laporan pengerusi projek

Upload: neophyte-nantha

Post on 10-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

An example of Project Manager's report.

TRANSCRIPT

LAPORAN PENGERUSI PROJEKPada 14 Julai 2015, Kolej Matrikulasi Pahang telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang bertema Louisa Bombastika di BT13 pada pukul 3:15 petang.

Selaku pengarah projek ini,sebelum majlis ini berlangsung saya telah melaksanakan tugas saya dengan melantik ahli jawatankuasa untuk mengadakan majlis sambutan ini. Malah, saya turut bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran ,kewangan, dan aktiviti yang akan dijalankan. Saya turut menjana idea untuk menambahbaikkan majlis ini contohnya mencadangkan supaya mengadakan persembahan. Selain itu, saya juga memantau persediaan dan membantu ahli jawatankuasa yang lain dalam menguruskan dan melaksanakan setiap tugasan.

Semasa majlis, saya telah memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan tugas dengan baik. Di samping itu, saya juga telah bertungkus-lumus dalam mangatur majlis ini dalam keadaan baik. Seterusnya, saya turut berusaha dalam menyempurnakan majlis ini.

Selepas majlis, saya telah memastikan semua ahli jawatankuasa membuat laporan tentang apa yang telah mereka lakukan sebelum majlis, semasa majlis, dan selepas majlis. Yang terakhir, saya bertanggungjawab menentukan hala tuju laporan majlis ini dengan memastikan setiausaha untuk membuat buku laporan untuk dihantar ke pihak atasan.

Disediakan oleh,.(NANTHA REVI CHANDER)Pengerusi ProjekMajlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Kolej Matrikulasi Pahang,Sesi 2015/2016

LAPORAN PERALATAN DAN PA SISTEM

Saya selaku jawatankuasa bagi peralatan dan PA sistem telah menjalankan tugas untuk mencari lagu-lagu untuk dimainkan pada persembahan dalam majlis tersebut serta mencari alunan bagi menyambut kedatangan tetamu kehormat. Dalam masa yang sama,, saya turut menyediakan peralatan dan PA sistem.

Semasa majlis, saya telah memastikan PA sistem berfungsi dengan baik tanpa sebarang gangguan bunyi. Malah, saya turut menyelia dan menentukan sistem pembesar suara befungsi dengan baik.

Selepas majlis, saya telah berusaha untuk mengemas peralatan dan PA sistem dengan baik.

Disediakan oleh,

..(NANTHA REVI CHANDER)Jawatankuasa Peralatan dan PA Sistem,Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Kolej Matrikulasi Pahang,Sesi 2015/2016