legasi integriti khazanah alam - aduan.kptm.edu.my

16
MARCH 2017 ISSUE NO. 3 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY CURRENT AWARENESS SERVICE LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM (LEIKA) Berita penuh di muka surat 4 CAS March 2017.indd 1 6/4/17 5:38 PM

Upload: others

Post on 05-Feb-2022

14 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

MARCH 2017Issue No. 3 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

CURRENT AWARENESS SERVICE

LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM (LEIKA)

Berita penuh di muka surat 4

CAS March 2017.indd 1 6/4/17 5:38 PM

Page 2: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

2

Editorial / Editorial

03 Angkara Manusia, Alam Merana

NEws / BErita

04 Legasi Integriti Khazanah Alam (Leika)

Teater Sekangkang Kera Bawa Mesej Integriti

06 iNtEgriti Umum Persaraan Dua Ahli Lembaga Pengarah

08 Integrity Executive Talk at Perodua

09 Bicara Ilmu Melestarikan Integriti TN50 Berasaskan Pemahaman Nilai Pelbagai Perayaan Agama di Malaysia

CoNtENts / KaNdUNGaN

05 07 10 1506

FEaturEs / rENcaNa

11 Melestarikan Alam Sekitar Untuk Diwarisi

12 Here’s How to Fight Graft

13 Kecurangan Hakis Integriti Akademik

NEw Books iN our liBrary / BUKU BaharU di PUsat ilmU iNtEGriti

14 Political Branding Strategies: Campaigning and Governing in Australian Politics

Education Matters: Global Schooling Gains from the 19th to the 21St Century

gallEry / GalEri

15 Berita Bergambar Tentang Aktiviti-Aktiviti Lain di iNtEgriti

Editorial tEaM / sidaNG PENGaraNG

Published monthly byiNstitut iNtEgriti MalaysiaMenara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

advisor

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff

Editor

Zubayry Abady Sofian

assistant Editor

Aimi Farhana Mohd Amin Norsheeda Din

staff writers

Aimi Farhana Mohd Amin Norsheeda Din

Photographer

Rosalizawati Arshad Izal Arif Zahrudin

Cover

Izal Arif Zahrudin

Contributors

Fison Hamdi AhmadLoganathan Veerasamy

CAS March 2017.indd 2 6/4/17 5:38 PM

Page 3: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

3

ANGKARA MANUSIA, ALAM MERANA

kerana kasih ku hulur tanda,tersarung indah di jari kenanga,

kerana harta jiwa ternoda,angkara manusia alam merana.

Pantun ini membuat kita terfikir sejenak. Banyak persoalan integriti yang menyentuh alam

sekitar berlumba-lumba muncul di kepala. Adakah kerana harta kita sanggup menggadaikan alam sekitar? Adakah kerana duit, kita sanggup melihat dunia ini merana? Begitu tamak kah sifat manusia sehingga sanggup mencabul hutan dara hanya kerana mengejar harta. Di manakah integriti kita?

Alam ini adalah amanah yang Allah berikan kepada kita untuk kita jaga dengan baik dan sempurna. Malah Rasulullah SAW juga telah berpesan pada kita dalam hadis riwayat Muslim, “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.”

Al-Quran dan sunah telah memberikan satu penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar. Ia sama sekali melarang sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam ini dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama di samping memeliharanya. Sesungguhnya usaha murni ini amat disanjung mulia di sisi agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Allah SWT.

Editorial / Editorial

Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup. Ia mestilah selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran yang dikecapi.

Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan berkurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan semua makhluk akan terancam.

Atas kesedaran tentang peri pentingnya alam sekitar kepada kelangsungan hidup manusia, INTEGRITI telah mengambil beberapa langkah kecil dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat. Dalam penstrukturan baharu INTEGRITI, telah diwujudkan satu portfolio khas yang berperanan memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) telah dimulakan di beberapa lokasi riadah dan rekreasi strategik yang telah dikenal pasti. Antara objektif utama program LeIKA ialah untuk meningkatkan penghayatan masyarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar dan meningkatkan penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan alam

Kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya

boleh dilaksanakan dan dijayakan oleh pelbagai pihak sama ada agensi awam, swasta mahupun masyarakat sivil. Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar.

Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitarkan semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Satu persoalan pokok yang boleh kita sama-sama fikirkan ialah, Siapa lagi yang akan menjaga alam sekitar kalau bukan diri kita sendiri?.

Sekian,

Integriti di Hati

Zubayry abady bin sofian

CAS March 2017.indd 3 6/4/17 5:38 PM

Page 4: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

4

LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM (LEIKA)

NEws / BErita

Menjalankan aktiviti rekreasi luar sudah menjadi trend masyarakat terutamanya

golongan muda pada masa kini. Aktiviti ini menjadi semakin popular setelah banyak dipaparkan dalam media sosial. Penggiat rekreasi atau kumpulan secara tak rasmi tumbuh bagai cendawan apabila aktiviti ini dilaporkan secara bergambar dalam media sosial.

Namun begitu, peningkatan jumlah penggemar aktiviti ini tidak mengurangkan kes kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Malah lebih membimbangkan lagi, ada dalam kalangan mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan

Oleh Zubayry Abady Sofian

Oleh Fison Hamdi Ahmad

penjagaan alam sekitar. Kita sepatutnya bukan hanya beriadah malahan turut menjalankan amanah Allah untuk memelihara alam sekitar. Usaha ini perlu melibatkan semua pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, masyarakat sivil mahupun orang perseorangan.

Mengambil pendekatan, bermula kecil, bermula betul, INTEGRITI melalui Program Sukan & Rekreasi telah membangunkan program Legasi Integriti Khazanah Alam (LeIKA) yang bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kebersihan kerana ia menentukan keseimbangan kehidupan kita.

TEATER SEKANGKANG KERA BAWA MESEJ INTEGRITI

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasama Persatuan Penulis Putrajaya (PEWIRA) memberikan sentuhan

berbeza apabila membawa masyarakat melihat integriti dari pentas teater berjudul “Sekangkang Kera” .

Mengekalkan konsep yang sama, Integrity Art Night kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur agar

(L-R) Nik Hasyudeen Yusoff, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob, Dr. Anis Yusal Yusoff, YB Datuk Paul Low Seng Kuan, Datuk Dr. Mohd Tap Salleh and Datuk Khairil Anuar Abdullah

Pada 9-12 Mac yang lalu telah diadakan program LeIKA di Taman Negeri Gunung Stong, Dabong Kelantan yang melibatkan seramai 9 orang warga kerja INTEGRITI dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Antara aktiviti utama Program LeIKA kali ini ialah sesi taklimat penghayatan alam sekitar dan meletakkan papan tanda mesej integriti “Nasib Alam Bergantung pada Perilaku Kita, Amalkan Integriti”. Mesej kecil ini diharapkan akan meninggalkan impak besar kepada para penggemar aktiviti rekreasi dan seterusnya membantu usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar demi generasi akan datang.

Sdr. Subroto Katimin, Pengarah dan Penulis Skrip Sekangkang Kera

CAS March 2017.indd 4 6/4/17 5:38 PM

Page 5: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

5

NEws / BErita

masyarakat dapat menonton dan membuat penilaian terhadap naskhah yang dipaparkan.

Teater “Sekangkang Kera” yang di pentaskan merupakan sebuah teater komedi satira karya dan arahan Subroto Katimin menghidangkan kepada para penonton paparan kehidupan sebenar masyarakat yang sering berbalah mengenai hak. Sekangkang Kera merujuk kepada sebidang tanah yang menjadi perebutan antara dua pihak. Sepanjang pementasan tersebut,

banyak mesej-mesej integriti yang dilontarkan dan seterusnya menghasilkan dimensi pemikiran yang kritis kepada para penonton untuk melakukan penilaian.

Selain itu, tetamu yang hadir juga bukan sahaja dihidangkan dengan pementasan teater , tetapi turut berpeluang menyertai sesi diskusi ringkas bersama YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahman Shaari yang merupakan pensyarah di Akademi Seni dan Warisan (ASWARA). Beliau juga bertindak sebagai salah seorang pelakon utama dalam pementasan tersebut. Dalam sesi diskusi yang bertajuk “ Teater Refleksi Integriti” tersebut, banyak elemen-elemen nilai dan integriti telah dikupas oleh beliau. Di samping itu, sesi tersebut turut membincangkan peranan teater dalam mendidik dan menyebarluaskan mesej integriti kepada masyarakat.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, selain mempromosikan integriti secara konvensional, adalah penting bagi INTEGRITI untuk sesekali memancing tumpuan masyarakat dengan memberikan sedikit kelainan dalam pendekatan yang digunakan. Ini kerana teater bukan sahaja medium yang rapat dengan masyarakat, tetapi juga mampu memberikan impak yang luar biasa.

Justeru, penganjuran program ini yang dihadiri oleh lebih 200 orang tetamu daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat dilihat sebagai langkah terbaik INTEGRITI untuk menjalinkan kerjasama berpanjangan dengan para aktivis seni tanah air khususnya penggiat dan aktivis teater bagi menyebarluaskan mesej integriti melalui seni, budaya dan warisan.

Sdr. Mubarak Majid anatara pengiat seni yang hadir dan turut menyumbang pandangan dan cadangan

Antara aksi mantap pelakon-pelakon yang menjayakan Teater Sekangkang Kera

CAS March 2017.indd 5 6/4/17 5:38 PM

Page 6: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

6

INTEGRITI UMUM PERSARAAN DUA AHLI LEMBAGA PENGARAHOleh Norsheeda Din

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali pertama bagi tahun 2017 telah diadakan di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) pada 7 Mac

2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara yang merangkap Pengerusi INTEGRITI. Dalam mesyuarat ini telah diumumkan persaraan dua Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI iaitu Tan Sri Ambrin Buang, mantan Ketua Audit Negara yang telah pun menamatkan perkhidmatan pada 22 Februari 2017 yang lalu dan Dr. Chandra Muzaffar yang akan mengundurkan diri pada 8 Mac 2017.

Tan Sri Haji Ambrin Buang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI sejak 22 Mac 2006. Sepanjang lapan tahun tempoh perkhidmatan, beliau telah memberikan sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi. Beliau juga turut aktif di dalam forum, diskusi ilmu dan perbincangan khususnya melibatkan pengurusan dana awam serta memberikan cadangan dan lontaran idea yang pragmatik.

Dr. Chandra Muzaffar pula akan mengundurkan diri sebagai Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI mulai 8 Mac 2017. Sepanjang perkhidmatan beliau sejak 1 Julai 2004, iaitu selama hampir tiga belas tahun (13) juga antara Ahli Lembaga Pengarah yang aktif dalam perbincangan, forum, dan seminar yang telah memberikan impak besar dalam pelaksanaan program-program INTEGRITI terutamanya program melibatkan masyarakat sivil dan portfolio agama.

Tan Sri Ambrin dalam ucapan ringkas beliau turut menyatakan komitmen beliau untuk terus bersama-sama INTEGRITI terutamanya daripada aspek sumbangan idea dan pandangan dalam usaha memantapkan integriti negara. Perkara ini turut disuarakan oleh Dr. Chandra Muzaffar yang mempunyai harapan yang tinggi terhadap setiap usaha yang dilakukan oleh INTEGRITI dalam mendidik masyarakat dan membudayakan integriti dalam diri setiap masyarakat Malaysia.

NEws / BErita

YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyampaikan ucapan penghargaan sempena persaraan dua Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI

Cendermata kenangan dari INTEGRITI kepada YBhg. Tan Sri Ambrin Buang

CAS March 2017.indd 6 6/4/17 5:38 PM

Page 7: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

7

Majlis Sekalung Budi yang diadakan oleh warga INTEGRITI turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI iaitu Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Datuk Dzulkifli Ahmad, Tan Sri Dato’ Seri Ranjit Ajit Singh, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Bin Ahmad Bajunid.

NEws / BErita

Antara kata-kata terakhir Dr. Chandra Muzaffar sebagai Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI

Kenangan bersama Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja INTEGRITI

Cenderamata Kenangan dari INTEGRITI kapada Dr. Chandra Muzaffar

CAS March 2017.indd 7 6/4/17 5:38 PM

Page 8: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

8

INTEGRITY EXECUTIVE TALK AT PERODUABy Aimi Amin

The Integrity Executive Talk was held at the Perodua Corporate Building Auditorium on the 13th of

March 2017. Initiated by INTEGRITI with cooperation from Perodua, the event saw Datuk Dr Anis Yusal Yusoff, President and Chief Executive Officer of INTEGRITI presented his take on “The Importance of Integrity”.

This programme was made to raise awareness on the importance of integrity and to provide a platform to further discuss issues related to integrity particularly from the top down. Perodua has implemented many proactive measures to institutionalise the culture of integrity and has also implemented various policies such as the No Gift Policy, aimed at eliminating corruption among staff and clients.

The event was attended by almost 150 audience comprising of executive directors and directors, senior general managers and chief officers, general managers, deputy general managers, divisional executive coordinator , head of departments, including Perodua top guns, YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin,

NEws / BErita

Chairman of Perodua, YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, President and CEO of POSB, Mr Takahashi Masanori, President of PCSB, YBhg Datuk Zainal Abidin Ahmad, Vice President of PCSB, YBhg Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, President of PGMSB and YBhg Dato’ Dr Zahari Husin, Managing Director of PSSB.

The Perodua Integrity Pledge was also signed during the event, witnessed by Tan Sri Asmat and Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

the PErodua integrity Pledge

I hereby pledge to do right at all times towards our stakeholders and my fellow Peroduans

I will strive to conduct myself ethically with virtue.

I will uphold moral values and Perodua’s core values as part of my working life.

I will adhere to the highest standard of integrity and accountability in all my actions and business relationships.

I will take decisions and actions with conscious, compassion and uncompromising integrity.

In translating the pledge into action, Perodua will be conducting a series of programs in collaboration with both internal and external parties to create awareness among its stakeholders on the roles each can play to prevent acts of corruption.

Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff delivering his presentation

YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin and Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh with the signed Perodua Integrity Pledge

Part of the audience during the Perodua Integrity Executive Talk

CAS March 2017.indd 8 6/4/17 5:38 PM

Page 9: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

9

NEws / BErita

BICARA ILMU MELESTARIKAN INTEGRITI TN50 BERASASKAN PEMAHAMAN NILAI PELBAGAI PERAYAAN AGAMA DI MALAYSIAOleh Loganathan Veerasamy

Di peringkat awal suasana di Auditorium INTEGRITI seakan-akan ‘skeptikal’. Wajah hadirin

yang berlainan agama memperlihatkan sesuatu – apa yang akan diperkatakan dan apa yang harus disampaikan. Kemungkinan ada yang berfikir bagaimana dengan berhujah mengambil kira topik Majlis Bicara Ilmu pada 2 Mac lalu berkait rapat dengan agama dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Sementara masa berjalan dengan pantas, sesi lebih dua jam, yang bertajuk “Melestarikan Integriti TN50 Berasaskan Pemahaman Nilai Pelbagai Perayaan Agama Di Malaysia” berakhir dengan satu perbincangan yang membina dan konstruktif.

Hadirin pulang dengan salam persahabatan yang dilihat amat penting untuk membawa negara ke hadapan, bagi sama-sama memperkayakan input TN50.

Bicara Ilmu yang julung kali dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) ini, khususnya sejak perancangan TN50

diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai kaum dan agama. Ini terbukti dengan kehadiran wakil pelbagai kaum, selain ada permintaan agar program ini diperluaskan, khususnya membabitkan kehadiran penuntut institut pengajian tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff dalam ucapan perasmian telah menekankan bahawa setiap agama mengutamakan nilai-nilai yang baik dan murni – aspek yang harus dibawa bersama untuk melahirkan budaya berintegriti tinggi.

“Belum lagi terjumpa dalam mana-mana kitab suci agama yang meminta penganutnya melakukan kejahatan,” kata beliau yang turut menyifatkan program kali ini sebagai satu sumbangan INTEGRITI kepada usaha kebangsaan menjayakan pembangunan agenda TN50.

Katanya, institusi agama mempunyai peranan penting untuk memupuk dan memperkasakan integriti penganut agama masing-masing dalam melahirkan masyarakat yang berintegriti dan menghargai kepentingan berintegrasi antara pelbagai etnik dalam negara.

Bicara Ilmu kali ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) dan Yayasan 1Malaysia.

Program ini diadakan untuk menjana input yang membina bagi

merealisasikan usaha merangka TN50 atau nama penuhnya Dasar Transformasi Nasional 2050, dari perspektif nilai-nilai kebersamaan yang bersifat universal yang tersirat dalam pelbagai perayaan di negara ini.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya. Setiap agama dan perayaan memandu kita agar berbuat kebaikan. Penerimaan kepelbagaian sambutan perayaan telah memajukan masyarakat Malaysia atas nama kesatuan dalam kepelbagaian.

Bicara Ilmu kali ini merumuskan tradisi budaya murni yang diamalkan secara turun temurun perlu direkodkan supaya generasi akan datang dapat memahami dan menerima kepentingan menghormati sensitiviti kaum. Komitmen untuk memahami sensitiviti kaum lain mampu memberikan kesan jangka panjang yang positif dan mengurangkan salah faham antara satu sama lain.

Justeru, pemahaman nilai-nilai murni pelbagai perayaan agama merupakan salah satu strategi untuk melestarikan integriti bagi memelihara keamanan dan kesejahteraan negara pada tahun 2050.

Selari dengan matlamat program, taklimat mengenai TN50 telah disampaikan oleh Encik Nor Kamarul Norazam dari Kementerian Belia dan Sukan. Turut berucap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar yang juga Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI.

Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh membentangkan nilai murni perayaan Vaisakhi

CAS March 2017.indd 9 6/4/17 5:38 PM

Page 10: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

10

Antara lain Dr Chandra berkata, cabaran utama untuk merealisasikan TN50 adalah bagaimana kerajaan dapat mencari jalan bagi membudayakan integriti dalam kalangan rakyat memandangkan integriti kini berada pada tahap yang rendah jika kes-kes tangkapan rasuah dijadikan ukuran.

Skandal-skandal yang melibatkan isu-isu integriti seolah-olah menggambarkan integriti bukan lagi sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, ujar beliau.

Tegas beliau, keruntuhan satu-satu tamadun berkait rapat dengan kegagalan masyarakat untuk terus menitikberatkan budaya berintegriti, di mana persekitaran sedemikian secara langsung

mengakibatkan kesan negatif yang teruk.

Program ini turut mendapat sokongan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri. Beliau berkongsi nilai-nilai sejagat yang terkandung dalam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Program Bicara Ilmu ini juga turut dihadiri oleh Most

Rev. Archbishop Julian Leow.

Bicara Ilmu menjadi lebih dinamik dengan pandangan yang dikongsi oleh Dr. Yam Kah Kean, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Tionghoa, Universiti Malaya; Prof. Datuk Dr. N.S. Rajendran, Pengarah Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri dan Prof. Dr. Ong Puay Liu, Felo Utama, Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia yang

masing-masing telah mengupas nilai-nilai murni dalam perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Wesak.

Dalam pada itu, Dato’ Anthony Reynold Peter, Presiden Brinsford Alumni Association Malaysia merangkap Ahli INTEGRITI telah berkongsi nilai-nilai murni yang terkandung dalam perayaan Krismas dan Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh, Pensyarah Kanan Universiti Putera Malaysia telah berkongsi nilai-nilai murni dalam perayaan Vaisakhi.

Memahami dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan pelbagai agama dan perayaan yang bersifat sejagat menjadi tunjang kejayaan melestarikan integriti rakyat berbilang kaum menjelang tahun 2050.

NEws / BErita

YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan

Barisan pembentang dan peserta yang menghadiri majlis ‘Bicara Ilmu Melestarikan Integriti TN50 Berasaskan Pemahaman Nilai Pelbagai Perayaan Agama di Malaysia’

Most Rev. Archbishop Julian Leow dan Prof. Dr. Ong Puay Liu, Felo KITA, UKM antara pembentang

Peserta sedang khusyuk mendengar sesi pembentangan

CAS March 2017.indd 10 6/4/17 5:38 PM

Page 11: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

11

FEaturEs / rENcaNa

MELESTARIKAN ALAM SEKITAR UNTUK DIWARISI Oleh Datuk Dr Anis Yusal YusoffDisiarkan di Berita Harian, 20 Mac 2017

KITA sebenarnya bukan mewarisi bumi ini daripada datuk nenek kita tetapi kita meminjamnya daripada

anak cucu kita. Ini adalah peribahasa lama kaum Red Indian di Amerika Utara, yang pada pandangan saya mempunyai kebijaksanaan cukup mendalam. Sebab itu, penting untuk kita menjaga bumi ini agar bila tiba masa untuk kita serahkan kembali kepada anak cucu kita kelak, ia haruslah seperti bumi yang pernah kita diami sebelumnya. Paling penting agar sungai-sungai di bumi ini, masih lagi tempat yang dapat membiakkan ikan-ikan dan anak cucu kita bermandi-manda dalam air bersih dan jernih seperti ketika kita muda dahulu. Hutannya pula masih dipenuhi haiwan dan pokok tropika yang cukup sebagai tempat tadahan air. pantai dan lautnya juga terus terpelihara.

Malangnya, dalam masa yang singkat sejak zaman remaja, ramai antara kita yang pada hari ini sudah dalam lingkungan usia 50-an, kita dapat membuat perbandingan dan melihat bagaimana dalam masa yang singkat alam sekitar sudah tercemar. Sebagai contoh, kita ambil dan nilai keadaan sungai di Malaysia. Empat puluh atau 50 tahun yang lalu, rata-rata sungai kita boleh dikategorikan berada pada kelas satu iaitu klasifikasi sungai yang airnya boleh terus diminum tanpa rawatan. Situasi hari ini, sungguh menyedihkan.

Sudah tentu alasan yang biasa kita dengar apabila isu pencemaran ini dibincangkan adalah bagaimana perkara ini tidak dapat dielakkan oleh kerana berlakunya pembangunan dan perkembangan industri. Ini alasan paling mudah bagi orang yang tidak mahu berfikir. Malah, banyak kerosakan alam sekitar berlaku disebabkan sikap masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri. Implikasi memudaratkan kita.

Sikap dan amalan ini sekiranya tidak diperingatkan dan dibentuk serta dibudayakan untuk memahami bagaimana kerosakan kepada muka bumi ini jika tidak dijaga dapat memberi implikasi memahami bagaimana kerosakan kepada bumi ini akan memudaratkan kita nanti. Sebab itu, dalam salah satu usaha Institut Integriti Malaysia, kita juga memberi fokus dalam usaha membudayakan integriti dengan mengadakan program bagi mengingatkan masyarakat bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar kita.

Dewasa ini banyak perkara yang menjadi masalah kepada negara berpunca daripada masalah sikap masyarakat kita juga. Sekiranya masyarakat bersikap acuh tidak acuh, membuang sampah sarap dan segala benda dibuang ke dalam sungai tanpa rasa bersalah, sudah tentu ia akan merosakkan ekosistem. Sebab itu, pendidikan melalui amalan tentang penjagaan alam sekitar tidak cukup dengan hanya iklan 3R. Ianya harus diterjemahkan menjadi amalan harian.

Masyarakat harus dikejutkan seperti mana yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore melalui filem dokumentari An Inconvenient Truth. Mungkin hanya dengan kejutan seperti itu akan menyedarkan sesetengah pihak. Mungkin ada pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat filem dokumentari yang akan tampil menawarkan diri untuk sama-sama terbitkan filem dokumentari pendek tentang kehancuran yang menanti kita di Malaysia ini sekiranya kita membenarkan perasuah dan penerima rasuah bermaharajalela.

Kita perlu menunjukkan bagaimana akibat salah guna kuasa di Zimbabwe

telah mengakibatkan negara itu yang juga antara negara terakhir tanah jajahan British di benua Afrika yang mendapat kemerdekaan pada tahun 1980. Namun, dalam masa singkat, negara itu kini berada antara negara bermasalah di dunia.

Kita mungkin perlu melihat bagaimana keadaannya di negara seperti Somalia, sebuah negara Islam yang rata-rata rakyatnya hidup dalam kemiskinan. Somalia berada tercorot dalam hampir semua indeks pertubuhan antarabangsa yang membuat perbandingan antara negara. Sama ada indeks pembangunan manusia oleh UNDP, indeks persepsi rasuah oleh Transparency International, mahupun indeks keamanan dunia oleh Institute of Economic and Peace. Kita tidak perlu pergi jauh, dalam rumpun negara ASEAN, kita perlu melihat apa yang berlaku di Myanmar sekarang.

Semua masalah ini berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Tidak kira sama ada manusia itu pemimpin atau yang dipimpin. Ada yang dipimpin menjadi penyebab kepada kelakuan dan sikap pemimpin mereka dan sudah pasti ramai pemimpin yang rakus dan tidak berintegriti menjadikan amalan korupsi dan salah guna kuasa ini sebagai norma yang baharu dan menindas rakyat yang diamanahkan kepada mereka untuk memimpin. Bukit ditarah, hutan dirobek. Apa makna semua ini jika sikap tamak mereka yang tidak bertanggungjawab diraikan rakyat terbanyak. Mereka ini yang dijadikan contoh oleh orang muda. Kehancuran negara ditolak ke tepi, yang didewakan adalah berapa besar kereta yang dipandu dan rumah yang dimiliki.

Artikel ini dimulakan dengan peribahasa lama kaum Red Indian. Kita

CAS March 2017.indd 11 6/4/17 5:38 PM

Page 12: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

12

FEaturEs / rENcaNa

sedih melihat bukit yang ditarah di merata tempat. Hutan yang dirobekkan dengan pembalakan haram. Singgah ke pantai peranginan, angin sudah tidak bertiup sesepoi bahasa seperti dahulu. Sampah sarap yang menyambut kedatangan kita. Lampin dengan najis bayi ditinggalkan, yang langsung tidak menghormati pengunjung lain. Agama apa agaknya yang mengajar mereka ini untuk berkelakuan

sedemikian? Saya ingin menutup artikel ini dengan satu pertanyaan. Wahai pengkhianat bangsa dan negara yang menjadi makhluk perosak alam sekitar dengan amalan tidak berintegriti dan yang menjadi perasuah, apa agama kamu?

Nanti, bila Tuhan bertanya apa yang kita lakukan sebagai khalifah di muka bumi ini, jawablah dengan berkata kami telah

PENuLIS adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

TAN SRI LEE LAM THYE, Senior vice-chairman, Malaysian Crime Prevention Foundation

‘merogol alam sekitar sesuka hati dengan nafsu serakah kami tanpa memikirkan tentang generasi yang kamu tinggalkan di kemudian hari.’ Semoga kita sedar dan kembali ke pangkal jalan dan semoga Malaysia kembali menjadi sebuah negara makmur, alam sekitar terpelihara dan bakal pewaris negara ini nanti akan dapat dikembalikan sebuah negara seperti mana ia di suatu ketika dahulu.

HERE’S HOW TO FIGHT GRAFTOleh Tan Sri Lee Lam ThyeDisiarkan di New Straits Times pada 6 Mac 2017

The civil service must have a work culture that incorporates honesty, trust, discipline, responsibility and

transparency.

And, these noble values must be practised by all. Mere slogans and lip service are not going to help.

Corruption has been with us since organisations were first set up. It is pervasive and affects almost every aspect of life, including when someone wants to have his business application processed speedily or when he wants to apply for low-cost housing.

Officers involved in corrupt practices are mostly those in charge of law enforcement.

To eradicate such practices, law enforcement agencies should have an internal monitoring system that can detect irregularities.

Efforts should be made continuously to instil integrity and ethical values because people with integrity are unlikely to get involved in corruption, no matter what the circumstances.

Public administrators and civil servants must discharge their duties with integrity and honesty, and be ethical and transparent.

The information age provides citizens and non-governmental organisations (NGO) with powerful tools and information to combat corruption. The global economy also puts tremendous pressure on governments to rid themselves of factors that reduce their competitiveness.

The movement towards decentralisation, accountability and transparency at the local government level is gathering momentum. In this context, the enormous cost of corruption is being explicitly recognised as is the urgent need to correct governmental malfeasance.

Corruption is an entrenched symptom of misgovernance. It is often reflected in patronage, red tape, ineffective revenue-generating agencies, large-scale bribery in procurement and failure to deliver services to city dwellers.

But, when local officials in charge of public resources are accountable to their citizens, decision-making can become

participatory.

In turn, a participatory process can be the cornerstone of a national strategy to reform “sick” institutions and improve the welfare of city dwellers.

The challenge facing local governments is to develop innovative ways of building effective, accountable, and transparent systems.

Cities implementing and sustaining accountable and transparent systems as well as good governance reform programmes benefiting urbanites can expect to attract financial and human resources and become showcases of exemplary practice nationwide.

Morals and ethics are not only important to the civil service but to all sectors of society. This is because graft and other forms of malpractices are also evident in the corporate world, NGOs and voluntary organisations.

In the final analysis, preventing corruption helps to raise city revenue, improve service delivery, stimulate public confidence and participation and win public support.

CAS March 2017.indd 12 6/4/17 5:38 PM

Page 13: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

13

KECURANGAN HAKIS INTEGRITI AKADEMIKOleh Aminah Md. Yusof Disiarkan di utusan Malaysia, 1 Mac 2017

EKORAN pembatalan ijazah doktor falsafah (PhD) me¬reka oleh universiti yang

menganugerahkannya, tiga tokoh penting mengundur diri dari dunia politik di Jerman pada 2013. Selain itu, beberapa ahli politik lain yang terlibat dalam skandal PhD tesis ‘Ctrl+c’ telah juga menggemparkan bumi kelahiran model PhD moden itu. Skandal kecurangan tesis PhD di Jerman adalah antara beberapa kes yang dikenal pasti, malah kecurangan ini seakan-akan tiada kesudahannya.

Pada 2014, Peking University menarik balik penganugerahan PhD pelajarnya yang didakwa menciplak artikel yang diterbitkan jurnal berimpak tinggi. Tindakan sama dilakukan PennState The Graduate School apabila membatalkan anugerah PhD bekas pelajarnya atas salah laku penyelidikan pada Mac 2016, manakala Preston University, Islamabad juga bertindak membatalkan PhD pelajar setelah mendapati 72 peratus tesis mereka diciplak.

Beberapa contoh di atas jelas membuktikan kecurangan dalam penyelidikan akademik berlaku di serata dunia. Tentunya integriti akademik atau lebih tepat pengajian pasca ijazah akan dipersoalkan. Justeru, kebanyakan universiti amat serius dalam menangani isu ini termasuklah pembatalan ijazah yang dianugerahkan. Manipal University di India antara yang berjaya membersihkan imej ne¬gatif universiti itu.

Kecurangan dalam akade¬mik, ditafsirkan sebagai keti¬dakjujuran dan perbuatan ne¬gatif atau salah laku dalam kajian akademik. Dikatakan sistem pendidikan tertinggi di seluruh dunia berhadapan gejala kecurangan akademik atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Academic Dishonesty. Lebih

FEaturEs / rENcaNa

teruk lagi sesetengah negara melabelkan kecurangan akademik sebagai Academic Crime atau jenayah akademik.

Malaysia baru-baru ni dikejutkan berita beberapa individu mengijazahkan diri tanpa mengikut saluran penganuge¬rahan yang betul. Pemalsuan ijazah ini menjadi penyakit kepada sistem pendidikan tinggi dan agak sukar dibendung memandangkan mereka terlibat bukan berada dalam sistem pendidikan. Malangnya tiada undang-undang dapat menyekat keinginan mereka yang berkemampuan untuk membeli ijazah.

Bagi memelihara kredibiliti lulusan pengajian tinggi, perhatian perlu diberi kepada kecurangan akademik yang berlaku atau berkemungkinan berlaku dalam sistem pendidikan khasnya pendidikan tinggi negara kita.

Kecurangan akademik melibatkan salah laku dalam dunia akademik seperti ciplak atau plagiat, meniru dalam peperiksaan, membangunkan set data palsu, pemalsuan keputusan ujikaji, penipuan dalam rujukan dan salah laku dalam penulisan akademik. Kajian The Times menunjukkan terdapat penyelidik yang melaporkan hasil kajian yang salah sama ada dise¬ngajakan atau tidak tetapi tidak berusaha untuk membetulkannya. Penulisan akademik atau penerbitan adalah satu petunjuk prestasi utama ahli akademik di universiti. Ada universiti yang meletakkannya mengatasi yang lain sehingga menjadi satu tekanan kepada ahli akademik.

Kebanyakan ahli akademik berupaya dan berusaha untuk menerbitkan kertas kerja berimpak. Namun ada sesetengah ahli akademik mengambil jalan pintas mendapatkan khidmat ‘penulis hantu’. Wang menjadi sandaran kepada penghasilan dan jaminan untuk diterbitkan

dalam jurnal yang dapat dipertimbangkan sebagai memenuhi petunjuk prestasi.

Kecurangan semakin berleluasa dengan kecanggihan dan perkembangan pesat teknologi, dengan itu makna dan perbuatan curang diperluaskan. Sesetengah universiti mene¬tapkan memetik karya sendiri (self-citation) atau berpakat memetik penulisan rakan sebagai salah laku akademik ter¬utamanya apabila ‘petikan’ atau citation juga dijadikan petunjuk prestasi bagi ahli akademik.

Kajian berkaitan kecurangan akademik telah banyak dijalankan di luar negara. Di Taiwan sebanyak 61.7 peratus daripada responden mengaku melakukan salah laku akademik seperti meniru. South China Morning Post pada May 2015 memetik White Paper on Dismissal Issues of Chinese Students in the US melaporkan satu daripada faktor yang menyebabkan sebilang¬an besar pelajar China diberhentikan pengajian di Amerika Syarikat adalah kecurangan akademik. Universiti di United Kingdom menghadapi wabak plagiarisme seperti dilaporkan akhbar The Times iaitu kira-kira 50,000 pelajar ditangkap atas kesalahan ciplak sejak tiga tahun lalu.

Salah laku ini terbawa-bawa ke alam pekerjaan. Bank Pelaburan AS JP Morgan menghantar pulang lulusan British kerana menipu dalam peperiksaan semasa latihan untuk be¬kerja. Hal yang sama juga berlaku di Goldman Sachs apabila 20 pelatih dipecat kerana meni¬pu dalam peperiksaan. Tentunya kita tidak mahu hal ini berlaku di negara kita.

Malaysia menyasarkan pemegang Phd seramai 60,000 menjelang 2023. Dengan ang¬ka ini, sekiranya 60 peratus

Sambungan di muka surat 15

CAS March 2017.indd 13 6/4/17 5:38 PM

Page 14: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

14

NEw Books iN our liBrary / BUKU BaharU di PUsat ilmU iNtEGriti

POLITICAL BRANDING STRATEGIES: CAMPAIGNING AND GOVERNING IN AUSTRALIAN POLITICS

EDUCATION MATTERS: GLOBAL SCHOOLING GAINS FROM THE 19TH TO THE 21ST CENTURY

Political Branding Strategies tells the story of branding by the Australian Labor Party across seven years. This is an account of three brands – the Kevin07 brand crafted for Kevin Rudd, The Real Julia brand of his successor, Julia Gillard, and that of the party. Drawing on insider insight and a new framework to understand and evaluate political branding, Labor’s strategies are considered in two case studies. They tell of skilful use of comprehensive branding strategies and costly disregard of basic branding principles, of stunning success and shattering reversal. This is a story with lessons for practitioners, researchers and citizens in democracies everywhere.

Education has significant and far-reaching effects not only on individuals, but also on the societies in which they live and to which they contribute. The education level of a population affects how a country supports itself and others and the degree to which it can participate in the global field. While everyone from politicians to policymakers to celebrities has stressed the importance of education, there has not been-until now-a vigorous yet comprehensible examination of data to support what has long been common knowledge: education matters.

In Education Matters: Global Gains from the 19th to the 21st Century, renowned economists Robert Barro and Jong-Wha Lee present a revolutionary new data set on education in 146 countries since 1870 and projected through 2040. With case studies from the United States, China, and Korea, Barro and Lee evaluate schooling both quantitatively and qualitatively and assess the role of education in political development. The book also addresses sensitive and controversial topics, such as international disparities in education and the role of education in modernization and development. Both challenging and enlightening, Education Matters has exciting implications for the future of education and promises to be a ground-breaking work in the fields of economics and educational attainment.

In this comprehensive study, Barro and Lee establish the critical role that education plays - particularly for women and girls - in economic growth, fertility, and democracy. Engaging and informative, Education Matters is a compelling read for students, scholars, and anyone with a passion for education.

Publisher: Palgrave Macmillan

Published: 2016

Writer: Lorann Downer

Publisher: Oxford university Press

Published: 2015

Writer: Robert J. Barro and Jong-Wha Lee

CAS March 2017.indd 14 6/4/17 5:38 PM

Page 15: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

15

gallEry / GalEri

PhD dijalankan dalam negara, tentunya bilangan tesis boleh mencecah 36,000. Ini tidak termasuk ribuan tesis yang dihasilkan secara penyelidikan di peringkat sarjana dalam tempoh tersebut. Ini bermakna negara akan mempunyai puluhan ribu tesis pelbagai bidang yang memungkinkan pertindihan bidang kajian, cedokan idea atau penciplakan tesis sepenuhnya. Jika ini berlaku, penyelidikan tidak akan memberikan sumbangan baharu kepada bidang pengetahuan dan menggagalkan falsafah penyelidikan akademik. Oleh itu tidak mustahil pendidikan tinggi negara akan berhadapan dengan isu kecurangan akademik.

Sehubungan itu, dasar atau polisi

berkaitan kecurangan akademik perlu ada bagi menyeragamkan pengenalpastian perbuatan curang akademik dan strategi menanganinya. Dasar atau polisi ini amat perlu untuk memastikan universiti tidak memejamkan mata dan memekakkan telinga dalam mena¬ngani isu berkaitan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Universiti per¬lu bekerjasama membentuk sis¬tem maklumat yang dapat mengesan pertindihan penyelidikan dan kan¬dungan tesis seterusnya dapat mengesan kecurangan jika berlaku. Ini boleh diperkembangkan di peringkat antarabangsa bagi memastikan kecurangan rentas benua dapat dikesan. Walaupun ini mungkin tidak dapat direalisasi dalam masa terdekat, inisiatif

perlu dimulakan. Perisian yang berupaya mengesan salahlaku akademik perlu ditambah baik dan diper¬tingkatkan penggunaannya.

Pensyarah, penyelia, universiti dan pemeriksa tesis sebagai pihak yang arif dalam bidang diselia atau diperiksa tentu dapat mengesan keaslian tesis dan penyelidikan yang dijalankan. Dalam hal ini, universiti mesti berupaya meyakinkan masyarakat bahawa tempat mendidik pelajar menjadi manusia itu tidak membenarkan sebarang salah laku akademik daripada berlaku. Kecurangan akademik tidak dapat diterima sama sekali dalam ekosistem yang bertanggungjawab melahirkan para intelek dan ilmuwan.

PROFESOR MADYA DR. AMINAH MD. YuSOF ialah Timbalan Dekan (Pembangunan Program dan Hubungan Pelanggan), Sekolah Pengajian Siswazah, universiti Teknologi Malaysia yang juga merangkap Setiausaha Majlis Dekan Pengajian Siswazah Malaysia.

Sambungan dari muka surat 13

INTEGRITI menerima kunjungan daripada Bhutan

INTEGRITI menerima lawatan daripada Jabatan Audit Sri Langka

INTEGRITI menerima lawatan daripada Institut Pegawai Kanan Tentera Darat pada 15 Mac 2017

Sebahagian peserta RTD Projek Rintis PIB

CAS March 2017.indd 15 6/4/17 5:38 PM

Page 16: LEGASI INTEGRITI KHAZANAH ALAM - aduan.kptm.edu.my

www.integrit i .my

integrit i .my @integrit idotmy integrit i .my

CAS March 2017.indd 16 6/4/17 5:38 PM