literasi dan numerasi (linus)
TRANSCRIPT
Literasi dan Numerasi (LINUS)
KhairiDayangBainun
AinFaizatun
Definisi Numerasi
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Apakah program LINUS?
LINUS (Literacy and Numeracy Screening) adalah program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid-murid memperoleh asas literasi (Bahasa Malaysia) dan kemahiran numerasi semasa di sekolah rendah.
Matlamat LINUS
Memastikan semua murid-murid yang mengikuti program literasi dapat menguasai Bahasa Malaysia kecuali murid-murid berkeperluan khas selepas 3 tahun mengikuti program ini. (LITERASI)
Semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah menjelang 2012. (NUMERASI)
Objektif LINUS
Memastikan murid-murid dapat :
Mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.
Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup, perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
Membaca dan menulis ayat tunggal serta ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.
6
JK Kerja LINUS dipengerusikan oleh Pengarah BPK
Terdiri daripada 6 agensi utama (JK Kecil): BPK
BPG
LPM
BPSH
JNJK
BP Khas
MODUL GURU DAN MODUL MURID
LATIHAN GURU
INSTRUMEN SARINGAN
PENYEBARAN MAKLUMAT, KUTIPAN & ANALISIS DATA
PEMANTAUAN & BIMBINGAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kandungan Modul
Numerasi
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3
Nombor Bulat
Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 20.
Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100.
Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000.
Operasi asas
Menyatakan fakta asas tambah dan tolak.
Menyatakan fakta asas tambah dan tolak, darab dan bahagi (2, 10, 5 dan 4).
Menyatakan fakta asas tambah dan tolak, darab dan bahagi (3, 6, 7, 8 dan 9).
Aplikasi Mata wang Malaysia hingga RM10
Mata wang Malaysia hingga RM50
Mata wang Malaysia hingga RM100
Menyatakan bahagian dalam sehari.
Menyatakan waktu dalam jam.
Menyatakan waktu dalam jam dan minit.
Mengenal bentuk 3-dimensi dan 2-dimensi.
Mengelas bentuk 3-dimensi dan 2-dimensi.
Menamakan bentuk 3-dimensi dan 2-dimensi.
7
Kandungan Modul Tahun 18
Unit 1Nombor
bulat 0 hingga 10Unit 7
Wang hingga RM10
Unit 8
Pengenalan masa dan waktuUnit 9
Bentuk 3-Dimensi
Unit 2Nombor
bulat 11 hingga 20Unit 3
Tambah hingga jumlah 10
Unit 4 Tambah
hingga jumlah 18Unit 5
Tolak dalam lingkungan 10
Unit 6 Tolak
dalam lingkungan 18
Unit 10Bentuk
2-Dimensi
Organisasi Kandungan LINUS
Modul dihasilkan dalam bentuk unit.
Terdapat 9 unit dan setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi kemahiran mengenal, membaca, membina dan menulis huruf, suku kata ,perkataan, rangkai kata dan ayat.
Pendekatan – belajar membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh – pelajaran secara serentak dan berperingkat.
Perbezaan LINUS dengan program lain
Program ini berfokus kepada intervensi awal (Tahun 1-3) untuk literasi dan kemahiran numerasi.
Menambah nisbah guru pemulihan iaitu 1 guru untuk 15 murid.
Jururawat di sekolah bagi mengenalpasti murid-murid yang memerlukan program serta keperluan khas.
Sokongan profesional untuk guru LINUS melalui fasilitator berdedikasi yang dikenali sebagai (FasiLINUS).
Guru terbaik kini ditempatkan pada Tahun 1 dan Tahun 2, semenjak program LINUS dilaksanakan (bukan hanya di Tahun 6 sahaja).
Strategi Pelaksanaan Program LINUS
6 strategi telah dibentuk :
Saringan murid (Tahun 1, 2, dan 3) - saringan kesihatan bagi mengenalpasti murid-murid berkeperluan khas - murid-murid yang tidak melepasi saringan akan ditempatkan dalam program LINUS
Pembinaan Bahan
Peningkatan Kemahiran Pedagogi Guru
Program kesedaran sekolah dan komuniti
Pemantauan, penyeliaan dan penilaian
Mewujudkan FasiLINUS
Rasional LINUS
Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap 1.
Perkara ini perlu diambil perhatian kerana murid-murid yang gagal menguasai kemahiran tersebut merupakan kumpulan berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kesukaran memilih kerjaya.
Kumpulan Sasaran LINUS
Murid-murid Tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali murid-murid berkeperluan khas) yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Pelaksanaan LINUS
Pelaksanaan di sekolah : WAJIB dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Penentuan murid : Semua murid-murid Tahun 1 (kecuali yang berkeperluan khas) akan menduduki Saringan 1 untuk menentukan tahap penguasaan mereka pada awal Mac setiap tahun.
Setelah menjalani Saringan 1, murid-murid akan dibahagikan kepada 4 kelompok utama :
Ditempatkan di Aliran Perdana
Ditempatkan di program LINUS
Diajar oleh Guru Pemulihan
Ditempatkan di program Pendidikan Khas
-menguasai konstruk 1-8 (Literasi) dan konstruk 1-10 (Numerasi)
*Bagi saringan 2 dan seterusnya, murid-murid perlu menguasai kesemua 12 konstruk
-tidak menguasai mana-mana konstruk 1-8 (Literasi) dan konstruk 1-10 (Numerasi).
*Menyertai program LINUS
-tidak menguasai konstruk 1 dan konstruk 2,melalui pemerikasaan doktor dan mengikuti program pemulihan khas dalam LINUS.
-tidak menguasai konstruk 1 dan konstruk 2, melalui pemeriksaan doktor dan disahkan murid-murid berkeperluan khas.
Konstruk Numerasi
Konstruk 1 Keupayaan pranombor dan mengenal angka
Konstruk 2 Keupayaan membilang
Konstruk 3 Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
Konstruk 10
Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11
Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12
Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
17
Pemilihan Guru LINUS : terdiri daripada guru Bahasa Melayu dan guru Matematik Tahap 1 dan dibantu oleh guru Pemulihan Khas.
Bahan dan Instrumen LINUS
Modul pembelajaran dan pengajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid-murid bagi memastikan kejayaan program ini.
Guru digalakkan menyediakan dan menggunakan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran megikut kesesuaian murid dan kreativiti.
Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
Kandungan Program LINUS
Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan pembelajaran dan pengajaran.
Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000 yang melibatkan oprasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
21
Organisasi Kandungan:Hierarki dari mudah ke lebih kompleks.Setiap kemahiran disusun dengan lebih terperinci dan saling berkaitan dengan kemahiran lain.Skop dan kedalaman dikurangkan.
22
Tumpuan:Gaya pembelajaran murid.Menepati skop soalan dan cara penyoalan.
23
Gaya Pembelajaran:Cara murid memproses maklumat dari konkrit kepada abstrak.Cara murid memproses maklumat dari pasif kepada aktif.
24
Pelbagai cadangan strategi penyelesaian masalah.Aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif.Melibatkan seluruhan Hasil Pembelajaran dan Unit.Diadakan juga lembaran kerja.
25
ProsesMembuat perkaitanMembuat pena’akulanKomunikasi Menyelesaikan masalahMembuat perwakilan.
Strategi Pelaksanaan P&P26
SeronokBermaknaBergunaMencabar
Pemantauan dan Penyeliaan
Dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah.
Pegawai terlibat : Pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Pemantauan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
Seliaan dilaksanakan oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah dari semasa ke semasa.
Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid-murid LINUS diadakan.
Rujukan
Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Siti Hajar Idrus, Mastura Mohamed Berawi, Literasi Bahasa Melayu, 2011.
http://tansuatping.blogspot.com/2011/12/ppt-linus-bahasa-malaysia-tahun-1.html