laporan projek sarjana muda
DESCRIPTION
Laporan Projek Sarjana Muda FSKTM UTHM. Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja Institut Memandu Komuniti DinamikTRANSCRIPT
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dari tahun ke tahun penggunaan teknologi maklumat semakin berkembang pesat
seiring dengan kemajuan negara. Perkembangan teknologi maklumat telah
mempengaruhi masyarakat di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Justeru
masyarakat Malaysia perlu berubah daripada tahap masyarakat membangun dan
industri kepada masyarakat pasca industri. Menguasai kemahiran dan penguasaan
terhadap maklumat adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi negara maju. Era
teknologi maklumat dengan penggunaan teknologi komputer ini sangat sesuai
digunakan dalam pengendalian sesebuah organisasi. Contohnya sistem pengurusan
yang melibatkan data-data yang banyak bagi mempercepatkan pengurusan serta
perekodan maklumat tanpa perlu melakukannya secara manual. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi komputer, maklumat dapat disimpan dengan selamat dan
berkesan yang mana ini akan memudahkan kerja.
Institut Memandu Komuniti Dinamik (IMKD) adalah antara salah satu institut
memandu yang masih menggunakan pengurusan maklumat pekerja secara manual.
Berdasarkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan staf institut
memandu untuk menguruskan maklumat pekerja ini, Sistem Pengurusan Maklumat
Pekerja Institut Memandu Komuniti Dinamik telah dibangunkan. Sistem ini dapat
2
memudahkan pentadbir dan staf untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau rekod.
Disamping itu, segala maklumat dapat dicapai dengan mudah dan semua maklumat
sulit terjamin kerahsiaannya. Justeru, sistem ini dapat memberi manfaat dan
kebaikan kepada semua pengguna sistem, serta berupaya mengatasi masalah yang
dihadapi oleh pengguna sistem yang terlibat iaitu pentadbir dan staf institut latihan
memandu.
1.2 Penyataan Masalah
Di IMKD, sistem manual yang ada pada masa sekarang memerlukan pekerja untuk
mengisi maklumat pekerja di dalam borang, dan borang tersebut akan disimpan di
dalam fail pekerja. Proses mengemaskini dan mencapai maklumat pekerja akan
mengambil masa dan ini amat merugikan. Oleh itu, Sistem Pengurusan Maklumat
Pekerja IMKD yang dibangunkan ini merupakan sistem berkomputer yang
membantu pentadbir dan staf menjalankan tugas mereka dengan lebih sistematik dan
lebih mudah. Segala masalah yang berkaitan dengan maklumat serta pengurusan
pekerja dapat diatasi dengan mudah dan cepat. Sistem sedia ada ini menimbulkan
beberapa masalah . Antaranya ialah:
i. Kesukaran untuk mencapai maklumat pekerja dimana pekerja perlu mencari
maklumat tersebut di dalam fail pekerja.
ii. Kesukaran untuk mengemaskini maklumat pekerja.
iii. Kesukaran bagi pentadbir IMKD untuk menjana laporan pekerja secara tahunan
atau bulanan.
3
1.3 Objektif
Bagi mengatasi masalah ini, Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja IMKD secara
atas talian dibangunkan. Berikut adalah objektif-objektif yang disasarkan melalui
penggunaan sistem ini:
i. Menganalisis dan merekabentuk Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja Institut
Memandu Komuniti Dinamik menggunakan pendekatan berstruktur.
ii. Membangunkan Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja Institut Memandu
Komuniti Dinamik secara atas talian.
iii. Melaksanakan pengujian alfa/beta ke atas Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja
Institut Memandu Komuniti Dinamik dengan pengguna sasaran.
1.4 Skop
Sistem ini mempunyai empat jenis skop iaitu skop pengguna, skop sistem, skop
platform dan skop pengujian. Setiap jenis skop ini mempunyai fungsi tersendiri.
Antara fungsi-fungsi skop tersebut ialah:
1.4.1 Skop Pengguna
i. Pentadbir
Pentadbir akan membuat penambahan staf baru IMKD, mengemaskini maklumat
staf, membuat penghapusan maklumat staf dan meluluskan cuti tahunan staf.
ii. Staf
Staf merupakan pekerja di Institut Memandu Komuniti Dinamik. Staf boleh
mengemaskini maklumat pekerja dan memohon untuk mengambil cuti tahunan
secara atas talian.
4
1.4.2 Skop Kefungsian
i. Log masuk
Fungsi ini digunakan oleh staf dan pentadbir Institut Memandu Komuniti
Dinamik.
ii. Mendaftar staf.
Fungsi ini digunakan oleh pentadbir untuk mendaftar dan menguruskan
maklumat peribadi staf seperti nama, nombor telefon, emel, nombor kad
pengenalan, jawatan, gaji dan alamat.
iii. Mengemaskini maklumat pekerja.
Fungsi ini digunakan oleh pentadbir dan staf IMKD dimana pentadbir boleh
mengemaskini maklumat pekerja seperti maklumat gaji, jawatan dan cuti
tahunan staf manakala staf boleh mengemaskini maklumat seperti nombor
telefon, alamat, emel dan katalaluan.
iv. Permohonan cuti tahunan
Fungsi ini digunakan oleh staf IMKD untuk memohon cuti tahunan.
v. Notifikasi pengesahan cuti tahunan.
Fungsi ini digunakan oleh pentadbir IMKD dimana pentadbir akan memberi
status pengesahan cuti tahunan melalui notifikasi SMS.
vi. Pemulihan katalaluan
Fungsi ini digunakan oleh staf sekiranya mereka terlupa katalaluan. Fungsi ini
menghantar katalaluan baru menggunakan notifikasi SMS.
5
1.4.3 Skop Platfom (Pelantar)
Bagi membangunkan sistem ini, pelantar yang digunakan adalah menggunakan
komputer peribadi dan pembangunan sistem ini adalah dengan penggunaan
berasaskan web.
1.4.4 Skop Pengujian
Terdapat beberapa pengguna akhir yang akan menggunakan sistem ini kelak.
Antaranya ialah pentadbir IMKD dan staf IMKD.
1.5 Kepentingan Projek
Projek ini berkepentingan untuk dibangunkan bagi :-
i. Untuk menjadikan sistem ini sebagai satu sistem yang dapat mengaplikasikan
teknologi maklumat dan teknologi internet yang sedang pesat pembangunan
dan pelaksanaannya
ii. Untuk mewujudkan atau membangunkan Sistem Pengurusan Maklumat
Pekerja IMKD yang dapat membantu pentadbir dalam menguruskan
maklumat pekerja dan sekaligus menambah-baik sistem pengurusan
maklumat pekerja secara manual yang sedang digunapakai di IMKD.
1.6 Struktur kertas cadangan
Bab 1 ini telah memberi gambaran awal tentang projek yang dibangunkan untuk
memberikan gambaran yang jelas mengenai keperluan apabila Sistem Pengurusan
6
Maklumat Pekerja IMKD digunakan kelak. Bab 2 akan menerangkan tentang kajian
literatur. Bab 3 pula akan menerangkan metodologi yang akan digunakan untuk
membangunkan sistem. Manakala bab 4 pula akan menerangkan tenang analisa dan
rekabentuk Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja IMKD yang dibangunkan.
7
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Kajian literatur digunakan untuk melihat idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang
akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat
dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.
Antara tujuan kajian literatur ialah untuk mengenalpasti masalah dan kekurangan sistem
sedia ada. Oleh itu, kajian ke atas sistem sedia ada dilakukan.
2.2 Sistem pengurusan maklumat.
Sistem pengurusan maklumat boleh didefinasikan sebagai satu set unsur-unsur atau
komponen yang berkaitan dengan mengumpul (input), mengolah (proses) dan
menyimpan atau menyebar (output) data atau maklumat dan menyediakan satu
mekanisma maklum balas untuk mencapai sesuatu objektif dan menyokong membuat
keputusan dan kawalan dalam sesebuah organisasi (Turban et al., 2004).
8
Secara khususnya, ia terdiri dari gabungan perkakasan, perisian, dan rangkaian
telekomunikasi yang dibina serta digunakan oleh manusia, untuk mewujudkan,
mengumpul dan mengagihkan data berguna lazimnya di dalam persekitaran organisasi
melalui rangkaian elektronik dan mengikut prosedur tertentu.
2.3 Sistem berasaskan web
Secara teknikal, konsep sistem berasaskan web merujuk kepada aplikasi atau servis yang
wujud dalam pelayan yang boleh diakses menggunakan web browser dan berada dalam
protokol Internet (Deitel et al., 2001). Aplikasi ini dapat diakses daripada mana-mana
tempat diseluruh dunia melalui web. Antara ciri-ciri penting persekitaran berasaskan
web adalah
i. Data atau kandungan yang dijana hendaklah sentiasa dikemaskini.
ii. Dapat diakses oleh pengguna secara universal melalui web (bergantung kepada
pengesahan pengguna yang dibenarkan mengakses data).
Rangkaian komunikasi utama dalam persekitaran web adalah Internet, Intranets dan
Extranets.
2.4 Sistem sedia ada
Pendaftaran maklumat pekerja di Institut Memandu Komuniti Dinamik (IMKD)
dilakukan secara menggunakan borang (rujuk Lampiran A). Setiap maklumat peribadi
pekerja akan disimpan di dalam fail maklumat pekerja. Ini menyukarkan proses untuk
mencapai dan mengemaskini maklumat pekerja. Rajah 2.1 menunjukkan aliran proses
sistem sedia ada.
9
mula
Pengambilan pekerja baru
Pekerja mengisi maklumat peribadi di
dalam borang maklumat pekerja.
Borang maklumat pekerja disimpan di dalam fail
pekerja.
tamat
Rajah 2.1: Carta alir sistem manual.
2.5 Perbandingan terhadap sistem sedia ada
2.5.1 Sistem maklumat pekerja (Azman, 2010)
Rajah 2.2 menunjukkan halaman utama Sistem maklumat pekerja (Azman, 2010) yang
digunakan untuk menguruskan maklumat pekerja oleh Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI). Sistem ini menyediakan fungsi log masuk untuk pekerja.
10
Rajah 2.2: Halaman Log Masuk Sistem Maklumat Pekerja
(Azman, 2010)
Dalam sistem ini juga terdapat fungsi mendaftar pekerja baru. Dalam fungsi ini,
pentadbir akan mendaftar pekerja baru dengan memasukkan maklumat peribadi pekerja
seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, nombor telefon, jawatan, gred gaji dan
lain-lain maklumat mengenai pekerja. Maklumat-maklumat yang perlu diisi ditunjukkan
dalam Rajah 2.3.
Rajah 2.3: Halaman Pendaftaran Pekerja Baru
(Azman, 2010)
11
Sistem ini juga membenarkan pekerja untuk membuat carian berdasarkan nama, nombor
kad pengenalan dan nombor pekerja. Selain itu, pekerja juga boleh mengemaskini
maklumat pekerja. Fungsi ini ditunjukkan dalam Rajah 2.4.
Rajah 2.4: Halaman Carian dan Kemaskini Maklumat Pekerja
(Azman, 2010)
Berdasarkan kajian, sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem Pengurusan
Maklumat Pekerja IMKD seperti fungsi log masuk, fungsi mendaftar pekerja baru,
fungsi carian dan fungsi mengemaskini maklumat pekerja. Antara kelemahan sistem ini
adalah tiada fungsi permohonan cuti secara atas talian dan tiada fungsi pemulihan
katalaluan. Justeru itu, modul permohonan cuti secara atas talian dan pemulihan kata
laluan ditambah ke dalam Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja IMKD.
12
2.5.2 Sistem Pengurusan Sumber Manusia (demo.orangehrmlive.com)
Sistem pengurusan sumber manusia (demo.orangehrmlive.com) ini adalah sebuah sistem
demo secara atas talian yang dihasilkan olah syarikat OrangeHRM yang menjual sistem
pengurusan sumber manusia untuk syarikat-syarikat yang memerlukan. Sitem ini turut
mempunyai banyak persamaan dengan Sistem maklumat pekerja (Azman, 2010) iaitu
seperti fungsi pendaftaran pekerja baru. Sistem ini juga mempunyai fungsi log masuk
untuk pengguna. Fungsi ini ditunjukkan dalam Rajah 2.5.
Rajah 2.5: Halaman Log Masuk Sistem Pengurusan Sumber Manusia
(demo.orangehrmlive.com)
Sistem ini juga mempunyai fungsi mendaftar pekerja baru. Pentadbir akan memasukkan
nama penuh, nombor pekerja, gambar serta maklumat-maklumat lain pekerja. Fungsi
tersebut ditunjukkan dalam Rajah 2.6.
13
Rajah 2.6: Halaman Pendaftaran Pekerja Baru.
(demo.orangehrmlive.com)
Selain itu, sistem ini juga mempunyai fungsi permohonan cuti secara atas talian. Dalam
fungsi ini, pengguna perlu memasukkan nama, jenis cuti, tarikh mula cuti dan tarikh
tamat cuti. Halaman untuk fungsi ini ditunjukkan dalam Rajah 2.7.
Rajah 2.7: Halaman Permohonan Cuti
(demo.orangehrmlive.com)
14
Berdasarkan kajian, Sistem pengurusan sumber manusia (demo.orangehrmlive.com) ini
juga mempunyai fungsi yang hampir sama seperti Sistem pengurusan maklumat pekerja
IMKD. Sistem ini mempunyai fungsi log masuk, fungsi carian, fungsi mengemaskini
maklumat pekerja dan fungsi permohonan cuti atas talian. Antara kelemahan Sistem
pengurusan sumber manusia (demo.orangehrmlive.com) ini ialah tiada notifikasi SMS
apabila permohonan cuti disahkan oleh pentadbir. Justeru itu, modul notifikasi SMS
ditambah ke dalam sistem yang dibangunkan.
Jadual 2.1: Perbandingan antara sistem sedia ada dengan Sistem pengurusan maklumat
pekerja IMKD
Sistem sedia
ada
(manual)
Sistem
maklumat
pekerja
(Azman, 2010)
Sistem pengurusan
sumber manusia
(demo.orangehrmlive.com)
Sistem
pengurusan
maklumat
pekerja IMKD
Log masuk Tiada Ada Ada Ada
Mendaftar
pekerja
Ada Ada Ada Ada
Mengemaskini
maklumat pekerja
Ada Ada Ada Ada
Permohonan cuti Ada Tiada Ada Ada
Notifikasi SMS
status
permohonan cuti
Tiada
Tiada
Tiada
Ada
Pemulihan
katalaluan
Tiada Tiada Tiada Ada
Petunjuk:
Ada – fungsi yang ditawarkan dalam sistem
Tiada – fungsi yang tidak ditawarkan dalam sistem.
Sistem
Fungsi
15
Berdasarkan Jadual 2.1, didapati Sistem pengurusan maklumat pekerja IMKD
mempunyai kelebihan seperti permohonan cuti dan notifikasi SMS status permohonan
cuti. Semua fungsi yang ditawarkan oleh sistem manual akan dimasukkan ke dalam
sisten yang dibangunkan.
2.6 Kesimpulan
Bab ini telah menerangkan tentang bagaimana kajian awal yang dilakukan oleh
pembangun sistem sebelum membangunkan sistem yang sebenar. Kajian ini amat
penting bagi pengumpulan maklumat-maklumat yang digunakan dalam pembangunan
Sistem pengurusan maklumat pekerja IMKD. Kajian ini dapat memberikan maklumat
tentang kelebihan dan kekurangan sistem sedia ada. Bab seterusnya akan menerangkan
tentang kaedah yang akan digunapakai bagi membangunkan Sistem pengurusan
maklumat pekerja IMKD iaitu Bab Metodologi.
16
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Bab ini menerangkan metodologi yang digunakan untuk sistem yang dibangunkan.
Sistem ini akan mengaplikasikan prototaip evolusi sebagai metodologi untuk
membangunkan sistem. Metodologi ini menyediakan panduan untuk menyempurnakan
aktiviti-aktiviti dalam pembangunan sistem. Bahagian seterusnya akan menerangkan
model, perkakasan dan teknik yang akan digunakan. Di dalam prototaip evolusi, proses
mengenalpasti dan mengumpul keperluan-keperluan sistem yang dikehendaki oleh
pengguna perlu dilakukan. Prototaip yang disahkan akan digunakan sebagai komponen
kepada perisian yang akan dibangunkan dan ianya dipanggil produk teras. Beberapa
perubahan kecil terhadap produk teras akan dilakukan di peringkat pembangunan
sebenar sistem. Sistem ini kemudiannya akan diuji dan disahkan sebelum dihantar
kepada pengguna.
17
3.2 Model Prototaip Evolusi
Sistem pengurusan maklumat pekerja IMKD dibangunkan mengikut aktiviti-aktiviti
dalam model prototaip evolusi. Terdapat enam fasa di dalam menghasilkan prototaip
evolusi (rujuk Rajah 3.1).
Rajah 3.1: Model Prototaip
( John W. Satzinger et al, 2002)
18
3.2.1 Fasa Perancangan
Fasa ini memberi penekanan dan tumpuan bagi mengenalpasti skop projek serta
penyelesaian masalah terhadap penyataan masalah yang dikenalpasti. Untuk
memastikan projek berjalan dengan lancar dan lebih sistematik, Carta Gantt
digunakan sebagai garis panduan sepanjang pembangunan sistem di mana ia
merangkumi semua fasa dan semua aktiviti yang dijalankan sepanjang pembangunan
sistem (rujuk Lampiran B).
Selain itu, pada fasa ini juga, kaedah temuramah telah dilaksanakan bagi
mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan sistem ini dengan menemuramah salah
seorang staf IMKD. Hasil daripada temuramah digunakan untuk pembangunan
sistem. Kefungsian sistem sedia ada telah ditambah baik bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh sistem sedia ada.
3.2.2 Fasa Analisa
Fasa ini menekankan tentang analisa setiap sistem iaitu analisis terhadap sistem sedia
ada, sistem semasa dan sistem yang dibangunkan. Analisis terhadap ketiga-tiga jenis
sistem ini memberi banyak maklumat yang digunakan sebagai panduan untuk
pembinaan sistem. Dengan adanya analisis ini, sistem yang dibangunkan
menyediakan penambahbaikan terhadap fungsi yang telah disediakan terdahulu oleh
sistem semasa dan sistem sedia ada. Analisa terhadap sistem sedia ada dan sistem
semasa telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan
perjalanan sistem dan cara sistem itu diuruskan dengan lebih teliti.
Pada fasa ini juga, carta alir sistem dihasilkan untuk memudahkan mengenalpasti
perjalanan sistem yang dibangunkan berbanding sistem sedia ada dan sistem semasa.
Seterusnya, rajah konteks dibina bagi memaparkan perjalanan sistem secara umum
dan Rajah Aliran Data (DFD) iaitu DFD0 dan DFD1, juga akan dibina. Kesemua
rajah ini berfungsi sebagai paparan perjalanan, kefungsian dan proses di dalam sistem
dalam bentuk rajah dan dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Visio 2010.
19
Selain itu, Rajah Hubungan Entiti (ERD) juga dihasilkan untuk mengetahui model
entiti yang terlibat di dalam sistem serta model atribut iaitu ciri-ciri entiti dan model
hubungan antara semua entiti dalam bentuk rajah bagi memudahkan penghasilan
pangkalan data. Pada fasa ini juga, keperluan perkakasan dinyatakan bagi tujuan
pembangunan sistem seperti di Jadual 3.1.
Jadual 3.1: Keperluan Perkakasan Sistem
Bil Perkakasan Penerangan
1 Unit Pemprosesan Intel core 2 Duo
2 Cakera Keras 500GB
3 Ingatan Capaian Rawak(RAM) 4GB DDR3
Pada fasa ini juga, keperluan perisian yang digunakan telah dikenalpasti. Jadual 3.2
menunjukkan keperluan perisian sistem yang digunakan.
Jadual 3.2: Keperluan Perisian Sistem
Bil. Perisian Penerangan
1 Macromedia Dreamweaver MX
2004
Menyunting antaramuka sistem.
2 XAMPP V1.7.1 Local server untuk mengaktifkan sistem.
3 Windows 7 Platfom untuk mengaktifkan semua perisian
yang terlibat.
4 Microsoft Project 2010 Menghasilkan Carta Gantt
5 Microsoft Visio 2010 Menghasilkan rajah (ERD, DFD 0, DFD 1 dan
Carta Alir).
6 MySQL Database Platfom untuk menghasilkan pangkalan data.
7 Adobe Photoshop CS5 Menyunting banting sistem.
20
3.2.3 Fasa Rekabentuk
Pada fasa ini, rekabentuk kesemua keperluan sistem telah dibangunkan untuk
menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Pada fasa ini juga, rekabentuk
antaramuka sistem dan pangkalan data telah dihasilkan.
Antaramuka sistem direkabentuk menggunakan perisian Macromedia
Dreamweaver MX di mana perisian ini berfungsi sebagai platfom untuk
menghasilkan reka bentuk sistem yang baik menggunakan bahasa pengaturcaraan
PHP dan Adobe Photoshop CS5 untuk menyunting banting sistem.
Manakala rekabentuk pangkalan data dihasilkan menggunakan platfom MySQL
di mana pada platform ini, pangkalan data direka dengan penghasilan jadual atau
lebih dikenali sebagai entiti dalaman yang terlibat di dalam sistem. Rekabentuk
pangkalan data yang dihasilkan disertakan dengan bersama kamus data, di mana
kamus data berfungsi sebagai penerangan data mengenai data iaitu, setiap atribut
yang terdapat di dalam tupel haruslah mempunyai jenis data dan saiz data yang
diperlukan.
3.2.4 Fasa Implementasi
Fasa ini adalah fasa di mana sistem dibangunkan dengan mengintegrasikan
antaramuka dan pangkalan data. Perisian yang digunakan untuk melarikan sistem
secara atas talian ialah XAMPP versi 1.7.1 dan perisian yang telah digunakan oleh
pangkalan data menggunakan MySQL sebagai platform bagi membolehkan sistem
berhubung dengannya. Kedua-dua perisian ini harus saling berhubung untuk
melarikan sistem dengan jayanya. Pemasangan perisian XAMPP versi 1.7.1 adalah
bertujuan untuk mewujudkan Server Apache/ Web Server kerana penggunaan domain
sebenar memerlukan kos untuk diimplimentasi.
21
3.2.5 Fasa Prototaip Sistem
Pada fasa ini, prototaip sistem dibangunkan. Dua versi prototaip dihasilkan. Versi
pertama perlu melaksanakan tiga modul iaitu Log Masuk, Mendaftar staf dan
Mengemaskini maklumat pekerja. Manakala versi kedua pula, melaksanakan tiga
modul terakhir iaitu Permohonan cuti tahunan, Notifikasi pengesahan cuti tahunan
dan Pemulihan Kata Laluan. Versi pertama dan versi kedua diintegrasikan untuk
menghasilkan sebuah sistem yang lengkap.
3.2.6 Fasa Pengujian
Pada fasa ini, setiap versi prototaip yang dihasilkan diuji untuk memastikan keperluan
sistem dan keperluan pengguna dipenuhi. Sistem yang telah diintegrasikan telah
ditentusahkan oleh pengguna. Penambahbaikan dilakukan berdasarkan hasil
penentusahan dengan pengguna.
Oleh itu, fasa ini telah mengambil masa untuk membolehkan proses pengujian
dijalankan secara lebih teliti di mana pengujian dilaksanakan mengikut modul dan
kefungsian sistem itu sendiri.
3.3 Faktor Pemilihan Model Prototaip
Model prototaip evolusi dipilih sebagai metodologi pembangunan sistem cadangan
kerana penghasilan prototaip dapat membantu mengenalpasti dan memenuhi
keperluan pengguna dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama, komponen
dalam projek ini boleh diperbaiki secara terus. Antara faktor-faktornya ialah
22
i. Model ini membenarkan pengulangan dalam pembangunan sistem sebelum hasil
terakhir sistem dibangunkan hasil dari penambahbaikan dan ini dapat membantu
proses mengenalpasti kehendak pengguna dengan lebih mudah di mana apabila
versi awal sistem dibina, pengguna boleh memberi cadangan dan komen jika ada
kekurangan pada versi awal prototaip tersebut. (Dennis et al, 2005).
ii. Setiap modul yang dibangunkan dinilai bersama-sama pengguna untuk
memastikan kehendak dan keperluan pengguna dipenuhi. Perkara ini dapat
meningkatkan peranan pengguna dalam menentukan kualiti sistem.
iii. Prototaip meningkatkan penglibatan dan komitmen penguna yang tinggi dalam
membangunkan sistem dalam menentukan kualiti projek yang dibangunkan.
Penglibatan pengguna di dalam pembangunan prototaip akan memudahkan
pemahaman ke atas pendekatan dan fungsi sistem, dengan ini latihan penggunaan
sistem akan menjadi lebih mudah.(Mohd Yazid et.al, 2000).
iv. Kos dan masa latihan pengguna menggunakan sistem dapat diminimakan kerana
hasil akhir sistem adalah sudah menepati kriteria dan keperluan pengguna.
v. Pembangunan projek yang menggunakan proses lelaran dan peningkatan dapat
mengawasi kemungkinan risiko yang dihadapi dan dapat meningkatkan kualiti
sistem yang dibangunkan. (John W. Satzinger et al, 2002)
3.4 Kesimpulan
Pendekatan atau metodologi projek iaitu yang terdiri daripada model, peralatan
(perisian) dan teknik yang digunakan menjadi asas pembangunan projek. Bab ini
menerangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam setiap fasa dalam model prototaip
evolusi yang dipilih.
23
Bab 4
ANALISA DAN REKABENTUK
4.1 Pendahuluan
Bab ini mengandungi hasil analisa dan rekabentuk. Hasil analisa digambarkan dalam
bentuk Carta alir, Rajah Konteks, Rajah Aliran Data (DFD) iaitu DFD 0, DFD 1, dan
Rajah Hubungan Entiti (ERD). Manakala hasil analisa tersebut diterjemahkan kepada
rekabentuk antaramuka dan pangkalan data.
4.2 Analisa Keperluan Sistem
Bagi menganalisa keperluan Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja Institut Memandu
Komuniti Dinamik (SPMPIMKD) kaedah pembinaan carta alir, DFD dan ERD
dilakukan supaya dapat memberi gambaran jelas bagaimana proses aliran data berlaku.
24
4.2.1 Carta Alir
Carta alir menerangkan proses aliran data yang berlaku di dalam Sistem Pengurusan
Maklumat Pekerja IMKD . Carta alir untuk SPMPIMKD ditunjukkan dalam dua
kategori iaitu pentadbir dan pekerja.
Rajah 4.1 menunjukkan carta alir pentadbir yang merupakan pengguna utama yang
menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja IMKD untuk mendaftar dan
menguruskan maklumat pekerja di Institut Memandu Komuniti Dinamik.
Rajah 4.1: Carta Alir Pentadbir
mula
Masukkan
nombor admin
dan katalaluan
Sah?
Halaman
utama
Tambah
pekerja
Kemaskini
maklumat
pekerja
Hapus
meklumat
pekerja
Sahkan
permohonan
cuti
Tambah maklumat
pekerja baru
Carian
pekerja
Kemaskini
maklumat pekerja
Paparan
senarai pekerja
Paparan senarai
permohonan cuti
Sahkan
permohonan cuti
tamat
tidak
tidak
tidak
ya
ya
ya
ya
ya
tidak
Teruskan?
tidak
tidak
ya
25
Rajah 4.2 menunjukkan carta alir pekerja Institut Memandu Komuniti Dinamik yang
juga merupakan pengguna Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja IMKD.
Rajah 4.2: Carta Alir Pekerja IMKD
26
4.2.2 Rajah Aliran Data (DFD)
Seterusnya Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja Institut Memandu Komuniti Dinamik
digambarkan dalam bentuk Rajah Konteks , DFD aras 0 dan DFD aras 1. Kesemua rajah
tersebut mewakili kefungsian sistem.
4.2.2.1 Rajah Konteks
Rajah konteks ialah rajah yang menerangkan aliran data antara sistem dengan entiti yang
terdapat di luar sistem tersebut. Rajah 4.3 menunjukkan terdapat dua entiti yang terlibat
dalam Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja IMKD.
Pentadbir
0
PekerjaSPMPIMKD
Maklumat pekerja
Permohonan cuti
Laporan cuti pekerja
Maklumat pekerja yang ingin dihapuskan
Status permohonan cuti
Maklumat pekerja
Permohonan cuti
Status permohonan cuti
Rajah 4.3: Rajah Konteks SPMPIMKD
27
4.2.2.2 Rajah Aliran Data Aras Sifar
Rajah 4.4 menunjukkan proses aliran data bagi Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja
Institut Memandu Komuniti Dinamik (SPMPIMKD) serta kesinambungan daripada
Rajah Konteks seperti dalam Rajah 4.3. Kesemua rajah tersebut memberi gambaran
mengenai proses aliran masuk dan keluar berlaku secara ringkas semasa SPMPIMKD
dijalankan.
1.0
Log masuk
2.0
Pendaftaran
pekerja
Pentadbir
Pekerja
D1
D2
D3
D4
Pentadbir
Pekerja
Maklumat_peribadi
_pekerja
Maklumat_pekerjaan
_pekerja
No staf admin dan katalaluan
Maklumat pekerja baru
No staf pekerja dan
katalaluan
Maklumat pentadbir
Maklumat pentadbir
Maklumat pekerja
Maklumat pekerja
Maklumat peribadi
pekerja baru
Maklumat pekerjaan
pekerja baru
3.0
Permohonan
cuti D5 Cuti
Permohonan cuti
Permohonan cuti
4.0
Pemulihan
katalauan
Maklumat pekerja
Katalaluan baru
Katalaluan baru
Permohonan cuti
Status permohonan cuti
Rajah 4.4: Rajah Aliran Data Aras sifar SPMPIMKD
28
4.2.2.3 Rajah Aliran Data Aras Satu
Bagi Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja Institut Memandu Komuniti Dinamik
(SPMPIMKD) proses 2.1 iaitu untuk mendaftar pekerja dipecahkan menjadi proses yang
lebih terperinci seperti pendaftaran pekerja seperti dalam Rajah 4.5. Seterusnya proses
permohonan cuti didalam proses 3.1 dipecahkan kepada pengesahan status cuti dan
penjanaan laporan cuti pekerja seperti Rajah 4.6.
Bagi proses pendaftaran pekerja terdapat tiga pecahan proses. Pecahan proses
tersebut ialah mendaftar pekerja yang dilakukan oleh pentadbir IMKD, proses kemaskini
maklumat pekerja dan proses penghapusan pekerja seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 4.5.
2.1
Pendaftaran
pekerja
2.3
Hapus
pekerja
Pentadbir Maklumat pekerja baru
Maklumat pekerja yang ingin dihapuskan
D2
D3
D4
Pekerja
Maklumat_peribadi
_pekerja
Maklumat_pekerjaan
_pekerja
Maklumat pekerja baru
Maklumat peribadi
pekerja baru
Maklumat pekerjaan
pekerja baru
Maklumat pekerja yang ingin dihapuskan
Maklumat pekerja yang ingin dihapuskanMaklumat pekerja yang dihapuskan
2.2
Kemaskini
maklumat
pekerjaMaklumat pekerjaan yang ingin dikemaskini
Pekerja
Maklumat peribadi yang
ingin dikemaskini
Maklumat peribadi yang
dikemaskini
Maklumat pekerjaan yang dikemaskini
Rajah 4.5: Rajah Aliran Data Aras Satu (Proses 2.1 proses Mendaftar Pekerja)
29
Bagi proses permohonan cuti terdapat tiga pecahan proses yang terlibat. Pecahan proses
tersebut iaitu permohonan cuti, pengesahan permohonan cuti dan penjanaan laporan cuti
pekerja. Pekerja yang ingin memohon cuti perlu mengisi maklumat yang diperlukan.
Pentadbir pula akan mengesahkan sama ada permohonan cuti tersebut diluluskan atau
tidak. Pentadbir juga boleh menjana laporan cuti pekerja. Proses tersebut ditunjukkan
dalam Rajah 4.6.
3.1
3.3
Pekerja
Pentadbir
D5 Cuti
Permohonan cuti
Maklumat permohonan cuti
Maklumat permohonan cuti
Maklumat permohonan cuti
Status permohonan cuti
Permohonan
cuti
Laporan cuti
pekerja
3.2
Pengesahan
permohonan
cuti
Maklumat permohonan cuti
Status permohonan cuti
Maklumat permohonan cuti
Rajah 4.6: Rajah Aliran Aras Satu (Proses 3.1. Permohonan Cuti)
30
4.2.2.4 Rajah Hubungan Entiti (ERD)
ERD haruslah dilakarkan terlebih dahulu untuk pembangunan pangkalan data. Ini
penting untuk memastikan kesemua maklumat pengguna disimpan di pangkalan data
tersebut. Rajah 4.7 menunjukkan ERD bagi Sistem Pengurusan Maklumat Pekerja
Institut Memandu Komuniti Dinamik (SPMPIMKD). Terdapat lima entiti iaitu
Pentadbir, Pekerja, Cuti, Maklumat_peribadi dan Maklumat_pekerjaan.
pentadbir
PK pen_stafno
pen_katalaluan
pen_nama
pekerja
PK staf_no
staf_katalaluan
staf_notel
maklumat_peribadi
PK staf_no
staf_nama
staf_ic
staf_alamat
staf_notel
staf_jantina
staf_bangsa
staf_agama
staf_emel
staf_status
staf_katalaluan
staf_bil_cuti
maklumat_pekerjaan
PK staf_no
staf_jawatan
staf_gred_gaji
waris_pekerja
PK staf_no
waris_nama
waris_hubungan
waris_notel
cuti
PK id_cuti
staf_no
mula_cuti
tamat_cuti
sebab_cuti
alamat_cuti
status_cuti
bil_cuti
staf_bil_cuti
daftar
Di daftar
oleh
1 *
1 *
Kemaskini
Di kemaskini oleh
1 *
1 *
Kemaskini
Di kemaskini oleh
1 *
1 *
Mohon1 *
1 *
Kemaskini
Di kemaskini oleh
1 *
Rajah 4.7: Rajah Hubungan Entiti SPMPIMKD
31
4.2.2.5 Jadual skema
Jadual skema merupakan penyataan SQL yang digunakan untuk menghasilkan jadual di
dalam pangkalan data yang mewakili entiti di dalam ERD. Berikut ialah jadual skema
bagi setiap entiti yang terlibat.
i. CREATE table pentadbir (pen_stafno VARCHAR(10),
pen_katalaluan VARCHAR(10), pen_nama VARCHAR(50))
ii. CREATE table pekerja (staf_no
INT(5), staf_katalaluan VARCHAR(10), staf_emel
VARCHAR(100))
iii. CREATE table maklumat_pekerjaan (staf_no INT(5),
staf_jabatan VARCHAR(50), staf_gred_gaji VARCHAR(50),
staf_bil_cuti INT(3)
iv. CREATE table maklumat_peribadi (staf_no INT(5),
staf_nama VARCHAR(50), staf_ic VARCHAR(13),
staf_alamat VARCHAR(100), staf_notel VARCHAR(12),
staf_jantina VARCHAR(10), staf_bangsa VARCHAR(20),
staf_agama VARCHAR(20), staf_emel VARCHAR(50),
staf_status VARCHAR(20), staf_katalaluan
VARCHAR(10), staf_bil_cuti INT(3))
v. CREATE table waris_pekerja (staf_no INT(5), waris_nama
VARCHAR(100), waris_hubungan VARCHAR(100), waris_notel
VARCHAR(15))
32
vi. CREATE table cuti (staf_no INT(5), mula_cuti DATE,
tamat_cuti DATE, sebab_cuti VARCHAR(100), alamat_cuti
TEXT, status_cuti INT(2), bil_cuti INT(3), id_cuti
INT(3), staf_bil_cuti INT(3))
4.3 Rekabentuk Sistem
Reka bentuk sistem adalah proses pembangunan sistem antaramuka yang menarik dan
interaktif dapat menarik perhatian pengguna untuk terus menggunakan sesuatu sistem.
Selain itu, reka bentuk sistem haruslah mesra pengguna dan mempunyai fungsi sistem
yang baik dan menarik perhatian pengguna untuk terus kekal menggunakan sistem
tersebut.
4.3.1 Rekabentuk Antaramuka Pengguna
Rajah 4.8 menunjukkan antaramuka halaman utama bagi Pentadbir dan Pekerja iaitu
halaman log masuk.
Rajah 4.8: Antaramuka Halaman Utama SPMPIMKD
Pentadbir/Pekerja
Log Masuk
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEKERJA
INSTITUT MEMANDU KOMUNITI DINAMIK
33
Rajah 4.1 menunjukkan antaramuka Menu Utama bagi Pentadbir. Dalam halaman ini,
terdapat butang-butang menu, ruangan maklumat, tarikh dan jam.
Rajah 4.9: Antaramuka Menu Utama Pentadbir
Rajah 4.10 menunjukkan isi kandungan borang Pendaftaran Maklumat Pekerja oleh
pentadbir. Dalam halaman ini terdapat ruangan, pentadbir memasukkan segala
maklumat berkaitan pekerja di IMKD. Butang hantar disediakan untuk pentadbir jika
selesai mengisi ruangan ini.
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEKERJA
INSTITUT MEMANDU KOMUNITI DINAMIK
Butang Menu
Tarikh
Jam Ruang Maklumat
34
Rajah 4.10: Antaramuka Borang Pendaftaran Pekerja
Rajah 4.11 menunjukkan antaramuka Pengesahan Permohonan Cuti. Dalam halaman ini,
pentadbir membuat pengesahan status cuti terhadap permohonan yang dibuat oleh
pekerja samaada cuti tersebut diluluskan atau tidak.
Nama:
No K/P:
Alamat:
No Tel:
Email:
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEKERJA
INSTITUT MEMANDU KOMUNITI DINAMIK
Hantar
35
Rajah 4.11: Antaramuka Pengesahan Permohonan Cuti.
4.3.2 Reka Bentuk Antaramuka Pekerja
Rajah 4.12 menunjukkan antaramuka Halaman Utama untuk pekerja. Terdapat butang-
butang menu, ruang maklumat, tarikh dan jam.
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEKERJA
INSTITUT MEMANDU KOMUNITI DINAMIK
Nama: Ali Bin Abu
Mula Cuti: 20.05.2014
Tamat cuti: 23.05.2014
Sebab cuti: Peribadi.
Status: Diluluskan
Kemaskini Hapus
36
Rajah 4.12: Antaramuka Halaman Utama Pekerja
Rajah 4.13 menunjukkan antaramuka Borang Permohonan cuti untuk pekerja. Dalam
halaman ini, pekerja perlu memasukkan maklumat-maklumat seperti tarikh mula cuti,
tarikh akhir cuti dan sebab cuti. Butang hantar disediakan untuk pekerja menghantar
borang yang sudah diisi.
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEKERJA
INSTITUT MEMANDU KOMUNITI DINAMIK
Butang Menu Tarikh
Jam
Ruang maklumat
37
Rajah 4.13: Antaramuka Borang Permohonan Cuti
4.4 Kesimpulan
Bab ini telah menerangkan tentang analisa keperluan sistem seperti keperluan Carta Alir,
Rajah Aliran Data (DFD), Rajah Hubungan Entiti (ERD) dan Jadual Skema. Selain itu,
antaramuka sistem telah direkabentuk supaya proses perlaksanaan mudah dilakukan.
Bab seterusnya menterjemahkan hasil analisa dan rekabentuk ini ke dalam bentuk sistem
yang dibangunkan. Seterusnya hasil pengujian akan ditunjukkan.
Nama:
Tarikh Mula:
Tarikh Tamat:
Sebab Cuti:
Alamat Semasa
Cuti:
Baki Cuti
SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PEKERJA
INSTITUT MEMANDU KOMUNITI DINAMIK
Hantar
38
BAB 5
IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM
5.1 Pengenalan
Fasa pembangunan merupakan fasa yang perlu dititikberatkan dan dianggap kritikal
kerana fasa ini mempraktikkan fasa rekabentuk yang dibuat sebelum ini. Manakala
perlaksanaan sistem melibatkan proses-proses pemasangan perisian yang digunakan
dalam sistem yang dibangunkan. Pembangunan dan perlaksanaan sistem ini
dilaksanakan setelah perancangan dan rekabentuk dilaksana pada peringkat awal.
Beberapa tindakan alternatif perlu diambil untuk memastikan sistem dapat dibangunkan
mengikut perancangan.
Fasa pengujian pula merupakan fasa yang terpenting setelah keseluruhan sistem
dibangunkan. Pengujian sistem dijalankan untuk memastikan sistem yang dibangunkan
memenuhi spesifikasi rekabentuk sistem yang ditetapkan. Ia penting bagi memastikan
sistem yang dibangunkan memenuhi spesifikasi keperluan pengguna, dan menghasilkan
keputusan seperti yang dijangkakan. Ini bermakna fasa ini penting untuk memastikan
agar sistem dapat dilaksanakan mengikut objektif sistem. Pengujian biasanya dijalankan
39
selari dengan pembangunan sistem. Ini adalah untuk memastikan sistem yang
dibangunkan bebas daripada ralat pada peringkat awal lagi. Pengesanan ralat pada
peringkat awal memudahkan pembetulan dilakukan kerana ianya tidak melibatkan
proses yang besar.
5.2 Pembangunan Sistem
Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan metodologi prototaip evolusi. Dalam
proses pembangunan sistem ini, antara aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah seperti
pemasangan perisian yang diperlukan oleh sistem, pengkodan aturcara modul-modul,
pembangunan pangkalan data dan pengintegrasian modul.
5.2.1 Pemasangan Perisian
Dalam membangunkan sistem ini, beberapa perisian telah dikenalpasti untuk digunakan.
Perisian-perisian yang terlibat dan perlu dipasang adalah Microsoft 7, MySQL,
Micromedia Dreamweaver MX, Microsoft Internet Information Server (IIS ), dan
Pelayar Web.
5.2.2 Pengkodan Aturcara Modul-Modul
Pengkodan halaman-halaman web sistem dibina dalam persekitaran Micromedia
Dreamweaver MX. Modul-modul yang terlibat dibangunkan secara berperingkat, selari
dengan pembangunan serta penyelenggaraan pangkalan data.
40
5.2.3 Pembangunan Pangkalan Data
Pangkalan data yang digunakan untuk sistem ini adalah MySQL. Secara asasnya
terdapat beberapa langkah yang dilakukan untuk membangunkan pangkalan data iaitu :
i. Membina pangkalan data baru.
ii. Membina jadual-jadual.
iii. Mengenalpasti medan yang terdapat pada setiap jadual.
iv. Simpan jadual.
v. Simpan pangkalan data.
5.2.4 Pengintegrasian Modul
Apabila semua modul telah dibangunkan, pengintegrasian sistem dijalankan. Modul-
modul yang telah siap dan telah diuji setiap satunya akan digabungkan bagi membentuk
satu sistem yang lengkap.
5.3 Implemantasi
Implementasi sistem merujuk kepada proses pengkodan aturcara daripada fasa
rekabentuk. Dalam proses ini bahasa pengaturcaraan PHP dan MYSQL telah digunakan
sebagai medium untuk menterjemahkan keperluan pengguna kepada kefungsian sistem.
Dalam fasa ini, terdapat 5 modul yang telah diimplimen. Antara modul yang terlibat
adalah log masuk pentadbir, log masuk pekerja, pendaftaran staf baru, kemaskini
41
maklumat staf, hapus staf, permohonan cuti tahunan, pengesahan cuti dan notifikasi
SMS. Dalam fasa pengujian pula, pengguna telah menguji sistem yang telah
dibangunkan dan mengisi borang soal selidik. Pengujian yang terlibat adalah pengujian
fungsi sistem dan pengujian penerimaan pengguna. Rajah 5.1 menunjukkan antaramuka
halaman utama bagi Pengguna iaitu halaman log masuk.
Rajah 5.1: Log Masuk Pentadbir.
Rajah 5.2 menunjukkan keratan aturcara log masuk pengguna.
Rajah 5.2: Keratan aturcara log masuk Pentadbir.
Rajah 5.3 menunjukkan halaman daftar pekerja baru oleh pentadbir. Pentadbir perlu
memasukkan data-data pekerja.
42
Rajah 5.3: Halaman daftar pekerja baru.
Rajah 5.4 menunjukkan proses daftar pekerja baru ke dalam pangkalan data.
Rajah 5.4: Keratan aturcara daftar pekerja baru.
Rajah 5.5 menunjukkan halaman kemaskini maklumat pekerja.
43
Rajah 5.5: Halaman kemaskini dan hapus pekerja.
Rajah 5.6 menunjukkan keratin aturcara kemaskini dan hapus pekerja.
Rajah 5.6: Keratan aturcara kemaskini dan hapus maklumat pekerja.
44
Rajah 5.7 menunjukkan halaman pengesahan pemohonan cuti oleh pentadbir.
Rajah 5.7: Pengesahan permohonan cuti pekerja.
Rajah 5.8 menunjukkan keratan aturcara pengesahan permohonan cuti pekerja samaada
diluluskan atau tidak.
Rajah 5.8: Keratan aturcara pengesahan permohonan cuti.
Rajah 5.9 menunjukkan halaman kemaskini maklumat pekerja.
45
Rajah 5.9: Halaman kemaskini maklumat pekerja.
Rajah 5.10 menunjukkan keratan aturcara kemaskini maklumat peribadi pekerja.
Rajah 5.10: Proses kemaskini maklumat peribadi pekerja.
Rajah 5.11 menunjukkan halaman permohonan cuti oleh pekerja.
46
Rajah 5.11: Halaman permohonan cuti.
Rajah 5.12 menunjukkan keratin aturcara permohonan cuti oleh pekerja.
Rajah 5.12: Keratan aturcara permohonan cuti.
5.4 Pengujian
Bentuk pengujian yang dijalankan bagi menguji sejauh mana keberkesanan sistem ini
adalah Pengujian Unit, Pengujian Sistem dan Pengujian Penerimaan.
5.4.1 Pengujian Unit
Pengujian unit akan lebih tertumpu kepada keberkesanan proses pengkodan agar ia
membenarkan sistem berfungsi dengan betul. Pengujian unit dilakukan ke atas modul-
47
modul untuk mengesan kemasukan data daripada pengguna. Data yang dimasukkan akan
disemak dan ralat akan terjadi sekiranya data yang dimasukkan tidak dijumpai di dalam
pangkalan data seterusnya proses seterusnya tidak akan dilaksanakan. Pengujian ini
dilakukan secara berterusan dan berperingkat semasa proses pembangunan dan
implemetasi dijalankan. Ini adalah bagi mengesan ralat dari peringkat awal
pembangunan sistem. Pengujian unit akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah
Kotak Hitam dan Kotak Putih.
5.4.1.1 Pengujian Kotak Hitam
Pengujian kotak hitam merupakan pengujian kefungsian sistem di mana ianya
melibatkan pengujian luaran sahaja iaitu pendekatan yang memfokuskan kepada apa
yang dijangkakan. Pengujian ini tidak menyentuh bagaimana aturcara melaksanakan
sesuatu pelaksanaan. Apa yang penting adalah output yang dihasilkan mestilah menepati
apa yang dikehendaki oleh pengguna.
Pengujian ini merupakan satu strategi yang menganggap sistem sebagai sebuah kotak di
mana kandungannya tidak perlu dikecam. Hanya dengan memberi andaian bahawa jika
sistem menjana output yang tepat apabila memberi input, maka aturcara, struktur dan
antaramuka sistem mestilah bebas ralat.
Antara aktiviti pengujian kotak hitam yang dilakukan diringkaskan adalah seperti
berikut :
Pengujian sekuriti: Pengujian tehadap data input untuk menguji sama ada data yang
dimasukkan sah atau pun tidak. Ianya adalah bertujuan untuk faktor keselamatan data.
48
Contoh untuk login pengguna. Setiap pengguna mempunyai id dan katalaluan yang unik
dan tersendiri. Ini kerana data pengguna adalah dikira sebagai sulit dan hanya boleh
dicapai oleh pihak pengguna sahaja. Kesalahan memasukkan id dan katalaluan akan
memaparkan mesej ralat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.13.
Rajah 5.13 Paparan mesej ralat
Pengujian input data : Pengujian ini lebih kepada pengujian yang membantu dalam
modul daftar pekerja. Setiap input maklumat pekerja akan disemak sama ada pentadbir
telah mengisi semua data yang dikehendaki. Kesalahan memasukkan data akan
memaparkan mesej ralat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.14.
Rajah 5.14 Paparan mesej ralat
Pengujian maklumat : Pengujian ini adalah bagi memastikan data yang dipaparkan
adalah betul. Kesalahan memasukkan data akan memaparkan mesej ralat seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.15.
49
Rajah 5.15 Paparan mesej ralat
Pengujian kotak hitam adalah suatu pendekatan yang akan menyelesaikan pelbagai jenis
ralat. Jenis-jenis ralat yang dikenalpasti dapat dikesan adalah :
i. Keperluan yang salah atau tertinggal.
ii. Ralat antaramuka.
iii. Ralat dari segi struktur data atau capaian terhadap data.
5.4.1.2 Pengujian Kotak Putih
Pengujian kotak putih bermaksud melakukan penyemakan terperinci terhadap aturcara
dalam yang berkaitan. Status dalam aturcara diperiksa pada beberapa tempat bagi
memastikan fungsinya berkesan.
5.4.2 Pengujian Sistem
Selepas melaksanakan pengujian unit, pengujian yang meliputi keseluruhan fungsi
sistem dijalankan. Semasa pengujian sistem dijalankan, pembangun akan memasukkan
50
beberapa data percubaan, melaksanakan pertanyaan (query) dan melihat laporan.
Pengujian yang dilakukan dalam sistem yang dibangunkan adalah seperti berikut:
i. Pengujian antaramuka dilakukan bagi memastikan interaksi antara antaramuka adalah
seperti yang dirancang.
ii. Pengujian katalaluan dilakukan untuk memastikan hanya pengguna yang betul sahaja
dibenarkan masuk ke halaman tertentu. Ini adalah bertujuan untuk menjamin
keselamatan data. Katalaluan digunakan oleh pengguna sahaja. Setiap pengguna
menggunakan katalaluan yang unik. Hasil pengujian menunjukkan pengguna yang
memasukkan ID dan katalaluan yang salah tidak dapat memasuki halaman pengguna.
iv. Pengujian sistem setelah pengintegrasian modul dilakukan dengan mengambil
beberapa set data sebagai contoh. Hasil menunjukkan semua modul dapat dilaksanakan
dengan baik.
5.4.3 Pengujian Penerimaan
Pengujian penerimaan dilakukan oleh pengguna untuk mengenalpasti ralat, melihat
keberkesanan sistem dan memastikan sistem memenuhi keperluan pengguna. Sistem
yang dibangunkan ini menggunakan pengujian secara interaktif di mana pengujian
kepenggunaan sistem dilakukan secara individu di mana pengguna sistem menggunakan
sistem secara terus untuk pelaksaaan tugas atau proses. Segala penilaian pengguna telah
diambil perhatian oleh pembangun sistem dan beberapa pembaikan telah dilakukan
terhadap beberapa komponen.
Aspek-aspek utama yang dinilai oleh pengguna adalah seperti berikut :
51
i. Keserasian pengguna - Aspek yang dinilai adalah sistem yang dibangunkan adalah
memudahkan pengguna iaitu selesa dan memudahkan kerja.
ii. Keberkesanan sistem - Keberkesanan sistem dinilai dari segi keupayaan dan
keberkesanan dalam melakukan sesuatu proses yang terdapat di dalam sistem yang
dibangunkan dan berdasarkan model yang digunakan.
iii. Ramah Pengguna - Aspek yang dinilai adalah alat bantu yang disediakan oleh sistem.
Sistem yang ramah pengguna dapat memberi kefahaman kepada pengguna dan
memberikan kemudahan bagi pengguna dalam menggunakan sistem.
Penerimaan pengguna adalah faktor terpenting bagi memastikan keberkesanan sesebuah
sistem yang dibangunkan. Pengujian ini dijalankan pada kefungsian dan antaramuka
sistem. Tujuan pengujian adalah bagi memastikan setiap keperluan pengguna dipenuhi
dan seterusnya memenuhi objektif pembangunan. Borang Pengujian adalah seperti yang
dilampirkan dalam Lampiran C. Hasil borang kajian tersebut diterjemah dalam bentuk
carta pai. Rajah 5.16 menunjukkan carta pai bagi kefahaman fungsi-fungsi dalam sistem.
Rajah 5.16: carta pai kefahaman fungsi sistem.
Rajah 5.17 menunjukkan keputusan bagi fungsi sistem memenuhi kehendak pengguna
atau tidak.
52
Rajah 5.17: Carta pai keputusan bagi fungsi sistem memenuhi kehendak pengguna atau
tidak
Rajah 5.18 menunjukkan carta pai bagi kepuasan hati pengguna tentang antaramuka
sistem.
Rajah 5.18: Carta pai bagi kepuasan hati pengguna tentang antaramuka sistem.
5.5 Kesimpulan
Pembangunan dan perlaksanaan sistem secara keseluruhannya membincangkan kaedah
yang bersesuaian untuk dilakukan ke atas sistem. Beberapa perisian utama perlu
dipasang terlebih dahulu bagi melicinkan pembangunan dan perlaksanaan sistem.
Submodul-submodul yang dibangunkan secara terpisah diintegrasikan bagi
menghasilkan satu sistem yang lengkap. Setelah semua modul telah diintegrasikan
pengujian terhadap sistem penting untuk memastikan kelancaran aliran sistem yang
53
dicadangkan, sistem yang dibangunkan adalah bebas daripada sebarang ralat dan
memenuhi matlamat sistem.
Sistem juga diuji untuk menentukan berfungsi dengan baik, bebas ralat dan dilakukan
oleh pengguna untuk memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi spesifikasi
keperluannya. Pengujian sistem dilakukan selari dengan pembangunan sistem untuk
mengelakkan kerumitan dalam melakukan pembetulan.
54
BAB 6
KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
Bab ini akan merumuskan segala perbincangan dan keputusan-keputusan analisis yang
telah dilakukan daripada Bab 1 hingga ke Bab 5. Secara umumnya sistem ini
dibangunkan untuk memudahkan pengurusan maklumat pekerja Institut Memandu
Komuniti Dinamik. Sistem ini juga diharapkan dapat memudahkan dan mempercepatkan
pengurusan maklumat pekerja IMKD. Penggunaan web adalah bersesuaian berdasarkan
perkembangan teknologi yang kian pesat, terutama bagi mereka yang terikat dengan
pelbagai aktiviti harian.
55
6.2 Kejayaan Sistem
Berdasarkan pengujian yang dijalankan didapati sistem yang dibangunkan akan dapat
mengatasi masalah yang wujud dalam sistem semasa. Hasil yang diperolehi daripada
kajian dan pembangunan sistem adalah seperti yang dinyatakan berikut:
i. Sistem Pengurusan Pekerja berkesan dalam membantu organisasi menjalankan proses-
proses yang terlibat dengan lebih sistematik dan teratur.
ii. Sistem yang beroperasi selama 24 jam dan berasaskan web dibangunkan. Pengguna
adalah bebas melakukan capaian di mana-mana kawasan yang mempunyai capaian
internet dan pada bila-bila masa sahaja.
iii. Sistem dapat membantu pekerja membuat permohonan cuti secara atas talian
dimana-mana sahaja.
vi. Satu antaramuka yang menarik dan teratur telah dihasilkan bagi memudahkan
pengguna memahami dan menggunakan sistem ini.
6.3 Kelebihan Sistem
Setelah dikenalpasti, terdapat empat kelebihan sistem yang dibangunkan. Kelebihan-
kelebihan itu antaranya adalah:
i. Sistem membantu pihak pentadbir menguruskan maklumat pekerja syarikat dengan
lebih efektif dan cekap dimana segala bentuk pengurusan dapat dilakukan oleh sistem
secara optimum.
56
ii. Carian rekod cuti pekerja secara bulanan dan tahunan yang boleh dicetak untuk
laporan.
iii. Permohonan cuti boleh dibuat diatas talian tanpa perlu mengisi borang secara
manual.
iv. SMS pemberitahuan status cuti kepada pekerja yang memudahkan pekerja untuk
mengetahui status cuti yang dipohon.
6.4 Kekangan Sistem
Sepanjang proses penganalisaan dan pembangunan sistem yang dilakukan, terdapat
sedikit kekangan yang dikenalpasti. Namun begitu, kekangan tersebut tidak terlalu
menjejaskan pembangunan sistem ini dan kekurangan masih boleh diperbaiki.
Kekangan yang didapati adalah seperti yang dinyatakan berikut:
i. Kualiti persembahan sistem bergantung kepada spesifikasi perkakasan yang
digunakan. Spesifikasi perkakasan yang baik dapat menjamin masa tindakbalas sistem
yang cepat. Ini adalah bagi memastikan kualiti system dapat dipertingkatkan.
ii. Kadar kelajuan sistem akan berkurangan sekiranya terlalu ramai pengguna melayari
sistem pada sesuatu masa
iii. Bagi melaksanakan proses penyelanggaraan dan pengemaskinian sebarang
maklumat, individu yang agak berkemahiran di dalam bidang komputer sekaligus bidang
pembelajaran diperlukan. Ini bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku pada
pangkalan data yang terlibat di dalam sistem ini.
57
6.5 Cadangan Pembaikan
Cadangan pembaikan yang telah dijangkakan boleh dilaksanakan seterusnya untuk
memperbaiki kelemahan sistem yang bakal terjadi adalah seperti berikut:
i. Penggunaan perkakasan dan perisian yang dapat menyokong pembinaan sistem ini
secara keseluruhan, iaitu perkakasan yang baik seterusnya menjamin masa tindakbalas
sistem dan perisian yang mempunyai keupayaan dari segi rangkaian internet dan
mempunyai antaramuka pengguna yang menarik.
ii. Dari segi keselamatan pula, sistem ini akan dilengkapi dengan arahan dimana
sebarang percubaan untuk memasuki ke dalam sistem yang gagal setelah melebihi tiga
kali, maka sistem ini akan merekodkan alamat MAC (‘MAC address’) komputer dan
nombor IP (‘IP address’) lokasi pengguna yang melakukan percubaan tersebut. Selain
itu, sistem turut akan dilengkap dengan rekod log yang merekodkan pengguna yang
memasuki ke dalam sistem, waktu, tempoh serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di
sepanjang masa pengguna berada di dalam sistem tersebut
iii. Bagi tujuan pengemaskinian pangkalan data yang terlibat, latihan secara ringkas
perlu diberikan kepada pegawai mentadbir pangkalan data tersebut. Ini adalah untuk
memastikan agar sistem ini dapat berjalan dengan lancar.
6.6 Kesimpulan
Sistem yang dibangunkan dapat membantu organisasi menjalankan operasi di internet di
dalam situasi yang selamat. Segala proses dapat dilakukan di mana-mana sahaja tanpa
mengira masa hanya dengan adanya capaian internet. Selain itu ia juga dapat membantu
dalam proses pengurusan maklumat pekerja dalam organisasi.
58
Secara keseluruhannya, kejayaan pembangunan sistem ini adalah bergantung kepada
sejauh mana pengumpulan pengetahuan yang dapat dijalankan dan distrukturkan dengan
sebaik-baiknya. Selain itu kualiti maklumat, servis dan kualiti sistem juga adalah elemen
penting yang memastikan sistem yang dibangunkan berkesan kepada organisasi dalam
menjalankan proses perniagaan mereka. Namun begitu elemen tambahan perlu dikaji
dengan lebih teliti agar ianya menjadi lebih berguna untuk menghasilkan satu sistem
pengurusan maklumat pekerja yang lebih berkesan.
59
RUJUKAN
Turban, E. McLean, E & Wetherbe, J. (2004). Information Technology for
Management. USA : John Wiley & Sons, Inc.
Deitel, H. M., Deitel, P. J., Nieto, T. (2001). e-Business and e-Commerce How to
Program New Jersey: Prentice Hall
Azman, A. (2010). Pembangunan Sistem Maklumat Pekerja. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor: Laporan Projek Sarjana.
OranggeHRM (2013). Sistem Pengurusan Sumber Manusia. Dicapai pada November 04,
2013 dari http://demo.orangehrmlive.com/
John, S. W. (2002). System Analysis And Design: Model Prototype. Dicapai pada
November 21, 2013 dari https://m.waterstones.com
60
LAMPIRAN A
61
LAMPIRAN B
62
LAMPIRAN C
63
64
65
66
67
68
69
70
LAMPIRAN D
MANUAL PENGGUNA (PEKERJA)
Log masuk pekerja
71
Halaman utama
Halaman profil pekerja
72
Halaman kemaskini profil pekerja
Halaman permohonan cuti
Paparan senarai cuti pekerja
Halaman tukar katalaluan
73
MANUAL PENGGUNA (PENTADBIR)
Log masuk pentadbir
Halaman utama pentadbir
74
Halaman daftar pekerja baru
Halaman senarai pekerja
75
Halaman kemaskini maklumat pekerjaan pekerja
Halaman senarai permohonan cuti
76
Halaman kemaskini status cuti pekerja
Halaman senarai rekod cuti pekerja yang telah diluluskan