latihan fonasi

22
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2013 HBMS2103 PENGAJARAN MUZIK II MATRICULATION NO : 710501125888001 IDENTITY CARD NO : 710501-12-5888 TELEPHONE NO : 0198996605 LEARNING CENTRE : TAWAU BRANCH NAME : ROZY BINTI MOJIB TUTOR : MOHD ROZLAN BIN ISMAIL 1

Upload: farra-dzilla

Post on 27-Oct-2015

373 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2013

HBMS2103

PENGAJARAN MUZIK II

MATRICULATION NO : 710501125888001

IDENTITY CARD NO : 710501-12-5888

TELEPHONE NO : 0198996605

LEARNING CENTRE : TAWAU BRANCH

NAME : ROZY BINTI MOJIB

TUTOR : MOHD ROZLAN BIN ISMAIL

1

Page 2: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

ISI KANDUNGAN.

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN 3

1.0 TEKNIK NYANYIAN FONASI 4

2.0 NYANYIAN SOLFA 9

3.0 KAEDAH BARIS DEMI BARIS 11

4.0 IMPROVISASI DAN SOAL JAWAB 13

5.0 ANALISIS SKOR LAGU 14

6.0 RUJUKAN 16

2

Page 3: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

PENGENALAN

Nyanyian merupakan cara yang termudah untuk melahirkan dan meluahkan perasaan. Secara tidak

langsung, aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran. Sejak

zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi pengalaman

seseorang.Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak.

Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: kognitif (pengetahuan),

psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu

aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran

yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi

psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik.

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan

ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di

antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas.

Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi

konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan

melalui latihan yang konsisten.

3

Page 4: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

1.0 LATIHAN FONASI

Fonetik bermaksud pertuturan atau sebutan yang terhasil daripada bunyi. Hasil pertuturan akan

terjadinya bunyi yang dihasilkan daripada vokal kod yang terdapat di kawasan tekak. Bunyi yang

dihasilkan akan dibentuk oleh kawalan otot-otot mulut, lidah, lelangit, dan bibir yang akan keluar

menjadi sebutan tertentu. Peranan fonasi dalam nyanyian ataupun percakapan adalah bertujuan untuk

menghasilkan sebutan yang tepat. Teknik nyanyian fonasi adalah penting kepada kanak-kanak untuk

mengajar mereka teknik menyebut setiap perkataan dalam lirik dnegan sebutan yang betul. Kesemua

26 huruf abjad boleh digunakan dalam latihan fonasi ini.

1.1 Latihan fonasi ini boleh dilakukan dengan menyanyikan lagu dengan mengikut baris atau frasa.

Untuk memulakan latihan ini, guru haruslah memperdengarkan keseluruhan lagu dahulu kepada

murid-murid agar murid dapat menangkap melodi lagu. Seterusnya guru akan menyanyikan lagu ini

secara humming dan dikuti secara perlahan-lahan oleh murid. Ini akan membolehkan kanak-kanak

dapat menangkap not tinggi dan rendah yang terdapat dalam lagu ini. Kemudian guru menyanyikan

lagu dengan mengikut baris demi baris. Sebagai contoh dalam lagu Biarkan Bunga Berkembang.

Rajah 1 : Frasa lagu Biarkan Bunga Berkembang.

Melalui frasa ini kanak-kanak akan dapat menyanyikan dan menyebut perkataan dengan

menngunakan sebutan dan melodi yang betul. Kanak-kanak akan lebih mudah mempelajari sebuah

lagu secara perlahan-lahan ataupun secara sedikit demi sedikit berbanding terus menyanyikan lagu

sehingga habis.

Setelah kanak-kanak dapat menyebut dan menyanyikan lagu dengan baik menikut baris guru

pula akan menyanyikan lagu dengan tanpa alunan muzik. Di sini kanak-kanak akan dapat mendengar

dnegan lebih jelas perkataan yang disebut oleh guru. Kanak-kanak akan menyemak sebutan mereka

dan memperbetulkannya sendiri. Kemudian guru akan mendengar kanak-kanak menyanyi tanpa

iringan muzik untuk mendengar sebutan mereka.

Setelah memastikan sebutan kanak-kanak ini betul, guru boleh menyanyi bersama kanak-

kanak dengan iringan muzik.

4

Page 5: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

1.2 Sebutan Irama

Sebutan berirama merupakan pengajaran irama yang diajar menggunakan silibel yang telah

ditetapkan bagi setiap detik. Sebutan berirama ini dipelopori dan dipopularkan oleh Kodaly. Gambar

rajah di bawah merupakan istilah dan silibel yang digunakan oleh Kodaly untuk mengajar jenis detik

dan irama dalam muzik. Istilah yang digunakan adalah berdasarkan nilai not.

Gambar rajah 2 : Sebutan Irama Kodaly

Teknik sebutan irama ini dapat membantu kanak-kanak di sekolah untuk menyebut senikata

lagu dengan mudah kerana kanak-kanak dapat mengetahui nilai not yang terdapat dalam senikata lagu

yang akan dinyanyikan. Kanak-kanak juga akan dapat menyanyikan lagu dengan iringan muzik

selaras dengan senikata lagu dengan betul. Sebagai contoh dalam lagu Bunga Berkembang, kanak-

kanak akan dapat mempelajari senikata lagu dengan mudah dengan cara sebutan Irama Kadoly. Skor

di bawah merupakan skor lagu untuk lagu Bunga Berkembang yang diubah mengikut sebutan Kodaly.

ta ta ta ti-ti ta ta too__ ta ta ta ti-ti tay___o

Skor 1

5

Page 6: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

1.3 Solfa.

Teknik nyanyian solfa merupakan teknik nyanyian yang mingukut suku kata tertentu dengan pic

tertentu. Tangga menaik solfa dengan 1 oktaf adalah seperti berikut Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do’.

Gambar Rajah 2 : Solfa Menaik

Gambar Rajah 3 : Solfa Menurun.

6

Page 7: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

Teknik nyanyian solfa ini lebih mudah dipelajari oleh kanak-kanak. Hal ini disebabkan

kanak-kanak lebih mudah untuk mengikuti not-not yang di letakkan dengan suku kata yang mudah.

Kaedah ini juga mengajar kanak-kanak tentang tinggi rendah sesuatu not yang telah diletakkan

dengan simbol suku kata yang telah diselaraskan dengan not sebenar dalam sesebuah skor lagu.

Dalam kaedah ini sistem yang digunakan adalah Do tetap di mana Do bawah berada pada not C.

Contohnya:

Do Re Mi Fa So La Ti Do’

Berdasarkan skor lagu di atas Do rendah dimulakan dengan not C dan berakhir dengan Do’ pada not

C atas. Not Do dalam teknik nyanyian solfa ini tetap dan setiap not C bawah yang terdapat dalam

skor lagu adalah Do rendah.

so la ti so re do mi mi fa so la fa mi re

Skor 2 : Teknik Solfa dalam Lagu Bunga Berkembang

Kanak-kanak di ajar untuk menyanyikan lagu dengan mengikut kaedah solfa. Di sini kanak-

kanak akan dapat mempelajari melodi dengan suku kata yang mudah.

7

Page 8: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

1.4 Huming Melodi.

Huming melodi merupakan kaedah nyanyian yang sering digunakan oleh guru di sekolah

untuk mengajar kanak-kanak sebuah lagu. Latihan ini bertujuan untuk memperbetulkan sebutan

kanak-kanak semasa menyanyi. Semasa huming melodi, lirik lagu tidak disebut dengan

menggunakan suku kata sebenar di dalam lagu. Huming adalah satu aktiviti yang di lakukan

untuk menghayati melodi dan disesuaikan dengan lirik. Kanak-kanak akan tahu cara untuk

menyanyikan lagu dengan betul setelah menghuming melodi lagu beberapa kali. Huming

merupakan latihan yang baik untuk memastikan sebutan kanak-kanak semasa menyanyi adalah

betul.

Kaedah humming ini bertujuan untuk membiasakan melodi muzik dengan kanak-kanak agar

mereka dapat mempelajari lagu dan senikata lagu dapat disebut dengan betul. Humming

merupakan satu teknik pemanasan badan sebelum memulakan aktiviti nyanyian. Aktiviti

pemanasan badan sangat penting kepada kanak-kanak agar suara mereka tidak pecah dan dapat

mengeluarkan suara yang merdu. Bagi kanak-kanak yang tidak melakukan aktiviti pemanasan

sebelum menyanyi, kanak-kanak tidak akan dapat menyanyi dengan pic dan melodi yang betul

kerana tidak mempunyai latihan pernafasan yang mencukupi.

1.5 Kaedah Hafalan.

Pada peingkat awal kanak-kanak, ingatan mereka masih segar dan kuat. Kanak-kanak gemar

untuk menghafal sebuah lagu yang mereka minati. Oleh itu, teknik hafalan juga boleh digunakan

untuk memperbetulkan sebutan mereka semasa menynyanyi. Guru haruslah memperdengarkan

lagu Bunga Berkembang ini kepada kanak-kanak dengan berulang kali bagi memudahkan proses

penghafalan lirik lagu dan melodi. Kanak-kanak yang selalu mendengar lagu ini akan mula

menyanyi tanpa melihat lirik dan akan menghafal cara penyanyi menyebut dan menyanyikan lagu

ini. Walaupun teknik ini mengambil masa tetapi kanak-kanak akan mengingati lagu ini apabila

mereka sudah menghafalnya.

8

Page 9: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

2.0 NYANYIAN SOLFA

Gambar Rajah 4 : isyarat Tangan Curwen

Gamabar rajah 4 menunjukkan isyarat tangan Curwen yang dapat membantu murid-murid

memahami kedudukan tangan mengikut kedudukan pic not yang terdapat dalam skor lagu. Hal ini

menyebabkan murid lebih memahami kedudukan pic lagu yang sebenar semasa menyanyikan lagu.

Merujuk gambar rajah di atas kedudukan tangan semasa melakukan isyarat Curwen adalah mengikut

ketinggian pic dalam not lagu. Sebagai contoh, bagi not Do rendah isyarat tangan adalah di bahagian

paling bawah dan Do tinggi terletak di bahagian paling atas. Murid dapat mengaplikasikan gerak

tangan dengan ketinggian pic yang akan dikeluarkan semasa menyanyikan lagu mengikut not-not

yang terdapat dalam skor lagu.

Selain itu, bentuk isyarat tangan yang dibuat bagi setiap tangga nada ataupun not yang di lakukan

semasa menggunakan kaedah nyanyian solfa dapat membantu murid-murid memahami dengan lebih

jelas dan dapat membezakan kedudukan pic lagu semasa menyanyi. Contohnya

9

Page 10: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

Teknik nyanyian solfa juga boleh diajar dengan teknik peniruan. Teknik ini amat mudah bagi

kanak-kanak untuk mempelajari sesebuah lagu. Pertama sekali guru haruslah melakukan teknik solfa

di hadapan murid-murid. Kemudian menjelaskan kepada murid-murid mengenai teknik nyanyian

solfa yang boleh dikaitkan dalam nyanyian. Sebagai contoh guru melakukan isyarat tangan Curwen

Do rendah, dan kanak-kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh guru. Kanak-kanak akan mengikut

dan mengingati isyarat tangan yang dilakukan oleh guru semasa berada di dalam kelas dan dapat

diaplikasikan dengan not yang ada di dalam skor lagu. Dengan teknik peniruan kanak-kanak dapat

melakukan sesuatu dengan mudah kerana kanak-kanak dapat melihat secara langsung dengan jelas

apa yang dilakukan oleg guru semasa di dalam kelas.

Seterusnya, nyanyian solfa dapat diaplikasikan dalam nyanyian dengan menggunakan irigan

kibod. Guru akan menyanyikan not lagu dengan nyanyian solfa dan didengari oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak akan mempelajari kaedah solfa dengan iringan muzik kibod dan dikaitkan dengan

kaedah solfa. Setelah kanak-kanak dapat memahami dan mengikuti guru menyanyikan lagu dengan

kaedah solfa dengan diitingi oleh muzik, guru akan memainkan kibod manakala kanak-kanak akan

menyanyikan not-not lagu yang terdapat dalam skor lagu dengan menggunakan kaedah solfa. Dengan

menggunakan kaedah ini, isyarat tangan juga boleh digunakan bagi memberi kefahaman yang lebih

jelas kepada kanak-kanak untuk menyebut senikata dengan not-not yang ada di dalam skor dengan

tepat dan betul.

Menggunakan nyanyian solfa dalam carta lagu juga membantu kanak-kanak untuk lebih

memahami kedudukan pic lagu Bunga Berkembang. Kanak-kanak akan menukarkan not-not yang

terdapat dalam carta lagu kepada nyanyian solfa mengikut tangga not yang telah ditetapkan. Kanak-

kanak yang mahir dengan nyanyian solfa akan lebih mudah untuk menyanyikan lagu dengan sebutan

dan pic yang betul.

10

Page 11: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

3.0 KAEDAH BARIS DEMI BARIS

Cara untuk memperkenalkan lagu Bunga Berkembang kepada kanak-kanak dengan kaedah

baris demi baris bermula dengan menunjukkan gambar bunga. Ini bertujuan untuk memberi maklumat

awal kepada kanak-kanak bahawa lagu yang akan dipelajari berkaitan dengan bunga. Kanak-kanak

akan lebih teruja untuk mempelajari sesebuah lagu apabila mereka tidak diberitahu tentang tajuk lagu

yang akan dipelajari. Sifat ingin tahu kanak-kanak akan lebih memudahkan proses mengajar kanak-

kanak lagu Bunga Berkembang.

Setelah itu, beri arahan kepada kanak-kanak untuk mencium bunga untuk latihan pernafasan

sebelum memulakan aktiviti nyanyian. Latihan pernafasan dengan cara mencium bunga adalah cara

yang lain dari yang lain di mana kanak-kanak akan melatih cara pernafasan mereka secara tidak

langsung. Kanak-kanak akan berasa seronok untuk mempelajari sesuatu perkara apabila didedahkan

dengan sesuatu yang baru.

Kemudian barulah guru memperkenalkan lagu kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang fasih

bertutur dalam bahasa Melayu akan cepat menangkap lirik dan mudah untuk diajar menyanyikan lagu

ini. Tetapi bagi kanak-kanak yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu agak sukar bagi mereka

untuk mempelajari dan menyanyikan lagu ini dengan betul. Oleh itu, banyak latihan yang diperlukan

untuk melancarkan lagi proses nyanyian dan pembelajaran terhadap lagu Bunga Berkembang ini

kepada kanak-kanak.

Selepas memperdengarkan lagu, kanak-kanak haruslah ditunjukkan ataupun diberikan lirik

lagu untuk mereka menyemak semula perkataan yang mereka dapat daripada lagu. Di sini kanak-

kanak akan belajar untuk membunyikan perkataan yang terdapat dalam lirik lagu. Kanak-kanak yang

bijak dan cept belajar akan dapat menyebut sesuatu perkataan dengan mudah dan lancar. Namun tidak

semua kanak-kanak cepat untuk mempelajari sesuatu. Gurulah yang harus memainkan peranan untuk

manarik minat kanak-kanak untuk mempelajari lagu yang ingin di ajar.

Guru juga haruslah mengajar kanak-kanak membaca lirik mengikut irama agar mereka

mendapat pengetahuan mengenai keselarasan irama dan lirik. Ada sesetengah kanak-kanak yang reti

membaca lirik namun tidak dapat menyelaraskan dengan irama muzik, hal ini akan menyebabkan lagu

tersebut menjadi sumbang. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada hal ini berlaku guru haruslah

memberikan latihan yang banyak kepada kanak-kanak.

Seterusnya guru boleh mengajar kanak-kanak menyanyi dengan teknik nyanyian solfa dengan

mengikut frasa. Kaedah ini akan memupuk semangat kanak-kanak utuk mempelajari sesuatu lagu

kerana mereka dapat mengetahui tinggi rendah pic sesuatu suku kata ataupun perkataan yang terdapat

11

Page 12: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

di dalam senikata lagu Bunga Berkembang. Dengan mempelbagaikan cara latihan, kanak-kanak akan

berasa seronok dan teruja untuk mempelajari sesuatu perkara.

Guru juga haruslah menunjukkan kaedah solfa dengan isyarat tangan. Pada permulaan guru

akan menunjukkan cara ataupun contoh kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengikuti apa yang

dilakukan oleh guru di hadapan mereka. Semasa menunjukkan kaedah ini kepada kanak-kanak, guru

haruslah memastikan semua kanak-kanak dapat melihat isyarat yang dilakukan oleh guru. Hal ini

bertujuan untuk mengelakkan daripada ada kanak-kanak yang tercicir dan menyebabkan mereka

berasa tersisih dan enggan untuk mempelajari lagu. Dengan menggunakan isyarat tangan ini kanak-

kanak tidak akan berasa bosan kerana anggota badan mereka akan bergerak dan mereka dapat

mengaplikasikan pergerakan tangan dan tinggi rendah pic lagu.

Setelah mengetahui pic yang terdapat dalam skor lagu, guru dan murid akan menyanyikan

irama dengan kaedah huming mengikut frasa berpic. Di sini kanak-kanak akan mengetahui muzik

sebenar lagu yang akan mereka pelajari. Kanak-kanak yang sudah dapat menangkap melodi lagu yang

sebenar akan berasa seronok namun tidak semua akan dapat perkara yang sama. Untuk mengelakkan

daripada ada kanak-kanak yang tersisih guru haruslah peka terhadap murid yang berada di

hadapannya.

Apabila kesemua kanak-kanak dapat menyanyikan irama lagu, maka guru boleh meneruskan

aktiviti dengan menanyikan lagu berserta lirik dengan mengikut rangkap. Sebelum kanak-kanak mula

menyanyi, guru haruslah menyanyi dan memperdengarkan serangkap lagu kemudian diikuti oleh

kanak-kanak. Apabila kanak-kanak diajar secara sikit demi sedikit, kanak-kanak akan mudah

mengingati dan kekal dalam akal fikiran mereka.

Setelah semua kanak-kanak berjaya menyanyi rangkap demi rangkap guru dan kanak-kanak

akan dapat menyanyikan lagu dengan iringan muzik dengan baik sekali. Sekiranya terdapat kanak-

kanak yang tidak dapat menyanyi dengan baik, guru haruslah memperbetulkan cara nyanyian ataupun

sebutan mereka. Tidak semua kanak-kanak mempunyai suara yang lunak namun sekiranya mereka

diberikan ilmu pengetahuan yang cukup mengenai muzik dan cara menyanyi, mereka akan dapat

menyanyikan suatu lagu dengan baik sekali. Guru yang baik akan dapat memupuk minat pelajar untuk

mempelajari subjek yang diajarnya tidak kira subjek apa sekalipun dia dapat menarik perhatian

seluruh murid di dalam kelas.

12

Page 13: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

4.0 IMPROVISASI DAN SOAL JAWAB.

Meter bagi lagu Bunga Berkembang adalah . Maka detik bagi lagu tersebut adalah 4.

Guru boleh mengajar kanak-kanak untuk mengetahu apa yang dimaksudkan dengan detik dengan cara

menepuk tangan. Kanak-kanak boleh menepuk tangan berdasarkan not yang terdapat dalam lagu.

Sebgaia contoh dalam lagu bunga berkembang dalam bar yang pertama terdapat 3 kuaver dan 2

krocet.

Guru akan menunjukkan contoh terlebih dahulu kepada murid sebelum memberikan

improvisasi ataupun pengubahsuaian dalam not lagu untuk menguji tahap kefahaman kanak-kanak

terhadap irama dan melodi. Sebagai contoh apabila kanak-kanak telah memahami konsep sebenar

irama dan melodi, kanak-kanak boleh diuji dengan cara guru membuat perubahan terhadap skor lagu

seperti dalam skor lagu Bunga Berkembang dalam bar ke 3 guru akan memperdengarkan murid

dengan cara tepukan dan murid akan membalas . Jika

murid dapat membalas dengan baik bermaksud murid telah berjaya menguasai konsep irama dan

melodi.

Dalam aktiviti improvisasi, kanak-kanak akan bertindak balas dengan apa yang dilakukan

oleh guru. Sebagai contoh guru memberikan satu frasa, murid akan menjawab frasa tersebut dengan

kemahiran sendiri ataupun dengan kepakaran sendiri. Sebagai contoh:

Frasa yang diberikan oleh guru

Frasa yang dijawab oleh murid

Kanak-kanak akan lebih cepat belajar jika diberikan penjelasan yang lebih jelas dan guru

haruslah menitikberatkan pemahaman kanak-kanak terhadap sesuatu perkara yang di ajar. Untuk

mempercepatkan pemahaman murid terhadap sesuatu perkara, guru haruslah mengulang latihan ini

dan sering bersoal jawab dengan pelajar.

13

44

Page 14: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

5.0 SKOR LAGU

Tekstur.

Tekstur merupakan lapisan bunyi yang terdapat dalam sesebuah lagu. Berdasarkan skor lagu Bunga

Berkembang, tidak terdapat lapisan bunyi. Oleh itu, tekstur bagi lagu Bunga Berkembang adalah

monofoni di mana dalam muzik hanya terdapat satu baris melodi sahaja. Jika dilihat di dalam skor

tidak ada penambahan ataupun lapisan bunyi yang dapat dilihat dengan jelas dan terang. Dalam

tekstur ini, terdapat satu bunyi sahaja yang didengar apabila lagu ini dinyanyikan. Lagu ini jika dilihat

dengan jelas merupakan lagu solo yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi sahaja kerana tidak

terdapat gabungan alat muzik lain yang mengharmonikan skor lagu ini.

Bentuk.

Lagu Bunga Berkembang ini adalah dalam nada G major. Nada G major dapat dilihat dengan

jelas apabila terdapat satu not sharp ataupun mempunyai tanda # di dalam skor lagu. Selain itu, untuk

mengenal pasti nada yang digunakan dalam lagu ini dapat dilihat daripada not yang mula-mula

digunakan dan not yang terakhir di dalam skor lagu. Jika di lihat di dalam skor, not yang pertama

digunakan merupakan not g, manakala not yang terakhir juga adalah not g. Seterusnya meter di dalam

lagu ini adalah . . Meter lagu merupakan kiraan masa dalam muzik. Not yang terbesar di dalam

lagu ini adalah not semibrif yang dapat dilihat pada bar 4 dan bar yang terakhir. Kemudian not yang

terkecil di dalam skor lagu ini adalah not kuaver yang paling banyak digunakan dalam skor ini. Not

yang tertinggi pula adalah not C atas yang terdapat pada bar ke 7 dan not rendah yang digunaka dalam

lagu ini adalah not c bawah yang terdapat dalam bar ke 2.

Bentuk skor lagu ini adalah AB. Bahagian A adalah pada bahagian bar 1-8 manakala

bahagian B adalah dari bar 9-16.

14

44

Page 15: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

Harmoni.

Guru boleh memilih untuk menerangkan konsep muzik harmoni ini dengan memberikan

contoh seperti persembahan sebuah kumpulan koir. Kebiasaannya pasukan koir akan menghasilkan

beberapa renj suara yang berbeza. Ada sebahagiannya yang memainkan peranan sebagai penyanyi

alto, tenor dan soprano. Alto akan menyanyikan lagu mengikut melodi asal manakala soprano pula

akan menyanyikan lagu dengan melodi yang telah diubah suai pic yang tertentu dalam skor lagu. Jadi

semasa persembahan ataupun latihan di dalam bilik darjah, nyanyian harmoni akan wujud berikutan

setiap individu menyanyikan mengikut renj suara yang berbeza.

Di dalam kelas guru boleh melaksanakan amali bagi memperkukuhkan teori yang telah diajar.

Sebagai contoh dalam lagu Bunga Berkembang lagu ini boleh dinyanyikan oleh murid dengan

mengikut pusingan lagu. Murid akan memulakan nyanyian secara bergilir-gilir. Caranya adalah

membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan. Seterusnya guru akan menentukan

kumpulan mana yang akan memulakan nyayian terlebih dahulu. Kumpulan lain akan memulakan

nyanyian selepas kumpulan sebelumnya menyanyikan bar pertama bagi lagu Bunga Berkembang.

Maka terhasillah harmoni dalam lagu ini dan murid akan memahami dengan jelas apa yang

dimaksudkan dengan harmoni dalam lagu. Di akhir nyanyian ini, murid akan menghabiskan lagu

secara berperingkat. Murid dapat melihat dengan jelas keharmonian lagu yang dilakukan secara

langsung oleh mereka.

JUMLAH PATAH PERKATAAN : 2755 PATAH PERKATAAN.

15

Page 16: Latihan Fonasi

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2013

RUJUKAN.

Campbell, P. S. & Kassner, C. S. (1995). Music in Childhood. New York: Prentice

Hall.

Choksky, L. (1986). Teaching Music in the Twentieth Century. New Jersey:

Prentice Hall.

Chosky, L., Abramson, R. M., Gillespie, A. E., Woods, D & York, F. (2001).

Teaching Music in the Twenty-First Century. New Jersey: Prentice Hall

Glosari Seni Muzik. (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan

Muzik Menengah Rendah (Semakan). Kuala Lumpur : PPK.

Kennedy, M. (1990). The Concise Oxford Dictionary of Music. Oxford University

Press.

Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit

Muzikal.

Saliba K.K (1991). Accent on Orff an introductory approach. New Jersey:

Englewood Cliffs.Taylor. E. (1989). The AB guide to music theory,Part 1.

Great Britain: Associated Board.

http://sohailahakim.blogspot.com/2011/12/pelbagai-kaedah-mengajar-lagu.html

dilayari pada 02.07.2013

http://suhaily1975.blogspot.com/2011/12/konsep-muzik.html

dilayari pada 02.07.2013

http://suhaily1975.blogspot.com/2011/12/konsep-muzik.html

dilayari pada 09.07.2013

16