambarkan sistem sebenar. Tujuan fasa ini
adalah untuk menterjemahkan fungsi-fungsi dalam spesifikasi keperluan kepada
komponen-komponen perisian dan seterusnya menghasilkan satu senibina perisian
sistem yang memenuhi keperluan kualtiti dengan cara yang paling efektif.
Setiap proses dan hubungan antara proses diterangkan dengan lebih terperinci
untuk memudahkan implementasi sistem pada masa akan datang. Selain itu, fasa ini
turut membincangkan beberapa aspek lain seperti antaramuka pengguna, bentuk input-
output serta laporan yang akan dihasilkan.
3.4.4 Fasa Pembangunan dan Pengujian Sistem
Fasa ini merupakan usaha menukarkan atau menterjemahkan rekabentuk sistem
kepada kod aturcara yang sebenar. Fasa ini berlaku dalam Projek Sarjana Muda 2. Jika
ralat berlaku semasa aturcara dikompil, aturcara tersebut perlu dibetul dan dikompil
semula. Proses ini berulang sehingga tiada ralat berlaku.
Setelah tiada ralat, maka sistem ini akan diuji sebelum implementasi dilakukan.
Ini bertujuan bagi mengelak sistem daripada tidak mencapai matlamat, objektif dan
skop. Pengguan boleh menguji sistem bagi memastikan sistem berfungsi mengikut
perancangan. Selepas itu, barulah implementasi dapat di buat.
3.5 Analisa Keperluan Sistem
Sub tajuk ini akan menerangkan tentang perisian dan perkakasan yang terlibat
dalam menjayakan sistem ini.
3.5.1 Justifikasi Perkakasan
Jadual 3.1 menyenaraikan perkakasan yang diguanakan sepanjang pembangunan
sistem.
Jadual 3.1: Senarai keperluan perkakasan dalam pembangunan sistem
Perkakasan SpesifikasiPemproses Pentium IV 2.4Ghz atau AMD
Athlon 1.0Ghz atau keatasIngatan Capaian Rawak (RAM) 256MB atau keatas
Cakera Keras 40GB atau keatasMonitor Resolusi 800x600 atau keatas
Alat-alat lain Tetikus, papan kekunci
Semua perkakasan dalam Jadual 3.1 menunjukkan keperluan minimum untuk
melarikan sistem pengoperasian Windows XP Professional yang menjadi pelantar utama
bagi membangunkan sistem yang dicadangkan. Ini kerana semua perisian yang telibat
dalam membangunkan sistem ini menggunakan sistem pengoperasi tersebut
3.5.2 Justifikasi Perisian
Jadual 3.2 berikut adalah perisian yang terlibat semasa pembangunan sistem ini.
Windows XP ialah sistem pengoperasian yang menjadi platform utama bagi semua
perisian. Perisian tersebut termasukklah Office XP, Rational Rose 2000, WAMP5, PHP
MySQL dan SMS API.
Jadual 3.2: Perisian yang terlibat dalam pembangunan sistem
3.6 Rumusan
Metodologi yang dipilih untuk sistem inventori ubat-ubatan ini adalah
metodologi model prototaip. Metodologi ini dipilih kerana ia melaksanakan semua fasa-
fasa utama yang terdapat dalam kitar hayat pembangunan sistem. Selain itu, ia juga
boleh dilakukan berulang kali sehingga dapat mencapai tahap sebuah sistem yang
lengkap dan sempurna. Perbincangan dan perjalanan kerja telah dicatatkan dalam carta
Gantt pada Lampiran A
Perisian KegunaanWindows XP Professional Sistem pengoperasian yang akan
menyokong aplikasi-aplikasiRational Rose Untuk memodelkan sistem dengan
melukis rajah kes guna, rajah
rujukan, rajah kelas dan rajah objekMicrosoft Office XP Perisan untuk membuat laporan
PHP Perisian bahasa pengaturcaraanWAMP5 Pekej PHP yang mengandungi
pelayan web Apache Server 1.3
Sepanjang pembangunan sistem ini, semua perkakasan dan perisian diandaikan
mencukupi dan memenuhi keperluan minimum sistem yang dibangunkan.
BAB 4
ANALISIS & REKABENTUK
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan rekebentuk awalan bagi sistem inventori ubat-ubatan Pusat
Perubatan Gul. Keseluruhan sistem ini dimodelkan dengan menggunakan kaedah UML
supaya pengguna dan pembangun dapat memahami dengan lebih jelas melalui bantuan
diagram-diagram yang menggambarkan sistem itu secara bergrafik. Proses rekabentuk
sistem ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu spesifikasi rekabentuk yang telah
memenuhi keperluan sistem ini. Selain itu, rekabentuk yang telah dihasilkan ini akan
memudahkan proses pengkodan atau pengaturcaraan dalam peringkat fasa implementasi
sistem pula.
4.2 Rekabentuk Infrasturktur Sistem
Sistem inventori ubat-ubatan dibangunkan untuk diguna pakai oleh kakitangan
Pusat Perubatan Gul iaitu terdiri daripada pegawai farmasi yang bertindak sebagai
admin dan dua orang kerani pentadbir farmasi yang bertanggungjawab dalam merekod
semua data-data ubat mengikut pengkelasan. Pegawai farmasi bertanggunjawab dalam
mengawal ubat-ubatan yang terkawal dan memastikan stok ubat mencukupi. Sekirannya
ubat telah berkurang pegawai farmasi hendaklah menghubungi pembekal untuk
mendapatkan bekalan ubat bagi mengelakkan kehabisan stok.
Pengkalan Data
Pegawai Farmasi Kerani Farmasi
Sistem Inventori Ubat-Ubatan
Admin Staf Pusat Perubatan
Mel Elektronik (Email)Pembekal Ubat Vendor
Rajah 4.1: Gambaran umum keseluruhan sistem
4.3 Rekabentuk Awalan Senibina Sistem
Sub tajuk ini akan menerangkan tentang rekabentuk awalan senibina sistem
inventori ubat-ubatan pusat perubatan. Selain itu, penerangan mengenai senibina sistem
yang akan dibangunkan juga digambarkan secara diagram.
4.3.1 Fungsi-fungsi Dalam Sistem Iventori Ubat-ubatan Pusat Perubatan
Kebanyakan sistem inventori ubat-ubatan mempunyai fungsi-fungsi yang sama.
Namun, perkara yang yang membezakan antara sistem-sistem tersebut ialah dari segi
persembahan sistem, pengaturcaraan dan teknik yang digunakan. Fungsi-fungsi tersebut
ialah:
4.3.1.1 Kawalan masukan pengguna dalam sistem
i. Log pegawai farmasi (admin) ke dalam sistem.
ii. Log kerani farmasi ke dalam sistem.
4.3.1.2 Pengurusan Stok
i. Merekod segala ubat yang diterima daripada pembekal mengikut
pengkelasan ubat.
ii. Membahagikan tugas merekod kepada beberapa kategori ubat di mana
pegawai farmasi bertanggugjawab dalam merekod dan mengawal ubat
terkawal, dua orang kerani farmasi melaksanakan proses merekod ubat-
ubatan yang tidak terkawal.
iii. Pegawai farmasi hendaklah menghubungi pembekal ubat untuk
mendapatkan bekalan stok ubat mengikut bilangan yang di minta.
iv. Kerani farmasi hendaklah memastikan permindahan ubat adalah di rekod
untuk mengelakkan daripada masalah semasa pencariaan ubat yang di
perlukan.
4.3.1.3 Carian Stok
Carian nama ubat mengikut medan pengkelasan seperti jenis-jenis ubat. Selain
itu pencarian stok juga boleh di laksanakan dengan mendapatkan nama pembekal
4.3.2 Rekabentuk Perjalanan Sistem
Sistem inventori ubat-ubatan ini terbahagi kepada tiga jenis pengguna. Pertama
ialah pegawai farmasi yang dikenali dalam sistem sebagai admin. Pengguna kedua ialah
kerani pentadbir farmasi yang dikenali dalam sistem sebagai staff. Mereka dianggotai
oleh dua orang kerani yang merekod ubat-ubatan mengikut pengkelasan jenis ubat
seperti cecair, biji (tablet), bedak (powder), krim dan sebagainya. Pengguna ketiga ialah
pembekal yang dikenali sebagai vendor yang akan di maklumkan oleh pegawai farmasi
mengenai permintaan bilangan stok ubat yang di pesan melalui proses penghantaran
emel.
Kesemua pengguna sistem mempunyai nama pengguna dan kata laluan
tersendiri. Selepas pengguna memasukkan nama pengguna dan kata laluan dengan
betul, sistem akan memaparkan antaramuka utama sistem mengikut jenis pengguna.
Jika pengguna sistem gagal memasukkan nama pengguna dan kata laluan dengan betul,
maka sistem akan memaparkan mesej gagal.
Selepas berjaya memasuki sistem, dalam masa yang sama pengguna akan
melakukan aktiviti masing-masing mengikut pengkelasan kerja yang telah ditetapkan
semasa membangunkan sistem tersebut. Segala aktiviti mengenai pengurusan stok ubat
dapat dipantau melalui sistem inventori ubat-ubatan.
4.3.2.1 Rajah Aliran Pegawai Farmasi (Admin)
Rajah 4.2 menunjukkan proses aliran bagi pengguna sistem iaitu pegawai farmasi
yang bertindak sebagai Admin. Pegawai farmasi berkebolehan untuk melaksanakan
proses penambahan untuk ubat-ubat yang terbaru. Di samping itu mereka juga boleh
melakukan proses pengemaskinian untuk nama-nama ubat, pengrekodan ubat dan
sebagainya. Untuk proses penghapusan nama-nama ubat yang tidak terpakai atau telah
tamat tarikh luput pihak admin bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses tersebut.
Pengkhususan kerja tersebut di berikan kepada pihak admin bertujuan untuk
mengelakkan proses penyelewengan ubat-ubaran oleh pihak pusat perubatan.
Selain itu pegawai farmasi juga mengawal ubat-ubat yang terkawal. Pengkelasan
ubat-ubat tersebut boleh di lihat pada LAMPIRAN C. Dengan persetujuan pegawai
farmasi sahaja ubat-ubat tersebut dapat di keluarkan dan di berikan kepada pesakit yang
memerlukan.
Pegawai farmasi juga melaksanakan proses penempahan ubat-ubatan kepada
pihak pembekal ubat. Proses penempahan ubat di lakukan secara penggunaan teknologi
emel di mana pegawai farmasi menyenaraikan nama-nama ubat yang di perlukan
mengikut kod item ubat. Proses penempahan yang di nyatakan sendiri kuantitinya oleh
pihak pusat perubatan dapat mengelakkan masalah pembaziran.
Nama dan Kata Laluan?
PenggunaLogin
Sistem MenciptaHubungan Rangkaian
Pengguna
Data di pengkalan data di simpan dan dipanggil untuk proses papran
Salah
Betul
Logout
Antaramuka Pegawai Farmasi
(Admin)
Menguruskan Ubat Terkawal
Cth: Dangerous Drugs
Proses : i. Menambah Ubat Terbaru ii. Mengemaskini Stok Ubat iii. Menghapuskan Ubat Yang Tidak Guna iv. Log selenggara v. Rekod perubahan lokasi ubat vi Mesej kepada staff
Proses Membuat Pesanan Ubat Kepada Pembekal
(Vendor)
Data Di Simpan
Papar Data
Laksana Aktiviti Laksana Aktiviti
Email kepada Pembekal Ubat
Laksana Aktiviti
Pengesahan Ubat Hantar
Admin
Rajah 4.2: Rajah aliran proses kerja Pegawai Farmasi (Admin)
4.3.2.2 Rajah Aliran Kerani Pentadbir Farmasi
Rajah 4.3 di bawah menunjukkan proses aliran aktiviti yang akan di lakukan oleh
beberapa orang kerani pentadbir farmasi yang bertugas di pusat perubatan tersebut. Di
mana kerani pentadbir berkebolehan untuk menambah ubat-ubatan yang terbaru yang di
terima daripada pihak pembekal. Selain itu mereka juga berkebolehan untuk
melaksanakan proses pengemaskinian ubat-ubatan. Pengemaskinian ubat-ubatan yang
di lakukan secara menyeluruh dan semasa akan menjadikan maklumat sentiasa berada
dalam keadaan teratur dan bersistematik. Proses yang paling penting sekali di sini
adalah proses penghapusan yang dilakukan oleh kerani pentadbir farmasi itu sendiri di
mana proses penghapusan ini dilakukan adalah menetapkan ciri-ciri keselamatan.
Proses penghapusan yang dilakukan oleh kerani pentadbir ini adalah bersifat
sementara sahaja kerana data-data tersebut tidak di hapuskan terus atau serta merta tetapi
di simpan pada suatu tempat yang di kenali sebagai delete bin. Proses penghapusan
delete bin ini akan di lakukan sepenuhnya oleh pegawai farmasi untuk mengelakkan
proses penyelewangan ubat-ubatan oleh pihak pusat perubatan itu sendiri. Semasa
proses pengrekodan ubat-ubatan tersebut, kerani pentadbir di kehendaki mengelaskan
ubat-ubatan tersebut mengikut item yang telah di tetapkan berdasarkan kepada kod-kod
ubatan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Kod tersebut boleh di
dapati pada LAMPIRAN C
Pihak kerani pentadbir juga bertanggungjawab dalam mengawal ubat-ubat yang
tidak terkawal sebagai contoh adalah seperti panadol dalam bentuk tablet, vaksin,
injectable, powder,krim dan sebagainya. Semua jenis ubat boleh di dapati pada
LAMPIRAN C. Penghasilan laporan dalam bentuk salinan keras(hardcopy) dan dalam
bentuk salinan lembut (softcopy) adalah tugas kerani pentadbir. Ia bertujun untuk
memudahkan proses rujukan bilangan stok ubat semasa.
Nama dan Kata Laluan?
PenggunaLogin
Sistem MenciptaHubungan Rangkaian
Pengguna
Data di pengkalan data di simpan dan dipanggil untuk proses papran
Salah
Betul
Logout
Antaramuka Kerani Pentadbir Farmasi
(Staff)
Menguruskan Ubat Tidak Terkawal
Cth: Syrup, Tablet
Proses : i. Menambah Ubat Terbaru ii. Mengemaskini Stok Ubat iii. Menghapuskan (sementara) Ubat Yang Tidak Guna iv. Pengkelasan ubat mengikut jenis. v. Terima mesej daripada admin
Menyediakan laporan stok ubat
Data Di Simpan
Papar Data
Laksana Aktiviti Laksana Aktiviti
Laksana Aktiviti
Pengesahan Ubat
Kerani Pentadbir Farmasi
Data Di Simpan
Papar Data
Rajah 4.3 : Rajah aliran proses kerja Kerani Pentadbir Farmasi
4.3.2.3 Rajah Aliran Proses Penempahan Ubat Kepada Pihak Pembekal
Rajah 4.4 menunjukkan proses penempahan ubat kepada pihak pembekal di
mana proses ini akan di pertanggunjawabkan oleh admin. Pegawai farmasi akan melihat
pada laporan stok sebelum proses penempahan di buat. Sekirannya bilangan ubat tidak
mencukupi, maka proses penempahan dibuat kepada pihak pembekal ubat dengan
menggunakan emel.
Nama dan Kata Laluan?
PenggunaLogin
Sistem MenciptaHubungan Rangkaian
Pengguna
Data di pengkalan data di simpan dan dipanggil untuk proses papran
Salah
Betul
Logout
Antaramuka Pegawai Farmasi (Admin)
Membuat Pemeriksaan Pada Laporan Stok Ubat
Laksana Aktiviti
Dapatkan bilangan stok
Pegawai Farmasi
Bil Stok Ubat Cukup?
Proses Membuat Pesanan Ubat Kepada Pembekal (Vendor)
Tidak
Ya
Email Kepada Pembekal Ubat
Hantar
Rajah 4.4: Rajah Aliran Proses Penempahan Ubat Menggunakan Emel
4.4 Rekabentuk Terperinci
Sub topik ini menerangkan rajah kes guna dan rajah jujukan bagi setiap proses
yang terdapat dalam sistem.
4.4.1 Rajah Kes Guna
Rajah kes guna merupakan suatu rujukan tindakan yang dilakukan oleh sistem
untuk mendapatkan hasil atau keputusan. Rajah kes guna ini dipaparkan supaya
pengguna sistem dapat memahami sistem dengan lebih mudah. Dalam membina rajah
kes guna terdapat beberapa perkara penting perlu diambil kira iaitu actor dan use case
itu sendiri. Actor adalah entiti di luar sistem yang berinteraksi dengan use case yang
telah dibina manakala use case pula adalah satu tindakan yang dilakukan oleh sistem.
Use case boleh terdiri daripada antaramuka sistem, kelas atau elemen yang digabungkan
bersama.
Terdapat tiga actor yang terlibat dalam sistem ini iaitu pegawai farmasi, kerani
pentadbir dan pembekal ubat. Rajah 4.5 menunjukkan kes guna bagi sistem inventori
ubat-ubatan Pusat Perubatan Gul dimana ia melibatkan proses-proses atau perlaksaan
mengikut aktor atau pengguna sistem.
Pegawai Farmasi
Tambah Stok Ubat Terkawal
Hapus Stok Ubat (Delete Bin)
Kemaskini Stok Ubat
Pengkelasan Ubat
Login Sistem
Tambah Stok Ubat Tidak Terkawal
Hapus Stok Ubat (Delete Bin)
Kemaskini Stok Ubat
Kerani Pentadbir
Pengkelasan Ubat
Laporan Stok Ubat
Login Sistem
Pegawai Farmasi Hantar Pesanan Stok Ubat (Email) PengeluarTerima pesanan bekalan stok ubat
Rajah 4.5: Sistem Inventori Ubat-ubatan Pusat Perubatan Gul
Jadual 4.1: Penerangan rajah kes guna sistem
Pegawai Farmasi
Actor Pegawai Farmasi merujuk kepada pengguna utama
sistem yang bertindak sebagai admin di mana ia mengurus
proses-proses tertentu di mana ia melibatkan penambahan
stok ubat terkawal, menghapuskan dan mengemaskini
stok ubat untuk proses rujukan untuk pengambilan stok
baru.
Kerani Pentadbir
Actor Kerani Pentadbir merujuk kepada pengguna sistem
yang bertindak sebagai staff yang bertanggungjawab
dalam merekod, menghpus dan mengemaskini bilangan
stok ubat mengikut bilangan yagn ditetapkan.
Pengeluar
Actor Pengeluar merujuk kepada vendor dimana ia
menerima email daripada pegawai faramasi admin untuk
memaklumkan bilangan stok ubat yang semakin
berkurang dan meminta proses penghantaran ubat.
Login Sistem
Menu ini dipaparkan supaya sistem dalam mengenalpasti
siapa yang menggunakan sistem.
Tambah Stok Ubat Terkawal
Fungsi ini melibatkan proses merekod semua jenis ubat
mengikut pengkelasan yang telah di tetapkan. Fungsi ini
digunakan oleh pengguna admin untuk merekod ubat
terkawal dan kerani pentadbir merekod ubat tidak
terkawal.
Hapus Stok Ubat (Delete Bin)
Fungsi ini dilaksanakan oleh kerani pentadbir untuk
menghapuskan ubat yang telah luput tarihk atau yang
telah menggunakan nama ubat yang lain. Data yang
dihapuskan tidak hapus secara mudah tetapi ia di simpan
oleh admin untuk tujuan rujukan dan mengelakkan
daripada kes pemalsuan rekod ubat.
Kemaskini Stok Ubat
Fungsi ini digunakan oleh pegawai farmasi dan kerani
pentadbir farmasi di mana ia akan mengemaskini semua
rekod keluar dan masuk ubat-ubatan.
Carian Stok Ubat
Fungsi ini membenarkan proses mencari nama-nama ubat
mengikut medan pengkelasan yang di tetapkan. Ia
memudahkan pengguna dalam mendapatkan stok ubat.
Pengkelasan Ubat
Fungsi ini membolehkan proses pengkelasan ubat di
lakukan oleh kerani pentadbir farmasi (staff) untuk
memudahkan proses rujukan nama ubat akan datang.
Laporan Stok Ubat
Fungsi ini di gunakan sebagai penghasilan laporan stok
ubat di mana penghasilan laporan adalah penting bagi
melihat keadaan semasa rekod sama ada ubat mencukupi
atau sebaliknya. Sebelum proses penempahan ubat
dilakukan, admin akan melihat pada laporan stok ubat .
Hantar Pesanan Stok Ubat
Fungsi ini digunakan oleh pegawai farmasi dalam proses
membuat pesanan stok ubat. Proses pesanan bilangn ubat
di lakukan dengan menggunakan proses penghantaran
email .
Terima pesanan bekalan stok ubat
Fungsi ini yang akan di terima oleh pengeluar mengenai
kuantiti bekalan bat yang di pesan oleh pegawai farmasi.
4.4.2 Rajah Jujukan
Rajah jujukan memfokuskan kepada jujukan masa bagi aliran aktiviti. Rajah 4.6
menunjukkan jujukan untuk pengguna memasuki sistem melalui form login. Dalam
form login, pengguna dikehendaki memasukkan nama dan kata laluan. Dalam form
tersebut, terdapat menu untuk menentukan laluan pangkalan data. Selepas itu
sekirannya nama dan kata laluan sepadan dengan data yang berada di pangkalan data,
maka pengguna dibenarkan masuki form utama sistem. Sekiranya tidak, pengguna di
minta memasukkan semula nama dan kata laluan sekali lagi. Selain itu, paparan
antaramuka ditentukan berdasarkan status pengguna. Status pengguna tersebut telahpun
diterangkan dalam subtopik 4.3.2
: Pengguna
frmLogin login_data main_interface
Buka
Masuk nama dan kata laluan
Semak
Berjaya
Buka paparan berdasarkan status
Hubung dengan pengkalan data
Rajah 4.6: Rajah jujukan pengguna login ke sistem
Rajah 4.7 menunjukkan jujukan pengurusan inventori ubat-ubatan oleh pegawai
farmasi dalam sistem yang dibangunkan. Dalam form pengurusan stok yang
dikendalikan oleh admin, pegawai farmasi itu sendiri boleh menambah ubat yang baru
diterima oleh pusat perubatan, tetapi ubat yang direkod adalah ubat yang terkawal iaitu
melibatkan ubat daripada jenis dadah, bahan kimia (acid) dan ubat suntikan (injection).
Selain itu admin juga berkebolehan untuk megemaskini bilangan stok ubat untuk
proses rujukan semasa permintaan ubat kepada pembekal. Proses utama yang
dikendalikan oleh admin adalah proses menghapuskan bilangan stok ubat. Admin sahaja
yang berkebolehan untuk menghapuskan semua ubat-ubat yang ada dalam simpanan
pusat perubatan. Ia bertujuan untuk mengelakkan penipuan atau penyelewengan oleh
kakitangan pusat perubatan. Pegawai farmasi juga hendaklah memastikan bilangan stok
adalah mencukupi dan terkawal. Sekirannya berlaku kekurangan bilangan stok, admin
hendaklah menghubungi pembekal melalui penghantaran emel dengan memaklumkan
bilangan stok ubat yang diminta. Selain itu admin juga boleh menghantar mesej kepada
pentadbir farmasi dengan menggunakan proses penghantaran mesej di dalam sistem.
Proses ini melibatkan komunikasi antara admin dan staff. Pentadbir farmasi hanya
menghantar mesej kepada staff sahaja dan staff hanya menerima mesej daripada admin.
: Pegawai Farmasi (Admin)
frmStok rekod_datamain_interface
Buka
Masuk nama dan kata laluan
Semak
Berjaya
Tambah Rekod Ubat
Kemaskini rekod
Hapus Rekod (Delete Bin)
Carian dan Paparan
Simpan
Simpan
Simpan
Papar
Urus Ubat Terkawal
Simpan
Membuat Pesanan Melalui (Email) Tempahan Ubat
Hantar Email kepada Pembekal (Vendor)
Rajah 4.7: Rajah jujukan pengurusan stok ubat (Admin)
Rajah 4.8 menunjukkan jujukan proses pengurusan stok ubat oleh kerani
pentadbir farmasi yang bertindak sebagai staff di pusat perubatan tersebut. Kerani
pentadbir bertanggunjawab dalam merekod ubat-ubatan yang tidak terkawal seperti
cecair (syrup), powder, krim sapuan, pil-pil dalam bentuk tablet dan sebagainya. Proses
yang dilakukan adalah sama seperti dengan admin iaitu proses merekod ubat-ubatan,
menghapuskan dan mengemaskini bilangan stok ubat. Perbezaan yang dapat
digambarkan disini adalah proses penghapus maklumat ubat. Di mana kerani dapat
menghapuskan ubat tetapi bukan menghapuskan sepenuhnya kerana data tersebut masih
lagi disimpan dan akan dihapuskan oleh admin.
Kerani pentadbir juga hendaklah sentiasa membuat proses pengemaskinian stok
ubat di mana penghasilan laporan stok ubat semasa. Ini bertujuan untuk proses rujukan
yang akan digunakan oleh pihak pegawai farmasi. Laporan stok ubat yang di hasilkan
adalah bertujuan untuk memudahkan proses penempahan ubat kepada pihak pembekal.
: Kerani Pentadbir (Staff)
frm_stock_ubat main_interface rekod_data
Buka
Masuk nama dan kata laluan
Semak
Berjaya
Merekod ubat tidak terkawal
Simpan
Kemaskini Ubat
Simpan
Hapus Rekod Sementara
Buang Data
Carian dan Paparan
Papar Maklumat
Pengkelasan Ubat
Simpan
Menguruskan Ubat Tidak Terkawal
Simpan
Janakan Laporan untuk Rujukan
Paparan Maklumat
Rajah 4.8: Rajah jujukan pengurusan stok – Kerani Pentadbir Farmasi
Rajah 4.9 menunjukkan rajah jujukan bagi proses penghantaran mesej kepada
pembekal. Pegawai Farmasi (admin) akan memberitahu kepada pembekalan ubat
mengenai kekurangan stok untuk proses penghantaran kepada pusat perubatan untuk
mengelakkan daripada kehabisan stok ubat kepada pesakit. Bilangan stok ubat yang
dihantar adalah berdasarkan kepada permintaan pusat perubatan.
: Pegawai Farmasi (Admin)
frmHantarEmail
: Pembekal (Vendor)
Hantar Permintaan Kuantiti Stok Ubat
Terima Email Tempahan
Rajah 4.9: Rajah jujukan penghantaran mesej oleh Admin kepada pembekal
4.5 Rekebentuk Pengkalan Data
Perisian MySQL merupakan pengkalan data bagi sistem ini. Terdapat enam
jadual telah di bina untuk menyimpan rekod-rekod yang diperlukan oleh sistem untuk
menjalankan fungsinya. Pangkalan data ini memainkan peranan yang penting dalam
proses penyimpanan data-data sistem.
Jadual 4.2: Jadual Pengguna (pengguna)
Nama atribut/Medan Jenis Data Peneranganusername varchar(30) kekunci primer yang digunakan untuk
bilangan pengguna berdaftar.level int(11) level digunakan untuk membezakan tahap
pengguna yang menggunakan sistem.password varchar(30) katalaluan yang di gunakan untuk login sistem
bersama dengan usernamename varchar(50) nama penuh pengguna berdaftar
staff_id varchar(30) digunakan untuk mengira bilangan pengguna
yang telah berdaftar.date_reg datetime merekod tarikh mula pengguna berdaftarlast_login datetime masa dan tarikh pengguna keluar dari sistem
email varchar(30) email pengguna sistemperkara varchar(50) perkara mesejmesej text mesej yang di hantar kepada staff
Jadual 4.2 menunjukkan medan-medan mewakili maklumat bagi pengguna
sistem yang terdiri daripada pegawai farmasi, kerani pentadbir dan pembekal yang di
simpan di dalam pangklalan data. Medan (staff_id) digunakan untuk merujuk kepada
kelas pengguna sistem untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu sahaja.
Jadual 4.3 : Jadual Item Ubat Terkawal (ubatkawal)
Nama atribut/Medan Jenis Data Peneranganubat_id int(11) kekunci primer yang digunakan merujuk
bilangan jenis ubat yang telah berdaftarserial varchar(20) nombor siri ubat
model Varchar(200) nama ubatvendor_id int(11) rujuk kepada ubat di keluarkan oleh pembekal
price float harga setiap ubatlocal_order_number varchar(30) rekod setiap ubat yang berdaftar
vot varchar(30) bentuk penghantaran ubat date datetime tarikh pertama ubat itu di rekodkan
status varchar(30) status ubat semasa di rekodtype_id int(11) mewakili jenis ubat yang di daftarmanufac varchar(30) cara pembungkusan ubat terkawalloc_id int(11) lokasi ubat di tempatkan
loc_desc varchar(30) tarikh luput ubatloc_date datetime tarikh ubat di rekodkandeleted varchar(5) data ubat di hapuskan atau di guna semula
kuantiti_sampai int(4) bilangan kuantiti ubat yang di rekod simpan_stok int(4) bilangan ubat yang disimpan
Jadual 4.3 menunjukkan medan-medan mewakili maklumat bagi pengrekodan
ubat mengikut pengkelasan ubat. Atribut untuk (ubat_id) yang bertindak sebagai
kekunci primer menunjukkan bilangan ubat terkawal yang direkod berdasarkan kepada
jenis ubat (type_id). Selain itu setiap ubat yang di rekod akan di rujuk kepada
(vendor_id) di mana ubat itu di keluarkan oleh pihak pembekal. Selain itu
(kuantiti_sampai) juga di rekod untuk mengelakkan sebarang masalah penerimaan ubat.
Atribut (simpan_stok) di rekod untuk memastikan ubat mencukupi sebelum proses
permintaan bekalan ubat dibuat.
Jadual 4.4 : Jadual Item Ubat Tidak Terkawal (ubatidakkawal)
Nama Atribut/Medan Jenis Data Peneranganid int(11) bilangan ubat tidak terkawal yang
berdaftarhr_id int(11) mewakili jenis ubat tida terkawal
manufacturer varchar(30) jenis pembungkusan ubat terimadate_purchase date tarikh ubat tersebut di rekod
vendor_id int(11) ubat yang di rujuk kepada pembekal model varchar(200) nama item ubatprice float(4,2) harga ubat
serial_number varchar(30) nombor siri ubatstatus varchar(10) status ubat
deleted varchar(10) rujuk ubat di hapuskan atau di pulihkan
loc_id int(11) lokasi ubat di simpanloc_desc varchar(30) tarikh luput ubatloc_date datetime tarikh ubat di pindahkanno_pesan int(11) no pesanan ubat
vot varchar(30) pembungkusan ubatkuantitisampai int(4) kuantiti ubat yang sampai
kuantitistok int(4) kuantiti stok ubat yang di simpan
Jadual 4.4 di atas menunjukkan medan-medan yang terdapat pada jadual untuk
ubat tidak terkawal. Di mana bilangan ubat yang berdaftar direkod berdasarkan pada
atribut (id). Atribut (kuantitisampai) dan (kuantitistok) juga direkod untuk mengelakkan
proses penindihan atau pemalsuan rekod ubat. Merekod ubat yang tidak terkawal ini
akan di laksanakan oleh pentadbir farmasi yang merekod, mengemaskini dan
menempatkan ubat mengikut lokasi yang di kehendaki.
Jadual 4.5 : Jadual Jenis Ubat Terkawal (jenis_ubat)
Nama Atribut/Medan Jenis Data Penerangantype_id int(11) mewakili id jenis ubat terkawalname varchar(200) nama jenis ubatdes varchar(200) lokasi yang akan di tempatkan
Jadual 4.5 di atas menunjukkan medan-medan bagi pengkelasan ubat terkawal
yang di rekod berdasarkan pada (type_id). Selain itu nama jenis ubat juga di rekod
menggunakan atribut (name) dan lokasi ubat di tempatkan menggunakan atribut (des).
Jadual 4.6 : Jadual Jenis Ubat Tidak Terkawal (jenis_tidak_kawal)
Nama Atribut/Medan Jenis Data Peneranganhr_id int(11) mewakili id jenis ubat terkawalname varchar(100) nama jenis ubatdes varchar(200) lokasi yang akan di tempatkan
Jadual 4.6 di atas menunjukkan medan-medan untuk jenis ubat tidak terkawal di
mana ia dirujuk menggunakan atribut (hr_id). Selain itu atribut (name) merujuk kepada
nama ubat dan atribut (des) merujuk kepada destinasi ubat yang di tempatkan.
Jadual 4.7 : Jadual Selenggara Ubat (maintain_log)
Nama Atribut/Medan Jenis Data Peneranganlog_id tinyint(4) id untuk mengubah lokasi ubatubat_id int(11) id ubat terkawalprice float harga baiki ubat
problem varchar(60) masalah pada ubatdate date tarikh di baikides varchar(30) lokasi ubat yang di baiki
status varchar(30) status setelah di baiki
Jadual 4.7 di atas menerangkan mengenai medan yang wujud di dalam jadual
selanggara ubat (maintain_log) di mana proses membaik pulih item ubat. Atribut
(log_id) di gunakan untuk membezakan ubat yang mempunyai masalah atau sebaliknya.
Jadual tersebut hanya di gunakan untuk ubat yang terkawal sahaja.
Selain itu, atribut (problem) di gunakan untuk merekod sebarang masalah atau
kecacacatan pada ubat yang di rekod. Ia penting untuk menjamin ubat tersebut di terima
oleh pesakit atau pengguna ubat dalam keadaan yang baik. Selain itu atribut (price) di
gunakan untuk merekod harga yang di kenakan ke atas pusat perubatan itu sendiri
semasa membuat proses penyelanggaran ubat tersebut.
Atribut (status) di gunakan untuk merjuk kepada keadaan ubat yang telah di baiki
sama ada ubat tersebut berada daalm keadaan baik atau sebaliknya. Status penting
direkod untuk merujuk kepada keadaan ubat yang diterima di pusat perubatan.
Jadual 4.8 : Jadual Lokasi Semasa Ubat (location)
Nama Atribut/Medan Jenis Data Peneranganloc_id int(11) id bagi lokasi ubat
loc_name varchar(30) id bagi lokasi ubatdes varchar(30) destinasi ubat yang akan di tempatkan
add_des varchar(30) alamat atau bilik destinasi ubat
Jadual 4.8 di atas menerangkan mengenai medan lokasi semasa ubat untuk di
rekod sama ada ubat terkawal atau tidak terkawal. Ia direkod berdasarkan kepada atribut
(loc_id) dan (loc_name). Atribut bagi (des) adalah destinasi ubat itu akan di tempatkan
manakala atribut (add_des) adalah bilik atau tempat ubat itu di simpan.
Jadual 4.9 : Jadual Lokasi Pemindahan Ubat (lokasi_ubat)
Nama Atribut/Medan Jenis Data Peneranganubatl_id int(11) id pemindahan ubat loc_id int(11) id lokasi yang di pindahkanubat_id int(11) id ubat yang di pindahkan
move_date datetime tarikh ubat dipindahkandes varchar(11) lokasi baru ubat di pindahkan
Jadual 4.9 menunjukkan medan-medan bagi lokasi pemindahan ubat
(lokasi_ubat). Tujuannya adalah untuk memastikan ubat yang di pindahlan di rekod
untuk mengelakkan daripda masalah untuk rujukan tempat ubat. Ia mengguna atribut
(ubatl_id) dan (loc_id) iaitu merujuk kepada id pemindahan ubat dan id bagi lokasi ubat
yang lama dan di pindahkan kepada ke lokasi yang baru berdasarkan kepada id (des).
Tarikh ubat di pindah juga direkod untuk rujukan semasa pengguna sistem berdasarkan
atribut (move_date).
Jadual 4.10 : Jadual Pembekal Ubat (pembekal)
Nama Atribut/Medan Jenis Data Peneranganvendor_id int(11) bilangan pembekal yang berdaftar
company_name varchar(30) nama syarikat pembekal ubatcontact_number varchar(30) nombor telefon pembekal ubat
address varchar(90) alamat pembekal ubatemail varchar(30) email pembekal ubatfax varchar(30) nombor fax pembekal ubat
website varchar(70) laman web pembekal ubatother tinytext maklumat lain yang di gunakan
Jadual 4.10 di atas menunjukkan medan-medan yang terdapat pada jadual bagi
pihak pembekal. Atribut (vendor_id) di gunakan untuk menunjukkan bilangan
pembekal yang bekerjasama dengan pihak farmasi dalam membekalkan ubat. Selain itu
semua atribut di dalam jadual pembekal merekod semua data-data atau maklumat
mengenai pihak pembekal.
4.6 Antaramuka Utama Sistem
Antaramuka aplikasi dibentuk berdasarkan keperluan bagi fungsi-fungsi asas
dalam sistem. Antaramuka aplikasi sistem ini terbahagi kepada dua bahagian yang
utama iaitu yang diguna oleh pegawai farmasi dan dua orang kerani pentadbir farmasi.
Namun antaramuka yang pertama dipaparkan dalam sistem ini ialah antamuka login.
Hampir semua sistem yang melibatkan penggunaan pengkalan data dan digunakan
secara peribadi oleh syarikat atau organisasi akan meminta pengguna memasukkan nama
pengguna dan kata laluan. Ini akan menjadi sistem lebih selamat daripada pengguna
yang tidak bertanggungjawab memanipulasi data tanpa izin. Antaramuka login bagi
sistem ini dapat dilihat seperti Rajah 4.10.
Rajah 4.10: Antaramuka Login
Pengguna yang ingin memasuki sistem hendaklah menaip nama pengguna dan
katalaluan di dalam antaramuka ini. Hanya pengguna yang mendaftar nama kepada
pentadbir sistem sahaja yang dibenarkan memasuki sistem ini. Pengguna yang
didaftarkan akan diberikan status admin jika ia adalah pegawai farmasi atau staff jika ia
adalah kerani pentadbir farmasi.
4.6.1 Antramuka Pengguna Sistem – Berjaya Login
Apabila pengguna berjaya memasukkan katanama dan kataluan yang betul, ia
akan beralih kepada paparan index utama di mana ia memaparkan segala maklumat
berkaitan dengna sistem. Di mana melibatkan maklumat pengguna semasa. Di samping
itu statistik sistem yang memaparkan jumlah ubat terkawal dan tidak terkawal yang di
rekod berserta dengan bilangan pembekal. Selain itu paparan index utama juga
menunjukkan peti mesej yang akan memaparkan mesej kepada staff yang akan di hantar
oleh admin.
Rajah 4.11 : Antaramuka utama sistem (index)
4.6.2 Antaramuka Pengguna Sistem – Admin
Pengguna yang berstatus admin akan membuat kawalan penuh terhadap sistem
inventori ini di mana dia bertanggungjawab dalam merekod ubat-ubat terkawal
mengikut fungsi tertentu. Di samping itu bertanggungjawab sepenuhnya dalam
menghapuskan semua data-data ubatan yang sebelum ini untuk mengelakkan daripada
penyelewengan oleh kakitangan. Selain itu admin juga berkebolehan untuk
mengemaskini rekod ubat untuk tujuan rujukan. Proses pencarian juga di gunakan di
dalam sistem ini di mana proses pencarian menggunakan nombor siri ubat.
Rajah 4.12: Antaramuka Pengguna – Admin
Di samping itu Admin berkebolehan untuk membuat komunikasi sesama
pentadbir farmasi dengan menghantar mesej kepada staff. Mesej tersebut sebagai arahan
atau peringatan dalam melaksanakan sistem tersebut. Admin sahaja yang boleh
menguruskan pengguna di mana proses pendaftaran pengguna di laksanakan oleh
admin.
Selain itu, admin juga bertindak untuk menguruskan proses pesanan bekalan ubat
kepada pihak pembekal. Proses pesanan di lakukan dengan menggunakan emel yang di
hantar daripada admin terus kepada pihak pembekal dengan menyatakan kuantiti
berserta dengan kod siri ubat sama ada ubat terkawal atau tidak terkawal.
Rajah 4.13 menunjukkan antaramuka bagi kerani pentadbir farmasi di mana ia
mengendalikan proses merekod untuk ubat yang tidak terkawal. Di sini pentadbir
farmasi berkebolehan untuk merekod ubat yang tidak terkawal sahaja. Selain itu proses
paparan maklumat ubat di lakukan dengan memilih jenis yang terdapat di antaramuka
tersebut. Selain itu proses pencarian juga di laksanakan dengan menggunakan kod siri
ubat tersebut. Pentadbir farmasi boleh mengemaskini ubat, membuat laporan ubat
dengan mencetak maklumat ubat untuk di simpan sebagai rujukan dan menghapuskan
ubat. Ubat yang di hapuskan itu tidak di hapuskan serta merta tetapi di simpan di dalam
Deleted Bin di mana proses penghapusan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Admin.
Rajah 4.13: Antaramuka Pengguna Sistem – Kerani Pentadbir Farmasi (Staff)
Rajah 4.14 menunjukkan antaramuka untuk proses penghantaran mesej atau
maklumat pesanan bekalan ubat kepada pihak pembekal secara emel. Penghantaran
mesej akan dilaksanakan dan di terima merujuk kepada nama pembekal yang di
masukkan berserta alamat emel pembekal tersebut. Proses penghantaran emel di buat
dengan menyatakan kod siri ubat berserta dengan kuantiti yang di perlukan untuk bulan
itu.
Rajah 4.14 : Antamuka Penempahan Ubat kepada pihak pembekal secara email
Untuk proses penghantaran mesej kepada pembekal, ia merupakan
tanggungjawab pegawai farmasi dalam mendapatkan jumlah sebenar rekod yang ada
untuk tujuan tinjaun mengenai bilangan ubat yang ada terdapat dalam simpanan pusat
perubatan. Sekirannya ia berkurang proses makluman kepada pembekal melalui emel
akan di laksanakan. Proses makluman ini hanya dilakukan dengan menggunakan kod
item sebagai rujukan.
BAB 5
IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan
Fasa implementasi sistem ini merupakan fasa lanjutan daripada fasa sebelumnya
iaitu fasa rekabentuk. Dalam bab sebelumnya, pembangunan, fungsi dan aturcara setiap
kelas yang terlibat telah pun dibincangkan dengan jelas. Dalam bab ini pula akan
menerangkan pembangunan sistem secara menyeluruh berdasarkan perancangan dan
rekabentuk sistem yang telah dilaksanakan pada awal pembangunan projek.
Pembangunan sistem melibatkan aktiviti-aktiviti seperti merekod ubat kawalan dan tidak
terkawal. Merekod setiap proses pengubahsuaian lokasi ubat bagi mengelakkan
daripada masalah untuk membuat rujukan untuk akan datang. Penghantaran emel juga
di gunakan untuk proses permohonan atau permintaan bekalan ubat. Pangkalan data
MySQL yang akan di terangkan secara terperinci dalam bahagian ini. Antara komponen
perisian yang utama ialah PHP sebagai bahasa pengaturcaraan yang digunakan dan
MySQL sebagai pangkalan data.
Seperti yang telah di nyatakan, sistem ini dibangunkan dengan menggunakan
bahasa pengaturcaraan PHP, kerana bahasa pengaturcaraan ini menyokong metodologi
pembangunan sistem berasaskan objek seperti yang digunakan semasa pembangunan
logikal prototaip sistem ini.
Bagi fasa pengujian sistem pula dilaksanakan bagi tujuan untuk menjamin
keberkesanan dan kecekapan sistem dan ianya adalah penting dalam proses
pembangunan sistem. Sistem yang telah dibangunkan akan disemak dan disahkan
sebelum dihantar kepada pengguna. Jika terdapat kelemahan dan kekurangan pada
sistem, segala kelemahan sistem tersebut akan dicatat dan diubahsuai. Beberapa aktiviti
akan dijalankan dalam bab ini iaitu pengujian dan penilaian sistem termasuk pengujian
unit dan modul, pengujian integrasi, pengujian penerimaan, pemasangan dan latihan
kepada pengguna.
5.2 Teknologi Pembangunan Aplikasi
Untuk projek ini, PHP akan digunakan untuk membangunkan sistem ini .
Apabila PHP digunakan dalam kod aturcara maka fail tersebut perlu disimpan dengan
nama *.php. Fail ini perlulah disimpan di dalam fail htdocs di dalam direktori apache.
Ini kerana apache digunakan sebagai pelayan dalaman semasa sistem ini dibangunkan.
Selain itu juga, ia akan memudahkan proses perlaksanaan dan larian sistem semasa
sistem diuji.
PHP boleh dikombinasikan dengan HTML semasa pembangunan sistem
dijalankan. Semua pengaturcaraan PHP perlu dimulakan dengan memasukkan sintaks
<?php pada permulaan atucara dan di akhiri dengan ?> di akhir aturcara. Kod HTM:
pula akan ditulis seperti biasa dan akan dimulakan dengan sintaks <HTML> dan diakhiri
dengan </HTML> pada akhir aturcara.
Proses pemasangan perisian perlu dilaksanakan sebelum memulakan
pengaturcaraan sistem bagi membangunkan sistem ini. Perisian yang diperlukan untuk
membangunkan sistem ini ialah PHP, APACHE, MySQL dan Dreamweaver MX.
Selain itu teknologi emel juga digunakan di mana proses permintaan bekalan
ubat. Admin bertanggugjawab dalam membuat tempahan ubat sepenuhnya. Dalam
proses penghantaran emel sistem menggunakan pelayan yang di sediakan oleh pihak
fakulti. Proses penghantaran emel dapat di laksanakan dengan jayanya kerana pelayan
dapat menerima SMTP untuk penghantaran emel.
5.3 Pembangunan Modul
Kebanyakkan kelas utama dijana dengan menggunakan fail .php. Cuma pada fail
index dan main sahaja dijana menggunakan html. Di dalam fail tersebut, ia cuma
digunakan sebagai antaramuka utama ke halaman pemprosesan. Fungsi login juga turut
dimuatkan untuk memastikan sistem tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk
mengelirukan pihak tertentu. Fungsi login yang dibangunkan hanya menggunakan
session time out bagi keselamatan pengguna. Walaupun begitu, cookies digunakan
sebagai tambahan untuk keselamatan sistem yang disediakan supaya aplikasi
pentadbiran tidak boleh dicapai oleh pihak yang tidak berkenaan.
5.3.1 Capaian Pengkalan Data
Hampir setiap modul perlu mencapai pangkalan data sama ada untuk capaian
biasa atau memanipulasi rekod dalam pangkalan data. Untuk membolehkan capaian ke
pangkalan data dilakukan maka sambungan ke pangkalan data perlu dilakukan terlebih
dahulu.
Berikut merupakan satu contoh membuat sambungan ke pengkalan data MySQL
dan mencapai rekod dalam pengkana data tersebut.
Rajah 5.1 : Keratan Aturcara sambungan ke pengkalan data
Setelah pangkalan data berjaya dicapai, maka proses untuk memanipulasi
pangkalan data boleh dilakukan. Antaranya ialah untuk memanggil semua nilai dalam
pangkalan data dengan menggunakan arahan seperti berikut :
$row = mysql_fetch_aray($rs);
Rajah 5.2 : Keratan Aturcara untuk memanggil nilai dari pangkalan data
5.3.2 Proses penghantaran emel
Sistem inventori ini menggunakan teknologi penghantaran emel di mana proses
permintaan bekalan ubat daripada pihak pembekal. Proses ini akan di laksanakan oleh
Admin sahaja bertujuan untuk mengelakkan daripada pemalsuan data atau penipuan
dalam mendapatkan bekalan ubat daripada pihak pembekal.
<?// for ultimate security, use this instead of using the form$recipient = "[email protected]"; //Please use special email format if email address under the website domain name// bcc emails (separate multiples with commas (,))$bcc = "";// banned emails, these will be email addresses of people// who are blocked from using the script (requested)$banlist = array ('*@somedomain.com', '[email protected]', '[email protected]');
// field / value seperatordefine("SEPARATOR", ($separator)?$separator:": ");
// content newlinedefine("NEWLINE", ($newline)?$newline:"\n");
// formmail version (for debugging mostly)define("VERSION", "5.0");
// our mighty error function..function print_error($reason,$type = 0) { build_body($title, $bgcolor, $text_color, $link_color, $vlink_color, $alink_color, $style_sheet); // for missing required data if ($type == "missing") { if ($missing_field_redirect) { header("Location: $missing_field_redirect?error=$reason"); exit; } else { ?> The form was not submitted for the following reasons:<p><?// for ultimate security, use this instead of using the form$recipient = "[email protected]"; //Please use special email format if email address under the website domain name
// bcc emails (separate multiples with commas (,))$bcc = "";// banned emails, these will be email addresses of people// who are blocked from using the script (requested)$banlist = array ('*@somedomain.com', '[email protected]', '[email protected]');
Rajah 5.2 : Keratan aturcara penghantaran emel kepada pihak pembekal
5.4 Implementasi Hasil Akhir
Implementasi hasil akhir merupakan fasa pengujian dan perlaksanaan aplikasi
yang telah siap dibangunkan. Semua aturcara mestilah dipastikan berfungsi dengan baik
dan dapat membuat pemulangan nilai dengan betul agar tidak berlaku pertindihan
penghantaran maklumat dan kesilapan paparan senarai penerima.Untuk menjalankan
implementasi ini, sistem makluman yang dibangunkan perlu diletakkan dalam pelayan
SMTP yang berdaftar dan menyokong penggunaan emel iaitu click at tell.
5.5 Pengujian Sistem
Untuk memastikan sistem berupaya untuk beroperasi dan berkelakuan seperti
yang telah dinyatakan di dalam objektif, pengujian sistem perlu dilakukan. Hasil akhir
yang berupa sistem yang telah lengkap dan boleh dilaksankan akan diuji mengikut
spesifikasi pengujian yang telah ditentukan. Pengujian meliputi bahagian input, paparan
pangkalan data, penghantaran maklumat dan output. Spesifikasi pengujian ini telah
dikenalpasti terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan keseluruhan sistem diuji
dan boleh beroperasi dengan baik dan lancar.
5.5.1 Pengujian Input
Pengujian input sistem dibuat dengan memasukkan beberapa senarai pentadbir
farmasi dan ketua farmasi yang bertindak sebagai admin ke dalam sistem untuk melihat
bagaimana sistem menerima dan memproses maklumat-maklumat tersebut. Ini
bertujuan untuk melihat bagaiman data-data di masukkan ke dalam jadual yang telah
disetkan di dalam pengkalan data. Untuk sistem ini, pengguna sistem hanya
memasukkan maklumat ke dalam medan yang betul berdasarkan jenis maklumat yang
diminta. Keputusan pengujina input telah diringkaskan dan dinyatakan seperti dalam
Jadual 5.1 berikut:
Jadual 5.1 : Keputusan Pengujian Input
Bil. Ujian Hasil Jangkaan Hasil Ujian Keputusan1. Menguji login masuk
ke sistem
• Admin
• Kerani
Farmasi
Pengguna sistem
memasukkan username
dan password bagi
yang mendaftar
Padanan telah
berjaya dan
paparan utama
dalam masa
cookies yang sah
Berjaya
2. Membuat capaian dan
pilihan menu
• Admin
Admin akan dihalakan
kepada pengurusan
ubat terkawal dimana
melibatkan proses
tertentu
• Merekod ubat
terkawal
• Merekod log
selenggara ubat
• Rekod pindaan
ubat.
Maklumat ubat
terkawal
dimasukkan ke
dalam ruang
yang betul di
dalam pengkalan
data.
Berjaya
3. Membuat capaian dan
pilihan menu
• Kerani
Farmasi
Staff akan dihalakan
kepada pengurusan
ubat tidak terkawal di
mana melibatkan
proses tertentu
• Merekod ubat
tidak terkawal
• Merekod log
selenggara ubat
• Rekod pindaan
ubat
Maklumat ubat
tidak terkawal
dimasukkan ke
dalam ruang
yang betul di
dalam pengkalan
data.
Berjaya
Bil. Ujian Hasil Jangkaan Hasil Ujian Keputusan4. Menguji setiap Akan menghalakan Pengguna
butang pengguna ke halaman
yang betul
dihalakan ke
halaman yang
betul
Berjaya
5.5.2 Pengujian Paparan dari Pengkalan Data
Pengujian sistem ini dilakukan untuk memastikan segala proses memanipulasi
pada pangkalan data dilakukan dengan tepat. Ini disebabkan kerana banyak data yang
dicapai dan dalam sistem ini juga, kebanyakkan halamannya akan memanggil nilai pada
halaman yang sebelumnya untuk melakukan operasi. Oleh yang demikian, adalah
penting pengujian dilakukan pada bahagian ini untuk memastikan semua proses
kemaskini, hapuskan dan kemaskini dapat dilakukan tanpa ada sebarang masalah.
Keputusan pengujian paparan pengkalan data telah diringkaskan dan dikompil seperti
Jadual 5.2.
Jadual 5.2 : Keputusan Pengujian Paparan dari Pangkalan Data
Bil. Ujian Hasil Jangkaan Hasil Ujian Keputusan
1. Membuat pilihan
untuk melihat senarai
nama ubat terkawal
dan ubat tidak
terkawal
Paparan pangkalan data
akan memaparkan
semua kandungan
dalam pangkalan data.
Paparan yang
dihasilkan adalah
betul. Hyperlink
pada nama ubat
terkawal dan
tidak terkawal
berfungsi.
Berjaya
2. Melakukan proses
kemaskini pada
pengkalan data
pengguna sistem
Akan emnjana ke
halaman kemaskini dan
memaparkan nilai yang
disimpan dalam
pengkalan data. Data
dikemaskini dan
disimpan semula dalam
jadual yang betul
Data Berjaya
dikemaskini dan
telah disimpan
mengikut nama
jadual yang betul
Berjaya
3. Menguji sama ada
data dipadamkan
sepenuhnya atau
tidak
Memadamkan
maklumat pengguna
mengikut katakunci
yang telah disetkan
Maklumat di
dalam pangkalan
data dipadamkan
sepenuhnya.
Berjaya
5.5.3 Pengujian Hantar Maklumat
Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting dalam sistem ini kerana di
sinilah operasi utama akan dilaksanakan. Carian nama penerima makluman dan
kemudian disudahi dengan penghantaran maklumat tersebut akan dilaksanakan dalam
bahagian ini. Hasil daripada fasa pengujian ini telah dikumpulkan dan ditampilkan
seperti Jadual 5.3
Jadual 5.3 : Keputusan Pengujian Hantar Maklumat
Bil. Ujian Hasil Jangkaan Hasil Ujian Keputusan
1. Merekod ubat
terkawal mengikut
medan yang
ditetapkan
Medan yang ditetapkan
di isi dengan maklumat
yang betul - Admin
Maklumat
tersebut dihantar
dan dimasukkan
kedalam
pengkalan data
Berjaya
2. Merekod ubat tidak
terkawal mengikut
medan yang
ditetapkan
Medan yang ditetapkan
di isi dengan maklumat
yang betul - Staff
Maklumat
tersebut dihantar
dan dimasukkan
kedalam
pengkalan data
Berjaya
3. Melakukan carian ke
atas penerima
makluman
Enjin carian mestilah
memulangkan nilai
yang betul.
Senarai penerima
maklumat adalah
seperti yang
dikehendaki.
Berjaya
4. Ujian untuk carian
berdasarkan
katakunci
• Kod Siri Ubat
• Nama Item
Ubat
Padanan carian dengna
medan pilihan akan
memaparkan maklumat
pengguna yang tepat.
Maklumat yang
tepat berkenaan
pelajar
berdasarkan
padanan
katakunci dan
medan pilihan
dipaparkan
Berjaya
4. Merekod ubat
pindaan tempat
Memudahkan proses
pencarian dan
makluamt ubat
sekiranya berlaku
perubahan tempat
Maklumat
tersebut di rekod
dan di masukkan
ke dalam
pengkalan data
Berjaya
5. Merekod log
selenggara ubat
Input dimasukkan
berdasarkan pada
keadaan ubat sama ada
baik atau sebaliknya.
Maklumat
tersebut di rekod
dan di masukkan
ke dalam
pengkalan data
Berjaya
6. Memasukkan input Input yang dimasukkan E-mel di hantar
maklumat pada
ruangan yang
disediakan. Iaitu
proses penghantaran
e-mel untuk memesan
ubat
akan dihantar kepada
penerima iaitu
pembekal ubat.
kepada penerima
iaitu pembekal
ubat Berjaya
7. Memasukkan mesej
untuk dihantar
kepada staff sebagai
peringatan.
Input yang dimasukkan
akan dihantar kpeada
penerima iaitu staff.
Mesej dihantar
kepada penerima
iaitu pentadbir
farmasi.
Berjaya
5.5.4 Pengujian Output
Pengujian output akan menguji samada maklumat yang diterima oleh pihak
pembekal adalah sama seperti apa yang dihantar pentadbir farmasi iaitu meminta
bekalan ubat untuk pusat perubatan. Output diuji untuk memastikan sistem
menghasilkan output yang betul seperti yang dikehendaki. Output sistem ini merupakan
emel yang akan diterima oleh pihak pembekal ubat. Hasil daripada pengujian output ini
ditunjukkan seperti dalam Jadual 5.4.
Jadual 5.4 : Keputusan Pengujian Output
Bil. Ujian Hasil Jangkaan Hasil Ujian Keputusan1. Pembekal akan
menerima makluamt
yang dihantar oleh
pentadbir farmasi.
Makluman akan
diterima dengan
lengkap dan betul.
Penerima
menerima
makluman yang
lengkap dan
betul
Berjaya
5.6 Perbincangan Implementasi
Terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan semasa pengimplementasian
projek ini dilakukan. Proses penghantaran emel di gunakan dengan menggunakan server
yang di sokong oleh SMTP. Semasa sesi pengujian fasa implementasi dijalankan,
sistem sudah pun dipindah naik ke dalam pelayan SMTP. Ini dilakukan untuk melihat
output yang dihantar oleh pengguna sistem akan diterima dalam keadaan yang
sebenarnya dan tiada ralat atau kerosakan pada makluman yang diterima. Untuk
pengujian kemasukan data dan manipulasi pengkalan data pula, ianya telah dilakukan
dalam dua situasi. Situasi yang pertama ialah sebelum sistem dipindah naik ke dalam
pelayan SMTP dan situasi yang kedua ialah selepas sistem dipindah naik ke pelayan.
BAB 6
KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang kelebihan dan kelemahan yang terdapat
pada sistem yang di bangunkan ini. Selain itu beberapa andaian juga di buat pada sistem
ini untuk menjadikan ia lebih sempurna. Sementara itu, masalah-masalah, kekangan
serta cadangan untuk mempertingkatkan prestasi serta keberkesanan sistem ini turut di
bincangkan dalam bab ini. Kesimpulan dan rumusan sistem secara keseluruhan juga
akan dinyatakan secara lebih terperinci sebagai penutup kepada laporan akhir Ijazah
Sarjana Muda ini.
6.2 Hasil dan Pencapaian
Secara umumnya, Sistem Inventori Ubat Ubatan Pusat Perubatan Gul ini
dibangunkan adalah bertujuan untuk merekod kemasukan dan pengeluaran stok ubat
dalam sesebuah pusat perubatan. Melalui proses pengrekodan ubat-ubatan mengikut
pengkelasan ia memudahkan proses rujukan kepada pihak pentadbir. Selain itu dengan
melakukan proses pengrekodan ini ia memberi impak yang positif di mana proses
pengrekodan yang dilakukan dapat mengelakkan daripada sebarang masalah yang
timbul.
Melalui pembangunan sistem ini juga ia dapat mengelakkan daripada
penggandaan pengrekodan sepertimana yang berlaku semasa proses pengrekodan secara
manual yang di lakukan oleh Pusat Perubatan Gul. Selain itu sistem inventori ini juga
menggunakan teknologi terkini iaitu penempahan ubat secara penghantaran emel di
mana ia membolehkan admin terus mendapatkan pembekal untuk bekalan ubat dengan
cepat di mana sahaja berada.
Dalam pembangunan projek ini, terdapat dua objektif utama yang perlu dicapai
untuk memastikan projek ini berjaya dihasilkan. Sistem ini dibangunkan berdasarkan
kepada tiga modul utama iaitu modul pegawai farmasi, kerani pentadbir dan pembekal
ubat. Selain daripada itu ia menekan kefungsian yang dibangunkan, sistem ini juga
mengambil kira rekabentuk antaramuka yang menarik, ringkas dan ramah pengguna
supaya mudah difahami oleh pengguna sistem.
6.3 Kelebihan Sistem
Sistem Inventori Ubat-ubatan Pusat Perubatan Gul mempunyai beberapa
kelebihan dan kebaikan yang tersendiri.
i. Memudahkan proses pengrekodan
Pengrekodan adalah tepat dan mengikut medan-medan pengkelasan yang telah di
tetapkan. Ia bertujuan untuk proses rujukan pada masa akan datang. Selain itu ia dapat
mengelakkan daripada berlakunya keciciran mengrekod ubat-ubatan yang diterima
daripada pembekal sebagaiman yang berlaku pada proses pengrekodan manual sebelum
ini.
ii. Menjimatkan masa dan tenaga pekerja
Masa juga dapat dijimatkan di mana proses pengrekodan adalah secara automatik
dalam pengiraan ubat-ubat yang di rekod. Baki pengrekodan tidak perlu di kira secara
manual tetapi adalah secara automatik berdasarkan pengrekodan yang telah di buat
sebelum ini. Tenaga pekerja juga dapat di kurangkan kerana ia tidak memerlukan ramai
pekerja dalam mengendalikan sistem ini.
iii. Mengawal ubat yang di terima
Sistem ini juga dikendalikan oleh dua kategori pengguna iaitu pegawai farmasi
yang mengawal ubat terkawal dan kerani pentadbir yang mengawal ubat tidak terkawal.
Dengan melaksanakan proses pengawalan ini, ia dapat mengelakkan daripada masalah
penyelewengan ubat oleh pihak pusat perubatan. Aspek keselematan di tekankan dalam
membangunkan sistem ini.
iv. Kesahihan sumber mesej
Beberapa pengujian telah dijalankan untuk memastikan mesej tersebut adalah
tepat dan benar. Di mana proses penghantaran maklumat permintaan stok ubat kepada
pihak pembekal.
6.4 Kelemahan Sistem
Terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti sepanjang proses pembangunan
sistem ini dijalankan. Antara kelemahan sistem ini adalah seperti berikut :
i. Pengemaskinian maklumat pangkalan dat asecara manual
Pihak pentadbir sistem perlu mengemaskini data-data di pangkalan data secara
manual sekirannya terdapat sebarang perubahan atau kesilapan.
6.5 Masalah yang di hadapi dan kekangan sistem
Berikut adalah masalah dan kekangan yang wujud ketika pembangunan sistem
dijalankan:
i. Kesukaran untuk mendapatkan maklumat daripada pihak perubatan.
Maklumat yang diperolehi adalah terhad pada item-item ubat. Proses untuk
mendapatkan harga ubat adalah terhad hanya pada beberapa ubat sahaja. Harga ubat
yang hanya dapat di rekodkan adalah beberapa sahaja kerana ia berkaitan dengan pihak
pembekal.
6.6 Cadangan Yang Di Buat Untuk Masa Hadapan
Selain menyelesaikan masalah-masalah yang telah dikenalpasti, beberapa
cadangan peningkatan dan pembaikan telah dicadangkan pada sistem ini supaya dapat
menghasilkan sistem yang lebih berkesan dan sempurna. Antara cadangan tersebut
adalah :
i. Pengkelasan ubat yang lebih terperinci di mana ia melibatkan kandungan bahan
ubat iaitu melibatkan berat dan kandungan cecair ubat. Sebelum ini hanya
melibatkan kod item ubat tanpa kandungan berat ubat.
ii. Mekanisma keselamatan perlu ditambah pada pangkalan data sistem supaya
keselamatan data yang terdapat dalam pengkalan data lebih terjamin.
iii. Mendapatkan stok ubat yang lebih tahan lama di mana sebelum ini ubat akan
tamat tempoh pada 12 bulan sahaja kemudian sekirannya tidak dihabiskan akan
dilupuskan oleh pihak kilang.
6.7 Kesimpulan
Sistem Inventori Ubat ubatan Pusat Perubatan Gul ini dibangunkan dengan
bertujuan untuk merekod semua jenis item ubat yang di bekalkan kepada pusat
perubatan. Selain itu bilangan rekod ubat yang di gunakan atau yang telah di beli oleh
pesakit juga di rekod bagi memudahkan proses pengemaskinian ubat semasa untuk
mengelakkan bekalan ubat terputus. Pihak perubatan yang menggunakan sistem ini
hendaklah menggunakan internet kerana ia berdasarkan pada pembangunan web (web
based application) bukan secara tersendiri (stand alone) yang kebanyakkan sitem
perubatan yang guna pada kebiasaannya. Selain itu kebanyakkan daripada pusat-pusat
kesihatan masih lagi menggunakan pengrekodan secara manual. Selain bersifat lebih
fleksibel, ia juga mudah untuk di gunakan. Malah, sistem ini dapat digunakan pada bila-
bila masa dan tempat.
Kesimpulan, sistem yang dibangunkan ini memberi tumpuan dan fokus untuk
membangunkan sebuah Sistem Inventori Ubat Ubatan Pusat Perubatan Gul. Selain
daripada menjadi sistem alternatif kepada sistem manual, sistem ini juga ringkas dan
mudah untuk digunakan oleh pihak pusat perubatan terutamanya yang mengendalikan
sistem inventori ini. Malah, sistem ini bersifat fleksibel dan boleh digunakan tanpa
mengira masa dan tempat.
RUJUKAN
1. Ian Sommerville (2001). Software Engineering. 6th Edition. England: Addison
Wesley, 239-252.
2. Guthery, S.B, Cronin M (2001), “Mobile ApplicationDevelopment With SMS
And Sim Toolkit” McGraw-Hill Professional
3. George Coulouris, Jean Dollimore, Tim Kindberg. Distributed System Concepts
AndDesign. Third Edition. England: Addison-Wesley, 1-63;2001
4. Connolly T, Begg C (2005), “Database System A Practical Approach to Design,
Implementation and Management” 4th Edition Essex, England: Pearson
Education Limited
5. Le Bodic, G (2003). “Mobile Messaging Technologies And Service.” West
Sussex, England: John Wiley & Sons Ltd.
6. Cosentino C. (2003). “Advanced PHP For Web Professionals.” Amerika
Syarikat: Practice Hall PTR
7. Che Wan Zawawi Ismai (2007), “Internet & E-Mel”, Institut Pentadbiran Awam
Negara INTAN
8. Alavoor Vasudevan (2002) PHP How-To
http://www.zend.com/zend/aboutphp.php (Capaian pada 23 September 2007 )
9. Maknol (2002) What is Email?
http://www.maknol.com/aboutsms.htm (Capaian pada 23 September 2007)
10. Media Corp, http://www.rsi.sg (Capaian pada 2 Oktobe 2007)
11. Mel-Elektronik (2007)
http://www.angkasa.org.my/e-pembelajaran (Capaian pada 2 Oktober 2007)
LAMPIRNA C
SENARAI NAMA UBAT MENGIKUT KOD ITEM PENGKELASAN UBAT
Nama Ubat Mengikut Pengkelasan dan Kandungan
ITEM CODE ITEM DESCRIPTION PACKAGINGD2.0411.01 CLOZAPINE 25MG. TAB(CLOZARIL) 1X50007.1001.01 *FLUCONAZOLE100 MGCAP PACK OF 28 CAPSULES 03.3611.01 *STREPTOKINASE1,500,000 UINJ PACK OF 1 VIAL D1.3609.01 SEVORANE LIQUID(SEVOFLURANE)
INHALATION ANAESTHETIBOT/250ML.
D2.3403.01 METHYLPHENDIDATE HCL 10MG.TAB.(RITALIN)
BOX/200`S
D3.0807.01 ESMOLOL INJ. 10MG./ML. 1X20S02.2206.01 *LORATADINE10 MGTAB PACK OF 500 TABLETS
D2.5000.01 ZIDOVUDINE 100MG.CAP. 1X100SD2.5004.02 OLANZAPINE 10MG. TAB.(ZYPREXA) BOX/28`S01.1608.02 *ISOFLURANE USP BOTTLE OF 250 ML D3.0015.01 ADENOSINE 6MG/2ML INJ.(ADENOCOR) BOX/6`S07.0015.02 *ANTI-HAEMOPHI FAC V111 INJ IP PCK OF 1 VIAL D2.3406.01 RIVASTIGMINE 1.5MG. CAP BOX/60`SD2.3406.03 RIVASTIGMINE 4.5MG BOX/60`SD2.3406.02 RIVASTIGMINE 3.0MG. TAB.(EXELON) BOX/60`SD2.3402.01 RISPERDAL 2MG. TAB. BOX/60`SD2.0410.01 CLONAZEPAM TAB. 2MG.(RIVOTRIL) BOT/500`S02.3203.02 QUININE SULPHATE 300MG. TABLET 1X1000S03.3701.01 SYNTHETIC SALMON CALCITONIN 50 IU INJ PCK OF 1 VIAL 03.3701.02 SYNTHETIC SALMON CALCITONIN 100 IU
INJ PCK OF 1 VIAL D3.1400.02 HEPARIN SODIUM 1,000 IU/ML INJ BOX OF 10 VIAL 67.1610.01 *INTERFERON A-2A 3MIU(ROFERON) 1BOX OF 5 AMP D3.3001.01 PHENOBARBITONE SODIUM 200MG.INJ. BOX/10`S03.1701.02 *IMIPENEM / CILASTIN SODIUM500 MGINJ PACK OF 5 VIALS D3.0806.01 ROCURONIUM BROMIDE 50MG/5ML
INJ(ESMERON)BOX/12`S
D3.0415.01 CIPROFLOXACIN 100MG./50ML. INJECTION 1X10X50ML.B2.1415.01 HEMOCLEAN RP CAN/5LITER07.3004.02 *ALBUMIN HUMAN5%, 250 ML BOTTLE OF 250 ML 07.3402.01 *RIFAMPI.DAPSONE&CLOFAZISTRIP PACK OF 20 STRIPS D3.3404.01 RHESONATIV 1250IV-250UG.INJ.(RHOGAM) 1X1VIAL.D2.3407.01 REFECOXIB 25MG. TAB.(VIOXX) 1X100SD2.4204.01 VIOXX 25MG. TAB(REFECOXIB) 1X100SD2.3804.01 TRANEXAMIC ACID 250MG. CAP.(TREN) BOT/1000`SD2.0012.01 AZITHROMYCIN TAB 250MG BOX/60`SD2.2200.02 LUNALINE 25MG. TAB.(MAPROTILINE) 1X1000S07.0016.01 *ANTI - HAEMOPHILIC FACTOR IXINJ PACK OF 1 VIAL 07.0001.03 HUMAN ALBUMIN 20% PCK OF 1 VIAL D2.0011.01 ALFACALCIDOL 1MCG. TAB. BOX/100`SD2.3405.01 ROCALTROL 25MG. TAB. 1X100SD2.0403.01 CEFUROXIME AXETIL 250MG TAB.(ZINNAT) PACK OF 50D2.0609.02 DIDANOSINE TAB. 100MG.(VIDEX) 1X60S07.0405.01 *CHLORAMPHENICOL1%EYE OINT PACK OF 240 TUBES D2.2411.01 MADOPAR TAB. 250MG. BOX/100`SD2.2213.01 LAMIVUDINE 150MG&ZIDOVUDINE
300MG(COMBIVIR TAB)PCK/60`S
02.0208.01 *BROMOCRIPTINE MESYL.2.5 MGTAB PACK OF 500 TABLETS 07.4211.02 *VACCINE TYPHIM VI20 DOSEINJ PACK OF 1 VIAL 07.3401.01 *RIFAMPICIN300 MGCAP PACK OF 1000
CAPSULE02.0208.02 BROMOCRIPTINE MESYLATE 5 MG PCK OF 500 TABS D2.2400.01 MOCLOBEMIDE 150MG TAB (AURORIX) PACK OF 100D2.1006.01 FLUNARIZINE 5MG CAP (SIBELIUM) BOX/200`SD2.5004.01 OLANZAPINE 5MG. TAB.(ZYPREXA) BOX/28`S02.0428.02 *CAPTOPRIL25 MGTAB (G) PACK OF 1000 TABLETS07.0407.03 *CEFUROXIME250 MGTAB PACK OF 50 TABLETS D2.3806.01 CARBAMAZEPIN 200MG. TAB.(TEGRETOL) 1X200SD3.2210.01 LIDOCAINE HCI (XYLOCAINE JELLY
ACCORDEON INJ 2%)BOX/25X12.5GM
02.2002.02 *KETOTIFEN 1MG TAB 1BOT OF 500 TAB
07.3401.02 *RIFAMPICIN150 MGCAP BOTTLE OF 1000 CAPSU
02.0809.01 JETEPAR CAP (GENERIC) PCK OF 1000 CAP 07.0010.01 *ANTIVENENE PIT VIPER10MLINJ PACK OF 1 VIAL 02.3805.02 *THIORIDAZINE HCL100MGTAB PACK OF 1000 TABLETS07.1604.01 **L-ASPARAGINASE10,000 IUINJ PACK OF 5 VIALS D2.2204.01 LITHIUM CARBONATE 300MG.TAB.
(LICONATE)BOT/1000`S
D3.2401.01 MAGNESIUM SULPHATE 49.3% / 5ML INJ BOX OF 50AMP42.1604.03 *ISONIAZID400 MGTAB PACK OF 2000 TABLETS42.2401.01 MAGNESIUM TRISILICATE TAB PCK OF 2000 TAB D3.4602.01 XYLOCARD 10% INJECTION(5X5ML.) 5X5ML. PER PACKET02.1204.01 *GLICLAZIDE80MGTAB PACK OF 500 TABLETS 07.0411.01 *CEFUROXIME AXETIL250MGTAB PACK OF 50 TABLETS 01.2409.01 MENTHOL BP/USP BOTTLE OF 1 KG D2.0812.01 ETORICOXIB 90MG(ARCOXIA)TAB BOX/100`S02.0430.01 *CLONAZEPAM 2MG TAB USP PCK OF 500 TABS 01.2405.01 MAGNESIUM STEARATE 1BAG OF 25 KG 02.2802.01 *OXYMETHOLONE 50MG TAB PCK OF 100 TABS D1.0408.01 09515.01 TDX CARBAMAZEPINE
CALIBRATOR1XBOX
D1.3012.01 09507.01 TDXFLX PHENYTOIN CALIBRATOR 1XBOX07.0801.02 *ERYTHRO STEARATE250MGTAB PACK OF 1000 TABLETSD3.4601.01 XYLOCARD 100 20MG./ML. 2% INJ. 1X5X5ML.07.2500.01 **MITOMYCIN-C10 MGINJ PACK OF 1 VIAL 07.2501.01 MUROMONAB-CD 5 MG. INJ PCK OF 1 VIAL D1.1204.01 GLUSTITCH/REKSEAL 1ML.(N-
BUTYLCYANOACRYLATE).1X1ML.
07.0001.01 *ALBUMIN HUMAN20 % (50 ML)INJ PACK OF 1 VIAL D2.0609.01 DIDANOSINE TAB. 25MG.( 1X60SD2.3811.02 THEOPHYLLINE SR 125MG TAB BOT/500`S02.0431.01 *CYPROTERONE ACETATE50MGTAB PACK OF 50 TABLETS 02.0605.01 DIAZEPAM 2 MG.TAB PCK OF 50 TABS 02.0605.02 DIAZEPAM 5 MG. TAB. PCK OF 50 TABS 02.0605.03 DIAZEPAM 10 MG TAB (F) PCK OF 50 TABS 42.0007.03 ASCORBIC ACID50 MGTAB PCK OF 110 X 63 S B2.0811.01 ERYTHROPOIETIN PFS 2000IU (EPREX) BOX/(6 X 0.5ML)D2.0405.01 CELECOXIB 200MG. CAP.(CELEBREX) BOX/100`S43.2201.04 *LIGNOCAINE HYDROCHLORIDE2% 10
MLINJ PACK OF 100 VIALS
D3.0809.01 ERYTHROPOEITIN BETA INJ.(RECORMON PFS 2000IU).
BOX/6`S
D2.2412.01 MECOBALAMIN TAB. 0.5MG.(METHYCOBAL) BOX/500`S07.0008.01 *ANTIVENENE COBRA10MLINJ PACK OF 1 VIAL D3.0400.01 CALCIUM GLUCONATE 1G/10ML. INJ. 1X50S01.0415.01 CHLOROCRESOL BP BOTTLE OF 0.5 KG D2.4001.02 UNASYN ORAL TAB. 375MG.(SULTAMICILLIN
TOSYLATE)BOX/100`S
42.3002.01 PARACETAMOL500 MGTAB (BLISTER) PACK 100 X 63 TABLET07.3403.02 *RECOM HUMAN ERYT4000IU/MLSYR PACK OF 6 PREFILLED
Panduan Pengkelasan Ubat
Penerangan Jenis Produk Jenis Kod ProdukHarta Modal A5
Drugs D1Tablets D2
Injectables D3Dangerous Drugs D5
Biological Products D7Hospital Sundries H1
Domestic (Household Item) H5
Food H9Hospital Instrument M1
Rubber Goods S3Blood Transmission Apparatus S7
Suturus S8Dressing and Plasters S9
Jenis Istimewa (Specialiased Item)
Penerangan Jenis Produk Jenis Kod ProdukLaboratory Chemicals L1
Indicators L3Lab Appratus L2
Crockeries M3Cancer C2
Eye E2Pharmacy F2
Skin K2ENT N2
Paediatric P2Bius U2
Psychiatry Y2Gynaecology G2
LAMPIRAN D
MANUAL PENGGUNA
Pengenalan
Sistem Inventori Ubat-ubatan Pusat Perubatan Gul dibangunkan bertujuan untuk
merekod ubat-ubatan di pusat perubatan tersebut. Selain itu ia bertujuan untuk
menggantikan sistem yang sedia ada yang sebelum ini digunakan oleh pentadbir farmasi
yang dilakukan secara manual sepenuhnya. Selain itu pengkelasan ubat yang di buat
memudahkan proses rujukan bagi pengguna sistem.
Panduan pengguna ini terdiri daripada dua bahagian pada sistem. Pada bahagian
pertama adalah penerangan mengenai sistem yang digunakan oleh pentadbir farmasi
iaitu sistem secara web. Pentadbir sistem akan menggunakan sistem ini di mana
menguruskan segala ubat-ubatan terkawal. Selain itu admin juga melakukan proses
pengrekodan ubat dan mengemaskini ubat terkawal. Rekod selenggara dan pemindahan
ubat juga dikendalikan oleh admin. Proses mendaftar pengguna sistem dan pembekal
ubat akan di lakukan oleh admin. Admin juga bertanggugjawab dalam proses
penempahan bekalan ubat yang dilakukan menggunakan teknologi emel untuk
mengelakkan daripada proses penyelewengan bekalan ubat. Mesej di antara pengguna
sistem juga adalah hanya akan di hantar oleh admin sebagai komunikasi admin dengan
staff.
Bahagian kedua adalah yang akan digunakan oleh pentadbir farmasi dimana
proses perlaksanaan sistem adalah terhad kepada beberapa fungsi atau modul tertentu.
Modul tersebut adalah seperti merekod ubat-ubat tidak terkawal yang melibatkan proses
menambah rekod ubat, pengemaskinian ubat, pembuangan ubat tetapi proses
penghapusan ubat adalah terhad dan akan di simpan pada storan utama sebelum di
hapuskan sepenuhnya oleh admin.
Panduan Pengguna
Panduan Pengguna Sistem (Super Admin)
1.1 Tetingkap Login Sistem
Antaramuka login bagi di mana proses memasukkan katanama dan katalaluan.
Rajah 1.1 : Tetingkap Login Sistem
1.2 Tetingkap Utama Sistem
Setelah super admin berjaya login. Paparan utama seperti rajah di bawah yang
mengandungi statistik data ubatan dan bilangan pengguna dan pembekal yang berdaftar.
Selain itu laman utama juga memaparkan pengguna semasa.
Rajah 1.2 : Tetingkap Utama Sistem
1.3 Tetingkap Ubat Terkawal
Berukut merupakan antaramuka bagi ubat terkawal apabila pengguna sistem
memilih menu untuk ubat terkawal. Antaramuka ubat terkawal menunjukkan senarai
ubat terkawal mengikut pengkelasan dan kod siri ubat.
Rajah 1.3 : Tetingkap Ubat Terkawal
Untuk antaramuka ubat terkawal yang di laksanakan oleh super admin ia
melibatkan beberapa proses antaranya adalah
1.3.1 Menambah rekod ubat terkawal
1.3.2 Mencari rekod ubat terkawal
1.3.3. Kemaskini rekod ubat terkawal
1.4 Tetingkap Rekod Ubat Terkawal
Rajah 1.4 menunjukkan antaramuka bagi proses merekod ubat terkawal yang
akan di kendalikan oleh super admin. Proses pengrekodan ubat terkawal adalah terhad
hanya kepada super admin sahaja untuk mengelakkan proses penyelewengan ubat.
Rajah 1.4 : Proses merekod ubat terkawal
Rajah 1.5 di bawah menunjukkan proses pencarian ubat. Proses ini di lakukan
dengan memasukkan pada medan kod siri ubat untuk mendapat ubat yang dikehendaki.
Pengguna sistem juga boleh memilih untuk memasukkan nama item ubat sebagai
alternatif yang lain semasa proses carian.
Rajah 1.5 : Proses mencari ubat terkawal
1.5 Maklumat ubat terkawal yang di rekod
Rajah 1.6 : Tetingkap senarai ubat yang di pilih setelah membuat proses pencarian
Setelah super admin memasukkan kod siri ubat dah mendapati kod siri tersebut terdapat
di dalam pengkalan data, paparan seperti rajah 1.6 akan di keluar di mana menunjukkan
ubat terkawal yang telah berdaftar.
Di sini pengguna sistem (super admin) berkebolehan untuk
i. Mengemaskini item ubat terkawal
ii. Merekod log selenggara
iii. Merekod pindaan ubat
1.5.1 Kemaskini item ubat terkawal
Rajah 1.7 : Tetingkap Kemaskini Ubat Terkawal
1.5.2 Proses log selenggara
Proses pengrekodaan penyelangaraan adalah penting di mana, ia merupakan
proses merekod ubat yang mengalami masalah atau kurang baik apabila di terima oleh
pihak pusat perubatan.
Rajah 1.8 : Tetingkap Rekod Selenggara
Rajah 1.9 : Tetingkap selepas berjaya membuat proses log selenggara
1.5.3 Permindahan ubat terkawal
Untuk proses permindahan ubat. Ia perlu direkod bertujuan mengelakkan
daripada masalah rujukan ubat yang dikehendaki.
Rajah 1.10 : Tetingkap Proses Permindahan Lokasi
Setelah pengguna berjaya merekod permindahan lokasi ubat, ia akan
dipaparkan lokasi semasa dan lokasi yang sebelumnya untuk memudahkan proses
rujukan.
Rajah 1.11 : Tetingkap Proses Merekod Permindahan Ubat yang telah berjaya direkod
1.6 Permintaan bekalan ubat
Untuk proses berikutnya adalah super admin berkebolehan untuk membuat
pesanan bekalan ubat kepada pihak pembekal secara menggunakan emel. Di mana
proses permintaan bekalan ubat terhad hanya akan di uruskan oleh super admin.
Rajah 1.12 : Proses mendapatkan bekalan ubat dengan menggunakan emel
Pengguna yang menggunakan sistem ini, super admin yang berperanan
mendapatkan bekalan ubat hendaklah membuat pesanan dengan memasukkan nama kod
siri ubat dan bilangan ubat sahaja.
1.7 Mesej pengguna
Berikut pada rajah 1.13 merupakan antaramuka bagi menu selenggara di mana
proses penghantaran mesej atau peringatan kepada pengguna sistem yang lain. Proses
inin hanya di uruskan oleh super admin. Rajah 1.14 menunjukkan antaramuka bagi
panghantaran mesej.
Rajah 1.13 : Menu Selenggara untuk menghantar mesej kepada pengguna sistem.
Rajah 1.14 : Antaramuka Mesej Pengguna
Setelah super admin berjaya menghantar mesej kepada pengguna, paparan
seperti berikut akan keluar di mana menunjukkan proses pengesahan hantar mesej.
Rajah 1.15 : Antaramuka Pengesahan Mesej.
1.8 Proses penambahan pengguna
Rajah 1.16 : Antaramuka Tambah Pengguna
Rajah 1.16 di atas menunjukkan antaramuka bagi proses penambahan pengguna
berdaftar di dalam sistem. Proses ini akan di laksanakan hanya oleh super admin.
Setelah mendaftar, pengguna boleh menggunakan sistem tersebut dengan cara login
terlebih dahulu.
Rajah 1.17 : Antaramuka pengesahan pengguna berdaftar.
Aspek keselamatan di tekan di dalam sistem ini di mana proses penghapusan
hanya akan di lakukan oleh super admin untuk mengelakkan daripada penyelewengan
oleh pihak pusat perubatan.
1.9 Penghapusan ubat terkawal
Rajah1.18 : Antaramuka ubat terkawal yang akan di hapuskan.
Apabila pengguna klik pada ubat yang hendak di hapuskan, paparan rajah 1.18
akan di paparkan. Proses boleh di lakukan sama ada pengguna perlu untuk restore
kembali ubat atau terus dengan proses penghapusan seperti rajah 1.19 di bawah.
Rajah 1.19 : Antaramuka Maklumat Ubat Terkawal Yang Di buang.
Apabila pengguna berjaya hapuskan ubat tersebut, paparan mesej pengesahan akan di
keluarkan seperti rajah 1.20 di bawah.
Rajah 1.20 : Antaramuka Pengesahan Ubat yang di buang.2. Panduan Pengguna Sistem (Admin)
2.1 Antaramuka Login Sistem
Rajah 1.12 : Tetingkap Login Sistem – Admin
2.2 Tetingkap Utama Sistem
Apabila admin berjaya login, paparan berikut akan di tunjukkan seperti rajah 1.13
di bawah iaitu paparan utama system pengguna setelah berjaya login.
Rajah 1.13 : Tetingkap utama sistem- Admin
2.3 Rekod Ubat Tidak Terkawal
Untuk proses merekod ubat tidak terkawal yang akan dikendalikan oleh
pentadbir farmasi prosesnya adalah sama dengan admin tetapi terhad kepada beberapa
modul iaitu hanya melibatkan
i. Penambahan rekod ubat tidak terkawal
ii. Pengemaskinian ubat terkawal
iii. Melaksanakan laporan yang akan di cetak.
Rajah 1.14 : Proses Pengrekodan Ubat-ubatan Tidak Terkawal
Rajah 1.15 : Tetingkap untuk memaparkan menu ubat tidak terkawal
2.4 Penambahan rekod pembekal ubat
Pengguna sistem admin berkebolehan untuk mendaftar pembekal ubat seperti
rajah 1.21. Selain itu proses ynag boleh di buat oleh admin adalah membuat pencarian
pembekal ubat mengikut medan-medan yang telah di nyatakan di dalam antaramuka
rajah 1.22 di bawah.
Rajah 1.20 : Tetingkap untuk Menambah Rekod Pembekal
Proses carian nama pembekal ubat mengikut medan-medan tertentu. Pengguna
sistem (admin) boleh membuat pencarian rekod dengna menggunakan krateria-krateria
yang telah di sediakan.
Rajah 1.21 : Tetingkap Medan Carian Nama Pembekal
3. Panduan pengguna sistem (kerani)
3.1 Antaramuka login sistem
Rajah 1.23 : Antaramuka login pengguna biasa kerani
Pengguna biasa iaitu kerani akan mengguna sistem ini. Di mana ia lebih fokus
kepada proses mendapatkan laporan ubat sma ader di dalam bentuk salinan lembut
(softcopy) atau salinan keras (hardcopy).
Antara laporan yang boleh di dapati oleh kerani adalah seperti laporan ubat
terkawal dan ubat tidak terkawal seperti rajah 1.24 di bawah.
Rajah 1.24 : Laporan Ubat Terkawal bagi Item Ubat